2 TEBITAN MARCH 2023 ©MAIRAADH KEKASIH NU'AIMAN _ Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian di dalam terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang alat sama ada dengan cara elektronik dan fotokopi tanpa ada kebenaran bertulis daripada pihak MairaAdh sendiri terlebih dahulu.
3
4 DEDIKASI Alhamdullilah… Terima kasih kerana sudi mendapatkan ebook ini. Ebook ini adalah bacaan percuma jadi saya harap anda tidak meletakkan harapan yang tinggi pada ebook pertama saya ini. Saya juga ingin berterima kasih pada rakan rakan pembaca dan penulis yang sentiasa ada dikala kejatuhan saya dan tidak berhenti memberi sokongan kepada saya sepanjang pembikinan ebook ini. Saya harapkan ada pengajaran dan hikmah yang akan kamu perolehi daripada kisah Malique Nu’aiman dan April Qaseh. Maaf atas segala kekurangan yang terdapat di dalam kisah mereka ini.
5 PROLOG uhammad... Comel betul baby Malique ni kan.” Mata Hawa bersinar terang sambil dia memangku tubuh kecil si Malique Nu'aiman yang baru berusia tiga bulan itu. Muhammad yang berdiri di sisi Hawa terikut senyum. Bola matanya jatuh pada seraut wajah bersih bayi kecil itu. Senyuman itu... Air mata Muhammad menitis sekali. Sejak kali pertama lagi dia sudah merasakan ada sesuatu yang mengikat mereka. Anak sekecil ini yang baru mengenali dunia sudah kehilangan kedua-dua orang tuanya. Si kecil Malique tersenyum dengan mata yang tertutup rapat. Comel. Muhammad ingin menjadi seorang abi kepada anak ini. Dia mahu membesarkan Malique Nu'aiman dengan sepenuh kasih sayang. “Ini abi. Ayah kepada Malique.” “M
6 “Ini umi. Ibu kepada Malique.” Muhammad dan Hawa saling berbalas senyuman. Ini permulaan kisah seorang insan yang bernama Malique Nu'aiman.
7 BAB 1 angisan Malique pecah. Berbunyi kuat tangisannya memecahkan kesunyian segenap rumah agam itu seawal pagi lagi. Malique berjalan terkedek-kedek mahu mendapatkan uminya yang sedang berada di dapur itu. Ke hulu ke hilir si ibu itu mahu menyiapkan sarapan dibantu oleh seorang pembantu rumah. “Umiiiii...” Tegak terus telinga Hawa mendengar rengekan anak lelakinya. Dia menggeleng kepalanya melihat wajah comel Malique sudah basah dengan air mata. Kenapa pulak ni? Dia baru saja tinggalkan sekejap dah berendam air mata. Manja sungguh. “Kenapa Malique menangis ni?” soal Hawa sambil menyeka air mata Malique dengan tangannya. Kemudian, pipi Malique diusapnya lembut. “Kakak... Kakak.” “Kakak usik Malique lagi? Manja la anak umi ni. Tamo la nangis. Malique kan boy. Mana kakak sekarang?” T
8 “Kakak dah lari. Tak tahu pergi mana.” Malique merangkul tangannya di leher Hawa meminta uminya mendukungnya. Aipp Luna ni. Arluna Insyirah memang nakal. Suka sangat kacau adiknya. “Luna. Keluar. Dah la tu menyorok,” panggil Hawa lalu menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi sambil mendukung tubuh kecil Malique. Sebelum Malique muncul di dapur ini, Luna sudah terlebih dahulu memasuki dapur ini dan menyorok di bawah meja. “Muehehehe.” Luna merangkak keluar dari bawah meja dengan sengihan yang tak bersalah terukir di wajahnya. Dia yang sudah lengkap berpakaian baju sekolah berwarna putih itu memeluk Hawa daripada belakang. “Sorry. Luna tak buat dah. Luna usik Malique sikit je. Malique tu yang manja,” ujar Luna selamba. Dia menjelirkan lidahnya keluar kepada Malique yang sedang didukung oleh Hawa itu. Budak manja! Sikitsikit nak menangis.
9 “Luna dah ready nak pergi school?” soal Hawa kemudian menoleh ke belakang melihat wajah Arluna Insyirah, anak yang dijaga sejak usianya lima tahun lagi. Luna senasib dengan Malique, kehilangan orang tuanya. Hawa menjaga anak-anak yatim piatu ini bagaikan anak kandungnya sendiri. Kisah hidup seorang wanita bernama Hawa Arlani ini terlalu banyak derita yang dilaluinya. Dia seorang yang cukup tabah mengharungi segala ujian. Luna bermain-main dengan hujung rambutnya yang sudah ditocang dua lalu mengangguk kepalanya laju menjawab persoalan Hawa. “Dah umi! Hehe.” “Malique first day pergi tadika. Yeayyy! Nanti Malique ada kawan baru.” Pandangan Hawa beralih pula pada wajah Malique yang sudah bertukar ceria. Aih geram betul dengan si Malique ni. Comel ngat ngat. “Yeayyy!!” Gelek sikit. “HINGUS awak meleleh,” tegur Malique sambil membuat muka jijiknya.
10 Budak perempuan tu terus menjeling Malique tajam. Dah la tiba-tiba je duduk sebelah orang lepastu tegur macam tu. Urghhhh. Tak suka! Tak suka! “Nape nak nangis? Manja la awak ni.” Budak perempuan itu mula membuat penjarakan sosial. Tapi ada Malique peduli. Dia rapatkan jugak kedudukan dia dengan budak perempuan hingus meleleh tu. “Nama kita Malique kacak.” Malique tersenyum bangga. “Nama awak siapa?” tanya Malique lagi. Excited ni nak buat kawan baru. Budak perempuan tu diam. Mulutnya tertutup rapat. Dia abaikan kewujudan Malique. “Dah la berhingus. Pekak pulak tu.” Tercengang budak perempuan tu. “April.” Akhirnya keluar pun suara emas dia. Berkerut dahi Malique.
11 “Kenapa nama awak pelik? Awak ni alien yang datang ke bumi mencari koko yang dicari-cari ke? Macam boboiboyot tu!!” “Boboiboyot tu apa? Kita tengok uqin iqin je.” Malique menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalannya kepada April. April mengesat dulu hingusnya di hidung. Menggunakan tangan yang sama, dia menyambut huluran tangan Malique itu. “Kawan.” Malique. April. Kawan.
12 BAB 2 alique memanjat naik ke atas bangku. Dia menghayun kakinya laju. Matanya memandang sipi-sipi April yang menangis teresak-esak itu. Malique perlahan-lahan mengesot punggungnya mahu mendekati April yang masih berada di dalam duninya sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kawan-kawan yang lain semuanya sedang seronok bermain. Tetapi April hanya duduk di atas bangku keseorangan. Malique yang cukup dikenali sebagai seorang yang periang dan nakal ini pelik melihat April yang tidak seperti kawan-kawannya yang lain. “Kenapa awak setiap kali pergi tadika, mesti awak akan menangis?” soal Malique memulakan perbualannya dengan April. Perempuan memang tahu menangis je ke? Manja! 'Dah la selalu berhingus. Nasib baik comel.' Sambung Malique di dalam hati. “Kita tak suka pergi tadika,” jawab April dengan nada suara yang perlahan. M
13 “Nape? Pergi tadika kan best. Ada ramai kawan.” “Kita mana ada kawan erm." Riak wajah April bertukar mendung. “Aik kita kan kawan awak. Kita kawan sampai kita kahwin la. Semalam kan kita tengok episod baru boboiboyot tau,” beritahu Malique penuh bersemangat. Dia cuba untuk menarik perhatian April agar selesa untuk berbual dengannya. Bersinar terang mata Malique mahu menceritakan episode boboiboyot yang semalam. “Boboiboyot best ke?” “Best la! Awak kena tengok boboiboyot tau. Kita suka yuyu yang pakai baju warna pink tu!” “Erk.” April buat muka pelik. Siapa yuyu? APRIL memerhati penuh minat gerak geri Malique yang sedang menggeledah beg sekolahnya yang beranimasi kartun spiderman itu. Dia berjalan mendekati Malique lalu cuba melihat isi dalam beg milik Malique itu. Waktu sekolah mereka pun sudah berakhir. Hanya menunggu waktu untuk penjaga mereka mengambil pulang.
14 “Awak cari apa, Malique?” Malique mengangkat kepalanya kemudian dia menayangkan sesuatu kepada April. “Hehe. Ni phone.” “Phone? Phone apa ni?” April merampas telefon yang berada di tangan Malique itu lalu dibeleknya lama. “Nokia.”Malique gelek punggung sikit. “Ada seorang pak cik kat tepi jalan ni bagi kita nokia ni. Jadi kita ambik je la.” April buat muka terkejut. Automatik matanya membulat besar. Seakan Malique sudah melakukan jenayah yang cukup besar. “Mama kita cakap kalau orang bagi benda jangan ambik la!” Marah April dengan nada suara yang meninggi. Pesanan mamanya masih segar di dalam ingatannya. “Tapi umi kita cakap kalau pak cik tu bagi gulagula je jangan ambik! Ni bukan gula-gula!”Malique tak mahu kalah.
15 BAB 3 Beberapa tahun kemudian... alique!Malique!Tunggu!” Wajah Malique terus masam mencuka.Suara gedik tu siang malam menghantui dirinya. Rakan-rakannya yang berjalan seiring dengannya menuju ke pintu pagar sekolah turut terhenti langkah apabila kedengaran suara lunak itu menjerit dari jauh. Kelihatan seorang gadis berbaju kurung putih berlari anak-anak dengan senyuman lebar terukir di wajah comelnya itu. “Fisha Amani bhai. Budak tu suka sangat dekat kau Malique.” Galak Hakim mengusik. “Comel kut budak tu. Kau je yang jual mahal dari dulu. Apa salahnya kau maniskan sikit muka kau tu. Asyik ketat aje muka bila nampak muka dia.” “Weh... Aku dengan Daniel cau dulu la.” Hakim bersuara lagi apabila melihat Fisha kian menghampiri mereka. Tak nak la kacau daun katakan. “M
16 Malique menggumam sahaja. Dihantar pemergian Hakim dan Daniel melalui ekor matanya sahaja. “Hah yang kau terpekik terlolong dah kenapa? Tak malu ke orang tengok?” Malique terus menyembur pedas kepada Fisha sebaik sahaja gadis itu berdiri di hadapannya. Fisha mendongak kepalanya. Terpaksa. Memandangkan ketinggian Malique ni mengalahkan galah! Macam tiang elektrik! Dah la diri ini terbantut. 149 cm je. “Jom kahwin!” Hah? “Kau ulang balik apa yang kau cakap.” “Jom kahwin!” Masih lagi dalam nada yang sama. Ceria. Fisha tersengih lebar memandang crushnya sejak di tingkatan dua lagi. Malique Nu’aiman. Seorang ketua pengawas yang sangat berdisiplin orangnya. Dah la garang. Macam singa. Namun begitu, Fisha tak pernah mengalah untuk mendapatkan perhatian crushnya.
17 “Terpengaruh dengan wattpad ke apa dia ni? Mesti baca buku yang kahwin umur 14 tahun tu...” Bernada jengkel. “Malique pun baca wattpad juga ke?” tanya Fisha separa menjerit. “Ommooo...Seriously, Malique!” Kerana terlampau teruja Fisha tidak sengaja menepuk bahu lelaki itu yang tersarung baju kemeja berwarna biru. Baju pengawas sekolah. “Oi... Oi... Oi. Apa sentuh-sentuh anak teruna orang? Aku beritahu mak aku balik nanti. Haram!” “Malique pun baca wattpad eh?Tak sangka Fisha. Jarang tau budak lelaki main wattpad.” Fisha menahan dirinya daripada tidak tersenyum saat melihat wajah cemberut Malique itu. Kantoi sudah aku main wattpad selama ini, detik di hati Malique. “Apa account wattpad Malique? Meh Fisha nak follow. Boleh kita follow each other. Hehe.” Malique melepaskan nafas berat. Dahinya dipicit kuat.
18 APRIL melihat dari kejauhan Malique yang diganggu oleh Fisha. Malique memang ramai peminat dekat sekolah ni. Untung lah. Baru saja dia mahu mengangkat kaki, suara seseorang menahannya. Malique berlari mendapatkan April.“Hi sayang!” “Bab…” “Tak baik mencarut. Dosa besar,” tegur Malique. “Kau nak apa? Aku nak masuk kelas la,” jawab April malas. “Teman aku petang ni.” “Boleh. Tapi kau kena belanja aku air starbucks.” April tersengih jahat. Sengaja dia mahu mengenakan Malique yang kedekut ni. “Kot ya pun nak suruh aku belanja, air tepi jalan je la. Ni nak starbucks. Aku ni miskin, April. Tunggu aku jual bulu ketiak aku dulu mana tahu laku. Boleh buat bisnes.” April mencebikkan bibirnya ke depan. Mula dah…
19 BAB 4 epanjang tempoh perkenalan mereka, April tidak pernah melihat jejaka itu menangis di depan matanya. Hari ini merupakan hari yang cukup merapuhkan jiwa seorang Malique Nu’aiman. Malique Nu’aiman kehilangan umi dan babahnya. Ibu bapa angkatnya. Mereka berdua meninggal dunia dalam sujud terakhir mereka. Pemergian yang cukup dicemburui. April hanya mampu memerhati daripada jauh. Malique nampak cukup tidak berdaya sepanjang menguruskan jenazah arwah umi dan babahnya. Apabila ramai orang sudah beransur meninggalkan perkarangan tanah perkuburan itu, April menapak perlahan mendekati Malique yang langsung tidak beranjak walaupun sedikit daripada kubur arwah umi dan babahnya. “Malique…” “Umi dan babah meninggal dunia bersama di dalam sujud terakhir mereka. Betapa indahnya cara pemergian mereka. Sebelum umi tinggalkan aku buat selamanya… Dia ada masuk bilik aku malam tu. Dia S
20 peluk aku dan kata dia sangat sayangkan aku macam anak kandungnya sendiri.” Malique Nu’aiman… Anak umi. Ingat pesanan umi ni. Jangan pernah tinggal solat ya. “Kata umi lagi dia bersyukur aku hadir di dalam hidup dia. Aku tak sempat untuk balas semua jasa umi pada aku selama ini. Umi berpenat lelah membesarkan aku dan Kak Luna. Umi tak pernah membezakan aku dan abang Ian walaupun aku ini bukan anak kandung umi. Aku tahu selama ini umi sangat merindui arwah abang Riyadh dan arwah Kak Jelita.” Air mata Malique menitis lagi membasahi tangannya sendiri. Masih terbayang wajah berseri uminya pada malam itu. Wajah yang tidak lekang dengan senyuman manis. Malique sayang… Setiap yang hidup pasti akan mati. Tiada apa yang kekal di dunia ini. Dunia ini hanyalah sementara. Kita yang masih hidup ni kena teruskan mengejar cinta Allah. Malique meraup wajahnya yang basah dengan air mata itu. Dia meredai dengan pemergian umi dan babahnya. Dia sedar mereka hanyalah pinjaman sementara untuknya.
21 Malique ukir senyuman nipis kepada April. April Qaseh sentiasa yang berada di sisi Malique Nu”aiman di kala susah dan senang. “KAU nak buat kerja part time tak, April?Sementara tunggu result SPM kita keluar nanti,” tutur Malique. Dia mahu memberikan tawaran pekerjaan kepada rakannya memandangkan abangnya, Ian amat memerlukan seorang babysitter untuk anak kembarnya. April mengangkat kepalanya memandang Malique yang sedang menghirup perlahan secawan teh tarik panas. Minuman yang saja baru dihantar oleh pekerja di restoran ini tadi. Restoran ini sudah menjadi tempat biasa untuk mereka lepak. “Asal kau tiba-tiba tanya soalan ni? Kau nak bagi aku kerja ke?” soal April. Malique angguk kepala sekali. “Kau jangan nak bagi kerja yang mengarut dekat aku pulak. Awas!” Larang April. Malique ni bukan boleh percaya pun.
22 “Macam ni April. Kau pun tahu kan yang family aku ni tengah ada problem besar. Semuanya jadi harubiru lepas arwah umi dan babah dah tak ada. Isu paling besar adalah abang aku tu. Aku nak kau jadi babysitter Hana dan Irdina. Anak kembar abang aku.” “Aku on je.Aku suka budak-budak. Hana dan Irdina tu dah la comeyyy. Geram betul aku,” putus April tanpa berfikir panjang untuk menerima tawaran pekerjaan yang diberikan oleh Malique itu. “Mula-mula jaga anak orang. Nanti jaga anak kita pulak ehem. Praktis awal,” kata Malique separuh berbisik. Kononnya macam April tak boleh dengar apa yang dia baru kata tadi. “Kau baru buat pickupline ke tadi, Malique?” Malique mendengus geram. “Ni aku nak tanya sikit.” Terus Malique menukar topik perbualan. “Sikit je boleh.” Potong April laju. “Kau ni tak ada suka sesiapa ke? Sepanjang aku kenal kau...Kau langsung tak pernah cakap pasal lelaki lain dekat aku. Takkanlah kau tak ada crush langsung.” “Takkan semua benda aku nak kongsi dengan kau. Lagi-lagi melibatkan hati dan perasaan.”
23 BAB 5 om kahwin, April! Kau dan aku,” ajak Malique selamba sebaik saja dia melabuhkan duduk di sebelah gadis itu. Sekarang mereka berdua berada di halaman rumah April. Hampir jatuh rahang April mendengar kata-kata Malique beberapa saat yang lalu. Dah kenapa pulak Si Malique ni? Ajak kahwin macam ajak lepak mamak je. Kena sampuk ke apa? Tangan April naik mahu menyentuh dahi Malique. Sekadar mahu memastikan adakah Malique demam atau tidak sehingga bercakap melalut. Namun, belum apa-apa lagi Malique sudah menyemburnya seperti selalu. “Oi haram la! Nak sentuh dahi aku pulak. Tak menyabar betul kau ni. Tunggu kita dah halal nanti barulah boleh sentuh. Dapat banyak pahala. Sekarang ni dosa je yang dapat.” April termalu sendiri. Malique selalu menegurnya daripada pelbagai aspek antaranya suruh dia menutup aurat dengan sempurna. “J
24 “Menutup aurat tu wajib bagi semua wanita muslimah. Kau kena cuba pakai tudung. Paksa diri kau dulu. Tapi, memakai tudung haruslah menutup aurat dengan sempurna. Bukan sekadar kau letak sehelai kain di atas kepala tapi bahagian leher nampak.” Kata-kata yang pernah disampaikan oleh Malique suatu ketika dahulu. Masih terngiang-ngiang lagi di telinganya. Malique selalu menegurnya. “Kau suka merepek.” “Aku tak merepek.” April mengeluh kecil. “Kita baru 19 tahun. Kahwin ni bukan isu yang boleh bawak main. Kau pilih seseorang untuk menjadi peneman hidup kau. Bukan sekejap tapi sehingga ke akhir hayat. Sehingga ke hari tua kita. Lagi satu kau ni cintakan aku sampai nak ajak kahwin?” Malique menarik senyuman. “Kau sanggup tunggu aku selama 5 tahun?” soal Malique beberapa minit kemudian. April toleh kepalanya ke sisi. Dia memandang muka Malique bersama kerutan di dahi. 5 tahun? Ia satu tempoh yang agak panjang.
25 “Aku akan dapatkan pekerjaan yang bagus. Aku nak capai cita-cita aku dulu. Dalam masa lima tahun aku akan ada rumah dan kereta. Kewangan yang stabil untuk melamar kau sebagai isteri aku.” April terdiam. Jikalau tadi dia nampak Malique sekadar bergurau dengannya. Kini, tidak. Malique nampak bersungguh-sungguh mahu menjadikan April isterinya. “Kenapa… aku? Kenapa aku yang kau pilih?” April mahukan kepastian kepada persoalan yang sedang membelenggu fikirannya. Adakah cintanya kepada Malique selama ini berbalas? “Lembap! Kau memang lembap.” Malique pukul kepala April dengan topi hitamnya. Slow betul kawan dia ni. “Tunggu aku. Tak lama pun 5 tahun je.” “Dah la kau! Aku malas nak layan kau. Kau cakap macam ni, esok paginya mesti kau dah lupa apa yang kau cakap semalam. Aku kenal sangat la penyakit lupa kau tu!”
26 April pusing badannya membelakangi Malique. Jantungnya sudah menggila. Bohonglah kata-kata Malique tadi tidak memberikan kesan kepadanya. April tekapkan tangannya di dada. Dia tak mahu letakkan harapan yang tinggi pada janji yang ditabur jejaka itu. Kelak dia juga yang kecewa seandainya janji itu sekadar omongan kosong Malique. “5 tahun bukan sekejap. Dalam masa 5 tahun tu macam-macam boleh berlaku. Aku boleh jatuh cinta pada lelaki lain,” ujar April. Malique angkat punggungnya dari bangku tempat dia duduk. Dia memakai semula topi hitam di atas kepalanya. Sebelah tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluarnya. “Kalau sudah ditadkirkan aku dan kau bukan dijodohkan bersama… Aku terima,” jawab Malique tenang. “Insya Allah. Lagi lama 5 tahun kau akan menjadi milik aku yang sah.” Malique menunduk kepalanya hormat kepada April bersama tangannya dilekapkan di dada. Salam terakhir.
27 Kemudian, jejaka itu mengangkat tangannya ke atas dan melambaikan tangannya kepada April. Lambaian terakhir. Kerana…selepas itu Malique benar-benar meninggalkan April demi mencapai cita-citanya.
28 BAB 6 5 tahun kemudian... alam masa 5 tahun banyak perkara yang berubah. April kini berjaya mempunyai jenama tudungnya sendiri iaitu ‘Bulan’. Teguran Malique suatu ketika dahulu memberikan kesan yang mendalam kepada April. Gadis itu terdetik untuk memakai tudung setahun selepas Malique meninggalkannya. Pada tahun ini usianya sudah menginjak ke 24 tahun. Usia yang dikatakan sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Kata mamanya, Puan Julaila berulang kali. April tahu apa yang dimahukan oleh mamanya. Puan Julaila seringkali memuji Affan. Affan yang baik hati. Affan yang sangat menghormati orang tua. Semuanya tentang kebaikan seorang Affan. Affan yang begitu sempurna di mata Puan Julaila. D
29 April sehinggakan naik menyampah setiap kali nama Affan meniti di bibir mamanya. Ini semua kerana Affan yang datang dari keluarga berada. Ayahnya berpangkat Tan Sri. “April, kenapa kamu diam je?” Soalan yang keluar dari mulut Puan Julaila menyedarkan gadis itu ke realiti. April angkat kepalanya memandang muka mamanya. Fikirannya sudah jauh melayang ke tempat lain sedangkan jasad dia kini berada di meja makan bersama keluarganya dan... Affan. Pilihan hati mamanya. April menggeleng kepalanya sekali membalas kepada soalan mamanya. Selera dia sudah mati apabila mamanya asyik memuji Affan sepanjang mereka makan. Siapa sebenarnya anak kandung Puan Julaila? April ataupun Affan? Semuanya Affan. Argh bosan! “April dengar tak apa yang mama cakap tadi?” Keras intonasi suara Puan Julaila. Dia perasan anak perempuannya langsung tak memberikan tumpuan sejak tadi. Bagaikan berada di dalam dunianya sendiri.
30 “Sorry. April dah kenyang,” kata putus keluar dari mulut April. Tanpa berlama, gadis itu mengangkat punggungnya dari kerusi dan meninggalkan meja makan. Affan menghantar pemergian gadis itu melalui ekor matanya. Bukan sekali dua April berperangai begitu. Sudah banyak kali. Bagaimana caranya untuk Affan menawan hati gadis itu? April sukar untuk didekati mana-mana lelaki. “Awak tengoklah anak awak tu, abang. Degil... Keras kepala! Tak pernah sekalipun dia nak dengar cakap saya!” ujar Puan Julaila kepada suaminya, Encik Khairul. “Sudah la, Ju. Jangan desak anak kita buat benda yang dia tak suka. Dia berhak untuk buat keputusan sendiri,” tegur Encik Khairul. AFFAN merenung susuk tubuh April yang duduk di gazebo laman rumah. Sudah hampir lima minit dia berdiri tegak tidak jauh daripada situ memerhatikan April yang ralit melukis sesuatu di dalam buku sketch nya.
31 Jikalau Affan mendekati April pasti saja gadis itu masuk ke dalam. “Awak lukis apa, April?” tanya Affan dengan nada suara yang lembut. Cubaan untuk menarik perhatian gadis itu. April diam tidak menjawab. Mulutnya tertutup kemas. Dia ingatkan Affan sudah pulang ke rumahnya. Menggangu saja! “Kenapa awak tak suka saya?” April mengoyak senyuman sinis. Soalan yang sangat bagus! Terlalu banyak sebab kenapa dia tak sukakan lelaki bernama Tengku Affan ini. “Awak butakan mata mama saya dengan harta awak. Duit, emas, tiket percutian ke mana-mana saja yang mama saya nak. Awak tunaikan semua permintaan mama saya. Sedangkan awak ni bukan siapa-siapa dalam keluarga kami. Kenapa awak nak laburkan duit awak tu pada mama saya?” Affan membuka mulutnya ingin menjawab soalan April. Namun, April lagi pantas menjawab. “Awak nak ambik hati mama saya supaya dengan mudahnya awak dapat kahwin dengan saya. Awak tahu apa yang mama saya nak, Affan. Tapi awak silap Affan. Saya takkan sesekali jatuh cinta dengan lelaki
32 macam awak. Saya tak pandang pun harta awak! Saya ada duit sendiri! Saya ada bisnes sendiri. Saya boleh bagi duit dekat mama saya sendiri!” April luahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. Affan terdiam. April mengemas segala peralatan melukisnya. Tiada apa lagi yang mahu dikatakan kepada jejaka itu. Affan bukan 100% bersalah dalam hal ini. Semoga apa yang dikatakan tadi dapat menyedarkan Affan. Duit bukan segalanya. April masuk ke dalam bilik tidurnya. Sejurus itu pintu biliknya dikunci. Dia tidak mahu diganggu. Pasti saja Puan Julaila akan datang kepada April dan memujuk anak perempuannya seperti selalu untuk menerima Affan. April ada berselisih dengan mamanya di tangga tadi sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. April meletakkan peralatan melukisnya di atas meja. Matanya jatuh pada sketch book yang terlukis gambar wajah seseorang. Seseorang yang ditunggu selama ini.
33 “Lima tahun dah Malique.” Selama lima tahun itu juga April tidak tahu apa yang terjadi kepada lelaki itu. Malique terus hilang tanpa jejak. Ke manakah Malique pergi? Apakah yang Malique sedang lakukan sekarang? “Aku tak tunggu kau pun. Aku tahu kau mainmain je masa cakap tu. Kau mana pernah serius.”
34 BAB 7 pril hanya mampu menggeleng kepala melihat pekerjanya merangkap pembantunya iaitu Aisya berulang kali mengulang lagu yang sama sejak 30 minit yang lalu. Lagu yang bertajuk ‘Flowers’ nyanyian Miley Cyrus. Nak pelik tapi ini sudah perangai Aisya. Apabila ada lagu yang berkenan di hatinya dia akan repeat lagu sampailah dia puas. “Saya ni sampai dah boleh hafal lirik lagu tu. Tak bosan ke?” tanya April sambil mengeluarkan stok tudung baru yang sampai. “Tak bosan langsung, Kak Bulan!” jawab Aisya laju. Aisya seorang saja yang memanggil April dengan nama ‘kak Bulan’. Nama April yang unik. April Qaseh. A
35 April yang lahir pada 1 haribulan April. “Orang macam kau ni sesuai dengar lagu macam ni,” celah Jannah pula. Salah seorang pekerja April. “Bila Izrail datang memanggil. Jasad terbujur dipembaringan. Seluruh tubuh akan menggigil. Sekujur badan kan kedinginan...” nyanyi Jannah penuh bersemangat. Aisya jeling Jannah tajam. “Baru ada keinsafan dari kau dengar lagu omputeh tu!” ujar Jannah. “Sibuklah minah ni. Dah la suara sumbang,” kutuk Aisya. Mereka berdua daripada dulu memang tak ngam. Ada saja perkara yang nak digaduhkannya. Isu kecik pun diperbesarkan. “Eh eh kau. Jangan nak hina suara.” “Dah dah. Korang kalau gaduh ni sampai ke subuh takkan habis. Sambung buat kerja tu! Jangan mulut je laju bercakap. Tapi tangan tak bergerak langsung,” tegur April tegas.
36 “YA ALLAH kereta ni alahai. Masa aku tengah rushing la dia nak buat hal. Bulan lepas baru service,” rungut April. Sekarang April berdiri di luar kereta Honda HR-V berwarna putih miliknya sambil bercekak pinggang. Jam di pergelangan tangannya dipandang sekilas. “Miss...” Suara itu... Adakah ini hanya mainan perasannya kerana sudah terlalu lama menunggu lelaki itu? Matanya bertembung dengan sepasang mata itu. Renungannya hangat. Malique bersandar pada badan kereta BMW dengan gaya yang santai. Dia memeluk tubuhnya sendiri. Penampilannya berbeza berbanding dulu. Makin bertambah segak dan maskulin. Malique tersenyum segaris. “Rindu aku sangat ke sampai tak berkelip-kelip mata pandang aku?” usik Malique. “Kau…” April kehilangan kata-kata.
37 “Iya, Cik April Qaseh. Ini saya Malique Nu’aiman.” April masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya pada pagi ini. Dia mengelip matanya banyak kali. Malique muncul secara tiba-tiba. Malah langsung tidak ada riak wajah yang terkejut tertampal pada wajah Malique melihat April di tepi jalan. Bagaikan pertemuan ini sudah dirancang. “Cepatlah masuk kereta aku. Kau dah lambat kan?” Sedar-sedar saja Malique sudah membukakan pintu kereta sebelah tempat duduk pemandu untuk April. April masih berdiri tegak di tempat yang sama. Kaku badannya tidak bergerak. “April,” panggil Malique lagi. “Ye ye.” April membolos masuk badannya ke dalam perut kereta BMW milik Malique. Dia masih teragak-agak dengan keputusannya. Ini semua sangat mengejutkan.
38 “Kau... sihat?” soal Malique ringkas setelah beberapa minit berlalu dia dan April berada di dalam kereta yang sedang bergerak. “Sihat,” jawab April sepatah. April membuang pandangan ke luar tingkap kereta. Suasana menjadi kekok setelah beberapa tahun tidak bersua muka. “Pasal kereta kau tu jangan risau. Nanti aku panggilkan mekanik bawak kereta kau ke bengkel.” “Hm.” Malique menaikkan sebelah keningnya ke atas. Tu je yang April balas? Apabila ditanya sepatah saja yang dijawab. “Dah sampai,” maklum Malique setibanya mereka di lokasi yang diberitahu oleh April. Mengambil masa lebih kurang lima belas minit untuk Malique memandu sampai ke sini. April ada photoshoot untuk pelancaran tudungnya yang terbaru di sebuah studio. Kalau diikutkan dia sepatutnya berada di studio pada pukul 9 pagi. Namun, sekarang sudah pukul 9 setengah pagi. Dia betul-betul terlewat!
39 “Terima kasih tumpangkan aku.” April sudah keluar dari kereta Malique dan mengucapkan terima kasih melalui cermin tingkap kereta yang dibiarkan terbuka. “Pukul berapa kau habis?” “Hah?” April jadi blur. “Pukul berapa kau habis ni? Aku ambik kau nanti.” April laju menggeleng kepalanya. “Eh tak payah la! Aku boleh balik naik grab. Aku tak nak susahkan kau. Kau mesti busy.” “April... Kau tak jawab pun soalan aku.” April kemam bibirnya. Aduh Malique ni. Suara Malique saja dah bikin jantungnya menggila. Sudah lama dia tak rasa macam ni bila dekat dengan manamana lelaki. “Hurm… pukul 1 kerja aku dah settle.” “Ok. Cun! Boleh kau teman aku lunch.” Ha sudah. Teman dia lunch pulak.
40 BAB 8 elesai segala urusan kerja April, dia menemani Malique makan tengahari. Mahu tak mahu dia harus akur kerana Malique sudah menolongnya pagi tadi. Tidak banyak perkara yang dibualkan mereka sepanjang makan tengahari tadi. Malique tetap Malique yang dulu. Nakal dan kuat menyakat April. Cuma ini versi Malique yang dewasa. Malique kini berjaya menjadi seorang arkitek. Impiannya daripada dulu lagi. “Bini kau tak marah ke keluar makan dengan aku? Dengan pakej tumpangkan aku naik kereta kau ni?” Soalan itu yang meluncur keluar dari mulut April setibanya kereta Malique berada di hadapan rumahnya. Malique berkeras ingin menghantar April sampai ke rumah. April banyak mendiamkan diri kerana memikirkan status Malique yang masih menjadi rahsia. Dia baru bertemu dengan Malique hari ini setelah lima tahun berlalu. S
41 Sepanjang lima tahun ini pasti Malique akan menjumpai seorang gadis yang berjaya menambat hatinya dan mereka akan bercinta. Kemudian, berkahwin. Kan? Malique buat muka pelik. “Bini? Aku mana kahwin lagi, gila.” “Kalau macam tu kekasih kau tak marah ke?” Cemburu bunyinya. Kalau tak kahwin lagi mesti Malique dah ada someone special dalam hatinya. Malique sembunyikan senyumannya. Hai la... April. “Aku tak ada kekasih lagi. Tapi... bakal ada kekasih dalam masa terdekat ni.” “Ouh.” “Tapi yelah. Siapa je nak pandang lelaki macam aku ni. Masih pakai telefon...” Jeda.
42 Malique menunjukkan harta sesuatu di hadapan mata April. Automatik meluas mata si gadis melihat ‘benda’ tu. “Kau... simpan lagi nokia ni?!” Naik seoktaf nada suara April. Bukan marah tetapi terkejut. Dia pandang tepat ke dalam mata Malique. “Ha’ah. Aku ada nokia je.” Malique mencebik. April mengambil nokia harta khazanah Malique itu lalu dibeleknya lama. Nokia bergelang pink. “Aku ingat bangang kau dah habis. Rupanya ada lagi.” Pecah ketawa April selepas itu. Malique tersenyum melihat April sudah mula ketawa dengannya. Kalau tidak daripada tadi muka April kosong tanpa reaksi. “Ni phone legend tau. Kalau kau baling nokia dekat anjing... KO terus anjing tu. Koma.” “Dulu aku dah suruh kau buang nokia ni. Mana tahu ni barang saka orang.” “Pale otak kau saka.” Mahu saja Malique sekeh kepala April sekali.
43 “Sebelum kau keluar dari kereta aku... Sila tadah tangan kau. Aku nak bagi kau hadiah.” Mengecil mata April merenung Malique. Dia jadi was-was apabila Malique menyuruh dia menadah tangan. Malique ni bukan boleh kira pun perangai setan dia. “Kau nak bagi lipas mati kan?” Dulu Malique sudah pernah mengenakan April dengan meletakkan lipas mati di dalam beg sekolah. “Aku dah insaf.” Malique angkat sebelah tangannya gaya berikrar. April menurut saja. Dia menadah tangannya di hadapan Malique. “Close your eyes.” April pejam matanya. “Nah. Open your eyes.” April buka matanya seperti yang diarahkan Malique. Serta merta melebar senyumannya. Ada coklat Van Houten di dalam tangannya sekarang. “Kenapa... kau bagi aku coklat ni?”
44 “Takkan aku nak bagi kau bunga. Kau mana suka bunga. Kau suka makan coklat.” “Kau ingat lagi?” “Aku tak pernah lupa semua pasal kau. Aku kenal kau bukan setahun dua. Aku kenal kau dari zaman kau berhingus lagi.” Memerah muka April. Mukanya jadi panas membahang kerana kata-kata Malique. “Nampak gaya malam ni ada orang tu akan mimpikan Malique Nu’aiman yang menggoda ni. Angau dah tu.” “Eeee. Perasan betul mamat ni!” “Esok kita jumpa lagi.” “Kenapa kau nak jumpa aku esok?” “Kau lupa ke janji aku lima tahun lepas? Bila aku dah ada kerja, rumah, kereta... Aku akan cari kau semula. Aku nak jadikan kau milik aku yang sah.” Malique mengenyit matanya nakal kepada April.
45 BAB 9 ejak kebelakangan ini April banyak tersenyum seperti gadis yang tengah angau dilamun cinta. Ini gara-gara Malique. Semua orang boleh nampak perubahan April. Hampir setiap hari boleh dikatakan yang Malique dan April akan berjumpa. Pada hujung minggu pula April akan mengikuti Malique ke rumah anak-anak yatim untuk memberikan sumbangan. Malique memang sudah rapat dengan anak-anak di situ bagaikan sudah satu keluarga. “Assalamualaikum...” ucap April ketika melangkah masuk ke dalam rumah orang tuanya. Dia membawa langkah ke arah tangga. Mahu terus masuk ke dalam biliknya. Di luar tadi April lihat kereta mamanya tiada. Cuma ada kereta papanya saja. “Baru balik, April?” tegur Encik Khairul yang duduk di ruang tamu itu bersama tab di tangannya. April toleh kepala ke arah papanya. Dia senyum kecil. “Ye papa. April naik atas dulu eh. Papa dah makan?” S
46 “Belum lagi. Nanti April turun makan sekali dengan papa.” “Baik, pa.” April mendaki anak tangga satu-persatu sehinggalah tiba di tingkat dua. Masuk saja ke dalam biliknya dia terus membersihkan diri. “Fuh. Baru lega dapat berguling-guling atas katil.” Dia mencampak badannya di atas katil. Tangannya didepa luas. Kemudian, nafas lega dihembus. April toleh kepalanya ke sisi. Ada satu balang kaca yang terletak di atas meja lampu sebelah katilnya. Dalam balang kaca itu penuh dengan coklat Van Houten yang diberi Malique setiap kali mereka betemu. April menyimpan coklat-coklat yang diberikan Malique. Dia sudah berjaya mengumpul sebanyak 5 coklat Van Houten. April keluar dari biliknya. Dalam masa yang sama pintu bilik di hadapannya dibuka dari dalam. Dia melihat sepasang kaki panjang. Dia memandang dari bawah sehingga ke atas. Alangkah terkejutnya dia lihat lelaki itu ada di sini. “Argh!!!” April menempik kuat.
47 Malique turut terkejut. Dia bertambah terkejut melihat April yang tidak bertudung itu. Segera dia memusing badannya menghadap ke arah lain. Malique... ternampak rambut April. Dia meraup wajahnya sekali. Bunyi pintu bilik dihempas kuat menghentam gegendang telinga Malique. April tutup mukanya dengan telapak tangan. Dia terkejut nampak Malique tadi. Kelam kabut dia masuk ke dalam bilik semula kerana tersedar tiada kain yang menutupi rambutnya dari penglihatan Malique. “Macam mana dia boleh ada dekat sini?!” “SORRY papa lupa nak beritahu April tadi yang Malique ada dalam rumah kita. Dia nak tumpang solat,” jelas Encik Khairul. Dia benar-benar terlupa nak beritahu anak perempuannya tadi. April menunduk kepalanya memandang makanan di dalam pinggan. Dia menyuap perlahan makanan ke dalam mulut. Daripada mereka mula makan lagi hanya Malique dan Encik Khairul saja yang berbual. “Macam mana papa boleh rapat dengan Malique ni?” soal April. Dia cuma tertanya-tanya kerana Encik Khairul langsung tak kekok melayan Malique sebagai
48 tetamu mereka. Seperti hubungan di antara seorang ayah dan anak. Encik Khairul tersenyum nipis. “Papa selalu jumpa Malique dekat masjid. Dia selalu solat berjemaah dekat masjid. Dari situlah papa makin rapat dengan Malique.” April menjatuhkan kepalanya sekali. Sepanjang dia mengenali Malique, lelaki itu sangat menjaga solatnya dan sering ke masjid. “MALIQUE dah jujur dengan papa yang dia nak jadikan April sebagai isteri dia. Dia sendiri datang mengaku dekat papa yang dia dah lama sukakan April,” ujar Encik Khairul dengan sehela nafas. Ketika itu Malique sudah pulang ke rumahnya. Tinggallah Encik Khairul bersama anak perempuannya. April terbungkam sejenak. Malique sudah selangkah ke hadapan. “Papa tak berhak nak buat keputusan untuk April. Ini soal hati dan perasaan kamu. Papa suka kalau April pilih dia sebagai suami. Sebab, papa yakin dia boleh pikul tanggungjawab dia sebagai seorang suami.”
49 Papa sukakan Malique sebagai bakal menantunya. Manakala mamanya pula sukakan Affan. “Buat solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk,” pesan Encik Khairul. Kata-kata papanya berulang kali bermain di fikiran April. Malique nak halalkan dia. Bukan itu ke yang dia mahukan selama ini. Penantiannya selama lima tahun. Malique yang April mahukan. Dia tutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki kerana Malique.
50 BAB 10 incin yang tersarung elok di jari manisnya diusap. Ini cincin nikahnya. Cincin yang disarung oleh suaminya. April ada melakukan solat sunat istikharah seperti yang disarankan oleh papanya. Pada malam itu juga dia melakukan solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk. Beberapa hari selepas itu, Malique dan April sudah tidak berjumpa. Malique memberikan ruang dan masa kepada gadis itu untuk membuat pilihannya. Apabila tiba harinya, April berikan kata putus untuk memilih lamaran Malique tanpa keraguan. Puan Julaila menentang sekerasnya kerana dia mahukan Affan menjadi menantunya bukan Malique. Rosaklah rancangan Puan Julaila selama ini ingin berbesan dengan keluarga Tan Sri. Kini, April sudah sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya. Majlis mereka diadakan secara ringkas saja. Itu adalah permintaan April sendiri. C