The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Khairina Huda, 2023-12-07 10:27:46

KEKASIH NU'AIMAN

KEKASIH NU'AIMAN

51 “Kita kawan sampai kita kahwin,” ujar Malique. Dia tersenyum pandang isterinya di sebelah. Malique tarik tangan isterinya masuk ke dalam genggamannya. Sejuk tangan April. Pada mulanya April sedikit tersentak kerana tidak biasa lagi. “Kau okay tak?” tanya Malique. April angguk kepalanya sekali. Dia senyum kepada Malique yang sedang memandu kereta. Mereka dalam perjalanan mahu ke rumah Malique.Dia akan pindah masuk ke dalam rumah Malique. “APRIL. Sini,” panggil Malique seraya menepuk ruangan tilam di sebelahnya. “Aku tak habis kemas lagi baju aku,” balas April sambil menggantung bajunya di dalam almari. “Esok boleh sambung. Aku tengok muka kau pun dah penat sangat.” Bukannya Malique tak mahu menolong isterinya. Namun, belum apa-apa lagi April sudah melarang.


52 April mengiyakan saja. Dia mendekati suaminya yang duduk di birai katil. Punggungnya di jatuhkan di atas lantai. Dia duduk dengan gaya bersimpuh di kaki Malique. “Kenapa kau duduk bawah? Aku suruh kau duduk tepi aku la.” Malique pegang tangan isterinya menyuruh bangun. April menggeleng kepalanya. Dia menarik senyuman. “Aku nak duduk bawah. Aku nak tatap muka kau sepuasnya.” Malique jadi segan. Dia menggaru belakang tengkuknya. Tak berkelip-kelip mata April menatap wajah suaminya. “Erk... Kau janganlah pandang aku macam tu,” ujar Malique. Kemudian, dia tutup mata isterinya dengan tangannya. “Malique!!” jerit April. Dia tolak tangan suaminya. “Kau kan suami aku. Aku kenalah menikmati keindahan wajah suami aku ni.” Sambung wanita itu


53 lagi. Dia pegang muka Malique dengan kedua-dua belah tangannya. Diusap setiap inci wajah itu. Hangat pipi Malique. “Kau blushing ke, Malique?” usik April. “Ka... kau ingat perempuan je ke blushing? Le... lelaki pun blushing.” Sedikit tergagap-gagap bicaranya. “Kau nak makan apa malam ni? Aku nak masak.” April berdiri di depan Malique. Kemudian, Malique ikut berdiri sekali. “No! Aku tak bagi kau masak malam ni!” Larang Malique. “Lah kau kenapa? Masak je pun. Bukannya aku nak pergi berperang.” Malique pegang bahu isterinya kemas. Dia tarik isterinya ke katil kemudian bahu isterinya ditekan menyuruh duduk di atas katil. April terpinga-pinga. “Biar aku yang masak malam ni. Kau kena rehat.”


54 “Kau... reti memasak?” April telan air liurnya sendiri. Risau dia memikirkan makanan yang bakal dihidangkan Malique nanti. “Mestilah, sayang. Aku dah lama hidup membujang. Malam ni aku nak bagi kau rasa masakan aku.” Sayang? April tak ambil point sangat apa yang dikatakan Malique tadi kerana panggilan ‘sayang’ tadi lagi menarik perhatiannya. Berbunga hatinya. “Kau tak dibenarkan keluar dari bilik ini.” “Alaaa, Malique. Takkan aku nak tengok kau memasak pun tak boleh,” rayu April. “Tak boleh.” “Kau sebenarnya nak kelentong aku kan. Kau tak bagi aku keluar bilik sebab kau oder makanan kat luar. Lepastu kau berlakon yang kau masak makanan tu,” tuduh April. “Ok lah. Kau boleh tengok aku memasak. Tapi jangan kacau aku!” Malique mengalah gara-gara April menuduhnya membeli makanan di luar. Dia harus buktikan kepada isterinya yang dia memang reti memasak.


55 April tersenyum kemenangan. Dia menerpa ke arah Malique. Tanpa amaran dia memeluk tubuh suaminya erat. Mengeras badan Malique. “Ni hadiah untuk kau, sayang.” Malique membalas pelukan isterinya. “Aku... suka hadiah ni. Terima kasih.”


56 BAB 11 alique terjaga dari lenanya pada jam 4 pagi. Dia turun dari atas katil. Tubuh isterinya yang meringkuk kesejukan itu dia balut dengan selimut sehingga ke paras dada. Malique jatuhkan ciuman di atas dahi April. “Aku sayang kau lebih dari nyawa aku sendiri.” Malique ambil tempat di satu sudut. Dia mula melukis isterinya yang masih lena diulit mimpi. Dengan kedudukan April yang baring menghadapnya, memudahkan kerjanya. Tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk Malique siapkan lukisannya. Lukisan isterinya yang sedang tidur di atas katil. Di hujung kertas itu dia menulis sesuatu. Kekasih Nu’aiman “Kau... buat apa tu Malique? Awalnya kau bangun,” soal April dengan kantuk yang masih M


57 tersisa.Kelopak matanya memberat mahu mencelik lama. Kelihatan Malique duduk di atas sofa bersama sketch book di tangannya dan sebatang pensel. Apa yang Malique buat? “Tak ada apa-apa,” bohong Malique. Dia menyorok lukisan itu di belakang badannya. April menggumam perlahan. “Sekarang pukul berapa Malique?” “4:30.” “Aku mengantuk lagi.” April menguap sekali. “Kau tidurlah balik. Bila dah azan subuh aku kejut kau semula.” April menggeleng kepalanya, enggan. Dia menggeliat badannya malas. Dia tenung Malique lama. “Kau melukis apa tadi?” “Aku lukis isteri aku yang tengah tidur. Air liur basi dia meleleh sampai ke pipi.” Jujur Malique. Membulat mata April. Terus segar matanya boleh celik seluasnya. Laju tangannya naik menyentuh pipi


58 mahu mengelap air liur basi yang dimaksudkan Malique. “Malique tak guna!” April membaling tepat bantal mengenai muka Malique. Pecah berderai ketawa Malique. Suka melihat muka cuak April. “Kalau nak lukis muka aku... Lukis lah waktu aku tengah cantik. Ni masa aku tengah tidur. Erghh!! Buruk!! Tak suka!!” bentak April. “Bagi sini lukisan tu. Aku nak tengok.” Pinta April secara elok dengan nada suara yang lembut. “No no no. Aku takkan bagi.” Malique tak percayakan isterinya. April makin mendekati Malique. Malique sudah bersedia membuka langkah besar untuk melarikan dirinya. “Aku nak tengok sekejap je,” pujuk April. Malique mengoyak senyuman nakal. “Catch me if you can, sayang!”


59 Maka bermulalah sesi kejar-mengejar pengantin baru itu seawal empat pagi. Sekeliling rumah mahu dijelajahnya. “Ya Allah... suamiku ni. Dia ingat ni running man ke nak main kejar-kejar.” Malique mengangkat lukisan itu ke atas sengaja memprovok April. Dia berhenti berlari kerana mahu melihat sejauh mana April boleh lakukan untuk merampas lukisan di tangannya. “Hiyargh!!” April mula mengganas. Dia memanjat belakang badan Malique ketika suaminya tidak bersedia lagi. Tidak seimbang maka mereka berdua bergolek jatuh ke atas lantai. “April ganasnya kau!!” April merampas lukisan itu daripada Malique. Riak wajahnya terus berubah. Dia tergamam. “Malique...” “Hm.” “Cantiknya kau lukis.” April melahirkan rasa kagum melihat lukisan suaminya. Malique sangat berbakat dalam melukis


60 daripada dulu lagi. April sendiri banyak belajar dari Malique. “Bukan aku yang buat lukisan tu cantik. Tapi kau.” “AKU takut Malique! Aku tak pernah naik kuda seumur hidup aku.” Cuak muka April duduk di atas kuda bernama Jimmy ini. Kaku badannya tidak bergerak. Ini semua angkara Malique yang memaksanya menunggang kuda. “Hey, calm down. Inhale exhale... Inhale exhale,” bisik Malique di tepi telinga April. April menarik nafas dalam kemudian dihembusnya. “Aku kan ada.” Malique memeluk tubuhnya isterinya yang menggigil halus itu daripada belakang. Tangannya melingkar di pinggang April dan sebelah lagi tangannya mendarat pada perut April. Sesak nafas April.


61 Malique menarik tangan isterinya bawa menyentuh kepala kuda. Dia mahu April membiasakan diri dan tenang apabila menunggang kuda. “Usap kepala Jimmy ni lembut.” April menurut. Tangan kanannya mendarat pada kepala kuda. Kemudian, dia mengusap lembut bahagian kepala kuda. “Dia suka kau.” Malique ketawa kecil menerima tindak balas Jimmy si kuda. “Sedia?” April toleh kepalanya ke belakang. Malique menghadiahkan renungan lembut kepadanya. April mengangguk kepalanya perlahan selepas itu. Dia basahkan bibir bawahnya yang kering. Dalam kiraan satu, dua, tiga... Kuda yang ditunggang mereka mula bergerak perlahan. “Jangan pejam mata kau, sayang. Ini masanya untuk kita cipta kenangan bersama. Kenangan yang kau akan ingat sampai ke hari tua kita.” Malique berjaya mengusir ketakutan April dengan sentuhan Malique pada tangannya. Malique menyulamkan jari mereka bersama.


62 Mereka bersama menunggang kuda di tepi laut. Malique memeluk erat tubuh isterinya daripada belakang. Jimmy si kuda semakin melajukan lariannya. “Macam mana... Best tak?” tanya Malique ketika mereka berhenti sekejap. Dia menarik muka April memandangnya. April angguk kepala laju. “Best sangat, Malique! Awal tadi je aku takut. Mungkin sebab kau ada sekali dengan aku.” “Aku akan selalu ada untuk kau.” Malique menghadiahkan ciuman di atas dahi isterinya. Dia tersenyum segaris. Ini wanita yang dia cintai sepenuh hatinya. Wanita yang dia jadikan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak mereka kelak. Malique membetulkan selendang isterinya. Beberapa helai rambut April yang terkeluar dari selendang putih itu dimasukkan semula ke dalam. “Aurat kau.” Malique tak pernah gagal membuatkan April tersentuh dengan segala bicara dan tingkah lakunya.


63 Malique memanggil seorang remaja perempuan yang berusia dalam lingkungan 16 tahun. Dia meminta gadis itu menangkap gambar mereka berdua yang masih berada di atas kuda. Malique dan April tersenyum melihat kamera. “Aku sayang kau.” “Aku pun sayang kau.” Moga kisah cinta mereka tidak terhenti sampai di sini saja...


64 BAB 12 ari ini adalah hari yang bermakna buat mereka. April mahu menyambut hari lahir Malique. Dia sudah merancang untuk membuat candle light dinner. Pagi tadi sebelum mereka berdua bertolak ke tempat kerja, April sengaja tidak memberikan ucapan hari lahir kepada Malique. Dia mahu menyimpan wish tu untuk malam ni. Dia ada ‘kejutan’ lain untuk suaminya. Dia sendiri tidak sabar untuk melihat reaksi Malique nanti. Kini, usia perkahwinan mereka sudah masuk 4 bulan. “Mama tak sabar nak beritahu baba nanti.” April mengusap perutnya sambil tersenyum membayangkan reaksi Malique nanti apabila mendapat tahu dia akan bergelar seorang bapa. April baru balik dari klinik untuk memastikan dia benar-benar mengandung atau tidak selepas melakukan pregnancy test semalam. Doktor memaklumkan kepadanya bahawa usia kandungan sudah mencecah sebulan. “Hey.” Suara garau Malique menyapa pendengarannya sekaligus memecahkan lamunan panjang April. H


65 Malique memerangkap tubuh isterinya yang sedang memasak itu. Dia menjengukkan kepalanya melihat apa yang dimasak isteri di atas dapur. “Bila kau balik?” “Baru je. Aku masuk rumah tadi bau masakan kau. Tak sabar nak makan,” ujar Malique. Kau – aku. Panggilan mereka suami isteri masih sama. Tidak berubah walaupun sudah empat bulan berlalu. Malique kekok untuk membahasakan dirinya ‘abang’ dengan April. April pula langsung tidak kesah. “Malique... Aku tengah memasak ni.” Tegas suara April memberikan amaran. Malique dari tadi tak hentihenti mencium pipinya. “Kau masak jelah. Aku nak cium kau sepuasnya. Aku rindu kau. Masa aku dekat tempat kerja tadi aku rindu kau sangat. Aku tak sabar nak balik rumah sebab nak peluk dan cium bini aku.” April tersenyum. Dia memusing badannya menghadap Malique. Dia mengelap tangannya yang basah dengan tuala kecil. Tangan Malique dipegang bawa ke mulutnya.


66 April jatuhkan ciuman di atas kekura tangan suaminya. Malique menarik isterinya lebih rapat ke arahnya sehingga dahi mereka saling bertemu. Kemudian, dia menyelit rambut isterinya yang terjuntai di dahi itu ke belakang telinga. “Kau nak jadi bidadari syurga aku tak, sayang?” bisik Malique lembut. April memandang tepat ke dalam mata suaminya. Beberapa saat kemudian dia menjatuhkan kepalanya sekali menjawab kepada persoalan Malique. Dia merangkul tangannya di leher Malique. “Aku nak jadi bidadari syurga Malique Nu’aiman.” Satu kucupan hangat hinggap di kelopak mata April. Kedua-dua belah matanya dicium oleh Malique. “Aku nak masuk syurga bersama Malique Nu’aiman.” Bibir April bergetar saat mengucapkan ayat itu. April mencelik matanya semula. Dia mendapati mata Malique sudah bergenang dengan air mata. Malique menangis?


67 “Malique...” panggil April sekali. “Ya, sayang.” Malique mengelip matanya laju. Dia cuba untuk menghalang air matanya daripada mengalir. Dia tak mahu isterinya melihat dia menangis. “Aku nak beritahu kau sesuatu...” Jeda. April teragak-agak mahu memberitahu berita kehamilannya kepada Malique. Perlukah dia memberitahu sekarang ataupun malam nanti? April menarik nafas dalam. “Aku sebenarnya...” Malique sabar menanti April melengkapkan ayatnya. “Aku meng...” “Kejap kejap, ada orang call aku.” Malique memotong percakapan April apabila telefonnya berdering menandakan ada panggilan baru masuk.


68 Segera Malique mengangkat panggilan tersebut bersama membawa langkahnya jauh daripada April. April meraup wajahnya sekali. Tak mengapalah. Dia beritahu malam nanti jelah. Dia sambung memasak semula. “APRIL.” “Ya.” “April...” “Ya, Malique. Kau nak apa?” “Saja nak panggil nama kau. Nama kau cantik. April Qaseh.” “Nama kau pun cantik. Malique Nu’aiman. Nu’aiman nama salah seorang sahabat Rasulullah SAW.” An-Nu’aiman ibnu Amr atau Nu’aiman adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Di kalangan para sahabat, Nu’aiman terkenal sebagai sahabat yang suka bergurau sehingga disabdakan baginda :


69 “Nu’aiman akan masuk ke syurga sambil tertawa kerana dia suka membuatku tertawa.” Malique tersenyum. Dia memandang sepuasnya wajah isterinya yang begitu fokus melukis di atas kanvas. April sedang melukisnya yang duduk di atas sofa ini. Ini semuanya atas permintaan Malique sendiri. “Aku bosan la. Apa kata kau describe aku.” “Malique Nu’aiman. Dia seorang penghibur suasana. Kau suka buat lawak bodoh. Sekarang ni dah kurang. Aku rindu perangai gila-gila kau yang dulu. Aku suka berkawan dengan kau sebab kau sangat memahami aku.” “Perkataan handsome mana? Kau lupa nak tambah ayat Malique ni hot mereciks. Sexy gila ada roti berketul-ketul.” April menjulingkan matanya ke atas. “Perasan la kau ni!” Malique mencebik. “Tu kenyataan okeh. Aku dulu siap ada fanclub lagi. Semua junior kat sekolah tergila-gilakan aku. Aku


70 kan terkenal dengan kebijaksanaan dan rupa yang menawan. Siapa je yang takkan tergoda.” April tutup kedua belah telinganya. Tak sanggup dia nak dengar ayat berlagak Malique. Malique ketawa terbahak-bahak. “Kau jealous kan!” “Kenapa aku nak jealous pulak?” “Eleh... Mengaku jelah!” “Lukisan dah siap. Kau nak tengok tak?” April tukar topik perbualan mereka. Malique geleng kepalanya. “Tak tengok pun aku dah tahu lukisan tu handsome.” Sekali lagi Malique memuji diri sendiri. “Aku suruh kau lukis muka aku supaya nanti kau dapat tatap muka aku bila aku dah tak ada nanti.” Sambung Malique lagi. “Gambar kau dalam phone aku berlambak. Apa bezanya?” soal April. Dia pelik dengan permintaan suaminya.


71 “Banyak beza dia, sayang. Lukisan tu kau sendiri yang lukis. Lagi bermakna berbanding gambar aku dalam phone kau. Dengan satu klik je kau tekan.” April menutup mulutnya dengan telapak tangan. Isi dalam perutnya secara tiba-tiba mahu melonjak keluar. Dia berlari masuk ke dalam bilik air. “Eh, sayang!” Cemas suara Malique. Dia pantas mengejar isterinya daripada belakang. Dia mengusap perlahan belakang badan isterinya yang tidak henti muntah itu. “Kau tak sihat ni. Kita pergi klinik eh.” Usai mencuci mulutnya, April memusing badannya. Dia pegang tangan Malique yang ada di pinggangnya. “Aku okay la. Muntah je.” Malique menjegil matanya luas kepada April. “Je kau kata? Kau muntah teruk tadi. Kau ada silap makan ke?” April senyum tawar. Tekaknya masih loya lagi. Bila-bila masa je dia akan muntah sekali lagi. Dia meletakkan kepalanya di dada bidang Malique. Untuk seketika dia memejam matanya.


72 Malique yang memahami kehendak isterinya, diam tidak menggerakkan badannya. Dia mengusap lembut kepala isterinya. “JOM solat berjemaah sekali.” Malique datang ke arah isterinya yang baru keluar dari bilik air. Beberapa minit yang lepas, azan maghrib baru berkumandang. April mengangguk kepalanya. Segera dia menyarung telekung kemudian mengambil kedudukan di atas tikar sejadah yang sudah dibentang oleh suaminya. Mereka saling berpandangan untuk seketika. Malique melayangkan senyuman nipis kepada isterinya sebelum dia mengangkat takbir. Solat berjemaah pada kali ini terasa lain. Itu apa yang dirasa April ketika ini. Suara merdu Malique yang mengalunkan ayat suci Al-Quran menyapa pendengarannya. Sujud rakaat yang terakhir lama dari kebiasaannya. April jadi tertunggu-tunggu apabila


73 suaminya masih diam. Ini sudah lebih lima minit mereka sujud. April perlahan-lahan bangun dari sujudnya. Dia mendapati suaminya masih sujud di atas tikar sejadah. Dia meneruskan sehingga selesai solatnya. April mengesot badannya mendekati suaminya yang langsung tidak bergerak. Masih dalam posisi yang sama sejak tadi. Nafasnya mulai sesak. “Malique...” April sentuh perlahan bahu Malique. Badan Malique jatuh ke tepi dalam keadaan meringkuk. Nafas April bagai direntap untuk seketika. Dia menggeleng kepalanya laju. Takkanlah... Dia mengangkat lembut kepala suaminya kemudian diletakkan di atas ribanya. Mata suaminya terpejam rapat. Tenang saja mukanya. “Malique, ba...bangunlah.” Setitis air matanya mengalir. Dia sudah tidak dapat merasakan denyutan jantung suaminya.


74 Air mata makin lebat mengalir. Hakikat yang sudah tidak dapat diubah ialah jasad di dalam pangkuannya sudah tidak bernyawa. Malique menghembuskan nafas terakhirnya di dalam sujudnya. Ketika lelaki itu sedang beribadat. “Sayang...” Dia usap mata Malique. Dia mahu melihat mata itu terbuka kembali dan merenungnya penuh kasih. “Kau penat sangat ke Malique sampai kau tidur buat selamanya.” Malique Nu’aiman. Dia meninggalkan dunia buat selamanya pada hari yang sama dia dilahirkan di dunia ini. Dia meninggal pada hari yang sangat mulia iaitu hari Jumaat. 10 March.


75 BAB 13 enazah Malique sudah selamat dikapankan dan menunggu untuk disolatkan saja. Satu-persatu ahli keluarga diminta untuk menatap wajah arwah Malique buat kali terakhir. Dikucupnya penuh syahdu. Bermula daripada Rafidah... Nenek angkat kepada lelaki itu. ‘Tenanglah kamu di sana, cu. Tiba masanya untuk kamu berjumpa dengan umi, babah dan ibu bapa kandung kamu. Mereka sedang menanti kamu di sana,’ bisik Rafidah di dalam hati. Apabila giliran semua orang sudah tamat untuk menatap wajah arwah Malique buat kali terakhir, April yang diam duduk di satu penjuru itu melangkah ke arah jenazah arwah Malique. April menghadap jenazah suaminya. Air matanya tidak berhenti mengalir. Wajah suaminya dipandang lama. Wajah arwah Malique sangat berseri-seri. April mencium serata wajah suaminya. Buat kali terakhir. J


76 “Kau nak jadi bidadari syurga aku tak, sayang?” ‘Aku nak jadi bidadari syurga kau. Tunggu aku dan anak kita, sayang.’ Satu perkara yang April amat kesali adalah dia tidak sempat memberitahu suaminya tentang berita kehamilannya. Malique pergi terlebih dahulu tanpa sempat mengetahui dia bakal bergelar seorang bapa. Terasa seperti baru semalam mereka menjadi suami isteri dan hari ini mereka sudah ditakdirkan untuk berpisah selamanya kerana ajal. EMOSINYA tidak stabil. Sudah tiga hari berlalu sejak Malique meninggalkannya. Dia mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dia tak mahu diganggu. Alahan mengandungnya makin teruk. Dia hanya terbaring lemah di atas katil. Tiada lagi air mata yang mampu keluar. Dia sudah cukup berduka dengan pemergian Malique. Dia harus reda melepaskan cintanya pergi. Namun, jauh di sudut hatinya dia masih mengharapkan suaminya hidup.


77 Dia mahukan Malique ada di sisinya saat ini. Memeluk tubuhnya yang sudah tidak berdaya ini. April mencelik matanya perlahan tatkala sinaran cahaya matahari berlumba-lumba masuk menerangi bilik yang gelap ini. Dia mendapati ada sebatang tubuh yang berdiri di depannya. Orang itu yang menarik langsir biliknya. “April sayang bangun.” Mak Su. “Jangan macam ni, sayang.Sampai bila April nak jadi macam ni. Mak Su tak sanggup tengok keadaan April sekarang. Bila disuruh makan, tak nak.” Mak Su mendekati April yang masih terbaring di atas katil itu. Dia membantu April bangun dari baringnya. Dia mengusap lembut muka April yang begitu pucat itu. Apa nak jadi ni? April tersentuh dengan layanan Mak Su kepadanya. Mak Su adalah adik papanya. Masih ada orang yang mengambil berat tentangnya. Sedangkan mamanya langsung tak ambil peduli dengan keadannya sekarang.


78 Buat sementara waktu ini Mak Su menetap di rumah April kerana dia begitu risaukan keadaan anak buahnya yang baru saja kehilangan suami. April sangat memerlukan seorang untuk menemaninya. Tambahan pula, wanita itu sedang mengandung. Pasti saja emosinya tidak stabil. “Makan ye,” pujuk Mak Su. Dia sudah bawakan makanan yang baru dimasak untuk April. April menggeleng kepalanya lemah. Dia tak ada selera untuk makan. “Kamu tak boleh macam ni. Kamu tengah mengandung. Fikirkan anak dalam kandungan ni. Mama dia kenalah makan supaya anak dalam perut ni sihat. Badan April sekarang ni sangat lemah. Makan sikit pun jadi la.” April tak mahu membebankan Mak Su dengan sikapnya. Dia cuma tiada selera untuk makan. Setiap kali dia makan pasti dia akan muntah selepas itu. Perutnya memberontak. “Biar Mak Su yang suapkan.” April menggeleng kepalanya. Dia boleh menyuap makanan sendiri. Sudu di tangan Mak Su diambilnya


79 kemudian dia menyuap nasi masuk ke dalam mulutnya. Hanya dua tiga suap saja yang mampu ditelan April sebelum dia meletakkan sudu kembali ke dalam pinggan. “Terima kasih, Mak Su,” ucapnya dengan nada suara yang lemah. Mak Su tinggalkan April selepas itu kerana dia mahu menghantar pinggan ke dapur. April mengalih bantal di tepinya iaitu bantal yang digunakan suaminya selama ini. Bantal itu dibawa ke hidungnya. Bau Malique. Dia sangat rindukan bau ni. Dia mendapati ada sekeping sampul surat di bawah bantal itu tadi. Surat apa ni? Penuh perasaan ingin tahu yang menebal, dia mengambil sampul surat itu. Matanya jatuh melihat tulisan tangan di atas kertas itu. teruntuk kamu, April… Ini surat untuk dia. Dia segera membuka sampul surat ingin melihat isi kandungannya.


80 April Qaseh binti Khairul, Bidadari syurga Malique Nu’aiman. Terima kasih sayang untuk segalanya. Kau sudi terima lelaki macam aku ni jadi suami kau. Aku sedar ramai lagi lelaki yang layak untuk bersama dengan kau. Aku ni anak yatim piatu, April. Aku tiada sesiapa dalam dunia ni melainkan kau. Kalau aku pergi suatu hari nanti tiada siapa yang akan ingat aku. Maafkan segala kekurangan yang ada dalam diri aku. Kau...Kawan, isteri dan segalanya untuk aku. Kau cukup bermakna dalam hidup aku. Kau sentiasa ada dengan aku daripada dulu. Di saat aku kehilangan segalanya, kau tetap ada di sisi aku. Aku sayang kau lebih dari nyawa aku sendiri.Aku tak pernah putus mendoakan kau supaya Allah lindungi dan pelihara kau dalam rahmatnya. Lima tahun kita berpisah sebab aku nak kejar cita-cita aku. Tak pernah sekalipun aku lupakan kau. April... Kau anugerah yang terindah dalam hidup aku. Kau melengkapi hidup aku. Takdir Allah itu sangat indah. Dia dah susun cantik-cantik perjalanan hidup hambanya. Kau hadir dalam hidup aku sebagai seorang sahabat dan berakhir menjadi isteri aku. Jaga hati kau untuk aku. Jaga iman. Jaga solat. Ingatlah pesanan aku ni sayang ke mana saja kau pergi.


81 Sedar-sedar saja kertas di tangannya sudah basah dengan air matanya. Tulisan tangan Malique berhenti setakat itu. “Malique...” April menunduk kepala ke bawah. Surat tadi masih kemas di dalam genggamannya. Dia menangis teresak-esak sepanjang membaca surat itu. Kehilangan ini terlalu berat untuknya. Dia merebahkan semula badannya di atas tilam dalam posisi mengiring. Dia pandang sepi ruang kosong di sebelahnya. “Aku rindu kau.”


82 BAB 14 Beberapa bulan kemudian... alam masa beberapa bulan ini tiada banyak yang berubah. April meneruskan hidupnya seperti biasa tanpa seorang suami di sisi. Bukan mudah untuk wanita itu mengumpul semangatnya semula setelah apa yang terjadi. Dia melalui fasa yang sukar. Dia kuat demi anak dalam kandungan ini. Kini, dia menghitung hari saja untuk melahirkan anaknya. Anak di dalam kandungan ini satu-satunya ‘hadiah’ terakhir yang ditinggalkan oleh suaminya. “Mama?” Suara April jelas terkejut. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang. Puan Julaila berdiri tegak di depan pintu rumahnya. Kemunculan Puan Julaila sangat tiba-tiba. Kali terakhir April bertemu mamanya 3 bulan yang lepas iaitu ketika dia melawat ibu bapanya. Nak harapkan mamanya yang datang menjenguknya sangat mustahil. D


83 Hubungan dia dengan mamanya tidak beberapa baik. Bukan April tidak mahu pulihkan hubungan mereka anak-beranak. Namun, sikap Puan Julaila yang menyulitkan lagi keadaan. Di saat April jatuh-sejatuhnya selepas Malique meninggal dunia, Puan Julaila tiada di sisi anak perempuannya. Bukan Puan Julaila yang memberikan kata-kata semangat kepada anaknya tetapi orang lain. “Mama... masuklah.” April mempelawa baik kedatangan Puan Julaila ke rumahnya. Tangan mamanya disalam penuh hormat. Sungguh April gembira. Senyumannya melebar. Mata Puan Julaila jatuh melihat perut April yang memboyot besar itu. Kelihatan sudah sarat. Hanya menunggu masa saja. Puan Julaila menarik tubuh anak perempuannya masuk ke dalam dakapannya. Tak menunggu lama untuk April membalas semula pelukan mamanya. Pelukan ini yang dia rindukan. Pelukan seorang ibu. “April rindu mama sangat-sangat.”


84 April menarik tangan mamanya sehingga ke ruang tamu. Disuruh mamanya duduk dahulu di atas sofa. Dia ingin ke dapur membuatkan minuman untuk mamanya. “Tak perlu buatkan air untuk mama. Kamu dah sarat sangat tu,” tegah Puan Julaila. Dia menahan tangan April. “Alaa... buat air je.” “Duduk, sayang. Mama ada benda nak cakap dengan April.” April meletakkan punggungnya di atas sofa. Kedudukannya diselesakan. “Mama nak cakap apa?” “Tak lama lagi kamu akan bersalin kan.” “Ha’ah. April dah tak sabar nak tunggu anak kami ni lahir. April dah scan jantina baby ni. Doktor kata dalam perut ni baby boy. Mesti muka dia handsome macam baba dia nanti.” April begitu teruja. Sesekali dia akan mengusap perutnya.


85 Puan Julaila menarik nafas dalam. Dia datang ke sini bersebab. Moga dia mampu memujuk anaknya agar menerima cadangannya. “Baby dalam perut April tu perlukan seorang ayah.” “Baby dalam perut ni dah ada ayah. Ayah dia Malique.” Tegas suara April nyatakan ayat itu. “Tapi, ayah dia dah mati! Ayah budak dalam perut kamu tu ada dalam kubur sekarang!” Suara Puan Julaila meninggi. April mengelip matanya lemah. Dia tak faham. Kenapa mamanya tiba-tiba saja mahu membangkitkan perkara ini. April tahu mamanya daripada dulu memang tidak menyukai arwah Malique kerana arwah Malique bukan menantu pilihannya. “Dengar sini, April. April muda lagi dan ramai lelaki yang nakkan April. Affan tu masih tunggu April. Dia sampai sekarang setia dengan April. Kenapa April ni buta sangat tak nampak cinta dia daripada dulu.” Riak wajah April terus berubah. Dia tersenyum perit. Mamanya datang ke sini bersebab rupanya. Bodohnya dia kerana terlalu teruja sedangkan


86 mamanya sedang cuba menghasut dirinya untuk menerima Affan. “Cukup, mama.” “Selepas April lahirkan baby ni... April kahwin dengan Affan ye. Takkan April nak besarkan baby tu tanpa seorang ayah. April takkan mampu nak sara hidup baby tu.” April tak boleh mengikut permintaan mamanya. “Takkan ada sesiapa yang boleh ganti tempat Malique.” Puan Julaila mengeluh kasar. “Mama buat semua ni untuk kebaikan April sendiri! Takkan sampai tua kamu nak jadi janda! Kamu setia macam mana sekalipun suami kamu dalam kubur tu akan bangkit semula la. Dia dah mati, April! Kamu yang masih hidup ni kena teruskan hidup.” April angkat punggungnya dari sofa. Dia pandang wajah mamanya untuk sesaat. “Walau apapun yang terjadi April takkan ikut permintaan mama. April boleh besarkan anak kami ni sendiri. April tak suka mama cakap macam tu dekat suami April. Dia selamanya akan jadi suami April. Tiada yang lain. April akan setia dengan arwah


87 Malique sampai akhir hayat April. April cintakan arwah Malique seorang je. Anak dalam perut ni bukti cinta kami.” “Sampai bila mama nak jadi macam ni? April penat la, mama. Penat sangat. Mana mama di saat April perlukan mama? Mama tak ada. Mama langsung tak pedulikan nasib April. April sangat perlukan perhatian mama.”


88 EPILOG ebelum April nak masuk labour room ni. April nak minta maaf dengan semua orang kat sini jikalau April ada buat salah selama ni. Kalau apa-apa terjadi dekat April, boleh jagakan anak kami?” April memandang satu-persatu ahli keluarganya termasuklah pekerjanya. Mak Su, Encik Khairul, Jannah dan Aisyah. “Takkan ada apa-apa terjadi pada April. Insya Allah. Kami akan setiasa doakan April,” ujar Encik Khairul. “Mama memang takkan datang ke, papa?” tanya April. Sejak tadi dia menunggu kedatangan mamanya. Dia mahu sangat berjumpa mamanya. Encik Khairul menggeleng kepalanya. Dia sangat kesal dengan sikap isterinya yang masih tidak berubah. Hatinya terlalu keras. Kerana tidak sanggup melihat wajah sedih April, dia menelefon isterinya. April melekapkan telefon Encik Khairul di telinganya. “S


89 “Assalamualaikum, mama. Mama memang tak nak datang ke? April nak bersalin dah.” “Mama busy la.” April tersenyum tawar. “April nak minta maaf. April bukan anak yang baik untuk mama selama ini. Banyak dosa April dengan mama. Mama orang yang melahirkan April di dunia ni. Mama syurga April. Maafkan, April.” “April...” Puan Julaila kehilangan kata-kata. Dia dapat menangkap bunyi esak tangisan anak perempuannya. “Mama dah lama ampunkan April...” “Puan Qaseh, sila dengar arahan saya. Buat apa yang saya suruh. Kalau saya suruh teran, puan kena teran. Kalau saya suruh puan tarik nafas dan hembus, puan kena buat.” Doktor Sofia sudah bersedia di hadapan April apabila mereka sudah masuk ke dalam labour room. Sarung tangan putih juga sudah tersarung di kedua-dua tangannya. April mengganguk laju.


90 “Puan kena bertenang. Jangan risau. Setiap kali puan teran, setiap kali itu jugak puan kena fikirkan anak puan.” Beberapa orang jururawat yang lain bergerak mengerumuni Doktor Sofia dan April. “Baiklah. Bismillahirrahmanirrahim.” April menarik nafas sedalam-dalamnya bersama lafaz bismillah meniti di bibir. “Ready, puan? Satu, dua, tiga teran!” Arah Doktor Sofia lantang. April mengatur nafasnya. Air mata kesakitan membasahi wajahnya. “Puan teran lagi!” April memejam matanya rapat lalu dengan tenaga yang masih bersisa dia meneran kuat. Dia menggigit bibir bawahnya kuat. “Sikit lagi, puan! Nampak kepala dah! Teran lagi!” “Arghhh!” Serentak dengan teriakan April, kedengaran bunyi bayi menangis memenuhi ruang labour room tersebut. Anak Malique Nu'aiman dan


91 April Qaseh sudah selamat dilahirkan. Seorang bayi lelaki. Mengalir air mata April. Air mata kesyukuran. Pada saat itu juga bayangan wajah suaminya memenuhi kornea mata. Arwah Malique tersenyum manis kepadanya. “Sayang, aku tunggu kau dekat sana. Kau kata nak jadi bidadari syurga aku.” April menarik senyum. “Sa…saya... sayang.” Mikael Nukman bin Malique Nu'aiman. Itu pilihan namanya. Doktor Sofia menyerahkan si kecil Mikael kepada April. Anak kita, sayang... Perlahan-lahan mata April tertutup rapat. Pandangannya terus bertukar gelap dan jantungnya sudah berhenti berdegup. Doktor Sofia laju menepuk bahu April apabila melihat keadaan wanita itu. “Puan? Puan?” Cemas suaranya.


92 Sekali lagi pecah tangisan si kecil Mikael di dalam pangkuan ibunya. Melahirkan di dunia dan berpantang di syurga. Dia lah... April Qaseh. Bidadari syurga Malique Nu'aiman. Kisah cinta kita sampai ke syurga sayang... - TAMAT -


93 Semoga kita semua dikurniakan pengakhiran yang baik (husnul khatimah)


Click to View FlipBook Version