BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
BERKUAT KUASA : JUN 2012
DIKEMAS KINI : JUN 2016
© Hakcipta Institut Pendidikan Guru Malaysia
Semua hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jun 2016
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
JABATAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN SENAT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Diterbitkan oleh :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03 - 8312 6666
Faks : 03 - 8312 6655
e-mail : [email protected]
KANDUNGAN HALAMAN
vii
BIL PERKARA
1
Kata Pengantar Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia 2
1.0 PENGENALAN 3
1.1 Prinsip-prinsip Pentaksiran 3
1.2 Rasional dan Matlamat 3
1.3 Objektif 3
4
2.0 KONSEP PENTAKSIRAN 4
2.1 Konsep dan Tujuan Pentaksiran 4
2.1.1 Pengujian
2.1.2 Pengukuran 6
2.1.3 Penilaian 6
2.1.4 Pentaksiran 7
2.1.5 Tujuan Pentaksiran 8
Pentaksiran untuk Pembelajaran 8
Pentaksiran sebagai Pembelajaran 9
Pentaksiran tentang Pembelajaran 9
2.2 Ciri-ciri Utama Pentaksiran 9
2.2.1 Kesahan 10
2.2.2 Kebolehpercayaan 11
2.2.3 Keobjektifan 12
2.2.4 Kemudahtadbiran
2.2.5 Kebolehtafsiran 12
2.3 Ujian rujukan kriteria dan ujian rujukan norma 18
2.3.1 Ujian rujukan norma 19
2.3.2 Ujian rujukan kriteria 21
2.4 Konsep taburan lengkung normal 22
2.5 Taksonomi Bloom : Aras Kemahiran Domain Kognitif,
Afektif, dan Psikomotor
2.5.1 Domain Kognitif
2.5.2 Domain Afektif
2.5.3 Domain Psikomotor
2.6 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
2.7 Pentaksiran KBAT
iii
BIL PERKARA HALAMAN
3.0 KERJA KURSUS 23
3.1 Kerangka Pembinaan Ilmu 23
3.1.1 Persekitaran Pembelajaran 24
3.1.2 Proses Pembinaan Ilmu 26
3.1.3 Bimbingan 27
3.2 Ciri-ciri Kerja Kursus 27
3.3 Jenis Kerja Kursus 29
3.4 Pelaksanaan Kerja Kursus 29
3.4.1 Prosedur Pentaksiran Kerja Kursus 29
3.5 Penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan (JST) 31
3.5.1 Penggubalan Tugasan Kerja Kursus 32
3.5.2 Penyediaan Rubrik atau Skema Pemarkahan (SP) 35
3.5.3 Prosedur Ujian Amali Berpusat
4.0 PENGGUBALAN ITEM 36
4.1 Ciri Item Yang Baik 36
4.1.1 Kesahan 36
4.1.2 Kebolehpercayaan 38
4.2 Ciri Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 38
4.3 Jenis-jenis Item 38
4.3.1 Item Objektif 38
4.3.1.1 Aneka Pilihan 39
4.3.1.2 Aneka Gabungan/Item Cantuman 41
4.3.1.3 Panduan Pembinaan Item Aneka Pilihan 43
4.3.2 Item Subjektif 43
4.3.2.1 Item Berstruktur 44
4.3.2.2 Item Respons Terhad 44
4.3.2.3 Item Respons Terbuka 44
4.3.2.4 Panduan Umum Penggubalan Item Berstruktur 44
4.3.2.5 Panduan Penggubalan Item Sbjektif (Item
Respons Terhad dan Item Respons Terbuka) 46
4.3.3 Panduan Aspek Teknikal 48
4.4 Skema dan Rubrik Pemarkahan 50
4.4.1 Kaedah Pemarkahan 50
4.5 Rubrik Pemarkahan
iv
BIL PERKARA HALAMAN
5.0 PEMERIKSAAN DAN MODERASI 52
5.1 Pemeriksaan analitik 52
5.2 Pemeriksaan holistik 52
5.3 Penyelarasan Sebelum Pemeriksaan (Penyelarasan Skema
Pemarkahan dan/atau Rubrik) 52
5.3.1 Kerja Kursus 53
5.3.2 Peperiksaan 54
5.4 Moderasi Semasa Pemeriksaan 54
5.4.1 Kerja Kursus 55
5.4.2 Peperiksaan 56
5.5 Moderasi Selepas Pemeriksaan 56
5.5.1 Kerja Kursus 57
5.5.2 Peperiksaan
6.0 KAWALAN MUTU PENTAKSIRAN 57
6.1 Kawal Mutu Pelaksanaan Kerja Kursus 57
6.1.1 Format Kerja Kursus 58
6.1.2 Panduan Semakan Taburan Markah Kerja Kursus 58
6.1.3 Verifikasi Pelaksanaan Kerja Kursus 59
6.1.4 Carta Alir Pelaksanaan Kerja Kursus 60
6.2 Kawal Mutu Penggubalan Kertas Peperiksaan dan Skema
Pemarkahan 61
Carta Alir Proses Kawal Mutu Kertas Peperiksaan dan
Skema Pemarkahan oleh Pemeriksa Luar In-House (iEE)
7.0 PENUTUP 62
BIBLIOGRAFI 63
64
PENGHARGAAN 64
PANEL PENGGUBALAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN (BERKUAT KUASA JUN 2016)
LAMPIRAN 65
Lampiran 1 - Format Jadual Spesifikasi Ujian (JST),
69
Soalan Tugasan dan Panduan Pemarkahan 70
Lampiran 2 - Borang Maklum Balas Kerja Kursus
Lampiran 3 - Panduan Memberikan Maklum Balas Kerja
Kursus
v
BIL PERKARA HALAMAN
Lampiran 4 - Borang Markah Kerja Kursus (LAM-PT-06-01) 71
Lampiran 5 - Borang Moderasi (LAM-PT-06-02) 72
Lampiran 6 - Contoh Borang Moderasi 73
Lampiran 7 - Laporan Panel Moderasi (LAM-PT-06-03) 74
Lampiran 8 - Laporan Kes Gagal (LAM-PT-06-04) 75
Lampiran 9 - Instrumen Penggubalan Draf Kertas Peperiksaan 76
dan Skema Pemarkahan (LAM-PT-06-05)
vi
KATA PENGANTAR
REKTOR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Buku Panduan Pentaksiran ini dihasilkan untuk mendepani perubahan yang ketara dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan siswa pendidik. Panduan ini
memfokuskan kepada amalan baik pentaksiran pelajar iaitu perkaitan antara pentaksiran
dan pembelajaran, kaedah pentaksiran serta pengurusan pentaksiran pelajar.
Selaras dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
untuk mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan, Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) telah mengambil langkah untuk mengukuhkan kurikulum program
pendidikan guru. Sehubungan itu, bidang pentaksiran juga turut diperkasakan agar guru
berilmu pengetahuan, pakar dalam bidangnya, menguasai teknik pengajaran yang relevan
dan kemahiran terkini selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Pelaksanaan
pedagogi abad ke-21 yang berunsur futuristik, fleksibel dan dinamik dalam kurikulum
pendidikan guru turut memberi implikasi terhadap jenis, kaedah dan kualiti pentaksiran.
Justeru itu, graduan IPGM berupaya membuat lonjakan kepada pembaharuan yang lebih
cemerlang dan terbilang seterusnya memberikan impak signifikan untuk keberhasilan murid.
IPGM dalam usaha memartabatkan pendidikan guru memberi fokus kepada pentaksiran
autentik yang menjurus kepada kecerdasan pelbagai, teknologi, kepelbagaian literasi dan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Usaha sedemikian sudah pasti dapat menyumbang
kepada hasrat kerajaan dalam Pembinaan Negara Bangsa ke arah melahirkan modal insan
secara holistik. Kejayaan penerapan elemen KBAT dalam pentaksiran siswa pendidik amat
bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak.
Kerjasama dan komitmen ini diperlukan bagi menaik taraf kualiti pendidikan guru di
Malaysia, seterusnya mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti mana yang ditegaskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada panel yang telah berjaya menghasilkan Buku
Panduan Pentaksiran Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia serta
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku ini. Semoga Allah sentiasa
memberkati usaha murni ini. Sekian, terima kasih.
Salam hormat dan selamat maju jaya.
Dr. AZIAN T.S. ABDULLAH
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
vii
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
1.0 PENGENALAN
Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang pembelajaran dan
pembinaan ilmu siswa pendidik. Pentaksiran di Institut Pendidikan Guru (IPG) juga bertujuan
menentukan prestasi dan pencapaian siswa pendidik bagi penganugerahan sijil.
Buku Panduan Pentaksiran Institut Pendidikan Guru (IPG) ini digunakan untuk program
perguruan Praperkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan berdasarkan P.U.(A) 388
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Institut-Institut Pendidikan Guru) 2010. Buku panduan ini
bertujuan untuk membantu pensyarah menguruskan pelaksanaan dan penilaian kerja kursus
dan peperiksaan siswa pendidik secara terancang, sistematik dan berkualiti.
1.1 Prinsip-prinsip Pentaksiran
1.1.1 Pentaksiran formatif dan sumatif berdasarkan rujukan kriteria dan rujukan
norma dilaksanakan.
1.1.2 Pentaksiran berdasarkan Taksonomi Bloom yang disemak semula (Anderson
& Krathwohl, 2001) digunakan untuk komponen kerja kursus dan
peperiksaan.
1.1.3 Pentaksiran merangkumi pelbagai kaedah, formal atau tidak formal untuk
mencapai hasil pembelajaran setiap kursus.
1.1.4 Pentaksiran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan
melibatkan pemikiran aras tinggi bagi mengukur pencapaian hasil
pembelajaran setiap kursus.
1.1.5 Pentaksiran dilaksanakan dengan pelbagai kaedah terkini bagi menilai tahap
intelektual dan kemahiran generik pelajar melibatkan domain kognitif,
psikomotor dan afektif.
1.1.6 Pentaksiran amali dilaksanakan secara berterusan bagi kursus yang
berteraskan kemahiran bertujuan mengukur kebolehan pelajar
mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam bentuk penguasaan kemahiran
psikomotor, kemahiran manipulatif, kreativiti dan sikap.
1.1.7 Amalan pentaksiran disampaikan dengan jelas kepada pelajar dan pensyarah.
Setiap kursus yang ditawarkan, menyatakan dengan jelas dan terperinci
objektif, bentuk, wajaran pentaksiran bagi membolehkan pelajar merancang
pembelajaran mereka.
1
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
1.1.8 Tugasan pentaksiran perlu autentik dan sesuai dengan konteks disiplin ilmu
dan profesional. Pentaksiran pelajar akan dinilai berdasarkan pencapaian
pelajar mengikut kriteria dan piawaian yang ditetapkan selaras dengan hasil
pembelajaran.
1.1.9 Pentaksiran juga berasaskan keperluan khusus individu pelajar dengan
mengambil kira isu-isu ekuiti dan inklusif untuk memastikan setiap pelajar
diberi hak pendidikan yang sama.
1.1.10 Tugasan pentaksiran dan hasil tugasan perlu dimoderasikan oleh rakan
akademik sebagai maklum balas amalan terbaik.
1.1.11 Pentaksiran perlu dikemas kini sejajar dengan hasil pembelajaran program
atau atribut graduan.
1.1.12 Program pembangunan profesionalisme berterusan yang berkaitan dengan
reka bentuk, pelaksanaan dan moderasi pentaksiran perlu disediakan untuk
kakitangan akademik.
1.2 Rasional dan Matlamat
Pelaksanaan kerja kursus dan peperiksaan merupakan keperluan untuk
mengoptimumkan perkembangan siswa pendidik dalam aspek peningkatan ilmu dan
keterampilan ikhtisas, pemupukan nilai dan amalan profesional. Penilaian kerja kursus
dan peperiksaan juga membantu siswa pendidik membina daya fikir yang kreatif dan
inovatif.
Pelaksanaan kerja kursus dan peperiksaan bertujuan untuk mentaksir kebolehan
siswa pendidik dari segi pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran,
keupayaan siswa pendidik membuat pemindahan pembelajaran dalam konteks
sebenar di sekolah serta penerapan nilai dan etika keguruan. Pelaksanaan kerja
kursus dan peperiksaan juga dapat mengukuhkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh pengajian.
2
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
1.3 Objektif
Panduan Pentaksiran ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :
(a) Menghasilkan satu sistem kawalan mutu penggubalan kertas peperiksaan dan
kerja kursus yang mantap.
(b) Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kertas peperiksaan dan kerja
kursus.
(c) Memperincikan cara penggubalan item, skema pemarkahan dan pemeriksaan
skrip jawapan dan kerja kursus.
(d) Membantu dalam penggubalan item peperiksaan dan kerja kursus yang
mematuhi kehendak format dan kriteria penggubalan yang ditetapkan.
(e) Menyeragamkan penyediaan kertas peperiksaan dan kerja kursus untuk
semua kursus yang ditawarkan oleh IPG.
2.0 KONSEP PENTAKSIRAN
2.1 Konsep dan Tujuan Pentaksiran
Pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran merupakan empat konsep asas
pentaksiran pendidikan yang mempunyai makna yang berbeza tetapi saling berkaitan.
2.1.1 Pengujian
Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur
perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu
terhadap pembelajarannya. Pengujian bertujuan untuk menentukan
pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan berguna
dalam usaha menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai.
Pengujian dapat dilaksanakan dengan cara mengadakan pemerhatian, ujian
bertulis atau ujian lisan. Pengujian biasanya dilaksanakan selepas satu atau
beberapa pelajaran diajar.
2.1.2 Pengukuran
Pengukuran adalah suatu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar dalam
pembelajaran. Pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan
pencapaian dan kedudukan antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran.
3
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Hasil pengukuran amat berguna untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan
siswa pendidik dalam jurusan yang sesuai. Pengukuran berlaku dengan
pengiraan markah selepas ujian ditadbirkan.
2.1.3 Penilaian
Penilaian merupakan proses memperoleh maklumat dan menggunakannya
untuk membuat keputusan. Penilaian bertujuan untuk memberi maklumat
tentang pencapaian pelajar, objektif pembelajaran, kaedah mengajar, dan
pelaksanaan kurikulum. Penilaian berguna sebagai maklum balas bagi
menambahbaik kurikulum, mengesan punca kelemahan, dan membuat
ramalan terhadap pencapaian siswa pendidik. Penilaian dibuat berdasarkan
jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan (statistik).
Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran
dan pembelajaran. Penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian,
pengukuran, penganalisisan, dan membuat kesimpulan.
2.1.4 Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang
prestasi pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran adalah
proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pelajar dalam
pembelajaran.
2.1.5 Tujuan Pentaksiran
Pentaksiran mempunyai beberapa tujuan. Secara umumnya, tujuan ini boleh
dikelompokkan kepada tiga kategori utama, iaitu pentaksiran untuk
pembelajaran (assessment for learning); pentaksiran sebagai pembelajaran
(assessment as learning); dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment
of learning).
(a) Pentaksiran untuk Pembelajaran (Assessment for Learning)
Pentaksiran untuk Pembelajaran melibatkan pensyarah menguji pengetahuan,
pemahaman dan kemahiran siswa pendidik sebagai bukti maklum balas
terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah. Ia juga dikenali sebagai
pentaksiran formatif dan berlaku sepanjang tempoh proses pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan pembelajaran dan kefahaman siswa pendidik
terhadap pembelajaran.
4
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Pentaksiran untuk Pembelajaran adalah proses mencari dan mentafsir bukti
untuk digunakan oleh siswa pendidik dan pensyarah dalam membuat
keputusan pada peringkat siswa pendidik berada dalam pembelajaran mereka
dan menunjukkan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan
pembelajaran seterusnya (Assessment Reform Group, 2002).
Pentaksiran untuk Pembelajaran bertujuan untuk:
x membantu siswa pendidik untuk membuat refleksi dan belajar dengan
lebih berkesan dan bukan pencapaian markah dan gred semata-mata.
x melibatkan aktiviti pentaksiran secara formal dan tidak formal sebagai
sebahagian daripada proses pembelajaran dan maklum balas untuk
perancangan pembelajaran akan datang.
x merangkumi matlamat yang jelas untuk aktiviti pembelajaran.
x membekalkan maklum balas efektif yang dapat memotivasikan siswa
pendidik untuk penambahbaikan.
x mencerminkan kepercayaan bahawa semua siswa pendidik boleh
memperbaiki diri.
x menggalakkan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya
sebagai rutin dalam kelas.
x memberikan maklum balas kepada pensyarah, siswa pendidik dan
ibubapa tentang prestasi.
(b) Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)
Pentaksiran sebagai Pembelajaran berlaku apabila siswa pendidik membuat
refleksi dan memantau pencapaian mereka sendiri bagi tujuan menambah baik
pembelajaran mereka. Pentaksiran ini bertujuan untuk mengukuhkan
pembelajaran dalam kalangan siswa pendidik melalui proses pentaksiran yang
dilalui, terutamanya dalam pentaksiran prestasi. Melalui pentaksiran kendiri
dan rakan sebaya, siswa pendidik berpeluang membuat refleksi tentang
pembelajaran mereka serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sendiri
dan membuat penerokaan kendiri seterusnya.
(c) Pentaksiran tentang Pembelajaran (Assessment of Learning)
5
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Pentaksiran tentang Pembelajaran berlaku apabila pensyarah menggunakan
bukti (evidence) pembelajaran siswa pendidik untuk membuat pertimbangan
(judgement) terhadap pencapaian siswa pendidik berdasarkan sesuatu
standard. Pentaksiran jenis ini dibuat untuk tujuan:
i. Akauntabiliti/Kebertanggungjawaban kepada masyarakat
Pencapaian dan perkembangan siswa pendidik perlu dilaporkan kepada
ibu bapa, masyarakat dan pihak pentadbir.
ii. Pensijilan
Pensijilan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
iii. Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Ciri-Ciri Utama Pentaksiran
Untuk membina ujian yang baik, setiap pensyarah harus memahami prinsip
pentaksiran dan ciri-ciri penting suatu ujian yang baik. Antara ciri-ciri yang perlu
diambil kira termasuk instrumen atau alat yang digunakan untuk pentaksiran,
kumpulan siswa pendidik yang ditaksir, respons siswa pendidik, kumpulan
yang menaksir serta skor yang diperoleh selepas pentaksiran.
Ciri-ciri ujian yang baik termasuk:
x Kesahan
x Kebolehpercayaan
x Keobjektifan
x Kemudahtadbiran
x Kemudahtafsiran
2.2.1 Kesahan
Kesahan merujuk kepada sejauh manakah sesuatu ujian itu benar-benar
menguji perkara-perkara yang hendak diuji. Secara ringkas, ia bermaksud
sesuatu ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan
ujian adalah berdasarkan tujuan ujian itu diadakan. Terdapat empat jenis
kesahan seperti berikut:
6
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Rajah 1. Jenis kesahan
Kesahan
Kandungan
Kesahan Kesahan Kesahan
Konstruk Ramalan
Kesahan
Serentak
2.2.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian yang ada
ketekalan atau ketetapan dalam skor ujian. Secara ringkas, kebolehpercayaan
ujian merujuk kepada ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama
yang ditadbir pada masa yang berlainan. Sebagai contoh, seorang calon
memperoleh 80 markah untuk ujian Matematik dan kemudian memperoleh
markah yang sama apabila ujian yang sama ditadbir selepas seminggu. Dalam
kes ini, ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Satu sifat yang perlu diberi perhatian adalah kebolehpercayaan merupakan
satu keperluan tetapi ia bukan satu syarat yang cukup untuk kesahan. Satu
ujian yang memberi keputusan yang tidak konsisten tidak mungkin dapat
memberikan maklumat sah tentang prestasi yang diukur. Selain daripada itu,
keputusan-keputusan ujian yang konsisten mungkin mengukur sesuatu yang
salah atau digunakan dalam cara yang tidak sesuai. Ini kerana
kebolehpercayaan ujian mudah dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti emosi,
tempat ujian, situasi sekitar, kesihatan, masa dan keselamatan item ujian.
Secara umumnya, terdapat empat kaedah untuk menentukan
kebolehpercayaan seperti berikut:
x Uji-Ulang uji (test-retest)
7
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
x Bentuk setara (equivalent forms method)
x Bahagi dua (split half)
x Kuder-Richardson
2.2.3 Keobjektifan
Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana pemeriksa dapat
memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang mempunyai
jawapan yang sama. Sekiranya pemeriksa boleh memberikan markah yang
sama kepada jawapan-jawapan yang sama mengikut skema pemarkahan,
maka ujian ini boleh dikatakan mempunyai ciri keobjektifan yang amat tinggi.
Ujian objektif merupakan ujian yang mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi
kerana pemarkahan tidak dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan emosi
seseorang pemeriksa. Manakala ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang
rendah kerana skor yang diberi mungkin akan berbeza daripada seorang
pemeriksa dengan yang lain walaupun mereka diberi kertas jawapan yang
sama.
Maka, pensyarah perlu memastikan keobjektifan dalam ujian subjektif dengan
menyedia dan membekalkan skema pemarkahan untuk digunakan oleh semua
pemeriksa bagi sesuatu ujian. Selain itu, mesyuarat penyelarasan
pemeriksaan perlu diadakan supaya pemeriksa boleh menyelaras
pemarkahan. Moderasi pemarkahan juga dilaksanakan untuk mengurangkan
perbezaan dalam skor yang diberikan.
2.2.4 Kemudahtadbiran
Kemudahtadbiran merujuk kepada kelicinan pelaksanaan ujian di dalam
dewan peperiksaan. Ini bermakna ujian harus memenuhi syarat-syarat dan
keperluan menguji serta tidak menimbulkan kesulitan kepada siswa pendidik.
Kemudahtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik
peperiksaan, pengedaran kertas soalan, memberi arahan, pengawasan,
pengutipan skrip-skrip jawapan serta pemarkahan. Selain daripada itu, arahan
yang jelas dan mudah serta tempoh masa ujian perlu diberi perhatian.
2.2.5 Kebolehtafsiran
Ciri-ciri kebolehtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana hasil
pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan jelas mengikut objektif penilaian.
8
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Ini bermakna keputusan ujian itu haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsirkan
supaya dapat memberi gambaran yang jelas serta tepat bagi aspek-aspek
berikut:
x Pencapaian siswa pendidik
x Kekuatan dan kelemahan pembelajaran siswa pendidik
x Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
x Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan bantuan mengajar
yang digunakan
x Kesesuaian aras kesukaran item ujian
Secara ringkas, kemudahtafsiran bermaksud bahawa markah yang diperolehi
dapat ditukar kepada data statistik seperti min, sisihan piawai dan skor piawai.
Data yang ditafsir dengan betul dan diaplikasikan secara berkesan akan
menyumbang ke arah penentuan keputusan yang lebih tepat untuk tindakan
susulan.
2.3 Ujian Rujukan Kriteria dan Ujian Rujukan Norma
Terdapat dua jenis penilaian iaitu ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.
2.3.1 Ujian Rujukan Norma
Ujian rujukan norma biasanya digunakan untuk menentukan prestasi individu
berdasarkan alat pengukuran yang sama. Tujuannya adalah untuk
membezakan antara individu, ataupun antara kumpulan supaya
pemeringkatan dapat ditentukan mengikuti pencapaian masing-masing.
Prestasi semua siswa pendidik dalam suatu peringkat di sesebuah kampus
boleh dibandingkan dengan siswa pendidik lain pada peringkat yang sama di
kampus yang lain.
Gambaran prestasi yang diperolehi demikian adalah relatif dan hal ini
menyebabkan ujian rujukan norma juga dikenali sebagai ujian pencapaian
relatif. Dalam ujian ini seringkali markah lulus tidak ditetapkan. Sebaran
prestasi keseluruhan kumpulan itu menentukan beberapa kategori
pencapaian. Oleh itu, markah lulus dan taraf pencapaian mungkin berbeza dari
setahun ke setahun dan dari satu kursus ke satu kursus yang lain.
9
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Dalam ujian rujukan norma, item-item ujiannya dibina berdasarkan objektif-
objektif tingkah laku bidang kognitif yang meliputi aras mudah ke aras sukar.
Bilangan item mudah, sederhana dan susah biasanya dalam nisbah 25%: 50%
: 25%. Dengan ini taburan skor atau keputusan pencapaian siswa pendidik
dijangka adalah berbeza-beza dan akan membentuk graf taburan normal.
Contoh ujian rujukan norma ialah Peperiksaan Akhir Tahun / Akhir Semester
Institut Pendidikan Guru. Peperiksaan berpusat kendalian IPGM biasanya
adalah dalam kategori ujian norma ini. Justeru itu, ujian rujukan norma
mempunyai ciri-ciri penilaian sumatif.
2.3.2 Ujian Rujukan Kriteria
Pencapaian siswa pendidik diukur berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Ujian rujukan kriteria adalah berdasarkan standard atau taraf prestasi yang
ditetapkan untuk dicapai oleh individu sebagai pengukur prestasi diri sendiri
tanpa pengaruh bandingan dengan prestasi individu atau kumpulan lain. Skor
individu itu memberi makna tanpa bergantung kepada perbandingan dengan
skor individu yang lain.
Dalam ujian jenis ini, pensyarah boleh menentukan kriteria atau standard yang
harus dicapai oleh siswa pendidik dalam satu-satu unit pembelajaran.
Contohnya, “Pelajar dapat menjawab tujuh daripada sepuluh soalan yang
diberi” atau “Pelajar dapat menjawab dengan betul 70 peratus item-item yang
diberi.” Sekiranya pelajar tersebut dapat mencapai kriteria yang ditetapkan
dengan memuaskan, pelajar berkenaan bolehlah meneruskan
pembelajarannya ke tahap yang lebih tinggi. Dalam hal ini, markah lulus telah
ditentukan berpandukan kriteria yang telah ditetapkan.
Ujian rujukan kriteria amat sesuai bagi menguji kemahiran-kemahiran asas
seperti membaca dan mengira. Dalam penilaian pelajar-pelajar pendidikan
khas misalnya, ujian rujukan kriteria adalah lebih popular kerana ciri-ciri
penilaian itu lebih bersifat menilai kebolehan berdasarkan kemahiran-
kemahiran tertentu dalam sesuatu masa. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan
pembelajaran masteri (mastery learning). Oleh itu, ujian rujukan kriteria lebih
bersifat formatif.
10
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Sebagai kesimpulan, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, ujian
rujukan kriteria dan ujian rujukan norma adalah penting untuk menentukan
pencapaian individu itu sendiri (norma) dan juga pencapaian antara individu
(kriteria).
2.4 Konsep Taburan Lengkung Normal
Taburan lengkung normal merupakan satu keluk yang berbentuk seperti loceng yang
tertangkup. Graf taburan lengkung normal merupakan taburan satu set skor yang
menunjukkan kekerapan (frekuensi) pencapaian siswa pendidik yang memusat di
tengah graf. Contoh graf taburan lengkung normal adalah seperti Rajah 2 di bawah
ini yang memaparkan maklumat mengenai taburan ketinggian. Kekerapan taburan
dapat dilihat berada pada tengah graf.
Taburan Ketinggian
F
r
e
k
u
e
n
s
i
Kategori Ketinggian
Rajah 2. Graf taburan lengkung normal
Manusia secara umumnya memiliki sifat-sifat dan kebolehan yang berbeza. Antaranya
ialah sudut pandang, cara berfikir dan kecerdasan intelektual (I.Q). Justeru sesuatu
proses pentaksiran yang baik sewajarnya dapat menjelmakan kelainan-kelainan
keupayaan manusia dalam bentuk taburan lengkung normal. Dalam konteks IPG,
penilaiannya adalah berbentuk rujukan norma. Penilaian bentuk begini akan
menghasilkan beberapa kategori pelajar seperti cemerlang, sederhana dan rendah.
Rubrik dan skema pemarkahan pula mestilah bersifat spesifik dan terperinci sehingga
berupaya untuk mendiskriminasikan siswa pendidik kepada tahap-tahap tersebut.
Kriteria rubrik dan skema pemarkahan mestilah dapat menilai item-item atau tugasan
kerja kursus secara yang tepat dan adil.
11
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Di IPG, penilaian adalah berbentuk rujukan norma kerana kita ingin membezakan
antara pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah. Lantaran itu kita ada keputusan
cemerlang, kepujian dan lulus untuk peringkat diploma; bagi peringkat ijazah, kita ada
ijazah kelas pertama, kedua bahagian atas dan bawah, dan kelas ketiga. Oleh itu,
taburan markah kita perlu mengikut graf normal.
2.5 Taksonomi Bloom: Aras Kemahiran Domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor
2.5.1 Domain Kognitif
Bloom (1956) telah mengenal pasti enam peringkat dalam domain kognitif.
Bermula daripada ingat kembali fakta, iaitu aras paling rendah melalui
peringkat mental yang lebih kompleks dan abstrak hingga aras paling tinggi
yang diklasifikasikan sebagai penilaian. Namun pada tahun 1990-an,
sekumpulan ahli psikologi yang diketuai Anderson, telah mengemaskinikan
taksonomi untuk mencerminkan kerelevanannya pada abad 21. Rajah 3
berikut menunjukkan taksonomi asal dan taksonomi baharu yang telah
disemak semula pada tahun 2001.
Asal (1956) Semak semula (2001)
Mencipta
Menilai
Menganalisis
Mengaplikasi
Memahami
Mengingat
Rajah 3. Taksonomi Bloom asal dan Taksonomi Bloom yang telah disemak semula (2001)
Rujukan: Anderson, L. W., & Krathwohl D. R. (eds.) (2001). A taxonomy for learning, teaching,
and assessing: A revision of Bloom's Taxonomy of educational objectives. New York:
Longman.
Antara perubahan dalam taksonomi termasuklah aras kemahiran keenam-
enam kategori ditukarkan daripada kata nama kepada kata kerja. Oleh sebab
12
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
taksonomi menggambarkan bentuk pemikiran dan pemikiran merupakan
proses aktif, maka penggunaan kata kerja adalah lebih tepat. Semua aras
diganti dengan kata kerja dan aras sintesis dan penilaian disusun semula. Ciri-
ciri penting soalan mengikut aras kemahiran domain kognitif mengikut
Taksonomi Bloom yang disemak semula oleh Anderson dan Krathwohl (2001)
adalah seperti dalam Jadual 1 berikut:
Jadual 1
Ciri-ciri penting soalan mengikut aras kemahiran domain kognitif mengikut Taksonomi
Bloom (2001)
Aras Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
1. Mengingat/
x Menguji kebolehan calon mengingat Baca
Remembering sesuatu semula, mengecamkan Catat
idea, mengenal pasti, Daftarkan
2. Memahami/ menyenaraikan dan menamakan Kenal pasti
Understanding keterangan, prinsip atau fakta yang Labelkan
telah dipelajari Namakan
Nyatakan
x Jawapan calon menggunakan Padankan
bahasa asal Pasangkan
Perihalkan
x Menguji kebolehan kognitif yang Pilihkan
melibatkan penggunaan Sebutkan
pengetahuan tanpa situasi baharu Senaraikan
Tandakan
(a) Penterjemahan: Anggarkan
Kemahiran menyatakan sesuatu Bandingkan
konsep yang diketahui melalui Bezakan
perkataan/ simbol Hitungkan
9Menterjemahkan satu bahasa ke Huraikan
bahasa lain Jelaskan
9Menukar bentuk simbol kepada Kategorikan
bentuk verbal atau sebaliknya Kemukakan
9Membaca skor muzik Parafrasa
Perluaskan
(b) Interpretasi: Ramalkan
Kemahiran menghubungkaitkan Rangkumkan
bahagian dalam sesuatu set Simpulkan
komunikasi dan menyatakan dalam Terangkan
bentuk lain dengan mengekalkan Terjemahkan
makna set komunikasi itu Tulis semula
dengan perkataan
sendiri
13
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Aras Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
9 mengolah, menyusun,
meringkaskan sesuatu
pernyataan peristiwa atau
konsep, menggunakan bahasa
sendiri tanpa mengubah makna
dan tujuan asal
(c) Ekstrapolasi :
Kemahiran yang melibatkan
interpretasi yang melampau tentang
maklumat dalam set komunikasi
9 Membuat ramalan, inferens atau
anggaran berdasarkan
pemerhatian, pengalaman, corak
atau trenda
9 Membuat telahan sebab dan
akibat sesuatu peristiwa terjadi
3.Mengaplikasikan/ x Menguji kemahiran menggunakan Bina
Applying pengetahuan untuk memberikan Cari
penjelasan bagi suatu situasi Gambarkan
baharu atau menyelesaikan Gunakan
masalah yang baharu. Kaitkan
Kemukakan
9 Mengaitkan peristiwa masa kini Kira
dengan peristiwa masa lalu Laksanakan
Organisasikan
9 Menyelesaikan masalah Ramalkan
matematik dengan Selesaikan
menggunakan rumus yang Simulasikan
bersesuaian Sesuaikan
Tentukan
9 Menggunakan pengetahuan Terapkan
dan pengalaman yang ada Tunjukkan
untuk menyelesaikan masalah
berkaitan dengan aspek-aspek
kognitif. Misalnya memberikan
cadangan berasaskan fakta
4. Menganalisis/ x Menguji kemahiran mencerakinkan Banding beza
Analysing / mengumpul maklumat atau Bandingkan
bahagian-bahagian dalam suatu set Berikan sebab
komunikasi sehingga pertalian Bezakan
antara bahagian-bahagian tersebut Buat analisis
dapat ditunjukkan dengan jelasnya. Buat eksperimen
Buat inferensi
x Menguji kebolehan membanding Buat kiraan/
dan menghuraikan fakta-fakta hitungkan
kesamaan, perbezaan dan Buktikan
perhubungan di antara satu sama Cerakinkan
lain. Diagnosis
14
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Aras Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
5. Menilai/ x Menguji kebolehan membuktikan, Diskriminasi
Evaluating menilai, mengesahkan, mengkritik, Ilustrasi
merumuskan atau memberikan Kategorikan
6. Mencipta/ pendapat terhadap sesuatu Kesan
Creating pernyataan Kritik
Modelkan
x Memerlukan calon melihat fakta Perincikan
dari aspek ‘pro dan kontra’ Rangkakan
semasa membuat penilaian. Simpulkan
Teliti/Periksa
x Membuat pertimbangan atau Ubah suai
memberikan gred dengan Bahaslah
menggunakan kaedah dan kriteria Banding beza
standard tentang kesesuaian, Pertahankan
ketepatan, kecekapan, Bandingkan
keberkesanan dan sebagainya Berikan hujah
Berikan justifikasi
9 Menentukan ketepatan, Berikan pendapat
kecukup-cakupan, dan Berikan sokongan
kerelevanan data Bincangkan
Buat anggaran
9 Menyokong suatu dapatan atau Buat generalisasi
kesimpulan yang dibuat Buat penghakiman
berdasarkan kaedah standard Buat ramalan
Buat rumusan
9 Mengenal pasti sifat bias dan Buat verifikasi
emosi dalam persembahan Buktikan
Cantumkan
Diskriminasikan
Gabungkan
Hubungkait
Huraikan
Interpretasikan
Nilai
Nilaikan
Pertimbangkan
Taksir
x Menguji kebolehan calon Bandingkan
merancang, mereka / mencipta / Bentukkan
menghasilkan sesuatu yang kreatif Buktikan
dan penggabungan pelbagai Cadangkan
unsur. Hal ini termasuk penghasilan Ciptakan
sesuatu rancangan, rumusan, Gabungkan
kaedah / prosedur atau Gubal
cadangan. Jana
Perincikan
x Menguji kemahiran Perjelaskan
menggabungkan elemen-elemen Putuskan
dan bahagian-bahagian untuk Rancangkan
membentuk suatu set maklumat Rumuskan
Sediakan
x Melibatkan proses menyusun dan
membuat kesimpulan
15
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Aras Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
x Melibatkan pemikiran bercapah dan Sintesiskan
kreatif Simpulkan
Susun semula
9 Mencipta lagu Tafsirkan
9 Mereka bentuk bangunan
berdasarkan spesifikasi yang
ditetapkan
9 Menghasilkan penemuan
matematik daripada pengolahan
dan perumusan maklumat
matematik
* Kata Kerja yang digunakan bergantung kepada wacana.
* Terdapat juga Kata Kerja yang boleh digunakan merentasi aras.
Jadual 2
Contoh Item Mengikut Aras Kemahiran Taksonomi Bloom yang disemak semula oleh
Anderson (2001)
Bil Aras Kemahiran Contoh Item
1. Mengingat 1. Apakah maksud sampul kecil dalam sistem fail?
2. A Satu fail sementara dibuka apabila fail asalnya
tidak ditemuikan
B Satu fail baharu dibuka setelah fail asal melebihi
100 dokumen
C Satu fail baharu diadakan untuk kegunaan
pengerusi atau ketua
D Satu fail sementara diadakan bagi mengendalikan
satu aktiviti khas
Tingkah laku muzikal merupakan satu tingkah laku yang
berbentuk hasil daripada gabungan dua faktor sosiologi
yang utama. Nyatakan dua faktor dan komponennya.
2. Memahami 3. Manakah antara yang berikut yang merupakan tujuan
untuk memahami dan mempelajari psikologi dalam
pendidikan?
A Melengkapkan guru dengan teori dan prinsip
tingkah laku murid
B Membantu guru untuk berinteraksi dengan ibu
bapa murid secara mesra dan berkesan
C Membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam mata pelajaran yang diajarkan di
sekolah
16
Bil Aras Kemahiran BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
4. INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Contoh Item
D Membantu guru memahami konsep budaya
sekolah dan budaya murid untuk menjalankan
aktiviti kemasyarakatan
Berdasarkan Model Disiplin Asertif Canter, terangkan dua
cara bagaimana seseorang guru boleh menguruskan
masalah disiplin di dalam bilik darjah.
3. Mengaplikasikan 5. Bincangkan dua cara berserta contoh bagaimana
seseorang guru dapat meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran melalui
pengetahuannya tentang gaya pembelajaran muridnya.
6. Anda ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran
pengkhususan kepada murid tahun 4. Bilik darjah anda
mempunyai seorang murid autistik dan seorang murid
hiperaktif serta 30 orang murid yang lain.
Bincangkan strategi pengurusan bilik darjah yang dapat
anda laksanakan. Strategi anda perlu mengambil kira
keperluan kedua-dua murid autistik dan hiperaktif serta
murid yang lain di dalam bilik darjah tersebut.
4. Menganalisis 7. Teori Kaunseling boleh membantu kaunselor semasa
5. Menilai mengendalikan sesi kaunseling sebagai kerangka utama
proses kaunseling.
Berdasarkan Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT),
bincangkan dengan memberikan contoh yang jelas
tentang lima pandangan teori berkenaan terhadap sifat
manusia.
8. It is believed that knowledge of students’ multiple
intelligences, as described by Gardner, can help a teacher
maximize students’ learning potential. Discuss this belief
in the context of the Malaysian teacher.
9. Pollution has caused severe damage to the environment.
How far has man’s activities contributed to this? Explain
your answer with relevant examples.
10. Pencemaran telah menyebabkan kerosakan yang teruk
kepada alam sekitar. Bincangkan sejauh mana aktiviti
manusia menyumbang kepada masalah ini?
17
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Bil Aras Kemahiran Contoh Item
6. Mencipta 11. Karangkan sebuah cerita untuk menerangkan
pengalaman anda semasa menjalani praktikum di
12. sekolah.
Isu murid kurang minat, tidak memberi fokus dan lemah
dalam penguasaan isi pelajaran sering dihadapi oleh
guru-guru di dalam bilik darjah.
Berdasarkan kefahaman berkaitan dengan motivasi,
cadangkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan
motivasi intrinsik dalam mata pelajaran pengkhususan di
dalam bilik darjah dengan berkesan.
2.5.2 Domain Afektif
Taksonomi ini digunakan sebagai penerangan konstruk yang mengukur
domain afektif yang dikemukakan oleh Krathwohl, Bloom dan Masia (1964).
Kategori dalam domain ini merangkumi aspek-aspek berikut:
Jadual 3
Aspek Domain Afektif
Kategori Penerangan Kata Tugas
Menerima Eksplisit
Soalan berkaitan dengan kemahiran Berikan
siswa pendidik untuk memberi Kenal pasti
perhatian dan menerima idea tanpa Namakan
soal jawab. Tindakan siswa pendidik Pilih
mencerminkan satu kesedaran Terangkan
terhadap rangsangan dan
peristiwa/persekitaran berkaitan
domain afektif.
Memberi maklum balas Siswa pendidik mengikuti atau Baca
mematuhi peraturan yang Bincangkan
ditetapkan, bertindak balas dengan Labelkan
sukarela dan melibatkan diri dalam Lakukan
aktiviti berdasarkan minat. Laporkan
Persembahkan
Tulis
Menilai Penyertaan siswa pendidik dalam Bentuk
sesuatu aktiviti bukan sahaja kerana Berikan Justifikasi
keseronokan tetapi juga kerana Cadangkan
wujudnya komitmen dan Huraikan
penghayatan berdasarkan prinsip Kajikan
yang telah dihayati sehingga Lengkapkan
menjadi kepercayaan. Terangkan
18
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Kategori Penerangan Kata Tugas
Mengorganisasi Eksplisit
Pembentukan satu sistem nilai yang Bezakan
konsisten dalam diri seseorang. Gabungkan
Nilai-nilai tersebut berkaitan antara Hubung kaitkan
satu sama lain. Organisasikan
Pertahankan
Sintesiskan
Susun
Ubah suai
Menghargai Nilai Siswa pendidik tahu siapa dirinya Cadangkan
dan apa yang diperjuangkannya. Diskriminasikan
Tingkah laku sejajar dengan Lakonkan
falsafah hidup yang dipilih dan Selesaikan
dipegang. Verifikasi
* Kata Kerja yang digunakan bergantung pada wacana.
* Terdapat juga Kata Kerja yang boleh digunakan merentasi aras.
2.5.3 Domain Psikomotor
Bloom (1956) menyatakan domain psikomotor berkaitan dengan hasil pembelajaran
yang dicapai melalui kemahiran manipulasi melibatkan otot dan kekuatan fizikal. Oleh
itu, domain psikomotor merupakan domain yang berkaitan dengan kemahiran atau
kemampuan bertindak setelah seseorang menerima pengalaman belajar tertentu.
Domain psikomotor adalah domain yang berhubungan dengan aktiviti fizikal, misalnya
berlari, melompat, melukis, menari, memukul, dan sebagainya. Hasil pembelajaran
domain psikomotor yang dikemukakan oleh Simpson (1972) menyatakan bahawa
hasil pembelajaran adalah dalam bentuk kemahiran dan kemampuan bertindak
individu. Domain psikomotor ini mempunyai lima aras iaitu persepsi, set, respons
berpandu, mekanisme, respons ketara kompleks, adaptasi dan lakuan tulen.
Jadual 4
Aspek dalam Domain Psikomotor
Kategori Penerangan Kata Tugas Eksplisit
Persepsi
Kebolehan menggunakan isyarat Pilih, Mengenal pasti,
Set deria untuk membimbing aktiviti Membezakan,
motor. Ia merangkumi Pisahkan, Kaitkan
rangsangan melalui pemilihan
isyarat kepada terjemahan.
Kesediaan untuk bertindak. Ini Tunjukkan, Terangkan.
merangkumi kesediaan mental, Gerakkan, Bertindak,
fizikal dan emosi. Ketiga-tiga
19
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Kategori Penerangan Kata Tugas Eksplisit
Respons Berpandu
Mekanisme kesediaan merupakan disposisi Mengikuti, Mengesan,
yang menentukan respons Meniru, Menghasilkan
Respons Ketara seseorang dalam situasi berbeza. semula, Bertindak
Kompleks Peringkat awal dalam pembelajaran balas, Respons
sesuatu kemahiran kompleks yang
merangkumi peniruan dan cuba- Menyusun(assembles),
jaya. Tahap pencapaian prestasi Membina,
melalui latihan amali. Mengkalibrasi,
Ini merupakan peringkat Mempamerkan,
pertengahan dalam mempelajari Menetapkan,
kemahiran kompleks. Respons Mengorganisasi,
yang telah dipelajari menjadi Memanipulasi,
kelaziman dan pergerakan boleh Mengukur, Membaiki,
dilakukan dengan yakin dan cekap. Mengadun,
Melakarkan
Perlakuan gerak balas motor yang Menyusun(assembles),
mahir serta melibatkan pola Membina,
pergerakan kompleks. Kecekapan Mengkalibrasi,
ditunjukkan dengan perlakuan yang Mempamerkan,
tepat, dan dikoordinasikan dengan Menetapkan,
baik serta menggunakan tenaga Mengorganisasi,
yang minima. Kategori ini Memanipulasi,
merangkumi perlakuan tanpa Mengukur, Membaiki,
teragak-agak dan secara automatis. Mengadun,
Melakarkan
Catatan : Kata tugas adalah sama dengan Mekanisme tetapi
akan mempunyai kata adjektif yang menunjukkan bahawa
prestasi adalah lebih cepat, baik dan jitu.
Adaptasi Kemahiran dibentukkan dengan Menyesuaikan,
baik dan individu boleh Mengubah, Menyusun
mengubahsuai pola pergerakan semula,
supaya sesuai dengan keperluan Mengorganisasi
khusus. semula, Menyemak,
Mempelbagaikan
Lakuan Tulen Mereka cipta pola pergerakan Menyusun, Membina,
baharu untuk disesuaikan dalam Mencipta, Mereka,
suatu situasi atau masalah tertentu. Menggabung,
Hasil pembelajaran menekankan Membuat
kreativiti berdasarkan kepada
kemahiran yang dibentuk dengan
baik.
Dipetik daripada Bloom, B.S. (Ed.). Engelhart, M.D., Furst, E.J., Hill, W.H.,
Krathwohl, D.R. (1956). Taxonomy of educational objectives, Handbook I: The
cognitive domain. New York: David McKay Co Inc.
20
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
2.6 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Pentaksiran di IPG memberi penekanan kepada perkembangan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT). Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), kemahiran
berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Bagi mencapai
hasrat melatih golongan guru yang boleh berfikir pada aras tinggi, pentaksiran juga
perlu bersifat KBAT agar siswa pendidik perlu berfikir pada aras kognitif yang lebih
tinggi.
Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan
idea atau ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya
membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami (Lembaga
Peperiksaan, 2013). Kemahiran berfikir terdiri daripada dua peringkat pemikiran iaitu
Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Walau bagaimanapun, KBAR diakui sebagai kemahiran asas yang diperlukan oleh
individu sebelum menguasai KBAT.
Berdasarkan hierarki Taksonomi Bloom (1956) yang disemak semula oleh Anderson
and Krathwohl (2001), definisi KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk
kepada peringkat mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 4.
Kemahiran
Berfikir Aras
Tinggi (KBAT)
Kemahiran
Berfikir Aras
Rendah
(KBAR)
Rajah 4. Kemahiran berfikir aras tinggi dan rendah mengikut Taksonomi Bloom
(Anderson & Krathwohl, 2001)
21
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
2.7 Pentaksiran KBAT
Tugasan atau item KBAT merupakan item-item yang mentaksir kemahiran kognitif
menganalisis, menilai dan mencipta. Walau bagaimanapun, tugasan atau item KBAT
juga boleh mentaksir kemahiran kognitif aplikasi dalam situasi baharu untuk
menyelesai masalah kehidupan harian. Item-item KBAT menguji keupayaan siswa
pendidik untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan menilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Item KBAT merangkumi skop yang luas, kepelbagaian kaedah dan bahan rangsangan
serta mencabar minda tetapi boleh ditaksir. Hal ini kerana pengetahuan asas yang
dipelajari melalui pengalaman atau bacaan dijadikan sebagai keperluan penting untuk
merangsang siswa pendidik berfikir ke aras yang lebih tinggi. Respons siswa pendidik
adalah bebas, tidak spesifik, dan boleh merentasi kursus yang lain. Item KBAT
menggalakkan siswa pendidik memberi lebih daripada satu cara penyelesaian dan
jawapan yang betul. Siswa pendidik perlu menggunakan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif semasa menjawab item KBAT.
Tugasan atau item KBAT haruslah mempunyai ciri-ciri yang berikut:
x Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran
inferens dan penaakulan kritikal
- Memberi maklumat secukupnya kepada siswa pendidik untuk menjana
idea
x Menguji pelbagai tahap/aras pemikiran kognitif
- Mengundang pelbagai bentuk respons atau jawapan
x Berdasarkan konteks baharu yang bukan lazim
- Menggunakan situasi baharu di luar bilik darjah
- Menggalakkan siswa pendidik berfikir lebih mendalam dan bukan
sekadar mengingat semula apa yang dipelajari
x Berdasarkan situasi sebenar dalam kehidupan harian
- Mendorong siswa pendidik menggunakan hasil pembelajaran daripada
pelbagai disiplin ilmu untuk menyelesaikan masalah kehidupan harian
x Menggunakan item yang tidak berulang
- Item yang berbeza setiap semester/tahun
- Menggunakan bahan yang bukannya daripada bahan modul, buku teks,
buku kerja dan buku latihan.
22
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
3.0 KERJA KURSUS
3.1 Kerangka Pembinaan Ilmu
INSAN GURU
ILMU BINAAN
ILMU KONTEKSTUAL
ILMU SUBJEKTIF
ILMU TERIMAAN
TEORI PRAKTIS
Rajah 5. Model Konseptual Kerja Kursus
Pelaksanaan kerja kursus berteraskan pembinaan ilmu diasaskan daripada Model
Konseptual Kerja Kursus (UPP, 2004). Model ini bertujuan untuk menghasilkan insan
guru selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru yang menekankan penguasaan
i l m u , kemahiran, amalan nilai dan etika keguruan bagi perkembangan profesional
keguruan dan sahsiah guru yang unggul. Pembentukan insan guru ditentukan oleh
dua fokus utama iaitu ilmu berdasarkan teori dan ilmu yang dipraktikkan. Model ini
menekankan proses pembinaan pengetahuan kandungan dan ilmu profesional
keguruan secara sistematik dan beransur maju (developmental) dengan
mengintegrasikan pengetahuan berasaskan penyelidikan (research-based
knowledge) dan pengetahuan berasaskan pengalaman (experiential knowledge).
3.1.1 Persekitaran Pembelajaran
Pelaksanaan kerja kursus ini berlandaskan tiga persekitaran pembelajaran
yang dilalui oleh setiap siswa pendidik bagi mencapai matlamat pembinaan
ilmu kendiri yang mantap dan jati diri guru yang unggul. Persekitaran ini terdiri
daripada:
23
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
(a) Situasi sebenar
Situasi sebenar bermaksud pelbagai konteks dan situasi untuk
mengamalkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari siswa pendidik bagi
mengukuhkan penguasaan dan pemindahan pembelajaran. Antara
konteks dan pelbagai situasi tersebut termasuklah prasekolah dan
sekolah di IPG, pengalaman berasaskan sekolah, latihan praktikum
dan lawatan sambil belajar.
Situasi sebenar boleh juga diwujudkan secara formal di IPG sendiri
untuk tujuan mempraktikkan teori dan amali. Sebagai contoh, siswa
pendidik dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan majlis rasmi,
pameran dan seminar penyelidikan.
(b) Belajar Cara Belajar (Learning How To Learn)
Sebagai bakal guru, siswa pendidik perlu mengamalkan kemahiran
belajar untuk meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran sesuai
dengan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Amalan kemahiran
belajar ini akan dapat mengukuhkan budaya ilmu dan pembinaan
profesionalisme keguruan.
(c) Pembentukan Sikap
Pelaksanaan kerja kursus dalam pelbagai konteks membolehkan siswa
pendidik melalui pelbagai cabaran untuk melaksanakan tugasnya pada
masa depan. Pelbagai cabaran ini akan membantu pemupukan dan
pembentukan nilai dan sahsiah guru yang unggul.
3.1.2 Proses Pembinaan Ilmu
Proses perkembangan kognitif siswa pendidik bermula dengan tahap
pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu, pengaplikasian ilmu dan seterusnya
pembinaan ilmu baharu serta pembelajaran bermakna melalui integrasi
pembelajaran dan pengalaman. Hal ini dapat dicapai dengan menggunakan
pemeringkatan proses pembinaan ilmu seperti yang dijelaskan dalam Jadual
5.
24
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Jadual 5
Struktur Pembinaan Ilmu
JENIS ILMU ILMU ILMU ILMU BINAAN
ILMU TERIMAAN SUBJEKTIF KONTEKSTUAL (Constructed
(Received (Subjective Knowledge)
ASPEK Knowledge) Knowledge) (Contextual
x Ilmu yang x Ilmu yang Knowledge) x Ilmu yang terbina
KONSEP diterima benar diterima benar x Ilmu yang daripada hasil
berdasarkan berdasarkan diterima benar analisis dan
autoriti hujah dan bukti mengikut refleksi kendiri
konteks berdasarkan
x Percaya x Sedar bahawa himpunan ilmu,
bahawa satu tiada satu x Siswa pendidik pengalaman dan
jawapan sahaja jawapan yang melihat nilai
yang betul tetap untuk kebenaran/
sesuatu kefungsian x Siswa pendidik
perkara ilmu dan mempunyai
kemahiran pendirian tentang
berdasarkan sesuatu isu
konteks berdasarkan
analisis sendiri
yang dipengaruhi
oleh nilai,
pengalaman dan
ilmu binaan
kendiri
x Semua ilmu x Ilmu yang x Ilmu yang x Ilmu dibina oleh
yang diterima diterima benar diterima benar siswa pendidik
benar berdasarkan berdasarkan sendiri
hujah dan bukti konteks
CIRI-CIRI
x Pensyarah x Siswa pendidik x Siswa pendidik x Siswa pendidik
sebagai perlu perlu mengintegrasikan
penyampai ilmu memberikan memberikan ilmu yang
pandangan dan pandangan dipelajari daripada
bukti untuk dan bukti pelbagai sumber
menyokong untuk dengan ilmu yang
pandangan menyokong diperoleh daripada
pandangan pengalaman dan
x Pensyarah refleksi kendiri
sebagai x Pensyarah
fasilitator sebagai x Pensyarah
fasilitator sebagai
pembimbing dalam
proses binaan
ilmu.
CONTOH x Menerima x Selepas x Setelah x Siswa pendidik
kaedah merujuk mengaplikasi dapat menilai
pembelajaran pelbagai kan kaedah kekuatan dan
koperatif sumber, siswa pembelajaran kelemahan
dalam P & P pendidik sedar koperatif sesuatu kaedah P
bahawa dalam & P berdasarkan
25
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
adalah yang terdapat konteks pengalaman,
terbaik pelbagai pembelajaran, penilaian kendiri
kaedah lain siswa dan himpunan
yang boleh pendidik ilmu yang
digunakan mendapati dimilikinya
dalam P& P bahawa x Siswa pendidik
pembelajaran dapat
koperatif menghasilkan dan
hanya sesuai menentukan
untuk topik kaedah terbaik
tertentu untuk P&P bagi
sahaja. Bagi tajuk tertentu.
topik lain
kaedah
seperti
ekspositori
atau deduktif
adalah lebih
sesuai.
3.1.3 Bimbingan
Bimbingan pensyarah semasa pelaksanaan kerja kursus harus membolehkan
siswa pendidik mengembangkan kemahiran abad 21 seperti berfikir secara
kritis, berfikir secara kreatif, berkomunikasi dan berkolaboratif. Justeru itu,
bimbingan yang bersifat ”spoon-feeding” harus dielakkan kerana amalan
sedemikian kurang merangsang KBAT dalam kalangan siswa pendidik. Oleh
yang demikian, maklum balas berkualiti daripada pensyarah boleh memainkan
peranan penting dalam membantu perkembangan pemikiran siswa pendidik.
Semasa pelaksanaan kerja kursus, pensyarah boleh memberi maklum balas
berdasarkan aspek seperti yang berikut:
(a) menekankan proses membina kemahiran pembelajaran kendiri
(independent learning), kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning) yang
bersifat ansur maju;
(b) menekankan perkembangan kemahiran berfikir aras tinggi supaya
siswa pendidik dapat menyelesai masalah, membuat refleksi dan
berinovasi;
(c) menekankan pemikiran kritis, cara memperoleh dan menggunakan
maklumat daripada pelbagai sumber;
26
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
(d) menekankan etika profesionalisme semasa membuat rujukan dan
penulisan ilmiah bagi mengelakkan plagiat dan menghormati hak
intelek individu.
3.2 Ciri-Ciri Kerja Kursus
Pelaksanaan kerja kursus merangkumi ciri-ciri yang berikut :
(a) mengambil kira skop kandungan dan hasil pembelajaran kursus yang
ditetapkan;
(b) proses pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan siswa pendidik;
(c) pentaksiran bersifat autentik (pengalaman sebenar);
(d) tugasan yang mencabar minda dan melibatkan pemikiran aras tinggi;
(e) mementingkan amalan refleksi dalam proses pembinaan ilmu;
(f) mempunyai daya kreativiti dan inovasi;
(g) kesedaran terhadap keperluan profesionalisme keguruan; dan
(h) pentaksiran berterusan untuk pembelajaran
3.3 Jenis Kerja Kursus
Pelbagai jenis kerja kursus boleh dilaksanakan untuk mencapai hasil pembelajaran
kursus. Kerja kursus yang digubal dapat menguji kefahaman siswa pendidik dalam
merancang, menganalisis, menghubungkait dan menilai maklumat untuk
menghasilkan tugasan yang berkualiti serta menepati ciri-ciri kerja kursus. Contoh-
contoh tugasan bagi kerja kursus adalah seperti dalam Jadual 6.
27
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Jadual 6
Contoh-contoh tugasan
1. Penghasilan Produk 2. Kajian/laporan
x Bahan bantu belajar x Laporan kajian
x Model / replika / prototaip x Laporan amali
x Pakej / modul / kit x Laporan temu bual
x Kerja kursus penyiasatan
pembelajaran x Laporan lawatan
x Hasil seni (contoh: gubahan x Laporan pemerhatian
lagu / lukisan, arca)
x Brosur / Prospektus / Risalah
x Instrumen / item ujian
x Mural
x Landskap / taman Matematik
/ Sains
x Portfolio
x Dokumentari / iklan
x Video, bahan digital
multimedia
3. Ulasan Kritis 4. Ujian/Kuiz
x Artikel / jurnal x Kertas dan pensil
x Video klip x Dalam talian
x Buku
x Penulisan Akademik 6. Kerja Amali
5. Penulisan x Ujian amali
x Ujian lisan
x Catatan log
x Penulisan jurnal 8. Penganjuran
x Esei
x Refleksi x Forum
x Kertas kerja x Pertandingan(seperti bercerita,
x Kertas cadangan kajian
x Ringkasan eksekutif nyanyian, musabaqah, nasyid,
poster)
7. Persembahan x Pameran / ekspo
x Seminar
x Main peranan x Sukan
x Teater / drama / pantomim x Outdoor maths
x Syarahan / pidato x Hari Keusahawanan
x Pembentangan x Kem Bahasa
x Konsert mini / ensembel
x Pengajaran mikro
28
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
3.4 Pelaksanaan Kerja Kursus
Semua kerja kursus perlu dilaksanakan mengikut keperluan Ringkasan Maklumat
Kursus (RMK). Tempoh pelaksanaan kerja kursus haruslah dirancang berdasarkan
kepada pemberatan dan jenis tugasan yang diberikan serta sejajar dengan jam
pembelajaran. Kerja kursus perlu dirancang dan disusun dengan rapi supaya tidak
membebankan siswa pendidik. Semua kerja kursus perlu diselesaikan sebelum
minggu ke-14. Walau bagaimanapun penetapan minggu penyelesaian kerja kursus
tertakluk kepada arahan dan takwim IPGM.
3.4.1 Prosedur Pentaksiran Kerja Kursus
Penggubalan tugasan dibuat berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam
Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)/Proforma. Peruntukan masa, bebanan dan
kerencaman tugasan bergantung kepada hasil pembelajaran dan wajaran yang
ditetapkan dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)/Proforma. Persediaan
pentaksiran kerja kursus harus dilaksanakan mengikut prosedur yang merangkumi
tiga peringkat seperti yang berikut:
(a) penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan (JST)
(b) penggubalan tugasan
(c) penggubalan rubrik atau/dan skema pemarkahan
3.5 Penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan
Jadual Spesifikasi Tugasan (JST) merupakan satu spesifikasi pentaksiran kerja
kursus yang akan dilaksanakan. Ia merupakan panduan yang diguna oleh pensyarah
untuk menggubal soalan tugasan. Oleh itu, JST tidak perlu diedarkan kepada siswa
pendidik. Contoh format JST adalah seperti dalam Lampiran 1.
Dalam pembinaan JST, penggubal perlu melaksanakan tindakan yang berikut:
(a) Memilih Hasil Pembelajaran Kursus
Senaraikan semua hasil pembelajaran yang ditentukan dalam Ringkasan
Maklumat Kursus (RMK)/Proforma berkenaan. Pilih hasil-hasil pembelajaran
yang akan ditaksir melalui kerja kursus tersebut mengikut kehendak Ringkasan
Maklumat Kursus (RMK).
29
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
(b) Menentukan Objektif Kerja Kursus
Objektif kerja kursus merupakan penyataan spesifik yang berfokus kepada
pengetahuan dan kemahiran yang harus dikuasai oleh siswa pendidik melalui
pelaksanaan kerja kursus berkenaan. Objektif kerja kursus ditulis berdasarkan
hasil-hasil pembelajaran kursus yang telah dipilih untuk ditaksir.
(c) Menganalisis Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)/Proforma
Tujuan penganalisisan RMK/proforma adalah untuk menentukan tajuk-tajuk
yang akan diuji bagi mencapai hasil pembelajaran berkenaan. Skop
kandungan RMK/proforma yang diuji mestilah merentasi beberapa topik
utama. Penggubal juga perlu jelas tentang hasil pembelajaran yang harus
dikuasai oleh siswa pendidik agar tugasan yang dikemukakan dapat mentaksir
pembelajaran dan prestasi siswa pendidik.
(d) Menentukan Tugasan Kerja Kursus
Bilangan dan jenis tugasan yang perlu disempurnakan adalah berdasarkan
RMK/proforma. Sekiranya tugasan melibatkan kerja kumpulan, bilangan ahli
dihadkan kepada 2 hingga 3 orang sahaja kecuali aktiviti tertentu yang
diperlukan dalam kursus berkaitan. Wajaran markah bagi kerja kumpulan
dalam sesuatu kerja kursus tidak melebihi 30% daripada keseluruhan 100%
pentaksiran kerja kursus.
Tugasan kerja kursus yang tersedia harus mencerminkan pelbagai
pemeringkatan ilmu seperti tahap pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu,
pengaplikasian ilmu sehinggalah pemindahan pembelajaran. Bukti-bukti
pembelajaran siswa pendidik dalam pelaksanaan kerja kursus ini perlu jelas.
Sebagai panduan, sekurang-kurangnya 80% daripada tugasan harus
mempunyai unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
(e) Menentukan Pemberatan Pemarkahan
Penggubal perlu akur kepada pemberatan markah bagi setiap tugasan yang
tertera dalam RMK/proforma.
3.5.1 Penggubalan Tugasan Kerja Kursus
Berdasarkan JST yang telah dibina, penggubal perlu menyediakan tugasan
bagi mencapai objektif kerja kursus berkenaan. Tugasan yang disediakan
mestilah disemak oleh pakar bidang subjek (Subject Matter Expert/SME) setiap
30
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
jabatan dan disahkan oleh Ketua Jabatan Akademik (KJA) sebelum diedarkan
kepada siswa pendidik.
Tugasan umumnya terbahagi kepada empat elemen, iaitu:
(a) Rangsangan/Stimulus
Rangsangan menjelaskan isu atau permasalahan yang dikemukakan
untuk merangsang dan mencetuskan pemikiran siswa pendidik.
Rangsangan perlu berkaitan dengan tugasan yang akan dilaksanakan
dan menggalakkan pemikiran. Rangsangan juga harus dapat ditafsir
dan dianalisis oleh siswa pendidik dengan jelas.
(b) Soalan dan Arahan Pelaksanaan Tugasan
Soalan tugasan merupakan aktiviti atau set aktiviti yang perlu
dilaksanakan oleh siswa pendidik untuk menyempurnakan tugasan.
Tugasan yang perlu dilaksanakan hendaklah dinyatakan dengan jelas.
Soalan perlu merangsang pemikiran aras tinggi, menggalakkan siswa
pendidik mengemukakan hujah-hujah yang berasaskan ilmu dan
menerapkan unsur-unsur nilai.
Arahan pentadbiran merujuk kepada arahan yang harus dipenuhi dan
dipatuhi oleh siswa pendidik untuk menyempurnakan tugasan. Arahan
pentadbiran perlu jelas, mudah difahami dan merangkumi semua
keperluan tugasan termasuk aspek kawalan mutu tugasan tersebut.
(c) Kandungan Tugasan Kerja kursus
Setiap tugasan kerja kursus mesti mengandungi butiran yang berikut:
(i) Nama Institut
(ii) Program
(iii) Nama Kursus/Kod Kursus
(iv) Nama siswa pendidik
(v) Semester dan Tahun (1/2/3/4)
(vi) Tempoh kerja kursus
(vii) Hasil pembelajaran kursus
(viii) Objektif kerja kursus
(ix) Soalan tugasan dan markah
(x) Arahan pelaksanaan tugasan
31
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Format tugasan kerja kursus adalah seperti Lampiran 1.
3.5.2 Penyediaan Rubrik atau Skema Pemarkahan (SP)
Rubrik atau Skema Pemarkahan perlu disediakan selari dengan JST dan
tugasan. Rubrik atau skema pemarkahan terdiri daripada komponen berikut:
(a) Aspek-aspek yang dinilai berdasarkan tahap pembelajaran yang diuji
dan pemberatan aspek-aspek tersebut.
(b) Kriteria pentaksiran yang digunakan sebagai asas pemarkahan
tugasan dan huraian prestasi /deskriptor yang dikategori mengikut
skala.
(c) Skema pemarkahan perlu disediakan untuk pentaksiran yang
berbentuk ujian.
(d) Rubrik (Panduan penskoran) perlu disediakan untuk tugasan berbentuk
respons terbuka. Rubrik ini perlu diedarkan kepada siswa pendidik
sebagai panduan bersama-sama dengan soalan tugasan.
(e) Kriteria penilaian harus eksplisit dan mudah difahami. Jadual 7
menunjukkan satu set contoh kriteria penilaian demikian.
32
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Jadual 7
Contoh Kriteria Penilaian
BIL KOMPONEN/ASPEK KRITERIA
1 Penguasaan Kandungan
- ketepatan isi
- kesesuaian penggunaan konsep/teori yang
berkaitan
- liputan skop yang luas dan menyeluruh
- menunjukkan penguasaan prosedur
- menunjukkan kemahiran kandungan
- mencerakinkan isi dengan jelas
- dapat menunjukkan perkaitan antara ilmu yang
dipelajari
2 Kemahiran Berfikir Aras - menjanakan pengetahuan, ilmu atau teori
Tinggi baharu
- keupayaan membuat perkaitan antara
konsep/teori
- sokongan hujah dengan bukti dan rujukan
- dapat menganalisis situasi
- dapat memberikan cadangan penyelesaian
masalah
- menimbulkan sesuatu pandangan sendiri
- membuat hipotesis atau rumusan berdasarkan
analisis terhadap permasalahan/isu/situasi
- membuat jangkaan masa hadapan
- mampu membuat banding beza
- menunjukkan kemahiran mensintesis
- mampu membuat hujahan berdasarkan
kandungan dan ilmu yang telah diperoleh
- meluaskan skop perbincangan daripada sesuatu
isu/isi secara mendalam
- dapat mencungkil pemikiran pembaca
3 Pemindahan Pembelajaran - boleh menggunakan hujahan/pengetahuan
dalam konteks yang sebenar
- membuat aplikasi, adaptasi, asimilasi
kandungan dalam konteks yang sebenar
- ketepatan pemilihan bahan atau ilmu semasa
membuat pemindahan pembelajaran
- menghasilkan produk yang asli
- mampu membuat pertimbangan dan
pengubahsuaian secara praktikal dalam situasi
sebenar
- dapat menunjukkan integrasi teknologi dalam
proses pemindahan pembelajaran
- kesedaran makna dalam kehidupan sebenar
tentang ilmu yang telah dikuasai
33
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN KRITERIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
BIL KOMPONEN/ASPEK
4 Organisasi - struktur yang jelas dengan mengaitkan satu
bahagian dengan bahagian yang lain secara
logik dan koheren
- susun atur yang sesuai, menarik dan praktikal
- aspek pengurusan dapat dilaksanakan dengan
sistematik
- laras bahasa yang sesuai dengan tujuan
penulisan/aktiviti
- penggunaan perbendaharaan kata yang luas,
pelbagai dan sesuai
- struktur ayat yang betul dengan lenggok bahasa
yang menarik dan menepati isi yang hendak
disampaikan
- persembahan yang menarik, inovatif, dengan
reka bentuk yang baik
- menunjukkan kemahiran teknikal dan teknologi
- penggunaan alat pandang dengar atau bahan
bantu mengajar
- penulisan menunjukkan kemahiran membuat
rujukan
5 Nilai Keguruan - Memiliki ciri kepemimpinan
- Mempunyai kemahiran TMK (ICT)
- Mempunyai kefasihan berbahasa secara lisan
dan tulisan
- Memiliki kemahiran interpersonal dan
intercultural
- Berupaya menterjemahkan dan menyelesaikan
masalah
- Menunjukkan kemahiran pemikiran yang kreatif
dan analitikal
- Kebolehan mendapatkan dan menilai maklumat
daripada pelbagai punca
- Menggunakan strategi yang berkesan untuk
mencapai matlamat sasaran
- Bekerjasama dan produktif
- Pengurusan masa yang baik
- Berupaya mengendalikan pembelajaran secara
kendiri
- Bersedia menerima teguran dan pandangan
orang lain
Nota : Kriteria penilaian ini perlu diubah suai mengikut tugasan
34
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
3.5.3 Prosedur Ujian Amali Berpusat
Ujian Amali Berpusat dilaksanakan bagi kursus yang berteraskan kemahiran
untuk mengukur kebolehan pelajar mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam
bentuk penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kreativiti
dan sikap. Kemahiran-kemahiran tersebut harus dipamerkan secara langsung
semasa ujian amali dijalankan atau melalui penghasilan produk. Ujian Amali
Berpusat dilaksanakan bagi kursus-kursus yang berkaitan seperti yang
ditetapkan di dalam RMK.
Ujian Amali Berpusat adalah ujian yang disediakan oleh IPG Kampus
Penyelaras yang dilantik oleh IPGM. Panduan khusus pelaksanaan Ujian
Amali Berpusat hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pentaksiran Amali
yang berkaitan.
Pengurusan Ujian Amali Berpusat melibatkan pembinaan soalan dan rubrik
yang dikendalikan oleh IPG Kampus Penyelaras. Soalan dan rubrik
pemarkahan akan dihantar ke IPG kampus yang menawarkan kursus
berkenaan untuk dilaksanakan. Penilai ujian amali dilantik dalam kalangan
pensyarah yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan. Pemantau
ujian amali perlu dilantik dalam kalangan Ketua Jabatan Akademik/pensyarah
yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan di IPG Kampus.
35
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
4.0 PENGGUBALAN ITEM
4.1 Ciri Item Yang Baik
Ujian yang berkualiti merupakan satu instrumen yang mengukur apa yang sepatutnya
diukur pada tahap yang tinggi dan sesuai untuk kumpulan sasaran. Aspek yang
hendak diutamakan ialah kesahan dan kebolehpercayaan.
4.1.1 Kesahan
Kesahan menjelaskan ketepatan alat pengukuran untuk mengukur apa yang
harus diukur. Kesahan juga menjelaskan keselarian alat pengukuran dengan
kandungan yang telah diajarkan. Kesahan kandungan diutamakan dalam
penggubalan item peperiksaan. Kesahan kandungan merujuk kepada
keupayaan ujian mengukur pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diuji.
Oleh yang demikian, penggubal ujian mesti akur kepada Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) dari segi objektif pengajaran, isi kandungan dan aras kesukaran
yang telah ditetapkan. Kesahan kandungan melibatkan pemeriksaan yang
sistematik atas kandungan ujian untuk memastikan sama ada kandungan ujian
yang dibina terdiri daripada sampel yang mewakili perkara yang hendak diukur.
4.1.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan menjelaskan peringkat ketekalan sesuatu alat mengukur
apa yang harus diukur. Kebolehpercayaan ujian merujuk kepada ketekalan
skor. Kepercayaan skor berkait rapat dengan instrumen penilaian yang
digunakan. Ketekalan skor dipengaruhi oleh kerelevanan kandungan dan
kesesuaian instrumen. Walau bagaimanapun, kebolehpercayaan adalah suatu
keperluan tetapi bukan satu syarat yang cukup untuk kesahan. Sesuatu ujian
yang sah adalah ujian yang dapat dipercayai.
36
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Jadual 8
Ciri-ciri item yang baik
Bil. Ciri Item
1. Akur Kurikulum
9 Item yang dibina mestilah dalam cakupan kurikulum
9 Jika luar skop, skor tidak sah dan skor tidak membawa makna
serta tidak boleh dipercayai
2. Akur Spesifikasi
9 Jenis dan bentuk item dalam spesifikasi; kandungan kursus yang
dicakupi; aras kemahiran
9 Mematuhi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
3. Akur Peluang
9 Peluang yang cukup diberikan kepada siswa pendidik untuk
mempelajari perkara yang ditaksir
9 Peluang dari segi kemudahan yang ada dan kepakaran pensyarah
untuk menyampaikan ilmu kepada siswa pendidik
4. Ketepatan: Konstruk, Konteks (Tajuk)
9 Menepati konstruk iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai
- Jika tidak dipatuhi, taburan item terjejas dan mempengaruhi
kebolehpercayaan skor
9 Mesti mengikut tajuk/konteks yang dihasratkan
- Mentaksir perkara yang hendak ditaksir mengikut tajuk/konteks
yang ditetapkan.
5. Kejelasan : Rangsangan, Pokok Soalan, Homogeniti, Bahasa
9 Rangsangan: berfungsi, tidak memberi panduan (clue) kepada
jawapan, sesuai, relevan dan tepat
9 Pokok soalan: tugasan dan arahan yang jelas, terus kepada
soalan, didasarkan kepada rangsangan dan tiada penyataan
negatif berganda
9 Bahasa, istilah dan tanda bacaan: bahasa mudah difahami
gramatis; tatabahasa dan tanda bacaan yang tepat; Istilah yang
biasa, terkini dan diterima umum, terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) sahaja yang diberi keutamaan. Sekiranya terdapat
istilah daripada sumber lain, pastikan bahawa istilah tersebut
digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Kesesuaian: Aras kesukaran, Kepentingan, Keadilan
9 Aras Kesukaran: Boleh mendiskriminasikan calon yang berlainan
keupayaan dan menepati aras yang ditetapkan iaitu aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S), tinggi (T)
- Item aras (R) dapat dijawab oleh sebilangan besar siswa
pendidik
37
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Bil. Ciri Item
- Item aras (S) dapat dijawab oleh siswa pendidik yang
berprestasi sederhana dan cemerlang
- Item aras (T) dapat dijawab oleh siswa pendidik berprestasi
cemerlang sahaja
9 Sesuai dari aspek kepentingan item: item yang dibina mewakili
perkara penting dalam RMK/Proforma kursus
9 Adil : item tidak bias dari segi etnik, agama, budaya dan jantina
9 Item tidak sensitif dari segi agama, budaya dan emosi
9 Item yang dibina berbentuk localised
7. Item dalam instrumen mestilah mewakili:
9 Kepelbagaian item
9 Kepelbagaian cara penyoalan
4.2 Ciri Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Selain daripada mempunyai ciri item yang baik, item juga dinilai berdasarkan ciri item
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang berikut:
(i) stimulus yang merangsang pemikiran murid;
(ii) pelbagai tahap pemikiran;
(iii) konteks bukan lazim;
(iv) situasi sebenar dalam kehidupan harian; dan
(v) item tidak berulang.
4.3 Jenis-Jenis Item
4.3.1 Item Objektif
Item objektif ialah item yang mempunyai pilihan jawapan, iaitu calon perlu
memilih hanya satu jawapan yang tepat. Item objektif terdiri daripada aneka
pilihan dan aneka gabungan. Item-item ini sesuai untuk ujian-ujian pendek atau
kuiz dalam konteks IPG.
4.3.1.1 Aneka Pilihan secara berterusan
x Item Aneka Pilihan mempunyai tiga komponen:
a. Rangsangan/Stimulus
- Penggunaan teks sepenuhnya /
(continuous text).
38
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
- Penggunaan teks bukan secara berterusan (non continuous
text
- berbentuk grafik, jadual, perbualan dan lain-lain.
b. Pokok Soalan
- bahagian yang mengandungi tugasan
- berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-
lain
c. Pilihan Jawapan
- berbentuk angka, simbol, gambar rajah, frasa, jadual dan lain-
lain
- komponen ini mengandungi kunci, iaitu pilihan jawapan tepat
- pengganggu/distraktor untuk mengganggu calon daripada
jawapan sebenar
Walau bagaimanapun, jika pokok soalan adalah lengkap dan membawa
makna yang jelas, rangsangan tidak diperlukan.
4.3.1.2 Aneka Gabungan / Item Cantuman
x Item Aneka Gabungan menghendaki calon membuat satu Pilihan
Jawapan yang tepat daripada satu gabungan empat elemen yang
diberikan.
x Gabungan elemen perlu disebarkan seimbang dalam Pilihan Jawapan
x Elemen-elemen jawapan disusun mengikut pilihan tertib berikut:
9 Pendek ke panjang
9 Kuantiti kecil ke banyak
9 Angka kecil ke angka besar
39
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN RANGSANGAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Contoh Item Aneka Pilihan:
Murid A: “ Ayah tak suka akan saya pun, saya tak kisah... ”
Sebagai guru bimbingan yang ingin mengaplikasikan kemahiran POKOK
mendengar, manakah corak respons berikut yang memperlihatkan SOALAN
kemahiran tersebut berdasarkan jawapan murid A?
A “Nampaknya anda kecewa dengan ayah anda” PILIHAN
B “Anda tidak kisah walaupun ayah anda tidak suka akan anda” KUNCI JAWAPAN
C “Anda berasa marah kerana ayah tidak mengambil berat keadaan anda”
D “Jadi anda mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan ayah anda”
Contoh Soalan Aneka Gabungan
Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua pelajar
dalam proses pembelajaran bagi membolehkan pelajar memindahkan pemikiran
mereka dalam bentuk tulisan.
Kemahiran menulis dapat diertikan sebagai
I proses kreatif melahirkan idea melalui bahasa tulisan
II suatu kegiatan mentranskripsi, mengubah bunyi menjadi tanda-tanda baca
III kemampuan seseorang mengemukakan idea kepada pihak lain melalui
media tulisan
IV penggambaran visual tentang fikiran, perasaan dan idea dengan
menggunakan simbol sistem bahasa untuk keperluan komunikasi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
40