The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul UB- Buku 2 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Unit Beruniform

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 9w2sgp, 2021-01-19 10:36:29

Modul UB- Buku 2 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Unit Beruniform

Modul UB- Buku 2 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Unit Beruniform

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN MALAYSIA

Modul Pembelajaran
MPUD2091

KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
BUKU 2

PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, PENGAKAP, PANDU PUTERI MALAYSIA

DAN KADET REMAJA SEKOLAH

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400 Melaka

i

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN
MELAYU, MELAKA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
MALAYSIA.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Institut Pendidikan Guru Malaysia Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun 75400 Melaka

ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan
berdisiplin.

Julai 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru,
Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

iii

Notis Hak Cipta ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii
Falsafah Pendidikan Guru iii
Kandungan iv
Panduan Pelajar v
Agihan Tajuk vii

Tajuk Pembelajaran Muka Surat

UNIT 2 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KEM 1
Kem Unit/Kem Tahunan 19
/Kebangsaan/Antarabangsa 41
58
Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia
Perkhemahan Pengakap 79
Perkhemahan Pandu Puteri 81
Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah

Rujukan
Panel Penulis Modul

iv

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan
pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada
pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang
pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika
pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar
mempunyai autonomi dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Pendidikan Malaysia yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 21 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPM yang dilaksanakan dalam mod
Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar
adalah bersemuka manakala 40% ialah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran
kendiri.

v

SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam 4 buah buku. Setiap buku membincangkan secara konsisten
berkaitan dengan kokurikulum unit beruniform. 4 buah buku tersebut ialah:

1. Pengenalan ,Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform
2. Pengurusan dan Persiapan Kem
3. Kemahiran Asas Unit Beruniform
4. Kembara Unit Beruniform
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email, whatsapp,
telegram, google classroom dan apa saja alat media masa terkini jika terdapat masalah
berhubung dengan modul ini.

PENTAKSIRAN
Pencapaian pelajar dalam kursus ini ditentukan menerusi pentaksiran kerja kursus
100%.
Ujian amali akan dilaksanakan secara berterusan

vi

AGIHAN TAJUK

Nama Kursus : KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
Kod Kursus
(PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA/
PENGAKAP/ PANDU PUTERI MALAYSIA DAN
KADET REMAJA SEKOLAH)

: MPUD2091

Jam Kredit : 1 Kredit

Kandungan modul ini dibahagi kepada 4 unit. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk
untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.

JUMLAH JAM

TAJUK / TOPIK KULIAH/ INTERAKSI BERSEMUKA MODUL

1. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan TUTORIAL 60% 40%
Kepentingan Unit Beruniform (Unit 21 JAM 13 JAM 8 JAM
uniform yang dilaksanakan)
● Perlembangaan Pertubuhan BERSEMUKA DALAM
- Prinsip-prinsip asas pertubuhan TALIAN
- Perlembagaan Pertubuhan 40%
- Lambang dan cogan kata 9 JAM 20%
- Bendera dan lagu pertubuhan 4 JAM
Persetiaan/Ikrar dan undang-
undang pertubuhan

● Sejarah Unit Beruniform 2 2
- Sejarah pengasas
- Sejarah penubuhan

- Sejarah penubuhan di Malaysia
- Tujuan penubuhan Istiadat-istiadat

rasmi pertubuhan

vii

● Struktur dan Organisasi Pertubuhan

- Struktur dan organisasi peringkat
antarabangsa (jika ada)

- Struktur dan organisasi peringkat
kebangsaan/negeri/ daerah/IPG

- Struktur dan organisasi peringkat

sekolah dan kumpulan

- Fungsi majlis tadbir

● Pengurusan dan Pentadbiran

- Pendaftaran ahli dan kumpulan

- Struktur unit
- Pengurusan Buku log laporan

aktiviti
- Tanggungjawab pemimpin
- Pakaian seragam ahli dan

pemimpin
- Takwim dan rancangan aktiviti

2. Pengurusan dan Persiapan Kem

● Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan
Kebangsaan/ Antarabangsa

- Konsep

- Penglibatan

- Sijil

- Tujuan Kem 2 2
2 1
- Jenis Kem

- Struktur Organisasi

- Staf Kem

- Perancangan dan persiapan awal

- Pemilihan tempat

- Aspek keselamatan

- Kemudahan asas

- Pemeriksaan pagi

- Surat menyurat

- Laporan dan Refleksi

3. Kemahiran Asas Unit Beruniform 1
● Asas Pertolongan Cemas
- Tujuan dan prinsip
- Anduh dan balutan
- Merawat luka dan gigitan

- Melecur, pitam dan patah

- Keracunan dan terseliuh
- Pemulihan penafasan

viii

● Simpulan

- Tali temali (Enam jenis simpulan
asas)

- Simpul Balak

- Simpul Bunga Geti

- Simpul Tindih Kasih

-Simpul Buku Sila 2 2 0

-Simpul Manuk

- Simpul Belit

- Ikatan (Tiga jenis ikatan) 11 0
- Seraya
- Serong
- Lilit Kacang

● Asas Kawad Kaki dan Istiadat 32 1
- Bahasa Hukuman
- Kawad statik dan dinamik
- Kawad formasi

4 Kembara Unit Beruniform 2 11
● Orienteering / Pandu Arah 33
- Tujuan Orienteering
- Peraturan
- Prosedur
- Isyarat
- Laporan

● Ikhtiar Hidup 2 11
- Masakan solar / rimba 2 2
- Membuat perangkap

● Kraf Perkhemahan
- Pengurusan dan penjagaan kem
- Tujuan dan faedah membuat gajet
- Jenis-jenis gajet dan kegunaannya

● Kerohanian dan Moral 21 9 4 8
● Keusahawanan

JUMLAH JAM

ix

UNIT 2 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN
PERKHEMAHAN

PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

i. Konsep Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan merupakan suatu aktiviti
yang amat menyeronokkan dalam
kehidupan.

a. Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan
riadah yang amat baik dan menarik diikuti, sama ada di peringkat
individu, keluarga, sekolah mahupun institusi sosial yang lain.

b. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau
silatulrahim sesama individu dan masyarakat, aktiviti ini juga dapat
menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna
serta mengurangkan gejala-gejala sosial yang sering mengganggu
masyarakat, terutamanya golongan remaja. Antaranya, budaya
lepak, gejala dadah, dan jenayah-jenayah lain yang mungkin akan
dapat dibendung melalui aktiviti ini.

c. Sehubungan dengan itu, berkhemah atau perkhemahan boleh
ditakrifkan sebagai penghidupan di luar bangunan, sama ada di
hutan, di pantai, di bukit, di gunung, dalam kawasan sekolah dan
sebagainya.

d. Berkhemah bermakna kita menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan
melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran kita.
Ini bermakna, seandainya kita berkhemah secara individu atau
berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semula jadi perlu
kita utamakan.

e. Dahulu aktiviti perkhemahan merupakan satu keperluan untuk
hidup, kerana ia berkait rapat dengan ikhtiar hidup, sama ada
secara individu atau berkumpulan.

f. Berkhemah merupakan satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan
sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.

1

Aktiviti perkhemahan akan menguji sejauh manakah kesanggupan
kita untuk menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang
aktiviti ini dijalankan.
g. Kini aktiviti perkhemahan telah menjadi satu aktiviti yang wajib
dalam kegiatan kokurikulum unit beruniform di institusi-institusi
pendidikan.

ii. Penglibatan:
a. Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan mengikut
pelbagai kategori:
(i) Kategori murid Sekolah Rendah:

(ii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah:

(iii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas:

(iv) Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli
yang berusia 18 tahun dan ke atas:

(v) Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas):

b. Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan
peserta mengikuti aktiviti perkhemahan yang memerlukan
berkhemah.

iii. Sijil dan Anugerah:
a. Setiap penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil, iaitu sama ada
Sijil Penyertaan atau Sijil Penghargaan.

iv. Tujuan Perkhemahan:
a. Terdapat dua tujuan utama dalam melaksanakan aktiviti
perkhemahan, iaitu;
(i) Tujuan Umum; dan
(ii) Tujuan Khusus.
b. Tujuan Umum:
Bertujuan untuk melatih ahli perkhemahan agar:
(i) dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan;
2

(ii) dapat menghayati erti batasan kehidupan;

(iii) mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya
semasa menerima arahan, melaksanakan arahan serta
semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak;

(iv) mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah
dipelajari secara teori, seperti mendirikan khemah,
memasang gejet, simpulan dan ikatan dan sebagainya;

(v) menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai
rintangan, khususnya semasa aktiviti pengembaraan
dijalankan seperti merentas bukit-bukau, danau, lopak, dan
sungai;

(vi) melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti
mengurus diri sendiri dan kumpulan;

(vii) mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau
ditetapkan;

(viii) memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu
dengan meningkatkan semangat kekitaan, berpersatuan dan
berdisiplin sentiasa ringan tulang dan saling bekerja sama di
antara satu sama lain;

(ix) menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan
dengan memelihara kebersihan dan tumbuh-tumbuhan yang
ada di kawasan tapak perkhemahan;

(x) sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong,
iri hati, atau busuk hati dengan anggota kumpulan yang lain;

(xi) berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah;

(xii) menghilangkan stres atau ketegangan jiwa; dan

(xiii) mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan
tidak berfaedah.

c. Tujuan Khusus:

(i) Rekreasi:
Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam
makan-minum dantempat tidur. Tidak mementingkan
kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan.

(ii) Khusus:
Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan
terhadapkemahiran- kemahiran ilmu perkhemahan yang
berlatar belakang suasana backwoods (ala hutan).

(iii) Pengembaraan ekspedisi:

3

Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam
perjalanan jauh untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti
tertentu seperti memancing, team-building·, perancangan
baru organisasi dan sebagainya.
(iv) Misteri:
Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi
berdasarkanpanduan yang diberikan sama ada
menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya, seperti
aktiviti treasure hunt.
(v) Penyelidikan:
Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin
memerlukan jangkamasa yang lama di sesuatu lokasi.
Kajian arkeologi misalnya.
(vi) Ikhtiar hidup/survival:
Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk
pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji
kemahiran yang telah dipelajari dan membina semangat
serta ketahanan diri.
Terdapat beberapa faedah dalam mengikuti aktiviti perkhemahan, iaitu;

4

v. Jenis Perkhemahan:

Terdapat tiga kategori atau jenis perkhemahan yang boleh dianjurkan
oleh Unit Kokurikulum atau Badan Beruniform, iaitu:

a. Perkhemahan ringkas:

(i) Tujuan utama sebagai pendedahan atau rekreasi
semata-mata;

(ii) Dalam kumpulan yang kecil (antara dua hingga 4 orang
sahaja);

(iii) Bilangan jurulatih/pemimpin yang tidak ramai
(kadang-kadang hanya seorang sahaja);

(iv) Tempoh masa yang pendek (sekitar satu atau dua hari
sahaja);

(v) Perancangan yang singkat dan cepat (adakalanya secara
ad-hoc sahaja);

(vi) Kos yang rendah dan berpatutan; dan

(viii) Tempat yang tidak jauh (adakalanya dalam kawasan
sekolah).

b. Perkhemahan kumpulan atau unit:

(i) Tujuan utama sebagai penilaian (bukan rekreasi atau
berkelah);

(ii) Dalam kumpulan yang lebih besar (sekurang-kurangnya 15
orang);

(iii) Melibatkan bilangan jurulatih/pemimpin yang ramai (antara
tiga hingga lima orang);

(iv) Tempoh masa masih pendek (sekitar dua hingga tiga hari);

(v) Perancangan yang agak rapi dan teliti (ada jawatankuasa
khas);

(vi) Memerlukan kos yang tinggi dan berpatutan; dan

(viii) Aktiviti di luar kawasan sekolah.

c. Perkhemahan besar-besaran:

(i) Perkhemahan besar-besaran termasuklah perkhemahan
yang dianjurkan secara zon, daerah, negeri, negara dan
antarabangsa;

5

(ii) Selain sebagai penilaian, perkhemahan jenis ini juga
bertujuan bertujuan untuk menjalin dan merapatkan
hubungan silatulrahim sesama ahli;

(iii) Dalam kumpulan amat besar (adakalanya mencecah hingga
puluhan ribu orang yang melibatkan pelbagai unit dan
negara);

(iv) Melibatkan bilangan jurulatih, pemimpin dan urus setia yang
lebih ramai;

(v) Tempoh masih yang lebih panjang (antara lima hingga tujuh
hari);

(vi) Perancangan yang lebih rapi, teliti dan bersistematik
(mengambil masa yang agak lama untuk merancang,
adakalanya melebihi setahun);

(vii) Kos yang amat tinggi (memerlukan tajaan daripada pelbagai
pihak, termasuk kerajaan negeri dan kementerian, di
samping agensi kerajaan dan pihak swasta); dan

(viii) Memerlukan tempat yang luas (mampu menampung
penglibatan sehingga berpuluh ribu orang).

Oleh itu, perancangan dan pengurusan perkhemahan perlulah berdasar
kepada kategori atau jenis perkhemahan yang akan dianjurkan seperti di
atas.

vi. Struktur Organisasi Aktiviti Perkhemahan:

a. Organisasi ialah jentera yang akan menggerakkan aktiviti untuk
kumpulan. Oleh itu, organisasi aktivti perkhemahan perlu
dirancang berdasarkan perkara-perkara seperti yang berikut:

(i) Penganjur:
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut
perlu dicatatkan, sama ada penganjuran utama atau
penganjuran bersama.

(ii) Peserta:
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta
perkhemahan. Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu
perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani
latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani
latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada
peserta.

(iii) Saiz Kumpulan:
Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi
setiap kumpulan.

6

(iv) Syarat: kepada peserta
Menetapkan syarat-syarat tertentu
perkhemahan seperti:
 jantina,
 had umur,
 keadaan tubuh badan,
 kelulusan akademik,
 kemahiran tertentu; dan
 urusan-urusan lain yang berkaitan.

(v) Kepemimpinan:

Menentukan organisasi kepimpinan dalam

kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan.

(vi) Jawatankuasa:
Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu
bagi melaksanakan perkhemahan

vii. Staf Perkhemahan

Pengenalpastian anggota yang terbabit berdasarkan
perkhemahan yang akan dilaksanakan. Staf perkhemahan boleh
terdiri yang terlibat langsung ataupun tidak terlibat secara
langsung.

(a) Staf secara langsung

Terdiri daripada senarai yang berada dalam jawatankuasa
induk dan pelaksana perkhemahan. Mereka terlibat secara penuh
dan mempunyai surat lantikan mengikut bidang masing-masing.
Senarai penuh boleh dilihat pada senarai jawatankuasa
perkhemahan masing-masing. Adalah penting mereka ini
dibekalkan senarai tugas setiap bidang

(b) Staf secara tidak langsung

Terdiri daripada mereka yang turut membantu tetapi tiada
dinyatakan dalam senarai jawatankuasa seperti kerani kewangan
yang meluluskan perkhemahan tersebut, pemandu bas, pegawai
tadbir dan sebagainya

viii. Perancangan dan Persiapan Awal
Sebelum aktiviti perkhemahan:
(i) Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:
(a) membentuk organisasi perkhemahan:
 Jawatankuasa Induk;

7

 Jawatankuasa Kerja atau Pelaksana; dan
 Barisan Jurulatih dan Pembimbing.

(b) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus atau Program
Perkhemahan;

 mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa;

 mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan

pengiring;

 menentukan senarai tugas setiap Ahli

Jawatankuasa, termasuklah Penyelaras

Kursus/Program, Pengiring, Pembimbing dan

Jurulatih;menentukan tarikh;

 menentukan kumpulan dan bilangan

sasaran/peserta;

 memastikan nisbah guru/pensyarah dan

murid/pelajar/siswa guru menepati peraturan;

 menentukan tarikh dan bilangan hari yang sesuai;

 tentatif lokasi perkhemahan;

 tentatif atur cara atau jadual perkhemahan;

 tentatif tetamu kehormat yang akan hadir sewaktu

perasmian;

 cara pergerakan ke tapak perkhemahan:

o tempahan bas (jika diadakan di luar);
o bilangan bas yang perlu disewa (mengikut

bilangan peserta);
o kos sewaan bas.

 kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum, semasa
dan selepas aktiviti) serta cara kutipan;

 permohonan kelulusan dan permit penganjuran
perkhemahan; dan

 isu-isu lain yang berkaitan.

(c) menyiapkan senarai nama petugas dan peserta
Kursus/Program;

(d) menentukan kadar kos perbelanjaan untuk
menganjurkan perkhemahan;

 wang masuk; dan
 wang keluar.

(e) menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi:

 bilangan hari;
 masa perjalanan pergi dan perjalanan balik;
 pengisian program;
 waktu solat, waktu rehat dan waktu makan

(termasuk menu makanan);

8

 pengurusan diri;
 aktiviti/kerja masa lapang; dan
 hal-hal lain yang berkaitan.

(f) menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan
Program untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang
berkenaan;

(g) mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan
aktiviti kepada pihak yang berkenaan;

(h) menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran,
surat-surat pemberitahuan dan surat-surat pelantikan
kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah
makluman bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu
Pejabat Polis, Klinik Kesihatan dan organisasi yang
lain, jika berkenaan;

(i) menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan
kesihatan murid;

(j) surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring,
pembimbing, pemimpin dan jurulatih yang terlibat,
termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar;

(k) memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas
dan peserta berada dalam keadaan baik dan sihat
serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti
perkhemahan;

(l) memperincikan peraturan-peraturan keselamatan;

(m) menyiapkan buku program dan borang-borang yang
diperlukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan:

(n) memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan
telah ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan,
dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata juga;

(o) memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta
keperluan untuk aktiviti perkhemahan mencukupi dan
boleh digunakan;

(p) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan
jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang
sesuai;

 jangkitan penyakit;
 keracunan makanan;
 gigitan serangga berbisa; dan
 serangan binatang buas.

9

(q) memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam
pengurusan perkhemahan, termasuk guru/pensyarah
pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih,
termasuk ibu bapa peserta (jika perlu);

(r) memberi taklimat kepada semua peserta
perkhemahan;

(s) menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi;
dan

(t) menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan
selepas aktiviti perkhemahan sebagai rujukan kerja.

ix. Pemilihan Tempat
mengenal pasti lokasi perkhemahan:
 keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih
menepati bilangan peserta perkhemahan serta
mampu menampung aktiviti perkhemahan, seperti
tapak perkhemahan, tempat perhimpunan, latihan,
kuliah, permainan dan kawasan untuk istirahat;
 memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk
didiami dan beraktiviti;
 memilih kawasan yang menarik dan mempunyai
nilai-nilai tertentu, umpamanya nilai sejarah,
seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang,
Beruas dan sebagainya;

CONTOH TAPAK PERKHEMAHAN YANG LUAS, SELESA
DAN SELAMAT

 kawasan yang bebas daripada laluan angin
kencang yang boleh mendatangkan bahaya dan
kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah
melayang atau runtuh, dan seumpamanya;

10

 kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok
mati atau dahan yang mudah serkah atau patah
untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan
berkenaan menimpa khemah;

 kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila
hujan;

 kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah
ditenggelami air apabila hujan;

 kawasan yang bebas daripada binatang liar atau
orang-orang jahat yang mungkin boleh
mengancam keselamatan jiwa dan harta benda;

 menentukan lokasi penempatan khemah,
kemudahan asas dan keperluan-keperluan lain
berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti
perkhemahan, seperti:

o surau;
o tandas yang sesuai dan mencukupi untuk

lelaki dan perempuan;
o bekalan elektrik;
o bekalan air bersih; dan
o sistem komunikasi.

 memastikan keperluan lojistik mencukupi dan
berada dalam keadaan boleh digunakan; dan

 menempah lokasi perkhemahan;

d. Semasa aktiviti perkhemahan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:

(a) memberikan taklimat kepada semua yang terlibat
sebaik sampai di tapak perkhemahan;

(b) memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi,
termasuklah:

 tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami
dan beraktiviti serta berkondisif;

 mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan
tidak berbatu tajam;

 sistem pencahayaan yang mencukupi untuk
menerangi kawasan perkhemahan;

(c) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan
jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang
sesuai;

 jangkitan penyakit;
 keracunan makanan;
 gigitan serangga berbisa; dan

11

 serangan binatang buas.

(d) kemudahan asas berfungsi dengan baik, seperti:

 surau;
 tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki

dan perempuan;
 elektrik;
 air yang bersih; dan
 sistem komunikasi.
(e) melakukan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi
untuk memastikan peserta perkhemahan dapat
mencapai standard atau tahap perkhemahan;
(f) selain Istiadat Pemeriksaan Pagi, pemantauan harus
dilakukan untuk memastikan aktiviti-aktiviti yang lain
turut dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini
dijalankan, seperti:
(g) membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan
sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan mengikut
perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan
mesyuarat jurulatih pada setiap malam;
(h) menentukan semua peserta mengambil bahagian
dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah
dirancangkan; dan
(i) memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti
yang dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan
selamat dan baik; dan
(j) menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para
petugas dan sijil-sijil penyertaan kepada peserta
perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus.

12

e. Selepas aktiviti perkhemahan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:

(a) mengemaskan

peralatan yang

dibawa dan

digunakan;

(b) memastikan

keperluan logistik

dan peralatan

perkhemahan

mencukupi dan

berada dalam

keadaan baik serta

bersih;

(c) memulangkan
semua peralatan
dan lojistik yang
dipinjam;

(d) meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan
bersih;

(e) mengadakan mesyuarat post-mortem untuk membuat
penilaian terhadap aktiviti perkhemahan yang telah
dijalankan dan membentangkannya dalam mesyuarat;

(f) menulis dan mengedarkan surat-surat penghargaan
kepada pihak-pihak yang berkenaan; dan

(g) menyemak senarai semak;

(h) mendokumentasikan aktiviti sebagai simpanan untuk
dijadikan sebagai panduan dan bahan rujukan pada
masa yang akan datang.

x. Aspek Keselamatan Perkhemahan:

Semasa aktiviti perkhemahan, bagi memastikan keselamatan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:

(a) memberikan taklimat kepada semua yang terlibat
sebaik sampai di tapak perkhemahan;

(b) memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi,
termasuklah:

13

 tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami
dan beraktiviti serta berkondisif;

 mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan
tidak berbatu tajam;

 sistem pencahayaan yang mencukupi untuk
menerangi kawasan perkhemahan;

(c) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan
jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang
sesuai;

 jangkitan penyakit;
 keracunan makanan;
 gigitan serangga berbisa; dan
 serangan binatang buas.

(d) membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan
sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan mengikut
perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan
mesyuarat jurulatih pada setiap malam;

(e) menentukan semua peserta mengambil bahagian
dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah
dirancangkan; dan

(f) memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti
yang dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan
selamat dan baik; dan

(g) menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para
petugas dan sijil-sijil penyertaan kepada peserta
perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus.

xi. Kemudahan Asas:

Seperti yang dinyatakan dalam proses pemilihan tapak perkhemahan
yang baik, kemudahan asas berfungsi dengan baik adalah menjadi
suatu aspek kemestian, seperti:

 surau;
 tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki

dan perempuan;
 elektrik;
 air yang bersih; dan
 sistem komunikasi.

14

xii. Pemeriksaan Pagi:
a. Tujuan:
(i) Meningkatkan darjah/tahap perkhemahan.
(ii) Peka pada kebersihan, uniform, alatan.
(iii) Tahu membuat gajet dengan baik.
(iv) Komen - puji dan tegur.
(v) Pengiktirafan – anugerah panent.
(vi) Menyerlahkan kerjasama ahli perkhemahan.
(vii) Pemimpin peka latar belakang ahli/peserta.
b. Komponen Penilaian:
(i) Peribadi/Pakaian seragam:
(a) Topi dan lencana.
(b) Baju, tanda nama dan lencana.
(c) Seluar dan tali pinggang (lelaki).
(d) Kasut hitam bertali (lelaki pemimpin dan pelajar).
(e) Kasut hitam bertumit tanpa tali (pemimpin
perempuan).
(f) Kasut hitam bertali (pelajar perempuan).
(g) Stokin biru tua (hitam tidak digalakkan).
(h) Kebersihan dam kekemasan pakaian/uniform.
(i) Kebersihan kuku dan gigi.

(ii) Gajet:
(a) Pintu gerbang dan pagar.
(b) Bendera dan tiang bendera.
(c) Papan kenyataan.
(d) Rak kasut.
(e) Ampaian.

15

(f) Meja makan.
(g) Rak alatan tajam.
(h) Aksesori tambahan yang lain.
(iii) Dapur:
(a) Rak untuk dapur dan peralatan dapur.
(b) Kebersihan peralatan dapur.
(c) Rak makanan basah dan kering.
(d) Lubang basah dan Lubang kering.
(e) Kebersihan kawasan dapur
(iv) Khemah dan tataatur:
(a) Keceriaan kawasan perkhemahan.
(b) Susunan kedudukan khemah.
(c) Kekemasan khemah.
(d) Susunan kandungan peribadi (beg, pakaian, dsb).
(e) Susun atur gajet.
(v) Kebersihan:
(a) Kawasan khemah dan sekelilingnya.
(b) Dalam khemah.
(c) Peralatan dapur.
(d) Makanan tidak terdedah.

c. Prosedur Pemeriksaan Pagi:
(i) Peserta lengkap beruniform berbaris di hadapan khemah
masing-masing. (Boleh berbaris di dalam kawasan khemah
jika kawasan khemah luas.)
(ii) Sebaik sahaja Ketua Kursus, jurulatih atau Ketua Pemeriksa
tiba di hadapan khemah, Ketua memberi arahan.
Contohnya:
SKUAD...SKUAD …… SEDIA!

16

(iii) Ketua berkawad untuk melapor kepada Ketua, jurulatih atau
Ketua Pemeriksa. Cara melapor:

Tabik hormat …
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN!

SKUAD SERAMAI LAPAN ORANG SIAP SEDIA UNTUK
DIPERIKSA, TUAN!

Arahan Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa:
WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.

MINTA PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA KELUAR
BARIS!

Tindak balas Ketua Sekawan/Patrol:
BAIK, TUAN!
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS
YANG LAIN, TUAN!

Tabik hormat sekali lagi…
TERIMA KASIH, TUAN!

(iv) Selepas memberikan tabik hormat Ketua kembali ke tempat
asal lalu memberikan arahan khusus untuk Penolong Ketua
dan QM keluar baris. Ketua arahan:

PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA, KELUAR ……
BARIS!

(v) Penolong Ketua dan QM akan bergerak satu langkah ke
hadapan kemudian pusing ke kanan sebagai tanda keluar
baris.

(vi) Penolong Ketua dan QM akan membawa para
penilai/pemeriksa atau jurulatih ke dalam khemah untuk
dibuat penilaian manakala Ketua berserta peserta
perkhemahan yang lain akan diperiksa tentang peribadi dan
uniform pengakap dalam satu barisan di hadapan khemah.
Selesai penilaian Penolong Ketua dan QM akan masuk ke
dalam barisan kembali.

(vi) Pada akhir pemeriksaan pagi, Ketua perkhemahan akan
lapor kepada Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa sekali lagi.
Cara melapor:

Tabik hormat …
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN!

SKUAD SERAMAI LAPAN ORANG SIAP MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH ATAS PEMERIKSAAN TADI, TUAN!

Arahan Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa:

17

WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.
SELEPAS INI BERSIAP UNTUK ..........
Tindak balas Ketua:
BAIK, TUAN!
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS
YANG LAIN, TUAN!
Tabik hormat sekali lagi…
TERIMA KASIH, TUAN!
(vii) Selepas memberikan tabik hormat, Ketua perkhemahan
kembali ke tempat asal lalu memberikan arahan keluar baris.
Ketua memberikan arahan:
SKUAD! KELUAR ...... BARIS!

18

PERKHEMAHAN PENGAKAP

Pengenalan:

i. Konsep Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan merupakan suatu
aktiviti yang amat menyeronokkan dalam

kehidupan pengakap.

a. Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan
riadah yang amat baik dan menarik diikuti, sama ada di peringkat
individu, keluarga, sekolah mahupun institusi sosial yang lain.

b. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau
silatulrahim sesama individu dan masyarakat, aktiviti ini juga dapat
menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna
serta mengurangkan gejala-gejala sosial yang sering mengganggu
masyarakat, terutamanya golongan remaja. Antaranya, budaya
lepak, gejala dadah, dan jenayah-jenayah lain yang mungkin akan
dapat dibendung melalui aktiviti ini.

c. Sehubungan dengan itu, berkhemah atau perkhemahan boleh
ditakrifkan sebagai penghidupan di luar bangunan, sama ada di
hutan, di pantai, di bukit, di gunung, dalam kawasan sekolah dan
sebagainya.

d. Berkhemah bermakna kita menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan
melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran kita.
Ini bermakna, seandainya kita berkhemah secara individu atau
berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semula jadi perlu
kita utamakan.

e. Dahulu aktiviti perkhemahan merupakan satu keperluan untuk
hidup, kerana ia berkait rapat dengan ikhtiar hidup, sama ada
secara individu atau berkumpulan.

f. Berkhemah merupakan satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan
sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.
Aktiviti perkhemahan akan menguji sejauh manakah kesanggupan
kita untuk menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang
aktiviti ini dijalankan.

g. Kini aktiviti perkhemahan telah menjadi satu aktiviti yang wajib
dalam kegiatan kokurikulum unit beruniform, khususnya pengakap
di institusi-institusi pendidikan.

19

Penglibatan:

i. Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan pengakap mengikut
pelbagai kategori:

a Kategori murid Sekolah Rendah:

(i) Pengakap Kanak-kanak (8 hingga 12½ tahun):

(a) Lencana Keahlian (tidak perlu berkhemah)
(b) Lencana Wajib (tidak perlu berkhemah)
(c) Lencana Keris Gangsa
(d) Lencana Kegemaran
(e) Lencana Keris Perak
(f) Lencana Pengetahuan
(g) Lencana Perkhidmatan
(h) Lencana Keris Emas
(i) Rambu Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap

Negeri

b. Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah:

(ii) Pengakap Muda (12½ hingga 15½ tahun);
Pengakap Muda Laut; dan
Pengakap Muda Udara:

(a) Lencana Keahlian (tidak perlu berkhemah)
(b) Lencana Usaha
(c) Lencana Kegemaran
(d) Lencana Maju
(e) Lencana Pengetahuan
(f) Lencana Perkhidmatan
(g) Lencana Jaya
(h) Rambu Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap

Negeri

c. Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas:

(iii) Pengakap Remaja (15½ hingga 17 tahun):
Pengakap Remaja Laut; dan
Pengakap Remaja Udara:

(a) Lencana Keahlian (tidak perlu berkhemah)
(b) Lencana Usaha
(c) Lencana Maju
(d) Lencana Jaya
(e) Lencana Jayadiri
(f) Lencana Kemahiran
(g) Lencana Kegiatan
(h) Lencana Ekspedisi
(i) Lencana Perkhidmatan
(j) Rambu Anugerah Ketua Peuruhjaya Pengakap

Negara
(k) Anugerah Pengakap Raja

20

d. Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli yang
berusia 18 tahun dan ke atas:

(i) Pengakap Kelana (18 tahun dan ke atas):
Pengakap Kelana Udara:

(a) Lencana Keahlian (tidak perlu berkhemah)
(b) Lencana Wajib (tidak perlu berkhemah)
(c) Lencana Pilihan
(d) Rambu Anugerah BP

e. Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas):

(i) Kursus Kepemimpinan Manik Kayu Pengenalan, I, II, III dan
IV

(ii) Kursus Penolong Jurulatih

(iii) Kursus Jurulatih

(iv) Kursus Teknik

ii. Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan peserta
mengikuti aktiviti perkhemahan pengakap atau peserta perlu
berkhemah.

Sijil: Setiap penglibatan atau penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil,
i. iaitu sama ada Sijil Penyertaan atau Sijil Penghargaan.

ii. Antara contoh anugerah dan sijil adalah seperti yang berikut:

21

CONTOH ANUGERAH YANG DIKELUARKAN OLEH PPM KEPADA AHLI
PENGAKAP

CONTOH SIJIL YANG DIKELUARKAN OLEH PPM

CONTOH SIJIL KURSUS KEPEMIMPINAN MANIK KAYU
YANG DIKELUARKAN OLEH PPM

Tujuan Perkhemahan:
i. Terdapat dua tujuan utama dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan,
iaitu;
a. Tujuan Umum; dan
b. Tujuan Khusus.
ii. Tujuan Umum:
Bertujuan untuk melatih ahli pengakap agar:
a. dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan;
b. dapat menghayati erti batasan kehidupan;
c. mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa
menerima arahan, melaksanakan arahan serta semasa
menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak;
d. mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu kepengakapan yang
telah dipelajari secara teori, seperti mendirikan khemah,
memasang gejet, simpulan dan ikatan dan sebagainya;

22

e. menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai
rintangan, khususnya semasa aktiviti pengembaraan dijalankan
seperti merentas bukit-bukau, danau, lopak, dan sungai;

f. melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti mengurus diri
sendiri dan kumpulan;

g. mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau
ditetapkan;

h. memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu dengan
meningkatkan semangat kekitaan, berpersatuan dan berdisiplin
sentiasa ringan tulang dan saling bekerja sama di antara satu
sama lain;

i. menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan dengan
memelihara kebersihan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di
kawasan tapak perkhemahan;

j. sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong, iri
hati, atau busuk hati dengan anggota kumpulan yang lain;

k. berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah;

l. menghilangkan stres atau ketegangan jiwa; dan

m. mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak
berfaedah.

iii. Tujuan Khusus:

a. Rekreasi:
Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam makan-minum
dan tempat tidur. Tidak mementingkan kegiatan kemahiran ilmu
perkhemahan.

b. Khusus:
Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan
terhadap kemahiran-kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar
belakanagkan suasana ala hutan (backwoods)

c. Pengembaraan ekspedisi:
Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalamperjalanan
jauh untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti tertentu seperti
memancing, team-building, perancangan baru organisasi dan
sebagainya.

d. Misteri:
Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi
berdasarkan garis panduan yang diberikan, sama ada
menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya sekali,
seperti aktiviti treasure hunt.

e. Penyelidikan:

23

Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin
memerlukan jangka masa yang lama di sesuatu lokasi. Kajian
arkeologi misalnya.
f. Ikhtiar hidup/Survival:
Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk pengembaraan
yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah
dipelajari dan membina semangat serta ketahanan diri.
vi. Faedah Perkhemahan
a. Terdapat beberapa faedah dalam mengikuti aktiviti perkhemahan,
iaitu;

Jenis Perkhemahan:
i. Terdapat tiga kategori atau jenis perkhemahan yang boleh dianjurkan
oleh Unit Kokurikulum atau Badan Beruniform, iaitu:
a. Perkhemahan ringkas:
(i) Tujuan utama sebagai pendedahan atau rekreasi
semata-mata;
(ii) Dalam kumpulan yang kecil (antara dua hingga 4 orang
sahaja);

24

(iii) Bilangan jurulatih/pemimpin yang tidak ramai
(kadang-kadang hanya seorang sahaja);

(iv) Tempoh masa yang pendek (sekitar satu atau dua hari
sahaja);

(v) Perancangan yang singkat dan cepat (adakalanya secara
ad-hoc sahaja);

(vi) Kos yang rendah dan berpatutan; dan

(vii) Tempat yang tidak jauh (adakalanya dalam kawasan
sekolah).

b. Perkhemahan kumpulan atau unit:

(i) Tujuan utama sebagai penilaian (bukan rekreasi atau
berkelah);

(ii) Dalam kumpulan yang lebih besar (sekurang-kurangnya 15
orang);

(iii) Melibatkan bilangan jurulatih/pemimpin yang ramai (antara
tiga hingga lima orang);

(iv) Tempoh masa masih pendek (sekitar dua hingga tiga hari);

(v) Perancangan yang agak rapi dan teliti (ada jawatankuasa
khas);

(vi) Memerlukan kos yang tinggi dan berpatutan; dan

(viii) Aktiviti di luar kawasan sekolah.

c. Perkhemahan besar-besaran:

(i) Perkhemahan besar-besaran termasuklah perkhemahan
yang dianjurkan secara zon, daerah, negeri, negara dan
antarabangsa;

(ii) Dalam pergerakan pengakap, perkhemahan jenis ini dikenali
sebagai Mini Jambori, Jambori, Korobori dan Rovermoot.
Dalam kalangan pemimpin pengakap, misalnya Penolong
Pemimpin Pengakap, Pemimpin, Penolong Pesuruhjaya,
Pesuruhjaya dan jurulatih di IPG, aktiviti perkhemahan
dianjurkan melalui Kursus Kepemimpinan Manik Kayu,
Kursus Penolong Jurulatih Pengakap dan Kursus
Kejurulatihan Pengakap.

(iii) Selain sebagai penilaian, perkhemahan jenis ini juga
bertujuan bertujuan untuk menjalin dan merapatkan
hubungan silatulrahim sesama ahli (dalam pengakap
dikenali sebagai Persaudaraan Pengakap dari seluruh
dunia);

25

(iv) Dalam kumpulan amat besar (adakalanya mencecah hingga
puluhan ribu orang yang melibatkan pelbagai unit dan
negara dalam pengakap);

(v) Melibatkan bilangan jurulatih, pemimpin dan urus setia yang
lebih ramai;

(vi) Tempoh masih yang lebih panjang (antara lima hingga tujuh
hari);

(vii) Perancangan yang lebih rapi, teliti dan bersistematik
(mengambil masa yang agak lama untuk merancang,
adakalanya melebihi setahun);

(viii) Kos yang amat tinggi (memerlukan tajaan daripada pelbagai
pihak, termasuk kerajaan negeri dan kementerian, di
samping agensi kerajaan dan pihak swasta); dan

(ix) Memerlukan tempat yang luas (mampu menampung
penglibatan sehingga berpuluh ribu orang).

ii. Oleh itu, perancangan dan pengurusan perkhemahan perlulah berdasar
kepada kategori atau jenis perkhemahan yang akan dianjurkan seperti di
atas.

Sturuktur Organisasi

i. Organisasi ialah jentera yang akan menggerakkan aktiviti untuk
kumpulan. Oleh itu, organisasi aktivti perkhemahan perlu dirancang
berdasarkan perkara-perkara seperti yang berikut:

a. Penganjur:
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu
dicatatkan, sama ada penganjuran utama atau penganjuran
bersama.

b. Peserta:
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan.
Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan
mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas
yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini
mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.

c. Saiz Kumpulan:
Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi
setiap kumpulan.

d. Syarat:
Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan
seperti:

(i) jantina,

(ii) had umur,

26

(iii) keadaan tubuh badan,

(iv) kelulusan akademik,

(v) kemahiran tertentu; dan

(vi) urusan-urusan lain yang berkaitan.

e. Kepemimpinan:
Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan
semasa perkhemahan.

f. Jawatankuasa:
Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi
melaksanakan perkhemahan

Staf Perkhemahan:

i. Perkhemahan di Peringkat Sekolah:
Staf terdiri dari guru penasihat pengakap/pemimpin/penolong
pemimpin yang menguruskan aktiviti perkhemahan bagi menguji
pengakap mengikut skima lencana yang perlu diperolehi dan lulus bagi
meningkat kemahiran seseorang pengakap itu.

ii. Perkhemahan di Peringkat Kursus:
Staf terdiri dari Ketua Kursus, Penolong Ketua Kursus, Pembimbing
Kursus, Kuartermaster Makanan, Kuartermaster Alatan dan Ahli
Jawatankuasa Kecil yang lain. Mereka akan menguruskan kursus
mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap
Malaysia bagi melayakkan penolong pemimpin lulus.

3.1.8 Perancangan dan Persiapan Awal:

i. Prosedur Perkhemahan:

a. Prosedur untuk menjalankan aktiviti perkhemahan seharusnya
bermula dari peringkat perancangan program lagi kerana ia
merupakan perkara yang paling utama perlu dilakukan dalam
membuat prosedur perkhemahan.

b. Pelbagai perkara, situasi, dan kriteria perlu diambil kira semasa
membuat perancangan bagi memastikan proses perancangan dan
proses pelaksanaan tidak lari dari prosedur yang telah ditetapkan.
Hal ini penting kerana dengan perancangan yang baik dan teliti
serta bersistematik diyakini akan dapat menyelesaikan banyak
masalah untuk menganjurkan sesebuah aktiviti perkhemahan.

c. Perancangan dan pelaksanaan yang tidak mengikut prosedur
boleh mengundang pelbagai masalah, khususnya masalah dari
segi pengurusan dan pentadbiran sekiranya tercetus sebarang
kecelakaan. Malah para peserta atau keluarga peserta juga boleh

27

mengambil tindakan undang-undang sekiranya masalah prosedur
ini dikesampingkan.

ii. Prosedur Tetap Perkhemahan:

a. Prosedur tetap perkhemahan boleh dibahagikan kepada tiga
peringkat atau tahap berdasarkan kepada 3 ‘S’, iaitu:

(i) sebelum aktiviti;

(ii) semasa aktiviti; dan

(iii) selepas aktiviti.

b. Bagi memudahkan prosedur perkhemahan ini dilaksanakan,
konsep 4W1H mungkin boleh dijadikan ukuran atau
benchmarking untuk menguruskan aktiviti perkhemahan dengan
baik, iaitu:

Who : Siapa?
 Siapakah penganjurnya?
 Siapakah yang akan mengendalikan

perkhemahan ini?
 Siapakah Ahli Jawatankuasanya?
 Siapakah jurulatih dan pembimbing kursus?
 Siapakah para pesertanya?

Where : Di mana?
 Di manakah perkhemahan ini akan diadakan?
 Ke manakah surat-surat kebenaran atau
pemberitahuan perlu dihantar?

Why : Kenapa?
 Kenapakah perkhemahan ini perlu
dilaksanakan?
 Kenapakah kebenaran daripada pihak-pihak
tertentu perlu diperoleh?

When : Bila?
 Bilakah jawatankuasa aktiviti perlu dibentuk?
 Bilakah mesyuarat Jawatankuasa
Perkhemahan perlu diadakan?
 Bilakah perkhemahan ini akan dilaksanakan?
 Bilakah surat-surat yang berkenaan perlu
dihantar?

How : Bagaimana? akan
 Bagaimanakah perkhemahan ini akan
dilaksanakan?
 Berapa lamakah perkhemahan ini
dijalankan?

28

c. Sebelum aktiviti perkhemahan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:

(a) membentuk organisasi perkhemahan:

 Jawatankuasa Induk;
 Jawatankuasa Kerja atau Pelaksana; dan
 Barisan Jurulatih dan Pembimbing.

(b) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus atau Program
Perkhemahan;

 mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa;

 mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan

pengiring;

 menentukan senarai tugas setiap Ahli

Jawatankuasa, termasuklah Penyelaras

Kursus/Program, Pengiring, Pembimbing dan

Jurulatih;

 menentukan tarikh;

 menentukan kumpulan dan bilangan

sasaran/peserta;

 memastikan nisbah guru/pensyarah dan

murid/pelajar/siswa guru menepati peraturan;

 menentukan tarikh dan bilangan hari yang sesuai;

 tentatif lokasi perkhemahan;

 tentatif atur cara atau jadual perkhemahan;

 tentatif tetamu kehormat yang akan hadir sewaktu

perasmian;

 cara pergerakan ke tapak perkhemahan:

o tempahan bas (jika diadakan di luar);
o bilangan bas yang perlu disewa (mengikut

bilangan peserta);
o kos sewaan bas.

 kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum, semasa
dan selepas aktiviti) serta cara kutipan;

 permohonan kelulusan dan permit penganjuran
perkhemahan; dan

 isu-isu lain yang berkaitan.

(c) mengenal pasti lokasi perkhemahan (rujuk subtajuk ix
di bawah)

(d) menyiapkan senarai nama petugas dan peserta
Kursus/Program;

(e) menentukan kadar kos perbelanjaan untuk
menganjurkan perkhemahan;

29

 wang masuk; dan
 wang keluar.

(f) menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi:

 bilangan hari;
 masa perjalanan pergi dan perjalanan balik;
 pengisian program;
 waktu solat, waktu rehat dan waktu makan

(termasuk menu makanan);
 pengurusan diri;
 aktiviti/kerja masa lapang; dan
 hal-hal lain yang berkaitan.

(g) menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan
Program untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang
berkenaan;

(h) mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan
aktiviti kepada pihak yang berkenaan;

(i) menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran,
surat-surat pemberitahuan dan surat-surat pelantikan
kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah
makluman bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu
Pejabat Polis, Klinik Kesihatan dan organisasi yang
lain, jika berkenaan;

(j) menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan
kesihatan murid;

(k) surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring,
pembimbing, pemimpin dan jurulatih yang terlibat,
termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar;

(l) memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas
dan peserta berada dalam keadaan baik dan sihat
serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti
perkhemahan;

(m) memperincikan peraturan-peraturan keselamatan;

(n) menyiapkan buku program dan borang-borang yang
diperlukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan:

(o) memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan
telah ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan,
dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata juga;

(p) memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta
keperluan untuk aktiviti perkhemahan mencukupi dan
boleh digunakan;

30

(q) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan
jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang
sesuai;

 jangkitan penyakit;
 keracunan makanan;
 gigitan serangga berbisa; dan
 serangan binatang buas.

(r) memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam
pengurusan perkhemahan, termasuk guru/pensyarah
pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih,
termasuk ibu bapa peserta (jika perlu);

(s) memberi taklimat kepada semua peserta
perkhemahan;

(t) menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi;
dan

(u) menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan
selepas aktiviti perkhemahan sebagai rujukan kerja.

d. Semasa aktiviti perkhemahan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:

(a) memberikan taklimat kepada semua yang terlibat
sebaik sampai di tapak perkhemahan;

(b) memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi,
termasuklah:

 tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami
dan beraktiviti serta berkondusif;

 mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan
tidak berbatu tajam;

 sistem pencahayaan yang mencukupi untuk
menerangi kawasan perkhemahan;

(c) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan
jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang
sesuai;

 jangkitan penyakit;
 keracunan makanan;
 gigitan serangga berbisa; dan

31

 serangan binatang buas.

(d) kemudahan asas berfungsi dengan baik, seperti:

 surau;
 tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki

dan perempuan;
 elektrik;
 air yang bersih; dan
 sistem komunikasi.

(e) melakukan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi
untuk memastikan peserta perkhemahan dapat
mencapai standard atau tahap perkhemahan;

(f) selain Istiadat Pemeriksaan Pagi, pemantauan harus
dilakukan untuk memastikan istiadat-istiadat pengakap
yang lain turut dilaksanakan sepanjang aktiviti
perkhemahan ini dijalankan, seperti:

 Istiadat Penerimaan Peserta (dilakukan sebagai
penerimaan ahli sebagai peserta aktiviti
perkhemahan);

 Istiadat Laung Agung (hanya untuk PKK sahaja)
 Istiadat Kibarkan Bendera;
 Istiadat Turunkan Bendera;
 Istiadat Penyerahan Tugas; dan
 Istiadat-istiadat lain yang berkaitan.

(g) membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan
sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan mengikut
perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan
mesyuarat jurulatih pada setiap malam;

(h) menentukan semua peserta mengambil bahagian
dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah
dirancangkan; dan

(i) memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti
yang dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan
selamat dan baik; dan

(j) menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para
petugas dan sijil-sijil penyertaan kepada peserta
perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus.

32

e. Selepas aktiviti perkhemahan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:

(a) mengemaskan

peralatan yang

dibawa dan

digunakan;

(b) memastikan

keperluan logistik

dan peralatan

perkhemahan

mencukupi dan

berada dalam

keadaan baik serta

bersih;

(c) memulangkan
semua peralatan
dan lojistik yang
dipinjam;

(d) meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan
bersih;

(e) mengadakan mesyuarat post-mortem untuk membuat
penilaian terhadap aktiviti perkhemahan yang telah
dijalankan dan membentangkannya dalam mesyuarat;

(f) menulis dan mengedarkan surat-surat penghargaan
kepada pihak-pihak yang berkenaan; dan

(g) menyemak senarai semak;

(h) mendokumentasikan aktiviti sebagai simpanan untuk
dijadikan sebagai panduan dan bahan rujukan pada
masa yang akan datang.

Pemilihan Tempat:

i. Lokasi perkhemahan perlu dikenal pasti.

ii. Antara prosedur dalam pemilihan tapak atau tempat perkhemahan,
ialah:

a. keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih menepati bilangan
peserta perkhemahan serta mampu menampung aktiviti
perkhemahan, seperti tapak perkhemahan, tempat perhimpunan,
latihan, kuliah, permainan dan kawasan untuk istirahat;

b. memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan
beraktiviti;

33

c. memilih kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu,
umpamanya nilai sejarah, seperti di kawasan Gunung Jerai,
Gunung Ledang, Beruas dan sebagainya;

CONTOH TAPAK PERKHEMAHAN YANG LUAS, SELESA DAN SELAMAT

d. kawasan yang bebas daripada laluan angin kencang yang boleh
mendatangkan bahaya dan kecelakaan seperti pokok tumbang,
khemah melayang atau runtuh, dan seumpamanya;

e. kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok mati atau dahan
yang mudah serkah atau patah untuk mengelakkan pokok atau
dahan-dahan berkenaan menimpa khemah;

f. kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila hujan;
g. kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah ditenggelami air

apabila hujan;
h. kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orang-orang

jahat yang mungkin boleh mengancam keselamatan jiwa dan
harta benda;
i. menentukan lokasi penempatan khemah, kemudahan asas dan
keperluan-keperluan lain berfungsi dengan baik sesuai untuk
aktiviti perkhemahan, seperti:
(i) surau;
(ii) tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan

perempuan;
(iii) bekalan elektrik;
(iv) bekalan air bersih; dan
(v) sistem komunikasi.
j. memastikan keperluan lojistik mencukupi dan berada dalam
keadaan boleh digunakan; dan
k. menempah lokasi perkhemahan;

34

Aspek Keselamatan:
i. Prosedur Keselamatan Perkhemahan:
a. Terdapat beberapa prosedur dan arahan yang perlu dipatuhi
sepanjang aktiviti perkhemahan dini dijalankan, iaitu:
(i) Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan.
(ii) Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan,
minuman, pakaian dan tapak perkhemahan.
(iii) Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa
menghormati serta menghargai kawasan sekitar.
(iv) Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan
kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan
keselamatan.
(v) Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.
(vi) Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan
semua aktiviti.
(vii) Memaklumkan kepada ketua pasukan / kumpulan, fasilatator
atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika
menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan
keselamatan.
(viii) Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat
tanpa berhenti sehingga rakan datang membantu jika
berlaku sebarang kecemasan.
(ix) Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang
telah ditetapkan jika berkhemah berhampiran sungai, pantai
atau tasik.
(x) Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti
senjata api, dadah dan alat yang menyalahi undang-undang.
(xi) Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman
dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan
perkhemahan.

35

Kemudahan Asas
i. Pelaksanaan aktiviti perkhemahan akan menjadi mudah dan kondusif
jika tapak atau tempat perkhemahan yang dipilih mempunyai
kemudahan-kemudahan asas yang bersesuaian dengan objektif
perkhemahan.
ii. Kemudahan-kemudahan tersebut hendaklah berfungsi dengan baik dan
boleh digunakan.
iii. Antara kemudahan asas yang diperlukan, ialah:
a. surau;
b. tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan;
c. elektrik;
d. air yang bersih;
e. dewan;
f. sistem komunikasi;
g. hospital atau klinik yang berdekatan; dan
h. balai atau pondok polis yang berdekatan.

Pemeriksaan Pagi
i. Tujuan:
a. Meningkatkan darjah/tahap perkhemahan.
b. Peka pada kebersihan, uniform, alatan.
c. Tahu membuat gajet dengan baik.
d. Komen - puji dan tegur.
e. Pengiktirafan – anugerah panent.
f. Menyerlahkan kerjasama kumpulan (Sekawan/Patrol).
g. Pemimpin peka latar belakang ahli/peserta.

ii. Komponen Penilaian:
a. Peribadi/Pakaian seragam:
(i) Topi dan lencana.
(ii) Skaf dan wogel PVC (kemudian Gilwell).

36

(iii) Baju, tanda nama dan lencana.
(iv) Seluar biru tua dan tali pinggang (lelaki).
(v) Kasut hitam bertali (lelaki pemimpin dan pelajar).
(vi) Kasut hitam bertumit tanpa tali (pemimpin perempuan).
(vii) Kasut hitam bertali (pelajar perempuan).
(viii) Stokin biru tua (hitam tidak digalakkan).
(ix) Kebersihan dam kekemasan pakaian/uniform.
(x) Kebersihan kuku dan gigi.
b. Gajet:
(i) Pintu gerbang dan pagar.
(ii) Bendera dan tiang bendera.
(iii) Papan kenyataan.
(iv) Rak kasut.
(v) Ampaian.
(vi) Meja makan.
(vii) Rak alatan tajam.
(viii) Aksesori tambahan yang lain.
c. Dapur:
(i) Rak untuk dapur dan peralatan dapur.
(ii) Kebersihan peralatan dapur.
(iii) Rak makanan basah dan kering.
(iv) Lubang basah dan Lubang kering.
(v) Kebersihan kawasan dapur
d. Khemah dan tataatur:
(i) Keceriaan kawasan perkhemahan.
(ii) Susunan kedudukan khemah.
(iii) Kekemasan khemah.
(iv) Susunan kandungan peribadi (beg, pakaian, dsb).

37

(v) Susun atur gajet.
e. Kebersihan:

(i) Kawasan khemah dan sekelilingnya.
(ii) Dalam khemah.
(iii) Peralatan dapur.
(iv) Makanan tidak terdedah.

iii. Prosedur Istiadat Pemeriksaan Pagi:
a. Sekawan/Patrol lengkap beruniform berbaris di hadapan khemah
masing-masing. (Boleh berbaris di dalam kawasan khemah jika
kawasan khemah luas.)

SUASANA ISTIADAT PEMERIKSAAN PAGI

b. Sebaik sahaja Ketua Kursus, jurulatih atau Ketua Pemeriksa tiba
di hadapan khemah, Ketua Sekawan memberi arahan.
Contohnya:
BIRU! BIRU …… SEDIA!

c. Ketua Sekawan/Patrol berkawad untuk melapor kepada Ketua
Kursus, jurulatih atau Ketua Pemeriksa. Cara melapor:
Tabik hormat pengakap…
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN!
BIRU SERAMAI LAPAN ORANG SIAP SEDIA UNTUK
DIPERIKSA, TUAN!
Arahan Ketua Kursus/jurulatih/Ketua Pemeriksa:
WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.
MINTA PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA KELUAR
BARIS!
Tindak balas Ketua Sekawan/Patrol:
BAIK, TUAN!
38

MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS
YANG LAIN, TUAN!
Tabik hormat pengakap sekali lagi…
TERIMA KASIH, TUAN!

KETUA SEKAWAN MELAPOR KEPADA KETUA KURSUS
d. Selepas memberikan tabik hormat pengakap, Ketua

Sekawan/Patrol kembali ke tempat asal lalu memberikan arahan
khusus untuk Penolong Ketua dan QM keluar baris. Ketua
Sekawan/Patrol memberikan arahan:

PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA,
KELUAR …… BARIS!
e. Penolong Ketua dan QM akan bergerak satu langkah ke hadapan
kemudian pusing ke kanan sebagai tanda keluar baris.
f. Penolong Ketua dan QM akan membawa para penilai/pemeriksa
atau jurulatih ke dalam khemah untuk dibuat penilaian manakala
Ketua Sekawan/Patrol berserta ahli pengakap yang lain akan
diperiksa tentang peribadi dan uniform pengakap dalam satu
barisan di hadapan khemah. Selesai penilaian Penolong Ketua
dan QM akan masuk ke dalam barisan kembali.

g. Pada akhir pemeriksaan pagi, Ketua Sekawan/Patrol akan lapor
kepada Ketua Kursus/jurulatih/Ketua Pemeriksa sekali lagi. Cara
melapor:
Tabik hormat pengakap…
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN!
BIRU SERAMAI LAPAN ORANG MENGUCAPKAN TERIMA
KASIH ATAS PEMERIKSAAN TADI, TUAN!
Arahan Ketua Kursus/jurulatih/Ketua Pemeriksa:
WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.
39

SELEPAS INI BERSIAP UNTUK ISTIADAT LAUNG AGUNG
(jika PKK)

SELEPAS INI BERSIAP UNTUK ISTIADAT KIBARKAN
BENDERA (jika PM, PR dan PK)

Tindak balas Ketua Sekawan/Patrol:
BAIK, TUAN!
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS
YANG LAIN, TUAN!

Tabik hormat pengakap sekali lagi…
TERIMA KASIH, TUAN!

h. Selepas memberikan tabik hormat pengakap, Ketua
Sekawan/Patrol kembali ke tempat asal lalu memberikan arahan
keluar baris. Ketua Sekawan/Patrol memberikan arahan:

BIRU! KELUAR ...... BARIS!

v. Standard atau Tahap Perkhemahan:

a. Standard atau tahap perkhemahan akan ditingkatkan pada setiap
hari mengikut skema pemarkahan seperti yang berikut:

 Hari Pertama : 60% (diperiksa oleh jurulatih)
Sekawan/Patrol boleh dianugerahi penant
satu pokok jika mencapai standard
perkhemahan.

 Hari Kedua : 80% (diperiksa oleh jurulatih)
Sekawan/Patrol boleh dianugerahi penant
satu pokok atau dua pokok serta manik kayu
gergasi jika mencapai standard
perkhemahan.

 Hari Ketiga : 100% (diperiksa oleh jurulatih atau Ketu-ketua
Sekawan/Patrol)
Sekawan/Patrol boleh dianugerahi penant
satu pokok atau dua pokok serta manik kayu
gergasi jika mencapai standard
perkhemahan.

40

PERKHEMAHAN PANDU PUTERI

Pengenalan

i. Konsep Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan merupakan suatu aktiviti yang amat
menyeronokkan untuk seseorang
Pandu Puteri.

a. Penglibatan dalam aktiviti perkhemahan merupakan
suatu aktiviti yang amat baik dan menarik, sama
ada untuk seseorang individu, keluarga, sekolah
mahupun institusi sosial yang lain.

b. Selain daripada mengeratkan hubungan kekeluargaan
atau silaturrahim sesama individu dan masyarakat,
aktiviti ini juga dapat menambahkan pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman yang amat berguna. Ia juga
dapat mengurangkan gejala-gejala sosial yang sering
mengganggu masyarakat, terutamanya golongan
remaja. Antaranya, budaya lepak, gejala dadah dan
jenayah-jenayah lain yang mungkin dapat dibendung
melalui penyertaan dalam aktiviti perkhemahan.

c. Pada zaman dahulu, aktiviti perkhemahan merupakan
satu keperluan untuk hidup, kerana ia berkait rapat
dengan ikhtiar hidup, sama ada secara individu atau
berkumpulan.

d. Kini aktiviti perkhemahan telah menjadi satu aktiviti
yang wajib dalam kegiatan kokurikulum unit beruniform,
khususnya Pandu Puteri di institusi-institusi pendidikan.

ii. Anugerah dan Sijil
Setiap penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil, iaitu sama
ada Sijil Penyertaan atau Sijil Penghargaan.

i. Tujuan Umum Perkhemahan:
a. meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan;
b. menghayati erti batasan kehidupan;

41


Click to View FlipBook Version