The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul UB- Buku 2 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Unit Beruniform

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 9w2sgp, 2021-01-19 10:36:29

Modul UB- Buku 2 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Unit Beruniform

Modul UB- Buku 2 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Unit Beruniform

c. meningkatkan daya tahan mental dan fizikal, khususnya
semasa

d. menerima arahan, melaksanakan arahan serta semasa
menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak;

e. mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu Pandu Puteri
yang telah dipelajari secara teori, seperti mendirikan
khemah, memasang gejet, simpulan dan ikatan dan
sebagainya;

f. menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai
rintangan, khususnya semasa aktiviti pengembaraan
dijalankan seperti merentas bukit-bukau, danau, lopak, dan
sungai;

g. melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti
mengurus diri sendiri dan kumpulan;

h. mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau
ditetapkan;

i. memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu
dengan meningkatkan semangat kekitaan, berpersatuan
dan berdisiplin sentiasa ringan tulang dan saling bekerja
sama di antara satu sama lain;

j. menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan
dengan memelihara kebersihan dan tumbuh-tumbuhan
yang ada di kawasan tapak perkhemahan;

k. sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak,
sombong, iri hati, atau busuk hati dengan anggota
kumpulan yang lain;

l. berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah;
m. menghilangkan stres atau ketegangan jiwa; dan
n. mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan

tidak berfaedah.

ii. Tujuan Khusus Perkhemahan:

a. Rekreasi:
Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam
makan-minum dan tempat tidur. Tidak mementingkan
kegiatan kemahiran ilmu perkhemahan.

b. Pengembaraan ekspedisi:
Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam
perjalanan jauh untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti
tertentu seperti memancing, team-building,
perancangan baru organisasi dan sebagainya.

c. Misteri:
Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang
tersembunyi berdasarkan garis panduan yang diberikan,

42

sama ada menggunakan peta atau kompas atau
kedua-duanya sekali, seperti aktiviti treasure hunt.
d. Penyelidikan:
Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin
memerlukan jangka masa yang lama di sesuatu lokasi.
Kajian arkeologi misalnya.
e. Ikhtiar hidup/Survival:
Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk
pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji
kemahiran yang telah dipelajari dan membina
semangat serta ketahanan diri.
f. Test Camp
Membolehkan ahli untuk menduduki ujian-ujian lencana
kecekapan seperti ujian Juru Pertolongan Cemas dan
sebagainya.
v. Faedah-Faedah Perkhemahan

43

Pengurusan Perkhemahan

i. Jenis Perkhemahan:
Terdapat tiga kategori atau jenis perkhemahan yang boleh
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum atau Badan Beruniform, iaitu:

a. Perkhemahan ringkas
- Tujuan utama sebagai pendedahan atau rekreasi
semata-mata;
- Dalam kumpulan yang kecil (antara dua hingga 4 orang
sahaja);
- Bilangan jurulatih/pemimpin yang tidak ramai
(kadang-kadang hanya seorang sahaja);
- Tempoh masa yang pendek (sekitar satu atau dua hari
sahaja);
- Perancangan yang singkat dan cepat (adakalanya
secara ad-hoc sahaja);
- Kos yang rendah dan berpatutan; dan
- Tempat yang tidak jauh (adakalanya dalam kawasan
sekolah).

b. Perkhemahan kumpulan atau unit:

- Tujuan utama sebagai penilaian (bukan rekreasi atau

berkelah);

- Dalam kumpulan yang lebih besar

(sekurang-kurangnya 15 orang);

- Melibatkan bilangan jurulatih/pemimpin yang ramai

(antara tiga hingga lima orang);

- Tempoh masa masih pendek (sekitar dua hingga tiga hari);

- Perancangan yang agak rapi dan teliti (ada

jawatankuasa khas);

- Memerlukan kos yang tinggi dan berpatutan; dan

- Aktiviti di luar kawasan sekolah.

c. Perkhemahan besar-besaran:

- Perkhemahan besar-besaran termasuklah

perkhemahan yang dianjurkan peringkat zon, daerah,

negeri, negara dan antarabangsa;

- Dalam pergerakan Pandu Puteri, perkhemahan jenis ini
dikenali sebagai Mini Jambori dan Jambori.

- Selain sebagai penilaian, perkhemahan jenis ini juga

bertujuan untuk menjalin dan merapatkan hubungan

silaturrahim sesama ahli (dalam Pandu Puteri dikenali
sebagai Semangat Pandu Puteri dari seluruh dunia);

- Melibatkan bilangan jurulatih, pemimpin dan urus setia

yang lebih ramai;

- Tempoh masih yang lebih panjang (antara lima hingga

tujuh hari);

44

- Perancangan yang lebih rapi, teliti dan bersistematik
(mengambil masa yang agak lama untuk merancang,
adakalanya melebihi setahun);

- Kos yang amat tinggi (memerlukan tajaan daripada
pelbagai pihak, termasuk kerajaan negeri dan
kementerian, di samping agensi kerajaan dan pihak
swasta); dan

- Memerlukan tempat yang luas (mampu menampung
penglibatan sehingga berpuluh ribu orang).

ii. Oleh itu, perancangan dan pengurusan perkhemahan perlulah
berdasar kepada kategori atau jenis perkhemahan yang akan
dianjurkan seperti di atas.

i. Organisasi Aktiviti Perkhemahan

a. Organisasi ialah jentera yang akan menggerakkan aktiviti
untuk kumpulan. Oleh itu, organisasi aktivti perkhemahan
perlu dirancang berdasarkan perkara-perkara seperti yang
berikut:

- Penganjur
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut
perlu dicatatkan, sama ada penganjuran utama atau
penganjuran bersama.

- Peserta
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta
perkhemahan.
Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu
perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah
menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan.
Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah
dijadikan prasyarat kepada peserta.

- Saiz Kumpulan
Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli
bagi setiap kumpulan.

- Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta
perkhemahan seperti had umur

- Kepemimpinan dalam
Menentukan organisasi kepimpinan
kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan.

45

- Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih
dahulu bagi melaksanakan perkhemahan

v. Prosedur Perkhemahan
a. Prosedur untuk menjalankan aktiviti perkhemahan
seharusnya bermula dari peringkat perancangan
program lagi kerana ia merupakan perkara yang paling
utama perlu dilakukan dalam membuat prosedur
perkhemahan.

b. Pelbagai perkara, situasi, dan kriteria perlu diambil kira
semasa membuat perancangan bagi memastikan
proses perancangan dan proses pelaksanaan tidak lari
dari prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini penting
kerana dengan perancangan yang baik dan teliti serta
bersistematik diyakini akan dapat menyelesaikan
banyak masalah untuk menganjurkan sesebuah aktiviti
perkhemahan.

c. Perancangan dan pelaksanaan yang tidak mengikut
prosedur boleh mengundang pelbagai masalah,
khususnya masalah dari segi pengurusan dan
pentadbiran sekiranya tercetus sebarang kecelakaan.
Malah para peserta atau keluarga peserta juga boleh
mengambil tindakan undang-undang sekiranya
masalah prosedur ini dikesampingkan.

vi. Prosedur Tetap Perkhemahan
a. Prosedur tetap perkhemahan boleh dibahagikan
kepada tiga peringkat atau tahap berdasarkan kepada 3
‘S’, iaitu:

o sebelum aktiviti;
o semasa aktiviti; dan
o selepas aktiviti.

b. Bagi memudahkan prosedur perkhemahan ini
dilaksanakan, konsep 4W1H mungkin boleh dijadikan
ukuran atau benchmarking untuk menguruskan aktiviti
perkhemahan dengan baik, iaitu:

46

Who : Siapa?
 Siapakah penganjurnya?
 Siapakah yang akan mengendalikan
perkhemahan ini?
 Siapakah Ahli Jawatankuasanya?
 Siapakah jurulatih / pengujinya?
 Siapakah para pesertanya?

Where : Di mana?
 Di manakah perkhemahan ini akan diadakan?
 Ke manakah surat-surat kebenaran atau
pemberitahuan perlu dihantar?

Why : Kenapa?

 Kenapakah perkhemahan ini perlu
dilaksanakan?

 Kenapakah kebenaran daripada pihak-pihak
tertentu perlu diperoleh?

When : Bila?

 Bilakah jawatankuasa aktiviti perlu dibentuk?

 Bilakah mesyuarat Jawatankuasa
Perkhemahan perlu diadakan?

 Bilakah perkhemahan ini akan dilaksanakan?

 Bilakah surat-surat yang berkenaan perlu
dihantar?

How : Bagaimana?
 Bagaimanakah perkhemahan ini
dilaksanakan? akan
 Berapa lamakah perkhemahan ini akan
dijalankan?

c. Sebelum aktiviti perkhemahan
- Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:
o membentuk organisasi perkhemahan
 Jawatankuasa Induk;
 Jawatankuasa Kerja atau Pelaksana;
dan
 Barisan Jurulatih /Panel Penguji

o mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

 mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa;

47

 mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan

pengiring;

 menentukan senarai tugas setiap Ahli

Jawatankuasa, termasuklah Ketua

Kursus/Komandan Kem, Staf Perkhemahan,

Pemimpin Pengiring, Jurulatih/Panel Penilai;

 menentukan tarikh;

 menentukan kumpulan dan bilangan

sasaran/peserta;

 memastikan nisbah guru/pensyarah dan

murid/pelajar/siswa guru menepati peraturan;

 menentukan tarikh dan bilangan hari yang sesuai;

 tentatif lokasi perkhemahan;

 tentatif atur cara atau jadual perkhemahan;

 tentatif tetamu kehormat yang akan hadir sewaktu

perasmian;

 cara pergerakan ke tapak perkhemahan:

o tempahan bas (jika diadakan di luar);
o bilangan bas yang perlu disewa (mengikut bilangan

peserta);
o kos sewaan bas.

 kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum, semasa
dan selepas aktiviti) serta cara kutipan;

 permohonan kelulusan dan permit penganjuran
perkhemahan; dan

 isu-isu lain yang berkaitan.

o mengenal pasti lokasi perkhemahan
 keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih

menepati bilangan peserta perkhemahan serta
mampu menampung aktiviti perkhemahan, seperti
tapak perkhemahan, tempat perhimpunan, latihan,
kuliah, permainan dan kawasan untuk istirahat;

 memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk
didiami dan beraktiviti;

 memilih kawasan yang menarik dan mempunyai
nilai-nilai tertentu, umpamanya nilai sejarah,
seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang,
Beruas dan sebagainya;

48

Contoh Tapak Perkhemahan Yang Luas, Selesa Dan Selamat

 kawasan yang bebas daripada laluan angin
kencang yang boleh mendatangkan bahaya dan
kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah
melayang atau runtuh, dan seumpamanya;

 kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok
mati atau dahan yang mudah serkah atau patah
untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan
berkenaan menimpa khemah;

 kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila
hujan;

 kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah
ditenggelami air apabila hujan;

 kawasan yang bebas daripada binatang liar atau
orang-orang jahat yang mungkin boleh
mengancam keselamatan jiwa dan harta benda;

 menentukan lokasi penempatan khemah,
kemudahan asas dan keperluan-keperluan lain
berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti
perkhemahan, seperti
 surau;
 tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki
dan perempuan;
 bekalan elektrik;
 bekalan air bersih; dan
 sistem komunikasi.

 memastikan keperluan lojistik mencukupi dan
berada dalam keadaan boleh digunakan; dan

 menempah lokasi perkhemahan;

o menyiapkan senarai nama petugas dan peserta
Kursus/Program;

49

o menentukan kadar kos perbelanjaan untuk
menganjurkan perkhemahan;

 wang masuk; dan
 wang keluar

o menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi:
 bilangan hari;
 masa perjalanan pergi dan perjalanan balik;
 pengisian program;
 waktu solat, waktu rehat dan waktu makan
(termasuk menu makanan);
 pengurusan diri;
 aktiviti/kerja masa lapang; dan
 hal-hal lain yang berkaitan.

o menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan
Program untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang
berkenaan;

o mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan

aktiviti kepada pihak yang berkenaan, termasuk

borang permohonan menjalankan perkhemahan

Persatuan Pandu Puteri Malaysia

(sekurang-kurangnya enam minggu sebelum

perkhemahan);

o menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran,
surat-surat pemberitahuan dan surat-surat pelantikan
kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah
makluman bertulis kepada Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM), Ibu Pejabat Polis, Bomba, hospital atau
klinik kesihatan berdekatan dan organisasi yang lain,
jika berkenaan;

o menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan
perakuan kesihatan murid serta insuran;

o surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring,
(pemimpin), kem staf, jurulatih dan penel penilai yang
terlibat, termasuk jurulatih undangan atau jurulatih
luar;

o memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas
dan peserta berada dalam keadaan baik dan sihat
serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai
aktiviti perkhemahan;

50

o memperincikan peraturan-peraturan keselamatan;

o menyiapkan buku program dan borang-borang yang
diperlukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan:

o memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan
telah ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan,
dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata
juga;

o memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta
keperluan untuk aktiviti perkhemahan mencukupi dan
boleh digunakan;

o memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan
jurulatih diberikan keutamaan

o memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam
pengurusan perkhemahan, termasuk guru/pensyarah
pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih,
termasuk ibu bapa peserta (jika perlu)

o memberi taklimat dan latihan pra perkhemahan
kepada semua peserta perkhemahan

o menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi;
dan

o menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan
selepas aktiviti perkhemahan sebagai rujukan kerja.

d. Semasa aktiviti perkhemahan
- Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah
o memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik
sampai di tapak perkhemahan

o memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi,
termasuklah

 tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami
dan beraktiviti serta berkondusif;

 mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan
tidak berbatu tajam;

 sistem pencahayaan yang mencukupi untuk
menerangi kawasan perkhemahan;

51

o memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan
jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang
sesuai;

 jauhi jangkitan penyakit, keracunan makanan,
gigitan serangga berbisa dan serangan binatang
buas.

o kemudahan asas berfungsi dengan baik, seperti
 surau;
 tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki
dan perempuan;
 elektrik;
 air yang bersih; dan
 sistem komunikasi.

o melaksanakan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada
setiap pagi untuk memastikan peserta perkhemahan
dapat mencapai standard atau tahap perkhemahan
yang baik

o pemantauan istiadat-istiadat Pandu Puteri yang lain
seperti berikut agar ia dilaksanakan sepanjang tempoh
perkhemahan dengan lancar
 Istiadat Mengibarkan Bendera;
 Istiadat Menurunkan Bendera;
 Istiadat Penyerahan Bendera; dan
 Istiadat-istiadat/Upacara lain yang berkaitan.

o membuat pemantauan agar jadual perkhemahan
sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan mengikut
perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan, termasuklah
mengadakan Mesyuarat Majlis Pasukan pada setiap
petang/malam;

o menentukan semua peserta mengambil bahagian
dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah
dirancangkan; dan

o memantau dari semasa ke semasa agar setiap
aktiviti yang dilaksanakan dapat dijalankan dalam
keadaan selamat dan baik; dan

o menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para
petugas dan sijil-sijil penyertaan kepada peserta

52

perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus.

e. Selepas aktiviti perkhemahan:

- Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti perkhemahan
dilaksanakan adalah

o mengemaskan peralatan yang dibawa

dan digunakan

o memastikan keperluan logistik dan

peralatan perkhemahan mencukupi

dan berada dalam keadaan baik serta

bersih

o memulangkan semua peralatan dan

lojistik yang dipinjam

o meninggalkan kawasan perkhemahan

dalam keadaan bersih

o mengadakan mesyuarat
post-mortem
untuk

membuat penilaian

terhadap aktiviti

perkhemahan yang telah

dijalankan dan

membentangkannya dalam

mesyuarat

o menulis dan mengedarkan

surat-surat penghargaan

kepada pihak-pihak yang

berkenaan

o menyemak senarai semak

o mendokumentasikan

aktiviti sebagai simpanan

untuk dijadikan sebagai

panduan dan bahan

rujukan pada masa yang

akan datang.

vi. Prosedur Keselamatan Perkhemahan:

a. Terdapat beberapa prosedur dan arahan yang perlu dipatuhi
sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan, iaitu:

- Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan.
- Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan,

minuman, pakaian dan tapak perkhemahan.
- Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa

53

sekitar. menghormati serta menghargai kawasan

- Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan
kekitaan
dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan.

- Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.
- Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan

semua aktiviti.
- Memaklumkan kepada Ketua Kursus dan
Komandan Kem serta Juru Pertolongan Cemas jika
menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan
keselamatan.
- Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat

tanpa berhenti sehingga rakan datang membantu jika
berlaku sebarang kecemasan.
- Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang
telah ditetapkan jika berkhemah berhampiran sungai,
pantai atau tasik.
- Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti
senjata api, dadah dan alat yang menyalahi
undang-undang.
- Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan
tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan
perkhemahan.

vii Istiadat Pemeriksaan Pagi
a. Tujuan
 Meningkatkan darjah/tahap perkhemahan.
 Peka pada kebersihan, uniform, alatan.
 Tahu membuat gajet dengan baik.
 Komen - puji dan tegur.
 Menyerlahkan kerjasama kumpulan (Patrol)
 Pemimpin peka latar belakang ahli/peserta.

b. Komponen Penilaian

- Peribadi/Pakaian seragam
o Blaus
o Skaf dan wogel
o Tanda nama dan lencana.
o Seluar biru tua
o Kasut hitam bertutup dan bertumit tanpa hiasan/tali
o Kebersihan dan kekemasan uniform & rambut
o Kebersihan kuku dan gigi.

54

- Gajet
o Pintu gerbang dan pagar.
o Bendera dan tiang bendera.
o Papan kenyataan.
o Rak kasut.
o Ampaian.
o Meja makan.
o Rak alatan tajam.
o Aksesori tambahan yang lain.

- Dapur
o Rak untuk dapur dan peralatan dapur.
o Kebersihan peralatan dapur.
o Rak makanan basah dan kering.
o Lubang basah dan Lubang kering.
o Kebersihan kawasan dapur

- Khemah dan tataatur
o Keceriaan kawasan perkhemahan
o Susunan kedudukan khemah.
o Kekemasan khemah.
o Susunan kandungan peribadi (beg, pakaian, dsbnya).
o Susun atur gajet.

- Kebersihan
o Kawasan khemah dan sekelilingnya.
o Dalam khemah.
o Peralatan dapur.
o Makanan tidak terdedah.

c. Prosedur Istiadat Pemeriksaan Pagi:

- Kumpulan (Patrol) lengkap beruniform berbaris di
hadapan khemah masing-masing. (Boleh berbaris di
dalam kawasan khemah jika kawasan khemah luas.)

55

- Sebaik sahaja Ketua Kursus, Jurulatih atau Ketua
Pemeriksa tiba di hadapan khemah, Ketua Patrol
memberi arahan. Contohnya:

Kumpulan SANGAM …… SEDIA!

(iii) Ketua Kumpulan (Patrol) berkawad untuk melapor kepada
Ketua Kursus, Jurulatih atau Ketua Pemeriksa. Cara
melapor:

Isyarat hormat Pandu Puteri…
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, PUAN!

Kumpulan SANGAM LAPAN ORANG SIAP SEDIA UNTUK
DIPERIKSA, PUAN!

Arahan Ketua Kursus/Jurulatih/Ketua Pemeriksa:
WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.

MINTA PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA KELUAR
BARIS!

Tindak balas Ketua Patrol:
BAIK, PUAN!
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS
YANG LAIN, PUAN!

Isyarat hormat Pandu Puteri sekali lagi…
TERIMA KASIH, PUAN!

(iv) Selepas memberikan isyarat hormat Pandu Puteri, Ketua
Kumpulan (Patrol) kembali ke tempat asal lalu memberikan
arahan khusus untuk Penolong Ketua dan QM keluar baris.
Ketua Kumpulan (Patrol) memberikan arahan:

PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA, KELUAR ……
BARIS!

(v) Penolong Ketua dan QM akan bergerak satu langkah ke
hadapan kemudian pusing ke kanan sebagai tanda keluar
baris.

(vi) Penolong Ketua dan QM akan membawa para
penilai/pemeriksa atau jurulatih ke dalam khemah untuk
dibuat penilaian manakala Ketua Kumpulan (Patrol) berserta
ahli Pandu Puteri yang lain akan diperiksa tentang peribadi

56

dan uniform Pandu Puteri dalam satu barisan di hadapan
khemah. Selesai penilaian Penolong Ketua dan QM akan
masuk ke dalam barisan kembali.

(vi) Pada akhir pemeriksaan pagi, Ketua Kumpulan (Patrol) akan
lapor kepada Ketua Kursus/Jurulatih/Ketua Pemeriksa sekali
lagi. Cara melapor:

Isyarat hormat Pandu Puteri…
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, PUAN!

Kumpulan SANGAM SERAMAI LAPAN ORANG
MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS PEMERIKSAAN
TADI, PUAN

Arahan Ketua Kursus/Jurulatih/Ketua Pemeriksa:
WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.

SELEPAS INI BERSIAP UNTUK ISTIADAT MENGIBAR
BENDERA

Tindak balas Ketua Kumpulan (Patrol)
BAIK, PUAN!
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS
YANG LAIN, PUAN!

Isyarat hormat Pandu Puteri sekali lagi…
TERIMA KASIH, PUAN!

(vii) Selepas memberikan isyarat hormat Pandu Puteri, Ketua
Kumpulan (Patrol) kembali ke tempat asal lalu memberikan
arahan keluar baris. Ketua Kumpulan (Patrol) memberikan
arahan:

Kumpulan SANGAM...... BARIS!

d. Standard atau Tahap Perkhemahan:

(i) Standard atau tahap perkhemahan akan ditingkatkan pada

setiap hari mengikut skema pemarkahan seperti yang

berikut:

 Hari Pertama : 60% (diperiksa oleh jurulatih)

standard perkhemahan dicapai.

 Hari Kedua : 80% (diperiksa oleh jurulatih)

standard perkhemahan dicapai.

 Hari Ketiga : 100% (diperiksa oleh jurulatih atau

Ketu-ketua Kumpulan (Patrol)

standard perkhemahan dicapai.

57

KADET REMAJA SEKOLAH

i. Konsep Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan merupakan suatu aktiviti
yang amat menyeronokkan dalam
kehidupan.

a. Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan
riadah yang amat baik dan menarik diikuti, sama ada di peringkat
individu, keluarga, sekolah mahupun institusi sosial yang lain.

b. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau
silatulrahim sesama individu dan masyarakat, aktiviti ini juga dapat
menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna
serta mengurangkan gejala-gejala sosial yang sering mengganggu
masyarakat, terutamanya golongan remaja. Antaranya, budaya
lepak, gejala dadah, dan jenayah-jenayah lain yang mungkin akan
dapat dibendung melalui aktiviti ini.

c. Sehubungan dengan itu, berkhemah atau perkhemahan boleh
ditakrifkan sebagai penghidupan di luar bangunan, sama ada di
hutan, di pantai, di bukit, di gunung, dalam kawasan sekolah dan
sebagainya.

d. Berkhemah bermakna kita menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan
melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran kita.
Ini bermakna, seandainya kita berkhemah secara individu atau
berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semula jadi perlu
kita utamakan.

e. Dahulu aktiviti perkhemahan merupakan satu keperluan untuk
hidup, kerana ia berkait rapat dengan ikhtiar hidup, sama ada
secara individu atau berkumpulan.

f. Berkhemah merupakan satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan
sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.
Aktiviti perkhemahan akan menguji sejauh manakah kesanggupan
kita untuk menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang
aktiviti ini dijalankan.

g. Kini aktiviti perkhemahan telah menjadi satu aktiviti yang wajib
dalam kegiatan kokurikulum unit beruniform di institusi-institusi
pendidikan.

58

ii. Penglibatan:
a. Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan mengikut
pelbagai kategori:
(i) Kategori murid Sekolah Rendah:

(ii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah:

(iii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas:

(iv) Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli
yang berusia 18 tahun dan ke atas:

(v) Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas):

b. Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan
peserta mengikuti aktiviti perkhemahan yang memerlukan
berkhemah.

iii. Sijil dan Anugerah:
a. Setiap penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil, iaitu sama ada
Sijil Penyertaan atau Sijil Penghargaan.

iv. Tujuan Perkhemahan:
a. Terdapat dua tujuan utama dalam melaksanakan aktiviti
perkhemahan, iaitu;
(i) Tujuan Umum; dan
(ii) Tujuan Khusus.
b. Tujuan Umum:
Bertujuan untuk melatih ahli perkhemahan agar:
(i) dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan;
(ii) dapat menghayati erti batasan kehidupan;
(iii) mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya
semasa menerima arahan, melaksanakan arahan serta
semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak;

59

(iv) mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah
dipelajari secara teori, seperti mendirikan khemah,
memasang gejet, simpulan dan ikatan dan sebagainya;

(v) menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai
rintangan, khususnya semasa aktiviti pengembaraan
dijalankan seperti merentas bukit-bukau, danau, lopak, dan
sungai;

(vi) melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti
mengurus diri sendiri dan kumpulan;

(vii) mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau
ditetapkan;

(viii) memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu
dengan meningkatkan semangat kekitaan, berpersatuan dan
berdisiplin sentiasa ringan tulang dan saling bekerja sama di
antara satu sama lain;

(ix) menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan
dengan memelihara kebersihan dan tumbuh-tumbuhan yang
ada di kawasan tapak perkhemahan;

(x) sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong,
iri hati, atau busuk hati dengan anggota kumpulan yang lain;

(xi) berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah;

(xii) menghilangkan stres atau ketegangan jiwa; dan

(xiii) mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan
tidak berfaedah.

c. Tujuan Khusus:

(i) Rekreasi:
Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam
makan-minum dantempat tidur. Tidak mementingkan
kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan.

(ii) Khusus:
Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan
terhadapkemahiran- kemahiran ilmu perkhemahan yang
berlatar belakang suasana backwoods (ala hutan).

(iii) Pengembaraan ekspedisi:
Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam
perjalanan jauh untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti
tertentu seperti memancing, team-building·, perancangan
baru organisasi dan sebagainya.

60

(iv) Misteri:
Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi
berdasarkanpanduan yang diberikan sama ada
menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya, seperti
aktiviti treasure hunt.

(v) Penyelidikan:
Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin
memerlukan jangkamasa yang lama di sesuatu lokasi.
Kajian arkeologi misalnya.

(vi) Ikhtiar hidup/survival:
Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk
pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji
kemahiran yang telah dipelajari dan membina semangat
serta ketahanan diri.

Terdapat beberapa faedah dalam mengikuti aktiviti perkhemahan, iaitu;

61

v. Jenis Perkhemahan:

Terdapat tiga kategori atau jenis perkhemahan yang boleh dianjurkan
oleh Unit Kokurikulum atau Badan Beruniform, iaitu:

a. Perkhemahan ringkas:

(i) Tujuan utama sebagai pendedahan atau rekreasi
semata-mata;

(ii) Dalam kumpulan yang kecil (antara dua hingga 4 orang
sahaja);

(iii) Bilangan jurulatih/pemimpin yang tidak ramai
(kadang-kadang hanya seorang sahaja);

(iv) Tempoh masa yang pendek (sekitar satu atau dua hari
sahaja);

(v) Perancangan yang singkat dan cepat (adakalanya secara
ad-hoc sahaja);

(vi) Kos yang rendah dan berpatutan; dan

(viii) Tempat yang tidak jauh (adakalanya dalam kawasan
sekolah).

b. Perkhemahan kumpulan atau unit:

(i) Tujuan utama sebagai penilaian (bukan rekreasi atau
berkelah);

(ii) Dalam kumpulan yang lebih besar (sekurang-kurangnya 15
orang);

(iii) Melibatkan bilangan jurulatih/pemimpin yang ramai (antara
tiga hingga lima orang);

(iv) Tempoh masa masih pendek (sekitar dua hingga tiga hari);

(v) Perancangan yang agak rapi dan teliti (ada jawatankuasa
khas);

(vi) Memerlukan kos yang tinggi dan berpatutan; dan

(viii) Aktiviti di luar kawasan sekolah.

c. Perkhemahan besar-besaran:

(i) Perkhemahan besar-besaran termasuklah perkhemahan
yang dianjurkan secara zon, daerah, negeri, negara dan
antarabangsa;

62

(ii) Selain sebagai penilaian, perkhemahan jenis ini juga
bertujuan bertujuan untuk menjalin dan merapatkan
hubungan silatulrahim sesama ahli;

(iii) Dalam kumpulan amat besar (adakalanya mencecah hingga
puluhan ribu orang yang melibatkan pelbagai unit dan
negara);

(iv) Melibatkan bilangan jurulatih, pemimpin dan urus setia yang
lebih ramai;

(v) Tempoh masih yang lebih panjang (antara lima hingga tujuh
hari);

(vi) Perancangan yang lebih rapi, teliti dan bersistematik
(mengambil masa yang agak lama untuk merancang,
adakalanya melebihi setahun);

(vii) Kos yang amat tinggi (memerlukan tajaan daripada pelbagai
pihak, termasuk kerajaan negeri dan kementerian, di
samping agensi kerajaan dan pihak swasta); dan

(viii) Memerlukan tempat yang luas (mampu menampung
penglibatan sehingga berpuluh ribu orang).

Oleh itu, perancangan dan pengurusan perkhemahan perlulah berdasar
kepada kategori atau jenis perkhemahan yang akan dianjurkan seperti di
atas.

vi. Struktur Organisasi Aktiviti Perkhemahan:

a. Organisasi ialah jentera yang akan menggerakkan aktiviti untuk
kumpulan. Oleh itu, organisasi aktivti perkhemahan perlu
dirancang berdasarkan perkara-perkara seperti yang berikut:

(i) Penganjur:
Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut
perlu dicatatkan, sama ada penganjuran utama atau
penganjuran bersama.

(ii) Peserta:
Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta
perkhemahan. Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu
perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani
latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani
latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada
peserta.

(iii) Saiz Kumpulan:
Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi
setiap kumpulan.

63

(iv) Syarat: kepada peserta
Menetapkan syarat-syarat tertentu
perkhemahan seperti:
 jantina,
 had umur,
 keadaan tubuh badan,
 kelulusan akademik,
 kemahiran tertentu; dan
 urusan-urusan lain yang berkaitan.

(v) Kepemimpinan:

Menentukan organisasi kepimpinan dalam

kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan.

(vi) Jawatankuasa:
Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu
bagi melaksanakan perkhemahan

vii. Staf Perkhemahan

Pengenalpastian anggota yang terbabit berdasarkan
perkhemahan yang akan dilaksanakan. Staf perkhemahan boleh
terdiri yang terlibat langsung ataupun tidak terlibat secara
langsung.

(a) Staf secara langsung

Terdiri daripada senarai yang berada dalam jawatankuasa
induk dan pelaksana perkhemahan. Mereka terlibat secara penuh
dan mempunyai surat lantikan mengikut bidang masing-masing.
Senarai penuh boleh dilihat pada senarai jawatankuasa
perkhemahan masing-masing. Adalah penting mereka ini
dibekalkan senarai tugas setiap bidang

(b) Staf secara tidak langsung

Terdiri daripada mereka yang turut membantu tetapi tiada
dinyatakan dalam senarai jawatankuasa seperti kerani kewangan
yang meluluskan perkhemahan tersebut, pemandu bas, pegawai
tadbir dan sebagainya

viii. Perancangan dan Persiapan Awal

Sebelum aktiviti perkhemahan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:

(a) membentuk organisasi perkhemahan:

64

 Jawatankuasa Induk;
 Jawatankuasa Kerja atau Pelaksana; dan
 Barisan Jurulatih dan Pembimbing.

(b) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus atau Program
Perkhemahan;

 mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa;

 mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan

pengiring;

 menentukan senarai tugas setiap Ahli

Jawatankuasa, termasuklah Penyelaras

Kursus/Program, Pengiring, Pembimbing dan

Jurulatih;menentukan tarikh;

 menentukan kumpulan dan bilangan

sasaran/peserta;

 memastikan nisbah guru/pensyarah dan

murid/pelajar/siswa guru menepati peraturan;

 menentukan tarikh dan bilangan hari yang sesuai;

 tentatif lokasi perkhemahan;

 tentatif atur cara atau jadual perkhemahan;

 tentatif tetamu kehormat yang akan hadir sewaktu

perasmian;

 cara pergerakan ke tapak perkhemahan:

o tempahan bas (jika diadakan di luar);
o bilangan bas yang perlu disewa (mengikut

bilangan peserta);
o kos sewaan bas.

 kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum, semasa
dan selepas aktiviti) serta cara kutipan;

 permohonan kelulusan dan permit penganjuran
perkhemahan; dan

 isu-isu lain yang berkaitan.

(c) menyiapkan senarai nama petugas dan peserta
Kursus/Program;

(d) menentukan kadar kos perbelanjaan untuk
menganjurkan perkhemahan;

 wang masuk; dan
 wang keluar.

(e) menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi:

 bilangan hari;
 masa perjalanan pergi dan perjalanan balik;

65

 pengisian program;
 waktu solat, waktu rehat dan waktu makan

(termasuk menu makanan);
 pengurusan diri;
 aktiviti/kerja masa lapang; dan
 hal-hal lain yang berkaitan.

(f) menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan
Program untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang
berkenaan;

(g) mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan
aktiviti kepada pihak yang berkenaan;

(h) menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran,
surat-surat pemberitahuan dan surat-surat pelantikan
kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah
makluman bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu
Pejabat Polis, Klinik Kesihatan dan organisasi yang
lain, jika berkenaan;

(i) menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan
kesihatan murid;

(j) surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring,
pembimbing, pemimpin dan jurulatih yang terlibat,
termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar;

(k) memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas
dan peserta berada dalam keadaan baik dan sihat
serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti
perkhemahan;

(l) memperincikan peraturan-peraturan keselamatan;

(m) menyiapkan buku program dan borang-borang yang
diperlukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan:

(n) memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan
telah ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan,
dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata juga;

(o) memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta
keperluan untuk aktiviti perkhemahan mencukupi dan
boleh digunakan;

(p) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan
jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang
sesuai;

 jangkitan penyakit;
 keracunan makanan;

66

 gigitan serangga berbisa; dan
 serangan binatang buas.
(q) memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam
pengurusan perkhemahan, termasuk guru/pensyarah
pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih,
termasuk ibu bapa peserta (jika perlu);
(r) memberi taklimat kepada semua peserta
perkhemahan;
(s) menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi;
dan
(t) menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan
selepas aktiviti perkhemahan sebagai rujukan kerja.

ix. Pemilihan Tempat
mengenal pasti lokasi perkhemahan:
 keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih
menepati bilangan peserta perkhemahan serta
mampu menampung aktiviti perkhemahan, seperti
tapak perkhemahan, tempat perhimpunan, latihan,
kuliah, permainan dan kawasan untuk istirahat;
 memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk
didiami dan beraktiviti;
 memilih kawasan yang menarik dan mempunyai
nilai-nilai tertentu, umpamanya nilai sejarah,
seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang,
Beruas dan sebagainya;

CONTOH TAPAK PERKHEMAHAN YANG LUAS, SELESA
DAN SELAMAT

67

 kawasan yang bebas daripada laluan angin
kencang yang boleh mendatangkan bahaya dan
kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah
melayang atau runtuh, dan seumpamanya;

 kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok
mati atau dahan yang mudah serkah atau patah
untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan
berkenaan menimpa khemah;

 kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila
hujan;

 kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah
ditenggelami air apabila hujan;

 kawasan yang bebas daripada binatang liar atau
orang-orang jahat yang mungkin boleh
mengancam keselamatan jiwa dan harta benda;

 menentukan lokasi penempatan khemah,
kemudahan asas dan keperluan-keperluan lain
berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti
perkhemahan, seperti:

o surau;
o tandas yang sesuai dan mencukupi untuk

lelaki dan perempuan;
o bekalan elektrik;
o bekalan air bersih; dan
o sistem komunikasi.

 memastikan keperluan lojistik mencukupi dan
berada dalam keadaan boleh digunakan; dan

 menempah lokasi perkhemahan;

d. Semasa aktiviti perkhemahan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:

(a) memberikan taklimat kepada semua yang terlibat
sebaik sampai di tapak perkhemahan;

(b) memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi,
termasuklah:

 tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami
dan beraktiviti serta berkondisif;

 mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan
tidak berbatu tajam;

 sistem pencahayaan yang mencukupi untuk
menerangi kawasan perkhemahan;

68

(c) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan
jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang
sesuai;

 jangkitan penyakit;
 keracunan makanan;
 gigitan serangga berbisa; dan
 serangan binatang buas.

(d) kemudahan asas berfungsi dengan baik, seperti:

 surau;
 tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki

dan perempuan;
 elektrik;
 air yang bersih; dan
 sistem komunikasi.

(e) melakukan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi
untuk memastikan peserta perkhemahan dapat
mencapai standard atau tahap perkhemahan;

(f) selain Istiadat Pemeriksaan Pagi, pemantauan harus
dilakukan untuk memastikan aktiviti-aktiviti yang lain
turut dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini
dijalankan, seperti:

(g) membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan
sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan mengikut
perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan
mesyuarat jurulatih pada setiap malam;

(h) menentukan semua peserta mengambil bahagian
dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah
dirancangkan; dan

(i) memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti
yang dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan
selamat dan baik; dan

(j) menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para
petugas dan sijil-sijil penyertaan kepada peserta
perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus.

69

e. Selepas aktiviti perkhemahan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:

(a) mengemaskan

peralatan yang

dibawa dan

digunakan;

(b) memastikan

keperluan logistik

dan peralatan

perkhemahan

mencukupi dan

berada dalam

keadaan baik serta

bersih;

(c) memulangkan
semua peralatan
dan lojistik yang
dipinjam;

(d) meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan
bersih;

(e) mengadakan mesyuarat post-mortem untuk membuat
penilaian terhadap aktiviti perkhemahan yang telah
dijalankan dan membentangkannya dalam mesyuarat;

(f) menulis dan mengedarkan surat-surat penghargaan
kepada pihak-pihak yang berkenaan; dan

(g) menyemak senarai semak;

(h) mendokumentasikan aktiviti sebagai simpanan untuk
dijadikan sebagai panduan dan bahan rujukan pada
masa yang akan datang.

x. Aspek Keselamatan Perkhemahan:

Semasa aktiviti perkhemahan, bagi memastikan keselamatan:

(i) Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti
perkhemahan dilaksanakan ialah:

(a) memberikan taklimat kepada semua yang terlibat
sebaik sampai di tapak perkhemahan;

(b) memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi,
termasuklah:

70

 tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami
dan beraktiviti serta berkondisif;

 mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan
tidak berbatu tajam;

 sistem pencahayaan yang mencukupi untuk
menerangi kawasan perkhemahan;

(c) memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan
jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah:

 kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang
sesuai;

 jangkitan penyakit;
 keracunan makanan;
 gigitan serangga berbisa; dan
 serangan binatang buas.

(d) membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan
sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan mengikut
perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan
mesyuarat jurulatih pada setiap malam;

(e) menentukan semua peserta mengambil bahagian
dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah
dirancangkan; dan

(f) memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti
yang dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan
selamat dan baik; dan

(g) menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para
petugas dan sijil-sijil penyertaan kepada peserta
perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus

xi. Kemudahan Asas:

Seperti yang dinyatakan dalam proses pemilihan tapak perkhemahan
yang baik, kemudahan asas berfungsi dengan baik adalah menjadi
suatu aspek kemestian, seperti:

 surau;
 tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki

dan perempuan;
 elektrik;
 air yang bersih; dan
 sistem komunikasi.

71

xii. Pemeriksaan Pagi:
a. Tujuan:
(i) Meningkatkan darjah/tahap perkhemahan.
(ii) Peka pada kebersihan, uniform, alatan.
(iii) Tahu membuat gajet dengan baik.
(iv) Komen - puji dan tegur.
(v) Pengiktirafan – anugerah panent.
(vi) Menyerlahkan kerjasama ahli perkhemahan.
(vii) Pemimpin peka latar belakang ahli/peserta.
b. Komponen Penilaian:
(i) Peribadi/Pakaian seragam:
(a) Topi dan lencana.
(b) Baju, tanda nama dan lencana.
(c) Seluar dan tali pinggang (lelaki).
(d) Kasut hitam bertali (lelaki pemimpin dan pelajar).
(e) Kasut hitam bertumit tanpa tali (pemimpin
perempuan).
(f) Kasut hitam bertali (pelajar perempuan).
(g) Stokin biru tua (hitam tidak digalakkan).
(h) Kebersihan dam kekemasan pakaian/uniform.
(i) Kebersihan kuku dan gigi.

(ii) Gajet:
(a) Pintu gerbang dan pagar.
(b) Bendera dan tiang bendera.
(c) Papan kenyataan.
(d) Rak kasut.
(e) Ampaian.
(f) Meja makan.
72

(g) Rak alatan tajam.
(h) Aksesori tambahan yang lain.
(iii) Dapur:
(a) Rak untuk dapur dan peralatan dapur.
(b) Kebersihan peralatan dapur.
(c) Rak makanan basah dan kering.
(d) Lubang basah dan Lubang kering.
(e) Kebersihan kawasan dapur
(iv) Khemah dan tataatur:
(a) Keceriaan kawasan perkhemahan.
(b) Susunan kedudukan khemah.
(c) Kekemasan khemah.
(d) Susunan kandungan peribadi (beg, pakaian, dsb).
(e) Susun atur gajet.
(v) Kebersihan:
(a) Kawasan khemah dan sekelilingnya.
(b) Dalam khemah.
(c) Peralatan dapur.
(d) Makanan tidak terdedah.

c. Prosedur Pemeriksaan Pagi:
(i) Peserta lengkap beruniform berbaris di hadapan khemah
masing-masing. (Boleh berbaris di dalam kawasan khemah
jika kawasan khemah luas.)
(ii) Sebaik sahaja Ketua Kursus, jurulatih atau Ketua Pemeriksa
tiba di hadapan khemah, Ketua memberi arahan.
Contohnya:
SKUAD...SKUAD …… SEDIA!

73

(iii) Ketua berkawad untuk melapor kepada Ketua, jurulatih atau
Ketua Pemeriksa. Cara melapor:

Tabik hormat …
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN!

SKUAD SERAMAI LAPAN ORANG SIAP SEDIA UNTUK
DIPERIKSA, TUAN!

Arahan Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa:
WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.

MINTA PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA KELUAR
BARIS!

Tindak balas Ketua Sekawan/Patrol:
BAIK, TUAN!
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS
YANG LAIN, TUAN!

Tabik hormat sekali lagi…
TERIMA KASIH, TUAN!

(iv) Selepas memberikan tabik hormat Ketua kembali ke tempat
asal lalu memberikan arahan khusus untuk Penolong Ketua
dan QM keluar baris. Ketua arahan:

PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA, KELUAR ……
BARIS!

(v) Penolong Ketua dan QM akan bergerak satu langkah ke
hadapan kemudian pusing ke kanan sebagai tanda keluar
baris.

(vi) Penolong Ketua dan QM akan membawa para
penilai/pemeriksa atau jurulatih ke dalam khemah untuk
dibuat penilaian manakala Ketua berserta peserta
perkhemahan yang lain akan diperiksa tentang peribadi dan
uniform KRS dalam satu barisan di hadapan khemah.
Selesai penilaian Penolong Ketua dan QM akan masuk ke
dalam barisan kembali.

(vi) Pada akhir pemeriksaan pagi, Ketua perkhemahan akan
lapor kepada Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa sekali lagi.
Cara melapor:

Tabik hormat …
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN!

SKUAD SERAMAI LAPAN ORANG SIAP MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH ATAS PEMERIKSAAN TADI, TUAN!

Arahan Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa:

74

WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.

SELEPAS INI BERSIAP UNTUK ..........

Tindak balas Ketua:
BAIK, TUAN!
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS
YANG LAIN, TUAN!

Tabik hormat sekali lagi…
TERIMA KASIH, TUAN!

(vii) Selepas memberikan tabik hormat, Ketua perkhemahan
kembali ke tempat asal lalu memberikan arahan keluar baris.
Ketua memberikan arahan:

SKUAD! KELUAR ...... BARIS!

Surat Menyurat:

i. Sekurang-kurangnya sebulan sebelum aktiviti perkhemahan dimulakan,
pihak penganjur perlu menyiap dan mengedarkan beberapa jenis surat
secara rasmi kepada pihak-pihak yang berkenaan.. Antaranya, seperti:

a. Surat panggilan mesyuarat:

(i) Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Bilangan
01 – bertujuan untuk melantik barisan jawatankuasa.

(ii) Surat panggilan mesyuarat ditandatangani oleh Setiauaha
Jawatankuasa Induk.

b. Surat pelantikan jawatankuasa:

(i) Surat pengesahan pelantikan sebagai ahli jawatankuasa
yang ditandatangani oleh Kuasa Penganjur atau pihak
penganjur.

(ii) Surat pelantikan sebagai pembimbing, jurulatih dan jurulatih
luar atau jurulatih undangan.

(iii) Draf surat disediakan oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.

c. Surat kebenaran:

(i) Surat memohon kebenaran daripada Kuasa Penganjur untuk
menganjurkan aktiviti perkhemahan yang ditandatangani
oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.

(ii) Surat kepada ibu bapa memohon keizinan membenarkan
anak mereka menyertai aktiviti perkhemahan.

75

(iii) Surat memohon kebenaran untuk menggunakan tempat
atau tapak perkhemahan kepada tuan punya tapak.

d. Surat pemberitahuan:
(i) Pemberitahuan atau makluman secara bertulis kepada
pihak-pihak yang tertentu tentang aktiviti perkhemahan yang
akan di jalan di dalam kawasan mereka, seperti:
(a) Pejabat Pendidikan Daerah atau Institut Pendidikan
Guru Malaysia;
(b) Ketua Kampung;
(c) Balai Polis;
(d) hospital atau klinik kesihatan kerajaan;

Laporan dan Refleksi
i. Laporan aktiviti atau laporan kursus perlu dicatatkan sebaik sahaja
aktiviti perkhemahan atau kursus selesai dijalankan.
ii. Kebiasaannya setiausaha yang akan mencatatkan laporan aktiviti
setelah berbinklah dituliscang dengan pengerusi atau pihak penganjur.
iii. Laporan diperlukan sebagai bahan rujukan untuk pihak penganjur
membuat pascanilai (post-morterm) dan sebagai panduan dan
penambaikan dalam menganjurkan aktiviti perkhemahan pada masa
yang akan dating.
Iv. Perlu dicatatkan mengikut format laporan yang telah ditetapkan.

76

FORMAT MENULIS LAPORAN

1. Tajuk Laporan:
Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digarisi atau ditulis huruf besar
semuanya. Tajuk hendaklah ditulis di tengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris, jika
tajuk terlalu panjang.

2. Isi Laporan
Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutupan.

3. Pengakuan Pelapor
Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

4. Tarikh
Ditulis di sebelah kanan laporan setentang dengan pengakuan.

5. Tandatangan Pelapor
Di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

6. Nama Pelapor CONTOH FORMAT MENULIS LAPORAN
Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan sebelah tandatangan pelapor.

7. Jawatan Pelapor
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya.
Seterusnya ditulis nama persatuan/pergerakan yang diwakili.

Laporan Aktiviti Perkhemahan Pengakap
Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor, Lambor Kanan, Perak

1 hingga 3 Jun 2015

Persatuan Pengakap Sekolah Rendah Dato’ Sagor, Lambor Kanan, Perak telah mengadakan aktiviti perkhemahan
pengakap di Titi Gantung, Bota Kiri, Perak. Aktiviti ini telah dilaksanakan selama tiga hari dua malam, iaitu dari 1 Jun
hingga 3 Jun 2015.

Perkhemahan pengakap telah disertai oleh 40 orang ahli pengakap dan empat orang guru pengiring. Peserta telah
dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diwakili oleh sepuluh orang peserta. Setiap peserta
bekerjasama dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjnag perkhemahan tersebut. Semua peserta
mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing.

Selain itu, peserta perkhemahan juga bergotong-royong ….

Manakala pertandingan memasak dan khemah paling bersih….

Secara keseluruhannya,CakOtivNitiTpeOrkHhemLaAhaPn OiniR…AN AKTIVITI PERKHEMAHAN

Adalah diharapkan agar …

Disediakan oleh,

(MOHAMAD JAIS BIN AHMAD)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap SK Dato’ Sagor,
Lambor Kanan,
Perak.

77

v. Penulisan mengikut urutan atau perkembangan peristiwa, iaitu yang
dahulu didahulukan.

vi. Gunakan bahasa yang baik, padat tetapi ringkas.
vii. Boleh memasukkan beberapa gambar aktiviti di dalam laporan tersebut.
viii. Catatan refleksi boleh dicatatkan pada akhir laporan. Catatan boleh

ditulis apa yang dilihat, dirasai dan dialami serta kesan daripada aktiviti
perkhemahan terhadap peserta dan pembelajaran.

78

RUJUKAN

Abdul Alim Abdul Rahim, 1988. Ilmu Pengakap, Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd, Petaling Jaya.

Ab. Alim abdul Rahim, 1992. Panduan Perkhemahan, Simpulan Dan Pioneering.
Penerbitan Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdul Alim Abdul Rahim dan Balkis Wan Daud, 1993. Panduan Ekspedisi
Pengakap Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997 ). Kurikulum Latihan
Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Panduan Kawat
Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Perlembagaan
Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Tatacara Pemakaian
Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009).
Buku Panduan Pengurusan Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009).
Buku Panduan Pengurusan Kadet Remaja Sekolah.

Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 1, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.

Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 2, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.

Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 3, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.

Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 4, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.

Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 5, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.

Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 6, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.

Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 7, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.

79

Gordon Koh Hong Kian, 1994. Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda Edisi
ke-2, Penerbit Fajar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Modul Kursus Kejurulatihan TKRS
Peringkat Kebangsaan Kali 1.

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru. Modul
Kursus Asas Kepimpinan Asas Pengakap Kanak-Kanak. Kuala Lumpur.

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru. Modul
Kursus Lanjutan Kepimpinan Asas Pengakap Kanak-Kanak. Kuala Lumpur.

Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Istiadat Pengakap.Kuala Lumpur
Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak.

Kuala Lumpur.
Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Muda. Kuala

Lumpur.
Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Remaja. Kuala

Lumpur.
Persekutuan Pemgakap Malaysia, April 1994. Tatacara Pengurniaan dan Pencalonan

bagi Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran serta pingat Ketua
Pengakap Negara
Persekutuan Pengakap Malaysia. Jawatankuasa Anugerah Darjah dan Bintang
Kebesaran serta pingat Ketua Pengakap Negara Persekutuan Pengakap
Malaysia.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (2012). Jom Berkhemah. Persatuan Pandu Puteri

Malaysia, Kuala Lumpur

http://www.pengakapmalaysia.org
http://www.scout.org
http://www.mpklm.com.my
http://yusofmpklmipg.blogspot.com
http://yusofalhaj.wordpress.com

80

NAMA PENUH PANEL

EN. MOHAMAD ROSLI BIN BADRON
Ketua Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka

TN. HJ. ZAINAL ABIDIN BIN SAMSUDIN
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka

EN. HISHAMUDDIN BIN BASIRON
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka

CIK KRISTIL TAN AI TENG
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka

DR. NORSIAH BINTI BAHARI
Pensyarah
Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka

EN. SHAHRIN BIN ABIDIN
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka

PN. ZAIMAWATI BINTI ABDUL KADIR
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka

PN. HJH. NORHASLINA BINTI NORDIN
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka

81


Click to View FlipBook Version