KATA ALU-ALUAN
PENGARAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
________________________________________
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
ALHAMDULILLAH, SYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA-
NYA MODUL DIGITAL YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA IPG KAMPUS
PEREMPUAN MELAYU , MELAKA (IPGK PM) TELAH DAPAT DIHASILKAN. TAHNIAH DAN
SYABAS KEPADA JABATAN PEMBANGUNAN LATIHAN IPGK PM, JABATAN PENGAJIAN
MELAYU, JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN JABATAN PENDIDIKAN KHAS
SERTA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM
MENGHASILKAN MODUL DIGITAL UNTUK KEGUNAAN GURU-GURU INI DIBAWAH #111 :
PEMANTAPAN PROFESIONALISME PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN.
MODUL DIGITAL YANG DIHASILKAN INI ADALAH SEBAGAI SALAH SATU USAHA DAN
SUMBANGAN IPGK PM KEPADA KUALITI LATIHAN PERKHIDMATAN DAN PRAPERKHIDMATAN
MENGIKUT STANDARD YANG DITETAPKAN SELARAS DENGAN HASRAT IPG SEBAGAI PEMBERI
PENDIDIKAN TINGGI (PPT). SETERUSNYA MENINGKATKAN STANDARD PENDIDIKAN DI
MALAYSIA MELALUI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN GURU. PENGHASILAN MODUL
DIGITAL INI DIHARAP BOLEH MENJADI RUJUKAN KEPADA SEMUA PIHAK, SAMA ADA DARI
DALAM ATAU LUAR NEGARA.
SEMOGA MODUL DIGITAL IPGK PM INI AKAN DAPAT MEMACU KECEMERLANGAN IPG
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU TERUTAMA DALAM MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN DI
PERINGKAT GLOBAL SELARI DENGAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR4.0) DAN EDUCATION 5.
SETERUSNYA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
SEBAGAI PENERAJU GURU KREATIF DAN INOVATIF.
SEKIAN, TERIMA KASIH
DR. KARTINI BINTI ABDUL MUTALIB
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
MELAKA
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara kecuali untuk tujuan pendidikan
yang tidak ada kepentingan komersial, tidak
dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan
buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-
apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN GURU-GURU PENDIDIKAN
KHAS
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI RUJUKAN DAN PANDUAN
UNTUK MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
WALAU BAGAIMANAPUN GURU-GURU BOLEH MEMBUAT
PENGUBAHSUAIAN BERDASARKAN KEPERLUAN MURID PENDIDIKAN
KHAS
iii
KANDUNGAN MUKA SURAT
Aluan Pengarah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak i
Pengarang
Kandungan ii
Panduan Guru ii
Pengenalan v
Agihan Tajuk dan Unit vi
UNIT 1 Pengenalan Kepada kemahiran Asas untuk Berdikari 1 - 11
(KAUB)
UNIT 2 12 - 22
UNIT 3 Kemahiran Asas Untuk Berdikari 23 - 30
UNIT 4 31 - 37
Keselamatan Diri dan Adab Bertatasusila
Keusahawanan
Bibliografi 47
Panel 48
Simbol 49 -50
iv
PANDUAN PENGGUNAAN
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu guru menguruskan pembelajaran
agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada guru untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.
SASARAN MODUL
GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan guru membuat keputusan tentang pembelajaran
yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika guru dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ia dibentuk agar guru mempunyai autonomi dan
bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Masa
interaksi secara langsung dalam talian dilaksanakan melalui penyelarasan antara
pensyarah dan guru. Tajuk yang akan dipelajari dan jumlah jam interaksi diambil
daripada Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
v
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai enam elemen asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan
Guru boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan guru melalui e-mel atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Guru akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian guru agar pada
sekali imbas guru akan tahu apa yang harus dibuat.
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran dilaksanakan berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Soalan peperiksaan
adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah dijajarkan kepada pentaksiran hasil
pembelajaran kursus (HPK) dalam Maklumat Kursus (MK) secara interaksi bersemuka
dan modul.
vi
PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya anda dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran
pengurusn kehidupan untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pembelajaran
(MBPK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas
Intergrasi (PPKI).
HASIL PEMBELAJARAN
1. Memperincikan konsep, teori, isu pengurusan kehidupan dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran murid masalah pembelajaran.
2. Menghasilkan produk berkaitan kemahiran pengurusan kehidupan berasaskan
komponen pengurusan diri, tingkah laku dan kemahiran manipulatif.
3. Menyediakan dokumentasi rujukan yang relevan bagi penyediaan portfolio
berkaitan pengurusan kehidupan.
vii
AGIHAN TAJUK KURSUS Panduan
Kepada Pengguna
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah
pembelajaran secara bersemuka adalah 60% manakala 40% lagi secara atas talian
dengan menggunakan modul.
JUMLAH JAM (PEMBELAJARAN TERADUN)
TAJUK/ TOPIK KESELU- TERARAH PEMBELAJARAN
RUHAN BERSEMUKA TERARAH
1. Pengenalan Kepada kemahiran DALAM
Asas Untuk Berdikari (KAUB) (KULIAH/ TIDAK BERSEMUKA
Konsep dan kepentingan MK TUTORIAL/
KAUB kepada murid- murid 106 JAM 34 JAM
bermasalah pembelajaran AMALI)
72 JAM ePEMBEL MODUL
AJARAN
6 2 22
Teori Pembelajaran (KAUB)
Kajian Kurikulum Pendidikan
Khas Pembelajaran
- Pengurusan Kehidupan
& Kemahiran Hidup
- Penyediaan
Rancangan Pengajaran
Harian
2. Kemahiran Asas Untuk 12 4 44
Berdikari
Masakan
- Alat memasak dan fungsinya
- Prosedur peraturan
keselamatan memasak
- Teknik –teknik memasak
- Penyediaan hidangan mudah
viii
JUMLAH JAM (PEMBELAJARAN TERADUN)
TAJUK/ TOPIK KESELU- TERARAH PEMBELAJARAN
RUHAN BERSEMUKA TERARAH
Jahitan DALAM
- Alat jahitan dan fungsinya (KULIAH/ TIDAK BERSEMUKA
- Kebersihan diri MK TUTORIAL/
- Peraturan keselamatan 106 JAM 34 JAM
semasa menjahit AMALI)
- Jenis jahitan 72 JAM ePEMBEL MODUL
AJARAN
5 3 11
Perkebunan 12 4 44
- Alatan perkebunan fungsinya
- Peraturan keselamaan
menggunakan peralatan
untuk berkebun
- Kemahiran berkebun
Pemeliharaan Haiwan 5 3 11
Kesayangan 5 3 11
- jenis- jenis haiwan
- Alatan yang diperlukan dan
fungsinya
- Langkah-langkah
keselamatan
- Penjagaan haiwan peliharaan
Pengurusan diri
- Kebersihan diri Murid Khas
Pembelajaran
- Amalan pengurusan diri
ix
JUMLAH JAM (PEMBELAJARAN TERADUN)
TAJUK/ TOPIK KESELU- TERARAH PEMBELAJARAN
RUHAN BERSEMUKA TERARAH
Pengurusan Kediaman DALAM
- Ruang dalam (KULIAH/ TIDAK BERSEMUKA
kediaman,fungsi dan MK TUTORIAL/
langkah keselamatan 106 JAM 34 JAM
- Amalan pengurusan AMALI)
kediaman 72 JAM ePEMBEL MODUL
AJARAN
5 3 11
Mendobi 6 3 21
- Alatan dan fungsi
- Peraturan keselamatan ketika
mendobi
- Langkah-langkah mendobi
pakaian dan analisis
tugasan
3. Keselamatan Diri dan Adab 6 4 11
Bertatasusila
Keselamatan diri
- menjaga
keselamatan diri
dalam sebarang
keadaan dan
persekitaran.
Adab dan tatasusila
- Adab seperti
semasa
bercakap, cara
bercakap,
intonasi, reaksi
muka dan
penggunaan
ganti diri
4. Keusahawanan 12 4 44
Definisi keusahawanan
- Jenis produk
- Pemasaran
x
JUMLAH JAM (PEMBELAJARAN TERADUN)
TAJUK/ TOPIK KESELU- TERARAH PEMBELAJARAN
RUHAN BERSEMUKA TERARAH
DALAM
(KULIAH/ TIDAK BERSEMUKA
MK TUTORIAL/
106 JAM 34 JAM
AMALI)
72 JAM ePEMBEL MODUL
AJARAN
produk
- Pengurusan
Kewangan
- Etika
keusahawanan
JUMLAH 106 JAM 34 JAM 34 JAM 38 JAM
xi
PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN ASAS UNTUK
UNIT 1
BERDIKARI (KAUB) tukar kepada (Kehairan asas Kehidupan)
SINOPSIS
Dalam unit ini, akan dijelaskan mengenai konsep, kepentingan, teori pembelajaran berkaitan
dengan kajian kurikulum Pendidikan Khas murid berkeperluan khas (MBPK) di sekolah.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda dapat :
1. menjelaskan mengenai konsep dan definisi Kemahiran Asas Untuk Berdikari
(KAUB)
2. menjelaskan mengenai kepentingan KAUB kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran.
3. menjelaskan mengenai teori-teori pembelajaran KAUB
KERANGKA TAJUK
1.1 Pendahuluan
1.2 Konsep KAUB dan kepentingannya kepada murid-murid bermasalah pembelajaran.
1.3 Teori –teori pembelajaran KAUB
1.4 Kajian Kurikulum Pendidikan Khas Pembelajaran
- Pengurusan kehidupan dan kemahiran hidupPenyediaan Rancangan Pengajaran
Harian
1.5 TUGASAN
1
1.1 Pendahuluan
Secara umum Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB) adalah satu subjek bercorak amali
yang diajar di sekolah. KAUB digubal dengan tujuan untuk mengembangkan keupayaan
dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini
dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap
yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Dalam konteks Pendidikan Khas,
pengajaran KAUB perlu diberikan kepada murid khususnya murid bermasalah
pembelajaran. Seseorang murid yang dilahirkan normal atau berkeperluan khas perlu diajar
untuk menguruskan dirinya sendiri terutamanya kemahiran untuk berdikari. Seseorang
murid dengan keperluan khas boleh dididik dan dilatih hingga mereka mampu untuk
menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain.
Memberikan pendidikan KAUB kepada semua murid merupakan satu keperluan dan
menjadi satu tanggungjawab sosial tanpa mengira sama ada mereka daripada kalangan
murid-murid normal ataupun murid-murid berkeperluan khas. Pengajaran dan pembelajaran
subjek KAUB ini bertujuan untuk mengembangkan keupayaan murid-murid normal atau
murid-murid berkeperluan khas dalam bidang-bidang tertentu secara amali. Kemahiran
hidup boleh dikuasai melalui pendekatan berbeza dan penguasaan kemahiran secara
praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan keupayaan guru.
1.2 Konsep KAUB dan kepentingannya kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran.
Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB) merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai
oleh setiap individu berkeperluan khas untuk membolehkannya mengalami kehidupan yang
selesa serta dapat bersosial dalam persekitarannya dengan selamat dan dapat diterima
dengan baik oleh orang lain. KAUB juga membolehkan seseorang murid mengamalkan gaya
hidup yang bersih dan sihat. Selain itu, KAUB juga akan dapat membantu dan menjamin
kesihatan yang baik sepanjang masa. Murid-murid dengan keperluan khas perlu
menunjukkan suatu imej yang baik supaya dapat diterima oleh setiap orang yang berada di
sekelilingnya.
KAUB memberi fokus kepada latihan-latihan dan kemahiran untuk membolehkan
murid bermasalah pembelajaran berdikari. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran
murid dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seharian dengan lebih yakin yang bermatlamat
untuk melahirkan insan berdikari yang memahami dan mengenal teknologi dan ekonomi.
2
Mereka juga mempunyai sifat yakin, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif dan boleh
berinteraksi dengan baik.
KAUB berkepentingan bagi memastikan murid Pendidikan Khas dapat dilatih serta
memperolehi kemahiran untuk hidup berdikari. Ini membolehkan mereka melaksanakan
tugas harian dengan sempurna, teratur, sistematik dan tanpa banyak bergantung hidup
kepada orang lain. Amalan berdikari membolehkan murid-murid pendidikan khas
membiasakan diri dengan kehidupan sebenar sebagaimana orang lain. Murid-murid
pendidikan khas juga perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka dari
segi emosi, rohani, jasmani dan juga fizikal. Keupayaan yang terpendam dalam diri juga
dapat dilatih serta boleh digunakan dalam kehidupan harian. Komponen pengurusan diri
membolehkan murid:
Berdikari dalam menjalani urusan harian
Menyediakan diri dalam menghadapi pelbagai situasi sebenar
Mengamalkan kebersihan dan keselamatan diri.
1.3 Teori Pembelajaran Kaub
Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman
(Slavin, 1991). Berperanan sebagai guru pendidikan khas maka perlulah membantu murid-
murid dalam memfokus proses pemerhatian dan mental agar mereka boleh memperoleh
pengetahuan asas dan kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah
membina pelbagai teori pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya
ialah:
1.3.1 Teori Psikososial
Psikososial adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan hubungan antara keadaan
sosial seseorang dengan kesihatan emosinya. Istilah psikososial melibatkan aspek psikologi
dan sosial. Contohnya, hubungan antara ketakutan yang dimiliki seseorang (psikologi)
terhadap bagaimana cara berinteraksi dengan orang lain di lingkungan sosialnya.
Seseorang yang sihat emosinya akan bereaksi dengan cara yang positif dalam banyak
situasi. Berbeza dengan orang yang tidak stabil emosinya akan bereaksi negatif terhadap
segala sesuatu yang terjadi dalam hidup
Menurut Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat
dan mampu atasi kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan tertentu. Terdapat
lapan peringkat perkembangan emosi manusia. Setiap peringkat timbul tingkah laku positif
3
dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik
emosinya.Teori Psikososial (Erik Erikson) Erikson mengembangkan teori psikososial
berdasarkan teori psikoanalisis daripada Freud. Di dalam teori psikososial disebutkan
bahawa tahap perkembangan individu sepanjang hidupnya, dibentuk oleh pengaruh sosial
yang berinteraksi dengan individu tersebut sehingga menjadi matang secara fizikal dan
psikologi.
1.3.2 Teori Behavioris
Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward
Thorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behavioris menekankan peranan pengalaman dalam
mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialah
pelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses iaitu tingkah laku organisma berkaitan
dengan rangsangan daripada persekitaran. Menurut Ivan P.Pavlov, setiap rangsangan akan
menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat
rangsangan. Contohnya apabila anda memberikan arahan supaya berdiri, murid dengan
cepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerak
balas.
Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat
kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua rangsangan;
pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspek emosi, iaitu
rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan (suasana
pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, murid berkenaan
pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran perkaitan ini
dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2 rangsangan ini dikenali sebagai
pelaziman.
E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerika memperkenalkan pembelajaran
cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dan gerak balas. Eksperimen
telah dilakukan ke atas seekor kucing lapar yang diletakkan dalam sangkar. Daripada hasil
eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukum utama iaitu hukum kesediaan, hukum
latihan dan hukum kesan. Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang
perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Seorang murid dikatakan akan berasa puas
apabila dia bersedia untuk bertindak. Sebaliknya,murid yang belum bersedia untuk bertindak
akan berasa kecewa. Hukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan gerak
balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa
4
pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan
yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas.
Misalnya seorang murid mengucapkan salam kepada guru dan salam itu disambut dengan
senyuman anda. Murid itu akan berasa pengalaman itu menyenangkan dan dia akan
mengulangi lagi. Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji
tentang perkaitan antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak
diingini sebenarnya boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini.
1.3.3 Teori Pembelajaran Sosial
Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori
pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini
disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons
baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai
antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan
yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan
mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan,
pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh
tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif
sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran
walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan
tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya
pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan
Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, iaitu beliau
meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran
pemerhatian dan peneguhan.
1.3.4 Teori Pemodelan Bandura
Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6
tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak
keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau
merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan
model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh
orang lain. Teori pembelajaran sosial menekankan pembelajaran melalui proses permodelan
iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori
permodelan Bandura yang bercirikan pemerhatian dan peniruan.
5
Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford,
pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain,
individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.
Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran
melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek
interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya, Bandura juga melihat manusa
sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan
entiti yang pasif.
Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui
peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk
tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, contohnya seandainya kita
memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang baik dan kreatif di dalam kelas maka
pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan berusaha menghasilkan
kerja yang lebih baik pada masa akan datang.
Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model
walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang
memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh
pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul
meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya
mahu menjadi seperti model yang disanjung.
1.4 Kajian Kurikulum Pendidikan Khas Pembelajaran
KAUB merupakan salah satu Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) yang menjurus kepada peningkatan bagi :
memberi latihan yang berasaskan kepada aktiviti seharian kepada murid
berkeperluan khas
latihan kemahiran berdikari
latihan bersosialisasi dengan rakan sekeliling sama ada di sekolah atau dalam
masyarakat
untuk meningkatkan amalan kebersihan dan keselamatan diri dan persekitaran
untuk mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar
penghasilan pentaksiran yang sesuai dengan murid berkeperluan khas
1.4.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian
6
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang perlu disediakan dan merancang sebelum melaksanakan PdP anda
perlulah:
• Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
• Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
• Merancang pengajarannya
• Menentukan strategi P&P
• Menyediakan bahan bantu pengajaran
• Menyediakan penilaian
i. Bincangkan kepentingan pelaksanaan KSSR Pengurusan Kehidupan
penting untuk menjadikan MBPK Pembelajaran mampu untuk
menjalani kehidupan yang berkualiti dan bermakna.
7
UNIT 2 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI
SINOPSIS
Kursus ini juga membincangkan serta memberi fokus terhadap kemahiran asas untuk
berdikari yang perlu diajar dan latihan kepada MBKP .Ia meliputi konsep asas kemahiran
asas untuk berdikari yang terdiri daripada masakan, jahitan, perkebunan, pemeliharaan
haiwan kesayangan, pengurusan diri, pengurusan kediaman dan mendobi.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda dapat:
i. Mengenal pasti kemahiran asas berdikari yang boleh diamalkan di sekolah
yang terdiri daripada masakan, jahitan, perkebunan, pemeliharaan haiwan
kesayangan, pengurusan diri, pengurusan kediaman dan mendobi
ii. Menghuraikan peraturan dan langkah – langkah keselamatan topik KAUB
iii. Menghasilkan produk berasaskan kemahiran KAUB bagi pengajaran dan
pembelajaran MBKP.
8
KERANGKA TAJUK
2.0 Pendahuluan
2.1 Kemahiran Asas Untuk Berdikari : Masakan
2.2 Kemahiran Asas Untuk Berdikari : Jahitan
2.3 Kemahiran Asas Untuk Berdikari : Perkebunan
2.4 Kemahiran Asas Untuk Berdikari : Pemeliharaan Haiwan Kesayangan
2.5 Kemahiran Asas Untuk Berdikari : Pengurusan Diri
2.6 Kemahiran Asas Untuk Berdikari : Pengurusan Kediaman
2.7 Kemahiran Asas Untuk Berdikari : Mendobi
2.6 Refleksi/ Tugasan
2.0 Pendahuluan
Tajuk ini memberi tumpuan kepada kemahiran asas untuk berdikari masakan yang
merangkumi alatan memasak, prosedur peraturan keselamatan memasak, teknik-teknik
penyediaan memasak dan penyediaan hidangan mudah.
2.1 Kemahiran Asas untuk Berdikari : Masakan
a. Alatan memasak dan fungsinya terdiri daripada alatan yang direka untuk
memudahkan aktiviti memasak di dapur.
9
Contoh alatan memasak di dapur. Contoh Gambar
Jenis Peralatan Memasak
Periuk / kuali diperbuat daripada aluminium
Periuk / kuali tembaga
Periuk / kuali besi tuang
Peralatan memasak diperbuat
daripada seramik, kaca, tanah liat
10
Periuk / kuali keluli tahan karat
Peralatan memasak
bersalut Teflon TM (Polytetrafluoroethylene)
Peralatan memasak bersalut plastik
11
Peralatan memasak diperbuat
daripada silikon
Pengukus, senduk / sudip buluh
Rajah: Peralatan memasak
b. Prosedur peraturan keselamatan memasak
Adalah sangat penting untuk anda memberi penekanan keselamatan
memasak yang terdiri daripada dua aspek penting iaitu keselamatan diri
murid dan keselamatan alatan dan keselamatan di dapur.
- Keselamatan murid merangkumi peraturan yang jelas mengenai
keselamatan diri seperti memakai apron, memakai pakaian yang
sesuai semasa di dapur, mementingkan kebersihan diri, mendengar
arahan dan tidak bergurau sesama rakan sepanjang berada di dalam
dapur.
- Manakala keselamatan alatan dan keselamatan di dapur pula
merangkumi peraturan dan arahan berkaitan alatan dan tatacara di
dalam dapur contohnya membersihkan semua alatan yang telah
digunakan dan disimpan di tempat yang betul, melabel semua bekas
menyimpan bahan masakan seperti gula dan garam.
- memastikan tangan kering apabila memegang plag elektrik, berhati-
hati menggunakan alatan yang tajam, menutup kepala gas sebaik
12
sahaja selesai memasak, menggunakan pelapik periuk untuk
mengalas kuali, cerek dan periuk dan membuang sampah dari dalam
dapur agar bilik dapur tidak berbau dan menarik perhatian tikus.
c. Teknik - teknik masakan
Teknik masakan terdiri daripada :
- menggoreng iaitu dengan menggunakan minyak masak
- merebus iaitu merebus makanan dengan teknik rendaman daging,
ikan, sayuran atau buah-buahan ke dalam air yang kemudiannya
didiihkan.
- membakar iaitu satu kaedah memasak menggunakan haba perolakan
dalam ketuhar.
- memanggang iaitu satu kaedah memasak dengan bahan api terbuka
atau menggunakan ketuhar.
d. Penyediaan hidangan mudah adalah merupakan hidangan yang mempunyai
keseimbangan nutrien dan zat yang diperlukan oleh badan. Antara faktor-
faktor yang harus diambil kira dalam penyediaan mudah ialah :
- merangkumi semua zat nutrien yang diperlukan oleh badan
- membekalkan tenaga yang mencukupi dan menggalakkan
tumbesaran
- mudah disediakan dan tidak memerlukan masa penyediaan yang
terlalu lama untuk disediakan.
2.1.1 Penyediaan hidangan mudah terdiri daripada:
- sarapan pagi dan minuman panas
- makan tengah hari dan minuman sejuk
- minum petang dan minuman panas/sejuk
13
Rajah 2.7 Hidangan sarapan pagi
14
2.2 Kemahiran Asas untuk Berdikari : Jahitan
Aktiviti jahitan adalah salah satu aktiviti kemahiran asas berdikari yang memerlukan
pendekatan berbeza mengikut keupayaan MBKP. Ini penting kerana aktiviti jahitan
memerlukan pergerakan otot, motor halus dan motor kasar. Bagi memastikan murid anda
dapat mengikuti berdasarkan kemampuan dalam aktiviti-aktiviti yang bersesuaian perlu
dirancang dengan baik.
2.2.1 Alatan jahitan dan fungsinya.
Alatan-alatan yang diperlukan untuk jahitan asas.
JENIS ALATAN RUPA DAN KEGUNAAN
Gunting kain 1. 20cm panjang. Sebelah mata bulat, sebelah mata runcing.
2. Digunakan untuk mengunting kain.
Gunting Trimmin 1. 12cm panjang. Kedua belah mata runcing.
2. Digunakan untuk mengunting kelim, benang dan lengkung
bulat.
Gunting Bergerigi 1. 10-16cm panjang. Mempunyai tepi yang bergerigi.
2. Digunakan untuk mengemaskan tepi kain supaya tidak
berbulu.
Pita Ukur 1. 150cm panjang. Diperbuat daripada kanvas atau plastik.
Kedua-dua pangkal berlogam. Mempunyai nombor dan tanda
jelas pada kedua-dua belah pita ukur.
2. Digunakan untuk mengukur bahagian yang hendak digunting
atau dijahit.
Jarum peniti 1. Halus, panjang dan tajam.
2. Digunakan untuk melekatkan kelim dan menandakan
kedudukan sementara.
3. Untuk menyemat kepingan fabrik sebelum dijahit.
Jarum Tangan 1. Tirus dan tajam. No. 7-9
2. Digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik.
Benang Jahit 1. Pelbagai warna mengikut fabrik yang hendak dijahit.
15
Benang Sulam 2. Digunakan untuk jahitan tangan dan jahitan mesin.
Pelbagai warna mengikut warna fabrik dan jahitan hiasan yang
hendak dibuat.
2.2.2 Peraturan dan keselamatan semasa menjahit.
Sebagai guru anda mestilah menetapkan peraturan keselamatan sepanjang menjalankan
aktiviti jahitan dengan mengingatkan MBKP agar menggunakan alatan dan menyimpannya
dengan baik semua alatan di tempat yang sesuai mengikut label-label yang telah
disediakan.
JENIS ALATAN PENJAGAAN
Gunting kain 1. Elak daripada terjatuh.
2. Memastikan sendi gunting sentiasa disapukan minyak pelincir
3. Simpan dalam sarung
Gunting Triming Sama seperti penjagaan gunting kain
Gunting Bergerigi Sama seperti penjagaan gunting kain
Pita Ukur Melonggarkan gulungan dengan nombor kecil diluar.
Jangan ditarik bila menggunakannya.
Jarum peniti Simpan jarum peniti dalam kotak beralas dengan kertas penyerap
supaya jarum peniti sentiasa kering dan tidak berkarat.
Cucuk jarum peniti di kusyen ketika menggunakannya
Jarum Tangan Sama seperti penjagaan jarum peniti.
Benang Jahit Lilitkan benang dan selitkan hujungnya supaya tidak tersimpul.
Benang Sulam Sama seperti benang jahit.
Aktiviti-aktiviti jahitan yang di atas bukanlah boleh dilaksanakan kepada semua MBKP
Mereka boleh memanfaatkan aktiviti-aktiviti dengan sekurang-kurangnya mengenali alatan
jahitan dan mengetahui cara-cara memegang dan menggunakan alatan tersebut dengan
16
selamat. Perkara yang penting yang perlu diberi perhatian adalah penyertaan dan
pengubahsuaian bagi jenis aktiviti yang dijalankan
2.2.3 Jenis jahitan : Jahitan tangan.
Terdapat beberapa jenis jahitan asas yang boleh dipratikkan dan dilaksanakan kepada
MBKP. Antara jenis-jenis jahitan asas ialah :
Jahitan Kia
Jahitan Jelujur Kasar
JAHITAN ASAS Jahitan Jelujur Halus
Jahitan sembat
Jahitan sembat susup
Rajah 2.2 Jenis-jenis jahitan asas
Contoh : Jahitan Jelujur Kasar
Jahitan Jelujur kasar merupakan jahitan sementara sebelum jahitan kekal dibuat. Ia juga
digunakan untuk menetapkan kelim pada kedudukan dan senang dicabut.
Langkah-langkah menjahit jelujur kasar: (Lihat rajah )
Jahit dari kanan ke kiri
17
Mula dari A ke B
Jarak jahitan 1 cm
Jahit sampai hujung
Gambar 2.7 : Langkah 1
Gambar 2.8 : Langkah 2
18
2.2.4 Jenis jahitan : mesin
Bahagian Mesin Jahit Dan Kegunaannya.
Dengan menggunakan mesin jahit sebenar, perhatikan setiap bahagian utama mesin jahit
yang dilabelkan beserta kegunaannnya berdasarkan maklumat berikut:
Gamba rajah 2.1 : Mesin Jahit
Penunjuk keterangan
1. Tuas pemegang benang - mengawal ketegangan benang
2. Tuas angkat - menaikkan dan menurunkan tiang penekan jahitan
3. Spring pemegang benang - mengawal tarikan pada benang dari ceper penegang
benang
4. Ceper penegang benang - mengawal ketegangan mata jahitan.
5. Pemegang jarum - memegang jarum
6. Penekan jahitan - menetapkan kedudukan fabrik apabila menjahit jahitan
lurus.
7. Gigi penolak - menolak fabrik semasa menjahit.
8. Pelaras jahitan - melaras mata jahitan.
9. Pemusing gelendung - mengisi benang pada gelendung.
10. Skru pemberhenti jahitan - mengawal gerakan jarum jahitan.
11. Roda imbang - mengawal gerakan mesin.
12. Tiang benang - memegang buku benang
19
Persediaan sebelum menjahit mesin
a. Menyediakan benang atas
- Letakkan buku benang pada tiang benang
- Sediakan jarum mesin
- Masukkan benang ke bahagian ceper penegang benang
- Masukkan benang ke dalam lubang tuas penegang benang
- Masukkan hujung benang ke dalam lubang jarum
b. Menyediakan benang bawah
Menggulung benang dalam gelendung
- Gulung benang dalam gelendung
- Masukkan gelendung ke dalam sekoci
Memasukkan sekoci
- Keluarkan benang bahagian bawah
c. Melaraskan jahitan
- Laraskan tuas pelaras mengikut jenis kain yang digunakan
Semasa menjahit
- Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan
- Pusingkan roda imbang ke hadapan untuk memasukkan jarum ke dalam fabrik
- Pastikan jarum tepat berada di tempat yang dijahit
- Turunkan tuas angkat
- Tolak roda imbang ke hadapan dan mula menjahit
Selepas menjahit
- Hentikan putaran roda imbang
- Naikkan jarum mesin
- Naikkan tuas angkat
20
- Tarik fabrik ke belakang
- Gunting lebihan benang 4 atau 5 cm untuk mematikan jahitan
PENYELENGGARAAN MESIN JAHIT
1. Meminyakkan mesin
Tujuan meminyakkan mesin jahit ialah:
- Mencegah bahagian-bahagian mesin daripada berkarat
- Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak dan mengurangkan geseran
2. Menggantikan jarum
- Jarum perlu digantikan sekiranya
- tumpul
- patah
ii. Longgarkan skru memegang jarum
Mengeluarkan jarum yang patah
- Keluarkan jarum yang tidak diperlukan lagi
- Gantikan dan masukkan jarum yang baru
- Ketatkan semula pemegang jarum
3. Jahitan bermasalah
- Mata jahitan longgar
Jarum tidak dipasang dengan betul - betulkan pemasangan jarum
Gelendung tidak dipasangkan dengan betul dalam sekoci - betulkan pemasangan
gelendung.
Benang atas longgar - tegangkan benang diceper
4. penegang benang
- Kelim berkedut
- Benang bawah berkedut/berserabut
21
2.3 Perkebunan
Topik perkebunan ini memberi pendedahan tentang amalan berkebun yang asas
dan menjelaskan perkakas atau peralatan yang digunakan, langkah-langkah keselamatan
yang perlu diikuti semasa menjalankan aktiviti kemahiran asas berkebun dengan
mengetahui jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam serta mengetahui aspek berkebun
secara keseluruhan seperti pemilihan tapak yang sesuai, proses menanam dan penjagaan
tanaman serta tapak tanaman. Pendedahan juga diberikan mengenai kaedah-kaedah
tanaman serta penjagaan yang memastikan tanaman tumbuh dengan baik dan sempurna.
Kandungan topik kemahiran berkebun ini juga meliputi tanaman hiasan dan sayur-sayuran.
2.3.1 Alatan berkebun dan fungsinya
Pelbagai alatan perkebunan perlu digunakan untuk melakukan kerja-kerja
membersihkan tapak, menggembur, menyemai, menanam dan menjaga tanaman hiasan
ataupun sayur-sayuran. Antara peralatan yang biasa digunakan ialah:
Penyiram Sekater Sekop
Sudip Tangan Serampang Tangan Kereta Sorong
Sarung Tangan Cangkul Pencakar
Gambar rajah : Alatan perkebunan
22
Setiap alatan perkebunan mempunyai fungsi atau kegunaan tersendiri. Di bawah ini
dinyatakan fungsi alatan tersebut:
Jenis Alatan Kegunaan
Penyiram
Sekater Digunakan untuk menyiram tanaman.
Sekop
Digunakan untuk memotong dahan kecil tanaman.
Sudip Tangan
Digunakan untuk menyodok tanah atau menggaul
Serampang Tangan campuran medium tanaman.
Kereta Sorong Digunakan untuk menggali lubang kecil atau menggembur
tanah.
Sarung Tangan
Cangkul Digunakan untuk menggembur tanah di sekeliling batang
Pencakar atau di dalam pasu.
Pencakar Tangan Digunakan untuk mengangkut tanah atau medium
tanaman serta benih semaian.
Dipakai semasa melakukan kerja-kerja perkebunan.
Digunakan untuk menggali lubang besar dan dalam.
Digunakan untuk membersihkan dan meratakan tanah
selepas digembur.
Digunakan untuk meratakan tanah yang digembur di
kawasan yang kecil.
2.3.2 Prosedur Keselamatan Penggunaan Alatan Untuk Berkebun
2.3.3 Keselamatan
Semasa melakukan aktiviti berkebun, murid-murid sentiasa terdedah kepada risiko
kemalangan. Oleh itu sebagai guru, anda perlu mengikuti prosedur atau langkah-langkah
keselamatan bagi memastikan tiada kemalangan atau kecederaan berlaku sepanjang aktiviti
tersebut.
23
2.3.4 Keselamatan Diri
Beberapa peraturan atau langkah keselamatan perlu diketahui dan diikuti oleh murid bagi
menjamin keselamatan mereka semasa menjalankan aktiviti berkebun. Antara amalan
keselamatan yang boleh diamalkan ialah:
1. Selalu memakai sarung tangan dan kasut atau but yang bersesuaian semasa
berkebun.
2. Semasa membuang batu-batu, tin, kayu api dan sebagainya, lakukan secara
perlahan-lahan agar sesuatu benda yang tersembunyi di sebaliknya dapat dibuang.
3. Sentiasa memeriksa but, sarung tangan dan pakaian sebelum memakainya. Jika ia
telah terbiar dalam tempoh tertentu, goncangkan dahulu dengan kuat. Anda mungkin tidak
mengetahui apa yang terdapat di dalamnya.
4. Perhatikan jika sesuatu tumbuh-tumbuhan itu jenis yang beracun sebelum
menanamnya di kawasan rumah.
5. Jangan sekali-kali memasukkan jari ke dalam lubang di dalam tanah.
6 Gunakan peralatan tajam secara berhati-hati dan hendaklah diawasi oleh guru.
7. Jauhkan diri daripada rakan yang sedang menggunakan alatan yang tajam.
8. Elakkan bermain atau bergurau semasa menjalankan aktiviti berkebun.
2.3.5 Keselamatan Rakan
Biasanya aktiviti berkebun akan dijalankan secara berkumpulan. Semasa menjalankan
aktiviti berkebun pelbagai alatan digunakan oleh murid. Adalah menjadi tanggungjawab guru
untuk memastikan keselamatan semua murid terjamin. Antara langkah keselamatan yang
boleh dijalankan ialah:
1. Amat berhati-hati menggunakan peralatan tajam semasa berkebun.
2. Jangan bermain atau bergurau dengan rakan semasa menggunakan peralatan
tajam.
3. Jangan menghalakan peralatan tajam ke arah rakan.
4. Pastikan murid tahu fungsi alatan tajam dan bagaimana hendak menggunakannya.
2.3.6 Keselamatan Alatan
Penjagaan alatan dengan sempurna membolehkan alatan tersebut tahan lama serta
berfungsi dengan baik apabila hendak digunakan. Alatan yang tidak dijaga dengan baik
24
akan mudah rosak serta mengganggu fungsinya. Antara amalan menjaga alatan supaya
tahan lama ialah:
1. Bersihkan alatan yang digunakan dengan air dan keringkan.
2. Keringkan kasut atau but yang digunakan untuk berkebun. Jika kasut atau but basah
di bahagian dalamnya, masukkan gumpalan kain. Selitkan sampai ke bahagian
dalam kasut. Air akan menyerap ke kain tersebut. Jika perlu, ganti kain tersebut
beberapa kali.
3. Simpan semua peralatan berkebun secara tegak lurus supaya cepat kering.
4. Sapukan sedikit minyak jika perlu untuk mengelakkan daripada berkarat.
5. Sangkut peralatan kecil di tempat yang disediakan.
2.3.7 Kemahiran berkebun
- Tanaman hiasan
- Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang boleh ditanam sekitar rumah atau
bangunan.
Tanaman hiasan ini berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.
Contoh tanaman hiasan terdiri dari pokok naungan, pokok renek, pokok palma,
pokok memanjat, pokok bunga semusim, pokok kaktus dan pokok penutup bumi.
- Sayur-Sayuran
Sayur-sayuran ialah sebahagian daripada keperluan utama dalam pengambilan
makanan individu. Ia mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin, garam mineral,
protein dan karbohidrat. Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama
mengikut bahagian-bahagian makanan.
Jenis sayuran Contoh
Jenis Daun Bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan kangkung.
Jenis Kekacang Kacang botol/kelisa, kacang buncis, kacang sepat dan
kacang panjang.
Jenis Buah Bendi, cili, kundur, terung, petola, timun dan tomato.
Jenis Akar/Umbisi Halia, lobak putih, lobak merah, ubi keledek, ubi
sengkuang dan keladi.
25
2.3.8 Menanam Tanaman (Medium tanaman)
- Langkah Penyediaan Medium Semaian
1. Sediakan alatan tangan dan bahan untuk membuat campuran medium
semaian.
2. Tapis bahan untuk mengasingkan batu dan ketulan tanah.
3. Gunakan baldi kecil untuk menyukat bahan mengikutn nisbah, 2 bahagian
tanah loam,1 bahagian bahan organik,1 bahagian pasir sungai
4. Campur dan gaulkan bahan tersebut semula.
5. Masukkan medium ke dalam bekas semaian dan ratakannya.
- Langkah Penyediaan Medium Penanaman
1. Sediakan ketiga-tiga bahan medium penanaman dan tapis bahan tersebut
secara berasingan.
2. Sukat bahan medium mengikut nisbah 3 bahagian tanah loam, 2 bahagian
bahan organik dan1 bahagian pasir sungai secara berasingan.
3. Gaul ketiga-tiga bahan medium tersebut.
- Langkah menyemai biji benih (kasar)
1. Gunakan sudip tangan, isikan medium semaian ke dalam bekas semaian
sehingga 2.5 cm dari bibir bekas semaian.
2. Campurkan dan gaul biji benih dengan pasir halus mengikut nisbah1
bahagian biji benih dengan 5 bahagian pasir halus.
3. Tabur campuran biji benih dan pasir halus di atas permukaan medium
semaian dengan rata.
4. Tabur sedikit medium untuk menutup campuran biji benih.
5. Siram semaian. Pastikan semaian diletakkan di tempat yang teduh. Labelkan
jenis pokok dan tarikh semaian.
26
- Langkah menyemai biji benih (halus)
1. Buat barisan lurus di permukaan medium dengan jarak 10 cm antara satu
sama lain.
2. Tandakan titik penanaman dan buat lubang dengan menggunakan sebatang
kayu kecil.
3. Masukkan satu biji benih ke dalam setiap lubang.
4. Tutup lubang biji benih dengan campuran medium.
5. Siram semaian. Pastikan semaian berada di tempat yang teduh. Labelkan
jenis pokok dan tarikh semaian.
- Langkah penyediaan bekas penanaman
1. Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian
bawahnya.
2. Jika menggunakan pasu tanah liat yang baru, rendamkannya di dalam air
semalaman supaya air dapat meresap ke rongga halus pasu. Cara ini
menggelakkan pasu menyerap air daripada medium. Sekiranya,
menggunakan bekas terpakai, cuci bekas terpakai untuk mengeluarkan
kotoran yang terlekat padanya.
3. Tutup lubang saliran dengan menggunakan batu-batu kecil atau pecahan
pasu untuk mengelakkan medium daripada terkeluar bersama-sama air
siraman.
- Langkah mengubah anak pokok
1. Lembapkan medium di dalam bekas semaian beberapa jam sebelum
mengubah anak pokok.
2. Masukkan medium ke dalam pasu penananaman sehingga memenuhi tiga
perempat bahagian pasu.
3. Buat lubang di tengah-tengah medium di dalam pasu dengan menggunakan
sudip tangan.
4. Ubah anak pokok dari bekas semaian.
27
5. Masukkan anak pokok ke dalam lubang medium. Tambahkan medium
sehingga 2.5 cm dari bibir pasu.
6. Padatkan permukaan medium dengan tangan.
7. Siram anak pokok yang baru dipindahkan sehingga medium lemap dan
letakannya di tempat lindungan selam beberapa hari.
8. Setelah beberapa hari di bawah tempat lindungan, dedahkan anak pokok
tersebut secara beransur-ansur kepada cahaya matahari.
- Langkah membina batas.
1. Tanah digemburkan.Buat batas setinggi 15 cm hingga 20cm. Panjang batas
bergantung pada bentuk yang telah ditetapkan.
2. Tabur dan gaul baja kompos atau baja organik di atas batas.
- Langkah menanam anak pokok di atas batas.
1. Buat lubang di permukaan batas dengan menggunakan sudip tangan.
2. Ubah anak pokok dari bekas semaian dengan menggunakan sudip tangan.
Kemudian masukkan anak pokok ke dalam lubang. Padatkan tanah dengan
tangan.
3. Siram anak pokok.
4. Gunakan daun lalang atau pelepah kelapa atau jaring untuk melindungi anak
pokok daripada pancaran matahari. Labelkan batas anak pokok tersebut.
2.3.8 Pemilihan Tapak dan Tempat Tanaman
- Terdapat faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya
termasuklah:
1. Berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses
pemasaran.
2. Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci
sebelum pasaran dilakukan.
28
3. Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus
kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk
mendapatkan air dan nutrien.
4. Mempunyai kemudahan infrastruktur.
5. Mempunyai tanah yang rata supaya mudah diuruskan. Teres digunakan jika
tanah bercerun.
6. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan
penyakit.
7. Berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian
- Penyediaan Tapak
Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh itu pemuliharaan
tanah perlu untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah satu konsep umum dan
ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman
yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut:
1. Kandungan nutrien yang rendah
Kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap
menyebabkan kandungan nutrien tanah tidak mencukupi.
2. Keadaan tanah berasid
Tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di
Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman
yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum dan
mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien
seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.
3. Tanah berlempung
Mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan
berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah.
4. Tanah berpasir
Tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami
saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan
tanaman.Tanah ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan
kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.
29
Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi,
mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrien, kelembapan yang sederhana dan
tidak terlalu berasid.
- Penyediaan batas
Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayur-sayuran
seperti :
1. membuang rumpai dan batu batan
2. membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak.
abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan
sebagai sungkupan.
3. gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah,
membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai.
4. gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan
pengudaraan tanah.
5. bina batas sama ada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal
berketinggian 20 – 25 cm.
Rajah 2.5 :Sungkupan
Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput
yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal
sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak
dan penyakit.
30
Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk:
1. mengurangkan suhu tanah
suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga
membunuh hidupan tanah yang berguna.
2. menjaga tanah supaya sentiasa lembab
3. mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat mengakibatkan
tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk
hidup di dalam tanah yang keras dan padat.
4. mengelakkan tumbesaran rumpai
5. mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji
benih atau anak benih.
6. bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.
- Pemilihan biji benih
Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar
percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan
yang tinggi.
Ciri-ciri biji benih yang baik ialah:
1. besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.
2. cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.
3. bebas daripada haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan
menjadi tinggi.
4. tidak rosak atau cacat.
- Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran
1. Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit.
2. Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan
perosak.
3. Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.
4. Simpan di tempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
5. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan haiwan perosak.
31
- Penyemaian biji benih
Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Terdapat beberapa
cara penyemaian:
1. Semaian terus biji benih besar
Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.
Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu dipatuhi :
Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan
Tanam sebiji atau dua biji selubang
Selepas bercambah, lakukan penjarangan.
2. Semaian terus biji benih kecil
Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terung
dan lain-lain boleh menggunakan dua cara:
3. Semaian terus ke batas tetap.
Kaedah alur –
- buat alur yang cetek dengan jarak tertentu
- tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
- beri perlindungan (sungkupan) dan air.
Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada
jarak tertentu.
4. Semaian biji benih halus di dalam kotak semaian
Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian - penjagaan anak benih lebih
mudah
- anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini
memastikan hasil yang bertambah.
- anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran
yang sama manakala pokok yang rosak di batas tetap mudah diganti dari
kotak semaian.
5. Menyemai cara semai tabur
Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut,
- tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis.
- beri perlindungan (sungkupan) dan air.
- selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada
jarak tertentu.
32
- Penjarangan
Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu
sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok
bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Di samping itu untuk menentukan
tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi.
- Menyulam
Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok.
Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan berlaku
pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat.
Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak,
terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses ini
dinamakan penyulaman anak benih.
- Penanaman
Penanaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan
kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam penanaman
sayuran.
- Mengubah
Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari
batas semaian diubah ke batas tetap. Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ;
- Segarkan anak benih sebelum diubah
- Lakukan waktu pagi atau petang
- Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan daripada tanah
pecah semasa mengubah.
- Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di
sekeliling akar.
- Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.
- Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan.
33
- Tekan tanah di sekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang
kuat.
- Bekalkan perlindungan dan air.
- Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari
- Naungan
Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan
pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik
mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan
hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak
benih.
Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah
- pelepah kelapa
- lalang/rumput yang dipotong
- kertas plastik dan jaring.
Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh
masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak
benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina
makanan.
- Penjagaan tanaman sayuran
Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut:
- menyiram
- merumput
- membaja
- membuat sokongan
- mengawal makhluk perosak
34
2.4 Pemeliharaan Haiwan Kesayangan
Kemahiran memelihara haiwan memberi fokus kepada perkembangan motor kasar,
motor halus dan pengamatan murid. Kemahiran pemeliharaan haiwan ini akan menyediakan
murid pendidikan khas dengan kemahiran asas yang diperlukan dalam kehidupan harian.
Tanggungjawab melengkapkan murid pendidikan khas dengan kemahiran
pemeliharaan haiwan perlu dipikul oleh guru pendidikan khas. Sebagai guru pendidikan
khas perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kemahiran pemeliharaan
haiwan bagi memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah
kehidupan bermakna. Pada zaman dahulu telah pun dilaksanakan aktiviti pemeliharaan
haiwan yang bertujuan untuk mendapat daging, susu, bulu dan bahagian lain yang boleh
digunakan. Pemeliharaan haiwan masih dijalankan masa kini oleh manusia tetapi ia lebih
intensif dan bersifat komersial.
Dalam konteks ini, kemahiran yang akan diajar kepada murid pendidikan khas
berkaitan dengan pemeliharaan haiwan merupakan satu usaha untuk memberi
pengetahuan dan kemahiran agar mereka dapat mengetahui kaedah-keadah dan teknik-
teknik yang boleh mereka lakukan dalam usaha untuk memelihara haiwan secara kecil-
kecilan.
35
Haiwan Peliharaan Kesayangan terdiri daripada:
Jenis Haiwan Keterangan
Mamalia Terdapat dua kategori:
Ternakan – bertujuan untuk mendapatkan daging, susu,
bulu dan kulitnya. Contohnya; kambing, kuda, unta, lembu
dan rusa
Haiwan kesayangan – haiwan yang dipelihara sebagai
haiwan kesayangan atau hobi saperti kucing, arnab, ikan
dan haiwan kesayangan lain.
Burung, Burung yang dipelihara oleh manusia ialah ayam, itik, angsa
puyuh, burung unta, dan lain-lain.
Ikan Terdapat dua kategori:
Ternakan – bertujuan untuk komersial. Contoh: ikan
keli, ikan talapia, ikan patin, ikan jelawat, ikan kelah dan
lain-lain
Haiwan kesayangan – Contoh: ikan emas, ikan kelisa
dan ikan-ikan hiasan yang lain.
2.4.1 Bagi memenuhi keperluan kemahiran yang boleh murid pendidikan khas kuasai
bersesuaian dengan keupayaan mereka, modul ini akan membincangkan 1 jenis haiwan
pemeliharaan iaitu:
- Pemeliharaan Kucing
Memiliki binatang peliharaan adalah sesuatu yang sangat menyenangkan. Seolah-olah
seperti menerima anggota keluarga baru yang lucu dan mampu menghibur kita di kala kita
tertekan dan stres dengan aktiviti seharian. Kucing sudah sekian lama dijadikan companion
animal, binatang yang sudah diterima sebagai anggota masyarakat dan anggota keluarga.
Kemanjaannya, ekspresinya, tingkah lakunya mampu menghibur manusia dan membuatnya
sebagai makhluk yang dicintai dan disayangi manusia.
36
Kucing memiliki pelbagai tingkatan status dalam hubungannya dengan manusia.
Bermula sebagai status binatang pengganggu, binatang yang dijualbeli, sebagai alat
pengusir tikus, sebagai badut di rumah atau sebahagian anggota keluarga yang dicintai.
Komitmen manusia dalam memelihara dan merawat kucing tidak terlepas bagaimana
manusia tersebut memandang interaksi kucing dalam kehidupannya. Kucing yang beruntung
adalah kucing yang diterima dan disayangi sebagai anggota keluarga. Dalam hal ini tidak
hanya kucingnya yang beruntung tetapi juga manusia yang memeliharanya.
Kucing adalah haiwan yang melucukan, comel, menyenangkan dan menghiburkan.
Namun mereka memerlukan perhatian yang rapi , terutama dari segi kebersihan, kesihatan,
pemakanan dan sebagainya. Jika anda adalah salah satu penggemar kucing dan ingin
memelihara kucing sebagai binatang peliharaan anda, maklumat di bawah dapat membantu
anda mendapatkan pengetahuan tentang pemeliharaan haiwan ini.
Terdapat beberapa tujuan memelihara kucing, antaranya ialah:
- sebagai hobi
- sebagai teman kepada manusia
- untuk tujuan pembiakan
- untuk pertandingan dan pertunjukan
- sebagai terapi
- memupuk dan berkongsi minat dan rasa kasih terhadap haiwan peliharaan
kesayangan iaitu kucing.
- membuat kebajikan dan memberi perlindungan terhadap kucing-kucing yang terbiar
melalui pembelaan tempat tinggal, kesihatan dan makan minum.
- memberi kesedaran, mendidik, pendedahan, pengetahuan, bimbingan kepada
- masyarakat mengenai penjagaan sebenar haiwan kesayangan iaitu kucing.
- menjadikan kucing sebagai sumber dan model pengikat kasih sayang kekeluargaan
dalam kalangan masyarakat melalui perkongsian hobi yang sama iaitu memelihara
kucing.
2.5 Pendahuluan
Bagi murid berkeperluan khas, pengurusan diri merupakan satu keperluan utama sebagai
asas untuk menguasai bidang kemahiran lain. Perkara ini penting untuk menentukan
penguaasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan dan
perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan diri, perkembangan
37
peribadi dan pengurusan rumah tangga perlu diberi kepada murid berkeperluan khas
(MBPK).
2.5.1 Konsep Pengurusan Diri
Pengurusan diri merupakan satu bentuk dalam memberi penekanan kepada
pengetahuan dan kemahiran kendiri, keselamatan, kesihatan diri dan reproduktif,
pengurusan emosi dan sosial, adab dan tatsusila serta penyalahgunaan alatan dan bahan
berbahaya. Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh
dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan dan perkembangan sosial, hidup berkeluarga,
penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga perlu diberi kepada
MBPK bagi menjamin kehidupan yang lebih teratur dan memahami setiap perlakuan yang
dilakukan.
2.5.2 Komponen Pengurusan Diri
Komponen pengurusan diri memberi fokus kepada beberapa aspek yang berkaitan
dengan penjagaan diri dan kesihatan MBPK. Komponen pengurusan diri antaranya urus diri,
kebesihan diri, penggunaan tandas dan bilik air, pengurusan dalam dan luar bilik darjah dan
pengurusan tempat tinggal.
2.5.3 Urus diri
Urus diri salah satu aspek yang berkaitan dengan penjagaan diri, perkembangan
peribadi, hidup berkeluarga, pengurusan rumah tangga dan sosial. Melalui cara urus diri
yang betul dapat membantu MBPK menguasai kemahiran secara praktikal dan diaplikasi
dalam kehidupan seharian tanpa bantuan orang lain.
2.5.4 Kebersihan diri
Kebersihan diri merupakan salah satu aspek yang penting dalam komponen
pengurusan diri. Perkara-perkara yang diberi perhatian dalam topik ini meliputi kemahiran
asas untuk menjaga kebersihan diri dan berdikari. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini
dapat membantu MBPK dalam perkembangan sosial, kehidupan berkeluarga, penjagaan
diri, kebersihan bilik darjah dan rumah tangga. Amalan kebersihan diri sangat penting
kepada MBPK bagi mengelak daripada penyakit berjangkit dan memberi kesan buruk
kepada individu terhadap kesihatan diri. Untuk itu, MBPK memerlukan bantuan dan tunjuk
ajar daripada orang lain terutamanya ibu bapa, guru dan ahli keluarga yang lain. Amalan ini
38
harus dididik dengan sempurna dari awal lagi supaya ia akan jadi suatu kebiasaan dalam
diri MBPK.
Kebersihan diri penting kerana kebersihan diri merupakah langkah awal mewujudkan
kesihatan diri. Dengan tubuh yang bersih dapat meminimumkan risiko seseorang terhadap
kemungkinan terjangkitnya sesuatu penyakit terutamanya penyakit yang berhubungan
dengan kebersihan diri. Dalam hal pengurusan kebersihan diri, fokus utama adalah merujuk
kepada penjagaan anggota badan sendiri dan alatan peribadi seperti berus gigi, sikat,
pakaian dan sebagainya. Anggota badan yang dimaksudkan termasuklah keseluruhan
tubuh badan daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki seperti rambut, kulit kepala,
mata, telinga, hidung, gigi, mulut, badan serta kuku tangan dan kaki.
Rajah 2.6 menunjukkan pengurusan kebersihan diri terhadap tubuh
2.5.5 Peralatan kebersihan diri
Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap
individu untuk menjamin kesejahteraan hidup. Penjagaan kebersihan diri merupakan satu
amalan yang perlu diberi penekanan kepada MBPK untuk diamalkan setiap hari dalam
penjagaan kebersihan diri. Lazimnya kebersihan perlu disemai sejak dari kecil iaitu ibu bapa
perlu memainkan peranan penting dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan
diri atau kebersihan alam sekitar. Penggunaan peralatan kebersihan diri tanpa berkongsi
dengan orang lain dapat membantu disiplin individu terhadap penjagaan kesihatan.
Tujuannya untuk mengelak daripada jangkitan penyakit daripada individu lain jika berkongsi
peralatan kebersihan diri seperti sikat, tuala mandi dan sebagainya.
39