2.5.7 Penggunaan tandas dan bilik air
Penggunaan tandas dan bilik merupakan salah satu aspek yang diberi penekanan dalam
Komponen Pengurusan Diri bagi MBPK di sekolah. Latihan menggunakan tandas boleh
menjadi perkara yang sukar untuk MBPK jika tidak diajar pada peringkat awal lagi. Ia
memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang besar dari segi masa daripada ibu bapa,
guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM). MBPK biasanya mempunyai kesediaan yang
berbeza untuk memulakan latihan menggunakan tandas dan kebanyakan MBPK perlu
belajar terlebih dahulu untuk membuang air kecil dan besar pada usia yang sedikit lewat
daripada murid tipikal (Tsai, Stewart, & August, 1981). Terdapat beberapa sebab yang boleh
menyebabkan latihan ke tandas menjadi perkara yang sukar kepada MBPK, antaranya ;
fizikal
Terdapat kemungkinan masalah fizikal atau masalah perubatan yang menyebabkan latihan
menggunakan tandas menjadi kesukaran kepada MBPK. Sekiranya guru atau PPM
mengesyaki terdapat masalah perubatan yang menyebabkan kesukaran untuk murid
membuang air besar atau kecil, maklumkan kepada ibu bapa atau penjaga murid agar
merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan kesihatan.
Pakaian
Ada MBPK yang mengalami kesukaran untuk menanggalkan atau memakai kembali seluar.
Kiu badan
Ada MBPK yang tidak sedar mereka perlu ke tandas walaupun seluar mereka telah basah.
Takut
Ada juga MBPK yang takut untuk duduk di atas tempat duduk tandas atau mendengar bunyi
flush air.
Bahasa
MBPK mengalami kesukaran dalam pemahaman dan pertuturan bahasa. Jangan jangkakan
mereka akan minta untuk ke tandas.
Keperluan rutin
Ramai MBPK mempunyai cara mereka sendiri membuang air kecil dan besar mengikut
kebiasaan mereka tersendiri walaupun cara tersebut mungkin tidak sesuai.
Memperkenalkan rutin baharu boleh menjadi pengajaran yang sukar untuk mereka.
40
2..5.8 Pengurusan dalam dan luar bilik darjah
Bilik darjah merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan.Ia merupakan ruang bilik yang dilengkapi dengan segala kemudahan seperti
meja dan kerusi murid, meja dan kerusi guru, papan putih, almari, papan kenyataan,
peralatan pengajaran dan pembelajaran serta kesesuaian dalam aspek peredaran udara,
kemasukan cahaya dan keselamatannya. Bilik darjah perlu sentiasa dijaga dan diurus
dengan sempurna agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
selesa.
Di dalam sesebuah kelas PPKI, tanggungjawab pengurusan bilik darjah bergantung
pada usaha dan inisiatif guru kelas. Bilik perlu sentiasa disusun dan dihias dengan
sebaiknya agar kelihatan menarik dan ceria. Susunan meja dan kerusi serta lain-lain
peralatan di dalam bilik darjah perlu mengambil kira bilangan murid dan keadaan
ketidakupayaan MBPK. Antara aspek yang perlu diberi penekanan antaranya ;
perabot disusun mengikut kesesuaian bilik darjah
ruang pengudaraan dalam keadaan yang baik
kebersihan dalam dan di luar bilik darjah diutamakan
keselamatan di dalam bilik darjah dititikberatkan
elakkan bilik darjah daripada segala gangguan
lokasi bilik darjah berada di tingkat bawah
peralatan elektrik berfungsi dengan baik
bahagian dalam dan luar bilik darjah dihiasi dengan lukisan mural atau yang boleh
memberi keceriaan kepada persekitaran bilik darjah
Merujuk kepada Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Intergrasi (2015),
jelas menyatakan bahawa penyediaan kelas dan bilik-bilik khas harus menepati seperti
berikut;
guru perlu mengenal pasti kelas adalah sesuai untuk dijadikan tempat PdP..
sudut-sudut pembelajaran dalam kelas boleh disediakan berasaskan keperluan murid
seperti sudut kinestatik sudut motor halus, akuarium dan lain-lain yang difikirkan perlu.
carta-carta pembelajaran dan model-model serta benda-benda maujud boleh
dipamerkan dalam kelas mengikut kesesuaian PdP.
41
beberapa bilik khas yang perlu diberi keutamaan ialah seperti bilik dapur, bilik urus diri,
bilik kemahiran hidup, bilik audio visual, bilik pemulihan/intervensi dan bilik tetamu.
2.6 Pengurusan kediaman
Tempat tinggal adalah yang boleh memberi perlindungan dan penempatan.
Pengurusan tempat tinggal merupakan salah satu aspek penting yang diberi penekanan
dalam komponen pengurusan diri bagi MBPK. Setiap tempat kediaman mempunyai ruang-
ruang tertentu supaya dapat memberi keselesaan kepada ahli keluarga. Tempat kediaman
terbahagi kepada tiga jenis ruang iaitu ;
ruang sosial seperti bilik istirehat, ruang tamu dan bilik makan
ruang kerja seperti dapur, stor, garaj dan tempat mendobi
ruang persendirian seperti bilik tidur, bilik mandi dan tandas
a) Aktiviti amalan kebersihan ruang/bilik
Terdapat pelbagai jenis ruang dalam sesebuah rumah. Setiap ruang mempunyai
fungsinya, contoh :-
- ruang anjung adalah tempat untuk bersantai atau berehat bersama keluarga
- ruang istirehat adalah ruang berehat bersama keluarga
- ruang tamu adalah ruang untuk melayan tetamu dan sahabat handai
- ruang makan adalah ruang untuk makan bersama keluarga
- ruang dapur adalah ruang untuk memasak
- bilik tidur adalah ruang untuk tidur dan merehatkan badan
- bilik air atau tandas adalah ruang untuk membuang air besar dan kecil serta
membersihkan diri
Habuk adalah salah satu punca kekotoran di rumah kita. Oleh itu untuk
membersihkannya adalah dengan cara
- mengirai : mengirai alas meja
- menyebat : menyebat hamparan kecil
- memberus : memberus alas kaki
- menyapu lantai :- penyapu rami (lantai konkrit, terazo, marmar)
- penyapu lidi (lantai papan & konkrit)
- penyapu plastik (mozek & konkrit)
- mengesat atau mengelap : dengan kain pengesat lembap
- menyedut habuk : dengan pembersih vakum (permaidani, sofa, celah lantai)
- mengemas katil atau ruangan bilik : menyusun atur cadar dan meja solek
42
b) Amalan kebersihan di dapur
• sinki
• dapur
• kain pengesat
• lantai
• peti ais
• peralatan dapur
2.7 Mendobi
Tujuan Mendobi merupakan pengurusan pakaian melibatkan proses mendobi atau
mencuci dengan menggunakan bahan dan peralatan supaya pakaian itu bersih dan
bersedia untuk dipakai semula.
Rajah alatan mendobi
2.7.1 Cara basuhan :
basuhan tangan
basuhan dengan mesin basuh (automatik atau separa automatik)
43
2.7.2 Aktiviti Pra Cuci
Bahan dobi hendaklah diasingkan mengikut jenis basuhan biasa atau perlu dibasuh dengan
bahan peluntur.
Semua bahan dobi perlulah direndam terlebih dahulu.
2.7.8 Aktiviti Mencuci
Gambar: Menggunakan tangan Gambar : Menggunakan mesin basuh
2.7. 9 Gambar aktiviti Selepas Mencuci : Menyidai pakaian atau menggunakan mesin
pengering
Gambar : Menyidai Pakaian
44
Gambar : Melipat Pakaian
Gambar : Menyusun Pakaian
Gambar : Menyeterika Pakaian
45
Kuliah
Topik ini akan dilaksanakan semasa kuliah dan peruntukan jam merujuk
kepada interaksi selama 23 jam bersemuka.
Bincangkan kepentingan untuk MBPK untuk menguasai aspek pengurusan
diri dalam kehidupan seharian mereka.
Itu saja yang perlu anda lakukan....... SELAMAT BERJAYA
46
UNIT 3 . Keselamatan Diri dan Adab Bertatasusila
SINOPSIS
Tajuk ini disusun untuk membolehkan anda mengetahui dan mengaplikasikan aktiviti
keselamatan diri dan adab bertatasusila dalam kehidupan harian.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran murid dapat :
i) Mengaplikasi aktiviti keselamatan diri di pelbagai premis
ii) Mengaplikasi aktiviti adab bertatasusila dalam kehidupan harian
KERANGKA TAJUK
3.0 Pendahuluan
3.1 Mengaplikasi aktiviti keselamatan diri oleh orang ramai di pelbagai premis
3.1 Mengaplikasi aktiviti keselamatan diri oleh orang ramai di pelbagai premis
3.2 Mengenal pasti dan menyenaraikan amalan adab bertatasusila dalam kalangan
pelbagai peringkat umur ketika bersosialisasi.
4.4 Refleksi/ Tugasan
3.0 Pendahuluan
Keselamatan adalah salah satu aspek penting yang perlu difikirkan untuk diaplikasikan
kepada MBKP demi menjamin mereka ini dapat membezakan kepentingan aktiviti -aktiviti
menjaga diri di mana mereka berada.
3.1.1 Mengaplikasi aktiviti keselamatan diri oleh orang ramai di pelbagai premis
47
Mengenal pasti dan menyenarai amalan keselamatan diri oleh orang ramai di
pelbagai premis :
a) Rumah
Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan
rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses
yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa
untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat. Sebahagian
besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku di rumah.
Kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Pada kebiasaannya kemalangan boleh berlaku
pada waktu lewat petang atau pada waktu malam apabila kanak-kanak keletihan dan
mengantuk. Jenis kemalangan yang sering berlaku ialah:
terjatuh
terkena api
terambil racun
sesak nafas atau tercekik
lemas
Berikut adalah senarai perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan
rumah anda serta persekitarannya selamat untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun anda
harus ingat bahawa walau apa pun yang anda lakukan untuk menjadikan persekitaran
selamat untuk kanak-kanak, perkara yang terbaik untuk diamalkan ialah mendidik kanak-
kanak untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Pelan anda untuk menjadikan rumah yang
selamat boleh dijadikan proses pengajaran yang mengambil kira penglibatan murid ini
adalah kerana ia dapat diperbaiki dari semasa ke semasa melalui bantuan dan pandangan
murid.
Perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda lebih selamat
1. Jangan tinggalkan objek-objek kecil terbiar di merata tempat. Bayi dan kanak-kanak
kecil boleh tercekik apabila meletakkan objek-objek kecil dalam mulut atau boleh
mencederakan diri dengan meletakkannya ke dalam hidung
2. Pastikan tingkap rumah anda dilengkapi dengan besi bersilang dan anjung rumah
tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
3. Jangan biarkan benda-benda yang tajam di merata tempat dan di tempat yang boleh
dicapai oleh kanak-kanak
48
4. Jangan amalkan tabiat merokok di dalam rumah. Hampir semua kebakaran bermula
dengan penghisap rokok yang cuai yang tidak memadam api puntung rokok
sepenuhnya.
5. Rangkakan satu pelan keselamatan untuk kebakaran.
6. Beli sebuah alat pemadam api untuk disimpan di dalam rumah.
7. Elakkan daripada memegang air panas atau benda-benda panas apabila adanya
kehadiran kanak-kanak berdekatan dengan anda.
8. Pagarkan kawasan di sekeliling kolam mandi anda.
9. Simpan ubat/bahan-bahan mudah terbakar/sabun/racun rumah seperti pembasmi
kuman atau penyembur serangga di tempat yang jauh daripada capaian kanak-
kanak. Labelkan benda-benda yang berbahaya sebagai tanda amaran kepada
kanak-kanak.
10. Periksa rumah anda untuk cat yang mempunyai kandungan plumbum. Sisa-sisa
daripada cat ini boleh mengakibatkan keracunan yang serius jika ditelan. Tukarkan
cat anda kepada jenis yang bebas daripada bahan plumbum.
11. Pastikan tumbuh-tumbuhan yang anda miliki tidak beracun.
12. Belajar kaedah pertolongan cemas untuk kanak-kanak. Beri didikan kepada anak-
anak anda tentang kaedah-kaedah pertolongan cemas.
13. Jangan biarkan alat elektrik yang rosak di rumah, kerana anak anda mungkin akan
cuba menggunakannya.
14. Tutup punca-punca elektrik di rumah anda dengan penutup yang khas.
15. Labelkan semua bahan beracun yang disimpan dalam rumah dengan pelekat-
pelekat yang boleh di kenalpasti oleh kanak-kanak sebagai bahan yang berbahaya
dan tidak boleh disentuh.
b) Sekolah
Prosedur keselamatan di sekolah adalah proses yang digunakan sebagai panduan
oleh seseorang individu atau kumpulan individu dalam mencegah atau mengelakkan
sesuatu kemalangan yang boleh mengundang bahaya dari segi fizikal, emosi, mental dan
sosial berlaku. Di sini akan dibincangkan tatacara penggunaan am, tatacara penggunaan
murid dan tatacara penggunaan guru bagi 4 tempat di kawasan sekolah iaitu stor sukan,
kantin, dewan sekolah dan bilik komputer.
Tatacara penggunaan boleh didefinisikan sebagai satu prosedur kepada langkah-langkah
keselamatan yang perlu diambil oleh semua warga sekolah bagi memastikan persekitaran
49
sesebuah tempat memberi keselesaan dan keselamatan untuk menjalankan sebarang
aktiviti tanpa gangguan daripada sebarang kecelakaan, kemalangan dan kecederaan. Oleh
itu, bagi mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, tatacara
penggunaan tempat perlu dijadikan panduan untuk menjadikan pengurusan prosedur
keselamatan berjalan dengan lancar.
c) Stor Sukan
Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan
sukan supaya ia selamat dan tidak mudah rosak. Ini bagi mengelakkan pihak sekolah
terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi menggantikan kerosakan peralatan tersebut.
Maka perlu diwujudkan tatacara penggunaan stor sukan bagi melicinkan pengurusan dan
keselamatan murid.
1. Rekod Inventori
Perlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua peralatan yang
digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang menggunakannya serta mengetahui siapa
yang memberi kebenaran tentang penggunaan peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan
kecurian peralatan berlaku.
2. Peralatan dsimpan di tempat khas
Alat-alat sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli
Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas. Di samping itu, tempat-tempat
tersebut perlu dilabelkan bagi melicinkan urusan pengeluaran dan pemulangan kembali
peralatan.
3. Peralatan Berbahaya Perlu Perhatian
Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah disimpan,
dijaga dan diawasi penggunaannya. Pengeluaran peralatan ini adalah terkawal dan perlukan
pengawasan daripada guru yang bertugas.
4. Kelulusan piawai dan pengikhtirafan
Semua peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengiktirafan daripada
undang-undang persatuan sukan. Ini bagi mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak
berkualiti.
5. Kebenaran Memasuki Stor Sukan
Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan.
Hanya individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran
dan pengembalian peralatan tersebut.
50
6. Laporan Kerosakan
Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang
digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku apabila aktiviti sedang
dijalankan.
7. Pengembalian Peralatan Sukan
Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam keadaan yang
selamat dan bersih di samping memastikan jumlah yang dikembalikan adalah sama dengan
jumlah peralatan yang telah dikeluarkan.
d) Kantin
Kantin merupakan premis yang penting kepada warga sekolah bagi mendapatkan keperluan
makanan semasa berada di sekolah. Kantin juga adalah sebuah tempat yang sentiasa
menjadi tumpuan murid-murid sewaktu rehat bagi mendapatkan makanan dan minuman
yang diingini untuk mengalas perut yang lapar. Andai pengurusan prosedur keselamatan di
kantin diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh disiplin kemungkinan banyak risiko yang
akan berlaku.
Oleh itu, tatacara harus disediakan sebagai panduan penggunaan kantin kepada semua
warga sekolah.
- Kebenaran masa berada di kawasan kantin sekolah
1. Murid perlu mematuhi peraturan kantin dan hanya dibenarkan berada di kantin pada
waktu rehat iaitu pada pukul 1000 hingga 1020 sahaja. Namun bagi staf sekolah,
waktu berada di kantin tidak terbatas asalkan tidak mengganggu jadual bertugas
masing-masing.
2. Kebersihan kantin sekolah
3. Semua pengguna mesti mengutamakan kebersihan dengan memastikan kawasan
kantin sekolah dijaga dengan bersih dan bebas daripada sampah sarap. Selain
daripada itu, kantin sekolah juga perlu bebas daripada LILATI ( lipas, lalat dan tikus ).
4. Keselamatan di kantin sekolah
5. Murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari-lari di dalam kantin terutamanya
apabila keadaan lantai yang licin terutamanya selepas hujan turun.
6. Makanan Terlarang
7. Pengusaha kantin dilarang menjual sebarang makanan TIDAK HALAL dan murid
bukan Islam juga dilarang membawa dan makan sebarang makanan TIDAK HALAL
di dalam kantin.
8. Laporan kemalangan dan pergaduhan
9. Pengawas atau guru yang bertugas hendaklah dimaklumkan apabila terjadi
sebarang kemalangan dan pergaduhan berlaku di dalam kantin.
51
10. beratur sewaktu membeli makanan
11. murid-murid sentiasa beratur, berkelakuan sopan santun dan mengikut giliran
sewaktu hendak membeli makanan.
12. dilarang sama sekali berebut-rebut dan bertolakan sesama sendiri sewaktu membeli
makanan, mendapatkan tempat duduk dan balik ke kelas masing-masing.
13. kebersihan menjadi keutamaan
14. sentiasa menjaga kebersihan tempat makan ( meja ) dalam keadaan bersih.
15. cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan di tempat yang disediakan.
16. dilarang membuang sampah di merata tempat.
17. membuang bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang telah
disediakan.
b) Larangan sewaktu berada di dalam kantin
1. Dilarang makan dan minum sambil berjalan atau berdiri.
2. Dilarang membawa makanan dan minuman keluar dari kantin.
3. Jangan meludah di kawasan kantin.
4. Jangan bergaduh sewaktu membeli makanan dan minuman.
5. Jangan membuat bising dan bercakap-cakap sewaktu sedang menikmati hidangan
makanan.
c) Dewan Sekolah
Dewan sekolah adalah sebuah tempat yang luas dan dapat menempatkan jumlah murid
yang ramai pada satu-satu masa bagi tujuan perhimpunan, mengadakan sesuatu majlis
seperti majlis penyampaian sijil dan hadiah serta majlis sambutan perayaan serta boleh juga
digunakan untuk latihan atau pertandingan permainan seperti ping pong dan badminton.
Bagi mengelakkan kemalangan atau kecederaan berlaku, tatacara dalam dewan perlu
digubal sebagai panduan manual kegunaan murid, guru dan warga sekolah.
Ciri-ciri Keselamatan di Dewan Sekolah
Penyediaan alat pemadam api yang sesuai dan loceng kecemasan hendaklah sentiasa
diselenggara setiap masa secara berkala. Ini penting untuk memastikan peralatan tersebut
dalam keadaan yang baik semasa hendak digunakan.
Permainan yang dilarang dijalankan di dewan sekolah
52
a) Permainan-permainan seperti hoki, bola sepak, bola tampar dan sepak takraw tidak
dibenarkan diadakan dalam dewan sekolah disebabkan faktor ruang yang tidak
mengizinkan penggunaannya.
b) Kebersihan di Dewan Sekolah
c) Kebersihan adalah tanggungjawab semua.Sentiasa memastikan dewan sekolah dalam
keadaan yang bersih daripada sebarang sampah sarap.Jangan meludah merata-rata
tempat.
d) Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah
e) Murid-murid tidak dibenarkan berada di dewan pada waktu malam sama ada untuk
latihan tarian, nyanyian atau permainan badminton dan ping pong kecuali dengan
pengawasan dan kebenaran seorang guru.
f) Sentiasa Mematuhi Semua Peraturan Dalam Dewan Sekolah
g) Jangan berlari dan membuat bising sewaktu perhimpunan diadakan. Sentiasa berbaris
dan tidak berebut-rebut apabila masuk atau keluar dari dewan selepas sesuatu aktiviti
dijalankan.Tidak menconteng dinding dan permukaan peralatan yang terdapat di dalam
dewan.Tidak merosakkan peralatan dengan sengaja.
h) Sekolah adalah salah satu tempat iaitu terdapat ramai generasi yang perlu
diselamatkan daripada pelbagai ancaman bahaya. Ini kerana sekolah akan melahirkan
manusia yang berguna dan berkualiti untuk memajukan dan membangunkan negara
kita pada masa akan datang.
i. memahami norma sosial, sering dikenali sebagai kurikulum tersembunyi.
ii. menggambarkan tingkah laku sosial yang sesuai, mungkin menggunakan “cool”
dan “not cool” sebagai arahan.
iii. pemodelan kemahiran sosial sesuai.
iv. amalan untuk kemahiran sosial
3.2 Mengenal pasti dan menyenaraikan amalan adab bertatasusila dalam kalangan
pelbagai peringkat umur ketika bersosialisasi.
Adab dan bertatasusila merupakan adat-istiadat, adat resam, cara, peraturan dan
prosedur yang membawa kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus, budi bahasa,
budi pekerti yang halus dan kesopanan .
Bagaimanakah seseorang itu dikatakan bercakap dengan adab bertatasusila semasa
berkomunikasi? Berikut adalah cara berkomunikasi dengan menggunakan adab dan
bertatasusila.
a. Bercakap dengan sopan -menggunakan tutur kata yang lemah lembut, tidak
menjerit atau menengking
53
b. Reaksi muka mestilah manis atau senyum (jangan masam muka atau
merenung tajam.Minta maaf dengan segera apabila melakukan kesilapan
c. Mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu
d. Menggunakan suara, nada, dan irama yang betul (nada yang tidak sesuai
boleh menimbulkan salah faham)
e. Menggunakan suara yang jelas dengan nada yg sesuai - menggunakan kata
ganti diri yang sesuai - (mencerminkan keperibadian seseorg)
Bagaimanakah murid patut bertindak terhadap arahan anda? Murid harus menjadi
pendengar yang baik iaitu dengan cara bertingkah laku yang bersesuaian ketika mendengar
arahan. Murid juga harus memberi perhatian kepada arahan iaitu dengan cara memberi
tumpuan sepenuh kepada mesej yang hendak disampaikan oleh anda. Murid juga tidak
boleh berbual atau membuat kerja lain semasa anda memberi arahan. Sebagai seorang
guru, anda hendaklah memantau reaksi murid terhadap setiap arahan, melalui arahan
mudah, ringkas dan jelas.
Apakah cara interaksi yang berkesan bagi orang dewasa? anda perlu menggunakan nada
yang bersesuaian iaitu menggunakan laras bahasa yang betul iaitu mengetahui sasaran
pendengar kita sama ada kanak-kanak, rakan , majikan dan juga pelanggan. Individu tidak
boleh bercakap kasar sebaliknya lemah lembut. Kita tidak boleh menyampuk pada masa
yang tidak sesuai iaitu pandai mengambil giliran bila bercakap. Jangan menghentam
pendapat orang lain dan dan anda perlu menjadi pendengar yang baik .
Topik ini akan dilaksanakan semasa kuliah dan peruntukan jam merujuk
kepada interaksi selama 4 jam bersemuka.
54
Bincangkan kepentingan adab tatasusila dalam kehidupan MBPK.
Itu saja yang perlu anda lakukan....... SELAMAT BERJAYA
55
UNIT 4 KEUSAHAWANAN
SINOPSIS
Dalam tajuk ini anda akan diberi penerangan tentang pengurusan perbelanjaan diri dan
pengenalan wang. Perkara ini penting bagi melatih murid Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran mengurus perbelanjaan diri dengan sempurna. Tajuk ini juga bertujuan untuk
mengenalkan jenis dan nilai wang agar mereka mahir menggunakan wang dengan nilai
pertukaran yang betul serta mereka dapat berdikari dalam mengurus perbelanjaan.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengaplikasikan pengetahuan pengurusan perbelanjaan dalam pengajaran
dan pembelajaran murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
2. Melatih murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran menjalankan
perniagaan yang mudah
3. Membantu murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran mengenal dan
menggunakan wang dengan betul.
KERANGKA TAJUK
4.0 Keusahawanan
4.1 Peranan usahawan
4.2 Ciri-ciri usahawan yang berjaya
4.3 Mengurus kewangan
4.4 Risiko dalam perniagaan dan cara mengurangkannya.
4.5 Jenis produk
4.5.1 Strategi produk
4.6 Pemasaran produk
4.6.1 Objektif pemasaran
4.6.2 Kepentingan Pemasaran
4.6.3 Proses Pengurusan Pemasaran
5.4 Refleksi/Tugasan
56
4.0 Menurut Kamus Dewan, yang diambil dari perkataan ‘usaha’ yang bermaksud daya
usaha, ikhtiar, kegiatan atau pekerjaan untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu
pekerjaan.
Yep Putih , Morris , Timmons (1989) : menyatakan ciri seseorang yang berani
mengambil risiko, bijaksana di dalam membuat keputusan, pandai mencari peluang dan
berkebolehan menjadi pengurus yang baik.
Robert Hisrich dan Peter (1998) : satu proses menghasilkan sesuatu yang baru dari
segi nilai dengan menumpukan masa, tenaga, menanggung bersama risiko kewangan,
psikik, sosial dan memperolehi ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk wang,
kepuasan diri serta kebebasan.
Keusahawanan juga merupakan proses membawa tanah, buruh dan modal serta
menanggung risiko yang terlibat untuk menghasilkan barangan. Ciri-ciri utama yang perlu
dimiliki oleh seseorang usahawan yang berjaya ialah :
a. kreatif
Kreatif ialah kebolehan mencipta sesuatu kejayaan. Kreativiti seseorang usahawan terdapat
dalam pelbagai bentuk, bergantung kepada situasi dan jenis perniagaan yang dijalankan.
Kreativiti dapat dilihat melalui keupayaan seseorang mencipta sesuatu daripada bahan-
bahan terbuang.
Usahawan yang memiliki daya kreatif sentiasa dapat menghasilkan barang dan
perkhidmatan yang baru untuk memenuhi permintaan pengguna. Usahawan yang berfikiran
kreatif dapat meneroka bidang-bidang baru yang belum dilakukan oleh orang lain. Sebagai
contoh, seseorang usahawan yang kreatif dapat mengusahakan tempurung kelapa menjadi
senduk, bekas abu rokok, bunga hiasan dan pelbagai lagi kraftangan lain.
b. Inovatif
Inovatif ialah kebolehan mengubahsuai sesuatu barang atau perkhidmatan yang sedia ada
kepada sesuatu yang lebih baik dan menarik. Usahawan yang inovatif dapat memperbaiki
barang dan perkhidmatan untuk menarik perhatian pengguna dan seterusnya mengatasi
persaingan di pasaran. Seseorang usahawan yang kreatif dan inovatif akan selalu berusaha
membuat kajian, penyelidikan pasaran dan menggunakan teknik-teknik baru untuk
mengeluarkan barang baru. Sebagai contoh, kini terdapat pelbagai jenis telefon di pasaran
dari segi bentuk, warna dan fungsinya.
57
c. Sanggup menghadapi risiko
Risiko ialah kemungkinan mengalami kerugian yang tidak dapat ditentukan. Risiko mungkin
timbul akibat ketidaklarisan jualan, kejatuhan harga, kerosakan barang dan penipuan. Kadar
risiko bertambah tinggi dengan berkembangnya perniagaan. Oleh itu, usahawan harus
yakin, berani, bersemangat dan berhati-hati ketika mengambil sesuatu risiko. Usahawan
yang bijak akan memastikan bahawa risiko yang diambilnya itu sesuai dengan kebolehan,
kemampuan dan pengalamannya. Sebelum mengambil sesuatu risiko, usahawan perlu
merancang dan mengkaji untuk memastikan risiko tersebut adalah munasabah supaya
kerugian dapat diminimumkan.
d. Bijak mengambil peluang
Usahawan seharusnya berpandangan jauh dan peka kepada peluang perniagaan yang ada
di sekelilingnya. Usahawan yang bijak akan sentiasa berusaha mencari peluang dan cekap
mengenal pasti peluang yang sedia ada ataupun yang akan wujud. Usahawan harus sedar
bahawa peluang hanya datang sekali sekala. Sekiranya lambat bertindak, peluang akan
terlepas. Cara usahawan dapat mengenal pasti kewujudan peluang:
• Membuat pemerhatian dan peka terhadap keperluan masyarakat
• Bijak menggunakan maklumat yang diperolehi
e. Daya usaha yang berterusan
Usahawan tidak seharusnya berpuas hati dengan apa yang telah dicapainya. Usahawan
harus sentiasa berusaha dan bekerja kuat untuk memaju dan memperkembangkan
perniagaannya. Usahawan tidak seharusnya mudah berputus asa. Kegagalan haruslah
diterima sebagai suatu pengalaman untuk dijadikan pedoman dalam usaha seterusnya.
58
4.1 Peranan Usahawan
Usahawan memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan perniagaannya. Di
samping itu, usahawan juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan cara
hidup individu, masyarakat dan negara. Antara peranan yang dimainkan oleh usahawan
adalah seperti berikut :
a. Menghasilkan pengeluaran
b. Menghasilkan pengeluaran barang melalui pengubahsuaian
c. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
d. Mewujudkan peluang pekerjaan
e. Memajukan negara
a. Menghasilkan Pengeluaran
Usahawan yang kreatif dan inovatif sentiasa menghasilkan pengeluaran barang dan
perkhidmatan baru yang belum ada dalam pasaran. Oleh itu, banyak barang yang
mempunyai pelbagai kegunaan dapat dihasilkan daripada daya kreatif dan inovatif
usahawan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Ini dapat menambahkan
bilangan barangan di pasaran dan membolehkan pengguna membuat pilihan yang lebih
baik. Contohnya telefon mudah alih, komputer peribadi dan lain-lain barangan.
b. Meluaskan Penggunaan Barang Melalui Pengubahsuaian
Usahawan yang kreatif dan inovatif dapat meningkat dan memperluaskan penggunaan
sesuatu barang melalui pengubahsuaian. Apabila penggunaan sesuatu barang semakin
luas, permintaan terhadap barang itu juga meningkat. Sebagai contoh, seorang pengusaha
tilam membeli susu getah untuk membuat tilam dan bantal tetapi dengan daya kreatif dan
inovatifnya, ia turut berusaha membuat sarung tangan, selipar dan permainan kanak-kanak.
Secara tidak langsung, ini akan memajukan usaha usahawan dan memperkembangkan lagi
perniagaan atau perusahaannya.
c. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
Kejayaan seseorang usahawan bergantung kepada sejauh mana sokongan masyarakat
terhadap usahanya. Oleh itu, usahawan seharusnya peka kepada permintaan masyarakat
dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan dan kehendak
masyarakat. Sebagai contoh, kini terdapat permintaan terhadap produk halal. Usahawan
yang peka akan berusaha mengeluarkan produk tersebut untuk memenuhi permintaan ini.
59
d. Mewujudkan Peluang Pekerjaan
Usahawan boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Apabila usahawan
memulakan sesuatu perniagaan atau perusahaan, dia memerlukan bantuan daripada orang
lain untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu. Oleh itu, pekerja-pekerja akan diambil
untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Semakin maju dan besar perniagaan yang
dijalankan, semakin ramai tenaga kerja yang diperlukan lantas mengurangkan masalah
pengangguran.
e. Meninggikan Taraf Hidup Masyarakat
Perniagaan atau perusahaan yang dijalankan oleh usahawan membuka peluang pekerjaan
kepada anggota masyarakat. Pendapatan yang diperolehi daripada pekerjaan itu
membolehkan mereka memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Dengan bertambahnya
pendapatan, seseorang pekerja dapat meninggikan taraf hidup mereka.
f. Memajukan Negara
Di samping pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk kegunaan dalam negeri,
sebahagian besar barang-barang keluaran juga dieksport. Kegiatan mengeksport barangan
ke luar negeri menambah wang dalam negeri kerana berlaku aliran wang dari luar negeri.
Sebahagian daripada pendapatan ini digunakan untuk membangunkan negara. Eksport
Malaysia yang utama terdiri daripada keluaran pertanian, seperti kelapa sawit, getah dan
koko, keluaran industri, seperti barang-barang elektrik, pakaian, kasut dan kereta.
4.2 Ciri-Ciri Usahawan Yang Berjaya
Berani mengambil risiko
Merupakan seorang pengurus risiko yang baik. Memastikan risiko munasabah dan
setara dengan ganjaran yang bakal diterima. Perlu kemahiran mengurus risiko
seperti memindahkan risiko kepada pelanggan, pelabur, bank dan lain-lain.
Komitmen dan keazaman
Sifat peribadi yang terpenting untuk berjaya dan untuk mengatasi segala masalah
yang mungkin timbul.
Keyakinan diri
Perlu yakin pada kemampuan diri untuk mencapai cita-cita.
60
Bersifat optimistik (expecting good things to happen or something to be successful).
Perlu hadiri seminar, kursus dan pembacaan untuk tingkat keyakinan diri.
Berfikiran kreatif dan fleksibel
Perlu ada daya kreativiti yang tinggi dan mampu menyesuaikan diri dengan
perubahan. Sukar untuk berkembang jika tidak fleksibel.
4.3 Mengurus Kewangan
Merekod pendapatan dan perbelanjaan
Mengenal pasti sumber pendapatan
Merancang dan mengurus projek yang mendatangkan pendapatan
Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan
Merancang Perbelanjaan
Menentukan cara berbelanja
Membuat belanjawan diri
Mengawal perbelanjaan diri
Menentukan cara menabung
Membuka akaun simpanan di bank
4.4 Risiko Dalam Perniagaan dan Cara Mengurangkannya
Seseorang usahawan harus mengenal pasti risiko dalam perniagaannya dan
dikurangkan sehingga tahap yang minimum. Perniagaan yang berisiko rendah,
berkemungkinan mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan. Sebaliknya perniagaan
yang berisiko tinggi dan tidak diambil tindakan untuk mengurangkannya, berkemungkinan
akan mengalami kerugian. Risiko bermaksud kemungkinan mengalami kerugian dalam
sesuatu perniagaan yang diusahakan. Setiap peniaga yang mengusahakan perniagaan,
bermatlamatkan keuntungan. Oleh yang demikian, peluang-peluang untuk mendatangkan
risiko atau kerugian perlulah diatasi atau diminimumkan. Untuk mengurangkan tahap risiko,
jenis-jenis dan punca-punca risiko harus dikenal pasti terlebih dahulu.
61
4.4 Jenis Produk
Produk utama dan tambahan
Produk utama - Produk asas yang memenuhi kehendak pasaran .
Contoh: Baju, Kereta, Makanan dan sebagainya.
Produk tambahan - Nilai Tambahan ke atas produk yang ditawarkan untuk
membezakan dengan pesaing.
Contoh : After Sales Service, Warranty, Penghantaran dan sebagainya.
4.4.1 Strategi Produk
Jenama,pemilihan jenama yang catchy dan simple dan senang diingati.
Pembungkusan, Aktiviti yang melibatkan design dan pembuatan bekas /
pembungkus produk.
Tiga level material pembungkusan:
a. primary – Paling asas seperti botol, contoh: botol losyen.
b. secondary – Melindung primary package dan mengandungi promosi ke atas
produk, contoh: kotak botol losyen.
c. shipping – Pembungkusan untuk tujuan penghantaran.Contoh: kotak yang
dimuatkan sedozen botol losyen.
Perkhidmatan
a. Pendekatan syarikat untuk membina hubungan baik dengan pelanggan.
b. Melambangkan imej dan kekukuhan syarikat.
c. Membezakan produk dengan pesaing.
a. Customer Service Department – mengendalikan urusan yang berkaitan
dengan pelanggan – rungutan, maintenance service, informasi. Contoh:
After Sales Service, Installation, Warranty, Penghantaran.
Pembangunan Produk Baru
4 jenis kategori:
a. Mewujudkan produk baru
b. Membeli syarikat yang telah mempunyai produk yang berjaya
c. Membuat produk seakan sama dengan produk yang berjenama.
d. Baik Pulih Produk Lama
Jangka Hayat Produk
a. Tidak boleh digunakan untuk meramal jualan atau panduan untuk
membentuk strategi pemasaran syarikat.
62
b. Boleh meramal kedudukan produk di pasaran berdasarkan data jualan tetapi
kedudukan sebenar produk adalah mustahil.
c. Berperanan memberikan strategi yang terbaik kepada produk berdasarkan
kedudukan semasa di pasaran.
4.5 Pemasaran Produk
Pemasaran terdiri daripada tiga unsur iaitu pasaran, sasaran dan memasar. Ia
dikendalikan oleh pemasar. Pemasar bertanggungjawab bermula dengan menganalisis
produk yang berpotensi di pasaran, kemudian memilih kumpulan sasaran yang
menguntungkan syarikat hinggalah merancang strategi untuk memasarkan produk yang
akan ditawarkan. Kewujudan produk tersebut disedari, juga mampu bertahan lama di
pasaran merupakan faktor kejayaan pemasaran.
4.5.1 Objektif Pemasaran
Memaksimumkan penggunaan produk/servis.
Memaksimakan kepuasan Pembeli.
Memaksimakan pilihan produk/servis di pasaran.
Memaksimakan kualiti hayat produk/servis.
4.5.2 Kepentingan Pemasaran
Dapat mengetahui permintaan dan kehendak di pasaran.
Dapat mengenal pasti kumpulan sasaran yang tepat.
Dapat merancang strategi yang jelas untuk mencapai objektif syarikat.
Dapat mewujudkan permintaan di pasaran.
Dapat memaksimumkan jualan.
Dapat menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan.
Dapat menjadikan pelanggan sebagai Aset Syarikat – Customer Equity.
Mampu bertahan lama di pasaran dan menjana keuntungan.
63
4.4 Refleksi/ Tugasan
Kuliah
Topik ini akan dilaksanakan semasa kuliah dan peruntukan jam merujuk
kepada interaksi selama 4 jam bersemuka.
1. Bincangkan kepentingan kemahiran keusahawanan kepada MBPK
Pembelajaran.
Itu saja yang perlu anda lakukan....... SELAMAT BERJAYA
64
BIBLIOGRAFI
RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran Hidup-Jahitan
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran Hidup-
Perkebunan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran Hidup-
Pemeliharaan Haiwan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan
Menengah. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. KPLI SR Mod Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah Kemahiran Hidup Untuk Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Minor Modul 1/3. Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. KPLI SR Mod Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah Kemahiran Hidup Untuk Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Minor Modul 2/3. Bahagian Pendidikan Guru.
Open University Malaysia. 2008. HBSE 3403 Kemahiran Hidup untuk Pendidikan
Khas 1. Fakulti Pendidikan dan Bahasa.
Open University Malaysia. 2009. HBSE 4203 Kemahiran Hidup untuk Pendidikan
Khas 2. Fakulti Pendidikan dan Bahasa.
65
PENYELARAS MODUL (PENDIDIKAN KHAS)
Bil. Nama Pegawai Akademik
1 Tn. Hj Mustafa bin Jantan Bidang Pendidikan Khas
2 En. Israfi bin Sayati Bidang Pendidikan Khas
PANEL PENGGUBAL
PKBP2082
PENGURUSAN KEHIDUPAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Zizawati bt fauzi Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas) UKM
Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) UKM
Diploma Perguruan Khas (Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan) MPIK
2 Mazmi binti Maarof Sarjana Kesusateraan Pasca-Kolonial dalam Bahasa
3 Najihah binti Shuib Inggeris UKM
Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Otago Universiti,
New Zealand
Sarjana Pengajaran Bahasa Inggeris UUM
Sarjana Muda Pendidikan Khas (Kepujian) USM
Diploma Pengajaran B. Inggeris sebagai Bahasa
Kedua Unisza.
66
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai bukurujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan
modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting
dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam
modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
67
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang
lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah
dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
Bahan Pembelajaran
Pembelajaran dalam talian
Media Sosial
68