The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2022-2023 SK Ijok , Besatari Jaya, Selangor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitkokuskijok, 2022-03-12 03:28:29

BPPS SKI 2022-2023

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2022-2023 SK Ijok , Besatari Jaya, Selangor

Keywords: Buku Panduan Pengurusan Sekolah

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BIL PERKARA 3
4
1 PENDAHULUAN 5
Keterangan Peribadi
Kata-kata Aluan Guru Besar 8
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 13
Falsafah, Visi dan Misi KPM 16
21
2 PENGURUSAN ORGANISASI
- Latar belakang dan Sejarah Sekoah Kebangsaan Ijok 59
- Visi, Misi, Moto dan Piagam SKI 60
- Penggal Persekolahan dan Cuti Khas 73
- Pengurusan Pentadbiran Sekolah 75
77
3 UNIT KURIKULUM
- Carta Organisasi 84
- Jawatan Kuasa Kurikulum 85
- Perancangan dan Takwim Kurikulum 86
- Carta Ghant Takwim Unit Kurikulum 99
- Pusat Sumber Sekolah 103

4 UNIT HAL EHWAL MURID 105
- Piagam Pelanggan
- Carta Organisasi Hal Ehwal Murid 125
- Sub Unit Hal Ehwal Murid 126
- Jadual Bertugas Guru Mingguan 134
- Perancangan dan Takwim Kurikulu 155
136
5 UNIT KOKURIKULUM 138
- Pengurusan Kokurikulum
- Dasar Kegiatan Ko-Kurikulum 142
- SPI Bil. 8 / 2007
- Carta Induk Ko-Kurikulum
- Unit – Unit Kokurikulum
- Sukan Elit Sekolah
- Takwim MSSS , MSSM , MSSD
Jawatankuasa Koakademik

6 TAKWIM SEKOLAH

1

2

KETERANGAN PERIBADI

Nama
Jawatan
Alamat Rasmi

Telefon Emel
No. K/P Baharu No. K/P
Tarikh Lahir No. Cukai Pendapatan
Tarikh Lantikan Pertama Tarikh Pergerakan Gaji
Tarikh Disahkan Dalam Jawatan
Tarikh Masuk Ke Jawatan Berpencen No. Gaji
Tarikh Isytihar Harta No. KWSP
Bank No. Passport
Bank No. Akaun
Koperasi No. Akaun
Koperasi No. Ahli
Tarikh Ahli YGMB No. Ahli
No. Ahli Kesatuan Guru No. Ahli Tabung Haji
Tarikh Tamat Lesen Kumpulan Darah
Memandu No. Kenderaan

Orang Yang Boleh Dihubungi Apabila Berlaku Kecemasan:

Nama
Hubungan
Telefon
Alamat

3

Cetusan Minda Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurnia serta izinNya, kita dapat meneruskan khidmat
bakti di SKI tercinta ini bagi sesi 2022/23. Tahniah kepada
semua guru dan staf atas khidmat yang penuh dedikasi dan
tidak kenal erti putus asa semata-mata untuk
mencemerlangkan sekolah ke arah kemenjadian murid.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih
semua.

Pada tahun ini, kita perlu meneruskan dan
mempertingkatkan lagi keazaman kita untuk menzahirkan
yang lebih baik daripada pencapaian pada tahun
sebelumnya. Cabaran yang kita tempuhi dalam era
‘Pandemik Covid19’ disusuli bencana banjir besar yang kita
tempuhi diharap dapat membentuk kita menjadi insan yang
lebih mensyukuri segala nikmat dan ujian dariNya.
Menerapkan pematuhan pada skala yang tinggi terhadap
SOP serta bersedia untuk menjalani kehidupan dengan
norma baharu dalam kalangan anak didik terus menjadi
antara tugas utama para guru. Setiap guru juga perlu sentiasa bersedia dengan perubahan-
perubahan baharu dalam pendidikan serta sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu serta
kemahiran agar menjadi guru yang cemerlang.
Buku Pengurusan Sekolah Tahun 2022/23 ini akan memberikan garis panduan kepada guru-
guru dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kandungan buku
pengurusan ini juga tertakluk kepada perubahan dan pengubahsuaian dari semasa ke semasa
mengikut keperluan.
Di sini ingin saya memetik kata-kata dari Sir Henry Ford merupakan usahawan Amerika,
pengasas syarikat pengeluar kereta Ford dan pengasas kepada kemajuan teknik pemasangan talian
secara besar-besaran. “Coming together is a beginning; keeping together is progress, working
together is success”, terjemahannya berbunyi “Bersatu adalah satu permulaan; menjaga bersama
adalah kemajuan; bekerjasama adalah kejayaan”. Besarlah harapan saya agar kita saling
bekerjasama antara satu sama lain. Walaupun berbeza pendapat, berbeza pandangan dan berbeza
fahaman tetapi kita kesampingkan demi satu matlamat iaitu untuk menjadikan SKI lebih cemerlang.
Akhir sekali jangan dicemburui sama ada besar atau kecil tugas kita dalam organisasi sekolah
tetapi fikirlah kesan dan akibat jika kita tidak melaksanakan tugas tersebut kepada murid, ibu bapa
dan sekolah. Sesungguhnya saya yakin, guru-guru dan kakitangan SKI berupaya dan boleh
membuktikan bahawa kita mampu membangun dan melahirkan modal insan yang diingini oleh
bangsa dan negara. Marilah sama-sama kita berazam dan merealisasikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia dan wawasan negara sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.

ARBA’AHAZURA BT SUPA’AT
GURU BESAR SK IJOK

4

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013 – 2025

11 ANJAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN 5 ASPIRASI PENDIDIKAN MALAYSIA

6 CIRI UTAMA
5

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PENDIDIKAN di Malaysia adalah salah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, keterampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
VISI & MISI KEMENTERIAN
VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Memebangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

6

7

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Ijok terletak di tepi jalan raya dari Kuala Selangor ke Kuala Lumpur

iaitu di Batu 7, Ijok di Tanah Lot 357 yang luasnya 5 ekar (berumput – 2 ekar). Sekolah ini mendapat
namanya sempena nama Kampung Ijok dan ditubuhkan pada 1 April 1947.

Pada peringkat awal penubuhannya, bangunan asalnya didirikan oleh penduduk-
penduduk Kampung Ijok sendiri secara bergotong- royong. Bilangan muridnya pada waktu
ituhanyalah seramai 83 orang. Murid -murid inilah yang menjadi pelopor pertama yang bersekolah di
Sekolah Kampung Ijok pada tahun 1947. Sebelum ini murid-murid dari Kampung Ijok bersekolah
diSekolah Kebangsaan Bukit Badong. Pada akhir tahun tersebut bilangan murid bertambah menjadi
118 orang. Kerusi dan meja yang telah dibuat sendiri oleh penduduk - penduduk kampung ini
menggunakan kayu mahang yang dicari dari hutan.

PENGASAS SEKOLAH
Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan HajiSukim bin Haji Ibrahim. Beliau adalah merupakan

Ketua Kampung Kedua bagi Kampung Ijok ini. Beliau berasal dari Jawa Timur, Indonesia. Datang ke
Tanah Melayu secara berkumpulan, bila tiba di Johor, kumpulan ini berpecah, kumpulan Tuan
Haji Sukim telah berhijrah ke Ladang Rajaghiri, Selangor dan bekerja sebagai mandur. Semua
rakan-rakan berpakat dan setuju melantik Encik Muskam sebagai Ketua Kampung tersebut.

Setelah tujuh tahun bekerja di ladang getah itu, mereka mencari penempatan baru dan
menamakan tempat yang baru itu dengan Kampung Ijok

Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim berpendidikan Belanda. Selain dari itu beliau juga
merupakan seorang tokoh agama yang disegani. Menurut cerita anaknya, Encik Mohajir bin Haji
Sukim,bapanya pernah bertapa di Jawa dan tinggal di Masjid Demak iaitu tempat pertapaan Wali
Sembilan (Wali Songo). Kehebatannya digeruni oleh kawan dan lawan, sehingga pihak Jepun
tidak berani membuat kacau dan menganggu penduduk Kampung Ijok waktu itu. Bertepatan dengan
jawatan sebagai ketua Kampung, beliauaamat prihatin terhadap anak buahnya terutama dari
gangguan pihak tentera Jepun.

Pelantikannya sebagai ketua Kampung Ijok adalah atas wasiat Datuk Muskam sendiri yang
mahukan Tuan Haji Sukim dilantik sebagai ketua Kampung. Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim menjadi
Ketua Kampung Ijok pada tahun 1945 iaitu bertepatan dengan kehadiran pertama tentera Jepun di
Kota Bahru, Kelantan.

Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim bernikah dengan anak tempatan Kampung Ijok iaitu Puan
Asminah binti Haji Ali. Mereka telah dikurniakan 12 orang cahaya mata. Salah seorang daripadanya
menjadi pewaris beliau sebagai pengganti ketua kampung.

Di atas mengenang jasa - jasanya terhadap masyarakat dan negara, beliau telah dikurniakan
pingat PJK dan PPN. Dalam usia lebih kurang 70 tahun, Tuan Haji Sukim bi Haji Ibrahim telah
meninggal dunia kerana sakit tua.

PERKEMBANGAN SEKOLAH
Semasa mula ditubuhkan bangunan tersebut yang panjangnya kira-kira 90 kaki dan

lebar 30 kaki, mempunyai 3 bilik darjah. Kayu-kayu dan peralatan bangunan dicari dari
hutan. Atapnya dibuat daripada daun rumbia. Bangunan ini telah runtuh kerana ditiup angin
ribut beberapa tahun kemudian.

Oleh kerana bangunan tersebut telah musnah, kerajaan telah mendirikan bangunan
baru pada tahun 1958, ianya dikenali sebagai bangunan A dengan 5 bilik darjah. Bilangan murid
kian bertambah pada waktu itu. Guru Besar yang pertama ialah Encik Zainuddin bin Hussain.

Pada tahun 1967, satu lagi bangunan dikenali sebagai bangunan B telah didirikan.
Terdapat 3 bilik darjah tambahan menjadikan semuanya berjumlah 8 buah bilik darjah.

8

Sebelum itu sebuah rumah untuk Guru Besar dan sebuah rumah guru dua pintu telah
dibina dalam tahun 1964. Rumah guru dua pintu yang dibina itu telah dirobohkan kerana telah
uzur setelah lama digunakan Rumah guru Guru Besar SK Ijok yang agak uzur tetapi masih
boleh digunakan telah dijadikan kelas pemulihan pada tahun 1991

Sekolah Kebangsaan Ijok terus menikmati arus pembangunan, Dengan bilangan murid yang
bertambah, sebuah bangunan satu tingkat telah dibina pada tahun 1998. Bangunan ini
digunakan sepenuhnya pada awal tahun 1990. Ia mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah
makmal sains, dua buah tandas dan sebuah stor. Bangunan ini dikenali sebagai bangunan C

Pada 31 Oktober 2000, selepas penggredan semula semula oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam, Sekolah Kebangsaan Ijok telah naik taraf kepada sekolah Gred A. Ianya berkuatkuasa
mulai 01 Disember 2001.

PERKEMBANGAN FIZIKAL SEKOLAH
Pada tahun 1977, sebuah kantin dibina untuk kegunaan murid dan guru sekolah ini. Pada

tahun 1980 pula didirikan sebuah lagi bangunan satu tingkat yang pada waktu itu dikenali
sebagai bangunan C telah dibina oleh kerajaan. Terdapat 3 buah bilik darjah di tingkat atas,
satu setor dan satu tandas lelaki dan satu tandas perempuan.

Di tingkat bawah pula terdapat sebuah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, pejabat
sekolah, tandas murid lelaki dan tandas murid perempuan.

Selain dari itu pihak sekolah sentiasa berusaha dalam memajukan pembangunan fizikal
sekolah ini dengan membina tempat letak basikal untuk murid-murid yang diusahakan
bersama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah ini.

Setelah terbinanya bangunan satu tingkat itu, beberapa bilik darjah dibangunan lama
(bangunan A dan B) telah diubahsuai. Bagi Tujuan memberi kemudahan kepada murid-murid
menimba ilmu pengetahuan melalui pembacaan, bangunan lama (bangunan A) telah diubahsuai
untuk menjadi Pusat Sumber Sekolah. Satu setengah bilik darjah dijadikan perpustakaan dan
separuh kelas digunakan sebagai bilik tayangan.

Dari bangunan B pula, satu daripada kelasnya telah dijadikan bilik Kemahiran
Hidup/Kemahiran Manipulatif. Kemudahan-kemudahan lain seperti padang permainan yang luasnya
lebih kurang satu ekar juga disediakan untuk murid-murid sekolah ini. Terdapat juga gelanggang
badminton dan kawasan bermain bola jaring.

Pihak sekolah juga sentiasa berusaha untuk memperindahkan kawasan sekolah supaya
sesuai sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan. Di belakang kawasan sekolah ada ditanam
dengan pokok kelapa sawit yang diusahakan PIBG sekolah ini.

Pembinaan projek rumah guru berkembar dijalankan pada tahun....... Semenjak tahun .....
rumah ini sudah tidak selamat digunakan. Ianya telah dijadikan setor simpanan peralatan sekolah
yang sudah tidak bolehdigunakan lagi..

Menara Jam sebagai mercu tanda SK Ijok telah dibina dan disiapkan pada tahun 2000. Pada
tahun yang sama, Bangunan Makmal Komputer masih sedang dalam proses pembinaan.

Pada 5 Oktober 2013, hari yang paling sejarah dimana Pihak Yayasan Rafulin telah
menyerahkan sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah bilik
mesyuarat, sebuah kantin dan sebuah dewan. Blok ini dinamakan Blok Rafulin. Bangunan ini
mengantikan blok kayu yang lama dan ianya disumbangkan oleh bekas murid SK Ijok iaitu Yg. Brbhg.
Dato’ Mohamed Raffe Chekku merupakan Pengerusi Yayasan Rafulin. Blok ini telah dirasmikan oleh
Yg. Brbhg. Tan Sri Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 5 Oktober 2013.

9

LENCANA SEKOLAH

Lencana ini berukuran 4.5sm lebar dan 5.0sm panjang.

Bentuk: Berbentuk perisai dengan lima puncak yang melambangkan lima Rukun Islam dan
lima Prinsip Rukun Negara. Bahagian bawah lencana terdapat cogankata yang
menjadi asas keteguhan dan kegigihan murid serta matlamat sekolah ke arah
pendidikan cemerlang.

Cogankata: Usaha Maju Jaya
Lambang : Mempunyai maksud jika berusaha pasti akan mencapai kejayaan.

i) Buku melambangkan sumber ilmu pengetahuan
ii) Batang pen dan mata pen yang terletak di tempatnya melambangkan ilmu

pengetahuan didapati dengan cara penulisan.
iii) Dua garisan selari melengkung menghubungkan mata pen, batang pen dan

bulan melambangkan ilmu pengetahuan didapati berasaskan penulisan dan
pembacaan.
Warna Dan Pengertian
i) Warna merah melambangkan berani dan sentiasa aktif dalam segala bidang.
ii) Warna hijau melambangkan penerapan nilai Islam dalam semua aktiviti.
iii) Warna kuning melambangkan setia dan taat kepada raja dan pemerintah.
iv) Warna biru melambangkan bersatu padu dan sepakat dalam aktiviti.
v) Warna putih melambangkan suci dan bersih.

BENDERA SEKOLAH

Bendera ini berukuran 80sm lebar dan 170sm panjang

Mempunyai warna-warna seperti berikut:

i) Biru - melambangkan bersatu padu dan sepakat dalam semua aktiviti.

ii) Merah - melambangkan berani dan sentiasa aktif dalam segala bidang.

iii) Hijau - melambangkan penerapan nilai-nilai Islam dalam semua aktiviti.

iv) Kuning - warna kuning berbentuk segitiga sama melambangkan wawasan menuju

kecemerlan

10

LAGU SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK
Sekolah Kebangsaan Ijok
Mendidik dan membimbing kami
Kami sentiasa tabah dan berusaha
Demi mencapai cita yang murni
Usaha maju jaya, cogankata kami
Berdisiplin dan taat agama yang suci
**** Berjuang tanpa kenal kekecewaan

Itulah ikrar dan azam kami
Mari rakan semua
Kita berganding bahu
Bersama menuju kejayaan
Patuh Rukunegara
Guru dan ibu bapa
Jasa mereka tidak dilupa
Kami murid SKI
Tetap bertekad untuk berjaya
Segala bidang kami ceburi
Kecemerlangan matlamat kami.

COGAN KATA SEKOLAH

USAHA... MAJU.. JAYA.
USAHA
Usaha yang gigih dan penuh semangat beriring dengan istiqomah akan membawa kejayaan dan
kecemerlangan. Itulah pegangan diri setiap warga masyarakat sekolah ini, sama ada murid, guru,
pentadbir juga persatuannya didalam mengamalkan ajaran agama.
MAJU
Maju ke arah kecemerlangan dalam segala bidang adalah matlamat utama sekolah ini. Kegagalan
adalah ubat paling mujarab untuk menyedarkan kita dengan memperbaiki kesilapan yang telah
dibuat untuk tterus maju.
JAYA
Ini merupakan cita-cita sekolah ini setelah berusaha bersungguh- sungguh memerah tenaga dan
minda untuk berjaya. Kejayaan sekolah ini merupakan kejayaan bersama hasil gabungan padu
tenaga semua pihak demi agama dan negara.

LOKASI SEKOLAH

UNISEL

PEKAN KUALA SELANGOR SK Bukit Badong

PJEalLanAANssaSmEKJaOwaLA– KHuala Lumpur Simpang Tiga Ijok
SK Ijok, Bestari Jaya

SK Assam Jawa 11

PELAN LOKASI KAWASAN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK

12

VISI SEKOLAH

MENJADI SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2025

MISI SEKOLAH

MELESTARIKAN KECEMERLANGAN
DALAM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU

BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.

MOTO

USAHA MAJU JAYA

PIAGAM PELANGGAN SK IJOK

Kami guru-guru dan staf Sekolah Kebangsaan Ijok berjanji akan menumpukan segala usaha kami
untuk memastikan:

1. Setiap murid SK Ijok menerima pendidikan wajib dengan adil dan sempurna,
2. Mengurangkan kadar keciciran dikalangan murid-murid sekolah ini,
3. Semua murid menerima kemudahan pembelajaran yang mencukupi,
4. Kemahiran 3M, kemahiran sosial dan kemahiran asas komputer ditingkatkan,
5. Penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik diperkukuhkan,
6. Asas perpaduan rakyat di pupuk sebaik-baiknya,
7. Semua murid gembira belajar di sekolah ini.

7 Nilai Dasar SK IJOK 6 fokus utama sk ijok

JUJUR 1 penekanan/peningkatan disiplin adalah asas utama
TANGGUNGJAWAB menentu kejayaan.

BERWAWASAN 2 melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan
DISIPLIN dalam kelas.

KERJASAMA 3 melihat masalah secara khusus dan mengatasinya secara
ADIL individu (tuisen/klinikal).

PEDULI/PERIHATIN 4 memupuk dan menjalin kerjasama sertahubungan baik
antara ibu bapa dan guru.
Tanam dalam HATI,
Jadi PRINSIP DIRI, 5 melahirkan insan cemerlang melalui penglibatan
Pupuk POTENSI NURANI, individu/komuniti setempat dan agensi luar dalam program
BAKTI DIRI pada ILAHI....... sekolah.

6 menjadikan sekolah sebagai sekolah ceria dan selamat.

”mengajar pada yang sudi, mendidik pada yang punya hati”

13

HALA TUJU SEKOLAH

Pada sesi 2022 / 2023, Kami berazam untuk meneruskan usaha-usaha ke arah kecemerlangan dalam
semua bidang yang dipertanggungjawabkan;

1. Bidang Pengurusan Pentadbiran
2. Bidang Kurikulum
3. Bidang Hal ehwal Murid
4. Bidang Kokurikulum
Pengurusan Pentadbiran

 Mengutamakan Pelanggan
 Mengoptimumkan Pengurusan
 Mengoptimumkan Kebersihan dan Keselamatan Sekolah

Pengurusan Kurikulum
 Pencapaian murid dalam MTM PBD tahap 3,4,5,6 mencapai 90%
 Pencapaian murid tahun 6 dalam TP 6 mencapai 40 %
 Pembelajaran dan Pengajaran Berkesan dalam kelas selaras dengan SKPM 2010 bagi
semua subjek;
1. Kemahiran Sifir
2. Sifar Pemulihan Tahap 1
3. Sifar Pemulihan Tahap 2
4. Panitia Berfungsi dan Berkesan
5. Program Khusus PSS – NILAM dan Penggunaan Optimum PSS, PSSCemerlang

Pengurusan Hal Ehwal Murid
 Pemantapan Program Disiplin,
 Peningkatan Sahsiah Murid,
 Murid sebagai warga sekolah yang berbudi bahasa,
 Mempastikan Kebajikan murid diutamakan,
 Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat,
 Menjadi pemangkin kepada kejayaan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Pengurusan Kokurikulum
 Unit Beruniform sebagai asas disiplin utama,
 Unit Kelab dan Persatuan yang berkesan,
 Unit Sukan dan Permainan yang berjaya diketangahkan,
 Mewakili daerah 20% dalam kegiatan kokurikulum dari ketiga-tiga unit yang disertai,
 Memastikan kehadiran murid 100% pada setiap hari kokurikulum,
 Aktiviti Kokurikulum sebagai pemangkin kejayaan Kurikulum Sekolah,
 Memastikan bantuan seoptimumnya melalui JKBP

14

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK IJOK

JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH TAHUN 2021/ 2022

PENASIHAT : PN ARBA’AHAZURA BT SUPA’AT GURU BESAR
YANG DIPERTUA : EN HELME BIN MOHD BADROS IBUBAPA / PENJAGA
N. YANG DIPERTUA : EN MOHD TAHRIN BIN MAAROF IBUBAPA / PENJAGA
SETIAUSAHA : UST MOHAMMAD HELMI BIN ABDUL RAHMAN GURU
BENDAHARI : PN ROSNAH BINTI ABDULLAH GURU

AHLI JAWATANKUASA : IBUBAPA / PENJAGA
1. EN. ZOLELA BIN BASIR IBUBAPA / PENJAGA
2. EN. MOHD KAMIL BIN ISMAIL IBUBAPA / PENJAGA
3. EN. ROZIE BIN MOHD BASIR IBUBAPA / PENJAGA
4. PN. NUR SEFRIZA BT SAADUN IBUBAPA / PENJAGA
5. PN. NOOR HIDAYAH IBUBAPA / PENJAGA
6. PN. IDA ZURINA GURU
7. PN. NIK MAIZATUL AKMAM BT NIK ADIB GURU
8. PN. SUZIE BT ABDULLAH GURU
9. EN. RASMANIZAN BIN AWANG GURU
10. EN. SHAMSUDIN BIN CHE HUSIN GURU
11. PN ARNIMI BT IBRAHIM

PEMERIKSA KIRA-KIRA : IBUBAPA / PENJAGA
1. EN. SUHAIMI BIN SUNAR GURU
2. PN. HARTINI BT ISMAIL

15

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 / 2023

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,

Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan &

Putrajaya.

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH

PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU

21/03/2022 31.03.2022 9
21
01.04.2022 30.04.2022 16 11
3
01.05.2022 31.05.2022
49
01.06.2022 03.06.2022

1 JUMLAH HARI

CUTI PENGGAL 1, SESI 2022 / 2023

04.06.2022 12.06.2022 91

13.06.2022 30.06.2022 14
10 12
01.07.2022 31.07.2022 22
2
01.08.2022 31.08.2022 58

2 01.09.2022 02.09.2022 1

JUMLAH HARI 9
14
CUTI PENGGAL 2,SESI 2022 / 2023 17
22 13
03.09.2022 11.09.2022 7
60
12.09.2022 30.09.2022
3
01.10.2022 31.10.2022
22
01.11.2022 30.11.2022 18
13
01.12.2022 09.12.2022
7
JUMLAH HARI 31

CUTI PENGGAL 3, SESI 2022 / 2023 23 3
3

09.12.2022 31.12.2022

03.01.2023 31.01.2023

01.02.2022 17.02.2023

JUMLAH HARI

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2022 / 2023

18.02.2022 12.03.2023

16

CUTI PERAYAAN TAHUN 2022 / 2023

TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN

OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ( KPM )

CUTI PERAYAAN KUMPUULAN A KUMPULAN B CATATAN

TAHUN BARU CINA 30.01.2022 ( Ahad ) 31.01.2022 ( Isnin ) Dua ( 2 ) Hari
01.02.2022 ( Selasa ) Cuti Tambahan

Dan KPM
02.02.2022 ( Rabu )
31.01.2022 ( Isnin ) 03.02.2022 (Khamis)

HARI RAYA 02.05.2022 ( Isnin ) 05.05.2022 ( Khamis ) Dua ( 2 ) Hari Cuti
AIDILFITRI Tambahan
03.05.2022 ( Selasa ) KPM

Dan 05.05.2022 ( Khamis ) 06.05.2022 ( Jumaat )
04.05.2022 ( Rabu )
03.06.2022 ( Jumaat ) Satu ( 1 ) Hari
HARI GAWAI DAYAK Negeri Sarawak sahaja Cuti Tambahan
01.06.2022 ( Rabu )
Dan KPM
02.06.2022 ( Khamis )
23.10.2022 ( Ahad ) 25.10.2022 ( Selasa ) Dua ( 2 ) Hari
HARI DEEPAVALI Dan Dan Cuti Tambahan KPM
24.10.2022 ( Isnin ) 25. 10.2022 ( Selasa )
26.10.2022 ( Rabu ) Dua ( 1 ) Hari
Cuti Tambahan KPM
Semua Negeri
Kumpulan B Kecuali

Sarawak

24.10.2022 ( Isnin )
Sarawak Sahaja

TAHUN BARU CINA 24.01.2023 ( Selasa ) 20.01.2023 ( Jumaat ) Satu ( 1 ) Hari
22.01.2023 ( Ahad ) Cuti Tambahan
Dan
23.01.2023 ( Isnin ) KPM

17

18

SENARAI NAMA GURU DAN STAF SK IJOK
PERSEKOLAHAN SESI 2022 / 2023

Bil Nama Tarikh Sekolah Semasa Opsyen
1 ARBA’AHAZURA BINTI SUPA’AT 05.10.2020 Guru Besar
2 ZAINUDDIN BIN MAHRONI 11/06/2018 PK Pentadbiran
3 ZULKIFLI AMIN BIN MOHD JAINI 01/10/2018 PK HEM
4 RAZALI BIN SAID 01/09/2020 PK KOKURIKULUM
5 SITI NARIMAH BINTI MOHD SALLEH 02/01/2009 PAI
6 NIK MAIZATUL AKMAM BINTI NIK ADIB 22/03/2013 GBKSM
7 ROS IDAWATI BINTI MANAF 30/12/2013 JQAF (BA)
8 SHAMSUDIN BIN CHE HUSSIN 14/02/2005 JQAF (PAI)
9 MOHD YUSOF BIN LAZIM 01/01/2011 JQAF (PAI)
10 NORULAINI BINTI MOHD NAWI 14/02/2005 JQAF(BA)
11 RINAIRYANI BINTI AHMAD 08/07/2009 JQAF(BA)
12 ARNIMI BINTI IBRAHIM 02/01/2018 PM (PRA)
13 ZAHARA BINTI RAMLI 30/12/1992 PM (PRA)
14 RAFIDAH BINTI ABDUL RAHMAN 01/01/2017 BM
15 ROSNAH BINTI SEMAN 18/03/2011 BM
16 ZAITON FATIMAH BINTI ABDUL MAJID 01/01/2015 BI
17 HARLINA BINTI GHAZALI 02/01/1988 BI
18 SUZIE BINTI ABDULLAH 01/01/2015 BI
19 HASHIDA BINTI SAKISAN 13/06/2017 SN/PAI
20 HARTINI BINTI ISMAIL 01/01/2019 MT/PJ
21 NOR AZIRA BINTI AWANG 11/06/2018 SN/PJ
22 ROHANI BINTI ISMAIL 28/12/1998 SN
23 ROSNAH BINTI ABDULLAH 06/02/2001 SN
24 RAHIMAH BINTI KASIM 19/12/2008 SN/MT
25 MOHAMMAD HELMI BIN ABD RAHMAN 24/12/2013 PAI
26 NAJIHAH BINTI SAHARONI 19/01/2015 PAI
27 NOR ANIZAH BINTI JAINI 23/01/2014 PAI
28 AHMAD FIKRI BIN AHMAD NAZARI 25/02/2019 PAI
29 KHAZRAN NAZIM BIN MOHAMED 12/06/2014 MZ
30 AIDA NAFISA BINTI HUSSIN 19/01/2015 BI/RBT
31 NORASHIKIN BINTI MD ALI 01/01/2018 BM
32 JUNAIDAH BINTI ANIS 13/06/2017 BM
33 SITI MUSLIHA BINTI ISMON 10/06/2019 PJ/PK
34 NORYANA BINTI AJARI 01/01/2020 SEJ/BI
35 LYLIA SHAZWANI BINTI YAMIN 01/01/2020 MT / PJ
36 ELLIA HERNANI BINTI MOHD ARIP 01/01/2020 PM ( Pemulihan )
37 SHARIFAH AINI BINTI MOKHTAR 30/07/2020 PAI
38 NOREHAN BINTI KAMARUDIN 20/01/2021 BM
39 MOHD RASMANIZAN BIN AWANG 20/01/2021 MT
40 MOHD AZMAN BIN MANSOR 20/01/2021 BM/SEJARAH
41 SHAFURA BIN MOHAMAD TAHIR 19/02/2021 BA/PAI
42 ISKANDAR BIN KASRAN 03/01/2022 RBT/BM

19

Bil Nama Tarikh Sekolah Semasa JAWATAN

1 SAZARIDAL ASSLIDAH BINTI MAHMUD 04/10/2021 PT PENTADBIRAN
2 ROZIWATI BINTI NAWI 03/08/2009 PT PENTADBIRAN
3 HAMLI BIN ZAMZAM 08/01/1985 PT PENTADBIRAN
4 NORAZLINA BINTI SAKERAN 02/02/2006 PPM
5 SARIAH BINTI ABD SALAM 19/02/2007 PPM

Bil Nama Tarikh Sekolah Semasa JAWATAN

1 SAMSIDAH BINTI SOWAN KT PEMBERSIHAN
2 SITI SALMAH BINTI MAT JASMIN KT PEMBERSIHAN
3
4 HASRULLAH BIN CHE KADIR KT PEMBERSIHAN
5 MOHD. ARIFIN BIN JAAFAR KT KESELAMATAN
6 NORMIAH BINTI WAN AHMAD KT KESELAMATAN
7 KT KESELAMATAN

KT KESELAMATAN

20

JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH

PENGERUSI : PN ARBA’AHAZURA BINTI SUPA’AT GURU BESAR
SETIAUSAHA : EN. ZULKIFLI AMIN BIN MOHD JAINI GPK HEM

AHLI JAWATANKUASA : GPK PENTADBIRAN : :
: TN HJ ZAINUDDIN BIN MAHRONI GPK KOKURIKULUM
: EN. RAZALI BIN SAID

JAWATANKUASA PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) GURU BESAR
PENGERUSI : PN ARBA’AHAZURA BINTI SUPA’AT GPK PENTADBIRAN
SETIAUSAHA : TN HJ ZAINUDDIN BIN MAHRONI

PEN. S/USAHA : 1. PN. SITI NARIMAH BINTI MOHD SALLEH
2. PN. RAHIMAH BINTI KASIM

AHLI JAWATANKUASA : GPK HEM
1. EN. ZULKIFLI AMIN BIN MOHD JAINI GPK KOKURIKULUM
2. EN. RAZALI BIN SAID GBSM
3. PN. NIK MAIZATUL AKMAM BINTI NIK ADIB BIR0 AKADEMIK
4. PN. ZAITON FATIMAH BT ABDUL MAJID BIRO DOKUMENTASI
5. CIK NORULAINI BINTI MD NAWI BIRO GALERI SEKOLAH
6. PN. ROSNAH BINTI SEMAN BIRO PROGRAM
7. PN. NOR AZIRA BINTI AWANG BIRO KOMUNITI
8. EN. MOHAMMAD HELMI BIN ABDUL RAHMAN BIRO DATA
9. PN. NOR YANA BINTI AJARI BIRO PROTOKOL
10. PN NOREHAN BINTI KAMARUDIN BIRO KECERIAAN & BILIK
11. EN ISKANDAR BIN KASRAN DARJAH

JAWATANKUASA KEWANGAN & STOK / INVENTORI SEKOLAH GURU BESAR
PENGERUSI : PN ARBA’AHAZURA BIN SUPA’AT GPK PENTADBIRAN
N. PENGERUSI :TN.HJ ZAINUDDIN BIN MAHRONI GPK HEM
GPK KOKURIKULUM
: EN. ZULKIFLI AMIN BIN MOHD JAINI PT PENTADBIRAN
: EN. RAZALI BIN SAID PEGAWAI ASET
SETIAUSAHA : PN. ROZIWATI BINTI NAWI
P. SETIAUSAHA : EN MOHAMMAD HELMI BIN ABDUL RAHMAN 21
AHLI JAWATANKUASA :
1. KP BAHASA MALAYSIA
2. KP BAHASA INGGERIS
3. KP MATEMATIK
4. KP SAINS
5. KP PENDIDIKAN ISLAM
6. KP PENDIDIKAN SENI VISUAL
7. KP PJK
8. GURU PERPUSTAKAAN/MEDIA
9. GURU PEMULIHAN
JURU AUDIT DALAM :
1.PN. ZAHARA BINTI HAJI RAMLI

JAWATANKUASA PENARAFAN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA DAN DATA / ICT

PENGERUSI : PN ARBA’AHAZURA BINTI SUPA’AT GURU BESAR

N. PENGERUSI : TN HJ ZAINUDDIN BINN MAHRONI GPK PENTADBIRAN

: EN. ZULKIFLI AMIN BIN MOHD JAINI GPK HEM

: EN. RAZALI BIN SAID GPK KOKURIKULUM

SETIAUSAHA : UST HJ MOHD YUSOF BIN LAZIM GURU DATA
P. SETIAUSAHA : PN.SITI MUSLIHA BINTI ISMON GURU ICT

AHLI JAWATANKUASA:
1. SU KURIKULUM
2. SU HAL EHWAL MURID
3. SU KOKURIKULUM
4. SU PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
5. SU SUKAN

JAWATANKUASA MESYUARAT GURU & STAF

PENGERUSI : PN ARBA’AHAZURA BINTI SUPA’AT GURU BESAR
GPK PENTADBIRAN
N. PENGERUSI : TN HJ ZAINUDDIN BIN MAHRONI GPK HEM
GPK KOKURIKULUM
: EN. ZULKIFLI BIN MOHD JAINI

: EN.RAZALI BIN SAID

SETIAUSAHA : PN.AIDA NAFISA BINTI HUSSIN GURU BI
P. SETIAUSAHA : PN.SHARIFAH AINI BINTI MOKHTAR GURU PAI
AHLI JAWATANKUASA : PN.NOREHAN BINTI KAMARUDIN

PN JUNAIDAH BINTI ANIS

JAWATANKUASA PBPPP (E-Prestasi)

PENGERUSI : PN ARBA’AHAZURA BIN SUPA’AT GURU BESAR
GPK PENTADBIRAN
SETIAUSAHA : TN HJ ZAINUDDIN BIN MAHRONI

AJK : EN. ZULKIFLI BIN BIN MOHD JAINI GPK HEM
: EN. RAZALI BIN SAID GPK KOKURIKULUM

URUSETIA : PN SAZARIDAL ASSLIDAH BT MAHMUD PT PENTADBIRAN

JAWATANKUASA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI ( SPSK )

PENGERUSI : PN ARBA’AHAZURA BINTI SUPA’AT GURU BESAR
GPK PENTADBIRAN
N. PENGERUSI : TN HJ ZAINUDDIN BIN MAHRONI GPK HEM
GPK KOKURIKULUM
: EN. ZULKIFLI AMIN BIN MOHD JAINI

: EN. RAZALI BIN SAID

SETIAUSAHA : PN.SHAFURA BINTI MOHAMAD TAHIR

AHLI JAWATANKUASA : : EN. ISKANDAR BIN KASRAN
PENGURUSAN KAWALAN DOKUMEN : PN. ROSNAH BINTI ABDULLAH
PENGURUS KAWALAN REKOD : EN. MOHAMMAD HELMI BIN ABD RAHMAN
PENGURUSAN AUDIT DALAMAN : EN. RINAIRYANI BINTI AHMAD
PENGURUSAN LATIHAN PERSONAL

22

JAWATANKUASA SKPMg2 : PN NAJIHAH BINTI SAHARONI
KETUA : HARTINI BT ISMAIL
SETIAUSAHA : PN ROSNAH BINTI SEMAN
AHLI JAWATANKUASA
PN HASHIDA BINTI SAKISAN
ROS IDAWATI BINTI MANAF

PENGURUSAN ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN

PENGURUS PEROLEHAN : RAHIMAH BINTI KASIM
PENGURUSAN PENYELENGGARAN : SITI NARIMAH BINTI MOHD SALLEH
PENGURUSAN SUMBER KEWANGAN : HELMI BIN ABDUL RAHMAN
PENGURUSAN TEKNIKAL : MOHD AZMAN BIN MANSOR
TUGAS-TUGAS KHAS : NIK MAIZATUL AKMAM BIN NIK ADIB

JAWATANKUASA BILIK MESYUARAT RAFULIN

KETUA : ROSNAH BT SEMAN

SETIAUSAHA : JUNAIDAH BT ANIS

AHLI JAWATANKUASA : NORULAINI BT MOHD NAWI

ROSNAH BINTI ABDULLAH

ROS IDAWATI BINTI MANAF

JAWATANKUASA DEWAN RAFULIN

KETUA : RAHIMAH BINTI KASSIM

SETIAUSAHA : ZAHARA BT RAMLI

AHLI JAWATANKUASA : KHAZRAN NAZIM BIN MOHAMAD

USTAZ AHMAD FIKRI BIN AHMAD NAZARI

ARNIMI BT IBRAHIM

JAWATANKUASA KEBUDAYAAN

KETUA : PN ELLIA HERNANI BINTI MOHD ARIP

SETIAUSAHA : PN NOREHAN BINTI KAMARUDIN

AHLI JAWATAN KUASA : EN ISKANDAR BIN KASRAN

PN SITI MUSLIHA BINTI ISMON

PN KHAZRAN NAZIM BIN MOHAMMED

JAWATANKUASA PROTOKOL

KETUA : PN NOREHAN BINTI KAMARUDIN
PN JUNAIDAH BINTI ANIS
SETIAUSAHA : PN ROSNAH BINTI SEMAN
PN NIK MAIZATUL AKMAM BT NIK ADIB
AHLI JAWATAN KUASA :

PENYELARAS HARI KANAK-KANAK : PN. JUNAIDAH BINTI ANI
EN. AZMAN BIN MANSOR
PENYELARAS HARI GURU : NORULAINI BINTI MOHD. NAWI
EN. ISKANDAR BIN KASRAN
PENYELARAS ANUGERAH CEMERLANG :

PENYELARAS HARI INOVASI :

23

ENROLMEN MURID PERSEKOLAHAN SESI 2022 / 2023

BIL KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH JUMLAH
BESAR

1 1 UM 20 10 30

2 1 UKM 18 12 30 90

3 1 USM 16 14 30

4 2 UM 21 14 35

5 2 UKM 23 12 35 101
6 2 USM 18 13 31

7 3 UM 23 19 42 84
8 3 UKM 26 16 42

9 4 UM 19 14 33

10 4 UKM 20 13 33 97
11 4 USM 18 13 31

12 5 UM 19 15 34

13 5 UKM 18 15 33 92
14 5 USM 16 7 23

15 6 UM 16 17 33

16 6 UKM 17 18 35 92
17 6 USM 16 9 25

18 JUMLAH 324 231 555 555

19 PRASEKOLAH1 16 9 25 25

20 PRASEKOLAH2 14 11 25 25

JUMLAH 30 20 50 50

JUM. BESAR 354 251 605 605

ENROLMEN SEKOLAH SESI 2022 / 2023

BILANGAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
MURID 324 231 555
30 20 50
PRASEKOLAH 11 31 42
GURU 1 4 5
3 1 4
STAF SOKONGAN 2 2
STAF SWASTA (KES)
STAF SWASTA (KEB)

24

PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022 / 2023

D J F MA M J J O S O N D
I A E AP EUUGE KO I
SNBCR I NLOPTVS

BIL PERKARA 22222222 2222

0000000020000
2222222202222
1222222222222

2

1 Perancangan Strategik Sekolah

2 Mesyuarat dan Taklimat Guru

3 Mesyuarat Pengurusan

4 Mesyuarat JK Kewangan Sekolah

5 Mesyuarat JK Kurikulum

6 Mesyuarat JK Hal Ehwal Murid

7 Mesyuarat JK Kokurikulum

8 Mesyuarat JK PIBG

9 Mesyuarat Agung PIBG

10 Sambutan Hari Guru

11 Pemantauan P d P

12 Pemantauan Bilik Khas

13 Perkembangan Staf

14 Semakan Kewangan Sekolah

15 Sukan tahunan Sekolah

16 Hari Anugerah Kecemerlangan Murid

17 Semakan Stok dan Inventori

128 Penilaian Prestasi Staf

19 Penilaian SKPMg2

20 Laporan Aktiviti 2022 dan Perancangan Aktiviti

2023

25

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA

Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan dan prinsip-
prinsip Rukunegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka,
memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran untuk masa hadapan.

Menyedari besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan
sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan penyempurnaan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,

politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Merahsiakan maklimat iktisas atu sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang

berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau mata-mata

pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat menjadi

contoh yang baik kepada murid-murid.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas melalui pengkajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus iktisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang tertinggi.

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi

pendidikan dan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberi oleh ibu bapa mengenai keadaan

rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dengan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa murid.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri dari menyebar sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan

murid, masyarakat atau Negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam setiap diri murid, sikap dan nilai yang boleh membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghomati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan budaya, keturunan dan agama.

26

3. Menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti
masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, intstitusi
pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendiakawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh

mencemarkan nama baik guru di hadapan murid atau ibubapa atau berbuat sesuatu
yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan iktisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat, terutama mereka yang baru dalam
profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
6. Menjadi ahli dalam mana-mana pertubuhan perguruan.

[Guru adalah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sebuah institusi pendidikan peringkat
rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi

dan penyeliaan pendidikan]

IKRAR GURU

BAHAWASANYA KAMI GURU NEGARA MALAYSIA DENGAN INI BERIKRAR;

- MENDUKUNG TERUS CITA-CITA KAMI TERHADAP TUGAS KAMI DAN MENYATAKAN
KEYAKINAN KAMI PADA CITA-CITA MURNI PEKERJAAN KAMI.

- KAMI SEDIA BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA KAMI.
- KAMI SENTIASA MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN NEGARA KAMI DAN MENGAMALKAN

PRINSIP-PRINSIP RUKUNEGARA SETIAP MASA.

TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG
- Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
- Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
- Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan.
- Berkhidmat kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara.
- Berpegang teguh kepada ajaran agama.

NILAI TERAS SEKOLAH RENDAH
- Rajin
- Usaha
- Berilmu
- Berfikir

27

- Amanah
- Berakhlak mulia
- Ikram

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
- Menyediakan pendidikan rendah yang sesuai untuk murid dari umur 6 tahun yang

direncanakan selama 6 tahun tetapi boleh ditamatkan dalam tempoh antara 5 hingga 7
tahun.
- Mewujudkan kurikulum kebangsaan untuk semua warganegara dengan menekankan kepada
penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M) dan memiliki kemahiran sosial.
- Mewujudkan asas yang kukuh di dalam mata pelajaran Matematik, Sains.dan Bahasa
Inggeris.

PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAH

PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH

1. Arahan Am
1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga
mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai
satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan
Kebangsaan.
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah
dan menjaga harta benda sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan
tugas.

2. Peraturan Am Pejabat Sekolah
2.1 Mesin taip pejabat tidak dibenarkan di bawa keluar pejabat.
2.2 Kertas taip, sampul surat dan sebagainya tidak boleh dibekalkan kepada guru-guru untuk
kegunaan peribadi.
2.3 Sesuatu alat jika diberi pinjam mesti ada tandatangan pengakuan mengambil dan
memulang. Jika tidak dipulangkan/hilang/rosak mesti diganti.
2.4 Telefon sekolah hanya boleh digunakan untuk hal kecemasan/mustahak. Panggilan adalah
dihadkan untuk 1 panggilan sahaja iaitu tidak melebihi 3 minit supaya tidak mengganggu
panggilan masuk yang penting dan Pejabat Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah atau
Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.5 Panggilan luar kepada guru tidak digalakkan kerana mengganggu masa pengajaran guru. Jika
perlu dibuat sila beritahu pihak berkenaan (kawan, saudara dll) supaya memanggil dalam
masa lapang tidak mengajar ataupun dalam masa rehat.

28

2.6 Guru yang datang ke pejabat kerana sesuatu urusan tidak dibenarkan membongkar fail-
fail/buku-buku/rekod-rekod pejabat tanpa kebenaran.

2.7 Setiap panggilan telefon samada dalam atau luar KUALA LUMPUR mesti direkodkan sama
dengan bayaran sekali.

2.8 Bila menggunakan sebarang alat/barang, mesti letak balik ke tempat asal selepas
menggunakannya.

2.9 Panggilan telefon luar/jauh tidak digalakkan.
2.10 Guru tidak dibenarkan masuk ke bilik cetak riso dan fotostat tanpa kebenaran.
2.11 Semua bahan yang hendak difotostat hendaklah mendapat kebenaran GB/GPK, sila

serahkan dua hari sebelum tarikh diperlukan.

3. Keluar Waktu Mengajar
3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau atas arahan bertulis dari
Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri/Kementerian PendidikanMalaysia
dengan memaklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan.
3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar di pejabat dan mendapatkan
tandatangan kebenaran keluar dari guru besar atau penolong kanan.
3.3 Sebelum meninggalkan sekolah (berdasarkan telah mengetahui awal pergerakan keluar),
guru berkenaan hendaklah meninggalkan kerja bertulis untuk murid-muridnya melalui
Penolong Kanan/Penyelia Petang.

4. Cuti

4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PKPSM) 0046. SJ /A(30) bertarikh
24 Disember, 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil untuk bertugas oleh Guru Besar tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas
seharian selain daripada tugas mengajar.

4.2 Cuti Sakit
4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut–turut
hendaklah disahkan oleh pegawai Perubatan Kerajaan.
4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam
satu tahun.
4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk menentukan pembayaran gaji.

4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.
4.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis
cuti rehatnya.
4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
tetapi tidak melebihi 180 hari.
4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4
tahun.
4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh
Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian

29

Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan
Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

4.4 Cuti Rehat Khas
4.4.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.4.2 Cuti ini hanya boleh diluluskan oleh Guru Besar. Kelulusan adalah berdasarkan
kepada tidak menganggu keperluan perkhidmatan pendidikan.
4.4.3 Permohonan hendaklah dibuat seminggu lebih awal dai tarikh cuti yang dipohon.
4.4.4 Cuti 7 hari yang tidak digunakan akan disimpan dan dikumpul untuk diberi
ganjaran gantian “Golden Handshake” di waktu persaraan.

4.5 Cuti Keluar Negeri
4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti keluar negeri mesti mendapatkan kelulusan dari
Jabatan. Sila isikan
borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum
tarikh bercuti.
4.5.2 Guru hanya dibenarkan bercuti selepas kelulusan jabatan diperolehi.

Sebarang pertikaian tentang cuti-cuti yang dibenarkan adalah tertakluk kepada Perintah Am Bab C.

5. Pakaian
5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat
timur.
5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
5.5 Guru perempuan – seluar trek (panjang yang sesuai) kemeja T, kemeja sukan, baju trek,
kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
5.6 Guru lelaki – seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. kemeja T, kemeja sukan, baju
trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah.

6. Perhubungan Sesama Guru
6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat
sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan dapat
mewujudkan perasaan kekitaan.
6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/
kepercayaan kepada guru atau pun staf sokongan sekolah yang lain.
6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di
sekolah.

7. Pejabat Guru (Bilik Guru)
7.1 Kebersihan dan keselamatan pejabat guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini
termasuk keselamatan harta benda di dalamnya.
7.2 Guru hendaklah berada di Pejabat Guru (Bilik Guru) semasa tidak mengajar di kelas. Masa
ini hendaklah dianggap sebagai ‘non–teaching period‘ dan bukannya ‘free period‘. Oleh itu
guru hendaklah menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran sahaja.
7.3 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di Pejabat Guru.

8. Perjawatan dan Pengajaran

30

8.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masaalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.

8.2 Guru yang menghadapi masaalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua
Panitia, Guru Kanan atau Penolong Kanan

9. Tugas
9.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, Kokurikulum dan Pentadbiran. Mereka

mesti menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan, misalnya;

9.2.1 Menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru
hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugas tidak boleh
mengarahkan guru melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar. Jika tugas
itu terpaksa dijalankan atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke
pengetahuan Guru Besar.

10. Jadual Waktu
10.1 Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam

kelas sendiri
10.2 Semua guru diminta menyediakan 4 salinan jadual waktu kelas atau persendirian. Ianya

mesti ditandatangani oleh guru besar sebagai pengesahan. Kegagalan mendapatkan
tandatangan guru besar bermakna guru melaksanakan pengajaran secara tidak sah.
10.3 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu tanpa kebenaran.

11. Keselamatan Harta Benda Sekolah
11.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan

harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama sengaja atau
tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
11.2 Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik-bilik khas/tempat khas (bengkel, bilik
kaunseling, makmal dll) bertanggungjawab menjaga bilik-bilik tersebut

12. Kebersihan
12.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual bertugas hendaklah
disediakan oleh guru kelas. Alatan untuk membersihkan kelas hendak digunakan dengan
baik dan disimpan dengan selamat.
12.2 Guru Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas (bengkel, makmal, bilik kaunseling
dll) bertanggungjawab menjaga bilik tersebut.
12.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid-
murid.

13. Surat – menyurat
13.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada

pihak berkenaan.

14. Surat yang diterima
14.1 Adasurat yang diterima oleh sekolah dan terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil

tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera ke atas surat-surat
tersebut.
14.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru
Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.
14.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk
tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:

31

Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail itu tidak ada dalam simpanannya.
14.3.1 Mengambil tindakan yang diperlukan.
14.3.2 Memulangkan semula fail ke pejabat.

15. Pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah
15.1 Dalam apa juga masalah, adalah wajar berurusan dengan guru besar sekolah.
15.2 Guru-guru yang ingin mendapat maklumat/menyelesaikan masalah berkaitan tugasan

tidak digalakkan pergi terus ke Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri
atau Kementerian pelajaran Malaysia.

16. Pelawat
16.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih

dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau juru jual kecuali
dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

17. Pembelian Barang
17.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan

borang “Nota Minta” yang boleh diperolehi di pejabat.
17.2 Borang ini mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Penolong Kanan sebelum

diluluskan oleh Guru Besar.
17.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order). Segala

invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok
dengan kemas.

18. Kegiatan Kokurikulum
18.1 Semua guru wajib menjalankan tugas sebagai penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas

hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

19. Mesyuarat Guru
19.1 Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru

ke mesyuarat ini adalah wajib.
19.2 Guru juga wajib menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua Panitia atau Penolong

Kanan

20. Tanda Nama
20.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di

sekolah dan di luar sekolah.

21. Keahlian Kelab Kebajikan Guru (KKGK) / PIBG
21.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kepada KKGK dan PIBG sekolah
21.2 Jumlah yuran KKGK tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

22. Penggunaan Alat-alat
22.1 Pengunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan
22.2 Mesti mendapat kebenaran Ketua Panitia atau Guru yang menjaga stok
22.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkannya dengan

segera serta berkeadaan baik.
22.4 Jika ada alat-alat yang rosak hendaklah dilaporkan serta merta.
22.5 Sebarang kehilangan peralatan (barang berharga seperti laptop/LCD) yang digunakan

perlulah dilaporkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

32

23. Arahan dan Pekeliling
23.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah
dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani jika perlu selepas membacanya.
23.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam
fail khas.
23.3 Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan
Daerah guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah
tindakan diambil.

23. Telefon
23.1 Penggunaan telefon pejabat adalah untuk urusan rasmi sahaja

24. Kunci
24.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
24.2 Jika ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik tertentu, mestilah mendapat kebenaran

Guru Besar.
24.3 Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut.

PANDUAN KHUSUS PENGURUSAN PENTADBIRAN

1. KEHADIRAN/TIDAK KEHADIRAN
1.1 Semua guru dikehendaki menulis nama dan menandatangani kehadiran masing-masing di

Buku Kehadiran Guru/Staf yang disediakan mengikut masa kehadiran berpandukan jam
rasmi sekolah di pejabat. Menurunkan tandatangan waktu balik perlu dilakukan setelah
selesai tugas di sekolah pada hari tersebut. Setiap jumlah 3 kali lewat, satu surat tunjuk
sebab akan dikeluarkan kepada yang terlibat.
1.2 Semua guru diwajibkan hadir di sekolah 15 minit sebelum loceng berbunyi.
1.3 Guru-guru hanya boleh meninggalkan kawasan sekolah dengan kebenaran daripada Guru
Besar atau Guru Penolong Kanan jika Guru Besar tidak ada.
1.4 Guru yang tidak hadir ke sekolah dikehendaki memberitahu pihak sekolah sebaik-baiknya
sebelum sekolah bermula untuk memudahkan persediaan jadual guru ganti. Surat Akuan
“Sijil Sakit” (MC) hendaklah diserahkan terus kepada Guru Besar pada hari guru itu kembali
bertugas di sekolah.
1.5 Guru-guru yang mempunyai temujanji (appointment) dengan doktor dan akan datang
semula ke sekolah selepas itu, dikehendaki mendapatkan “time slip” daripada pegawai
perubatan untuk makluman sekolah. Untuk tujuan “time slip” terpakai guru dikehendaki
berada di sekolah sekurang-kurangnya 1 jam waktu persekolahan berkenaan. (Dinasihatkan
supaya dielakkan membuat temujanji pada waktu persekolahan).
1.6 Guru-guru perempuan yang akan bersalin pada tahun semasa dikehendaki memberitahu
pihak sekolah, tarikh dijangka bersalin seberapa awal yang boleh. Sijil Sakit Bersalin
hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk tindakan selanjutnya sebaik sahaja selepas
bersalin–untuk keperluan perkhidmatan dan mendapatkan guru ganti.
1.7 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. Semua guru wajib
mematuhi masa yang ditetapkan dalam jadual waktu sekolah dan bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap perjalanan kelas dan keselamatan murid-murid dan kelas yang
diajarnya atau digantinya. Guru yang lewat dikehendaki melaporkan diri kepada Guru Besar
sebelum bertugas.

33

1.8 Guru yang menghadiri aktiviti/mesyuarat/kursus/bengkel di luar sekolah dikehendaki
kembali bertugas jika aktiviti itu tamat sebelum habis waktu persekolahan. Satu laporan
berbentuk Minit Curai wajib dibuat dan diserahkan kepada pentadbiran sebaik selesai dari
tugas tersebut.

1.9 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.

1.10 Semua guru dikehendaki hadir (wajib) dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah

2. BUKU REKOD MENGAJAR dan BUKU PANDUAN PEMBELAJARAN & PENGAJARAN (P&P)

Buku ini adalah harta sekolah/kerajaan. Segala kandungannya dikehendaki berada dalam keadaan
baik, bersih, teratur dan lengkap pada setiap waktu. Buku Rekod Mengajar akan diambil semula
pada hari akhir persekolahan tahun semasa.

2.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab
terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran di dalamnya hendaklah diisi
dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah dihantar ke pejabat pada hari
Jumaat selepas rehat untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar atau
Penolong kanan.

2.2 Rekod mengajar guru hendaklah mengandungi semua mata pelajaran yang diajar
oleh guru. Rancangan pelajaran untuk setahun disusun dengan rapi, dan disediakan
dengan ditaip, ditulis tangan atau menggunakan komputer mengikut keutamaan dan
kesesuaian.

2.3 Semua butir dalam buku rekod hendaklah dipenuhi dengan teliti dan sempurna.
2.4 Sekiranya guru bercuti kerana sakit atau Cuti Rehat Khas, buku P&P hendaklah

diserahkan kepada Guru Besar.
2.5 Setiap perjumpaan atau temujanji penting sepatutnya ditulis dalam ruang yang

disediakan.
2.6 Semua buku Rekod Mengajar tahun semasa hendaklah dilengkapkan sepenuhnya

sebelum 31 Januari tahun tersebut.

3. JADUAL KEDATANGAN
3.1 Guru Kelas adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kekemasan serta
pengisian segala butiran ke dalam Buku Jadual Kedatangan kelas masing-masing.
Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan
hendaklah memahami kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian
dalam kulit hadapan.
3.2 Gunakan Jadual Kedatangan Sementara sehingga 20 Januari selepas itu butir-butir
boleh dipindahkan ke dalam buku Jadual Kedatangan Tetap.
3.3 Murid-murid tidak dibenarkan membuat sebarang catatan dalam buku itu.
3.4 ‘Liquid Paper’ tidak boleh digunakan untuk memadamkan sesuatu kesilapan dalam
buku ini. Semua kesilapan hendaklah dipotong dengan satu garisan dan
ditandatangani oleh Guru Darjah itu.
3.5 Kedatangan harian murid hendaklah diambil pada waktu akhir pertama oleh Guru
Kelas atau Guru Matapelajaran yang masuk bagi waktu pertama dalam jadual waktu.
Buku Jadual Kedatangan harus dikembalikan ke pejabat sekolah selewat-lewatnya
pada akhir waktu sebelum rehat mengikut sesi persekolahan. Guru sahaja yang
dibenarkan mengambil Buku Jadual Kedatangan dan bertanggungjawab untuk
memastikan buku ini dipulangkan ke pejabat.
3.6 Guru-guru tidak boleh membawa balik ke rumah Buku-Buku Kedatangan Murid.
Buku kedatangan ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.

34

3.7 Semua maklumat setiap murid hendaklah ditulis dengan jelas, betul dan
dikemaskini.

3.8 Gunakan dakwat hitam (kecuali alamat murid ditulis dengan pensel) dan jangan tulis
dengan tulisan sambung. Semua tulisan dalam Buku Kedatangan hendaklah ditulis
dengan huruf besar.

3.9 Sila gunakan pen berdakwat hitam (ballpen) dan tidak dibenarkan menggunakanpen
berdakwat basah.

3.10 Butir-butir penyata mengikut bangsa dan analisa kedatangan (pada awal buku itu)
hendaklah diisi pada hari persekolahan yang terakhir dalam bulan itu.

3.11 Butir-butir pembayaran yuran khas hendaklah diisi bersama nombor resit yang
dikeluarkan pada masa murid-murid membuat bayaran.

3.12 Atas tanggung jawab semua guru sebaik-baiknya memaklumkan/menghubungi
kepada ibubapa/penjaga murid-murid yang melakukan sebarang pelanggaran
peraturan sekolah. (catatan dalam buku disiplin amat berfaedah)

3.13 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang
bertanggungjawab.

3.14 Pada setiap bulan (termasuk bulan Disember) sila isi nombor bilangan seperti dalam
Buku Pendaftaran Murid Sekolah, jantina dan siapkan ringkasan bulanan dengan
Tandatangan Guru Darjah pada hari persekolahan yang terakhir dalam bulan ini.

3.15 Senarai nama murid hendaklah ditulis mengikut BULAN SEMASA SAHAJA. Senarai
nama murid hendaklah ditulis dengan lengkap setiap bulan, termasuk nama penuh
murid, bilangan masuk murid, jantina dan jumlah hari kedatangan murid serta
jumlah hari belajar.

3.16 Ketidakhadiran pelajar:
3.16.1 Penghantaran surat-surat kepada ibubapa pelajar yang tidak hadir adalah seperti

berikut :

BIL SURAT HARI TIDAK HADIR (P) BERTURUT- HARI TIDAK HADIR (P) BUKAN
1 Amaran Pertama TURUT BERTURUT-TURUT

Pada hari ke-3 Pada hari ke 10

2 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas Amaran Pertama
3 Amaran Terakhir (BERDAFTAR) 20 hari lagi selepas Amaran Kedua

4 Buang Sekolah 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran Terakhir
5 Jumlah Hadir Tidak (BERDAFTAR AKUAN BERDAFTAR) 60 hari bukan berturut-turut

Hadir 14 hari selepas Amaran Terakhir

31 hari

GARIS PANDUAN – PENGISIAN JADUAL KEDATANGAN MURID
1. Jadual kedatangan adalah satu dokumen yang agak penting. Guru-guru bertanggungjawab

penuh untuk mengisi dan menjaga dengan baik, cermat dan selamat.

35

2. Sekiranya hilang, Guru Kelas bertanggungjawab mendapatkan kembali ataupun membuat
semula.

3. Semua butir yang dikehendaki diisi dengan lengkap;-
a. Penyata bulan mengikut bangsa
b. Analisa kedatangan setiap bulan
c. Bayaran Khas/Tambahan
d. Butiran diri murid & maklumat ibubapa/penjaga

4. Ejaan nama mengikut Sijil Beranak Murid. Susunan senarai nama murid mengikut abjad
(mulai dengan nama murid lelaki dan diikuti dengan nama murid perempuan).

5. Buku Kedatangan ditanda tiap-tiap hari oleh GURU KELAS SAHAJA selewat-lewatnya jam
9.00 pagi bagi sesi pagi dan 3.00 petang bagi sesi petang.

6. Kod-kod menanda Kehadiran Murid dalam Buku Jadual Kedatangan adalah seperti berikut:

MASALAH KOD KIRAAN

Murid Hadir 1 Dikira hadir

Murid Tak Hadir 0 Dikira tidak hadir
`L Dikira hadir
Lewat K
S Dikira tidak hadir
Tidak Hadir dengan W Dikira tidak hadir
kebenaran G
Dikira hadir
Sakit (ada Bukti) Dikira tidak hadir

Tidak Hadir kerana
mewakili sekolah
Gantung dengan

surat

7. Hari kelepasan -garis lurus sepanjang ruang, tulis nama cuti..
Cuti panjang -garis melintang dan tulis nama ‘Cuti ……………’

8. Surat Amaran Ponteng (ketidakhadiran) murid mesti dibuat dalam 3 salinan:
- 1 Salinan difailkan dalam Fail PSP Ponteng (Guru Disiplin/HEM)
- 1 Salinan disimpan dalam sampul Buku Kedatangan Murid.
- 1 Salinan dihantar kepada ibubapa/penjaga.

9. Surat-surat Amaran boleh didapati dari pejabat sekolah. Guru Kelas diminta mengisi surat ini dan
memastikan penghantarannya sampai kepada ibubapa/penjaga murid.

10. Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan pada tarikh Surat
Amaran dihantar dengan catatan di bawah dalam Buku Kedatangan Murid untuk rujukan
seterusnya:
- AP -Amaran Pertama
- AK -Amaran Kedua
- AT -Amaran Terakhir
- BS -Buang Sekolah

36

11. Surat Amaran perlu dihantar kepada ibubapa/ penjaga mengikut jadual di bawah:

P. SISTEM PENALTI - PONTENG SEKOLAH BERTURUT-TURUT

KES MATA LANGKAH/HUKUMAN CATATAN

3 hari terkumpul 6 -Surat Amaran Pertama Guru Kelas

-Hubungi ibubapa / penjaga Guru Kelas

7 hari selepas Amaran 20 -Surat Amaran Kedua Guru Kelas
Kedua
-Hubungi ibubapa / penjaga Guru Kelas

7 hari selepas Amaran 40 -Surat Amaran Terakhir Guru Kelas

Kedua -Hubungi ibubapa / penjaga Guru Disiplin / PK
HEM

14 hari selepas Amaran 50 -Surat Buang Sekolah Guru Besar

Terakhir

P. SISTEM PENALTI - PONTENG SEKOLAH TIDAK BERTURUT-TURUT

KES MATA LANGKAH/HUKUMAN CATATAN

1 hari tidak hadir 2 -Hubungi ibubapa/penjaga Guru Kelas
3 hari terkumpul
6 hari terkumpul 6 -Hubungi ibubapa/penjaga Guru Kelas
10 hari terkumpul
15 hari terkumpul -Khidmat sosial (bilik darjah) Guru Kelas

20 hari terkumpul -Nasihat Guru Kelas

31 hari terkumpul 12 -Rotan satu kali G.Disiplin/G.Besar

40 hari terkumpul -Sesi Kaunseling Kaunselor

50 hari terkumpul 20 -Surat Amaran Pertama Guru Kelas

-Hubungi ibubapa/penjaga Guru Kelas

-Rotan dua kali G.Disiplin/G.Besar

-Sesi Kaunseling Kaunselor

25 -Hubungi ibubapa/penjaga Guru Kelas

-Rotan tiga kali G.Disiplin/G.Besar

-Menandatangani Surat GPK HEM

Perjanjian

-Sesi Kaunseling Kaunselor

30 -Surat Amaran Kedua Guru Kelas

-Hubungi ibubapa/penjaga Guru Kelas

-Rotan tiga kali (maksimum) G.Disiplin/G.Besar

-Menandatangi Surat Perjanjian

-Sesi Kaunseling GPK HEM

Kaunselor

35 -Hubungi ibubapa/penjaga Guru Kelas

-Rotan tiga kali (maksimum) G.Disiplin/G.Besar

-Menandatangani Surat

Perjanjian GPK HEM

-Sesi Kaunseling Kaunselor

40 -Surat Amaran Terakhir Guru Kelas

-Hubungi ibubapa/penjaga Guru Kelas

-Rotan tiga kali (maksimum) G.Disiplin/G.Besar

-Menandatangani Surat

Perjanjian GPK HEM

-Sesi Kaunseling Kaunselor

45 -Hubungi ibubapa/penjaga Guru Kelas

37

-Rotan tiga kali (maksimum) G.Disiplin/G.Besar

-Menandatangani Surat

Perjanjian GPK HEM

-Sesi Kaunseling Kaunselor

60 hari terkumpul 50 Buang Sekolah Guru Besar

12. Guru Kelas diminta merujuk kepada Guru Penolong Kanan HEM atau Guru Besar bila tiba
masalah menggugurkan nama murid dari Buku Kedatangan Murid.

13. Bila pengguguran nama murid dibuat, murid berkenaan mesti kembalikan :
a) Buku Teks, dan
b) Barang-barang kepunyaan sekolah

14. Catatan di bahagian belakang Buku Kedatangan Murid tarikh seseorang murid berhenti dan
sebab berhenti.

15. Semua keterangan yang dikehendaki perlu diisi dengan lengkap.
16. Guru Kelas diminta menutup Buku Kedatangan Murid tersebut tiap-tiap bulan pada 30/31

haribulan. Ini adalah untuk memudahkan kakitangan pejabat membuat Penyata Bulanan.
17. Kerjasama guru-guru/Guru Kelas amat dikehendaki dan dihargai.

GARIS PANDUAN – PENGISIAN BUKU KAWALAN KELAS (DISIPLIN) MURID

1. Semua guru adalah GURU DISIPLIN.
2. Buku Kawalan Disiplin hendaklah sentiasa berada di meja guru kelas.
3. Semua guru yang mengajar bertanggungjawab untuk menulis setiap kesalahan yang dilakukan

murid kelas berkenaan berdasarkan Buku Peraturan Sekolah. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan tuan/puan mungkin menghadapi masalah jika ada kes-kes disiplin yang perlu
dirujuk dari buku tersebut.
4. Dalam sebarang keadaan guru kelas tetap bertanggungjawab memastikan buku tersebut
sentiasa ada bila diminta.
5. Segala maklumat yang ditulis oleh guru akan membantu guru Disiplin memuatkan maklumat ke
dalam SSDM.
6. Sekiranya hilang, Guru Kelas bertanggungjawab mendapatkan kembali ataupun membuat
semula.

4. KEMASUKAN MURID
4.1 Setiap murid-murid baru perlu didaftarkan dalam Buku Pendaftaran Murid-murid
sekolah. Nombor pendaftarannya hendaklah dicatat dalam Jadual Kedatangan Darjah.
4.2 Untuk membolehkan murid-murid baru mendapatkan nombor pendaftaran dengan
cepat, guru kelas dibenarkan mengisi hanya nama dan kelas murid itu dahulu dalam Buku
Pendaftaran Murid-Murid itu.
4.3 Semua butir-butir lain perlu diisi dalam tempoh masa tidak melebihi satu minggu dari
tarikh kemasukan murid itu.

5. PERTUKARAN MURID
5.1 Borang pertukaran murid akan diberi kepada ibubapa/penjaga selepas guru darjah telah
mengisi borang untuk menjelaskan kedudukan dari segi :
5.1.1 Bayaran Tambahan
5.1.2 Bayaran-bayaran lain
5.1.3 Buku dari Perpustakaan Sekolah
5.1.4 Buku SPBT

38

6. PENGAJARAN DALAM KELAS
6.1 Semua guru-guru dikehendaki menyediakan pelajaran masing-masing dengan
berkesan.
6.2 Pastikan murid telah bersedia untuk menghadapi pelajaran yang hendak diajar.
6.3 Keperluan alatulis yang lengkap amat penting dalam membantu kesediaan murid
untuk belajar selain keadaan selesa.
6.4 Pemeriksaan buku latihan/nota/kertas jawapan ujian/peperiksaan dalam kelas tidak
dibenarkan kecuali pemeriksaan kerja latihan sebagai pemulihan bagi murid-murid
yang sedang membuat kerja di dalam kelas secara bergerak dari meja ke meja
murid.
6.5 Latihan-latihan yang baik dan kerja-kerja yang sempurna dan bermutu boleh
dipamerkan di Papan Kenyataan kelas sebagai galakkan dan bimbingan untuk
pelajar-pelajar. Papan Kenyataan hendaklah selalu dikemaskinikan.
6.6 Guru-guru diminta masuk dan keluar kelas mereka tepat pada waktunya mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Ini adalah satu cara bagaimana disiplin dalam kelas dapat
dipertingkatkan. Sekiranya seorang guru lewat masuk kelas lebih 5 minit, sila
beritahu sebab kelewatan ini kepada pelajar-pelajar supaya mereka faham tentang
kelewatan itu. Loceng sekolah banyak membantu tuan/puan.
6.7 Guru-guru tidak dibenarkan duduk sewaktu mengajar kecuali bagi guru yang sakit.

7. PERATURAN/PENGURUSAN BILIK DARJAH
1. KUNCI/TUTUP PINTU
Hanya guru kelas boleh menggunakan kunci pintu.
Jika pintu tidak boleh dikunci, tutup rapat sebelum balik setiap hari.

2. JADUAL BERTUGAS HARIAN
Disediakan oleh guru kelas.
Kawasan jagaan termasuk kaki lima dan tangga.

3. TINGKAP PECAH
Murid yang memecahkan tingkap, perlu mengganti atau bayar RM 3.00 sekeping.
Jika tidak tahu pemecah tingkap, setiap murid didenda 20sen.
Serahkan duit kepada PK HEM.

4. ELEKTRIK
Untuk berjimat, sila guna lampu dan kipas dengan bijak.
Jika kedapatan kelas ditinggal dengan lampu/kipas terpasang, murid seluruh akan
didenda.
Ambil sikap positif. Murid/Guru boleh membantu jika lalu di kelas tersebut.

5. KETIADAAN GURU
Selepas 5 minit jika guru tiada, Ketua Kelas perlu mencari guru yang sepatutnya
mengajar kelas mereka.
Penolong Ketua Kelas bertugas menulis nama murid yang bising dan menyerahkan
senarai nama pada guru untuk tindakan disiplin.
Waktu ini sepatutnya digunakan oleh murid untuk mengulangkaji.
Dapatkan bantuan Guru Kelas sebelah/berhampiran.

39

6. BIMBINGAN
Jika ada kawan yang bermasalah, sila beritahu Guru Kelas/Guru Bimbingan untuk
diberi nasihat.
Guru Bimbingan anda akan sedia membantu anda.

7. WAKTU REHAT
Tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah.
Bawa makanan dan minuman dan makan dikantin.

8. PERABOT
Minta semua murid bertanggungjawab dan memaklumkan kesalahan rakan kepada
guru kelas/disiplin. Sila awasi murid yang merosakkan perabot atau salah cara guna.

9. AMALAN KEBERSIHAN BILIK DARJAH

BIL PERKARA TINDAKAN
01 Meja guru sentiasa disusun kemas, bersih dan dialas dengan rapi Ketua Kebersihan
02 Meja dan Kerusi murid sentiasa diatur dengan kemas
Semua Murid
Ruang bawah meja sentiasa bersih dan tersusun Murid Bertugas
03 Papan tulis sentiasa dibersihkan Murid Bertugas

Alat pemadam papan tulis sentiasa bersih Murid Bertugas
04 Cermin tingkap sentiasa dibersihkan Murid Bertugas
05 Lantai disapu dengan bersih Semua Murid
06 Dinding dan meja tidak diconteng Guru & Murid
07 Jadual tugas harian disediakan Guru & Murid
08 Carta Organisasi Kelas dipaparkan
Guru & Murid
Jadual Waktu Kelas dipaparkan
09 Papan kenyataan diurus dengan baik dan sentiasa dikemaskinikan Guru & Murid
Guru & Murid
dengan carta/maklumat/berita yang sesuai/terkini/hasil kerja Guru & Murid
murid Guru & Murid
10 Bilik darjah dihias dengan baik dan ceria Guru & Murid
11 Tiada terdapat sawang
12 Kelengkapan lain berkeadaan baik dan bersih
13 Sudut Mata pelajaran/Bacaan diurus dengan baik
14 Kain langsir tidak menutup suis-suis elektrik

10. PIAWAIAN - AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH – BERSIH
- Tiada contengan
- Tiada goresan
- Tiada sampah
- Tiada sawang
- Tidak berhabuk/berdebu
- Tidak berlumut
- Tidak berbau yang kurang menyenangkan
- Sentiasa dinyahkuman untuk mengelakkan bakteria
- Dalam warna asal

40

11. BERFUNGSI
- Dijaga dan disenggara dengan baik
- Boleh digunakan dengan sempurna pada bila-bila masa

12. SELAMAT
- Tidak berbahaya
- Tidak menjadi tempat pembiakan serangga atau haiwan perosak

13. KRETIRIA KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS

BIL PERKARA
1 Papan Kenyataan (label matapelajaran dan berita)
2 Hasil Kerja Murid
3 Jadual Waktu Kelas
4 Sudut Bacaan
5 Sudut Pemulihan
6 Kata-kata Hikmat / perangsang / motivasi
7 Rekod Prestasi
8 Rekod Program Bacaan
9 Rekod Iqra’ (tahap 1)
10 Rekod PAFA (tahap 2)
11 Peraturan Sekolah
12 Carta / Gambar P & P
13 Kebersihan Dinding (Tiada sawang dan contengan)
14 Kebersihan Tingkap (Bersih dan tidak berhabuk)
15 Kebersihan dan keceriaan pintu
16 Kebersihan lantai (Tidak berdebu, bersih dan tiada sampah)
17 Papan hitam (Tidak berdebu di papan panel)
18 Siling/Kipas Angin/Cermin Tingkap (Tidak berhabuk dan bersawang)
19 Kaki lima (Tidak berdebu, bersih dan tiada sampah)
20 Inventori
21 Susunan kerusi meja (kemas dan menarik)
22 Daya usaha kreatif (ceria dan menarik)
23 Disiplin dan nilai murni
24 Imej kelas dan lain-lain

8. DISIPLIN PELAJAR-PELAJAR
8.1 Disiplin pelajar-pelajar dalam kelas atau luar kelas adalah tanggungjawab semua guru
pada waktu persekolahan.
8.1.1 Murid-murid tidak dibenarkan :
a) Bermain dalam kelas
b) Meninggalkan kelas tanpa sebarang sebab tanpa PAS KELUAR
c) Bercakap dengan suara yang kuat
d) Membuat bising dan berbual-bual semasa membuat kerja

8.2 Guru-guru mesti maklum dengan peraturan-peraturan sekolah supaya tindakan yang
sewajarnya boleh diambil atau pun nasihat boleh diberikan kepada murid-murid yang
melanggar peraturan tersebut.

8.3 Guru-guru tidak dibenarkan menampar atau merotan murid-murid di dalam atau luar
kelas. Kebenaran untuk merotan akan diberikan oleh Guru Besar secara bertulis kepada
guru-guru tertentu.

41

8.4 Sebarang tindakan/hukuman yang boleh membawa kecederaan dan yang sumpamanya
kepada murid adalah diharamkan.

8.5 Guru-guru dinasihatkan mengetatkan kawalan ke atas murid-murid yang selalu suka
keluar kelas. Hanya dua orang murid sahaja dibenarkan keluar pada satu ketika dengan
menggunakan pas keluar.

8.6 Guru yang mengajar waktu pertama dan waktu pertama selepas rehat dikehendaki
membawa murid dari dewan atau tapak perhimpunan ke kelas.

8.7 Guru yang mengajar pada waktu sebelum rehat dikehendaki mengiring murid ke kantin
sewaktu rehat. Manakala guru yang mengajar waktu akhir dikehendaki mengiringi murid
ke pagar semasa balik.

9. BUKU STOK
9.1 Semua Guru Kanan mata pelajaran, Setiausaha Sukan dan guru-guru lain yang hendak
memesan barang-barang untuk bahagiannya, dikehendaki mendapatkan persetujuan
daripada Guru Besar terlebih dahulu sebelum membuat peasanan itu. Satu salinan
borang pesanan (Nota Minta) hendaklah dihantar ke pejabat untuk tujuan pesanan
tempatan (LO). Panjar Wang Runcit boleh digunakan untuk membayar bil guru untuk
keperluan murid yang jumlahnya tidak melebihi RM50.00. Bil-bil hendaklah diserahkan
kepada Pembantu Tadbir berkaitan pembayaran. Bil-bil yang tiada kebenaran Guru
Besar tidak akan dijelaskan bayarannya oleh pihak sekolah.
9.2 Buku Stok adalah tanggungjawab Guru Kanan mata pelajaran atau guru-guru lain yang
menjaga sesuatu bahagian. Bila guru menerima bahan-bahan tersebut, guru mestilah
mencatatkan butir bahan itu dalam Buku Stoknya dan guru berkenaan mesti juga
menulis “Dicatat di muka surat” pada bil bahan itu dan ditandatangani bilnya.
9.3 Guru Inventori/Stok dikehendaki menyemak stok dua (2) kali setahun pada Mei dan
Oktober.
9.4 Buku-buku stok ini akan disemak dan diaudit oleh GB/GPK dan hendaklah sentiasa
disimpan dalam Bilik Guru Besar.

10. AKTIVITI-AKTIVITI DARJAH UNTUK KEGIATAN KOKURIKULUM
10.1 Semua guru dikehendaki melibatkan diri dalam kelab-kelab, persatuan-persatuan, Unit
Beruniform dan permainan sukan.
10.2 Guru Penasihat mestilah merancang dan melaksanakan satu program yang menarik bagi
tahun tersebut.
10.3 Rancangan program tersebut mestilah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan
Kokurikulum dan Guru Besar sebelum 8 haribulan Februari dalam dua salinan. Satu
salinan dikembalikan dengan kebenaran.
10.4 Semua wang yang dipungut oleh kelab dan persatuan dikehendaki mendapat kebenaran
terlebih dahulu daripada Guru Besar. Sekiranya permintaan diluluskan, Guru Penasihat
itu dikehendaki menyimpan satu rekod pendapatan dan perbelanjaan dengan lengkap
serta bil-bil pembelian.
10.5 Kawalan disiplin dan keselamatan murid-murid yang menghadiri sesuatu aktiviti
kokurikulum itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru yang bertugas mengendalikan
aktiviti berkenaan.
10.6 Segala aktiviti/lawatan yang hendak dijalankan samada dalam/luar sekolah/negeri
hendaklah mendapat persetujuan Guru Besar terlebih dahulu.
10.7 Tugasan dalam bidang Kokurikulum adalah tugasan rasmi dan setiap guru adalah
dikehendaki mematuhi Jadual Kokurikulum yang ditetapkan oleh sekolah. Sebarang
pindaan kepada masa yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.
10.8 Laporan kegiatan kokurikulum hendaklah dicatat dan dihantar kepada GPK Kokurikulum
pada setiap hari Isnin oleh guru yang mengendalikan aktiviti berkenaan.

42

11. PAKAIAN
11.1 Sila pastikan murid-murid dalam kelas memakai pakaian seragam yang betul dan sesuai
dengan peraturan-peraturan sekolah.
11.2 Pakaian guru mencerminkan perwatakan seseorang guru-guru yang dikehendaki
memakai pakaian yang sesuai dan tali leher mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 2
Tahun 1985. Pakaian Baju T hanya sesuai untuk waktu Pendidikan Jasmani.
11.3 Kecuali hari Isnin, pakaian sukan dibenarkan kepada murid dan guru yang terlibat
dengan pendidikan jasmani sehingga waktu balik bagi mengelakkan masalah pakaian
hilang dan bersepah.

12. KEBERSIHAN KELAS DAN KAWASAN SEKELILINGNYA
12.1 Kebersihan kelas dan kawasan sekelilingnya adalah di bawah jagaan guru darjah masing-
masing. Guru Darjah dikehendaki menyediakan Jadual Tugas Kebersihan Kelas sebelum
21 Januari untuk pelajar-pelajar kelasnya supaya ada yang ditetapkan bertugas setiap
hari. Guru Darjah juga dikehendaki mengambil tindakan terhadap murid-murid yang
tidak membuat kerja yang telah dijadualkan.
12.2 Guru yang mengajar pada waktu terakhir setiap hari hendaklah memastikan kelas
ditinggalkan dalam keadaan bersih dan teratur serta tingkap, pintu, lampu dan kipas
ditutup.
12.3 Sekiranya masih terdapat kelas-kelas yang masih kotor dan tidak ditutup tingkapnya ini
bermakna guru-guru yang mengajar waktu akhir di kelas tersebut tidak mengarahkan
murid-murid membuat tugasan tersebut di atas dan akan bertanggungjawab atas
kejadian tersebut.
12.4 Semua murid sesi pagi dikehendaki memasukkan kerusi bawah meja dan murid sesi
petang meletakkan kerusi (jika termampu oleh murid) di atas meja atau ke dalam
sebelum bersurai dan menguncikan pintu.
12.5 Jadual tugas murid dipamerkan pada minggu ketiga bulan Januari.

13. GURU BERTUGAS MINGGUAN/HARIAN
13.1 Masa Bertugas Mingguan
13.1.1 Guru bertugas pula dikehendaki barada dalam kawasan sekolah 20 minit sebelum
dan masa pulang ialah 20 minit selepas sekolah bersurai atau selepas semua murid
keluar dari kawasan sekolah. Sesuatu kejadian dalam kawasan sekolah pada waktu
itu adalah bawah tanggung jawab Guru Bertugas.
13.1.2 Seorang guru bertugas di kehendaki bertugas di pintu depan sebelum dan selepas
sekolah bermula dan tamat.
13.1.3 Guru Kaunseling/Bimbingan akan menguruskan aktiviti bimbingan umum kepada
semua murid setiap waktu sebelum perhimpunan bermula.
13.2 Menyelaras Perhimpunan MIngguan/Harian
13.2.1 Ketua kumpulan bertanggung jawab mengagihkan tugas kepada ahli- ahli dan
memastikan guru-guru dalam kumpulannya menjalankan tugas dengan sempurna.
Antaranya:

13.2.2 Guru yang bertugas di pintu masuk.
13.2.3 Guru bertugas semasa perhimpunan rasmi (Hari Isnin), perhimpunan harian atau

semasa murid- murid beratur pada awal pagi dan waktu rehat.
13.2.4 Memantau keadaan kebersihan dan keselamatan kawasan sekolah.
13.2.5 Menulis laporan harian.
13.2.6 Menyediakan alat siaraya sebelum loceng berbunyi hari itu.
13.2.7 Tuliskan segala pengumuman dari Guru Besar dan guru-guru lain dalam Buku Laporan

Harian.
13.2.8 Memastikan Bilik Guru ditutup dan dikunci sebelum balik (petang).

43

13.3 Meronda Kawasan Sekolah Untuk Memantau dan Melaporkan.

13.3.1 Kebersihan kelas dan kawasan sekeliling kelas itu. Guru bertugas berkuasa untuk

menyuruh murid-murid membersihkan kawasannya.

13.3.2 Kebersihan longkang.

13.3.3 Kebersihan kawasan sekolah termasuk pada dan kantin sekolah.

13.3.4 Kebersihan tandas lelaki, perempuan dan tandas guru-guru.

13.3.5 Kebersihan kawasan kantin pada masa rehat.

13.4 Melaporkan Butir-Butir Berkenaan Perkara-Perkara Berikut:

13.4.1 Pelawat-pelawat sekolah jika ada.

13.4.2 Ketidakhadiran guru-guru dengan sebab-sebab tertentu (Sakit/ Menghadiri Kursus

/Taklimat dan lain-lain). Sila rujuk buku kedatangan harian guru/maklumat guru

tidak hadir dari pejabat.

13.4.3 Murid-murid yang meninggalkan sekolah pada waktu persekolahan. Semua murid

yang mendapat kebenaran meninggalkan kawasan sekolah atas sesuatu sebab,

dikehendaki melaporkan diri ke pejabat sebelum keluar sekolah untuk dicatatan

dalam buku catatan murid keluar.

13.4.4 Aktiviti-aktiviti kokurikulum murid-murid sekolah ini di kawasan sekolah atau luar

kawasan sekolah.

13.4.5 Kes-kes disiplin yang timbul.

13.4.6 Guru-guru bertugas bertanggung jawab memberi markah kepada semua kelas setiap

minggu (3 kali seminggu) untuk pertandingan kebersihan kelas.

13.5 Membuat laporan dalam Buku Bertugas dan serahkan kepada GPK Pentadbiran &

Kurikulum / Penyelia Petang pada hari itu juga.

13.6 Meronda kelas pada waktu bersurai untuk memastikan kelas-kelas berada dalam
keadaan bersih.

13.7 Sekiranya terdapat murid yang cedera/kemalangan, pastikan agar di maklumkan
kepada penjaga (untuk kebenaran_jika perlu) dan jika perlu sila bawa ke klinik
kerajaan yang berhampiran atau menghantarnya balik ke rumah mereka. Sekiranya
guru bertugas tidak mempunyai kenderaan, sila uruskan pengangkutan dengan guru
lain dengan pengetahuan Guru Besar.

13.8 Guru Bertugas hendaklah menyerahkan ‘barang-barang’ hilang yang dijumpai dan
tidak dituntut di perhimpunan kepada HEM & Penyelia Petang.

13.9 Pertukaran tarikh oleh Guru Bertugas hanya dibuat dengan kebenaran Guru Besar/
GPK / Penyelia Petang.

13.10 Guru Bertugas juga dikehendaki membuat teguran pada waktu perhimpunan
berkenaan kelemahan, kesalahan murid-murid yang beliau perhatikan semasa
menjalankan tugas.

13.11 Mengawasi perhimpunan pagi/petang di tapak perhimpunan dan menguruskan
pergerakan murid ke kelas.

13.12

14. PERBUATAN YANG DILARANG
14.1 Guru tidak dibenarkan menghisap rokok di dalam kelas atau di dalam kawasan sekolah.
14.2 Guru tidak dibenarkan duduk di atas meja guru atau murid semasa mengajar.

44

14.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas dalam waktu pengajarannya kecuali atas
sebab-sebab tertentu.

14.4 Guru tidak dibenarkan memeriksa buku latihan dan kertas peperiksaan dalam kelas.
14.5 Guru tidak dibenarkan keluar kelas atau berada di koridor semasa ujian peperiksaan

dijalankan.
14.6 Guru tidak boleh membenarkan ibubapa membawa anak mereka balik sebelum tamat

waktu persekolahan tanpa kebenaran bertulis daripada GB/GPK/GPK Petang.

15. PERHIMPUNAN SEKOLAH
15.1 Semua guru wajib menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang
ditetapkan. Perhimpunan Sekolah ada satu perhimpunan rasmi.
15.2 Guru-guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja lengan panjang.
Manakala guru-guru perempuan pula memakai pakaian kemas dan formal.
15.3 Guru-guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu
Sekolah dan lain-lain lagu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

SKRIP PERHIMPUNAN SEKOLAH

Semua murid bersedia
Luruskan barisan
Angkat – jatuh, Angkat – jatuh, Angkat – jatuh.
Senang diri, jaga diri
_________________________________________________________________
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Dijemput ……………….untuk bacaan doa
_________________________________________________________________
Seterusnya dijemput cikgu .........................................yang mengendalikan nyanyian tampil ke
hadapan.
Dengan segala hormatnya dijemput.

1. Nyanyian lagu “Negaraku”
2. Nyanyian lagu “Negeri Selangor”
3. Nyanyian lagu Sekolah
4. Bacaan Asma ul Husna
Seterusnya dijemput Ketua Pengawas untuk Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Murid SKI
UP......
[Skrip Ketua Pengawas] Bacaan Ikrar Rukunegara

Maka kami / rakyat Malaysia / berikrar akan/ menumpukan seluruh tenaga/ dan usaha kami/ untuk
mencapai cita-cita tersebut/ berdasarkan/ atas prinsip-prinsip yang berikut/ KEPERCAYAAN KEPADA
TUHAN/ KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA/ KELUHURAN PERLEMBAGAAN/ KEDAULATAN
UNDANG-UNDANG/ KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

[Skrip Ketua Pengawas] Bacaan Ikrar Murid SKI
Kami murid-murid Sekolah Kebangsaan Ijok/ berikrar akan/
.........................................................................
..................................................................................................................................................................
......
..................................................................................................................................................................
......
..................................................................................................................................................................
......

45

..................................................................................................................................................................
......

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
_____________________________________________________________________
Seterusnya dijemput cikgu ............................... untuk Bacaan Ikrar Guru
[Skrip Ikrar Profesyen Perguruan dan Perkhidmatan Awam] Bacaan Ikrar
UP
(Bacaan Ikrar)
BAHAWASANYA/ KAMI GURU NEGARA MALAYSIA/ DENGAN INI BERIKRAR;/MENDUKUNG TERUS
CITA-CITA KAMI/ TERHADAP TUGAS KAMI/ DAN MENYATAKAN KEYAKINAN KAMI/ PADA CITA-CITA
MURNIPEKERJAAN KAMI/ KAMI SEDIA BERBAKTI/ KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA KAMI/ KAMI
SENTIASA/

MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN NEGARA KAMI/ DAN MENGAMALKAN/ PRINSIP-PRINSIP
RUKUNEGARA/ PADA SETIAP MASA.
Yang Berusaha Tuan Guru Besar ……………………………………
Yang Berbahagia,
Guru Penolong Kanan Kurikulum, ……………………………………
Guru Penolong Kanan HEM, ………………………………………….
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, ………………………………..
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, ……………………………
Guru Penolong Kanan Petang, ……………………………………….
Yang Dihormati dan dikasihi guru-guru serta murid-murid sekalian.

Seterusnya dijemput guru yang bertugas pada minggu lepas, tampil untuk menyampaikan laporan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ……………………
_________________________________________________________________
Pihak majlis memperkenalkan guru yang bertugas pada minggu ini iaitu ………

(Pengumuman oleh Guru Bertugas dan persembahan murid jika ada)
_____________________________________________________________________

[PENTADBIRAN]
Bagi menyerikan lagi majlis pada perhimpunan mingguan kali ini, dengan segala hormatnya dijemput
Encik/Puan/Cik ………………… untuk menyampaikan ucapan.

(protokol ucapan : guru, GPK KK, GPK HEM, GPK 1 dan akhirnya GB)
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ……………..

Pihak majlis memohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan dan kekurangan semasa
mengendalikan majlis perhimpunan mingguan kali ini.
_________________________________________________________________
Guru Bertugas Mingguan mengarahkan murid balik ke kelas dalam keadaan berbaris.

Catatan.
1. Ucapan/penerangan/taklimat/nasihat mestilah ringkas, pendek, jelas, dan tepat sasarannya,
mudah difahami dan tidak berjela-jela.

46

2. Pendekatannya mestilah berbentuk nasihat, pengajaran, teguran dan motivasi diri. Gunakan
bahasa yang mencerminkan peribadi guru yang boleh dicontohi.

3. Sampaikan perkara yang berbentuk positif dan elakkan menyampaikan perkara berbentuk
negatif. Elakkan dari menengking/menjerit dalam apa-apa situasi dalam perhimpunan.

4. Masa perhimpunan hanya 30 minit, kawal masa sebaiknya.

TUGAS-TUGAS KHUSUS
STAF SOKONGAN SEKOLAH (PEJABAT)

TUGAS KETUA PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
4. Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar dalam urusan berikut:
a) Kewangan dan Akaun Sekolah
b) Hal Perkhidmatan dan Perjawatan
c) Pentadbiran Am dan Rekod

A. TUGAS-TUGAS UTAMA
1. Mengendalikan Buku Tunai Kerajaan dan Panjar Wang Runcit.
2. Urusan Penyediaan Penyata Akaun yang belum diaudit
3. Urusan Pungutan yuran dan hasil daripada guru
4. Urusan Pembayaran
5. Urusetia Jawatankuasa Kewangan Sekolah

B. MENJALANKAN TUGAS-TUGAS PENYELIAAN
1. Tugasan dan Disiplin semua staf sokongan.
2. Kewangandan Audit:
a- Mengendalikan Buku Tunai Suwa/Asrama
b- Urusan Penyediaan Baucer Pembayaran Suwa/Asrama
c- Urusan Penyediaan Pesanan Tempatan Kerajaan dan Pembelian
d- Urusan Enrolmen dan Baucer Tuntutan
3. Urusan Perkhidmatan dan Perjawatan
4. Urusan Pentadbiran Am dan Rekod Kakitangan

C. BIDANG KUASA
1. Kewangan dan Akaun
a- Panjar Wang Runcit
b- Urusan Buku Cek, Buku Resit, Pesanan Tempatan Kerajaan
c- Menandatangani Baucer Sekolah
2. Perkhidmatan dan Perjawatan
a- Menyokong Permohonan Cuti Semua Staf Sokongan
b- Pemilai Pertama Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Staf Sokongan

D. Lain-Lain Tugas Rasmi Yang Diarahkan Dari Semasa Kesemasa Oleh Guru Besar/Penolong Kanan.

TUGAS PEMBANTU TADBIR (BAHAGIAN KEWANGAN)

A Menyediakan:
1) tuntutan gaji
2) biasiswa

47

3) tuntutan elaun lebih masa pekerja
4) tuntutan bantuan perkapita
5) pembayaran bil-bil
B Mengemaskini:
6) Buku Tunai - Akaun Kerajaan

- Akaun SUWA
C Mengurus:

7) Cek-cek
8) Kira-kira yuran khas pelajar dan menyimpan slip bank.
9) Pesanan barang-barang keperluan pejabat.
10) Stok Pejabat

TUGAS PEMBANTU TADBIR (BAHAGIAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN)

Mengurus:
1. BKP, Bantuan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.
2. Pertukaran murid.
3. Pertukaran guru dan staf sokongan.
4. Pengesahan jawatan, pencen, peperiksaan am kerajaan dan kursus induksi.
5. Surat-surat dan rekod cuti guru / staf sokongan.
6. Sijil-sijil UPSR apabila dikehendaki oleh pelajar.
7. Data murid, guru dan staf sokongan.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan dari

semasa ke semasa.

TUGAS PEMBANTU AM RENDAH

1. Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh
Guru Besar dan Penolong-Penolong Kanan.

2. Mengurus Buku Kehadiran Guru / Staf Sokongan.
3. Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat.
4. Mebantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain.
5. Mengambil dan meminitkan surat.
6. Memasukkan surat-surat ke dalam fail.
7. Mengedarkannya kepada guru/staf sokongan surat-surat pekeliling yang berkenaan.
8. Mengepos dan mengambil surat.
9. Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat.
10. Mengemaskini sistem fail.
11. Mengemas bilik Guru Besar dan bilik cetak.
12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA BANGUNAN DAN SENGGARAAN

1. Menguruskan penyediaan spesifikasi sesuatu projek pembangunan fizikal yang dipohon.
2. Membuat penyeliaan projek-projek pembangunan fizikal dan penyelenggaraan di sekolah.
3. Mengurus proses dan menjadi ahli Lembaga Pemeriksaan Hapuskira/Pelupusan.

48

4. Menjadi pegawai pemeriksaan kepada penerimaan perabot baru.
5. Memproses dan menyimpan serta merekod stok dan inventori sekolah.
6. Memeriksa, melapor dan bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan sekolah.
7. Menyediakan Plan Tindakan Aktiviti Tahunan.

PENGURUSAN KURIKULUM

FUNGSI DAN PERANAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
1. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka masa pendek dan jangka masa
panjang di peringkat sekolah untuk menentukan pencapaian matlamat kurikulum.
2. Mengemukakan dan membincangkan kaedah-kaedah perancangan dan pengelolaan
kurikulum dan aktiviti kurikulum tambahan untuk memperbaiki lagi keadaan suasana
dan amalan pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.
3. Merancang perkembangan staf dengan tujuan meningkatkan lagi mutu pendidikan.
4. Meneliti kesesuaian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks,
panduan guru dan bahan-bahan lain.
5. Membincangkan masalah-masalah pendidikan khususnya bagi perkara dan keadaan
tertentu, misalnya masalah murid lambat dan murid tidak mahir dalam bahasa.
6. Memberi kesempatan supaya idea-idea baru yang berkaitan dengan pendidikan
dibincangkan.
7. Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan mempertingkatkan segala
pandangan dan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa Panitia.
8. Menilai dan meneliti kegiatan panitia dan memastikan panitia-panitia itu menuju ke atas
matlamat yang dikehendaki.
9. Menilai dan menulis penggunaan semua sukatan pelajaran tujuan memberi maklum
balas kepada pihak-pihak tertentu.

STRATEGI PELAKSANAAN JKS
1. Kekerapan mesyuarat tidak terikat kepada takwin sekolah. Ia boleh diadakan dari
semasa ke semasa mengikut keperluan.
2. Mesyuarat JKS perlu mengutamakan perbincangan mengenai perkara-perkara
professional bukan perkara-perkara pentadbiran biasa.

PENGURUSAN PANITIA

1. LATARBELAKANG
1.1 Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran serta pemupukan minat dan motivasi
terhadap sesuatu mata pelajaran amat bergantung kepada kebolehan dan keberkesanan
guru mengajar.
1.2 Guru-guru yang terlibat dalam sesuatu mata pelajaran yang sama perlu berganding
bahu menyelaraskan setiap tugas dan aktiviti, berkongsi mencari penyelesaian kepada
masalah bersama bagi mencapai tahap kecemerlangan pendidikan.

2. TUJUAN PENUBUHAN PANITIA MATA PELAJARAN
Berikut di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata pelajaran:
2.1 Memperbaiki dan mempertingkatkan mutu dan keberkesanan P & P.

49


Click to View FlipBook Version