5.1.3 Fasa perkembangan dan kesepaduan: Real Feeling (45 minit)
Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:
1. GBK memberi salam dan bertanya khabar kepada semua peserta.
2. GBK memperkenalkan halaman ketiga dalam kit E-Emosi Saya yang
bertajuk Real Feeling. (Rajah 7). (Lampiran C)
3. Peserta diperkenalkan dengan beberapa jenis emosi yang ditunjukkan
dalam bentuk emoji secara digital dan emoji emosi ini perlu diletakkan
pada ruangan yang disediakan di halaman ini. (Rajah 8)
4. GBK menyoal peserta sama ada pernah mengalami masalah emosi
seperti yang ditunjukkan dalam bentuk emoji tersebut.
5. Kemudian, peserta dikehendaki untuk mengimbas kod QR yang
terdapat di bahagian bawah halaman Real Feeling bagi mengakses
laman web Nearpod. (Rajah 9).
6. Peserta-peserta dikehendaki untuk memilih tiga jenis emoji yang kerap
dialami oleh perserta dan digambarkan tiga emoji tersebut di ruangan
yang disediakan pada laman web Nearpod dengan mengikut tahap
kekerapan emosi.
7. Setelah itu, peserta diminta untuk berkongsikan pengalaman ketika
mengalami emosi-emosi tersebut.
8. Pada setiap emoji tersebut, peserta disoalkan dengan soalan oleh
pengkaji mengenai bagaimana cara yang mereka lakukan kita
mengalami emosi tersebut.
9. GBK meminta peserta untuk membuat perkongsian tentang jawapan
masing-masing secara bergiliran.
10. Aktiviti ini ditamatkan dengan GBK membuat rumusan keseluruhan.
36
Rajah 7. Pengkaji menjelaskan aktiviti di halaman Real Feeling
Rajah 8. Jenis emoji yang diperkenalkan kepada peserta
Rajah 9. Laman web Nearpod bagi aktiviti Real Feeling
37
Dalam fasa ini, pengkaji menjalankan aktiviti yang dinamakan Real Feeling
yang bertujuan untuk membantu peserta mengenal pasti jenis permasalahan
emosi yang utama dalam diri mereka. Peserta diperkenalkan dengan
beberapa jenis emosi berdasarkan gambar emoji yang dipamerkan di
bahagian Real Feeling dalam kit E-Emosi Saya. (Rajah 8). Kemudian,
berdasarkan emoji yang diperkenalkan peserta diminta untuk memilih tiga
jenis emoji yang menggambarkan emosi yang kerap dialami dalam kehidupan
seharian terutamanya ketika pandemik COVID-19. Peserta perlu mengimbas
kod QR yang tertera pada halaman Real Feeling bagi mengakses laman web
Nearpod untuk menggambarkan tiga jenis emosi tersebut berdasarkan tahap
kekerapan emosi peserta. (Rajah 9). Ini adalah untuk membimbing peserta
mengenal pasti tahap kekerapan emosi yang dialami.
38
5.1.4 Fasa penghasilan: Do and Don’t (45 minit)
Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:
1. GBK memberi salam dan bertanya khabar kepada semua peserta kajian.
2. GBK memperkenalkan halaman keempat dalam kit E-Emosi Saya yang
bertajuk Do and Don’t. (Rajah 10). (Lampiran D)
3. GBK memberi arahan yang perlu dilakukan oleh peserta kajian dalam
menjalani aktiviti ini.
4. Peserta diminta untuk menyediakan kertas dan alat tulis masing-masing.
5. Dalam kertas tersebut, peserta dikehendaki untuk membuat jadual Do
and Don’t seperti yang tertera pada halaman keempat. (Rajah 11).
6. Kemudian, peserta perlu menyenaraikan tindakan yang patut dan tidak
patut dilakukan ketika mereka mengalami gangguan emosi yang tidak
terkawal di jadual yang telah dibina tersebut.
7. Setelah selesai, peserta diminta untuk berkongsikan jadual Do and Don’t
yang telah dibina oleh masing-masing secara bergiliran.
8. GBK meminta pendapat dan pandangan dari setiap peserta kajian
mengenai tindakan-tindakan yang telah disenaraikan oleh peserta ketika
mengalami gangguan emosi.
9. Peserta kajian menjalankan perbincangan kecil antara satu sama lain
bagi mengenal pasti tindakan yang terbaik antara jawapan yang telah
disenaraikan bagi mengurus emosi.
10. Aktiviti ini ditamatkan dengan GBK membuat rumusan keseluruhan
terhadap keputusan perbincangan ahli peserta.
39
Rajah 10. Pengkaji menjelaskan aktiviti di halaman Do and Don’t
Rajah 11. Aktiviti di halaman Do and Don’t
40
Aktiviti Do and Don’t dilaksanakan untuk memberi pendedahan dan
memperkenalkan kepada peserta kajian tentang cara-cara mengurus emosi.
Dalam aktiviti ini, peserta-peserta kajian diberi peluang untuk menyenaraikan
tindakan yang dilakukan apabila mereka sedang beremosi dan tindakan yang
tidak patut dilakukan ketika beremosi. Berdasarkan tindakan yang telah
disenaraikan, pengkaji memberi peluang kepada peserta-peserta kajian untuk
menceritakan mengenai tindakan yang dipilih untuk menangani gangguang
emosi. Dalam pada itu, peserta kajian dapat membezakan dengan jelas antara
tindakan yang dapat membantu mengatasi tekanan emosi dan tindakan yang
perlu dielakkan ketika mengalami masalah berkenaan. Ini menunjukkan,
aktiviti Do and Don’t merangsang peserta kajian untuk membuat keputusan
sendiri bagi menangani permasalahan emosi yang dialami. Hal ini
menunjukkan peserta kajian dapat memahami diri mereka dari segi perspektif
mereka sendiri apabila mereka dapat menyenaraikan tindakan yang terbaik
dan sesuai dengan diri mereka untuk mengatasi emosi yang menganggu.
Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran mengurus
emosi dalam kalangan anak yatim. Pengkaji memberi pujian kepada peserta-
peserta kajian yang telah berkongsikan bagaimana cara mereka mengatasi
tekanan emosi.
41
5.1.5 Fasa Penamatan: I Can Fight It! (45 minit)
Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:
1. GBK memulakan sesi dengan memberi salam dan bertanya khabar
kepada semua peserta.
2. GBK memperkenalkan aktiviti terakhir yang terdapat dalam kit E-
Emosi Saya iaitu aktiviti I Can Fight It!. kepada para peserta kajian.
(Rajah 12)
3. Peserta kajian dikehendaki untuk mengimbas kod QR bagi
mengakses lampiran I Can Fight It!. (Lampiran E)
4. Setiap peserta diminta untuk menyenaraikan bukti-bukti mereka
berupaya untuk mengurus emosi dengan cara yang berkesan.
5. Mengisi lampiran Feeling Good untuk memberikan galakan dan
komen positif kepada satu sama lain dalam mengurus emosi.
(Lampiran F) (Lampiran F)
6. Kemudian, GBK menjalankan aktiviti di lampiran Feeling Good iaitu
GBK meminta peserta kajian menyediakan kertas kosong dan alat
tulis masing-masing. (Lampiran F)
7. Peserta kajian perlu mengisi lampiran Feeling Good dengan melukis
emosi selepas pelaksanaan intervensi dan menulis kata-kata sebagai
galakan dan komen positif kepada ahli kelompok untuk meningkatkan
kemahiran mengurus emosi
8. Fasa perkongsian dijalankan di mana peserta-peserta berkongsikan
perasaan dan sokongan masing-masing secara bergiliran.
9. Para peserta kajian diberi peluang untuk berkongsikan pandangan
mereka tentang tahap peningkatan kemahiran mengurus emosi
sepanjang menjalankan sesi dengan menggunakan kit E-Emosi
Saya.
10. GBK membuat rumusan besar sepanjang intervensi dilaksanakan
dan memberi kata-kata motivasi kepada setiap peserta untuk
sentiasa berusaha dalam mengatur emosi mereka.
42
Rajah 12. Pengkaji menjelaskan aktiviti di halaman Do and Don’t
Melalui aktiviti I Can Fight It! para peserta kajian diminta untuk menyenaraikan
bukti-bukti dari segi peningkatan tahap kemahiran mengurus emosi. Peserta
kajian perlu mengimbas kod QR pada halaman I Can Fight It! untuk
mengakseskan lampiran I Can Fight It! di laman web Nearpod. Pada halaman
I Can Fight It! ini, peserta kajian menjalani aktiviti yang kedua iaitu Feeling
Good. Aktiviti ini mengkehendaki peserta-peserta kajian menggambarkan
emosi selepas pelaksanaan intervensi dan menulis kata-kata sebagai galakan
dan komen positif kepada ahli kelompok untuk meningkatkan kemahiran
mengurus emosi. Setiap emosi dan sokongan tersebut dijelaskan oleh setiap
peserta kajian bagi meningkatkan keyakinan peserta kajian untuk menghadapi
permasalahan emosi dengan afektif. Mereka juga diberi semangat dan
dorongan dari segi sokongan emosi supaya sentiasa kuat mengawal dan
mengurus emosi mereka.
43
5.2 Kaedah Mengumpul Data
Kajian ini telah dijalankan mengikut reka bentuk kajian tindakan dengan
menggunakan tiga kaedah mengumpul data iaitu temu bual berstruktur, soal
selidik dan analisis dokumen. Hal ini terdapat sedikit perbezaan dari segi
kaedah pengumpulan data awal kerana pengkaji telah membuat perubahan
pada kaedah pemerhatian. Pengubahsuaian kaedah pemerhatian ini adalah
disebabkan oleh data pemerhatian yang diperolehi ketika menjalankan
intervensi tidak begitu terperinci dan tepat. Hal ini kerana, pengkaji tidak dapat
membuat pemerhatian terhadap tingkah laku peserta kajian secara atas talian.
Situasi tersebut tidak bersesuaian untuk mengumpul data dapatan kajian.
Oleh hal demikian, pengkaji telah membuat pengubahsuaian kepada kaedah
analisis dokumen. Pengkaji menggunakan kaedah analisis dokumen untuk
mendapat hasil dapatan selepas pelaksanaan kit E-Emosi Saya. Hal ini
menunjukkan, ketiga-tiga kaedah yang digunakan adalah bertujuan untuk
mengaplikasikan kaedah triangulasi iaitu bagi meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan data yang dikumpulkan (Lisah, 2011).
5.2.1 Temu bual berstruktur
Temu bual merupakan salah satu kaedah pengutipan data yang berbentuk
kualitatif. Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan sesi temu bual terhadap
ketiga-tiga peserta selepas pelaksanaan intervensi kit E-Emosi Saya. Soalan
temu bual yang dikemukakan adalah sama seperti sesi temu bual di
pengumpulan data awal. (Lampiran G). Hasil dapatan temu bual yang
diperolehi dapat membantu pengkaji untuk melihat perkembangan setiap
peserta dari segi tahap kemahiran mengurus emosi. Pengkaji telah
menggunakan perakam suara untuk merakamkan audio dan membuat catatan
nota ketika temu bual dijalankan. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahan
yang ditemu bual kekal untuk dianalisa dan tidak tercicir sebarang maklumat
penting. Hasil dapatan temu bual juga telah dicatatkan dalam bentuk transkrip.
5.2.2 Analisis dokumen
Menurut Kamarul Azmi Jasmi, (2012), di dalam Siti Fatimah Salleh dan
Mustafa Che Omar, (2017), kaedah pengumpulan data melalui analisis
dokumen mampu mendapatkan maklumat atau data yang lebih relevan
44
kepada isu dan masalah yang dikaji. Analisis dokumen yang digunakan oleh
pengkaji adalah lampiran Do and Don’t (Lampiran D) dan lampiran I Can Fight
It! (Lampiran E). Dokumen lain yang telah dianalisis iaitu hasil kerja peserta
kajian semasa sesi kedua iaitu lampiran Inside Out Emotion yang membantu
peserta meluahkan emosi yang dialami dan lampiran Real Feeling iaitu hasil
kerja yang membantu peserta mengenalpasti punca permasalahan emosi
yang dihadapi. (Lampiran B dan C). Dua dokumen ini dikumpulkan dan
dijadikan sebagai analisis dokumen untuk membuktikan keberhasilan kit E-
Emosi Saya dalam meningkatkan kemahiran mengurus emosi peserta-
peserta kajian.
5.2.3 Soal Selidik
Soal selidik yang digunakan adalah sama seperti di pengumpulan data awal.
Peserta-peserta kajian diminta untuk menjawab borang soal selidik dengan
berdasarkan pandangan mereka terhadap keupayaan diri berdasarkan aspek-
aspek yang dibincangkan di dalam soalan. (Lampiran H). Borang soal selidik
yang disediakan mengandungi lapan soalan dan berbentuk skala likert iaitu
skala 1 bermaksud tidak pernah, 2 ialah jarang, 3 pula ialah kadang-kala, skala
4 ialah kerap dan skala 5 ialah bermaksud sangat kerap. Item-item di dalam
borang soal selidik ini adalah merangkumi aspek pemikiran, tingkah laku dan
perasaan peserta kajian apabila mengurus emosi.Hasil dapatan soal selidik
telah dianalisis dan dibuat perbanding di antara skala likert yang ditandakan
oleh peserta-peserta untuk melihat perbezaan tahap kemahiran mengurus
emosi pada sebelum dan selepas pelaksanaan kit Emosi Saya.
5.3 Cara Menganalisis Data
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menganalisis data yang
diperolehi semasa pengumpulan data iaitu berdasarkan tiga kaedah
pengumpulan data. Antaranya ialah temu bual, analisis dokumen dan soal
selidik. Tujuan menganalisis data ini adalah untuk melihat keberkesanan
pelaksanaan kit E-Emosi Saya dalam meningkatkan kemahiran mengurus
emosi peserta kajian semasa mengalami gangguan emosi.
45
5.3.1 Temu bual berstruktur
Sesi temu bual berstruktur telah dijalankan terhadap ketiga-tiga peserta kajian
selepas pelaksanaan intervensi. Dialog sesi temu bual telah dicatatkan dalam
bentuk transkrip. Pengkaji membaca keseluruhan transkrip temu bual tersebut
dan mendengar semula rakaman audio yang dirakam. Ini bertujuan untuk
membantu pengkaji mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang
jawapan yang dikatakan oleh kedua-dua pihak. Kenyataan ini juga telah
disokong oleh Chow dan Jaizah (2011), bahawa melalui data-data yang
diperolehi daripada rakaman audio dapat didengar semula dapat untuk
mencari data penting. Pengkaji juga turut mengulangi membaca transkrip
sebanyak dua kali bagi menggariskan maklumat penting dalam transkrip.
Dengan itu, data temu bual ini dapat dibuat kesimpulan berdasarkan maklumat
yang digariskan tersebut.
Melalui analisis dialog temu bual ini, pengkaji dapat mengenal pasti tahap
perkembangan kemahiran mengurus emosi oleh peserta-peserta kajian
selepas menjalani intervensi. Hal ini kerana data yang diperoleh melalui temu
bual adalah amat spesifik dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Kemudian, hasil temu bual diberi tema dan dikodkan mengikut proses
pengekodan data. Hasil analisis ditunjukkan dalam jadual untuk memudahkan
pengkaji melihat perkembangan tahap mengurus emosi oleh peserta-peserta
kajian selepas pelaksanaan kit E-Emosi Saya.
5.3.2 Analisis dokumen
Berdasarkan Rosinah Edinin (2012), penelitian dokumen digunakan untuk
membantu pengkaji mendapatkan data daripada dokumen-dokumen yang
berkaitan. Data-data dalam bentuk dokumen dapat dianalisiskan dalam bentuk
naratif. Oleh itu, pengkaji telah membuat penilitian dan menganalisis lampiran
Do and Don’t yang dihasilkan oleh peserta-peserta kajian. Lampiran Do and
Don’t ini dianalisis berdasarkan kesesuaian peserta-peserta memilih alternatif
dan tindakan dalam mengurus emosi yang dihadapi. Manakala, lampiran I Can
Fight It! yang turut dihasilkan oleh peserta ketika fasa kelima iaitu dengan
menyenaraikan bukti-bukti mereka dapat mengurus emosi dengan berkesan
telah dianalisiskan. Dokumen ini dianalisiskan dengan berdasarkan
46
keupayaan peserta-peserta kajian dalam menyenaraikan bukti yang nyata dan
konkrit. Dengan ini, peningkatan tahap mengurus emosi oleh peserta-peserta
setelah menjalankan kit E-Emosi Saya telah dapat dibuktikan.
5.3.3 Soal selidik
Hasil dapatan soal selidik telah dianalisis berdasarkan skala likert yang
ditandakan oleh ketiga-tiga peserta kajian terhadap lapan soalan yang
terdapat di dalam borang soal selidik tersebut. Skala likert tersebut
merangkumi skala 1 sehingga skala 5. Hasil dapatan ini dibuat dalam bentuk
graf bagi setiap peserta. Hal ini bertujuan bagi menggambarkan perbezaan
skala likert yang ditandakan oleh mereka sebelum dan selepas pelaksanaan
intervensi dalam tahap mengurus emosi oleh peserta kajian. Soalan-soalan
yang dikemukakan dalam soal selidik juga telah menggambarkan perasaan,
pemikiran dan tingkah laku peserta kajian selepas melibatkan diri dalam
intervensi kit Emosi Saya.
5.4 Cara Menyemak Data
Berdasarkan Chua (2016), triangulasi kaedah boleh dilihat sebagai melihat
sebuah arca dari pelbagai sudut yang berbeza untuk mendapat gambaran
keseluruhan secara jelas mengenai bentuk arca tersebut. Pengkaji akan lebih
berasa yakin jika mendapat jawapan dari lebih satu cara yang berbeza. Oleh
itu, dalam kajian tindakan pengkaji, triangulasi kaedah telah digunakan bagi
mengesahkan dan membuktikan hasil dapatan agar dapat meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan data tersebut. Dengan ini, berupaya
membantu pengkaji untuk membuat keberkesanan kit E-Emosi Saya dalam
membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran mengurus emosi mereka.
5.4.1 Triangulasi kaedah
Triangulasi kaedah telah digunakan untuk menyemak data yang diperoleh
daripada kaedah pengumpulan data yang berbeza iaitu temu bual, analisis
dokumen dan soal selidik. Melalui perbandingan di antara data yang telah
dikumpulkan, dapat membantu pengkaji menyemak kredibiliti data yang
diperoleh. Hal ini selaras dengan kenyataan oleh Bachri (2010), yang
menyatakan triangulasi kaedah adalah merupakan kaedah yang amat relevan
47
dalam kajian untuk meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kredibiliti
data. Berdasarkan triangulasi kaedah juga, dapat membantu pengkaji untuk
melihat keselarasan antara hasil yang diperolehi daripada ketiga-tiga kaedah
pengumpulan data dengan keberkesanan kit E-Emosi Saya. Oleh itu, pengkaji
dapat membuat penilaian terhadap peserta-peserta kajian mengenai
perubahan dan perkembangan yang ditunjukkan dari segi tahap kemahiran
mengurus emosi melalui hasil dapatan data yang dikumpulkan melalui kaedah
temu bual, analisis dokumen dan soal selidik.
48
6.0 DAPATAN KAJIAN
Huraian dapatan kajian akan berpandukan analisis data melalui kaedah
instrumen data yang digunakan semasa mengumpul data iaitu temu bual
berstruktur, analisis dokumen dan soal selidik. Berdasarkan dapatan dari
kaedah-kaedah tersebut, pengkaji telah menganalisis dan menginterpretasi
terhadap data yang dikumpulkan tersebut untuk mengesan perkembangan
dan perubahan tahap kemahiran mengurus emosi pada peserta kajian selepas
pelaksanaan kit Emosi Saya.
6.1 Soalan Kajian 1: Adakah kemahiran mengurus emosi dapat
ditingkatkan melalui penggunaan kit Emosi Saya?
6.1.1 Data temu bual
Temu bual merupakan satu kaedah yang penting kerana dapat membantu
pengkaji mendapatkan data secara meluas dan mendalam. Menurut Fauzi
Hussin, Jamal Ali dan Mohd Saifoul Zamzuri Noor, (2020), kaedah temu bual
membolehkan pengkaji memperoleh kefahaman yang meluas dengan cara
mendalami sesebuah topik yang dibahaskan. Dalam kajian ini, temu bual
berstruktur telah dijalankan terhadap peserta kajian A, B dan C selepas
pelaksanaan kit Emosi Saya. Antara soalan yang dikemukakan kepada
peserta kajian ialah “Adakah kamu mengetahui kemahiran mengurus emosi
selepas menjalankan intervensi kit Emosi Saya? Berikan sebab-sebab anda.”
Tema dan kod disediakan di Lampiran I berdasarkan ciri-ciri mengurus emosi
dengan berkesan. Hasil temu bual berstruktur bagi peserta A, B dan C adalah
ditunjukkan di jadual 9.
49
Jadual 9
Hasil temu bual berstruktur bagi peserta A, B dan C
Peserta kajian Maklum balas peserta-peserta kajian Kod/Tema
Soalan: Adakah kamu mengetahui
kemahiran mengurus emosi selepas
menjalankan intervensi kit Emosi Saya?
Berikan sebab-sebab kamu.
Peserta kajian A Boleh sikit-sikit cikgu, sekarang saya baru 1
sedar yang saya suka pendam perasaan
sampai buat saya rasa stres… Jadi,
sekarang saya tengah cuba untuk ubah 3
sikap dan diri saya supaya jadi orang yang
lebih baik.
Peserta kajian B Tau dah cikgu…Dulu saya cepat sangat nak
marah dekat kawan-kawan yang lain, tapi 4
sekarang saya cuba tenangkan diri untuk
kawal perasaan marah saya tu. Saya fikir 2
kan cikgu…kalau saya sendiri tak suka
orang mencarut kat saya, mesti orang lain
pun tak suka juga bila dengar saya
mencarut kat mereka.
Peserta kajian C Dah boleh sikit-sikit...saya rasa diri saya 1
terlalu melayan perasaan sedih…sebab
saya tak pernah fikir pun nak atasi perasaan
tu... sekarang saya banyak luangkan masa
dengan keluarga dan kawan-kawan untuk 5
saya hilangkan perasaan tu…
50
Jadual 10
Hasil analisis temu bual berstruktur bagi peserta kajian A
Kod/Tema Tema Peserta A
1
Mempunyai kesedaran diri … sekarang saya baru sedar
3
yang saya suka pendam
perasaan sampai buat saya
rasa stres
Berupaya membina motivasi …sekarang saya tengah
diri cuba untuk ubah sikap dan
diri saya supaya jadi orang
yang lebih baik.
Jadual 10 menunjukkan bahawa peserta A mempunyai peningkatan tahap
kemahiran mengurus emosi kerana peserta A mula sedar bahawa dirinya
seorang yang suka memendam perasaan sehingga menimbulkan rasa stress
atau tekanan. Maklum balas yang diberikan adalah selaras dengan tema1 iaitu
mempunyai kesedaran diri. Selain itu, peserta A juga menunjukkan sifat
keinginan untuk mengubah diri dan sikap yang lama agar dapat menjadi
individu yang lebih baik. Jawapan ini menunjukkan keselarasan dengan tema
3 iaitu berupaya membina motivasi diri.
Jadual 11
Hasil analisis temu bual berstruktur bagi peserta kajian B
Kod/Tema Tema Peserta B
4 Berkeupayaan untuk … tapi sekarang saya cuba
mengawal diri
2 tenangkan diri untuk kawal
Berupaya untuk perasaan marah...
empati bersikap … kalau saya sendiri tak
suka orang mencarut kat
saya, mesti orang lain pun
tak suka juga bila dengar
saya mencarut kat mereka…
51
Berdasarkan jadual 11, peserta B telah mendapat kemajuan dari segi
mengurus emosi apabila peserta B mengambil iniasiatif untuk menenangkan
dirinya ketika beremosi berbanding sebelum intervensi. Maklum balas yang
diberikan oleh peserta adalah selaras dengan tema 4 iaitu berkeupayaan
untuk mengawal diri. Peserta B juga mula memikirkan perasaan orang lain
iaitu kawan-kawannya apabila peserta sering menggeluarkan kata-kata kesat.
Ini menunjukkan jawapan peserta selaras dengan tema 2 iaitu berupaya untuk
bersikap empati.
Jadual 12
Hasil analisis temu bual berstruktur bagi peserta kajian C
Kod/Tema Tema Peserta C
… saya rasa diri saya terlalu
1 Mempunyai kesedaran diri
melayan perasaan sedih
saya…
5 Berupaya memupuk sikap … sekarang saya banyak
berketerampilan sosial luangkan masa dengan
keluarga dan kawan-kawan
untuk saya hilangkan
perasaan tu…
Berdasarkan kepada Jadual 12, peserta C telah mengalami peningkatan tahap
kemahiran mengurus emosi kerana peserta C mula menyedari bahawa
permasalahan emosi yang berlaku adalah disebabkan oleh dirinya yang terlalu
melayan emosi tesebut. Kenyataan yang diberikan selaras dengan tema 1
iaitu peserta C mula mempunyai kesedaran diri terhadap permasalahan emosi
yang dialaminya. Peserta C juga berupaya untuk mula bergaul dengan rakan-
rakan dan ahli keluarga berbanding sebelum ini peserta C lebih suka
menyendiri. Ini adalah serasi dengan kod 5 iaitu berupaya memupuk sikap
berketerampilan sosial.
52
Jadual 13
Hasil analisis temu bual berstruktur bagi peserta kajian A, B dan C
Kod Tema Peserta A Peserta B Peserta C
1 Mempunyai … sekarang saya … saya rasa diri
kesedaran diri baru sedar yang saya saya ni terlalu
suka pendam melayan perasaan
perasaan sampai sedih saya…
2 Berupaya buat saya rasa stres
… kalau
untuk bersikap saya sendiri
empati tak suka
orang
mencarut
kat saya,
mesti orang
lain pun
sama mesti
tak suka
juga
3 Berupaya …sekarang saya
membina tengah cuba untuk
motivasi diri ubah sikap dan diri
saya supaya jadi
orang yang lebih
baik. … tapi
4 Berkeupayaan
untuk sekarang
mengawal diri saya cuba
tenangkan
diri untuk
kawal
perasaan
marah..
53
5 Berupaya … sekarang saya
memupuk
sikap banyak luangkan
berketerampil
an sosial masa dengan
keluarga dan
kawan-kawan
untuk saya
hilangkan
perasaan tu…
Merujuk kepada jadual 13 tersebut, didapati kemahiran mengurus emosi bagi
peserta A, B dan C telah menunjukkan peningkatan. Hal ini jelas dapat dilihat
apabila ketiga-tiga peserta kajian berkongsikan perasaan, tingkah laku dan
pemikiran mereka semasa sesi temu bual dijalankan. Dapatan ini dikukuhkan
lagi apabila peserta A telah menepati tema 1 dan 3, manakala peserta B telah
menepati tema 2 dan 4 dan peserta C pula menepati dengan tema 1 dan 5
yang membuktikan bahawa kit E-Emosi Saya telah berhasil meningkatkan
kemahiran mengurus emosi peserta-peserta kajian.
6.1.2 Data soal selidik
Bagi data soal selidik, pengkaji telah menghasilkan jadual dan rajah
berdasarkan hasil dapatan soal selidik bagi setiap peserta kajian untuk melihat
skala likert yang ditandakan sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi ini.
Skala likert 1 hingga 5 yang ditandakan oleh peserta-peserta kajian dalam soal
selidik adalah yang difokuskan.
54
Hasil analisis soal selidik peserta kajian A sebelum dan
selepas intervensi
Skala likert 6 3 4 4 4 5 5 5
1 3 1 1 1 2 3
5
4
3
23
1
1
0
Sebelum intervensi Selepas intervensi
Rajah 13. Hasil analisis soal selidik peserta A sebelum dan selepas
intervensi
Berdasarkan rajah 13, peserta A menunjukkan perkembangan dari segi aspek
suka memarahi orang lain iaitu telah menanda skala 1 yang bermaksud tidak
pernah suka memarahi orang lain tanpa sebab selepas pelaksanaan
intervensi. Peserta A juga tidak pernah suka merosakkan barang apabila
beremosi kerana peserta telah menanda skala 1 selepas menjalani intervensi.
Peserta A telah menanda skala 3 untuk aspek suka menangis yang
bermaksud peserta A hanya kadang-kala suka menangis ketika beremosi
setelah melibatkan diri dalam intervensi. Bagi aspek suka memukul diri pula,
peserta A telah menanda skala 1 yang bermaksud peserta tidak pernah suka
memukul diri apabila beremosi selepas menjalani intervensi. Peserta A
mengalami perkembangan dari segi aspek suka menggunakan kata kesat
kerana peserta telah menanda skala 1 selepas menjalani intervensi iaitu
peserta tidak pernah suka menggunakan kata kesat ketika marah. Kemudian,
peserta A juga turut tidak pernah suka mengasingkan diri daripada orang lain
selepas pelaksanaan intervensi kerana peserta telah menanda skala 1 iaitu
tidak pernah suka mengasingkan diri. Peserta A telah menanda skala 1 bagi
aspek sukar melakukan aktiviti sosial. Ini bermaksud peserta A tidak pernah
merasakan sukar untuk melakukan aktiviti sosial ketika beremosi selepas
melibatkan diri dalam intervensi. Peserta A juga kadang-kala berpendapat
55
meluahkan emosi kepada seseorang merupakan sesuatu yang susah kerana
peserta telah menanda skala 3 selepas menjalani intervensi berbanding
sebelum intervensi peserta menanda pada skala 5 iaitu sangat kerap
berpendapat meluahkan emosi kepada seseorang merupakan perkara yang
susah.
Hasil analisis soal selidik peserta kajian B sebelum dan
selepas intervensi
Skala likert 6 5 3 5 33 5 5
3 1 2 3 3
5
45 2
1
3
2
12
0
Sebelum intervensi Selepas intervensi
Rajah 14. Hasil analisis soal selidik peserta A sebelum dan selepas
intervensi
Rajah 14 menunjukkan hasil anaslisis soal selidik bagi peserta kajian B pada
sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi. Peserta B menunjukkan
perkembangan pada aspek suka memarahi orang lain kerana peserta telah
menanda skala 2 yang bermaksud peserta B jarang suka memarahi orang lain
tanpa sebab selepas intervensi berbanding dengan sebelum ini sangat kerap
suka memarahi orang lain kerana bertanda pada skala 5. Dari segi aspek suka
merosakkan barang, peserta telah menanda skala 3 yang bermaksud peserta
hanya kadang-kala suka merosakkan barang apabila beremosi setelah
menjalani intervensi. Ini menunjukkan perkembangan terhadap peserta B
kerana peserta sebelum ini sangat kerap suka merosakkan barang ketika
beremosi iaitu merujuk pada skala 5. Selain itu, peserta B telah menanda skala
1 untuk aspek suka menangis iaitu peserta tidak pernah suka menangis
apabila beremosi selepas menjalani intervensi. Peserta menunjukkkan tidak
56
pernah suka memukul diri apabila beremosi selepas menjalani intervensi
kerana peserta telah menanda skala 1 untuk aspek memukul diri. Peserta
mengalami perkembangan dari segi suka menggunakan kata kesat selepas
intervensi di mana peserta telah menandakan skala 2 yang bermaksud jarang
suka menggunakan kata kesat ketika marah berbanding sebelum ini sangat
kerap iaitu pada skala 5 untuk menggunakan kata kesat. Pada aspek suka
mengasingkan diri, peserta tidak menunjukkan perubahan kerana peserta
masih tetap menanda skala 3 yang bermaksud hanya kadang-kala suka
mengasingkan diri daripada orang lain ketika beremosi. Seterusnya, peserta
B telah menanda skala 3 bagi aspek sukar melakukan aktiviti sosial apabia
beremosi. Ini bermaksud, selepas intervensi dijalankan, peserta B kadang-
kala merasakan sukar untuk melakukan aktiviti sosial apabila beremosi. Di
samping itu, peserta B juga kadang-kala berpendapat meluahkan emosi
kepada seseorang merupakan sesuatu yang susah kerana peserta telah
menanda skala 3 selepas menjalani intervensi berbanding sebelum intervensi
peserta menanda pada skala 5 iaitu sangat kerap berpendapat meluahkan
emosi kepada seseorang merupakan perkara yang susah.
57
Hasil analisis soal selidik peserta kajian C sebelum dan
selepas intervensi
Skala likert 6 4 5 4 3 5 5 4
2 3 1 1 3 3 3
5
4
3
23
1
1
0
Sebelum intervensi Selepas intervensi
Rajah 15. Hasil analisis soal selidik peserta C sebelum dan selepas
intervensi
Berdasarkan rajah 15, peserta C juga mengalami perkembangan bagi aspek
suka memarahi orang lain tanpa sebab iaitu peserta telah menanda skala 1
yang bermaksud peserta tidak pernah suka memarahi orang lain tanpa sebab
selepas pelaksanaan intervensi. Kemudian, peserta telah menanda skala 2
yang bermaksud jarang untuk suka merosakkan barang ketika beremosi
selepas pelaksanaan intervensi berbanding sebelum intervensi, peserta
menanda pada skala 4 iaitu kerap suka merosakkan barang ketika beremosi.
Ini menunjukkan perkembangan peserta dari aspek suka merosakkan barang.
Bagi aspek menangis, peserta telah menanda skala 3 yang bermaksud
peserta hanya kadang-kala suka menangis apabila beremosi selepas
intervensi dijalankan, berbanding sebelum ini peserta sangat kerap suka
menangis yang merujuk kepada skala 5 yang ditanda. Seterusnya, peserta
menunjukkan perkembangan dari aspek suka memukul diri iaitu peserta telah
menanda skala 1 yang bermaksud tidak pernah suka memukul diri ketika
beremosi selepas melibatkan diri dalam intervensi. Peserta juga telah
menanda skala 1 untuk aspek menggunakan kata kesat yang bermaksud
peserta tidak pernah suka menggunakan kata kesat ketika beremosi selepas
menjalani intervensi. Peserta C juga menunjukan perkembangan dari sangat
kerap iaitu skala 5 kepada kadang-kala suka mengasingkan diri ketika
58
beremosi selepas terlibat dalam intervensi kerana peserta telah menanda
skala 3 pada aspek berkenaan. Peserta C telah telah menanda skala 3 bagi
aspek sukar melakukan aktiviti sosial. Ini bermaksud peserta C kadang-kala
merasakan sukar untuk melakukan aktiviti sosial ketika beremosi selepas
melibatkan diri dalam intervensi berbanding sebelum ini peserta sangat kerap
merasakan sukar untuk melakukan aktiviti sosial ketika beremosi yang
merujuk pada skala 5 yang ditanda. Peserta C juga kadang-kala berpendapat
meluahkan emosi kepada seseorang merupakan sesuatu yang susah kerana
peserta telah menanda skala 3 selepas menjalani intervensi berbanding
sebelum intervensi peserta menanda pada skala 5 iaitu sangat kerap
berpendapat meluahkan emosi kepada seseorang merupakan perkara yang
susah.
59
Jadual 14
Hasil analisis soal selidik sebelum dan selepas intervensi
Sebelum interve
Soalan Peserta A Peserta B
Skala Skala
1. Saya suka memarahi orang
sekeliling saya tanpa sebab 12345 1234
/
2. Saya suka merosakkan / /
barang apabila saya beremosi / /
/
3. Saya suka menangis apabila /
saya beremosi /
4. Saya suka memukul diri /
apabila saya beremosi
/
5. Saya suka menggunakan kata
sesat untuk menghilangkan rasa /
marah
6. Saya suka mengasingkan diri
apabila saya beremosi
7.Saya berasa sukar untuk
melakukan aktiviti sosial apabila
saya beremosi
8. Saya berpendapat meluahkan
emosi kepada seseorang adalah
sesuatu perkara yang susah
ensi Selepas intervensi
Peserta C Peserta A Peserta B Peserta C
Skala Skala Skala Skala
5 12345123451234512345
/ // //
/ // //
/// /
// / /
/ // //
// / /
/ // //
/// / /
60
Skala Likert Hasil analisis soal selidik sebelum dan selepas intervensi
5
4
3
2
1
0
Peserta A Peserta B Peserta C
Rajah 16. Hasil analisis soal selidik sebelum dan selepas intervensi
Sebelum intervensi Selepas intervensi
Peserta kajian A
Peserta kajian B
Peserta kajian C
Jadual 15 menunjukkan hasil analisis soal selidik sebelum dan selepas
intervensi, iaitu peserta A, B dan C telah menunjukkan peningkatan tahap
kemahiran mengurus emosi. Ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan
kemajuan masing-masing dalam menguasai kemahiran mengurus emosi
ketika mengalami permasalahan emosi. Dalam erti kata lain, hasil analisis
soal selidik secara keseluruhan ini menunjukkan keberkesanan kit E-Emosi
Saya dalam membantu untuk meningkatkan tahap kemahiran mengurus
emosi pada ketiga-tiga peserta kajian tersebut. Bertitik tolak daripada itu,
dapatan ini juga telah menjawab kepada persoalan kajian yang pertama.
62
6.2 Soalan Kajian 2: Bagaimanakah kit E-Emosi Saya dapat membantu
menangani masalah emosi murid dalam kalangan anak yatim?
Pelaksanaan kit E-Emosi Saya telah dilaksanakan mengikut fasa-fasa sesi
kaunseling kelompok secara atas talian yang melibatkan ketiga-tiga peserta
kajian. Pelaksanaan kit ini juga menunjukkan keberkesanan dalam
meningkatkan kemahiran mengurus emosi untuk membantu kalangan anak
yatim menangani permasalahan emosi. Keberkesanan kit E-Emosi Saya telah
dibuktikan melalui langkah-langkah tindakan dalam sesi kaunseling kelompok
tersebut. Hasil lembaran kerja peserta-peserta telah dijadikan analisis
dokumen di dalam sesi untuk membuktikan keberkesanan penggunaan kit ini
dalam membantu peserta-peserta meningkatkan kemahiran mengurus emosi
bagi menangani permasalahan emosi mereka.
6.2.1 Fasa permulaan
Jadual 15
Fasa permulaan
Sesi 1
Fasa Permulaan
Aktiviti Ice breaking
• Memperkenalkan diri berdasarkan kad emosi yang dipilih.
• Mengambarkan dunia kehidupan semasa peserta kajian
Matlamat • Sesi perkenalan dalam kumpulan
• Mengenal pasti keadaan emosi peserta
• Membina hubungan dan rasa kepercayaan antara peserta
dan pengkaji.
Catatan • Aktiviti suai kenal melalui perkenalan diri peserta kajian
pengkaji mendorong peserta untuk membina hubungan dan rasa
kepercayaan terhadap ahli kelompok dan pengkaji. (Rajah
4)
• Aktiviti melukis dunia kehidupan peserta ini dapat
merangsang peserta untuk menceritakan keadaan
63
kehidupan mereka terutamanya semasa tempoh pandemik
ini.
• Melalui penceritaan, pengakaji dapat membimbing peserta-
peserta untuk mengenalpasti keadaan emosi mereka.
• Hasil gambaran dunia kehidupan peserta-peserta kajian
seperti di Rajah 20, 21 dan 23.
Rajah 17. Hasil gambaran dunia kehidupan peserta A
Rajah 18. Hasil gambaran dunia kehidupan peserta B
64
Rajah 19. Hasil gambaran dunia kehidupan peserta C
Berdasarkan jadual 15, pengkaji telah menjalankan aktiviti ice breaking di fasa
permulaan. Menurut Sunarto (2012), ice breaking adalah satu permainan atau
kegiatan yang berfungsi untuk mengubah suasana kebekuan dalam
kelompok. Dalam erti kata lain, untuk mewujudkan suasana yang lebih aktif
dan mesra antara ahli kelompok. Oleh itu, melalui aktiviti ini peserta-peserta
kajian dapat membina hubungan di samping meletakkan rasa kepercayaan
antara ahli kelompok dan pengkaji. Situasi ini sangat penting dalam menjalani
sesi kerana ia dapat menggalakkan peserta-peserta kajian meluahkan emosi
terhadap pengkaji. Aktiviti sesi perkenalan dijalankan melalui cara peserta
memilih kad emoji masing-masing, dan memperkenalkan diri mereka dengan
nada emosi seperti kad emoji yang dipilih. Peserta pada awalnya,
menunjukkan rasa malu antara satu sama lain, namun setelah menjalankan
aktiviti suai kenal ini, peserta mula menunjukkan rasa selesa dalam kelompok.
Aktiviti ice breaking diteruskan dengan aktiviti yang kedua, iaitu peserta-
peserta kajian dikehendaki untuk menggambarkan dunia kehidupan semasa
mereka. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melihat keadaan kehidupan dan emosi
semasa mereka terutamanya pada tempoh pandemic Covid-19 ini. Aktiviti ini
memerlukan peserta-peserta menceritakan keadaan kehidupan mereka.
Dengan itu, peserta-peserta mula berinteraksi dan meletakkan kepercayaan
kepada ahli kelompok dan pengkaji. Di samping itu, aktiviti gambaran ini juga
65
mendorong peserta-peserta mengenalpasti keadaan emosi mereka. Daripada
aktiviti ini juga, pengkaji telah dapat mengenalpasti permasalahan emosi yang
dialami oleh setiap peserta.
6.2.2 Fasa konflik
Jadual 16
Sesi konflik
Sesi 1
Fasa Konflik
Aktiviti Inside Out Emotion
• Menggambarkan emosi yang terpendam pada halaman
Matlamat
Inside Out Emotion.
Catatan • Membuat perkongsian tentang hasil lukisan gambaran
pengkaji
emosi yang terpendam.
• Merangsang peserta untuk meluahkan emosi dalaman yang
terbuku di dalam diri mereka dan sukar untuk peserta
luahkan dengan lisan.
• Membantu peserta mengenal pasti masalah emosi yang
dialami yang berkemungkinan memberi kesan negatif
kepada peserta.
• Aktiviti menggalakkan peserta meluahkan emosi yang
terpendam
• Peserta-peserta kajian dapat membuat penerokaan diri bagi
mengenalpasti gangguan emosi yang dialami melalui
perkongsian yang dibuat.
• Pengaplikasian kaedah melukis dapat merangsang peserta-
peserta kajian membuat penerokaan terhadap diri mereka
mengenai permasalahan emosi yang menganggu.
• Hasil gambaran lukisan emosi terpendam oleh peserta-
peserta kajian seperti di rajah 25, 26 dan 27
66
Jadual 17
Hasil gambaran lukisan emosi peserta kajian
Peserta Lembaran kerja Penerangan
Peserta kajian A
• Peserta A
berkongsikan rasa
sedih dan tak
seronok kerana
terlalu lama di
rumah.
Peserta kajian B • Peserta B
Peserta kajian C
berkongsikan rasa
marah dan geram
dengan pandemik
COVID-19 yang
semakin naik
• Peserta C
mengatakan
perasaan sedih
dan rindu dekat
keluarga di Kedah.
67
Aktiviti Inside Out Emotion telah dijalankan pada fasa kedua yang fasa konflik.
Fasa konflik ini menumpukan kepada konflik intrapersonal iaitu pengkaji
merangsang peserta kajian menguasai dan mengalami konflik yang tercetus
dari diri mereka sendiri. Aktiviti Inside Out Emotion memerlukan peserta-
peserta kajian mengimbas kod QR terlebih dauhulu untuk mengakses laman
web Nearpod bagi melukis emosi yang terpendam pada halaman Inside Out
Emotion. Aktiviti ini mengandungi penerapan terapi seni yang memimpin dan
mengarah peserta kajian meluahkan apa yang terpendam dan disimpan tanpa
tidak disedari yang telah menyebabkan mereka mengalami kecelaruan emosi.
Seperti yang ditunjukkan di jadual 17, peserta-peserta kajian melukis emosi
masing-masing mengenai emosi semasa peserta. Keadaan ini telah memberi
ruang kepada peserta kajian untuk meneroka diri mereka secara mendalam.
Di samping itu, melalui perkongsian hasil gambaran, peserta kajian mula sedar
terhadap gangguan emosi yang menganggu mereka sehingga mempengaruhi
tingkah laku. Misalnya, peserta B berkongsikan rasa marah dan geram
menyebabkan peserta selalu bergaduh dengan adik-beradik di rumah.
68
6.2.3 Fasa perkembangan dan kesepaduan
Jadual 17
Fasa perkembangan dan kesepaduan
Sesi 1
Fasa Perkembangan dan kesepaduan
Aktiviti Real Feeling (Emosi sebenar)
• Memilih tiga jenis emoji yang kerap dialami (Lampiran)
Matlamat • Menggambarkan tiga emoji tersebut mengikut tahap
Catatan kekerapan emosi. (Lampiran)
pengkaji • Membantu peserta mengenal pasti jenis permasalahan
emosi yang utama dalam diri peserta.
• Membimbing peserta untuk mengenal pasti tahap kekerapan
emosi yang dialami
• Merangsang peserta untuk berfikir langkah bagi mengurus
emosi dengan baik.
• Memperkenalkan beberapa jenis emosi yang ditunjukkan
dalam bentuk emoji secara digital. (Lampiran C)
• Memastikan peserta sama ada pernah mengalami masalah
emosi seperti yang ditunjukkan dalam bentuk emoji tersebut.
• Peserta telah memilih tiga jenis emoji yang kerap dialami.
• Menggambarkan tiga emoji tersebut di ruangan yang
disediakan pada laman web Nearpod dengan mengikut
tahap kekerapan emosi. (Rajah 9).
• Peserta berkongsikan pengalaman ketika mengalami emosi-
emosi tersebut.
• Pengkaji membimbing peserta kajian dalam meneroka
punca kepada permasalahan emosi yang dialami.
• Pengkaji meninjau tahap kemahiran mengurus emosi
peserta kajian ketika mereka menghadapi gangguan emosi.
•
69
Rajah 20. Peserta kajian berkongsikan hasil kerja di
lampiran Real Feeling
Jadual 18
Hasil kerja lampiran Real Feeling
Peserta Lembaran kerja Penerangan
• Kerap – Tak seronok
Peserta
A - Tak seronok duduk
rumah lama-lama
• Sederhana – Sedih
- Sedih sebab selalu kena
buat kerja rumah
• Jarang – Benci
- Jarang benci orang lain
70
• Kerap – Marah
- Marah sebab tak suka
keadaan sekarang.
Peserta • Sederhana – Sedih
B - Sedih sebab kena
belajar dan banyak kerja
Peserta sekolah
C
• Jarang – Menangis suka
- Peserta tak
menangis
• Kerap – Sedih
- Sedih kerana jauh dari
keluarga. Peserta
tinggal bersama ibu
saudara
• Sederhana – Geram
- Geram kerana selalu
bergaduh dengan
sepupu.
• Jarang – Suka
- Saya jarang untuk suka
sesuatu selain dapat
balik jumpa keluarga di
Kedah.
71
Berdasarkan jadual 17, aktiviti Real Feeling telah dijalankan pada fasa
perkembangan dan kesepaduan. Pada fasa ini peserta mula
menunjukkan rasa kepercayaan dan keselesaan antara satu sama.
Menurut Malek Muhamat Said (2007), kewujudan rasa kepercayaan
yang tinggi dalam kelompok akan menggalakkan ahli kelompok
melibatkan diri dalam komunikasi terbuka, menerokai masalah,
berkongsi emosi, pengalaman dan bekerjasama memberi pendapat
yang jujur. Oleh hal demikian, aktiviti Real Feeling dijalankan bagi
memudahkan proses penerokaan permasalahan emosi peserta-
peserta kajian.
Melalui aktiviti ini yang ditunjukkan di jadual 18, menunjukkan
permasalaha emosi yang kerap dialami oleh peserta-peserta kajian.
Dalam aktiviti ini, peserta dapat menyusun dan mengenal pasti tahap
kekerapan permasalahan emosi mereka berdasarkan tiga emosi yang
utama dan kerap dialami. Dalam pada itu, pengkaji juga membimbing
peserta meneroka punca kepada setiap permasalahan emosi yang
dialami tersebut. Ini membolehkan peserta kajian meningkat kemahiran
mengurus emosi mereka kerana kesedaran diri merupakan elemen
yang penting untuk peserta mengurus emosi mereka. Misalnya,
peserta C berkongsikan punca dirinya sedih adalah disebabkan tidak
dapat berjumpa dengan keluarga angkatnya yang berada di kedah.
Dalam menjalani aktiviti ini, pengkaji telah menyoal beberapa soalan
mengenai bagaimana cara yang dilakukan oleh peserta kajian ketika
menghadapi gangguan emosi tersebut. Bertitik tolak daripada itu,
pengkaji melihat tahap kemahiran mengurus emosi peserta kajian
masih kurang berdasarkan jawapan lisan yang diberikan oleh peserta
kajian.
72
6.2.4 Fasa penghasilan
Jadual 19
Fasa penghasilan
Sesi 2
Fasa Penghasilan
Aktiviti Do and Don’t (Patut dan tidak patut)
• Membezakan antara tindakan yang patut dan tidak patut
Matlamat
dilakukan ketika beremosi.
Catatan • Menilai tindakan mengurus emosi yang terbaik antara
pengkaji
jawapan yang telah dibincangkan.
• Memperkenalkan cara-cara mengurus emosi.
• Membezakan antara tindakan yang patut dan tidak patut
lakukan ketika beremosi.
• Menggalakkan peserta untuk membuat keputusan ke atas
dirinya dan menilai tindakan tersebut.
• Mendedahkan peserta-peserta untuk mengurus emosi
dengan baik.
• Aktiviti ini telah membantu meningkatkan pengetahuan
peserta kajian bagi membezakan tindakan yang patut dan
tidak patut dilakukan ketika beremosi.
• Peserta kajian menunjukkan keupayaan dalam membuat
keputusan ke atas diri sendiri untuk mengurus emosi.
• Peserta kajian telah dapat menilai setiap keputusan
tindakan yang dipilih untuk mengurus emosi dengan
berkesan.
• Kemahiran mengurus emosi bagi ketiga-tiga peserta kajian
dapat dikukuhkan lagi dengan perbincangan sesama ahli
kelompok.
• Hasil lampiran Do and Don’t adalah seperti di Jadual 20.
73
Jadual 20
Hasil lampiran Do and Don’t
Peserta Lampiran Do and Don’t Penerangan
Kajian
Peserta A • Do – Pergi berbual
dengan keluarga
• Don’t –
- Jangan salahkan
kawan
- Jangan memukul diri
sendiri
Peserta B • Do – Selalu bercakap
baik
• Don’t – Tidak mencarut
Peserta C • Do – Selalu menelefon
kakak angkat
• Don’t –
- Jangan kurung diri di
dalam bilik
74
Aktiviti Do and Don’t dijalankan pada fasa penghasilan. Di fasa ini, pengkaji
memberi peluang kepada peserta-peserta kajian menyelesaikan
permasalahan emosi dengan lebih dekat. Mereka telah berbincang mengenai
pilihan dan tindakan yang berkesan bagi mengurus permasalahan emosi.
Selain daripada mengalakkan peserta membuat keputusan, ini juga telah
dapat meningkatkan kemahiran mengurus emosi peserta-peserta kajian.
Mereka dapat membezakan tindakan yang relevan dan tak relevan untuk
dilakukan ketika beremosi. Dengan pengetahuan ini, mereka telah
mengaplikasikan apabila mereka berada di dunia luar dan bukan hanya
semata-mata dapat mengurus emosi dalam sesi kelompok sahaja.
Berdasarkan jadual 20, iaitu hasil lampiran Do and Don’t yang membuktikan
bahawa peserta kajian dapat menilai tindakan mengurus emosi yang
sepatutnya yang dilakukan ketika mengalami gangguan emosi. Kemahiran
mengurus emosi ketiga-tiga peserta kajian telah ditingkatkan setelah mereka
membuat perbincangan kecil dalam kelompok mengenai tindakan yang dipilih
untuk mengurus emosi. Misalnya, ketiga-tiga peserta kajian bersetuju dengan
tindakan yang dibuat oleh peserta C iaitu membuat keputusan untuk lebih
berhubung dengan ahli keluarga angkatnya untuk meluahkan emosi bagi
mengurangkan rasa kesedihan.
75
6.2.5 Fasa penamatan
Jadual 21
Fasa penamatan
Sesi 3
Fasa Penamatan
Aktiviti I can fight it!
• Mengisi lampiran I Can Fight It!. (Lampiran E) bagi
Matlamat
membuktikan tahap kemahiran mengurus emosi dengan
Catatan yang berkesan.
pengkaji • Mengisi lampiran Feeling Good untuk memberikan galakan
dan komen positif kepada satu sama lain dalam mengurus
emosi. (Lampiran F)
• Mendapat sokongan dan galakkan antara satu sama lain
dalam perbincangan berkaitan kemahiran mengurus emosi
• Membantu peserta-peserta untuk mengenal pasti bukti
peningkatan tahap kemahiran mengurus emosi dalam diri
semasa menghadapi permasalahan emosi
• Memastikan peserta menunjukkan emosi yang memuaskan
setelah menjalani intervensi.
• Aktiviti ini telah dapat membantu semua peserta kajian untuk
mengurus emosi dengan baik setelah diberikan galakkan
dan komen positif daripada satu sama lain.
• Peserta-peserta telah mempunyai pengetahuan dan
keupayaan untuk diri sendiri untuk mengurus emosi dengan
baik apabila beremosi setelah mendapat sokongan daripada
rakan-rakan.
• Peserta kajian juga telah membina motivasi diri setelah
menyenaraikan bukti-bukti peningkatan tahap kemahiran
mengurus emosi setelah menjalankan intervensi ini.
• Tahap kemahiran mengurus emosi dalam kalangan peserta-
peserta telah dikukuhkan lagi dengan membuat penilaian
76
kendiri terhadap kawalan diri dalam membuat perubahan
tingkah laku ketika mengalami permasalahan emosi.
• Lampiran I Can Fight it! dan lampiran Feeling Good adalah
di Jadual 22 dan Jadual 23 seperti berikut.
Jadual 22
Hasil pembuktian peningkatan tahap kemahiran mengurus emosi
Peserta Lampiran I Can Fight it! Penerangan
Peserta kajian Bukti peserta dapat
A
meningkatkan kemahiran
Peserta kajian
B mengurus emosi ialah:
Peserta kajian - Berzikir
C
- Tolong mak masak
- Membaca buku
Bukti peserta dapat
meningkatkan kemahiran
mengurus emosi ialah:
- Saya akan tenangkan diri
- Bermain dengan rakan
- Saya ingin orang lain
bahagia.
Bukti peserta dapat
meningkatkan kemahiran
mengurus emosi ialah:
77
- Berbaik dengan orang
lain.
- Berkongsi perasaan dan
masalah dengan kawan
baik.
Jadual 23
Hasil sokongan dan komen positif terhadap kemahiran mengurus emosi
Peserta Lampiran Feeling Good Penerangan
Peserta kajian A Perasan
- Gembira
Ucapan
- Teruskan
berusaha
mempelajari
mengurus emosi
Peserta kajian B Perasan
- Seronok
Ucapan
- Semoga semua
dapat menjadi
orang yang baik
78
Peserta kajian C Perasan
- Gembira
Ucapan
- Semoga semua
pandai kawal
perasaan yang
baik-baik
Aktiviti I Can Fight It! telah dilaksanakan pada fasa penamatan. Dalam aktiviti
ini,lampiran I Can Fight It! telah digunakan sebagai lembaran kerja yang perlu
peserta-peserta membuat penilaian kendiri dan menyenaraikan bukti-bukti
peningkatan tahap kemahiran mengurus emosi. Hasilnya, peserta-peserta
telah dapat menyenaraikan bukti-bukti berkenaan berdasarkan
perkembangan masing-masing. Hal ini bermakna mereka telah mengalami
peningkatan tahap kemahiran mengurus emosi. Contohnya, peserta A
berpendapat diri sendiri dapat mengurangkan rasa kebimbangan dan gelisah
apabila dapat berbincang dengan GBK mengenai masalah yang dihadapi
selepas terlibat di dalam intervensi.
Melalui aktiviti ini, mereka telah mempercayai kebolehan dan keupayaan diri
untuk mengatasi permasalahan emosi yang dihadapi dengan menguasai
kemahiran mengurus emosi. Untuk memberi kesedaran kepada peserta-
peserta tentang tahap perkembangan kemahiran mengurus emosi, Lampiran
Feeling Good! telah meningkatkan kemahiran mengurus emosi dalam
kalangan peserta-peserta kajian. Walaupun peserta-peserta kajian
merupakan anak yatim yang tidak mencukupi kasih sayang dan sokongan
79
moral yang secukupnya dari ibu ata bapa, namun melalui pelaksanaan
intervensi ini, peserta kajian telah berupaya mendapat galakkan dan komen
positif daripada satu sama lain tentang perkembangan mengurus emosi.
Keadaan ini membangkitkan semangat dan motivasi mereka untuk mengurus
emosi dengan berkesan supaya peserta-peserta dapat mencapai
keseimbangan dalam kehidupan mereka.
80
7.0 REFLEKSI
Sebagai seorang pengkaji adalah penting untuk melakukan refleksi bagi setiap
kajian yang dilakukan. Melalui pelaksanaan kajian ini, pengkaji dapat
mengumpul maklumat bahawa kebanyakkan golongan anak yatim mengalami
permasalahan emosi yang telah mempengaruhi personaliti dan tingkah laku
mereka di bilik darjah. Oleh hal demikian, pengkaji mendapati bahawa
permasalahan emosi anak yatim perlu ditangani dengan meningkatkan
kemahiran mengurus emosi dalam kalangan anak yatim. Bertitik tolak
daripada itu, pengaplikasian kit E-Emosi Saya telah digunakan bagi memenuhi
objektif dan persoalan kajian. Senario ini telah membukti bahawa,
penggunaan kit E-Emosi Saya telah memberi impak positif kepada peserta-
peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran mengurus emosi mereka.
Dalam pada itu, refleksi kajian ini adalah bertujuan untuk menghuraikan
berkaitan kekuatan, kelamahan, isu yang dihadapi oleh pengkaji semasa
melaksananakan tindakan dan cadangan penambahbaikan untuk masa akan
datang.
Antara kekuatan yang dikenalpasti ialah dari segi perancangan yang
sistematik. Pengkaji telah merancang dan membuat persediaan awal. Antara
kekuatan yang dikenalpasti ialah dari segi perancangan yang sistematik.
Pengkaji telah merancang dan membuat persediaan awal. Pengkaji telah
membuat beberapa rujukan semasa merancang kerangkan kajian. Misalnya,
pengkaji merujuk beberapa artikel yang berkenaan dengan permasalahan
emosi dalam kalangan anak yatim. Selain itu, carta gannt juga disediakan dan
dirujuk dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap aktiviti dijalankan
seperti yang dijadualkan supaya teratur. (Lampiran H) Pengkaji juga telah
menentukan tajuk kajian berdasarkan permasalahan yang dihadapi dalam
kalangan anak yatim dan menentukan kategori murid dalam kalangan anak
yatim yang sesuai menjadi peserta kajian. Di samping itu, pengkaji juga dapat
menyediakan bahan kajian lebih awal sebelum tempoh pelaksanaan kajian
kepada peserta kajian. Perancangan yang sistematik dan jelas membantu
pengkaji menyelesaikan kajian mengikut tempoh masa yang digariskan.
Kekuatan yang telah dapat dikenal pasti ialah peserta-peserta kajian
menunjukkan rasa minat dan selesa dalam menggunakan kit E-Emosi Saya
81
dalam sepanjang sesi dijalankan. Kit ini dibina bagi membantu peserta kajian
meluahkan permasalahan emosi sebagai satu cara meningkatkan kemahiran
mengurus emosi mereka. Sebelum pelaksanaan kajian, pengkaji telah dapat
mengenal pasti ciri-ciri setiap peserta kajian yang sukar meluahkan emosi
mereka secara lisan kerana mereka lebih selesa untuk menyimpan dan
memendam permasalahan tersebut. Namun setelah pengaplikasian kit ini
dapat menarik minat peserta kajian untuk meluahkan emosi mereka dengan
cara dan kaedah yang baru buat mereka. Peserta-peserta menunjukkan rasa
teruja apabila mereka perlu menunjukkan hasil lukisan mereka melalui aplikasi
Nearpod. Secara tidak langsung, keadaan ini telah menggalakkan peserta
kajian untuk berkomunikasi dan melibatkan diri dalam sesi secara aktif.
Dalam pada itu, pengkaji juga dapat mengenal pasti kekuatan dalam kajian ini
ialah dari segi penerapan terapi seni yang diaplikasikan dalam kit E-Emosi
Saya. Terapi seni digunakan adalah bertujuan untuk menggalakkan
penerokaan secara mendalam oleh peserta-peserta kajian terhadap
permasalahan emosi yang dialami. Aspek yang menjadi satu kelebihan dalam
kit E-Emosi Saya adalah pengaplikasian terapi seni secara digital dengan
menggunakan platfom yang menarik iaitu melalui laman web Nearpod. Terapi
seni melalui kaedah lukisan ini memerlukan peserta kajian mengimbas kod
QR yang disediakan bagi mengakses laman web tersebut. Peserta-peserta
kajian dapat melukis dan mengambarkan emosi mereka melalui kaedah
melukis secara digital. Idea ini adalah salah satu inovasi yang dihasilkan oleh
pengkaji dengan membuat pembaharuan dari segi ekspresif terapi seni yang
digunakan. Hal ini kerana, sebelum ini pengkaji hanya merancang penerapan
terapi seni digunakan dalam kaedah yang lama iaitu menggunakan pensil dan
kertas sahaja. Dengan pengaplikasian terapi seni secara digital ini bukan
hanya menggalakkan peserta kajian meluahkan perasaan, malah
meningkatkan keseronokkan ketika menjalani sesi kaunseling kelompok
secara atas talian.
Di samping itu, kekuatan kajian ini juga ialah pengkaji mendapat kerjasama
yang baik daripada peserta-peserta kajian. Pengkaji telah memilih peserta-
peserta kajian dari kelas yang pernah pengkaji mengajar bagi memudahkan
pelaksanaan kajian ini. Peserta kajian memberi kerjasama yang baik
82
sepanjang intervensi dijalankan termasuklah dari segi menghubung peserta-
peserta melalui atas talian. Peserta-peserta juga memberi Kerjasama dalam
membuat perbincangan untuk menetapkan tarikh dan waktu yang sesuai
untuk mereka menjalani sesi secara atas talian. Hal ini kerana, bagi
mengelakkan daripada menganggu proses PdPR peserta kajian. Semasa sesi
dijalankan, peserta kajian menunjukkan tingkah laku yang positif. Peserta-
peserta kajian juga dapat mendengar arahan dan memberi respon kepada
arahan pengkaji dengan baik. Perhubungan antara peserta-peserta kajian dan
pengkaji juga dalam keadaan yang baik dan mendorong kepada
keberkesanan sesi kaunseling yang dijalankan.
Selain itu, kekuatan dalam kajian ini juga dapat dilihat berdasarkan hasil
dapatan yang diperolehi melalui kaedah pengumpulan data. Dapatan yang
dikumpul daripada kaedah temu bual berstruktur, soal selidik dan analisis
dokumen dapat memenuhi keperluan persoalan kajian dan mencapai objektif
kajian iaitu dapat meningkatkan tahap kemahiran mengurus emosi anak yatim
melalui penggunaan kit E-Emosi Saya. Daripada hasil dapatan temu bual
berstruktur bersama peserta A, B dan C masing-masing menepati tema bagi
ciri-ciri berkemahiran mengurus emosi. Selain itu, dapatan soal selidik selepas
pelaksanaan kit E-Emosi Saya pula membuktikan setiap peserta menunjukkan
perkembangan daripada lapan aspek yang dinilai berdasarkan tingkah laku
yang dilakukan apabila beremosi. Manakala, dapatan analisis dokumen juga
dapat melihat perkembangan peserta kajian dalam membuat keputusan dalam
memilih tindakan mengurus emosi dan bukti-bukti peningkatan dalam
kemahiran mengurus emosi. Dokumen ini dapat dirujuk pada lampiran Do and
Don’t dan lampiran I Can Fight It!
Namun begitu, terdapat juga kekangan yang dihadapi semasa melaksanakan
kajian ini ialah dari segi peserta kajian menghadapi kekangan sumber internet
yang menganggu proses sesi kaunseling yang dijalankan secara atas talian.
Kekangan ini menyebabkan peserta kajian tidak dapat mengakses laman web
Nearpod dengan baik. Di samping itu, kekangan ini juga menganggu proses
perkongsian oleh peserta kajian. Peserta kajian perlu mengulangi suara
supaya dapat membuat penerangan dengan jelas. Oleh hal demikian, pengkaji
berpendapat bahawa sesi kaunseling atas talian tidak dapat mewujudkan
83
keadaan yang teraputik dan kondusif. Namun demikian, dengan wujudkan
kekangan ini, sesi kaunseling kelompok masih dapat mencapai objektif kajian.
Kekangan yang seterusnya ialah dari aspek mesra alam intervensi yang
dibina. Ini adalah merujuk kepada laman web Nearpod yang digunakan
sebagai platfom utama dalam kit E-Emosi Saya. Hal ini adalah disebabkan
laman web ini memerlukan peserta-peserta mempunyai akaun email yang sah
untuk mengakses masuk. Oleh hal demikian, peserta yang tidak mempunyai
akaun email memerlukan bimbingan khusus daripada pengkaji untuk
mengakses laman web tersebut.
Secara keseluruhannya, hasil tindakan dengan menggunakan kit E-Emosi
Saya telah berjaya meningkatkan kemahiran mengurus emosi peserta-peserta
kajian dalam menangani permasalahan emosi yang dihadapi. Pernyataan ini
dapat dikaitkan dengan pelaksanaan aktiviti yang menarik bagi setiap fasa
kaunseling kelompok telah membantu mencapai objektif kajian. Antara aktiviti
yang dilaksanakan ialah ice breaking, Inside Out Emotion, Real Feeling, Do
and Don’t dan I Can Fight It! Setiap pelaksaan aktiviti ini mempunyai matlamat
yang tertentu bagi meningkatkan kemahiran mengurus emosi peserta kajian
di samping menjawab persoalan kajian yang telah disediakan. Oleh hal
demikian, penggunaan kit E-Emosi Saya bukan hanya membantu
meningkatkan kemahiran mengurus emosi namun dapat memberi sokongan
sosioemosi dalam kalangan anak yatim bagi mengelakkan mereka m
mengalami gangguan atau tekanan emosi.
84