PENGGUNAAN INTERVENSI “ACADEME”
(INVENTORI GAYA PEMBELAJARAN VARK) DALAM MEMBANTU MURID
UNTUK MENGENAL PASTI GAYA PEMBELAJARAN
LEE HUI CZE
PISMP Bimbingan dan Kaunseling
Ambilan Jun 2018
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
2021
PENGGUNAAN INTERVENSI “ACADEME”
(INVENTORI GAYA PEMBELAJARAN VARK) DALAM MEMBANTU MURID
UNTUK MENGENAL PASTI GAYA PEMBELAJARAN
LEE HUI CZE
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Bimbingan dan Kaunseling
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
SEPTEMBER 2021
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk membincangkan perbezaan
individu dalam keberkesanan pembelajaran mengikut gaya pembelajaran
masing-masing, iaitu dengan menggunakan Model VARK dalam intervensi
“Academe”. Model VARK yang berbentuk Realiti Berperantara (AR) telah
digunakan dalam kajian ini. Murid-murid ditemu bual, dan jadual pemerhatian
direkodkan oleh kaunselor untuk mengetahui keadaan pembelajaran dan
keberkesanan pembelajaran mereka.
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan berbentuk soal selidik, temu
bual dan pemerhatian sepanjang proses, Peserta kajian adalah berfokus
kepada murid yang berumur antara 9 hingga 11 tahun di Kedah. Realiti
Berperantara (AR) adalah mengenai Model VARK, ia digunakan oleh
kaunselor untuk memperkenalkan 4 jenis gaya pembelajaran tersebut: Visual,
Auditori, Membaca atau Menulis, dan Kinestetik. Alat kajian yang digunakan
termasuklah video dan peralatan Realiti Berperantara (AR) yang diguna luas
untuk Model VARK, Google Form (Ujian Pra dan Ujian Pos), helaian kertas A4
kosong (catat nota), inventori gaya pembelajaran VARK dan juga senarai
pemerhatian untuk Guru Bimbingan dan Kaunseling semasa sesi bimbingan
dan kaunseling dilaksanakan.
Proses intervensi adalah seperti berikut: Pada mulanya, peserta kajian
membuat Ujian pra mengenai intervensi “Academe”. Mereka mengisi borang
inventori gaya pembelajaran VARK, sama ada menggunakan borang
(Lampiran A) atau aplikasi “Scratch”. Kemudian, kaunselor menunjukkan video
dan menerangkan konsep utama Model VARK dengan menggunakan aplikasi
“Assemblr”. Pada masa yang sama, murid akan mengetahui gaya
iii
pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka. Selepas itu, mereka
diberi masa untuk mengendalikan peralatan Realiti Berperantara (AR) secara
berkumpulan dan seterusnya menerapkan gaya pembelajaran mereka. Ujian
pos diambil, dan beberapa murid ditemu ramah setelah intervensi selesai.
Semua maklumat yang dikaji dapat disimpulkan dalam dua aspek.
Pertama, dalam pembelajaran, Realiti Berperantara (AR) Model VARK ini
membina situasi maya, mencipta pengalaman deria baru dan
mengembangkan kemampuan belajar murid dengan gaya pembelajaran yang
berbeza. Murid dapat membuat perkaitan dengan kehidupan dan fenomena
sebenar, dan belajar secara aktif. Kedua, intervensi Academe ini adalah
berasaskan kepada gaya pembelajaran murid; ia membantu murid mengenal
pasti gaya pembelajaran yang tersendiri, secara tidak langsung, mereka dapat
menyesuaikan diri dengan membudayakan strategi belajar yang berkesan. Ia
mengembangkan kemampuan belajar kepada murid dan meningkatkan
motivasi belajar.
Kata Kunci: Gaya Pembelajaran, Model VARK, Visual, Auditory, Read/Write,
Kinesthetic, keberkesanan belajar.
iv
ABSTRACT
The main purpose of the research is to discuss if there is a significant
difference in the learning effectiveness of students with different learning styles
while applying Augmented Reality in "Academe" Intervention. The Augmented
Reality (AR) was used in experimental teaching. The students were
interviewed, and the counselor recorded the observation schedules to
understand their learning conditions and learning effectiveness.
The research applied a questionnaire survey, interview, and participant
observation throughout the research process. The subjects are the students
between 9 to 11 years old at Kedah. The Augmented Reality is about the VARK
Model, which the counselor uses to introduce those four types of learning
styles: Visual, Auditory, Reading/Writing, and Kinesthetic. The research tools
included the video and augmented reality equipment for the VARK Model,
Google Form (pre-test and post-test), sheets of empty A4 papers (note-taking),
VARK questionnaire (Attachment A), outlines for interviewing students, and
observation list for the counselor during guidance and counseling sessions.
The "Academe" intervention process was as follows: At first, the
students took the pre-test about the intervention. The students filled in the
VARK questionnaire (either using the form or the "Scratch" application). Then,
the counselor shows the students a video and explains the main concepts of
the VARK Model using the "Assemblr" application. At the same time, the
students will know which learning styles suit them. After that, the students
operated the Augmented Reality equipment in groups and applying their
learning styles. The post-test was taken, and some of the students were
interviewed after the intervention finished.
v
All the researching information can be concluded in two aspects. Firstly,
in learning, augmented reality constructed a virtual situation, created a new
sensory experience and developed each student's learning abilities with
different learning styles. The learners can relate to real life and natural
phenomenon and learn actively. Secondly, the intervention was based on
students' learning styles; the counselors can understand the multi-learning
preference of the students to fit individual differences and cultivate strategies
to learn something, thus increasing the learning effectiveness.
Keywords: Learning styles, VARK Model, Visual, Auditory, Read/Write,
Kinesthetic, learning effectiveness.
vi
KANDUNGAN
ABSTRAK ...................................................................................................... iii
ABSTRACT.....................................................................................................v
KANDUNGAN ............................................................................................... vii
PENGESAHAN PENYELIA ........................................................................... ix
PENGAKUAN KERJA TESIS..........................................................................x
PENGAKUAN ................................................................................................ xi
DEDIKASI ..................................................................................................... xii
PENGHARGAAN ......................................................................................... xiii
SENARAI JADUAL ...................................................................................... xiv
SENARAI RAJAH ......................................................................................... xv
SENARAI SINGKATAN ............................................................................... xvi
SENARAI LAMPIRAN................................................................................. xvii
1.0 PENDAHULUAN .................................................................................. 1
1.1 PENGENALAN.................................................................................... 1
1.2 KONTEKS ........................................................................................... 2
1.3 REFLEKSI ........................................................................................... 4
2.0 FOKUS KAJIAN ................................................................................... 6
2.1 HURAIAN FOKUS KAJIAN ................................................................. 6
2.1.1 KEPENTINGAN.......................................................................... 6
2.1.2 KOLABORASI ............................................................................ 7
2.1.3 KERELEVANAN KEPADA SEKOLAH ....................................... 7
2.2 MODEL KAJIAN .................................................................................. 8
2.2.1 MODEL TINDAKAN KEMMIS DAN MC TAGGART ................... 8
2.2.2 TEORI BEHAVIORISTIK (SHAPING BEHAVIOUR) ................ 10
2.2.3 TEORI HUMANISTIK (REAL-SELF VS IDEAL-SELF) ............. 11
vii
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN .................................................... 12
3.1 OBJEKTIF KAJIAN............................................................................ 12
3.2 SOALAN KAJIAN .............................................................................. 12
4.0 PESERTA KAJIAN............................................................................. 13
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN ................................................................... 14
5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN.................................................... 15
5.2 PERANCANGAN MENGUMPUL DATA ............................................ 21
5.2.1 ANALISIS DOKUMEN.............................................................. 21
5.2.2 SOAL SELIDIK ......................................................................... 22
5.2.3 TEMU BUAL............................................................................. 23
5.2.4 PEMERHATIAN ....................................................................... 24
5.3 CARA PENGANALISISAN DATA...................................................... 26
6.0 DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA .......................... 28
6.1 DAPATAN ANALISIS DOKUMEN ..................................................... 28
6.2 DAPATAN SOAL SELIDIK ................................................................ 30
6.3 DAPATAN TEMU BUAL .................................................................... 32
6.4 DAPATAN PEMERHATIAN............................................................... 40
7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI ....................................................... 42
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA .................................................... 43
RUJUKAN .................................................................................................... 44
LAMPIRAN................................................................................................... 46
viii
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan
ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan dengan Kepujian Bimbingan dan Kaunseling
Tandatangan : ……………………………...........................
Nama Penyelia : ZURAIDA BINTI AHMAD
Tarikh : ...................................................................
ix
PENGAKUAN KERJA TESIS
Penyerahan tesis kajian kes ijazah ini adalah sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Saya bersetuju memberi keizinan kepada Pusat
Sumber Institut IPGK untuk menjadikan tesis ini sebagai rujukan dan
penyelidikan. Saya juga bersetuju bahawa kebenaran membuat salinan
keseluruhan atau sebahagian daripada penyelia saya atau Ketua Jabatan
Akademik. Sebarang bentuk penyalinan, pengambilan atau penggunaan
keseluruhan atau sebahagian daripada tesis ini untuk tujuan komersial tidak
dibenarkan tanpa kebenaran daripada penyelidik. Pengiktirafan kepada
penulis dan IPGK Darulaman wajar diberikan atas sebarang bentuk kegunaan
bahan yang terdapat dalam tesis ini.
Pemohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat salinan atau lain-
lain kegunaan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada tesis ini boleh
dibuat dengan menulis kepada:
Ketua Jabatan
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Bandar Darulaman, 06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
x
PENGAKUAN
“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………….
Nama Penyelidik : LEE HUI CZE
Tarikh : ..................................
xi
DEDIKASI
Teristimewa buat:
Ayahanda dan bonda tercinta, Lee Eng Pee dan Owi Kim Bee,
Terima kasih atas doa, sokongan dan pengorbanan yang diberikan.
Salam hormat buat pensyarah yang ikhlas, sabar, berdedikasi, kreatif, penuh
iltizam dan tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar terutamanya pensyarah
penyelia saya, Puan Zuraida binti Ahmad
Terima kasih, atas ilmu dan inspirasi yang diberi.
Bagi sahabat-sahabat, khasnya PISMP Bimbingan dan Kaunseling
Ambilan Jun 2018,
Terima kasih keran menjadi teman yang setia dan memahami serta
menceriakan hidup saya sepanjang masa belajar di sini,
Sesungguhnya memeri yang pernah kita cipta bersama akan terabadi di
dalam hatiku buat selama-lamanya.
Kejayaan ini adalah milik kalian
di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan.
Semoga ukhuwah ini akan terus kekal sehingga akhir hayat.
xii
PENGHARGAAN
Bersyukur kerana saya telah dapat menyiapkan sepenuhnya kajian ini
dengan jayanya meskipun pelbagai kekangan yang terpaksa dihadapi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditunjukkan kepada
Puan Zuraida binti Ahmad selaku penyelia bagi kajian tindakan di atas
bimbingan, sokongan dan pandangan serta teguran yang membina yang
diberikan sepanjang proses melaksanakan kajian ini. Seterusnya, saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa pengurusan
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah memudahkan saya
menjalankan kajian ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman kerana telah banyak membantu saya
dalam proses penghasilan kajian tindakan ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sekolah
di daerah Sungai Petani serta guru-guru di sekolah kerana telah memudahkan
perlaksanaan kajian tindakan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
atas dorongan dan sokongan sahabat saya. Bagi teman seperjuangan,
semoga ukhuwah perhabatan ini akan dikekal hingga ke akhir hayat.
Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan kajian
tindakan ini. Segala kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan amatlah
dihargai. Akhir kata, semangat dan ketekunan menjadi asas dan tunjang
kepada sesebuah kejayaan dalam menghasilkan kepuasan kepada semua
pihak. Saya berharap tugasan yang saya hasilkan menepati kehendak yang
diperlukan. Yang penting sekali, pengetahuan yang telah saya pelajari
sepanjang melaksanakan kajian ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada
pengetahuan yang saya sedia ada. Sekian, terima kasih.
xiii
SENARAI JADUAL
Jadual 1: Kecenderungan Gaya Pembelajaran mengikut Model VARK......... 4
Jadual 2: Maklumat-maklumat peserta kajian yang dikumpul ...................... 13
Jadual 3: Pelaksanaan Intervensi “Academe” dalam 1-3 bulan (mengikut
kesesuaian) ................................................................................................. 19
Jadual 4: Carta Gantt Intervensi “Academe” ................................................ 20
Jadual 5: Kos Pembinaan Peralatan Intervensi “Academe”......................... 20
Jadual 6: Jenis Gaya Pembelajaran VARK.................................................. 22
Jadual 7: Pemberatan Skala Likert .............................................................. 23
Jadual 8: Perwakilan Gaya Pembelajaran VARK melalui kaedah pemerhatian
..................................................................................................................... 25
Jadual 9: Jadual kecenderungan gaya pembelajaran.................................. 28
Jadual 10: Kutipan data inventori gaya pembelajaran VARK....................... 29
Jadual 11: Kesimpulan interpretasi data bagi inventori gaya pembelajaran 30
Jadual 12: Hasil Dapatan Ujian Pra ............................................................. 31
Jadual 13: Hasil Dapatan Ujian Pos............................................................. 31
Jadual 14: Peserta kajian yang terlibat ........................................................ 33
Jadual 15: Transkrip temu bual bersama peserta kajian (Tema 1) .............. 34
Jadual 16: Transkrip temu bual bersama peserta kajian (Tema 2) .............. 35
Jadual 17: Transkrip temu bual bersama peserta kajian (Tema 3) .............. 36
Jadual 18: Transkrip temu bual bersama peserta kajian (Tema 4) .............. 38
Jadual 19: Dapatan pemerhatian ................................................................. 40
Jadual 20: Aspek-aspek peserta kajian yang dapat dikenal pasti ................ 43
xiv
SENARAI RAJAH
Rajah 1: Aplikasi “Academe” yang berkonsep berkonsep Gamification dalam
bentuk RPG (Role-Playing Game) ................................................................. 3
Rajah 2: Model Kemmis & McTaggart (2005) ................................................ 9
Rajah 3: Model Teori Belajar Behaviorisme ................................................. 10
Rajah 4: Konsep “Real-Self” vs “Ideal-Self” ................................................. 11
Rajah 5: Proses Tindakan Kajian................................................................. 14
Rajah 6: Google Form, URL - https://forms.gle/EQj6LTqwT1TGqGcL6 .... 16
Rajah 7: Video dan Model Gaya Pembelajaran VARK dalam Augmented
Reality (AR).................................................................................................. 17
Rajah 8: Halaman keputusan pengiraan skor bagi setiap jenis gaya
pembelajaran ............................................................................................... 17
Rajah 9: Semakan Triangulasi Data ............................................................ 26
Rajah 10: Deskripsi tentang kaedah-kaedah pengumpulan data................. 27
Rajah 11: Graf kecenderungan gaya pembelajaran peserta kajian ............. 29
Rajah 12: Hasil analisis ujian pra dan ujian pos bagi peserta kajian sebelum
dan selepas intervensi ................................................................................. 32
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN Bimbingan dan Kaunseling
B&K Guru Bimbingan dan Kaunseling
GBK Individual Learning Plan
ILP Visual, Auditory, Reading/Writing, Kinesthetic
VARK
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A BORANG SOAL SELIDIK INTERVENSI “ACADEME”
LAMPIRAN B SOAL SELIDIK VARK
LAMPIRAN C GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH
LAMPIRAN D KEBENARAN PENGGUNAAN HAK CIPTA VARK
LAMPIRAN E SENARAI SEMAK PEMERHATIAN
LAMPIRAN F MANUAL PENGGUNAAN PERALATAN INTERVENSI
“ACADEME”
LAMPIRAN G PENGGUNAAN APLIKASI SCRATCH DAN ASSEMBLR
DALAM INTERVENSI “ACADEME”
xvii
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
“Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah” yang
disiarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (April 12, 2012) merupakan
panduan perkhidmatan terkini yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Guru
Bimbingan dan Kaunseling. Ia telah memberi penekanan kepada kemenjadian
kemenjadian murid dan memfokuskan untuk menjurus kepada empat bidang
utama. Antaranya ialah pembangunan dan perkembangan sahsiah diri pelajar.
Sahsiah merupakan satu entiti penting dalam pembentukan akhlak dan
tingkah laku individu (Shahabuddin Hashim, Nor Shafrin Ahmad & Haslinda
Yusof, 2014). Pembangunan Sahsiah Diri Murid membawa maksud keyakinan
membangun diri merangkumi kepercayaan tentang nilai positif dan negatif
dalam seseorang, emosi dan maruah yang boleh dibentuk sesuai dengan
norma masyarakat. Fokus bidang ini adalah untuk memupuk perkembangan
personaliti kendiri (character) murid daripada aspek-aspek seperti sikap,
konsep kendiri, komunikasi dan sebagainya. Dalam kajian ini, murid lebih
mengenal gaya pembelajaran sendiri dan dapat membuat pengubahsuaian
gaya pembelajaran kepada gaya belajar yang berkesan.
Sehubungan dengan itu, intervensi “Academe” bertujuan untuk
mengkaji mengenai gaya pembelajaran yang diamalkan oleh murid. Intervensi
ini bukan sahaja dapat mengekploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan
oleh individu, malahan dapat memupuk cara belajar yang berkesan,
seterusnya meningkatkan potensi seseorang dalam proses pembelajaran.
Honey dan Mumford (1992) berpendapat bahawa setiap murid termasuk
golongan murid masalah pembelajaran mempunyai gaya pembelajaran yang
tersendiri untuk mencapai kecemerlangan mereka dalam akademik. Setelah
mengenal pasti gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan diri, mereka
mengetahui cara belajar yang efektif, seterusnya ini menghasilkan satu proses
pembelajaran yang berkesan. Oleh hal yang demikian, pengkaji berhasrat
bahawa intervensi “Academe” ini dapat membantu murid untuk mengenal pasti
gaya pembelajaran dengan berkesan.
1
1.2 KONTEKS
Menurut K. A. Razhiyah (2009), setiap murid mempunyai gaya belajar yang
tersendiri. Seseorang murid mula membentuk gaya pembelajaran sejak awal
kanak-kanak dan kemudian akan mengaplikasikan gaya pembelajaran
tersebut dalam proses pembelajarannya. Kajian dalam bidang psikologi dan
pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza
memproses maklumat. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui pola
gaya pembelajaran yang diamalkan oleh peserta kajian, dan seterusnya
mengubahsuai cara belajar mengikut gaya pembelajaran yang lebih
bersesuaian, berdasarkan Model VARK yang diperkenalkan oleh Fleming dan
Mills (1992). Bagi merealisasikan matlamat tersebut, penyelidik telah
menghasilkan aplikasi “Academe” dengan merujuk kepada Soal Selidik VARK
(rujuk Lampiran B) yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh Ahbul
Zailani Begum Mohamed Ibrahim (n.d.), seorang Pensyarah Universiti
Teknologi MARA Melaka.
Nama intervensi penyelidik, iaitu “Academe”, ia membawa maksud “the
academic life, community, or world in the halls of academe” ataupun
kehidupan, komuniti atau dunia akademi yang dialami oleh seseorang individu.
Intervensi “Academe” bermatlamat untuk membantu peserta kajian mengenal
pasti gaya pembelajaran masing-masing, dan membantunya belajar dengan
lebih berkesan. Fokus bidang ini ialah aspek Pengembangan Sahsiah Diri
Murid. Mohd Zain Abdul Kader (1994) menjelaskan sebab-sebab murid lemah
dalam bidang akademik adalah kerana mereka tidak bermotivasi dalam
menangani cabaran akademik dan kurang memahami teknik-teknik belajar
yang berkesan. Intervensi “Academe” dikatakan dapat membantu
meningkatkan pencapaian akademik murid dengan membuat
pengubahsuaian cara belajar dalam proses pembelajaran.
Jenis produk inovasi digital “Academe” yang dihasilkan adalah
berteraskan konsep Gamification. Jenis produk adalah permainan digital
RPG (Role-Playing Game). Jenis permainan ini merupakan sebuah kategori
permainan yang mana para pemain mengawal beberapa watak di dalam
sebuah latar cerita. Para pemain bertanggungjawab atas peranan yang
2
dimainkan. Selalunya situasi tersebut berlaku di bawah suatu penceritaan
yang ditetapkan, sama ada menerusi lakonan terus, membuat pilihan
berstruktur ataupun menerusi sebuah pembangunan watak (rujuk Rajah 1).
Tindakan yang dilakukan dalam sebuah permainan akan menjejaskan markah
bagi setiap aspek VARK (Visual, Auditory, Reading/Writing, Kinesthetic).
Gaya Pembelajaran Gaya Pembelajaran
Kinesthetic Reading/Writing
Gaya Pembelajaran Gaya Pembelajaran
Auditory Visual
Rajah 1: Aplikasi “Academe” yang berkonsep Gamification dalam
bentuk RPG (Role-Playing Game)
Hasil inovasi “Academe” ini berfokuskan kepada golongan murid yang
mengalami masalah dalam bidang akademik, contohnya mereka yang tidak
dapat belajar dengan baik walaupun telah cuba mengulang kaji dalam masa
yang lama. Selain daripada murid-murid bermasalah pembelajaran, murid
yang lain juga wajar menggunakan intervensi “Academe” kerana ia dapat
membantu memudahkan proses pembelajaran selepas mengenal pasti gaya
pembelajaran masing-masing. Dalam hal ini, Guru Bimbingan dan Kaunseling
(GBK) bertindak sebagai pemudahcara dan berperanan untuk memberi
keyakinan dan motivasi kepada murid untuk belajar. GBK bukannya mengajar
murid untuk menyelesaikan soalan matematik atau menjawab soalan-soalan,
tetapi GBK membimbing murid belajar untuk belajar (kemahiran dan teknik
belajar). Dengan menggunakan kaedah kenal pasti gaya pembelajaran yang
bersesuaian dengan diri, murid dikatakan lebih mudah untuk menerap ilmu
3
dan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam pembelajaran. Dengan kata
lain, murid dapat mengaplikasikan cara-cara belajar dengan berkesan.
Model VARK ini adalah model gaya pembelajaran yang diubahsuai
daripada Model VAK. Fleming dan Baume (2006) menjelaskan model VARK
dalam menentukan gaya belajar seseorang. Sehubungan dengan itu, Model
VARK ini mengandungi empat aspek, iaitu gaya pembelajaran jenis Visual,
Auditory, Reading/Writing serta Kinesthetic, dan nama model ini adalah terdiri
daripada akronim perkataan tersebut. Keempat-empat gaya pembelajaran ini
akan digunakan dalam kajian ini. Jadual 1 merupakan kecenderungan gaya
pembelajaran mengikut Model VARK:-
Jadual 1:
Kecenderungan Gaya Pembelajaran mengikut Model VARK
Mode Tendency in learning process
Visual Learning by looking at pictures, graphs, videos, and
graphics.
Auditory Receive learning by listening method, by speaking or from
music, discussion, and explanation.
Reading /
Writing Prefer words and texts as an information obtaining method.
They like presentation style by text or writing.
Kinaesthetic
More likely to experience through physical movement
aspect while studying, such as, touch, feel, hold, perform
and move something. They prefer hands on work, practical,
project and real experience.
1.3 REFLEKSI
Inspirasi intervensi “Academe” adalah bermula dari pengalaman pengkaji
semasa belajar di sekolah. Pada masa dulu, pengkaji menghadapi masalah
susah memfokuskan diri untuk belajar, dan sentiasa mengambil masa yang
lama untuk mengulang kaji. Hal ini demikian kerana pengkaji tidak dapat cari
gaya belajar yang bersesuaian dengan diri. Di sini, pengkaji telah menyedari
perbezaan individu dari aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial.
Akibatnya perbezaan individu ini, seseorang akan mempunyai kepelbagaian,
4
iaitu kecenderungan gaya belajar atau cara belajar yang berbeza, serta kadar
pembelajaran yang berlainan. Dalam seseorang individu kemungkinan
mempunyai gaya pembelajaran yang dominan, contohnya, gaya
pembelajaran jenis Reading/Writing dapat belajar dengan berkesan dengan
cara menulis atau membaca nota. Manakala ada juga yang dapat
menggunakan gaya belajar yang berbeza pada masa yang sama, ini dikenali
sebagai gaya pembelajaran bimodal atau multimodal. Kepelbagaian ini perlu
dikenal pasti oleh setiap individu murid supaya dapat mengambil kira
perbezaan gaya pembelajaran. Dengan mengetahui serta mengenal
kecenderungan gaya belajar, murid dapat menyesuaikan diri supaya lebih
fokus untuk menyerap ilmu pengetahuan.
Selain daripada itu, mengikut isu semasa, pelbagai usaha yang telah
dijalankan serta dipertingkatkan oleh pihak pentadbir sekolah bagi memenuhi
kehendak pendidikan dan meningkatkan prestasi akademik murid. Antara
usahanya ialah mengadakan kursus motivasi, bengkel kecemerlangan,
ceramah dan sebagainya. Bukan itu sahaja, sekolah juga telah mengadakan
kelas terancang untuk murid cemerlang dan kelas pemulihan untuk murid
lemah. Namun begitu, masih ramai di antara murid yang mencapai tahap
kelulusan yang mendatar dan rendah. Mohd Zain Abdul Kader (1994)
menjelaskan bahawa hal ini adalah kerana murid yang mengalami masalah
pembelajaran, kurang bermotivasi dan kurang memahami teknik-teknik belajar
yang berkesan. Mereka selalunya rendah diri kerana menganggap dirinya
tidak ada kebolehan seperti kawan-kawan yang lain. Dalam hal ini, pengkaji
mendapati bahawa prestasi akademik murid dapat dipertingkatkan dengan
menyedari gaya belajar yang bersesuaian dengan dirinya. Ini disokong oleh
Alias (2005) yang membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di
antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik murid dalam
kajiannya. Oleh itu, pengkaji mempercayai bahawa intervensi “Academe” ini
berkesan kerana murid akan lebih bermotivasi untuk belajar setelah mereka
menguasai teknik belajar. Pendekatan ini membantu murid menganalisis gaya
belajar sendiri mengikut hasil dapatan soal selidik VARK, dan secara tidak
langsung meningkatkan keberkesanan belajar secara optimum.
5
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 HURAIAN FOKUS KAJIAN
Isu yang difokuskan dalam kajian ini ialah masalah akademik atau
pembelajaran dalam kalangan murid tahap dua. Bagi menjalankan kajian
tindakan ini, pengkaji telah menitikberatkan tiga perkara, antaranya ialah
kepentingan, kolaborasi dan kerelevenan kepada sekolah.
2.1.1 KEPENTINGAN
Dalam masa ini, arus globalisasi telah membentuk hala tuju baharu pendidikan
dunia ke gelombang pembelajaran digital. Hal ini dapat dilihat pada situasi
sekarang, iaitu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Bimbingan secara bersemuka yang terhad ini sangat memerlukan murid
menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang berbeza. Sebelum itu,
guru mungkin mampu menumpukan perhatian sepenuhnya untuk
membimbing murid, manakala pelaksanaan PDPR ini memerlukan murid yang
berdikari. Selain daripada kelas dan bengkel, murid mempunyai lebih banyak
masa untuk belajar sendiri. Oleh itu, dengan mengenal pasti gaya
pembelajaran, mereka dapat mengubah cara belajar, secara tidak langsung
membolehkan situasi pembelajaran yang bermakna. Dengan pelaksanaan
intervensi “Academe”, GBK dapat membantu murid merangka orientasi
strategi dan proses pembelajaran dari aspek gaya pembelajaran.
Intervensi Academe ini boleh digunakan oleh guru bimbingan
kaunseling atau guru-guru akademik bagi menangani masalah yang sama
dihadapi oleh murid-murid. Pada masa yang sama, guru akademik dapat
membuat penyesuaian pengajaran secara individu. Keupayaan pembelajaran
murid dipengaruhi oleh perbezaan gaya kognitif dan strategi pembelajaran
yang sedia ada atau mengikut kesesuaian suasana pembelajaran yang
mungkin berbeza. Dalam perkataan lain, murid yang berkebolehan sederhana
masih boleh meningkatkan pencapaian pembelajarannya menerusi usaha dan
belajar dengan menggunakan cara-cara yang berkesan.
6
2.1.2 KOLABORASI
Kolaborasi adalah merujuk kepada cara berinteraksi pengkaji dengan pihak
sekolah dan ia sangat penting terutamanya semasa pengumpulan data awal
dalam mengenal pasti keadaan peserta kajian semasa bertanya soalan.
Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji telah mendapat kerjasama yang
baik daripada pihak pentadbiran dan GBK kerana membenarkan pengkaji
menjalankan kajian tindakan tindakan terhadap peserta kajian. Pengkaji telah
memastikan waktu perjumpaan dengan peserta kajian bukan pada kelas teras
supaya ia tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Bagi peserta kajian pula, mereka amat sudi untuk datang ke sesi
bimbingan dan kaunseling dengan ikhlas dan menepati masa. Pada masa
yang sama, mereka juga memberi kerjasama yang baik apabila melaksanakan
aktiviti dan mengisi borang. Ini membantu kelancaran pengkaji dalam
mengumpul data. Selain itu, pengkaji juga mendapat banyak bimbingan dan
tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing selama melaksanakan kajian
tindakan ini Kolaborasi pertama pengkaji dengan pensyarah pembimbing
adalah untuk membincangkan isu, penetapan tajuk kajian serta perancangan
intervensi. Perbincangan bersama rakan guru juga memberi pengkaji banyak
maklumat mengenai kajian yang dilaksanakan.
2.1.3 KERELEVANAN KEPADA SEKOLAH
Kriteria kerelevanan merujuk kepada kesesuaian fokus kajian kepada amalan
sendiri dan rakan sejawat, serta organisasi. (Chow & Jaizah Mahmud, 2011).
Dalam konteks ini, kajian pengkaji relevan dengan situasi murid di sekolah
kajian. Antara 13 orang murid yang mengisi borang khidmat sesi kaunseling
secara sukarela, terdapat 9 orang murid, iaitu 69.23% murid yang cuba
mendapat perkhidmatan kaunseling untuk membincangkan mengenai isu
akademik. Manakala bagi sesi bimbingan kelas pula, terdapat 13 daripada 25,
iaitu 52% murid kelas tahap dua yang menyatakan bahawa mereka
menghadapi masalah apabila membuat kerja rumah atau belajar di dalam
kelas. Oleh itu, kajian ini dapat melengkapkan diri murid dengan kemahiran
belajar supaya dapat mengurangkan masalah belajar.
7
Selain itu, kajian ini juga relevan dengan keperluan sekolah. Ini adalah
disebabkan pihak sekolah juga berhasrat untuk meningkatkan kemahiran
belajar dalam kalangan murid tahap dua. Situasi ini adalah seperti yang
dinyatakan oleh Sarena Abdul Karim (2003), sistem pendidikan di Malaysia
masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Sangat sedikit
murid didedahkan dengan model gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
semasa di peringkat awal persekolahan. Oleh itu, ia adalah sangat penting
untuk murid mengenal pasti gaya pembelajaran dan mengaplikasi teknik
belajar yang sesuai secara optimum. Apabila murid mempunyai kesediaan
dan strategi yang betul untuk belajar, mereka dapat meneroka dan mencari
ilmu pengetahuan secara aktif.
2.2 MODEL KAJIAN
2.2.1 MODEL TINDAKAN KEMMIS DAN MC TAGGART
Kajian tindakan ini adalah berasaskan kepada Model Kemmis dan McTaggart.
Menurut Kemmis dan McTaggart (2005), kajian tindakan merupakan suatu
kitaran yang memperlihatkan langkah-langkah kajian tersebut dijalankan.
Beliau berpendapat bahawa satu kitaran kajian mempunyai empat langkah
iaitu, (1) merancang, (2) bertindak, (3) memerhati dan (4) mereflek. Dengan
menggunakan model ini, pengkaji dapat memperbaiki, mengubah dan
meningkatkan amalan perkhidmatan dalam bidang bimbingan dan kaunseling.
Selain itu, kajian ini melibatkan proses perkembangan amalan perkhidmatan
melalui analisis yang kritikal. Setiap kitaran bersambung dengan kitaran
seterusnya yang melibatkan refleksi, merancang semula, bertindak dan
memerhati dalam kitaran baharu sehingga sesuatu masalah dapat
diselesaikan (rujuk Rajah 2).
8
Rajah 2: Model Kemmis & McTaggart (2005)
Akhir sekali, penyelidik menganalisis data-data yang dikumpul secara
keseluruhan terhadap penggunaan intervensi dari sebelum, semasa hingga
selepas pelaksanaan intervensi “Academe”. Antara aspek yang dianalisis
dalam refleksi ialah respon atau tindak balas peserta kajian semasa
pelaksanaan intervensi (dengan menggunakan google form), data-data yang
dikumpulkan melalui kaedah-kaedah pengumpulan data serta komen atau
maklum balas yang diberikan oleh guru mata pelajaran. Selepas itu, penyelidik
membuat penambahbaikan atau pengubahsuaian aplikasi “Academe”
mengikut cadangan-cadangan yang diberi bagi membantu meningkatkan
motivasi dan minat murid terhadap pembelajaran. Dalam pelaksanaan sesi
kaunseling dengan intervensii “Academe”, pengkaji telah mengaplikasikan
dua teori, iaitu Teori Behavioris dan Teori Humanistik.
9
2.2.2 TEORI BEHAVIORISTIK (SHAPING BEHAVIOUR)
Teori Behaviourisme adalah pembelajaran berkaitan dengan perubahan
tingkah laku. Oleh itu, tingkah laku peserta kajian boleh diperhatikan, dikawal
dan diramal. Sehubungan dengan itu, Gladding & Batra (2007) telah
mengemukakan pendekatan Rehearsal Perlakuan, iaitu suatu cara membuat
latihan menggunakan perlakuan baru. Contohnya, peserta kajian dilatih untuk
mengubah tingkah laku dan menyesuaikan diri dengan gaya pembelajaran
yang dikenal pasti. Kecenderungan peserta kajian biasanya akan dikenal pasti
dengan skor keutamaan iaitu skor paling tinggi mengikut kategori gaya
pembelajaran. Selain itu, kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh
diperkukuhkan melalui latihan. Teori Behavioris ini bertujuan untuk menanam
sifat tanggungjawab dan sikap positif murid terhadap pembelajaran. Dengan
menggunakan teknik peneguhan yang sesuai, ia dikatakan dapat menjurus
kepada pembentukkan emosi dan memberikan konsep pembelajaran yang
terancang untuk peserta kajian. Mereka dibimbing untuk merancang Individual
Learning Plan (ILP) bagi setiap mata pelajaran ataupun dalam bentuk jadual
masa seharian supaya dirinya bermotivasi untuk mengulangkaji dan berusaha
dalam pembelajaran. Peserta kajian akan disusuli dengan cara belajar dan
pengurusan masa murid dari semasa ke semasa. Rajah 3 merupakan Model
Belajar Behaviorisme yang menerangkan perubahan tingkah laku murid
dengan bantuan intervensi “Academe”.
Rajah 3: Model Teori Belajar Behaviorisme
10
2.2.3 TEORI HUMANISTIK (REAL-SELF VS IDEAL-SELF)
Bagi Teori Humanistik pula, Carl Rogers (1995) menyatakan potensi yang
terdapat dalam diri individu akan melahirkan self-esteem dan membantu
kepada perkembangan potensi diri. Oleh itu, pengkaji perlu mewujudkan
suasana yang kondusif bagi membantu pencapaian estem kendiri yang tinggi
dalam diri peserta kajian. Sekiranya matlamat tersebut tercapai, maka peserta
kajian akan membentuk peribadi yang baik dan seterusnya akan bertingkah
laku seperti yang dikehendaki. Dalam kajian ini, pengkaji menekankan konsep
Real-self vs Ideal Self (Rajah 4), iaitu perlakuan tidak konguen di antara
konsep kendiri dengan pengalaman.
Rajah 4: Konsep “Real-Self” vs “Ideal-Self”
Peserta kajian dikehendaki mempunyai kesediaan menerima dan
merasai realiti sebenar dan mengenali diri sendiri. Oleh itu, pengkaji akan
berbincang dengan klien dari segi persepsi diri, kebiasaan serta
kecenderungannya dalam kehidupan atau pembelajaran. Peringkat ini
membantu peserta kajian melihat secara objektif kekuatan dan kelemahan diri
mereka dalam bidang akademik. Mereka perlu memfokus kepada kekuatan
diri dan menjadikan kekuatan diri itu sebagai salah satu asas meningkatkan
pencapaian akademik yang lebih baik. Pada masa yang sama, mereka perlu
menetapkan matlamat yang ingin dicapai (yang bersesuaian dengan tahap
mereka) dan berusaha mencapai matlamat tersebut.
11
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
3.1 OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenal pasti gaya pembelajaran dalam kalangan peserta kajian.
ii. Menentukan tahap kemahiran belajar murid dengan
mengaplikasikan gaya pembelajaran masing-masing.
3.2 SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian, soalan kajian adalah seperti berikut:
i. Apakah gaya pembelajaran peserta kajian?
ii. Bagaimanakah mengaplikasikan gaya pembelajaran supaya dapat
belajar dengan berkesan?
12
4.0 PESERTA KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada murid yang mengalami masalah pembelajaran
terutamanya murid tahap dua, iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Pemilihan peserta kajian
ini adalah secara rawak, pengkaji telah memilih salah satu kelas daripada
kelas tahap dua. Empat orang murid dari kelas Tahun 5 telah dijemput untuk
menyertai kajian ini. Pemilihan murid dari kelas yang sama adalah bertujuan
untuk memudahkan pengkaji melaksanakan intervensi dengan lancar.
Matlamat kajian ini adalah bagi mengenal pasti gaya pembelajaran peserta
kajian yang mengalami masalah pembelajaran dengan menggunakan
intervensi “Academe”.
Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik atau kemahiran
belajar yang bersesuaian berdasarkan gaya pembelajaran. Hal ini penting
supaya peserta kajian dapat mengaplikasikan gaya pembelajaran masing-
masing dan belajar dengan berkesan. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah
mengutip data yang berkaitan bidang akademik murid iaitu pencapaian
akademik terkini (dalam peperiksaan bulan Mac). Pengkaji telah mewakili julat
markah yang didapati dalam bentuk gred berdasarkan gred permarkahan
sekolah rendah (rujuk Lampiran C). Seterusnya, pengkaji mengumpulkan
maklumat-maklumat tersebut dalam Jadual 2.
Jadual 2:
Maklumat-maklumat peserta kajian yang dikumpul
Nama Kod Bahasa Bahasa Bahasa Matematik Sains
Murid Nama Melayu Inggeri Cina
B B
Murid A KK004A C s B D B
Murid B KK004B D A B B C
Murid C KK004C C A B C B
Murid D KK004D D B C
C
13
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Setelah menetapkan tema kajian, pengkaji telah mengumpulkan literatur yang
relevan dan menetapkan langkah-langkah tindakan. Proses tindakan kajian
telah ditunjukkan dalam Rajah 5 di bawah:
Rajah 5: Proses Tindakan Kajian
14
5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Proses Intervensi “Academe”:
•Ujian Pra
•Peserta kajian membuat andaian gaya pembelajaran diri
Google Form
AR Model •Persembahan Video - Kepentingan Gaya Pembelajaran & Isu-isu Pembelajaran
(Assemblr) •Penerangan tentang 5 jenis Gaya Pembelajaran (VARK), termasuklah Multimodel
•Soal selidik Model VARK
•Tujuan: mengenal pasti gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan diri
Aplikasi "Academe"
Google Form •Ujian pos
•Tujuan: menguji keberkesanan aplikasi "Academe" dalam mengenal pasti gaya
pembelajaran peserta kajian
Temu bual
Individual Learning •Merancang jadual masa untuk mengulang kaji
Plan (ILP)
•Peserta kajian cuba menyesuaikan diri dengan gaya pembelajaran yang
dikenalpasti
•Susulan dilaksanakan dari semasa ke semasa
Pemerhatian
•Selepas 1 bulan, membuat analisis
•Pemerhatian tingkah laku dalam masa intervensi
Analisis
Intervensi ini mengandungi lima langkah utama iaitu, (1) Penetuan Set, (2)
Penerangan / Demonstrasi, (3) Praktis / Latihan terbimbing, (4) Maklum balas
dan akhirnya (5) Amalan / Praktis lanjutan.
15
Langkah 1 – Penentuan Set
Pengkaji dan peserta kajian menetapkan matlamat yang spesifik dan
menyatakan matlamat akhir proses intervensi dengan jelas. Matlamat tersebut
hendaklah realistik dan boleh dicapai mengikut tahap dan tabiat belajar
peserta kajian. Sebelum menjalankan intervensi “Academe”, murid akan
menjalani satu ujian Pra dengan menggunakan Google Form (rujuk Rajah
6). Ujian pra yang digunakan untuk mendapat data-data bagi mengukur
keberkesanan intervensi “Academe” dalam membantu mengenal pasti gaya
pembelajaran murid.
Rajah 6: Google Form, URL - https://forms.gle/EQj6LTqwT1TGqGcL6
Kemudian, pengkaji bersama-sama peserta kajian, membimbing
mereka mengenal pasti punca masalah akademik. Pada masa yang sama,
pengkaji perlu menjelaskan kepada peserta kajian berkenaan dengan
perbezaan individu, seperti tahap kecedasan dan gaya pembelajaran yang
diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain.
Langkah 2 – Penerangan / Demonstrasi
Seterusnya, pengkaji mempersembahkan video berkenaan dengan
kepentingan gaya pembelajaran dan isu-isu umum yang dihadapi oleh murid
dalam pembelajaran dengan menggunakan Assemblr – Augmented Reality
(AR) Model (rujuk Rajah 7). Merujuk kepada AR Model itu, pengkaji membuat
penerangan tentang 5 jenis Gaya Pembelajaran (VARK), termasuklah
Multimodal.
16
Rajah 7: Video dan Model Gaya Pembelajaran VARK dalam
Augmented Reality (AR)
Peserta kajian diberi masa 30 minit untuk menggunakan aplikasi
“Academe” dan menyelesaikan soal selidik Model VARK dalam aplikasi
tersebut. Ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang
bersesuaian dengan diri peserta kajian. Selepas itu, pengkaji akan
menerangkan atau mendemonstrasi contoh-contoh teknik belajar yang dapat
dilakukan mengikut gaya pembelajaran masing-masing di halaman keputusan
pengiraan skor bagi setiap jenis gaya pembelajaran (rujuk Rajah 8). Pada
masa yang sama, peserta kajian akan menggunakan cara belajar yang
tersendiri untuk mencatatkan nota bagi Model VARK tersebut.
Rajah 8: Halaman keputusan pengiraan skor bagi setiap jenis
gaya pembelajaran
17
Seterusnya, peserta kajian akan mengisi Google Form sekali lagi
sebagai ujian pos untuk melihat kemajuan atau kelemahannya selepas
menjalankan intervensi “Academe”. Set soalan bagi ujian pos adalah sama
dengan ujian pra.
Langkah 3 - Praktis / Latihan terbimbing
Dengan menggunakan intervensi “Academe” dikatakan dapat menjurus
kepada pembentukkan emosi dan memberikan konsep pembelajaran yang
terancang untuk peserta kajian. Mereka dibimbing untuk merancang
Individual Learning Plan (ILP) bagi setiap mata pelajaran ataupun dalam
bentuk jadual masa seharian supaya dirinya bermotivasi untuk
mengulangkaji dan berusaha dalam pembelajaran. ILP yang dirancang itu
adalah hasil perbincangan kaunselor dengan murid, kaunselor perlu
memastikan ILP adalah bersesuaian dengan tahap, persepsi diri, tabiat dan
kecenderungan belajar murid tersebut. Peserta kajian akan disusuli dengan
cara belajar dan pengurusan masa murid dari semasa ke semasa.
Langkah 4 – Maklum balas
Penyelidik menemu bual dengan setiap peserta kajian mengenai pelaksanaan
intervensi “Academe” untuk mendapatkan pandangan mereka dalam
keberkesanan dalam penghasilan intervensi ini. Beberapa soalan akan
ditanya oleh penyelidik untuk menganalisis dan menambahbaikkan intervensi
tersebut. (rujuk kepada perancangan mengumpul data - Temu bual). Dalam
masa 1 bulan – 3 bulan (mengikut kesesuaian), penyelidik perlu sentiasa
membuat susulan supaya peserta kajian masih bermotivasi untuk belajar.
Selain itu, penyelidik akan memerhatikan tingkah laku dalam masa
intervensi melalui penggunaan borang senarai semak pemerhatian
(meminta guru mata pelajaran membuat pemerhatian).
Langkah 5 – Amalan / Praktis Lanjutan
Akhirnya, sesi intervensi tersebut boleh ditamatkan. Pengkaji boleh membuat
kesimpulan berdasarkan pengumpulan data peserta kajian seperti melalui
pemerhatian tingkah laku oleh guru mata pelajaran mereka. Di sini, pengkaji
mengaplikasikan teknik peneguhan yang sesuai. Peringkat ini membantu
18
peserta kajian melihat secara objektif kekuatan dan kelemahan diri mereka
dalam bidang akademik. Dengan itu, mereka menjadikan kekuatan diri itu
sebagai salah satu asas untuk belajar dengan lebih baik dan berkesan.
Jadual 3:
Pelaksanaan Intervensi “Academe” dalam 1-3 bulan (mengikut kesesuaian)
MINGGU • Menetapkan matlamat yang spesifik dan menyatakan matlamat
1 akhir proses intervensi dengan jelas
MINGGU • Mengenal pasti punca utama pencapaian akademik yang rendah
2 (kaunseling individu)
MINGGU • Menjelaskan kepada peserta kajian berkenaan dengan perbezaan
3 individu dari tahap kecedasan dan gaya pembelajaran
MINGGU • Mempersembahkan video berkenaan dengan kepentingan gaya
4 pembelajaran dan isu-isu umum yang dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran dengan menggunakan Assemblr – Augmented
Reality (AR) Model
• Ujian Pra
• Membuat penerangan bagi setiap jenis Gaya Pembelajaran
(VARK)
• Menggunakan aplikasi “Academe” dan menyelesaikan soal selidik
Model VARK dalam aplikasi tersebut
• Ujian Pos penggunaan aplikasi “Academe”
• Menganalisis jumlah skor bagi setiap jenis gaya pembelajaran
• Merancang Individual Learning Plan (ILP) bagi setiap mata
pelajaran ataupun dalam bentuk jadual masa seharian
• Perbincangan dan susulan
• Temu bual mengenai pelaksanaan intervensi “Academe”
• GBK menggunakan borang senarai semak untuk membuat
pemerhatian gaya pembelajaran murid
• Meminta kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk membuat
pemerhatian dengan menggunakan borang senarai semak
pemerhatian yang diubahsuai mengikut elemen-elemen VARK
(optional)
19
MINGGU • Perbincangan dan susulan
5 • Perbincangan dan susulan
• Perbincangan dan susulan
MINGGU • Penamatan dan membuat kesimpulan
6
MINGGU
7
MINGGU
8
Jadual 4:
Carta Gantt Intervensi “Academe”
AKTIVITI SEMESTER 7 (Minggu) 1
11 2
Mengenal Pasti Masalah
Perancangan Proposal Kajian 123456789
Penyediaan Proposal Kajian 01
Penerokaan Aplikasi
Penghantaran Proposal
(Semakan)
Pembangunan Projek
Perlaksanaan Projek
Pengujian Projek
Pengumpulan Data
Laporan Proposal Kajian
Penyerahan Tugasan
Jadual 5:
Kos Pembinaan Peralatan Intervensi “Academe”
20
Bahan Harga Seunit Harga Keseluruhan (RM)
Perisian Scratch
(RM)
Percuma Percuma
Perisian Assemblr Percuma Percuma
RM 0
Studio
JUMLAH KESELURUHAN
ANGGARAN KOS:
Tiada kos diperlukan untuk membina “Academe” kerana perisian Scratch dan
Assemblr Studio boleh digunakan secara percuma (Jadual 5). Guru Bimbingan
dan Kaunseling (GBK) cuma perlu memuat naik perisian Assemblr di telefon
pintarnya untuk mengimbas kod Assemblr untuk menghasilkan AR Model bagi
penerengan pelbagai gaya pembelajaran VARK. Selain itu, GBK boleh
memuat naik perisian Scratch Desktop ataupun menggunakan Scratch secara
atas talian untuk proses soal selidik Gaya Pembelajaran VARK.
5.2 PERANCANGAN MENGUMPUL DATA
5.2.1 ANALISIS DOKUMEN
Menurut Othman Lebar (2015), pengumpulan data melalui analisis dokumen
dapat memberi maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji.
Analisis dokumen yang digunakan adalah inventori gaya pembelajaran VARK
(rujuk Lampiran B) yang diperkenalkan oleh Flemming. Borang tersebut dipetik
daripada laman web rasmi VARK (https://vark-learn.com/), dalam laman web
tersebut juga menyeneraikan inventori dalam pelbagai versi bahasa, cara
penggunaan, sistem permarkahan, maklumat hak cipta dan sebagainya.
Terdapat 16 soalan yang terkandung dalam borang selidik gaya
pembelajaran VARK ini, bagi setiap soalan terdapat 4 pilihan, peserta boleh
memilih jawapan mengikut kesukaan. Selain itu, mereka boleh pilih lebih
daripada satu jawapan bagi setiap soalan. Jika mereka tidak pasti, mereka
juga boleh tinggalkan kosong. Setiap 4 pilihan ini mewakili V (Visual), A
(Auditory), R (Reading/Writing), K (Kinesthetic), empat jenis gaya
pembelajaran. Kajian ini telah mendapat kebenaran penggunaan hak cipta
VARK menerusi email (rujuk Lampiran D).
21
Kajian ini telah membahagikan gaya pembelajaran VARK kepada 3
jenis utama, iaitu keutamaan tunggal, bimodal dan multimodal. Terdapat gaya
pembelajaran V, A, R, K dalam keutamaan tunggal; gaya pembelajaran VA,
VR, VK, AR, AK, RK dalam keutamaan bimodal; dan gaya pembelajaran VAR,
VAK, VRK, ARK, VARK dalam keutamaan multimodal. Kesemuanya ialah 15
gaya pembelajaran, pembahagian adalah seperti Jadul 6 berikut:-
Jadual 6:
Jenis Gaya Pembelajaran VARK
Single Preferences Bimodal Preferences Multimodal Preferences
V (Visual) VA VAR
VR VAK
A (Auditory) VK VRK
R (Reading/Writing) AR ARK
AK VARK
K (Kinesthetic) RK
Analisis darjah soal selidik gaya pembelajaran VARK adalah seperti berikut:
(1) Analisis kesahan: Keempat-empat ciri V, A, R, K digunakan sebagai gaya
pembelajaran asas, hubungan antara satu sama lain merupakan
gabungan strategi pembelajaran yang sesuai.
(2) Analisis kebolehpercayaan: Menurut kaedah statistik, Soal Selidik Gaya
Pembelajaran VARK adalah selaras dengan keputusan Analisis Faktor
Kesahan (Confirmatory Factor Analysis - CFA) yang hasilkan. Mengikut
keputusan Confirmatory Factor Analysis (CFA), Visual (V) = .85,
Auditory (A) = .82, Reading/Writing (R) = .84, Kinesthetic (K) =
.77. Ini menunjukkan bahawa soal selidik ini mempunyai kepercayaan
yang tinggi. Oleh itu, ia sesuai untuk diguna dalam kajian ini.
5.2.2 SOAL SELIDIK
Sebelum menjalankan intervensi “Academe”, ujian pra diberikan kepada
peserta kajian dengan menggunakan Google Form. Selepas intervensi
22
dilaksanakan, pengkaji memberikan Ujian Pos dengan menggunakan set
soalan yang sama. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
Bahagian A yang terdiri daripada maklumat demografi pelajar dan Bahagian B
yang terdiri daripada maklumat untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang
diamalkan. Soalan daripada Bahagian B ini mengandungi jawapan aneka
pilihan iaitu menggunakan Skala Likert. Skala Likert yang digunakan terdiri
daripada lima tahap persetujuan seperti yang dilampirkan pada Jadual 7. Set
soal selidik yang dibina diedarkan kepada peserta kajian sebelum dan selepas
intervensi “Academe”. Soal selidik ini dapat mengesan sejauh mana
kefahaman dan ingatan peserta kajian mengenai apa yang dipelajari tentang
gaya pembelajaran VARK sebelum dan selepas intervensi “Academe”.
Jadual 7:
Pemberatan Skala Likert
Skala 1 2 345
Likert
Maklum Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
Balas Tidak Setuju Setuju (S) Setuju
Setuju (TS) (KS) (SS)
(STS)
5.2.3 TEMU BUAL
Berdasarkan soalan kajian, temu bual merujuk kepada teknik mengutip data
daripada subjek melalui dialog atau perbincangan, dan mendapatkan reaksi
secara lisan atau tanpa lisan. Temu bual boleh dibahagikan kepada 3 jenis,
iaitu temu bual berstruktur, semi-berstruktur dan tidak berstruktur. Dalam
kajian ini, peserta kajian merupakan murid tahap dua. Oleh itu, pengkaji telah
melaksanakan temu bual semi-berstruktur supaya mereka tidak terlalu
tertekan dan dapat menjawab dengan lebih fleksibel. Penggunaan soalan
terbuka membolehkan murid mengungkapkan idea dan perasaan mereka
sepenuhnya. Topik utama dan kandungan temu bual yang sesuai ditujukan
dalam temu bual adalah seperti berikut:-
23
(1) Apakah komen atau perasaan apabila menampak peralatan
intervensi “Academe”?
- Apakah nama intervensi ini?
- Apakah “first impression” bagi intervensi ini?
(2) Apakah cara yang anda guna untuk belajar tentang gaya
pembelajaran VARK ini?
- Semasa GBK menerangkan tentang model VARK, apakah cara
yang digunakan supaya anda lebih faham atau ingat tentang apa
yang diterangkan?
(3) Semasa mempelajari tentang gaya pembelajaran VARK, apakah
halangan yang anda hadapi?
- Semasa menggunakan peralatan intervensi “Academe”, apakah
halangan yang dihadapi?
- Bagaimana anda menyelesaikan masalah tersebut?
- Lain-lain
(4) Apakah kesan intervensi “Academe” ini kepada pembelajaran
anda?
- Selepas mengenal pasti gaya pembelajaran yang bersesuaian,
adakah ini membantu anda belajar dengan lebih baik?
- Apakah komen atau perasaan anda selepas menggunakan
peralatan intervensi “Academe”?
5.2.4 PEMERHATIAN
Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian tidak turut serta melalui borang
senarai semak pemerhatian (rujuk Lampiran E) supaya pengkaji tidak bias
semasa membuat pemerhatian dan mengelakkan perlakuan klien yang tidak
kongruen. Data-data yang diperoleh dikatakan lebih tulen, kerana peserta
kajian mungkin tidak menyedari kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan
menunjukkan tingkah laku yang sebenar. Contohnya, GBK boleh meminta
kerjasama daripada guru kelas untuk mengenal pasti tingkah laku murid di
kelas, sama ada murid tersebut berusaha dalam pembelajarannya atau tidak.
Jelasnya, dengan kerjasama guru kelas dapat mengenal pasti sikap dan
motivasi diri murid. Manakala, dalam proses kajian ini, pengkaji menggunakan
24
Model VARK sebagai proses pengajaran. Pemerhatian dijalankan sepanjang
sesi, apa yang perlu memberi tumpuan ialah “Bagaimanakah murid
memahami konsep Gaya Pembelajaran VARK?”. Perwakilian gaya
pembelajaran VARK adalah seperti Jadual 8.
Jadual 8:
Perwakilan Gaya Pembelajaran VARK melalui kaedah pemerhatian
Aspek Utama Pemerhatian Perwakilan
V
Bagaimanakah Melukis / Melihat kepada peta minda A
murid R
memahami Perbincangan / Bertanya / Mendengar
konsep Gaya pengajaran guru
Pembelajaran
VARK? Membaca / Menulis nota
Menggerakkan Model VARK / K
Demonstrasi -
Tidak buat apa-apa
25
5.3 CARA PENGANALISISAN DATA
Pemerhatian
Analisis Dokumen Temu Bual
Rajah 9: Semakan Triangulasi Data
Menurut Mok Soon Sang (2010), kaedah bercantum (triangulation) bermaksud
dua atau beberapa kaedah digunakan dalam sesuatu kajian kualitatif (Rajah
9). Chong (2011) juga berpendapat bahawa triangulasi merupakan salah satu
teknik yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu kajian kualitatif.
Sehubungan dengan itu, triangulasi kaedah membolehkan maklumat dan
gambaran yang diperoleh secara menyeluruh di samping mengukuhkan hasil
dapatan kajian, serta membantu mencapai objektif kajian. Yang pertama,
temu bual adalah untuk menguji kebolehgunaan aplikasi atau intervensi
“Academe”. Pada masa yang sama, menguji kesahan (ketepatan aplikasi
dalam mengenal pasti gaya pembelajaran peserta kajian) dan
kebolehpercayaan (sama ada bantu mereka dalam proses pembelajaran atau
mengenali diri sendiri). Seterusnya, bagi analisis hasil pemerhatian adalah
untuk memastikan peserta kajian mengaaplikasikan kekuatan dirinya dan
bersikap positif dalam proses pembelajaran. Guru mata pelajaran memainkan
peranan sebagai “mata” kepada GBK serta pembimbing kepada peserta
kajian. Guru juga boleh memberi peneguhan (positif atau negatif) mengikut
tingkah laku mereka. Selain itu, analisis dokumen dianalisis mengikut
penilaian prestasi akademik mengikut skor atau latihan pengukuhan yang
dilaksanakan di kelas. Pengkaji menyakinkan bahawa melalui kaedah ini, data
yang dikumpul adalah sah dan memiliki kebolehpercayaan yang tinggi.
26
Tujuan utama kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid
mengenal pasti gaya pembelajaran dan merangka strategi belajar. Empat
kaedah telah digunakan untuk mengumpul data, iaitu analisis dokumen, temu
bual, pemerhatian dan soal selidik. Hasil kajian telah dilaporkan dalam bentuk
jadual, rajah dan teks agar data-data dipaparkan dengan jelas dan mudah
difahami. Kaedah analisis dokumen adalah digunakan untuk menjawab soalan
kajian (1), iaitu mengenal pasti gaya pembelajaran. Kaedah temu bual dan
pemerhatian pula adalah untuk mengkaji strategi belajar murid, di mana
merupakan soalan kajian (2). Akhirnya, kaedah soal selidik adalah untuk
mengukur keberkesanan intervensi “Academe” ini. Deskripsi tentang
keempat-empat kaedah tersebut adalah seperti Rajah 10.
Rajah 10: Deskripsi tentang kaedah-kaedah pengumpulan data
27
6.0 DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
6.1 DAPATAN ANALISIS DOKUMEN
Semasa menjalani soal selidik, Jadual 9 digunakan untuk membuat pengiraan
bilangan item gaya pembelajaran. Bagi setiap jawapan akan diberikan 1 mata.
Setelah mengira jumlah skor peserta kajian, hasil dapatan yang tertinggi
menunjukkan kecendorongan gaya pembelajarannya. Sebagai contohnya,
murid dapat jenis V = 7, A = 4, R = 9 dan K = 9. Jumlah skor murid adalah
29. Bilangan pemilihan jawapannya adalah antara 23 ke 30 jawapan, oleh itu,
kekuatan kecenderungan > 4. Skor tertinggi murid tersebut adalah sebanyak
9 mata, 9 - 4 = 5. Bagi skor yang dapat lebih daripada 5 merupakan gaya
pembelajaran murid tersebut. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa murid
merupakan jenis keutamaan multimodal yang sesuai belajar menggunaan
gaya pembelajaran VRK.
Jadual 9:
Jadual kecenderungan gaya pembelajaran
Bilangan pemilihan jawapan Kekuatan kecenderungan
16 ke bawah >2
17 – 22 >3
23 – 30 >4
30 ke atas >5
Maklumat dipetik daripada: https://vark-learn.com/
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih 4 peserta kajian dari kelas yang
sama bagi memudahkan sesi kaunseling dilaksanakan. Berikut merupakan
dapatan dan analisis data peserta kajian tersebut. Empat peserta kajian yang
terlibat dinamakan sebagai KK004A, KK004B, KK004C dan KK004D. Dapatan
data inventori gaya pembelajaran VARK dikutip dalam Jadual 10 :-
28
Jadual 10:
Kutipan data inventori gaya pembelajaran VARK
Nama Kod Visual Auditory Reading / Kinesthetic
Murid Nama (V) (A) Writing (R) (K)
KK004A 7 4 9
A KK004B 10 4 9 5
B KK004C 1 5 6 6
C KK004D 4 7 3 2
D 3
Selepas itu, data tersebut telah dihasilkan dalam bentuk graf untuk
menampakkan kecenderungan gaya pembelajaran setiap peserta kajian. Graf
tersebut memberi gambaran yang signifikan kepada pengkaji kerana ia sangat
bertepatan dengan hasil interpretasi yang telah dibuat, Oleh itu, ini mencapai
objektif kajian untuk membantu murid mengenal pasti gaya pembelajaran
masing-masing. Dengan itu, Rajah 11 menunjukkan kecenderungan gaya
pembelajaran VARK bagi keempat-empat peserta kajian:-
Kinesthetic (9K) Gaya Pembelajaran VARK KK004A
KK004B
Visual (V) KK004C
10 KK004D
7
8
6
4
2
0 4 Auditory (A)
Reading/W9 riting (R)
Rajah 11: Graf kecenderungan gaya pembelajaran peserta kajian
29
Berdasarkan analisis dan interpretasi inventori gaya pembelajaran
VARK yang dibuat, KK004A merupakan jenis multimodal yang sesuai dengan
gaya pembelajaran Visual (V), Reading/Writing (R) dan Kinesthetic (K), atau
dikenali sebagai VRK. KK004B merupakan jenis bimodal yang sesuai dengan
gaya pembelajaran Visual (V) dan Reading/Writing (R), atau dikenali sebagai
VR. KK004C pula merupakan jenis bimodal yang sesuai dengan gaya
pembelajaran Auditory (A) dan Kinesthetic (K), atau dikenali sebagai AK.
Akhirnya, KK004D merupakan jenis modal tunggal yang sangat bersesuaian
dengan gaya pembelajaran Auditory (A). Dapatan tersebut telah disimpulkan
dalam bentuk jadual, iaitu dalam Jadual 11:-
Jadual 11:
Kesimpulan interpretasi data bagi inventori gaya pembelajaran
Nama Umur Jantina Gaya Jenis Gaya Kod
Murid (Tahun) (L/P) Pembelajaran Pembelajaran
P KK004A
A 11 P VRK Multimodal KK004B
B 11 L VR Bimodal KK004C
C 11 L AK Bimodal KK004D
D 11 A
Single modal
6.2 DAPATAN SOAL SELIDIK
Hasil dapatan soal selik telah dianalisis berdasarkan skala likert yang
ditandakan oleh keempat-empat peserta kajian terhadap 9 soalan yang
terdapat dalam ujian pra dan ujian pos. Skala likert tersebut adalah
merangkumi skala 1 sehingga skala 5. Hasil dapatan secara keseluruhan telah
dikumpulkan ke dalam Jadual 12 dan Jadual 13, seterusnya data-data
tersebut dihasilkan dalam bentuk graf. Ini adalah untuk menggambarkan
perbezaan skala likert yang ditandakan oleh mereka sebelum dan selepas
pelaksanaan intervensi dalam membantu mengenal pasti gaya pembelajaran
masing-masing. Selain daripada itu, soalan-soalan dalam soal selidik tersebut
juga dapat menggambarkan perasaan, pemikiran dan tingkah laku mereka
selepas melibatkan diri dalam intervensi “Academe”.
30
Jadual 12:
Hasil Dapatan Ujian Pra
BIL PERKARA 1 SKALA 5
234
1 Saya tahu tentang gaya pembelajaran / ///
//
2 Saya tahu cara untuk belajar dengan berkesan // ///
3 Saya berminat terhadap topik gaya / /// /
pembelajaran ini /// /
4 Saya sentiasa membuat rancangan masa //
untuk belajar // /
5 Saya sedar bahawa gaya pembelajaran //
/// /
membawa kesan dalam kehidupan saya
6 Saya yakin terhadap cara pembelajaran saya ///
sebelum ini
7 Saya tahu masalah yang saya hadapi dalam /
pembelajaran
8 Saya dapati sesi ini dapat membantu saya //
9 Saya suka melibatkan diri dalam topik gaya
pembelajaran ini
Jadual 13:
Hasil Dapatan Ujian Pos
BIL PERKARA 1 SKALA 5
234 /
1 Saya tahu tentang gaya pembelajaran
2 Saya tahu cara untuk belajar dengan berkesan /// ///
3 Saya berminat terhadap topik gaya // //
pembelajaran ini /
4 Saya sentiasa membuat rancangan masa
// //
untuk belajar
5 Saya sedar bahawa gaya pembelajaran / // /
membawa kesan dalam kehidupan saya / ///
6 Saya yakin terhadap cara pembelajaran saya // / /
7 Saya tahu masalah yang saya hadapi dalam
/ ///
pembelajaran /// /
8 Saya dapati sesi ini dapat membantu saya
9 Saya suka melibatkan diri dalam topik gaya
pembelajaran ini
31
Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Intervensi "Academe"
20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Soalan 9
Sebelum Selepas
Rajah 12: Hasil analisis ujian pra dan ujian pos bagi peserta
kajian sebelum dan selepas intervensi
Hasil analisis sebelum dan selepas intervensi ditunjukkan di Rajah 12.
Sebagai kesimpulan, ini menunjukkan keberkesanan intervensi “Academe” ini
dalam membantu murid mengenal pasti gaya pembelajaran yang bersesuaian
dengan dirinya. Selain itu, mereka juga berjaya memahami dan
mengaplikasikan gaya pembelajaran masing-masing dengan baik. Namun
begitu, kekurangan bagi intervensi “Academe” ialah peserta kajian masih tidak
tahu cara untuk membuat rancangan masa untuk belajar. Hal ini demikian
kerana intervensi ini lebih berfokuskan kepada mengenal pasti gaya
pembelajaran murid, bukannya membimbing murid mengurus masa.
6.3 DAPATAN TEMU BUAL
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan temu bual semi berstruktur.
Temu bual ini dilaksanakan untuk memahami cara murid belajar sepanjang
intervensi ini. Beberapa peserta kajian dipanggil ke bilik kaunseling secara
kelompok, bagi memudahkan sesi kaunseling ini dilaksanakan, GBK telah
memilih peserta dari kelas yang sama. GBK menjalankan sesi membina
32
hubungan sebelum intervensi. Oleh sebab mereka adalah rakan sekelas, sesi
membina hubungan ini berjalan lancar dan mengambil masa yang pendek,
iaitu dalam masa 5 – 10 minit sahaja. Peserta kajian memperkenalkan diri
dalam kumpulan dan menjalankan aktiviti ice-breaking. Kemudian, GBK
melaksanakan proses temu bual mengikut tema yang disediakan:-
(1) Apakah komen atau perasaan apabila menampak peralatan intervensi
“Academe”?
(2) Apakah cara yang anda guna untuk belajar tentang gaya pembelajaran
VARK ini?
(3) Semasa mempelajari tentang gaya pembelajaran VARK, apakah
halangan yang anda hadapi?
(4) Apakah kesan intervensi “Academe” ini kepada pembelajaran anda?
Pengkaji telah merakamkan audio dan membuat nota catatan
sepanjang sesi temu bual berlangsung supaya memastikan tidak tercicir
sebarang maklumat penting. Hasil dapatan temu bual bagi peserta kajian A,
B, C dan D (Jadual 14) telah dicatatkan dalam bentuk transkrip.
Tarikh Temu Bual: 25 APRIL 2021
Masa Temu Bual: 9.00am – 10.00am
Jadual 14:
Peserta kajian yang terlibat
Nama Umur Jantina Gaya Jenis Gaya Kod
Murid (Tahun) (L/P) Pembelajaran Pembelajaran KK004A
KK004B
A 11 P VRK Multimodal KK004C
KK004D
B 11 P VR Bimodal
C 11 L AK Bimodal
D 11 L A Single modal
33