The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idadamha, 2022-07-19 05:05:26

Tugasan 1 - HUI CZE

Tugasan 1 - HUI CZE

Jadual 15:
Transkrip temu bual bersama peserta kajian (Tema 1)

Soalan-soalan Catatan

1. Apakah komen atau • GBK: Siapa masih ingat apakah nama
perasaan apabila intervensi ini?
menampak peralatan (1) Hmm… Akademik? (KK004D)
intervensi “Academe”? (2) A… A… (KK004C)
(3) Academe (KK004A)
(4) Ya, Academe! (KK004B)

• GBK: Apakah “first impression” bagi
intervensi ini?
(1) Saya rasa model VARK itu sangat
berteknologi! (KK004C)
(2) Menarik! (KK004A) (KK004B)
(3) Sangat istimewa, saya tak sangka
model AR akan termucul di atas
kertas itu, saya ingatkan itu QR
code yang biasa sahaja. (KK004C)
(4) Betul tu, (KK004B)

Berdasarkan Jadual 15, ia menunjukkan keberkesanan intervensi
“Academe” terhadap peserta kajian. Oleh sebab ini merupakan kali pertama
murid-murid diperkenalkan dengan model-model Augmented Reality (AR),
mereka tidak kenal istilah tersebut. Selain itu, murid tahu bahawa nama
intervensi “Academe” ini mempunyai perkaitan dengan akademik, mereka
memerlukan peringatan daripada GBK dan bercuba beberapa kali baru dapat
ingat semula nama “Academe”. Ada juga yang keliru nama “Academe” dengan
istilah “Augmented Reality” yang diperkenalkan sebelum itu.

34

Bagi aspek penggunaan peralatan intervensi “Academe” pula, peserta
kajian berpendapat bahawa ia sangat menarik dan berteknologi. Mereka ingin
bercuba untuk memegang peralatan tersebut semasa intervensi dijalankan.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa, peralatan intervensi “Academe” ini dapat
menarik minat murid untuk belajar tentang gaya pembelajaran VARK. Dari
segi grafik animasi atau gambar visual yang digunakan adalah menarik dan
kekemasan aturan grafik juga baik. Penggunaan animasi dapat mengekalkan
fokus murid (terutamanya mereka yang tahap rendah) untuk menumpukan
perhatian dalam tempoh masa yang lebih lama. Secara tidak langsung, ini
dapat mempertingkatkan keberkesanan intervensi “Academe” untuk
membantu peserta kajian mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing.

Jadual 16:

Transkrip temu bual bersama peserta kajian (Tema 2)

Soalan-soalan Catatan

2. Apakah cara yang • GBK: Semasa saya menerangkan
anda guna untuk belajar tentang model VARK, apakah cara
tentang gaya yang anda gunakan supaya lebih
pembelajaran VARK ini? faham atau ingat tentang apa yang
diterangkan?
(1) Saya telah menggunakan teknik
belajar bagi keempat-empat gaya
pembelajaran VARK itu. (KK004A)
(2) Saya melakukan perbincangan
dengan kawan, dan dengar GBK
pengajaran. (KK004D)
(3) Ya, saya rasa GBK ajar dengan
jelas, saya lebih memahami apabila
GBK menggunakan model itu dan
ajar. (KK004B)

35

(4) Saya suka main model VARK
(KK004C)

Soalan-soalan ini dituju dalam Jadual 16 adalah untuk mengenal pasti
yang manakah cara yang paling signifikan dan berkesan kepada murid melalui
intervensi “Academe”. Setelah temu bual, didapati bahawa peserta kajian
menggunakan pelbagai cara dan berpendapat bahawa ia sangat membantu
mereka untuk belajar dengan berkesan. Antara cara-cara yang digunakan
ialah perbincangan bersama kawan, mendengar penjelasan guru, bermain
dengan model VARK. Bagi murid yang bersesuaian dengan gaya
pembelajaran berjenis multimodal atau bimodal, mereka telah menggunakan
gabungan beberapa cara belajar. Contohnya: menggunakan setiap 4 cara
belajar VARK, membuat perbincangan dan mendengar penjelasan guru,
mendengar penjelasan guru dan menggunakan Model VARK. Oleh itu, ini
menunjukkan bahawa peserta kajian dapat mengaplikasikan gaya
pembelajaran dengan baik. Penemuan ini membantu mereka belajar dengan
lebih berkesan.

Jadual 17:
Transkrip temu bual bersama peserta kajian (Tema 3)

Soalan-soalan Catatan

3. Semasa mempelajari • GBK: Semasa menggunakan
tentang gaya pembelajaran peralatan intervensi “Academe”,
VARK, apakah halangan yang apakah halangan yang dihadapi?
anda hadapi? (1) Ada kala tak boleh buka,
loading lama… (KK004D)
(2) Ya sebab tak ada internet
(KK004B)
(3) Kena zoom in, zoom out, dan
bergerak guna tangan, ada

36

kala akan tertekan salah.
(KK004C)
(4) Kena tunggu lama (KK004A)

• GBK: Oh, apa yang anda lakukan
untuk menyelesaikan halangan
tersebut?
(1) Perlu berhati-hati apabila
bergerak model AR itu.
(KK004C)
(2) Saya tak guna model AR itu,
saya hanya tengok nota yang
saya salin tadi. (KK004A)
(3) Saya juga, tadi saya salin
nota apabila GBK mengajar.
(KK004B)
(4) Betul, selepas itu, kami
bincang jawapan, hehe.
(KK004D)

• Lain-lain
(1) GBK akan bimbing saya
menggunakan model AR ini.
(KK004B)
(2) Saya tak cuba guna lagi.
(KK004A)

Jadual 17 menunjukkan halangan yang dihadapi dan cara penyelesaian
bagi halangan yang dikemukakan. Oleh kerana ini merupakan kali pertama
murid-murid menggunakan peralatan Augmented Reality (AR) dan juga
internet di bilik kaunseling ini tidak begitu kuat, terdapat pelbagai cabaran yang
dihadapi semasa intervensi “Academe” ini berjalan. Dalam hal ini, pengkaji
telah menyediakan manual pengguna untuk menggunakan peralatan-

37

peralatan. Murid-murid boleh merujuk kepada manual pengguna (Lampiran F)
apabila menghadapi masalah semasa menggunakan peralatan tersebut. GBK
membimbing murid menggunakan peralatan jika perlu.

Hanya dengan mengimbas QR code pada marker, Model VARK akan
muncul. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti pencahayaan yang
kurang baik dan pergerakan murid, ini menyebakan mereka gagal menyimbas
Model VARK. Secara keseluruhannya, mereka memberi kerjasama yang baik
dan dapat menyesuaikan diri dengan baik. Semasa murid tertekan di tempat
yang salah, mereka tetap sabar dan cuba beroperasi semula. Proses
penggunaan peralatan ini secara tidak langsung memupuk pembelajaran
koperatif antara kelompok. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa, walaupun
intervensi “Academe” bukannya sempurna dan mempunyai banyak
kekurangan, tetapi kekurangan tersebut masih dapat diatasi dengan tindakan
yang sewajarnya. Hasilnya, intervensi “Academe” ini masih dapat membantu
murid mengenal pasti dan mengaplikasi gaya pembelajaran dengan baik.

Jadual 18:

Transkrip temu bual bersama peserta kajian (Tema 4)

Soalan-soalan Catatan

38

Apakah kesan intervensi • GBK: Selepas mengenal pasti gaya
“Academe” ini kepada pembelajaran yang bersesuaian,
pembelajaran anda? adakah ini membantu anda belajar
dengan lebih baik?
(1) Saya dapat ingat dengan lebih baik
semasa menyalin nota (KK004A)
(2) Saya rasa lebih banyak
pengetahuan yang diperoleh
selepas menggunakan teknik
belajar yang sesuai (KK004C)
(3) Saya lebih fokus dan dapat
memberi perhatian yang baik
(KK004B)
(4) Saya dapat belajar dengan lebih
berkesan (KK004D)

• GBK: Apakah komen atau perasaan
anda selepas menggunakan peralatan
intervensi “Academe”?
(1) Tidak begitu membosankan
(KK004C)
(2) Saya rasa inventori gaya
pembelajaran VARK itu amat tepat
(KK004D)

Berdasarkan kepada Jadual 18, murid menyatakan bahawa
pembelajaran lebih menarik berbanding dengan biasa, mereka telah
mengetahui teknik belajar yang berkesan. KK004C bersetuju kerana ia tidak
seperti kaedah pembelajaran yang tradisional iaitu hanya belajar dari buku
teks. Sebelum itu, proses mengisi soal selidik ujian psikologi ialah sesuatu
yang membosankan. Inovasi yang diterapkan dalam kajian ini telah
meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran serta menyediakan
pengujian psikologi yang lebih menarik dan mesra pengguna. Selain itu,

39

KK004D berpendapat bahawa inventori gaya pembelajaran VARK itu amat
tepat, dia rasa dia memang sesuai dengan gaya pembelajaran Auditory. Oleh
itu, ini membuktikan bahawa intervensi “Academe” ini berjaya membantu
murid mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya.
KK004A rasa kaedah membuat nota dengan bentuk visual sangat
membantunya ingat dengan lebih baik, manakala KK004B dapat lebih fokus
dan memberi perhatian dengan apa yang ingin dipelajari. Apabila peserta
kajian mengaplikasikan gaya pembelajaran masing-masing, mereka belajar
dengan lebih berkesan.

6.4 DAPATAN PEMERHATIAN
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengunakan kaedah pemerhatian untuk
memahami proses belajar murid. Pengkaji telah memerhatikan gaya
pembelajaran dan prestasi peserta kajian sepanjang intervensi “Academe”.
Seterusnya, pengkaji mencatatkan maklumat yang didapati dalam senarai
semak pemerhatian (rujuk Lampiran E). Apa yang difokuskan dalam proses
pemerhatian ialah “Bagaimanakah murid memahami konsep Gaya
Pembelajaran VARK?”.

Jadual 19:
Dapatan pemerhatian

Aspek Utama Pemerhatian Bilangan Murid
1
Bagaimanakah Melukis / Melihat kepada peta minda 2
murid 0
memahami Perbincangan / Bertanya / Mendengar 1
konsep Gaya pengajaran guru 0
Pembelajaran
VARK? Membaca / Menulis nota

Menggerakkan Model VARK /
Demonstrasi

Tidak buat apa-apa

Berdasarkan Jadual 19, ia menunjukkan bahawa terdapat seorang

murid fokus kepada Model VARK dan melukis peta minda, 2 orang fokus
40

kepada pengajaran guru dan seorang lagi menggerakkan Model VARK
semasa pengajaran dijalankan. Sebenarnya, pemerhatian ini dilakukan untuk
mengesan kebolehpercayaan gaya pembelajaran peserta kajian. Bagi
“Melihat kepada peta minda”, skala tersebut mewakili gaya pembelajaran
Visual (V); Skala “Perbincangan, bertanya atau mendengar pengajaran guru”
pula mewakili gaya pembelajaran Auditory (A); Skala “Membaca nota”
mewakili gaya pembelajaran Reading/Writing (R), manakala skala
“Menggerakkan Model VARK / Demostrasi” merupakan jenis gaya
pembelajaran Kinesthetic (K). Bagi skala “Tidak buat apa-apa” merupakan
skala yang khusus untuk mengukur kebolehpercayaan gaya pembelajaran
peserta. Jika peserta “tidak buat apa-apa semasa pengajaran”, ia dikatakan
bahawa profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai.

Dalam kajian ini, gaya pembelajaran dominan yang dipamerkan dalam
aktiviti tersebut adalah jenis Auditory (A), iaitu 2 orang murid. Seterusnya, jenis
Visual (V) dan juga Kinesthetic (K), kedua-duanya dipamerkan oleh 1 orang
murid. Mereka mengaplikasikan cara belajar berlandaskan gaya pembelajaran
masing-masing. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa cara belajar bagi setiap
murid adalah selaras dengan gaya pembelajaran yang dikenal pasti. Hasil
dapatan ini dikatakan mempunyai kesahan dan kepercayaan yang tinggi.

41

7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI
Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah memberikan impak yang
positif terhadap peserta kajian. Berdasarkan perbincangan yang telah
dijelaskan mengenai intervensi “Academe, terdapat beberapa kekuatan dan
kelemahan yang telah ditemui.

Antara kekuatan yang menjadi tarikan utama kepada kajian yang
dihasilkan adalah penghasilan intervensi “Academe” dibangunkan
sepenuhnya daripada bahan-bahan teknologi, seperti perisian Scratch dan
Assemblr. Ia telah divariasikan dengan animasi (Lampiran G). Hal ini kerana
penggunaan animasi mempunyai keupayaan untuk menarik perhatian murid
secara berkesan. Selain itu, grafik animasi dalam “Academe” di Scratch juga
berjaya memberi gambaran yang jelas, dengan menunjukkan contoh situasi,
tentang soalan-soalan yang dipertanyakan. Oleh itu, intervensi ini dikatakan
mempunyai reka bentuk penampilan yang berkualiti. Selain itu, ia bukan
sahaja menjimatkan masa dan kos, maka juga menjimatkan tenaga.
Penggunaan Soal Selidik secara atas talian menyumbang kepada
pengurangan penggunaan kertas secara optima dengan mewujudkan konsep
“Paperless” yang akan mengurangkan kos dan seterusnya mengurangkan
masa menyediakan kertas soal selidik VARK. Ini dapat mengurangkan
beban kerja dan secara tidak langsung GBK dapat memuat turun hasil
dapatan murid yang direkod dalam “Google Form” menggunakan komputer
atau alat mudah alih seperti tablet dan telefon bimbit pada bila-bila masa
sahaja.

Intervensi “Academe” ini amat berguna dalam membantu mengenal
pasti gaya pembelajaran sendiri. Jika pengguna tidak dapat mengases
peralatan “Academe” disebabkan oleh masalah internet atau kekurangan
peralatan, mereka boleh menjalankan ujian dengan cara alternatif, iaitu
menggunakan kertas (rujuk Lampiran A dan B). Di samping itu, bahasa yang
digunakan adalah senang untuk difahami. Peserta kajian dapat faham setiap
arahan yang ditujukan dan boleh menggunakan peralatan “Academe” dengan
cara yang betul. Oleh hal yang demikian, intervensi “Academe” amat sesuai
dengan murid-murid di sekolah.

42

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Intervensi “Academe” yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat
perubahan positif dalam kalangan peserta kajian. Mereka berjaya mengenal
pasti gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan dirinya, seterusnya
mengaplikasikan teknik belajar yang berkesan. Walaubagaimanapun.
Pengkaji telah mengenal pasti beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan
untuk tujuan penambahbaikan terhadap kajian tindakan ini. Pengkaji
mencadangkan supaya kajian ini bukan sahaja berfokus kepada gaya
pembelajaran, tetapi juga sikap dan motivasi diri murid. Hal ini demikian
kerana sikap dan motivasi diri seseorang murid sememangnya akan
mempengaruhi prestasi akademik. Contohnya pengkaji dapat membuat kajian
tetang pengaruh sikap dan motivasi diri murid terhadap akademik. Jadual 20
menunjukkan aspek-aspek yang dapat dikenal pasti:-

Jadual 20:
Aspek-aspek peserta kajian yang dapat dikenal pasti

ASPEK KATEGORI
Sikap a. Disiplin dalam kelas
b. Kehadiran
Motivasi Diri a. Bertanya soalan apabila tidak faham
b. Berusaha mengulang kaji
c. Membuat catatan dalam kelas
d. Menyiapkan tugasan yang diberi
e. Fokus dalam kelas
f. Dapat menjawab soalan yang ditanya

Seterusnya, kajian akan diteruskan dengan penggabungjalinan dengan
unsur bermain dalam alat intervensi ini. Alat intervensi ini akan dikembangkan
lagi untuk menarik minat murid. Pengkaji boleh menambahbaikan projek
“Academe” ini dengan menambah platform LeaderBoard selepas pengujian.
Dengan itu, pengkaji dapat mengutip data-data setiap murid dengan begitu
mudah, hanya dengan merujuk kepada platform LeaderBoard.

43

RUJUKAN

Ahbul Zailani Begum Mohamed Ibrahim. (n.d.). Soalselidik VARK dalam
Bahasa Melayu. Retrieved from:
https://vark-learn.com/soalselidik-vark-dalam-bahasa-melayu/

Alias, N. (2005). Gaya pembelajaran guru pelatih Kursus Pengajian Lepasan
Ijazah Maktab Perguruan Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan MPBL (6).

Carl Rogers, R. (1995). On becoming a person: A therapist's view of
psychotheraphy. Boston: Houghton Mifflin.

Chong, L. V. F. (2011). Penelitian Teknik menyemak data dalam pelaksanaan
penyelidikan tindakan. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011,
5, 36-45.

Chow, F. M & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian tindakan: Konsep & amalan
dalam pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Fleming, Neil D. & Mills, C. (1992). Not another inventory, rather a catalyst for
reflection. To Improve the Academy. Paper 246.

Fleming, Neil D. & Baume, D. (2006). Learning style again: VARKing up the
right tree!. Educational Developments. SEDA Ltd. Issue 7.4. (4-7).

Gladding, S. T., & Batra, P. (2007). Counseling: A comprehensive profession.
Pearson Education India.

Honey, P. & Mumford, A. (1992). The manual of learning styles. Maidenhead;
Peter Honey.

K. A. Razhiyah. (2009). Mengapa kanak-kanak sukar belajar? Kuala Lumpur:
PTS Profesional.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (April 12, 2012). Perekayasaan
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Surat Siaran KPM
Bil. 12 Tahun 2012.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (2005). Participatory Action Research:
Communicative Action and the Public Sphere. Handbook of Qualitative
Research, 3rd edition. Thousand Oaks, California: Sage.

44

Mohd Zain Abdul Kader. (1994). Perkhidmatan kaunseling di institusi
pengajian tinggi: Isu dan masalah. Jurnal perkama. Bil 5, 129-147.

Mok Song Sang. (2010). Psikologi pendidikan dan pedagogi murid dan alam
belajar. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Othman Lebar. (2015). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan
metode. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sarena Abdul Karim. (2003). Hubungan gaya pembelajaran dengan
pencapaian akademik pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah di
Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan PSM.

Shahabuddin Hashim, Nor Shafrin Ahmad & Haslinda Yusof. (2014). Modul
memperkasakan sahsiah waja diri pelajar abad ke-21. Selangor: PTS
Publications & Distributors.

45

LAMPIRAN

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK INTERVENSI “ACADEME

NAMA MURID :

JANTINA :

KELAS :

NAMA SEKOLAH:

Bahagian A: Tandakan (/) pada ruang yang berkaitan dengan anda. Tidak Kurang Sangat
BIL Soalan setuju setuju setuju
1 Saya tahu tentang gaya pembelajaran.
(1) (2) (3)

2 Saya tahu cara untuk belajar dengan berkesan.

3 Saya berminat terhadap topik gaya pembelajaran ini.

4 Saya sentiasa membuat rancangan masa untuk belajar.

5 Saya sedar bahawa gaya pembelajaran membawa kesan dalam
kehidupan saya.

6 Saya yakin terhadap cara pembelajaran saya sebelum ini.

7 Saya tahu masalah yang saya hadapi dalam pembelajaran.

8 Saya dapati sesi ini dapat membantu saya.

9 Saya suka melibatkan diri dalam topik gaya pembelajaran ini.

Bahagian B: Ulasan Klien (Jika ada)

Tandatangan Murid:

__________________
Nama:
Tarikh:

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA!

46

LAMPIRAN B
47

48

49

LAMPIRAN C
50

LAMPIRAN D
51

52

LAMPIRAN E
BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

UNTUK KEGUNAAN GURU:
Mengikut soal selidik VARK, didapati bahawa murid merupakan:-

Nama: SKOR TANDAKAN (/)
GAYA PEMBELAJARAN MURID

Gaya Pembelajaran Visual (V)
Gaya Pembelajaran Auditory (A)
Gaya Pembelajaran Reading/Writing (R)
Gaya Pembelajaran Kinesthetics (K)

Gaya Pembelajaran Murid: ____________________________________

(Jenis: Single Preference / Bimodal / Multimodal)

Mengikut pemerhatian, (/) pada kotak yang berkaitan:-
Melukis / Melihat kepada peta minda
Perbincangan / Bertanya / Mendengar pengajaran guru
Membaca / Menulis nota
Menggerakkan Model VARK / Demonstrasi
Tiada membuat apa-apa

Lain-lain (Sila terangkan):
_____________________________________________________________
_______________________________________________________

53

LAMPIRAN F
54

55

LAMPIRAN G
56


Click to View FlipBook Version