The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dhilla1609, 2020-12-09 18:28:27

TAHAP KOMPETENSI GURU DALAM PELAKSANAAN KBAT

Paper projek sarjana pengurusan

baik berkaitan KBAT sama ada dalam aspek pengetahuan berkaitan kandungan dan
pengetahuan berkaitan pedagogi (Maher, 2011).

Selain itu, kompetensi guru juga dilihat dalam aspek kemahiran guru dalam
pelaksanaan KBAT di sekolah. Kemahiran guru adalah meliputi perancangan guru
dalam melaksanakan KBAT, strategi pengurusan P&P, kemahiran komunikasi,
kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi serta kemahiran
dalam pengurusan bilik darjah. Sepertimana menurut Cheng (2011) seorang guru
mestilah mempunyai kepelbagaian kemahiran dalam strategi P&P dalam
meningkatkan kemahiran berfikir murid sekaligus dapat memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan kreatif dan menarik.

Selain aspek pengetahuan dan kemahiran, aspek sikap juga merupakan
komponen utama dalam mengukur tahap kompetensi guru. Berdasarkan kajian-kajian
lepas yang telah dijalankan menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru dalam
aspek sikap adalah pada tahap yang tinggi dan baik (Sukiman Saad et al., 2012)
(Supian Hashim & Khadijah Daud, 2014) (Baharuddin Jabar, 2006). Namun,
menurut Baharuddin and Badushah (2016), tahap sikap guru dalam penggunaan
internet bagi menggalakkan kemahiran berfikir adalah masih di tahap yang
sederhana.

Oleh yang demikian, semua pihak sama ada pihak guru, pentadbiran sekolah,
pengurusan atasan dan pihak komuniti harus memainkan peranan dalam memastikan
kompetensi guru dalam pelaksanaan KBAT adalah baik. Kompetensi guru atau
kualiti guru yang baik merupakan salah satu faktor untuk melahirkan murid yang

87

mempunyai daya pemikiran yang tinggi sekaligus dapat meningkatkan prestasi murid
dalam pembelajaran (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, & Fadhlina Binti Mohd
Azizuddin, 2008) (Anuar Ahmad & Nelson Jinggan, 2015) (Ab Halim, Muhamad, &
Kamarul Azmi, 2012).

5.3.2 Hubungan Antara Tahun Pengalaman Guru Mengajar dan Kompetensi
Guru dalam Pelaksanaan KBAT

Selain melihat tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan KBAT di sekolah, kajian
ini juga dijalankan bagi melihat hubungan antara tahun pengalaman guru mengajar
dengan tahap kompetensi guru dalam pelakasaan KBAT. Namun, hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara dua pembolehubah
tersebut. Ini adalah bertepatan dengan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim & Fadhlina (2008) menyatakan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi guru dalam pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris mengikut pengalaman mengajar. Hasil dapatan
kajian ini turut disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Muhammad Haziq
bin Mahmod (2015) berkaitan tahap kompetensi guru Sains mengikut lokasi
penempatan dan tahun pengalaman mengajar menunjukkan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi guru Sains dengan tahun
pengalaman guru mengajar.

Sebaliknya, hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Shukla &
Dungsungneon (2016) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru-guru mengikut pengalaman mengajar dan
kelayakan akademik guru. Selain itu, dapatan kajian ini adalah bertepatan dengan

88

hasil dapatan kajian yang dibuat oleh Gulistan & lain-lain (2015) yang menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara jantina, tahun pengalaman guru
mengajar dengan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru di dalam kelas.

Tambahan lagi, kajian yang dibuat oleh Hamzeh (2014) juga menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahun pengalaman guru mengajar
dengan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru di dalam kelas. Di mana, guru
yang mempunyai pengalaman kurang lima tahun mengajar lebih banyak
menggunakan strategi pengajaran berkesan berbanding dengan guru-guru yang lebih
lima tahun pengalaman mengajar.

Namun, dapatan kajian ini adalah berbeza dengan hasil dapatan kajian yang
telah dijalankan. Di mana, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara tahun pengalaman guru mengajar dan tahap
kompetensi guru dalam pelaksanaan KBAT di sekolah. Kompetensi guru adalah
bergantung kepada daya usaha guru itu sendiri untuk berusaha memastikan diri
mereka sentiasa kompeten. Selain itu, sokongan pihak pentadbiran, pengurusan
atasan dan komuniti juga sama ada menyediakan kursus atau bengkel kepada guru
dan menyediakan kemudahan dalam memastikan kompetensi guru sentiasa
meningkat.

5.3.3 Cabaran-cabaran yang Dihadapi oleh Guru dalam Pelaksanaan KBAT

Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan melihat cabaran yang dihadapi oleh
guru dalam pelaksanaan KBAT di sekolah. Berdasarkan hasil kajian yang telah

89

dijalankan menujukkan bahawa saiz kelas yang besar merupakan cabaran utama
dalam pelaksanaan KBAT di sekolah. Hasil kajian ini bertepatan dengan kajian yang
telah dijalankan oleh Ahmad Johari & Zaitun (2008) yang menyatakan bahawa saiz
kelas yang besar yang tidak sesuai dengan kemudahan dan kelengkapan pengajaran
akan membuatkan para tenaga pengajar beranggapan bahawa mereka tidak mendapat
sokongan daripada pihak pentadbiran dan pengurusan sekaligus merupakan cabaran
utama yang dihadapi dalam pelaksanaan pengajaran di dalam kelas.

Selain itu, menurut Zarina (2007) cabaran utama kepada keberkesanan
pelaksanaan student-centered learning (SCL) saiz kelas yang besar yang
menyebabkan kesukaran kepada guru untuk mengendalikannya. Tambahan lagi
menurut Ghazali (2010) bagi menggalakkan aktiviti murid secara kumpulan dan
kolaboratif, bilangan murid dalam setiap kelas mestilah dikurangkan dan bilangan
yang paling sesuai bagi setiap kelas ialah kurang daripada 25 orang sekelas.

Keseluruhannya menunjukkan bahawa saiz kelas yang besar merupakan
antara cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan pengajaran yang
juga termasuk pelaksanaan KBAT di sekolah. Oleh yang demikian, cabaran utama
ini haruslah segera dikenalpasti dan diatasi dalam memastikan keberkesanan proses
P&P sekaligus dapat melahirkan murid yang mempunyai daya kemahiran berfikir
yang tinggi.

5.4 KESIMPULAN

Berdasarkan hasil dapatan kajian secara keseluruhannya, dapat disimpulkan di sini
bahawa tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan KBAT di sekolah kebangsaan

90

daerah Sepang adalah masih di tahap sederhana. Selain itu, hasil dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahun
pengalaman guru mengajar dengan tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan
KBAT. Seterusnya, bagi aspek cabaran guru dalam pelaksanaan KBAT di sekolah,
dapatan kajian memperlihatkan bahawa bilangan murid yang ramai dalam setiap
kelas atau saiz kelas yang besar adalah merupakan cabaran yang utama selain
cabaran-cabaran lain yang telah dikemukakan dalam kajian.

5.5 IMPLIKASI KAJIAN

Hasil dapatan kajian, rumusan kajian dan perbincangan yang telah dibincangkan
dalam bab sebelum ini memberikan gambaran dan maklumat berkaitan implikasi
kajian yang diperolehi. Di mana, implikasi kajian ini dilihat dari aspek implikasi
pengurusan dan implikasi praktikal.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru di sekolah
rendah daerah Sepang adalah masih di tahap sederhana. Oleh yang demikian, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Selangor (JPS),
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang dan pihak pentadbiran sekolah mestilah
memastikan kompetensi guru dalam pelakasanaan KBAT sentiasa meningkat dan
baik. Pihak bertanggungajawaban ini mestilah memastikan agar semua guru
memahami dengan jelas konsep dan pelaksanaan KBAT agar KBAT dapat
diaplikasikan dengan berkesan di sekolah.

91

Kursus atau bengkel yang berkaitan konsep dan pelaksanaan KBAT mestilah
diberikan kepada guru-guru dengan jelas. Keperluan guru bagi meningkatkan
kompetensi mereka sama ada dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap
mestilah dititikberatkan. Pihak pengurusan dan pentadbiran atasan mestilah
merancang, melaksana, memantau dan menilai secara berterusan program, kursus
atau bengkel yang bersesuaian bagi meningkatkan kompetensi guru dalam
pelaksanaan KBAT. Hal ini bertujuan memastikan KBAT dapat diaplikasi oleh
murid dengan berkesan di sekolah sejajar dengan kehendak aspirasi PPPM (2010 -
2025).

Selain itu, kemudahan dan kelengkapan proses P&P mestilah disediakan
kepada guru-guru. Pihak bertanggungjawaban mestilah memandang serius berkaitan
kemudahan dan kelengkapan P&P kerana ia merupakan penyumbang utama
keberkesanan KBAT di sekolah. Sepertimana hasil dapatan ini yang menunjukkan
bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan KBAT di sekolah
ialah bilangan murid yang ramai dalam setiap kelas. Ini menunjukkan bahawa guru
masih tidak diberikan kemudahan dan kelengkapan yang baik bagi proses P&P
mereka. Hal ini juga menjadi boleh dijadikan antara punca tahap kompetensi guru
dalam pelaksanaan KBAT masih pada tahap sederhana.

Seterusnya, implikasi yang dapat daripada kajian ini ialah tidak terdapat
perkaitan yang signifikan antara tahap kompetensi guru dan tahun pengalaman guru
mengajar. Ini menunjukkan bahawa guru berpengalaman dan guru novis mempunyai
tahap kompetensi yang sama dalam pelaksanaan KBAT di sekolah. Ini
memandangkan KBAT merupakan suatu sistem pembelajaran yang baharu

92

diaplikasikan di sekolah hasil penambahbaikan dari sistem pembelajaran
sebelumnya.

Oleh yang demikian, kajian ini boleh diteruskan lagi dengan kajian-kajian
lain bagi melihat tahap kompetensi guru dengan keberkesanan pelaksanaan KBAT di
sekolah dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik berikutnya.

5.6 CADANGAN KAJIAN

Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa masih terdapat banyak
kelemahan dan kelompangan yang perlu diberikan penambahbaikan dengan kajian-
kajian selanjutnya. Antara cadangan pengkaji bagi kajian seterusnya ialah kajian
yang menggunakan sampel yang lebih besar sama ada merangkumi semua jenis
sekolah dalam negeri atau negara. Memandangkan kajian ini hanya tertumpu kepada
sekolah kebangsaan dalam satu daerah sahaja iaitu daerah Sepang.

Seterusnya, kajian yang lebih fokus bagi mewakili demografi responden juga
dicadangkan untuk dijalankan. Di mana, kajian ini adalah terlalu umum kepada
semua guru tanpa memberikan fokus mengikut skop bidang guru dalam P&P.
Diharapkan kajian seterusnya yang akan dijalankan memfokuskan mengikut skop
bidang guru dan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas berkaitan tahap
kompetensi guru dalam pelaksanaan KBAT mengikut skop bidang masing-masing.

Kajian selanjutnya dicadangkan agar menggunakan kedua-dua metodologi
kajian iaitu secara kualitatif dan kuantitatif dengan mempelbagaikan instrumen
kajian. Ini adalah bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas berkaitan

93

tahap kompetensi guru dan cabaran yang dihadapi guru dalam pelaksaan KBAT di
sekolah.

Tambahan lagi, kajian ini hanya fokus untuk melihat tahap kompetensi guru
dalam pelaksanaan KBAT tanpa memberikan penekanan aspek keberkesanan
pelaksanaan KBAT itu sendiri. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan agar
satu kajian lain perlu dijalankan bagi melihat hubungan antara tahap kompetensi guru
dan keberkesanan pelaksanaan KBAT di sekolah. Selain itu, kajian berkaitan tahap
kompetensi guru dan prestasi murid dalam pelaksanaan KBAT juga dicadangkan
untuk dijalankan pada masa akan datang.

Kajian-kajian selanjutnya haruslah dijalankan dalam memastikan ilmu kajian
dapat dikembangkan dan situasi sebenar dunia pendidikan dapat dilihat serta
diberikan penambahbaikan. Hal ini hanyalah bertujuan memastikan guru-guru
sentiasa mempunyai kompetensi yang baik dan tinggi dalam bidang profesion
mereka sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dalam aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.

5.7 RUMUSAN

Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap kompetensi
guru dalam pelaksanaan KBAT di sekolah adalah masih di tahap sederhana. Oleh
yang demikian, pihak yang bertangunggjawab mestilah memainkan peranan yang
penting dalam memastikan tahap kompetensi guru sentiasa meningkat dan baik.
Selain itu, cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan KBAT yang

94

dapat dikenalpasti melalui kajian ini ialah bilangan murid yang ramai dalam setiap
kelas. Cabaran ini haruslah diatasi dan ditangani dengan sistematik dan berkesan
dalam memastikan KBAT dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah sekaligus
dapat melahirkan murid yang mencapai prestasi yang cemerlang.

95

RUJUKAN

A Rahman Haron, Jamaludin Badusah, & Zamri Mahamod. (2016). Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Salak Didik dengan Elemen Nyanyian
dan Elemen Pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1), 53-60.

Abdul Rahim Hamdan, Ahmad Johari Sihes, Jamaluddin Ramli, & Musa Ismail.
(2006). Tahap Minat, Pengetahuan Dan Kemahiran, Latihan Guru Dan Beban
Tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian,
Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad, A., & Jinggan, N. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam
Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Sejarah. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 3(2).

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, & Nur Atiqah T Abdullah. (2009). Tahap
Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya Dengan Pencapaian
Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1),
53-66.

Aris, B. (2012). Students' Skills Competency Assessment Models on Vocational High
School (SMK) in Central Java. Paper presented at the International
Conference on Vocational Education and Training (ICVET) 2012.

96

Asnul Dahar Minghat, & Nurul Faizah Salimi. (2010). Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Pengurusan Bengkel Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik
Yang Dinaik Taraf Di Negeri Selangor Dan Kuala Lumpur.

Avargil, S., Herscovitz, O., & Dori, Y. J. (2012). Teaching Thinking Skills In
Context-Based Learning: Teachers‟ Challenges And Assessment Knowledge.
Journal of Science Education and Technology, 21(2), 207-225.

Azhari Mariani, & Zaleha Ismail. (2013). Pengaruh Kompetensi Guru Matematik Ke
Atas Amalan Pengajaran Kreatif Paper presented at the 2nd International
Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).

Baharom Mohamad, & Mohamad Johdi Salleh. (2009). Kepimpinan Pendidikan
Dalam Pembangunan Modal Insan.

Baharuddin Jabar. (2006). Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam
Pengajaran Guru-guru Sejarah: Satu Kajian Kes di Daerah Hilir Perak.

Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Md Yusoff, Ramlee Mustapha, & Mohammed
Sani Ibrahim. (2010). Analisis Kompetensi Pengetua Berdasarkan Kualiti
Peribadi, Pengetahuan, Kemahiran Dan Amalan Dalam Bidang Pengurusan
Sekolah Menengah Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 31-41.

Boon, Y., & Shaharuddin, M. (2011). Kepemimpinan Guru Besar Dalam
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan

97

Daerah Kota Tinggi, Johor. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia. Available at: http://eprints. utm.
my/11929/1/Kepemimpinan_Guru_Besar_Dalam_Pelaksanaan_ Pentaksiran
_Berasaskan _Sekolah. pdf (Accessed: 8 March 2012).

Boyatzis, R., & Boyatzis, R. E. (2008). Competencies in the 21st century. Journal of
management development, 27(1), 5-12.

Cheetham, G., & Chivers, G. (1996). Towards a holistic model of professional
competence. Journal of European industrial training, 20(5), 20-30.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan:
Mcgraw-Hill Education.

Chuan, C. L. (2006). Sample Size Estimation Using Krejcie And Morgan And Cohen
Statistical Power Analysis: A comparison. Jurnal Penyelidikan IPBL, 7, 78-
86.

De Bono, E. (1976). Teaching thinking.

Dorman, E. (2015). Building Teachers'social-Emotional Competence Through
Mindfulness Practices. Curriculum and Teaching Dialogue, 17(1/2), 103.

Esquivel, G.B. 1995. Teacher Behaviors That Foster Creativity. Educational
Psychology Review, 7 (2), 185-202.

98

Giavrimis, P., Papanis, E., & Papanis, E.-M. (2011). Information and
Communication Technologies and Development of Learners' Critical
Thinking: Primary School Teachers' Attitudes. International Education
Studies, 4(3), 150.

Gulistan AM Saido, Saedah Siraj, Abu Bakar Nordin, & Omed Saadallah Al-Amedy.
(2015). Teaching Strategies for Promoting Higher Order Thinking Skills: A
Case of Secondary Science Teachers. Malaysian Online Journal of
Educational Management, 3(4).

Hamzeh, M. A. H. (2014). Teaching Strategies Used by Mathematics Teachers in the
Jordan Public Schools and Their Relationship with Some Variables.
American Journal of Educational Research, 2(6), 331-340.

Herpertz, S., Nizielski, S., Hock, M., & Schütz, A. (2016). The Relevance Of
Emotional Intelligence In Personnel Selection For High Emotional Labor
Jobs. PloS one, 11(4), e0154432.

Humphries, M. L., Keenan, K., & Wakschlag, L. S. (2012). Teacher And Observer
Ratings Of Young African American Children's Social And Emotional
Competence. Psychology in the Schools, 49(4), 311-327.

Husted, P. D., Mason, R. E., & Adams, E. (2003). Cooperative Occupational
Education: Including Internships, Apprenticeships, and Tech-prep: Prentice
Hall.

99

Iscan, C. D. (2015). Views on values education: from teacher candidates to
experienced teachers. Education, 136(2), 192-210.

Jamaliah Binti Abdul Jalil, Mohd Isa Hamzah, & Maimun Aqsha Lubis. (2017).
Tahap Pengetahuan Dan Amalan Fardhu Ain Anak-Anak Muallaf Sekolah
Menengah Di Bahagian Sri Aman Sarawak. Asean Comparative Education
Research Journal On Islam And Civilization (Acer-J), 1(1), 107-123.

Johari Hassan, & Siti Norazlina Kamisan. (2010). Halangan Terhadap Penggunaan
Komputer Dan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di
Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Di Daerah
Kulai Jaya Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Retrieved from http://eprints. utm.
my/11032/1/Halangan_Terhadap_Penggunaan_Komputer_Dan_Ict_Di_Dala
m_Pengajara n_Dan_Pembelajaran. pdf.

Jupri, J., Mannan, F., Enamul Hoque phD, K., Veeriah, J., Garshasbi, A., Wei, L. M.,
& Gheyassi, A. (2016). Financial Management Skills Among Kindergarten
Teachers In Selangor. Malaysian Online Journal of Educational
Management, 4(3).

Kahirol Mohd Salleh, Nur Hidayah Khalid, & Nor Lisa Sulaiman. (2014).
Kompetensi Pelajar dalam Pembelajaran Dewasa Menggunakan Model
Kompetensi Iceberg. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/6202/

100

Kamil Md Idris. (2004). Kesan Persepsi Undang-undang dan Penguatkuasaan Zakat
Terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Prosiding Muzakarah
Pakar Zakat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 201-212.

Kementerian Pendidikan Malaysia (Ed.). (2014b). Elemen KBAT dalam pedagogi.
Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Konsep KBAT

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (2013-2025) Retrieved from

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003

107.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014a). Elemen KBAT dalam Kurikulum

Retrieved from http://www.moe.gov.my/v/kbat

Khareng, M., & Jaffary Awang. (2014). Toleransi Beragama Dan Implikasinya
Dalam Kalangan Mahasiswa/I Muslim Dan Buddha Di Prince Of Songkhla
University. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 5(2), 1-14.

King, F., Goodson, L., & Rohani, F. (2010). Higher Order Thinking Skills:
Definition, Teaching Strategies, Assessment. Publication of the Educational
Services Program, now known as the Center for Advancement of Learning
and Assessment. Obtido de: www. cala. fsu. edu.

101

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pentaksiran

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Retrieved from

http://www.moe.gov.my/v/kbat

M. Idham, Zamri, Melor, & Rahimi, N. M. (2010). Profil Kecerdasan Emosi Guru
Pelatih Bahasa Mengikut Tahun Pengajian. GEMA: Online Journal of
Language Studies, 10(2), 57-75.

Marlina Ali, & Shaharom Nordin. (2010). Hubungan antara kemahiran berfikir kritis
dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar fakulti pendidikan
universiti teknologi Malaysia. Sains Humanika, 52(1).

Mastura Mahfar, Ishak Mad Shah, & Kadir, H. A. (2008). Kekongruenan Personaliti-
Persekitaran Kursus Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik di
Kalangan Pelajar. Jurnal Kemanusiaan, 12.

Maziah Che Yusoff. (2002). Pendekatan Strategik Pengurusan Sumber Manusia.
Pengurusan Awam jilid 1(2).
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23652/Article__5.PDF

Mei, H. Y., Md Yunos, J., Othman, W., Hassan, R., & Tze, K. T. (2010).
Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano dalam Penjanaan Idea.

102

Mohamad Mohsin Mohamad Said, & Nasruddin Yunos. (2008). Peranan Guru
Dalam Memupuk Kreativiti Pelajar. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia
Tenggara, 9, 57-71.

Mohamad Sattar Rasul, Md Yusof Ismail, Napsiah Ismail, Muhammad Rashid
Rajuddin, & Rose Amnah Abdul Rauf. (2009). Peranan Institusi Pendidikan
Teknikal Dalam Pemupukan Kemahiran „Employability‟pelajar. Sains
Humanika, 50(1).

Mohammed Sani Ibrahim, & Saedah Siraj. (2007). Standard Kompetensi Guru
Malaysia. Profession Perguruan, 311-364.

Mohd Nawi, S., & Lokman, M. T. (2008). Penilaian Terhadap Peranan Pihak
Pengurusan Kolej Kediaman Dalam Mempertingkatkan Pembangunan
Pembelajaran Pelajar: Tinjauan Di Lima Buah Kolej Kediaman Di
Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Muhamad Abdillah Royo, & Haleefa Mahmood. (2011). Faktor-Faktor Kelemahan
Yang Mempengaruhi Pencapaian Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Reka
Cipta. Journal Of Education Psychology And Counseling, 2, 145-174.

Muhammad Rashid Rajuddin, & Dayana Farzeeha Ali. (2010). Persepsi Pelatih-
Pelatih Lelaki Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka Terhadap Program
Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dijalankan.

103

Nariza Mat, & Yusof Boon. (2010). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Pengurusan
Asrama di Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Universiti
Teknologi Malaysia.

Nasyimah Ismail, & Zamri Mahamod. (2016). Sikap Dan Kesediaan Pelajar Sekolah
Menenagah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran
Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 59-67.

Noorainun, T., & Shahdan, T. (2016). Reka bentuk model kompetensi kerja staf
akademik institusi pengajian tinggi swasta Malaysia. University of Malaya.

Nooriza Kassim, & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan
Guru (Integration of Higher Order Thinking Skills in the Teaching and
Learning of Mathematics: Teachers' Needs Analysis). Jurnal Pendidikan
Matematik, 3(1), 1-12.

Nor Fadila Mohd Amin, & Nik Mohd Amir Nik Abd Aziz. (2010). Faktor Yang
Mempengaruhi Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 Dalam Mata Pelajaran Reka
Cipta: Research Project Report, Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Hasmaliza Hasan, & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi Guru Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 78-90.

104

Norakma Binti Mohd Daud, Abdul Razak Ahmad, & Noria Munirah Yakub. (2016).
Pembelajaran Berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Paper presented at
the Proceeding 7th International Seminar on Regional Education.

Norasmahani Hj Nor, Nur Sofiah Suhaimi, Nur Syamira Abdul Wahab, Mohd
Khushairi Che Ismail, Mohd Aderi Che Noh, & Khadijah Abdul Razak.
(2016). Pelaksanaan KBAT Dalanm Pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam Sekolah Menengah: Satu Tinjauan di Putrajaya. Paper
presented at the Proceeding 7th International Seminar on Regional Education.

Norhannan, R. (2016). Prestasi guru Pendidikan Islam berasaskan daya kekuatan
dalaman, kepimpinan pengetua dan iklim sekolah/Norhannan Ramli.
University of Malaya.

Peklaj, C. (2015). Teacher competencies through the prism of educational research.
CEPS Journal: Center for Educational Policy Studies Journal, 5(3), 183.

Rajasingam, U., Suat-Cheng, P., Aung, T., Dipolog-Ubanan, G., Wei, W. K.,
Ibrahim, H.Rahman, S. A. (2014). Assessing the relationship between
perceived emotional intelligence and academic performance of medical
students. Paper presented at the AIP Conference Proceedings.

Rajendran, N. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras tinggi: Kesediaan Guru
Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran.

105

Riyana, C. (2010). Peningkatan Kompetensi Pedagogis Guru Melalui Penerapan
Model Education Centre of Teacher Interactive Virtual (Educative).
penelitian-pendidikan, 300.

Robiah Sidin, & Nor Sakinah Mohamad. (2007). ICT dalam pendidikan: Prospek dan
cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32, 139-
152.

Rohaila Yusof, Norasmah Othman, & Faridah Karim. (2005). Strategi pembelajaran
pengalaman berasaskan model kolb dalam pendidikan perakaunan. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 30, 113-128.

Rosnani Hashim. (2012). Memenuhi Aspirasi Kemahiran Berfikir dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menerusi inkuiri dan
pedagogi filosofiyyah dalam kalangan guru. Persidangan Majlis Dekan
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Sarimah Ismail, & Abreza Atan. (2011). Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah
Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal Dan Vokasional di Fakulti
Pendidikan UTM. Journal of Educational Psychology and Counseling, 2(1),
113-144.

Sendag, S., Erol, O., Sezgin, S., & Dulkadir, N. (2015). Preservice Teachers‟ Critical
Thinking Dispositions and Web 2.0 Competencies. Contemporary
Educational Technology, 6(3).

106

Shukla, D., & Dungsungnoen, A. P. (2016). Student's Perceived Level and Teachers'
Teaching Strategies of Higher Order Thinking Skills: A Study on Higher
Educational Institutions in Thailand. Journal of Education and Practice,
7(12), 211-219.

Siti Marlina Sabran. (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pelajar
Tingkatan 5 Dalam Penyelesaian Masalah Matematik: Masters. Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.

Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir
Kreatif Dalam Pengajaran Karangan Deskriptif Dan Karangan Imaginatif
Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan IV. Universiti Sains Malaysia: Disertasi
PhD.

Sukiman Saad, Noor Shah Saad, & Mohd Uzi Dollah. (2012). Pengajaran Kemahiran
Berfikir: Persepsi Dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia, 2(1), 18-36.

Syed Jaafar Syed Ali. (2014). Kompetensi guru dalam pengajaran amali teknologi
pembinaan di kolej vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ungang, C. A. (2008). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kemahiran Asas
Membaca Di Kelas Pemulihan: Kajian Kes Di Lima Buah Sekolah Daerah
Serian. Jurnal Penyelidikan IPBL, 8, 80-96.

107

Vadsala'Vadsala, A., & Vadivalu, P. (2015). Persepsi Dan Masalah Yang Dihadapi
Oleh Guru Sains Dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Paper presented at the Proceeding 7th International Seminar on Regional
Education.

Wan Hamat, Wan Norina, Zaharah Hussin, Mohamed Yusoff, Ahmad Fikrudin, &
Ahmad Arifin Sapar. (2013). Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan
Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia. Online Journal of Islamic
Education, 1(1).

Wesselink, R., Blok, V., Van Leur, S., Lans, T., & Dentoni, D. (2015). Individual
Competencies For Managers Engaged In Corporate Sustainable Management
Practices. Journal Of Cleaner Production, 106, 497-506.

Yilmaz, S., & Dede, A. T. (2016). Mathematization Competencies Of Pre-Service
Elementary Mathematics Teachers In The Mathematical Modelling Process.
International Journal Of Education In Mathematics, Science And
Technology, 4(4), 284-298.

Zahara Aziz, & Nurliah Jair. (2009). Penggunaan Peta Konsep Untuk Meningkatkan
Pencapaian Mata.

Zahari Ishak. (2011). Pembinaan Model Konsep Kendiri Pelajar Tingkatan Empat.
University of Malaya.

108

Zaiha Nabila Md Harun. (2014). Kompetensi guru dalam pengajaran amali reka
bentuk dan teknologi di Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.

Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. 2011. Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan
Dalam Pengajaran Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu. 1 (1): 51-65

109

LAMPIRAN 1

Surat Pengesahan Pelajar

110

LAMPIRAN 2
Surat Kelulusan Tajuk Kajian daripada

Universiti Malaya

111

LAMPIRAN 3
Surat Kelulusan Menjalankan Kajian

daripada EPRD, KPM

112

LAMPIRAN 4
Borang Soal Selidik

113

LAMPIRAN 5
Output Analisis Data dari IBM SPSS

114


Click to View FlipBook Version