The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN NO.14 JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA (JULAI-DISEMBER TAHUN 2023)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tan aik kai, 2024-02-29 01:28:30

BULETIN NO.14 JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA (JULAI-DISEMBER TAHUN 2023)

BULETIN NO.14 JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA (JULAI-DISEMBER TAHUN 2023)

Keywords: Buletin,Jabatan Sejarah

BULETIN No 14, Julai - Disember 2023


BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 I Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus Dr. Mardiana Nordin Dr. Salina Zainol Muhammad Faiz Azrin Sapuwan Muhammad Ikmal Iskandar Mohd Nazri Tan Aik Kai BULETIN No 14, Julai - Disember 2023 Ketua Editor Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin Ahli Jawatankuasa Buletin (Pensyarah) Ahli Jawatankuasa Buletin (Pelajar) RUKUN NEGARA Kepercayaaan kepada tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan. ISI KANDUPermulaan Kata-kata Ketua Jabatan Kata-kata Ketua Editor Pengenalan Majlis Tertinggi PSUM Sesi 2023/2024 Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Buletin Carta Organisasi Jabatan Sejarah Ranking Universiti Malaya Bahagian I: Berita Jabatan Persidangan Antarabangsa Sejarah dan Warisan Budaya di Alam Melayu (PASWAM) 2023 Berjaya Dilaksanakan! III IV V VII VIII IX 1 Selamat Datang! Dr. Muhammad Nu’man Bin Mohd Nasir 8


BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 II UNGAN Bahagian I: Berita Jabatan 8 Seminar dan Ceramah 9 Selamat Datang Pelajar Baharu Jabatan Sejarah Sesi 2023/2024 10 Tahniah Kepada Para Graduan Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63 Bahagian II: Laporan Khas Istiadat Konvokesyen Senarai Graduan Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63 12 16 20 Temu Bual Bersama Balqish Kariena Senarai Graduan Penerima Anugerah Khas Bahagian III: Artikel 29 Kisah Dendam Israel Dan Palestin 36 Realpolitik Sang Penguasa 42 Marathon: Sukan Yang Menyelamatkan Yunani Ong Zhi Ken Muhammad Hazim bin Hambali Muhammad Amir Imran Bin Rizal Bahagian IV: Aktiviti Pelajar 46 Program Bulan Kemerdekaan 2023 48 Seminar dan Forum Intervarsiti: 600 Tahun Empayar Uthmaniyah Berdiri 51 Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sejarah Universiti Malaya sesi 2022/2023 50 Hari Orientasi Jabatan Sejarah 2023


Prof. Madya Dr. Arba’iyah Mohd Noor Ketua Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. Kata-kata Ketua Jabatan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pertama-tamanya saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin selaku Editor dengan dibantu oleh Jawatankuasa Buletin Jabatan Sejarah kerana telah berjaya menerbitkan buletin ini buat kali kedua bagi tahun 2023. Buletin Jabatan Sejarah merupakan satu wadah dan saluran dalam menyebarkan maklumat dan informasi khususnya yang berkaitan segala agenda, aktiviti serta program yang dianjurkan oleh Jabatan Sejarah melibatkan kakitangan akademik dan para pelajar dari semasa ke semasa. Ini sudah tentu dapat membuka ruang dan peluang kepada para pembaca untuk mendapatkan segala informasi berkaitan Jabatan Sejarah terhadap segala aktiviti yang telah dilakukan pada setiap tahun. Pada 6 dan 7 Disember 2023 yang lalu, Jabatan Sejarah telah berjaya melaksanakan program Persidangan Antarabangsa Sejarah dan Warisan Budaya di Alam Melayu (PASWAM). Persidangan tersebut turut dihadiri oleh para sarjana dari dalam dan luar negara. Saya juga amat berbangga dengan penglibatan pelajar-pelajar Jabatan Sejarah dalam program tersebut. Semoga dengan penglibatan mereka dalam program ini, mereka mampu memperoleh ilmu serta idea yang berharga dari para pembentang. Dalam program tersebut, kepelbagaian topik telah dibincang serta dikupaskan menerusi persidangan tersebut. Jabatan juga amat berbangga kerana dapat menjemput Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertuan Negeri Melaka bagi merasmikan program tersebut. Selain aktiviti persidangan, pameran poster, gerai jualan barangan kemas dan kraf tangan kebudayaan Alam Melayu, aktiviti jualan buku, aktiviti penggambaran, stesen permainan tradisi juga dilaksanakan di Dataran Sastera, Fakulti Sastera dan Sains Sosial sepanjang persidangan berlangsung bagi menarik minat penyertaan warga Universiti Malaya dalam program tersebut. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan akademik, staf pelaksana jabatan, para pelajar serta pelbagai pihak termasuk industri yang memberikan sumbangan dan sokongan bagi menjayakan program tersebut. Di samping itu, saya ingin mewakili semua warga Jabatan Sejarah mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu ke jabatan ini. Pada awal bulan Disember, Universiti Malaya juga telah menjalankan Istiadat Konvokesyen Ke-63. Saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili warga Jabatan untuk mengucapkan syabas dan selamat bergraduasi kepada semua graduan Jabatan yang telah berjaya memperoleh ijazah masing-masing dalam Istiadat Konvokesyen Ke-63 Universiti Malaya. Dalam Istiadat Konvokesyen Ke-63 Universiti Malaya, Jabatan Sejarah telah meraikan sebanyak 72 orang graduan yang terdiri daripada: 5 orang graduan Ijazah Kedoktoran, 3 orang graduan Ijazah Sarjana dan 64 orang graduan Ijazah Sarjana Muda. Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada Jawatankuasa Buletin Sejarah atas terbitan kali ini dan berharap agar jawatankuasa ini terus memberi sebanyak mungkin informasi dan mesej berguna kepada pelbagai pihak di dalam mahupun luar negara, pada masa kini dan akan datang. Sekian, terima kasih. Prof.Madya Dr. Arba’iyah Mohd Noor BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 III Prof. Madya Dr. Arba'iyah Mohd Noor Ketua Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya


Saya ingin menzahirkan rasa syukur atas kejayaan kami menghasilkan buletin jabatan edisi JulaiDisember 2023 walaupun ditemukan pelbagai kesukaran teknikal dan kesibukan pada hujung tahun. Tahun 2023 memperlihatkan Jabatan Sejarah sekali lagi berjaya menganjurkan program ilmiah bertaraf antarabangsa iaitu Persidangan Antarabangsa Sejarah dan Warisan Budaya Di Alam Melayu pada 6 dan 7 Disember. Urusetia dalam kalangan pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar bertungkus lumus sebelum dan sewaktu program berlangsung. Antara hasrat saya ketika itu adalah untuk mengumpul gambar dan kenangan dari persidangan untuk diabadikan di dalam makalah kecil ini, buat rujukan para pelajar dan pensyarah pada masa akan datang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap tahniah dan selamat maju jaya kepada barisan Majlis Tertinggi Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM), yang diketuai oleh Muhammad Naufal bin Mohamad Rosli sebagai Yang Dipertua persatuan dan dibantu oleh Wan Nur Balqis binti Wan Mohd Zailani, Qusandria binti Wahyu Hidayat, Nur Alesa Aleya binti Mohd Rizal, Nurul Iftikaar Putri binti Rosli dan Nur Farwizah binti Mohamad Nazri. Ini adalah tahun ke-4 saya berkhidmat sebagai penasihat PSUM, dan saya melihat tekanan dan persaingan terhadap PSUM semakin sengit. Mungkin kerana selepas pandemik Covid-19 yang telah bertahun mengurung pelajar dan menghadkan aktiviti persatuan ke atas talian, tahun 2024 bakal menjadi tahun di mana proses membaik pulih reda dan membuka ruang kepada pelajar untuk berdepan dengan tanggungjawab kepada jabatan dan persatuan secara bersemuka dengan lebih kerap dan lebih rancak. Ke mana kita tahun ini? Kita akan lihat dan tunggu bagaimana PSUM menyusun takwim dan merapatkan silaturrahim antara pelajar di jabatan. Saya juga ingin mengucap setinggi-tinggi penghargaan kepada kumpulan editorial buletin jabatan, Tan Aik Kai, Muhamad Faiz Azrin bin Sapuwan dan Muhammad Ikmal Iskandar bin Mohd Nazri yang bertungkus lumus menyiapkan buletin, dan memberi komitmen sepanjang tahun mengumpul berita, maklumat aktiviti, dan menjadi jurufoto secara sukarelawan. Memandangkan jadual kelas mereka yang padat dan kerja kursus yang berderet perlu disiapkan pada penghujung semester, ini sudah tentunya bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Mereka adalah kumpulan yang progresif, kreatif, dan mampu mengubah tempo gerak kerja pelajar. Tahniah dan saya harap tidak serik lagi untuk terus menghasilkan buletin untuk tahun 2024. Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin Ketua Editor, Buletin No.14 Kata-kata Ketua Editor Dr.Nur Dayana Mohamed Ariffin BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 IV Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin Ketua Editor Buletin No.14 Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya


Congratulations! University Malaya UNIVERSITY MALAYA 2024 UNIVERSITY RANKING BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 V


University In Malaysia Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024 Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2024 Asia: 2024 Quacquarelli Symonds (QS) South-Eastern Asia 2024 World University Ranking 2024 Top Global Universities Times Higher Education World University Ranking 2024 BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 VI


Profesor Dr. Sivachandralingam Sundara Raja B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Profesor Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljuneid B.A (NUS), M.A (NUS), Ph.D (London) Pensyarah Kanan Dr. Mardiana Nordin B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Pensyarah Kanan Dr. Ho Hui Ling B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Pensyarah Kanan Dr. Salina Zainol B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Pensyarah Kanan Dr. Tan Miau Ing B.Econ (UKM), M.A Econ (UKM), Ph.D (Malaya) Pensyarah Kanan Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin B.HSc (IIUM), M.HSc (IIUM), Ph.D (Edinburgh) Pensyarah Kanan Dr. Noraini Mohamed Hassan B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Profesor Datuk Dr. Danny Wong Tze Ken B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Profesor Madya Datuk Dr. Zulkanain Abdul Rahman B.A (Malaya), M.A (Leeds), Ph.D (East Anglia) Pensyarah Kanan Dr. Azharudin Mohamed Dali B.A (Malaya), M.A, Ph.D (London) Pensyarah Kanan Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Profesor Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Hashim B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Pembantu Tadbir Puan Nur Elida Mohd Kamil Pembantu Tadbir Puan Nor Hamizah Hamid Pembantu Operasi Encik Zainal Musa BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 VII Prof.Emeritus Carta Organisasi Jabatan Sejarah Universiti Malaya Ketua Jabatan Prof. Madya Dr. Arba'iyah Mohd Noor B.HSc (IIUM), M.A (Lancaster), Ph.D (Malaya) Timbalan Ketua Jabatan Dr. Abu Hanifah Haris B.Ed (UPSI), Ph.D (Malaya) Profesor Prof.madya Pensyarah kanan kakitangan pelaksana Jabatan Sejarah, Jabatan Terunggul Profesor Dr. Farish A. Noor @ Badrol Hisham Bin Ahmad Noor B.A (Suxxes), M.A (Suxxes) (London), Ph.D (Essex) Pensyarah Kanan Dr. Muhammad Nu’man Mohd Nasir B.A, M.A, Ph.D (UKM)


BULETIN No 14, Julai - Disember 2023 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA BULETIN Ketua Editor Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin Pensyarah Kanan Dr. Mardiana Nordin AHLI JAWATANKUASA BULETIN (PENSYARAH) Pensyarah Kanan Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus Pensyarah Kanan Dr. Salina Zainol AHLI JAWATANKUASA BULETIN (PELAJAR) Pelajar Muhammad Faiz Azrin Sapuwan Pelajar Muhammad Ikmal Iskandar Mohd Nazri Pelajar Tan Aik Kai BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 VIII


Pada 20 Disember 2023, Majlis Tertinggi Persatuan Sejarah Universiti Malaya Sesi 2023/2024 bersama penasihat persatuan telah menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan lapang Dewan Kuliah F, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Berikut saya paparkan senarai nama Majlis Tertinggi Persatuan Sejarah Universiti Malaya Sesi 2023/2024 yang telah terpilih: 1) Yang Dipertua : Muhammad Naufal bin Mohamad Rosli 2) Naib Yang Dipertua: Wan Nur Balqis binti Wan Mohd Zailani 3) Setiausaha Agung: Nur Alesa Aleya binti Mohd Rizal 4) Timbalan Setiausaha Agung: Nurul Iftikaar Putri binti Rosli 5) Bendahari Kehormat: Qusandria binti Wahyu Hidayat 6) Timbalan Bendahari Kehormat: Nur Farwizah binti Mohamad Nazri www.psum.edu.my Home > Majlis Tertinggi PSUM Sesi 2023/2024 Pengenalan Majlis Tertinggi PSUM Sesi 2023/2024 Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin Penasihat Persatuan PSUM 20 Disember 2023, jam 3 petang 1.8 K Views Majlis Tertinggi PSUM 23/24 BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 IX


Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin Forum Perbincangan Berikut saya paparkan carta organisasi bagi Majlis Tertinggi Persatuan Sejarah Universiti Malaya bagi sesi 2023/2024. Sekian, terima kasih. Attachment from Dr.Nur Dayana BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 X


Jabatan Jabatan Sejarah merupakan antara jabatan tertua di dalam Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Bahagian daripada sesuatu badan pentadbiran kerajaan (universiti dan lain-lain) (Kamus Dewan Edisi Keempat) BAHAGIAN I: BERITA JABATAN BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 1


Persidangan Antarabangsa Sejarah dan Warisan Budaya di Alam Melayu (PASWAM) merupakan sebuah program yang menjadi medan kepada para sarjana luar dan dalam negara Malaysia untuk mengupas serta berkongsi pendapat mereka secara mendalam berkenaan dengan isu-isu sejarah dan kajian warisan budaya di Alam Melayu. Penganjuran program persidangan sebegini telah menjadi satu tradisi kepada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Walau bagaimanapun, akibat penularan wabak Covid-19 pada tahun 2020 beserta dengan sekatan-sekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengurangkan penularan kes Covid-19 telah menyebabkan program persidangan ini telah berhenti dijalankan oleh Jabatan bagi beberapa tahun. Akhirnya, program persidangan ini dihidupkan semula pada tahun 2023 dengan usaha dan kerjasama daripada barisan kakitangan akademik, staf pelaksana jabatan, para pelajar serta pelbagai pihak termasuk industri. Oleh itu, tahun 2023 Jabatan Sejarah kembali menganjurkan sebuah persidangan antarabangsa yang dinamakan sebagai PASWAM 2023 dengan temanya Kelestarian Sejarah dan Warisan Budaya Alam Melayu. PASWAM telah berjaya dilaksanakan pada 6 dan 7 Disember 2023 di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Perasmian program ini disempurnakan oleh kedatangan Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Setia Dr. Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan diiringi oleh Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Danny Wong Tze Ken, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya serta Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali. Selain itu, Jabatan juga berjaya menarik penyertaan sarjana dari dalam dan luar negara untuk menyertai program ini bagi mengupas topik-topik berkenaan dengan isu-isu sejarah dan warisan Alam Melayu. Selain daripada pembentangan kertas kerja, aktiviti-aktiviti lain turut dilaksanakan bagi menarik minat warga Universiti Malaya untuk menyertai dalam program tersebut. Antaranya, adalah seperti jualan buku, jualan barangan kemas tradisi Melayu, jualan kraf tangan dan pakaian batik, stesen permainan tradisional Melayu dan sesi penggambaran di pelamin perkahwinan Melayu. Persidangan Antarabangsa Sejarah dan Warisan Budaya di Alam Melayu (PASWAM) 2023 Berjaya Dilaksanakan! BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 2


Pendaftaran rakan media di luar Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya sebelum program perasmian PASWAM 2023 bermula. Barisan VIP yang menyempurnakan Majlis Perasmian PASWAM 2023. Dari kiri, Profesor Datuk Dr. Danny Wong Tze Ken, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya; Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya; Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka; Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya; dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Sesi perasmian program PASWAM 2023 oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam , Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi oleh Profesor Datuk Dr. Danny Wong Tze Ken, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya; Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya; Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya; dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali. Sesi Ucap Utama Pertama oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali ketika Majlis Perasmian Program PASWAM 2023 di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Jo m berdaftar! BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 3


ceria! Staf Jabatan sentiasa bersedia di kaunter pendaftaran bagi menguruskan pendaftaran para pembentang kertas kerja serta para peserta persidangan PASWAM 2023. Sesi bergambar bersama pelajar-pelajar Jabatan Sejarah dengan Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar di Bilik Sumber Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya pada hari kedua program PASWAM 2023. Suasana di Dataran Sastera. Terdapat pelbagai gerai yang dibuka untuk jualan buku, jualan barangan kemas Alam Melayu dan jualan produk kraf tangan. Selain itu, pameran poster, stesen permainan tradisional serta kawasan penggambaran berlatar pelamin perkahwinan turut diadakan bagi menarik minat pelajar untuk menyertai dalam aktiviti persidangan PASWAM 2023. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 4 Sesi Ucap Utama Kedua oleh Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar di Bilik Sumber Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya pada hari kedua program PASWAM 2023.


Para pelajar serta peserta persidangan sedang meneliti setiap poster yang dipamerkan di Dataran Sastera, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Para pelajar sedang bermain permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban di stesen permainan tradisional. Situasi pembentangan kertas kerja oleh para pembentang. Setiap sidang akan diketuai oleh seorang moderator. Setelah selesai satu sesi pembentangan kertas kerja oleh pembentang maka akan ada satu sesi soal jawab (QnA). Dalam sesi tersebut, para peserta boleh mengeluarkan pertanyaan masing-masing kepada pembentang. Hal ini akan menggalakkan satu perbincangan yang aktif di antara pembentang dan peserta. Pada akhir setiap sesi pembentangan kertas kerja, moderator akan menghadiahkan cenderamata kepada para pembentang. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 5


Sesi bergambar bersama antara para pembentang kertas kerja, peserta persidangan dan moderator. Para pelajar serta peserta persidangan melawat gerai jualan barangan kemas Alam Melayu ekoran tertarik dengan kepelbagaian barangan kemas yang dipamerkan. Terdapat beberapa pembekal buku membuka gerai buku di Dataran Sastera. Terdapat kepelbagaian produk kraf tangan batik yang dijual di gerai batik antaranya adalah seperti sapu tangan batik, baju batik, dompet kecil batik, tengkolok bercorak batik dan sebagainya. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 6


Photobooth yang berlatarkan pelamin perkahwinan Melayu telah menjadi satu tarikan yang berjaya menarik minat ramai pelajar serta peserta persidangan untuk mengambil gambar. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 7


Dr.Muhammad Nu’man bin Mohd Nasir merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian Sejarah (Cemerlang), Ijazah Sarjana Persuratan dan Ijazah Kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang pengkhususan beliau adalah arkeologi. Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah melaksanakan kajian penyelidikan dan ekskavasi di tapak candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah ketika peringkat Ijazah Sarjana. Selain itu, beliau juga melaksanakan kajian berkenaan peletakan, persekitaran, dan pengurusan tataruang candi-candi di Kedah Tua pada peringkat Ijazah Kedoktoran. SELAMAT DATANG! DR. MUHAMMAD NU’MAN BIN MOHD NASIR Dr. Nu’man Seminar dan Ceramah Jabatan Sejarah telah menganjurkan beberapa kali seminar dan ceramah sepanjang bulan Julai hingga bulan Disember tahun 2023 bagi semua pelajar Jabatan Sejarah. Berikut merupakan maklumat serta butiran bagi seminar dan ceramah: No Tajuk Butiran Maklumat 1 Islam As Therapy: Zakiah Daradjat And The Psychological Challenges Of Twentieth Century Muslims (FASS Seminar) Tarikh: 20 Julai 2023 (Khamis) Waktu: Jam 3:00 petang Tempat: The Cube, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Disampaikan oleh: Profesor Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljuneid 2 Hikayat Melayu (Sejarah Melayu) Versi Manuskrip Raffles No.18 : Satu Kajian Baharu Tarikh: 21 Julai 2023 (Jumaat) Waktu: Jam 10:00 pagi Tempat: Bilik Sumber, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Disampaikan oleh: Profesor Emeritus Dr. Ahmat Adam BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 8


No Tajuk Butiran Maklumat 3 The Genesis of the “Datuk Keramat” Belief In Chinese Community Tarikh: 13 Oktober 2023 (Jumaat) Waktu: Jam 3:00 petang Tempat: Bilik Sumber, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Disampaikan oleh: Dr. Tan Ai Boay 4 Penerokaan Ke Arkib Di Amerika Syarikat Dan England: Satu Perkongsian Pengalaman Penyelidikan Sejarah Tarikh: 26 Oktober 2023 (Khamis) Waktu: Jam 2:30 petang Tempat: Bilik Sumber, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Disampaikan oleh: Encik Noorilham Ismail 5 Naskah Sejarah Patani (PNM MS809): 121 Tahun Berlalu Tidak Dapat Dilupakan Tarikh: 3 November 2023 (Jumaat) Waktu: Jam 10:00 pagi Tempat: Bilik Sumber, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Disampaikan oleh: Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali. 6 Work Life Balance For A Successful Career - Japanese Work Culture’s Perspective Tarikh: 15 Disember 2023 (Jumaat) Waktu: Jam 3:00 petang Tempat: Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya Disampaikan oleh: Encik Thesamany Tesaguru SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU JABATAN SEJARAH SESI 2023/2024 Pada 4 Oktober 2023 yang lalu, pihak fakulti telah mengadakan hari terbuka bagi pelajar-pelajar baharu kemasukan sesi 2023/2024. Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak fakulti kepada pelajar baharu. Antaranya adalah seperti taklimat pendaftaran kursus, sesi bersama jabatan dan sesi bersama barisan pentadbir fakulti. Bagi sesi bersama jabatan, pihak jabatan dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu. Dalam sesi tersebut, pelajar dapat mengenali para tenaga pengajar jabatan serta memahami struktur kursus jabatan secara mendalam. Semoga pelajar baharu dapat gigih dalam menimba ilmu pengetahuan serta menjadi seorang pelajar universiti yang aktif. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 9


TAHNIAH KEPADA PARA GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA KE-63! Jabatan Sejarah telah meraikan 72 orang graduan yang berjaya bergraduasi dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63. Dalam bilangan 72 orang graduan tersebut, terdapat 5 orang graduan Ijazah Kedoktoran, 3 orang graduan Ijazah Sarjana dan 64 orang graduan Ijazah Sarjana Muda. Seramai 36 orang graduan Ijazah Sarjana Muda yang telah menerima hadiah buku Universiti. Graduan Ijazah Sarjana Muda, Rizqullah Al. Bariq bin Azmi telah berjaya menerima 3 anugerah khas iaitu Hadiah Buku Universiti, Hadiah Pingat Emas Persatuan Sejarah Malaysia, dan Pingat Emas Dato’ Panglima Kinta Eusoff. Penerima anugerah bagi Hadiah Peringatan Dr. Hamidin Abdul Hamid ialah saudari Nurul Jannah binti Arshad, penerima anugerah bagi Hadiah Peringatan Dr. K.K.Nair ialah saudari Nur Suhana binti Bakar dan penerima anugerah bagi Hadiah Tan Sri Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim ialah saudari Wan Nur Izzati binti Wan Bahari. Untuk melihat senarai penuh graduan Jabatan Sejarah bagi Istiadat Konvokesyen Ke-63 Universiti Malaya sila rujuk Bahagian II: Laporan Khas Istiadat Konvokesyen Ke-63. Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertuan Negeri Melaka merupakan salah seorang graduan Ijazah Kedoktoran bagi Jabatan Sejarah. Gambar di atas menunjukkan Tuan Yang Terutama sedang menerima skrol Ijazah Kedoktoran daripada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Canselor Universiti Malaya. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 10


Konvokesyen Pada tahun 2023, Universiti Malaya telah menjalankan Istiadat Konvokesyen Ke-63. Perhimpunan di universiti untuk upacara penyampaian ijazah. (Kamus Dewan Edisi Keempat) BAHAGIAN II: LAPORAN KHAS ISTIADAT KONVOKESYEN BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 11


Ijazah Kedoktoran Aurang Zaib (Indonesia), Tajuk Tesis: The Political Evolution and the Accession of Kalat to Pakistan 1920-1948 1. Aziah binti Adi, Tajuk Tesis: Pensejarahan Melayu Menurut Shaharom bin Hussain, 1940-2004 2. Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Tajuk Tesis: Peranan Kerajaan Dalam Pemerkasaan Kepimpinan dan Sosioekonomi Belia di Malaysia, 1963-2013 3. Noor Syamimi binti Ishak, Tajuk Tesis: Pengurusan Banjir Besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, 1926-1988 4. Shamala a/p Krishnan, Tajuk Tesis: Penubuhan Universiti di Tanah Melayu, 1938- 1952 5. Ijazah Sarjana Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63 Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia) 1.Juwita binti Jaafar 2.Kavitha a/p R.Kumar Sarjana Sastera (Sejarah Asia Tenggara) 1.Syarifah Rumaizah Ribhan binti Syd Ab Razak BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 12


Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63 Jabatan Sejarah, Universiti Malaya 1.Ahmad Khairul Ikhwan bin A. Rahman 2.Anis Humaira binti Bakri 3.Arisha Izzati binti Mohd Asri 4.Balqish Kariena binti Yusri 5.Dharshana a/p Govindaraju 6.Ezham Aliff Danial bin Amran 7.Hasnah binti Jaraiee 8.Muhammad Aidil bin Mohammad Nasir 9.Muhammad Ali Uthman bin Mohd Nazri 10.Muhammad Azammuddin bin Ab Razak 11.Nahrizuan Haikal bin Mahsah 12.Nemesis Novmia a/p M Marianyagam 13.Noraini Atirah binti Zamri 14.Noraini binti Irwan 15.Nornabilah binti Zulkifli 16.Nor Nazihah binti Yusoff 17.Nor Shakila binti Abdullah 18.Nur Ainul Iffah binti Mat Ali 19.Nur Azirah Fatin binti Zainal 20.Nur Suhana binti Bakar 21.Nur Syazana binti Mat Radzay 22.Nurul Athira binti Hussin 23.Nur Farhani binti Abdullah Lulus dengan Kepujian (Dengan Cemerlang) Ijazah Sarjana Muda BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 13


Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63 Jabatan Sejarah, Universiti Malaya 24. Nurul Hafizatul Najihah binti Yusoh 25. Nurul Hidayah binti Abu Bakar 26. Nurul Jannah Bahariah binti Saiful Bahri 27. Nurul Jannah binti Arshad 28. Nurul Munirah binti Muliadi 29. Nurul Rasyidah binti Supian 30. Rizqullah Al. Bariq bin Azmi 31. Seow Han Lin 32. Siti Aisyah binti Nasharudin 33. Siti Mariam binti Amminuddin 34. Sitti Hassana binti Abdullah 35. Wan Shazwani binti Mior Haridi 36. ‘Ainun Basyirah binti Mohd Pazai Lulus dengan Kepujian (Dengan Cemerlang) Ijazah Sarjana Muda Lulus dengan Kepujian 1.Amirulsah bin Ahmad 2.Fatimah binti Saliman 3.Husnul Mubin bin Habibuddin 4.Julkiplee Fong Kai Tian 5.Lusiana Wulan Dari binti Ali Aziz 6.Mohamad Tajuddin bin Abdul Rahman 7.Muhamad Khairul Ikmal bin Muhamad Yusri 8.Muhamad Saiful Shazlan bin Mohd Bakeri BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 14


Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63 Jabatan Sejarah, Universiti Malaya 9. Muhammad Adeel bin Iqbal 10. Muhammad Ikhwan bin Wahidon 11. Muhammad Iqbal bin Mahadi 12. Noor Syafiq Lee bin Mohd Ali Lee 13. Nur Armiza Atiqah binti Lamisran 14. Nur Fatin Nabilah binti Mohd Johan 15. Nurhanani binti Ahmad Rofale 16. Nur Idlin Nabila binti Mohamad Kama Adzhar 17. Nur Shatijah binti Tahir 18. Nurul Izzati binti Amizan 19. Rozita binti Razak 20. Siti Musliana binti Muhammad Mustar 21. Siti Noordiana binti Talib 22. Muhammad Saqif bin Safiai 23. Mohamad Sharizal bin Jusoh 24. Mohamad Razikin bin Mohamad Razip 25. Muhammad Irfan bin Ismail 26. Nur Aina Syazana binti Zulkefli 27. Siti Nurain binti Azhar 28. Siti Nur Shahadah binti Mohd Zaki Lulus dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 15


Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63 Jabatan Sejarah, Universiti Malaya 1.‘Ainun Basyirah binti Mohd Pazai 2.Ahmad Khairul Ikhwan bin A. Rahman 3.Anis Humaira binti Bakri 4.Arisha Izzati binti Mohd Asri 5.Balqish Kariena binti Yusri 6.Dharshana a/p Govindaraju 7.Ezham Aliff Danial bin Amran 8.Hasnah binti Jaraiee 9.Muhammad Aidil bin Mohammad Nasir 10.Muhammad Ali Uthman bin Mohd Nazri 11.Muhammad Azammuddin bin Ab Razak 12.Nahrizuan Haikal bin Mahsah 13.Nemesis Novmia a/p M Marianyagam 14.Noraini Atirah binti Zamri 15.Noraini binti Irwan 16.Nornabilah binti Zulkifli 17.Nor Nazihah binti Yusoff 18.Nor Shakila binti Abdullah 19.Nur Ainul Iffah binti Mat Ali 20.Nur Azirah Fatin binti Zainal 21.Nur Suhana binti Bakar 22.Nur Syazana binti Mat Radzay 23.Nurul Athira binti Hussin Hadiah Buku Universiti ANUGERAH KHAS BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 16


Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63 Jabatan Sejarah, Universiti Malaya 24. Nur Farhani binti Abdullah 25. Nurul Hafizatul Najihah binti Yusoh 26. Nurul Hidayah binti Abu Bakar 27. Nurul Jannah Bahariah binti Saiful Bahri 28. Nurul Jannah binti Arshad 29. Nurul Munirah binti Muliadi 30. Nurul Rasyidah binti Supian 31. Rizqullah Al. Bariq bin Azmi 32. Seow Han Lin 33. Siti Aisyah binti Nasharudin 34. Siti Mariam binti Amminuddin 35. Sitti Hassana binti Abdullah 36. Wan Shazwani binti Mior Haridi Hadiah Buku Universiti ANUGERAH KHAS Hadiah Peringatan Dr. Hamidin Abdul Hamid 1. Nurul Jannah binti Arshad Hadiah Peringatan Dr. K.K.Nair 1. Nur Suhana binti Bakar BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 17


Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63 Jabatan Sejarah, Universiti Malaya 1. Rizqullah Al. Bariq bin Azmi Hadiah Pingat Emas Persatuan Sejarah Malaysia ANUGERAH KHAS Hadiah Tan Sri Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim 1.Wan Nur Izzati binti Wan Bahari Pingat Emas Dato’ Panglima Kinta Eusoff 1. Rizqullah Al. Bariq bin Azmi BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 18


F R O MFreshie Graduate ROAD TOfirst class UNIVERSITY OF MALAYA An Interview of Inspired Story from History Department First Class Undergrade Graduate Class of 2024 BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 19


Series Road From Freshie To First Class Graduate University Of Malaya Balqish Kariena Graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah Dengan Kepujian (Lulus dengan Cemerlang) Sesi 2023 Temu Bual Bersama Mantan Perwakilan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya bagi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Pelajar Cemerlang Kelas Pertama bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah Dengan Kepujian bagi sesi 2024 Penerima Anugerah Buku Universiti Malaya bagi Istiadat Konvokesyen Ke-63 Universiti Malaya “ Jalan Terus, Sentiasa Ada Prinsip Dalam Kehidupan, Ingat Tuhan. ”Balqish Kariena binti Yusri atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Qish’ atau ‘Kak Qish’ merupakan seorang graduan ‘kelas pertama’ bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah dengan Kepujian pada tahun 2023. Dalam perjalanan beliau sebagai seorang mahasiswa Universiti Malaya, beliau bukan sahaja seorang pelajar, malahan beliau juga aktif dalam PALAPES Darat serta pernah memikul tanggungjawab sebagai seorang Perwakilan KMUM bagi Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Menerusi temu bual ini, kita akan dapat mencungkil dari saudari Balqish berkenaan dengan cara untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang serta berkongsi teknik-teknik belajar yang boleh diaplikasikan oleh pelajar dalam kehidupan seharian mereka. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 20


Pertama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Balqish Kariena atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Kak Qish’ kerana sudi menerima temu bual kita pada hari ini. Bolehkah Kak Qish berkongsi mengapakah Kak Qish memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya? Soalan 1 Saudari Balqish Kariena Terima kasih kepada Kai dan Faiz kerana menjemput Kak Qish untuk sesi temu bual ini. Sebenarnya Kak Qish memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi di Jabatan Sejarah ekoran keminatan Kak Qish terhadap ilmu sejarah. Sebenarnya, sebelum menyambung pengajian ke peringkat STPM, Kak Qish merupakan pelajar aliran sains tetapi keputusan Kak Qish kurang memberangsangkan dalam subjek-subjek sains. Oleh itu, Kak Qish mengambil keputusan untuk menukar aliran dari aliran sains ke aliran sastera di tingkatan 6. Bermula dari tahun 4 lagi, Kak Qish sudah minat dalam bidang ilmu sejarah terutamanya sejarah Islam. Ketika menyambung pengajian di peringkat STPM, cikgu sejarah Kak Qish yang merupakan seorang alumni Jabatan Sejarah, Universiti Malaya melihat Kak Qish mempunyai potensi untuk menjadi seorang historian (sejarawan) maka beliau pun memberi cadangan untuk menyambung degree (Ijazah Sarjana Muda) dalam bidang sejarah di Universiti Malaya. Kak Qish menerima cadangan cikgu, maka mulalah Kak Qish membuat research berkenaan Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Selepas Kak Qish membuat research, Kak Qish mendapati bahawa Jabatan Sejarah merupakan sebuah jabatan yang terunggul di Universiti Malaya, pensyarah-pensyarah dalam jabatan tersebut semuanya pakar dalam bidang ilmu sejarah serta mengeluarkan banyak buku ilmiah sejarah. Oleh itu, sejak semester 1 di tingkatan enam dahulu, Kak Qish sudah set target untuk menjadi seorang mahasiswi di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Ketika sesi pengisian UPU, Kak Qish meletakkan kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Jabatan Sejarah, Universiti Malaya sebagai first choice (pilihan pertama) dalam senarai UPU. Alhamdullilah, Kak Qish bersyukur sangat-sangat apabila keputusan UPU keluar, Kak Qish mendapat pilihan first choice Kak Qish dan berjaya menyambung pengajian tinggi Kak Qish di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 21


Wow, bukan senang nak dapat first-choice dalam UPU, tapi tahniah kami ucapkan kepada Kak Qish kerana berjaya mendapat first choice dan dapat peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Dalam perbualan tadi, Kak Qish ada berkata bahawa Kak Qish berminat dalam bidang ilmu sejarah Islam. Bolehkah Kak Qish berkongsi sikit berkenaan dengan minat Kak Qish terhadap ilmu sejarah Islam? Soalan 2 Saudari Balqish Kariena Terima kasih kepada Kai dan Faiz, seperti Kak Qish berkongsi tadi, sebenarnya Kak Qish mula minat dalam bidang subjek sejarah Islam sejak tahun 4 lagi, apabila Ustazah Pendidikan Islam Kak Qish mengajar berkenaan dengan tokoh-tokoh Khalifah Islam. Selepas itu, Kak Qish mula melakukan banyak pembacaan berkenaan dengan buku-buku sejarah Islam. Di peringkat tingkatan enam, Kak Qish juga pernah menyertai perdebatan dalam topik sejarah Islam. Selepas menyambung pengajian di peringkat universiti, Kak Qish juga tertarik dengan bidang ilmu Arkeologi. Kak Qish berharap selepas graduasi nanti, Kak Qish ingin menyambung lagi pengajian master (Ijazah Sarjana) dalam bidang Arkeologi di Universiti Sains Malaysia (USM). Pada satu hari nanti, Kak Qish berharap boleh kembali ke Universiti Malaya, dan menjadi seorang pensyarah di Jabatan Sejarah. Saudari Balqish Kariena Sebenarnya Kak Qish mempunyai banyak memori manis ketika Kak Qish menyambung degree di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Antaranya adalah seperti waktu-waktu dapat membuat tutorial bersama kawan-kawan yang rapat. Kadang kala pada waktu lapang, saya juga akan lepak bersama kawan-kawan saya seperti Bariq, Razikin dan lainlain lagi di kafe bagi membincangkan topik-topik sejarah yang menarik. Seterusnya, Kak Qish juga sangat bersyukur waktu-waktu kuliah serta tutorial bersama dengan para pensyarah dalam jabatan. Hal ini kerana para pensyarah dalam jabatan juga amat menggalakkan pelajarnya untuk melakukan critical thinking terhadap satu topik serta isu sejarah. Agak menarik! Semoga Kak Qish dapat menyambung pengajian Kak Qish dalam bidang Arkeologi di USM dan satu hari nanti dapat kembali ke UM untuk menjadi seorang pensyarah. Bolehkah Kak Qish berkongsi memori-memori manis buat Kak Qish ketika Kak Qish menyambung pengajian degree di Jabatan Sejarah Universiti Malaya? Soalan 3 BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 22


Saudari Balqish Kariena Kak Qish mempunyai banyak memori manis bersama Dr Dayana. Bagi Kak Qish, Dr Dayana merupakan seorang Dr yang selalu mempromosi gaya pemikiran intelectual thinking. Pada tahun 3, Dr Arba merupakan penyelia bagi fyp (final year project) Kak Qish. Bagi Kak Qish, Dr Arba merupakan seorang yang mempunyai sifat penyayang ibarat seorang ibu. Walaupun Kak Qish memegang banyak jawatan pada tahun 3, namun Dr Arba akan selalu menasihati dan mengingatkan Kak Qish untuk menyempurnakan Fyp. Kadang kala, dalam kehidupan seharian, Dr Arba juga akan berkongsi sedikit nasihat kepada Balqish. Contohnya, cara untuk mencari jodoh (haha). Setahu Kak Qish, Dr Arba dahulu juga merupakan seorang student activism yang aktif, tetapi pada masa yang sama, Dr Arba juga mampu menguruskan akademiknya dengan baik. Oleh itu, Dr Arba sering menjadi aspirasi buat Kak Qish. Saudari Balqish Kariena Bagi Kak Qish, antara Dr yang memberikan kesan yang besar kepada Kak Qish adalah Dr Abu dan Dr Kamal. Bagi Dr Abu, saya percaya Kai dan Faiz tahu bahawa Dr Abu merupakan seorang pensyarah yang memperoleh Ijazah Kedoktoran melalui saluran fast-track di Universiti Malaya. Bagi Kak Qish, slaid pengajaran Dr Abu adalah sangat kemas, teliti, dan informatif! Oleh itu, Kak Qish selalu merujuk kepada slaid Dr Abu ketika Kak Qish menyediakan jawapan soalan tutorial serta ulang kaji. Selain itu, Dr Abu juga salah seorang pensyarah yang selalu aktif berkongsi idea-idea serta ilmu pengetahuan dalam aktiviti-aktiviti forum. Beliau juga aktif dalam menghasilkan kertas-kertas kerja dalam penyelidikan dalam bidang sejarah Islam. Dengan ini, Dr Abu juga menjadi salah seorang individu yang menjadi inspirasi Kak Qish ketika menyambung pengajian di Jabatan Sejarah. Bagi Dr Kamal pula, walaupun Dr Kamal mempunyai kekurangan dalam penglihatan tetapi beliau boleh memberikan kuliah seperti pensyarah yang lain. Kadang-kala ketika Dr Kamal memberi kuliah, kita juga tidak akan perasan bahawa beliau mempunyai kekurangan dalam penglihatan. Beliau merupakan seorang yang sangat tegas, dan tidak membenarkan pelajar lewat hadir ke kuliah beliau. Beliau juga merupakan seorang yang sangat terbuka kepada pelajar untuk berkongsi idea masing-masing terhadap sesuatu topik sejarah ketika kuliah dan tutorial berlangsung. Wah, kelihatan kehidupan Kak Qish sepanjang tempoh menuntut pengajian di Universiti Malaya sangat menarik dan dipenuhi dengan memori-memori yang manis. Bolehkah Kak Qish berkongsi siapakah Dr yang memberikan kesan yang besar kepada Kak Qish? Soalan 4 BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 23


Buat to do list dalam setiap apa yang Kak Qish terlibat. Dalam to do list tersebut, Kak Qish boleh nampak mana yang dah siap dan mana yang belum siap. At least Kak Qish tahu mana yang belum siap untuk Kak Qish siapkan. Untuk KMUM, Angkatan pun Kak Qish buat begitu juga. Untuk Palapes dia macam tak menganggu sebab sudah ada masa yang spesifik. Jadi bila Kak Qish jadi perwakilan KMUM, Kak Qish lebihkan KMUM berbanding Palapes sebab Palapes dah ramai orang, di KMUM hanya ada Kak Qish, Zaid dan Sekretariat KMUM sahaja. Kak Qish kena pandai susun jadual Kak Qish. Kami mengetahui bahawa Kak Qish telah menyertai gerakan pelajar dalam kampus serta dipilih menjadi ahli perwakilan eksekutif Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan dalam pada yang sama Kak Qish juga merupakan seorang ahli Palapes. Saudari juga merupakan pelajar tahun 3 Jabatan Sejarah yang sedang menyiapkan Final Year Project. Jadi soalan kami, bagaimanakah Kak Qish boleh membahagikan masa dengan baik dalam menyeimbangkan semua aktiviti yang Kak Qish terlibat? Soalan 5 Saudari Balqish Kariena Ada 3 benda yang Kak Qish buat iaitu membuat to do list (senarai kerja), mempunyai sistem sokongan yang kuat dan mementingkan kesihatan mental. Membuat to do list (senarai kerja) Mempunyai sistem sokongan yang kuat Kak Qish juga ada support system yang sangat membantu. Bagi Kak Qish, kita tak perlu ramai kawan pun, cuma memerlukan kawan yang boleh membantu dan ada waktu kita susah dan senang. Ada beberapa kawan Kak Qish yang sangat membantu antaranya Bariq, Kak Farhani dan Kak Shatijah. Mereka antara orang yang Kak Qish boleh rujuk jika Kak Qish ada masalah atau pertanyaan ke. Mereka selalu ingatkan Kak Qish apa yang Kak Qish lupa, tugasan penting sebab kak Qish cepat burn out. Bila burn out, Kak Qish akan berkurung dalam bilik tapi tak buat kerja pun. Mereka yang selalu ingatkan Kak Qish jangan lupa apa tugasan sepatutnya dan siap tawar diri lagi nak bantu Kak Qish. Kak Qish ambil Kak Farhani sebagai contoh sebab dia juga sibuk, sangat sibuk tapi dia sangat tersusun dan pandai menyusun waktu. Kak Qish kagum dengan dia. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 24


Mementingkan kesihatan mental Seterusnya selalu pentingkan mental health. Semua kerja KMUM, Angkatan, FYP, assignment semua bertindih dan ada masa Kak Qish selalu tertangguh kerja. Jadi kawan – kawan Kak Qish nasihatkan pergi jumpa kaunselor, borak – borak. Mereka akan tanya soalan yang boleh buka minda yang kita boleh nampak masalah dan jalan penyelesaian. Kak Qish sangat recommend kaunselor dekat UM sebab sangat membantu! Wow, mantaplah Kak Qish! Kami kenal Kak Qish dari Instagram dan kami macam kagum sebab bukan senang seorang pelajar tahun tiga yang sedang menyelesaikan FYP sibuk dengan tugas KMUM, Palapes dan pelbagai lagi. Soalan akhir daripada saya, Kak Qish ada tak nasihat untuk junior dari tahun 4, tahun 3, tahun 2 dan tahun 1 yang ambil sama program iaitu Sarjana Muda Sastera Sejarah? Soalan 6 Saudari Balqish Kariena Nasihat Kak Qish, rajin membaca dan jangan malas membaca! Korang silap kalau malas membaca hihihi. Kak Qish pun malas juga membaca tetapi ada teknik yang boleh kita kuasai. Yang paling asas, kena rajin membaca. Kalau macam Dr Dayana kongsi dengan Kak Qish, kena baca abstrak dan penutup sebab kita dah boleh tahu apa yang penulis ingin sampaikan. Jika apa yang kita cari tidak jumpa dekat abstrak dan penutup, kita boleh langkau semua bahagian dalam kajian tersebut. Seterusnya, perlu meluangkan masa untuk diri sendiri (me time). Jangan hanya berfokus kepada belajar sahaja, kalau boleh kita kena luangkan masa untuk diri kita berehat. Pergilah menjalankan aktiviti riadah seperti berjoging, berjalan – jalan, berkayak dan lainlain lagi. Selain itu, belajar dari pensyarah kita dan nikmati zaman degree kita. Kehidupan dalam degree ni sekali dalam seumur hidup berbanding master yang kita boleh buat banyak kali. Bagi Kak Qish, nikmatilah zaman degree dengan baik sebab kehidupan zaman degree sangat menarik. Kak Qish pun nak ulang semula zaman degree. Hormat juga pensyarah, kalau pensyarah minta kita terlibat, kita kena terlibat sebab pensyarah kita sangat bijak dan bukan calang – calang orang. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 25


Saudari Balqish Kariena Terima kasih Kai dan Faiz, antara kata-kata semangat yang boleh Kak Qish berikan adalah Jalanlah terus. Apa apa masalah pun, jalanlah terus dan teruskan berusaha dan selalu ada prinsip dan selalu ingat Tuhan. Ingat kepercayaan kepada Tuhan hihihi. Alhamdulillah, melalui temu bual ini kami dapat ringkaskan bahawa Saudari Balqish atau Kak Qish memang boleh dijadikan contoh oleh semua pelajar Jabatan Sejarah. Kak Qish sangat memberikan komitmen dalam semua aktiviti yang Kak Qish terlibat. Jadi ada junior yang melihat Kak Qish sebagai sumber inspirasi mereka. Kami juga berharap penulisan ini dapat melahirkan legasi junior Saudari Balqish Kariena dan semoga pelajar Jabatan Sejarah dapat mengambil Inspirasi daripada kejayaan saudari Balqish Kariena untuk pendoman diri mereka. Untuk kesekian kalinya, boleh tak Kak Qish memberikan kata – kata semangat buat semua pelajar junior Jabatan Sejarah supaya boleh jadi kuat seperti Kak Qish? Pemberian Kata Semangat Betul juga apa yang Kak Qish katakan hihihi. Baiklah itu sahaja temu bual kami bersama Saudari Balqish Kairina yang bertujuan untuk menjadi inspirasi kepada semua pelajar junior Jabatan Sejarah. Terima kasih Kak Qish untuk temu bual ini! Jumpa lagi! Kata Simpul Saudari Balqish Kariena Terima kasih Kai dan Faiz, selamat bertemu lagi! Gambar-gambar Balqish Kariena bersama ahli keluarganya ketika Istiadat Konvokesyen Ke-63 Universiti Malaya BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 26


B A L Q I S H K A R I E N A BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 27


Artikel Saya telah menghasilkan sebuah artikel sejarah. Karangan (dlm surat khabar,majalah, dll) makalah, rencana. (Kamus Dewan Edisi Keempat) BAHAGIAN III: ARTIKEL BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 28


Penulis: Ong Zhi Ken ([email protected]) Ong Zhi Ken merupakan pelajar tahun 4 di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam menghasilkan penulisan bertemakan politik dan falsafah. Beliau pernah menyumbang penulisannya dalam bab buku yang bertajuk “Why We Are In This Body”. Beliau juga pernah menerima anugerah tempat ketiga dalam Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2021 (Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Kategori IPT). Selain menulis, beliau juga berpengalaman dalam menyunting buku Politik dan Moral MacIntyre, Walzer dan Sandel. Kisah dendam Israel dan Palestin Baru-baru ini, konflik Israel-Palestin menjadi topik utama yang diberi perhatian ramai. Ramai mengkritik tindakan Israel yang menzalimi rakyat Palestin melalui pelbagai tindakan dari alam maya ke padang demonstrasi. Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sangat tegas dalam mengkritik tindakan Israel sehingga diberi 3 notis tata tindak daripada AS. Sebenarnya, konflik ini telah bermula dari awal abad ke-20. Deklarasi dan keinginan penubuhan negara untuk orang Yahudi telah mencetuskan konflik antara orang Yahudi dan orang Palestin. Usaha-usaha untuk mewujudkan keamanan antara Israel dan Palestin telah gagal. Hasrat untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi telah wujud pada akhir abad ke19 melalui Kongres Zionis Pertama 1897 dan Deklarasi Balfour 1917. Hasrat penubuhan negara Yahudi telah mencetuskan konflik terbuka antara orang Arab dan orang Yahudi. British telah membantu menggerakkan penubuhan negara Yahudi. Antara orang yang kuat menentang penghijrahan orang Yahudi dan gerakan kebangsaan Yahudi ialah Amin al-Husseini yang telah melancarkan pemberontakan besar terhadap orang Yahudi di Baitulmaqdis (1920) dan Jaffa (1921). Namun, pertubuhan bersenjata orang Yahudi telah bekerjasama dengan British untuk menindas pemberontakan orang Arab. Konflik Israel-Arab telah meningkat selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai rancangan pemecahan Palestin kepada negara Arab, negara Yahudi dan Bandar Raya Baitulmuqaddis pada tahun 1947. Ini mencetuskan fasa utama Perang Arab-Israel 1948. Pertempuran antara orang Arab dan orang Yahudi telah belaku dengan sebuah bas yang membawa penumpang Yahudi dari Netanya ke Baitulmaqdis diserang hendap oleh orang Arab pada 30 November 1947. Perang Arab-Israel telah ditingkatkan apabila Israel merdeka pada 15 Mei 1948. Namun, tentera Arab dari Mesir, Lubnan, Syria, Iraq dan Transjordan (Jordan) hanya dapat menguasai bahagian-bahagian timur dan selatan Palestin seperti yang diberi oleh PBB. Kawasan tambahan yang mereka kuasai hanya Baitulmaqdis Timur. Israel pula berjaya menawan jalan ke Baitulmaqdis melalui Kawasan Pergunungan Yehuda (Bukit-bukit Judaea) dan berjaya menolak serangan Arab. Setakat awal tahun 1949, Israel telah menguasai semua kawasan dari Negev ke bekas sempadan Mesir-Palestin, kecuali Semenanjung Gaza. Ramai orang Arab telah menjadi pelarian selepas penetapan sempadan sementara Israel-dunia Arab pada tahun 1949. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 29


(Sumber Gambar: Chris Hedges,The War On Palestine Has Gone On For 100 Years, The Real News Network)/INTERCONTINENTALE/AFP via Getty Images Pada tahun 1948, sekumpulan orang Arab-Palestin telah meninggalkan petempatan mereka di sekitar Baitulmaqdis. Pada Oktober 1956, Israel telah menguasai Semenanjung Sinai, Mesir (termasuk AlʿArīsh, Rafah dan Gaza) di bawah pengaruh British dan Perancis selepas Mesir menasionalisasikan dan melarang kapal-kapal mereka daripada menggunakan Terusan Suez. Ramai banduan telah ditangkap oleh Israel. Namun, tentera penampan PBB telah ditempatkan di Semenanjung Sinai. Dalam Perang 6 Hari 1967, Israel telah memusnahkan angkatan tentera udara Mesir, menguasai semula Semenanjung Gaza dan Semenanjung Sinai dan menawan Tebing Barat dan Dataran Tinggi Golan masing-masing daripada tangan Jordan dan Syria. Israel juga memperoleh kuasa kawalan mutlak atas Baitulmaqdis. Tentera kedua-dua pihak telah melakukan serangan yang sengit dalam Perang 6 Hari 1967. (Sumber Gambar: Tania Kramer, The Six Day War’s difficult legacy, Deutsche Welle) Imago/Keystone BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 30


Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang ditubuhkan untuk menyatukan kumpulan Palestin mula bangkit sebagai wakil orang Palestin selepas negara-negara Arab ditewaskan oleh Israel pada Jun 1967. Lebih banyak pertubuhan yang lebih militan dan radikal menyertai PLO. Contohnya, Fatah, al-Ṣāʿiqah dan Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin (DFLP). Selepas Yasser Arafat (Fatah) dilantik sebagai pengerusi PLO pada tahun 1969, PLO telah melancarkan banyak serangan gerila dari Jordan dan Lubnan terhadap Israel. Namun, serangan ini telah memburukkan hubungan PLO dengan negara-negara tuan rumah. Oleh itu, PLO telah bertukar kepada melancarkan serangan ganas dan berprofil tinggi termasuk pengeboman dan rampasan pesawat. Mulai tahun 1974, Arafat telah memperjuangkan penamatan serangan PLO terhadap sasaran di luar Israel dan meminta masyarakat dunia untuk menerima PLO sebagai wakil sah orang Palestin. Pada tahun 1974, semua ketua negara Arab telah mengiktiraf PLO sebagai wakil sah yang tunggal untuk semua orang Palestin dan menerima PLO sebagai ahli penuh Liga Arab. Manakala Mesir dan Syria telah ditewaskan lagi oleh Israel dalam Perang Yom Kippur 1974. Usaha perdamaian dunia Arab-Israel yang pertama telah dilakukan pada 26 Mac 1979 melalui pemeteraian Perjanjian Kem David 1979 oleh Mesir dan Israel. Israel telah mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir. Sebagai balasan, Mesir mengiktiraf hak Israel untuk wujud di dunia ini dan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel. Namun, Israel tidak bersetuju dengan penubuhan sebuah negara Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Tentera Israel telah mengepung ibu kota Lubnan, Beirut di mana terletaknya ibu pejabat PLO pada Jun 1982. Tentera Israel juga menghujani bahagian barat Beirut dengan bom. PLO telah meninggalkan bandar raya tersebut di bawah pemantauan sebuah angkatan tentera pelbagai negara. Tentera Israel telah meninggalkan Lubnan pada Jun 1985. Sesi menandatangani dan memeterai Perjanjian Kem David 1979. Bahagian kiri merupakan Anwar Sadat, presiden Mesir manakala bahagian tengah pula merupakan Jimmy Carter, presiden Amerika Syarikat dan diikuti Menachem Begin, Perdana Menteri Israel.. (Sumber Gambar: Carter, J.. "Camp David Accords." Encyclopedia Britannica, December 19, 2023. https://www.britannica.com/event/Camp-David-Accords.) BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 31


Selepas kehilangan pangkalan serangan dan kejayaan intifadah (kebangkitan) Palestin 1987, PLO telah menubuhkan kerajaan dalam buangan “Negara Palestin” pada 15 November 1988 dan melantik Arafat sebagai presidennya pada tahun seterusnya. Mereka telah memilih konsep dua negara [Israel (Yahudi) dan Palestin (Arab)] untuk menyelesaikan masalah penempatan orang Palestin. Bagi mereka, negara Palestin mesti dibentuk daripada Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pendiriannya dalam mencapai keamanan dengan Israel dikukuhkan apabila Arafat memutuskan untuk menyokong Iraq dalam Perang Teluk 1990-1. Pada tahun 1993, PLO telah menandatangani Perjanjian Oslo dengan Israel. Di bawah perjanjian ini, kedua-dua pihak perlu saling mengiktiraf antara satu sama lain. Mereka juga perlu menetapkan syarat-syarat penyerahan Gaza dan Tebing Barat kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang akan mengambil masa selama lima tahun. Dalam tempoh interim ini, Israel dan Palestin perlu membincangkan jalan penyelesaian tetap. Namun, perbincangan telah gagal. Kegagalan ini telah mencetuskan Intifadah Kedua pada September 2000. Beratusratus orang telah dibunuh yang kebanyakannya orang Palestin. Harapan untuk memulakan semula perbincangan keamanan antara pemimpin Palestin yang lebih moderat dan Israel telah wujud selepas kematian Arafat pada akhir tahun 2004. Oleh itu, Intifadah Kedua telah ditamatkan pada awal tahun 2005. Walaupun Israel berhasrat untuk menarik semua penduduk dan askar Israel dari Gaza, namun mereka masih mengawal pergerakan barang atau manusia melalui laut dan udara dari dan ke Gaza. Mereka juga membina benteng pemisah di sempadan Gaza-Israel. Alasan mereka adalah untuk melindungi rakyat Israel daripada serangan pengganas Hamas. Pemimpin Palestin mengkritik keras cara Israel memperketatkan kawalan yang secara langsung telah menyebabkan kadar kemiskinan dan kes keganasan di Palestin meningkat. Selepas tahun 2008, Israel dan PLO tidak membincangkan pendamaian. Hanya Palestin yang masih memperjuangkan pengiktirafan antarabangsa terhadapnya sebagai sebuah negara berdaulat. Israel terus membina penempatan orang Yahudi di Tebing Barat. AS yang merupakan pendamai utama dalam proses Oslo menjadi negara pertama di dunia untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada tahun 2017. Pada tahun 2020, pemimpin-pemimpin Israel mula membincangkan rancangan penawanan beberapa buah kawasan di Tebing Barat. Pemimpin kerajaan sayap kanan Israel telah meningkatkan usaha untuk menawan lebih banyak kawasan Palestin dan mengancam hak orang Palestin. Ini telah menyebabkan hampir 30 orang Israel dan lebih daripada 200 orang Palestin dibunuh dalam serangan, operasi ketenteraan, pertempuran, demonstrasi dan insiden lain. Angka-angka ini merupakan angka-angka kematian tertinggi di Palestin sejak tahun 2005. Keganasan berlaku setiap hari, mencederakan dan membunuh orang Palestin dan orang Israel setiap hari. Orang Gaza menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik yang meruncing ke tahap 10 jam setiap hari. Tanpa bantuan Qatar, masalah ini akan dipanjangkan kepada 12 jam. Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza telah dikenakan sekatan melebihi 17 tahun sehingga ditentang oleh ramai orang Gaza kerana tidak mampu memenuhi semua keperluan asas. Hamas terpaksa menjatuhkan hukuman terhadap 7 orang rakyat biasa di Gaza atas jenayah bekerjasama dengan Israel. Tindakan ini telah ditentang kuat oleh PBB. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 32


Pihak Berkuasa Palestin yang mengawal Tebing Barat mengalami masalah kewangan yang meruncing dengan sasaran defisit melebihi AS$370 juta pada tahun ini. Tindakan penjimatan kos telah banyak mengurangkan peruntukan untuk bayaran gaji penjawat awam dan bantuan sosial. Pertubuhan kemanusiaan sangat memerlukan dana untuk membantu orang Palestin. Contohnya, Rancangan Makanan Dunia (WFP) memerlukan AS$41 juta untuk memulakan semula operasi di Palestin. Wanita Palestin daripada kumpulan Murabitat secara rutin membantah kumpulan Yahudi yang melawat perkarangan alAqsa. (Sumber Gambar: The Second Intifada, 15 years on, The New Arab.) Akhir sekali, ketiadaan usaha bersama untuk mencapai keamanan antara Israel dan Palestin telah menyebabkan konflik melebihi 100 tahun. Masalah ini telah membawa kesengsaraan kepada kedua-dua pihak khususnya pihak Palestin sehingga membawa kerugian sebanyak beratus-ratus juta dolar AS. Semoga keamanan dapat dicapai antara Israel dan Palestin demi kesejahteraan sejagat. Banyak nyawa penduduk Palestin yang terkorban dan bangunan dimusnahkan di Gaza ekoran serangan Israel. (Sumber Gambar: Rendi Mahendra, “Sejarah Dan Penyebab Konflik Israel-Palestina Hingga Terjadinya Perang”, Bisnis.com) BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 33


(Sumber Gambar: Maps: Loss of Land, Palestine Portal. Org) Rajah di atas menunjukkan wilayah negara Palestin yang semakin kecil dari tahun sebelum tahun 1917 hingga kini ekoran rampasan tanah oleh negara Israel. Bibliografi Sumber Primer: A. Dokumen Rasmi Resolution 181 (II). Future government of Palestine, Mesyuarat Pleno Ke-128 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, New York, 29 November 1947. Sumber Sekunder: A) Buku Gelvin, James, The Israel-Palestine Conflict: One Hundred Years of War, New York: Cambridge University Press, 2005. Sela, Avraham (ed.), The Continuum Political Encyclopedia of the Middle East, New York: Continuum. B) Projek Ilmiah Neal, Lorena S., The Roots of the Israeli-Palestinian Conflict: 1882-1914, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Illinois Wesleyan, Bloomington, 1995. Laman Sesawang: American Documentary, Inc., History of The IsraeliPalestinian Conflict, https://web.archive.org/web/20121202230446/http://www.p bs.org/pov/pdf/promiese/promises-timeline.pdf (tarikh diakses 5 November 2023). BBC News, A History of Conflict: Introduction, http://news.bbc.co.uk/2/shared/spl/hi/middle_east/03/v3_ip_ timeline/html/default.stm (tarikh diakses 4 November 2023). Editor-editor Encyclopædia Britannica, Arab-Israeli Wars, https://www.britannica.com/event/Arab-Israeli-wars (tarikh diakses 5 November 2023). Editor-editor Encyclopædia Britannica, Palestine Liberation Organization, https://www.britannica.com/topic/Palestine-LiberationOrganization (tarikh diakses 5 November 2023). Editor-editor Encyclopædia Britannica, Israel: The Second Intifada, https://www.britannica.com/place/Israel/Primeministers-of-Israel (tarikh diakses 5 November 2023). Ishaan Tharoor, In Israel and The U.S., ‘Apartheid’ Is The Elephant in The Room, https://www.washingtonpost.com/world/2023/08/11/isra el-palestine-apartheid-israel-scholars/ (tarikh diakses 5 November 2023). Levs, Josh, Is Gaza 'Occupied' Territory?, http://edition.cnn.com/2009/WORLD/meast/01/06/israel .gaza.occupation.question/index.html (tarikh diakses 5 November 2023). Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Israeli-Palestinian Death Toll Highest Since 2005: UN Envoy, https://news.un.org/en/story/2023/08/1139922 (tarikh diakses 5 November 2023). BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 34


Pada 22 Oktober 2023, Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE telah mengadakan perhimpunan aman ‘Freedom Of Palestine’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh ribuan rakyat Malaysia dan warga asing bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin dan mengecam tindakan kejam Zionis dengan melaungkan ‘Palestine’ dan ‘Israel Shame On You!’ (Sumber maklumat: ‘Ribuan Rakyat Sertai Himpunan Solidariti Palestin Di Dataran Merdeka, Bernama) (Sumber gambar: Solihan, Pelajar Tahun 4, Jabatan Sejarah) BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 35


Agak sukar untuk mencari penerbit tempatan yang sanggup untuk menterjemahkan karya-karya sejarah yang ditulis oleh sejarawan luar khususnya karya-karya bergenre pemikiran. Jikalau anda meluangkan masa sebentar di kedai buku berdekatan anda, saya yakin kebanyakan buku-buku yang diterjemahkan oleh pengkarya tempatan banyak datang daripada genre fiksyen ataupun sastera yang mungkin lebih mendapat sambutan hangat daripada para pembaca. Buku Sang Penguasa yang merupakan terjemahan oleh Zamir Mohyedin daripada karya asal “The Prince” (Il Principe dalam Bahasa Itali) oleh diplomat tersohor, Niccolo Machiavelli merupakan salah satu karya terjemahan sejarah yang agak nadir dalam pasaran buku tempatan. Terdapat juga syarahan bab yang ditulis oleh Ayman Rashdan Wong (ARW) berpandukan idea-idea yang ditulis oleh Machiavelli. Pada kali ini, penulis akan mengupas beberapa sisi-sisi positif yang terdapat dalam buku ini. Penulis: Muhammad Hazim bin Hambali Muhammad Hazim bin Hambali, pelajar tahun pertama dalam bidang Sarjana Muda Sastera Sejarah di Universiti Malaya. Mengagumi Ilmu sejarah sejak sekolah rendah kerana terpengaruh dengan filem The Mummy. Sangat berminat dalam penulisan artikel berbentuk kasual dan berharap dapat menghasilkan lebih banyak lagi artikel dalam lapangan sejarah pada masa akan datang. REALPOLITIK SANG PENGUASA Nadir: Hiperbola? Sebelum penulis mengupas dengan lebih lanjut, sudah pasti persoalan utama yang akan diutarakan ialah seberapa nadirkah buku ini? Adakah ia hanyalah hiperbola yang dicipta penulis? Secara jujurnya buku Sang Penguasa ini bukanlah buku bergenre sejarah dan politik pertama yang diterjemahkan oleh pengkarya tempatan. Sudah banyak buku terjemahan lain yang boleh dijumpai di pasaran. Namun, aspek-aspek yang menjadikan buku ini menarik ialah bagaimana buku ini dieksekusi dan diolah gaya penulisannya. Tidak lupa juga, walaupun The Prince boleh dianggap karya tersohor yang begitu popular dalam dunia sejarah dan sains politik, namun masih tiada penerbit tempatan yang mahu menerbitkannya dalam bahasa Melayu. Oleh itu, saya boleh memuji pihak penerbitan The Biblio Press dalam usaha mereka mempersembahkan karya Machiavelli dalam bahasa yang lebih difahami masyarakat tempatan. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 36


No. Perkataan Terjemahan Bahasa Inggeris Ms. 1. Cuitan teaser 10 2. Kecekapan virtu 59 3. Lunak lenient 169 4. Kecukupan diri self sufficiency 107 5. “Siapa kuat dia kudrat” “might is right” 62 Terjemahan Cabaran utama untuk menjadikan sesebuah karya sejarah itu menarik ialah bagaimana untuk menulisnya menggunakan laras bahasa yang mudah difahami walaupun yang membacanya bukanlah golongan totok Sejarah. Mungkin anda boleh mengatakan sifat utama ilmu sejarah itu bukanlah menarik tetapi berfakta dan berilmiah, tetapi inilah kesilapan yang dielakkan oleh Zamir Mohyeddin selaku penterjemah karya ini. Gaya penulisan terjemahan tetap mengikut gaya tulisan asal Machiavelli yang seolah-olah sedang menulis surat kepada seseorang, menyebabkan elemen buku asal tetap dapat dirasai oleh pembaca walaupun ia adalah terjemahan. Walaupun secara umumnya, saya melihat penggunaan gaya bahasa oleh Zamir mungkin terlalu formal, tetapi beliau berjaya menyusunnya dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami pembaca. Syarahan Elemen tambahan utama yang menjadikan buku ini menarik dan lain dari yang lain ialah terdapat syarahan yang ditulis untuk setiap bab. Mungkin sekiranya hanya terjemahan asal yang dimuatkan dalam buku ini tanpa ada syarahan, saya boleh mengkategorikannya sebagai salah satu buku sejarah yang membosankan dek kerana terdapat sesetengah bab yang tidak mempunyai mesej yang jelas. Ayman Rashdan Wong selaku orang yang menulis syarahan berjaya menerangkan idea-idea Machiavelli dengan mudah dalam bahasa Melayu (sesuatu yang boleh dibanggakan). Umumnya, saya melihat syarahan ini mempunyai beberapa aspek menarik: Penggunaan istilah-istilah baharu yang menyegarkan Kekurangan istilah-istilah bahasa Melayu yang baharu khususnya dalam bidang Sejarah amat meragukan. Sukar untuk melihat ada penulis yang berani untuk memasukkan istilah bahasa Melayu yang jarang digunakan masyarakat dalam menerangkan topik-topik yang sukar difahami. Ironinya, penggunaan istilah-istilah baharu ini telah memberi gambaran yang lebih mudah kepada para pembaca: BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 37


Antara semua terjemahan di atas, penulis berpendapat ARW telah menterjemahkan perkataan Virtu secara bijak dan berhati-hati. Virtu diterjemahkan kepada kecekapan dan beliau tidak terpengaruh dengan maksud Virtue dalam bahasa Inggeris yang lebih merujuk kepada “nilai atau sifat baik”. Bahkan ARW juga menyebut bahawa terjemahan tersebut berpandukan kepada Roman Virtue yang merujuk kepada keberanian dan kejantanan. Buku seperti The Prince yang ditulis berpandukan keadaan semasa sememangnya sukar difahami konteksnya oleh masyarakat kini lebih-lebih lagi sekiranya pengetahuan sejarah mereka adalah terhad. Terdapat juga sesetengah bab yang ditulis Machiavelli tidak diperincikan secara tepat tentang apa yang ditulis. Contohnya tentang siapa yang disebutkan dalam bab 26 iaitu bab terakhir: Memberi penerangan mendalam berkenaan mesej Machiavelli “Baru-baru ini, kita telah menjumpai cahaya harapan daripada seorang individu yang dihantar oleh Tuhan untuk menebus semula dosa-dosa Itali.” Niccolo Machiavelli (Diterjemahkan oleh Zamir Mohyeddin), Ms. 248 Disinilah syarahan ARW memainkan peranan kerana beliau menerangkan siapakah insan yang disebut oleh Machiavelli dalam ayat di atas iaitu berkemungkinan besar ialah Cesare Borgia. Saya yakin bab terakhir berkenaan harapan Machiavelli ini mungkin akan menyebabkan mulut anda melopong sekiranya tiada syarahan atau ulasan yang dibuat. Hal ini kerana bab terakhir ini mungkin lebih bersifat emosi dan berbeza dengan bab-bab sebelumnya yang lebih analitikal dan berobjektif. “Individu yang disebut oleh Machiavelli sebagai “Cahaya harapan yang dihantar oleh Tuhan” kemungkinan besar merujuk kepada Cesare Borgia,…” -Ayman Rashdan Wong, Ms.254 BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 38


Apabila menyebut soal Machiavelli, memang tidak dapat lari daripada sentimen “Kuasa dahulu, barulah moral”. ARW berulang kali cuba menanamkan perkara ini dalam minda pembaca dengan menulis ayat-ayat yang menggambarkan idea-idea Machiavelli tanpa sebarang tapisan walaupun ia kedengaran tidaklah menyenangkan: Tanpa Tapisan “Dalam bab ini Machiavelli memberi cadangan bagaimana penguasa dapat mempertahankan kuasa yang baru diperolehinya iaitu dengan membunuh semua kerabat keluarga penguasa lama. Machiavelli juga menyarankan supaya penguasa menghancurkan terus musuhnya supaya mereka tidak berpeluang untuk membalas dendam.” -Ayman Rashdan Wong, Ms.33 “Machiavelli terus melawan arus dengan menyifatkan sikap pemurah sebagai satu ancaman kepada penguasa. Pada pandangan Machiavelli, adalah lebih baik sekiranya penguasa menjadi kedekut kerana itu akan kurang membebankan rakyat.” -Ayman Rashdan Wong, Ms.160 “Cinta atau sayang bagi Machiavelli merupakan perasaan yang tidak kekal dan tidak realistik.” -Ayman Rashdan Wong, Ms.168 BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 39


Click to View FlipBook Version