The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN NO.14 JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA (JULAI-DISEMBER TAHUN 2023)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tan aik kai, 2024-02-29 01:28:30

BULETIN NO.14 JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA (JULAI-DISEMBER TAHUN 2023)

BULETIN NO.14 JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA (JULAI-DISEMBER TAHUN 2023)

Keywords: Buletin,Jabatan Sejarah

Namun, penulis berasa gembira kerana dalam masa yang sama, ARW juga tidak lupa untuk meromantiskan watak Machiavelli walaupun beliau sering kali disinonimkan dengan sifat-sifat negatif seperti tamak, merampas kuasa, kejam dan sebagainya. ARW bijak dalam memastikan idea Macheavelli dapat disampaikan tanpa mencacatkan reputasi diplomat Itali itu pada fikiran pembaca: Jargon Millenial “Machiavelli selalu dituduh mengajar orang jadi licik dengan tidak memegang janji. Sebenarnya, seperti yang ditunjukkan dalam bab ini, Machiavelli cuma mahu mengajar para penguasa bagaimana untuk mengenal pasti orang yang tidak memegang janji dan bertindak setimpal (kalau orang mungkir janji, kita pun mungkir janji)” -Ayman Rashdan Wong, Ms.176 “Ayat-ayat ini adalah antara sebab nama Machiavelli dikaitkan dengan kejahatan dan kekejaman. Namun, kita perlu ingat bahawa amalan-amalan ini tidak wujud kerana Machiavelli. Dia sebenarnya hanya memberitahu apa yang benar-benar berlaku dalam Sejarah.” -Ayman Rashdan Wong, Ms.33 Mungkin sebagai generasi muda, penulis berpendapat ini adalah aspek yang menarik dalam buku ini. Walaupun tidak semua istilah-istilah moden yang disumbat ARW dalam syarahannya adalah tepat secara teknikal, tetapi ia sangat membantu dalam memberi tanggapan awal terhadap sesuatu yang ingin disampaikan. Contoh yang paling mudah ialah bagaimana ARW menggunakan terma “menunggang agama” bagi menyimpulkan perbuatan Ferdinand II dari Aragon yang menubuhkan Pasitan bagi menghukum Kristian yang dianggap sesat. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 40


Masa Depan Naskhah Sejarah Anda boleh mengatakan bahawa banyak elemen dalam buku ini tidak menepati sifat-sifat tradisional naskhah akademik tidak kisahlah dari aspek laras bahasanya yang kurang formal sehinggalah jargon-jargon yang lebih kedengaran seperti slanga rakyat yang digunakan di kedaikedai kopi. Namun, buku yang bersifat sebegini bagi penulis amatlah penting sebagai ubat pelali kepada kehadiran pelbagai buku-buku picisan yang dilacurkan atas nama sejarah. Malah, genre pemikiran khususnya daripada karya Barat merupakan sesuatu yang masih baru dalam pasaran buku Malaysia. Usaha daripada pihak penerbit, The Biblio Press boleh diberi pujian sebagai perintis terhadap kehadiran genre-genre sebegini malahan mereka telah menerbitkan banyak lagi buku-buku yang mempunyai genre serupa seperti Seni Dalam Peperangan (terjemahan buku The Art of War oleh Sun Tzu), Berfikir tentang Pemikiran karya Syed Ahmad Fathi, Nasihat buat Pemerintah oleh Imam al-Ghazali dan sebagainya. Ringkasnya, buku Sang Penguasa merupakan naskhah sejarah yang perlu anda miliki sekiranya ingin mengetahui serba sedikit berkenaan ideaidea asas Machiavelli. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 41


Penulis: Muhammad Amir Imran Bin Rizal Muhammad Amir Imran bin Rizal, pelajar tahun kedua dalam bidang Sarjana Muda Sastera Sejarah di Universiti Malaya. Beliau merupakan seorang ahli unit Akademik dan Intelektual PSUM. Beliau minat dalam bidang ilmu sejarah serta mempunyai minat dalam penghasilan artikel-artikel sejarah. Beliau pernah menghasilkan sebuah artikel ulasan buku bertajuk “The Prince: Satu Pengenalan” yang telah diterbitkan dalam Buletin Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Marathon Sukan Yang Menyelamatkan Yunani Sukan merupakan salah satu bidang yang mampu memberikan impak yang positif kepada sesebuah negara meliputi pelbagai aspek. Selain dijadikan sebagai hobi yang mampu memberikan kesihatan pada tubuh badan kita, ia juga mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat kepada sesebuah negara. Kita lihat sahaja acara sukan Piala Dunia pada tahun 2022 di mana negara Qatar menjana keuntungan sehingga 17 billion US Dollar hasil daripada pertandingan bola sepak tersebut yang merupakan pertandingan bertaraf antarabangsa. Sukan juga merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam membentuk keperibadian sahsiah seseorang dan ia melalui sejarah yang begitu panjang. Buktinya jelas apabila Sukan Olimpik pertama diadakan pada era Yunani Purba yang telah diadakan di Olympia. Namun apabila kita melihat secara lebih mendalam lagi pasti kita tidak menyangka bahawa sukan juga dahulunya diinspirasikan daripada peristiwa yang mewarnai kehidupan masyarakat bagi sesebuah tamadun. Lebih tepat lagi apabila salah sebuah sukan yang menjadi kegemaran kepada para atlet olahraga yang dahulunya diambil sempena perang yang pernah berlaku di Athens sekitar tahun 490 SM. Perang yang dimaksudkan adalah salah satu siri peperangan antara ParsiYunani yang digelar sebagai Perang Marathon. Perang Marathon merupakan salah satu siri peperangan yang panjang melibatkan antara Parsi dan Yunani. Ia juga merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Parsi (Dinasti Achmaenid) bagi menjajah Yunani. Ini juga sebagai tindak balas yang dilakukan oleh Parsi terhadap Yunani disebabkan orang Yunani telah melakukan pemberontakan terhadap Parsi pada tahun 495 SM ini juga merupakan salah satu peperangan di dalam konflik antara Yunani-Parsi bermula pada tahun 499 SM sehingga pada tahun 449 SM. Sebelum kita menceritakan lebih mendalam tentang apa perkaitan sukan marathon dengan konflik politik ini, mari kita kaji tentang asbab dan faktor serta taktik strategi apa yang digunakan oleh tentera-tentera dalam peperangan ini. Antara punca berlakunya peperangan ini adalah sebagai tindak balas oleh Darius 1 terhadap masyarakat Athens yang telah membantu Aristagoras bagi melaksanakan pemberontakan terhadap Parsi pada tahun 495 SM. Akhirnya sekitar bulan Ogos 490 SM merupakan tarikh pertembungan antara tentera Yunani yang diketuai oleh Militiades dan juga tentera Parsi yang diketuai oleh Datis di satu kawasan yang dikenali sebagai Lembah Marathon. Kedudukan Lembah Marathon yang sangat hampir dengan Negara-Kota Athens (iaitu sekitar 26 batu atau bersamaan dengan 41.8 KM), menyebabkan peperangan ini sangat penting bagi masyarakat Yunani bagi mempertahankan kedaulatan mereka khususnya masyarakat Yunani yang tinggal di Athens. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 42


Perang ini telah menyaksikan pertembungan antara tentera Yunani yang berkekuatan seramai sekitar 11,000 angkatan perang menghadapi kekuatan tentera Parsi seramai sekitar 20,000 hingga 100,000 orang tentera. Angka yang mustahil untuk ditandingi oleh Yunani bagi menghadapi segerombolan tentera yang sangat besar daripada Parsi. Tentera Yunani yang dilengkapi dengan satu unit ketenteraan yang digelar sebagai Unit Hoplite (tentera yang bersenjatakan lembing dan perisai) daripada Athens berjaya mengalahkan tentera Parsi. Atas faktor unit tentera elit berkuda Parsi tidak pernah melawan unit Hoplite Yunani, maka panglima angkatan tentera Parsi iaitu Daris tidak membawa unit tersebut untuk bertempur dalam peperangan kali ini dan hanya menggunakan unit tentera mereka yang digelar sebagai unit Immortal (tentera yang bersenjatakan dagger dan memakai baju zirah ringan bagi memudahkan pergerakan) bagi menghadapi tentera-tentera Yunani. Kesempatan ini telah diambil oleh Militiades bagi mengalahkan angkatan tentera Parsi yang tidak dibantu oleh unit elit tentera berkuda mereka. Hasilnya, tentera Yunani berjaya mengalahkan ketumbukan tentera Parsi yang begitu besar. Ilustrasi gambaran Perang Marathon. Dapat dilihat dengan jelas pertempuran sengit antara kedua-dua pihak. (Sumber Gambar: At The Battle Of Marathon, Athens’ underdog victory stunned Persia, National Geographic History Magazine) Richard Hook / Osprey Publishing Terdapat legenda yang menceritakan tentang peristiwa ini yang pada akhirnya menjadi inspirasi kepada masyarakat dunia untuk mewujudkan satu sukan yang mengingati mereka tentang peperangan tersebut. Legenda tersebut dikenali sebagai “The Legend of Pheidipiddes” yang menceritakan tentang salah seorang rakyat Athens yang ditugaskan untuk meminta bantuan daripada Sparta bagi menghadapi tentera Parsi. Peta kawasan Perang Marathon yang berlaku pada tahun 490 BCE. (Sumber Gambar: Battle of Marathon (490 BCE), www.studenthandouts.com) BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 43


Terdapat dua versi mengenai kisah ini iaitu pada versi pertama menceritakan bahawa Pheidipiddes ditugaskan untuk pergi meminta bantuan dari Sparta yang jaraknya sekitar 225 KM dan pada ketika itu peperangan sudah pun tamat di Lembah Marathon tersebut. Pada masa yang sama, tentera Athens kembali ke Athens bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika tentera Parsi menyerang kota mereka. Para tentera ini terpaksa menempuh perjalanan sekitar 40 KM berserta membawa senjata-senjata berat bersama mereka. Versi kedua pula menceritakan bahawa setelah tamat peperangan di Lembah Marathon, Pheidipiddes sendiri yang menempuh perjalanan sejauh 40 KM dari Lembah Marathon menuju ke Athens untuk mengkhabarkan tentang berita kejayaan mereka menentang tentera Parsi. Pada akhirnya Pheidipiddes mati akibat kelelahan menempuh perjalanan seusai menyampaikan berita tersebut. Untuk mengingati peristiwa tersebut, pada akhir abad ke-19 atau setepatnya pada tahun 1896, sukan Marathon mula diperkenalkan pada sukan Olimpik yang diadakan di Athens pada ketika itu. Tujuannya adalah bagi mengingati peristiwa kemenangan orang Yunani dalam menghadapi angkatan Perang Parsi yang cuba menjajah bumi mereka. Akhirnya sukan marathon ini telah berkembang ke seluruh dunia dan diterima oleh masyarakat sebagai salah satu sukan dalam industri sukan. Kesimpulannya adalah sesetengah daripada peristiwa tersebut akan dilihat sebagai memori yang sangat besar apabila diwujudkan perkara yang boleh mengingati peristiwa tersebut. Mungkin kita tidak sedar bahawa apa sahaja yang berlaku pada masa lalu akan mengubah gaya kehidupan masyarakat sekarang. Lihat sahaja tentang peristiwa ini yang pada akhirnya mewujudkan satu perbuatan atau satu hobi yang akan menjadi pemangkin terhadap kesihatan tubuh badan seseorang sekaligus membentuk satu komuniti masyarakat yang menitikberatkan aspek kesihatan tubuh badan mereka. Gambaran Pheidipiddles mengkhabarkan tentang kejayaan Athens dalam Perang Marathon “Joy, We Win” (Berita Gembira, Kita Menang) sebelum meninggal dunia. (Sumber Gambar: At The Battle Of Marathon, Athens’ underdog victory stunned Persia, National Geographic History Magazine) ENSBA / RMN-GRAND PALAIS BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 44


Persatuan Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) merupakan sebuah persatuan pelajar. Kumpulan beberapa orang, pasukan dan sebagainya yang mempunyai tujuan yang sama; pertubuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat) BAHAGIAN IV: AKTIVITI PELAJAR BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 45


PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2023 Setiap tahun, program bulan kemerdekaan telah menjadi satu program tradisi yang akan dilaksanakan oleh Persatuan Sejarah Universiti Malaya. Bagi tahun 2023, program bulan kemerdekaan yang bertemakan Malaysia Madani telah berlangsung dari 7 Ogos 2023 hingga 4 September 2023. Program tersebut bukan sahaja dijalankan bagi menyambut sambutan bulan kemerdekaan malahan juga meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan mahasiswa/i serta memberikan peluang kepada mahasiswa/i untuk mengasah bakat mereka. Terdapat pelbagai pertandingan yang dijalankan sepanjang program bulan kemerdekaan. Antaranya adalah seperti Pertandingan Penulisan Kreatif Kemerdekaan, Pertandingan Video Pendek, Pertandingan Poster Kemerdekaan dan Pertandingan Kuiz Kemerdekaan. Penyertaan bagi pertandingan tersebut adalah terbuka kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan orang awam. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 46


TEMPAT NAMA Pertama Liew Pei Mun Kedua Qusandria Ketiga Muhammad Faqih ‘Aqlan TEMPAT NAMA Pertama Syahmi Azahar Kedua Syauqi Ismail Ketiga Liew Pei Mun TEMPAT NAMA Pertama Aysar Marzuqi Kedua Siti Nur Adila Ketiga Afiq Aiman TEMPAT NAMA Pertama Lee Pei Xian Kedua Alya Natasha Ketiga Tan Jia Sin Senarai Pemenang Pemenang Pertandingan Penulisan Kreatif Pemenang Pertandingan Video Pendek Kemerdekaan Pemenang Pertandingan Poster Kemerdekaan Pemenang Pertandingan Kuiz Kemerdekaan BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 47


FORUM DAN SEMINAR INTERVARSITI: 600 TAHUN EMPAYAR UTHMANIYAH BERDIRI FORUM DAN SEMINAR INTERVARSITI: 600 TAHUN EMPAYAR UTHMANIYAH BERDIRI Pada 21 Oktober 2023 lalu, telah diadakan Program Seminar dan Forum Intervarsiti: 600 Tahun Empayar Uthmaniyah Berdiri”. Program ini mendapat sambutan hangat daripada Persatuan Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (PESEPSI), Kelab Sains Universiti Sains Malaysia, Persatuan Sejarah dan Peradaban Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (HISTFORIUM) dan daripada pihak Lajnah Sejarah dan Tamadun Islam. Unit Akademik dan Intelektual Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) telah berjaya menganjurkan program dengan berlangsungnya empat sesi iaitu sesi seminar oleh Dr. Abu Hanifah bin Haris, forum pertama dimulai dengan panel Universiti Malaya daripada Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Kelab Sejarah USM dan panel Lajnah SEJATI. Seminar kedua dipanelkan sendiri oleh Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty binti Rozali dan diteruskan dengan sesi kedua iaitu perdebatan antara kedua pihak iaitu PESEPSI dan HISTFORIUM dengan tajuk “Mustafa Kemal Atartuk : Wira atau Pengkhianat?” LAPORAN: MUHAMMAD IKMAL ISKANDAR bin mohd nazri (pengarah program) BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 48


Di samping itu, program intervarsiti ini merupakan sebuah program tradisi Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) yang dihidupkan semula sejak ianya berakhir pada 2019. “Ini adalah suatu inisiatif terbaik oleh PSUM kerana merupakan aktiviti berbentuk akademik dan tidak berfokuskan kepada majlis keramaian semata-mata, ini adalah suatu perkara yang wajar dan perlu dicontohi”, ujar Profesor Datuk Dr. Danny Wong Tze Ken, selaku Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Prof Madya Dr Arba’iyah binti Mohd Noor selaku Ketua Jabatan Sejarah turut berasa bangga kerana ini adalah hasil usaha serta kegigihan pelajar tahun pertama di bawah jabatan beliau yang mula berjinakjinak dan bersemangat dalam mengembangkan keintelektualan di Universiti Malaya khususnya di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Saya sebagai pengarah program juga berhasrat untuk menjadikan program intervarsiti ini menjadi medan baharu perjuangan akademik dalam mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa. Program ini sewajarnya menjadi contoh dan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Harapan, semoga Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) terus mengorak langkah dan memacu segenap ruang akademik dan menjadi aspirasi mahasiswa. Program tersebut dirasmikan oleh Profesor Datuk Dr. Danny Wong Tze Ken, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dibimbing oleh Ketua Jabatan Sejarah, Profesor Madya Dr. Arba’iyah Mohd Noor dan Timbalan Ketua Jabatan Sejarah, Dr. Abu Hanifah Haris. Situasi pendebatan yang sedang berlangsung antara pihak UKM dan pihak UIAM dengan tajuk ‘Mustafa Kamal Atartuk: Wira atau Pengkhianat?” Sumber Gambar Latar: 1) MJ Suhaimi, ‘Sejarah Ringkas & Padat Tentang Empayar Turki Uthmaniyah’, laman web Iluminasi. (Sumber gambar: ommons. wikimedia.org) BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 49


HARI ORIENTASI jabatan sejarah 2023 Pada 21 Oktober 2023, Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) di bawah Unit Sukan dan Rekreasi beserta Majlis Tertinggi telah menganjurkan Hari Orientasi Jabatan Sejarah yang bertempat di Tasik Varsiti, Universiti Malaya. Hari Orientasi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar Tahun 1 untuk menjalinkan hubungan yang erat antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga boleh menjadi medium kepada pelajar Tahun 2 dan Tahun 3 untuk berkongsi pengalaman hidup mereka sebagai seorang mahasiswa di Universiti Malaya dengan pelajar-pelajar Tahun 1. Yang Dipertua PSUM, Muhammad Hazwan berasa sangat gembira dan berbangga dengan penglibatan ramai pelajar Tahun 1 dalam program tersebut. Beliau berharap melalui program ini, pelajar tahun 1 dapat menjalinkan satu hubungan yang erat bersama rakan sekelas serta pelajar dari tahun 2 dan 3. Selain itu, beliau juga berharap pelajar-pelajar baharu tahun 1 menjadi seorang mahasiswa yang aktif di Universiti Malaya. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diatur oleh pihak PSUM sepanjang program berlangsung. Antaranya adalah seperti aktiviti senamrobik, aktiviti team building dan pertandingan-pertandingan kecil. Walaupun semua peserta dan ahli jawatankuasa berasa penat selepas Hari Orientasi, namun mereka tetap berasa sangat gembira kerana mereka dapat mencipta pelbagai kenangan manis sepanjang program berlangsung dan mereka juga dapat mengenali antara satu sama lain. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 50


Persatuan Sejarah Universiti Malaya Sesi 2022/2023 Mesyuarat Agung Tahunan atau Annual General Meeting (AGM) merupakan sebuah majlis rasmi tahunan untuk meggantikan pucuk kepimpinan tertinggi yang baharu. AGM PSUM 2023/2024 menyaksikan pertembungan 13 orang calon bertanding bagi 5 jawatan tertinggi Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM). Sesi pencalonan bermula dari 16 hingga 17 November terbuka kepada seluruh pelajar Jabatan Sejarah UM. Calon-calon terdiri daripada pelajar tahun 1, 2 dan 3 turut menyajikan manifesto dengan idea dan perancangan masing-masing bagi melayakkan diri merebut jawatan yang dipilih. Bilangan calon AGM PSUM pada sesi kali ini merupakan antara yang paling ramai berbanding tahun-tahun sebelum. Jawatan Yang Dipertua menjadi rebutan di antara pelajar sejarah. AGM diadakan secara atas talian Google Meet pada 20 November 2023 sekitar jam 8.30 malam dengan pembukaan majlis dan ucapan YDP sesi 2022/2023 iaitu Muhammad Hazwan bin Hairul Hisham, ucapan penasihat PSUM dan diceriakan dengan sesi tayangan montaj serta keputusan undian. Undian yang tertinggi menunjukkan 5 orang calon berjaya menempatkan diri dan memikul tanggungjawab selaku Majlis Tertinggi PSUM sesi 2023/2024. Jawatan Setiausaha dimenangi oleh saudari Nur Alesa Aleya binti Mohd Rizal serta timbalannya saudari Nurul Iftikaar Putri binti Rosli. Jawatan Bendahari pula dimenangi oleh saudari Qusandria binti Wahyu Hidayat manakala jawatan Timbalan Yang Dipertua diperoleh kepada saudari Wan Nur Balqis binti Wan Mohd Zailani. Jawatan Yang Dipertua disandang oleh saudara Muhammad Naufal bin Mohamad Rosli selaku wakil tunggal dari pelajar lelaki. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 51


Majlis diteruskan dengan ucapan ringkas daripada saudara Naufal selaku YDP sesi 2023/2024 dengan harapan agar legasi kepimpinan dan tradisi persatuan dapat diteruskan dengan jayanya. Majlis ini diakhiri dengan sesi fotografi. Berikut merupakan barisan Majlis Tertinggi Persatuan Sejarah Universiti Malaya sesi 2023/2024 yang baharu dilantik oleh pelajar-pelajar Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Berikut merupakan barisan Majlis Tertinggi beserta ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Sejarah Universiti Malaya sesi 2022/2023. BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 52


Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Jenis penulisan yang boleh dihasilkan oleh individu adalah seperti artikel, rakaman memori, penulisan kreatif, dan ulasan buku serta filem. Bagi penulisan kreatif, penulisan boleh dihasilkan dalam bentuk pantun, sajak, cerpen atau novel. Kesemua penulisan wajib berhubung kait dengan sejarah serta tema old memories. Patah perkataan bagi penulisan artikel, rakaman memori, penulisan kreatif (kategori cerpen dan novel) adalah antara 1000 patah perkataan hingga 3500 patah perkataan. Bahasa yang boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan adalah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kehendak bagi penulisan kreatif (kategori pantun) adalah seperti berikut: pantun empat kerat. rima awal, tengah, akhir bait mestilah ‘ a b a b’. mestilah mempunyai 3 rangkap keseluruhannya. Kehendak bagi penulisan kreatif (kategori sajak) adalah seperti berikut: penghasilan adalah dengan menggunakan bahasa Melayu sahaja. setiap sajak perlu mempunyai tajuk. Setiap penulisan yang dihantar perlulah asli, dan tidak pernah diterbit oleh mana-mana pihak. Old Memories Tema Buletin No.15 Syarat Penyertaan dan Kategori Penulisan: BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 53


Format Penulisan dan Cara Penghantaran Penulisan: Penulis perlu ditaip dalam format word dengan menggunakan Fon Penulisan : Arial Saiz Perkataan : 12 Spacing Penulisan : 2.0 Pada bahagian akhir penulisan, setiap penulis perlu menyediakan sebuah biodata yang ringkas. Biodata ringkas tersebut perlulah mempunyai elemen-elemen tersebut: nama penulis dan alamat emel penulis latar belakang penulis contoh karya penulisan (jika ada) Cara penulisan endnote (nota akhir) boleh merujuk kepada laman sesawang Journal Sejarah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Setiap penulisan perlulah dihantar dalam bentuk word dan bentuk pdf ke alamat emel berikut: [email protected] (Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin, Ketua Editor Buletin Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya) Cara penulisan tajuk Emel adalah seperti berikut: Penulisan Buletin No.15 (kategori): (Tajuk) karya (nama penulis) Contoh : Penulisan Buletin No.15 (Artikel): Realpolitik Sang Penguasa karya Muhammad Hazim bin Hambali Gambar-gambar yang ingin dilampirkan dalam artikel pula dihantar bersama penulisan melalui emel. Tarikh akhir penghantaran penulisan adalah pada 10 Jun 2024 (Isnin). Penulisan yang dipilih untuk diterbit dalam Buletin No.15 akan dimaklum kelak oleh ahli jawatankuasa Buletin (pelajar) melalui emel selepas fasa pemilihan penulisan dilakukan. Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan aktiviti ini atau menghadapi masalah dalam penghantaran penulisan, anda boleh menghubungi ahli jawatankuasa buletin berikut untuk pertanyaan: Tan Aik Kai (Emel: [email protected]) Muhammad Ikmal Iskandar bin Mohd Nazri (Emel: [email protected]) Muhamad Faiz Azrin bin Sapuwan (Emel: [email protected]) BULETIN JULAI-DISEMBER 2023 54


JABATAN SEJARAH FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA 50603, KUALA LUMPUR MALAYSIA FEB 2024


Click to View FlipBook Version