BULETIN No 13, Jan - Jun 2023 Content Economy dan peluang alternatif dalam bidang sejarah
RUKUNNEGARA mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokrasi; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBANGAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
BULETIN KETUA EDITOR No 13, Jan-Jun 2023 Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin AHLI JAWATANKUASA BULETIN (PENSYARAH) Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus Dr. Mardiana Nordin Dr. Salina Zainol AHLI JAWATANKUASA BULETIN (PELAJAR) Muhammad Faiz Azrin bin Sapuwan Muhammad Ikmal Iskandar bin Mohd Nazri Tan Aik Kai Content Economy dan peluang alternatif dalam bidang sejarah JABATAN SEJARAH FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA JUN 2023 KUALA LUMPUR
A R T I K E L B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 ISIKANDUNGAN PERMULAAN BERITA JABATAN ARTIKEL 01 Kata-kata Ketua Jabatan 02 07 Travel tips and hacks by Janice Mendez & Carl Cooper 08 Reasons why Annie Simpsons love to travel 11 Travel tips and hacks by Janice Mendez & Carl Cooper 17 Discover these affordable and uncrowded top-secret beach hideaways Kata-kata Ketua Editor Carta Organisasi Jabatan Sekalung Tahniah Sekalung Penghargaan Ranking Universiti Malaya Content Economy dan peluang alternatif dalam bidang sejarah Membelah Awan ke Amerika Syarikat untuk Mencari Ilham Penulisan Sejarah Dr Nur Dayana Mohamed Ariffin Noorilham Ismail 03 04 05 06 dan Jabatan Selamat Datang Prof. Khairudin 07 Lawatan Seminar 08 Ceramah IIi
A R T I K E L B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 ISIKANDUNGAN AKTIVITI PELAJAR TETANG BUKU 23 Riang Raya Di Jabatan Sejarah 42 Travel tips and hacks by Janice Mendez & Carl Cooper 45 Hari Interaksi Jabatan Sejarah 2023 The Prince: Satu Pengenalan Muhammad Amir Imran bin Rizal 29 Bicara Ilmu: Siapakah Iskandar Zulkarnain? 33 Majlis Apresiasi Jabatan Sejarah 2022 37 Sesi PSUM Bersama Kem Selangkah Sejarah SPM 41 Bengkel Menjawab Peperiksaan Akhir 42 Program Taklimat Ijazah Dasar 43 Kunjungan Dari SMK Haji Abu Talib Karim Alor Gajah, Melaka Ke Universiti Malaya 43 Jualan Amal PSUM Iv
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pertama-tamanya saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin selaku Editor dengan dibantu oleh Jawatankuasa Buletin Jabatan Sejarah kerana telah berjaya menerbitkan buletin ini buat kali pertama bagi tahun 2023. Sesungguhnya Buletin Jabatan Sejarah merupakan satu wadah dan saluran dalam menyebarkan maklumat dan informasi khususnya yang berkaitan segala agenda, aktiviti serta program yang dianjurkan oleh Jabatan Sejarah melibatkan kakitangan akademik dan para pelajar dari semasa ke semasa. Ini sudah tentu dapat membuka ruang dan peluang kepada para pembaca untuk mendapatkan segala informasi berkaitan Jabatan Sejarah terhadap segala aktiviti yang telah dilakukan pada setiap tahun. Pada tahun 2023, Jabatan Sejarah telah mengorak langkah dengan merancang beberapa program untuk menjadikan jabatan ini terus cemerlang dan unggul di peringkat nasional dan antarabangsa. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang bagi kelestarian program Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah. Antaranya menjenamakan semula kursus-kursus tertentu dalam semakan kurikulum akan datang demi memastikan program yang ditawarkan relevan dengan perkembangan semasa dan mengikut kehendak pasaran. Selain itu, Jabatan juga mengadakan seminar kerjaya dan ketrampilan diri bagi para pelajar, merangka program baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah dengan Pendidikan selain menyambung semula kolaborasi dengan universiti serantau bagi meneruskan program pertukaran pelajar secara inbound dan outbound yang pernah dilakukan suatu masa dahulu bagi pengantarabangsaan pelajar. Di samping itu, Jabatan juga telah mengadakan program “Mengangkat Kesarjanaan Diri” demi mempromosi program Sarjana Sastera Sejarah kepada semua pelajar termasuk pihak luar yang berminat menyambung pengajian di peringkat pascasiswazah. Pada masa yang sama, pihak Jabatan akan meneruskan usaha untuk merangka program baharu iaitu Sarjana Sastera Sejarah Secara Kerja Kursus (Coursework). Program baharu ini bakal menarik minat pelbagai pihak di luar sana kerana pengajian ini boleh diselesaikan oleh seseorang calon sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun. Sudah tentu semua usaha yang dilakukan ini adalah untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelajar di peringkat sarjana muda dan pascasiswazah serta memastikan kebolehpasaran pelajar setelah bergraduat kelak. Kata-Kata Ketua Jabatan Prof. Madya Dr. Arba'iyah Mohd Noor Prof. Madya Dr. Arba'iyah Mohd Noor Ketua Jabatan Sejarah universiti malaya Selain itu, Jabatan Sejarah akan meneruskan tradisi percambahan minda menerusi Persidangan Antarabangsa Sejarah dan Warisan Budaya di Alam Melayu (PASWAM) yang bakal berlangsung pada 6-7 Disember 2023. Pelbagai aspek bakal disajikan oleh para pemakalah dalam mengetengahkan tentang sejarah dan warisan budaya yang masih kekal bagi kepentingan generasi akademik dan pihak-pihak tertentu dalam membina masa hadapan negara yang lebih cemerlang. Saya yakin dan percaya berkat usaha dan kerjasama daripada semua kakitangan akademik, staf pelaksana jabatan, para pelajar serta pelbagai pihak termasuk industri, semua perancangan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada Jawatankuasa Buletin Sejarah atas terbitan kali ini dan berharap agar jawatankuasa ini terus memberi sebanyak mungkin informasi dan mesej berguna kepada pelbagai pihak di dalam mahupun luar negara, pada masa kini dan akan datang. Sekian. Terima kasih. 1
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 Kata-kata Ketua Editor Zhi Ken Isu ini menandakan genap tiga tahun saya memegang jawatan ketua jawatankuasa merangkup editor Buletin Jabatan. Sepanjang tempoh ini, buletin ini cuba untuk menonjolkan kejayaan dan bakat ahli jabatan, baik pensyarah mahupun pelajar. Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada empat orang pelajar yang telah banyak membantu saya sepanjang tempoh ini, dalam penyuntingan, mencari bahan dan mereka grafik. Mereka adalah Zane Wellington anak Muni, Nor Shakila binti Abdullah, Ong Zhi Ken dan Balqish Kariena binti Yusri. Terima kasih kalian yang sudi menemani, bersama, dan terus berusaha memajukan jabatan. Moga diluaskan rezeki dan diberi lebih banyak peluang untuk menyumbang kepada masyarakat. Kata-Kata Ketua Editor Dr Nur Dayana Mohamed Ariffin Zane Balqish Shakila Dr Dayana 2
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 Profesor Dr. Sivachandralingam Sundara Raja B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Profesor Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljuneid B.A (NUS), M.A (NUS), Ph.D (London) Pensyarah Kanan Dr. Mardiana Nordin B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Pensyarah Kanan Dr. Ho Hui Ling B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Pensyarah Kanan Dr. Salina Zainol B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Pensyarah Kanan Dr. Tan Miau Ing B.Econ (UKM), M.A Econ (UKM), Ph.D (Malaya) Pensyarah Kanan Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin B.HSc (IIUM), M.HSc (IIUM), Ph.D (Edinburgh) Pensyarah Kanan Dr. Noraini Mohamed Hassan B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Profesor Datuk Dr. Danny Wong Tze Ken B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Profesor Madya Dr. Zulkanain Abdul Rahman B.A (Malaya), M.A (Leeds), Ph.D (East Anglia) Pensyarah Kanan Dr. Azharudin Mohamed Dali B.A (Malaya), M.A, Ph.D (London) Pensyarah Kanan Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Profesor Emeritus Dato' Wira Dr.Mohd Yusoff Hashim B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali B.A, M.A, Ph.D (Malaya) Pembantu Tadbir Puan Nur Elida binti Mohd Kamil Pembantu Tadbir Puan Suzi Suzana binti Che Ya Pembantu Operasi Encik Zainal bin Musa Prof.Emeritus Carta Organisasi Jabatan Sejarah Universiti Malaya Ketua Jabatan Prof. Madya Dr. Arba'iyah Mohd Noor B.HSc (IIUM), M.A (Lancaster), Ph.D (Malaya) Timbalan Ketua Jabatan Dr. Abu Hanifah Haris B.Ed (UPSI), Ph.D (Malaya) Profesor Prof.madya Pensyarah kanan kakitangan pelaksana Jabatan Sejarah, Jabatan Terunggul 3
SEKALUNG TAHNIAH B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 Tahniah Prof. Madya Dr. Arba'iyah Mohd Noor dilantik sebagai KETUA JABATAN SEJARAH UNIVERSTI MALAYA Tulus Ikhlas dari seluruhwarga Jabatan Sejarah Universiti Malaya 4
SEKALUNG PENGHARGAAN B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 Terima Kasih Prof. Madya Dr. zulkanain abdul rahman di atas perkhidmatanbeliau sebagai KETUA JABATAN SEJARAH UNIVERSTI MALAYA Jabatan Sejarah Universiti Malaya Penghargaan dan bagi tempoh Tulus ikhlas dari seluruhwarga 8 Februari 2019 - 31 Disember 2022 5
RANKING UNIVERSITI MALAYA DAN JABATAN B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 1 TOP 5 UNIVERSITI TERBAIK DI MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA Tahniah Universiti Malaya Universiti Malaya (UM) telah menduduki tempat ke65 dalam Quacquarelli-Symonds (QS) World University Ranking 2024. Tambahan pula, UM juga memperoleh kedudukan pertama dalam 5 IPT terbaik di Malaysia serta tempat ketiga terbaik dalam kalangan universiti di peringkat Asia Tenggara. Kedudukan UM dalam ranking tersebut menunjukkan peningkatan yang drastik berbanding tahun lepas iaitu dari tempat ke-70 (2023) kepada tempat ke-65 (2024). Peningkatan kedudukan QS telah menunjukkan kejayaan UM dalam penyediaan pendidikan tertieri yang berkualiti kepada rakyat Malaysia serta pelajar antarabangsa. Kejayaan UM sememangnya dapat membanggakan seluruh rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa. Kejayaan tersebut juga membolehkan Universiti Malaya menjadi destinasi pilihan terbaik bagi kalangan pelajar tempatan serta pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat menara gading. Bagi kedudukan ranking melalui subjek pula, pada tahun 2023, bagi subjek Sejarah, UM telah mencatat kedudukan ranking 151-200. Kedudukan tersebut dalam keadaan stabil dan tidak wujud peningkatan serta penurunan sejak tahun 2019. Selain daripada QS World Ranking, Universiti Malaya juga mencatat kedudukan 101 hingga 200 bagi Times Higher Education (THE) Impact Ranking 2023. 6
BERITA JABATAN B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 7 Profesor Dr.syed MUHAMMAD Khairudin Aljuneid Selamat Datang Prof Khairudin Jabatan Sejarah mengalu-alukan kedatangan ahli baru, Professor Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljunied sebagai pensyarah di jabatan. Professor Khairudin adalah seorang ahli akademik yang disegani di peringkat antarabangsa atas sumbangan beliau dalam bidang sejarah sosial dan intelektual di Asia Tenggara. Mempunyai kewarganegaraan Singapura, beliau turut dikenali sebagai penulis prolifik mengenai sejarah Islam di Nusantara. Beliau pernah berkhidmat di National University Singapore, Georgetown University, Amerika Syarikat, sebagai felo dan pensyarah, dan Universiti Brunei Darussalam. Semoga pelajar dan pensyarah jabatan dapat memanfaatkan kehadiran Profesor Khairudin melalui kuliah dan program ilmiah pada masa terdekat. Lawatan Jabatan Sejarah telah menerima beberapa kali kunjungan lawatan daripada universiti-universiti luar negara sepanjang bulan Januari hingga bulan Mei tahun 2023. Berikut merupakan maklumat serta butiran bagi lawatan-lawatan tersebut: LAWATAN DARI UNIVERSITAS ANDALAS, PADANG, INDONESIA PADA 16 MAC 2023 DIKETUAI PROFESSOR HERWANDI MEMBINCANGKAN PROGRAM INBOUND OUTBOUND PELAJAR. Rombongan lawatan dari Universitas Negeri Semarang, indonesia pada 21 Mac 2023
No Tajuk Butiran Maklumat 1 If the sky were to fall Tarikh: 13 Januari 2023 (Jumaat) Waktu: Jam 3 petang Tempat: The Cube, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Disampaikan oleh: Profesor Dr. Gary Lit Ying Loong 2 How to be a productive academic Tarikh: 19 Mei 2023 (Jumaat) Waktu: Jam 3 petang Tempat: Bilik Mesyuarat II, bangunan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Disampaikan oleh: Profesor Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljunied BERITA JABATAN B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 8 Seminar Jabatan Sejarah telah menjalankan beberapa kali seminar sepanjang bulan Januari hingga bulan Mei tahun 2023. Berikut merupakan maklumat serta butiran bagi seminar-seminar tersebut: Ceramah Jabatan Sejarah telah menjalankan beberapa kali ceramah sepanjang bulan Januari hingga bulan Mei tahun 2023 bagi semua pelajar jabatan sejarah. Berikut merupakan maklumat serta butiran bagi ceramah tersebut: No Tajuk Butiran Maklumat 1 Program 'Mengangkat Kesarjanaan Diri' Tarikh: 8 Mac 2023 (Rabu) Waktu: Jam 9 malam hingga 11 malam Tempat: Dijalankan atas talian menggunakan aplikasi Google Meet Disampaikan oleh: Profesor Dr. Sivachandralingam Sundara Raja Sesi Perkongsian Mengenai Ijazah Tinggi: Profesor. Madya Dr. Arba'iyah Mohd Noor, Dr. Abu Hanifah Haris dan Dr. Tan Miau Ing 2 Dunia Pekerjaan Selepas Menara Gading Tarikh: 16 Jun 2023 (Jumaat) Waktu: Jam 9 pagi hingga 12 tengah hari Tempat: Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Disampaikan oleh: Puan Siti Hawiyah binti Manan 3 Keterampilan Diri dan Komunikasi Pengawai Kerajaan Tarikh: 23 Mei 2023 (Jumaat) Waktu: Jam 9 pagi hingga 12 tengah hari Tempat: Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Disampaikan oleh: Encik Mohd Shukry bin Abdullah
IKLAN B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 9
1 Artikel utama bagi buletin no 12 jabatan akan mendedahkan kepada pembaca berkenaan dengan isu content ekonomi serta peluang alternatifnya dalam bidang ilmu sejarah. Selain itu, artikel utama juga ingin membawa kepada semua pembaca berkenaan dengan cerita seorang pelajar PhD Jabatan Sejarah, saudara Noorilham Ismail dalam usahanya mencari sumber serta ilham dalam penulisan sejarah di Amerika Syarikat. ARTIKEL B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 10
ARTIKEL DETAIL > B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 CONTENT ECONOMY DAN PELUANG ALTERNATIF DALAM BIDANG SEJARAH Dr Nur Dayana Mohamed Ariffin Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Daripada pertanyaan mengenai apakah itu kemanusiaan digital atau digital humanities, pelajar dan para akademik dalam disiplin kemanusiaan kini perlu berhadapan dengan satu lagi terminologi baru, alaf Revolusi Industri 4.0: Content economy atau perekonomian kandungan. Content Economy Content economy ditafsirkan sebagai kandungan digital yang dikongsikan di platform media sosial telah menjadi sumber pendapatan untuk organisasi korporat, institusi akademik dan penerbit. Ia merujuk kepada “content” atau kandungan ciptaan orang awam, termasuk grafik, gambar dan kapsyen, dan paling popular sekali video pendek yang dipanggil “reel”. Antara platform popular yang kini menjadi “tuan rumah” untuk kandungan ciptaan awam ini ialah TikTok, Instagram dan Youtube. Mengikut Forbes, ciptaan dan perekonomian kandungan menjadikan perhatian sebagai komoditi paling berharga. Pencipta konten berebut untuk menjana kandungan paling menarik dan memaparkan tren terkini untuk menarik perhatian ramai. Kandungan yang menarik perhatian dengan volum yang banyak boleh mengumpan sumber pendapatan daripada ulasan produk atau penyediaan ruang iklan untuk servis atau produk tertentu. 11
DETAIL > B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 Content Industry Selain media sosial, ciptaan kandungan juga akan menyumbang kepada data dan maklumat untuk aplikasi artificial intelligence, atau AI atau kecerdasan buatan seperti ChatGPT dan Perplex. ChatGPT dan Perplex, atau laman lain yang memberi khidmat yang sama seperti Google Bard dan Bing Chat adalah memberi perkhidmatan penjanaan maklumat yang pantas dan hampir lengkap dan tepat, bergantung kepada soalan yang ditujukan kepada AI tersebut. Dalam ruang “chat” ChatGPT contohnya, pengguna boleh menaip soalan mudah seperti “Bilakah Afrika Selatan merdeka?” dan mendapat jawapan dengan cepat sebagai respon. Soalan yang lebih rumit dan kompleks juga boleh ditujukan, seperti “Apakah cabaran Afrika Selatan untuk mencapai kemerdekaannya serta penentangan terhadap apartheid?”. Oleh kerana kebolehan aplikasi AI ini, ChatGPT dan seangkatan dengannya dianggap satu ancaman kepada integriti akademik pelajar dan pensyarah. Content economy sudah tentu dikemudikan oleh content industry atau industri kandungan. Content industry boleh ditakrifkan sebagai industri yang menyediakan ruang, platform untuk perkongsian kandungan digital dan menghebahkannya. Antara pemain besar dalam industri kandungan adalah TikTok, Instagram, Youtube, dan juga gergasi teknologi maklumat seperti Google dan Bing. Mengikut majalah Forbes, industri kandungan adalah amat luas dan amat mudah untuk seseorang individu yang baru bermula, berjinak dengan industri ini untuk berasa mereka tidak relevan dan kandungan yang dikongsikan untuk “lenyap”. Tidak mudah untuk menjadi Loxton atau Zebrowska, dan ini menyebabkan ramai anak muda memilih untuk bertenggek di atas platform yang sudah popular seperti ML Studio. Antara taktik yang perlu dipelajari adalah ilmu teknologi maklumat, seni grafik dan penyuntingan, dan ya, ilmu kandungan yang ingin disampaikan. Di samping itu, seorang yang ingin menjadi “influencer” atau pencipta kandungan perlu bijak memasarkan diri mereka untuk ke hadapan dan berjaya. 12 ARTIKEL
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 "ContentEconomysebagai Karier?" Graduan sejarah sering dimomokkan dengan masa depan yang sempit dan peluang pekerjaan yang relevan serta terhad kepada profesion seperti guru, pensyarah atau pegawai arkib. Peluang yang disenaraikan ini tidak mungkin akan sampai kepada semua graduat Jabatan Sejarah Universiti Malaya, apatah lagi dengan saingan dari universiti lain dari dalam dan luar negara. Disebabkan cabaran itu, pelajar jabatan yang inginkan pekerjaan yang relevan bersandarkan sijil yang diperoleh, perlu meluaskan skop pandangan mereka tentang apa yang mereka boleh lakukan setelah bergraduasi. Walaupun tidak dinafikan terdapat kesan negatif dan kerisauan yang rasional dalam kalangan pensyarah dan pelajar mengenai perkembangan semasa teknologi maklumat dan AI, pada masa yang sama ia sebenarnya membuka ruang kepada pengguna platform media sosial untuk berhijrah daripada peranan pengguna pasif kepada pencipta kandungan yang asertif. Kini, terdapat pelbagai platform media sosial yang menyediakan ruang untuk pencipta terutama sekali yang lebih 18 tahun untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka. Pencipta yang berjaya mendapat tarikan trafik pengguna boleh mendapat pendapatan daripada pelbagai sumber, antaranya dibayar oleh organisasi atau syarikat untuk penggunaan produk mereka atau mempromosikan tempat pelancongan tertentu. Pendapatan juga boleh didapati daripada iklan seperti di video yang dikongsikan di Youtube dan TikTok. Usahawan tempatan Khairul Aming telah melakukan promosi sambal melalui Shopee Live. 13 Sumber gambar: Internet Sumber gambar: Internet ARTIKEL
DETAIL > Pencipta yang umurnya lebih 21 tahun boleh membuat “live” streaming, iaitu penghasilan kandungan secara langsung kepada pengguna, sama ada ia untuk menjual produk, melancarkan buku sendiri, atau berkongsi pengalaman menjelajah tempat bersejarah. Pendek kata, penghasilan dan perekonomian kandungan adalah satu alternatif karier bagi graduat sejarah jabatan yang setelah 4 tahun menuntut ilmu, merupakan golongan yang paling terlatih dan berkemampuan untuk berkongsi ilmu sejarah kepada orang awam. Penggunaan media sosial untuk perkongsian ilmiah adalah satu langkah memasyarakatkan ilmu dan mendidik anak muda. Di Malaysia, akaun media sosial berbentuk ilmiah didapati agak terhad. Kebanyakan “content creator” lebih fokus kepada penjualan produk atau komedi. Kini, bidang perubatan menerima lebih ramai pencipta kandungan yang berbakat mendidik orang awam mengenai kesihatan awam dan cara-cara menjaga kesihatan. Di luar negara, terdapat ramai pencipta kandungan berkongsi ilmu atau trivia sejarah yang popular, antaranya Alice Loxton yang mencecah 1.1 juta pengikut di Instagram dan 613 ribu pengikut di TikTok di bawah nama akaun @history_alice. Loxton memperkenalkan dirinya sebagai sejarawan muda yang pada umur 27 tahun telah menerbitkan buku pertamanya, Uproar terbitan Icon Books. Loxton juga adalah seorang penyampai dalam siri dokumentari sejarah Britain, History Hit TV dan banyak menerima jemputan dari National Trust Britain untuk berkongsikan sejarah bangunan-bangunan warisan di United Kingdom. B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 Perkongsian ahli PSUM di media sosial. 14 Sumber gambar: Internet Sumber gambar: Internet ARTIKEL
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 DETAIL > 15 Selain Loxton, terdapat juga sejarawan dari Poland yang popular di Youtube dan Instagram, Karolina Żebrowska yang mempunyai lebih dari 1.2 juta pengikut di Youtube, banyak mengulas mengenai sejarah fesyen dan gambaran fesyen dari filem atau drama yang mempunyai unsur sejarah seperti Pride and Prejudice and Bridgerton. Pada 2018, Zebrowska menerbitkan buku pertamanya, Polish Beauty: One Hundred Years of Style dan buku seterusnya pada 2019, Fashion Revolutions: An Extraordinary History of our Wardrobe keduaduanya dalam bahasa Polish. Pencipta kandungan di Malaysia yang menghasilkan kandungan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris kini menjadi semakin popular. Di Twitter, perkongsian Aiman atau The Malay Library mencapai 18 ribu pengikut dan banyak memfokuskan perkongsian beliau kepada merungkai bahasa Melayu klasik, teks Melayu dan sejarah tempatan. Penerbit The Patriots dan studio popular, ML Studio juga memberi ruang kepada pencipta kandungan untuk berkongsi ilmu mereka. Oleh kerana ilmu yang dikongsi ML Studio dan The Patriots dikira bermasalah dan tidak kritikal, ini memperlihatkan kepentingan pelajar sejarah untuk berani tampil dan mencipta ruangan perkongsian baru dalam ilmu sejarah. Cabaran dan Ancaman diEra ContentEconomy Tidak dinafikan, terdapat pelbagai kegunaan dan kemudahan perkongsian maklumat pada era globalisasi ini. Tidak seperti dua puluh tahun sebelumnya, pelajar dan penyelidik kini boleh mendapatkan pelbagai maklumat dengan mudah menggunakan enjin pencarian seperti Chrome dan Yahoo!. Internet telah membolehkan pencarian sumber, penulisan esei dan artikel akademik serta mesyuarat antara penyelidik dari serata dunia dibuat melalui aplikasi komunikasi seperti Zoom, Google Meet dan Microsoft Teams. Pergerakan fizikal yang selama hampir dua tahun terbantut kerana pandemik Covid-19, telah mewujudkan normalisasi komunikasi secara maya untuk tujuan perniagaan, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Dunia semakin kecil apabila pendekatan pelajar dan pensyarah terhadap kajian dan maklumat juga kian berubah. Sumber gambar: Internet ARTIKEL
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 DETAIL > 16 Aplikasi AI, media sosial dan internet secara amnya telah menjadikan penyelidikan dan pembelajaran semakin lancar dan mudah khususnya dalam bidang sejarah, sekaligus menzahirkan kerisauan dari kalangan akademik dan pentadbir universiti mengenai integriti penyelidikan dan lebih ketara lagi, tentang kebolehan dan kefahaman pelajar mengenai isi kandungan silibus. Adakah esei yang ditulis hasil pembacaan yang meluas dan kritis atau adakah ia hanya cedokan maklumat dari sumber internet? Lebih menggerunkan, adakah ia ditulis oleh aplikasi AI secara keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu? Apakah pensyarah yang mungkin agak ketinggalan dalam teknologi mungkin dapat mengesan penulisan plagiat pelajar? Keraguan integriti ini juga boleh dilihat dalam kalangan penyelidik, apabila pengesanan kesahihan penulisan akademik boleh dihasilkan dan diplagiat dari sumber internet atau aplikasi AI. Penciptaan kandungan dalam format video pendek juga melahirkan kerisauan kepada para pendidik. Dilihat pelajar kini bergelut untuk menelaah sumber primer dan sekunder sejarah yang ditulis dan masih penting untuk dijadikan sebagai rujukan. Kesan penggunaan media sosial yang berleluasa, kandungan panjang jela dan bersifat kritikal dalam bentuk teks dianggap tidak menarik dan kian hari sumber-sumber pelajar untuk pembentangan dan esei kurang merujuk kepada buku atau artikel akademik. Penggunaan media sosial ternyata menjejaskan kapasiti pelajar untuk memberi fokus dalam bacaan, satu kebolehan yang kian merundum pada era teknologi maklumat. Lebih-lebih lagi, penggunaan media sosial memberi pendedahan kepada pelajar terhadap pelbagai pendapat dan maklumat yang diragui sumbernya dan keselamatannya. Sentimen seksis, ethnonasionalis, perkauman dan lain-lain lagi kini dikongsi dengan terbuka di media sosial dan tidak selalunya dapat dikesan oleh platform media sosial tersebut sehingga ia tular kepada masyarakat awam. Tanpa kebolehan pemikiran kritis atau kesangsian yang boleh diasah dalam kritikan teks sejarah, tidak mengejutkan apa jua sentimen yang popular walaupun berbentuk negatif dikongsi dan diterima secara meluas terutama sekali oleh golongan muda yang membesar dengan teknologi maklumat di dalam tangan. Content economy secara langsung menggalakkan penghasilan dan perkongsian maklumat yang tidak selalunya kritis dan selamat, atau tepat dan merujuk kepada sumber yang dipercayai. Perkongsian sebegini juga dihasilkan tanpa gatekeeper atau penapis maklumat. Walau bagaimanapun, dalam era digitalisasi maklumat dan perekonomian, kandungan pensyarah dan pelajar tidak boleh memisahkan diri mereka dari perkembangan ini tanpa mungkin mengorbankan ilmu mereka yang seharusnya sampai kepada generasi muda. ARTIKEL
Membelah Awan Ke Amerika Syarikat ARTIKEL B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 Noorilham Ismail Pelajar PhD Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Dokumen primer merupakan asas bagi menghasilkan ayat-ayat hujahan dalam satu-satu penulisan sejarah yang berautoriti. Tanpa penggunaan dokumen primer, perbincangan mengenai ilmu sejarah hanya tinggal sebagai retorik tidak berasas dan cakap-cakap kosong yang tidak bererti untuk lapangan wacana akademik. Berteraskan dua premis awal tersebut, saya Noorilham bin Ismail, pelajar Ijazah Kedoktoran dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya telah melakukan penyelidikan ke Amerika Syarikat bagi melengkapkan penulisan tesis yang sedang saya usahakan. Saya telah berada di Maryland dan Washington D. C. dari 11 Mei-1 Jun 2023 untuk mencari dokumen-dokumen kajian di arkib dan perpustakaan terpilih di sana. Fokus kajian saya adalah berkaitan dengan penglibatan Amerika Syarikat semasa berlakunya Perang Falkland antara Argentina dan Britain pada tahun 1982. Untuk itu, saya telah pergi ke Amerika Syarikat dengan ditemani oleh isteri kerana kondisi saya sebagai individu kelainan upaya dari segi penglihatan (blind) yang memerlukan bantuan untuk mobiliti, kerja-kerja pengumpulan dokumen, pembacaan teks di samping urusan mengambil gambar pada fail-fail terpilih. 17 Untuk Mencari Ilham Penulisan Sejarah
ARTIKLE B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 18 ARTIKEL Pada 10 Mei, saya telah berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dengan menaiki penerbangan Emirates EK345 yang singgah di Dubai sebelum terbang ke Dulles International Airport (IAD) Washington dengan menaiki kapal terbang EK231. Untuk penerbangan pulang, saya telah menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan yang sama dengan menaiki kapal terbang EK232 dan EK344 pada 1 Jun sebelum tiba di Malaysia pada 3 Jun. Pengalaman selama tiga minggu berada di sana cukup penting buat saya dari segi pendedahan kepada pengetahuan baru, urusan-urusan teknikal di arkib selain daripada proses untuk perolehan dokumen kajian. Sepanjang berada di Amerika Syarikat, saya telah mengunjungi tiga lokasi kajian yang berbeza iaitu National Archives and Record Administration (NARA II) di Maryland, Library of Congress (LOC) khususnya James Madison Memorial Building (JMMB) di Independence Avenue dan Archives of the United States of America (NARA I) di Pennsylvania Avenue, Washington D.C.
ARTIKLE B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 19 ARTIKEL Untuk urusan di NARA II, saya telah memperuntukkan tempoh tujuh hari di sini bagi mendapatkan rekod-rekod awam berkaitan Perang Falkland yang membabitkan tempoh pentadbiran Presiden Ronald W. Reagan pada tahun 1982. Saya turut mengambil peluang ini bagi mendapatkan sumbersumber kajian yang berkaitan dengan negara Argentina, benua Amerika Latin, kerajaan Britain sewaktu pentadbiran Perdana Menteri Margaret Thatcher dan tidak terkecuali fail-fail dari Jabatan Negara Amerika Syarikat semasa pentadbiran Setiausaha Negara, Alexander M. Haig Jr. Dokumen-dokumen primer di sini terdiri daripada dokumen Record Group (RG) dengan merangkumi RG59, RG84 dan RG306 yang cukup signifikan serta relevan untuk kajian PhD saya. Saya telah membuat carian awal untuk dokumen-dokumen terbabit melalui katalog atas talian yang tersedia di National Archives Catalog dan setiap tempahan semasa dalam bilik bacaan perlu mengambil masa selama 40 minit hingga 1 jam untuk diperoleh. Saya turut berkesempatan bagi menggunakan bilik Kartografi untuk mendapatkan bahan kajian yang terdiri daripada peta-peta berkaitan dengan Pulau Falkland dan lokasi pulau di Atlantik Selatan. Semasa berada di LOC pula, saya telah menggunakan perkhidmatan bilik bacaan di Manuscript Reading Room di aras 1, JMMB. Di sini saya telah memperoleh kertas-kertas peribadi Setiausaha Negara, Setiausaha Pertahanan, Setiausaha Perbendaharaan, para senator dan wartawanwartawan yang terlibat semasa Perang Falkland. Urusan untuk mendapatkan dokumen kajian lebih mudah semasa berada di sini kerana dokumen yang diminta akan tiba kurang dari lima minit. Lebih menarik apabila pihak Manuscript Division (bahagian yang menguruskan permintaan penyelidik) telah memberi kebenaran kepada saya untuk mengakses fail-fail yang tertakluk di bawah Freedom of Information Act (FOIA). Beberapa dokumen sulit tersebut pada asasnya masih berstatus “Classified” tetapi saya telah mendapat kebenaran untuk membacanya selepas mengisi borang permohonan khusus. Borangborang tersebut telah dihantar kepada waris-waris bagi pihak mendiang Setiausaha Pertahanan Caspar W. Weinberger dan Senator Daniel P. Moynihan.
ARTIKLE B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 20 ARTIKEL Saya kemudiannya memanfaatkan peluang semasa berada di Washington DC untuk pergi ke NARA I bagi mendapatkan rekod-rekod berkaitan “U.S. Navy”. Meskipun hanya sehari berada di sini, tetapi saya telah berkesempatan untuk mendapatkan kesemua fail berkaitan Pulau Falkland seperti yang tersedia dalam katalog carian sumber. Urusan perolehan dokumen di sini cukup pantas serta holistik dan ia sangat baik kepada para pengkaji yang berminat untuk membuat penyelidikan berkaitan isu-isu ketenteraan Amerika Syarikat. Bangunan arkib ini terletak berhampiran Rumah Putih kira-kira 25 minit berjalan kaki. Kesemua urusan di lokasi kajian tadi telah dilakukan dengan cara mengambil gambar dari ribuan helaian dokumen yang tertakluk kepada peraturan oleh pihak arkib. Sebagai contoh, pihak NARA II telah menetapkan supaya tanda “declassified” diletakkan pada helaian yang ingin diambil gambarnya. Untuk urusan ini, isteri saya telah mengendalikan kesemua urusan tersebut mengikut kotak-kotak dokumen yang telah diberikan. Selain itu, saya turut melawat ke beberapa tapak bersejarah sewaktu berada di Washington D. C. khususnya di muzium dan tapak monumen. Pada 21 Mei misalnya, saya dan isteri telah mengunjungi National Air and Space Museum bagi melihat sendiri pameran berkaitan kemajuan teknologi udara dan aeroangkasa Amerika Syarikat. Seterusnya, kami berdua turut pergi ke National Building Museum yang berkaitan dengan maklumat seni bina di negara Uncle Sam tersebut. Kami turut memanfaatkan peluang berada di Washington D. C. ini untuk pergi ke Thomas Jefferson Memorial Park, Washington Monument dan United States Botanic Garden untuk pengalaman di luar daripada arkib. Kami berdua turut mengambil gambar di hadapan Rumah Putih dan binaan bersejarah bangunan US Capitol yang menjadi mercu tanda penting di tengah-tengah Washington D. C.
ARTIKLE B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 21 ARTIKEL Sebagai penghargaan, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya untuk penyelidikan di Amerika Syarikat ini. Bermula dengan Ryoichi Sasakawa Young Leaders Fellowship Fund (Sylff), saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana peruntukan biasiswa yang diberikan telah membantu saya untuk membeli tiket penerbangan. Pada masa yang sama, saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kewangan II, YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Presiden Malaysian Social Entrepreneurs Foundation (MSEF) Datuk Chan Wah Kiang dan tidak terkecuali Puan Sri Sharifah Zarah iaitu isteri kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang telah memberi sumbangan bagi kos penginapan dan wang saku sepanjang berada di Amerika Syarikat. Kepada pihak Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Datuk Profesor Danny Wong Tze Ken dan Ketua Jabatan Sejarah, Profesor Madya Dr. Arbaiyah, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan rasmi serta peruntukan dana oleh pihak Fakulti. Buat dua orang penyelia saya, Profesor Madya Dr. Zulkanain dan Dr. Nur Dayana, saya ingin mengucapkan terima kasih atas galakan akademik serta motivasi intelektual sebelum saya berlepas ke Amerika Syarikat. Tidak dilupakan, ucapan penghargaan dan terima kasih saya tujukan juga kepada Dr. Ahmad Kamal Ariffin kerana telah berjasa dalam menemukan saya dengan YB Steven selain daripada peranan beliau dalam menghubungkan saya dengan Puan Sri Sharifah Zarah melalui Dato’ George Thomas, CEO Malaysian Association of Blind (MAB). Bagi urusan Visa Amerika Syarikat, saya begitu berhutang budi kepada Dr. Shazlyn Milleana dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) (kini berada di New York) kerana beliau telah memberi tunjuk ajar untuk urusan permohonan atas talian dan butiran sebelum temuduga. Sebagai pelengkap yang menyempurnakan perjalanan penyelidikan saya ini, saya ingin mendedikasikan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ibu saya, Salimah binti Kassim dan isteri saya, Zarifah binti Arsani atas pengorbanan yang tidak ternilai dalam bentuk material bagi membantu kegiatan akademik saya ini. Dari segi urusan pembelian tiket dan pencarian penginapan, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada adik saya, Noorsyuadah binti Ismail yang telah menguruskan perkara berkenaan. Saya turut tidak melupakan kepada masyarakat awam yang turut mendoakan dan memberi sumbangan kewangan bagi memudahkan urusan saya sewaktu berada di Amerika Syarikat. Akhir kata, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca dan saya berharap agar saya dapat menunaikan amanah ilmu pengetahuan kepada masyarakat tidak kira di menara universiti ataupun mereka yang berada di lapangan awam.
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 2 Laporan aktiviti bagi buletin No. 12 jabatan akan mendedahkan kepada pembaca berkenaan dengan aktivitiaktiviti serta program yang telah dijalankan oleh Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) serta pelajar jabatan sepanjang bulan Januari hingga bulan Jun 2023. AKTIVITI PELAJAR 22 Laporan khas oleh: Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) Jabatan Sejarah Universiti Malaya
AKTIVITI PELAJAR B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 23 RIANG RAYA DI JABATAN S
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 24 AKTIVITI PELAJAR SEJARAH
ARTIKLE B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 25 AKTIVITI PELAJAR Riang Raya di Jabatan Sejarah Sepanjang bulan Ramadhan dan bulan Raya Aidilfitri, Jabatan Sejarah serta Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) telah mengadakan kepelbagaian aktiviti yang menarik! Penyertaan pelajar serta staf Jabatan telah memeriahkan sambutan bulan Ramadhan dan sambutan bulan Raya Aidilfitri di Jabatan! Bulan Ramadhan PELAKSANAAN INISIATIF SUMBANGAN MAKANAN IFTAR Persatuan Sejarah Universiti Malaya telah melaksanakan satu inisiatif sumbangan makanan iftar mingguan sepanjang bulan Ramadhan. Inisiatif ini dijalankan pada setiap hari khamis sepanjang bulan Ramadhan. Makanan tersebut akan diagihkan oleh ahli jawatankuasa Persatuan Sejarah Universiti Melaya di lobi bangunan Jabatan Sejarah pada jam pukul 5 petang sehingga jam pukul 6 petang. Program ini dijalankan bertujuan meringankan bebanan pelajar Jabatan Sejarah dalam penyediaan makanan untuk pembukaan puasa. Tambahan pula, sumbangan ini bukan hanya sahaja terbuka kepada pelajar beragama Islam malahan pelajar bukan Islam juga boleh turut sama-sama menerima sumbangan tersebut.
ARTIKLE B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 26 AKTIVITI PELAJAR majlis khatam al-quran & iftar jamaie Pada 13 April 2023, Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie, bertempat di Dataran Sastera, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Majlis ini dihadiri oleh pelajar dari tahun pertama, tahun kedua dan tahun ketiga. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang majlis berlangsung seperti sesi khatam Al-Quran, penyerahan bantuan Zakat / Duit Raya kepada anak yatim / asnaf bagi Mahasiswa/wi Jabatan Sejarah, sesi berbuka puasa bersama - sama dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja, majlis tersebut dihadiri oleh beberapa pensyarah daripada Jabatan Sejarah termasuk Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial iaitu Datuk Professor Dr. Danny Wong Tze Ken, Ketua Jabatan Sejarah iaitu Profesor. Madya Dr. Arba’iyah dan Penasihat PSUM iaitu Dr. Nur Dayana Binti Mohamed Ariffin. Di akhir majlis, sesi bergambar dan ucapan selamat hari raya daripada Jabatan Sejarah dibuat bagi posting Instagram PSUM. Yang Di Pertua, Muhamad Hazwan Bin Hairul Hisham mengharapkan supaya majlis ini diteruskan sehingga masa akan datang dan mendapat sambutan yang lebih meluas dalam kalangan pelajar Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
ARTIKLE B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 27 AKTIVITI PELAJAR Bulan Raya rumah terbuka psum Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) dibawah unit Kesenian dan Kreativiti telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka PSUM bagi tahun 1444 Hijrah. Bertempat di dataran Sastera, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, majlis yang diadakan pada 13 Mei 2023, Sabtu jam 3.00 pm - 7.00 pm telah dihadiri kira - kira 100 orang pelajar Jabatan Sejarah yang terdiri daripada tahun pertama, tahun kedua, dan tahun ketiga. Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Jabatan iaitu Dr. Abu Hanifah, beliau berharap supaya majlis ini sentiasa diteruskan oleh PSUM sampai bila - bila dan mendapat sambutan lebih ramai pelajar. Beliau juga berbangga kerana majlis rumah terbuka PSUM pada kali ini tetap mendapat sambutan daripada kalangan pelajar jabatan. Majlis juga diserikan dengan pelbagai aktiviti lain seperti nyanyian karaoke, sesi tukar hadiah, penyampaian cenderamata dan sesi fotografi. Turut dihadiri oleh Dr. Tan Miau Ing, majlis rumah terbuka PSUM berjalan dengan lancar dan meriah. Semua hadirin gembira meraikan majlis tersebut. Di akhir majlis, hadirin yang hadir bersama - sama AJK Majlis mengemaskan semula dataran Sastera supaya kelihatan bersih dan kemas.
ARTIKLE B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 28 AKTIVITI PELAJAR
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 29 AKTIVITI PELAJAR Haarrii Inntteerraakkssii JABATAN SEJARAH
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 30 AKTIVITI PELAJAR H 2023
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 31 AKTIVITI PELAJAR HARI INTERAKSI JABATAN SEJARAH 2023 HARI INTERAKSI JABATAN SEJARAH 2023 Pada 18 Mac 2023, Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) di bawah Unit Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan hari interaksi Jabatan Sejarah bertempat di Tasik Varsiti, Universiti Malaya. Hari Interaksi ini diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar jabatan Sejarah tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga dan tahun keempat. Yang Di Pertua PSUM, Muhammad Hazwan menyatakan rasa gembira dan berbangga dengan penglibatan ramai pelajar jabatan Sejarah seterusnya mengharapkan program sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Pelbagai aktiviti menarik berlangsung seperti senamrobik, team building, aktiviti dan permainan serta jamuan bersama para peserta. Biarpun penat, namun semua peserta berasa gembira kerana pelbagai kenangan manis dapat dicipta sepanjang perjalanan hari interaksi tersebut. Diharapkan semoga lebih ramai lagi penyertaan dalam kalangan pelajar jabatan Sejarah dalam program yang dianjurkan oleh pihak PSUM. Photo Board 2023 Winner! Fighthing! Its a wrap!
ARTIKLE B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 32 AKTIVITI PELAJAR
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 33 AKTIVITI PELAJAR BICARA ILMU Siapakah Iskandar
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 34 AKTIVITI PELAJAR Zulkarnain?
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 35 AKTIVITI PELAJAR BICARA ILMU Siapakah Iskandar Zulkarnain? Pada 17 Mac 2023, Unit Kebajikan dan Perpaduan di bawah Persatuan Sejarah Universiti Malaya telah menganjurkan Program Bicara Ilmu : Siapakah Iskandar Zulkarnain bertempat di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Forum ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan membuka mata semua pelajar terutama daripada pelajar Jabatan Sejarah dan Universiti Malaya mengenai hakikat sebenar Raja Iskandar Zulkarnain. Program ini juga menampilkan panel yang mempunyai latar belakang keilmuan yang tinggi seperti Profesor Dr. Solehah Yaacob, profesor daripada UIA. Beliau mempunyai banyak kepakaran dan kelebihan terutama tentang sejarah Islam. Dirasmikan oleh Profesor. Madya Dr. Arba’iyah yang juga Ketua Jabatan Sejarah, beliau berbangga dengan penganjuran program seperti ini seterusnya berharap supaya program keilmuan dapat diperbanyakkan lagi dari semasa ke semasa. Terdapat pelbagai perkongsian menarik yang dikongsikan oleh Profesor Dr. Solehah seterusnya menyedarkan semua pelajar tentang siapa sebenarnya Iskandar Zulkarnain yang sering disebut sebelum ini. Para peserta juga berpuas hati dan mereka berharap program ini diperluaskan lagi supaya mereka boleh mengetahui dengan lebih dalam sejarah sebenar susuk tubuh pemerintah yang terkenal itu.
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 36 AKTIVITI PELAJAR
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 37 AKTIVITI PELAJAR MAJLIS APRESIASI JABATA What If I 'M NOT
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 38 AKTIVITI PELAJAR ATAN SEJARAH A HISTORIAN? 2022
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 39 AKTIVITI PELAJAR Pada 7 Januari 2023 yang lalu, Persatuan Sejarah Universiti Malaya telah menganjurkan Majlis Apresiasi Jabatan Sejarah 2022 di Dataran Sastera, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Majlis Apresiasi ini diadakan bagi menghargai sumbangan jasa pelajar-pelajar Jabatan Sejarah yang telah memberikan komitmen dalam bidang akademik serta bidang kokurikulum sepanjang sesi akademik pengajian tahun 2022/2023. Antara pensyarah-pensyarah yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Profesor. Madya Dr. Zulkanain Abdul Rahman, Dr. Mardiana Nordin, Dr. Azharudin Mohamed Dali, Dr. Salina Zainol, Dr. Noraini Mohamed Hassan, Dr. Tan Miau Ing dan Puan Rozita Othman (bersara). Tema bagi Majlis Apresiasi Jabatan Sejarah 2022 adalah ‘What if, I'm not a historian?’. Para pelajar yang hadir ke majlis tersebut turut memakai pakaian atau costume alam pekerjaan bagi memenuhi kehendak tema tersebut. MAJLIS APRESIASI JABATAN SEJARAH 2022 What If I ' m Not A Historian ? Dalam majlis tersebut, terdapat pelbagai anugerah yang telah disampaikan oleh pensyarah kepada pelajar-pelajar yang komited. Antaranya adalah seperti anugerah dalam bidang kokurikulum, kepimpinan, sahsiah diri dan lain-lain lagi. Selain itu, sesi penyerahan tampuk kepimpinan PSUM sesi 2022/2023 juga turut dijalankan pada majlis tersebut. Selepas sesi penyampaian anugerah, terdapatnya sesi jamuan makan. Kepelbagaian makanan telah dihidang dalam sesi jamuan makan. Acara persembahan turut dilakukan oleh beberapa pelajar Jabatan ketika sesi jamuan makan berlangsung. Pada akhir majlis, semua pelajar yang hadir telah mengambil gambar bersama-sama pensyarah. Kerja-kerja pengemasan kawasan Dataran Sastera turut dijalankan selepas sesi bergambar.
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 40 AKTIVITI PELAJAR
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 41 AKTIVITI PELAJAR SESI PSUM BERSAMA KEM SELANGKAH SEJARAH SPM Pada 7 Jun 2023 yang lalu, Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) telah dijemput oleh kumpulan PENDETA untuk hadir ke program ‘Kem Selangkah Sejarah SPM’ bagi memberikan perkongsian kepada murid-murid tingkatan 4 di SMK Seksyen 18, Shah Alam berkenaan dengan kehidupan sebagai seorang mahasiswa di Universiti Malaya serta memberikan motivasi kepada mereka untuk menyambung pengajian mereka ke tahap menara gading. Kedatangan ahli PSUM ke program tersebut telah disambut baik oleh semua ahli jawatankuasa kumpulan PENDETA serta murid-murid tingkatan 4 di SMK Seksyen 18. Selain daripada berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang mahasiswa di Universiti Malaya, ahli PSUM juga memperkenalkan serta mempromosikan Jabatan Sejarah kepada murid-murid. Sesi pop-quiz telah dilaksanakan pada akhir sesi perkongsian bagi menguji kefahaman murid-murid terhadap Jabatan Sejarah. Selain daripada sesi pop-quiz, terdapat juga permainan kecil yang turut dilaksanakan selepas sesi perkongsian. Akhir sekali, terdapat satu sesi bergambar murid-murid tingkatan 4 di SMK Seksyen 18 bersama ahli jawatankuasa PENDETA dan ahli PSUM sebagai tanda kenangan.
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 42 AKTIVITI PELAJAR Pada 28 Januari 2023, Unit Akademik dan Intelektual Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) telah mengadakan bengkel menjawab peperiksaan akhir kepada semua pelajar tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 yang bakal menduduki peperiksaan pada akhir semester 1 bagi sesi pengajian 2022/2023. Bengkel tersebut dijalankan atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Dr. Noraini binti Mohamed Hassan, pensyarah kanan Jabatan Sejarah, Universiti Malaya telah dijemput untuk memberikan perkongsian serta pendedahan kepada semua pelajar berkenaan dengan teknik menjawab, cara menganalisis serta memahami soalan peperiksaan dan teknik untuk melakukan persediaan bagi peperiksaan. Bengkel ini telah mendapat sambutan yang meriah daripada semua pelajar Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Semoga pelaksanaan bengkel menjawab tersebut, mampu serba sedikit membantu pelajar dalam menguasai teknik menjawab peperiksaan akhir serta mendorong mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. A dalam genggam tangan! Bengkel Menjawab Peperiksaan Akhir Anda di Landasan YangBetul? Program Taklimat Ijazah Dasar Pada 20 Mac 2023 yang lalu, Unit Akademik dan Intelektual Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) telah mengadakan satu taklimat ijazah dasar kepada semua pelajar ijazah dasar Jabatan Sejarah. Taklimat tersebut dijalankan di atas talian dengan menggunakan platform Microsoft Teams. Dalam taklimat tersebut, Dr. Noraini binti Mohamed Hassan, pensyarah kanan dan wakil Ijazah Dasar Jabatan Sejarah telah berkongsi kepada pelajar Jabatan Sejarah berkenaan dengan pelan pengajian serta pendaftaran kursus yang terdapat dalam peringkat universiti, fakulti serta jabatan. Dalam taklimat tersebut, Dr. Noraini juga menasihati pelajar agar sentiasa mematuhi pelan pengajian yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti dalam buku prospectus supaya pelajar dapat menyempurnakan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan serta mengelakkan daripada berlaku masalah seperti kekurangan kredit. Semoga pelaksanaan program taklimat tersebut, pelajar Ijazah Dasar Jabatan Sejarah mampu mengenali struktur pengajian kursus-kursus yang telah ditawarkan di Jabatan Sejarah.
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 43 AKTIVITI PELAJAR JUALAN AMAL PSUM Sepanjang bulan Ramadhan berlangsung, Unit Dana dan Tajaan Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) telah mengadakan jualan amal bagi mendapatkan sumber dana untuk pelaksanaan program-program pada masa akan datang. Pelbagai makanan telah dijual dalam jualan amal. Antaranya adalah seperti burger ayam, burger daging, kuih kekoh char, martaggie, popia kabonara dan sebagainya. Tambahan pula, PSUM juga membuka gerai untuk jualan amal di bazar Kolej Kediaman Ketujuh (Zaba) serta menjalankan servis penghantaran makanan jualan amal kepada pembeli. Pelaksanaan servis penghantaran makanan sememangnya telah berjaya menarik perhatian para pembeli untuk membeli makanan jualan amal PSUM. KUNJUNGAN DARI SMK HAJI ABU TALIB KARIM ALOR GAJAH, MELAKA KE UNIVERSITI MALAYA Pada 27 Januari 2023 yang lalu, Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) bersama Fakulti Sastera dan Sains Sosial telah menerima rombongan lawatan pelajar dan guru dari SMK Haji Abu Talib Karim, Alor Gajah, Melaka ke Universiti Malaya. Rombongan lawatan ini terdiri daripada kalangan murid-murid Tingkatan 6 seramai 60 orang dan 5 orang guru akademik. Program ini telah dikendalikan oleh beberapa orang ahli Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) serta mahasiswa/i dari Jabatan Sejarah. Lawatan ini juga adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan hala tuju kepada para pelajar tingkatan 6 tersebut selepas sahaja tamat pembelajaran mereka di tingkatan 6. Ahli persatuan sejarah (PSUM) yang terlibat memainkan peranan penting dengan banyak memberikan perkongsian menarik mereka sepangjang bergelar siswazah di Universiti Malaya. Mereka juga telah dibawa ke beberapa tempat yang menarik di fakulti seperti dewan kuliah, dataran sastera termasuklah ke jabatan terunggul di Fakulti Sains Sosial iaitu Jabatan Sejarah. Pada akhir sesi lawatan tersebut, ahli PSUM serta mahasiswa/i dari Jabatan Sejarah telah membawa pelajar untuk mengambil gambar di kawasan bergambar Logo Universiti Malaya yang terdapat berhadapan dengan Dewan Tunku Canselor sebagai tanda kenangan mereka ke Universiti Malaya.
B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 3 Antara buku yang akan dikongsikan dalam slot 'Tentang Buku' bagi Buletin No 13 bertajuk 'The Prince' karya Nicollo Machiavelli. Perkongsian buku tersebut, saudara Muhammad Amir Imran akan memberikan satu pengenalan kepada pembaca berkenaan 'The Prince' serta membincangkan beberapa isu menarik yang terdapat dalam karya tersebut. TENTANG BUKU 44
TENTANG BUKU B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 45 The Prince Satu pengenalan Muhammad Amir Imran bin Rizal Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah, Jabatan Sejarah olitik merupakan salah satu cabang yang banyak memberikan pengaruh yang sangat besar di dalam bidang sejarah. Selain daripada sektor ekonomi dan sosial yang menjadi asas dalam membentuk sesebuah tamadun, sistem politik juga memainkan peranan yang sangat besar dalam sesebuah masyarakat. Malah ia juga dapat mempengaruhi dan merubah budaya sosioekonomi dalam masyarakat tersebut. Terdapat banyak buku mahupun karya yang dihasilkan berkaitan dengan politik namun kebanyakan daripada karya tersebut hanya menceritakan tentang kebaikan politik sahaja tanpa mendedahkan tentang sisi gelap dalam politik. Namun terdapat satu karya politik yang ditulis oleh Niccolo Machiavelli berjudul ‘The Prince’. P 'The Prince' merupakan salah satu karya yang telah diterbitkan pada tahun 1513 masihi namun ia mula disebarkan pada tahun 1532 Masihi iaitu lima tahun selepas kematian Niccolo Machiavelli. Keistimewaan tentang buku ini adalah tentang pendedahan segala-galanya tentang dunia politik daripada pelbagai aspek untuk menjadi bahan bacaan kepada masyarakat awam dan juga mendedahkan tentang sisi gelap di dalam dunia politik serta mendedahkan rahsia bagaimana seseorang pemerintah mempertahankan kuasanya untuk jangka masa yang panjang. Namun timbul dua persoalan yang menjadi perbincangan, adakah karya ini sesuai dijadikan bahan bacaan umum kepada masyarakat dan adakah karya ini juga mengajar ahli politik untuk menjadi lebih kejam dan sadis bagi menjamin pengaruh mereka?