TENTANG BUKU B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 46 Sebelum kita pergi lebih lanjut untuk mengenali karya ini, umum untuk kita ketahui apakah komponen-komponen dan isu-isu yang dibincangkan di dalam karya ini. Terdapat tiga perkara yang menjadi dasar kepada topik perbincangan iaitu jenis-jenis kerajaan, topik tentang penguasa dan apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh sang penguasa bagi menjamin pengaruh kekuasaannya. Terdapat satu isu yang menarik untuk kita bahaskan di dalam buku ini iaitu adakah seseorang pemerintah perlu bersikap kejam terhadap rakyatnya? Kejam disini bukanlah seperti yang kita gambarkan, namun kejam yang dimaksudkan oleh Machiavelli adalah seseorang pemerintah tersebut mesti mempunyai sifat ketegasan di dalam pemerintahannya. Bermaksud, sang pemerintah perlu adanya prinsip yang tegas supaya memastikan tiada berlaku sebarang pemberontakan yang dilakukan bagi menggulingkan kekuasaanya. Tidak lupa juga, Machiavelli ada menyebut tentang dua ciri yang perlu ada pada setiap pemerintah iaitu Virtu (Kecekapan) dan Fortuna (Tuah). Tanpa kedua-dua ciri tersebut, pemerintah tidak dapat melakukan pentadbirannya dengan baik. Pada awal penerbitan karya ini, muncul kontrovesi yang melibatkan 'The Prince' di dalam dunia awam. Ramai yang menggangap buku ini mengajarkan tentang taktik-taktik kotor politik yang mampu mempengaruhi masyarakat. 'The Prince' juga sering dikaitkan dengan “matlamat menghalalkan cara” walaupun perkara tersebut tidak sekali disebutkan oleh Machiavelli sehinggakan terma Machiavellian sering diungkapkan bagi menggambarkan tentang taktik-taktik politik kotor. Berbalik terhadap persoalan sebelumnya, adakah relevan karya ini disebarkan kepada masyarakat awam. Jawapannya adalah karya ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan awam sama ada ahli politik ataupun bukan ahli politik. Atas sebab apa? Sebab karya ini bukan lah seperti yang digambarkan buruk oleh sesetengah masyarakat. Ia adalah sebuah karya yang mengajarkan tentang selok-belok dalam dunia politik dan menggambarkan tentang real politic kepada dunia awam. Bagi sejarawan pula, karya ini boleh diklasifikasikan sebagai separa sejarah kerana terdapat banyak contoh dan bukti untuk menggambarkan keadaan sistem pemerintahan di kawasan Rom Barat pada sekitar abad ke- 16. Ia juga banyak menceritakan tentang keadaan politik di Itali yang majoritinya dikuasai oleh keluarga bangsawan Itali seperti contoh keluarga Medici. Kesimpulannya, karya 'The Prince' yang dihasilkan oleh Niccolo Machiavelli banyak memberikan info-info terkini berkaitan dengan dunia politik. Malah ia juga memberikan gambaran awal kepada sesiapa yang berminat untuk berkecimpung di dalam dunia politik. Untuk mengetahui lebih tentang 'The Prince', boleh membaca terjemahan buku ini di dalam bahasa Melayu yang bertajuk “Sang Penguasa”.
No Kategori Syarat-syarat penulisan 1 Penulisan Artikel / Rakaman Memori Penulisan perlu dihasilkan dalam format artikel ataupun penulisan rakaman memori. Penulisan mestilah bertemakan sejarah. Bilangan patah perkataan adalah di antara 2500 hingga 3000 patah perkataan. 2 Penulisan Kreatif Bentuk penulisan boleh terdiri daripada puisi, syair, gurindam, cerpen atau novel. Penulisan mestilah bertemakan sejarah. Had perkataan bagi penulisan cerpen atau novel adalah 2000 patah perkataan. 3 Ulasan Buku atau Filem Buku atau filem yang dipilih mestilah bertemakan kepada sejarah. Had perkataan bagi penulisan ulasan buku atau filem tidak melebihi 2000 patah perkataan. IKLAN B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 Pelajar UM semasa (Ijazah Dasar/Sarjana/Doktor Falsafah) atau alumni jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Staf Akademik Jabatan Sejarah Mampu menghasilkan penulisan dalam bahasa Melayu. Anda mempunyai bakat serta minat dalam menghasilkan penulisan? Ayuh! Tunjukkan bakat anda dengan menerbitkan penulisan sejarah anda di Buletin Jabatan Sejarah, Universiti Malaya! Syarat Penyertaan: Kategori Penyertaan: 47 Pencarian Karya Penulisan Buletin No 14, Julai-Disember 2023
IKLAN Penulisan perlu ditaip dalam Microsoft Word ataupun Google Doc dengan menggunakan fon penulisan Arial, saiz penulisan adalah 11 dan spacing bagi penulisan adalah 1.5. Penulis perlu besertakan nama, no kad pengenalan, no matrik (bagi pelajar sahaja) serta alamat emel dan nombor telefon pada bahagian akhir penulisan. Penulisan yang dihantar perlu dalam format Microsoft Word ataupun Google Doc. Penulisan yang dihantar perlulah asli dan tidak diterbit di mana-mana platform. Penulisan akan ditolak sekiranya didapati unsur plagiat dalam penulisan serta penulisan sudah diterbit di mana-mana platform. Penulis tidak dibenarkan menampilkan gambar dalam penulisan. Segala gambar yang perlu ditampilkan dalam penulisan perlu diasingkan. Penulis dinasihati agar mencipta satu fail yang khas untuk gambar. Fail tersebut perlu dikirim bersamasama emel. Penulisan perlu dihantar secara atas talian ke emel [email protected] . Format penulisan tajuk emel adalah seperti berikut: (kategori penulisan) Buletin : (tajuk penulisan) karya (nama penulis). Contohnya: Penulisan Artikle Buletin : Content Ekonomi dan Alternatif Dalam Bidang Sejarah karya Dr. Nur Dayana Mohamed Ariffin. Hasil karya penulisan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 13 November 2023 (Isnin). Format Penulisan: B U L E T I N J A N - J U N 2 0 2 3 48 Hanya penulisan yang dipilih atau disenarai pendek akan dihubungi melalui emel pada 27 November 2023 (Isnin). Sekiranya terdapat permintaan untuk penambahbaikan penulisan, penulis perlu melakukan penambahbaikan terhadap penulisan yang sedia ada dan dihantar semula selewat-lewatnya pada 8 Disember 2023 (Jumaat). Pemilihan Penulisan:
JABATAN SEJARAH FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA 50603, KUALA LUMPUR MALAYSIA JUN 2023