The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tba6068, 2021-10-08 11:15:06

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31 SK Sungai Tong

Buku Program PIBG 2021

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

ebagai pembuka kata ,marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur kita kehadrat

SAllah SWT katas limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha yang jitu maka
mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-31 dapat diterjemahkan pada hari ini walaupun
hanya melalui medium baharu secara dalam talian.

Penularan wabak pandemik Covid-19 telah merubah semua lanskap kehidupan bukan setakat
kita bahkan seluruh dunia Walaupun kita bermesyuarat secara dalam talian, diharapkan kita
semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini
dari masa ke semasa supaya SK Sungai Tong menjadi sebuah sekolah yang gemilang.

Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah.
Pembelajaran secara dalam talian iaitu Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR),
Pelaksanaan kokurikulum secara dalam talian dan sebagainya. Ini semua memerlukan
komitmen yang tinggi daripada ibu bapa serta guru dalam membentuk modal insan terbilang.

Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi
mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat
yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia.
SOKESTO HEBAT, “Gohek Biar Jadi”
Sekian Terima kasih,

FADILATON BINTI MD TOP
Guru Besar,
SK Sungai Tong,
Setiu,Terengganu.

1 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TONG
21500 SETIU, TERENGGANU.

KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum Warahmatullah..............

Bersyukur saya kepada Illahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita sama-sama berkumpul
dalam suasana norma baharu secara dalam talian akibat penularan wabak pendemik covid-19
untuk meneruskan mesyuarat agung tahunan pibg kali ke-31 SK Sungai Tong.

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat
kita pada tahun ini walaupun diadakan secara dalam talian. kehadiran ini menunjukkan bahawa kita
sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk
sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa depan.
Sedar dengan kekangan hari ini, Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR) terpaksa dilalui
dengan pelbagai rintangan termasuk masalah liputan internet dan sebagainya. Saya percaya dengan
kesungguhan pihak guru-guru dan kecaknaan ibu bapa kepada anak-anak akan menghasilkan sesuatu
yang bermakna.

Oleh itu saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu hati menjadi
penggerak dalam membantu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Saya juga mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam
bidang akademik mahupun kokurikulum dalam suasana yang baharu. Walaupun pelaksanaan
kokurikulum secara dalam talian dan sebagainya, namun ia tidak mematahkan semangat guru dan murid
untuk terus mencapai kejayaan. Justeru setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru atas usaha gigih
tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami. Harapan kami sebagai ibu bapa agar
pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah
kejayaan masa depan.

Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-31 SK Sungai Tong.
Sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar tampil untuk menyalurkan idea-idea yang bernas
mahupun tenaga untuk digembeleng sebagai inspirasi kepada PIBG supaya sentiasa bertindak atas
landasan yang cemerlang.
Selamat bersidang.

MOHD TARMIZI BIN TAIB
Yang Di Pertua,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Sungai Tong.

2 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Tel :09-6572828
Fax: 09-6572741
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TONG Web: www.sokesto.edu.my
21500 SETIU, TERENGGANU. Emel: [email protected]

Rujukan Kami : PIBG/SKST900/02/JLD02(51)

Tarikh : 30 September 2021

Kepada,
Semua ibu bapa/penjaga,
Guru-guru,
SK Sungai Tong.

Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31/2021

Merujuk kepada perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Tong
akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 9 OKTOBER 2021 (SABTU)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Lokasi masing-masing
Medium : Google Meet ( Pautan akan diberikan 30 minit sebelum mesyuarat)
Perasmi : YBhg Tn Hj Rosli bin Latif (Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu)

2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut melalui medium Google
Meet.

3. Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti berikut:

3.1 Pelantikan Pengerusi Mesyuarat.
3.2 Pengesahan minit Mesyuarat Agung kali ke-30 yang lalu.
3.3 Pembentangan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
3.4 Pembentangan usul (jika ada).
3.5 Ucapan penangguhan

4. Kehadiran dan kerjasama pihak tuan/puan amat dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
“Ibu Bapa Pemangkin Kecemerlangan Anak-Anak”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD RAZIFUDIN BIN CHE MUDA)
Setiausaha Kehormat,
PIBG SK Sungai Tong.

sk. 1. Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu(Unit Perhubungan)
2. Pegawai Pendidikan Daerah Setiu.
3. Penasihat/Guru Besar SK Sungai Tong
4. YDP PIBG
5. NYDP PIBG
6. Fail

3 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

MESYUARAT AGUNG PIBG
SK SUNGAI TONG KALI KE-31

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

9.45 pagi : Para Ahli PIBG menyertai Medium Google Meet dan Daftar Kehadiran
10.00 pagi : Pegawai PPD dan Ybhg. Pegawai Daerah Setiu menyertai Google Meet
10.15 pagi : Majlis Perasmian bermula

MAJLIS PERASMIAN DIMULAKAN
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Ucapan Aluan Pengacara Majlis
- Bacaan Ayat Suci Al-Quran
- Ucapan Yang Dipertua PIBG
- Ucapan Tuan Guru Besar
- Ucapan Tuan Pegawai PPD Setiu
- Ucapan Perasmian Oleh:

Ybhg. Tuan Haji Rosli bin Latif
Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu
- Persembahan Multimedia
- Bacaan Doa

ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31

- Melantik Pengerusi Mesyuarat
- Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-30
- Membentang dan Menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020
- Membahaskan usul-usul (jika ada)
- Ucapan Penangguhan
- Cabutan bertuah
- Bersurai

4 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

TARIKH MESYUARAT AGUNG PIBG
MASA SK SUNGAI TONG KALI KE-31 / 2021
TEMPAT
MEDIUM : 9 OKTOBER 2021 (SABTU)
PERASMIAN : 10.00 pagi
: Lokasi Masing-masing.
: Google Meet
: Ybhg. Tuan Haji Rosli bin Latif
Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu

Jawatankuasa Kerja: 7. Pencatat Minit Mesyuarat
1. Jemputan dan Sambutan Pn Melati binti Yusoff (K)
Pn Salimah binti Ismail
Pn Hjh Fadialton binti Md Top - GB Pn Che Surida binti Ibrahim
En Mohd Tarmizi bin Taib-YDP Pn Nor Azlihan binti Che Mt Noor
En Mat Daling bin Talik -NYDP
Pn Junidah bt Said -GPK 1 8. Buku Aturcara
En Mohd Razifudin bin Che Muda –GPK HEM En Mohd Razifudin bin Che Muda(K)
Pn Zaleha binti Mohamad –GPK KK Pn Hjh Zuraidah bt Abd Rahman
Pn Liza binti Shafei
2. Cenderahati
Pn Junidah bt Said (K) 9. Juruacara Majlis
Pn Zaleha binti Mohamad En Abd Rahim bin Isa (K)
Pn Noraini binti Ismail Pn Nor Hasimah binti Ismail
Pn Wan Azizah binti Wan Idris
10.Dokumentasi / Fotografi
3. Persembahan Multimedia En Mohd Salim bin Musa(K)
Pn Nurul Wahidati Ainun bt Muhamad (K) En Saudi bin Ismail
Pn Masniza binti Muhamad Pn Rohaya binti Mohd Noor
Pn Roslida binti Mat Tahir Pn Norashikin binti Hj Din

4. Publisiti / Hadiah Cabutan Bertuah 11. Keselamatan dan Pematuhan SOP
En Mat Daling bin Talik (K) Pn Rohaida binti Abu Samah (K)
YM Tuan Mohd Naziran bin Tuan Mokhtar Pn Noor Laila binti Zakaria
En Mohd Zaid bin Harun Pn Rusni binti Hassan
YM Tuan Hamimah binti Tuan Ibrahim
5. Bacaan Doa
En Zafri bin Mamat

6. Teknikal, Pendaftaran dan Cabutan Nombor
Bertuah
Cik Nur Azhani bt Azezan(K)
En Mohd Hafizuddin bin Mohd Hussin
Cik Norshaqeela Aisha binti Shabuddin
Cik Nur Amirah bt Mohd

5 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30
SK SUNGAI TONG, SETIU, TERENGGANU.

UCAPAN TUAN GURU BESAR ( PN FADILATON BT MD TOP )

Mengucapkan kata-kata aluan kepada Tuan Timbalan PPD Setiu, Sektor
Pembangunan Murid, En. Ridzuan bin Hj Ghazali yang mewakili Tuan PPD Setiu. Kehadiran
beliau diharapkan dapat memberi semangat kepada pihak sekolah. Majlis hari ini bertujuan
untuk mesyuarat agung dan pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Merujuk misi KPM, semua guru dan ibubapa perlu bersama-sama dalam melaksanakan
kemenjadian murid meliputi semua bidang. Semua guru, pihak PPD sendiri dan ibu bapa
terutamanya perlu memberi kerjasama untuk menzahirkan sekolah yang berkualiti.
Sekolah bertanggungjawab untuk membentuk tingkah laku murid-murid. Justeru, bantuan
ibu bapa amat penting dalam sama-sama membentuk disipilin anak-anak bermula dari
rumah.

Sekolah kini dalam proses penjenamaan semula. ‘Sokesto Hebat’ menjadi tagline
sekolah.
Ditubuhkan pada 1949 dan diharapkan menjadi sekolah yang hebat meliputi pelbagai
bidang. Prasarana seperti stor sukan, wakaf terbuka akan dibina untuk kemudahan anak-
anak Sokesto.
Keratan dana diedar untuk membantu menjayakan hasrat tersebut. Tuan Guru Besar
memohon semua ibu bapa menyebarluas program ini untuk membantu sekolah mengumpul
dana berkenaan. Harapan sekolah dengan adanya fasiliti tersebut, sekolah akan dapat
melahirkan atlit ke peringkat yang lebih tinggi.

Penguasaan 3M dalam kalangan murid-murid masih lemah, ibu bapa harus cakna
dan maklumkan kepada sekolah jika ada masalah.

Pemilihan AJK PIBG akan dibuat pada tahun ini. Tuan Guru Besar berharap
pemilihan AJK dapat diadakan dengan baik dan dapat membela anak-anak serta
melaksanakan tugas-tugas berkaitan kebajikan mereka.
Duit bantuan awal persekolahan akan diedarkan hari ini. Jika masih ada yang belum
jelaskan bayaran tambahan, mohon jasa baik ibu bapa lunaskan demi kebaikan anak-anak.
Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada En Ridhuan bin Ghazali
mewakili Tuan PPD Ssetiu dan Dato’ Rosol Wahid, Adun Hulu Terengganu serta kepada
pengurusan PIBG yang dapat menguruskan majlis hari ini. Terima kasih juga kepada semua
ibu bapa yang dapat hadir.

6 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

UCAPAN WAKIL PERASMI DAN TUAN PPD SETIU ( EN RIDZUAN BIN GHAZALI )

Beliau mengalu-alukan semua guru, PIBG dan ibu bapa yang hadir hari ini.
Beliau hadir menggantikan Dato’ Rosol Wahid, ADUN Hulu Terengganu dan Tn Hj Mohd
Yasmin bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu kerana masing-masing ada tugasan
yang tidak dapat dielakkan.
Tahniah sekolah dapat mengadakan 2 majlis dalam satu masa, mesyuarat Agung PIBG dan
pengagihan BAP. Seramai 154 orang layak mendapat BAP. Sekiranya ada tambahan,
sekolah masih boleh memohon dan dibuka sehingga esok, 13 Feb.
Hasrat PPD Setiu, kehadiran murid ke sekolah menjadi agenda utama. Dapatan data
kehadiran 2017, 94.2%, tahun 2018 94.01% dan 2019 94.13%. KPI KPM tahun 2020 adalah
95%. Di Trg, sebanyak 17 buah sekolah telah mencapai 95% termasuk Sek Sains Setiu,
SMK Bukit Nenas.

Sekolah menjadi tumpuan untuk membina tamadun, memupuk nilai murni, membina
hubungan sosial, murid dapat membuat aktiviti luar.
Justeru, adalah perlu sekolah memastikan murid hadir ke sekolah setiap hari dan ibu bapa
cakna serta menghantar anak-anak ke sekolah walaupun lewat.
Dialog Prestasi seringkali ditekankan isu kehadiran kerana menjadi sebahagian Pelan
Pembangunan Pendidikan. Beliau berharap SK Sungai Tong menjadi antara sekolah yang
terbaik dari segi kehadiran.

Ko Kurikulum perlu ditingkatkan agar anak-anak dapat bersaing dari segi penawaran
ke sekolah menengah yang lebih baik. Ibu bapa perlu beri sokongan untuk penglibatan
anak-anak dalam ko-kurikulum. JPN telah berikan pilihan hari Rabu adalah hari sukan 1M1S
dan perlu dilaksana pada waktu pagi.
Pada 9 Feb, pelancaran program Ziarah Cakna peringkat daerah Setiu telah dibuat di SK
Telaga Papan. Pihak PPD Setiu berharap sekolah dapat melaksanakan program ini
bersama PIBG. Ibu bapa dan komuniti perlu prihatin dan sama-sama bantu mereka yang
memerlukan.

Kempen ‘Jom Ke Sekolah’ di bawah bidang HEM juga akan dilancarkan. Ini semua
banyak melibatkan peranan ibu bapa dan guru-guru.
Untuk makluman semua, PPD Setiu kini ada 4 orang timbalan, dan En.Ridzuan bin Ghazali
untuk Sektor Pembangunan Murid. Jika ada sebarang masalah, boleh berhubung dan akan
apa-apa keputusan bergantung kepada Tn Hj Yasmin bin Yusof.
Berita baik untuk sekolah dari pihak Dato’ Rosol bin Wahid. Hubungi pembantu peribadi
Dato’ dan boleh buat permohonan apa sahaja kepada beliau dan kadaran boleh
dibincangkan. Ucapan terima kasih untuk Dato’ Rosol bin Wahid.

7 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

Duit BAP sebanyak RM100 adalah sangat besar nilainya untuk Negara. Gunakan untuk
menampung keperluan persekolahan anak-anak. Kelewatan agihan tahun ini kerana
pertukaran Guru Besar dan Pengetua.

Pentaksiran PBD menilai 4 aspek. Ibu bapa kena faham dan terima perubahan. Ia
menjadi kayu ukur kelayakan anak-anak untuk meneruskan persekolahan ke peringkat
menengah.
Pendidikan hari ini meliputi STEM, TVET, - apapun aliran, pendidikan amat penting untuk
kelangsungan hidup anak-anak. Galakkan anak-anak berfikir untuk menjana pendapatan
keluarga dan kehidupan mereka kelak.

Ibu bapa harus ambil berat jika anak-anak ada kerja rumah. Pantau kehadiran murid
dan membantu peratus kehadiran untuk daerah.
Harapan untuk guru besar yang baharu, agar dapat membantu kemajuan sekolah dan anak-
anak SK Sungai Tong dan juga dapat memberi impak yang baik selaras hasrat KPM
mencapai kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Ibu bapa perlu beri kerjasama dalam menangani unsur negatif di sekolah seperti ponteng,
buli, jenayah dan dadah.

Akhir sekali ucapan maju jaya untuk sekolah, selamat bertugas untuk guru besar
baharu. Terima kasih kepada penyumbang dan sumbangan yang telah diberikan kepada
sekolah, kerjasama PIBG yang baik. Beliau merasmikan majlis.

8 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30

SK SUNGAI TONG, SETIU, TERENGGANU.

BIL NAMA 36 MAT DALING BIN TALIK
CHE WAN ROHANA BINTI CHE WAN 37 MAZIDAH BT MUDA

1 IBRAHIM MD RAHIMI BIN MOHD KAMARU AL
2 ABD RAHIM BIN ISA 38 SALAM
3 AHMAD SHAHRIL B ABU BAKAR 39 MOHAMAD BIN AWANG MAN
4 AIDA SYARMILAWATI BINTI IDRIS 40 MOHAMAD SHAM BIN SIDI ALI
41 MOHAMAD SOTA BIN MUSTAFFA
ARMIZAN BIN MAMAT @ MOHD
5 LAZIM MOHD ARIF FABILA BIN MOHAMED
6 ARZOKARNAIM BIN ROKER 42 NOOR
7 ASMAWANI BT MAT ARIFFIN 43 MOHD ASRI BIN SAFIEN
8 ASMAWATI BT ARSHAD 44 MOHD ASRI BIN SAFIEN
9 BADROOL HISSAM BIN IBRAHIM 45 MOHD FAIROZ BIN DOLLAH
10 BAKRI BIN AB RAHIM
11 FADILATON BT MD TOP MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD
12 FAIZAH BT ABD RAHIM 46 HUSSIN
13 GAYAH BT MAT SIN 47 MOHD NASRAH BIN DRAMAN
14 HAMIZAH BINTI MUSA 48 MOHD RAZANI BIN MOHAMAD
15 HANISAH BINTI SULONG 49 MOHD RAZIFUDIN BIN CHE MUDA
16 HARTINIE BT IBRAHIM 50 MOHD RIBUAN BIN ISMAIL
17 HASMAH BINTI DAUD 51 MOHD SALIM BIN MUSA
52 MOHD TARMIZI BIN TAIB
HASMAHERYZA BINTI AHMAD 53 MOHD YUSOF BIN MOHAMAD
18 BUSTAMAM 54 MOHD ZAID B. HARON
19 HASMALIZA BT SA'RI 55 MUHAINI AFIZAN BINTI SULAIMAN
20 HASMAWATI BINTI LADOHE 56 MUSTAQIM BIN DARUSALAM
21 HASMI BINTI HASHIM 57 NASIRUDDIN BIN IBRAHIM
22 HAYATEE LAKOR 58 NIK MAH BT MAMAT
23 HAYATI BINTI MAMAT
24 HAYATI BINTI MAMAT NIK NORFARAHAIN BINTI NIK
25 HAZAHARAH BT. ZAINAL 59 AHMAD
26 HAZLINA BT MD AMIN@ AWANG 60 NILAWATI ROSDINIA
27 JAMILAH BINTI MOHAMAD 61 NIRWATI WAECHE
28 JUNIDAH BINTI SAID 62 NOOR LAILA BT. ZAKARIA
29 KAMARIAH BINTI IBRAHIM 63 NOR ASHIKIN BT HAJI DIN
30 KELTHUM BINTI ABD KADIR 64 NOR FAIZAH BINTI MOHD RAZALI
31 LIZA BT SHAFEI 65 NORADARIAH BT ISA
32 MANISA BINTI AHMAD BUSTAMAN 66 NORAFIDA SYAFIDA BT HARUN
33 MARIANI BT IBRAHIM 67 NORAINA BINTI MAMAT
34 MASNIERA BINTI MAHMUD 68 NORAINI BT ISMAIL
35 MASNIRA BINTI MAT RANI 69 NORAINI BT ISMAIL
70 NORASMAH BINTI MAMAT
9 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31 71 NORATIKAH BT JUSOH

72 NORDIYANA BINTI ZAINAL 110 SETI NORMALA BT SIDI ALI
73 NORHILMI B HAMZAH 111 SHAMSU BAHRI BIN MUDA
74 NORIANI BINTI MAT HASHIM 112 SHARIFAH BT MOHD NOR
75 NORIDAYU BT MOHAMED JOHNSON 113 SITI AISHAH BINTI IBRAHIM
114 SITI MERIAM BINTI MOHAMAD
NORISMAIZA BINTI MOHD 115 SITI SUHANA BT ROWI
76 SAMSUDIN 116 SITI ZAWIAH BINTI ABDULLAH
77 NORIZAN BINTI ABDULLAH 117 SYAHIRA BT SYAHRIM
78 NORZIYATI BINTI MUHAMMAD
79 NUR AZHANI BINTI AZEZAN SYARIFAH MARIAM BINTI SYED
80 NURAISHA JUSOH 118 EDRUS
81 NURUL AKMA BT ALI
82 NURUL NADIA BINTI MOHD SYED AHMAD SYAUQI BIN SYED
83 NURUL SHAZMIRA BINTI SHUKRI 119 ABDULLAH
120 TIYOH DASONG
NURUL SHEILLA HIDAYU BINTI 121 TUAN HAMINAH BT TUAN IBRAHIM
84 WAHAB
85 NURUL SYIDA HIDAYU BT WAHAB TUAN MOHD NAZIRAN B. TUAN
122 MOKHTAR
NURUL WAHIDATI AINUN BINTI 123 UMMI NUR AQILAH BINTI YUSOF
86 MUHAMAD 124 WAN ADILAH BINTI WAN ISMAIL
87 RAFIDAH BINTI CHE HASSAN TIUN 125 WAN AZIZ ADNAN BIN WAN HAMZAH
88 RAHMAH BT. MOHAMAD 126 WAN AZIZAH BINTI WAN IDRIS
89 RAIMI SYAZWAN BIN ABD RASHID 127 WAN KELTHUM BT WAN MANSOR
90 RAMLAH BT AWANG 128 WAN MAHERAN BINTI WAN DAUD
91 RAMLAH BT OTHMAN 129 WAN MERIAM BINTI WAN HUSSIAN
92 RASIDAH BT CHE GHANI 130 WAN MURNI WAN ABDUL GHANI
93 RODZIAH BINTI MAT RAIS
94 ROHAIDA BT ABU SAMAH WAN NURUL DALILAH BT WAN
95 ROHANI BT ISMAIL 131 SEMBOK
96 ROHAYA BINTI MOHD NOOR 132 WAN SABARIAH BINTI WAN ISMAIL
97 ROS ANIDA BINTI ABDULLAH 133 WAN ZAH BT WAN DERAMAN
98 ROSDI BIN ISMAIL 134 ZAFRI BIN MAMAT
99 ROSLIDA BINTI MAT TAHIR 135 ZALEHA BINTI MOHAMAD
100 ROSMAWATI BINTI SAMSUDDIN 136 ZALEHA BINTI SAMAD
101 ROSNANI BT MOHAMAD 137 ZALINA BINTI MAMAT
102 ROSNIZA BT MOHAMAD SUKRI 138 ZAMRI BIN MOHAMAD AMIN
103 ROZITA BINTI MAT AMIN 139 ZAMRI BIN YAZID
104 RUSNI BT HASSAN 140 ZHASMAWANIZA BINTI MAMAT
105 SAHAREHAM BT SIDEK 141 ZUKIMAN BIN SALLEH
106 SAPIAH BINITI DRAMAN 142 ZULKAEDAH BINTI ABDULLAH
107 SARIDAH BINTI DAUD 143 ZURAIDAH BT ABD RAHMAN
108 SARIFAH BT MERAH
109 SETI FATIMAH BINTI SIDI ALI

10 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

AGENDA 1 – PELANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT
En. Mohd Razifudin mencadangkan En Abd Rahim bin Isa sebagai pengerusi mesyuarat.
Sokongan sebulat suara.

AGENDA 2 – PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-29
En Mohd Razifudin bin Che Muda selaku setiausaha kehormat PIBG membentangkan minit
mesyuarat yang lalu.
Pn Rohaida Abu Samah mencadangkan minit mesyuarat ini diterima tanpa sebarang
pindaan dan disokong oleh Pn Rusni Hassan.

AGENDA 3 – PEMBENTANGAN PENYATA KIRA-KIRA
En Zafri bin Mamat selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kira-kira PIBG berakhir
31 Disember 2019.
Pn Norlaila Bt Zakaria mencadangkan penyata kira-kira ini diterima tanpa pindaab dan
disokong oleh Pn Rohaida Abu Samah.

AGENDA 4 – PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2018-2019
Tn Hj Nasiruddin bin Ibrahim selaku YDP PIBG 2018-2019 membubarkan AJK PIBG
2018/2019

AGENDA 5 – PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2020-2021
Pemilihan AJK PIBG 2020/2021:
5.1 YDP – En. Mohd Tarmizi – dicadang oleh En Mohd Yusof B Mohamad, disokong oleh Pn
Nurul Dalilah.
NYDP – En.Mat Daling –dicadang oleh En. Mohd Razifudin disokong sebulat suara.
AJK – 1. YM Tuan Mohd Naziran B Tuan Mokhtar

2. Pn Rohaida Abu Samah
3. Pn Rusni Bt Hassan
4. YM Tuan Haminah Tuan Ibrahim
5. En Mohd Zaid B Harun
6. Pn Norlaila Zakaria
5.4 Pemeriksa kira-kira : Pn Rohaya binti Mohd Noor dan Pn Noradariah binti Isa

11 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

AGENDA 6 - USUL-USUL
En. A Rahim Isa

1. Jika pihak sekolah mengadakan majlis melibatkan ibu bapa dan komuniti seperti
mesyuarat PIBG misalnya, pihak sekolah perlu membenarkan kenderaan diparkir di
kawasan padang sekolah.

2. Sekiranya terdapat golongan tua mahupun uzur yang datang ke sekolah kerana ada
urusan di pejabat dan sebagainya, perlu dibenarkan masuk beserta kenderaan terus
ke kawasan parkir utama atau dataran sekolah.

3. Isu ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pra sekolah yang terpaksa
menandatangan setiap kali menghantar dan mengambil anak pulang perlu dikaji
semula. Ibu bapa ramai tidak bersetuju.

4. Usul bayaran Tambahan seperti lampiran 1.
Sokongan sebulat suara.

UCAPAN PENANGGUHAN

En. Abd Rahim bin Isa
Bayaran tambahan. Jika ada yang ingin membuat pembayaran, dialu-alukan demi kebaikan
anak-anak.

En Mohd Tarmizi bin Taib – YDP PIBG
Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang memilih beliau. PIBG memerlukan
sokongan yang kuat daripada ibu bapa untuk semua program-program sekolah. Sarana
sekolah amat penting terutamanya penglibatan ibu bapa bagi mengetahui perkembangan
anak-anak.
PIBG mengalukan kehadiran ibu bapa dan membina hubungan bersama untuk
menyelesaikan apa jua masalah yang ada.

Tuan Guru Besar, Pn Fadilaton binti Md Top
Ucapan tahniah atas pelantikan PIBG baharu sesi 2020/2021.Terima kasih kepada semua
ibu bapa dan AJK PIBG 2019/2020.
Beliau berharap barisan kepimpinan PIBG yang baharu dapat meningkatkan prestasi
sekolah. Pihak sekolah memerlukan sokongan yang padu, memberi bantuan apa sahaja,
mengikut peraturan yang sekolah tetapkan serta terima secara rasional dan positif.

12 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 tahun 2020 ditangguhkan pada jam 5.25 petang.
Disediakan oleh:
…………………………………………..
(MOHD RAZIFUDIN BIN CHE MUDA)
Setiausaha Kehormat
PIBG SK Sungai Tong Sesi 2020-2021
Disahkan oleh:
………………………………
(MOHD TARMIZI BIN TAIB)
Yang Dipertua,
PIBG SK Sungai Tong Sesi 2020-2021

13 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

REKOD KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 2020-2021
SK SUNGAI TONG

1. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama - 12 Ogos 2020
2. Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua - 28 September 2021
3. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga - 5 Oktober 2021

BIL NAMA 123
1 En Mohd Tarmizi bin Taib ///
2 En Mat Daling bin Talik ///
3 En Mohd Razifudin bin Che Muda ///
4 En Zafri bin Mamat ///
5 YM Tuan Mohd Naziran bin Tuan Mokhtar / XX
6 En Abd Rahim bin Isa ///
7 YM Tuan Hamimah binti Tuan Ibrahim / XX
8 En Mohd Zaid bin Harun / XX
9 Pn Hjh Zuraidah binti Abd Rahman ///
11 Pn Fatin Syazwani binti Ghairullah / /X
13 En Mohd Salim bin Musa ///
14 Pn Rusni binti Hassan ///
15 Pn Rohaida bt Abu Samah ///
16 Pn Noor Laila binti Zakaria ///

Nota : / - Hadir
X - Tidak Hadir

14 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

15 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

USUL MESYUARAT AGUNG
PIBG SK SUNGAI TONG KALI KE-31
Bawasanya Jawatankuasa PIBG SK Sungai Tong Sesi 2020-2021 yang bersidang dalam
Mesyuarat Agung Kali Ke-31 pada hari ini 9 Oktober 2021, mencadangkan:
1. Bayaran Tambahan seperti Lampiran 1
Usul Ibu Bapa

16 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

SENARAI JAWATANKUASA PIBG
SK SUNGAI TONG SESI 2020-2021

PENASIHAT : PN HJH FADILATON BINTI MD TOP

YANG DIPERTUA : EN MOHD TARMIZI BIN TAIB

NAIB YANG DIPERTUA : EN MAT DALING BIN TALIK

SETIAUSAHA : EN MOHD RAZIFUDIN BIN CHE MUDA

BENDAHARI : EN ZAFRI BIN MAMAT

AHLI JAWATANKUASA: 1. PN ROHAIDA BINTI ABU SAMAH

2.PN RUSNI BINTI HASSAN

3. PN NOR LAILA BINTI ZAKARIA

4. YM TUAN HAMIMAH BINTI TUAN IBRAHIM

5. EN ABD RAHIM BIN ISA

(Pilih 7 orang sahaja) 6.EN MOHD ZAID BIN HARUN
(3 orang terdiri daripada guru) 7.YM TUAN MOHD NAZIRAN BIN TUAN MOKHTAR
8. EN MOHD SALIM BIN MUSA

9.PN HJH ZURAIDAH BINTI ABDUL RAHMAN

10. PN FATIN SYAZWANI BINTI GHAIRULLAH

PEMERIKSA KIRA-KIRA 1:PN NORADARIAH BINTI ISA
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2:PN ROHAYA BINTI MOHD NOOR

17 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Kami Jawatankuasa PIBG SK Sungai Tong merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada:
- Yang Berbahagia Tuan Haji Rosli bin Latif

Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu.
- Pengarah dan Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
- Pegawai Pendidikan Daerah Setiu dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah

Setiu.
- Yang Dipertua PIBG SK Sungai Tong.
- Guru Besar SK Sungai Tong
- AJK-AJK PIBG SK Sungai Tong.
- Guru-guru, Kakitangan dan Pekerja-Pekerja Swasta SK Sungai Tong.
- Pengusaha Kantin SK Sungai Tong.
- Guru-guru SK Sungai Tong
- Para ibu bapa / penjaga murid-murid SK Sungai Tong.
- Murid-murid SK Sungai Tong.
Serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Tong Kali Ke-31 ini serta
memajukan SK Sungai Tong.

18 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31


Click to View FlipBook Version