DITERBITKAN OLEH:
KOLEJ TUN DR. ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM JOHOR BAHRU
JOHOR, MALAYSIA
https://www.utm.my/ktdi/
Tel: +607-5531952
Email: [email protected]
PENGHARGAAN
KOLEJ TUN DR. ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
❖ YBrs Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
❖ En. Hamdan bin Abd Ghani
Penolong Pegawai Tadbir Kanan KTDI
❖ Majlis Felow KTDI
❖ Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KTDI sesi 2020/2021
❖ Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KTDI sesi 2021/2022
❖ Seluruh warga KTDI
ISI KANDUNGAN
MAKLUMAT/PERKARA MUKA SURAT
KATA-KATA ALUAN PENGETUA KOLEJ TUN DR. ISMAIL 1
1.0 CARTA ORGANISASI 2
1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KOLEJ 2
1.2 STRUKTUR PENTADBIRAN AHLI JAWATANKUASA MAHASISWA KTDI 5
2.0 SEJARAH RINGKAS UTM 7
2.1 UTM DAN NEGERI JOHOR 7
2.2 SEPINTAS LALU BERSAMA SEJARAH RINGKAS KTDI 7
2.3 JUMLAH MAHASISWA DI KTDI PADA NOVEMBER 2021 7
3.0 IMBASAN PROGRAM JKM KTDI 2020/2021 11
3.1 LAPORAN RINGKAS UNIDC ’21 11
3.2 LAPORAN RINGKAS KTDI CAREER TALK 21’ 16
3.3 LAPORAN RINGKAS SEGA’21 19
3.4 LAPORAN RINGKAS KETA ‘20 27
3.5 LAPORAN OPERA ‘21 31
3.6 LAPORAN RINGKAS THE LAST STRAW 34
3.8 LAPORAN RINGKAS LITECAMP 37
4.0 IMBASAN PROGRAM JKM KTDI 2021/2022 43
4.1 LAPORAN RINGKAS ENGAGEMENT WITH PRINCIPAL & COUNCIL OF FELLOWS KTDI 43
4.2 LAPORAN RINGKAS MAPEK ‘21 47
5.0 PERANCANGAN PROGRAM JKM KTDI 2021/2022 52
6.0 IMBASAN PROGRAM MAJLIS FELOW KTDI 2021/2022 53
6. 1 LAPORAN RINGKAS MAJLIS PENGHARGAAN KF 2019 53
6.2 LAPORAN RINGKAS SINAR ‘21 60
6.3 LAPORAN RINGKASAN PERINTAH KUARANTIN DI KTDI DAN PKPD DI UTM 64
6.4 LAPORAN RINGKAS LAWATAN MUHIBAH KE KOLEJ KEDIAMAN SISWA 67
6.5 LAPORAN RINGKAS LAWATAN MUHIBAH KE BLOK KEDIAMAN SISWI 69
6.6 MINIT MESYUARAT MAJLIS FELOW BIL. 10/2021 72
6.7 MINIT MESYUARAT MAJLIS FELOW BIL. 11/2021 75
6.8 MINIT MESYUARAT MAJLIS FELOW BIL. 12/2021 78
6.9 MINIT MESYUARAT MAJLIS FELOW BIL. 13/2021 81
JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU LAPORAN TAHUNAN 2020/2021 84
KATA-KATA ALUAN PENGETUA KOLEJ TUN DR. ISMAIL
ال َّسل َا ُم َع َل ْي ُك ْم َوَر ْح َم ُة اللِه َوَب َرَكا ُته
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan
sekelian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W, Rasul pesuruh Allah.
Alhamdulillah, dengan keizinan dariNya, Buku Laporan
Tahunan Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI), Universiti Teknologi
Malaysia bagi sesi 2020/2021 Edisi 2 ini berjaya disiapkan
untuk tatapan semua warga KTDI khususnya dan pembaca
secara umumnya. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas
diucapkan kepada ahli Majlis Felow KTDI, staf pejabat
KTDI, ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KTDI sesi 2020/2021 dan JKM KTDI
2021/2022 yang telah bertungkus lumus untuk mengumpul maklumat serta menyediakan
satu laporan yang berharga ini menjadi kenyataan. Sesungguhnya kejayaan ini adalah
merupakan lambing Kerjasama dan satu usaha kerja berpasukan yang memerlukan
komitmen semua pihak yang akhirnya buku laporan ini dapat diterbitkan.
Di antara objektif utama buku laporan ini adalah bagi merakamkan keseluruhan aktiviti dan
program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020/2021. Buku laporan ini membuktikan
bahawa warga KTDI secara keseluruhannya telah mencipta satu semangat kerja berpasukan
yang menitikberatkan aspek profesional, integriti, kesungguhan, kerjasama serta
memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi merealisasikan setiap aktiviti dan program
dengan jayanya. Ini juga adalah selaras dengan moto KTDI, Dinamik Merealisasikan Misi.
Semoga dengan penerbitan buku laporan tahunan edisi 2 ini akan dapat memberi informasi
dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua warga KTDI dan seluruh kampus
UTM. Akhir kata daripada saya, semoga buku laporan tahunan KTDI edisi 2 ini juga akan
menjadi asas penting kepada peningkatan kecemerlangan secara berterusan pada masa
akan datang.
Sekian, terima kasih.
Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan
Pengetua
Kolej Tun Dr. Ismail
Universiti Teknologi Malaysia
12 November 2021
1
1.0 CARTA ORGANISASI
1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KOLEJ
1.1.1 Majlis Felow KTDI
2
1.1.2 Kluster Hospitaliti
3
1.1.3 Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
4
1.2 STRUKTUR PENTADBIRAN AHLI JAWATANKUASA MAHASISWA KTDI
1.2.1 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTDI Sesi 2020/2021
5
1.2.2 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTDI Sesi 2021/2022
6
2.0 SEJARAH RINGKAS UTM
Seawal tahun 1904, penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah bermula sebagai
Sekolah Teknik yang melatih pekerja-pekerja teknikal. Pada tahun 1942, pada era ambang
kemerdekaan, sekolah ini telah berkembang menjadi Maktab Teknik, sebelum diisytiharkan
sebagai Institut Teknologi Kebangsaan dan menaik taraf nama tersebut kepada Universiti
Teknologi Malaysia pada tahun 1975 yang berkekalan sehingga ke hari ini.
2.1 UTM DAN NEGERI JOHOR
Tanah seluas 2,400 ekor yang dikurniakan oleh DYMM Almarhum Sultan Ismail ibni
Almarhum Sultan Ibrahim telah menjadi titik permulaan kebersamaan UTM dan negeri
Johor. Dengan tanah seluas ini, kampus Skudai telah diangkat menjadi kampus baru dan
kampus induk UTM. Kemudian, bermula dari 1 September 1989, kampus Skudai diisytihar
sebagai kampus induk sementara kampus Jalan Gurney di Kuala Lumpur pula dijadikan
sebagai kampus cawangan.
2.2 SEPINTAS LALU BERSAMA SEJARAH RINGKAS KTDI
★ Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) adalah kolej kediaman yang ke-5 di Universiti Teknologi
Malaysia.
★ Nama asal kolej ini ialah Kolej 5, sebelum ditukar kepada Kampung Pelajar Resak, yang
asal usulnya diilhamkan dari dasar universiti yang memberi nama kampung pelajar dari
pokok dan kayu kayan tempatan.
★ Kolej ini bersebelahan dengan Markas Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
Darat dan Laut serta merupakan laluan utama menuju ke Balai Cerapan.
★ Pada tahun 2012, KTDI telah digabungkan dengan sebuah kolej baru (Kolej 11) yang
terletak hampir dengan KTDI. Selepas itu, nama KTDI dikekalkan sehingga ke hari ini.
2.3 JUMLAH MAHASISWA DI KTDI PADA NOVEMBER 2021
• Siswa: 200 orang
• Siswi: 160 orang
• Jumlah keseluruhan: 360 orang
7
2.4 KEMUDAHAN DI KTDI
2.4.1 Peta KTDI
Gambar 1: Lokasi kedudukan Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Teknologi Malaysia
8
2.4.2 Kemudahan Infrastruktur
Gambar 1: Gelanggang Bola Keranjang
Gambar 2: Gelanggang Tenis
9
Gambar 3: Gelanggang Futsal
Gambar 2: Perkhidmatan Dobi 24 Gambar 3: Arked Angkasa
Jam
Gambar 6: Gelanggang Paintball Gambar 7: Hutan Rekreasi UTM
10
3.0 IMBASAN PROGRAM JKM KTDI 2020/2021
3.1 LAPORAN RINGKAS UNIDC ’21
NAMA PROGRAM: UTM NATIONAL INTERVARSITY DEBATING CHAMPIONSHIP 2021
(UNIDC’21)
TARIKH: 15 – 16 JANUARI 2021
TEMPAT: MAYA (VIRTUAL)
BILANGAN PESERTA: 542
OBJEKTIF:
1. Untuk meningkatkan dan memperdalami pengetahuan dan pemahaman pelajar
mengenai isu-isu semasa.
2. Untuk mengasah kemahiran berfikir kritis dan analitis dalam kalangan pelajar.
3. Untuk menyediakan platform dalam talian bagi pelajar menyuarakan pendapat
mereka dan meneruskan budaya berdebat.
BULETIN:
“UTM National Intervarsity Debating Championship 2021” merupakan pertandingan debat
dalam talian untuk pelajar universiti anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr.
Ismail (JKM KTDI) sesi 2020/2021 selama dua hari bermula 15 Januari 2021 hingga 16
Januari 2021 di mana pelajar dari universiti lain turut dialu-alukan untuk menyertai. Topik
yang terlibat untuk setiap pusingan termasuk ekonomi, politik, alam sekitar, falsafah,
feminisme dan hubungan antarabangsa. Ini adalah diharapkan agar para peserta akan
seronok menyertai pertandingan di mana mereka dapat menyatakan pandangan mereka
dari perspektif mereka, memperoleh keyakinan diri dan menggilap kemahiran insaniah
mereka dengan meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. Program ini
telah diadakan di “server Discord UNIDC’21” dan dirasmikan oleh Pengetua KTDI, Lt Kol Prof.
Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan. Program bermula pada jam 2.50 petang, 15
Januari 2021.
11
Objektif program ini adalah untuk menyediakan platform dalam talian untuk pelajar supaya
mereka dapt menyuarakan pendapat dan mengekalkan budaya perdebatan, seterusnya
meningkatkan dan mendalami pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang isu-isu
semasa. Pelajar-pelajar boleh meningkatkan keyakinan diri dan harga diri mereka melalui
interaksi dengan orang lain semasa berdebat. Program ini juga bertujuan untuk mengasah
pemikiran kritis dan kemahiran berfikir analitikal dalam kalangan pelajar serta
mempertajam kemahiran perbahasan, bertutur dan mendengar dalam kalangan mereka.
Dalam tempoh publisiti tersebut, dua belas kumpulan daripada tujuh universiti di seluruh
dunia telah mendaftar sebagai peserta dalam program ini. Antara peserta itu, tiga pasukan
adalah dari Brickfields Asia College (BAC), satu pasukan dari Universiti Cambridge, dua
pasukan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), satu pasukan dari City
University of Hong Kong, tiga pasukan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), satu
pasukan dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan pasukan terakhir dari The Chinese
University of Hong Kong. Enam daripada peserta adalah pelajar antarabangsa dari
Singapura, Serbia, Bangladesh, dan Hong Kong.
Para peserta berdebat bersungguh-sungguh selama dua hari dan akhirnya, hakim
memutuskan empat daripada dua belas kumpulan berjaya ke peringkat akhir. Pembahas
yang berjaya ke peringkat akhir ialah Jonathan Yap dan Han Yang dari pasukan Gresham
Boys (Universiti Cambridge), Triman, Eudy, Cheng dan Dinesh dari pasukan Lower BAC Pain
dan Kronik BAC Pain (Brickfields Asia College (BAC)) dan Alau dan Ammar dari pasukan Seksi
Bapa Perutusan (Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)). Pusingan akhir mengambil masa kira-
kira satu jam, dan keputusan keseluruhan diumumkan oleh pengadil. Penceramah terbaik
terakhir dianugerahkan kepada Jonathan Yap dari Gresham Boys. Tempat ketiga
dianugerahkan kepada pasukan Lower BAC Pain dari Brickfields Asia College (BAC), naib
juara dianugerahkan kepada pasukan Kronik BAC Pain dari Brickfields Asia College (BAC),
dan juara “UTM National Intervarsity Debating Championship 2021” dianugerahkan kepada
pasukan Gresham Boys dari Universiti Cambridge. Program tamat pada jam 1.00 petang, 16
Januari 2021.
12
GAMBAR:
Gambar 1: Poster program UNIDC’21
Gambar 2: Ucapan perasmian oleh Pengetua KTDI, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli
bin Hj. Ali Khan
Gambar 3: Debat daripada Peserta di Pusingan Pertama
13
Gambar 4: Debat daripada Peserta di Pusingan Kedua
Gambar 5: Debat daripada Peserta di Pusingan Ketiga
Gambar 6: Debat daripada Peserta di Pusingan Terakhir
14
Gambar 7: Ucapan penutupan oleh Presiden JKM KTDI, PK Mohamad Muizzuddin bin
Mohamad Marzuki
15
3.2 LAPORAN RINGKAS KTDI CAREER TALK 21’
NAMA PROGRAM: KTDI CAREER TALK 21’
TARIKH: 16 MAC 2021
TEMPAT: MAYA (VIRTUAL)
BILANGAN PESERTA: 289
OBJEKTIF:
1. Untuk membincangkan mengenai kemahiran insaniah yang diperlukan dalam
kehidupan pelajar dan juga untuk keperluan masa depan.
2. Untuk memberi panduan kepada pelajar mengenai persiapan yang perlu dilakukan
bagi menghadapi persekitaran tempat kerja pada masa akan datang.
BULETIN:
Program KTDI Career Talk 21’ adalah merupakan satu sesi perkongsian yang diadakan oleh
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI) sesi 2020/2021. Program ini
diadakan pada hari Selasa bersamaan dengan 16 Mac 2021 menggunakan platform Webex
Online Meeting. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk membincangkan tentang
kepentingan kemahiran insaniah di dalam kehidupan pelajar universiti dan juga
membincangkan mengenai persediaan yang boleh dilakukan untuk menghadapi alam
pekerjaan pada masa hadapan.
Program KTDI Career Talk 21’ ini dirasmikan oleh Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail, Lt Kol Prof.
Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan dan terdapat dua orang panel jemputan untuk
memberi perkongsian di dalam program ini. Panel-panel tersebut adalah Dr. Salasiah Abbas,
Penolong Pengurus Besar di United Malayan Land Bhd (UMLand) dan Encik Tan Choo Seng,
Jurulatih Bertauliah di HRO Consulting (Shanghai) Co. Ltd. Dr. Salasiah Abbas juga telah
memberikan perkongsiannya yang berfokuskan kepada kemahiran insaniah ataupun Soft
16
Skills yang perlu dipupuk di dalam diri setiap pelajar universiti sebagai persediaan dalam
kehidupan harian dan juga bagi menghadapi alam pekerjaan pada masa akan datang.
Terdapat tujuh kemahiran insaniah yang dibahaskan dan antaranya ialah seseorang pelajar
itu haruslah berkemahiran di dalam sesuatu aspek dan juga perlulah bersemangat ketika
melakukan sesuatu perkara.
Seterusnya, panel kedua bagi program KTDI Career Talk 21’, Encik Tan Choo Seng
memberikan perkongsiannya yang berfokuskan kepada realiti pasaran kerja pada masa
sekarang dan akan datang serta bagaimana seseorang pelajar itu boleh mendapatkan
pekerjaan. Para pelajar mungkin beranggapan bahawa selepas mereka menamatkan
pelajaran, mereka tidak akan menghadapi masalah bagi mencari pekerjaan yang bagus dan
sesuai ataupun bersikap memilih terhadap sesuatu pekerjaan tersebut. Akan tetapi, di
dalam alam realiti ini, bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan yang bagus itu bergantung
kepada banyak perkara seperti gred akademik, kemahiran teknikal, pengalaman bekerja dan
sebagainya. Program ini berjaya dilansungkan selama dua jam. Para pelajar telah
didedahkan mengenai kemahiran insaniah serta persiapan yang perlu dilakukan bagi
menghadapi masa akan datang.
GAMBAR:
Gambar 1: Ucapan perasmian oleh Pengetua KTDI, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli
bin Hj. Ali Khan
17
Gambar 2: Panel pertama program yang dikendalikan oleh Dr. Salasiah Abbas
Gambar 3: Panel kedua program yang dikendalikan oleh Encik Tan Choo Seng
18
3.3 LAPORAN RINGKAS SEGA’21
NAMA PROGRAM: SPORTS AND E-GAMES 2021
TARIKH: 21 MAC – 3 APRIL
TEMPAT: DALAM TALIAN
BILANGAN PESERTA: 435
OBJEKTIF:
1. Untuk mengukuhkan silaturahim antara penghuni Kolej Tun Dr. Ismail dan juga Staf.
2. Untuk mengurangkan stress dan memberikan masa yang bermakna kepada peserta.
3. Untuk memberikan peluang untuk melibatkan diri dalam sukan yang dianjurkan.
BULETIN:
Program Kolej Tun Dr. Ismail Sports & e-Games atau lebih dikenali sebagai KTDI SEGA’ 21
merupakan acara sukan tahunan di Kolej Tun Dr. Ismail. Program ini adalah diadakan bagi
memastikan penglibatan pelajar dalam sukan secara aktif selain mengembangkan dan
mengasah kemahiran para pelajar dalam bersukan tidak kira dalam acara sukan secara
fizikal ataupun secara maya.
Pada tahun ini, SEGA telah dirasmikan oleh En Armadi bin Ahmad selaku Pemangku
Pengarah, Pusat Kecemerlangan Sukan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).
19
Gambar 1: Poster SEGA’21
Gambar 2: Perasmi SEGA’21, Encik Armadi bin Ahmad
Logo rasmi yang telah digunakan dalam program SEGA anjuran Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa, Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI) pada sesi kali ini terdiri daripada lakaran gajah
berwarna biru dan perkataan KTDI. Maksud disebalik lakaran gajah dalam logo SEGA KTDI
2021 melambangkan maskot rasmi Kolej Tun Dr. Ismail yang diberi nama Tok Gajah. Selain
itu, warna biru pada lakaran tersebut melambangkan warna tema rasmi program SEGA pada
kali ini manakala perkataan KTDI merupakan akronim bagi Kolej Tun Dr. Ismail. Sejarah
SEGA bermula apabila pertama kali dianjurkan pada tahun 2018 oleh Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa, Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI) pada sesi 2017/2018 yang bermula pada 13 April
2018 sehingga 15 April 2018 di mana pengetua yang bertugas pada pertama kalinya SEGA
dianjurkan adalah Lt Prof. Madya Dr. Sulaiman bin Kadikon. Antara kebaikan SEGA ialah
dapat menyihatkan tubuh badan fizikal. Kesihatan fizikial amat penting bagi individu
20
terutama dalam situasi COVID-19 ini. Individu dapat melakukan senaman fizikal yang
dianjurkan dalam program SEGA iaitu “Fitness test”. “Fitness test” ini dapat memberi
motivasi kepada individu untuk bertanding dalam masa yang sama dapat bersenam secara
fizikal.
Gambar 3: Peserta “Fitness Challenge”
Gambar 4: Peserta “Fitness Challenge”
Seterusnya, SEGA dapat mengurangkan stress yang akhirnya dapat menghindari individu
daripada masalah mental. Kebanyakan peserta SEGA ini adalah dikalangan pelajar dan
program ini juga menggalakkan pelajar untuk terlibat. Hal ini adalah salah satu initiatif bagi
menghilangkan dan mengurangkan tekanan yang dihadapi pelajar dalam situasi
pembelajaran dalam talian ini. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dapat mengalihkan
pandangan pelajar daripada pembelajaran untuk seketika. Melalui aktiviti ‘Virtual Run’ dan
21
‘Fitness Challenge’ yang telah dianjurkan, para peserta dapat menjamin kesihatan diri dan
kecerdasan minda kerana aktiviti ini melibatkan penggunaan fizikal dan juga mental mereka.
Seperti yang kita sedia tahu, bersukan adalah langkah yang terbaik untuk mengelakkan diri
daripada penyakit yang yang merbahaya. Selain aktiviti ‘Virtual Run’ dan ‘Fitness Challenge’,
pertandingan ‘E-Games’ juga telah dianjurkan. Dalam pada kita dapat mengisi masa lapang,
aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi sesama para peserta dan juga
dapat mengasah kreativiti dan kemahiran berfikir mereka.
Gambar 5: Aktiviti “Virtual Run”
Disamping itu, kebaikan-kebaikan penganjuran SEGA juga dapat dijadikan titik lonjatan
perkembangan SEGA. Hal ini kerana, walaupun SEGA pada tahun 2021 terpaksa dianjurkan
secara maya, kita telah berjaya menarik minat pihak pelajar dari universiti-universiti lain
untuk menyertai acara yang kita anjurkan seperti E-Games yang terdiri daripada Mobile
Legends, PUBG dan DOTA 2. Besar kemungkinannya, mereka akan sentiasa menantikan
perkembangan pihak SEGA KTDI pada tahun hadapan pula.
Dalam mendepani arus modenisasi, SEGA KTDI berpeluang untuk menjadi sebuah program
yang bertaraf kebangsaan kerana bidang e-sukan semakin meluas di seantero dunia. Dapat
kita lihat bahawa pelbagai pertandingan yang diadakan bagi setiap jenis permainan tidak
kira sama ada menggunakan telefon pintar mahupun komputer. Pertandingan-pertandingan
ini bukan sahaja diadakan di peringkat global malah di peringkat sekolah dan universiti juga
ada.
22
Perkara ini telah memberikan impak yang positif terhadap pembangunan modal insan di
negara kita Malaysia. Semoga SEGA KTDI dapat diadakan dengan lebih hebat pada masa
akan datang.
Antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan adalah dalam penggunaan Google Form,
boleh sertakan sekali maklumat tentang peserta khususnya nama yang digunakan di dalam
permainan seperti nama samaran di dalam permainan Mobile Legend dan sebagainya.
Minta peserta bagi ID akaun permainan dalam Google form, peserta tidak dibenar tukar
nama dan akaun sehingga pertandingan tamat. (PUBG).
Demi mengelakkan peserta daripada memuat naikkan video pada saat terakhir, sistem
penolakan markah peserta berdasarkan julat masa sebelum tarikh akhir boleh dilaksanakan
di mana peserta yang memuatnaikkan video dalam tempoh masa 3 jam sebelum tarikh akhir
akan ditolak markah. Pemuatnaikan video yang makin lewat akan ditolak markah yang
makin banyak dengan maksimum 50 peratus daripada markah asal. (Fitness Virtual
Challenge).
Bagi penambahbaikkan untuk Virtual Run, ia perlu di promosikan lebih awal bagi
memperoleh jumlah peserta yang lebih banyak. Sebagai contoh, Virtual Run boleh
dipromosikan di program KTDI yang lain supaya pelajar-pelajar ambil maklum akan aktiviti
yang dianjurkan. Selain itu, tarikh penghantaran rekod larian boleh dilaksanakan pada tarikh
yang lain bagi mengelakkan peserta keliru akan tarikh larian mahupun tarikh penghantaran
rekod larian. (Virtual Run)
Kesimpulannya, SEGA’21 memberi kesan dan impak kepada para pelajar dalam
mengaktifkan diri di dalam bidang sukan walaupun sukan secara dalam talian seperti E-
Games, Fitness Virtual Challenge dan Virtual Run. Program ini telah mendapat sejumlah 589
orang peserta yang terdiri daripada pelajar KTDI itu sendiri dan pelajar UTM secara umum
malah telah menarik minat peserta daripada kalangan pelajar Universiti Awam dan
Politeknik.
23
Gambar 6: Pengacara Majlis Penutupan SEGA’21, Ieskandar Zulqarnain bin Ghazali
Gambar 7: Pengarah SEGA’21, Muhammad Hafiz bin Khairul Anwar
Gambar 8: Permainan Mobile Legends
24
Gambar 9: Permainan PUBG
Gamnar 10: Permainan PUBG
Gambar 11: Poster Majlis Penutupan SEGA’21
25
Gambar 12: Perasmi Majlis Penutup SEGA’21, Tuan Pengetua, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd
Noor Azli bin Hj. Ali Khan
26
3.4 LAPORAN RINGKAS KETA ‘20
NAMA PROGRAM: KEM PEMANTAPAN JKM KTDI SESI 2020/2021 (KETA’20)
TARIKH: 8 – 11 APRIL 2021
TEMPAT: HUTAN REKREASI UTM
BILANGAN PESERTA: 27
OBJEKTIF:
1. Mengukuhkan silaturahim antara ahli JKM KTDI sesi 2020/2021
2. Membina karakter yang baik dari aspek personaliti, kepimpinan dan kemahiran
insaniah dalam kalangan peserta
3. Ahli JKM KTDI dapat bekerjasama dengan lebih baik sekaligus melancarkan
pengurusan program yang akan datang.
BULETIN:
Pada 8 hingga 11 April 2021, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sesi 2020/2021 telah menganjurkan Kem Pemantapan
JKM KTDI 2020/2021 (KETA’20) di Hutan Rekreasi UTM. Seramai 27 peserta dari kalangan
ahli JKM KTDI terlibat dalam menjayakan program ini.
Program Kem Pemantapan ini merupakan program tahunan Kolej Tun Dr. Ismail untuk ahli
jawatankuasa kolej mahasiswa sesi baharu. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan
hubungan silaturahim antara ahli jawatankuasa sekaligus membina karakter yang baik dari
aspek personaliti, kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar melalui
pengisian-pengisian yang memberi impak. Melalui program ini, ahli jawatankuasa dapat
bekerjasama dengan lebih baik sekaligus melancarkan pengurusan program yang akan
datang.
27
Meskipun berdepan dengan situasi pandemik, KETA’20 berjaya dilaksanakan dengan jayanya
dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan Covid-19.
Peserta telah berisolasi di Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Kolej Kediaman Rahman Putra
selama 2 minggu sebelum dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti fizikal.
Program 4 hari 3 malam ini dimulakan dengan peserta berkumpul pada jam 4 petang di
Hutan Rekreasi UTM dan bersiap sedia untuk mendirikan khemah. Seterusnya, peserta telah
dibahagikan kepada 5 kumpulan dan perlu membuat aktiviti di dalam kumpulan. Kemudian,
KETA’20 juga dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar minda dan fizikal peserta
seperti “Night Walk” yang menguji keberanian peserta untuk berjalan seorang diri ke balai
cerap dan “Jungle trekking Survival Training” yang menguji ketahanan fizikal peserta serta
melatih peserta untuk berfikiran kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Selain itu, “War Games” memupuk kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan dengan
menggunakan strategi yang kreatif dan berkesan. Kemudian, perkongsian dari Dr. Akmali
banyak memberi kesedaran kepada peserta tentang ciri menjadi seorang pemimpin yang
baik. Aktiviti “Explore race”, LDK, “Warrior Challenge” juga telah memupuk semangat
kerjasama dalam kalangan peserta manakala aktiviti “Talent Night” mencungkil bakat
peserta dalam lakonan dan nyanyian.
Majlis penutup KETA’20 turut dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar, Jabatan
TNCHEP, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib. Akhir sekali, peserta
memberikan maklum balas yang baik untuk program ini sekaligus menjadikan objektif
program tercapai. Maka, diharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta
untuk lebih mengenali satu sama lain dan bekerjasama dengan lebih baik untuk program
Kolej Tun Dr. Ismail akan datang.
28
GAMBAR:
Gambar 1: Sesi bergambar peserta JKM KTDI sesi 2020/2021 pada hari terakhir
kem
Gambar 2: Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar, Jabatan TNC HEP UTM, Prof. Madya
Dr. Azlan bin Abdul Latib, Pengetua KTDI, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj.
Ali Khan, barisan majlis felow KTDI serta ahli JKM KTDI sesi 2020/2021
29
Gambar 3: Peserta sedang menembak target menggunakan
senapang paintball di padang paintball KTDI, UTM
Gambar 4: Peserta sedang berkumpul selepas selesai menjalankan aktiviti
Warrior Challenge
Gambar 5: Peserta sedang melakukan senaman tekan tubi untuk senaman pagi
30
3.5 LAPORAN OPERA ‘21
NAMA PROGRAM: OPEN DAY RESAK ‘21
TARIKH: 20-22 MEI 2020
TEMPAT: MAYA (VIRTUAL)
BILANGAN PESERTA: 933
OBJEKTIF:
1. Menyediakan sebuah platform yang menarik bagi para pelajar berinteraksi antara
satu sama lain.
2. Memperkenalkan fasiliti kemudahan yang ada di Kolej Tun Dr. Ismail kepada semua
pelajar UTM tahun satu terutamanya seperti tempat bersukan, Dataran Resak dan
Balai Cerap.
BULETIN:
Pada 20 Mei 2021, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) sesi 2020/2021 telah menganjurkan Open Day Resak Kolej Tun
Dr. Ismail 2021 atau dikenali sebagai OPERA’21. Majlis bermula pada 9.00 malam. Open Day
Resak merupakan program tahunan yang diadakan secara fizikal di Dataran Resak. Namun
disebabkan pandemik Covid-19, OPERA’21 terpaksa diadakan secara maya menggunakan
platform Facebook Live dari akaun Kolej Tun Dr. Ismail dan Discord.
Program ini telah ditonton lebih kurang 600 warga UTM di Facebook Live pada hari kejadian.
Program ini dijalankan bagi merapatkan hubungan antara warga UTM terutamanya dari
pelajar yang menginap di Kolej Tun Dr. Ismail. Program ini juga telah disertai oleh peserta
dari luar UTM seperti Sunway University dan UiTM.
OPERA 21’ dimulakan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Pengetua KTDI, Lt Kol
Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan. Diikuti dengan perlawanan peringkat akhir
31
bagi Valorant, PUBG Mobile dan Mobile Legends pada hari seterusnya. Karnival ini berakhir
dengan majlis penutupan yang dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib,
Pengarah Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar.
GAMBAR:
Gambar 1: Backdrop bagi Open Day Resak KTDI (OPERA’21)
Gambar 2: Ucapan daripada Pengetua KTDI, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj.
Ali Khan
32
Gambar 3: Ucapan daripada Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib, Pengarah Bahagian
Aktiviti dan Pembangunan Pelajar, UTM
Gambar 4: Pengumuman Pemenang
Gambar 5: Persembahan penutup daripada KEMASDO Band
33
3.6 LAPORAN RINGKAS THE LAST STRAW
NAMA PROGRAM: THE LAST STRAW
TARIKH: 25/5/2021 – 10/6/2021
TEMPAT: MAYA (FACEBOOK LIVE)
BILANGAN PESERTA: 328
OBJEKTIF:
1. Memberi kesedaran tentang betapa pentingnya kelestarian alam sekitar kepada
hidupan marin.
2. Mengubah sikap pelajar untuk lebih mempraktikkan amalan hidup yang lebih
lestari.
BULETIN:
The Last Straw atau juga dikenali sebagai TLS merupakan kempen anjuran Jawatankuasa
Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI) sesi 2020/2021. Kempen ini untuk
menggalakkan pelajar memulihara dan melindungi alam semula jadi kita untuk generasi
akan datang. Program ini terdiri daripada beberapa aktiviti dalam talian yang berkaitan
dengan alam semula jadi. Ini membantu meningkatkan kesedaran pelajar tentang
penggunaan plastik harian mereka. Program ini bermula pada 25 Mei 2021 dengan
peraduan pembukaan terdiri daripada peraduan Fotografi, Pertandingan Poster dan
Pertandingan Melukis. "Alam Semula Jadi" adalah tema untuk semua peraduan ini dan
berjaya menarik ramai pelajar untuk menyertai peraduan itu. Peraduan kemudian ditutup
pada 10 Jun 2021.
Matlamat program ini adalah untuk mengajak kepada para pelajar untuk mengamalkan
amalan hidup yang lebih lestari. Program ini juga diadakan untuk mendedahkan dan
mengurangkan stigma negatif yang berkaitan dengan alam sekitar yang bersih. Selain itu,
kempen tersebut adalah untuk menangani masalah sampah yang sering berlaku. Kempen ini
akan membantu pelajar mendapatkan idea bagaimana mereka boleh membangunkan
34
persekitaran yang bersih. Program ini dimulakan pada 25 Mei 2021 dengan Forum yang
bertajuk “Save Our Sealife” secara langsung di Facebook Kolej Tun Dr Ismail. Program ini
telah dirasmikan oleh Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan sebagai
Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail bersama panel yang mengagumkan Prof. Madya Ir Dr.
Shamsul bin Sarip dari UTM Campus Sustainability Kuala Lumpur, Dr Sharan Sambhi, wakil
dari Malaysian Nature Society Johore (MNSJ) dan Encik Muhammad Arif Haikal Bin
Mohamad Hanafi dari ML Studios Sdn. Bhd. Forum ini membawa banyak maklumat tentang
hidupan laut, ancaman kepada hidupan marin dan kepentingan memelihara hidupan laut.
Bahagian yang paling menarik dalam program ini ialah interaksi antara panel dan peserta
serta respon yang baik kepada panel. Di sinilah peserta boleh mendapatkan maklumat dan
fokus sehingga tamat forum ini. Sesi kuiz kemudian diteruskan sejurus selepas forum di
mana peserta berpeluang untuk memenangi hadiah yang lumayan.
GAMBAR:
Gambar 1: Logo The last straw
Gambar 2: Poster pertandingan yang dijalankan
35
Gambar 3: Poster forum
Gambar 4: Forum berlangsung
36
3.8 LAPORAN RINGKAS LITECAMP
NAMA PROGRAM: LITECAMP “WITH LOVE, WE LITE AND SERVE”
TARIKH: 19-20 OGOS 2021
TEMPAT: MAYA (VIRTUAL)
BILANGAN PESERTA: 500++
OBJEKTIF:
1. Memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah tentang kepentingan pelajaran
dan memberi motivasi kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
lebih tinggi.
2. Melatih para pelajar untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelajar dari
sekolah lain.
3. Menyediakan platform untuk pelajar IPT berkongsi karya seni mereka dan berbakti
kepada masyarakat.
BULETIN:
Litecamp dengan slogan “With love, We LITE (Learn, Inspire, Teach, Educate) and Serve”
merupakan salah satu program top bidder yang telah dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa
Kolej Mahasiswa (JKM), Kolej Tun Dr. Ismail bersama kolaborasi Kelab Robotik Jazari UTM
dan Persatuan Kejuruteraan Awam (PEKA) UTM. Program ini telah dijalankan dari 19
sehingga 20 Ogos 2021 melalui Facebook Live dan Webex.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar sekolah di sekitar Johor Bahru kepada
kepentingan akademik melalui cara yang interaktif dan menyeronokkan sekaligus
menyediakan platform kepada pelajar institut pengajian tinggi untuk berkongsi hasil karya
mereka dan berbakti kepada masyarakat melalui pertandingan komik yang telah diadakan.
Litecamp telah berjaya memberikan pengalaman yang baru dan menyeronokkan kepada
37
setiap peserta sekaligus memberikan peluang kepada mereka untuk bekerjasama dan
berkomunikasi dengan pelajar dari sekolah lain.
Majlis Pembukaan yang berlangsung pada 19 Ogos jam 8 malam telah dirasmikan oleh Tuan
Haji Omar Bin Salleh, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor bagi Sektor Pembangunan
Murid dan diteruskan dengan ceramah yang bertajuk “Study & Steady: Mental Health and
Online Learning Tips” oleh Pegawai Psikologi Pusat Kaunseling UTM, Encik Nurul Aziz bin
Mohamed.
Selain itu, sebuah pertandingan Komik Fantastik juga telah diadakan bermula 31 Julai hingga
11 Ogos 2021 dan terbuka kepada semua pelajar institut pengajian tinggi. Komik yang
bertemakan pendidikan dan moral ini memberi peluang kepada peserta untuk berbakti
kepada masyarakat dimana hasil karya terpilih akan dibukukan dan diserahkan kepada
beberapa pelajar sekolah rendah di sekitar Johor Bahru.Pada 20 Ogos, aktiviti Explorace
bersama pelajar sekolah rendah telah dijalankan. Slot pagi dipenuhi dengan aktiviti
explorace secara alam maya yang menyeronokkan dimana pelajar telah dibahagikan kepada
6 kumpulan dan bersama-sama menyelesaikan setiap masalah. Aktiviti Explorace
mengandungi konsep-konsep asas matematik, bahasa Inggeris, sains dan penyelesaian
masalah. Manakala slot petang pula telah diketuai oleh Kelab JAZARI dan PEKA bersama
pelajar sekolah menengah. Aktiviti yang diberi nama “Move It, Lose It” ini bertujuan untuk
menguji kemahiran berfikir aras tinggi peserta sekaligus mendedahkan sedikit sebanyak
ilmu kejuruteraan awam dan robotik kepada peserta. Melalui aktiviti yang telah dijalankan,
peserta lebih termotivasi untuk melanjutkan pelajaran ke UTM berdasarkan maklum balas
yang baik dari peserta-peserta.
Pada 20 Ogos jam 9 malam, majlis penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin dan
diteruskan dengan pengumuman pemenang pertandingan komik dan aktiviti. Program ini
sedikit sebanyak telah berjaya memberikan peluang kepada peserta untuk meningkatkan
kemahiran sosial dan kreativiti sekaligus memberi semangat untuk mempelajari sesuatu
yang baru.
38
GAMBAR:
Gambar 1: Poster utama Litecamp
Gambar 2: Ucapan perasmian Majlis Pembukaan oleh Tuan Haji Omar bin Salleh,
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor bagi Sektor Pembangunan Murid
39
Gambar 3: Sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini
Gambar 4: Ceramah “Study & Steady: Mental Health and Online Learning Tips”
oleh Pegawai Psikologi Pusat Kaunseling UTM, Encik Nurul Aziz bin Mohamed
40
Gambar 5: Aktiviti Explorace bersama pelajar sekolah rendah
Gambar 6: Peserta Sekolah Rendah dan Fasilitator Litecamp
41
Gambar 7: Peserta Sekolah Menengah dan Fasilitator Litecamp
Gambar 8: Pengumuman peserta komik dalam Majlis Penutupan Litecamp
42
4.0 IMBASAN PROGRAM JKM KTDI 2021/2022
4.1 LAPORAN RINGKAS ENGAGEMENT WITH PRINCIPAL & COUNCIL OF FELLOWS KTDI
NAMA PROGRAM: ENGAGEMENT WITH PRINCIPAL & COUNCIL OF FELLOWS KTDI 2021
TARIKH: 17 OKTOBER 2021
TEMPAT: MAYA (VIRTUAL)
BILANGAN PESERTA: 539
OBJEKTIF:
1. Menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif dan berani mempelajari perkara baharu.
2. Memperkenalkan dan mendedahkan kepada pelajar tentang jenis-jenis kelab yang
wujud di Kolej Tun Dr. Ismail dan Universiti Teknologi Malaysia
BULETIN:
EPF '21 atau lebih dikenali sebagai Engagement with Principal & Council of Fellows Kolej Tun
Dr. Ismail 2021 merupakan program anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KTDI sesi
2021/2022 yang memfokuskan kepada ilmu, pengalaman dan idea daripada Pengetua KTDI
dan felo. Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran
prestasi mereka dalam akademik, sukan termasuk harga diri mereka, membina kemahiran
sosial interpersonal dan banyak lagi. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua KTDI, Lt Kol
Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan yang diadakan dalam KTDI Facebook Live
bermula jam 9.00 malam.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan pelajar kepada Pengetua,
Majlis Felow dan Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Pelajar Kolej Tun Dr. Ismail. Bagi
menjayakan program, persediaan sebelum dan semasa program adalah amat penting.
Untuk pengetahuan semua, majlis ini dipengerusikan oleh pengacara majlis yang sangat
43
peramah dan dapat berhubung dengan penonton iaitu Amal Husna. Dalam ucapan
Pengetua, beliau turut menyebut serta berkongsi tentang banyak aktiviti menarik di kolej.
Selepas itu, murid-murid bertanya kepada pengetua soalan yang menarik. Ahli Majlis Pelajar
juga berkongsi pandangan dan pandangan mereka mengenai topik yang diketengahkan.
Program ini diadakan untuk memberi taklimat kepada warga KTDI tentang gambaran
keseluruhan kolej tersebut.
Selain itu, Felow Kolej Tun Dr. Ismail iaitu Dr. Akmali berkongsi mengenai Pengurusan Masa
Dan Disiplin Dalam Norma Baharu mengenai endemik dan pandemik semasa. Topik ini
dipilih kerana ia sangat relevan dengan situasi semasa dan sangat penting untuk diketahui
oleh pelajar. Di penghujung program, diadakan sesi soal jawab berkaitan residensi kolej
bersama Dr. Hadafi dan Dr. Akmali.
Akhir sekali majlis diakhiri dengan tayangan video montaj felo, terdapat juga video montaj
Majlis Tertinggi di penghujung program. Video yang dihasilkan oleh unit multimedia
program ini telah pun mendapat sambutan hangat daripada penonton di mana montaj
video kali ini sangat kreatif dan inovatif.
GAMBAR:
Gambar 1: Poster program Engagement with Principal & Council of Fellows (EPF’21)
44
Gambar 2: Imbasan program yang dianjurkan oleh JKM KTDI disampaikan oleh Pengetua
KTDI, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan
Gambar 3: Sesi Soal jawab bersama wakil Majlis Felow KTDI, Ts. Dr. Hadafi Fitri bin
Mohd Latip
45