Gambar 4: Sesi Perkongsian ‘Time Management and Discipline in New Norms’ yang
disampaikan oleh ChM. Dr. Mohd Akmali bin Mokhter
Gambar 5: Video Montaj Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTDI sesi
2021/2022
46
4.2 LAPORAN RINGKAS MAPEK ‘21
NAMA PROGRAM: MAJLIS PENGENALAN KELAB KOLEJ TUN DR. ISMAIL 2021 (MAPEK ’21)
TARIKH: 28 OKTOBER 2021
TEMPAT: MAYA (VIRTUAL)
BILANGAN PESERTA: 300+
OBJEKTIF:
1. Menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif dan berani mempelajari perkara baharu.
2. Memperkenalkan dan mendedahkan kepada pelajar tentang jenis-jenis kelab yang
wujud di Kolej Tun Dr. Ismail dan Universiti Teknologi Malaysia.
BULETIN:
MAPEK '21 atau lebih dikenali sebagai Majlis Pengenalan Kelab Kolej Tun Dr. Ismail 2021
merupakan program anjuran Jawatankuasa Kolej Kediaman Pelajar (JKM) KTDI sesi
2021/2022 bagi menyediakan platform untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar
berkenaan semua kelab di UTM dan di kolej kediaman. Selain itu, ia juga merupakan
peluang yang baik untuk mempersembahkan kelab kepada pelajar UTM, terutamanya
pelajar baru dari sesi kemasukan terkini. Rancangan ini adalah siaran web secara digital
menggunakan Facebook Live sebagai media utama. Program bermula pada jam 8.00 malam.
pada 28 Oktober 2021 dan telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail, Lt Kol Prof.
Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan.
Matlamat program ini adalah untuk melaksanakan dan menggalakkan pelajar menjadi lebih
aktif dan berani dalam belajar dan mendedahkan diri mereka kepada perkara baharu. Selain
itu, salah satu matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat melahirkan
dan mengembangkan idea yang bernas serta mengelakkan mereka daripada terlalu leka
dalam pembelajaran. Bukan itu sahaja, program ini turut mendedahkan penonton kepada
setiap ahli di JKM Kolej Tun Dr. Ismail mengikut unit.
47
Memandangkan program ini diadakan secara maya, kami mengadakan persembahan secara
langsung untuk setiap wakil kelab, diikuti dengan sesi soal jawab untuk memberi gambaran
kepada mereka tentang kelab yang ingin mereka sertai. Kami juga dapat memberi masa
yang cukup kepada pelajar untuk mendaftar ke kelab yang mereka minati di bawah UTM
dan juga di Kolej Tun Dr. Ismail.
Seterusnya, majlis penyerahan watikah pelantikan JKM KTDI sesi 2020/2021 ke JKM KTDI
sesi 2021/2022 dijalankan. Pada masa yang sama, majlis angkat sumpah anggota JKM sesi
2021/2022, video persembahan tradisional kelab Gamelan, persembahan nyanyian
penyanyi berbakat Kelab Aksara Resak, aktiviti-aktiviti akan datang yang berinformasi dari
setiap persatuan PEKA dan PERSAKA, dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan oleh setiap
wakil sepanjang acara maya ini.
Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pelajar
yang tidak mahu menyertai sebarang program berkaitan pandemik. Banyak inisiatif telah
diambil oleh institusi serta kelab dan organisasi untuk mencipta platform bagi acara atau
program yang akan dijalankan, terutamanya menggunakan platform komunikasi dalam
talian seperti Webex dan Google Meet. Adalah diharapkan semua pelajar akan aktif dalam
aktiviti kokurikulum, bagi membentuk jati diri yang tersendiri dan pengurusan masa yang
berkesan.
48
GAMBAR:
Gambar 1: Poster bagi Majlis Pengenalan Kelab Kolej Tun Dr. Ismail (MAPEK’21)
Gambar 2: Ucapan Perasmian daripada Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail, Lt Kol Prof. Madya
Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan
49
Gambar 3: Wakil daripada Kelab GAMELAN memberi taklimat dan aktiviti yang telah
dijalankan
Gambar 4: Barisan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail Sesi 2021/2022
50
Gambar 4: PK Muhammad Aiman bin Ponniran menerangkan aktiviti yang dijalankan
oleh PALAPES Darat
51
5.0 PERANCANGAN PROGRAM JKM KTDI 2021/2022
BIL. PROGRAM TARIKH PENGARAH FELOW PEMBANTU FELOW
ENGAGEMENT WITH FARAH IYLIA TS. DR. HADAFI NUR AMALINA BINTI ZULKIFLI
FITRI BIN MOHD AIRWAN
1 PRINCIPAL AND COUNCIL OF 17 OKTOBER 2021 HANIM BINTI
LATIP MUHAMMAD NUR IKRAM BIN ZAIDI
FELLOWS HISHAMMUDIN
EN. MOHD ABDUL AL-HAFIIS BIN ABDUL
2 MAJLIS PENGENALAN KELAB 28 OKTOBER 2022 WONG PEI SAN SHARIMAL BIN RAHMAN
(MAPEK)
OSMAN NUR MARHAIN BINTI DAING
SIYAMERK
3 QURAN HOUR 9 NOVEMBER 2021 ZULHILMI BIN DR. MOHD AKMALI MUHAMMAD NUR IKRAM BIN ZAIDI
ZULKIFLI X PUSAT BIN MOKHTER
ABDUL AL-HAFIIS BIN ABDUL
ISLAM UTM RAHMAN
NUR AIMI DR. SUHAILY BINTI SUHAIMI
HYGROW-POT (HYP 21) 30 NOVEMBER 2021 WAHIDA BINTI NURRULHIDAYAH NUR AMALINA BINTI ZULKIFLI
4 MOHD SOFFA BINTI SALAMUN AIRWAN
5 SPORTS & E-GAMES (SEGA) 3 - 18 DESEMBER AIMAN NA’IM BIN TS. DR. HADAFI MUHAMMAD NUR IKRAM BIN ZAIDI
2021 ARIFFIN FITRI BIN MOHD
MUHAMMAD FARIS HASBI BIN ABD
LATIP RAHIM
MUHAMMAD SYAIFUL IZZHAR BIN
6 KEM PEMANTAPAN JKM 6 - 8 JANUARI 2022 NAVEENAN DR. MOHD AKMALI ZULKIFLI
(KETA) CHANDRAN BIN MOKHTER SUHAILY BINTI SUHAIMI
MOHAMMAD TS. DR. HADAFI MUHAMMAD FARIS HASBI BIN ABD
RAHIM
7 FORUM PERDANA TIKTOK 18 JANUARI 2022 ZABIDEEN BIN FITRI BIN MOHD
KHAMISAN LATIP SUHAILY BINTI SUHAIMI
INISIATIF JANA KEMAHIRAN SEPANJANG 2021- -
SISWA RESAK (SINAR) 2022
KURSUS ASAS BAHASA 12 NOVEMBER 2021 WONG PEI SAN MUHAMMAD SYAIFUL IZZHAR BIN
INGGERIS ZULKIFLI
KURSUS ASAS BAHASA 13 NOVEMBER 2021 NURUL AQILAH DR. NUR MARHAIN BINTI DAING
PERANCIS BINTI NURRULHIDAYAH SIYAMERK
8 BINTI SALAMUN
MOHAMMAD
NAZIR
KURSUS ASAS PENGURUSAN 15 JANUARI 2022 NURUL AQILAH
KEWANGAN BINTI
MOHAMMAD
NAZIR
KURSUS ETIKET DAN 5 MAC 2022 NUR SYAMALIA
PROTOKOL FAIQAH BINTI
MOHD KAMAL
52
6.0 IMBASAN PROGRAM MAJLIS FELOW KTDI 2021/2022
6. 1 LAPORAN RINGKAS MAJLIS PENGHARGAAN KF 2019
NAMA PROGRAM: MAJLIS PENGHARGAAN KONVENSYEN FELOW (KF) 2019
TARIKH: 18 MAC 2021
TEMPAT: KAYANGAN SUITES, PULAI SPRING RESORT, JOHOR BAHRU
BILANGAN PESERTA: 182
OBJEKTIF:
1. Memberi penghargaan kepada jawatankuasa KF 2019.
2. Penyerahan simbolik buku laporan KF 2019 kepada tuan rumah penganjur
seterusnya iaitu Majlis Felow Kolej Tuanku Canselor (KTC).
BULETIN:
Majlis Penghargaan Konvensyen Felow (KF) 2019 telah diadakan secara tertutup bagi
meraikan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menggembleng tenaga
menjayakan KF 2019 yang lalu. Majlis anjuran Majlis Felow KTDI telah berlangsung di
Kayangan Suites, Pulai Spring Resort, Johor Bahru bermula pada jam 2.00 petang sehingga
4.30 petang dan dihadiri oleh ahli jawatankuasa atau wakilnya seramai hampir 50 orang
termasuk penganjur. Selain memberi penghargaan kepada jawatankuasa KF 2019, majlis
juga diraikan dengan simbolik penyerahan buku laporan KF 2019 kepada tuan rumah
penganjur seterusnya iaitu majlis felow Kolej Tuanku Canselor (KTC) UTM yang diwakili oleh
Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Abd. Rahim dan disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar UTM, Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin. Hadirin serta tetamu kehormat yang hadir
pada hari tersebut memberikan maklum balas yang positif terhadap majlis yang telah
berlangsung dengan lancar dan bufet makanan yang lazat.
53
GAMBAR:
Gambar 1: Raptai sebelum majlis bermula
Gambar 2: Menyambut ketibaan Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar (HEP) UTM yang sedang melakukan prosedur operasi standard (S.O.P) yang
ditetapkan
54
Gambar 3: Hadirin berdiri menyanyikan lagu Negaraku, Keunggulan Terbilang dan Bakti Felow
55
Gambar 4: Penyerahan buku laporan KF 2019 kepada pengarah KF 2019, Prof. Madya Dr.
Shahida Sulaiman
Gambar 5: Penyerahan buku laporan kepada TNC HEP UTM dan juga pengetua KTC sebagai
simbolik peralihan tanggungjawab menjalankan KF yang seterusnya
56
Gambar 6: Tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa yang sedang menikmati bufet yang
disediakan pihak penganjur
57
Gambar 7: Gambar rasmi dengan penjarakan sosial selepas selesai majlis yang diambil di
pavilion Pulai Spring Resorts
Gambar 8: Pengetua-pengetua dan para tetamu beramah-mesra dengan Timbalan Naib
Canselor HEP UTM selepas selesai majlis berlangsung
58
Gambar 9: Barisan jawatankuasa majlis penghargaan KF 2019
59
6.2 LAPORAN RINGKAS SINAR ‘21
NAMA PROGRAM: INISIATIF JANA KEMAHIRAN SISWA RESAK (SINAR)
TARIKH: 27 MAC 2021
TEMPAT: MAYA (VIRTUAL)
BILANGAN PESERTA: 182
OBJEKTIF:
1. Menjadikan Kolej Tun Dr. Ismail sebagai agen transformasi siswa berkemahiran
disamping mewujudkan siswa yang berilmu dan berpengetahuan.
2. Mewujudkan siswa yang tidak ketinggalan dari segi kemahiran dan sahsiah diri.
BULETIN:
Inisiatif Jana Kemahiran Siswa Resak (SINAR) merupakan salah satu program anjuran Majlis
Felow dengan kerjasama Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI)
yang dijalankan pada 27 Mac 2021 dirasmikan oleh Prof. Dr. Shamsul bin Shahibuddin,
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP). SINAR ingin member peluang kepada
warga KTDI dan juga terbuka kepada semua warga UTM untuk menambah baik kemahiran
mereka melalui pelbagai kursus yang bakal dianjurkan.
Bagi merealisasikan hasrat murni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Pelan UTM
Envision 2025, Majlis Felow KTDI telah melaksanakan insiatif untuk memperkasakan pelajar
dalam mengadakan pelbagai kursus bagi menjana kemahiran mikro dan meningkatkan
kualiti diri dalam menjadikan pelajar berdaya saing dan cekap dalam pelbagai aspek.
Kursus-kursus di bawah SINAR diharapkan dapat membantu pelajar untuk kekal kompeten,
berkemahiran serta selaras dengan keperluan dunia semasa. Semua pelajar boleh merebut
peluang untuk meningkatkan kemahiran melalui kursus-kursus yang akan disediakan dan
dapat meningkatkan potensi kejayaan kebolehpasaran kerja. Selain itu, objektifnya adalah
60
untuk melatih dan membangunkan pelajar yang progresif dan berwibawa dalam industri
pekerjaan luar kampus dan menjadikan KTDI sebagai agen transformasi pelajar yang
berkemahiran di samping melahirkan warga kampus yang berilmu.
Selain itu, SINAR telah berjaya melakukan inisiatif pertama iaitu kursus asas Bahasa Inggeris
menggunakan medium dalam talian, Webex seramai 30 peserta pelajar UTM. Kami
menjemput wakil Majlis Felow, Cik Nur Amalina untuk menjadi penceramah pertama untuk
program ini.
Kami berharap program ini akan mendapat perhatian oleh semua pelajar UTM sekaligus
menarik minat mereka untuk menyertai inisiatif kursus seterusnya yang akan datang tidak
lama lagi.
GAMBAR:
Gambar 1: Poster program Insiatif Jana Kemahiran Siswa Resak (SINAR)
61
Gambar 2: Perasmian oleh Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar (TNC HEP) UTM
Gambar 3: Ucapan daripada Pengetua KTDI, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj.
Ali Khan
62
Gambar 4: Poster Kursus Asas Bahasa Inggeris
Gambar 5: Sesi pembelajaran Kursus Asas Bahasa Inggeris oleh Cik Nur Amalina
63
6.3 LAPORAN RINGKASAN PERINTAH KUARANTIN DI KTDI DAN PKPD DI UTM
NAMA PROGRAM: PERINTAH KUARANTIN DI KTDI & PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN DI PERKETATKAN DI UTM
TARIKH: 9 MEI – 3 JUN 2021
TEMPAT: KTDI
BILANGAN YANG TERLIBAT: SEMUA PENGHUNI KTDI
BULETIN:
Semasa tempoh sekatan pergerakan pelajar keluar masuk (12 hari) dan PKPD (14 hari),
Majlis Felow KTDI dibantu oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KTDI sesi 2020/2021
yang terdiri daripada mahasiswa diberi tanggungjawab untuk menguruskan pengagihan
makanan yang disediakan oleh pihak katerer lantikan Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar (JTNC HEP) Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 218 orang penghuni di
KTDI, 6 orang merupakan daripada kalangan Majlis Felow KTDI (1 orang pengetua, 2 orang
felow dan 3 orang pembantu felow). Situasi ini merupakan pengalaman kali kedua Majlis
Felow KTDI menjalani tempoh kuarantin di kolej, di mana segala maklumat dan jumlah
penghuni di KTDI perlu sentiasa dikemas kini berikutan hampir setiap hari terdapat pelajar
yang berstatus kontak rapat dibawa ke pusat kuarantin UTM di Kolej Tuanku Canselor (KTC),
UTM JB.
Maklumat diri penghuni KTDI telah dikumpulkan oleh Majlis Felow KTDI dan JKM KTDI sesi
2020/2021. Maklumat ini digunakan untuk tujuan ujian calitan (swab test) dan pengagihan
makanan. Sebilangan besar penghuni adalah terdiri daripada golongan dewasa
memandangkan UTM adalah insitusi pengajian tinggi iaitu seramai 193 orang. Selebihnya
adalah daripada kategori kanak-kanak dan bayi masing-masing seramai satu orang. Kategori
ini datang daripada ahli keluarga felow yang berkhidmat di dalam KTDI. Pengumpulan data
bagi alahan diet amat penting memandangkan makanan disediakan oleh pihak universiti
dan penghuni tiada pilihan melainkan mengambil makanan yang disediakan. Sebanyak 23%
64
penghuni mempunyai alahan atau sekatan diet termasuk vegetarian, vegetalian dan
makanan laut.
Walaupun sedang berkuarantin, KTDI tetap menjalankan beberapa program ad hoc secara
atas talian seperti “Malam Raya Resak 2021” merangkumi tayangan ucapan pra-rakaman
daripada pengetua, majlis felow dan pelajar serta takbir raya secara maya beramai-ramai
dalam program ini. Kemudian, program “KTDI Yassin Hour” juga dianjurkan melibatkan
warga KTDI bersama-sama membaca surah Yassin bagi memohon perlindungan dan
kesejahteraan daripada ancaman wabak COVID-19 yang semakin serius di UTM. Pada 14
Mei 2021 bersamaan 2 Syawal tahun 1442 Hijrah, pihak istana Johor melalui DYMM Raja
Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah,
Tuanku Permaisuri Johor, berbesar hati menyumbangkan juadah hari raya kepada seluruh
warga UTM dan KTDI menerima sebanyak lebih kurang 220 bungkus makanan. Selain itu,
Tuanku Permaisuri juga mencemar duli menyertai program luahan hati pelajar UTM secara
maya di mana pelajar dapat berinteraksi secara terus dengan Tuanku Permaisuri. KTDI
menerima pelbagai sumbangan antaranya ialah sumbangan kuih raya, kudap-kudapan serta
kelengkapan mandian daripada pelbagai pihak.
65
GAMBAR:
Gambar 1: Operasi pengagihan makanan kepada penghuni KTDI
Gambar 2: Sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak berbentuk
barangan mandian dan keperluan harian
66
6.4 LAPORAN RINGKAS LAWATAN MUHIBAH KE KOLEJ KEDIAMAN SISWA
NAMA PROGRAM: LAWATAN MUHIBAH KE KOLEJ KEDIAMAN SISWA
TARIKH: 1 JULAI 2021
TEMPAT: MA1 (WING A & B)
PESERTA: MAJLIS FELOW KTDI
OBJEKTIF:
1. Melawat siswa KTDI di blok kediaman
2. Memantau bilangan siswa yang menyewa di KTDI
BULETIN:
Rondaan telah bermula pada jam 10.00 malam di Wing B. Rondaan ini difokuskan kepada
bilik-bilik yang jarang dihampiri setiap kali rondaan Majlis Felow. Rondaan ini juga dilakukan
secara mengejut tanpa sebarang notis bagi memantau aktiviti malam serta keadaan pelajar-
pelajar di musim peperiksaan. Pengetua dan Felow terlibat masuk ke bilik pelajar dan
bertanya khabar serta mendapatkan serba sedikit info mengenai status Facebook di UTM
Confession berkenaan tekanan dan cubaan membunuh diri. Bilik-bilik yang terlibat adalah
bilik-bilik yang berada di bahagian belakang dan pelajar jurusan Sains Komputer.
Berdasarkan pemerhatian rondaan ini, kebanyakan pelajar masih berjaga aktif kerana
menyiapkan tugasan assignment yang perlu dihantar pada minggu ulang kaji. Keadaan
mental mereka juga dilihat agak baik. Masing-masing kelihatan ceria namun sedikit
mengeluh berkenaan angka assignment yang bertambah disaat akhir. Rondaan ini tidak
memfokuskan kepada isu lain seperti kerosakan blok.
67
GAMBAR:
Gambar 1: Pengetua bersama Pelajar Sains Gambar 2: Pengetua bersama Pelajar Sains
Komputer Tahun 3 dan 4 Komputer Tahun 3
Gambar 3: Pengetua bersama siswa berbangsa Gambar 4: Pengetua bersama siswa berbangsa
cina yang menginap di Wing A india yang menginap di Wing A
68
6.5 LAPORAN RINGKAS LAWATAN MUHIBAH KE BLOK KEDIAMAN SISWI
NAMA PROGRAM: LAWATAN MUHIBAH KE KOLEJ KEDIAMAN SISWA
TARIKH: 1 JULAI 2021
TEMPAT: MA5, MA6, M20 & M21
PESERTA: MAJLIS FELOW KTDI
OBJEKTIF:
1. Melawat siswi KTDI di blok kediaman
2. Memantau bilangan siswi yang menyewa di KTDI
BULETIN:
Rondaan bermula pada pukul 8:30 malam yang dilakukan secara rambang dan dimulakan
dengan blok MA6. Diikuti dengan blok MA5, M20 dan M21. Rondaan dilakukan secara
mengejut dengan mengetuk pintu-pintu bilik pelajar. Felow dan pembantu felow yang
terlibat bertanya khabar serta turut bertanya tentang pengurusan stress para pelajar
memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berkuatkuasa dan pergerakan
keluar masuk kampus sangat terbatas. Rata-rata pelajar mengambil inisiatif untuk bersenam
dan berbasikal pada waktu petang sebagai langkah menangani stress. Majlis Felow yang
diketuai oleh PF Syaiful yang juga merupakan Counselor Trainee UTM telah mengambil
inisiatif mengedarkan soal selidik mengenai Depression, Anxiety, Stress Scale (DASS) kepada
para pelajar siswi di KTDI. Soal selidik ini dijalankan bagi mengenal pasti pelajar yang
mempunyai tekanan perasaan yang melampau bagi membolehkan bantuan kaunseling dan
sokongan dapat diberikan.
Berdasarkan pemerhatian rondaan ini, kebanyakkan pelajar sedang mengulang kaji
pelajaran untuk peperiksaan akhir dan beberapa orang pelajar sedang melakukan
pembincangan secara atas talian memandangkan mereka masih lagi mempunyai tugasan
serta projek yang harus diselesaikan. Terdapat juga pelajar yang tidak mempunyai
69
peperiksaan tetapi sedang fokus membuat tesis projek akhir tahun. Namun begitu,
sebilangan pelajar yang telah habis peperiksaan mengambil peluang ini dengan menonton
drama.
GAMBAR:
Gambar 1: Rondaan Majlis Felow di blok MA5 dan MA6
70
Gambar 2: Rondaan Majlis Felow di blok M20 dan M21
71
6.6 MINIT MESYUARAT MAJLIS FELOW BIL. 10/2021
TARIKH : 16 JUN 2021 (RABU)
MASA : 9 MALAM
TEMPAT : GOOGLE MEET
HADIR - Pengetua (10/10)
1. Lt Kol PM Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan - Felow (9/10)
2. Ts. Dr. Hadafi Fitri bin Mohd Latip - Felow (10/10)
3. ChM. Dr. Mohd Akmali bin Mokhter - Felow (10/10)
4. Dr. Nurrulhidayah binti Salamun - Pembantu Felow (9/10)
5. Siti Nur Hayati binti Hamsan - Pembantu Felow (10/10)
6. Muhammad Hariz Asraf bin Hassan - Pembantu Felow (10/10)
7. Suhaily binti Suhaimi - Pembantu Felow (10/10)
8. Muhammad Syaiful Izzhar bin Zulkifli - Pembantu Felow (10/10)
9. Nur Amalina binti Zulkifli Airwan - Pembantu Felow (9/10)
10. Nur Fakhira Alya binti Mohd Ashari - Pembantu Felow (8/10)
11. Nur Marhain binti Daing Siyamerk
1.0 UCAPAN & KATA ALUAN
1.1 Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua anggota mesyuarat dan
memaklumkan tujuan mesyuarat adalah untuk meluluskan minit mesyuarat
yang lepas, membentang perkembangan penulisan untuk Kem Pemantapan
dan dapatan Majlis Felow selepas PKPD serta hal-hal yang berbangkit.
1.2 Minit mesyuarat yang lepas, bertarikh 31 Mei 2021 telah dicadang oleh PF
Suhaily dan disokong oleh PF Hariz.
1.3 Pengetua memaklumkan bahawa Pekeliling 11 telah dikeluarkan dan PKP telah
dilanjutkan oleh itu, pengetua meminta agar pelajar untuk terus kekal di
mereka berada sekarang.
1.4 Pengetua mengucapkan tahniah kepada PF Alya yang baru sahaja
melangsungkan perkahwinan pada 22 Mei 2021.
1.5 Pengetua juga memaklumkan terdapat sedikit kelonggaran pada arahan
pergerakan pelajar iaitu pelajar dibenarkan keluar selama 2 jam dan perlu
membuat permohonan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum dari hari mereka
ingin keluar.
Makluman: Semua
2.0 PENGAGIHAN MAKANAN
2.1 Jumlah terkini pelajar yang berada di KTDI adalah seramai 210 orang pelajar
berserta 7 orang ahli Majlis Felow dan keluarga.
2.2 Untuk PKP 3.0, pelajar perlu menguruskan makanan mereka sendiri kerana
pengagihan makanan secara percuma telah dihentikan.
Makluman: Semua
72
3.0 LOVE MANGROVE
3.1 Susulan dari cadangan pada mesyuarat yang lepas, seluruh pasukan Love
Mangrove telah sebulat suara bersetuju untuk membatalkan program
tersebut.
3.2 Dr. Akmali telah menandatangani surat pembatalan program dan menyokong
keputusan itu dengan harapan program Love Mangrove dibawa ke semester
hadapan.
Makluman: Semua
4.0 PEMBENTUKAN JKM 2021/2022
4.1 Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan pegawai PALAPES supaya kekal
bersama JKM.
4.2 Hasil budi bicara pengetua bersama presiden JKM, ada yang menyatakan
persetujuan untuk kekal bersama JKM dan ada juga segelintir yang ingin
mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada pegawai lain
4.3 Oleh itu, Dr. Hidayah, PF Syaiful dan PF Mar diberi tanggungjawab untuk
memikirkan sedikit kelainan yang boleh diterapkan untuk kem pemantapan
akan datang.
4.4 Dr. Akmali menyatakan kebimbangan dan kurang bersetuju sekiranya salah
seorang ahli JKM dikekalkan berikutan terdapat sedikit penurunan prestasi
akademiknya.
Makluman: Semua
5.0 PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN PENULISAN
5.1 PF Suhaily membentangkan hasil dapatan Majlis Felow selepas PKPD dan PF
Amalina membentangkan data yang diperoleh dari soal selidik Kem
Pemantapan.
5.2 Beberapa teguran dan komen telah diberi oleh ahli mesyuarat dengan harapan
penulisan dapat ditambah baik dalam masa yang terdekat.
5.3 Seterusnya, PF Syaiful telah ditugaskan untuk membentangkan dapatan kajian
mengenai kes stress yang mengganggu pelajar di dalam UTM.
Makluman: Semua
6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
6.1 Tiada perkara berbangkit yang diajukan pada mesyuarat kali ini.
6.2 PF Syaiful mencadangkan supaya untuk diadakan satu Annual Grand Meeting
sebelum JKM meletakkan jawatan.
Makluman: Semua
73
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam dan mesyuarat seterusnya akan diberitahu
kelak.
Amalinazul
Disediakan oleh, Disemak oleh,
Nur Amalina binti Zulkifli Airwan, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Azli bin Hj. Ali Khan,
Pembantu Felow, Pengetua,
Kolej Tun Dr. Ismail, UTM JB Kolej Tun Dr. Ismail, UTM JB
74
6.7 MINIT MESYUARAT MAJLIS FELOW BIL. 11/2021
TARIKH : 28 JULAI 2021 (RABU)
MASA : 2 PETANG
TEMPAT : GOOGLE MEET
HADIR
1. Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan - Pengetua (11/11)
(10/11)
2. Ts. Dr. Hadafi Fitri bin Mohd Latip - Felow (11/11)
(11/11)
3. ChM. Dr. Mohd Akmali bin Mokhter - Felow (1/1)
(9/11)
4. Dr. Nurrulhidayah binti Salamun - Felow (10/11)
(11/11)
5. En. Mohd. Sharimal bin Osman - Felow (11/11)
(11/11)
6. Siti Nur Hayati binti Hamsan - Pembantu Felow (10/11)
(8/11)
7. Muhammad Hariz Asraf bin Hassan - Pembantu Felow
8. Suhaily binti Suhaimi - Pembantu Felow
9. Muhammad Syaiful Izzhar bin Zulkifli - Pembantu Felow
10. Nur Amalina binti Zulkifli Airwan - Pembantu Felow
11. Nur Fakhira Alya binti Mohd Ashari - Pembantu Felow
12. Nur Marhain binti Daing Siyamerk - Pembantu Felow
1.0 UCAPAN & KATA ALUAN
1.1 Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua anggota mesyuarat dan
memaklumkan tujuan mesyuarat adalah untuk meluluskan minit mesyuarat
yang lepas, pemakluman semester baru serta hal-hal yang berbangkit.
1.2 Minit mesyuarat yang lepas, bertarikh 16 Jun 2021 telah dicadang oleh PF
Suhaily dan disokong oleh Dr. Akmali.
1.3 Pengetua mengucapkan tahniah kepada En. Mohd Sharimal atas pelantikannya
sebagai Felow KTDI dan mengucapkan selamat datang ke dalam keluarga baru
KTDI.
1.4 Pengetua juga mengucapkan tahniah kepada Dr. Hadafi atas penyambungan
beliau sebagai Felow KTDI bermula dari 1 Ogos 2021 sehingga 31 Julai 2023.
Makluman: Semua
2.0 PERMULAAN SEMESTER BARU
2.1 Pengetua memaklumkan semester baru akan bermula pada 17 Oktober 2021.
2.2 Oleh itu, minggu orientasi dijangka akan bermula pada 11 Oktober 2021
sehingga 14 Oktober 2021 namun, tarikh Minggu Mesra Mahasiswa perlu
diumumkan kemudian.
2.3 Pengetua memaklumkan buat masa ini, hanya pegawai PALAPES yang akan
memasuki UTM untuk menjalani latihan dan dijangka akan berakhir pada 2
September 2021.
2.4 Oleh itu, jumlah sebenar pelajar akan dimaklumkan pada mesyuarat akan
datang setelah mendapat jumlah sebenar dari pejabat kolej.
Makluman: Semua
75
3.0 PEMBENTUKAN JKM SESI 2021/2022
3.1 Mesyuarat telah dibuat pada hari Ahad yang lepas bertarikh 25 Julai 2021
bersama Majlis Tertinggi dan Felow Penasihat.
3.2 Dimaklumkan bahawa cadangan JKM untuk pegawai PALAPES terdiri daripada
5 PALAPES Darat dan 5 PALAPES Laut.
3.3 Pemilihan akan dibuat selepas mesyuarat bersama pengetua dan ahli Majlis
Felow KTDI.
3.4 Kem pembentukan JKM dijangka akan dijalankan secara atas talian dan tarikh
yang dicadangkan adalah pada 6 September sehingga 12 September 2021.
3.5 Selain itu, Mesyuarat Agung Tahunan juga dicadangkan perlu dibuat dalam
bulan September sejurus selepas kem pembentukan dijalankan.
Tindakan: Dr. Hidayah
4.0 PROGRAM LITECAMP 2021
4.1 Mesyuarat telah dijalankan pada hari Sabtu bertarikh 27 Julai 2021.
4.2 Dr. Hidayah memaklumkan bahawa pengarah program masih lagi mencari
sekolah-sekolah yang boleh menyertai kem ini.
4.3 Dr. Hidayah juga telah menerangkan serba-sedikit mengenai konsep kem yang
bakal dijalankan. Konsep program ini merangkumi sesi kaunseling pada hari
pertama dan latihan dalam kumpulan pada hari kedua. Selain itu, mereka juga
mengadakan pertandingan melukis komik yang berkaitan dengan teknologi.
4.4 Selain itu, Dr. Hidayah juga telah membawa naik nama perasmi program.
Cadangan nama yang diberi ialah TNC HEP dan tuan pengetua KTDI.
Tindakan: Dr. Hidayah
5.0 PEMBAHAGIAN BLOK PENGAWASAN
5.1 Pengetua telah memaklumkan blok-blok pengawasan yang perlu diawasi oleh
Majlis Felow sepanjang tempoh PKP berlangsung.
Blok Felow/PF
M05, M06, M07 & MA 1 Dr. Hadafi
MA1, M16, M17, M20, M23 Dr. Akmali
MA1, MA4, MA5, MA6 & MA7 En. Mohd Sharimal
Dr. Hidayah
Semua blok siswi
(M21, M22, M25, M27, MA4, MA5, PF Su
PF Amal
MA6 & MA7) PF Alya
PF Mar
MA1 PF Syaiful
Makluman: Semua
76
6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
6.1 Untuk kem pembentukan yang bakal dijalankan secara atas talian, PF Syaiful
telah mencadangkan supaya satu psikometrik boleh disediakan untuk merekrut
ahli JKM yang baru.
6.2 Hasil tinjauan yang telah dilakukan, PF Syaiful program yang terlalu banyak dan
tidak relevan yang mempengaruhi prestasi JKM lepas. Antara cadangan
penambahbaikan adalah:
- PF Syaiful telah mencadangkan supaya program yang lebih bertumpu kepada
keperluan semasa.
- PF Syaiful juga mencadangkan supaya mengurangkan program tradisi dan
menumpukan pada program yang lebih berkualiti.
- Selain itu, kursus-kursus untuk mempersiapkan JKM seperti kursus menulis
surat rasmi, kursus protokol juga adalah salah satu inisiatif yang telah
dicadangkan di dalam mesyuarat.
- Selain itu, PF Syaiful juga telah menyampaikan pandangan dari ahli JKM yang
meminta supaya micro-meeting dalam kalangan Majlis Felow penasihat
program boleh diadakan supaya mereka mempunyai objektif yang sama
dan boleh dicapai.
- PF Syaiful juga telah menceritakan serba-sedikit tentang dapatan kajiannya
mengenai status stress dalam kalangan pelajar KTDI.
Tindakan: PF Syaiful
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dan mesyuarat seterusnya akan diberitahu
kelak.
Amalinazul
Disediakan oleh, Disemak oleh,
Nur Amalina binti Zulkifli Airwan, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Azli bin Hj. Ali Khan,
Pembantu Felow, Pengetua,
Kolej Tun Dr. Ismail, UTM JB Kolej Tun Dr. Ismail, UTM JB
77
6.8 MINIT MESYUARAT MAJLIS FELOW BIL. 12/2021
TARIKH : 19 OGOS 2021 (KHAMIS)
MASA : 9 PAGI
TEMPAT : GOOGLE MEET
HADIR
1. Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan - Pengetua (12/12)
(10/12)
2. Ts. Dr. Hadafi Fitri bin Mohd Latip - Felow (12/12)
(12/12)
3. ChM. Dr. Mohd Akmali bin Mokhter - Felow (2/2)
(10/12)
4. Dr. Nurrulhidayah binti Salamun - Felow (12/12)
(12/12)
5. En. Mohd. Sharimal bin Osman - Felow (12/12)
(9/12)
6. Muhammad Hariz Asraf bin Hassan - Pembantu Felow (10/12)
7. Suhaily binti Suhaimi - Pembantu Felow
8. Muhammad Syaiful Izzhar bin Zulkifli - Pembantu Felow
9. Nur Amalina binti Zulkifli Airwan - Pembantu Felow
10. Nur Fakhira Alya binti Mohd Ashari - Pembantu Felow
11. Nur Marhain binti Daing Siyamerk - Pembantu Felow
1.0 UCAPAN & KATA ALUAN
1.1 Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua anggota mesyuarat dan
memaklumkan tujuan mesyuarat adalah untuk meluluskan minit mesyuarat
yang lepas, pemakluman semester baru serta hal-hal yang berbangkit.
1.2 Minit mesyuarat yang lepas, bertarikh 28 Julai 2021 telah dicadang oleh PF
Syaiful dan disokong oleh PF Suhaily.
1.3 Pengetua memaklumkan pada ahli mesyuarat bahawa UTM baru sahaja selesai
misi menghantar pelajar pulang ke kampung.
1.4 Seterusnya, pengetua meminta supaya semua Majlis Felow untuk bersiap sedia
menerima kehadiran pelajar baru yang dijangka akan tiba pada awal bulan
Oktober tetapi arahan yang seterusnya masih lagi ditunggu.
Makluman: Semua
2.0 DATA PELAJAR TERKINI
2.1 Pengetua memaklumkan pegawai PALAPES sedang menjalani latihan tempatan
bermula pada 11 Ogos dan dijangka tamat pada 02 September 2021.
2.2 Pengetua juga memaklumkan bahawa Minggu Mesra Mahasiswa dijangka akan
diadakan secara fizikal, oleh itu, pengambilan kru juga akan dibuka dan
memerlukan SOP yang ketat pada musim pandemik ini.
2.3 Jumlah terkini pelajar yang menetap di KTDI adalah seramai 126 orang;
MA1: 41 orang
M05: 2 orang
MA6: 48 orang
MA5: 5 orang
Makluman: Semua
78
3.0 PEMBENTUKAN JKM SESI 2021/2022
3.1 Dr. Hidayah memaklumkan bahawa tempoh pencarian calon-calon JKM
dipanjangkan untuk mencapai kuota yang diinginkan kerana jumlah
pendaftaran terkini adalah sebanyak 25 penyertaan sahaja.
3.2 Pengetua mencadangkan supaya program-program perkongsian boleh
diselitkan ke dalam slot semasa Kem Pembentukan JKM 2021/2022 nanti.
3.3 Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) @ AGM sangat digalakkan, oleh itu kertas
kerja perlu dihantar selewar-lewatnya 30 September 2021.
Tindakan: Dr. Hidayah
4.0 PROGRAM LITECAMP 2021
4.1 Majlis perasmian program disempurnakan dengan jayanya oleh Tn. Hj. Omar
selaku perasmi program.
4.2 Pertandingan juga dijalankan melibatkan 5 buah sekolah rendah dan 5 buah
sekolah menengah. Bilangan penyertaan adalah sangat memuaskan dan
mencapai sasaran yang ditetapkan. Antara sekolah yang terlibat:
Peringkat menengah
- Sekolah Menengah Impian Emas
- Sekolah Menengah Mutiara Rini 2
- Sekolah Menengah Taman Universiti 2
- Sekolah Menengah Taman Universiti 4
- Sekolah Menengah Sri Skudai
Peringkat rendah
- Sekolah Rendah Impian Emas
- Sekolah Rendah Sri Skudai
- Sekolah Rendah Taman Universiti 2
- Sekolah Rendah Taman Universti 4
Tindakan: Dr. Hidayah
5.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
5.1 PF Hariz bertanyakan status permohonan pembantu felow yang baru dan
pengetua telah memaklumkan bahawa keputusan masih belum diketahui dan
surat lantikan belum dikeluarkan oleh itu semua ahli mesyuarat diminta supaya
bersabar.
5.2 PF Syaiful mencadangkan supaya lebih banyak program pemerkasaan yang
boleh dilaksanakan oleh JKM sem depan oleh itu setiap program ini
dicadangkan supaya diletakkan felow atau pembantu felow yang
bertanggungjawab meninjau kemajuan dalam portfolio yang
dipertanggungjawabkan. Cadangan program-program itu akan dibincangkan
pada mesyuarat akan datang. PF Syaiful juga mengingatkan JKM perlu
mengemas kini fail program yang telah dilaksana supaya boleh diserah kepada
JKM sesi 2021/2022 kelak.
Makluman: Semua
79
5.3 Untuk itu, pengetua meminta PF Amalina untuk menghubungi Muiz atau
Hamidah selaku Presiden dan Setiausaha JKM untuk mengemas kini fail
tersebut.
Tindakan: PF Amalina
Mesyuarat ditangguhkan jam 9.45 pagi sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Seterusnya, mesyuarat disambung pula bersama Pihak Pengurusan Pejabat Kolej Tun Dr.
Ismail, Universiti Teknologi Malaysia.
Amalinazul
Disediakan oleh, Disemak oleh,
Nur Amalina binti Zulkifli Airwan, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Azli bin Hj. Ali Khan,
Pembantu Felow, Pengetua,
Kolej Tun Dr. Ismail, UTM JB Kolej Tun Dr. Ismail, UTM JB
80
6.9 MINIT MESYUARAT MAJLIS FELOW BIL. 13/2021
TARIKH : 4 SEPTEMBER 2021 (SABTU)
MASA : 8 MALAM
TEMPAT : GOOGLE MEET
HADIR
1. Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan - Pengetua (13/13)
(11/13)
2. Ts. Dr. Hadafi Fitri bin Mohd Latip - Felow (13/13)
(13/13)
3. ChM. Dr. Mohd Akmali bin Mokhter - Felow (3/3)
(11/13)
4. Dr. Nurrulhidayah binti Salamun - Felow (13/13)
(13/13)
5. En. Mohd. Sharimal bin Osman - Felow (12/12)
(10/13)
6. Muhammad Hariz Asraf bin Hassan - Pembantu Felow
7. Suhaily binti Suhaimi - Pembantu Felow
8. Muhammad Syaiful Izzhar bin Zulkifli - Pembantu Felow
9. Nur Amalina binti Zulkifli Airwan - Pembantu Felow
10. Nur Marhain binti Daing Siyamerk - Pembantu Felow
1.0 UCAPAN & KATA ALUAN
1.1 Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua anggota mesyuarat dan
memaklumkan tujuan mesyuarat adalah untuk meluluskan minit mesyuarat
yang lepas, perincian Mesyuarat Agung Tahunan, pemerkasaan aktiviti JKM
semester baru serta hal-hal yang berbangkit.
1.2 Minit mesyuarat yang lepas, bertarikh 19 Ogos 2021 telah dicadang oleh PF
Syaiful dan disokong oleh PF Hariz.
1.3 Pengetua telah memaklumkan bahawa salah seorang staf di pejabat KTDI telah
disahkan positif COVID-19, oleh itu pengetua telah berpesan supaya ahli
mesyuarat menjaga diri serta mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh MKN.
1.4 Kemasukan fizikal pelajar menjelang Oktober mungkin akan dibenarkan oleh
KPT oleh itu Majlis Felow diminta untuk cakna dan bersiap-sedia menyambut
kepulangan pelajar ke kampus.
Makluman: Semua
2.0 DATA PELAJAR TERKINI
2.1 Pengetua memaklumkan setakat 30 Ogos 2021, catatan bilangan pelajar yang
masih berada di KTDI adalah seramai 89 orang.
Makluman: Semua
81
3.0 PEMBENTUKAN JKM KTDI SESI 2021/2022
3.1 Dr. Hidayah telah memaklumkan bahawa sesi temu ramah telah pun berjalan
pada 1 dan 3 September 2021. Fasa yang seterusnya adalah kem pembentukan
JKM KTDI yang bakal bermula pada 6 sehingga 12 September 2021.
3.2 Dr. Hidayah juga telah memaklumkan bahawa pada malam itu satu mesyuarat
bersama kru kem telah diadakan untuk mengetahui rentetan kem yang bakal
berlangsung.
Tindakan: Dr. Hidayah
4.0 PROGRAM LITECAMP 2021
4.1 Dr. Hidayah memaklumkan program ini telah mendapat sambutan daripada 46
orang pelajar sekolah rendah serta 69 orang pelajar sekolah menengah.
Melalui pertandingan melukis komik yang dianjurkan, seramai 10 orang finalis
telah diisytiharkan sebagai pemenang.
4.2 Dr. Hidayah juga telah memaklumkan satu surat penghargaan telah pun
dikeluarkan oleh pihak penganjur kepada semua pihak yang telah sama-sama
menjayakan program Litecamp ini.
4.3 Pengetua mengucapkan tahniah kepada semua kru dan penasihat program
kerana berjaya melaksanakan program ini dengan baik memandangkan
program ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari pelbagai pihak
seperti Kementerian Pendidikan, Kolej Tun Dr. Ismail serta pelajar-pelajar
sekolah.
Makluman: Semua
5.0 PERINCIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
5.1 PF Syaiful telah menjelaskan tujuan utama Mesyuarat Agung Tahunan ini perlu
dijalankan. Antara tujuannya adalah:
- Untuk membuat refleksi supaya program-program yang bakal dijalankan KTDI
dapat ditambah naik dan lebih memenuhi keperluan semasa pelajar.
- Selain itu, MAT juga perlu dilaksanakan untuk melihat ketelusan program
yang telah dilaksana dan JKM sesi baru boleh mempelajari dari kesilapan
lepas supaya perkara yang sama tidak berulang.
5.2 PF Syaiful juga telah mengusulkan secara ringkas mengenai perjalanan
Mesyuarat Agung Tahunan. Antara usul yang telah dibincangkan:
- Tentatif program
- Platform ideal yang boleh digunakan
- Tarikh yang dicadangkan dan telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli
mesyuarat adalah pada 19 September 2021
- Senarai ahli jemputan terdiri daripada gabungan JKM lama dan yang terkini.
- Pengesahan status laporan kewangan JKM yang akan dilakukan oleh Dr.
Hadafi selaku bendahari Majlis Felow.
Tindakan: PF Syaiful
82
6.0 LAPORAN KEWANGAN
6.1 Laporan kewangan terkini masih belum diketahui dan akan dikemas kini
secepat mungkin.
Tindakan: Dr. Hadafi
7.0 PEMERKASAAN AKTIVITI JKM
7.1 PF Hariz telah menyampaikan harapannya kepada JKM baru adalah masih lagi
sama seperti JKM yang lepas. PF Hariz juga telah menyatakan kekhuatiran
terhadap golongan anti vaksin yang mungkin akan mengganggu kelancaran
kemasukan pelajar.
7.2 Beberapa cadangan pemerkasaan telah disuarakan oleh PF Syaiful. Antaranya
adalah:
- Membahagikan program dan cara gerak kerja supaya kefungsian JKM dapat
dimanfaatkan sebaik mungkin. Pengetua juga telah bersetuju dengan
cadangan ini dan berharap supaya ahli mesyuarat turut sama-sama
membantu dalam perkara ini
- Mengecilkan bilangan program yang ingin dilaksanakan dan memfokuskan
kepada keperluan semasa pelajar. Dengan cara ini, kualiti program dapat
ditingkatkan dan dapat mengurangkan beban JKM untuk menganjurkan
banyak program.
- Mengutamakan program Top Bidder dan program bersepadu memandangkan
kebanyakan program KTDI tertumpu pada luaran semata. SINAR telah
diangkat sebagai contoh untuk dijadikan satu budaya baru kepada JKM.
- Menyediakan satu persetujuan atau meletakkan satu standard yang lebih
ketat kepada mereka yang tidak menjalankan tugas atau fungsi dengan baik.
7.3 Berdasarkan cadangan yang telah diberi, satu sesi meja bulat telah diadakan
sejurus mesyuarat berakhir.
Makluman: Semua
8.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
8.1 Tiada perkara berbangkit diajukan dalam mesyuarat.
Mesyuarat telah ditangguhkan jam 10 malam sehingga satu tarikh yang akan diberitahu
kelak.
Amalinazul
Disediakan oleh, Disemak oleh,
Nur Amalina binti Zulkifli Airwan, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Azli bin Hj. Ali Khan,
Pembantu Felow, Pengetua,
Kolej Tun Dr. Ismail, UTM JB Kolej Tun Dr. Ismail, UTM JB
83
JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU LAPORAN TAHUNAN 2020/2021 EDISI 2
KOLEJ TUN. DR. ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Ketua Editor: Pengetua
Sidang Pengarang: Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan
Felow
ChM. Dr. Mohd Akmali bin Mokhter
Dr. Nurrulhidayah binti Salamun
Ts. Dr. Hadafi Fitri bin Mohd Latip
En. Mohd Sharimal bin Osman
Pembantu Felow
Nur Amalina binti Zulkifli Airwan
Suhaily binti Suhaimi
Muhammad Syaiful Izzhar bin Zulkifli
Nur Marhain binti Daing Siyamerk
Abdul Al-Hafiis bin Abdul Rahman
Muhammad Nur Ikram bin Zaidi
Muhamad Faris Hasbi bin Abd Rahim
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTDI (Sesi 2020/2021)
PK Mohamad Muizzuddin bin Mohamad Marzuki
Suria Ashikin binti Zaidi
Siti Hamidah binti Mohd Azwan Tan
PK Zulhilmi bin Zulkifli
Lim Sin Jie
Nur Alia Fathihah binti Ryzisyaini
Aina Aliah binti Ruslan
Muhammad Faiz Irfan bin Ariffin
Muhammad Hafiz bin Khairul Anwar
Nasrin Sabrina binti Omar
PK Anis Nabihah binti Azizan
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTDI (Sesi 2021/2022)
PK Muhammad Nur Izzudin bin Rijaluddin
Logarram A/L Ramani
Nik Ilhami binti Nik Ibrisam
Shomya Sri A/P Sinnathamby
Urusetia Penerbitan
Muhammad Nur bin Mohamad Ibrahim
Ramzan bin Ismail
84
85
86