The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amanhorey, 2022-12-13 22:06:23

ARTIKEL LUAR BANDAR SEJAHTERA 2021- new

ARTIKEL LUAR BANDAR SEJAHTERA 2021- new

1|Jurnal Luar Bandar Sejahtera 2021

Diterbitkan oleh:
Institut Kemajuan Desa (INFRA)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Lot 2A, Persiaran Institusi
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : +603-87352400
Faks : +603-8936590
E-mel : [email protected]
© Institut Kemajuan Desa (INFRA)
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada
dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman atau sebagainya tanpa kebenaran daripada
Institut Kemajuan Desa (INFRA) terlebih dahulu.
eISSN: 2976_2154

Cetakan Pertama 2021

2|Jurnal Luar Bandar Sejahtera 2021

JURNAL LUAR
BANDAR SEJAHTERA

TAHUN 2021

Diterbitkan Oleh :
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

Institut Kemajuan Desa (INFRA)
Cetakan Tahun 2021

3|Jurnal Luar Bandar Sejahtera 2021

Jurnal Luar Bandar Sejahtera Jilid 3 Tahun 2021

KEPAKARAN AKADEMIK

Prof. TPr. Dr. Mariana Binti Mohamed Osman

IIUM Entrepreneurship and Consultancies Sdn.Bhd.

Dr Sarifah Shahirah S. Shikh

Kolej Poly Tech Mara (KUPTM)

Prof Dato Dr Muhamad Jantan

Universiti Sains Malaysia (USM)

Dr Fadilah Puteh

Universiti Teknologi Mara UiTM)

Prof Dato Sr Dr Omar Osman
Universiti Sains Malaysia (USM)
Dr Azmi Bin Aziz

(UKM- Pakarunding Sdb Bhd)

Dr Isa Bin Hamzah
(UKM- Pakarunding Sdn Bhd)
Dr Wardatul Aishah Binti Musa
Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)

PENYELARAS

Unit Penyelidikan,
Bahagian Dasar, Penyelidikan Dan Latihan Antarabangsa

Institut Kemajuan Desa (INFRA),
Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB

4|Jurnal Luar Bandar Sejahtera 2021

JURNAL LUAR BANDAR SEJAHTERA 2021
Jilid 3 Tahun 2021: Bahagian Dasar, Penyelidikan Dan Latihan Antarabangsa, Institut Kemajuan Desa (INFRA),
Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB.

Reka Kulit Jurnal:
Unit Penyelidikan,
Bahagian Dasar Dan Penyelidikan
INFRA.
eISSN 2976_2154

@2021 INFRA, Semua Hak Cipta Terpelihara. Hak Cipta Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Latihan Antarabangsa,
Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Semua artikel daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh
semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk termasuk media elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya
tanpa mendapatkan keizinan Institut Kemajuan Desa (INFRA).

Penerbitan Jurnal Luar Bandar Tahun 2021 selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPLB bertarikh
01 November 2019 meminta INFRA bersama Bahagian di KPLB membentuk satu pasukan untuk menulis artikel
berkaitan program dan aktiviti KPLB. Susulan itu, pihak INFRA telah mengadakan pertemuan dengan YBhg. Dato' Dr
Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha, KPLB pada 05 November 2019 berkaitan arahan mesyuarat
berkenaan.

Menerusi kerjasama ini, ia mampu memberi nilai tambah terhadap kualiti penyampaian, perkhidmatan serta pemantapan
dalam bidang penyelidikan bagi Bahagian/ Jabatan/ Agensi KPLB secara amnya. Ia juga selaras dengan Visi dan Misi
Institut Kemajuan Desa (INFRA), KPLB yang berperanan sebagai pusat kecemerlangan latihan dan pusat penyelidikan
luar bandar khususnya.

Jurnal 2021 ini bertujuan untuk perkongsian ilmu dan penyebaran hasil penulisan daripada perunding kajian dan
pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan Luar Bandar berkaitan penyelidikan luar bandar terutamanya aktiviti dan
program yang telah dilaksanakan oleh KPLB. Artikel yang diketengahkan adalah Kajian Impak Program Rural Business
Challenge (RBC) Dari Sudut Pelaksanaan, Output Dan Outcome Program, PERDA-TECH Sebagai Institut Kemahiran
Tinggi: Pelan Tindakan, Kekuatan, Peluang Dan Cadangan Penambahbaikan, Penilaian Keperluan Penubuhan Semula
Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) Dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ), Pemerkasaan Dan
Perancangan Strategik Latihan INFRA 2021 – 2025, Kajian Impak Program Pembiayaan Perniagaan Luar Bandar: Skim
Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).

Bahagian Dasar, Penyelidian Dan Latihan Antarabangsa INFRA, mengalu-alukan sumbangan artikel berasaskan
penyelidikan luar bandar daripada semua warga kerja KPLB, ahli-ahli akademik dan pegawai-pegawai dari pelbagai
kementerian untuk dipertimbangkan dalam penerbitan Artikel Jurnal pada masa akan datang. Penulis yang berminat
boleh menghubungi urusetia untuk maklumat lanjut seperti alamat berikut.

Unit Penyelidikan
Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Latihan Antarabangsa
Institut Kemajuan Desa (INFRA)
Lot 2A, Persiaran Institusi
Bandar Baru Bangi
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Telefon: 03-8735 2400

5|Jurnal Luar Bandar Sejahtera 2021

BIL. TAJUK KAJIAN MUKA SURAT
1. 9
KAJIAN IMPAK PROGRAM RURAL BUSINESS CHALLENGE (RBC)
DARISUDUT PELAKSANAAN, OUTPUT DAN OUTCOME PROGRAM 34

Dr Wardatul Aishah Binti Musa, En Mohd Nasrul Hakim, Puan Siti Shariyah Binti
Shaari, Prof Madya Dr Zalizah Binti Awang Long, Prof Madya Dr Marhanum Binti
Che Mohd Salleh, Prof Madya Datin Dr Nooraini Othman

Universiti Kuala Lumpur

2. PERDA-TECH SEBAGAI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI: PELAN
TINDAKAN, KEKUATAN, PELUANG, DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

Prof Dato Dr Muhamad Jantan, Prof Dato Sr Dr Omar Osman, Prof Dr Rosni
Abdullah, Prof Dr Ahmad Fauzi Mohd Noor, Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad
Farouk, Dr Musa Ali, Dr Dayang Haszelinna Abang Ali

Usains,
Universiti Sains Malaysia (USM)

3. PENILAIAN KEPERLUAN PENUBUHAN SEMULA LEMBAGA 49
KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (DARA) DAN LEMBAGA
KEMAJUAN WILAYAHJENGKA (LKWJ).

Prof. TPr. Dr. Mariana Bt. Mohamed Osman, Prof. Dato’ TPr. Mansor Bin Ibrahim,
Dato TPr. Dr. Mohd Zin Mohamed, Prof. Madya Dr. Sharifah Zubaidah Bt. Syed
Abdul Kader, TPr. Dr. Syafiee Bin Shuid, Dr Noor Suzilawati Binti Rabe, Dr Zati
Ilham Bt. Abdul Manaf

IIUM Entrepreneurship and Consultancies Sdn. Bhd

4. PEMERKASAAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK LATIHAN INFRA 65
2021 – 2025 83

Dr.Sharifah Syahirah S. Shikh, Prof. Madya Dr Suhaily Mohd Ramly, Dr.Fadilah
Puteh, Dr Nurisyal Muhamad, DrNisrin Alyani Ishak dan Dr. Norhaninah A. Ghani,
Prof. TS Dr. Hajah Anitawati Mohd Lokman.

Kolej Universiti Poly Tech Mara (KUPTM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

5. KAJIAN IMPAK PROGRAM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN LUAR
BANDAR:SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA (SPED)

Ts Hj Yuriny Adnan, Ts Intan Suraya Razak, Prof Madya Dr Ruslin Bin Amir,
Dr Azmi Bin Aziz, Dr Isa Bin Hamzah, Cik Nur Afifah Binti Rozali,En Mohamad
Afiq Bin Anuar, Tn Hj Ishak Bin Hj Abd Rahman

UKM Pakarunding Sdn. Bhd

6|Jurnal Luar Bandar Sejahtera 2021

JURNAL LUAR BANDAR SEJAHTERA
(VERSI BAHASA MELAYU)
TAHUN 2021

7|Jurnal Luar Bandar Sejahtera 2021

TAJUK KAJIAN:

KAJIAN IMPAK PROGRAM RURAL BUSINESS CHALLENGE (RBC) DARI
SUDUT PELAKSANAAN, OUTPUT DAN OUTCOME PROGRAM

Dr Wardatul Aishah Binti Musa, En Mohd Nasrul Hakim, Puan Siti Shariyah Binti Shaari, Prof
Madya Dr Zalizah Binti Awang Long, Prof Madya Dr Marhanum Binti Che Mohd Salleh,
Prof Madya Datin Dr Nooraini Othman
Universiti Kuala Lumpur

8|Jurnal Luar Bandar Sejahtera 2021

KAJIAN IMPAK PROGRAM RURAL BUSINESS
CHALLENGE (RBC) DARI SUDUT PELAKSANAAN

OUTPUT DAN OUTCOME PROGRAM

Dr Wardatul Aishah Binti Musa, En Mohd Nasrul Hakim, Puan Siti Shariyah Binti Shaari, Prof
Madya Dr Zalizah Binti Awang Long, Prof Madya Dr Marhanum Binti Che Mohd Salleh,
Prof Madya Datin Dr Nooraini Othman

Universiti Kuala Lumpur1

ABSTRAK

Program Rural Business Challenge (RBC) merupakan salah satu program di bawah Pelan Transformasi
Kerajaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Program ini dilaksanakan
sebagai usaha kerajaan untuk menggalakkan golongan belia luar bandar supaya memilih bidang keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan atau sebagai sumber pendapatan mereka. Kajian ini adalah untuk mengkaji
keberkesanan program RBC antara tahun 2012 sehingga 2015 dari aspek kaedah pelaksanaan Program RBC
kepada usahawan belia berdasarkan pendekatan kategori pertandingan, kaedah penilaian pertandingan,
tempoh pelaksanaan projek, nilai geran yang ditawarkan dan kaedah pemantauan oleh kementerian.dan
penilaian output dan outcome RBC berdasarkan perkembangan perniagaan hasil daripada pelaksanaan projek
pemenang. Responden yang terlibat di dalam kajian ini ialah 72 usahawan di bawah kategori Pengembangan
perniagaan (PP), 17 pegawai yang terlibat dengan program RBC dan 30 orang penduduk kampung. Kajian
ialah berbentuk kualitatif. Data telah dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti. Kaedah ini melibatkan analisis
tematik (thematic analysis) dan analisis verbatim. Dapatan yang diperolehi menunjukkan penilaian dan
keberkesanan kaedah pelaksanaan program RBC adalah baik secara keseluruhan dengan cadangan
penambahbaikan dari sudut pemantauan dan garis panduan. Program RBC membantu usahawan luar bandar
serta masyarakat setempat dari sudut peningkatan pendapatan, penawaran peluang pekerjaan, pewujudan
usahawan baharu dan secara tidak langsung melestarikan belia untuk terus tinggal di luar bandar daripada
berhijrah ke bandar. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu diberi perhatian bagi
meningkatkan kualiti program RBC pada masa hadapan.

Kata kunci: Program Rural Business Challenge (RBC), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),
keusahawanan, kualitatif

9|Jurnal Luar Bandar Sejahtera 2021

PENGENALAN

Seiring dengan usaha kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi Malaysia, maka pelbagai dasar dan pelan
jangka pendek serta jangka panjang telah dibangunkan. Antaranya adalah Dasar Pembangunan Luar Bandar
di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang telah melaksanakan pelbagai pelan pembangunan
ekonomi, sosial, komuniti dan sebagainya di kawasan luar bandar bagi tujuan melahirkan lebih ramai
usahawan yang berjaya. Melihat kepada kepentingan aktiviti keusahawanan ini, Program Rural Business
Challenge (RBC) dilaksanakan sebagai usaha kerajaan untuk menggalakkan golongan belia khususnya luar
bandar supaya memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau sumber pendapatan mereka.
Program Rural Business Challenge (RBC) merupakan salah satu program di bawah Pelan Transformasi
Kerajaan (GTAPI 2.0): Pembangunan Luar Bandar yang telah diumumkan oleh mantan YAB Perdana
Menteri Malaysia pada tahun 2012. Program Rural Business Challenge (RBC) merupakan program yang
memberi peluang kepada belia Malaysia memperlihatkan kecenderungan, minat serta kesungguhan untuk
menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau sumber pendapatan mereka. RBC juga bertujuan
untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan danmeningkatkan pendapatan penduduk luar bandar,
seterusnya menjadikan kawasan luar bandar yang lebih menarik setanding dengan bandar untuk didiami
terutamanya oleh golongan belia.

Program RBC adalah berorientasikan keusahawanan khas untuk belia menggunakan pendekatan pertandingan
rancangan perniagaan. Program RBC ini mampu untuk mencungkil bakat usahawan sebenar bagi
merealisasikan perancangan perniagaan kepada projek perniagaan di kawasan luar bandar. Melalui program
ini, pertandingan RBC diwujudkan bagi memilih usahawan belia untuk bersama-sama memajukan ekonomi
luar bandar. Pertandingan RBC ini terbahagi kepada dua kategori pertandingan iaitu pengembangan
perniagaan dan idea perniagaan. Syarat-syarat pertandingan ini adalah dibuka khas kepada golongan belia
Malaysia berumur dari 18 tahun sehingga 40 tahun. Usahawan yang berjaya akan dipilih sebagai pemenang
pertandingan.

Menurut Hisrich & Peters (2002), dalam bidang ekonomi, keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada
peningkatan pendapatan per kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan
masyarakat. Manakala menurut Mohammad Shaifullah (2015), aktiviti keusahawanan dapat
menyumbangkan pelbagai elemen positif seperti pengukuhan, kemantapan ekonomi dan kemakmuran.
Pengembangan keusahawanan dan pertambahan usahawan menunjukkan Pengembangan ekonomi yang
positif bagi sesebuah negara. Inovasi yang terhasil melalui keusahawanan akan memperkembangkan
penawaran dan kepelbagaian dalam ekonomi.

KAJIAN LITERATUR

Terdapat banyak program di Malaysia yang menggalakkan belia khususnya di luar bandar mahu pun di
bandar untuk menceburi bidang keusahawanan. Antara program-program yang dijalankan bagi tujuan
tersebut termasuk program Usahawan Belia Pengajian Tinggi Balik Kampung (U2 Desa), program Tunas
Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), program Pembangunan Usahawan Industri Komuniti Kampung,
program Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) dan Program Rural Business Challenge (RBC).
Namun begitu, program RBC merupakan program yang lain daripada yang lain kerana menggunakan
pendekatan pertandingan rancangan perniagaan untuk memilih usahawan belia bagi bersama-sama memajukan
ekonomi di luar bandar. Selain itu juga, program RBC turut bertujuan untuk menggalakkan golongan belia di luar
bandar menceburi bidang keusahawanan sebagai pilihan.
Program RBC yang telah dijalankan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) dan kinidikenali
sebagai Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) adalah satu modul cabaran perniagaan yang baik
berdasarkan kepada pandangan Dermot & Joseph (2012) yang menyatakan modul pertandingan dalam

10 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

perniagaan adalah untuk menggalakkan usahawan berdaya saing, kreatif, berkeyakinan, mempunyai daya
inovasi yang tinggi, berfikir secara kritis dan berkepimpinan dalam perkara yang diusahakan. Program RBC
telah dijalankan selama enam tahun bermula pada tahun 2012 sehingga 2017. Walau bagaimanapun, tiada
kajian yang dijalankan khusus untuk program RBC sama ada program yang telah dijalankan ini berimpak
positif atau sebaliknya. Tiada juga kajian yang dijalankan mengenai pencapaian para belia yang telah
mendapat geran hasil kemenangan di dalam program RBC ini. Penilaian merupakan satu bentuk tanda aras
yang membolehkan penambahbaikan selanjutnya dilakukan. Menurut Garces, et. al., (2016), penilaian dan
penambahbaikan produk merupakan langkah penting untuk meminimumkan risiko penolakan terhadap
penghasilan sesuatu produk baharu. Malah, menurut Norasidah et al (2012), penilaian terhadap faktor-faktor
kritikal seperti kewangan, pengurusan, faktor produk serta pasaran dapat memberikan pendedahan yang
berguna kepada pembangunan perniagaan yang baharu.

Program RBC menawarkan hadiah berbentuk geran yang lumayan kepada para pemenang. Walau
bagaimanapun, adakah hadiah yang ditawarkan mencukupi untuk kegunaan belia luar bandar memulakan dan
mengembangkan perniagaan mereka? Penilaian semula terhadap kriteria penila ian dan nilai hadiah yang
ditawarkan di dalam program RBC ini juga wajar dikaji. Tujuan penilaian diadakan adalah untuk mengkaji
hasil dapatan yang diperolehi bersesuaian dengan keperluan semasa atau sebaliknya. Selain itu, penilaian juga
dapat memberikan input atau jalan penyelesaian terhadap kelemahan-kelemahan yang ada. Hal ini kerana,
penilaian merupakan satu proses bagi mengenal pasti keupayaan suatu program dari segi kebaikannya,
kelemahannya dan menentukan punca sesuatu masalah (Saleh, e al., 2018). Ranita, et al., (2018), menyatakan
bahawa tujuan penilaian dibuat adalah untuk menentukan kesesuaian persekitaran dalam membantu
pencapaian matlamat dan objektif program serta penilaian turut dibuat bagi memperbaiki sesuatu program dan
bukan menjurus untuk membuktikan sesuatu program.

Terdapat beberapa dasar-dasar berkaitan keusahawanan luar bandar yang terdapat di Malaysia iaituDasar
Keusahawanan Nasional, Dasar Pembangunan Luar Bandar dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Dasar ekonomi merupakan satu dasar yang dirangka secara teratur dan tersusun oleh kerajaan dalam
memastikan rakyat dapat menikmati kekayaan tanpa mengira kaum atau agama. Malaysia merupakan antara
negara yang komited dalam usaha untuk membasmi kemiskinan. Pelbagai dasar dan program telah dibentuk
dan dilaksanakan bagi membasmi kemiskinan di Malaysia. Bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang diperkenalkan pada tahun 1971, pembasmian kemiskinan menjadi salah satu strategi untuk
menggalakkan perpaduan negara pada ketika itu. DEB mempunyai dua strategi iaitu pertama membasmi
kemiskinan dengan cara meningkatkan taraf dan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan tanpa mengira
kaum. Strategi kedua pula mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat dengan menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi (Mamat, Saat & Ariffin, 2014).

Seterusnya, rentetan daripada dasar ekonomi baharu tersebut telah membawa kepada penggubalan dasar- dasar
lain di dalam Malaysia untuk meningkatkan pembangunan ekonomi khususnya dalam bidang keusahawanan.
Sebagai contoh, antara dasar lain berkaitan keusahawanan yang digubal oleh kerajaan adalah Dasar
Keusahawanan Nasional, Dasar Pembangunan Luar Bandar dan Wawasan Makmur Bersama 2030. Melalui
dasar - dasar tersebut pula, pelbagai program pembangunan yang berorientasikan perniagaan dan
keusahawanan untuk membasmi kemiskinan di Malaysia telah dirancang oleh pihak kerajaan. Program
tersebut sangat penting bagi membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka dan seterusnya
keluar daripada kemiskinan. Antara salah satu program yang dilaksanakan ialah Program RBC yang
dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Program ini adalah selari dengan dasar-dasar yang
telah dibangunkan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara.

11 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

METODOLOGI KAJIAN

Pemilihan reka bentuk kajian penting kerana menunjukkan bagaimana keseluruhan kajian ini berlaku. Bagi
kajian ini, kajian kes berbentuk kualitatif telah dipilih kerana kajian ini perlu dilaksanakan dalam situasi
semula jadi terhadap sesuatu fenomena bertujuan untuk memperoleh makna terhadap realiti sosial yang
dialami oleh aktor-aktor sosial itu sendiri iaitu usahawan dan pegawai bagi program RBC (Blaikie, 2000;
Denzin & Lincoln, 2005).
Pendekatan kualitatif dilakukan melalui kaedah temu bual dan kaedah naratif yang digunakan untuk tujuan
meneroka makna dan pengalaman melalui penceritaan dan temu bual terhadap informan. Menurut Khairul
Azmi (2018), kajian kualitatif melibatkan data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpulkan melalui
kaedah temu bual, video dan naratif. Pendekatan kaedah naratif dalam penyelidikan ini adalah melalui
pendekatan temu bual separa berstruktur bagi memastikan temu bual yang dilakukan mendalam dan
menjadi kaedah utama pengumpulan data. Selain daripada itu, kaedah kualitatif berbentuk naratif
melalui penceritaan pengalaman bertujuan untuk mengkaji perasaan, pemikiran, dan persepsi informan melalui
pengalaman mereka. kaedah pemerhatian turut merupakan kaedah yang telah dijalankan di dalam kajian ini.
Kaedah pemerhatian merupakan satu alternatif bagi mengumpul maklumat atau data selain dari kaedah temu
bual. Melalui kaedah ini, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku, perubahan dan keadaan sekeliling
yang dapat memberikan maklumat tambahan kepada penyelidik. Sampel kajian beerjumlah 119 orang terdiri
daripada 72 pemenang RBC antara tahun 2012 sehingga 2015, 17 pegawai dan 30 orang penduduk kampung.
Instrumen kajian telah dibina sendiri oleh para penyelidik yang terlibat berdasarkan maklumat yang
diperolehi melalui temu bual dengan pihak kementerian (primary data) dan sorotan kajian (secondary data)
berupa dokumen yang diperolehi dari pihak kementerian sendiri bagi menjamin ketepatan maklumat terkini.
Instrumen ini telah melalui proses pengesahan (validation) oleh pakar bidang dan data telah di analisis
menggunakan perisian Atlas.ti.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian yang dibincangkan di dalam artikel ini adalah memfokuskan kepada kaedah
pelaksanaan program Rural Business Challenge (RBC) dan penilaian output dan outcome program
RBC berdasarkan perkembangan perniagaan hasil daripada pelaksanaan projek pemenang.

a. Menilai Keberkesanan Kaedah Pelaksanaan Program RBC Kepada Usahawan Belia
Berdasarkan Pendekatan Kategori Pertandingan, Kaedah Penilaian Pertandingan,

Tempoh Pelaksanaan Projek, Nilai Geran Yang Ditawarkan Dan Kaedah PemantauanOleh Kementerian.
Terdapat lima aspek yang telah dikenalpasti untuk menjawab persoalan keberkesanan RBC kepada usahawan
belia daripada perspektif pegawai-pegawai yang terlibat iaitu aspek pendekatan kategori pertandingan, kaedah
penilaian pertandingan, tempoh pelaksanaan projek, nilai geran, dan kaedah pemantauan yang telah dijalankan.

12 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

Melalui temu bual yang diadakan, rata-rata pegawai melaporkan bahawa kategori pertandingan dan kaedah
penilaian telah ditambahbaik tahun demi tahun sejak tahun 2013 untuk memilih rancangan perniagaan yang
berkualiti serta usahawan yang berpandangan jauh dalam perniagaan. Pada tahun-tahun awal RBC, kategori
pertandingan ditentukan mengikut rancangan perniagaan yang berkualiti dan mendatangkan manfaat kepada
masyarakat dipertimbangkan. Ia bertujua n memberi galakan kepada belia untuk berani ke hadapan untuk
mengetengahkan idea perniagaan dan pada masa yang sama mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan luar
bandar. Dari masa ke semasa, nilai hadiah yang ditawarkan juga meningkat di mana kemudahan kewangan
dibuka kepada kategori pengembangan perniagaan. Namun, tidak semua usahawan yang dibantu
membuahkan hasil dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam melaksanakan perniagaan di
mana terdapat sebahagian kecil usahawan yang hanya inginkan wang semata dan melarikan diri tanpa berita.
Dalam konteks, ini, saringan dan kaedah penilaian yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengesan
usahawan yang benar-benar layak menerima dana.

Secara generalnya, sefaham saya bila program RBC ini diperkenalkan pada tahun 2012
hanya satu kategori sahaja yang dipertandingkan iaitu kategori pengembangan
perniagaanlah. Tujuannya adalah untuk kita mencari usahawan-usahawan kecil yang
usahawan belia yang memang dah meniaga dia punya kategori tu atau kriteria adalah
belia yang meniaga atau usahawanyang berniaga di luar bandar dandaha da perniagaan
sama atau kurang sikit daripada 3 tahun. Jadi, kemudian bila program RBC ini melangkah
tahun demi tahun, saya ingat pada tahun 2013 kita start ada IP. 1st batch tu ada 11 orang
pemenang, 2nd batch tu unit RBC perkenalkan kategori IP di mana IP ni datang daripada
pelbagai belia maksudnya ada yang pernah meniaga dan ada yang tak pernah meniaga
tapi dia punya idea untuk meniaga tu kita iktiraf dan kita kasi dia token untuk
menggalakkan dia meniaga. (P2)

RBC tu tak ada kategoricuma ada kategorihadiahtu sahaja, pemenang pertama, saguhati
dan lain-lain. 3 hadiah utama ialah pertama tu 1 juta, yang kedua 750 ribu, yang ketiga
500 ribu kalau tak silap saya lah. And then ada tempat keempat kelima keenamitu ada 300
ribu, 200 ribu dan sagu hati 100 ribu seorang. Itu sahaja, ia tak adaspecial kategori sebab
mereka bertanding bukan based on category tapi berdasarkan idea perniagaan mereka.
Yang mana yang lebih profitable, implementable dan praktikal untuk dilaksanakan dalam
tempoh 2 tahun pelaksanaan. (P8)

2013 tu kiranya team RBC pada tahun tu nak buat penambahbaikan, sebab yelah bila kita
dah hadkan dia punya syarat pertandingan tu untuk kategori PP dia mestilah 3 tahun dan
ke atas untuk menyertai pertandingan. So apa yang jadi dengan usahawan-usahawan
baharu, usahawan yang belum cukup 3 tahun that is why dia perkenalkan kategori idea
(P3)

Satu yang untuk establish tu dia bantulah yang mana syarikat-syarikat yang dah establish
tapi mungkin dia perlukan modal lagi untuk kembangkan bisnes dia. Satu lagi untuk
memperbanyakkan usahawan-usahawan baharu. (P1)

Proses penilaian usahawan yang layak menerima bantuan kewangan amat penting untuk memastikan dana
yang disalurkan dapat digunakan dengan tujuan yang ditetapkan kerajaan dan seterusnya menurunkan kadar
kemiskinan negara. Seperti yang telah dijalankan, proses penilaian terus ke tapak perniagaan telah

13 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

meningkatkan motivasi para usahawan untuk membuktikan masa depan perniagaan yang dijalankan dan
seterusnya meyakinkan pihak urusetia semasa lawatan tapak diadakan. Tempoh pelaksanaan RBC yang
diperuntukkan iaitu dari 1-3 tahun (mengikut nilai geran dan jenis perniagaan) dilihat memadai untuk
melihat perkembangan sesebuah perniagaan peringkat demi peringkat di samping latihan dan nasihat yang
diberikan kepada para usahawan. Namun, jumlah nilai geran yang diberi harus diselaraskan mengikut
kualiti usahawan dan perniagaan yang akan dijalankan perlu mempunyai daya maju pada masa hadapan.

Ok, selepas tu bila mana yang dah lepas RP dan mana yang layak dia akan pergi kepada
penilaian kewangan dan teknikal. So, penilaian kewangan ni pun, bukan kita sendiri yang
nilai sebab yelah kita ni pegawai kat KPLB kan datang dari bermacam2 background
mungkin, kita ni ada knowledge pasal bisnes, ada yang takde knowledge pasal finance so
dari situ kita lantik orang yang berkelayakancontoh macam untuk penilaian kewangan tu
kita panggil orang yang dari bank sendiri dan untuk penilaian teknikal depend kepada
projek tu sendiri. Contoh kalau orang tu daripada pelancongan kita akan libatkan orang
daripada MOPE kalau macam melibatkan perikanan dan penternakan semua tu kita akan
libatkan veterinar, moa dan semua-semua kita tengokprojek dia tuberkenaandenganapa.
Lepas tu bila dah setel mana yang layak tu kita akanturun untuk lawatantapak,so lawatan
tapak nilah sebenarnya kita nak mengesahkan betul ke sebenarnya dia dah buat
perniagaan yang dia bagitau dalam proposal tu contoh macam dia sekarang dia buat
pelancongandesa (P3)

Menurut pengalaman saya, terdapat penilaian secara dasar iaitu menilai latar belakang
peserta mengikut umur, bangsa, kelayakan, serta idea mereka. SeterusnyaRP mereka akan
dinilai dari segi rancangan kewangan iaitu secara teknikalnya dan juga sejauh mana RP
akan memberi faedah yang besar kepada pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat.
(P4)

Biasanya untuk kategori pertama (PP) tadi dia ada syarat-syaratnya kena 3 tahun ke atas
lepastu kena ada planning.. dia kena ada jangkaan pendapatan daripada apa yang dia
ajukan tu.. lepastu apa yang benefit atau impak yang dia boleh bagi kepada masyarakat

lain atau kepada negara kepada ekonomi negara, benda tu diambil kira untuk kita pilih
usahawan mana yang sesuai untuk kita bagi geran-geran ni (P1)

Disebabkan proses yang panjang..daripada proses tu kita boleh kenalpasti bisnesman
sebenar. Hanya yang betul-betul nak join atau nak kembangkan bisnesnya akan selalunya
daripada peringkat 3-4 yang mana bisnesman yang try-try atau cuba nasib (P7)

Seterusnya, aspek yang paling penting ialah proses pemantauan. Terdapat beberapa isu yang dikenalpasti
dalam aktiviti pemantauan ini, antaranya ialah hanya garis panduan yang dipinda selama 4 tahun program
RBC dijalankan serta bilangan pegawai KPLB yang tidak mencukupi untuk memantau semua projek RBC
di seluruh Malaysia yang telah diluluskan. Apa yang diberitahu ialah hanya 3 orang pegawai dan 2 orang

14 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

kerani ditugaskan pada satu-satu masa untuk turun padang memantau projek RBC di seluruh Malaysia.
Tugas yang melebihi dari kadar kemampuan telah menyebabkan kelewatan proses penyaluran dana kepada
usahawan kerana laporan pemantauan terpaksa dikeluarkan lewat dari jadual. Maka, bilangan pegawai yang
ditugaskan untuk memantau projek RBC seharusnya ditambah sekiranya program ini akan diteruskan pada
masa hadapan. Selain itu, setiap proses yang terlibat dalam melaksanakan program RBC perlu mempunyai
pegawai yang profesional yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan RBC. Antara cadangan oleh
pegawai ialah supaya aliran pelaksanaan RBC yang menyeluruh dan berkesan di rangka. Selain itu, pihak
KPLB juga perlu merancang tahap maksimum pencapaian seseorang usahawan sehingga boleh
mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan ekonomi negara. Beberapa pegawai juga mencadangkan
supaya dipercepatkan proses pemantauan projek untuk menepati masa yang dirancang.

Cumanya menjadi isu – kena banyak penambahbaikan dilakukan. Pemenang kita ada
beratus tapi yang menguruskannya ada 3 orang pegawai dan 2 orang kerani. Seluruh
Malaysia, pegawai kena turun sampaikan polis airport pun kenal. Isu pemantauan
memang menjadi isi. Dan 3 orang pegawai tu yang terlibat dari sudut bajet sehingga
pelaksanaan program. Pertandingan akan berakhir tetapi pemantauan tetap
berlangsung.Kalau nak diturunkan kepada negeri pun, JPN pun takda orang yang nak
buat. (P7)

Saya rasa dulu mereka memantau berdasarkan tahun by tahun pemenang. So pegawai-
pegawai akan monitor pemenang-pemenang by tahun, dan setiap tahun akan
bertambah pemenang-pemenang baru. Selalunya kalau nak turun padang untuk
memantau selalunyakami akan minta bantuan dari officer-officer negeri. Sebab KPLB
negeri pun adalahsebahagian daripada panel, agensi pelaksana kepada projek ini. Saya
tengok kita banyak bergantung kepada pegawai-pegawai negeri untuk memantau
progress dan menghantarlaporan ke ibu pejabat. (P8)

The claim process is too slow released to the winner. The monitoring system need to
improve by department – the slow process is due to not enough manpower but how about
the support from agencies under KPLB. Are the ministry really use them in supporting the
program. (P6)

Mostly progress. Physical dan kewangan. Pegawai negeri akan pantau dan buat laporan
kepada ibu pejabat. Ibu pejabat akan salurkan duit kepada supplier bukan kepada
pemenang. Duit itu akan diminta dari pemenang untuk beli barang-barang dari supplier
dan kita akan bayar kepada supplier. Jika pegawai negeri meluluskan selepas puas hati
dengan progress dari pemantauan kita tak ada masalah menyalurkan duit kepada
supplier mengikut apa yang pemenang mahu. Barang-barang yang nak dibeli oleh
pemenang akan kita minta 3 quotation hargadari supplieryangberlainan dankami
akanmenilai bersama- sama dengan jawatankuasa teknikal kami. Jika barang itu
berkualiti dan harga yang berpatutan dan praktikal kami akan luluskan duit kepada
supplier. Jadi inilah model ataugaris panduan yang kami ikut. (P9)

15 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

Secara kesimpulannya, RBC boleh dikatakan sebagai sebuah program yang telah berjaya memberi impak kepada
usahawan bumiputera terutama bangsa Melayu walaupun pada mulanya ia hanya sebuah idea atau perniagaan kecil,
akhirnya perniagaan mereka berjaya dikembangkan dengan bantuan KPLB. RBC bukan sesuatu pembaziran. Ia
kerana RBC telah menyokong para usahawan dengan pelbagai cara, antaranya ialahdari segi material (dana kerajaan)
dan juga bukan material (ilmu pengetahuan dan moral). Kerangka pelaksanaan RBC yang menyeluruh secara
praktikal perlu dibangunkan dengan mengambilkira setiap prosesyang terlibat iaitu dari peringkat saringan peserta
sehingga pemantauan perniagaan. Untuk memastikan RBC mampu menjadi program terbesar dalam membantu
usahawan bumiputera, kerjasama daripada semua pihakamatlah diperlukan.

b. Penilaian Output Dan Outcome Program RBC Berdasarkan PerkembanganPerniagaan
Hasil Daripada Pelaksanaan Projek Pemenang
Keadaan terkini pemenang
Bagi keadaan terkini pemenang, dapatan menunjukkan bahawa 99% usahawan masih berniaga yang mana
sebanyak 90.7% (65) usahawan masih mengekalkan perniagaan yang sama, 8.3% (6) masih berniaga dengan
perniagaan yang berbeza dan 1% (1) sudah tidak meneruskan perniagaan mereka.

Rajah 11: Keadaan terkini pemenang
“Kita menang RBC 2014. 2 juta. Kita masih lagi teruskan perniagaan tapi lembu tenusu ikita
strukturkan balik. (UA2 “kita buat paper tu untuk 800 ribu, so menang 2 juta. Dari tu lah saya
besarkanperniagaantu.” (UA3)

16 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

“Perniagaan kita kilang sos dan western food. Masih berjalan sampai sekarang Cuma kitaada
tambah macam western food tu dari western food alone kita ada tambah makanan- makanan
lainlah macam di Pontian kita ada buat tomyam apa semua lah maksudnya complete set lah. Sejak
PKP ni kita tambah lagi product online. Kita buat cookies.Homemade. Kita dah buat lama cookies
ni Cuma kita tak betul betul commercialize lah. Sekarang ni dah start. Kita dah beli oven yang
boleh produce volume” (UB4)
“Keadaan terkini, buat masa pandemik ni bisnes tak berapa nak okay lah, tapi kita masih boleh
berniaga, walaupun tak banyak tapi kita masih boleh sustain lagi.”(UC2)
Cabaran yang dihadapi oleh usahawan semasa pandemik:
Antara isu atau cabaran utama yang dihadapi oleh usahawan semasa pandemik adalah pergerakan yang
terbatas berikutan perintah larangan merentas daerah dan negeri iaitu sebanyak 72.2%, kesukaran
mendapatkan bahan mentah sebanyak 43.1% dan diikuti dengan cabaran mengekalkan pekerja sedia ada iaitu
sebanyak 40.3% dan 36.1% perniagaan terpaksa ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
kursus pembangunan usahawan tidak dapat dilaksanakan secara fizikal 19.4% serta lain-lain 16.7%.

Rajah 22: Cabaran sewaktu pandemik Covid-19
“Situasi pandemik ini juga menyebabkan pergerakan terbatas dan dari segi harga untuk kita
dapatkan bahan mentah pun memang sukar. Terutama semasa PKP yang pertama

17 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

dahulu, kilang sudah memaklumkan bahawa terdapat kesukaran untuk mendapatkanbahan
mentah bagi.” (UA1) “tidak usah keluar rumah sebab nak kata ubat pun tiada untuk covid ini,
vaccine itu bukanubat, pencegah sahaja. Jadi tak payahlah pakai mask nak disiplinkan semua
tu, berjalan sahaja seperti biasa. Pelaburan yang dikeluarkan di Malaysia that is threat, adakah
ia memberi peluang kepada para peniaga, no it's not, makan pun boleh dua orang sahaja, satu
kereta pun dua orang sahaja, dengan ini ekonomi tidak bergerak”

“Sekarang ini kita menghadapi isu yang berkaitan dengan pandemik, kita memang kekurangan
bahan mentah lah, kekangan dari segi masa bekerja. Biasa kita bekerja enamhari seminggu,
boleh buat part time, over time.”(UD14)

Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini, rata-rata usahawan mengambil tindakan dengan melaksanakan jualan
secara atas talian atau online yang mana sebanyak 61.1% (44), 54.2% (39) melaksanakan pendekatan
perniagaan yang berbeza dan 38.9% (28) usahawan bertindak menukar bentuk perniagaan kepada model
yang baharu serta usahawan yang tiada menghadapi masalah sepanjang PKP sebanyak 5.6% (4)

Rajah 3: Carta peluang dan tindakan sewaktu pandemik

“Kita ada lain-lain market, contohnya market international kita fokus kepada offline, untuk
market domestik fokus kepada online, kita pakai Facebook, kita pakai Instagram. Tapi untuk
pasaran antarabangsa ataupun pasaran domestik kementerian kita pergi secara offline, kita
jumpa terus dengan PIC dia dan terangkan produk kita.” (UF13)
“masa covid bulan 3 sampai bulan 6 tu memang saya buat online katrumah saya daripada buta
itu saya boleh lah juga buat sale boleh lah untuk saya cover bayar gaji pekerja kilang dengan
saya boleh dapat juga income saya rasa macam online ni bagus that is why untuktahun 2021 ni
saya nak ambil sorang marketingyangboleh buat offline danonline.” (UF6)

18 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

“So selain daripada produk saya, kita akanbuat selling online dari sini dan saya bagi jugalah kepada
3 orang anak saudara saya yang ada online bisnes.” (UF7)
“Semasa pandemik covid ini, pengedar di Semenanjung ambil order daripada kami untuk mereka
berjual secara online, jadi secara tidak langsung terlibat macam itu lah.” (UF17)

Peratus Peningkatan Jualan:
Berdasarkan dapatan dari kajian yang dilakukan, dilaporkan 100% usahawan berjaya meningkatkan
pendapatan yang mana ianya dapat dilihat peratus peningkatan paling tinggi ialah antara 30 hingga 50 peratus
iaitu 40.3% (29 usahawan) dan paling sedikit kenaikan peratus peningkatan jualan ialah antara 10 hingga dua
puluh peratus 9.7% (7 usahawan). Terdapat 9 usahawan yang kenaikan peratus jualan selepas memenangiRBC
ialah melebihi 100% iaitu sebanyak 12.5%.

Rajah 4: Carta peningkatan pendapatan

Hasil kajian juga menunjukkan nilai pendapatan tertinggi yang diperolehi oleh usahawan sebelum Covid-19
adalah sebanyak 27.8% (20 usahawan) bagi pendapatan RM 200 Ribu hingga RM 499 Ribu, 18.1% (13)
usahawan memperolehi nilai pendapatan RM 500 ribu hingga RM 999 ribu dan RM 100 ribu hingga RM 199
ribu, 16.7% (12) bagi nilai pendapatan RM 1.0 juta hingga RM 2.0 juta, 13.9% (10) bagi bawah RM 100
ribu dan selebihnya adalah melibatkan pendapatan RM 3.0 Juta dan ke atas 2.8% (2 usahawan) serta RM 2.0
juta hingga RM 3.0 juta juga 2.8% (2 usahawan).

19 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

Rajah 5: Carta nilai pendapatan tahunan tertinggi sebelum Covid-19
Walaubagaimanapun, berlaku perubahan nilai pendapatan selepas Covid-19 yang mana nilai pendapatantertinggi
tahunan adalah melibatkan pendapatan bawah RM 100 ribu (34.7%) berbanding sebelumnya. Nilai kedua tertinggi
pula adalah sebanyak RM 200 ribu hingga RM 499 (22.2%)diikuti oleh RM 100 ribu hingga RM 199 ribu (20.8%),
RM 500 ribu hingga RM 999 ribu (12.5%), RM 1.0 juta hingga RM 2.0 juta (9.7%) dan selebihnya adalah bagi
pendapatan RM 2.0 juta hinggaRM 3.0 juta (2.8%) dan RM 3.0 juta dan ke atas (1.4%).

Rajah 6: Carta nilai pendapatan tertinggi tahunan selepas Covid-19

20 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

“Sebelum RBC, sales kita dalam 30 ribu, tapi sekarang kalau kita tengok pada last year (2020)
sales drop sebab covid. Sales lebih kurang dalam 1.5 juta (2020) tapi tahun sebelumtu cecah 3
juta (2019).” (UA1)
“Sebelum covid tu kita dah pernah jejak sale 42 ribu sebulan.” (UF2)
“Alhamdulillah memang meningkat, kita boleh nampak dari bulan ke bulan peningkatan
pendapatan.” (UF10)
“Bertambah.” (UF5)
“Sebelum RBC pendapatan sebulan boleh katakan kurang daripada 50 ribu tapi sekarang ni
pendapatan melebihi 1 juta setiap bulan.” (UF4)
“saya sebelum RBC pendapatan 100 ribu, selepas RBC tahun 2015 300 ribu, tahun 2016 800 ribu,
tahun 2017 380 ribu, ini tambahan 500 ribu sebab kita buat projek komuniti.” (UF7)
“Sebelum RBC pendapatan saya tu lebih kurang 24 ribu setahun. Bila dah dapat geranRBC
pendapatan meningkat tiga kali ganda lah, lebih kurang 72 ribu” (UE-5)
“tapi pendapatan 97 peratus meningkat selepas menyertai program RBC” (UE-6)
“100-200 ribu setahun. Maksimum 200 ribu tu lah. Kalau lepas RBC setakat ni ada lah400
ribu” (UE-8)

Dari segi ROI pula, dapatan menunjukkan hanya 33 usahawan (45.8%) berjaya memperolehi ROI antara 1
hingga 3 tahun manakala 29 usahawan (40.3%) berjaya memperolehinya dalam tempoh 4 hingga 7 tahun.
Manakala 10 usahawan (13.9%) usahawan berjaya memperolehi ROI dalam tempoh 8 hingga 10 tahun.

Rajah 73: Carta tempoh pulangan titik modal

21 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

“Titik pulang modal sebelum RBC ni boleh katakan agak struggle lah. Sebelum RBC tudah
dapat dah. Cuma dengan RBC ni dia bantu untuk meluaskan lagi.” (UF4)
“Berbanding nilai geran ialah 300 ribu, so untuk dapat semula dalam masa dua tahun.”(UF7)
“Kalau ikutkan dia ambil masa dua tahun lah untuk dapat balik nilai geran.” (UF8)

“Untuk dapat balik semula 300 ribu ini kita ambil masa 6 tahun untuk dapat semula.”(UF11)
“Atas pelaburan 300k, saya kena ambil masa selama tiga ke lima tahun baru mendapat

pulangan modal.” (UF15)
“Lebih kurang 2 tahun” (UB2)
“Pulangan pendapatan saya adalah selama satu tahun.” (UC1)
“ROI tak lama, dalam lebih kurang dua tahun dapat balik dah.”(UC2)

Pewujudan usahawan baharu:

Hasil temu bual yang telah dilakukan di anggarkan 89.7% usahawan telah berjaya mewujudkan sehingga 50
orang usahawan baharu yang mana ianya dapat dilihat bahawa sebanyak 68.1% iaitu 49 usahawan berjaya
mewujudkan 1 hingga 20 orang usahawan baharu, 20.8% iaitu 15 usahawan berjaya mewujudkan seramai 20
hingga 50 orang dan 5.6% iaitu 4 usahawan berjaya mewujudkan usahawan baharu melebihi 50 orang dan 100
orang.

MELEBIHI 100 ORANG 4
50 HINGGA 80 ORANG 4
20 HINGGA 50 ORANG
1 HINGGA 20 ORANG 15

49

Rajah 9: Graf pewujudan usahawan baharu

Antara kaedah yang dilakukan oleh para usahawan dalam mewujudkan usahawan baharu adalah
melalui kaedah melahirkan ejen, vendor atau stokis (69.4%), menyediakan latihan dan kursus
keusahawanan (54.2%) dan membuka peluang keusahawanan secara contract farming (26.4%) .

22 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

Rajah 10: Carta kaedah mewujudkan usahawan baharu

“Hari tu saya buat 10 orang di tanah mereka masing-masing lah. Kita buat secara kelompok
setempat 10 orang. Tapi sampai sekarang tinggal 3 sahaja. Kebanyakan mereka ni orang
kampungbekerjasendiri lah, bila mereka berminat dengan perusahaan yang saya buat ni, dari sudut
generasi kedua lah yang uruskan. Macam contoh ayah mereka datang sini, kemudian bagi pada
mereka lah untuk uruskan.” (UC1)

“Lebih daripada 10 orang lah. Setiap negeri tu ada. Kalau yang sekarang ni, yang palingbesar dekat
area Lembah Klang. Ada syarikat buat tanah organic. Tiap bulandia memang akan produkkanbarang
kita. Bagusnya tu, dia ambil produk kita, kita mix lagi. Dia buat lagi satu brand” (UE-4)

“Kebanyakan usahawan baharu yang saya lahirkan dalam bentuk kontrak farming. Dia ada tanah
yang tidak diusahakan, saya bagi cadangan dandia keluarkanmodal, kemudiankami beli balik lah
dia punya pengeluaran tu untuk dipasarkan” (UE-5)

“Saya ada train satu orang untuk mengeluarkan produk-produk tenusu.” (UA2)

“Yang saya pernah lahirkan di bawah saya dari mula saya menang geran RBC saya rasaramai,
seluruh Malaysia lah kalau saya kira 100 orang ada, tapi yang saya dengar yang masih lagi saya
follow-follow kalau kira seluruh Malaysia lah dalam 40 orang ada lagi rasanya. Yang masih lagi
ada ternak walaupun kecik-kecik lah.” (UA3)

“Lebih 20 company yang hidup lah sebab bila saya buat pelancongankan sayaakan bawa pelancong
datang so akan naik lah ekonomi-ekonomi hiliran ni macam kraf tangan. Kraftangan sebelum ni
ada tapi macam hidup segan mati tak mahu. Ye lah siapa nak datang Kampung Gajah kan. So tugas
saya bawapelancong. Pelancongni datangdia beli macam- macam. Berkembanglah perniagaan
dorang. Chalet-chalet yang lain pun hidup.” (UA4)

23 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

Peratus Peningkatan Pengeluaran Produk Selepas Memenangi RBC (Tahunan):
Kajian turut mendapati terdapat peningkatan di dalam peningkatan pengeluaran produk selepas memenangi
RBC yang mana sebanyak 42% usahawan berjaya meningkatkan pengeluaran produk sebanyak 30% hingga
50% setahun diikuti peningkatan sebanyak 13% bagi peningkatan sebanyak 80% hingga 100% setahun. Selain
itu, sebanyak 12% usahawan berjaya mencapai peningkatan pengeluaran produk 20% hingga 30%, 50%
hingga 80% dan 80% hingga 100% serta melebihi 100% manakala hanya 9% usahawan berjaya mencapai
10 hingga 20% peningkatan pengeluaran produk selepas memenangi RBC. Hal ini dapat dirumuskan bahawa
sebanyak 54.4% usahawan berjaya meningkatkan pengeluaran produk sebanyak 20 hingga 50 peratus
setahun setelah memenangi RBC.

Peratus Peningkatan Pengeluaran Produk Selepas Memenangi

12% 9%
12%

13%

12%
42%

Rajah 11: Carta peratus peningkatan jualan selepas memenangi RBC (Tahunan)

“Purata keuntungan macam saya cakap masa lembu tenusu dulu sekitar 30%. Dengan nilai yang
sama 15-30%. kalau kita bagi percent lah lebih kurang dalam 20-30% lah daripendapatan asal.”
(UA2)
“Banyaklah daripada masa mula-mula saya ternak paling tinggi pun income 7 ribu, 8 ribusebulan
sampai income tertinggi dalam 80 ribu 1 bulan. Kalau orang tanya sejauh mana RBC membantu
banyaklah dengan saya boleh sara hidup, saya boleh buat rumah cash dengan pendapatan RBC,
banyaklah kita boleh buat.” (UA3).

Peningkatan jualan dan produktiviti syarikat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu
kepelbagaian produk (65.3%), penggunaan teknologi terkini (58.3%), hasil daripada R&D (37%)
dan pengeluaran produk secara OEM (20.8%)

24 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

SYARIKAT

Pengeluaran produk secara OEM 20.80%

Hasil R&D 51.40%

Penggunaan teknologi terkini 58.30%

Kepelbagaian produk 65.30%

Rajah 12: Graf faktor yang meningkatkan produktiviti syarikat

“Yang pertama kita mengembangkan lagi perniagaan kita. Sebelum kita menang RBC, ladang
strawberi ada 10 ribu pokok, dan hanya ada 8 bilik. Selepas menang RBC, kita dapat expand kan
lagi lah. Bilik menjadi 32 buah bilik dan ladang strawberi dah cecah 100 ribu pokok. Pusat jualan
dan kafe sekali.” (UA1)

“Kalau dari segi produk yang sedia ada tu, kita mempelbagaikan produk lah dan melaluigeran
RBC juga kita pergi latihan sampai ke negara Indonesia iaitu pemprosesan daging, pemprosesan
susu dan hasil susu ya dan daripada itu kita telah mempelbagaikan produk kita. Kita masuk pasaran
dan itu di sudut yang... kepelbagaian produk yang kita buat lah.Dan dari sudut pelancongan pula,
kita promosi kita punya produk kepada agen pelancongan sedia ada dan pada tahun 2020
sebenarnya kalau tak ada masalah Covid, saya sudah tandatangan MoU dengan agensi kerajaan
negeri iaitu Yayasan Sabah untuk sektor pelancongan kita.”(UA2)

“Haah masa sana tengah on sini pun on juga, sebab duit tu ada lebihan banyak. Kita fikiridea apa
kita nak buat, daripada cetusan menu itik dengan telur masin, jadi tu kat sini adamenu nasi goreng
telur masin, kita ada itik panggang, itik salai masak lemak cili api. Darisana kita sambung ke sini
lah.” (UA3)

Penawaran peluang pekerjaan oleh usahawan:

RBC sememangnya telah membantu dalam mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan di kawasan luar bandar.
Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir 80% usahawan berjaya menyediakan peluang pekerjaan antara 1
hingga 20 orang pekerja yang mana 34.7% usahawan berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada 5 hingga
10 orang pekerja, 26.4% kepada 1 hingga 5 orang pekerja, 19.4% kepada 20 hingga 50 orang pekerja dan
16.7% usahawan berjaya mewujudkan 10 hingga 20orang pekerja serta hanya 2.8% usahawan berjaya
mewujudkan peluang pekerjaan melebihi 100 orang pekerja.

25 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

MELEBIHI 100 PEKERJA 2
5 HINGGA 10 PEKERJA
20 HINGGA 50 PEKERJA 26
10 HINGGA 20 PEKERJA
1 HINGGA 5 PEKERJA 14
12

18

Rajah 13: Carta jumlah peluang pekerjaan

Antara golongan sasar yang telah diterima sebagai pekerja di premis-premis yang diusahakan oleh para
usahawan adalah golongan belia (83.3%), golongan ibu tunggal (51.4%), pelajar latihan industri (51.4%),
golongan asnaf (40.3%), orang kelainan upaya (19.4%), warga emas (15.3%) dan warga asing (11.1%

Rajah 14: Graf golongan sasaran yang diterima sebagai pekerja

“Sebab yang kerja-kerja dengan saya ni pun bukan orang senang. Semua ibu-ibu tunggal, orang
kampung. Lebih kurang dalam 15 orang sahaja. Tapi saya ada lah pekerja-pekerjakontrak macam
membaja, meracun, yang tak perlukan hari-hari. 15 orang ni memang daripada dulu. Daripada
saya bujang sampai dah anak 5. Pekerja saya memang dah 15- 16 tahun dah” (UE-1)

26 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

“Selepas convert kepada travel agency, kita mencipta lebih banyak peluang pekerjaan seperti
pemandu pelancong dan agen jualan pakej. Iya, kita mencarum PERKESO, KWSPuntuk pekerja
tetap (enam orang)” (UE-2)

Sebanyak 7 pekerjayang sayaambil dan banyak jugak yangpart time lah, SOCSO, KWSP.Iya.ada.”
(UE-7)

“kami kurangkan tinggal dalam 22 orang pekerja termasuk di restoran. Kat farm saya ada bapa
tunggal, ibu tunggal tapi banyak belia lah.” (UE-8)

“Sekarang ni belia kampung lah. Tapi kat kilang nanti open lah.” (UD10)

“Sebelum ni ada kita bantu seorang ibu tunggal tapi dia dah tak tunggal lah sekarang ni.Dah bertemu
jodoh. Lepastu yanglain sebelumni saya memang ada OKU penglihatannakmohon kerja, saya kata
tempat sekarang ni tak sesuai mungkin tempat baru nanti sesuai lah. Golongan yang kurang
bernasib baik tu memang ada lah.”(UD5)

“Umur antara 50 ke bawah. Ada juga bekas staff kita OKU.” (UD11)

Pelaksanaan program RBC telah memberi impak yang besar terhadap usahawan dari segi peningkatan
perniagaan yang dijalankan. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa bantuan yang
diberikan melalui program RBC telah membantu para usahawan dalam mengembangkan perniagaan yang
dijalankan. Melalui bantuan kewangan yang diberikan berlaku penambahan modal, pengubahsuaian premis
perniagaan, pembelian mesin dan sebagainya yang mana ianya telah membantu meningkatkan produktiviti
yang dihasilkan. Perkara ini secara tidak langsung meningkatkan penawaran produk di pasaran dan
dikembangkan dengan lebih meluas di seluruh negara. Hal ini secara langsung juga telah meningkatkan
pendapatan sesebuah perniagaan. Ianya jelas dilihat apabila rata-rata usahawan mengakui bahawa telah
berjaya meningkatkan pendapatan tahunan purata 30 hingga 50 % selepas menyertai RBC. Faktor modal
adalah merupakan sumber yang paling penting dalam membangunkan ekonomi belia di luar bandar yang mana
tanpa adanya bantuan modal usaha untuk membangunkan sesebuah perniagaan tidak dapat dilaksanakan (Siti
Khariah & Mohd Ra’in, 2016). Perkara ini juga disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Nurmaizura,
Solehuddin & Hairunnizam (2017) yang mana bantuan kewangan seperti suntikan modal adalah satu bentuk
penjanaan pendapatan dalam perniagaan bagi jangka masa panjang dan ianya berupaya membantu
mentransformasikan individu untuk menjadi usahawan sekaligus membina sumber pendapatan sendiri. Menurut
Azmi, Nik Hairi & Lee (2012), berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas seramai 70 orang usahawan,
seseorang usahawan dapat dikategorikan sebagai golongan yang berjaya adalah berdasarkan kepada
keuntungan perniagaan dan keupayaan usahawan mendapat keuntungan selama lebih dari tiga tahun dan
mendapat pulangan modal kurang dari lima tahun selepas suntikan modal dilakukan. Oleh yang demikian,
dapat dilihat bahawa kebanyakan pemenang RBC merupakan golongan usahawan yang berjaya kerana
berdasarkan dapatan dilaporkan bahawa para usahawan berjaya mendapat pulanganpelaburan yang dilakukan
dalam tempoh 1 hingga 3 tahun (45.8%) dan antara 4 hingga 7 tahun (40.3%) yang mana ianya bergantung
kepada kaedah pengurusan kewangan sesebuah perniagaan yang dilakukan.

27 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

Selain memberi impak terhadap pembangunan perniagaan dan bantuan dari suntikan modal, RBC juga telah
membantu para usahawan meningkatkan produktiviti yang dihasilkan dari segi jumlah dan penghasilan
produk-produk baharu serta produktiviti perkhidmatan. Melalui perolehan pendapatan yang meningkat,
perolehan mesin yang lebih canggih, infrastruktur syarikat seperti premis, kilang, tanah dan juga kemudahan
teknologi yang lebih baik telah berjaya meningkatkan pengeluaran produktiviti dari segi kemahiran pekerja
serta penghasilan produk-produk baharu. Menurut Liew, Zulridah & Tee (2012), produktiviti sesuatu
perniagaan bukan hanya dapat dilihat melalui jumlah produk yang dihasilkan tetapi turut dapat dilihat melalui
kualiti kerja yang dilakukan oleh para pekerja terutamanya dalam sektor perkhidmatan. Hasil kajian yang
dilakukan menunjukkan bahawa majikan yang mampu menyediakan infrastruktur khasnya kemudahan
teknologi dan ICT yang lebih baik mampu meningkatkan produktiviti pekerja. Mohd Adib & Siti Sarah (2015),
juga menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kekangan kewangan dan produktiviti
sesebuah syarikat yang mana syarikat yang mempunyai dana yang mencukupi mampu meningkatkan
produktiviti dan sebaliknya. Oleh yang demikian, sumber kewangan yang baik adalah diperlukan oleh semua
usahawan bagi membantu menyediakan segala kemudahan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam
perniagaan. Sehubungan dengan itu, jelas menunjukkan bahawa impak RBC memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan dan peningkatan produktiviti sesebuah perniagaan yang dijalankan.

Program RBC dilihat memberi impak yang sangat besar dalam meningkatkan peluang pekerjaan terutamanya
kepada masyarakat luar bandar. Menurut Norhayati, Ishak & Rahmah (2012), keterbukaan ekonomi dan
kadar pertumbuhan ekonomi di sesebuah kawasan memainkan peranan yang penting terhadap jumlah
penawaran pekerjaan. Penglibatan golongan wanita dalam bidang pekerjaan semakin menurun akibat dari
faktor keluarga, penjagaan anak dan sebagainya menyebabkan ramai golongan ini mengambil inisiatif untuk
berada di rumah. Walau bagaimanapun, menurut Norehan et al (2012), akibat daripada desakan kewangan dan
peningkatan taraf hidup ramai golongan wanita khususnya ibu tunggal memerlukan pekerjaan bagi
mendapatkan pendapatan bagi menampung keperluan mereka. Oleh itu, penawaran pekerjaan pada golongan
ini amat diperlukan di kawasan-kawasan luar bandar yang mana melalui RBC, dapat dilihat bahawa
perkembangan perniagaan di kawasan luar bandar telah memberi peluang pekerjaan kepada golongan ibu
tunggal, asnaf, warga emas, belia kampung serta golongan OKU. Peluang pekerjaan yang diwujudkan ini
telah membantu golongan-golongan ini menjana pendapatan sendiri dan membantu meningkatkan taraf
kehidupan mereka. Penduduk setempat juga mendapat pelbagai manfaat sebagai pekerja melalui caruman
KWSP dan PERKESO yang dilaksanakan oleh majikan yang mana ianya merupakan satu jaminan kewangan
bagi masa depan para penduduk. Di samping itu juga, perkembangan perniagaan yang diusahakan oleh para
usahawan juga telah memberi peluang bagi golongan pelajar yang mana berdasarkan dapatan yang
diperolehi, kebanyakan syarikat telah berjaya menawarkan latihan praktikal dan industri kepada pelajar di luar
bandar bahkan ada yang terus diserap bekerja selepas tamat pembelajaran mereka.

28 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa program RBC telah berjaya melahirkan usahawan- usahawan
baharu terutamanya golongan belia. Melalui RBC para usahawan telah berjaya mewujudkan pelbagai agen
jualan, stokis, vendor dan francais di serata tempat sama ada secara langsung atau berbentuk digital. Kajian ini
mendapati bahawa kebanyakan usahawan telah berjaya membentuk agen dan stokis produk yang dihasilkan
bahkan terdapat agen dan stokis yang telah berjaya menghasilkan penjenamaan produk sendiri melalui
inovasi yang dilakukan. Selain itu, melalui program RBC juga, usahawan juga telah berjaya melahirkan
usahawan belia dalam kalangan masyarakat sekitar. Melalui bimbingan dan latihan yang diberikan ianya
secara tidak langsung memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk melakukan perniagaan sendiri.
Contohnya melalui bantuan bekalan bahan mentah, bekalan produk dan sebagainya. Kesimpulannya, dapatan
menunjukkan program RBC adalah bertepatan dengan objektif mengapa program ini diwujudkan iaitu untuk
menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, meningkatkan pendapatan golongan luar bandar serta
membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada golongan luar bandar.

Walau bagaimanapun, penularan pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia bukan hanya
memberi impak kepada tahap kesihatan penduduk di negara ini. Malah menurut International Labor
Organization (ILO) (2020), ia turut menyebabkan lumpuhnya beberapa sektor ekonomi termasuklah memberi
impak negatif terhadap perniagaan usahawan RBC. Bagi membendung penularan Covid-19, pelbagai SOP
dan prosedur telah diwujudkan oleh pihak kerajaan termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
telah meminimumkan pergerakantermasuk larangan merentas daerah dan negeri. Perlaksanaan PKP di
seluruh negara sedikit sebanyak telah memberi impak kepada perniagaan yang dijalankan. Hasil temu bual
yang dilakukan ke atas para usahawan RBC menunjukkan terdapat beberapa cabaran yang perlu dilalui oleh
mereka dalam memastikan perniagaan dapat dijalankan dalam tempoh PKP iaitu antaranya adalah dalam
mengekalkan pekerja sedia ada, kesukaran dalam mendapatkan bahan mentah, perniagaan terpaksa ditutup
sepanjang PKP, pergerakan terbatas berikutan larangan merentas daerah dan negeri serta perlaksanaan kursus
pembangunan usahawan terpaksa dibatalkan terutamanya melibatkan perjumpaan secara fizikal. Cabaran-
cabaran ini telah memberi pengaruh yang besar kepada usahawan untuk memastikan perniagaan dapat
dilaksanakan walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan. Perkara ini selari dengan kenyataan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2021 yang mana pandemik Covid-19 telah dilihat memberi
impak yang negatif terhadap pekerjaan dan perniagaan terutamanya dari segi hilang pekerjaan dan sumber
pendapatan, permintaan dan jualan berkurang daripada pemborong dan perniagaan, gangguan semasa
bekerja, perniagaan atau premis terpaksa ditutup serta berlaku pemotongan gaji dalam kalangan pekerja
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021).

Menerusi hasil kajian juga, menunjukkan terdapat usahawan yang masih meneruskan perniagaan semasa
pandemik Covid-19 malahan ada di antaranya tidak terjejas dari segi pendapatan dan perniagaan akibat
perlaksanaan PKP. Dapatan menunjukkan, rata-rata usahawan yang berjaya menjalankan dan mengekalkan
perniagaan mereka adalah hasil daripada tindakan dan alternatif yang diambil iaitu dengan cara mengubah
model pemasaran perniagaan yang mana kebanyakan perniagaan dilaksanakan menerusi jualan atas talian
berbanding jualan secara fizikal. Selain itu, para usahawan juga dilihat menukar bisnes model yang baru
dengan melakukan penambahbaikan

29 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

terhadap model sedia ada dengan menyesuaikan bentuk perniagaan dengan keadaan semasa serta
melaksanakan pendekatan perniagaan yang berbeza seperti pemasaran menerusi agen dan stokis, jualan di
aplikasi media sosial seperti Shopee, Lazada, Instagram, Facebook, Telegram dan sebagainya. Tindakan ini
dapat dibuktikan apabila statistik menunjukkan sepanjang tempoh perlaksanaan PKP aktiviti perniagaan
dalam talian telah meningkat sehingga 28.9 peratus yang mana kebanyakan perusahaan dan perniagaan sedia
ada cenderung beralih kepada pemasaran produk secara digital dan peluang ini turut sama direbut oleh
banyak usahawan baharu bagi meneruskan kelangsungan hidup (Berita Harian, 2020).
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa program RBC adalah bertepatan dengan objektif program ini
diwujudkan bagi menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, meningkatkan pendapatan golongan
luar bandar serta membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada golongan luar bandar. Keupayaan dan
kemampuan para usahawan untuk menangani krisis dengan baik seperti perlaksanaan PKP dapat membantu
para usahawan membentuk dan mencari pelbagai alternatif terbaik bagi memastikan perniagaan dapat
dijalankan. Hal ini menunjukkan modal insan menerusi kemahiran serta latihan yang diterapkan kepada
usahawan melalui program RBC dapat membantu membina daya tahan para usahawan bukan hanya dari segi
mengembangkan perniagaan bahkan banyak membantu pihak usahawan dari segi pengurusan perniagaan
serta pengurusan krisis dengan lebih baik.

KESIMPULAN

Kajian ini meneliti perkembangan dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan luar bandar, dengan memberi
fokus terhadap keadaan terkini para pemenang RBC dari 2012 hingga 2015. Kajian ini turut membincangkan
pendekatan perniagaan yang menjanjikan hasil serta melihat beberapa syarikat yang mempunyai kelebihan
daya saing dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Inisiatif kementerian Pembangunan Luar Bandar
(KPLB) dalam mengadakan Program Rural Business Challenge (RBC) yang dijalankan dalam kalangan belia
luar bandar adalah satu tindakan positif dan membanggakan negara. KPLB secara khususnya menyasarkan belia
luar bandar untuk terus berniaga bagi memberi manfaat kepada mereka secara langsung dan pembangunan
serta kelestarian kampung secara tidak langsung. Usaha ini membantu usahawan dalam memajukan
perniagaan yang diusahakan dengan lebih cepat berbanding situasi ketika sebelum memenangi pertandingan
ini. Dalam zaman Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang semakin mendapat tempat ini,teknologi baharu dapat
mewujudkan peluang di kawasan luar bandar yang sebelumnya tidak pernah wujud. Dengan dasar yang
efektif, usaha yang bersepadu, dan kesediaan untuk belajar daripada setiap kejayaan dan kegagalan bakal
memungkinkan peluang-peluang menarik dapat direalisasikan serta membentuk kehidupan luar bandar yang
berkembang maju dan mempunyai daya saing yang tinggi.

Pemakluman :

Kajian ini telah ditaja oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan rujukan
KPLB/UD/9/2020

30 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

RUJUKAN

Azmi A. M, Nik Hairi. O & Lee K. Y. (2012). Faktor Kritikal Kejayaan Usahawan Dalam Perniagaan.
Journal of Social Sciences and Humanities. Volume 7, Number 1, 034-045, AprilSpecial- 2012 ISSN: 1823-
884x

Hisrich, R.D. and Peters, M.P.}2002. Business and industrial management. McGraw-Hill International
editions

Blaikie, N. (2000). Designing Social Research. Cambridge, England: Polity Press

Breslin, Dermot & Gatrell, Caroline. (2020). Developing Insights through Reviews: Reflectingon the 20th
Anniversary of the International Journal of Management Reviews. International Journalof Management
Reviews. 10.1111/ijmr.12219.

Dermot Moran and Joseph Cohen (2012). The Husserl Dictionary., The HumanisticPsychologist, 43:3, 317-
320, DOI: 10.1080/08873267.2015.1034356

Guba, E. G., & Lincoln, Y. S. (1994). Competing paradigms in qualitative research. In N. K.Denzin& Y. S.
Lincoln (Eds.), Handbook of qualitative research (Vol. 2, pp. 163–194).
Thousand Oaks, CA: Sage.

Guba, E. G., & Lincoln, Y. S. (2005). Paradigmatic controversies, contradictions, and emerging confluences. In
N. K. Denzin & Y. S. Lincoln (Eds.), The Sage handbook of qualitative research(3rded., pp. 191–215).
Thousand Oaks, CA: Sage.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar. (29 Ogos 2019). BICARA@KPLB: ‘MemahamiHasrat Memenuhi
Harapan’. Selangor: INFRA

Khairul Azmi, J., (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan Dalam Kajian Kualitatif. Kertas kerjadibentangkan
di kursus Penyelidikan Kualitatif 2012. Melaka

Liew C. S., Zulridah M. N., Tee B. A. (2012). Kesan ICT terhadap Produktiviti Pekerja dalam Sektor
Perkhidmatan Terpilih di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 46(2) 2012 115 - 126

Mamat, M. A., Saat, I., & Ariffin, K. (2014). Impak Dasar Ekonomi Baru ke atas PeningkatanEkonomi
Bumiputera Selepas Tragedi 13 Mei 1969. Perspektif Jurnal Sains Sosial DanKemanusiaan, 6 (3), 138 - 151.
Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1680

Mohd Adib. I & Siti Sarah. A. (2015). Kesan Kekangan Kewangan Ke Atas Produktiviti Firma DiMalaysia.
Jurnal Ekonomi Malaysia 49(2) 2015 87 - 95 Httapi://Dx.Doi.Org/10.17576/JEM-
2015-4902-08

Norehan. A., Rahmah. I., Zulridah M. N., & Fariza. A. (2012). Kebarangkalian Bekerja WanitaBerkahwin di
Malaysia. win di Malaysia Jurnal Ekonomi Malaysia 46(1) (2012) 107 – 117.

Norhayati. B, Ishak. Y & Rahmah. I. (2012). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengangguran Di Malaysia.
Prosiding Perkem Vii, Jilid 1 (2012) 209 - 227 Issn: 2231-962x

31 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

Nurmaizura.M., Solehuddin.Z., Hairunnizam.W. (2017). Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan
Terhadap Usahawan Asnaf Dalam Konteks Maqasid Al-Syari’ah: Kajian Di DaerahKuala Terengganu dan
Kuala Nerus, Terengganu. Prosiding Perkem 12, (2017) 131 -141 Issn: 2231-962
Ranita Manapa, Norziah Othmana, Siti Nurashidah Roslana,Khairunnisa Ismaila, Aimi
FadzirulKamarubahrin. 2019. Measuring The Effectiveness Of University Programmes Based On
Evaluation Models: A Meta-Analysis. Journal of Islamic Social Sciences and Humanities. Vol. 20 (1)
Special Issue, Nov. 2019: 78-95
Salasiah Abdullah, Khairul Azmi Abu Bakar. (2018). Towards Secure Risk-Adaptable AccessControl In
Cloud Computing. - International Journal Of Advanced Computer Science And Applications.
Saleh, M. H., Ismail, Z., & Hussin, Z. (2018). Model Penilaian Program Tahfiz Al-Quran DiNusantara
Berdasarkan Model Penilaian Provus (Discrepancy Evaluation Model). JuPiDi: Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 5(2), 64-75.
Siti Khariah & Mohd Ra’in, 2016. Pembangunan Ekonomi Belia Luar Bandar. MalaysianJournalof Youth
Studies: Malaysian Journal Of Youth Studies, Jilid 14 : 2016.
https://www.researchgate.net/publication/337898819_Developing_Insights_through_Reviews_R
eflecting_on_the_20th_Anniversary_of_the_International_Journal_of_Management_Reviews

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id=VkdmMktJWXhYSFd3dU
Vwa2ZrTTgzZz09
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/701902/jualan-dalam-talian- meningkat-
289-peratus-pada-april
https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM_BPP
D_1-2020_Siri-17.pdf

32 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

TAJUK KAJIAN:

PERDA- TECH SEBAGAI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PELAN
TINDAKAN, KEKUATAN, PELUANG DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

Prof Dato Dr Muhamad Jantan, Prof Dato Sr Dr Omar Osman, Prof Dr Rosni Abdullah,
Prof Dr Ahmad Fauzi Mohd Noor, Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad
Farouk, Dr Musa Ali, Dr Dayang Haszelinna Abang Ali
Usains,
Universiti Sains Malaysia

33 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

PERDA-TECH SEBAGAI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI: PELAN TINDAKAN,
KEKUATAN, PELUANG, DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Prof Dato Dr Muhamad Jantan, Prof Dato Sr Dr Omar Osman, Prof Dr Rosni Abdullah,
Prof Dr Ahmad Fauzi Mohd Noor, Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad
Farouk, Dr Musa Ali, Dr Dayang Haszelinna Abang Ali

Usains,
Universiti Sains Malaysia

ABSTRAK
PERDA-TECH merupakan sebuah institusi kemahiran tinggi yang bertapak di PulauPinang sejak tahun
1987, di mana objektif utamanya adalah untuk memberi bantuan kepada pelajar golongan B40
melanjutkan pengajian mereka. Satu kajian impak telah dilaksanakan melibatkan institusi PERDA-
TECH. Dua metodologi untuk pengumpulan data digunakan iaitu melalui kaedah kualitatif dan
kuantitatif. Artikel ini memfokuskan kepada beberapa perkara iaitu Bidang Tumpuan Utama PERDA-
TECH sebagai Institut Kemahiran Tinggi, kekuatan PERDA-TECH dan peluang yang boleh diberikan
pada masahadapan, serta cadangan bagi mengekalkan kerelevanan TVET dan Institusi Kemahiran Tinggi
PERDA-TECH pada masa hadapan. Satu penilaian terhadap pelan strategik telah dilaksanakan, di mana
ia tertumpu kepada 8 Bidang Tumpuan Utama (KFA) sebagai panduan untuk memacu PERDA-TECH
ke arah yang lebih proaktif. PERDA-TECH mempunyai beberapa kelebihan dari segi mampu
memasarkan graduan yang melayakkan mereka untuk mendapat peluang pekerjaan, kerjasama industri,
pengiktirafan program, dan kemudahan teknologi. Berdasarkan kekuatan yang dimiliki, PERDA-TECH
berjaya mencipta peluang kepada generasi B40 ke arah masa depan yang lebih cerah. Dua kaedah analisis
yang digunakan adalah Analisis PESTLE dan Analisis SWOT. Melalui kedua-dua analisis ini, beberapa
cadangan telah dikemukakan bagi menambahbaik polisi PERDA-TECH. Kesimpulannya, PERDA-
TECH telah memainkanperanan sebagai sebuah institusi yang membantu para pelajar meningkatkan
kualiti hidup serta melahirkan tenaga kerja yang berkualiti untuk industri dalam negara.

Kata Kunci: PERDA-TECH, TVET, Pelan Tindakan, KFA, SWOT.

34 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

LATAR BELAKANG PERDA-TECH

PERDA Advanced Technical Institute (PERDA-TECH) atau Institut Kemahiran PERDA merupakan
sebuah intitusi pengajian pasca sekunder yang bertumpukan kepada pendidikan kemahiran atau
dikenali sebagai pendidikan TVET (TechnicalVocational Education and Training). PERDA-TECH
juga telah diangkat sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Kerajaan (IPTK) yang berdaftar di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga sebagai Pusat Bertauliah di bawah Jabatan
Pembangunan Kemahiran. Institusi ini telah mula beroperasi sebagai sebuah Pusat Latihan pada
tahun 1987 dan telah dinaik taraf kepada status semasa sebagai Institut Kemahiran Tinggi pada 16
Disember 2007. Dalam meningkatkan tarafnya sebagai sebuah institut teknikal kemahiran tinggi,
penyusunan semula kursus dan bidang pengajian telah dilaksanakan PERDA- TECH dan kini ianya
menawarkan tujuh program pengajian di peringkat Sijil dan enam program di peringkat Diploma.

Program-program yang telah ditawarkan oleh PERDA-TECH telah menerima pengiktirafan daripada
pihak berkait seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia
bagi Sijil, dan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi programDiploma. Selain itu,
pengiktirafanjuga telah diterima daripada pihak industri atau professional seperti CISCO untuk
bidang Teknologi Maklumat dan Suruhanjaya Tenaga bagi Kursus Pendawaian PW2 untuk Program
Sijil Teknologi Elektrik. Sepanjang penubuhan PERDA-TECH selama 30 tahun, institusi ini telah
mencapai mandat penubuhannya untuk membantu menaik taraf sosio-ekonomi golongan B40
melalui pendidikan dan latihan kerjaya.

TVET adalah pendidikan pasca sekolah menengah yang berasaskan kemahiran. Perkara ini
membuktikan bahwa pentingnya pendidikan kemahiran dalam memenuhi keperluan tenaga kerja
dalam pembangunan sosio-ekonomi negara. Antara dasar dan inisiatif utama TVET adalah
melibatkan pembentukan dasar bagi memperkasakan pendidikan TVET, meningkatkan kolaborasi
dan kerjasama Kementerian Pendidikan dengan Industri (model Tiple Helix), menggalakkan
enrolmen dalam bidang TVET, meningkatkan kualiti dan kerelevanan dalam program TVET dan
meningkatkan imej pendidikan TVET. Tenaga kerja berkemahiran teknikal pertengahan (blue collar
workers) diketengahkan kerana ianya sangat penting bagi pertumbuhan sosio-ekonomi negara
terutamanya kepada negara-negara yang masih membangun. Antara negara-negara termaju yang
memberi tumpuan kepada pendidikan TVET demi memastikan kelangsungan industri pembangunan
teknologi adalah Jepun, Jerman dan Switzerland.

Pelaksanaan projek ini adalah untuk merangka satu pelan strategik dan tindakan yang mampu
melonjakkan kecemerlangan PERDA-TECH sekaligus menepati aspirasinya dalam meningkatkan
sosio-ekonomi pemegang taruh, terutamanya dari segi kebolehpasaran dan pendapatan bakal
graduannya. Antara objektif kajian adalah bagi mendapat maklumbalas tentang kebolehpasaran dan
pendapatan yang dinikmati oleh graduan PERDA-TECH. Kedua, mengenalpasti faktor berkaitan
graduan hasil pembelajaran dan faktor pasaran yang empengarui kebolehpasaran. Ketiga,
menyediakan pelan rancangan strategik yang komprehensif bagi tempoh lima tahun dan sepuluh
tahun. Namun begitu, kertas kajian ini memfokuskan kepada tiga perbincangan utama, iaitu
berkaitan dengan Bidang Tumpuan Utama (KFA), kekuatan dan peluang, serta cadangan yang
diberikan oleh pihak penyelidik.

Bagi mengenalpasti kekuatan dan peluang yang dimiliki oleh PERDA-TECH, pihak penyelidik telah
merangka satu pelan tindakan yang merangkumi Bidang Tumpuan Utama (KFA), Strategi, Inisiatif
Strategik, Output, sumber, tanggungjawab dan sasaran masa untuk membawa PERDA-TECH ke
peringkat yang lebih tinggi. Analisis telah dijalankan dengan menggunakan dua kaedahiaitu SWOT
dan PESTLE.

Kajian ini merupakan satu kajian kes yang melibatkan sebuah institusi iaitu PERDA-TECH di mana
reka bentuk kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif. Rangka utama yang
digunakan berdasarkan Model Transformasi Kecemerlangan Organisasi. Data kualitatif diperoleh
oleh kajian rintis dengan tatacara FGD (Focus Group Discussion) yang melibatkan empat kumpulan
iaitu staf, alumni, ibu bapa dan majikan. Bagi data kuantitatif pula, kajian lapangan telah

35 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

dilaksanakan melalui penilaian borang kaji selidik empat kumpulan tersebut tentang isu-isu
mengenai kebolehpasaran, faktor dalam dan faktor luaran.

Latar belakang TVET

Semua negara di Asia Tenggara berusaha untuk menuju ke arah pendidikan TVET bagi mengejar
Revolusi Industri 4.0. Sebagai contoh, empat kuasa besar di Asia Tengga iaitu Indonesia, Singapura,
Thailand dan Vietnam telah mewujudkanbeberapa inisiatif untuk memperkasakan pendidikan TVET
di negara masing- masing. Di Indonesia, kerajaan berusaha untuk memperkukuhkan kerjasama
dengan industri bagi menaikkan imej TVET. Antara usaha yang telah dilakukan termasuklah
meningkatkan kualiti pendidikan, menambahbaik program, serta mensasarkan pendidikan universiti
bertaraf dunia (Kementerian Pendidikan danBudaya, 2017).

Singapura memulakan transformasi TVET bermula tahun 2000, di mana kurikulum baharu
dibangunkan dengan 70% praktikal dan 30% teori. Mereka juga telah memperkenalkan ITE yang
dikenali sebagai ITE Trailblazer yang berfokuskan kemajuan ekonomi dan masyarakat bagi
menyediakan kemahiran yang berorientasikan kerjaya professional (Tan, 2016).

Di Thailand, pendidikan TVET diletakkan di bawah bidang kuasa Office of Vocational Education
Commission (OVET) yang berperanan untuk menawarkan pekerjaan kepada 14,000 tenaga pengajar,
selain memperkenalkan program appretinceship dan menggalakkan penyertaan golongan wanita
dalam TVET. Ia bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan bersesuaian dengan
keperluan Revolusi Industri 4.0. DI Vietnam, TVET telah diselaraskan oleh Ministry of Labour,
Invalids, and SocialAffairs (MoLISA). Pada tahun 2019 hingga 2020, strategi TVET telah dirangka
dari segi undang-undang TVET dan membangunkan Vietnamese Vocational Training Accreditation
Agency (VVTAA) sebagai laluan transformasi TVET di Vietnam. (Paryono, 2017).

Manakala di Malaysia, Malaysian Board of Technologist (MBOT) telah ditubuhkan bagi
menyelaraskan latihan dan sukatan pelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
merombak sistem pendidikan dan melaksanakan Tranformasi Pendidikan Vokasional sebagai
agenda kebangsaan. Selain itu, program diploma juga turut ditawarkan di kolej awam dan swasta
sebagai Public-Private Partnership (PPP) di bawah Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS) (Ahmad,
2016).

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, Technical Vocational Education and Training atau
lebih dikenali sebagai TVET ialah sebuah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju
pekerjaan dan mempunyai fokus utama terhadap industri. TVET diasaskan dengan matlamat untuk
memenuhi permintaan industri serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan
globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.
PERDA-TECH telah diperkenalkan sebagai salah satuinstitusi kemahiran di Malaysia yang berfokus
kepada pendidikan TVET dan memberi penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran
psikomotor, dan pendedahan kepada latihan industri mengikut tahap piawaian yang diiktiraf.

Sebagai negara yang masih membangun, graduan TVET mempunyai satu kelebihan di mana mereka
diperlukan oleh pelbagai agensi dalam industri berasaskan kemahiran disebabkan penguasaan ilmu
praktikal berbanding graduan akademik. Perkara ini sekaligus dapat mengurangkan tahap
pengangguran dalam kalangan graduan baru kerana graduan TVET mempunyai kebarangkalian yang
tinggi untuk mendapat kerja sejurus tamat pengajian (Khadijah Alavi, 2015). Walaupun akademik
menjadi fokus utama, namun masyarakat perlu bersifat terbuka dalam menerima institusi kemahiran
sebagai salah satu cabang pendidikan di Malaysia sejajar dengan Revolusi Industri Ke-4.

Pelan Tindakan

Pihak penyelidik telah merangka sebuah jadual pelan tindakan yang merangkumi beberapa aspek,
seperti Bidang Tumpuan Utama (KFA), Strategi (S), Inisiatif Strategik (SI) Output, Sumber,
Tanggungjawab dan Sasaran Masa. Pembinaan pelan tindakan ini adalah amat penting bagi
menjawab objektif kajian. Pelan strategik yang dirangka adalah seperti berikut:

36 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

PELAN TINDAKAN: Bidang Tumpuan Utama (KFA), Strategi (S), Inisia

KFA STRATEGI INISIATIF STRATEGIK

KFA 1: Program S1: Memperkenalkan SI 1: Menyediakan program Pra Pelaj
Persediaan Pra Program Persediaan Pra TVET lebih
Peni
TVET TVET SI 2: Program Outreach / Pra perm
Enrolmen kema

SI 3: Menyediakan laluan Bilan
kepada akademik staf akad
mendapatkan kemahiran
S2: Penyediaan dan profesional Kual
akad
KFA 2: Sumber pengambilan tenaga Kual
tenaga pengajar akad
professional dan akademik berkemahiran SI 4: Pengambilan tenaga berp
berpengalaman tinggi dan relevan kepada akademik sesuai dengan Insti
pembangunan industri keperluan program baru bera
syari
SI 5: Pengambilan tenaga saha
akademik pelawat/adjunct
Insti
KFA 3: S3: Pengukuhan tadbir SI 6: Pengukuhan governans bera
Pemantapan urus institusi melalui BPR mem
governans S4: Pengukuhan urus SI 7: Menjajarkan proses sumb
tadbir pengurusan perjawatan dan kewangan
akademik selaras dengan hala tuju baru

KFA 4: S5: Pengurusan SI 8: Meningkatkan kecekapan
kewangan yang cekap pengurusan melalui
Penggantungan perancangan tahunan dan
sumber kewangan dan berfokus penjanaan pendapatan
kerajaan dalam tambahan (S6)

urusan utama S6: Mempelopori SI 9: Bekerjasama dengan
hala tuju/TOR PERDA dan industri untuk
dan menjana sumber kewangan penyediaan latihan, dan akses
kewangan dalam tambahan dari aktiviti sumbangan CSR dan agensi
aktiviti tambahan latihan dan sumbangan WAQAF
CSR dengan industri, dan

badan-badan
WAQAF

atif Strategik (SI) Output, Sumber, Tanggungjawab dan Sasaran Masa

OUTPUT SUMBER TANGGUNGJAWAB SASARAN MASA
Hal ehwal 2021
jar yang masuk Sumber manusia akademik
h bersedia dan kewangan 2028-2032
ingkatan Pejabat
mohonan Perhubungan Luar 2022-2025
masukan
2022-2025
ngan tenaga Sumber Hal ehwal akademik 2022-2025
demik yang cukup kewangan , Bahagian Khidmat 2028-2032
2028-2032
liti tenaga Sumber manusia Pengurusan
demik yang sesuai
Sumber manusia
liti tenaga
demik yang Sumber manusia Pengarah PERDA-
pengalaman TECH
Sumber manusia
itusi yang lebih dan kewangan
autonomi (anak
ikat berhad [tanpa
am]/yayasan)

Sumber manusia 2021

itusi lebih Pengarah PERDA-
autonomi untuk TECH
mpelbagaikan
ber pendapatan Sumber manusia 2025 -2028

37 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

KFA STRATEGI INISIATIF STRATEGIK

SI 10: Pemantapan program Prog
sedia ada peringkat sijil dan deng
diploma dalam jangkamasa indu
pendek yang memenuhi ciri-ciri
strategik

KFA 5: Program SI 11: Penawaran program baru Prog
yang relevan,
berkualiti, S7: Pengukuhan dan peringkat sijil dan diploma dalam deng
berpermintaan pemantapan kurikulum
tinggi, berpotensi melalui proses jangkamasa sederhana yang peru
kebolehpasaran pengemaskinian
graduan yang Penambahbaikan Kualiti memenuhi ciri-ciri dalam
tinggi. Berterusan (CQI) strategik sede
berasaskan TVET
SI 12: Penawaran dan Mem
pembangunan program latihan pera
eksekutif professional dan dalam
berasaskan teknologi dan pem
usahawan dalam sepa
jangka masa sederhana

SI 13: Penawaran program Men
peringkat tinggi (Ijazah) yang
berfokus dalam jangkamasa men
panjang ke pe
lebih

KFA 6: Program S11: Menyediakan SI 14: Program usahasama Men
Berasaskan graduan siap-siaga industri dan PERDA-TECH pene
Industri industri (Industry-ready (model 2U2I)
(Industry-based graduates) dengan SI 15: Model Program Diploma
program) pedagogi yang Kolej Vokasional
menekankan
pembelajaran dalam SI 16: Peningkatan kemahiran
insaniah dan penguasaan dan
suasana alam kerja. komunikasi Bahasa English

SI 17: Peningkatan kemahiran Men
keusahawanan keus

KFA 7: Imej: S9: Meningkatkan SI 18: Mengenalpasti industri MyQ
PERDA-TECH jalinan kerjasama dan badan profesional serta (med
yang Unggul dan dengan industri dan bentuk kerjasama yang akan
badan profesional dilaksanakan; dan
Relevan mengelompokkan rakan
strategik mengikut
industri/wilayah

OUTPUT SUMBER TANGGUNGJAWAB SASARAN MASA

gram yang sejajar Sumber manusia Hal ehwal 2021
gan keperluan akademik
ustri 2025-2028
2021
gram yang sejajar Sumber manusia Hal ehwal
gan mengikuti akademik 2022-2025
ubahan industri Sumber manusia 2025-2028
m jangkamasa Sumber manusia Hal ehwal 2025-2028
erhana Sumber manusia akademik 2025-2028
dan hubungan 2025-2028
mperluaskan industri
anan PERDA-TECH
m inisiatif
mbelajaran
anjang hayat

ngingkatkan peluang
nyambung pengajian
eringkat
h tinggi

ningkatkan peluang Sumber manusia Hal ehwal akademik
empatan pekerjaan dan hubungan
ningkatkan peluang Sumber manusia industri
sahawanan berjaya dan kewangan

Sumber manusia

Quest rating Sumber manusia Ketua Unit 2028-2032
dium to long term) Hubungan Industri

38 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

KFA STRATEGI INISIATIF STRATEGIK

S10: Menambah SI 19: Merekabentuk transkrip
maklumat tentang akademik graduan yang baru.
kemahiran insaniah
dalam transkrip SI 20: Keserakanan Industri
akademik graduan (Industry Partnership)

S11: Meningkatkan 1. Maklumbalas dari alumni dan
pembelajaran yang industri - Survei untuk
setara dengan mendapatkan jangkaan
infrastuktur yang daripada alumni mengenai
mengikut teknologi terkini yang industri
perkembangan gunakan.
teknologi semasa dan 2. Penandaarasan dengan
masa depan. institusi yang cemerlang di
peringkat antarabangsa.
S12: Meningkatkan 3. Meningkatkan jumlah
kompetensi tenaga peruntukan dalam
pengajar pembangunan daripada agensi
pusat.

SI 21: Kolaborasi dengan
Universiti seperti UniKL -
Menggalakan tenaga pengajar
untuk menyambung pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi.

SI 22: Kolaborasi dengan
Industri - Program penempatan
pensyarah di industri khususnya
dengan syarikat
MNC berkaitan

OUTPUT SUMBER TANGGUNGJAWAB SASARAN MASA

Sumber manusia Hal Ehwal Pelajar 2028-2032

Sumber manusia Ketua Unit 2022-2032
dan kewangan Kewangan dan
Hubungan Industri

Sumber manusia 2028-2032
2028-2032
Sumber manusia Khidmat
dan kewangan Pengurusan

39 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

KFA STRATEGI INISIATIF STRATEGIK

KFA 8: Imej: S13: Membangunkan SI 23: Pelaksanaan perancangan Kese
PERDA-TECH Pelan strategik dan pelan strategik jangka pendek, tenta
Institusi Dinamik tindakan yang sederhana dan panjang
komprehensif yang
dipantau secara berkala. SI 24: Pelan penjenamaan dan
pemasaran jangka sederhana
dan panjang

SI 25: Pelan komunikasi
institusi untuk mencapai
visibility

SI 26: Pelebaran laluan
kemasukan ke PERDA-TECH
merangkumi kawasan Koridor
Utara (kerjasama dengan
Koridor Utama, Kulim Hi-Tech,
Sungai Petani, Bayan Lepas,
Rubber City , Upper Kamunting,
dan kawasan-kawasan
pertumbuhan dalam wilayah)

OUTPUT SUMBER TANGGUNGJAWAB SASARAN MASA
2028-2032
Sumber manusia 2028-2032
2022-2032
Sumber manusia

edaran masyarakat Pengarah PERDA-
ang PERDA-TECH TECH

Sumber manusia
dan kewangan

2022-2032

40 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam bahagian ini, beberapa dapatan kajian diperolehi berdasarkan data lapangan yang telah
dijalankan oleh penyelidik. Tumpuan perbincangan dibahagi kepada tiga aspek utama iaitu
Bidang Tumpuan Utama (KFA), kekuatan danpeluang, serta cadangan yang diberikan oleh
penyelidik kepada pihak PERDA- TECH.

BIDANG TUMPUAN UTAMA (KFA) PERDA-TECH SEBAGAI INSTITUT
KEMAHIRAN TINGGI

Penyelidik telah merangka lapan Bidang Tumpuan Utama atau dikenali sebagai Key Focus Area
(KFA) sebagai panduan untuk PERDA-TECH menerajui institusi ini. Bidang Tumpuan Utama
(KFA) 1 iaitu Program Persediaan Pra TVET, mempunyai dua matlamat utama berkaitan dengan
pelajar ke PERDA-TECH iaitupengurangan permohonan kemasukan pelajar serta peningkatan
kemampuanbakal pelajar untuk mengikuti program Sijil dan Diploma dan juga sebarangprogram
yang bakal ditawarkan pada masa depan. Selain bilangan enrolmen yang menurun, kualiti
permohonan juga perlu dipertingkatkan bagi menjamin pelajar untuk lebih bersedia dan mampu
untuk menamatkan pengajian dengan baik. Bagi memastikan strategi ini berjaya, dua tindakan
asas diambil kira iaitu merangka kandungan atau kurikulum program persediaan dan program
untuk menarik minat bakal pemohon ke PERDA-TECH.

Seterusnya, KFA 2 berfokus kepada sumber tenaga pengajar profesional dan berpengalaman
yang bertujuan untuk menangani isu input bakat tenaga pengajar. Kualiti dan kuantiti tenaga
pengajar perlu diambil kira bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan. Kepelbagaian
pengalaman juga amat penting memandangkan keperluan industri juga semakin berubah dari
semasake semasa mengikut arus pembangunan. Inisiatif perlu diambil bagi memastikan motivasi
tenaga pengajar kekal tinggi, memastikan program baru yang dipersetujui tidak menjejaskan
keperluan program sedia ada dan mempelbagaikan pengalaman tenaga pengajar dengan program
tenaga pengajar sambilan yang berpengalaman dan bersesuaian.

Selain itu ialah KFA 3 yang berkaitan dengan pemantapan governan. PERDA- TECH merupakan
satu unit di dalam PERDA yang tidak berautonomi di mana apa-apa keputusan yang ingin
dilakukan perlu dicadangkan dan mendapat persetujuan daripada PERDA. PERDA-TECH
bertindak sebagai penyelia spesifikasi dan penilai teknikal dalam proses perolehan yang
dikendalikan oleh pihak PERDA. Autonomi bagi membuat keputusan dalam PERDA-TECH
adalah perlu bagi membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih bersesuaian. Tadbir
urus PERDA-TECH perlu dikemaskini dan urus tadbir pengurusan akademik perlu dikukuhkan
selaras dengan PERDA-TECH sebagai Institusi Pendidikan di bawah PERDA.

KFA 4 ialah penggantungan sumber kewangan kerajaan dalam urusan utama hala tuju atau
Terma Rujukan dan menjana kewangan dalam aktiviti tambahan yang lebih memfokuskan
kepada pengurusan sumber kewangan PERDA-TECH. Sumber kewangan PERDA-TECH lebih
bergantung kepada Kerajaan Pusat melalui PERDA. Namun begitu, bidang tumpuan ini
diperlukan untuk mengurangkan kebergantungan PERDA-TECH kepada kerajaan yang
mungkin akan memberhentikan peruntukan mereka atas faktor-faktor tertentu. Tindakan asas
yang perlu dilaksanakan adalah pengurusan kewangan yang cekap dan berfokus serta
mempelopori sumber kewangan daripada aktiviti latihan dan sumbangan Corporate Social
Responsibility (CSR) dengan industri dan badan- badan Waqaf.

Di samping itu, KFA 5 melibatkan program yang relevan, berkualiti, berpermintaan tinggi dan
mempunyai potensi kebolehpasaran graduan yang tinggi. Salah satu isu yang sentiasa dihadapi
oleh institusi pendidikan amnya, dan pusat latihan kemahiran khususnya, ialah penjajaran
program pengajian dengan keperluan industri. Industri nasional seperti PERDA-TECH akan
sentiasa berubah, bukan sahaja dari segi komposisi sektor, tetapi juga perkembangan teknologi
sektor sedia ada. Perubahan ini akan dicerminkan dalam pasaran buruh dan seterusnya

41 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

kebolehpasaran graduan. Justeru, program yang ditawarkan mestilah sentiasa relevan dan
berkualiti tinggi bagi mengelakkan pengangguran dalam kalangan graduan. Pengukuhan dan
pemantapan program penawaran perlu dilihat dari empat sudut. Pertama sekali ialah
permerkasaan program sedia ada yang masih relevan, tetapi memerlukan proses penyesuaian.
Selain itu, penawaran program baru bagi mencerminkan keperluan industri baruseperti Revolusi
Industri 4.0 dan pendigitalan. Seterusnya ialah penawaran program jangka pendek bagi mereka
yang sedang bekerja tetapi memerlukan peningkatan kemahiran untuk tujuan kemajuan kerja
atau melalui perubahan bidang kerja dan akhir sekali, penawaran program ke peringkat yang
lebih tinggi seperti pasca Diploma. Semua ini memerlukan strategi penambahbaikan kualiti
program penawaran secara berterusan.

Program berasaskan industri merupakan intipati dalam KFA 6. Bagi memastikan keberkesanan
kaedah penyampaian program kemahiran, persekitaran latihan perlu mencerminkan suasana di
mana kemahiran itu diperlukan. Tambahan lagi, latihan kemahiran memerlukan tunjuk ajar dari
mereka yang memahami keadaan sebenar. Selain itu, bakal graduan juga didedahkan dengan
kemahiran insaniah lain dalam dunia pekerjaan. Kaedah penyampaian program seumpama ini
berlandaskan konsep “membawa PERDA-TECH ke dunia pekerjaan” atau “membawa dunia
pekerjaan ke dalam PERDA-TECH”. Tumpuan KFA ini adalah memastikan penyampaian dan
pembelajaran yang dilalui pelajar mencerminkan suasana dunia pekerjaan supaya aspek-aspek
kemahiran selain teknikal dapat diterapkan sebaik mungkin. Bagi mencapai matlamat ini,
inisiatif perlu melihat kepada peningkatan tempoh latihan industri, perubahan kaedah yang
mencerminkan model vokasional yang berjaya, peningkatan kemahiran insaniah alam pekerjaan,
dan pemerkasaan kemahiran keusahawanan.

KFA 7 pula melibatkan keperluan imej PERDA-TECH yang unggul dan relevan bagi
memastikan kelangsungan proses transformasi yang dirancang pada jangka masa sederhana dan
panjang. Ini adalah untuk menjadikan PERDA-TECH sebagaisatu organisasi yang relevan
selaras dengan perubahan persekitaran. Berdasarkan analisis PESTLE dan SWOT, PERDA-
TECH mampu berdiri unggul dan relevan melalui kerjasama rapat dengan pelbagai pihak
berkepentingan termasuk industri dan badan profesional. Pada masa yang sama, beberapa
perubahan dalaman juga perlu diberi perhatian, seperti jalinan kerjasama dengan industri,
peningkatan kompetensi tenaga pengajar, dan penjajaran infrastruktur pembelajaran dengan
keperluan industri. Imej graduan juga perlu ditunjukkan kepada bakal majikan melalui transkrip
yang menunjukkan keupayaan mereka.

Akhir sekali, KFA 8 iaitu PERDA-TECH sebagai institusi dinamik akan memberi impak positif
terhadap imej institusi ini. Imej berkait rapat dengan beberapa faktor seperti visibiliti, branding
dan kerelevanan institusi kepada masyarakat di peringkat tempatan, negeri, wilayah dan
seterusnya. Dengan usia PERDA-TECH yang mencecah 14 tahun (PERDA-TECH 2007) dan 34
tahun (Institut Latihan Perda 1987), PERDA-TECH mampu meningkatkan imej dengan mudah
melalui pelan tindakan yang komprehensif. Bidang tumpuan jangka pendek, sederhana dan
panjang serta aktiviti yang berterusan, konsisten dan berkala harus dilaksanakan bagi memantau
impaknya kepada imej institusi. Output yang diharapkan ialah PERDA-TECH akan dikenali
sebagai institusi dinamik dan berdaya maju kepada wilayah pembangunannya. Untuk mencapai
hasrat KFA ini, inisiatif berikut merangkumi terjemahan pelan strategik kepada pelan
pelaksanaan dengan memperinci dan memperhalusi setiap inisiatif strategik, kewujudan dan
pelaksanaan pelan penjenamaan, kewujudan pelan komunikasi visibiliti, serta menjadi lebih aktif
dalam pembangunan setempat atau wilayah.

42 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

KEKUATAN PERDA-TECH DAN PELUANG YANG BOLEH DIBERIKAN PADA
MASA HADAPAN

PERDA-TECH berpegang teguh kepada visinya iaitu untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian
Teknikal yang terunggul berteraskan kemahiran. Misinya pula ialah menyediakan pendidikan
kemahiran teknikal yang berkualiti menepati kehendak pasaran melalui penyampaian program
yang cemerlang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika. Penubuhan institusi ini
berteraskan kepada tiga objektif, iaitu menawarkan program atau kursus kemahiran sepenuh
masa peringkat sijil dan diploma serta kursus kemahiran jangka pendek. Kedua, memberi latihan
yang holistik kepada semua pelatih untuk mewujudkan pekerja dan pengusaha yang berdisiplin,
bersikap positif, komited, progresif, beriman, taat, bersih, bercita-cita tinggi dan berkelakuan
terpuji. Objektif ketiga ialah membekalkan pelajar dengan kemahiran dan semangat
keusahawanan yang sesuai untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang setimpal
dengan kemahiran yang dimiliki atau memulakan perniagaan sendiri.

Penyelidik telah menyenaraikan beberapa kekuatan dan peluang yang dimilliki oleh PERDA-
TECH berdasarkan analisis PESTLE. Analisis PESTLE ialah rangka kerja strategik yang
digunakan untuk menilai persekitaran luaran industri dengan memecahkan peluang dan risiko
kepada faktor Politik, Ekonomi, Sosial, Teknologi, Undang-undang dan Alam Sekitar. Analisis
PESTLE boleh menjadi rangka kerja yang berkesan untuk digunakan dalam PerancanganStrategi
Korporat dan untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan sesuatu Strategi Perniagaan.Input
yang diperoleh daripada Analisis PESTLE digunakan untuk merangka Analisis SWOT yang
merangkumi Strength (S), Weakness (W), Opportunity (O), dan Threat (T).

Kekuatan

Berdasarkan analisis dua metod yang dipakai, penyelidik dapat menyenaraikan beberapa
kekuatan yang dimiliki oleh PERDA-TECH. Yang pertama, kebolehpasaran graduan adalah
tinggi. Berdasarkan sebuah kenyataan daripada Pengerusi PERDA, 75% graduan PERDA-TECH
telah memperoleh pekerjaan bersesuaian dengan bidang yang dipelajari oleh mereka. Ia telah
dibuktikan melalui kaji selidik yang telah dilaksanakan ke atas graduan PERDA-TECH pada
tahun 2019. PERDA-TECH juga telah melatih seramai 10,452 pelajar sejak ia ditubuhkan.
Kebolehpasaran graduan PERDA-TECH juga dinilai amat baik oleh para majikan. Peratus
pengambilan baru graduan PERDA-TECH dalam 2 tahun kebelakang adalah tinggi (30% bagi
tahap Diploma dan 43% tahap Sijil) dan peratusan ini meningkat jika jangka masa yang diambil
kira adalah 3 tahun terkini. Bukan itu sahaja, peratusan syarikat yang menerima pelajar PERDA-
TECH untuk menjalani Latihan Industri (LI) adalah memberangsangkan. Mereka juga bersetuju
untuk menerima graduan PERDA-TECH bagi mengisi kekosongan posisi pada masa hadapan.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa para majikan mempunyai persepsi yang positif terhadap graduan
PERDA-TECH.

Selain itu, kemudahan teknologi yang digunapakai dalam latihan, pengiktirafan program yang
ditawarkan dan modul-modul pengajaran yang sedia ada merupakan kekuatan PERDA-TECH
untuk terus berdiri teguh sebagai Institusi Kemahiran Tinggi. Seterusnya, PERDA-TECH juga
mempunyai kerjasama dengan Industri yang membolehkan pelajar untuk meneroka bidang yang
mereka minati. Sebagai contoh, pihak PERDA-TECH telah menandatangani Persefahaman
dengan PERODUA Sales Sdn Bhd (PSSB) bagi meneruskan kerjasama yang telah termeterai
sejak tahun 2016 di mana seramai 350 pelajar lepasan Sijil dan Diploma Automotif PERDA-
TECH diberi peluang untuk mendapatkan pendedahan teknologi daripada PERODUA.

43 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

Peluang

Melalui transformasi PERDA-TECH kepada Institusi Kemahiran Tinggi, terdapat beberapa
peluang yang terbuka ekoran perubahan persekitaran yang berlaku. Pada era digital yangsemakin
maju, PERDA-TECH berjaya membuka peluang kepada bidang kerjaya kemahiran kerana
penggabungan bidang asas denganteknologi digital. Selain itu, perubahan urbanisasi jugatelah
membuka peluang kepada bidang keusahawanan di mana khidmat asas diperlukan oleh
masyarakatsetempat. Ini dapat dibuktikan dengan fenomena perubahan iklim di mana servis
pemasangan penyaman udara diperlukan secara mendadak. PERDA-TECH juga telah
manjadikan beberapa sektor ekonomi untuk menjadi lebih menarik terutama yang berkait dengan
mobiliti dan kesihatan. Perkara ini meningkatkan kesedaran CSR dan Waqaf memandangkan
PERDA-TECH menyasarkan golongan B40 sebagai tumpuan utama mereka sebagai institusi
berorientasikanpembangunan sosial golongan terpinggir.

CADANGAN BAGI MENGEKALKAN KERELEVENAN TVET DAN INSTITUSI
KEMAHIRAN TINGGI PERDA-TECH PADA MASA HADAPAN

Bagi memperkasakan dan menambahbaik pendidikan TVET, beberapa cadangan telah digariskan
seiring dengan cabaran masa hadapan. Pertama sekali ialah mengubah peranan industri dengan
memperluaskan jaringan melalui kolaborasi yang berterusan dengan pihak berkaitan. Kedua,
penjenamaan pekerjaan 3D dan penerapan budaya 3R, iaitu menambahbaik dan memperhebat
latihan bidang kritikal dan sektor pekerjaan yang kotor, bahaya dan sukar (3R). Selain itu,
UNESCO telah memberi saranan untuk mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam pendidikan TVET bagi menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan yang keempat termasuk menempatkan semula Human ResourcesDevelopment Fund
(HRDF) untuk menyokong TVET bagi memberi tumpuan dalam menggalakkan latihan di
peringkat perusahaan. Seterusnya ialah mengubah persepsi awam terhadap TVET seperti
menjalankan kempen bagi menarik minat dan mempromosikan kepentingan pendidikan teknikal
terutamanya kepada golongan belia dari peringkat sekolah lagi.Di samping itu ialah dengan
menubuhkan Majlis TVET Negara bagi manambah baik penyelarasan ekosistem Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasionaldengan tiga teras strategik yang diyakini boleh menambah baik
pentadbiran dan pengurusan TVET secara holistik.

Kepelbagaian program dalam institusi TVET boleh meningkatkan kebolehpasaran kerana pelajar
juga dapat memperoleh kemahiran yang seimbang melalui program berimpak tinggi seperti
Young Leader Convention, Program 1 Institusi 1 Komuniti dan Program Sukarelawan TVET
Perdana. Cadangan yang kelapan merangkumi pemantapan tadbir urus yang responsif dan
mampan. Institusi latihan turut disarankan untuk mewujudkan persekitaran kondusif melalui
budaya kerja yang positif dan menyediakan fasiliti terkini termasuk prasarana dan kelengkapan
yang relevan. Tenaga pengajar yang kompeten dan berpengetahuan juga amat penting kerana
mereka bertanggungjawab mengembangkan minat, bakat dan kebolehan pelajar. Merekajuga
perlu bersikap responsif terhadap sebarang bentuk perubahan teknologi dalam industri agar tidak
ketinggalan zaman. Cadangan yang kesepuluh melibatkan penjajaran semula dan penawaran
program TVET seiring tuntutan Revolusi Industri 4.0 melalui proses penambahbaikan berterusan
kurikulum yang merupakan mekanisme menilai program-program pengajian sama ada untuk
dijumudkan, distruktur semula, dibangunkan program baharu ataudikekalkan dengan kandungan
kurikulum sedia ada. Tambahan daripada itu, pelbagai program pengajian yang responsif kepada
permintaan industri boleh ditawarkan khususnya Program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang
berbentuk Upskilling dan Reskilling melalui kursus pendek. Cadangan yang terakhir ialah
mewujudkan pengiktirafan dan akreditasi merangkumi keseluruhan modul pengajaran dan
pembelajaran supaya graduan TVET terus kekal kompetitif dan bersaing secara sihat dalam
suasana pasaran kerja yang sentiasa berubah-ubah.

44 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

KESIMPULAN
Kesimpulannya, penyelidik mendapati bahawa PERDA-TECH telah berjaya memainkan peranan
sebagai Institusi Kemahiran Tinggi yang membantu para pelajar daripada golongan B40untuk
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Perkara ini sekaligus memberikanpeluang
kepada para graduan untuk melayakkan diri mereka dalam sektor pekerjaan yang beresuaian
dengan kemahiran serta kursus yang diambil. Bidang Tumpuan Utama yang telah dirangka
merupakan tunjang utama buat PERDA-TECH agar institusi ini tidak tersasar daripadafokus utama
mereka, sekaligus merealisasikan visi dan misi sedia ada. Berdasarkan cadangan- cadangan yang
telah dinyatakan, diharap agar PERDA-TECH mampu untuk melakukan anjakanparadigma dari
sudut polisi dan struktur pentadbirannya. Perkara ini secara tidak langsung dapatmenyumbang
kepada kemajuan institusi serta memartabatkan PERDA-TECH di persada negara.

45 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1

RUJUKAN

Subkhi Sudarji (2022) 350 Pelajar Lepasan PERDA-TECH Miliki KemahiranTeknologi
Perodua
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/01/350-pelajar-lepasan-perda- tech miliki-
kemahiran-teknologi-perodua/

Raiham Mohd Sanusi (2022) Tiada Graduan PERDA-TECH Menganggur 88Peratus
Dapat Pekerjaan
https://www.sinarharian.com.my/article/184882/BERITA/Nasional/Tiada-graduan-
Perda-Tech-menganggur-88-peratus-dapat-pekerjaan

Tanya Sammut-Bonnici (2015) SWOT Analysis

https://www.researchgate.net/publication/272353031_SWOT_Analysis

Team FME (2013) PESTLE Analysis
ISBN: 978-1-62620-998-5
https://docplayer.net/9768722-Pestle-analysis-strategy-skills-team-fme-www-free-
management-ebooks-com-isbn-978-1-62620-998-5.html

Tripney, J.S., Hombrados, J.G. (2013) Technical and vocational education andtraining
(TVET) for young people in low- and middle-income countries: a systematic review and
meta-analysis. Empirical Res Voc Ed Train 5, 3 https://doi.org/10.1186/1877-6345-5-3

Bhurtel, Anup. (2015) Technical and Vocational Education and Training inWorkforce
Development. Journal of Training and Development. 1. 77-84. 10.3126/jtd.v1i0.13094.
https://www.researchgate.net/publication/281737916_Technical_and_Vocational_Educa
tion_and_Training_in_Workforce_Development

Jeanne Gamble (2013) Why Improved Formal teaching and Learning areImportant in
Technical and Vocational Education and Training (TVET), Revisiting Global trends in
TVET
ISBN: 978-92-95071-57-5
https://unevoc.unesco.org/fileadmin/up/2013_epub_revisiting_global_trends_in
tvet_chapter6.pdf

Hashamuddin Yaakob, Technical And Vocational Education And Training (Tvet)
Institutions Towards Statutory Body: Case Study Of Malaysian Polytechnic
file:///Users/Apple/Downloads/TECHNICAL_AND_VOCATIONAL_EDUCATION_
AND_T.pdf

Zool Hilmi Mohd Ashari, Norzaini Azman (2015) Transforming TVET in Malaysia:
Harmonizing the Governance Structure in a Multiple StakeholderSetting
https://www.semanticscholar.org/paper/Transforming-TVET-in-Malaysia%3A-
Harmonizing-the-in-a-Rasul- Ashari/128766ab3fb5b0106fc97ecf35fcf27852eac642

46 | J u r n a l L u a r B a n d a r S e j a h t e r a 2 0 2 1


Click to View FlipBook Version