The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Coet Kms, 2019-11-29 03:13:23

Professional Learning Community (PLC)

PLC Test

Keywords: KMS

DELIVER: Developing Independent Learning in

Vibrant Environment

: : LECTURER’S GUIDE : :

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY

Centre of Excellence in Teaching

Copyright CoET KMS 2015

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KementerianPendidikan Malaysia,
MukimJugra,
42700 Banting,
Selangor DarulEhsan.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or distributed in any form
or by any means, or stored in a database or retrieval system, or transmitted in any form or by
any means, electronic, mechanical, photocopying or otherwise, without the prior written
permission of the publisher.

Copyright © 2015 by KolejMatrikulasi Selangor
Published 2015

ISBN (______________)
Introduction to Case Based Learning

Printed in Malaysia
(printing company)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani.Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara."

“KMS sebagai Penjana Unggul
pelajar Bumiputera berkualiti ke
Institusi Pengajian Tinggi dalam

bidang sains, teknologi dan
professional menjelang tahun

2020”

“Membangunkan potensi
pelajar bumiputera dalam
bidang sains, teknologi dan
professional melalui pendidikan
pra-universiti yang berkualiti
untuk melahirkan modal insan

yang cemerlang”



ISI KANDUNGAN

BAHAN AWALAN

1.4 Isi kandungan iv
v
1.5 Penyumbang
1
PENGENALAN 2

2.1 Kata penghantar 3
3
2.2 Prakata 4
4
PLC di KMS 4
5
3.1 Pengenalan 5
8
3.2 Latarbelakang penubuhan PLC di KMS 8
9
3.3 Objektif MeCo 9
9
3.4 Tujuan pelaksanaan PLC di KMS
11
3.5 Objektif PLC di KMS 12
12
3.6 Konsep pelaksanaan PLC di KMS 16
17
3.7 Cadangan pelaksanaan PLC di KMS
18
3.8 Pemantauan 23
31
3.9 Kesesuaian strategi PLC di KMS 36

3.10 Inovasi

3.11 Kalendar pelaksanaan

3.12 Penutup

PLC sepintas lalu

4.1 Professional Learning Community (PLC)

4.2 Prinsip Asas PLC

4.3 Strategi Dalam PLC

4.4 7 Phases of a PLC

Culture shift in PLC

PELAKSANAAN PLC DI KMS

STRATEGI DALAM PLC

6.1 Learning Walks

6.2 Peer Coaching

6.3 Teacher Sharing Session

6.4 Lesson Study

BORANG-BORANG DAN LAPORAN

Pelan tindakan jabatan

Pelan tindakan unit

Laporan pelaksanaan kumpulan PLC Borang A

Laporan PLC unit Borang B

Borang Penetapan Fokus Learning Walks Borang LW 1

Borang Pemerhatian Learning Walks Borang LW 2

Borang Dapatan Keseluruhan Learning WalksBorang LW3

Borang Penulisan Jurnal Pelaksanaan Peer CoachingBorang PC 1

Borang Penganalisaan Video

Borang Sesi Perkongsian Pensyarah

Borang Lesson Study

Soal Selidik Pelaksanaan PLC

Bibliografi

PENYUMBANG

PENASIHAT : DR. HJH. ROSNAH BINTI SELAMAT
: TUAN HAJI MUSTAFAR BIN MUSA, K.M.N (SEHINGGA
PENASIHAT EDITOR 1 OKTOBER 2015)
: ENCIK MOHAMED SALLEH BIN AHMAD
PENYELARAS : ENCIK HUSAIN BIN HITAM (SEHINGGA 16 JULAI 2014)
KETUA EDITOR
PENULIS : ENCIK JURAINY BIN JUMINEN
: HJH. HANITA BINTI HJ. GHAZALI
: ENCIK MOHD. MAHYUDDIN BIN MOHD. NORDIN
: TUAN HAJI KAMAL ARIFFIN BIN BIDIN
: PUAN PAMELYN TAN AI HOON
: CIK AZLINDA ASMIZA BINTI MD. AMIN
: CIK KHALIJAH BINTI SULAIMAN
: ENCIK SAHARUDIN BIN SHARRIF
: ENCIK MOHD ROHIT BIN SAFUAN
: CIK LOKE LAY BENG
: PUAN HAMIMAH BINTI IBRAHIM
: ENCIK MOHD. FADHIL BIN MASROM
: CIK NUR DALILAH BINTI YAHYA

21

PREFACE

Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) has been entrusted by the Matriculation Division,
Ministry of Education Malaysia (BMKPM) as a Centre of Excellence in Teaching (CoET) since
its official opening in 2010. In relation to this, a few official committees have been appointed to
be responsible for making KMS a centreof excellence in teaching that develop independent
learning among students. As the Centre of Excellence in Teaching (CoET), KMS further strides
to produce many excellent lecturers in teaching and learning and developing autonomous
learners.

To realise this, several initiatives have been designed and implemented to strengthen
the competence of lecturers on an on-going basis. Among the initiatives is to provide a
reference source package "DELIVER: Lecturer’s Guide" that includes a teaching standard, a
perspective on self-study, guide to the implementation of professional learning community
(PLC) as well as the implementation of teaching and learning strategy that aim to develop self-
directed attitude among learners.

The name DELIVER, acronym for Developing Independent Learning in Vibrant
Environment, was chosen to reflect the way lecturers should implement the teaching and
learning processes thorough various strategies and among those strategies are active teaching
and active learning, cooperative learning, case based study, mobile learning, integration of
higher order thinking skills (HOTs) and science process skills. It is hope that lecturers will get
better insights about various approaches to teaching and learning so as to promote
independent learning in classrooms.

Publishing "DELIVER: Lecturer’s Guide" is also expected to help implement workplace
training and further foster a culture of PLC in accordance with the wishes of KMS Education
Development Plan, MECC (2013-2025). Hopefully this initiative can be utilized by all citizens
and residents, particularly at KMS, as well as lecturers form other matriculation colleges.

Hj Mustafar Musa
Director

Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pelajaran Malaysia

PRAKATA

Buku panduan ini adalah satu usaha berterusan yang telah dilaksanakan oleh Jawatan kuasa
MeCo dan Pro Peer, Kolej Matrikulasi Selangor untuk mendokumenkan pelaksanaan Program
Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC) di Kolej
Matrikulasi Selangor.

Pelaksanaan PLC merupakan satu inisiatif utama jawatankuasa ini bagi meningkatkan
kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Selari
dengan hasrat dan tujuan Kolej Matrikulasi Selangor yang mensasarkan kolej ini sebagai
Pusat Kecemerlangan Pengajaran (Center of Excellence In Teaching), maka usaha
melaksanakan PLC ini adalah merupakan langkah yang amat penting dan efektif bagi
mencapai tujuan tersebut.

PLC merupakan satu usaha untuk meningkatkan profesionalisme tenaga pengajar di kolej ini
melalui pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti serta amalan pengajaran
dan pembelajaran, berkongsi kepakaran, menjalinkan kerjasama di samping mewujudkan
semangat kerja berpasukan yang utuh ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran
di kolej ini. Sudah pasti kejayaan melahirkan pelajar cemerlang akan menjadi satu nikmat
kejayaan yang dikongsi bersama oleh semua pihak di kolej ini.

Buku panduan ini akan menjadi dokumen rujukan lengkap kepada semua pihak terutamanya
tenaga pengajar di kolej matrikulasi untuk mengenali, memahami dan melaksanakan PLC
secara sistematik dan berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua individu yang mempamerkan kesungguhan dan
memberikan komitmen tinggi dalam menyempurnakan buku panduan ini. Semoga usaha murni
ini akan memberikan manfaat yang berganda kepada semua tenaga pengajar dalam usaha
yang tidak pernah jemu untuk mendidik pelajar meraih kecemerlangan.

Hajah Hanita Binti Haji Ghazali
Penyelaras J/K MeCo dan ProPeer

Kolej Matrikulasi Selangor

23

PLC DI KMS

PENGENALAN

Satu kecenderungan menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah
pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community atauPLC)
dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme pensyarah. Konsep
Komuniti Pembelajaran Profesional merujuk kepada kesungguhan mendidik oleh para pendidik
melalui usaha yang berterusan dengan menggunakan pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti
secara kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak lain, kajian, perbincangan dan lain-lain,
untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pelbagai aktiviti dalam pendekatan
Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat pendidik di negara-
negara maju dan antaranya ialah pengajaran bersama rakan pensyarah (team teaching),
tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy
support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah,
dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching) serta Lesson Study yang
merupakan satu aktiviti pengajaran secara kolaboratif. Aktiviti–aktiviti dalam pengajaran dan
pembelajaran seumpama ini semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-
negara maju.

1. Latarbelakang penubuhan PLC di KMS.

Hasrat untuk melaksanakan Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning
Community atau lebih mudah dinyatakan sebagai PLC selepas ini) di Kolej Matrikulasi
Selangor (KMS) bermula dengan langkah pendedahan awal tentang Mentoring And Coaching
kepada 37 orang pensyarah yang kemudiannya dilantik sebagai MeCo (mentor dan coach).

Bengkel Mentoring and Coaching yang pertama telah diadakan di KMS pada 25 Februari 2012
yang disampaikan oleh Prof. Norcahaya Hj. Taib dari Universiti Malaya. Bengkel kedua telah
diadakan pada 1 hingga 2 April 2013 di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highland bagi
memberikan input penting kepada MeCo dalam memainkan peranan bagi mencapai
kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bengkel ketiga telah diadakan
pada 6 hingga 7 Januari 2014 di KMS yang memberi pendedahan secara meluas berkaitan
dengan konsep PLC. Ketiga-tiga bengkel inibertujuan membentuk kompetensi pensyarah yang
juga merupakan MeCo.

2. Objektif MeCo
Objektif MeCo adalah seperti berikut:

i. Meningkatkan penguasaan PdP menerusi latihan profesional yang berterusan.
ii. Perkongsian latihan profesional secara dalaman (in house training) kepada semua
ahli unit masing-masing.
iii. Menyebarkan dan berkongsi amalan terbaik bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti.
iv. Meningkat budaya kerja cemerlang dan secara pintar.
v. Mewujudkan persekitaran PdP yang dapat membantu organisasi sebagai Pusat

Kecemerlangan Pengajaran (CoET).
vi. Mewujudkan komuniti yang membudayakan amalan terbaik (Community ofpractices) melalui

pelaksanaan PLC di Kolej Matrikulasi Selangor.

3. Tujuan pelaksanaan PLC di Kolej Matrikulasi Selangor
PLC yang dilaksanakan ini menekankan tiga teras utama iaitu memastikan pelajar belajar
(ensuring that students learn), pelaksanaan aktiviti secara koloborasi (collaboration)dan
berpusatkan kepada keputusan (afocus on result), dilihat sebagai satu cara yang berkesan
untuk meningkatkan kecemerlangan PdP di KMS.

Matlamat PLC bukan sekadar untuk melihat perubahan dalam aspek pengajaran tetapi juga
berfokus kepada pembelajaran. Budaya koloborasi pula dilihat sebagai satu usaha dalam
kalangan pensyarah KMS untuk memastikan kejayaan pembelajaran dikongsi bersama melalui
keputusan pelajar yang cemerlang. Ketiga-tiga teras yang dinyatakan di atas merupakan tiang
utama bagi memantapkan KMS sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajaran (CoET).

4. Objektif PLC di KMS

i. Meningkatkan kualiti dalam amalan pengajaran dan pembelajaran pensyarah serta
memastikan semua pelajar akan melalui proses pembelajaran yang berkesan.

ii. Menyediakan pelbagai aktiviti perkongsian ilmu dan kepakaran dalam kalangan pensyarah
disamping mewujudkan kerjasama sesama mereka.

iii. Mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pensyarah dalam menjana
pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.

25

5. Konsep pelaksanaan PLC di KMS.

Pelaksanaan PLC di KMS akan membuka ruang bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih terarah dan akan melibatkan koloborasi ramai pensyarah bukan sekadar dalam
unit mereka sendiri bahkan merentasi unit dan mata pelajaran. Ini akan memberikan nilai
tambah kepada program Peer Mentoring yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) selama ini.

Pelaksanaan PLC di KMS boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:

Peringkat Pertama:
Dilaksanakan kepada pensyarah yang baru memulakan kerjaya dan ditempatkan di KMS.

Peringkat Kedua:
Dilaksanakan kepada pensyarah yang telah mempunyai pengalaman mengajar tetapi baru
dalam sistem pendidikan di matrikulasi.Biasanya pensyarah seumpama ini berkhidmat di
sekolah atau bahagian-bahagian lain dalam Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum
berkhidmat di kolej matikulasi.

Peringkat Ketiga:

Dilaksanakan oleh pensyarah yang telah lama berkhidmat di kolej matrikulasi namun ingin
meneroka strategi PdP baru, berkongsi pengalaman dan bahan PdP serta berminat untuk
mewujudkan kumpulan PLC.

6. Cadangan Pelaksanaan PLC di KMS
Pelaksanaan PLC di KMS perlu dilakukan secara berperingkat.

i. Peringkat permulaan ialah PLC didedahkan kepada semua pensyarah di peringkat unit.
Pendedahan ini dilakukan oleh ketua unit dengan bantuan MeCo yang telah menghadiri
kursus PLC. Hasil daripada pendedahan ini, semua ahli unit dapat memahami konsep
PLC. PLC juga boleh dilakukan merentasi unit.

ii. Peringkat kedua ialah penetapan dasar PLC di KMS iaitu semua pensyarah perlu
melaksanakan PLC sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester. Semua
pensyarah pada Gred DG54 dan DG52 secara automatik menjadi MeCo dan
mengetuai sekurang-kurang satu kumpulan PLC di peringkat unit

iii. Peringkat ketiga ialah penetapan bidang tugas. Pelaksanaan PLC di KMS distrukturkan
agar setiap pensyarah mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakannya
mengikut bidang tugas yang telah ditetapkan.

Bidang tugas ini boleh dibahagikan kepada:

a. Pengurusan Jabatan
 Memastikan semua pensyarah mendapat maklumat mengenai PLC.
 Memastikan semua pensyarah melaksanakan PLC.
 Memastikan hasil pelaksanaan PLC dikongsi atau ditambah baik secara berterusan.
 Memastikan dan memberi peluang latihan berterusan kepada pensyarah MeCo

b. Pengurusan Unit
 Membentuk kumpulan PLC yang diketuai MeCo atau yang mempunyai gred DG 48
 Memilih pendekatan PLC yang sesuai
 Merancang perlaksanaan PLC melalui pelan tindakan.
 Melaksanakan PLC
 Membuat refleksi
 Mendokumenkan hasil PLC
 Melaksanakan perkongsian hasil PLC

c. Bidang tugas MeCo/ Fasilitator PLC
 Memastikan kumpulan PLC ditubuhkan di setiap unit.
 Memastikan setiap kumpulan PLC yang ditubuhkan mempunyai sekurang-kurangnya
seorang MeCo yang mengetuai kumpulan.
 Menerangkan strategi PLC kepada semua ahli.
 Membantu kumpulan PLC memilih strategi PLC yang sesuai berdasarkan isu atau
masalah yang ingin dibincangkan.
 Mengadakan perbincangan bersama kumpulan PLC dalam menyelesaikan isu atau
masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan.
 Mendokumentasikan setiap perbincangan yang telah diadakan mengikut dalam
Borang Laporan Kumpulan PLC seperti Lampiran A.

27

 Menyelaraskan perjumpaan kumpulan PLC peringkat unit sekurang-kurangnya sekali
pada setiap bulan.

 Penyelaras MeCo unithendaklah menyediakan ringkasan laporan aktiviti PLC unit bagi
setiap semester mengikut Borang Laporan PLC Unit seperti Lampiran B.

 Penyelaras MeCo unithendaklah menyimpan dan mengumpul bahan PLC seperti jurnal
refleksi setiap kumpulan PLC dalam unit masing-masing.

 Menghantar laporan PLC unit kepada Jawatankuasa PLC kolej.
 Mengikuti kursus berterusan bagi meningkatkan profesionalisme dalam bidang

mentoringand coaching.
 Menjalankan kajian status pelaksanaan PLC bagi unit masing-masing.

d. Bidang tugas pensyarah
 Semua pensyarah diberi pendedahan mengenai PLC.
 Semua pensyarah mesti melibatkan diri dalam PLC sekurang-kurang satu kumpulan.
 Memberi sumbangan sepenuhnya dalam menjayakan PLC.

e. Pembentukan pasukan PLC

Pihak pengurusan jabatan dan unit perlu berganding bahu bagi memberikan pertimbangan
yang sewajarnya dalam usaha membentuk pasukan PLC. Antaranya ialah:
 Kefahaman mengenai metodologi PLC.
 Peranan dan tanggungjawab setiap ahli unit
 Penstrukturan mesyuarat PLC agar berfokus kepada tugasan
 Persetujuan bersama ahli pasukan tentang rangka kerja atau protokol untuk PLC

Selain daripada itu, setiap pasukan PLC perlu mengenal pasti fokus pelaksanaan tersebut,
antaranya ialah:

i. Semua ahli bersetuju dengan soalan inkuiri yang spesifik dan boleh diukur,
ii. Memastikan soalan inkuiri berfokus ke arah keberhasilan pelajar,
iii. Pembinaan kriteria untuk mentaksir impak keberhasilan pelajar murid.

Semua ahli kumpulan PLC perlu berkerjasama untuk melaksanakan PLC mengikut fasa
merancang, membina, mendalami dan mengekalkan. Semasa menjana idea-idea bagi
menghasilkan sesi PdP yang diharapkan ini, beberapa persoalan di bawah ini perlu diberikan
perhatian, antaranya ialah:

i. memberi maklumat kepada perkara-perkara yang menjadi tumpuan (focus area) yang
dikaji / dibincangkan,

ii. apakah kajian yang sedia ada dalam bidang fokus kita

iii. bagaimana pensyarah lain dalam kontek kita mengajar tajuk ini

iv. dimana maklumat boleh didapati (dalam dan luar negeri)

v. apakah yang telah dipersetujui sebagai tindakan selanjutnya

vi. adakah strategi untuk meningkatkan hasil pembelajaran pelajar telah ditentukan

vii. kenalpasti data dan bahan bukti yang perlu dikumpulkan untuk menilai
keberkesanan

7. Pemantauan

Kaedah pemantauan dibahagikan kepada tiga peringkat seperti jadual di bawah.

Peringkat Tindakan Indikator Tanggungjawab
Sebelum Memastikan perancangan PLC Pelan tindakan PLC
Semasa unit disediakan KMS KJ/KU
Pelan tindakan unit
Selepas Memastikan aktiviti PLC unit Laporan kumpulan KJ/KU
mengikut perancangan PLC (Borang A ) MeCo
a. Memastikan aktiviti atau hasil
Laporan PLC unit KJ/ KU
PLC didokumenkan (Borang B ) Penyelaras MeCo
b. Memastikan hasil PLC
Unit
dikongsi atau ditambahbaik

8. Kesesuaian Strategi PLC di KMS

Kesesuaian pemilihan strategi PLC adalah mengikut keperluan,
i. Jabatan dan Unit
ii. Kriteria pensyarah mengikut peringkat
iii. PdP merentasi kurikulum

29

9. Inovasi
Hasil daripada pelaksanaan mengikut peringkat, perkara-perkara berikut yang mencetuskan
inovasi perlu diberi perhatian iaitu:

i. Strategi yang sesuai,
ii. Cara menangani halangan,
iii. Hasil pelaksanaan PLC yang boleh dikongsi bersama,
iv. Mengadakan kolokium PLC di KMS

10. Kalendar Pelaksanaan

Tahun 2010 2012 2013 2014 2015 2016 2017

Peer Peer Peer Peer Kajian Kolokium PLC KMS
Impak 2017
Mentoring Mentoring Mentoring Mentoring (J/K
R&D)
BMKPM BMKPM BMKPM BMKPM

Pendedahan Pemantapan MeCo Peluasan Peluasan
PLC Sepenuhnya
awal Mentoring kearah PLC

Mentoring dan PLC

dan Coaching di

Coaching IAB

Pelantikan SWOT

MeCo analisis PdP

Perkembangan kompetensi MeCo kearah PLC Pelaksanaan PLC di
KMS / Soal selidik status
pelaksanaan PLC

11. Penutup

KMS yang diangkat sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajaran (CoET) akan terus
menggiatkan usaha untuk mewujudkan dan menyokong kumpulan pensyarah yang dapat
membantu KMS menuju ke arah tersebut.

Kumpulan PLC yang diwujudkan akan menjadi tonggak dalam melaksanakan PLC ini.
Kumpulan ini akanberterusan membantu pensyarah KMS membina pengetahuan dan
kemahiran para pensyarah di dalam kelas masing-masing di samping mengadakan latihan-
latihan dalaman yang akan memanjangkan maklumat dan pengetahuan yang mereka
perolehi melalui seminar dan bengkel. Bekerja secara koloboratif dan bersaing antara satu
sama lain bagi menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selari

dengan tiga teras PLC yang telah dinyatakan di atas, akan menjadi teras bagi mewujudnya
Komuniti Pembelajaran Profesional di KMS. Kaedah inovatif dan berkesan untuk
meningkatkan pengajaran, akan terus menjadi keutamaan kumpulan PLC ini.
Semoga kumpulan PLC ini dapat menyediakan tapak yang ideal bagi membimbing dan
menginduksi pensyarah-pensyarah baru seterusnya menjadi tonggak kepada usaha-usaha
menjana kecemerlangan pendidikan di KMS.

31

PLC SEPINTAS LALU
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)

PRINSIP ASAS PLC

Prinsip asas PLC adalah berdasarkan kepada tiga idea utama iaitu:

i. Memastikan pembelajaran murid
ii. Budaya kolaboratif
iii. Fokus kepada pencapaian

STRATEGI DALAM PLC

Terdapat lima strategi utama dalam PLC seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan
huraiannya dalam Jadual 1.

Rajah 1

33

Strategi Membangunkan Komuniti Pembelajaran Profesional

(Sumber: Paideia Consulting Group Inc.Canada, 1990)

Bil. Elemen Kritikal Strategi PLC Deskripsi

PLC

1. Dialog Reflektif Menggunakan Protokol Mesyuarat bulanan untuk
membincangkan artikel mengenai
(Reflective Perbincangan pelbagai aspek pengajaran dan
pembelajaran. (Sebagai contoh:
Dialogue) (Using Discussion Protokol Teks Empat A.

Protocols)

Kelab Buku Sekumpulan guru membaca dan
(Book Clubs) membincang artikel atau buku setiap
bulan.

Kumpulan Belajar Belajar atau berbincang suatu topik
(Study Groups) yang khusus. Sebagai contoh:
kemahiran berfikir, pelbagai
kecerdasan atau kajian tentang minda.

Kritikan Video Pengajaran Menonton dan berbincang klip video
Guru pengajaran guru. (Gunakan kaedah
(Video Critiques of Teaching placemat)
Moments)

2. Penswastaan Jejak Pembelajaran Berjalan di sekeliling sekolah dan
memerhatikan pengajaran guru lain
Amalan (Learning Walks) dan aktiviti bilik darjah dengan
menggunakan protokol atau fokus
(De- yang spesifik.

Privatization of

Practice)

Bimbingan Rakan Sebaya Secara sistematik memerhatikan
Guru atau Pembimbing pengajaran guru lain dengan
Instruksi menggunakan kitaran prakonferens,
(Peer Coaching/ pemerhatian dan pasca-konferens
Instructional Coaches) (pre-conference observation, post-
conference cycle)

Belajar menggunakan Sekumpulan guru secara usahasama
Rancangan Pengajaran membina satu rancangan pengajaran;
Harian diikuti dengan pengajaran/
(Lesson Study) memerhatikan pengajaran, membuat
penambahbaikan semasa sesi
pengajaran.

Sesi Perkongsian Guru Sekumpulan guru bertemu secara
(Teacher Sharing Sessions) kerap untuk berkongsi amalan
pengajaran terbaik.

3. Fokus Secara Analisis Data Secara kolektif mengkaji dan
Kolektif (Data Analysis) membincangkan data agregat murid.
Terhadap Tujuannya adalah untuk mencari pola
Pembelajaran Pemetaan Kurikulum atau tema agar dapat membuat
Murid (Curriculum Mapping) keputusan tentang penambahbaikan
(Collective dalam bidang kurikulum atau
Focus on mengkategorikan kembali dalam
Student kumpulan yang berbeza.
Learning )
Membangunkan peta kurikulum
mengikut topik, standard dan aktiviti
untuk setiap mata pelajaran untuk
dijadikan panduan instruksi serta untuk
berkongsi dengan murid dan ibubapa.

Pentaksiran Serentak Guru yang mengajar dalam tahun atau
(Common Assessments) tingkatan yang sama meyediakan
pentaksiran serentak yang
diselaraskan dengan standard dan
indikator. Misalan dalam bidang
kurikulum.

Kumpulan Rakan Kritikal Menggunakan protokol untuk mengkaji
(Critical Friends Groups) dan membincangkan hasil kerja murid
(sebagai contoh SLICE- lihat
www.nsrfharmony.org untuk protokol.

4. Kolaborasi Pasukan Melintang & Mengelolakan mesyuarat mengikut
tahun atau tingkatan untuk
(Collaboration) Menegak perancangan bersama. Di samping itu
mengendalikan mesyuarat mengikut
(Horizontal and Vertical panitia agar koordinasi dan
kesinambungan antara tahun dan
Teams) tingkatan dapat dicapai.

Induksi Guru Baru/ Memastikan sokongan dan panduan
Pementoran berbentuk pedagogi, prosedur dan
(New Teacher Induction/ peribadi untuk staf baharu dalam
Mentoring) profesion atau organisasi.

Unit atau Projek antara Merangka unit dan projek antara
Pelbagai Bidang pelbagai disiplin dan mata pelajaran.
(Interdisiciplinary Units and
Projects)

35

Kumpulan Penyelesai Satu kumpulan guru yang bersama-
Masalah sama membincangkan suatu masalah.
(Problem Solving Groups) Seorang guru memberi deskripsi
tentang suatu masalah. Guru-guru
yang lain pula meminta penjelasan dan
mengemukakan cadangan.

5. Norma dan Nilai Aktiviti Visi (Vision Activity) Melibatkan staf dalam aktiviti untk

Dikongsi membangunkan gambaran masa

Bersama depan organisasi. Bagaimanakah

(Shared Norms keadaan bilik darjah dan sekolah lima

and Values) tahun dari sekarang?

Panduan Berasaskan Membangunkan satu set prinsip 4-6
Prinsip (Guiding Principles) untuk dijadikan panduan dalam
membuat keputusan dan mengambil
tindakan.

Aktitiviti Nilai (Value Mengelolakan aktiviti kumpulan kecil
Activities) untuk membincangkan nilai organisasi.

Strategi & Tradisi yang Bersetuju dengan strategi dan tradisi
Dikongsi Bersama (Common yang dikongsi bersama agar dapat
Rituals and Strategies) menumpukan fokus dan mengukuhkan
matlamat serta sasaran. Sebagai
contoh, meraikan kejayaan dan
peningkatan prestasi secara kerap.

Jadual 1

7. Sharing 1.Establish Implementation
Outcomes the PLC
Team

Impact 6. Refining 2. Identify a
Focus

5. Trialling 3. Action
and Enquiry

Feedback

4.
Innovation
and Change

Innovation

37

Old Focus New Focus
 Every student can learn  Every student will learn

 Focus on teaching  Focus on learning

 Isolation  Collaboration

 Assessment OF learning  Assessment FOR
(Summative) learning (Formative)

 Failure is an option  Failure is not and option

 Shift in Fundamental Purpose
…… From teaching to learning

 Shift in Use of Assessments
…… From summative to frequent
formative

 Shift in the Work of Teachers
….. From isolation to collaboration

 Shift in Response When
Students Don’t Learn
….. From remediation to
intervention

STRATEGI DALAM PLC
LEARNING WALKS (JELAJAH PEMBELAJARAN)

DEFINASI TUJUAN FOKUS PEMERHATIAN

• Berjalan di sekeliling PEMERHATIAN • Persekitaran bilik
sekolah dan • Mengumpulkan bahan- darjah
memerhatikan
pengajaran guru lain bahan bukti aksi/aktiviti • Strategi Penyoalan
dan aktiviti bilik darjah pembelajaran (learning • Wait Time
dengan menggunakan in action) yang • Perbincangan pelajar
protokol dan fokus yang diperhatikan di dalam • Arahan guru
spesifik bilik darjah. • Penggunaan bahan

• Membuat perbincangan sumber
berdasarkan bahan • Pembelajaran Koperatif
bukti pemerhatian. • Bahan pembelajaran

• Belajar daripada (Learning tools)
amalan-amalan • Penggunaan teknologi
pengajaran dan • Amalan penilaian
pembelajaran yang
berkesan yang boleh (Assessment practices)
dipraktikkan untuk diri
sendiri dan guru lain.
(best practices)

39

Ringkasan Cadangan Pelaksanaan Satu Sesi Learning Walk

MULA KELAS 3 (10 PERBINCANGAN
MINIT) KORIDOR 3
PERBINCANGAN
PRAPEMERHATI (5 MINIT)

AN

(15 MINIT)

KELAS 1 PERBINCANGAN AKHIR
(10 MINIT) KORIDOR 2
(5 MINIT) PERBINCANGAN
PERBINCANGAN PASCAPEMERHATIAN
KORIDOR 1 KELAS 2
(5 MINIT) (10 MINIT) DAN REFLEKSI

(15 MINIT)

PERKONGSIAN
BERSAMA
SEMUA

PENSYARAH

(DALAM MASA
SEMINGGU)

Peranan Ahli Kumpulan
Lead Walker perlu memainkan peranan mengikut tanggungjawab berikut:
i. Memastikan penglibatan semua ahli semasa sesi perbincangan.
ii. Memastikan ahli memahami dan mematuhi fokus pemerhatian.

ii. Memastikan semua perbincangan berlandaskan bukti yang didapati semasa
pemerhatian.

iv. Memastikan dapatan dikongsi bersama dengan semua staf dalam masa seminggu.

v. Memastikan ahli-ahli tidak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran dalam
kelas.

Setiap Walker perlu memainkan peranan mengikut tanggungjawab berikut:
i. Memahami fokus yang dipersetujui bersama.
ii. Mematuhi protokol.
iii. Menepati masa.
iv. Membuat perbincangan berlandaskan bukti.
v. Mengelakkan kritikan serta penilaian peribadi yang bersifat “judgemental”.

Borang LW 1

BORANG PENETAPAN FOKUS LEARNING WALKS

1. Nama Kolej :

2. Nama Ketua Unit / Penyelaras PLC :

3. Nama Ketua (Lead Walker) :

4. Senarai Peserta Learning Walks:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

5. Tarikh Perbincangan :

6. Fokus yang telah dipilih dan disetujui bersama :

…………………………… ……………………………
Tandatangan Ketua (Lead Walker) Tandatangan Penyelaras PLC

41

KELAS 1 Borang LW 2
BORANG PEMERHATIAN LEARNING WALKS

Fokus yang telah dipilih dan disetujui bersama :
1.

Berdasarkan FOKUS yang disetujui, senaraikan pemerhatian anda.
1.
2.
3.

KELAS 2 Berdasarkan FOKUS yang disetujui, senaraikan pemerhatian anda.
1.
2.
3.

KELAS 3 Berdasarkan FOKUS yang disetujui, senaraikan pemerhatian anda.
1.
2.
3.

2. Catatan Tambahan (Jika ada) :

i.
ii.
iii.
3. Tarikh Pemerhatian :

…………………………… …………………………
Tandatangan Peserta Learning Walks Tandatangan Ketua (Lead Walker)

Borang LW 3
BORANG DAPATAN KESELURUHAN LEARNING WALKS

Sila lengkapkan borang berdasarkan refleksi yang telah dijalankan.

1. Fokus yang telah dipilih dan disetujui bersama :

2. Aspek yang telah dipelajari :
i.
ii.
iii.
iv.

3. Senaraikan bukti pengajaran dan pembelajaran yang telah diperhatikan :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

4. Tindakan seterusnya yang akan dilaksanakan :
i.
ii.

…………………………… ……………………………
Tandatangan Ketua (Lead Walker) Tandatangan Penyelaras PLC

43

PEER COACHING
(PEMBIMBING INSTRUKSI)

PENGENALAN

Pembimbing Instruksi ialah satu proses yang melibatkan dua atau
lebih rakan profesional bekerja bersama-sama untuk mencerminkan
amalan semasa, berkembang, menghalusi, dan membina kemahiran
baharu, berkongsi idea, mengajar antara satu sama lain, menjalankan
penyelidikan tutoran, amali dan kuliah, atau menyelesaikan masalah di
dalam kelas.

OBJEKTIF

1. Memahami tiga proses utama dalam PC (prakonferensi, pemerhatian dan
pascakonferensi).

2. Mengenal pasti peranan coach dalam pelaksanaan PC.
3. Pensyarah dapat mengaplikasikan salah satu daripada model Peer

Coaching di dalam kelas.

KITARAN ‘PEER COACHING’

PRAKONFERENSI

(mengenalpasti
matlamat,

membincangkan isi
kandungan pengajaran,

menerangkan aktiviti
dan kaedah,

menentukan ukuran
kejayaan)

PASCAKONFERENSI PEMERHATIAN

(mengambil nota, penilaian kendiri,
melukis gambarajah, nyatakan semula
menerangkan suasana matlamat yang ingin
di dalam kelas, merekod dicapai, berkongsi data
soalan dan tingkahlaku dan berbincang,
coachee, menjelaskan membuat cadangan,
tingkahlaku dan aktiviti
rumusan.
pelajar)

45

PELAKSANAAN
Terdapat TIGA model untuk melaksanakan Peer Coaching.

MODEL 1 • COACHEE MENGAJAR, COACH MEMERHATI

MODEL 2 • COACH MENGAJAR, COACHEE MEMERHATI

MODEL 3 • CO-TEACHING

MODEL 1: COACHEE MENGAJAR, COACH MEMERHATI

PRAKONFERENSI
•memilih topik
•tetapkan matlamat
•fokus
•pengumpulan data
•membuat ringkasan

PEMERHATIAN
•mencatat
•merekod
•senarai semak
•carta dan jadual
•gambar dan visual

PASCAKONFERENSI
•penilaian kendiri coachee
•pemfokusan semula
•kongsi data dan komen
•cadangan
•kaedah lain yang boleh digunakan
•ringkasan

47

MODEL 2: COACH MENGAJAR, COACHEE MEMERHATI

PRAKONFERENSI
•Mengklarifikasi PdP (fokus pengajaran, objektif pengajaran, perancangan
strategi instruksi, jangkaan terhadap pelajar, adaptasi pengajaran
•Menstruktur Pemerhatian (fokus pemerhatian terhadap coach, fokus
pemerhatian terhadap pelajar, maklumbalas pengajaran, kaedah pemerhatian
yang akan digunakan)

PEMERHATIAN
•coach mengajar
•coachee memerhati pengajaran di dalam kelas
•merekod maklumat yang telah dibincangkan semasa prakonferensi

PASCAKONFERENSI
•coach menjadi fasilitator
•membincangkan hasil pemerhatian
•adakah pengajaran berjalan seperti dirancang
•adakah terdapat elemen kejutan
•sekiranya coachee yang mengajar, apa perubahan yang dilakukan
•apa yang dipelajari sepanjang pengajaran dijalankan
•soalan-soalan

MODEL 3: ‘CO-TEACHING’
5 GAYA PENGAJARAN CO-TEACHING

LEAD AND SUPPORT
Seorang mengajar dan seorang lagi membantu pelajar dalam kerja,
memerhatikan tingkahlaku dan memperbetulkan tugasan atau mengikuti
perkembangan aktiviti

STATION TEACHING
Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Seorang pensyarah
mengajar bahagian pertama daripada topik kepada kumpulan pertama
dan yang seorang lagi mengajar bahagian yang kedua kepada kumpulan
kedua. Kedua kumpulan kemudiannya bertukar pensyarah

PARALLEL TEACHING
Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan untuk memberi lebih peluang
kepada pelajar untuk terlibat dalam perbincangan. Setiap kumpulan
diajar topik yang sama dan menggunakan teknik mengajar yang sama

ALTERNATIVE TEACHING
Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diajar
oleh pensyarah pertama manakala kumpulan kedua diajar oleh
pensyarah kedua menggunakan kaedah yang berbeza untuk topik yang
sama seperti kumpulan pertama ataupun kumpulan kedua memberi
prapembelajaran untuk topik yang akan diterangkan oleh pensyarah
yang pertama. Kedua kumpulan kemudiannya bertukar pensyarah

TEAM TEACHING
Kedua-dua pensyarah berkongsi kepimpinan, bersama-sama terlibat
dalam aktiviti, menerima tanggungjawab secara bersama dan terlibat
secara aktif dalam kelas

49

CO-TEACHING MELIBATKAN TIGA PROSES (PRAKONFERENSI, PEMERHATIAN,
PASCAKONFERENSI)

PRAKONFERENSI
•coachee menerangkan matlamat dan perancangan pengajaran
•coach meneroka pengetahuan coachee dan kaedah untuk meningkatkan
pemahaman pelajar
•coach dan coachee merancang strategi dan memilih peranan masing-masing
di dalam kelas
•membuat perbincangan mengenai oengetahuan, pemahaman, konsep dan
kemahiran yang ingin diterapkan

CO-TEACHING
•peranan coach dan cachee berubah-ubah merujuk kepada prakonferensi
•coach dan coachee menggunakan 5 gaya pengajaran co-teaching
•semasa co-teaching coach bertindak sebagai rakan pengajar dan bukannya
hakim, pengkritik ataupun penyelamat

PASCAKONFERENSI
•memgadakan dialog berdasarkan pandangan masing-masing
•elakkan terlalu cepat mengkritik, menilai dan cuba menyelesaikan masalah
•setelah coach dan coachee sepakat berkenaan pengajaran kemudian
kelemahan dan kekuatan dibincangkan untuk penambahbaikan.

Contoh: Pengisian Borang PC 1

BORANG PC1: PENULISAN JURNAL PELAKSANAAN PEER COACHING

TARIKH 27 November 2014
PELAKSANAAN Amir Bin Muhammad
NAMA COACH Sabarudin Bin Ali

NAMA COACHEE

REFLEKSI Saya telah berbincang dan bersetuju memilih topik peleraian vector.
PRA Matlamat saya adalah untuk menggunakan kaedah yang mudah
difahami oleh pelajar. Fokus saya ialah kepada pelajar yang lemah
KONFERENSI dalam peleraian vector. Saya juga telah berbincang bersama coach
untuk menentukan cara mengumpulkan data semasa pemerhatian.

PEMERHATIAN Coach mencatat, merekod menggunakan senarai semak yang telah
disediakan semasa prakonferensi bagaimana saya menjalankan
pengajaran seperti yang telah dirancang dan melihat sejauh mana
keberkesanan pengajaran saya.

REFLEKSI PASCA Saya berpuashati dengan pengajaran yang telah dijalankan. Saya
KONFERENSI berasakan terdapat sedikit kekurangan semasa pengajaran tadi kerana
tidak semua pelajar dapat mengikuti teknik yang saya terangkan.
Coach juga telah mencadangkan supaya saya lebih fokus kepada
pelajar yang betul-betul lemah supaya objektif tercapai. Sebagai
penambahbaikan pada masa akan datang saya akan cuba lebih fokus
kepada pelajar-pelajar yang benar-benar lemah.

51

TEACHER SHARING SESSION (SESI PERKONGSIAN PENSYARAH)
Definisi Sesi Perkongsian:

Sesi perkongsian (Sharing Session) merujuk kepada sekumpulan pensyarah (dari unit
yang sama atau yang berbeza) bertemu secara kerap atau berkala secara formal untuk
berkongsi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan amalan pedagogi yang terbaik. Amalan
ini tidak menghadkan bilangan pensyarah dalam sesuatu kumpulan tetapi memadai dengan
hanya dua orang pensyarah yang berkongsi pengalaman sesama sendiri. Perkongsian dalam
kalangan ahli yang lebih ramai akan memberikan lebih banyak ruang pengisian dan aspek
pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang berbeza dan pelbagai.

Sesi perkongsian pensyarah merupakan satu elemen penting dalam perkembangan
profesionalisme seorang pensyarah (teacherprofessional development).Ia memberikan
peluang kepada pensyarah berkongsi pelbagai pengetahuan, kemahiran, strategi, kaedah,
bahan, sumber, pengalaman dan sebagainya dalam konteks profesionalisme keguruan.

Pelaksanaan Sesi Perkongsian:
Sesi perkongsian yang berkesan memerlukan perancangan dan persediaan awal

seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah:

Matlamat
Perkongsian (cth:

PdP berkesan)

Pelaporan & Jenis Perkongsian
Pembentangan
(cth: Kaedah PdP
berkesan)

Sesi Perkongsian

Strategi-strategi dalam Sesi Perkongsian:

Terdapat beberapa strategi yang boKleithardaignuSneaksai nPedarklaomngPseiarknongsian Pensyarah:

SHOW, TELL • Pensyarah membentangkan kaedah/ inovasi/ amalan yang
& SHARE berjaya dengan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian.
Pensyarah membentangkan kaedah/ inovasi/ amalan yang
berjaya dengan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian.

GALLERY • Pensyarah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
WALK (cadangan 5 orang dalam satu kumpulan).

VIDEO • Pensyarah menghasilkan nota /catatan bagi tujuan aktiviti
CRITIQUE gallery walk menggunakan medium yang bersesuaian.

• Semasa sesi gallery walk semua pensyarah akan pergi ke
setiap stesen dan penerangan diberikan oleh wakil stesen.

• Video Critique dilaksanakan untuk membuat analisa secara
kritis tentang sesuatu subjek/ situasi/ karya sastera atau seni
yang divideokan.

Tujuan Video •Menjana pemikiran ke arah penilaian
Critique kendiri, menyemai amalan dialog
berkaitan PdP dalam kuliah/ kelas
tutoran/makmal/dewan/padang melalui
analisis yang tepat dan mengenalpasti
ruang untuk perkembangan profesional.

Pelaksanaan •Pensyarah merancang rakaman PdP
Video Critique dalam bilik tutoran/kuliah/makmal
Sains/Makmal Komputer/Dewan/Padang.
•Pensyarah merakam PdP yang dirancang.
•Pensyarah melaksanakan Video Critique

Protokol Video • Mengelakkan kecaman peribadi.
Critique • Memberi fokus kepada aspek profesional yang
perlu diperbaiki.
• Memberi penekanan kepada idea-idea atau
kaedah yang boleh diteladani
• Mencadangkan ruang untuk dibuat
penambahbaikan

53

Contoh: Pengisian Borang Penganalisaan Video

Borang Penganalisaan Video:

Unit : Pengurusan Perniagaan

Tajuk/ Bab : Pemasaran

Nama Pembentang : Cik Ariana Rose dan Encik Harith Iqbal

Nama Pengkritik : Encik Adam Mukhriz, Puan Ameera Emir, Cik Zahira

Harun & Encik Rayyan Iskandar

No. Panduan Video Critique Komen

1. Adakah objektif pengajaran dan ringkasan idea Ada (peta minda/peta konsep)
pengajaran dinyatakan?

2. Teknik PdP apakah yang digunakan oleh Main peranan
pensyarah untuk menunjukkan pengajaran yang
menghubungkan konsep-konsep yang berlainan?

3. Adakah perbendaharaan kata yang digunakan Ada yang kurang sesuai di mana
oleh pensyarah merangsang pengetahuan sedia mengelirukan pelajar
ada pelajar.

4. Adakah pensyarah menggunakan pelbagai 1 strategi sahaja (penerangan)
strategi pengajaran bagi mencapai objektif
pengajaran?

5. Adakah isi kandungan pengajaran sesuai dengan Ya (bertepatan dengan objektif

objektif pengajaran? pengajaran)

6. Adakah masa pengajaran disesuaikan dengan Ya ( pada permulaan pengajaran

mengintegrasi maklumat baru dan pengetahuan di mana mengimbas pelajaran
sedia ada pelajar?. lalu)

7. Teknik apa yang digunakan oleh pensyarah untuk Lucky Draw (beberapa orang

menggalakkan pelajar bertanya soalan atau pelajar pilih rakan mereka untuk

berinteraksi?. disoal berdasarkan warna baju

yang dipakai)

8. Apakah strategi, teknik atau bahan yang Tiada
digunakan oleh pensyarah yang dirasakan
berkesan dan inovatif?.

9. Cadangan pengkritik/penganalisis video yang  Intonasi suara perlu pelbagai
dapat membantu pengajaran ini supaya ia (tidak senada)
menjadi lebih berkesan.
 Pelbagaikan strategi
pengajaran

 Kualiti rakaman video perlu
ditambah baik daripada
aspek suara & pencahayaan
menyukarkan proses untuk
menganalisis video.

55

Contoh: Pengisian Borang Perkongsian Pensyarah

Sesi Perkongsian Pensyarah

Tarikh : 09/01/XXXX
Tempat : Bilik Mesyuarat

Nama pembentang :Encik Farish Roslan dan Cik Erika Zahid

Nama ahli kumpulan: Encik Izhan Omar, Puan Mariam Hassan, Encik Tajul Emir
Tajul Rosli, Cik Rihanna Ramly dan Puan Natasya Elias

Deskripsi: Apa yang telah dikaji dan dipelajari?
 Teknik pengajaran berasaskan permainan.
 Respons pelajar terhadap proses pembelajaran dan permainan

Interpretasi: Apa yang menarik/berguna/relevan tentang sesi perkongsian yang
disampaikan tadi?. Adakah amalan ini sama atau berbeza dengan apa yang anda
praktikkan sebelum ini?

 Pembelajaran Interaktif

(Amalan yang berbeza dengan apa yang dipraktikkan sebelum ini)

Hasil: Apa yang saya telah pelajari dan bagaimana ia meningkatkan profesionalisme saya?

Terdapat pelbagai teknik pengajaran yang boleh digunakan terutamanya era teknologi & ICT
Pengajaran & Pembelajaran Interaktif dengan menggunakan gajet-gajet terkini seperti
Mobile-Learning bagi menarik perhatian pelajar terhadap topik yang sukar dipelajari.

PENGENALANLESSON STUDY

Lesson study is a simple idea. If you want to improve instruction, what could be
more obvious than collaborating with fellow teachers to plan, observe, and
reflect on lessons? (Lewis 2002)

Lesson Studyadalah satu strategi peningkatan profesionalisme pensyarah yang berfokus
kepada pembelajaran rakan sejawat (peer to peer). Lesson Study ialah kajian, penyelidikan
atau penelitian terhadap pengajaran pensyarah dalam bilik darjah sebagai satu cara
untukmenentukanbagaimana pelajarbelajar dengan lebih baik.

Budaya Lesson Studymengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan menerapkan
nilai kolaboratif di mana ia memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran
untuk meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan konten pedagogi pensyarah.

Proses dalam Lesson Studymerangkumipercambahan ilmu, perkembangan idea serta
kreativiti individu dalam proses pembinaan Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) secara
bersama. Sehubungan dengan itu, ia memupuk semangat kekitaan dan rasa kepunyaan
(sense of belonging) antara pensyarah. Seterusnya, budaya kerja ini boleh menghasilkan
institusi pendidikan yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia.

Prinsip-prinsip perkembangan profesional pensyarah:
(i) berasaskan sekolah (school-based).
(ii) berasaskan penyelesaian masalah berkolaborasi (Budaya Kolaborasi).
(iii) berfokus kepada hasil pembelajaran pelajar di mana inkuiri pengajaran berterusan
dilakukan (Amalan Reflektif).
(iv) membuka peluang kepada pensyarah untuk mengembangkan pengetahuan dan
kemahiran pengajaran (Pembangunan Profesional Kendiri).
(v) memerlukan sokongan dan tanggungjawab berterusan.

57

3 AKTIVITI UTAMA LESSON STUDY

Create • Mengenalpasti tema
penyelidikan kajian
pelajaran

• Menjalankan penyelidikan
kajian pelajaran terhadap

Do tema yang dipilih

Reflect • Membuat refleksi
terhadap lesson study dan
penulisan laporan

KITARANLESSON STUDY

Set Goal
 Kenalpasti

keperluan
pelajar dan
matlamat
pengajaran

Review and Refine Plan
Ubahsuai dan  Rancang

penambahbaikan pengajaran
 Strategi
pengajaran
Fokus pembelajaran pengumpula

pelajar n data
 Insights & Ideas  Ramal
Penilaian Impak
maklumbala

s pelajar

Reflect Teach and Observe
 Analisis  Laksana

data pengajaran
 Bincang  Pantau

PdP pengajaran
 Kumpul data
(pelajar &

pensyarah)
 Pedagogical

content

learning

59

PELAKSANAAN LESSON STUDY

Membentuk kumpulan Lesson Study dan menentukan matlamat/
goal.
•Lantik seorang Ketua Kumpulan.
•Kenalpasti matlamat kurikulum dan sukatan pelajaran.
•Kenalpasti dan bincang masalah pembelajaran pelajar.
•Tentukan matlamat PdP yang hendak dicapai.

Rancang Pengajaran Mingguan (RPM).
•Pilih topik yang hendak diajar
•Bincang masalah pembelajaran pelajar berkaitan dengan topik
berkenaan.
•Kenalpasti pelbagai strategi dan sumber pengajaran.
•Tentukan strategi pengajaran yang sesuai digunakan.
•Ramalkan respon pelajar semasa proses pengajaran.
•Imbas kembali strategi pengajaran yang dipilih dengan teliti.

Pelaksanaan pengajaran.

•Peranan Pakar Rujuk (PR) atau Knowledgeable Others (KO) ialah sebagai
pemerhati, pemberi komen dan cadangan bagi langkah-langkah
penambahbaikan dalam RPM.

• Seorang pensyarah dalam kumpulan akan melaksanakan pengajaran
pada peringkat awal mengikut RPM yang disediakan secara kolaboratif.

•Para pensyarah lain hadir bersama sebagai pemerhati dan mengumpul

data-data sepanjang sesi pengajaran tersebut untuk sesi

perbincangan/refleksi. (Gunakan borang pemerhatian yang

disediakan).

•Para pensyarah memerhati dan merekod hasil pembelajaran pelajar

•Data yang dikumpul : interaksi antara pensyarah-pelajar dan hasil
pembelajaran pelajar. Fokus utama diberikan kepada respon, tingkah
laku dan pembelajaran pelajar. Elakkan fokus kepada pengajaran
pensyarah.

•Pensyarah perlu sentiasa membuat refleksi kendiri sepanjang PdP.

Sesi Refleksi Pengajaran
•Ketua kumpulan mengetuai sesi refleksi.
•Sesi dimulakan dengan melihat semula matlamat Lesson Study.
•Pensyarah yang mengajar diberikan peluang terlebih dahulu untuk memberi
komen, pandangan dan refleksi terhadap pengajaran yang telah
dilaksanakan serta RPM.
•Pensyarah lain (pemerhati) berkongsi maklumat berkaitan aspek-aspek
positif pembelajaran pelajar. (Berdasarkan eviden atau bukti pelajar)
•Pensyarah memberi maklumbalas yang kritikal berdasarkan pemerhatian
dan eviden pelajar.
•Komen dan bincang tentang hasil pembelajaran dan isi kandungan
pelajaran.
•Bincang kelemahan dan penambahbaikan dalam sesi pelaksanaan PdP
pensyarah.
•Fikir dan bincangkan dengan mendalam bagaimana hasil pembelajaran
pelajar dapat ditingkatkan dalam sesi pengajaran.
•Pakar Rujuk (moderator/ pemudahcara ) memberi pandangan serta
cadangan dalam sesi refleksi.
•Kritikan atau teguran semasa sesi refleksi adalah bersifat profesional dan
bertujuan meningkatkan profesionalisme pensyarah.
•Komen dan hasil refleksi dicatat dan disimpan untuk dan penambahbaikan
RPM yang akan datang.
•Peranan pengerusi dan pakar rujuk adalah memastikan pensyarah aktif dan
berfikir secara mendalam semasa sesi refleksi melalui teknik penyoalan isu-
isu yang kritikal.

Penambaikan RPM dan Pengajaran Semula
•Penambahbaikan RPM dibuat berdasarkan hasil yang diperolehi daripada
sesi refleksi.
•Pensyarah melakukan penambahbaikkan bagi mengatasi kelemahan-
kelemahan yang telah dikenalpasti dalam sesi pengajaran yang lepas.
•Perbincangan terperinci berfokuskan kepada pembelajaran pelajar.
•Sesi review & refine dilakukan secara kolaboratif dan aktif.
•Penambahbaikkan pengajaran boleh dilakukan terhadap kelas yang sama
atau sebaliknya. Sekiranya pengajaran dilaksanakan, langkah 3 dan 4 perlu
diulang semula.
•Dokumenkan laporan kitaran Lesson Study untuk rujukan dan panduan
pada masa akan datang.

61

TANGGUNGJAWAB

PENSYARAH & PELAJAR

Gradual Release of Responsibility - Instructional Model

An effective teaching framework provides a balance of teaching strategies, instructional groupings, and a
balance of types of learning activities. Four key instructional strategies in an effective classroom program
include; whole group, shared teaching, guided teaching and independent teaching opportunities.

“Educators model strategies, model the thinking process through think-alouds, share learning experiences
and responses to material being studied, coach and guide students in their application of strategies, and
provide students with opportunities to apply learning independently, asking questions, practicing strategies
and expressing their responses and reflections to new learning.”

(Guide to Effective Instruction in Reading)

Tanggungjawab Pensyarah “ I Do It

Membina
Matlamat “ We Do
& Model It ”
Pengajaran
PurLpoaseti&hMaondelling “ You Do It
TerarahGuided Together ”

Instruction

Kolabora
tif

Pembelajaran “ You Do It
Alone ”
Kendiri

Independent

Tanggungjawab Pelajar

Adapted from : Frey, Fisher, Everlove
(2009)

https://www.mheonline.com/_treasures/pdf/douglas_fisher.pdf

MODEL PENGAJARAN

Gradual Release of Responsibility - Instructional Model

http://cf067b.medialib.glogster.com/media/38/38e5b9cd55c074d0e8635d6089a96f1486d
b970cdfdc25522ecde5a9c61bc917/gradual-release-of-responsibility.png

63

FAEDAH LESSONSTUDY Rekabentukpengajaranyang
menggalakkanpenglibatan aktif
dan penjanaan idea pelajar

Memperkukuhkan pengetahuan
konten/subject matter knowledge

Membina hubungankolaboratif ,
sokongan, menghormati dan
menghargai rakan sejawat

Mengamalkan
strategipengajaran, tingkah
laku,reka bentuk danamalan
pengajaran dan pembelajaran
yang terbaik

Meningkatkanpembelajaran dan
pencapaian pelajarberdasarkan
pemerhatian, penilaian dan
penyelesaianmasalah

Mengumpul danmenganalisis
data kerjadantingkah laku pelajar

Mengarahkan fokus pensyarah
terhadap pencapaian pelajar

Keberhasilan pencapaian pelajar
berpunca dari amalan budaya
kerja/tingkah lakupensyarah


Click to View FlipBook Version
Previous Book
3 Best Cheap Android Tablets
Next Book
PARIS, ITALIA Y GRECIA