90 Mengaplikasikan Kata Kerja Contoh Soalan Contoh Tugasan Menyelesaikan Menunjukkan Menggunakan Membuat ilustrasi Membina Meramal Melengkapkan Menilai Mengklasifikasikan Menggambarkan • Tahukah anda peristiwa lain di mana..? • Bolehkah perkara ini berlaku ...? • Himpunkan mengikut perwatakan • Apakah faktor yang anda ubah jika..? • Dapatkah anda mengaplikasikan kaedah ini dengan pengalaman sendiri? • Apakah soalan yang akan ditanya...? • Daripada maklumat yang diterima, bina satu set arahan untuk .. • Adakah maklumat ini berguna jika anda ada...? • Bina sebuah model yang akan menunjukkan cara mesin ini berfungsi. • Cipta diorama untuk menggambarkan peristiwa… • Ambil beberapa keping gambar untuk menunjukkan sesuatu … • Bina sebuah model tanah liat. • Rangka satu strategi pemasaran produk anda menggunakan strategi yang diketahui sebagai panduan. • Lukis mural berdasarkan … • Sediakan buku skrap tentang … Menganalisis Kata Kerja Contoh Soalan Contoh Tugasan Menganalisis Membezakan Menilai Membanding Menyiasat Mengkategori Mengenal pasti Menerangkan Memisahkan Mengiklankan • Peristiwa yang manakah akan berlaku..? • Sekiranya ... berlaku, apakah peleraian yang akan berlaku? • Apakah persamaan .. dengan ...? • Apakah hasil lain yang mungkin..? • Himpunkan mengikut perwatakan • Apakah faktor yang anda ubah jika..? • Mengapakah perubahan ini berlaku? • Banding perubahan yang anda kemukakan dengan … • Terangkan hal yang sepatutnya berlaku apabila..? • Apakah persamaan..? • Apakah masalah yang mungkin timbul? • Apakah motif..? • Apakah titik perubahan ...? • Rangka soal selidik untuk mengumpul maklumat • Reka suatu iklan untuk menjual satu produk • Bina carta alir yang mempunyai peringkat kritikal • Bina jigsaw • Bina salasilah keluarga untuk menunjukkan perhubungan • Tulis biografi seseorang • Sediakan laporan .. • Anjurkan suatu majlis lengkap dengan susun atur, langkah, rekod yang diperlukan • Nilaikan hasil seni dari segi motif …
91
92 Menilai Kata Kerja Contoh Soalan Contoh Tugasan Mengadili Memilih Memutuskan Membenarkan Membahaskan Mengesahkan Berhujah Mengesyorkan Menilai Membincangkan Mengutamakan Menetapkan kadar Menentukan • Adakah terdapat penyelesaian yang lebih baik untuk ... • Nilaikan ... • Bolehkah anda pertahankan kedudukan anda tentang ...? • Adakah anda berfikir ... adalah baik atau sesuatu yang buruk? • Bagaimana anda akan mengendalikan ...? • Apakah yang mengubah ... • Adakah anda akan mengesyorkan? • Adakah anda percaya? • Adakah anda seorang ... ? • Apakah perasaan anda jika ...? • Adakah berkesan ...? - Apakah pendapat anda tentang ...? • Sediakan satu senarai kriteria untuk menilai sesuatu ... • Kendalikan perbahasan tentang isu yang menarik perhatian orang ramai. • Buat satu catatan mengenai 5 peraturan yang anda anggap penting. • Membentuk panel untuk meyakinkan orang lain bahawa "Pembelajaran di Sekolah." • Tulis sepucuk surat kepada ... memberi nasihat mengenai perubahan yang diperlukan. • Sediakan kes untuk membentangkan pandangan anda tentang .. Mencipta Kata Tugas Contoh Soalan Contoh Tugasan Mencipta Mereka Mengarang Meramal Merancang Membina Mereka bentuk Mengimaginasikan Mengusul Menjana Mencipta formula • Adakah anda boleh mencipta…? • Mengapa tidak anda gubah lagu tentang…? • Dapatkah anda melihat penyelesaian jika...? • Jika anda mempunyai akses kepada semua sumber, bagaimana anda akan berurusan dengan ...? • Mengapa tidak anda rangka...? • Adakah anda mempunyai cara tersendiri… ? • Berapa banyak cara anda boleh cipta ...yang baharu dan luar biasa untuk...? • Bolehkah anda tulis suatu resipi baharu yang enak? • Bolehkah anda bina kertas • Cipta sebuah mesin untuk tugasan tertentu. • Reka bentuk sebuah bangunan untuk menempatkan kajian anda . • Cipta satu produk baharu. • Berikan nama dan rancang satu kempen pemasaran. • Menulis tentang perasaan anda berkenaan...? • Cipta satu rancangan TV, rancangan permainan. • Main peranan, lagu atau pantomin tentang ... • Reka bentuk satu kulit depan rekod, buku, atau majalah untuk ... • Komersialkan idea…. • Rangka satu cara untuk ... ?
93 Kata Tugas Contoh Soalan Contoh Tugasan kerja untuk...? • Gubah satu rentak atau memasukkan lirik baharu kepada melodi yang dikenali. 3.7 Pendekatan Pengajaran yang Pelbagai Murid mempunyai kebolehan, minat dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Oleh itu pendekatan pengajaran harus dipelbagaikan supaya objektif pemikiran aras tinggi dikuasai semua murid termasuk yang berpencapaian rendah. Pendekatan juga bersifat berpusatkan murid, iaitu guru kurang bercakap dan lebih banyak membimbing. Antara pendekatan yang menggalakkan KBAT 3.7.1 Pendekatan berbentuk menaakul dan pembelajaran inkuiri Murid mempelajari sesuatu konsep berdasarkan penemuan yang mereka sendiri. Inkuiri berlaku apabila terdapat kaitan antara konsep yang dipelajari dengan soalan yang dikemukakan sendiri oleh murid dan mereka mencari jawapan melalui penyiasatan melalui pembelajaran berasaskan masalah. Guru perlu kurang bercakap dan membanyakkan amali. 3.7.2 Penggunaan teknologi Soalan KBAT dan tugasan yang mencabar memerlukan bantuan. Guru perlu menggunakan teknologi misalnya audiovisual untuk membantu proses berfikir, meningkatkan pemahaman dan menjana idea. Penggunaaan teknologi misalnya teknologi maklumat dan komunikasi termasuk perisian untuk membantu murid mengakses, menganalisis, menyusun dan berkongsi pembelajaran dan menyiapkan tugasan 3.7.3 Belajar dengan membuat dan mengaplikasikan Pembelajaran akan lebih berkesan melalui aktiviti membuat dan melakukan (hands-on). Belajar dengan membuat dan mengaplikasikan akan menghasilkan kefahaman yang mendalam dan memberi peluang kepada murid untuk berfikir dan mengaplikasikan konsep yang dipelajari dalam situasi yang baharu. Selain dapat mengukuhkan daya berfikir, kebolehan mengaplikasikan
94 pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh ialah kemahiran yang paling diinginkan dalam tenaga kerja. (Key Findings: Are They Really Ready for Work, Conference Board 2006). 3.8 Berkomunikasi dan Memberikan Motivasi Secara Berkesan Pengukuhan KBAT memerlukan guru mendorong, berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan murid. Belajar melalui galakan lebih baik berbanding dengan hukuman. Guru harus empati dan tidak merendah-rendahkan soalan dan jawapan murid. Peranan guru dalam bilik darjah dalam abad ke-21 beralih daripada pakar mata pelajaran kepada fasilitator. Tumpuan arahan guru beralih daripada mengetahui untuk menggunakan maklumat kepada mendapatkan maklumat secara relevan. Soalan yang baik tidak dapat menggantikan mendengar dengan baik (Storeygard, Hamm, & Fosnot, 2010). Apabila guru beredar dan meninjau murid yang sedang bekerja secara berpasangan atau kumpulan, guru sering meminta mereka menerangkan perkara yang dilakukan. Hal ini agak mengganggu murid dan menjejaskan proses guru mentaksir. Dengar perbincangan yang berlaku antara murid supaya dapat mengetahui cara murid berfikir dan berinteraksi. Respons yang bermakna kepada soalan menggambarkan guru peka dan pemikir. Guru harus berusaha meningkatkan tahap kesedaran dan daya berfikir dengan mengemukakan soalan yang membina, bersifat memimpin dan terbuka. 3.9 Pelibatan Aktif dan Kolobarasi Murid KBAT perlu dikuasai oleh semua murid dan bukan untuk murid berpencapaian tinggi. Guru perlu memastikan tiada murid yang diabaikan dan setiap murid melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberi peluang kepada semua murid berbincang, bertanya dan menyebarkan soalan kepada semua Pembelajaran seharusnya menyediakan peluang kepada murid untuk bekerjasama atau berkolaborasi apabila mengumpulkan maklumat, menyelesaikan masalah, berkongsi idea, dan menjana idea baharu. Pelbagai teknik dan model pembelajaran koperatif dalam kumpulan, kelas dan sekolah memupuk sikap berfikir bersama-sama serta pembelajaran dan penilaian rakan sebaya. Persekitaran belajar secara kolaboratif dan bersama-sama menyelesaikan masalah sesuatu tugasan menggalakkan murid melihat dunia dari kaca mata mereka (remaja). PISA telah memperkenalkan literasi penyelesaian masalah secara kolaboratif (collaborative problem solving) yang berguna untuk mengukuhkan daya berfikir, kematangan serta membangunkan kemahiran kehidupan dan kerjaya. Latihan berkolaborasi dalam pembelajaran ialah persediaan bagi kolaborasi yang berkualiti tinggi di tempat kerja.
95 3.10 Membentuk Persekitaran yang Mendorong Berfikir Ciri-ciri dan susunan fizikal seperti kawasan sekitar sekolah, di dalam dan sekitar sekolah dan masyarakat sekeliling memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran dan pembinaan KBAT. Hal ini termasuk susun atur tempat duduk dalam kelas dan akses kepada bahan pembelajaran di ruang khas atau lokasi paparan di sekitar kawasan dalam sekolah. Paparan kata hikmat, kata motivasi, ruangan fikir-fikirkan, kuiz dan hasil kreativiti murid dapat mendorong budaya berfikir dan pemikiran tinggi. 3.11 Peluang Mencipta Mencipta ialah aras tertinggi dalam domain kognitif yang menekankan ciri kreatif dan inovatif. Aktiviti KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu menyediakan peluang kepada murid untuk menjadi "pencipta dan pengguna maklumat yang diterbitkan" (Apple, 2008). Dengan menyediakan peluang untuk mencipta, memperakukan penyertaan dan menilai sumbangan, murid akan membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang kandungan subjek, membangunkan kemahiran kritikal dan menjana perspektif dan penyelesaian baharu kepada masalah baharu. 3.12 Mentaksir Pencapaian Berfikir Pembelajaran perlu ditaksir dengan item yang menguji pencapaian dan keupayaan murid untuk membuat inferens, mewajarkan, memberikan cadangan, meramal dan sebagainya. Item yang pelbagai menggabungkan item aneka pilihan, respons terbuka ringkas serta penilaian formatif termasuk penggunaan kaedah penilaian kendiri dan rakan sebaya, serta pemarkahan yang mengambil kira proses kerja dan hasil akhir dapat mengukur pencapaian ini dengan lebih menyeluruh. 3.12.1 Kata tugas dalam penyoalan dan item pentaksiran KBAT Teknik penyoalan dan pembinaan item pentaksiran KBAT digambarkan oleh kata kerja atau kata tugas yang digunakan. Kata tugas ialah kata kerja yang terdapat atau yang digunakan dalam soalan atau item yang menyatakan tugasan yang perlu dilakukan oleh murid. Kata tugas mencerminkan aras kesukaran atau kerencaman soalan atau tugasan. Jadual di bawah menunjukkan hubung kaitan antara konstruk berfikir dengan kata tugas berdasarkan Taksonomi Bloom yang disemak semula. Jadual 15: Kata Tugas dalam Penyoalan dan Item Pentaksiran Konstruk Kata Tugas/ Kata Kerja Proses Pangkal Soalan Menggunakan pengetahuan/ bahan/idea/ strategi/ • Menghitung • Merekod • Menunjuk cara • Mengubah suai Beri contoh lain bagi … Adakah ini berlaku dalam
96 Konstruk Kata Tugas/ Kata Kerja Proses Pangkal Soalan konsep/prinsip / teori dalam situasi baharu • Menjana idea • Membangunkan • Menjalankan • Menyumbang • Menggunakan • Mengitlakkan • Menjelaskan konsep dengan contoh • Menganggar • Membina • Menyelesaikan • Memanipulasi • Membuat urutan • Mempraktikkan • Membezakan … ? Apakah faktor yang akan anda ubah jika … ? Apakah soalan yang akan anda tanya jika… ? Daripada maklumat yang ada, berikan satu set arahan. • Menggunakan perhubungan ruang dan masa • Menyusun mengikut keutamaan • Membuat kajian • Menterjemah • Mengeksperimenkan • Menterjemah Kenyataan yang manakah relevan dengan …? Apakah yang dipercayai oleh penulis… ? Apakah hubungan antara … dengan … ? Apakah idea/ tema bagi… ? Menganalisis Mengasingkan maklumat kepada komponen untuk memahami dan membuat perhubungan antara komponen • Mencerakinkan • Memilih • Mencirikan • Menaakul • Mengasingkan • Membuat andaian • Menyelesaikan masalah • Membuat kesimpulan • Mengawal pemboleh ubah Apakah fungsi … ? Apakah pendapat anda tentang… ? Apakah andaian anda mengenai ...?
97 Konstruk Kata Tugas/ Kata Kerja Proses Pangkal Soalan Menilai dan mewajarkan keputusan atau tindakan yang telah diambil ataupun menilai idea/bahan/ maklumat/kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik • Mentafsir • Mengkritik • Menyokong • Merumus • Mempertahankan • Mewajarkan • Menguji • Mengesan • kecondongan • Membuat keputusan • Membahaskan Apakah salah anggapan yang ada … ? Yang manakah lebih baik/ penting/ logik/ sah/sesuai ... ? Adakah penyelesaian yang baik untuk… ? Apakah pendapat anda tentang ... ? Bagaimanakah anda mengendalikan …? Apakah cadangan anda tentang ... ? Berikan alasan ....? Apakah kesan ... terhadap… ? Apakah perasaan anda jika...? Mereka cipta/menjana idea menggabungkan idea/komponen dengan menggunakan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea/struktur baharu • Menggabungkan • Merancang • Meringkaskan • Membina • Merangka • Mereka bentuk • Mencipta • Mengkonsepsikan • Menganalogikan • Membuat gambaran mental • Berkomunikasi • Bereksperimen • Membuat hipotesis • Mendefinisikan secara operasi • Menambahbaik • Menulis Bolehkah anda mereka bentuk…. ? Gunakan cara anda sendiri untuk … Apakah yang berlaku jika… ? Apakah lagi yang anda boleh lakukan untuk… ? Bagaimanakah anda boleh menguji… ? Berapakah cara yang anda boleh fikirkan … ? 3.13 Kesimpulan Penyerapan dan pelaksanaan KBAT relevan dengan konteks dasar pendidikan dan transformasi kini, trend global khususnya keperluan abad ke-21, dan melonjakkan pencapaian dalam pentaksiran antarabangsa yang disertai negara. Kesimpulannya, KBAT penting untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 supaya negara terus mapan dan mampu bersaing di persada dunia.
98 4.0 STRATEGI DAN TEKNIK PEMAHAMAN BACAAN 4.1 Pengenalan Membaca ialah suatu aktiviti yang penting dan kerap dilakukan oleh manusia dalam kehidupan harian mereka. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca, sama ada paparan bercetak atau elektronik/digital. Kemahiran membaca dan kefahaman terhadap bahan yang dibaca adalah penting untuk membolehkan seseorang mendapatkan maklumat, fakta, pengetahuan dan pemikiran mengenai sesuatu perkara bagi memenuhi keperluan komunikasi, urusan harian, pengembangan diri, pendidikan dan pekerjaan. 4.2 Pembacaan di Malaysia Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melaporkan bahawa amalan membaca masyarakat Malaysia didapati meningkat daripada hanya membaca dua buah buku setahun pada 1996 kepada lapan hingga 12 buah buku setahun pada 2010 (April 2012). Petunjuk pembacaan mendapati sebanyak 1,034,507 naskhah bahan bacaan dipinjam daripada PNM pada 2011, berbanding dengan 776,347 naskhah pada tahun sebelumnya. 4.2.1 Trend Pembacaan Trend pembacaan masyarakat juga telah berubah terutama generasi Y yang lebih terdedah kepada pembacaan menggunakan kecanggihan teknologi termasuk peranti seperti telefon pintar. Didapati bilangan pengunjung PNM menurun dari 464,317 orang pada tahun 2010 kepada 416,672 orang pada tahun lepas. Sebaliknya, pengguna yang menggunakan perkhidmatan dalam talian di PNM meningkat daripada 6.44 juta pada 2010 kepada 8.26 juta pada 2011, iaitu peningkatan sebanyak 28.3 peratus. PNM melihat bahan bacaan diakses secara dalam talian satu petanda baik kepada pembudayaan membaca di negara ini. PISA mengambil kira peluasan trend pembacaan digital ini dalam kerangka pentaksirannya. 4.2.2 Kajian Pembacaan Walaupun peratus pembacaan menunjukkan peningkatan, pencapaian murid Malaysia yang rendah dalam pentaksiran bacaan PISA memberikan petunjuk bahawa murid khususnya dan masyarakat Malaysia amnya berhadapan dengan masalah kefahaman bacaan. Kajian Hiew (2012) tentang isu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris mendapati murid sekolah menengah, kolej dan universiti di Malaysia masih berhadapan dengan masalah pembacaan, iaitu tidak dapat memahami petikan atau artikel sepenuhnya. Antara puncanya ialah berhadapan dengan banyak perkataan yang tidak difahami. Masalah pembacaan atau pemahaman bacaan boleh menjejaskan tahap penguasaan ilmu dan kemahiran serta kecemerlangan akademik dan tahap pemikiran murid.
99 4.3 Definisi Bacaan Cohen (1990) mentakrifkan bacaan sebagai proses mental yang dipilih oleh pembaca secara sedar untuk melakukan tugasan bacaan dengan baik. Walker (2000) menyatakan bahawa membaca melibatkan proses aktif, iaitu pembaca beralih daripada sumber maklumat kepada proses menghuraikan makna, memantau pemahaman, dan menggunakan konteks sosial untuk menggambarkan respons mereka. Menurut Maryanne Wolf, kemahiran membaca boleh dipelajari kerana sifat dan reka bentuk otak yang mudah ubah. Apabila pembacaan berlaku, otak seseorang akan berubah selamalamanya, sama ada secara fisiologi mahupun secara intelektual. 4.4 Jenis Bacaan Secara umum, jenis bacaan dibezakan antara bacaan mekanis dengan bacaan mentalis, serta bacaan intensif dengan bacaan ekstensif. Bacaan terbahagi kepada beberapa jenis. Bacaan mekanis dan bacaan mentalis Bacaan mekanis ialah bacaan kuat atau nyaring yang mementingkan sebutan huruf, perkataan, bunyi intonasi, nada dan tekanan dengan betul. Bacaan mentalis atau bacaan akliah ialah bacaan secara senyap yang menekankan aspek kefahaman. Bacaan intensif dengan bacaan ekstensif Bacaan ekstensif ialah bacaan luas yang menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca dan mengembangkan kosa kata. Melalui bacaan ekstensif, murid dapat mengukuhkan minat membaca mendapat keseronokan daripada pembacaan, serta meluaskan ilmu pengetahuan dan membina amalan membaca sepanjang hayat. Bacaan intensif ialah bacaan yang bertujuan untuk mengembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir perkara yang dibaca dengan tepat. bacaan intensif memberikan tumpuan pada ciri-ciri tertentu seperti aspek tersurat dan tersirat, hubung kaitan idea, meneliti penggunaan perkataan, tatabahasa, pemakaian bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan, serta bertindak balas dan mengaplikasikan maklumat baharu dalam situasi baharu.
100 Berdasarkan aspek pertama dan kedua, bacaan PISA lebih tertumpu pada bacaan intensif, manakala bacaan refleksi dan menilai bergantung pada keupayaan murid mengaitkan kandungan dan format kandungan dengan ilmu dan pengalaman sedia ada yang luar daripada teks. Oleh itu, bacaan luas (ekstensif) perlu diberikan perhatian. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan penuh daripada guru untuk menyelesaikan tugasan pembacaan yang dihadapi oleh murid. Ketiga-tiga aspek ini menekankan bacaan kritis. 4.5 Tahap Pemahaman Bacaan Pemahaman bacaan mungkin aspek dan tujuan pembacaan yang paling penting dan paling kerap. Bacaan untuk keseronokan juga memerlukan pemahaman. Para pengkaji, antaranya Barret (1968), Smith (1969), Santoz (1976), dan Azman Wan Chik (1987) mengetengahkan beberapa tahap pemahaman bacaan, dan terdapat pertindanan di sana sini, seperti yang berikut: Pemahaman Literal Tahap pemahaman bacaan yang asas dan paling rendah untuk memahami maklumat yang dinyatakan secara tersurat atau eksplisit dalam teks. Ini termasuk maklumat nama sesuatu, tempat, tarikh, takrif perkataan dan arahan yang mudah. Penterjemahan atau Penyusunan semula Pemahaman bacaan untuk menyatakan atau menceritakan semula butiran tertentu dengan perkataan sendiri dilakukan dengan mengekalkan idea asal (makna perkataan, fakta penting). Penyusunan semula juga termasuk mengubah maklumat kepada bentuk lain, misalnya daripada teks berurutan kepada grafik.
101 Pengaplikasian Pemahaman bacaan untuk menggunakan atau menerapkan sesuatu yang baru difahami (perkataan, konsep, fakta) kepada konteks, penyelesaian masalah atau tugasan yang lain. Penganalisisan Pemahaman bacaan untuk mencerakinkan maklumat (memisahkan maklumat kepada komponen yang lebih kecil). Contohnya, mengasingkan idea utama dengan idea sampingan, membandingkan ciri, mengenal pasti organisasi penulisan, dan menentukan hujah, fakta dan bukti. Inferens Pemahaman bacaan untuk membuat kesimpulan dan rumusan sebab, akibat, perubahan dan kesudahan sesuatu. Penilaian Pemahaman bacaan untuk mengulas, mengkritik dan menghakimi maklumat dengan menentukan kewajaran hujah atau bukti, serta kekuatan, kelemahan dan keaslian isi, idea atau format. Penghayatan Pemahaman bacaan untuk menikmati dan mengapresiasi kandungan bahan bacaan secara dalaman atau intrinsik. Tahap pemahaman yang berbeza-beza seperti yang dinyatakan di atas memerlukan strategi dan teknik bacaan yang tertentu. Pembaca yang mahir atau cekap akan memilih dan menentukan strategi dan teknik bacaan yang relevan untuk sampai ke tahap pemahaman tinggi yang dapat membantunya melakukan tugasan pembacaan. Barret (1956) mengenal pasti lima tahap pemahaman dalam bacaan seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang berikut :
102 Rajah 26: Taksonomi Pemahaman Bacaan Barret 4.6 Penyoalan dalam Pemahaman Bacaan Terdapat beberapa taksonomi bacaan, antaranya yang dikemukakan oleh Santoz, Bloom, Sanders, Barret dan Pearson (Marohanini, hlm. 196). Taksonomi Barret dan Pearson mengelaskan tiga kategori soalan pemahaman berdasarkan perkaitan teks yang diuji dengan soalan. Kategori tersebut ialah: Pemahaman Penyusunan Semula Inferensi
103 Teks Eksplisit • Soalan pengecaman-pengingatan • Soalan terjemahan Teks Implisit • Soalan aplikasi • Soalan analisis • Soalan sintesis Skrip Implisit • Soalan penilaian • Soalan penghayatan Kategori Jenis teks dan skrip, soalan pemahaman dan tahap pemikiran yang terlibat dihuraikan dalam Jadual 17 berikut. Jadual 16: Teks dan Skrip, Tahap Pemikiran dan Contoh Soalan Pemahaman Kategori Jenis Perkataan/ frasa yang digunakan Tahap pemikiran Contoh Teks Eksplisit Soalan yang jawapannya didapati dalam teks dengan jelas Pengecaman Pengingatan Siapakah …? Apakah…? Di manakah ..? Bilakan …? Namakan … Berikan definisi... Mengenal pasti dan mengingat fakta, isi dan definisi yang didapati dalam teks Apakah nama kampung Pak Ali? Siapakah yang membunuh Pak Ali? Namakan orang yang menyaksikan kejadian itu. Di manakah kejadian itu berlaku? Sebutkan (b) Terjemahan Ringkaskan .. Simpulkan ... Huraikan … Ceritakan semula dengan perkataan sendiri … Membuat huraian, pernyataan atau ringkasan maklumat dengan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal Dengan perkataan anda sendiri jelaskan maksud bersandiwara. Ringkaskan pendapat pengarang yang didapati dalam perenggan kedua. Dengan perkataan anda sendiri ceritakan semula kejadian yang berlaku dalam Bab Satu itu. Teks Implisit Soalan yang jawapannya didapati dalam teks tetapi tidak dinyatakan Aplikasi Kelaskan … Pilih … Dengan menggunakan … Selesaikan … Bagaimanakah ...? Mencari dan menggunakan idea/ isi / maklumat yang didapati daripada teks Dengan menggunakan syorsyor pengarang, terangkan langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah dadah. Bagaimanakah anda dapat
104 Kategori Jenis Perkataan/ frasa yang digunakan Tahap pemikiran Contoh secara jelas. Jawapannya perlu difikirkan dan dicari Berikan contoh ... dalam situasi yang lain untuk menghuraikan atau menyelesaikan masalah menjauhkan diri daripada dadah? Dapatkah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling membantu mangsa dadah? Analisis Simpulkan ... Bagaimanakah …? Mengapakah ..? Apakah yang akan terjadi sekiranya ... Membahagi – bahagikan kandungan dalam teks untuk membuat analisis untuk menyimpul, membuktikan, menyokong, menerangkan atau membuat jangkaan/ telahan Apakah yang hendak disampaikan oleh petikan ini tentang sikap pengarang kepada masyarakat? Dengan meneliti perenggan akhir petikan, apakah tanggapan anda tentang cara hidup masyarakat kini? Mengapakah belia sekarang kurang bersopan? Sintesis Tulis … Andaikan … Tubuhkan … Simpulkan ... Tentukan bukti... Apakah yang akan terjadi sekiranya ... Menyatukan bahagian atau elemen daripada pelbagai sumber untuk membina sesuatu yang baharu Simpulkan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan. Apakah yang akan terjadi sekiranya jumlah penduduk mencapai 70 juta? Tulis suatu sajak berdasarkan tema petikan yang dibaca. Skrip Implisit Soalan yang jawapannya tidak terdapat dalam teks. Jawapan memerlukan pembaca menggunakan ukuran skemata yang ada dalam minda. Penilaian Pertimbangkan Nilaikan … Putuskan ... Pada pendapat anda ... Adakah wajar ... Membuat pertimbangan tentang idea/ isi/tema/ pendapat yang dinyatakan dalam teks dengan menggunakan ukuran luaran atau dalaman Pada pendapat anda, adakah tajuk yang diberikan sesuai dengan isi keseluruhan petikan? Putuskan sama ada perwatakan wira dalam cerpen ini ditemui di alam nyata atau fantasi? Berdasarkan pengalaman anda, adakah wajar bagi penghulu bertindak sedemikian?
105 Kategori Jenis Perkataan/ frasa yang digunakan Tahap pemikiran Contoh Penghayatan Apakah perasaan anda .. Andainya … Mengapakah .. Bagaimanakah .... Sekiranya … Adakah mungkin ... Merasai dan menjiwai sesuatu yang dibaca seperti watak, perwatakan, peristiwa dan persoalan Andaikan anda berada di tempat Mazni, apakah perasaan anda kepada Karim? Sekiranya kemalangan itu tidak terjadi, adakah mungkin Karim ingin mengahwini Mazni? Adakah anda berasa benci akan Cik Rohana? Mengapa? (Marohaini, 1999, hlm. 208-213) 4.7 Definisi Strategi Pemahaman Bacaan Strategi secara umum bermaksud perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Janzen (2003) mentakrifkan strategi bacaan sebagai perancangan atau tingkah laku untuk menyelesaikan masalah apabila berhadapan dengan masalah membina makna dalam bacaan. Strategi bacaan menurut Baker & Boonkit (2004) ialah teknik dan kaedah yang digunakan oleh pembaca supaya pembacaan mereka berhasil (hlm. 302). Oleh itu, strategi bacaan ialah perancangan tingkah laku dari segi kaedah dan teknik yang digunakan oleh pembaca untuk membina makna dan menghasilkan pembacaan yang berkesan. 4.8 Kepentingan Strategi Bacaan Zare & Othman (2013) telah mengkaji hubungan antara pemahaman bacaan dengan strategi bacaan dalam kalangan penuntut yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) di Malaysia. Mereka mendapati murid yang mengaplikasikan banyak strategi dalam bacaan menunjukkan tahap pencapaian lebih baik dalam pemahaman bacaan. Strategi dan teknik bacaan perlu diajarkan dan dikuasai oleh murid untuk meningkatkan kemahiran dan literasi bacaan mereka. Kesimpulannya, membaca ialah proses mental secara sedar, suatu proses yang aktif yang melibatkan pemilihan maklumat dan pemantauan bacaan. Kemahiran bacaan boleh dipelajari dan tahap pemahaman bacaan dapat ditingkatkan dengan menguasai dan menggunakan strategi dan teknik bacaan yang berkesan. 4.9 Strategi Bacaan Pemahaman Unit ini akan membincangkan beberapa strategi bacaan pemahaman yang diketengahkan oleh sarjana dan pengkaji bidang bacaan yang relevan dengan konteks literasi bacaan PISA.
106 4.9.1 Strategi kognisi, sokongan dan metakognisi Strategi kognisi, sokongan dan metakognisi (Sheorey dan Mokhtari, 2001) menekankan proses mental atau kognisi. Strategi kognitif ialah proses dan langkah yang digunakan oleh pembaca semasa memahami maklumat teks. Contohnya ialah menyesuaikan kelajuan bacaan, meneka makna perkataan dan mengulang bacaan untuk mendapatkan pemahaman. Strategi sokongan ialah mekanisme untuk membantu pembaca memahami teks seperti merujuk kamus, membuat catatan tepi, menggaris dan menyerlahkan teks. Strategi metakognitif ialah pendekatan dan teknik yang dirancang dengan teliti oleh pembaca untuk memantau keupayaan dan pemahaman bacaannya. Contohnya meninjau teks, menggunakan rajah dan ilustrasi. 4.9.2 Strategi bawah ke atas dan atas ke bawah Strategi bawah ke atas (bottom-up) ialah strategi pemahaman yang menggunakan maklumat yang sedia ada dalam teks. Contohnya ialah memahami kandungan teks dengan menganalisis perkataan dan ayat. Strategi atas ke bawah pula menggunakan pengetahuan sedia ada atau skemata untuk memahami teks. Contohnya menghubungkan apa-apa yang sedang dibaca kepada pengetahuan latar pembaca (Janzen, 2003). Strategi ini berkait dengan strategi GIST (Generating Interaction between Schemata and Text) yang dikemukakan oleh Cunningham iaitu proses menghubungkaitkan teks dengan pengetahuan skemata. 4.9.3 Strategi sebelum, semasa dan selepas bacaan Strategi ini melibatkan tiga peringkat bacaan, iaitu sebelum bacaan (prabacaan), semasa bacaan dan selepas bacaan (pasca bacaan) Peringkat sebelum bacaan Menggunakan pengetahuan latar untuk berfikir tentang topik tersebut. Menentukan perkara yang perlu difahami daripada bahan dan tujuan membaca. Membuat ramalan tentang kandungan teks Meninjau teks dengan bacaan imbasan dan luncuran untuk mendapatkan maksud keseluruhan Meneroka ciri-ciri teks bacaan sebelum membaca dan memahami teks
107 Peringkat semasa bacaan Peringkat selepas bacaan (pasca bacaan) 4.9.4 Strategi hubungan soalan dengan jawapan Kadangkala murid sudah mempunyai tahap pemahaman tertentu tentang teks yang dibaca, tetapi gagal memahami soalan pemahaman, menyebabkan mereka gagal menjawab dengan betul dan mengikut kehendak soalan. Strategi hubungan soalan dengan jawapan atau QuestionAnswer Relationship (QAR) melatih murid memahami pelbagai jenis soalan serta jawapan yang dijangkakan daripada sesuatu soalan. Untuk mengetahui sama ada sesuatu soalan jawapannya ‘ada dalam teks’, atau soalan yang memerlukan proses ‘fikir dan cari’, atau soalan yang menggunakan ‘pendapat sendiri’, maka murid perlu membaca dan meneliti soalan lebih dahulu sebelum mendapatkan jawapan (Raphael, T.E. & Au, K.H, 2005). Mengenal pasti isi-isi penting, idea dan maklumat dalam teks Mengenal pasti tujuan dan pola pemikiran penulis Menjelaskan kefahaman tentang teks Meramal hal yang akan berlaku Menghubungkan idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahui Meluaskan kefahaman dengan cara yang kritis dan kreatif Memantau pemahaman dengan mempersoalkan dan merenung idea dan maklumat dalam teks. Mengenal pasti tujuan penulis Menganalisis teknik dan bahasa penulis Menilai kecekapan dan kewibawaan penulis Menanyakan soalan kritis Menilai kefahaman pembaca tentang teks Menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh pembaca untuk mendapatkan maklumat yang terperinci
108 4.9.5 Kepentingan strategi hubungan soalan dengan jawapan Strategi ini dapat: membaiki pemahaman bacaan murid. melatih murid memahami kehendak soalan dan cara menjawab soalan dan cara mendapatkan jawapan dengan betul. membantu murid berfikir tentang teks dan melangkaui teks yang dibaca. merangsang mereka untuk menggunakan pemikiran aras tinggi dan mencabar mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. 4.9.6 Cara menggunakan strategi hubungan soalan dengan jawapan Bagi strategi ini, murid perlu mengenal pasti empat jenis soalan yang akan dijawab: Soalan ‘jawapannya ada di situ’: Soalan jenis literal yang jawapannya terdapat dalam teks. Perkataan yang digunakan dalam soalan kerapkali sama dengan perkataan yang ada dalam teks. Soalan ‘fikir dan cari’: Jawapannya diperoleh daripada beberapa tempat dalam teks dan perlu dikumpulkan untuk memberikan makna yang lengkap. Soalan ‘Pengarang dan anda’: Soalan ini berdasarkan maklumat yang diberikan dalam teks tetapi murid perlu mengaitkan jawapan dengan pengetahuan dan pengalaman sendiri. Jawapannya tersirat atau tidak secara terus terdapat dalam teks, maka murid perlu membaca teks dan mentafsir idea pengarang untuk menjawab soalan. Soalan ‘jawapan sendiri’: Soalan yang tiada dalam teks, maka untuk menjawabnya murid perlu menggunakan pengetahuan latar atau pengalaman sedia ada mereka sendiri. Langkah strategi hubungan soalan dengan jawapan Tentukan soalan dan jenis yang akan ditanyakan oleh guru kepada murid. Dua kaedah boleh digunakan, iaitu mengemukakan soalan sebelum bacaan atau selepas bacaan dilakukan murid. Bagi soalan bertulis khususnya, minta murid membaca dan memahamkan soalan lebih dahulu. Latih murid mengenal pasti mana-mana empat jenis soalan yang ditanya Bimbing murid cara untuk mengesan dan menandai (menggaris, membulatkan atau menyerlahkan) kata kunci dalam soalan untuk memahami kehendak soalan Untuk murid yang agak lemah, minta mereka membaca kuat soalan-soalan lebih dahulu. Bimbing murid cara untuk mendapatkan maklumat (dalam teks dan melangkau teks) bagi soalan yang ditanyakan. Minta murid membanding beza jawapan yang betul, tepat atau relevan dengan jawapan yang tidak betul, tidak tepat atau tidak relevan bagi sesuatu soalan.
109 4.9.5 Strategi bacaan kritis Strategi bacaan pemahaman kritis menekankan proses bacaan yang menyeluruh dan mendalam. seperti yang berikut: a) Meninjau ciri-ciri teks sebelum membaca kandungan (previewing) Tinjauan membolehkan pembaca mendapatkan idea umum tentang teks dan cara penyusunannya, sebelum bacaan mendalam. Tinjauan dengan membaca secara imbasan dan menyediakan otak (mind setting) supaya pembacaan selepasnya lebih cekap seperti seseorang yang telah melalui suatu jalan bagi kali kedua. Perkara yang perlu ditinjau ialah organisasi teks (luaran): tajuk, tajuk kecil, peta, gambar, huruf cetak tebal, huruf condong, kapsyen, penomboran, pemerengganan, panduan (tip/petua), soalan, indeks dan sebagainya. b) Membina gambaran (visualizing) Pembaca yang kritis menggambarkan atau membina imej atau visual dalam minda semasa membaca. Semasa membaca, tandakan tempat yang dapat memberikan gambaran minda untuk memahami teks. Pangkal ayat pembinaan gambaran semasa membaca: Saya dapat menggambarkan… Saya dapat melihat… Saya dapat membayangkan… Gambaran dalam minda menunjukkan … Gambaran ini boleh dikembangkan kepada pengalaman indera khususnya terhadap watak, peristiwa atau idea dalam teks penceritaan Saya dapat merasakan … Saya dapat menghidu/ merasa/mendengar … c) Mengenal pasti idea utama (outlining and summarizing) Yang manakah idea besar? Pembaca yang kritis mencari petunjuk yang dapat membantu mereka mengenal pasti idea besar dalam petikan. Teliti kandungan teks dengan cara: Mengklasifikasikan idea, misalnya punca, akibat, cara mengatasi Mengenal pasti idea utama dan idea sampingan Menyusun isi mengikut kepentingan Mengesan pola sebab akibat Idea utama ialah tunjang yang menghubungkan bahagian-bahagian dalam teks. Menandai idea utama dilakukan sama ada melalui catatan atau anotasi, menggaris dan sebagainya. Rumusan dibina dengan meringkaskan, mensintesiskan, dan mengolah idea-idea utama yang telah dikenal pasti secara kreatif menggunakan perkataan sendiri.
110 d) Menetapkan konteks (contextualizing) Apabila kita membaca, kita menggunakan lensa pengalaman sendiri untuk memahami idea pengarang yang ditulis berdasarkan pengalamannya sendiri, pada masa yang berbeza dan tujuan yang tertentu. Oleh itu untuk membaca secara kritis, pembaca perlu mengesan konteks penulisan iaitu tujuan, hasrat, sasaran dan nilai pengarang, latar masa, tempat dan budaya. e) Menyoal Penyoalan boleh dicetuskan oleh guru atau soalan yang mengiringi teks, tetapi yang lebih utama ialah soalan yang dibina oleh murid sendiri. Tanyakan soalan yang pelbagai aras, pada setiap peringkat pembacaan (sebelum, semasa dan selepas). Antara soalannya: Apakah yang saya tahu tentang tajuk ini? Apakah yang ingin diperkatakan oleh pengarang? Apakah mesej daripada petikan ini? Apakah yang saya rasa saya akan belajar daripada teks ini? Apakah ramalan yang boleh saya buat daripada pembacaan ini? Bagi teks yang sukar dan panjang, soalan disediakan pada setiap perenggan. Selain menanyakan idea utama, soalan yang mempersoalkan pengarang dari segi pendirian dan gaya penyampaiannya perlu difikirkan. f) Menghubung kait dan membanding beza (relating, comparing and constructing) Pembaca yang kritis dapat mengecam bahagian teks yang berkait dengan atau mengingatkan mereka tentang kehidupan, pengetahuan sedia ada, dengan buku, makalah, petikan, lagu atau penulisan, peristiwa, seseorang atau isu. Antara pangkal ayat bagi perkaitan semasa membaca: Ini mengingatkan saya tentang … Ini membuatkan saya terfikir… Saya pernah terbaca dalam … Yang ini berbeza dengan … Ini ada persamaannya dengan …. Pengarang sering memperkatakan isu yang sama tetapi mengolah pemikiran atau idea yang cara yang berbeza. Oleh itu, memikirkan persamaan, perbezaan, kelainan dalam teks dapat memahami idea pengarang dengan lebih mendalam. Sesetengah teks mengutarakan polemik iaitu lebih daripada satu pandangan tentang suatu isu. Buat pertimbangan selari (juxtaposing) dengan membandingkan teks yang dari segi pandangan, kehendak, pendekatan.
111 g) Membuat inferens (inferencing) Membuat inferens ialah membuat kesimpulan, kesimpulan awal atau rumusan bersandarkan pernyataan, fakta dan bukti dalam teks. Aktiviti membuat inferens termasuk: Merumuskan idea keseluruhan Mentafsir maksud, sikap dan nada pengarang Mendapatkan makna bahasa puitis Mengenal pasti gaya dan teknik penulisan pengarang Membuat ramalan tentang kesudahan Menganalisis perwatakan Membuat perkaitan antara kejadian dengan idea, latar tempat, masyarakat Membezakan pendapat dengan fakta atau perkara berkait dengan yang tidak berkait Inferens dilakukan dengan menghubungkaitkan idea dalam teks dengan idea yang sedia ada dalam pemikiran murid. Maklumat dalam teks menentukan mutu inferens sama ada betul atau tidak. Gunakan bukti, alasan dan penghujahan dalam teks. Inferens tidak diterima jika idea yang diberikan itu tiada dalam teks atau menyimpang. Oleh itu murid perlu dibimbing untuk membezakan antara inferens yang betul dan inferens yang salah. h) Menilai pandangan, penghujahan dan gaya penyampaian (evaluating) Pembaca yang kritis tidak menerima segala yang dibaca sebagai betul. Sebaliknya, pernyataan dan hujah perlu dinilai dengan cermat. Penghujahan terdiri daripada dua bahagian (i) hujah/dakwaan dan (i) sokongan. Sokongan berasaskan (i) kepercayaan, andaian dan nilai seseorang; dan (ii) bukti iaitu penggunaan fakta, data, pihak berwibawa. Perkara yang perlu diberikan perhatian: Meneliti hujahan, penaakulan dan kebenaran bukti penulis Meneliti gaya penyampaian penulis kesesuaian, kekuatan format, serta kesan atau impak kepada pembaca Menyediakan justifikasi atau kewajaran yang baik Antara latihan menilai pandangan yang boleh dijalankan ialah: Aktiviti tukar ganti dengan menilai kesan jika aspek tertentu dalam teks diubah atau berlaku sebaliknya, misalnya mengubah masa, tempat, pendirian, kesudahan dan sebagainya Melakukan perbincangan empat sudut iaitu menggandingkan individu yang berlainan pendapat (misalnya bersetuju, tidak bersetuju, jalan tengah supaya berlaku penghujahan dan dapat mengupas isu dari pelbagai sudut pandangan)
112 i) Menggunakan strategi sokongan Banyak kaedah sokongan yang boleh digunakan untuk mendapatkan pemahaman sebelum, semasa dan selepas bacaan. i. Menggunakan pelbagai penanda seperti menggaris, membulatkan atau menyerlahkan maklumat (dengan pen penyerlah), membuat catatan tepi atau anotasi untuk meninjau kata kunci dan idea utama dalam teks. ii. Menggunakan catatan tepi (anotasi). Panduannya: Menulis catatan di margin dalam bentuk pertanyaan atau isi/poin Menggunakan judul dan subjudul untuk membimbing murid mencatat Tidak menyalin ayat dalam teks dan merumus dengan menggunakan perkataan sendiri (memparafrasa). Menunjuk cara dan memberikan contoh catatan dan parafrasa Membenarkan murid menulis catatan dalam bahasa pertama mereka iii. Memahami kosa kata (perkataan, istilah atau rangkai kata atau ungkapan yang sukar: Menggaris/menyerlahkan perkataan yang tidak difahami Tidak terus menggunakan kamus. Rujuk kamus (cetakan atau digital hanya setelah perkataan sukar masih tidak difahami dan mengganggu pemahaman Mengesan imbuhan, sinonim dan antonim bagi perkataan itu iv. Menggunakan petunjuk konteks seperti: Definisi Contoh Penanda wacana urutan idea (pertama, kedua, seterusnya), pembezaan/penafian (sebaliknya, walau bagaimana pun, berbanding dengan), sebab akibat (maka, lantaran itu). j) Membuat refleksi (reflecting) Proses membuat refleksi ialah inti pati dalam bacaan kritis. Setiap penulis kefahaman, membawa kepercayaan dan nilai diri dalam penulisannya secara tersurat atau tersirat. Antara proses yang terlibat ialah: Semasa membaca, kenal pasti dan tandakan (tanda x atau sebagainya) pada isi dalam teks yang selari dengan tidak selari, menarik atau mengelirukan dari segi kefahaman kepercayaan dan nilai anda. Buat catatan tepi tentang pandangan dan perasaan anda dengan mengaitkan tandatanda yang telah dibuat. Catatan juga boleh memasukkan konsep umum yang diketahui atau sejagat.
113 k) Berfikir tentang cara kita berfikir (proses metakognisi) Selepas membaca dan melakukan tugasan bacaan, pembaca perlu memberikan ruang untuk merenung dan memikirkan semula cara pembacaan kita. Antara caranya ialah: Mengenal pasti perkara yang diketahui dan yang tidak diketahui (catat “apakah yang saya tahu tentang…” “apakah yang saya telah pelajari tentang …”) Bercakap tentang perkara yang difikirkan kepada rakan pendengar (membantu menjelaskan pemikiran) Mencatat jurnal renungan kendiri (kesedaran proses) Menyemak dan memberikan maklum balas semasa aktiviti berfikir Menilai keyakinan kendiri tentang perkara yang dibaca, baca petikan yang sukar, kemukakan soalan, menilai keyakinan terhadap jawapan sendiri dengan member skala 1 hingga 5) 4.10 Teknik Bacaan Berasaskan strategi-strategi yang dinyatakan, pelbagai teknik dalam bacaan yang diketengahkan. Teknik ialah prosedur, tatacara atau langkah-langkah khusus untuk mencapai tujuan tertentu. Sesetengah teknik mempunyai skop dan tujuan bacaan yang lebih luas, iaitu dari prabacaan hingga langkah rumusan. Teknik yang lain pula lebih spesifik penggunaannya misalnya memfokuskan prabacaan atau penyoalan. 4.10.1 Teknik Bacaan Luncuran dan Bacaan Imbasan Teknik bacaan asas yang membantu bacaan pemahaman ialah bacaan luncuran dan bacaan imbasan. (a) Bacaan Secara Imbasan Bacaan secara imbasan (scanning) ialah teknik bacaan pantas bertujuan untuk mendapatkan atau mencari maklumat yang khusus bagi sesuatu tugasan atau tujuan bacaan. Contoh tugasan yang kerap menggunakan bacaan imbasan ialah: mencari nama, nombor telefon atau alamat tertentu dalam direktori atau buku telefon mencari makna perkataan atau rangkai kata dalam kamus mengesan maklumat tarikh dan waktu dalam jadual perjalanan bas atau bot. Bacaan imbasan memerlukan pembaca menggerakkan mata dengan pantas pada muka surat dengan bimbingan idea atau kata kunci. Langkah-langkah bacaan imbasan Membaca dan mengesan organisasi bahan bacaan seperti tajuk, tajuk kecil, dan melihat tanda pembezaan seperti tulisan condong, tulisan bergaris, tulisan tebal, fakta yang bersiri atau bernombor (1,2,3, ...) dan berabjad (a, b, c, ... ) Membaca pendahuluan dan rumusan teks Memberikan perhatian kepada aspek grafik seperti jadual dan gambar rajah.
114 Menggaris atau menyerlahkan atau mencatat kata kunci atau inti pati maklumat di tepi muka surat/margin (b) Bacaan secara luncuran Bacaan secara luncuran (skimming) bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh atau pandangan umum mengenai sesuatu bahan atau dokumen dengan segera. Luncuran dilakukan tiga atau empat kali lebih pantas daripada bacaan biasa. Teknik ini dilakukan untuk apabila terdapat banyak bacaan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad. Bacaan ini lebih menyeluruh berbanding dengan bacaan imbasan. Bacaan ini memerlukan menggunakan pergerakan mata yang cepat dan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca. Contoh tugasan yang menggunakan bacaan luncuran ialah: Mengenal pasti idea utama atau perkara pokok dalam suatu bahan bacaan Mengenal pasti kesesuaian bahan bacaan itu dipilih bagi sesuatu tujuan, misalnya mengklasifikasikan buku itu. Langkah bacaan secara luncuran ialah: Baca keseluruhan bahan dengan senyap tanpa merujuk kamus untuk mendapat maklumat umum. Tetapkan tempoh membaca, misalnya 1 minit bagi satu perenggan. Baca dan kenal pasti organisasi bacaan seperti tajuk, tajuk kecil, saiz fon, dan sebagainya. Baca perenggan pendahuluan dan perenggan rumusan bahan. Bacaan kali pertama membantu. Fokuskan hubungan logik, dan saling hubungan antara perenggan yang didapati daripada perkataan, penanda wacana atau pangkal ayat seperti: Pertama, Kedua, Ketiga, Sebaliknya ... , Contohnya, Oleh itu, dan sebagainya. Tinggalkan bahagian yang kurang difahami untuk mengelakkan pembaziran masa dan mengganggu kelancaran pembacaan. Baca kali kedua untuk membantu mendapat maklumat mendapatkan tanggapan pembaca tentang bahan memahami perkara yang kabur dalam bacaan pertama. Lakukan proses merumus bacaan secara mental setelah bacaan kedua. Mencatat isi untuk mendorong pembaca berfikir cergas untuk memahami dan mengingat isi utama dan bahan yang dibaca. 4.10.2 Teknik 5W1H 5W1H atau sering disebut sebagai soalan wartawan ialah teknik asas dalam banyak aktiviti pembelajaran kemahiran bahasa, termasuk bacaan pemahaman. Penyoalan ini asas untuk dikembangkan kepada penyoalan yang lebih kompleks. Soalan 5W1H dalam bacaan yang digalakkan ialah penyoalan kendiri yang dilakukan murid untuk merangsang, memandu dan memantau pembacaan sendiri secara aktif.
115 Contoh soalan 5W1H berdasarkan suatu topik daripada cerita fiksyen. Who - Siapakah watak utama dalam cerita ini? What - Apakah kejadian yang menimpa watak utama ini? When - Bilakah kejadian itu berlaku? Where - Di manakah kejadian itu berlaku? Why - Mengapakah kejadian ini berlaku? How - Bagaimanakah kejadian ini dapat diselesaikan? Langkah Teknik 5W1H Kemukakan enam soalan ini yang berkaitan dengan topik atau bahan yang dibaca pada waktu sebelum, semasa dan selepas pembacaan supaya bacaan sentiasa secara aktif dan terarah. Catat soalan dan jawapan kepada soalan-soalan tersebut sepanjang pembacaan. Kemukakan soalan-soalan tambahan yang sesuai untuk meneroka bahan bacaan secara intensif dan mengukuhkan pemahamannya tentang bacaan tersebut. 4.10.3 Teknik THRILD THRILD ialah akronim kepada: T: H: R: I: L: D: Title (Tajuk) Heading (Tajuk kecil) Read (Baca dan ringkaskan perenggan pertama) Illustrations (Ilustrasi) Last paragraph (Baca dan ringkaskan perenggan akhir) Discussion (Bincangkan soalan) 5W1H Who (W) - Siapa? What (W) - Apa? When (W) - Bila? Where (W)- Di mana? Why (W) - Mengapa? How (H) - Bagaimana?
116 THRILD ialah teknik yang digunakan pada setiap awal bab dalam teks, sebelum pembacaan sebenar berlaku. THRILD ialah teknik prabacaan (sebelum bacaan secara mendalam) yang menyediakan kerangka pemikiran kepada maklumat baharu. Teknik ini bertindak sebagai penyusun bab, mengaktifkan pengetahuan sedia ada dan menyediakan konteks kepada perkara yang hendak dibaca. Langkah-langkah dalam teknik THRILD 1. Imbas bab dan tulis tajuk dan semua subtajuk. 2. Baca perenggan pendahuluan atau pengenalan dan rumuskan maklumatnya. 3. Baca perenggan akhir dan rumuskan maklumatnya. 4. Catat kata kunci atau rangkai kata tentang idea utama setiap perenggan. 5. Imbas soalan perbincangan (soalan yang disertakan pada hujung bab). 6. Pilih tiga daripada soalan tentang perkara yang ingin diketahui lebih lanjut oleh pembaca. Contoh Borang THRILD Rajah 27: Contoh Borang THRILD Nama: ………………………………… Tarikh: ……………….. THRILD bagi Tajuk: …………………………………………… Senarai Tajuk Kecil: 1. ………………………….. 2. ………………………….. n. …………………………... Rumusan Perenggan Pendahuluan: …………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………….. Rumusan Perenggan Penutup: …………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………….. Tiga soalan yang ingin diketahu lebih lanjut: 1.…………………………………………… 2.…………………………………………... 3.……………………………………………
117 4.10.4 Teknik paragambar P: Preview (Tinjau) A: Analyze (Analisis) R: Read (Baca) A: Accent (Gambarkan) Paragambar ialah aktiviti membaca perenggan secara aktif dan mendapatkan semula maklumat dengan merumuskan idea atau isi penting pada ruang tepi bacaan. Teknik ini menekankan perwakilan pemahaman dengan menggunakan gambar kerana ‘satu gambar melambangkan seribu perkataan.’ Paragambar dapat meningkatkan ingatan jangka panjang murid dan kemahiran mendapatkan maklumat, serta sesuai bagi murid yang cenderung kepada visual. Langkah teknik paragambar 1. Baca petikan untuk menentukan isi kandungan yang penting. 2. Tentukan kedudukan dan serlahkan maklumat yang perlu untuk memahami kandungan petikan. 3. Baca semula perkara yang dianalisis dan telah diserlahkan. 4. Lukis gambar yang menyimpulkan maklumat yang diserlahkan pada ruangan tepi (margin). 4.10.5 Teknik tanda QUACK Teknik ini menggalakkan pembacaan secara aktif kepada teks yang berbentuk fakta, membuat pertimbangan terhadap maklumat, dan menandai maklumat yang tertentu. Maksud QUACK Q: Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata dan idea yang kabur dan tidak difahami U: Underline (Garisi) menggaris takrif A: Asterisk (Asterik) meletakkan tanda * pada maklumat atau idea yang penting atau menarik C: Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi penting. K: Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci (biasanya berhuruf tebal atau condong) Membaca, khususnya teks yang sukar, suatu proses yang meletihkan. Teknik ini memerlukan pembaca menggaris, membulatkan dan meletakkan beberapa tanda lain yang sesuai pada teks. Oleh itu, pembaca dapat mengekalkan tumpuan seterusnya membantu pemahaman mereka.
118 4.10.6 Teknik tanda ACID Teknik ini menggalakkan pembaca membaca teks secara aktif. Interaksi dan fokus pembaca dengan teks dikekalkan kerana pembaca perlu membuat pertimbangan terhadap bentuk dan maklumat yang dibaca. A: Agree (Bersetuju) C: Confusing (Mengelirukan) I: Interesting (Menarik) D: Disagree (Tidak bersetuju) Tidak semua yang dipaparkan dalam sesuatu sumber media dan teks sempurna, bahkan banyak kandungan teks yang sangat subjektif dan perlu dibaca dengan peka. Teknik ini menggalakkan pembaca menimbang dan membuat keputusan sama ada suatu maklumat itu dipersetujui, tidak dipersetujui, menarik atau mengelirukan pembaca. Teknik ini boleh disekalikan dengan QUACK, iaitu teknik menandai isi penting. Teknik ini sesuai untuk membaca teks yang berbentuk pandangan, kontroversi dan penghujahan seperti lidah pengarang, ruang polemik pembaca atau kolum khas penulis. Langkah teknik tanda ACID ACID terdiri daripada dua bahagian: (i) ACID dan (ii) 3 tanda berasingan 1. Semasa membaca, tanya diri anda sama ada anda: B - Bersetuju (Agree) K - Keliru (Confuse) M- Menarik (Interesting) Tidak bersetuju (Disagree) 2. Tandakan B, K, M dan T di tepi halaman pada isi yang berkenaan. 3. Kemudian, berikan tanda bulat, bintang (*) atau garisan atau kurungan “( _______ )”. 4. Petunjuk pandangan pembaca seperti bersetuju dan lain-lain boleh dijadikan asas perbincangan. 4.10.7 CHATT Akronim CHATT C: Circle (Bulatkan kata kunci) H: Highlight (Serlah atau garisi idea penting) A: Asterisk (Tandakan asterik* pada isi sampingan/sokongan T: Transfer (Pindahkan maklumat dalam borang CHATT) T: Teacher (Guru memberikan rumusan tentang rekod murid dalam borang CHATT)
119 Teknik ini menggalakkan pembacaan secara aktif dan pembaca berinteraksi dengan teks. Pembaca juga perlu membuat pertimbangan terhadap maklumat dan menandai halaman yang dibaca. Kekuatan teknik ini ialah guru dapat memberikan maklum balas terhadap nota murid dan mengaitkannya dengan pelajaran. Teknik CHATT sesuai digunakan apabila membaca teks yang kompleks dan padat, dan pembaca dapat menyediakan nota pembelajaran untuk rujukan masa hadapan. 1. Pembaca menandai tiga tanda berikut: Membulatkan kata kunci atau istilah atau takrif penting dalam teks Menyerlahkan atau menggaris idea utama atau isi penting Menandakan asterisk kepada isi sampingan 2. Kemudian, murid memindahkan kata kunci, definisi, idea utama dan isi sampingan dan dalam langkah pertama dalam Borang CHATT. Bagi definisi, lakarkan imej yang bersesuaian. 3. Akhir sekali, guru memberikan rumusan atau komen tentang perkara yang direkodkan oleh murid dalam Borang CHATT. Rajah 28: Borang CHATT Nama: …………………………… Tarikh: ………………….. Topik: ……………………………………………………. Rumusan Guru: ………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………….. Definisi …………………………………………………… …………………………………………………… …………………………… Kata Kunci/Istilah ………………………………………… ………...……………………………… … Idea Utama ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… …………………………....................................... Idea Sampingan …………………………………………………………… …………………………………………………………… …………………………………………………………… ……………………………............................. Imej (Definisi) Rumusan Guru: ……………………………………………………………………………………………………………………………………… .……………………………………………………………………………………………………………………………………
120 4.10.8 Teknik Bacaan KWLH Teknik KWLH diperkenalkan oleh Donna Ogle (1986). Teknik ini ialah kembangan daripada teknik KWL. Pada peringkat permulaan, guru boleh memperkenalkan teknik KWL terlebih dahulu. Teknik ini digunakan untuk menjana pemikiran yang aktif melalui pembacaan secara kritis. Hal ini dilakukan dengan mengaktifkan pengetahuan lalu atau sedia ada untuk mendapatkan pengetahuan baharu, kemudian murid membina soalan untuk memenuhi tujuan bacaan serta memantau pemahaman mereka. a. Maksud KWLH K (what we know) Perkara yang sudah diketahui sebelum membaca W (what we want to know) Perkara yang hendak diketahui sebelum membaca L (what we learned) Perkara yang dipelajari selepas membaca H (how you want to learn) Cara untuk mendapat maklumat tambahan yang ingin diketahui dapat dipelajari (melalui bacaan seterusnya) (b) Tujuan Teknik KWLH Mengaitkan pengetahuan/pengalaman sedia ada dengan teks yang dibaca Mengenal pasti perkara yang sudah dipelajari dan perkara tambahan yang perlu diketahui lagi Menentukan maklumat tambahan Mengetahui maklumat semasa
121 (c) Langkah bacaan menggunakan teknik KWLH Yang berikut ialah contoh pengurusan grafik yang digunakan dalam teknik KWLH. Pengurusan grafik ini terbahagi kepada empat lajur. K (yang telah diketahui) W (yang ingin diketahui) L (yang telah dipelajari) H (Bagaimana mengetahui yang lain) Rajah 29: Pengurusan Grafik KWLH Lajur K 1. Aktiviti bermula dengan murid berfikir dengan menjalankan sumbang saran tentang semua yang diketahui oleh mereka tentang tajuk bahan bacaan atau teks. 2. Murid juga membincangkan perkataan, istilah atau frasa yang berkait dengan topik. Maklumat ini dicatat dalam lajur K carta KWLH. Hal Ini dilakukan sehingga murid kehabisan idea. 3. Guru boleh menyediakan soalan mencungkil untuk membantu dan mendorong murid memulakan perbincangan tentang idea mereka. Contohnya, "Cuba beritahu perkara yang anda tahu tentang ....." 4. Galakkan murid untuk menjelaskan perkaitan antara idea-idea mereka khususnya idea yang tidak jelas atau luar biasa. Tanya, "Apakah yang menyebabkan anda berfikiran begitu. 5. Kemudian, murid menghasilkan senarai soalan mengenai maklumat yang ingin diketahui mereka tentang topik tersebut. Soalan ini disenaraikan dalam lajur W. Lajur W 1. Tanya murid perkara yang ingin dipelajari oleh mereka tentang topik tersebut. Murid mencatat soalan-soalan dalam ruangan W. Lakukan sehingga murid kehabisan idea. 2. Tanya beberapa soalan lain untuk menjana idea untuk diisi di dalam ruang W. Jika murid menunjukkan respons, tanya soalan seperti "Apakah yang anda mahu belajar tentang topik ini". Jika murid menghadapi masalah untuk mengemukakan idea atau menyatakan "tidak tahu apa-apa," cuba mengemukakan soalan yang seterusnya, seperti "Apakah yang anda fikir tentang topik ini?” Lajur L 1. Murid kemudiannya melakukan pembacaan. Selepas membaca teks, murid mengisi lajur L dengan menjawab soalan yang telah disenaraikan oleh mereka dalam lajur W. Jawapan ini menggunakan maklumat baharu yang telah dipelajari oleh mereka melalui pembacaan teks tadi
122 2. Selain menjawab soalan-soalan di lajur W, murid digalakkan menulis perkara menarik dalam lajur L. Untuk membezakan jawapan kepada soalan mereka, letakkan tanda pembeza, misalnya lambang bintang bagi idea yang didapati menarik. Lajur H 1. Walaupun selepas membaca dengan teliti, tidak semua soalan murid dalam lajur W terjawab. Hal ini kerana fakta atau maklumat bagi soalan itu tidak terdapat dalam teks. Murid diminta merujuk dan membaca bacaan tambahan daripada sumber lain (internet, buku, guru, pakar) untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan yang jawapannya tiada dalam atau melangkau teks. Secara umumnya langkah dalam KWL memadai untuk menjawab soalan pemahaman, namun langkah dalam H akan meluaskan pembacaan murid dan membantu untuk soalan yang berbentuk refleksi. Contoh carta KWLH yang telah dilengkapkan oleh murid melalui aktiviti bacaan teks tentang graviti. Jadual 17: Contoh Pengurusan Grafik KWLH yang telah dilengkapkan K (tahu) W (ingin tahu) L (dipelajari) H (cara mendapatkan maklumat lain) Graviti menghalang kita daripada terapung di sekeliling. Graviti membuat sesuatu jatuh. Terdapat kurang graviti di bulan. Isaac Newton menemui graviti. Apakah graviti? Mengapakah kurang graviti di bulan? Apakah faktor yang menentukan kadar kelajuan sesuatu jatuh ke tanah? Perkara yang menarik: Bagaimanakah Newton menemui graviti?* Graviti ialah daya yang menarik objek ke arah bumi. Kekuatan graviti bergantung pada berat objek. Saiz bulan lebih kecil daripada bumi, maka gravitinya lebih rendah berbanding bumi. Rintangan udara menentukan kelajuan sesuatu akan jatuh ke tanah. Mencari maklumat di internet atau buku rujukan tentang: Bagaimanakah Newton menemui graviti? Mengapakah graviti berlaku? Apakah kesannya jika tiada graviti Nota: * Perkara/ fakta yang menarik dalam teks yang dibaca 4.10.9 Teknik bacaan SQ4R (Survey-Question-Read-Record-Recite-Reflect) Teknik ini ialah adaptasi daripada teknik SQ3R (Survey-Question-Read- Recite-Review). Teknik SQ4R dipelopori oleh Pauk (1984) sebagai satu teknik pembacaan untuk meningkatkan keupayaan memahami teks yang dibaca dalam masa yang lebih singkat tetapi menyeluruh. a) Maksud SQ4R SQ4R melibatkan lima langkah, iaitu surveying (meninjau), question (menyoal), reading (membaca), recording (mencatat), reciting (menyatakan kembali), dan reflecting (membuat refleksi). Teknik mengambil kira strategi sebelum semasa dan selepas, serta strategi kognitif, sokongan dan metakogitif.
123 Rajah 30: Teknik SQ4R b) Langkah bacaan menggunakan teknik SQ4R Tinjauan ialah satu cara untuk mendapatkan pandangan sebelum memulakan pembacaan. Langkah tinjauan awal yang memakan masa 15 hingga 30 minit kepada 1 hingga 3 minit. Perkara yang ditinjau ialah: Tajuk bab Rangka kasar bab Pengenalan Tajuk utama Subtajuk kecil Ringkasan bab Perenggan pengenalan dan akhir Sebarang soalan ulang kaji atau soalan perbincangan, tip dan grafik Dalam langkah menyoal, pembaca dikehendaki memberikan perhatian kepada proses berikut: Tukarkan tajuk, tajuk kecil petikan atau kapsyen kepada bentuk soalan. Baca soalan pada akhir petikan atau bab (jika ada). Bentuk soalan untuk membuat tinjauan terhadap gambaran keseluruhan teks. Tanya diri anda tentang apa-apa yang pernah diperkatakan atau dibincangkan oleh guru/sumber lain tentang topik/subtopik tersebut. Catatkan ini sebagai soalan. Tanya diri anda tentang perkara yang anda ketahui atau baca tentang topik/subtopik tersebut. Catatkan ini sebagai soalan. Meninjau Menyoal
124 Dalam langkah membaca, kita memberikan perhatian untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibina dalam langkah 2 (menyoal). Langkah dalam bacaan ialah: Cari jawapan kepada soalan pada awal dan akhir bab pertama yang dibina. Baca semula nota di bawah gambar, rajah dan lain-lain. Beri perhatian kepada perkataan dan rangkai kata yang digarisi, ditulis condong dan ditulis tebal. Jawab soalan, dan teliti bimbingan, panduan, grafik dan sebagainya Lambatkan kelajuan bacaan pada bahagian bacaan yang sukar difahami Baca semula bahagian yang kabur. Baca satu bahagian pada satu masa dan catat selepas setiap bahagian. Mencatat ialah langkah untuk memilih dan membuat catatan di bahagian tepi petikan. Catatan ini dijadikan panduan untuk menyatakan kembali isi dalam bab atau petikan. Oleh itu, nota ringkas membantu pembaca menyemak inti pati perkara yang dibaca. Menyatakan kembali bermaksud melafazkan semula catatan yang dibuat di sebelah tepi petikan menggunakan perkataan sendiri. Proses ini mengukuhkan lagi penguasaan terhadap teks dan membantu mengingat perkara yang dibaca. Membuat refleksi atau merenung atau memikirkan cara menggunakan idea yang telah dibaca dalam petikan. Semasa membuat refleksi, pembaca menghubungkaitkan antara bab, atau antara maklumat baharu dengan maklumat yang sedia diketahui dengan teliti. Pembaca juga mungkin perlu mengulang pembacaan sekiranya ada bahagian tertentu dalam teks yang masih tidak jelas. Membaca Mencatat Menyatakan Kembali Membuat Refleksi
125 4.10.5 Teknik bacaan RADAR Teknik RADAR direka oleh Martin (1983). Teknik ini membolehkan murid menghubungkaitkan apaapa yang diketahui dengan perkara atau situasi yang baharu. Lima aspek dalam RADAR adalah seperti yang berikut. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baharu dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang sedia diketahui. Melalui teknik ini, murid dapat membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka. Langkah teknik RADAR Rajah 31: Teknik RADAR
126 4.9.11 Teknik bacaan REAP (Read-Encode-Annote-Ponder) Teknik bacaan REAP diperkenalkan oleh Eanet dan Manzo (1976). Teknik ini menekankan strategi bacaan untuk membina pemikiran kritis dalam kalangan murid. Maksud REAP: Read (R) - Baca Encode (E ) - Terjemahkan idea Annote (A) - Catat berdasarkan pentafsiran Ponder (P) - Fikirkan Teknik REAP bertujuan untuk: Meningkatkan kemahiran meringkaskan pembacaan dengan membantu pembaca mentafsirkan idea pengarang dengan menggunakan perkataan sendiri. Membina kemahiran menulis untuk membantu mengingati idea daripada pembacaannya. Langkah-langkah REAP Rajah 32: Teknik REAP 3. Menganotasi Mencatat berasaskan tafsiran daripada pembacaan Jenis anotasi/catatan: memberikan makna (heuristik), kesimpulan (penjelasan lanjut), senarai soalan yang perlu dijawab, saranan (persepsi pembaca tentang tujuan pengarang, kritis (pendirian pembaca, bersetuju, berkecuali) 1. Membaca Membaca dan memahami teks yang dibaca Memilih idea utama yang disampaikan pengarang 2. Mengekodan Menerapkan idea yang disampaikan mengikut kefahaman dengan menggunakan perkataan sendiri 4. Memikirkan Memproses mesej yang disampaikan oleh penulis Memikirkan sama ada mesej dapat disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada Menganalisis teks secara kritis dan mendalam
127 4.10.12 Teknik PMIT PMIT ialah akronim bagi Pelajaran Membaca Inferens Terancang. Inferens bermaksud membuat kesimpulan atau rumusan tentang idea-idea penting yang dibaca. Proses membuat inferens daripada pembacaan ialah satu unsur kemahiran berfikir aras tinggi. Inferens dilakukan dengan mengintegrasikan idea dalam teks dengan idea yang sedia ada dalam pemikiran murid. Tafsiran terhadap maklumat dalam teks menentukan mutu inferens sama ada betul atau tidak. Inferens tidak diterima jika idea yang diberikan itu tiada dalam teks ataupun menyimpang. Langkah teknik PMIT Guru menyediakan dan mengedarkan senarai kenyataan kepada murid daripada teks yang dibaca oleh mereka. Sebahagian kenyataan itu berbentuk tersurat (eksplisit) manakala sebahagiannya lagi tersirat (implisit). Murid membaca senarai kenyataan yang disediakan, kemudian membaca teks yang telah dikaji maknanya. Guru menyoal murid untuk mengenal pasti dan membezakan kenyataan yang eksplisit dan yang implisit. Guru berbincang murid untuk menentukan kenyataan yang berbentuk implisit berdasarkan perkataan dalam teks yang telah dibaca. Murid sekali lagi membaca kenyataan yang disediakan guru dan membaca teks. Murid mengenal pasti dan membezakan kenyataan yang menyokong dengan kenyataan tidak menyokong inferens. Guru dan murid berbincang untuk menyemak inferens yang betul (menyokong) dan inferens yang salah (tidak menyokong). 4.11.1 Kaedah bacaan berpasangan Aktiviti bacaan dijalankan secara berpasangan. Seorang daripada pasangan murid membaca kuat. Selepas membaca, rakan pasangan perlu bertanyakan soalan tentang perkara yang dibaca dengan pencetus (prompt) seperti soalan apa, siapa, di mana, bila, dan mengapa. Kemudian, mereka bersama-sama memparafrasa perkara yang dibaca dan cuba mencapai kesepakatan dengan membuat rumusan. Langkah ini diulang secara bergilir dengan pasangan murid pula membaca. 4.11.2 Kaedah bacaan timbal balik Kaedah bacaan timbal balik (reciprocal) dapat meningkatkan kefahaman dan menggalakkan murid berinteraksi dengan bahan yang dibaca. Pembacaan ini melibatkan proses membuat pertimbangan tentang jenis maklumat dan menandai petikan untuk: Merumuskan idea utama Memahami makna kosa kata dan idea Membina soalan bagi idea utama Meramal perkara yang akan berlaku Memberikan respons peribadi
128 Bacaan timbal balik menggalakkan pelibatan aktif dalam pembacaan untuk meningkatkan pemahaman, kosa kata, ingatan terhadap maklumat dan membina kemahiran kolaborasi. Sesuai untuk pembacaan bahan fiksyen dan bukan fiksyen. Langkah kaedah bacaan timbal balik 1. Guru kelas membaca kuat bahagian tertentu petikan dan menjalankan langkah pengajaran menyoal dan menjelaskan untuk (i) memahami perkataan, istilah, ungkapan dan teks; (ii) mendapatkan idea utama; (iii) merumus petikan; (iv) meramal perkara tindak ikut menggunakan input murid; dan (v) memberikan respons tentang petikan, contohnya ‘apakah tindakan anda sekiranya …..’. 2. Setelah selesai, murid dibahagikan secara berpasangan atau kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan diberikan saiz pembacaan yang ditetapkan (contohnya, dua perenggan), dan berbeza antara ahli kumpulannya (rujuk rajah berikut). 3. Seorang murid daripada setiap kumpulan bergilir-gilir memainkan peranan guru kepada rakan dalam kumpulannya dengan mengulangi langkah ‘mengajar’ yang dilakukan oleh guru kelas sebelumnya Rajah 33: Kaedah Bacaan Timbal Balik Kemahiran bacaan pemahaman yang berkesan dalam kalangan murid dapat dicapai sekiranya guru dapat mengajarkan strategi, kaedah dan teknik bacaan berdasarkan tugasan yang diberi. Item dalam Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D Murid bergilirgilir menjadi guru kepada ahli kumpulannya M2 M4 M1 M3 M1 M1 M2 M3 M2 M4 M3 M4 M4 M2 M3 M1
129 pentaksiran PISA menguji pemahaman pada aras mendapatkan maklumat hinggalah membuat menilai dan membuat refleksi. Keupayaan murid menggunakan strategi dan teknik yang pelbagai semasa membaca dan memahami pelbagai teks dapat membantu murid menjawab soalan-soalan pemahaman termasuk yang menguji pemikiran aras tinggi.
130 RUJUKAN 1. Anderson, R.C. & Pearson, P.D. (1984). “A schema-theoritic view of basic processes in reading comprehension’ dlm. Pearson, P.D. (Ed.), Handbook of Reading Research, hlm. 255- 291. New York: Longman. 2. Barrett T.C, 1972, Taxonomy of reading comprehension, dlm. Reading 360 Monograph. Lexington, MA: Ginn, A Xerox Educational Company. 3. Bloom, B. (1956). Taxonomy of Educational Objectives: Cognitive Domain. New York: McKay. 4. Grellet, Francoise. (1981). Developing Reading Skills. Cambridge, UK: Cambridge University Press. 5. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 6. Kementerian Pendidikan Malaysia. (Julai, 2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. 7. Kementerian Pendidikan Malaysia. (Julai, 2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. 8. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM Tingkatan Empat Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. 9. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM Tingkatan Tiga. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. 10. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025) 11. Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 12. Marohaini Yusoff, (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 13. OECD (Organization for Economic Co-operation and Development (2002), Sample Tasks from the PISA 2000 Assessment: Reading, Mathematical and Scientific Literacy, OECD, Paris. 14. Ogle, D.M., (1986). “K-W-L: A Teaching model that develops active reading of expository text” dlm. Reading Teacher, 39(6), hlm. 564-570.
131 15. Raphael, T.E. & Au, K.H. 2005) ‘Enhancing comprehension and test taking across grades and content areas’, The Reading Teacher, 59, hlm.206-221. 16. Roe,B.D., Stoodt, B.D., & Burns, P.C.(1978). Reading Instruction in Secondary School. Boston: Houghton Mifflin Co. 17. Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. Keberkesanan Strategi Metakognisi dalam Pengajaran Bacaan dan Kefahaman Menggunakan Teks Ekspositori dlm. GEMA Online® Journal of Language Studies, volume 13(3), September 2013. http://ejournal.ukm.my/gema/article/viewFile/4225/2342 18. Pembentangan Laporan Pencapaian Malaysia dalam PISA 2012, (tidak diterbitkan) Bahagian Penyelidikan Penilaian dan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 19. Annex A1 –Print reading sample tasks dipetik daripada http://www.oecd.org/PISA/pisaproducts/PISA%202009%20reading%20test%20items. pdf 20. Asking Effective Questions dlm. Capacity Building Series, Edisi Khas #21, Julai 2011 21. Baker & Boonkit (2004). Language learning strategies among EFL/ESL Learners 22. http://www.ijhssnet.com/journals/...20.pdf 23. Janzen,J. (2003). Developing strategic reader in elementary school, Reading Psychology, vol. 24 – issue 124:25-55 http://www.reading.ccsu.edu/ 24. PISA 2015 Draft Reading Literacy Framework 25. http://www.oecd.org/PISA/pisaproducts/Draft%20PISA%202015%20Reading%20Fra mework%20.pdf 26. Take the Test – Sample Questions from OECD’s PISA Assessments http://www.oecd.org/PISA/pisaproducts/Take%20the%20test%20e%20book.pdf 27. Sheorey, R. & Mokhtari, K. (2001). Differences in the metacognitive awareness of reading strategies among native and non-native readers. Journal of Educational Psychology, 94, (2) 249). 28. http://www.ijhssnet.com/journals/...20.pdf 29. Zare & Othman (2013) ‘The relationship between reading comprehension and reading strategies use among Malaysia ESL learners’ dlm. International Journal of Humanities and Social Science Vol.13 No.13; Julai 2013. http://www.ijhssnet.com/journals/...20.pdf
132 GLOSARI Inferens Kemahiran membuat telahan atau kesimpulan tentang teks berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan yang dihubungkaitkan dengan pengalaman yang lalu. Literasi Kebolehan yang merangkumi kebolehan mendengar, bertutur membaca, menulis dalam pelbagai konteks serta kebolehan lain yang diperlukan bagi pembangunan diri dan membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat secara berkesan, seperti amalan kemahiran berfikir, teknologi maklumat dan komunikasi, kepelbagaian budaya dan sebagainya. Metakognisi Kebolehan seseorang untuk merancang, membuat pemantauan dan menilai aktiviti pemikiran atau keputusan. Metakognisi terletak di lingkaran luar kemahiran kognitif. Konstruktivisme Aliran pemikiran yang berpegang bahawa pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada. Murid membina makna dan pemahaman dengan mensintesiskan pengalaman baharu dengan perkara yang telah difahami oleh mereka sebelumnya. Penaakulan Proses membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama untuk meningkatkan keberkesanan membuat tafsiran, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan, kesimpulan serta membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Pendekodan Proses menukarkan mesej kepada pelbagai lambang yang dapat difahami oleh penghantar mesej dan penerima mesej sahaja. Pentaksiran Proses untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada secara formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran untuk mendapatkan bukti yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Refleksi Proses pemikiran refleksi semasa tindakan ialah proses melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi, manakala refleksi terhadap tindakan ialah proses merenung kembali proses pemikiran dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan.