LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
2021 SIRI 1
PENGURUSAN SYARIKAT
KERAJAAN PERSEKUTUAN
JABATAN AUDIT NEGARA
MALAYSIA
LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
2021 SIRI 1
PENGURUSAN SYARIKAT
KERAJAAN PERSEKUTUAN
JABATAN AUDIT NEGARA
MALAYSIA
ISSN 2805-525X
9772805525002
Untuk maklumat selanjutnya sila hubungi:
Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara Malaysia
Blok F2 dan F3, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya
MALAYSIA
Laman web: https://www.audit.gov.my
Emel: [email protected]
Tel.: 603-8091 1000
Faks: 603-8091 1454
Dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat pada 3 Ogos 2022
Hak Cipta Terpelihara ©
Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan dan disimpan di dalam
bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau
sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Urus Setia Jabatan Audit Negara Malaysia.
Dicetak Oleh
Percetakan Nasional Malaysia Berhad
Kuala Lumpur, 2022
Laman web: www.printnasional.com.my
Emel: [email protected]
Tel: 603-9236 6895
Faks: 603-9222 4773
KANDUNGAN
KANDUNGAN
PENDAHULUAN Muka Surat
RINGKASAN KESELURUHAN LKAN SECARA INFOGRAFIK 3
PENERANGAN INFOGRAFIK RINGKASAN KESELURUHAN
7
9
1 JABATAN PERDANA MENTERI 17
• Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
2 KEMENTERIAN KEWANGAN 47
• Menteri Kewangan (Diperbadankan)
- Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)
- Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan 95
Berhad
3 KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI 141
- Yayasan Hijau Malaysia
STATUS TINDAKAN BAGI ISU YANG DILAPORKAN DALAM 183
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENGURUSAN
SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN - KEDUDUKAN 191
SETAKAT 30 JUN 2022 195
PENUTUP
AKRONIM
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 iiiiii
L a p o r a n K e t u a A u d i t N e g a r a T a h u n 2 0 2K1anSdui rniga1n
Kandungan
R
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 [Akta 62]
menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan,
aktiviti kementerian/jabatan/agensi serta pengurusan syarikat Kerajaan dan
mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong untuk mendapatkan perkenan supaya laporan itu dibentangkan di hadapan
Dewan Rakyat.
2. Pengauditan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan Negeri dilaksanakan
selaras dengan peruntukan kuasa Ketua Audit Negara di bawah Perenggan 5(1)(d)
Akta Audit 1957 [Akta 62]. Perenggan ini memperuntukkan kuasa kepada Ketua Audit
Negara untuk mengaudit badan lain termasuk syarikat yang didaftarkan di bawah Akta
Syarikat 1965 [Akta 125] yang menerima pemberian atau pinjaman daripada Kerajaan
Persekutuan atau Negeri. Kuasa ini juga meliputi sesebuah syarikat yang lebih daripada
separuh modal syer berbayar dipegang oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau
Agensi Kerajaan. Selain itu, Perintah Audit (Akaun Syarikat) 2017 [P.U.(A) 294] telah
diwartakan pada 30 September 2017 bagi menyenaraikan syarikat-syarikat yang boleh
diaudit.
3. Pengauditan pengurusan syarikat Kerajaan dilaksanakan berfokus terhadap
pencapaian objektif penubuhan syarikat dengan meneliti tiga aspek berikut:
i. elemen tadbir urus korporat syarikat supaya selaras dengan amalan terbaik
tadbir urus korporat;
ii. pengurusan program/aktiviti utama syarikat dilaksanakan dengan cekap,
berkesan dan berhemat; serta
iii. analisis kedudukan kewangan syarikat berdasarkan penyata kewangan
beraudit untuk tempoh tiga tahun terkini.
4. Laporan ini mengandungi hasil pengauditan terhadap tiga syarikat Kerajaan
Persekutuan. Selain itu, hasil pengauditan terhadap Pengurusan Syarikat Tujuan Khas
(SPV) di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) turut dilaporkan. Pemerhatian Audit
telah dikemukakan kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang berkenaan. Pihak
pengurusan syarikat juga telah dimaklumkan mengenai isu yang dibangkitkan dalam
Mesyuarat Penutup. Surat pengesahan (confirmatory letter) juga telah dikemukakan
sebelum laporan ini dimuktamadkan. Dalam laporan ini, hanya penemuan Audit yang
penting sahaja dilaporkan untuk memaklumkan kelemahan yang dikesan. Bagi
meningkatkan lagi pencapaian objektif penubuhan syarikat dan menambah baik perkara
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 33
L a p o r a n K e t u a A u d i t N e g a r a T a h u n 2 0 2 1 SPiernid1ahuluan
Pendahuluan
yang dibangkitkan, saya telah mengemukakan syor yang boleh diambil tindakan oleh
syarikat berkenaan. Penambahbaikan berterusan adalah penting bagi memastikan
agenda awam yang ditetapkan dilaksana, wujudnya kelestarian jangka panjang dan
penciptaan nilai tambah dalam syarikat.
5. Untuk Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 1, Jabatan Audit Negara
menambah baik persembahan laporan dengan penyediaan infografik bagi setiap tajuk
di samping infografik keseluruhan laporan. Selain itu, status tindakan bagi isu yang
dilaporkan dalam LKAN mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan (kedudukan
setakat 30 Jun 2022) dilaporkan mulai LKAN ini bagi memaparkan status terkini tindakan
syarikat/kementerian terhadap isu yang telah dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara.
6. Status tindakan bagi isu yang dilaporkan dalam LKAN Tahun 2021 Siri 1 juga boleh
diakses oleh auditi dan orang awam melalui Auditor General’s Dashboard (AGD) di portal
Jabatan Audit Negara yang memaparkan isu dan status tindakan terkini mengenai LKAN.
Mekanisme ini berjaya membantu kementerian/jabatan/agensi/syarikat Kerajaan
menyalurkan maklum balas dengan lebih cepat. Hal ini membuktikan komitmen dan
keprihatinan Kerajaan dalam menjelaskan kedudukan terkini isu LKAN dalam
meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan kepada pihak awam.
7. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pegawai syarikat Kerajaan Persekutuan yang telah memberikan kerjasama kepada
pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan
penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai Jabatan Audit Negara yang telah
berusaha gigih serta memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan laporan ini.
(DATUK SERI NIK AZMAN NIK ABDUL MAJID)
Ketua Audit Negara
Malaysia
Putrajaya
21 Julai 2022
44 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PePnednadhauhluulauna n
PENGURUSAN
SYARIKAT KERAJAAN
PERSEKUTUAN
RINGKASAN K
LKAN 2021 SIRI 1 PENGURUSAN SYARIKAT KERA
PENGURUSAN SYARIKAT 2 syarikat mencapai objektif
TUJUAN KHAS (SPV)
MENTERI KEWANGAN (DIPERBADANKAN)
Pencapaian Output
23 SPV (92%) laksana
aktiviti selaras dengan kelulusan
2 SPV (8%) tidak laksana
aktiviti asal yang diluluskan
Pencapaian Fungsi Khusus YHM
5 SPV (20%) berjaya menjalankan program
mencapai fungsi khusus pendidikan dan kesedaran gay
hidup hijau serta mempromos
18 SPV (72%) sedang penggunaan teknologi hijau
melaksanakan fungsi khusus
i. 5 daripada 6 sasaran KPI
2 SPV (8%) telah berubah Pengumpulan Dana tidak dicapai
hala tuju fungsi khusus
ii. 4 daripada 12 sasaran KPI
Sampel: Pengurusan Aktiviti 5 SPV Perbelanjaan Operasi tidak dicapai
DanaInfra Kategori Penerbitan Sukuk iii. KPI Projek tiada sasaran output
Nasional
Berhad RM73.239 bilion dana pembiayaan disalurkan kepada iv. Penilaian keseluruhan terhadap
pemilik projek bagi membiayai 82.5% kos projek keberhasilan program tidak
dilaksanakan
Pembinaan Kategori Pengurusan Pembiayaan
PFI Sdn. Bhd. RM30 bilion dana pembiayaan PFI I dan PFI II disalurkan v. Program Green Guardian hanya
ke akaun amanah beroperasi 16 bulan. Perpindahan tapak
Piramid program menyebabkan pengubahsuaian
Pertama Kategori Pelaburan Strategik pusat program, peralatan dan
Sdn. Bhd. Baki dana transaksi jual beli saham berbeza antara rekod kelengkapan bernilai RM0.99 juta
syarikat dengan baki hutang dalam Penyata Kewangan tidak dimanfaatkan
Actius Terra Kerajaan Persekutuan
Global
Holdings Kategori Pengambilalihan
Sdn. Bhd. Tidak melaksanakan fungsi khusus asal sebaliknya telah
bertukar kepada fungsi lain
Perwaja
Terengganu Kategori Skim Khusus
Sdn. Bhd. Pinjaman RM2.470 bilion belum dihapus kira
ESELURUHAN
AJAAN PERSEKUTUAN S E C A R A I N F O G R A F I K
|2 syarikat tadbir urus korporat memuaskan |1 syarikat kedudukan kewangan kukuh
RM81.127
bilion
JUMLAH SJPP
PERUNTUKAN
mengurus, mentadbir dan
YAYASAN HIJAU 3 SYARIKAT memantau skim jaminan
MALAYSIA JAMINAN pembiayaan bagi pihak
Syarikat PEMBIAYAAN Kerajaan
PERUNTUKAN PERNIAGAAN
KERAJAAN: BERHAD i. 97.4% - 100% pencapaian KPI
tahun 2019 hingga 2021
RM52.62 juta PERUNTUKAN
(2013 - 2022) KERAJAAN: ii. 38.2% sumbangan Perusahaan Kecil
RM81 bilion dan Sederhana kepada KDNK negara
(tahun 2020)
(2009 - 2022)
iii. 2,908 (12.4%) permohonan jaminan
YAYASAN TAQWA pembiayaan lewat diproses akibat
WILAYAH PERSEKUTUAN peningkatan drastik bilangan
permohonan skim semasa pandemik
ya PERUNTUKAN Covid-19
DARIPADA MAIWP:
si RM74 juta iv. 69 (34.3%) permohonan tuntutan
(2019 - 2021) jaminan lewat diproses semasa
pandemik Covid-19
Yayasan Taqwa
mengagihkan peruntukan MAIWP kepada
individu dan N on-Profit Organisation luar
Wilayah Persekutuan berdasarkan Teras
Dakwah, Kebajikan serta Pendidikan
i. 47 sasaran KPI Keberhasilan Utama : 13 KPI telah
dicapai; 9 KPI tidak dicapai; 13 KPI tidak
dilaksanakan; dan 12 KPI tidak dapat
diukur pencapaiannya
ii. Ketidakpatuhan kepada SOP - bantuan
diberikan kepada 7 N on-P rofit Organisation
yang tidak mengemukakan Laporan Program dan
Perbelanjaan bantuan terdahulu
iii. Pelan Strategik tidak dibentang untuk kelulusan
Lembaga Pemegang Amanah
iv. Hanya satu pengauditan oleh UAD, MAIWP
dilaksanakan bagi tahun 2019 hingga
Mac 2022
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 7
Ringkasan Keseluruhan Secara Infografik
PENERANGAN INFOGRAFIK RINGKASAN KESELURUHAN
1. Infografik ini menunjukkan ringkasan keseluruhan bagi buku Laporan Ketua Audit
Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 1 mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan
Persekutuan. LKAN ini melaporkan hasil pengauditan terhadap Pengurusan Syarikat
Tujuan Khas (SPV) di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan hasil
pengauditan terhadap tiga syarikat Kerajaan Persekutuan.
2. Secara keseluruhannya, bagi Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV) setakat
31 Disember 2021, lima SPV (20%) telah berjaya mencapai fungsi khususnya
manakala 18 SPV (72%) sedang melaksanakan fungsi khususnya. Dua SPV (8%) pula
telah berubah hala tuju fungsi khususnya. Bagi menilai pengurusan aktiviti SPV
berdasarkan fungsi, lima SPV telah dipilih mengikut kategori fungsi iaitu DanaInfra
Nasional Berhad (penerbitan sukuk), Pembinaan PFI Sdn. Bhd. (pengurusan
pembiayaan), Piramid Pertama Sdn. Bhd. (pelaburan strategik), Actius Terra Global
Holdings Sdn. Bhd. (pengambilalihan) dan Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. (skim
khusus). Ringkasan penemuan utama bagi lima SPV berkenaan adalah seperti berikut:
2.1. DanaInfra Nasional Berhad
a. Kategori penerbitan sukuk.
b. Penemuan utama Audit: Sejumlah RM73.239 bilion dana pembiayaan
disalurkan kepada pemilik projek bagi membiayai 82.5% kos projek.
2.2. Pembinaan PFI Sdn. Bhd.
a. Kategori pengurusan pembiayaan.
b. Penemuan utama Audit: Keseluruhan dana pembiayaan Private Finance
Initiative (PFI) I dan PFI II berjumlah RM30 bilion telah disalurkan ke akaun
amanah.
2.3. Piramid Pertama Sdn. Bhd.
a. Kategori pelaburan strategik.
b. Penemuan utama Audit: Baki dana transaksi jual beli saham berbeza antara
rekod syarikat dengan baki hutang dalam Penyata Kewangan Kerajaan
Persekutuan.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 99
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
Penerangan Infografik Ringkasan Keseluruhan
Penerangan Infografik Ringkasan Keseluruhan
RP
2.4. Actius Terra Global Holdings Sdn. Bhd.
a. Aktiviti pengambilalihan.
b. Penemuan utama Audit: Tidak melaksanakan fungsi khusus asal sebaliknya
telah bertukar kepada fungsi lain.
2.5. Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.
a. Aktiviti skim khusus.
b. Penemuan utama Audit: Pinjaman RM2.470 bilion belum dihapus kira.
3. Bagi tiga syarikat Kerajaan yang diaudit pula, didapati dua syarikat mencapai objektif
penubuhan syarikat; dua syarikat menunjukkan tahap amalan tadbir urus korporat
yang memuaskan; dan satu syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Jumlah keseluruhan peruntukan Kerajaan yang diterima oleh tiga syarikat yang
diaudit ialah RM81.127 bilion. Ringkasan penemuan utama bagi tiga syarikat
berkenaan adalah seperti berikut:
3.1. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP)
a. Peruntukan Kerajaan: RM81 bilion (tahun 2009 hingga 2022).
b. Aktiviti utama: Mengurus, mentadbir dan memantau skim jaminan
pembiayaan bagi pihak Kerajaan.
c. Rumusan bagi perkara utama yang dilaporkan ialah objektif penubuhan
syarikat tercapai; tadbir urus korporat pada tahap memuaskan; dan
kedudukan kewangan adalah kukuh.
d. Penemuan utama Audit adalah seperti berikut:
i. 97.4% - 100% pencapaian KPI tahun 2019 hingga 2021.
ii. 38.2% sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana kepada KDNK
negara (tahun 2020).
iii. 2,908 (12.4%) permohonan jaminan pembiayaan lewat diproses akibat
peningkatan drastik bilangan permohonan skim semasa pandemik
Covid-19.
iv. 69 (34.3%) permohonan tuntutan jaminan lewat diproses semasa
pandemik Covid-19.
10 10 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PeLnaepraonrgaann KInefotguraafiAk uRdinigtkNaseagn aKreaseTluaruhhuann 2 0 2 1 S i r i 1
Penerangan Infografik Ringkasan Keseluruhan
3.2. Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (Yayasan Taqwa)
a. Peruntukan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP):
RM74 juta (tahun 2019 hingga 2021).
b. Aktiviti utama: Mengagihkan peruntukan MAIWP kepada individu dan Non-
Profit Organisation di luar Wilayah Persekutuan berdasarkan Teras Dakwah,
Kebajikan serta Pendidikan.
c. Rumusan bagi perkara utama yang dilaporkan ialah objektif penubuhan
syarikat tercapai; tadbir urus korporat pada tahap kurang memuaskan; dan
kedudukan kewangan adalah stabil.
d. Penemuan utama Audit adalah seperti berikut:
i. 47 sasaran KPI Keberhasilan Utama: 13 KPI telah dicapai; sembilan KPI
tidak dicapai; 13 KPI tidak dilaksanakan; dan 12 KPI tidak dapat diukur
pencapaiannya.
ii. Ketidakpatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) di mana
bantuan diberikan kepada tujuh Non-Profit Organisation yang tidak
mengemukakan Laporan Program dan Perbelanjaan bantuan terdahulu.
iii. Pelan Strategik tidak dibentang untuk kelulusan Lembaga Pemegang
Amanah.
iv. Hanya satu pengauditan dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam (UAD),
MAIWP bagi tahun 2019 hingga bulan Mac 2022.
3.3. Yayasan Hijau Malaysia (YHM)
a. Peruntukan Kerajaan: RM52.62 juta (tahun 2013 hingga 2022).
b. Aktiviti utama: Menjalankan program pendidikan dan kesedaran gaya hidup
hijau serta mempromosi penggunaan teknologi hijau.
c. Rumusan bagi perkara utama yang dilaporkan ialah objektif penubuhan
syarikat masih belum tercapai; tadbir urus korporat pada tahap memuaskan;
dan kedudukan kewangan adalah stabil.
d. Penemuan utama Audit adalah seperti berikut:
i. Lima daripada enam sasaran KPI Pengumpulan Dana tidak dicapai.
ii. Empat daripada 12 sasaran KPI Perbelanjaan Operasi tidak dicapai.
iii. KPI Projek tiada sasaran output.
iv. Penilaian keseluruhan terhadap keberhasilan program tidak
dilaksanakan.
v. Program Green Guardian hanya beroperasi selama 16 bulan.
Perpindahan tapak program menyebabkan pengubahsuaian pusat
program, peralatan dan kelengkapan bernilai RM0.99 juta tidak
dimanfaatkan.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 1111
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
Penerangan Infografik Ringkasan Keseluruhan
Penerangan Infografik Ringkasan Keseluruhan
RP
4. Sebanyak tiga syor Audit dikemukakan kepada Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan,
Kementerian Kewangan dan 12 syor Audit telah dikemukakan kepada pihak
pengurusan syarikat untuk diambil tindakan bagi penambahbaikan perkara yang
dilaporkan.
12 12 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PeLnaepraonrgaann KInefotguraafiAk uRdinigtkNaseagn aKreaseTluaruhhuann 2 0 2 1 S i r i 1
Penerangan Infografik Ringkasan Keseluruhan
1 JABATAN PERDANA MENTERI
• MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
– Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
YAYASAN TAQWA
WILAYAH PERSEKUTUAN
YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN
(Syarikat Berhad Menurut Jaminan)
Ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
RUMUSAN AUDIT
“ Objektif penubuhan Yayasan Taqwa telah tercapai melalui agihan dana kepada
penerima dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. Bagaimanapun,
tadbir urus korporat adalah kurang memuaskan ”
PENCAPAIAN KEBERHASILAN PENGURUSAN AKTIVITI
AGIHAN DANA
47 SASARAN KPI
1 RM74 JUTA
13 Capai
9 Tidak Capai PERUNTUKAN
12 Tidak Dapat Diukur DARIPADA MAIWP
13 Tidak Dilaksana
RM66.75 JUTA AGIHAN DANA
KPI – Petunjuk Prestasi Utama
KETIDAKPATUHAN KEPADA KEBAJIKAN DAKWAH PENDIDIKAN
PROSEDUR OPERASI STANDARD RM32.43 juta RM20.05 juta RM14.27 juta
2 PENYEDIAAN LAPORAN PROGRAM DAN PERBELANJAAN
• 17 NPO tidak kemuka laporan
• 7 NPO yang tidak kemuka laporan bantuan terdahulu telah terima bantuan baharu
• 3 bayaran kepada pegawai agensi kerajaan tidak disertakan laporan
NPO – Non-Profit Organisation
TADBIR URUS KORPORAT
1 LEMBAGA 2 3 PELAN 4
PEMEGANG STRATEGIK
AMANAH
(LPA) • Tidak
dibentang
• Terma dan rujukan LPA KETUA untuk AUDIT DALAM
tidak dibentang untuk PEGAWAI kelulusan
kelulusan LPA EKSEKUTIF LPA • 1 pengauditan
bagi tempoh
• 15 daripada 18 LPA tidak • Tidak diisi 2019 – Mac 2022
hadir kursus sejak 1 Mac
2020
L a pLoarpaonranK eKteutauaAAuuddiitt NNeeggaarraa TTaahhuunn2022012 1SirSii r1i 1 17 17
I n f o gInrfaofgirkafYika yYaaysaasnanT Taaqqwwaa WWiillaayyaahh PPeresreskeuktuuatnu a n
RINGKASAN EKSEKUTIF
YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN
Perkara Utama
Apa yang • Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (Yayasan Taqwa) ialah
diaudit? sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang bukan
berorientasikan keuntungan ditubuhkan pada 20 November 1990
oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Aktiviti
utama Yayasan Taqwa ialah mengagihkan dana peruntukan
daripada MAIWP kepada individu dan Non-Profit Organisation
(NPO) di luar Wilayah Persekutuan berdasarkan tiga teras utama
iaitu Teras Dakwah, Teras Kebajikan dan Teras Pendidikan.
• Prestasi dan pengurusan aktiviti utama Yayasan Taqwa yang dinilai
ialah aktiviti agihan dana daripada MAIWP bagi tempoh tahun 2019
hingga bulan Mac 2022.
• Perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian KPI
Keberhasilan Utama.
• Bagi pengurusan aktiviti, tiga perkara yang dinilai ialah terimaan
dan agihan dana; pemilihan penerima dana meliputi pendaftaran
NPO serta penyediaan Laporan Program dan Perbelanjaan; dan
penyaluran agihan dana.
• Penilaian terhadap sembilan aspek tadbir urus korporat iaitu
Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah (LPA), Ketua Pegawai
Eksekutif (KPE), Setiausaha Syarikat, Pelan Strategik dan Petunjuk
Prestasi Utama (KPI), Prosedur Operasi Standard (SOP),
Jawatankuasa Audit, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan
dan Imbuhan dibuat bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan
Mac 2022.
• Analisis kedudukan kewangan dijalankan terhadap penyata
kewangan beraudit tahun 2019, 2020 dan 2021.
Mengapa ia • Yayasan Taqwa berperanan untuk menerima dan mengurus dana
penting untuk diagihkan kepada golongan asnaf miskin, muallaf dan
untuk fisabilillah.
diaudit? • Bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, Yayasan Taqwa telah
menerima dana daripada MAIWP berjumlah RM74 juta dan
sejumlah RM66.75 juta (90.2%) telah diagihkan kepada penerima
bantuan.
• Pengagihan dibuat berdasarkan kepada tiga teras utama iaitu Teras
Dakwah, Teras Kebajikan dan Teras Pendidikan tanpa mengira
batas bangsa dan fahaman politik. Bagi tempoh tahun 2019 hingga
2021, Teras Kebajikan menerima agihan dana tertinggi iaitu
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22002211SiSriir1i 1 19 19
Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
RM32.43 juta (48.6%) berbanding Teras Dakwah RM20.05 juta
(30%) dan Teras Pendidikan RM14.27 juta (21.4%).
Apa yang • Secara keseluruhannya, Yayasan Taqwa telah mencapai objektif
ditemui penubuhan dalam mengagihkan dana kepada penerima bantuan
Audit? dengan agihan dana berjumlah RM66.75 juta (90.2%). Bagi
tempoh tahun 2019 hingga 2021, sebanyak 13 (27.7%) KPI
Keberhasilan Utama telah dicapai manakala sembilan tidak dicapai.
Selain itu, 13 KPI tidak dilaksanakan dan 12 KPI tidak dapat diukur
pencapaiannya. Kedudukan kewangan Yayasan Taqwa pula adalah
stabil.
• Pengurusan aktiviti agihan dana daripada MAIWP adalah kurang
cekap kerana ketidakpatuhan kepada SOP antaranya bantuan
diberikan kepada NPO yang tidak mengemukakan Laporan
Program dan Perbelanjaan bantuan terdahulu dan bayaran dibuat
melalui akaun pegawai Yayasan Taqwa.
• Amalan tadbir urus korporat adalah kurang memuaskan. Sebanyak
lima daripada sembilan aspek tadbir urus korporat tidak diamalkan
sepenuhnya antaranya berkaitan penyertaan kursus/latihan oleh
LPA, pelantikan KPE dan pematuhan kepada SOP.
Apa yang • Pihak yang berkepentingan perlu memberi pertimbangan terhadap
disyorkan syor berikut:
Audit? - memastikan pencapaian KPI dibentangkan kepada LPA dan
dipantau oleh LPA secara berterusan;
- memastikan pematuhan kepada garis panduan/SOP supaya
aktiviti agihan dana dapat dilaksanakan dengan cekap;
- melaksanakan pemantauan yang lebih berkesan bagi
memastikan NPO mematuhi Aku Janji; dan
- menambah baik amalan tadbir urus korporat antaranya
berkaitan kursus/latihan LPA dan pelantikan KPE.
20 20 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
YYaayyaassaannTaTqawqawWa ilaWyailhayPaerhsePkuetrusaenkutuan
JABATAN PERDANA MENTERI
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
- Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
FAKTA UTAMA
20.11.1990 RM74 juta RM66.75 juta
Tarikh diperbadankan di Dana yang diterima daripada MAIWP Jumlah agihan dana kepada penerima
bawah Akta Syarikat 1965
[Akta 125] bagi tahun 2019 hingga 2021 bantuan bagi tahun 2019 hingga 2021
Objektif penubuhan
Menerima dan mengurus dana daripada individu dan organisasi dalam dan luar
Aktiviti utama negara. Selain itu, mengguna dan mengurus dana daripada Baitulmal bagi tujuan
kemajuan agama Islam dan membantu rakyat Malaysia yang miskin dan
Jenis syarikat memerlukan
Mengagihkan dana peruntukan daripada MAIWP kepada individu dan Non-Profit
Organisation di luar Wilayah Persekutuan berdasarkan tiga teras utama iaitu Teras
Dakwah, Teras Kebajikan dan Teras Pendidikan
Syarikat berhad menurut jaminan
1. LATAR BELAKANG
1.1. Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Berhad (YTWPB) telah diperbadankan
di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) pada 20 November 1990. YTWPB merupakan syarikat berhad menurut jaminan
yang bukan berorientasikan keuntungan. Pada 12 Jun 2008, YTWPB dikenali sebagai
Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (Yayasan Taqwa) selepas pindaan perlembagaan
syarikat berkaitan objektif penubuhan. Selaras dengan pindaan perlembagaan tersebut,
perkataan "Berhad" telah digugurkan bagi menggambarkan fungsinya yang berbentuk
kebajikan.
1.2. Yayasan Taqwa ditubuhkan sebagai sebahagian daripada usaha MAIWP
memperkukuhkan institusi zakat di Wilayah Persekutuan (WP) untuk menolong dan
membantu fakir, miskin, anak yatim, mangsa musibah, institusi dan sebagainya sama ada
di dalam atau di luar negara.
1.3. Objektif asal penubuhan Yayasan Taqwa berdasarkan perlembagaan syarikat
tahun 1990 adalah mengurus kutipan semua jenis zakat kecuali zakat fitrah di Wilayah
Persekutuan bagi pihak MAIWP bertujuan kelestarian dan kesejahteraan ummah. Namun,
pindaan perlembagaan syarikat telah menyebabkan fungsi zakat dibatalkan dan objektif
penubuhan memfokus untuk menerima dan mengurus dana daripada individu dan
organisasi dalam dan luar negara. Selain itu, Yayasan Taqwa berperanan menggunakan
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNeeggaraaraTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 2121
Y a y a sYaanyaTsaaqnwTaaqWwi laa yWa hilaPyaehr s ePkeursteukauntuan
dan menguruskan dana daripada Baitulmal WP bagi tujuan kemajuan agama Islam dan
membantu rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan.
1.4. Aktiviti utama Yayasan Taqwa ialah mengagihkan dana peruntukan yang diterima
daripada MAIWP kepada individu dan Non-Profit Organisation (NPO) di luar WP.
Pengagihan di luar WP dibuat supaya tidak bertindih dengan fungsi Baitulmal WP.
Pengagihan dibuat berdasarkan tiga teras utama iaitu Teras Dakwah, Teras Kebajikan
dan Teras Pendidikan tanpa mengira batas bangsa dan fahaman politik demi
kemaslahatan ummah. Penerima agihan dana ini terdiri daripada golongan asnaf1 miskin,
muallaf2 dan fisabilillah3. Model operasi Yayasan Taqwa adalah seperti dalam Carta 1.
CARTA 1
MODEL OPERASI YAYASAN TAQWA
Sumber: Jabatan Audit Negara
1.5. Bagi tahun 2019 hingga 2021, Yayasan Taqwa telah diberikan peruntukan
daripada MAIWP berjumlah RM74 juta. Sejumlah RM66.75 juta (90.2%) telah diagihkan
kepada penerima yang layak. Bagi tahun 2022 pula, sejumlah RM21 juta peruntukan telah
diluluskan kepada Yayasan Taqwa melalui peruntukan zakat untuk diagihkan kepada
golongan asnaf miskin, muallaf dan fisabilillah. Sejumlah RM2 juta pula melalui
peruntukan sumber am bagi perbelanjaan operasi Yayasan Taqwa.
1.6. Garis Panduan Syarikat Milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang
diluluskan pada 27 Jun 2011 (Pindaan 2013) menyatakan MAIWP sebagai agensi induk
mempunyai kuasa untuk melantik Pengerusi dan Lembaga Pemegang Amanah (LPA);
menentukan imbuhan kakitangan; dan meluluskan perjawatan. Yayasan Taqwa
1 Individu atau pihak yang berhak menerima zakat.
2 Individu yang mempunyai kecenderungan hati untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam.
3 Individu atau pihak yang melibatkan diri dalam aktiviti mempertahankan, menegakkan dan mendakwahkan agama Islam
serta kebajikannya.
22 22 LLaappooran KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n022102S1iriS1iri 1
YYaayyaassaann TTaaqqwwaaWWilialyaayha hPePresreskeuktuutauna n
mempunyai seramai enam ahli LPA termasuk Pengerusi. Komposisi LPA terdiri daripada
lima Pemegang Amanah berstatus bebas dan bukan eksekutif serta seorang Pemegang
Amanah berstatus bukan bebas dan bukan eksekutif. Satu jawatankuasa peringkat LPA
telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran yang berperanan untuk
membantu LPA dalam membuat penilaian dan pencalonan pengurusan tertinggi Yayasan
Taqwa.
1.7. Pengurusan Yayasan Taqwa diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) dan
dibantu oleh Pengurus Kanan Operasi dan Pengurus Kanan Pentadbiran dan Kewangan
serta enam Ketua Unit iaitu Unit Dakwah, Kebajikan, Pendidikan, Pentadbiran dan Sumber
Manusia, Kewangan serta Teknologi Maklumat. Pengisian perjawatan adalah sebanyak
18 (66.7%) daripada 27 jawatan yang diluluskan. Struktur organisasi Yayasan Taqwa
setakat bulan Mac 2022 adalah seperti dalam Carta 2.
CARTA 2
STRUKTUR ORGANISASI YAYASAN TAQWA SETAKAT BULAN MAC 2022
KETUA
PEGAWAI
EKSEKUTIF
BAHAGIAN BAHAGIAN
OPERASI PENTADBIRAN
DAN KEWANGAN
UNIT UNIT UNIT UNIT UNIT UNIT
DAKWAH KEBAJIKAN PENDIDIKAN PENTADBIRAN KEWANGAN TEKNOLOGI
DAN SUMBER MAKLUMAT
MANUSIA
Sumber: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Yayasan Taqwa
1.8. Fungsi unit yang menjalankan tiga teras utama Yayasan Taqwa iaitu Unit Dakwah,
Kebajikan dan Pendidikan antaranya adalah seperti dalam Jadual 1.
JADUAL 1
ANTARA FUNGSI UNIT DAKWAH, KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN
UNIT FUNGSI
i. Merancang hal ehwal dakwah.
Dakwah ii. Menyediakan bantuan bagi penganjuran aktiviti dakwah.
iii. Menganjurkan aktiviti dakwah kepada masyarakat Orang Asli.
iv. Mengambil bahagian dalam program kebesaran Islam.
i. Menyediakan bantuan kecemasan/musibah dengan kadar segera.
ii. Menyusun atur dan menyelaras aktiviti/program tahunan berjalan lancar, teratur dan sistematik
Kebajikan seperti yang dirancangkan.
iii. Menyediakan bantuan peralatan kepada pesakit hospital, bantuan kepada rumah orang tua,
Orang Kelainan Upaya, ibu tunggal, anak yatim, masjid dan surau.
iv. Menyediakan bantuan kepada muallaf dan asnaf.
i. Menyediakan anggaran perbelanjaan sub unit agihan pada tahap optimum supaya menepati
kehendak hukum syarak serta hala tuju Yayasan Taqwa dan MAIWP.
Pendidikan ii. Memastikan bantuan pendidikan mencapai objektif sebenar yang digariskan oleh syarak.
iii. Menyediakan bantuan peralatan sekolah seperti pakaian, beg, kasut dan sumbangan tunai.
iv. Menyediakan bantuan penganjuran aktiviti daripada institusi pendidikan.
Sumber: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Yayasan Taqwa
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNeeggaraaraTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 2323
Y a y a sYaanyaTsaaqnwTaaqWwi laa yWa hilaPyaehr s ePkeursteukauntuan
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dilaksanakan untuk menilai pencapaian objektif penubuhan Yayasan
Taqwa melalui pengurusan aktiviti agihan dana yang diterima daripada MAIWP dengan
cekap dan teratur; amalan tadbir urus korporat yang baik; dan kedudukan kewangan
syarikat yang kukuh.
3. SKOP PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan ini melibatkan aktiviti utama Yayasan Taqwa iaitu agihan dana
daripada MAIWP kepada penerima yang layak berdasarkan Garis Panduan Permohonan
Bantuan Aktiviti Dakwah dan Kebajikan yang dikeluarkan oleh MAIWP bagi tahun 2019
hingga bulan Mac 2022. Dua bidang utama Audit yang dinilai ialah prestasi aktiviti dan
pengurusan aktiviti. Perkara yang dinilai dalam prestasi aktiviti ialah pencapaian KPI
Keberhasilan Utama. Bagi pengurusan aktiviti, tiga perkara yang dinilai ialah terimaan
dan agihan dana; pemilihan penerima dana meliputi pendaftaran NPO serta penyediaan
Laporan Program dan Perbelanjaan; dan penyaluran agihan dana merangkumi agihan
melalui pegawai Yayasan Taqwa, individu dan pegawai kerajaan/agensi kerajaan
serta LPA.
3.2. Pengauditan dijalankan di pejabat Yayasan Taqwa yang terletak di Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur. Sebanyak 133 (8.6%) sampel daripada 1,539 transaksi bayaran bagi
tempoh tahun 2019 hingga 31 Mac 2022 dipilih untuk menentukan agihan dana kepada
penerima telah dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan. Pemilihan sampel penerima
difokuskan kepada penerima Teras Kebajikan kerana merupakan jumlah agihan tertinggi.
Sampel ini merangkumi penerima individu, penerima NPO yang berulang, penerima yang
belum mengemukakan Laporan Program dan Perbelanjaan serta penerima yang
merupakan pegawai Yayasan Taqwa (nama pegawai tertera pada baucar bayaran).
3.3. Selain itu, pengauditan melibatkan sembilan aspek tadbir urus korporat iaitu
Pengerusi, LPA, KPE, Setiausaha Syarikat, Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama
(KPI), Prosedur Operasi Standard (SOP), Jawatankuasa Audit, Audit Dalam serta
Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. Analisis kedudukan kewangan turut dijalankan
terhadap penyata kewangan beraudit tahun 2019, 2020 dan 2021.
4. METODOLOGI PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen yang dikemukakan
oleh pengurusan Yayasan Taqwa serta menganalisis data berkaitan. Perbincangan dan
24 24 LLaappooran KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n022102Si1ri S1iri 1
YYaayyaassaann TTaaqqwwaaWWilialyaayha hPePresreskeuktuutauna n
temu bual dengan pegawai terlibat juga dijalankan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Bagi kedudukan kewangan, penilaian dilaksanakan berdasarkan penyata kewangan
Yayasan Taqwa yang telah diaudit oleh Tetuan Azhan & Co. Penilaian ini melibatkan
analisis trend pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi; analisis trend aset dan liabiliti;
serta analisis aliran tunai.
5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT
Pengauditan telah dijalankan pada bulan April dan Mei 2022. Perkara yang ditemui serta
maklum balas daripada Yayasan Taqwa telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup
pada 22 Jun 2022. Penjelasan lanjut bagi penemuan Audit adalah seperti perenggan
berikut:
5.1. Prestasi Aktiviti Pengurusan Dana
5.1.1. Pencapaian KPI Keberhasilan Utama
a. Yayasan Taqwa telah menetapkan KPI Keberhasilan Utama bagi mengukur
prestasi aktiviti pengurusan dana. Namun, pengukuran khusus untuk menilai
keberhasilan aktiviti agihan dana tidak ditetapkan oleh Yayasan Taqwa. Penetapan
KPI Keberhasilan Utama dibuat berdasarkan cadangan peruntukan perbelanjaan
tahunan. KPI tersebut disediakan bagi mengukur pencapaian tiga teras utama
yang dilaksanakan oleh Unit Dakwah, Kebajikan dan Pendidikan. Secara
keseluruhanannya, 47 KPI Keberhasilan Utama ditetapkan bagi tahun 2019 hingga
2021. Analisis Audit mendapati 13 (27.7%) KPI telah dicapai manakala sembilan
(19.1%) tidak dicapai. Selain itu, 13 (27.7%) KPI tidak dilaksanakan dan
12 (25.5%) KPI tidak dapat diukur pencapaiannya. Ringkasan pencapaian KPI
adalah seperti dalam Jadual 2.
JADUAL 2
SASARAN DAN PENCAPAIAN KPI KEBERHASILAN UTAMA
BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2021
KPI (Bilangan)
UNIT/TERAS SASARAN CAPAI LAKSANA TIDAK DAPAT TIDAK
Dakwah PROGRAM 9 TIDAK DIUKUR LAKSANA
CAPAI 7
25 6
3
Kebajikan 823 2 1
Pendidikan 14 2 3 3 6
JUMLAH 47 13 9 12 13
Sumber: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Yayasan Taqwa
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNeeggaraaraTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 2525
Y a y a sYaanyaTsaaqnwTaaqWwi laa yWa hilaPyaehr s ePkeursteukauntuan
b. Menurut Yayasan Taqwa, KPI yang tidak dicapai dan tidak dilaksanakan
disebabkan berlakunya perubahan tarikh program, pindah peruntukan untuk
aktiviti lain dan mengutamakan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat
pandemik Covid-19. Analisis Audit selanjutnya terhadap KPI yang dilaksana
mendapati sebanyak 12 KPI tidak dapat diukur disebabkan tiada penetapan
sasaran bilangan peserta, jumlah sumbangan dan jumlah bahan cetakan. Butiran
lanjut KPI yang tidak dicapai dan tidak dapat diukur adalah seperti dalam
Jadual 3 dan Jadual 4.
JADUAL 3
SASARAN DAN PENCAPAIAN KPI KEBERHASILAN UTAMA
YANG TIDAK DICAPAI BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2021
UNIT KPI KEBERHASILAN UTAMA SASARAN PENCAPAIAN CAPAI
(%)
TAHUN 2019
16.7
PENDIDIKAN DAKWAH Peserta yang hadir dapat memahami ilmu 80% daripada 3,000 400 83.3
agama dan isu semasa dengan jelas, serta dapat orang peserta yang 600
menjawab persoalan yang diragui. hadir
Penyertaan daripada masyarakat Orang Asli dan 60% daripada 1,200
masyarakat pedalaman orang penyertaan
Pelajar sekolah rendah di seluruh negara 28,000 pelajar 14,000 50
terutamanya daripada keluarga yang kurang
berkemampuan.
TAHUN 2020
DAKWAH Penyertaan daripada masyarakat setempat. 60% daripada 800 400 83.3
orang 10 5
1 8.3
KEBAJIKAN Permohonan mendapat bantuan untuk menjalani 80% daripada 250 9,800 70
rawatan dan mendapatkan alat permohonan
sokongan/peralatan perubatan serta barangan
makanan asas bagi asnaf yang terpilih. 12 pusat tahfiz
Pusat tahfiz setiap negeri (kecuali WP dan
Selangor) mendapat dana bagi memula dan
mengembangkan hasil pendapatan daripada
penternakan dan pertanian.
PENDIDIKAN Pelajar sekolah rendah di seluruh negara 14,000 pelajar
terutamanya daripada keluarga yang kurang
berkemampuan.
TAHUN 2021
PENDIDIKAN KEBAJIKAN Permohonan mendapat bantuan untuk 80% daripada 250 56 28
menjalani/meneruskan rawatan dan bantuan permohonan
mendapatkan peralatan perubatan serta
barangan makanan asas bagi asnaf terpilih.
Membantu pelajar sekolah rendah di seluruh 14,000 pelajar 9,800 70
negara terutamanya daripada keluarga yang
kurang berkemampuan.
Sumber: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Yayasan Taqwa
26 26 LLaappooran KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n022102Si1ri S1iri 1
YYaayyaassaann TTaaqqwwaaWWilialyaayha hPePresreskeuktuutauna n
JADUAL 4
SASARAN DAN PENCAPAIAN KPI KEBERHASILAN UTAMA
YANG TIDAK DAPAT DIUKUR BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2021
UNIT KPI KEBERHASILAN UTAMA SASARAN PENCAPAIAN PENEMUAN
AUDIT
TAHUN 2019
DAKWAH • Masyarakat setempat melibatkan • 60% masyarakat 400 peserta Tiada sasaran
diri dengan program setempat bilangan peserta
KEBAJIKAN kemasyarakatan. 400 peserta
• 80% keluarga 323 agensi kerajaan, Tiada sasaran
PENDIDIKAN • Keluarga asnaf dapat dibantu asnaf institusi dan Non- bilangan peserta
melalui sumbangan barangan Government
harian. 50% peserta Organisation (NGO) Tiada sasaran
menerima jumlah
Peserta memahami dan menghayati 80% daripada sumbangan atas dasar sumbangan
sepenuhnya input program yang jumlah sumbangan dakwah
dilaksanakan. Tiada sasaran
80% daripada 719 penerima jumlah
Sumbangan dapat diagihkan kepada jumlah sumbangan sumbangan
agensi yang melaksanakan program 103 penerima
dakwah mengikut permohonan, 80% daripada Tiada sasaran
keperluan dan kelayakan seluruh jumlah sumbangan 204 institusi dan 70 jumlah
Malaysia. pelajar sumbangan
80% daripada
Sumbangan dapat diagihkan kepada jumlah sumbangan Tiada sasaran
agensi yang melaksanakan program jumlah
kebajikan mengikut permohonan, sumbangan
keperluan dan kelayakan ke seluruh
Malaysia.
Sumbangan diagihkan kepada
penerima yang memerlukan bantuan
untuk menjalani rawatan dan
membantu mendapatkan alat
perubatan.
Sumbangan dapat diagihkan kepada
institusi yang melaksanakan program
pendidikan dan individu yang
melanjutkan pelajaran mengikut
permohonan, keperluan dan
kelayakan ke seluruh Malaysia.
TAHUN 2020
DAKWAH Peserta memahami dan menghayati 50% peserta 300 peserta Tiada sasaran
sepenuhnya input program yang bilangan peserta
PENDIDIKAN dilaksanakan. 80% daripada 194 agensi kerajaan,
jumlah sumbangan institusi dan NGO Tiada sasaran
Sumbangan dapat diagihkan kepada menerima sumbangan jumlah
agensi yang melaksanakan program 80% daripada atas dasar dakwah sumbangan
dakwah mengikut permintaan, jumlah sumbangan
keperluan dan kelayakan seluruh Tiada maklumat Tiada sasaran
Malaysia. jumlah
sumbangan dan
Sumbangan dapat diagihkan kepada pencapaian
institusi yang melaksanakan program
pendidikan dan individu yang
melanjutkan pelajaran mengikut
permohonan, keperluan dan
kelayakan ke seluruh Malaysia.
TAHUN 2021
DAKWAH Sumbangan dapat diagihkan kepada 80% daripada 252 agensi kerajaan, Tiada sasaran
agensi yang melaksanakan program jumlah sumbangan institusi, NGO dan jumlah
dakwah mengikut permohonan, individu telah menerima sumbangan
keperluan dan kelayakan ke seluruh 80% bahan sumbangan
Malaysia. cetakan Tiada sasaran
Sembilan agensi jumlah bahan
Bahan cetakan dapat diedarkan ke memohon sumbangan cetakan
seluruh negara melalui program atau percetakan al-Quran,
agensi yang terpilih. buku dan bahan ilmiah
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNeeggaraaraTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 2727
Y a y a sYaanyaTsaaqnwTaaqWwi laa yWa hilaPyaehr s ePkeursteukauntuan
UNIT KPI KEBERHASILAN UTAMA SASARAN PENCAPAIAN PENEMUAN
Tiada maklumat AUDIT
PENDIDIKAN Sumbangan dapat diagihkan kepada
Tiada sasaran
institusi yang melaksanakan program jumlah
sumbangan dan
pendidikan dan individu yang 80% daripada pencapaian
melanjutkan pelajaran mengikut jumlah sumbangan
permohonan, keperluan dan
kelayakan ke seluruh Malaysia.
Sumber: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Yayasan Taqwa
c. Green Book Bahagian 1, perenggan 3.2. menyatakan sasaran dan pencapaian KPI
diluluskan dan dipantau oleh Lembaga Pengarah. Semakan Audit mendapati bagi
tahun 2019 hingga 2021, Yayasan Taqwa telah mengemukakan
Laporan Penetapan KPI kepada MAIWP namun laporan tersebut
tidak diperakukan oleh LPA. Keadaan ini berlaku disebabkan Garis Panduan
Syarikat Milik MAIWP (Pindaan 2013) yang diguna pakai oleh Yayasan Taqwa tidak
menyatakan keperluan untuk membentangkan KPI kepada LPA untuk kelulusan
sebelum dikemuka kepada MAIWP.
Maklum balas Yayasan Taqwa yang diterima pada 15 Julai 2022
Mesyuarat Khas LPA pada 7 Julai 2022 telah meluluskan KPI 2022 dengan menetapkan
sasaran KPI yang boleh diukur. Mesyuarat juga telah mengambil maklum pencapaian KPI
bagi bulan Januari hingga Jun 2022.
Pendapat Pencapaian KPI Keberhasilan Utama adalah kurang cekap.
Audit Bagaimanapun, tindakan penambahbaikan KPI yang boleh diukur
dapat memberikan gambaran sebenar pencapaian keseluruhan
KPI. Pandangan dan ulasan LPA berkaitan pencapaian KPI penting
bagi menambah baik sasaran dan pelaksanaan KPI yang ditetapkan
dengan lebih berkesan bagi memenuhi objektif penubuhan
syarikat.
5.2. Pengurusan Aktiviti Agihan Dana
5.2.1 Terimaan dan Agihan Dana
a. Yayasan Taqwa menerima peruntukan daripada MAIWP seterusnya mengagihkan
dana kepada individu dan NPO di luar WP. Bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021,
peruntukan yang diterima berjumlah RM74 juta dan sejumlah RM66.75 juta
(90.2%) dana telah diagihkan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 5.
28 28 LLaappooran KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n022102Si1ri S1iri 1
YYaayyaassaann TTaaqqwwaaWWilialyaayha hPePresreskeuktuutauna n
JADUAL 5
PECAHAN PERUNTUKAN DAN AGIHAN BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2021
PERKARA 2019 2020 2021 JUMLAH %
(RM Juta ) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
PERUNTUKAN 20.00 30.00 24.00 74.00
TERAS
Kebajikan 5.98 12.00 14.45 32.43 48.6
Dakwah 7.09 5.84 7.12 20.05 30.0
Pendidikan 5.78 4.10 4.39 14.27 21.4
JUMLAH AGIHAN DANA 18.85 21.94 25.96 66.75 100
90.2
AGIHAN BERBANDING 94.3 73.1 108.2
PERUNTUKAN (%)
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit bagi Tahun 2019, 2020 dan 2021
b. Bagi tahun 2019 hingga 2021, agihan dana bagi Teras Kebajikan adalah yang
tertinggi iaitu RM32.43 juta (48.6%) berbanding Teras Dakwah RM20.05 juta
(30%) dan Teras Pendidikan RM14.27 juta (21.4%). Pada tahun 2020, Teras
Dakwah dan Pendidikan menunjukkan pengurangan agihan kerana sumbangan
ditumpukan kepada Teras Kebajikan bagi membantu mereka yang terkesan akibat
situasi pandemik Covid-19 dan banjir.
c. Analisis Audit mendapati pada tahun 2020, Yayasan Taqwa menerima peruntukan
lebih tinggi berbanding tahun 2019 dan 2021. Sumbangan kepada aktiviti pada
tahun 2020 lebih rendah iaitu sebanyak 73.1% berbanding 94.3% dan 108.2%
pada tahun 2019 dan 2021. Keadaan ini berlaku disebabkan dana tidak dapat
diagihkan sepenuhnya akibat Perintah Kawalan Pergerakan ekoran pandemik
Covid-19 seterusnya menyumbang kepada lebihan bersih sebelum cukai berjumlah
RM6.13 juta pada tahun 2020. Setakat tahun 2021, Yayasan Taqwa mencatat dana
terkumpul berjumlah RM3.71 juta.
d. Analisis Audit mendapati jumlah aset melebihi jumlah liabiliti bagi tiga tahun
berturut-turut iaitu pada kadar antara 133.2% hingga 266.4%. Keadaan ini
menunjukkan syarikat mempunyai sumber yang mencukupi untuk menampung
obligasinya. Baki tunai dan kesetaraan tunai pada akhir tahun 2021 berjumlah
RM5.41 juta berbanding RM12.85 juta pada tahun 2020. Pada tahun 2021, jumlah
sumbangan dan perbelanjaan melebihi jumlah hasil kendalian dan keadaan ini
memberi kesan kepada baki tunai pada tahun tersebut. Dana terkumpul dan baki
tunai yang positif serta jumlah aset melebihi liabiliti pada tahun 2021 menyumbang
kepada kestabilan kedudukan kewangan Yayasan Taqwa. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 6, Carta 3 dan Carta 4.
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNeeggaraaraTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 2929
Y a y a sYaanyaTsaaqnwTaaqWwi laa yWa hilaPyaehr s ePkeursteukauntuan
JADUAL 6
KEDUDUKAN KEWANGAN YAYASAN TAQWA
BAGI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021
TAHUN TAHUN TAHUN
2021
PERKARA 2019 2020
(RM Juta)
(RM Juta) (RM Juta) 24.00
Hasil Kendalian 20.00 30.00 (25.96)
Sumbangan (18.85) (21.94) (1.96)
0.03
KEUNTUNGAN KASAR 1.15 8.06
(1.93)
Pendapatan lain 0.05 0.02 (3.86)
Lain-lain perbelanjaan (2.09) (1.95) -
(3.86)
(KURANGAN)/LEBIHAN BERSIH SEBELUM CUKAI (0.89) 6.13
3.71
Cukai -- 5.94
2.23
(KURANGAN)/LEBIHAN BERSIH SELEPAS CUKAI (0.89) 6.13 5.41
DANA TERKUMPUL 1.44 7.57
JUMLAH ASET 5.78 13.23
JUMLAH LIABILITI 4.34 5.66
TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI 5.22 12.85
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit bagi Tahun 2019, 2020 dan 2021
CARTA 3 CARTA 4
TREND PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TREND LEBIHAN/KURANGAN BERSIH
BAGI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021 DAN DANA TERKUMPUL
BAGI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021
RM Juta
35 RM Juta
30 10
7.57
25 20.05 5 6.13 3.71
20 20.94 1.44
15
10 30.02
23.89
5 24.03
0
27.89
2019
0
-0.89
2020 2021 -5 2020 -3.86
2019 2021
Pendapatan Perbelanjaan Dana Terkumpul
Lebihan/(Kurangan) Bersih
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit bagi Tahun 2019, 2020 dan 2021
Pendapat Secara keseluruhannya, agihan dana adalah cekap dengan
Audit pencapaian melebihi 90% dan kedudukan kewangan Yayasan
Taqwa adalah stabil.
30 30 LLaappooran KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n022102Si1ri S1iri 1
YYaayyaassaann TTaaqqwwaaWWilialyaayha hPePresreskeuktuutauna n
5.2.2. Pemilihan Penerima Dana
a. Pendaftaran Non-Profit Organisation
i. Subseksyen 211(1) Akta Syarikat 2016 [Akta 777] menetapkan perniagaan
dan hal ehwal sesuatu syarikat hendaklah diuruskan oleh, atau di bawah
arahan Lembaga Pengarah. Yayasan Taqwa mengguna pakai Garis Panduan
Permohonan Bantuan Aktiviti Dakwah dan Kebajikan MAIWP (GP MAIWP) bagi
melaksanakan aktiviti agihan dana. Semakan Audit mendapati Yayasan Taqwa
juga telah mewujudkan Prosedur Operasi Piawai Jawatankuasa Bantuan.
Selain itu, satu Garis Panduan Permohonan Bantuan Aktiviti/Program
Pendidikan, Dakwah dan Kebajikan baru diwujudkan pada bulan April 2022.
Namun, semakan Audit terhadap minit mesyuarat LPA pada
bulan April dan Mei 2022 mendapati perkara berkenaan garis
panduan baharu tersebut tidak dibincangkan.
ii. Perkara 2 (A)(i) GP MAIWP menetapkan NPO yang memohon dana perlu
berdaftar di bawah pihak pengawal selia. Pihak pengawal selia antaranya
Yayasan Amanah yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah
(Pemerbadanan) 1952 [Akta 258]; pertubuhan iaitu entiti yang didaftarkan di
bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]; agensi kerajaan; dan mana-mana
akta yang masih berkuat kuasa dan diiktiraf oleh agensi kerajaan. Semakan
Audit terhadap 110 sampel bayaran bagi tempoh tahun 2019 hingga
31 Mac 2022 mendapati bayaran telah dibuat kepada NPO yang berdaftar.
Maklum balas Yayasan Taqwa yang diterima pada 15 Julai 2022
Mesyuarat Khas LPA pada 7 Julai 2022 telah meluluskan Garis Panduan Permohonan
Bantuan Aktiviti/Program Pendidikan, Dakwah dan Kebajikan.
Pendapat LPA bertanggungjawab memastikan garis panduan yang
Audit diluluskan dipatuhi.
b. Penyediaan Laporan Program dan Perbelanjaan
i. Prosedur Operasi Piawai Jawatankuasa Bantuan menetapkan Laporan
Program perlu disediakan oleh penerima bagi bantuan melebihi RM5,000.
Laporan tersebut perlu dikemukakan oleh penerima bantuan 30 hari selepas
program dilaksanakan. Perkara 4 (ii)(d) GP MAIWP pula menetapkan Laporan
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNeeggaraaraTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 3131
Y a y a sYaanyaTsaaqnwTaaqWwi laa yWa hilaPyaehr s ePkeursteukauntuan
Program dan Perbelanjaan terdahulu perlu dikemukakan oleh NPO. Kegagalan
untuk mengemukakan laporan akan menyebabkan permohonan seterusnya
tidak dipertimbangkan.
ii. Perkara 5 (i) dan (ii) GP MAIWP menetapkan dokumen Aku Janji dikemukakan
kepada NPO selepas permohonan diluluskan. Pihak NPO hendaklah
mengembalikan dokumen Aku Janji bagi membolehkan peruntukan
disalurkan. Dokumen Aku Janji menetapkan NPO yang menerima bantuan
bersetuju untuk mematuhi perkara antaranya seperti berikut:
• menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa mengikut program/aktiviti yang
diluluskan sahaja; dan
• mengemukakan laporan pelaksanaan dan perbelanjaan program/aktiviti
dalam tempoh 30 hari dari tarikh program atau aktiviti dilaksanakan.
Sekiranya gagal mengemukakan laporan tersebut, permohonan baharu
tidak akan diproses.
iii. Semakan Audit terhadap 110 sampel bayaran bagi tempoh tahun
2019 hingga 31 Mac 2022 mendapati 23 bayaran (17 NPO)
berjumlah RM1.48 juta tidak mengemukakan Laporan
Program dan Perbelanjaan kepada Yayasan Taqwa. Semakan
Audit selanjutnya mendapati tujuh (41.2%) daripada 17 NPO
tersebut juga telah menerima bantuan baharu berjumlah
RM150,000 walaupun NPO gagal mengemukakan laporan
terdahulu. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7.
JADUAL 7
NPO YANG TIDAK MENGEMUKAKAN LAPORAN PROGRAM DAN PERBELANJAAN
BIL. NON-PROFIT NO. BAUCAR TARIKH JUMLAH CATATAN
OR G A N I S A TI ON BAYARAN BAYARAN
BANTUAN
(RM)
1. NPO A 39425/19/00299 06.03.2019 10,000
2. NPO B 39425/19/00348 14.03.2019 10,000 -
3. 10358/19/0250 27.03.2019 14,200 Terima bantuan
NPO C 39425/21/00155 15.02.2021 10,000 baharu
10358/19/0266 03.04.2019 650,000
4. 10358/19/0435 10.05.2019 140,000 -
10358/19/0725 31.07.2019 50,000
5. NPO D 39425/19/00661 14.05.2019 Terima bantuan
39425/19/1134 12.11.2019 8,000 baharu
6. 10,000 -
NPO E Terima bantuan
baharu
7.
8.
NPO F
9.
32 32 LLaappooran KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n022102Si1ri S1iri 1
YYaayyaassaann TTaaqqwwaaWWilialyaayha hPePresreskeuktuutauna n
BIL. NON-PROFIT NO. BAUCAR TARIKH JUMLAH CATATAN
OR G A N I S A TI ON BAYARAN BAYARAN BANTUAN
10. 29.05.2019 -
11. NPO G 39425/19/00779 22.10.2019 (RM) Terima bantuan
12. NPO H 10358/19/1026 14.11.2019 10,000 baharu
13. NPO I 39425/19/01202 01.04.2020 -
14. NPO J 10358/20/0345 16.10.2020 40,000 -
15. NPO K 10358/20/0957 14.12.2020 -
16. 10358/20/1144 06.05.2021 10,000 -
17. NPO L 39425/21/00626 17.11.2021 200,000
18. 39425/21/01195 26.04.2021 100,000
19. NPO M 39425/21/00544 14.09.2021
39425/21/00972 120,000
11.12.2021
20. NPO N 10358/21/1081 22.12.2021 10,000 -
30.12.2021 10,000
21. NPO O 39425/21/01363 14.01.2022 10,000 Terima bantuan
10,000 baharu
22. NPO P 39425/21/01388
20,000 -
23. NPO Q 39425/22/00074 10,000
10,000 Terima bantuan
20,000 baharu
Terima bantuan
baharu
-
-
-
JUMLAH 1,482,200
Sumber: Baucar Bayaran Yayasan Taqwa
iv. Menurut Yayasan Taqwa, pihaknya telah mengambil tindakan dengan
menghubungi NPO terlibat melalui panggilan telefon dan e-mel dari semasa
ke semasa. Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan Laporan Program dan
Perbelanjaan dikemukakan oleh NPO.
Maklum balas Yayasan Taqwa yang diterima pada 24 Jun dan 15 Julai 2022
Yayasan Taqwa akan mengeluarkan surat peringatan kepada pemohon. Garis
Panduan Pelaksanaan dan Pelaporan Aktiviti Pendidikan, Dakwah dan Kebajikan telah
diluluskan dalam Mesyuarat Khas LPA pada 7 Julai 2022. Bantuan disalurkan kepada
NPO yang sama walaupun Laporan Program dan Perbelanjaan terdahulu tidak
dikemukakan atas justifikasi antaranya membantu mangsa yang terkesan akibat
pandemik Covid-19, Program Ihya’ Ramadhan dan bencana kebakaran.
Pendapat Pengurusan pelaporan program adalah kurang cekap.
Audit Ketidakpatuhan kepada SOP dan garis panduan berkaitan
Laporan Program dan Perbelanjaan menyebabkan agihan dana
masih disalurkan kepada NPO yang gagal mengemukakan
laporan.
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNeeggaraaraTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 3333
Y a y a sYaanyaTsaaqnwTaaqWwi laa yWa hilaPyaehr s ePkeursteukauntuan
5.2.3. Penyaluran Agihan Dana
a. Agihan melalui Pegawai Yayasan Taqwa
i. Perkara 97 Tatacara Kewangan Yayasan Taqwa menetapkan apabila
pembayaran dibuat, nama pegawai Yayasan Taqwa tidak boleh dicatatkan
sebagai penerima di atas baucar melainkan berkenaan dengan gaji atau lain-
lain tuntutannya sendiri.
ii. Analisis Audit terhadap baucar bayaran bagi Unit Dakwah, Kebajikan dan
Pendidikan bagi tahun 2019 hingga bulan Mac 2022 mendapati 60 bayaran
berjumlah RM1.08 juta telah dibuat atas nama pegawai
Yayasan Taqwa. Analisis lanjut mendapati 23 (38.3%) daripada
60 bayaran berjumlah RM384,952 melibatkan Unit Kebajikan. Berdasarkan
maklumat program, dana telah diagihkan bagi aktiviti yang dibenarkan selaras
dengan dasar yang ditetapkan oleh MAIWP.
iii. Semakan Audit terhadap 12 daripada 23 baucar tersebut mendapati lima
(41.7%) bayaran berjumlah RM150,002 adalah bagi program yang
dilaksanakan oleh empat agensi kerajaan iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI); Jabatan Perdana Menteri (JPM); Jabatan Wakaf, Zakat
dan Haji (JAWHAR); MAIWP dan Kelab Anglers MAIWP. Semakan Audit
selanjutnya mendapati kesemua empat agensi ini ada membuat akuan
terimaan dana. Akuan terimaan dana berbentuk tunai telah dibuat oleh
pegawai agensi terlibat.
iv. Semakan Audit seterusnya mendapati JAWI, MAIWP dan Kelab Anglers MAIWP
telah mengemukakan Laporan Program dan Perbelanjaan kecuali pihak
JPM. Selain itu, Laporan Program dan Perbelanjaan oleh Kelab
Anglers MAIWP tidak mempunyai maklumat perbelanjaan
lengkap.
v. Semakan Audit selanjutnya mendapati tujuh daripada 12 baucar berjumlah
RM100,000 melibatkan program anjuran syarikat. Pihak Audit mendapati
akuan terimaan oleh penerima program ada disertakan bagi mengesahkan
sumbangan telah diserahkan kepada penerima yang layak seperti individu dan
institusi pendidikan. Permohonan sumbangan juga telah diluluskan oleh LPA.
34 34 LLaappooran KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n022102Si1ri S1iri 1
YYaayyaassaann TTaaqqwwaaWWilialyaayha hPePresreskeuktuutauna n
Maklum balas Yayasan Taqwa yang diterima pada 24 Jun dan 15 Julai 2022
Pembayaran telah dibuat atas nama pegawai Yayasan Taqwa atas justifikasi
permohonan bagi tujuan sumbangan musibah dan Covid-19. Mesyuarat Khas LPA
pada 7 Julai 2022 telah memperakukan agihan tunai melalui pegawai Yayasan Taqwa
dan LPA juga memutuskan tiada lagi agihan tunai selepas ini.
b. Agihan melalui Individu dan Pegawai Kerajaan/Agensi Kerajaan
i. Perkara 82 Tatacara Kewangan Yayasan Taqwa menetapkan dalam sesuatu
hal yang terkecuali jika ternyata bagi faedah maslahah ammah (kepentingan
umum) bahawa perbelanjaan patut dilakukan dengan segera dan masa tidak
mengizinkan bagi mendapat kebenaran mengikut cara biasa, KPE boleh
melakukan perbelanjaan dan hendaklah melaporkan secepat mungkin kepada
LPA.
ii. Analisis Audit terhadap senarai bayaran bagi tahun 2019 hingga 2021
mendapati 17 bayaran berjumlah RM442,200 telah dibuat kepada individu dan
pegawai kerajaan/agensi kerajaan. Semakan Audit terhadap 11 (64.7%)
baucar bayaran mendapati tiga (27.3%) baucar tidak
disertakan Laporan Program dan Perbelanjaan. Selain itu,
tujuh (63.6%) baucar bayaran telah disertakan Laporan
Program dan Perbelanjaan namun, tiada tandatangan oleh
penerima dana. Semakan selanjutnya mendapati permohonan bantuan
telah mendapat kelulusan LPA seperti yang ditetapkan dalam tatacara
kewangan. Butiran terperinci adalah seperti dalam Jadual 8.
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNeeggaraaraTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 3535
Y a y a sYaanyaTsaaqnwTaaqWwi laa yWa hilaPyaehr s ePkeursteukauntuan
JADUAL 8
BAUCAR BAYARAN ATAS NAMA INDIVIDU
DAN PEGAWAI KERAJAAN/AGENSI KERAJAAN
INDIVIDU/ BAUCAR BAYARAN KEMUKA
PEGAWAI LAPORAN
BIL. NOMBOR TARIKH PEMOHON/ PROGRAM
KERAJAAN/ PELAKSANA
AGENSI RM PROGRAM DAN
PERBELANJAAN
KERAJAAN
(Ya/Tidak)
1. Pegawai A, 39425/21/00040 14.01.2021 20,000 JAWI
JAWI 39425/21/00950 01.09.2021 2,200 JAKIM Tidak
39425/21/00951 03.09.2021 5,000
2. Pegawai B, Tidak
3. JAKIM
Tidak
4. JV47-50/12 31.12.2020 85,000
Ya*
5. 39425/21/00037 14.01.2021 20,000
Ya*
6. 39425/21/00038 14.01.2021 20,000
Ya*
7. Individu A, JPM 39425/21/00039 14.01.2021 20,000 JPM
8. 10358/21/0203 19.02.2021 40,000 Ya*
9. 10358/21/0285 16.03.2021 50,000 Ya*
10. 10358/21/0295 26.03.2021 100,000 Ya*
11. Pegawai C, JPM 39425/21/01099 22.10.2021 5,000 Ya*
Ya
JUMLAH 367,200
Sumber: Baucar Bayaran Yayasan Taqwa
Nota: (*) - Tiada Tandatangan Penerima Dana pada Laporan Program dan Perbelanjaan
Maklum balas Yayasan Taqwa yang diterima pada 22 dan 24 Jun serta
15 Julai 2022
Yayasan Taqwa tidak mempunyai kaedah pembayaran kepada individu dan pegawai
kerajaan/agensi kerajaan. Pembayaran atas nama pegawai kerajaan pula adalah
seperti arahan Menteri di JPM (Agama) pada ketika itu secara lisan kepada KPE
Yayasan Taqwa.
Mesyuarat Khas LPA pada 7 Julai 2022 telah memperakukan agihan tunai melalui
individu serta pegawai kerajaan/agensi kerajaan dan LPA juga memutuskan tiada lagi
agihan tunai selepas ini.
c. Agihan melalui Lembaga Pemegang Amanah
i. Mesyuarat LPA pada 25 November 2019 telah meluluskan peruntukan secara
bulanan kepada Pengerusi sejumlah RM5,000 dan ahli LPA RM1,000 untuk
diagihkan kepada asnaf. Seterusnya berikutan pandemik Covid-19, Mesyuarat
LPA pada 23 November 2020 telah meluluskan peruntukan tambahan
berjumlah RM45,000 sebulan iaitu Pengerusi RM10,000 dan RM35,000 bagi
tujuh ahli LPA (RM5,000 setiap ahli LPA).
36 36 LLaappooran KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n022102Si1ri S1iri 1
YYaayyaassaann TTaaqqwwaaWWilialyaayha hPePresreskeuktuutauna n
ii. Inisiatif ini merupakan cadangan daripada Unit Kebajikan Yayasan Taqwa
bertujuan untuk melibatkan peringkat atasan dalam aktiviti agihan supaya
dapat melihat keadaan asnaf yang bakal disantuni. LPA dalam mesyuarat yang
sama juga memutuskan supaya laporan agihan perlu dikemukakan kepada
Unit Kebajikan Yayasan Taqwa bagi tujuan penggantian peruntukan tersebut.
iii. Mesyuarat LPA pada 25 November 2019 turut memaklumkan cadangan
daripada Unit Kebajikan Yayasan Taqwa untuk menetapkan syarat supaya
borang akuan penerimaan perlu diisi oleh setiap penerima. Namun, tiada
persetujuan terhadap syarat ini diputuskan oleh LPA.
iv. Analisis Audit terhadap lejar am Pendahuluan Diri LPA mendapati dana
berjumlah RM448,000 (92.8%) daripada RM483,000 peruntukan yang
diterima oleh LPA bagi tahun 2020 hingga bulan Mac 2022 telah diagihkan
kepada penerima bantuan.
v. Semakan Audit terhadap 22 sampel bagi tempoh tahun 2019 hingga
31 Mac 2022 berjumlah RM103,000 mendapati laporan agihan dana ada
disediakan bagi tujuan mengesahkan agihan dana oleh LPA. Laporan tersebut
mengandungi perincian nama penerima, nombor telefon, nombor kad
pengenalan, alamat, jumlah agihan dan tujuan agihan. Namun, tiada
bukti akuan terimaan dana oleh penerima terlibat.
Maklum balas Yayasan Taqwa yang diterima pada 24 Jun dan 15 Julai 2022
LPA berpendapat tiada keperluan akuan terimaan oleh penerima bantuan disediakan
supaya bantuan segera dapat disalurkan kepada mereka. Bagaimanapun, Yayasan
Taqwa akan menambah baik perkara berkaitan keperluan bukti akuan terimaan.
Mesyuarat Khas LPA pada 7 Julai 2022 telah bersetuju agihan kepada LPA
ditangguhkan sehingga selesai bengkel penambahbaikan yang akan diadakan pada
bulan Ogos bersama MAIWP bagi tujuan penambahbaikan Tatacara Kewangan dan
menambah baik garis panduan/SOP sedia ada.
Pendapat Penyaluran dana melalui akaun pegawai Yayasan Taqwa adalah
Audit tidak teratur kerana risiko dana tidak diagihkan kepada
golongan sasar. Akuan terimaan penting sebagai bukti yang
mengesahkan dana telah diterima oleh penerima bantuan
terlibat.
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNeeggaraaraTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 3737
Y a y a sYaanyaTsaaqnwTaaqWwi laa yWa hilaPyaehr s ePkeursteukauntuan
5.3. Tadbir Urus Korporat
5.3.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan
kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus dengan
lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. Sebagai syarikat berhad menurut
jaminan yang ditubuhkan oleh MAIWP, pengurusan Yayasan Taqwa perlu mematuhi
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan menurut Akta Syarikat 2016
[Akta 777], perlembagaan syarikat dan Garis Panduan Syarikat Milik MAIWP. Selain
itu, rujukan boleh dibuat terhadap amalan terbaik daripada Malaysian Code on
Corporate Governance (MCCG) 2021, The Green Book - Enhancing Board
Effectiveness (Green Book) April 2006, Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah
Lantikan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Disember 2014 (MKD Handbook) dan
panduan tadbir urus daripada Chartered Institute of Internal Auditors.
5.3.2. Semakan Audit mendapati empat daripada sembilan aspek tadbir urus
korporat iaitu aspek Pengerusi, Setiausaha Syarikat, Jawatankuasa Audit serta
Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan telah diamalkan sepenuhnya. Lima aspek
tadbir urus korporat yang tidak diamalkan sepenuhnya adalah LPA, KPE, SOP, Pelan
Strategik dan Audit Dalam. Penemuan berkaitan aspek SOP dijelaskan dalam
Perenggan 5.2.2. dan Perenggan 5.2.3.. Ringkasan penemuan Audit adalah
seperti dalam Jadual 9.
JADUAL 9
PENEMUAN AUDIT BERKAITAN AMALAN TADBIR URUS KORPORAT
ASPEK AMALAN TERBAIK PENEMUAN AUDIT
Lembaga Pemegang MCCG 2021 amalan 2.1 dan panduan G2.1: • Terma dan rujukan
Amanah Lembaga Pengarah hendaklah mempunyai tanggungjawab LPA;
Piagam Lembaga Pengarah yang jelas mesyuarat LPA; serta polisi
menyatakan peranan dan tanggungjawab imbuhan LPA ada disediakan.
Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga
Pengarah, ahli Lembaga Pengarah secara • Perkara berkaitan terma dan
individu dan pengurusan syarikat serta isu dan rujukan tanggungjawab LPA
keputusan yang tertakluk kepada Lembaga serta mesyuarat LPA tidak
Pengarah. dibentangkan untuk kelulusan
LPA.
Green Book perenggan 1.4.4:
Lembaga Pengarah hendaklah memastikan Berdasarkan bilangan LPA yang
ahlinya mempunyai akses kepada program tamat tempoh lantikan dan masih
pembelajaran yang berterusan bagi aktif bagi tahun 2019 hingga
memperkasakan diri dalam pembangunan 2021, hanya tiga daripada 18 LPA
perniagaan yang dinamik dan kompleks serta menghadiri kursus bagi tempoh
mengekalkan penyertaan yang aktif semasa tahun 2019 hingga 2021.
mesyuarat.
Ketua Pegawai Eksekutif Perenggan 22 Jadual Ketiga Akta Syarikat 2016 Jawatan KPE tidak diisi sejak
[Akta 777]: 1 Mac 2020 dan Pengurus Kanan
Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa Operasi telah dilantik sebagai
boleh melantik seorang Pengarah Urusan bagi Pemangku KPE.
suatu tempoh dan menentukan terma pelantikan
serta boleh membatalkan pelantikan tersebut.
38 38 LLaappooran KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n022102Si1ri S1iri 1
YYaayyaassaann TTaaqqwwaaWWilialyaayha hPePresreskeuktuutauna n
ASPEK AMALAN TERBAIK PENEMUAN AUDIT
Pelan Strategik MCCG 2021, amalan 1.1, panduan G1.1 Pelan Strategik bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2020, 2017
Rancangan Korporat/Pelan Strategik disediakan
dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah. hingga 2021 dan 2022 hingga
2025 yang disedia dan
dilaksanakan tidak dibentangkan
untuk kelulusan LPA.
MCCG 2021, amalan 11.1: • Fungsi Audit Dalam telah
dilaksanakan oleh Unit Audit
JKA hendaklah memastikan Audit Dalam Dalam (UAD) MAIWP.
berfungsi secara bebas.
• Bagi tempoh tahun 2019
Audit Dalam MCCG 2021, panduan G11.1: hingga 31 Mac 2022, hanya
satu pengauditan telah
Audit Dalam hendaklah melaksanakan dilaksanakan iaitu Pengauditan
pengauditan bagi menilai dan meningkatkan Interim di Yayasan Taqwa bagi
tahun 2019.
keberkesanan proses pengurusan risiko, kawalan
dalaman dan tadbir urus serta menyarankan
penambahbaikan yang dapat membantu nilai
tambah aktiviti syarikat.
Sumber: Jabatan Audit Negara
Maklum balas Yayasan Taqwa yang diterima pada 16 Jun dan 15 Julai 2022
i. Lembaga Pengarah
Mesyuarat Khas LPA pada 7 Julai 2022 telah meluluskan Piagam LPA bagi menambah
baik amalan tadbir urus korporat. LPA tidak dapat menghadiri kursus kerana
mempunyai tugas hakiki selain daripada menjadi pengarah Yayasan Taqwa. LPA akan
menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada
16 Ogos 2022.
ii. Ketua Pegawai Eksekutif
Mesyuarat LPA pada 16 Mac 2022 telah meluluskan pelantikan Pemangku KPE sebagai
KPE untuk tempoh kontrak dua tahun berkuat kuasa pada 1 April 2022 hingga
31 Mac 2024. MAIWP juga telah meluluskan pelantikan KPE pada 1 Jun 2022. Yayasan
Taqwa sedang menunggu perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan KPE ini.
iii. Pelan Strategik
Pelan Strategik Tahun 2022 hingga 2025 telah diserahkan kepada MAIWP pada
17 Januari 2022. Pelan Strategik Tahun 2022 hingga 2025 telah diluluskan dalam
Mesyuarat Khas LPA pada 7 Julai 2022.
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNeeggaraaraTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 3939
Y a y a sYaanyaTsaaqnwTaaqWwi laa yWa hilaPyaehr s ePkeursteukauntuan
iv. Audit Dalam
Faktor kekurangan sumber manusia di UAD MAIWP menyebabkan pengauditan
terhadap lapan syarikat subsidiari termasuk Yayasan Taqwa dilaksanakan secara
penggiliran berasaskan risiko. Mesyuarat Khas LPA pada 7 Julai 2022 telah meluluskan
cadangan penubuhan Jawatankuasa Audit Dalam dan Governance.
Pendapat Keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat Yayasan Taqwa
Audit adalah kurang memuaskan. Bagaimanapun, tindakan yang
diambil untuk menambah baik aspek LPA, Pelan Strategik dan
Audit Dalam dapat meningkatkan amalan tadbir urus korporat
syarikat.
6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT
Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, objektif penubuhan Yayasan
Taqwa dalam menerima dan mengagihkan dana kepada penerima bantuan telah tercapai
dengan agihan dana berjumlah RM66.75 juta (90.2%). Yayasan Taqwa juga telah
menetapkan KPI Keberhasilan Utama berdasarkan cadangan peruntukan perbelanjaan
tahunan. Secara keseluruhannya bagi tahun 2019 hingga 2021, sebanyak 13 (27.7%) KPI
teras utama telah dicapai manakala sembilan tidak dicapai. Selain itu, 13 KPI tidak
dilaksanakan dan 12 KPI tidak dapat diukur pencapaiannya. Kedudukan kewangan
Yayasan Taqwa pula adalah stabil. Pengurusan aktiviti agihan dana kurang cekap kerana
ketidakpatuhan kepada SOP antaranya bantuan diberikan kepada NPO yang tidak
mengemukakan Laporan Program dan Perbelanjaan bantuan terdahulu dan bayaran
dibuat melalui akaun pegawai Yayasan Taqwa. Amalan tadbir urus korporat Yayasan
Taqwa pula adalah kurang memuaskan. Lima daripada sembilan aspek tadbir urus
korporat yang diaudit tidak diamalkan sepenuhnya antaranya berkaitan penyertaan
kursus/latihan oleh LPA, pelantikan KPE dan pematuhan kepada SOP.
7. SYOR AUDIT
Bagi memantapkan keupayaan tadbir urus korporat dan meningkatkan pengurusan
aktiviti utama syarikat iaitu agihan dana daripada MAIWP supaya selaras dengan objektif
penubuhannya, disyorkan pihak LPA Yayasan Taqwa dan pengurusan Yayasan Taqwa
mengambil perhatian perkara berikut:
i. memastikan pencapaian KPI dibentangkan kepada LPA dan dipantau oleh LPA
secara berterusan;
40 40 LLaappooran KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n022102Si1ri S1iri 1
YYaayyaassaann TTaaqqwwaaWWilialyaayha hPePresreskeuktuutauna n