The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jamizan Baki, 2022-08-03 21:03:59

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2021 SIRI 1

Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

ii. memastikan pematuhan kepada garis panduan/SOP supaya aktiviti agihan dana
dapat dilaksanakan dengan cekap;

iii. melaksanakan pemantauan yang lebih berkesan bagi memastikan NPO mematuhi
Aku Janji; dan

iv. menambah baik amalan tadbir urus korporat antaranya berkaitan kursus/latihan
LPA dan pelantikan KPE.

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNeeggaraaraTaThauhnu2n022012S1iriS1iri 1 4141
Y a y a sYaanyaTsaaqnwTaaqWwi laa yWa hilaPyaehr s ePkeursteukauntuan



2 KEMENTERIAN KEWANGAN
• MENTERI KEWANGAN (DIPERBADANKAN)
– Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

– Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan
Berhad



PENGURUSAN SYARIKAT TUJUAN KHAS
(SPV)



PENGURUSAN
SYARIKAT TUJUAN KHAS (SPV)

MENTERI KEWANGAN (DIPERBADANKAN)

RUMUSAN AUDIT

“Lima SPV (20%) telah berjaya mencapai fungsi khususnya manakala 18 SPV
(72%) sedang melaksanakan fungsi khususnya. Dua SPV (8%) pula telah berubah
hala tuju fungsi khususnya.”

26 SPV PENGURUSAN AKTIVITI

RM modal saham berbayar SKIM KHUSUS PENERBITAN SUKUK

RM2.394 BILION

KATEGORI RM
PENCAPAIAN OUTPUT
PENCAPAIAN FUNGSI KHUSUS RM2.470 bilion RM73.239 bilion
pinjaman dana pembiayaan

Perwaja Terengganu disalurkan oleh
Sdn. Bhd. DanaInfra Nasional
Berhad bagi membiayai
belum dihapus kira 82.5% kos projek

PELABURAN PENGAMBILALIHAN
STRATEGIK

RM

RM

Baki dana Actius Terra Global
transaksi jual beli saham Holdings Sdn. Bhd.
(RM1 juta) dalam rekod tidak melaksanakan
Piramid Pertama Sdn. Bhd. fungsi khusus asal
berbeza dengan baki hutang sebaliknya telah bertukar
dalam Penyata Kewangan
Kerajaan Persekutuan kepada fungsi lain

(RM460 juta)

PEMBIAYAAN

RM

RM30 bilion
dana pembiayaan disalurkan
oleh Pembiayaan PFI Sdn. Bhd.

ke akaun amanah

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 47
Infografik Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)



RINGKASAN EKSEKUTIF

PENGURUSAN SYARIKAT TUJUAN KHAS
(SPV)

Perkara Utama

Apa yang • Pengauditan terhadap Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Menteri
diaudit? Kewangan (Diperbadankan) [MKD] yang berperanan melaksanakan
fungsi khusus bagi pihak Kerajaan Malaysia. Penubuhan SPV selaras
Mengapa ia dengan kelulusan YB Menteri Kewangan (YBMK) berdasarkan Akta
penting Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375] atau
untuk keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri atau keputusan Majlis
diaudit? Tindakan Ekonomi atau Ucapan Belanjawan.

Apa yang • Pengauditan dijalankan terhadap prestasi aktiviti, amalan tadbir
ditemui urus korporat dan pengurusan aktiviti SPV bagi tempoh tahun 2018
Audit? hingga bulan Jun 2021.

• Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian
output dan fungsi khusus. Pencapaian output dinilai melalui prestasi
SPV dalam melaksanakan aktivitinya manakala pencapaian fungsi
khusus dinilai berdasarkan pencapaian fungsi khusus adalah selaras
dengan kelulusan diperoleh.

• Amalan tadbir urus korporat pula melibatkan penilaian pematuhan
SPV terhadap peraturan Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah
Lantikan Menteri Kewangan (Diperbadankan)[MKD Handbook] dan
Akta Syarikat 2016 [Akta 777].

• Bagi menilai pengurusan aktiviti, lima SPV telah dipilih sebagai
sampel mewakili setiap kategori SPV iaitu penerbitan sukuk:
DanaInfra Nasional Berhad (Danainfra); pengurusan pembiayaan:
Pembinaan PFI Sdn. Bhd. (PPFI); pelaburan strategik: Piramid
Pertama Sdn. Bhd. (Piramid); pengambilalihan: Actius Terra Global
Holdings Sdn. Bhd. (Actius Terra); dan skim khusus: Perwaja
Terengganu Sdn. Bhd. (PTSB).

• Setakat bulan Disember 2021, Kerajaan Persekutuan mempunyai
kepentingan lebih daripada 50% modal saham berbayar berjumlah
RM2.394 bilion dalam 26 SPV.

• Menilai pencapaian dan pelaksanaan fungsi khusus SPV adalah
selaras dengan kelulusan yang diperoleh.

• Menilai amalan tadbir urus korporat yang baik.

• Secara keseluruhannya, lima SPV (20%) telah berjaya mencapai
fungsi khususnya manakala 18 SPV (72%) sedang melaksanakan
fungsi khususnya. Dua SPV (8%) pula telah berubah hala tuju
fungsi khususnya.

LapLoarapnoraKnetKueatuAauAduitdiNt eNgeagraaraTTaahhuunn22002211 SSiirrii11 4949

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

• Pematuhan SPV terhadap MKD Handbook sedia ada adalah pada
tahap minimum kerana ciri dan kriteria SPV tidak sebagaimana
syarikat biasa.

• Pengecualian pemakaian MKD Handbook kepada semua ALP SPV
dan Garis Panduan ALP Lantikan Syarikat MKD bagi SPV telah
diluluskan oleh YBMK pada 15 Julai 2022.

• Penilaian terhadap pengurusan aktiviti lima sampel SPV mendapati
perkara berikut:

- terdapat perbezaan antara baki dana transaksi jual beli saham
yang direkodkan oleh Piramid dengan baki hutang yang
direkodkan dalam penyata kewangan Kerajaan Persekutuan;

- Actius Terra tidak melaksanakan fungsi khusus asal sebaliknya
telah bertukar kepada fungsi lain; dan

- pembayaran tunai berjumlah RM126.50 juta daripada Tabung
Amanah Warisan Negeri Terengganu (TAWNT) masih belum
diterima.

Apa yang • Pihak yang terlibat perlu memberi pertimbangan terhadap syor
disyorkan seperti berikut:

Audit? - memantau pematuhan Garis Panduan ALP Lantikan Syarikat
MKD Bagi SPV untuk memastikan amalan tadbir urus korporat
yang baik serta aktiviti dapat diuruskan dengan teratur dan
cekap;

- menyelaraskan perbezaan antara baki dana transaksi jual beli
saham yang direkodkan oleh Piramid dengan baki hutang yang
direkodkan dalam penyata kewangan Kerajaan Persekutuan;
dan

- membuat susulan dengan Pihak Berkuasa Negeri Terengganu
mengenai pembayaran pinjaman oleh TAWNT berjumlah
RM126.50 juta yang masih belum diterima.

50 50 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

MENTERI KEWANGAN (DIPERBADANKAN)

1. PENGURUSAN SYARIKAT TUJUAN KHAS (SPV)

FAKTA UTAMA

26 syarikat RM2.394 bilion BSPK, MOF

Bilangan Syarikat Tujuan Khas setakat Jumlah keseluruhan modal Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan
31 Disember 2021 saham berbayar setakat (BSPK), Kementerian Kewangan (MOF)

31 Disember 2021 bertanggungjawab mengawasi Syarikat
Tujuan Khas

Objektif penubuhan Melaksanakan fungsi khusus bagi pihak Kerajaan selaras dengan kelulusan

YB Menteri Kewangan (YBMK) berdasarkan Akta Menteri Kewangan
(Pemerbadanan) 1957 [Akta 375] atau keputusan Mesyuarat Jemaah
Menteri atau keputusan Majlis Tindakan Ekonomi atau Ucapan Belanjawan

1. LATAR BELAKANG

1.1. Syarikat Tujuan Khas (SPV) merupakan syarikat yang didaftarkan di bawah Akta
Syarikat 1965 [Akta 125] kini Akta Syarikat 2016 [Akta 777] oleh Kerajaan Persekutuan
di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD]. MKD ialah sebuah badan korporat
yang ditubuhkan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375]
yang memberi kuasa kepada MKD menyertai kontrak, mengambil alih, membeli,
mengambil, memegang dan menikmati segala harta alih dan harta tak alih.

1.2. Secara prinsipnya, SPV ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi khusus bagi pihak
Kerajaan selaras dengan kelulusan YB Menteri Kewangan (YBMK) berdasarkan Akta
Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375] atau keputusan Mesyuarat Jemaah
Menteri atau keputusan Majlis Tindakan Ekonomi atau Ucapan Belanjawan.

1.3. Setakat bulan Disember 2021, sebanyak 26 SPV1 telah ditubuhkan dengan
Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan lebih daripada 50% modal saham
berbayar berjumlah RM2.394 bilion. Modal saham berbayar yang dipegang oleh Kerajaan
Persekutuan dalam SPV melalui MKD dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) bernilai
antara RM1 hingga RM1 bilion kecuali saham Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. (PTSB)
dipegang oleh MOF sebanyak 87.1% dan bakinya oleh Tabung Amanah Warisan Negeri
Terengganu (TAWNT). Sebanyak 14 SPV mempunyai modal saham berbayar antara
RM60,002 hingga RM1 bilion manakala 12 SPV modal saham berbayarnya kurang
daripada RM4. Butiran lanjut mengenai modal saham berbayar, tarikh penubuhan syarikat
dan fungsi khusus adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2.

1 Syarikat Tujuan Khas yang tidak mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif secara khusus. 5151

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

JADUAL 1

MODAL SAHAM BERBAYAR, TARIKH PENUBUHAN DAN FUNGSI KHUSUS BAGI SPV

MODAL SAHAM BERBAYAR ANTARA RM60,002 HINGGA RM1 BILION

MODAL SAHAM TARIKH

BIL. SYARIKAT BERBAYAR PENUBUHAN FUNGSI KHUSUS

(RM) SYARIKAT

Mengambil alih pinjaman tidak berbayar

Pengurusan 1,000,000,000 04.05.1994 institusi kewangan yang berpunca
daripada krisis kewangan Asia pada tahun
1. Danaharta Nasional 1997-1998 dan seterusnya
Berhad memaksimumkan nilai pemulihan semula

aset yang diperolehnya.

2. Perwaja Terengganu 979,000,000 22.04.1982 Mengendalikan bayaran balik pinjaman
Sdn. Bhd.** kepada Kerajaan dengan kaedah

pelupusan secara berperingkat.

3. K.L. International 200,000,002 22.04.1982 Mengendalikan bayaran balik pinjaman
Airport Berhad***
bagi kos pembangunan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menyediakan jaminan kepada institusi

Syarikat Jaminan 100,000,000 06.12.2007 kewangan bagi membolehkan orang
awam yang berkemampuan tetapi tidak
4. Kredit Perumahan mempunyai dokumen pendapatan rasmi
Berhad*** mendapatkan pinjaman perumahan

daripada institusi kewangan terpilih.

Syarikat Jaminan Mentadbir dan menguruskan dua skim

5. Pembiayaan 50,000,002 26.03.2009 pinjaman, iaitu Skim Jaminan Modal Kerja
Perniagaan dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula

Berhad*** Industri.

6. DanaInfra Nasional 30,000,000 03.03.2011 Mendapatkan pembiayaan bagi projek
Berhad*** Mass Rapid Transit, Lebuhraya Pan Borneo

Sarawak Fasa 1 dan Light Rail Transit 3.

7. AES Solutions 10,000,002 02.09.2013 Mengambil alih pemilikan dan pelaksanaan
Sdn. Bhd.*** Automated Enforcement System.

8. Assets Global Network 10,000,000 25.07.2001 Mendapatkan pinjaman Kumpulan Wang
Sdn. Bhd.*** Simpanan Pekerja (KWSP) yang dijamin
10,000,000 28.09.2006 oleh Kerajaan berjumlah RM1.01 bilion
9. Pembinaan PFI 2,500,000 13.03.2014 untuk mengambil alih hartanah Malaysian
Sdn. Bhd.*** 2,053,002 06.08.2007 Airline System Berhad berikutan
500,002 16.02.2017 penstrukturan semula Malaysian Airline
10. Transit Acquirer 100,002 27.04.2010 System Berhad di bawah pelaksanaan
Sdn. Bhd. 60,002 04.05.1994 Widespread Assets Unbundling.

11. Aset Tanah Nasional Mendapatkan sumber pembiayaan melalui
Berhad* pinjaman daripada KWSP dan Kumpulan
Wang Persaraan (KWAP) bagi pelaksanaan
12. MKD Aman Makmur projek Private Finance Initiative (PFI).
Sdn. Bhd.
Membangunkan dan mengoperasikan
13. GovCo Holdings Integrated Common Payment System iaitu
Berhad*** sistem tiket pengangkutan awam
bersepadu bertujuan menaik taraf sistem
14. Syarikat Tanah dan tiket sedia ada di Lembah Klang.
Harta Sdn. Bhd.***
Menguruskan pembelian dan penjualan
tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) di
Sungai Buloh.

Mendapatkan pembiayaan daripada KWSP
bagi membiayai projek dan program
pembangunan yang dikenal pasti oleh
Kerajaan.

Menerbitkan sukuk berjumlah RM8.8 bilion
untuk digunakan sebagai suntikan ekuiti
kepada Khazanah Nasional Berhad.

Pemindahan tanah milik Kerajaan untuk
dibangunkan secara penswastaan.

JUMLAH 2,394,213,014

Sumber: e-Info Services SSM dan Memo Kelulusan
Nota: (*) - Pegangan saham 50% oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

(**) - Pegangan saham 12.9% oleh TAWNT
(***) - Pegangan saham kurang daripada 1% oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

52 52 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

JADUAL 2

MODAL SAHAM BERBAYAR, TARIKH PENUBUHAN

DAN FUNGSI KHUSUS BAGI SPV MODAL SAHAM BERBAYAR KURANG RM4

BIL. SYARIKAT MODAL SAHAM TARIKH FUNGSI KHUSUS
BERBAYAR PENUBUHAN

(RM) SYARIKAT

Membiayai perolehan lapan pesawat
Airbus dan kemudian memajak semua
1. Turus Pesawat Sdn. 3 22.06.2012 pesawat kepada Malaysia Airline System
Bhd.**

Berhad.

Melaksanakan skim khas untuk golongan

Malaysia Development berpendapatan rendah bagi melabur
Holding Sdn. Bhd.*
2. 2 27.05.2003 dalam amanah saham yang diuruskan

oleh Permodalan Nasional Berhad melalui

Amanah Saham Nasional Berhad.

Menerbitkan Sukuk Global 2015

berasaskan Sukuk Wakalah yang
menggunakan kombinasi aset tangible
dan intangible dalam mata wang dolar

3. Malaysia Sovereign 2 20.03.2015 Amerika berjumlah USD1.5 bilion - USD2.0
Sukuk Berhad* bilion (RM5.5 bilion - RM7.2 bilion).

Terimaan daripada terbitan ini akan

digunakan untuk membayar balik terbitan

sukuk global 2010 yang matang dan

menampung sebahagian defisit 2015.

Menerbitkan Sukuk Global berjumlah

Malaysia Sukuk Global USD1 bilion (jika terdapat keperluan
Berhad*
4. 2 03.05.2010 jumlah tersebut perlu ditingkatkan

sehingga USD1.5 bilion) dalam tempoh

matang lima atau tujuh tahun.

Piramid Pertama Syarikat pegangan pelaburan bagi
Sdn. Bhd.
5. 2 09.04.2001 membantu proses penjualan saham Pos

Malaysia Berhad pada tahun 2001.

Pyrotechnical 2 03.03.2009 Untuk memiliki 51% saham dalam syarikat
6. Managers Holdings usaha sama.

Sdn. Bhd.*

7. SDE Solutions Mendapatkan pinjaman berjumlah
Sdn. Bhd.* RM150 juta daripada Bank Pembangunan
2 25.11.2013 Malaysia Berhad dan memberikan
pinjaman RM150 juta tersebut kepada
Senai Desaru Expressway Berhad.

8. South Side Jewel 2 15.08.2017 Melaksanakan projek Rel Pantai Timur.
Sdn. Bhd.*

Menerbitkan Sukuk Global berjumlah

9. Wakala Global Sukuk 2 01.06.2011 USD2 bilion (RM6.1 bilion) bagi menebus
Berhad* Bon Global berjumlah USD1.75 bilion yang

akan matang pada 15 Julai 2011.

10. Actius Terra Global 1 16.10.2017 Mengambil alih TRX City Sdn. Bhd. dan
Holdings Sdn. Bhd. Bandar Malaysia Sdn. Bhd..

Malaysia Wakala Mendapatkan sumber pembiayaan melalui
Sukuk Berhad
11. 1 07.04.2021 penerbitan Sukuk Global berjumlah

USD2.0 bilion (RM5.96 juta).

Mengoperasikan Dana Penjana Nasional

12. Pembangunan Modal 1 03.07.2020 seperti mana diumumkan oleh Kerajaan
Penjana Sdn. Bhd. dalam Pelan Jana Semula Ekonomi

Negara.

JUMLAH 22

Sumber: e-Info Services SSM dan Memo Kelulusan
Nota: (*) - Pegangan Saham 50% oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

(**) - Pegangan Saham 33.3% oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 5353
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

1.4. Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan (BSPK), Kementerian Kewangan (MOF)
dipertanggungjawabkan membuat pengawasan terhadap pelaburan Kerajaan
Persekutuan dalam SPV. Objektif BSPK, MOF adalah untuk memastikan SPV menjalankan
aktiviti selaras dengan fungsi khusus syarikat. Antara fungsi BSPK, MOF adalah melaksana
dan menyelaraskan urusan korporat yang berkaitan dengan kepentingan MKD sebagai
pemegang saham dalam SPV; melaksanakan analisis dan pemantauan terhadap prestasi
kewangan, Petunjuk Prestasi Utama dan portfolio pelaburan MKD; mengendalikan urusan
pelaburan MKD; mengkaji, merangka serta melaksanakan penstrukturan semula
organisasi dan kewangan syarikat, pelupusan, penggabungan, pengambilalihan dan
rasionalisasi SPV; dan memantau serta memastikan amalan tadbir urus SPV adalah
teratur. Seramai 12 pegawai BSPK, MOF dipertanggungjawabkan bagi melaksana dan
menyelaraskan urusan korporat SPV.

1.5. Kesemua 26 SPV tidak mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE). Tujuh belas
SPV diuruskan oleh BSPK, MOF manakala sembilan SPV diuruskan oleh kakitangan
syarikat, syarikat perunding dan pegawai pinjaman daripada syarikat swasta. Model
operasi pengurusan SPV di bawah MKD adalah seperti dalam Carta 1.

CARTA 1
MODEL OPERASI PENGURUSAN SPV DI BAWAH MKD

54 54 Sumber: BSPK, MOF
Nota: (*) - Tertakluk kepada maklumat yang diperoleh oleh Jabatan Audit Negara

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

1.6. Sebanyak tujuh syarikat perunding telah dilantik untuk melaksanakan
perkhidmatan kesetiausahaan dan perakaunan syarikat. Perkhidmatan yang dilaksanakan
oleh syarikat perunding ini antaranya adalah menasihati Lembaga Pengarah (LP)
berkaitan tanggungjawab dan peranan LP; memantau perkembangan tadbir urus
korporat; membantu LP melaksanakan tadbir urus korporat; dan menyediakan penyata
kewangan beraudit. Syarikat perunding yang dilantik bagi menguruskan perkhidmatan
kesetiausahaan dan perakaunan adalah seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3

SYARIKAT PERUNDING BAGI SYARIKAT TUJUAN KHAS

SYARIKAT PERUNDING

BIL. SYARIKAT PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN

KESETIAUSAHAAN PERAKAUNAN

1. Actius Terra Global Holdings Sdn. Bhd.

2. AES Solution Sdn. Bhd.

3. Aset Tanah Nasional Berhad

4. DanaInfra Nasional Berhad

5. GovCo Holdings Berhad

6. Malaysia Sukuk Global Berhad

7. Malaysia Sovereign Sukuk Berhad

8. Malaysia Wakala Sukuk Berhad

9. Pembangunan Modal Penjana Sdn. Bhd.

10. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Prokhas Sdn. Bhd. Prokhas Sdn. Bhd.

11. Pyrotechnical Managers Holdings Sdn. Bhd.

12. South Side Jewel Sdn. Bhd.

13. Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad

14. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan
Berhad

15. Syarikat Tanah dan Harta Sdn. Bhd.

16. Transit Acquirer Sdn. Bhd.

17. Wakala Global Sukuk Berhad KLIA Consultancy Sdn.
18. K.L. International Airport Berhad Bhd.
19. MKD Aman Makmur Sdn. Bhd.

20. SDE Solutions Sdn. Bhd. Pison & Partners

21. Turus Pesawat Sdn. Bhd. I Work Management Sdn. Pison & Partners
22. Assets Global Network Sdn. Bhd. Bhd.
23. Pembinaan PFI Sdn. Bhd. Pison & Partners
24. Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. Saifudin & Co. Prokhas Sdn. Bhd.
25. Piramid Pertama Sdn. Bhd.
AAJ Management Sdn. Pison & Partners
26. Malaysia Development Holding Sdn. Bhd. Bhd. Permodalan Nasional
Sumber: BSPK, MOF Permodalan Nasional Berhad
Berhad

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 5555
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan bagi menilai pencapaian dan pelaksanaan fungsi khusus SPV
adalah selaras dengan kelulusan yang diperoleh dan amalan tadbir urus korporat yang
baik.

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini dijalankan terhadap pengurusan SPV bagi tahun 2018 hingga
bulan Jun 2021. Tiga bidang utama Audit yang dinilai ialah prestasi aktiviti, amalan tadbir
urus korporat dan pengurusan aktiviti. Bagi prestasi aktiviti SPV, dua perkara yang dinilai
ialah pencapaian output dan fungsi khusus. Pencapaian output dinilai melalui prestasi SPV
dalam melaksanakan aktivitinya manakala pencapaian fungsi khusus dinilai berdasarkan
pencapaian fungsi khusus adalah selaras dengan kelulusan diperoleh.

3.2. Pihak Audit telah mengklasifikasikan fungsi khusus bagi 26 SPV kepada lima
kategori iaitu penerbitan sukuk; pengurusan pembiayaan; pelaburan strategik;
pengambilalihan; dan skim khusus. Klasifikasi kategori ini bertujuan untuk memudahkan
analisis dan pelaporan aktiviti utama SPV berkenaan. Maklumat lanjut berkaitan 26 SPV
mengikut kategori dan fungsi khusus masing-masing adalah seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
MAKLUMAT 26 SYARIKAT TUJUAN KHAS MENGIKUT

KATEGORI DAN FUNGSI KHUSUS

BIL. KATEGORI FUNGSI KHUSUS SPV
1.
GovCo Holdings Berhad
2.
3. Malaysia Sovereign Sukuk Berhad
4.
Penerbitan Sukuk Mendapatkan sumber pembiayaan Malaysia Sukuk Global Berhad
melalui penerbitan sukuk. Wakala Global Sukuk Berhad
DanaInfra Nasional Berhad

Turus Pesawat Sdn. Bhd.

Malaysia Wakala Sukuk Berhad

Pengurusan Mendapatkan dana untuk membiayai Assets Global Network Sdn. Bhd.
Pembiayaan projek Kerajaan Persekutuan melalui Pembinaan PFI Sdn. Bhd.
SDE Solutions Sdn. Bhd.
pinjaman daripada KWSP, KWAP dan MKD Aman Makmur Sdn. Bhd.
penerbitan bon.

Pelaburan Strategik Memiliki saham dan membantu proses Piramid Pertama Sdn. Bhd.

penjualan saham. Pyrotechnical Managers Holdings Sdn. Bhd.

AES Solution Sdn. Bhd.

Pengambilalihan Mengambil alih pemilikan berkaitan Actius Terra Global Holdings Sdn. Bhd.

sistem, hartanah dan saham. Transit Acquirer Sdn. Bhd.

South Side Jewel Sdn. Bhd.

56 56 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

BIL. KATEGORI FUNGSI KHUSUS SPV
K.L. International Airport Berhad
5. Skim Khusus Mengendalikan bayaran balik
Sumber: Jabatan Audit Negara pinjaman, mengambil alih pinjaman Malaysia Development Holding Sdn. Bhd.
tidak berbayar (NPL), menyediakan
jaminan kepada institusi kewangan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
dan menyalurkan dana kepada syarikat
subsidiari bagi tujuan tertentu. Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad
Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan
Berhad
Syarikat Tanah dan Harta Sdn. Bhd.

Aset Tanah Nasional Berhad

Pembangunan Modal Penjana Sdn. Bhd.

3.3. Amalan tadbir urus korporat melibatkan penilaian pematuhan SPV terhadap
peraturan Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan
(Diperbadankan) [MKD Handbook] dan Akta Syarikat 2016 [Akta 777]. Penilaian prestasi
aktiviti dan amalan tadbir urus korporat dilaksanakan terhadap 25 daripada 26 SPV yang
telah mengemukakan maklum balas soal selidik. Bagaimanapun, mengambil kira ciri SPV
adalah bagi melaksanakan fungsi khusus, penilaian dan perbincangan amalan tadbir urus
adalah berfokus kepada pematuhan terhadap aspek tadbir urus di bawah Akta Syarikat
2016 [Akta 777] dan bentuk pemantauan yang perlu diwujudkan selaras MKD Handbook.

3.4. Penilaian secara khusus dibuat terhadap lima SPV bagi pengurusan aktiviti. Oleh
itu, satu SPV telah dipilih mewakili setiap kategori sebagai sampel iaitu DanaInfra Nasional
Berhad (penerbitan sukuk), Pembinaan PFI Sdn. Bhd. (pengurusan pembiayaan), Piramid
Pertama Sdn. Bhd. (pelaburan strategik), Actius Terra Global Holdings Sdn. Bhd.
(pengambilalihan) dan Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. (skim khusus) seperti dalam
Jadual 5. Berdasarkan penilaian risiko, syarikat tersebut dipilih antaranya disebabkan
syarikat mempunyai jaminan Kerajaan tertinggi, baki pinjaman belum selesai tertinggi
dan fungsi khusus telah bertukar kepada fungsi lain seperti dalam Jadual 5.

BIL. KATEGORI JADUAL 5 PENILAIAN RISIKO
1. Penerbitan Sukuk PEMILIHAN SAMPEL SPV
2. Pengurusan Pembiayaan Jaminan Kerajaan tertinggi.
3. Pelaburan Strategik SYARIKAT
DanaInfra Nasional Berhad Baki pinjaman belum selesai tertinggi.
4. Pengambilalihan Pembinaan PFI Sdn. Bhd.
Piramid Pertama Sdn. Bhd. Melaksanakan fungsi khusus SPV lain.
5. Skim Khusus Actius Terra Global Holdings Sdn. Bhd. Fungsi khusus telah bertukar kepada
Sumber: Jabatan Audit Negara fungsi lain.
Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. Baki pinjaman boleh dituntut daripada
Kerajaan belum selesai sejak tahun
2009.

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 5757
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

3.5. Pengauditan ini dijalankan di pejabat BSPK, MOF di Wilayah Persekutuan
Putrajaya. Lawatan Audit juga dijalankan di tiga pejabat setiausaha syarikat yang
bertanggungjawab menguruskan SPV.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

4.1. Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen yang
dikemukakan oleh pihak pengurusan BSPK, MOF. Data kewangan daripada penyata
kewangan beraudit tahun 2018 hingga 2020 dan Penyata Kewangan Kerajaan
Persekutuan pada 31 Disember 2020; serta data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
daripada e-Info services turut digunakan bagi semak silang data berkaitan.

4.2. Perbincangan dan temu bual dengan pegawai terlibat juga telah diadakan untuk
mendapatkan penjelasan lanjut. Pihak Audit turut menjalankan semakan terhadap
dokumen yang dikemukakan oleh setiausaha syarikat bagi tujuan pengesahan maklumat
lanjut. Selain itu, borang soal selidik telah diedarkan kepada pegawai bertanggungjawab
di BSPK, MOF yang menyelia SPV bagi mendapatkan maklum balas berkaitan pencapaian
output, pencapaian fungsi khusus dan amalan tadbir urus korporat syarikat.

5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Pengauditan telah dijalankan pada bulan Mei hingga Disember 2021. Perkara yang
ditemui dan maklum balas telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup pada
16 Februari 2022. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan Audit adalah seperti perenggan
berikut:

5.1. Prestasi Aktiviti Syarikat Tujuan Khas (SPV)

5.1.1. Pencapaian Output

a. Perenggan 3.33, MKD Handbook menyatakan LP menetapkan Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) berdasarkan elemen yang sesuai dengan mandat dan operasi
syarikat. Semakan Audit mendapati kesemua 25 SPV tidak menetapkan KPI yang
perlu dicapai kerana syarikat ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi khusus
sebagai SPV selaras dengan kelulusan yang diperoleh. Sehubungan itu, pihak
Audit menilai prestasi aktiviti syarikat berdasarkan fungsi khusus yang telah
ditetapkan dan diluluskan oleh MOF.

58 58 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

b. Semakan Audit mendapati setiap SPV memperoleh kelulusan bagi melaksanakan
fungsi khususnya sebagai SPV. Bagaimanapun, terdapat empat SPV2 tidak
dapat disahkan tarikh kelulusannya kerana ketiadaan dokumen
diserahkan untuk semakan. Butiran lanjut tarikh kelulusan bagi SPV
menjalankan fungsi khusus adalah seperti dalam Jadual 6.

JADUAL 6

TARIKH KELULUSAN BAGI SYARIKAT TUJUAN KHAS

MENJALANKAN FUNGSI KHUSUS

BIL. SYARIKAT TARIKH KELULUSAN
SEBAGAI SPV

1. Actius Terra Global Holdings Sdn. Bhd. 01.11.2017

2. AES Solutions Sdn. Bhd. 28.11.2013

3. Aset Tanah Nasional Berhad 16.11.2010

4. Assets Global Network Sdn. Bhd. 21.02.2002

5. DanaInfra Nasional Berhad 10.02.2011

6. GovCo Holdings Berhad 11.03.2010

7. K.L. International Airport Berhad TM

8. Malaysia Development Holding Sdn. Bhd. 22.08.2011

9. Malaysia Sovereign Sukuk Berhad 03.04.2015

10. Malaysia Sukuk Global Berhad 22.04.2010

11. Malaysia Wakala Sukuk Berhad 29.03.2021

12. MKD Aman Makmur Sdn. Bhd. 08.03.2017

13. Pembangunan Modal Penjana Sdn. Bhd. 02.07.2020

14. Pembinaan PFI Sdn. Bhd. 03.07.2006

15. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 03.06.1998

16. Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. TM

17. Piramid Pertama Sdn. Bhd. TM

18. Pyrotechnical Managers Holdings Sdn. Bhd. 23.08.2010

19. SDE Solutions Sdn. Bhd. 20.11.2013

20. South Side Jewel Sdn. Bhd. 14.09.2016

21. Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad 29.11.2007

22. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad 18.03.2009

23. Syarikat Tanah dan Harta Sdn. Bhd. TM

24. Transit Acquirer Sdn. Bhd. 07.12.2018

25. Turus Pesawat Sdn. Bhd. 24.07.2012

26. Wakala Global Sukuk Berhad 24.05.2011

Sumber: Memo Kelulusan
Nota: TM - Tiada Maklumat

c. Analisis Audit seterusnya terhadap maklum balas soal selidik mendapati
23 SPV (92%) melaksanakan aktiviti selaras dengan fungsi khusus yang
diluluskan. Dua SPV (8%) pula tidak melaksanakan aktiviti asal yang diluluskan

2 Piramid Pertama Sdn. Bhd., K.L. International Airport Berhad, Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. serta Syarikat Tanah
dan Harta Sdn. Bhd..

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 5959
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

iaitu Actius Terra Global Holdings Sdn. Bhd. (Actius Terra) dan South Side Jewel
Sdn. Bhd. (SSJSB).

d. Pada 1 November 2017, YBMK II telah meluluskan Actius Terra mengambil alih
TRX City Sdn. Bhd. (TCSB) dan Bandar Malaysia Sdn. Bhd. (Bandar Malaysia).
Bagaimanapun, semakan Audit mendapati setakat 31 Disember 2021, Actius Terra
bertindak sebagai syarikat yang mengambil alih lima lot tanah di sekitar Kuala
Lumpur melalui syarikat subsidiarinya. Penemuan terperinci berkaitan aktiviti
Actius Terra dijelaskan dalam Perenggan 5.3.4..

e. Fungsi khusus asal SSJSB yang diluluskan pada 14 September 2016 adalah
melaksanakan projek Rel Pantai Timur. Namun setakat 31 Disember 2021, SSJSB
merupakan entiti untuk melaksanakan aktiviti mengambil alih saham Iskandar
Waterfront Sdn. Bhd. (IWSB) dan Khazanah Nasional Berhad (KNB) seperti
diluluskan oleh YBMK II pada 25 Januari 2017.

f. Butiran SPV yang tidak melaksanakan aktiviti asal yang diluluskan adalah seperti
dalam Jadual 7.

JADUAL 7

SYARIKAT TUJUAN KHAS

TIDAK MELAKSANAKAN AKTIVITI ASAL YANG DILULUSKAN

SYARIKAT AKTIVITI ASAL AKTIVITI SEBENAR DILAKSANAKAN
YANG DILULUSKAN

Syarikat dipertanggungjawabkan

Actius Terra Global Mengambil alih TCSB dan Bandar mengambil alih lima lot tanah di sekitar

Holdings Sdn. Bhd. Malaysia Kuala Lumpur melalui syarikat subsidiarinya

iaitu Hartanah Mampan Sdn. Bhd..

Syarikat merupakan entiti untuk

South Side Jewel Sdn. Melaksanakan projek Rel Pantai melaksanakan aktiviti mengambil alih

Bhd. Timur. saham IWSB dan KNB seperti diluluskan

oleh YBMK II pada 25 Januari 2017.

Sumber: Maklum Balas Soal Selidik Jabatan Audit Negara dan Memo Kelulusan

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 28 Januari 2022

Bagi tiga SPV iaitu K.L. International Airport Berhad, Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.
serta Syarikat Tanah dan Harta Sdn. Bhd., semakan dengan Arkib Negara Malaysia
telah dilaksanakan pada 20 Januari 2022. Semakan terhadap fail yang diserahkan
telah dibuat pada 24 Januari 2022 namun maklumat berkenaan penubuhan/kelulusan
tidak ditemui. Bagi Piramid Pertama Sdn. Bhd. (Piramid), dokumen kelulusan bagi
melaksanakan fungsi khususnya tidak dapat dikemukakan kerana fail berkaitan masih
dalam pegangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan
siasatan.

60 60 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

Pendapat Secara keseluruhannya, 23 (92%) daripada 25 SPV telah
Audit melaksanakan aktiviti selaras dengan fungsi khusus yang telah
diluluskan oleh MOF manakala dua SPV telah bertukar kepada
fungsi khusus yang lain.

5.1.2. Pencapaian Fungsi Khusus

a. Secara dasarnya, SPV adalah sebuah entiti yang ditubuhkan dengan peranan
untuk melaksanakan fungsi khusus (limited purpose). Sesuai dengan statusnya
sebagai entiti berasingan (separate legal entity), SPV diwujudkan oleh syarikat
induk sebagai syarikat subsidiari dengan struktur aset dan liabiliti. SPV juga
diwujudkan oleh entiti yang memerlukan modal dan operasinya adalah terhad
kepada perolehan dan pembiayaan aset serta aktivitinya dilaksanakan dalam
tempoh tertentu.

b. SPV ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi khusus dengan kelulusan YBMK
berdasarkan Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375] atau
keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri atau keputusan Majlis Tindakan Ekonomi
atau Ucapan Belanjawan. Bagi menilai pencapaian fungsi khusus SPV, pihak Audit
telah mengedarkan borang soal selidik pada 27 Oktober 2021 kepada BSPK, MOF.
Setakat 27 Disember 2021, sebanyak 25 maklum balas telah dikemukakan oleh
BSPK, MOF untuk analisis selanjutnya.

c. Analisis Audit terhadap maklum balas yang dikemukakan oleh BSPK, MOF
mendapati sebanyak lima SPV (20%) telah mencapai fungsi khusus seperti yang
telah diluluskan. Lapan belas SPV (72%) pula sedang melaksanakan fungsinya.
Manakala dua SPV (8%) telah berubah hala tuju fungsi khusus iaitu Actius Terra
dan SSJSB. Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 2.

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 6161
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

CARTA 2
PENCAPAIAN FUNGSI KHUSUS SYARIKAT TUJUAN KHAS

SETAKAT 31 DISEMBER 2021

Berubah hala tuju Telah tercapai
8% 20%

2 SPV 5 SPV

Sedang 18 SPV
dilaksanakan

72%

Telah tercapai Sedang dilaksanakan Berubah hala tuju

Sumber: Maklum Balas Soal Selidik Jabatan Audit Negara

d. Semakan Audit mendapati lima SPV telah mencapai fungsi khususnya,
bagaimanapun masih meneruskan operasi iaitu GovCo Holdings Berhad, Malaysia
Development Holding Sdn. Bhd., Piramid Pertama Sdn. Bhd. (Piramid), Wakala
Global Sukuk Berhad dan AES Solutions Sdn. Bhd.. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 8.

JADUAL 8

SENARAI SYARIKAT YANG TELAH MENCAPAI FUNGSI KHUSUS

BIL. SYARIKAT PENCAPAIAN SEBAB MENERUSKAN OPERASI
FUNGSI KHUSUS

1. GovCo Holdings Terbitan sukuk berjumlah RM8.8 bilion Syarikat masih perlu melunaskan
Berhad telah digunakan untuk membiayai bayaran balik prinsipal dan kupon

kewangan syarikat milik/berkaitan Islamic Medium Term Notes (IMTN).
Kerajaan.

Pelaksanaan jualan balik baki saham

2. Malaysia Peningkatan taraf hidup golongan ASM3 bernilai RM531.6 juta secara
berpendapatan rendah melalui berperingkat dengan mengambil kira
Development pelaksanaan inisiatif Sara-Amanah keadaan semasa pasaran modal dan
Holding Sdn. Bhd. Saham Malaysia 3 (ASM3). dijangka akan selesai menjelang

tahun 2023.

Syarikat ini menjadi syarikat

3. Piramid Pertama Pos Malaysia Berhad telah berjaya pegangan pelaburan bagi Kumpulan
Sdn. Bhd. diswastakan sepenuhnya.
Tun Razak Exchange dan masih
mempunyai obligasi hutang kepada

Kerajaan.

Terbitan Sukuk berjumlah

4. Wakala Global USD2.0 bilion (RM5.96 bilion) telah Hala tuju syarikat masih dalam
Sukuk Berhad digunakan untuk membiayai projek perbincangan pihak pengurusan.

dan program di bawah perbelanjaan

pembangunan.

Projek Automated Enforcement Syarikat dikekalkan sebagai syarikat

5. AES Solutions System telah diserahkan kepada dorman bagi kegunaan masa
Sdn. Bhd.
Jabatan Pengangkutan Jalan dan hadapan sekiranya timbul keperluan
dikawal selia oleh Kementerian mendesak untuk menubuhkan

Pengangkutan. syarikat MKD.

Sumber: Maklum Balas Soal Selidik Jabatan Audit Negara

62 62 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

e. Analisis Audit mendapati sebanyak 18 SPV (72%) sedang melaksanakan fungsi
khusus yang telah diluluskan oleh MOF seperti dalam Jadual 9.

JADUAL 9
SENARAI SYARIKAT YANG SEDANG MELAKSANAKAN FUNGSI KHUSUS

BIL. SYARIKAT AKTIVITI TERKINI

1. Aset Tanah Nasional Berhad Menyempurnakan baki transaksi pembelian dan penjualan tanah
LGM.

2. Assets Global Network Sdn. Pemegang pajakan kepada tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Bhd. di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

3. DanaInfra Nasional Berhad Mendapatkan pembiayaan bagi projek Mass Rapid Transit,
Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Fasa 1 dan Light Rail Transit 3.

Bayaran balik pinjaman telah selesai. Kini dalam proses

4. K.L. International Airport mendapatkan Certificate of Completion and Compliance bagi satu
daripada work package dalam projek pembinaan Fasa I KLIA, iaitu
Berhad

CA02-Flight Management Centre.

Penerbitan Sukuk Global yang berasaskan aset berjumlah

USD1.25 bilion (RM4.05 bilion) pada tahun 2010 telah selesai

5. Malaysia Sukuk Global Berhad ditebus pada tahun 2015.

Menerbitkan Sukuk Global yang berasaskan aset berjumlah

USD1.5 bilion (RM5.7 bilion).

6. Malaysia Sovereign Sukuk Mendapatkan sumber pembiayaan melalui penerbitan Sukuk Global

Berhad berjumlah USD1.5 bilion (RM5.4 bilion).

7. Malaysia Wakala Sukuk Berhad Mendapatkan sumber pembiayaan melalui penerbitan Sukuk Global
berjumlah USD1.3 bilion (RM5.3 bilion).

8. MKD Aman Makmur Sdn. Bhd. Melunaskan pinjaman kepada KWSP melalui peruntukan tahunan
yang disediakan oleh Kerajaan.

9. Pembangunan Modal Penjana Menyalurkan Dana Penjana Nasional daripada MOF kepada syarikat
Sdn. Bhd. subsidiari iaitu Syarikat Penjana Kapital Sdn. Bhd. bagi
melaksanakan fungsi pembiayaan pelaburan Fund of Funds.

10. Pembinaan PFI Sdn. Bhd. Melunaskan pinjaman kepada KWSP dan KWAP melalui peruntukan
tahunan yang disediakan oleh Kerajaan.

11. Pengurusan Danaharta Menyelesaikan baki tiga akaun pinjaman yang belum selesai.
Nasional Berhad

12. Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. Mengurus serta menyelesaikan urusan berkaitan hutang pinjaman
kepada Kerajaan Persekutuan.

Menerima pembayaran balik daripada Senai Desaru Expressway

13. SDE Solutions Sdn. Bhd. Berhad dan melaksanakan pembayaran balik kepada Bank

Pembangunan Malaysia Berhad.

14. Syarikat Jaminan Kredit Menyediakan jaminan pinjaman perumahan kepada institusi
Perumahan Berhad kewangan.

15. Syarikat Jaminan Pembiayaan Mentadbir dan menguruskan Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim

Perniagaan Berhad Jaminan Penstrukturan Semula Industri.

16. Syarikat Tanah dan Harta Sdn. Pemindahan tanah milik Kerajaan untuk dibangunkan secara

Bhd. penswastaan.

Syarikat diberikan hak eksklusif untuk membangun dan

17. Transit Acquirer Sdn. Bhd. mengoperasikan projek Integrated Common Payment System di

Lembah Klang.

Perolehan lapan pesawat Airbus telah selesai. Syarikat sedang

18. Turus Pesawat Sdn. Bhd. mengendalikan bayaran balik sukuk yang digunakan bagi

pembiayaan perolehan tersebut.

Sumber: Maklum Balas Soal Selidik Jabatan Audit Negara

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 28 Januari 2022

SPV yang diwujudkan oleh Kerajaan melalui MKD adalah untuk menyokong dan
membantu dalam pengurusan tanggungjawab sosial dan makroekonomi.

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 6363
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

Pendapat Secara umumnya, setakat tahun 2021, lima SPV (20%) telah
Audit berjaya melaksanakan dan mencapai fungsi khusus selaras
dengan kelulusan yang diperoleh.

5.2. Amalan Tadbir Urus Korporat Syarikat Tujuan Khas (SPV)

5.2.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan
kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus dengan
lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab.

5.2.2. Sebagai syarikat milik MKD, SPV perlu mematuhi undang-undang dan
peraturan yang ditetapkan Akta Syarikat 2016 [Akta 777], SSM, perlembagaan
syarikat, Prosedur Operasi Standard (SOP) serta garis panduan dan peraturan yang
ditetapkan oleh Kerajaan.

5.2.3. Selain itu, MKD Handbook yang merupakan rujukan amalan tadbir urus
korporat telah dikeluarkan oleh BSPK, MOF pada bulan Disember 2014. MKD
Handbook bertujuan membantu pegawai Kerajaan yang dilantik sebagai Ahli Lembaga
Pengarah (ALP) mewakili MKD memainkan peranan yang berkesan bagi memastikan
tadbir urus korporat syarikat MKD yang lebih baik; syarikat MKD beroperasi selaras
dengan objektif penubuhannya dengan melaksanakan pelan perniagaan yang
mampan dan berdaya maju; serta semua dasar MKD dipatuhi dan dilaksanakan
sepenuhnya oleh syarikat MKD.

5.2.4. Perenggan 2.2 (b) MKD Handbook menyatakan LP perlu memastikan syarikat
MKD beroperasi selaras dengan objektif penubuhannya melalui penyediaan strategi,
pelan perniagaan yang mantap dan rangka kerja tadbir urus yang berkesan.
LP dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memastikan syarikat MKD
melaksanakan mandat dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

5.2.5. Pihak Audit telah menyemak Minit Mesyuarat LP tahun 2018 hingga 2021 dan
menganalisis maklum balas terhadap borang soal selidik yang dikemukakan oleh
pegawai bertanggungjawab di BSPK, MOF yang menyelia SPV. Perkara ini bertujuan
menentukan peranan dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh LP dalam
pengurusan dan pentadbiran aktiviti SPV selaras MKD Handbook. Semakan Audit
mendapati perkara berikut:

64 64 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKahraasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

5.2.5.1. Komposisi dan Mesyuarat Lembaga Pengarah

a. Subseksyen 196(1) Akta Syarikat 2016 [Akta 777] menetapkan bilangan
minimum pengarah iaitu seorang bagi syarikat persendirian dan dua pengarah
bagi syarikat awam. Setakat 31 Disember 2021, setiap SPV mempunyai antara
dua hingga empat ALP. Komposisi ALP bagi keseluruhan SPV terdiri daripada
33 pegawai Kerajaan dan tiga wakil pihak swasta. Seorang pegawai Kerajaan
telah dilantik sebagai ALP untuk satu hingga lapan SPV.

b. Bagi tempoh tahun 2018 hingga 2021, 11 SPV telah mengadakan mesyuarat
LP manakala 14 SPV tidak pernah bermesyuarat sepanjang tempoh tersebut.
Semakan lanjut Audit mendapati 14 SPV yang tidak pernah bermesyuarat
membuat keputusan syarikat hanya melalui Resolusi LP (DCR). Keputusan
yang diputuskan melalui DCR adalah perkara berkaitan pengurusan syarikat.

5.2.5.2. Petunjuk Prestasi Utama

a. Perenggan 3.33 MKD Handbook menetapkan ALP perlu memastikan semua
syarikat MKD menetapkan KPI masing-masing berdasarkan elemen yang
sesuai dengan mandat dan operasi syarikat. KPI yang ditetapkan boleh
meliputi petunjuk prestasi kewangan dan petunjuk prestasi bukan kewangan.
Wajaran yang sesuai perlu ditetapkan bagi setiap petunjuk berdasarkan
perniagaan teras syarikat.

b. Semakan Audit mendapati hanya satu SPV yang menetapkan KPI syarikat.
Bagaimanapun, KPI yang ditetapkan tidak meliputi enam perspektif yang
ditetapkan oleh MOF iaitu Pelanggan, Kewangan, Proses Dalaman Perniagaan,
Inovasi dan Pembelajaran, Kepuasan Kakitangan serta Persekitaran dan
Komuniti. KPI bagi 23 SPV lain tidak ditetapkan manakala satu syarikat tidak
berkaitan kerana baru ditubuhkan pada bulan April 2021.

c. Semakan lanjut Audit terhadap Minit Mesyuarat LP bagi tempoh tahun 2018
hingga 2021 mendapati walaupun tiada penetapan KPI, terdapat
perbincangan berkaitan aktiviti syarikat dalam mesyuarat LP untuk 10 SPV.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat LP seperti prestasi aktiviti
syarikat, prestasi kewangan, penerbitan sukuk dan penyata kewangan
beraudit.

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 6565
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

5.2.5.3. Laporan Pengurusan dan Kewangan

a. Perenggan 3.37 MKD Handbook menetapkan ALP perlu memastikan sesalinan
Laporan Pengurusan dan Laporan Kewangan Syarikat (Akaun Pengurusan)
suku tahun dikemukakan kepada MKD selewat-lewatnya pada 30 atau 31 hari
bulan berikut selepas berakhir setiap suku tahun.

b. Semakan Audit mendapati hanya satu SPV (4%) yang mengemukakan
sesalinan Laporan Pengurusan dan Laporan Kewangan Syarikat (Akaun
Pengurusan) suku tahun kepada MKD. Pihak Audit turut mendapati 24 SPV
tidak mengemukakan perancangan perniagaan; bajet tahunan dan unjuran
kewangan berdasarkan perancangan perniagaan pada akhir bulan Januari
setiap tahun seperti yang telah ditetapkan dalam Perenggan 3.36 MKD
Handbook. Semakan lanjut Audit terhadap Minit Mesyuarat LP bagi tahun 2018
hingga 2021 mendapati hanya 10 SPV ada membincangkan perancangan
perniagaan dan unjuran kewangan SPV dalam mesyuarat LP.

5.2.5.4. Mekanisme Kawalan

a. Perenggan 2.9 (m) MKD Handbook menetapkan ALP perlu memastikan
mekanisme kawalan diwujudkan bagi syarikat MKD yang menerima bantuan
kewangan daripada Kerajaan seperti geran, subsidi, pinjaman, jaminan dan
bentuk bantuan lain.

b. Semakan Audit mendapati 17 SPV menerima bantuan kewangan Kerajaan.
Mekanisme kawalan telah diwujudkan terhadap 15 (88.2%) daripada 17 SPV
tersebut. Mekanisme kawalan yang diwujudkan bagi setiap SPV adalah tidak
seragam. Antara mekanisme yang digunakan ialah unjuran keperluan tunai,
memo kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dan Laporan
Kedudukan Hutang yang Dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

5.2.5.5. Syarikat Subsidiari

a. Perenggan 3.42 MKD Handbook menetapkan sebarang cadangan penubuhan
syarikat subsidiari perlu dikemukakan kepada MKD untuk pertimbangan dan
kelulusan. Semakan Audit mendapati kelulusan MKD bagi penubuhan
syarikat subsidiari Piramid tidak dapat disahkan kerana ketiadaan dokumen
tersebut.

66 66 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

b. Perenggan 3.46 MKD Handbook menetapkan ALP syarikat induk perlu
memastikan laporan prestasi syarikat subsidari dibentangkan dari semasa ke
semasa dalam mesyuarat ALP syarikat induk. Semakan Audit mendapati
laporan prestasi bagi kesemua syarikat subsidiari bagi lima SPV tidak
dibentangkan dari semasa ke semasa dalam mesyuarat LP syarikat induk.

c. Menurut BSPK, MOF antara sebab laporan prestasi syarikat subsidiari tidak
dibentangkan ialah tiada keperluan bagi syarikat SPV tersebut kerana tidak
mempunyai sebarang aktiviti operasi yang menjana pendapatan dan tidak
mempunyai pengurusan. Semakan Audit selanjutnya mendapati perkara
berkaitan syarikat subsidiari ada dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat LP
dan DCR bagi lima SPV tersebut. Antara perkara yang dibincangkan adalah
seperti kelulusan pinjaman dan geran kepada syarikat subsidiari serta
kelulusan hapus kira pendahuluan pemegang saham syarikat subsidiari.

5.2.5.6. Penilaian Prestasi Ahli Lembaga Pengarah

a. Perenggan 4.5 MKD Handbook menetapkan penilaian prestasi individu ALP
termasuk Pengerusi dan penilaian prestasi ALP syarikat MKD secara kolektif
perlu dilaksanakan sekali setahun dan akan digunakan sebagai asas
pelanjutan tempoh keahlian ALP berkenaan.

b. Semakan Audit mendapati 24 SPV tidak melaksanakan penilaian prestasi ALP
setiap tahun manakala satu syarikat tidak berkaitan kerana baru ditubuhkan
pada bulan April 2021. Pihak BSPK, MOF menjelaskan antara sebab penilaian
prestasi ALP tidak dilaksanakan ialah tiada keperluan memandangkan syarikat
tidak menjalankan sebarang aktiviti komersial yang memerlukan pemantauan
berterusan oleh LP.

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 16 Februari dan 15 Julai 2022

Pengurusan tertinggi MOF semasa sesi libat urus yang diadakan pada bulan
September dan Oktober 2021 bersetuju bahawa SPV tidak mengguna pakai panduan
yang terkandung dalam MKD Handbook sedia ada. YBMK pada 15 Julai 2022 telah
meluluskan pengecualian pemakaian oleh ALP SPV berhubung pematuhan terhadap
MKD Handbook dan meluluskan Garis Panduan ALP Lantikan Syarikat MKD Bagi SPV
untuk memantapkan tadbir urus SPV MKD.

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 6767
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

SPV yang mengadakan mesyuarat LP adalah terdiri daripada SPV yang mempunyai
pengurusan khusus. Berdasarkan fungsi khusus penubuhan SPV, sebahagian besar
SPV tidak mempunyai kumpulan pengurusan. Oleh itu, tiada keperluan KPI
diwujudkan. Selain itu, penubuhan SPV adalah sebagai entiti bertujuan khas yang
mempunyai fungsi khusus di mana penetapan KPI dan pelan perniagaan adalah tidak
berbangkit.

Dua puluh empat SPV yang tidak mengemukakan Laporan Pengurusan dan Laporan
Kewangan Syarikat (Akaun Pengurusan) suku tahun kepada MKD kerana tidak
mempunyai struktur pengurusan syarikat yang khusus dan tidak beroperasi seperti
syarikat MKD yang lain. Seterusnya tiada keperluan untuk SPV menyediakan
perancangan perniagaan; bajet tahunan dan unjuran kewangan berdasarkan
perancangan perniagaan tersebut. Namun BSPK, MOF memantau secara berterusan
dan SPV perlu mengemukakan laporan tahunan dan penyata kewangan beraudit
kepada BSPK, MOF setiap tahun.

Dokumen kelulusan bagi penubuhan syarikat subsidiari Piramid tidak dapat
dikemukakan kerana fail berkaitan dalam pegangan SPRM bagi tujuan siasatan.

Bagi syarikat subsidiari SPV yang mana ALP terdiri daripada pegawai kanan di MKD,
proses pemantauan dilaksanakan secara langsung oleh MOF selaku pemegang
saham.

Tiada penilaian prestasi terhadap ALP SPV. Bagaimanapun, mesyuarat LP masih
dilaksanakan oleh sebahagian besar syarikat SPV secara DCR mengikut keperluan.

Pendapat Secara keseluruhannya, pematuhan SPV terhadap MKD
Audit Handbook sedia ada adalah pada tahap minimum kerana ciri
dan kriteria SPV adalah berbeza dengan syarikat biasa.
Penyediaan Garis Panduan ALP Lantikan Syarikat MKD Bagi
SPV boleh memperkukuhkan aspek tadbir urus korporat.

5.3. Pengurusan Aktiviti

5.3.1. Aktiviti Penerbitan Sukuk oleh DanaInfra Nasional Berhad

68 68 5.3.1.1. DanaInfra Nasional Berhad (Danainfra) ditubuhkan pada 3 Mac 2011
dengan modal berbayar berjumlah RM30 juta. Danainfra merupakan syarikat
berhad menurut syer dengan pegangan saham majoriti oleh MOF dan kurang
daripada 1% oleh PTP. Setakat bulan Disember 2021, keanggotaan LP Danainfra

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

adalah empat orang berstatus Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif.
Danainfra telah melantik Prokhas Sdn. Bhd. untuk menguruskan aktiviti
pembiayaan syarikat berkuat kuasa pada tahun 2011.

5.3.1.2. Danainfra diluluskan melaksanakan fungsi khusus untuk merangka
struktur pembiayaan yang optimum bagi keseluruhan kos projek Mass Rapid
Transit Laluan 1 (MRT 1) pada 10 Februari 2011. Pada 26 Februari 2014, fungsi
khusus ini diperluaskan bagi projek MRT Laluan 2 (MRT 2). Seterusnya fungsi
khusus diperluaskan kepada pembiayaan sebahagian kos Lebuhraya Pan Borneo
Sarawak Fasa 1 (Pan Borneo) pada 12 Jun 2015 dan Light Rail Transit Laluan 3
(LRT 3) pada 11 Julai 2018.

5.3.1.3. Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. merupakan pemilik aset dan
syarikat pengurusan projek bagi projek MRT 1 dan MRT 2 manakala Prasarana
Malaysia Berhad merupakan pemilik projek LRT 3. Kementerian Kerja Raya pula
bertanggungjawab sebagai pemilik dan pengurus projek bagi projek Pan Borneo.

5.3.1.4. Kos projek terkini MRT 1 berjumlah RM26.016 bilion dan MRT 2
dianggarkan berjumlah RM38.640 bilion manakala bagi projek Pan Borneo dan
LRT 3 masing-masing dianggarkan berjumlah RM16.117 bilion dan
RM8.012 bilion. Setakat 31 Disember 2021, Danainfra telah memperoleh
pembiayaan bagi projek MRT 1, MRT 2, projek Pan Borneo dan LRT 3 melalui
penerbitan sukuk RM90.085 bilion dan Revolving Credit berjumlah RM3 bilion.

5.3.1.5. Dana sukuk digunakan untuk bayaran kos projek, kos berkaitan
pembiayaan termasuk prinsipal serta kos lain antaranya BNM Annual and One-Off
Depository Fee, fi pengurusan Danainfra oleh Prokhas dan Trading Fee for
Murabahah Transaction. Setakat 31 Disember 2021, kemajuan projek MRT 1 telah
siap sepenuhnya manakala MRT 2, Pan Borneo dan LRT 3 adalah antara 66.9%
hingga 96.5%. Sehingga tarikh yang sama, dana berjumlah RM73.239 bilion telah
disalurkan oleh Danainfra bagi membiayai 82.5% kos projek. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 10.

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 6969
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

JADUAL 10

STATUS PENYALURAN DANA BAGI PEMBAYARAN KOS PROJEK

SETAKAT 31 DISEMBER 2021

DANA DISALURKAN BAGI

KOS PROJEK KEMAJUAN PEMBAYARAN KOS PROJEK BAKI KOS

PROJEK TERKINI KERJA SEHINGGA PROJEK
31 DISEMBER 2021

(RM Juta) (%) (RM Juta) (%) (RM Juta)

MRT 1 26,016.00 100.0 25,970.71 99.8 45.29

MRT 2 38,640.00 96.5 35,134.32 90.9 3,505.68

Pan Borneo 16,116.64 77.0 10,585.70 65.7 5,530.94

LRT 3 8,012.10 66.9 1,548.76 19.3 6,463.34

JUMLAH 88,784.74 73,239.49 82.5 15,545.25

Sumber: Surat daripada Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. Bertarikh 17 dan 20 Januari 2020; Surat

daripada Kementerian Kerja Raya Bertarikh 5 Februari 2020 serta Unjuran Aliran Tunai Projek LRT 3
pada 28 Disember 2021

5.3.1.6. Danainfra telah menerbitkan dua jenis sukuk yang dijamin oleh Kerajaan
kepada institusi kewangan bagi membiayai projek MRT 1, MRT 2, Pan Borneo dan
LRT 3 mulai tahun 2012. Setakat 31 Disember 2021, kedua-dua sukuk tersebut
mempunyai baki belum selesai berjumlah RM78.765 bilion. Butiran lanjut
penerbitan sukuk adalah seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11

PENERBITAN SUKUK OLEH DANAINFRA SETAKAT 31 DISEMBER 2021

BIL. TAHUN JENIS/ KADAR TEMPOH JUMLAH JUMLAH JUMLAH
UNTUNG TERBITAN DITEBUS BAKI BELUM
SIRI MATANG/
SUKUK (%) TAHUN (RM Juta) (RM Juta) SELESAI

(RM Juta)

Projek MRT 1 dan MRT 2

1. IMTN/1- 4.67 5-30 tahun/ 39,880 2,200 37,680
2019-2047 700 700 -
Sehingga 13 700
8,640 720 7,940
2. 2017 ICP/1 3.42 6 bulan/ 720 - -
2018
6,600 1,000 6,600
3. 2018 IMTN/14- 4.74 3-30 tahun/ 1,000 - -
4. 16 3.49 2021-2048 6,800
2,000 2,000 6,800
ICP/2 6 bulan/ 3,145 - -
2019 2,000 -
3,145
5. 2019 IMTN/17- 4.19 7-30 tahun/ 2,000
6. 18 3.18 2026-2049

ICP/3 6 bulan/
2020

7. 2020 IMTN/19- 3.45 7-30 tahun/
8. 20 2.85 2027-2050

ICP/4 12 bulan/
2021

9. 2021 IMTN/21 4.27 7-30 tahun/
10. ICP/5 1.99 2028-2051

12 bulan/
2022

JUMLAH 71,485 7,320 64,165

Projek Pan Borneo

1. Sehingga IMTN -- - - -
2. 2017 ICP/1 1,000 1,000 -
3.53 6 bulan/ 2,500 2,500
3. IMTN/1 2018 2,000 - -
2018 2,000
4.64 7-20 tahun/
4. ICP/2-3 2025-2038

3.66 6-12 bulan/
2018-2019

70 70 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

BIL. TAHUN JENIS/ KADAR TEMPOH JUMLAH JUMLAH JUMLAH
2019 SIRI UNTUNG MATANG/ TERBITAN DITEBUS BAKI BELUM
5. (RM Juta) (RM Juta)
6. SUKUK (%) TAHUN SELESAI
4.24 5,500 - (RM Juta)
IMTN/2-3 7-30 tahun/ -
- 2026-2049 - - 5,500
ICP 1,000 -
- -
- -
7. IMTN -- - -
2020 1,000 4,000 4,100
1.85 12 bulan/ 4,100 -
8. ICP/4 2021 -
- 12,100
9. 2021 IMTN/4 3.90 7-30 tahun/ -
2028-2051 - 1,000
11,320
10. ICP -- 1,500
2,500
JUMLAH 16,100 78,765

Projek LRT 3 ICP/1 2.00 12 bulan/ 1,000
2022 1,500
1. IMTN/1 4.36 2,500
2021 7-30 tahun/
2028-2051
2.

JUMLAH

JUMLAH KESELURUHAN 90,085

Sumber: Rekod Penerbitan Sukuk Danainfra sehingga 31 Disember 2021

5.3.1.7. Jaminan Kerajaan bagi penerbitan sukuk tersebut adalah berjumlah
RM91.6 bilion yang dikeluarkan pada tahun 2012 hingga 2021. Butiran lanjut
jaminan Kerajaan adalah seperti dalam Jadual 12.

JADUAL 12
JAMINAN KERAJAAN YANG DIKELUARKAN

SETAKAT 31 DISEMBER 2021

BIL. PROGRAM PEMBIAYAAN TARIKH JAMINAN JUMLAH
DILULUSKAN JAMINAN
(RM Bilion)
Projek MRT 1 dan MRT 2 11.06.2012
1. RM8.0 bilion Program ICP/IMTN 14.04.2014 8.0
2. RM21.0 bilion Program ICP/IMTN 13.04.2016 13.0
3. RM46.0 bilion Program ICP/IMTN 14.11.2018 25.0
4. RM61.0 bilion Program ICP/IMTN 03.09.2020 15.0
5. RM71.0 bilion Program ICP/IMTN 10.0
JUMLAH 13.10.2017 71.0

Projek Pan Borneo 08.10.2021 13.0
1. RM13.0 bilion Program ICP/IMTN 13.0
JUMLAH
7.6
Projek LRT 3 7.6
1. RM7.6 bilion Program ICP/IMTN 91.6
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN

Sumber: Jaminan Kerajaan bagi Program Pembiayaan Danainfra

5.3.1.8. Danainfra menggunakan sukuk yang diterbitkan untuk membayar
prinsipal yang matang dan keuntungan sukuk. Bagi tempoh tahun 2018 hingga
2021, Danainfra telah membayar prinsipal matang dan keuntungan sukuk

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 7171
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

berjumlah RM22.005 bilion. Bagi tempoh yang sama, Danainfra menggunakan
sejumlah RM11.189 bilion dana sukuk bagi tujuan tersebut. Selain itu, Danainfra
menerima geran Kerajaan berjumlah RM10.816 bilion untuk membayar prinsipal
sukuk yang matang dan keuntungan sukuk. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 13.

JADUAL 13
BAYARAN PRINSIPAL MATANG DAN KEUNTUNGAN SUKUK

BAGI TAHUN 2018 HINGGA 2021

SUKUK MATANG DANA SUKUK GERAN KERAJAAN

TAHUN PROJEK JENIS/ BAYARAN BAYARAN BAYARAN BAYARAN
SIRI (RM Juta) PRINSIPAL KEUNTUNGAN PRINSIPAL KEUNTUNGAN

SUKUK (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
ICP/1
2018 MRT 1 dan 700.00 700.00 1,963.23 - -
MRT 2 ICP/1-2
2,000.00 2,000.00 58.45 - -
Pan Borneo

2019 MRT 1 dan ICP/2 1,020.00 - - 1,020.00 2,355.10
MRT 2 dan 1,000.00 1,000.00 187.02 - -
IMTN/3
Pan Borneo
ICP/3

2020 MRT 1 dan ICP/2 1,300.00 1,000.00 - 300.00 2,588.06
MRT 2
dan
IMTN/3

Pan Borneo - 349.71 - -

2021 MRT 1 dan IMTN/4- 4,300.00 2,700.00 172.20 1,600.00 2,622.77
MRT 2 6,15 dan 1,000.00 1,000.00 58.13 - 329.70
ICP/4
Pan Borneo
ICP/4

LRT 3* - -- -- -

JUMLAH 11,320.00 8,400.00 2,788.74 2,920.00 7,895.63

JUMLAH KESELURUHAN 11,320.00 11,188.74 10,815.63

Sumber: Rekod Pembayaran Sukuk
Nota: (*) - Sukuk Belum Matang

5.3.1.9. Pengauditan telah dibuat terhadap kelulusan fungsi khusus Danainfra
sebagai SPV. Pengauditan juga merangkumi aktiviti penerbitan sukuk baharu;
penggunaan dana sukuk; prestasi bayaran balik prinsipal dan keuntungan sukuk;
serta pemantauan aktiviti Danainfra bagi projek MRT 1, MRT 2 dan Pan Borneo.
Semakan Audit mendapati kesemua aktiviti yang dinilai telah dilaksanakan dengan
baik.

Pendapat Secara keseluruhannya, aktiviti penerbitan sukuk oleh
Audit Danainfra adalah baik. Danainfra sedang melaksanakan
fungsi khususnya untuk merangka struktur pembiayaan bagi
Projek MRT 1, MRT 2, Pan Borneo dan LRT 3. Sejumlah
RM73.239 bilion dana pembiayaan telah disalurkan kepada
pemilik projek bagi membiayai 82.5% kos projek.

72 72 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

5.3.2. Aktiviti Pengurusan Pembiayaan oleh Pembinaan PFI Sdn. Bhd.

5.3.2.1. Pembinaan PFI Sdn. Bhd. (PPFI) ditubuhkan pada 28 September 2006
dengan modal berbayar berjumlah RM10 juta. PPFI merupakan syarikat berhad
menurut syer dengan pegangan saham majoriti oleh MKD dan kurang daripada
1% oleh PTP. Setakat bulan Disember 2021, keanggotaan LP PPFI adalah
tiga orang Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif. Aktiviti PPFI diuruskan
oleh BSPK, MOF.

5.3.2.2. PPFI diberi fungsi khusus pada 3 Julai 2006 untuk mendapatkan sumber
pembiayaan melalui pinjaman daripada KWSP bagi pelaksanaan projek PFI I
di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Pada 25 Mei 2011, PPFI telah
diluluskan perluasan fungsinya untuk memperoleh dana bagi pelaksanaan projek
PFI II melalui pinjaman daripada KWSP dan KWAP.

5.3.2.3. Pembiayaan PFI I diperoleh daripada KWSP berjumlah RM20 bilion
manakala PFI II berjumlah RM10 bilion daripada KWSP (RM6.037 bilion) dan
KWAP (RM3.963 bilion). Struktur pembiayaan PFI I dan PFI II dilaksanakan
melalui pajakan aset Kerajaan/PTP yang terdiri daripada harta tak alih seperti
tanah dan bangunan. Bayaran balik kepada KWSP dan KWAP dibuat secara
berperingkat oleh Kerajaan melalui bayaran sewa pajakan untuk tempoh
10 tahun.

5.3.2.4. Dana pembiayaan PFI I yang diperoleh PPFI daripada KWSP berjumlah
RM20 bilion seterusnya disalurkan ke Akaun Amanah Inisiatif Pembiayaan Swasta
antara tahun 2007 hingga 2012. Bagi pembiayaan PFI II pula, keseluruhan dana
berjumlah RM10 bilion yang diperoleh daripada KWSP dan KWAP disalurkan ke
Akaun Amanah Inisiatif Pembiayaan Swasta II (PFI II) pada tahun 2012 dan 2013.
Akaun Amanah Inisiatif Pembiayaan Swasta bertujuan untuk memperakaunkan
sumbangan yang diterima daripada PPFI bagi membiayai projek awam yang
dikenal pasti oleh Kerajaan.

5.3.2.5. Pengauditan aktiviti pembiayaan oleh PPFI telah dibuat terhadap
tiga aspek iaitu kelulusan fungsi khusus PPFI, penyaluran dana pembiayaan ke
akaun amanah dan prestasi bayaran balik pinjaman. Semakan Audit mendapati
kelulusan fungsi khusus PPFI dan penyaluran dana pembiayaan ke akaun telah
dilaksanakan dengan baik. Penemuan terperinci berkaitan prestasi bayaran balik
pinjaman adalah seperti perenggan berikut:

a. Berdasarkan Klausa 2 Perjanjian Sub Lease bagi PFI I yang ditandatangani
antara PPFI dengan PTP, PTP perlu membayar sewa pajakan kepada PPFI
mengikut amaun yang ditetapkan. Selain itu, Klausa 2 Perjanjian Secondary

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 7373
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

Sub Lease bagi PFI II yang ditandatangani antara KWSP/KWAP dengan
Kerajaan menetapkan Kerajaan perlu membayar sewa pajakan kepada
KWSP/KWAP mengikut amaun, tarikh dan masa yang ditetapkan. Klausa 4
Perjanjian Fixed Rate Islamic Financing Facility yang ditandatangani antara
KWSP dengan PPFI bagi penstrukturan semula pembiayaan PFI I dan II
menetapkan bayaran balik hendaklah dijelaskan oleh PPFI atau Kerajaan.

b. Bagi tempoh tahun 2018 hingga 2021, bayaran balik prinsipal dan faedah
berjumlah RM10.592 bilion telah dijelaskan oleh Kerajaan kepada KWSP dan
KWAP. Butiran lanjut kedudukan pinjaman PPFI adalah seperti dalam
Jadual 14.

JADUAL 14
KEDUDUKAN PINJAMAN PPFI SETAKAT 31 DISEMBER 2021

BAKI PADA BAYARAN TAMBAHAN BAKI PADA
1 JANUARI BALIK PINJAMAN 31 DISEMBER
BIL. TAHUN (RM Juta) FAEDAH FAEDAH
(RM Juta) DISEBABKAN (RM Juta)
PF TERAKRU
PF DIPERMO- PENSTRUKTUR- PF
AN PINJAMAN/
DALKAN
(RM Juta) ROLL OVER
PRINSIPAL

(RM Juta)

PFI I - KWSP

1. 2018 16,483.41 3,519.07 1,650.00 655.17 - - 14,833.41 2,863.90
-
2. 2019 14,833.41 2,863.90 825.00 302.32 - Penstrukturan semula
- pinjaman pada
JUMLAH 2,475.00 957.49
21 Ogos 2019

-

PFI II - KWSP

1. 2018 5,702.77 669.45 1,136.24 225.95 - - 4,566.53 443.50
133.06 -
2. 2019 4,566.53 443.50 764.65 359.01 - Penstrukturan semula
- pinjaman pada

21 Ogos 2019

JUMLAH 1,900.89 -

PFI I DAN II – KWSP (PENSTRUKTURAN SEMULA)

1. 2019 Penstrukturan semula pinjaman PFI I dan II pada 302.76 5,951.40 18,113.05 8,823.42
21 Ogos 2019 - - 18,013.05 8,110.97

2. 2020 18,113.05 8,823.42 100.00 712.45

3. 2021 18,013.05 8,110.97 100.00 710.45 - - 17,913.05 7,400.54

JUMLAH 200.00 1,422.90 302.76 5,951.40

PFI II – KWAP

1. 2018 4,176.27 546.26 759.77 172.33 - - 3,416.50 373.93

2. 2019 3,416.50 373.93 - 147.79 - 73.22 3,416.50 299.36

3. 2020 3,416.50 299.36 981.58 137.88 - - 2,434.92 161.48

4. 2021 2,434.92 161.48 981.58 95.38 - - 1,453.34 66.10

JUMLAH 2,722.93 553.38 - 73.22

JUMLAH KESELURUHAN 7,298.82 3,292.78 302.76 6,024.62

Sumber: BSPK, MOF

Nota: P - Prinsipal F - Faedah

74 74 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenguLraupsaonraSnyKareitkuaat ATuujduiatnNKehgaasra(STPaVh)un 2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

c. Kedudukan pinjaman PPFI setakat 31 Disember 2021 dalam Jadual 14 telah
mengambil kira penstrukturan semula pinjaman yang dibuat pada tahun 2017
dan 2019 melibatkan 19 baki prinsipal pinjaman berjumlah RM3.684 bilion.
Seterusnya pada tahun 2019, keseluruhan pinjaman PFI I dan II (3 Tranches)
daripada KWSP juga telah distruktur semula selama 15 tahun bermula tahun
2020 hingga 2034. Principal Agreement antara Kerajaan Malaysia dengan PPFI
serta Fixed Rate Islamic Financing Agreement antara KWSP dengan PPFI telah
ditandatangani pada 20 Ogos 2019. Menurut BSPK, MOF kedudukan fiskal
negara menyebabkan keperluan penstrukturan semula pinjaman. Butiran
lanjut mengenai baki prinsipal pinjaman yang distruktur semula adalah seperti
dalam Jadual 15.

JADUAL 15
BAKI PRINSIPAL PINJAMAN YANG DISTRUKTUR SEMULA

BIL. TR A N C H E TEMPOH ASAL* JUMLAH
(RM Juta)

PFI I - KWSP

1. 22.08.2016 - 22.02.2017 750.00
Tidak Berkaitan 22.02.2017 - 22.08.2017 750.00

2.

JUMLAH 1,500.00

PFI II - KWSP

1. 20.12.2016 - 20.06.2017 161.04
1 20.06.2017 - 20.12.2017 161.04

2.

3. 20.12.2016 - 20.06.2017 142.98
2 20.06.2017 - 20.12.2017 142.98

4.

5. 3 17.01.2017 - 17.07.2017 181.43

JUMLAH 789.47

PFI II – KWAP

1. 14.10.2016 - 14.04.2017 96.51

2. 14.04.2017 - 13.10.2017 96.51
1 15.10.2018 - 15.04.2019 115.82

3.

4. 15.04.2019 - 15.10.2019 115.82

5. 14.10.2016 - 14.04.2017 62.81

6. 14.04.2017 - 13.10.2017 62.81
2 15.10.2018 - 15.04.2019 75.37

7.

8. 15.04.2019 - 15.10.2019 75.37

9. 23.12.2016 - 23.06.2017 158.09

10. 23.06.2017 - 26.12.2017 158.09
3 24.12.2018 - 24.06.2019 188.70

11.

12. 24.06.2019 - 23.12.2019 188.70

JUMLAH 1,394.60

JUMLAH BAKI PRINSIPAL PINJAMAN 3,684.07

Sumber: Jadual Bayaran Balik Pinjaman

Nota: (*) - Tempoh asal merujuk kepada tempoh pelunasan prinsipal pinjaman mengikut jadual bayaran
balik pinjaman asal.

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 7575
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 28 Januari 2022

Proses penstrukturan pinjaman mengambil masa yang panjang melibatkan
perbincangan struktur pinjaman dan penyediaan dokumen berkaitan penstrukturan
antara pihak MOF dengan KWSP. Dalam tempoh penstrukturan ini, terdapat bayaran
yang perlu dijelaskan seperti yang dijadualkan. Bayaran prinsipal mengikut perjanjian
asal dimasukkan menjadi sebahagian daripada jumlah fasiliti yang distruktur semula
dalam jadual baharu.

Pendapat Secara keseluruhannya, aktiviti pembiayaan PPFI adalah baik.
Audit Keseluruhan dana pembiayaan PFI I dan II berjumlah
RM30 bilion telah disalurkan ke akaun amanah. Penstrukturan
semula pinjaman telah dibuat pada tahun 2017 dan 2019
selaras dengan keupayaan pembayaran balik pinjaman.

5.3.3. Aktiviti Pelaburan Strategik oleh Piramid Pertama Sdn. Bhd.

5.3.3.1. Piramid Pertama Sdn. Bhd. (Piramid) ditubuhkan pada 9 April 2001
dengan modal berbayar berjumlah RM2. Piramid merupakan syarikat berhad
menurut syer milik penuh MKD. Setakat bulan Disember 2021, keanggotaan LP
Piramid adalah dua orang yang terdiri daripada Pengarah Bukan Bebas dan Bukan
Eksekutif. Aktiviti Piramid diuruskan oleh BSPK, MOF.

5.3.3.2. Pengauditan aktiviti pelaburan strategik Piramid telah dibuat terhadap
tiga aspek utama iaitu kelulusan fungsi khusus Piramid; pelaksanaan fungsi
sebagai syarikat pegangan pelaburan bagi membantu proses penjualan saham
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia); dan pelaksanaan fungsi sebagai SPV
pegangan pelaburan untuk mengambil alih TCSB dan Bandar Malaysia. Penemuan
terperinci Audit adalah seperti perenggan berikut:

a. Kelulusan Fungsi Khusus Piramid Pertama Sdn. Bhd.

76 76 i. SPV ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi khusus sama ada dengan
kelulusan YBMK berdasarkan Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan)
1957 [Akta 375]; keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri; keputusan Majlis
Tindakan Ekonomi; atau Ucapan Belanjawan. BSPK, MOF memaklumkan
Piramid telah diluluskan untuk melaksanakan fungsi khusus sebagai SPV
pegangan pelaburan bagi membantu proses penjualan saham Pos
Malaysia pada tahun 2001. Bagaimanapun, kelulusan terhadap
fungsi khusus Piramid sebagai syarikat pegangan pelaburan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

bagi membantu proses penjualan saham Pos Malaysia tidak
dapat disahkan kerana ketiadaan dokumen berkaitan.

ii. Semakan Audit mendapati setakat bulan Disember 2021, aktiviti terkini
syarikat adalah sebagai SPV pegangan pelaburan untuk mengambil alih
TCSB dan Bandar Malaysia. Bagaimanapun, memo KSP kepada
YBMK II pada bulan Mei 2016 tidak menyatakan dengan
jelas Piramid sebagai SPV yang dilantik untuk menjalankan
fungsi ini. Oleh itu, kelulusan fungsi khusus Piramid untuk
mengambil alih TCSB dan Bandar Malaysia tidak dapat
disahkan.

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 28 Januari 2022

Dokumen kelulusan bagi melaksanakan fungsi khusus Piramid tidak dapat
dikemukakan kerana fail berkaitan berada dalam pegangan SPRM bagi tujuan
siasatan. Kelulusan Kumpulan Piramid untuk mengambil alih TCSB dan Bandar
Malaysia adalah melalui memo KSP kepada YBMK II pada bulan Mei 2016 dan
Mesyuarat Budiman Special Committee3 Bil. 3/2016.

b. Piramid Pertama Sdn. Bhd. sebagai Syarikat Pegangan Pelaburan
bagi Membantu Proses Penjualan Saham Pos Malaysia Berhad

i. Pada asalnya, pegangan saham Pos Malaysia dimiliki oleh MKD sebanyak
40% manakala baki 60% oleh Permodalan Nasional Berhad (Permodalan
Nasional). Seterusnya, MKD telah mengambil alih keseluruhan 60%
pegangan saham daripada Permodalan Nasional dengan nilai RM480 juta
melalui pemeteraian Share Sale Agreement (SSA) bertarikh 3 Mei 2001.
Pengambilalihan ini menjadikan MKD mempunyai pegangan saham 100%
dalam Pos Malaysia. MKD telah membayar deposit RM1 juta pada tarikh
tersebut kepada Permodalan Nasional.

ii. Pada 24 Mei 2001, MKD melupuskan keseluruhan pegangan sahamnya
kepada Phileo Allied Berhad (Phileo) melalui pemeteraian Share Purchase
Agreement dengan nilai jualan RM800 juta. Selaras dengan fungsi khusus
sebagai SPV, Piramid berperanan untuk menerima hasil jualan saham

3 Budiman Special Committee secara rasminya ditubuhkan pada tarikh mesyuarat pertamanya iaitu 27 Julai 2015 untuk
membantu pelaksanaan Pelan Rasionalisasi 1Malaysia Development Berhad.

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 7777
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

daripada Phileo dan seterusnya menandatangani SSA dengan MKD pada
17 Ogos 2001. Piramid telah menerima bayaran penjualan saham
berjumlah RM550 juta pada 17 Ogos 2001 dan baki RM250 juta pada
27 Ogos 2001. Pengambilalihan dan pelupusan 100% saham Pos Malaysia
diringkaskan seperti dalam Carta 3.

CARTA 3
RINGKASAN PENGAMBILALIHAN DAN PELUPUSAN SAHAM POS MALAYSIA

Sumber: Jabatan Audit Negara

iii. Berdasarkan Klausa 4.4 SSA antara MKD dengan Piramid, nilai jualan
RM800 juta hendaklah menjadi hutang dan perlu dibayar oleh Piramid
kepada MKD apabila diarahkan, secara tunai atau dengan cara lain
sebagaimana yang dipersetujui. Pihak Audit mendapati tiada bukti Piramid
diarahkan oleh MKD untuk membayar nilai jualan tersebut.

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 28 Januari 2022

Hasil jualan saham Pos Malaysia digunakan untuk mengambil alih saham
subscribers, langganan saham baharu, melunaskan baki bayaran
pengambilalihan Pos Malaysia daripada Permodalan Nasional dan menampung
sebahagian kos penguasaan semula Pos Malaysia.

iv. Semakan Audit selanjutnya mendapati pada tarikh yang sama iaitu
17 Ogos 2001, berlaku beberapa perkara seperti berikut:

78 78 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

• MOF telah menyalurkan dana berjumlah RM139 juta dalam bentuk
pinjaman kepada Piramid bagi tujuan penguasaan semula Pos
Malaysia. Pinjaman ini menjadikan jumlah hutang Piramid setelah
penyaluran dana oleh MOF meningkat kepada RM939 juta (RM800 juta
hasil jualan saham dan RM139 juta pinjaman).

• Kerajaan memutuskan pengekalan semula penguasaan secara tidak
langsung dalam Pos Malaysia melalui pemilikan saham Aroma Teraju
Sdn. Bhd. (Aroma Teraju). Pemilikan saham Aroma Teraju berjumlah
RM459 juta melibatkan pengambilalihan satu saham daripada individu
yang memiliki kepentingan dalam Phileo pada nilai RM311 juta dan
55% langganan saham baharu Aroma Teraju berjumlah RM148 juta.

• Piramid telah menjelaskan bayaran pemilikan saham Aroma Teraju
berjumlah RM459 juta dengan menggunakan dana daripada hutang
Kerajaan.

• Piramid telah mengeluarkan surat arahan kepada pihak bank bagi
menjelaskan bayaran pemilikan saham Aroma Teraju.

v. Penguasaan semula Pos Malaysia secara tidak langsung oleh Piramid
melalui Aroma Teraju diringkaskan seperti dalam Carta 4.

CARTA 4
PENGUASAAN SEMULA POS MALAYSIA OLEH PIRAMID

Sumber: Jabatan Audit Negara 7979

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

vi. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan
kelulusan penguasaan semula Kerajaan dalam Pos
Malaysia; maklumat pemilikan saham Aroma Teraju; dan
kelulusan bayaran pemilikan saham Aroma Teraju oleh
Piramid menggunakan dana daripada Kerajaan. Menurut BSPK,
MOF, sebahagian dokumen berada dalam simpanan SPRM menyebabkan
dokumen berkaitan tidak dapat disemak oleh pihak Audit.

vii. Seterusnya pada 29 Ogos 2001, Piramid telah melunaskan baki bayaran
berjumlah RM479 juta kepada Permodalan Nasional bagi pengambilalihan
60% saham Pos Malaysia kerana MKD telah membayar deposit RM1 juta
pada 3 Mei 2001.

viii. Sehubungan itu, dana Piramid berjumlah RM939 juta telah digunakan
untuk pemilikan saham Aroma Teraju (RM459 juta) dan bayaran kepada
Permodalan Nasional (RM479 juta) menjadikan baki akhir dana
adalah berjumlah RM1 juta. Bagaimanapun, berdasarkan
Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2020, baki
hutang Piramid yang direkodkan adalah berjumlah
RM460 juta. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 16.

JADUAL 16

TRANSAKSI KEWANGAN YANG TERLIBAT

BAGI PENGUASAAN SEMULA POS MALAYSIA

PERKARA TARIKH JUMLAH
BAYARAN (RM Juta)

Hasil Jualan 100% Pegangan Saham Pos Malaysia 17 & 27.08.2001 800
kepada Phileo 139
939
(+) Suntikan dana pinjaman MOF kepada Piramid 17.08.2001
(459)
JUMLAH DANA 17.08.2001
17.08.2001 (479)
(-) Pengambilalihan satu saham subscribers Aroma Teraju – 29.08.2001 1
RM311 juta

(-) Langganan 55% saham baharu Aroma Teraju – RM148 juta

(-) Bayaran kepada Permodalan Nasional bagi pengambilalihan
60% pegangan saham Pos Malaysia

BAKI AKHIR DANA PIRAMID

Sumber: BSPK, MOF

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 28 Januari 2022

Sumber maklumat mengenai fungsi khusus Piramid, penjualan saham Pos
Malaysia, penguasaan semula Kerajaan dalam Pos Malaysia dan hasil penjualan
saham Pos Malaysia adalah daripada maklumat tertiary seperti nota pegawai (iaitu
maklumat yang telah diolah semula berdasarkan dokumen sekunder) kecuali

80 80 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

beberapa dokumen asal seperti SSA dan baucar bayaran. Dokumen primary
berada dalam simpanan SPRM.

Baki nilai jualan saham sebanyak RM1 juta adalah jumlah yang direkodkan dalam
penyata kewangan Piramid semenjak tahun 2002. Pada masa ini, baki hutang
Piramid sebanyak RM460 juta masih lagi direkodkan oleh Jabatan Akauntan
Negara Malaysia. Piramid tidak dapat melunaskan hutang tersebut
memandangkan Piramid kini berstatus dorman tanpa sebarang aktiviti operasi
yang menjana pendapatan.

Maklum balas SPRM yang diterima pada 13 Mei 2022

SPRM telah membuat semakan lanjut secara manual dan melalui sistem
berhubung fail berkaitan dan mendapati ada siasatan terhadap Pos Malaysia tetapi
tidak melibatkan Piramid. Sehubungan itu, pihak SPRM memohon BSPK, MOF
supaya mengemukakan sesalinan Akuan Penerimaan/Penyerahan Dokumen bagi
syarikat berkenaan supaya pihak SPRM dapat mengesan sekiranya fail tersebut
diambil oleh SPRM pada tahun 2001.

Pendapat Piramid telah melaksanakan fungsi khususnya sebagai
Audit syarikat pegangan pelaburan bagi tujuan penjualan saham
dan penguasaan semula Kerajaan dalam Pos Malaysia.
Jumlah wang awam bagi transaksi tersebut adalah
berjumlah RM939 juta. Bagaimanapun, terdapat perbezaan
antara baki dana transaksi jual beli saham yang direkodkan
oleh Piramid dengan baki hutang yang direkodkan dalam
penyata kewangan Kerajaan Persekutuan.

c. Pengambilalihan TRX City Sdn. Bhd. dan Bandar Malaysia Sdn. Bhd.

i. Selaras dengan Pelan Rasionalisasi 1Malaysia Development Berhad
(1MDB), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melalui laporan
rasminya pada tahun 2016 telah mengesyorkan supaya syarikat subsidiari
dan aset milik Kumpulan 1MDB diserahkan kepada MKD supaya dapat
dikawal selia dan diuruskan dengan lebih rapi dan teliti.

ii. Pada tahun yang sama, berdasarkan memo KSP kepada YBMK II pada
bulan Mei 2016, YBMK II telah bersetuju dengan syor PAC tersebut.
Berdasarkan memo tersebut, pihak Audit mendapati struktur
pengambilalihan TRX City Sdn. Bhd. (TCSB) dan Bandar Malaysia Sdn. Bhd.

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 8181
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

(Bandar Malaysia) tidak menyatakan dengan jelas bahawa
pengambilalihan ini perlu dilaksanakan oleh Piramid.

iii. Mesyuarat Budiman Special Committee (BSC) Bil. 3/2016 pada
24 Mei 2016 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan II
dengan kehadiran wakil daripada MOF dan 1MDB bersetuju supaya
syarikat subsidiari milik penuh Piramid iaitu Aroma Teraju menjadi pihak
kepada perjanjian penjualan TCSB.

iv. Mesyuarat tersebut memaklumkan pengambilalihan TCSB akan dibuat
berdasarkan Aset Kitaran Bersih sebenar yang akan ditentukan melalui
penilaian wajar kewangan berdasarkan Proforma Financial Statements
yang diaudit pada tarikh penyempurnaan perjanjian SSA. Mesyuarat turut
bersetuju MKD melantik Tetuan Deloitte untuk mengaudit Proforma
Financial Statements.

v. Mesyuarat BSC Bil. 4/2016 pada 22 September 2016 pula memaklumkan
perbincangan bersama Tetuan Deloitte dan TCSB mengenai pelaksanaan
penilaian wajar ini telah diadakan pada 21 September 2016. Seterusnya,
Tetuan Deloitte telah mengemukakan draf Letter of Engagement pada
22 September 2016. Bagaimanapun BSPK, MOF memaklumkan penilaian
wajar tidak dilaksanakan.

vi. Mesyuarat BSC Bil. 4/2016 tersebut juga memaklumkan MKD melalui
Aroma Teraju telah mengambil alih 100% saham TCSB daripada 1MDB
dengan memeterai SSA pada 10 Jun 2016.

vii. Setakat bulan Disember 2021, semakan Audit terhadap maklumat profil
syarikat daripada SSM mendapati TCSB telah diambil alih oleh Piramid
melalui Aroma Teraju manakala Bandar Malaysia merupakan syarikat
subsidiari TCSB seperti dalam Carta 5.

82 82 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKahraasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

CARTA 5
STRUKTUR PENGAMBILALIHAN TCSB
DAN BANDAR MALAYSIA SETAKAT BULAN DISEMBER 2021

MKD

100%
Piramid

100%
Aroma
Teraju

100%
TCSB

100%
Bandar
Malaysia

Sumber: e-Info Services SSM

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 15 Februari 2022

Pelantikan Tetuan Deloitte tidak diteruskan berikutan beberapa peristiwa
signifikan antaranya keputusan MOF untuk mengubah hala tuju dengan
menubuhkan SPV baharu iaitu Actius Terra untuk mengambil alih TCSB daripada
Aroma Teraju dan Bandar Malaysia daripada TCSB pada 1 November 2017; nilai
harga pengambilalihan TCSB daripada 1MDB menjadi semakin kompleks; dan
penyaluran geran yang dibuat tanpa mengambil kira hutang Aroma Teraju kepada
1MDB menyebabkan perkara ini menjadi semakin kompleks.

Oleh kerana kompleksiti transaksi yang berkaitan dengan 1MDB, pada 6 Mei 2019,
Kerajaan telah melantik Tetuan PricewaterhouseCoopers (PwC) untuk membuat
kajian keseluruhan mengenai semakan semula historical accounting treatment.
Perkara ini bagi memastikan isu signifikan tersebut (termasuk isu TCSB dan
Bandar Malaysia) diselesaikan secara tuntas.

Berdasarkan laporan kajian PwC yang dikemukakan pada 6 November 2020,
BSPK, MOF dijangka akan melaksanakan cadangan penstrukturan hutang tersebut
pada tahun 2022. Perkara ini disebabkan terdapat implikasi kewangan terhadap
beberapa syarikat yang terlibat khususnya jumlah keseluruhan transaksi
melibatkan jumlah yang sangat signifikan.

Antara penyelesaian yang dicadangkan bagi menyelesaikan klausa perjanjian
pengambilalihan TCSB daripada 1MDB yang sepatutnya dibuat penilaian wajar

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 8383
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

adalah dengan menyediakan Supplemental Agreement antara 1MDB dengan
Aroma Teraju.

Pendapat Piramid sedang melaksanakan fungsi khususnya yang
Audit kedua iaitu sebagai syarikat pegangan pelaburan untuk
mengambil alih TCSB dan Bandar Malaysia melalui syarikat
subsidiarinya selaras dengan persetujuan Mesyuarat
Budiman Special Committee.

5.3.4. Aktiviti Pengambilalihan oleh Actius Terra Global Holdings Sdn. Bhd.

5.3.4.1. Actius Terra Global Holdings Sdn. Bhd. (Actius Terra) ditubuhkan
pada 16 Oktober 2017 dengan modal berbayar berjumlah RM1. Actius Terra
merupakan syarikat berhad menurut syer milik penuh MKD. Setakat bulan
Disember 2021, keanggotaan LP Actius Terra adalah tiga Pengarah Bukan Bebas
dan Bukan Eksekutif. Prokhas Sdn. Bhd. telah dilantik berkuat kuasa pada
16 Oktober 2017 bagi mengendalikan urusan kesetiausahaan, perakaunan dan
perbendaharaan Actius Terra. Aktiviti Actius Terra diuruskan oleh BSPK, MOF.

5.3.4.2. Actius Terra diberi fungsi khusus sebagai syarikat pegangan pelaburan
pada 1 November 2017 untuk mengambil alih TCSB dan Bandar Malaysia.
Bagaimanapun, Actius Terra tidak melaksanakan fungsi khusus asal tersebut
sebaliknya telah bertukar kepada fungsi lain sebagai syarikat
dipertanggungjawabkan mengambil alih lima lot tanah di sekitar Kuala Lumpur
melalui syarikat subsidiarinya iaitu Hartanah Mampan Sdn. Bhd.. Penemuan
terperinci Audit adalah seperti perenggan berikut:

a. Pengambilalihan TRX City Sdn. Bhd. dan Bandar Malaysia Sdn. Bhd.

i. Selaras dengan pelaksanaan Pelan Rasionalisasi 1MDB, pada
1 November 2017, YBMK II antaranya telah meluluskan perkara seperti
berikut:

• syarikat Aset Tanah Nasional Berhad (ATNB) menubuhkan syarikat
subsidiari baharu yang diberi nama Actius Terra dan berfungsi sebagai
syarikat pegangan pelaburan yang akan digunakan untuk mengambil
alih TCSB dan Bandar Malaysia;

84 84 • Actius Terra mengambil alih TCSB daripada Aroma Teraju dan Bandar
Malaysia daripada TCSB;

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKahraasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

• syarikat Hartanah Mampan Sdn. Bhd. ditubuhkan sebagai syarikat
subsidiari Actius Terra dan bertindak sebagai syarikat yang akan
mengambil alih tanah Taman Tugu, Lot 41 Bukit Tunku, serta tanah
sekitar pembangunan Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange; dan

• pemilikan satu unit saham milik ATNB dalam Actius Terra dipindahkan
kepada MKD tanpa sebarang balasan.

ii. Pelaksanaan fungsi pengambilalihan TCSB dan Bandar Malaysia oleh Actius
Terra akan menjadikan struktur korporat Actius Terra seperti dalam
Carta 6.

CARTA 6
CADANGAN STRUKTUR KORPORAT ACTIUS TERRA

MKD

100%

100% Actius 100%
TCSB Terra
Hartanah
100% Mampan
Sdn. Bhd.
Bandar
Malaysia

Sumber: Memo BSPK, MOF kepada YBMK II Bertarikh Oktober 2017

iii. Bagaimanapun, berdasarkan maklum balas BSPK, MOF melalui soal selidik
Jabatan Audit Negara, fungsi pengambilalihan TCSB dan Bandar Malaysia
dilaksanakan oleh Piramid. Semakan Audit terhadap maklumat profil
syarikat daripada SSM mengesahkan TCSB telah diambil alih oleh Piramid
melalui syarikat subsidiarinya iaitu Aroma Teraju manakala Bandar
Malaysia merupakan syarikat subsidiari TCSB.

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 28 Januari 2022

Actius Terra tidak dapat melaksanakan fungsi khusus yang telah diluluskan untuk
mengambil alih TCSB dan Bandar Malaysia kerana pertukaran Kerajaan yang berlaku
pada awal tahun 2018, di mana kebanyakan keputusan yang telah dibuat dibekukan
dan tidak diteruskan.

Pembentangan mengenai status Pelan Rasionalisasi 1MDB juga telah dibentangkan
kepada mantan YBMK pada pertengahan tahun 2018 termasuklah rancangan untuk

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 8585
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

memindahkan TCSB dan Bandar Malaysia daripada Kumpulan Piramid kepada Actius
Terra.

Bagaimanapun, mantan YBMK pada waktu tersebut lebih cenderung untuk
menumpukan kepada beberapa perkara yang lebih utama iaitu:

i. memperbaiki dan memperkemaskan struktur tadbir urus 1MDB;
ii. mendedahkan salah laku berkaitan pengurusan 1MDB; dan
iii. menumpukan usaha untuk mendapatkan kembali aset 1MDB yang telah

diseleweng.

Penangguhan pelaksanaan pemindahan TCSB dan Bandar Malaysia juga tidak
menimbulkan implikasi kewangan kepada Kerajaan memandangkan matlamat
pengambilalihan kedua-dua syarikat tersebut daripada 1MDB telah tercapai dan
projek Tun Razak Exchange dan Pemindahan Pengkalan Udara Kuala Lumpur di tanah
projek Bandar Malaysia berjalan lancar.

Oleh itu, struktur syarikat sedia ada masih kekal sehingga Kerajaan mempunyai
perancangan baharu terhadap kedua-dua syarikat tersebut.

Pendapat Secara keseluruhannya, Actius Terra tidak melaksanakan fungsi
Audit khusus asal sebaliknya telah bertukar kepada fungsi lain
sebagai syarikat dipertanggungjawabkan mengambil alih lima
lot tanah di sekitar Kuala Lumpur melalui syarikat subsidiarinya.

5.3.5. Aktiviti Skim Khusus oleh Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.

5.3.5.1. Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. (PTSB) ditubuhkan pada 22 April 1982
dengan modal berbayar berjumlah RM979 juta. PTSB merupakan syarikat berhad
menurut syer milik MOF dengan pegangan saham sebanyak 87.1% manakala
12.9% dipegang oleh Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (TAWNT).
Setakat bulan Disember 2021, keanggotaan LP PTSB adalah empat orang
Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif. Aktiviti PTSB diuruskan oleh BSPK,
MOF.

86 86 5.3.5.2. PTSB diberi fungsi khusus untuk mengendalikan bayaran balik pinjaman
kepada Kerajaan dengan kaedah pelupusan secara berperingkat. Berdasarkan
penyata baki pinjaman Kerajaan Persekutuan pada 31 Disember 2008, PTSB
mempunyai baki pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah
RM4.589 bilion. Pinjaman ini meliputi pinjaman sejak tahun 1988 hingga 1999

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKahraasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

bertujuan untuk membiayai keperluan kewangan PTSB, membayar faedah,
menjelaskan hutang dan pinjaman semula. Ringkasan pinjaman PTSB daripada
Kerajaan Persekutuan seperti dalam Jadual 17.

JADUAL 17

BAKI PINJAMAN PTSB SETAKAT 31 DISEMBER 2008

BIL. TUJUAN PINJAMAN JUMLAH
(RM Juta)

1. Membiayai keperluan kewangan 3,981.66

2. Membayar faedah pinjaman 309.34

3. Membayar hutang 97.80

4. Pinjaman semula 200.00

JUMLAH PINJAMAN 4,588.80
Sumber: Penyata Baki Pinjaman pada 31 Disember 2008

5.3.5.3. Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melupuskan pinjaman Kerajaan
oleh PTSB secara berperingkat melalui surat bertarikh 5 November 2009.
Pelupusan pinjaman berjumlah RM1.019 bilion yang dikeluarkan daripada
Kumpulan Wang Pembangunan melibatkan pinjaman berjumlah RM735.58 juta
dan faedah terakru berjumlah RM283.74 juta. Ringkasan baki pinjaman adalah
seperti dalam Jadual 18.

JADUAL 18

BAKI PINJAMAN PTSB SELEPAS PELUPUSAN

SETAKAT TAHUN 2009

BIL. PERKARA JUMLAH
(RM Juta)

1. Jumlah pinjaman 4,588.80

2. Pelupusan pinjaman (735.58)

3. Pelupusan faedah terakru (283.74)

JUMLAH PINJAMAN 3,569.48
Sumber: Surat Menteri Kewangan Bertarikh 5 November 2009

5.3.5.4. Pengauditan telah dibuat terhadap tiga aspek iaitu kelulusan fungsi
khusus PTSB, pembayaran pinjaman oleh TAWNT dan pelupusan pinjaman
melalui penyediaan peruntukan hapus kira dalam Belanjawan Kerajaan
Persekutuan. Penemuan terperinci Audit adalah seperti berikut:

a. Kelulusan Fungsi Khusus Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.

i. SPV ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi khusus sama ada dengan
kelulusan YBMK berdasarkan Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan)
1957 [Akta 375]; keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri; keputusan Majlis
Tindakan Ekonomi; atau Ucapan Belanjawan.

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 8787
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

ii. Bagaimanapun, kelulusan terhadap fungsi khusus PTSB bagi
mengendalikan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan
dengan kaedah pelupusan RM4.589 bilion tidak dapat
disahkan kerana ketiadaan dokumen berkaitan.

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 28 Januari 2022

Semakan terhadap fail yang diperoleh daripada Arkib Negara telah dibuat pada
24 Januari 2022. Bagaimanapun, maklumat berkenaan penubuhan/kelulusan
tidak ditemui.

b. Pembayaran Pinjaman oleh Tabung Amanah Warisan Negeri
Terengganu

i. Berdasarkan surat Menteri Kewangan bertarikh 16 November 2010,
pinjaman RM126.50 juta daripada keseluruhan baki pinjaman PTSB
berjumlah RM3.569 bilion perlu dijelaskan secara tunai oleh TAWNT
berdasarkan nilai semasa pegangan sahamnya dalam PTSB.

ii. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati setakat 31 Disember 2021,
pembayaran pinjaman secara tunai berjumlah
RM126.50 juta oleh TAWNT masih belum diterima.

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 15 Julai 2022

E-mel MOF bertarikh 11 Januari 2022 telah dihantar kepada TAWNT bagi
memohon penjelasan lanjut berkenaan status bayaran terkini. Namun,
berdasarkan maklum balas TAWNT melalui e-mel pada 24 Januari 2022, Pihak
Berkuasa Negeri tidak bersetuju dengan kaedah pelupusan pinjaman tersebut.

Susulan daripada itu, MOF melalui e-mel pada 10 Februari 2022 mencadangkan
satu perbincangan diadakan bersama pihak TAWNT. Namun, TAWNT melalui
e-mel pada 14 Februari 2022 menyatakan bahawa tuntutan bayaran yang dibuat
kepada TAWNT untuk membayar hutang PTSB berjumlah RM126.50 juta adalah
tidak berkaitan. MOF mencadangkan perkara ini dibawa ke Mesyuarat Kewangan
Negara untuk dibincangkan bersama pihak Kerajaan Negeri.

88 88 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

c. Pelupusan Pinjaman melalui Penyediaan Peruntukan Hapus Kira
dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan

i. Berdasarkan surat MOF pada 16 November 2010, RM2.943 bilion baki
pinjaman PTSB dilupuskan melalui penyediaan peruntukan menggunakan
Belanja Mengurus, Perbendaharaan (B11) di bawah butiran 040300 –
Hapus Kira Pinjaman sekurang-kurangnya RM100 juta setahun sehingga
baki tersebut selesai. Pada 7 Disember 2015, MOF telah meluluskan untuk
menghapus kira RM102 juta yang telah digunakan oleh PTSB bagi
membayar hutang bank perdagangan dan keperluan operasi syarikat
selaras dengan Dasar Pinjaman Kerajaan Persekutuan. Kelulusan tersebut
menjadikan keseluruhan baki pinjaman yang diluluskan untuk dihapus kira
berjumlah RM3.045 bilion.

ii. Semakan Audit mendapati setakat 31 Disember 2021, sejumlah
RM575 juta telah dihapus kira melalui penyediaan peruntukan tahunan.
Semakan Audit terhadap pelupusan baki pinjaman bagi tempoh tahun
2018 hingga 2021 mendapati RM50 juta pelupusan tahunan sebahagian
pinjaman Kerajaan kepada PTSB telah disokong dengan kelulusan
daripada KSP untuk penyaluran peruntukan bagi tujuan hapus kira. Baki
pinjaman yang telah dilupuskan melalui hapus kira setakat bulan
Disember 2021 adalah seperti dalam Jadual 19.

JADUAL 19
RINGKASAN BAKI PINJAMAN OLEH PERWAJA TERENGGANU SDN. BHD.

KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN SELEPAS PELUPUSAN
SETAKAT TAHUN 2021

PERKARA JUMLAH
(RM Juta)

Baki pinjaman diluluskan untuk hapus kira 3,044.98

Hapus kira (575.00)
• setakat tahun 2017 (RM525 juta)
• 2018: RM20 juta
• 2019: RM20 juta
• 2020: RM10 juta
• 2021: -

Baki pinjaman setakat tahun 2021 2,469.98

Sumber: BSPK, MOF; Memo YBMK Bertarikh 16 November 2010; Memo BSPK, MOF Bertarikh
7 Disember 2015; dan Kelulusan Pelupusan Tahunan Tahun 2018, 2019 dan 2020.

LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n02210S2i1ri S1iri 1 8989
P e n g u rPuesnagnurSuysaarni kSaytaTriukaj ut aTnujKuhaans K(hSaPsV )(SPV)

Maklum balas BSPK, MOF yang diterima pada 28 Januari 2022

Jumlah hapus kira pinjaman antara RM10 juta hingga RM20 juta bagi tempoh
tahun 2018 hingga 2020 adalah berkurangan daripada jumlah yang ditetapkan
sebelum ini iaitu RM100 juta setahun setelah mengambil kira keupayaan fiskal
Kerajaan.

Pendapat Secara keseluruhannya, aktiviti skim khusus oleh PTSB
Audit adalah memuaskan. Namun, pinjaman RM2.470 bilion
belum dihapus kira dan pembayaran tunai berjumlah
RM126.50 juta daripada TAWNT masih belum diterima.

6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

6.1. Secara keseluruhannya, setakat 31 Disember 2021, lima SPV (20%) telah berjaya
mencapai fungsi khususnya manakala 18 SPV (72%) sedang melaksanakan fungsi
khususnya. Dua SPV (8%) pula telah berubah hala tuju fungsi khususnya.

6.2. Secara umumnya, pematuhan SPV terhadap MKD Handbook sedia ada adalah
pada tahap minimum kerana ciri dan kriteria SPV adalah berbeza dengan syarikat biasa.
Pengecualian pemakaian MKD Handbook kepada semua ALP SPV dan Garis Panduan ALP
Lantikan Syarikat MKD Bagi SPV telah diluluskan oleh YBMK pada 15 Julai 2022.

6.3. Aktiviti penerbitan sukuk oleh Danainfra dan pengurusan pembiayaan oleh PPFI
adalah baik. Sejumlah RM73.239 bilion dana pembiayaan telah disalurkan kepada pemilik
projek bagi membiayai 82.5% kos projek. Selain itu, keseluruhan dana pembiayaan PFI I
dan II berjumlah RM30 bilion telah disalurkan ke akaun amanah. Aktiviti pelaburan
strategik oleh Piramid dan skim khusus oleh PTSB adalah memuaskan. Piramid telah
melaksanakan fungsi khususnya sebagai syarikat pegangan pelaburan bagi tujuan
penjualan saham dan penguasaan semula Kerajaan dalam Pos Malaysia pada tahun 2001.
Bagaimanapun, terdapat perbezaan antara baki dana transaksi jual beli saham yang
direkodkan oleh Piramid dengan baki hutang yang direkodkan dalam penyata kewangan
Kerajaan Persekutuan. Actius Terra tidak melaksanakan fungsi khusus asal sebaliknya
telah bertukar kepada fungsi lain sebagai syarikat dipertanggungjawabkan mengambil
alih lima lot tanah di sekitar Kuala Lumpur melalui syarikat subsidiarinya. Pembayaran
tunai berjumlah RM126.50 juta daripada TAWNT masih belum diterima.

90 90 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1
PenLgauproursaann KSeytauriakaAtuTduitjuNaengKarhaasTa(ShPuVn)2021 Siri 1

Pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV)


Click to View FlipBook Version