The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mariam09-422, 2022-05-13 11:25:09

TUGASAN 2

TUGASAN 2 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5 )
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA MARIAM HADIRAH BINTI RAMLEE
NO. KAD PENGENALAN 010617110648
ANGKA GILIRAN 2020192340199
KUMPULAN PISMP F11
KOD DAN NAMA KURSUS
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDUP3073)
TAJUK TUGASAN TUGASAN 2

NAMA PENSYARAH PUAN NOR RUL AZLIFAH ZULKAFALI
TARIKH HANTAR 12 MEI 2022
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS

SENARAI KANDUNGAN HALAMAN
1
PERKARA 1
PENGENALAN
LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA 1
BUDAYA 2
2
- ASPEK FIZIKAL 3
- ASPEK EMOSI 4
- ASPEK SOSIAL 5
- ASPEK SOSIOLINGUISTIK
KESIMPULAN
RUJUKAN

PENGENALAN
Kepelbagaian sosiobudaya memainkan peranan penting dalam proses perkembangan murid
yang berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, persekitaran bilik darjah yang
kondusif juga perlu dititikberatkan di samping penggunaan bahan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dapat merangsang minda kritis dan kreatif, (Mohd Hizwan et. al,.
2017). Persekitaran fizikal dapat mempengaruhi proses PdP yang berkesan dan dapat
mewujudkan hubungan yang mesra antara murid dengan murid dan guru dengan murid. Oleh
yang demikian, guru perlu membina persekitaran yang bilik darjah yang positif dan bersifat
penyayang serta inklusif bagi membolehkan murid lebih selesa dalam sesi PdP. Malah, murid
juga dapat menerima perbezaan dan persamaan antara mereka yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang budaya. Oleh itu, setiap guru mestilah memberikan penekanan
terhadap setiap aspek penting dalam perkembangan murid untuk mewujudkan suasana yang
mesra budaya.

LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya memerlukan strategi yang berkesan daripada
aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik untuk memberikan keselesaan kepada setiap
murid tanpa membezakan latar belakang mereka. Oleh yang demikian, setiap guru haruslah
bijak dalam melaksanakan langkah yang berkesan untuk memastikan persekitaran bilik darjah
yang kondusif dalam menyebarkan nilai yang positif dan memiliki sifat yang bertoleransi
antara satu sama lain sehingga dapat memupuk semangat perpaduan dalam diri murid.

ASPEK FIZIKAL
Langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk menguruskan bilik darjah yang mesra
budaya ialah setiap guru mestilah memanfaatkan ruang kelas atau saiz ruang yang feksibel
untuk melaksanakan pelbagai kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Hal ini
juga dinyatakan oleh Marinah Awang et.al., (2018), kemudahan fizikal yang baik seperti meja,
kerusi dan papan tulis yang sesuai dapat merangsang aktiviti intelektual, meningkatkan
hubungan sosial murid. Oleh yang demikian, saiz ruang yang bersesuaian dengan bilangan
murid perlu diambil kira untuk memberi peluang kepada murid untuk berkomunikasi dengan
lebih selesa. Hal ini demikian kerana, bilangan murid yang ramai akan memberi esan kepada
murid yang lain dalam proses PdP. Sebagai contoh, guru perlu merancang susun atur kerusi
dan meja murid secara berkumpulan tanpa membezakan kaum dan agama mengikut
kesesuaian jumlah murid. Hal ini juga bertetapan dengan Pendekatan Pendidikan Alaf ke 21
(PAK21) yang menggalakkan kaedah pembelajaran secara berkolaborasi yang dapat

1

mewujudkan suasana yang menyeronokkan dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, susun
atur tersebut dapat memudahkan murid untuk melaksanakan sesi perbincangan dan guru juga
lebih mudah untuk merancang aktiviti PdP yang dapat memberikan kesan positif kepada
akademik murid. Oleh itu, jelaslah bahawa bilik darjah yang mesra budaya dapat dirancang
melalui pengurusan aspek fizikal dalam bilik darjah.

ASPEK EMOSI
Emosi merupakan satu perasaan dan gerak hati yang dialami oleh seseorang individu yang
dapat ditunjukkan apabila berlaku ransangan terhadap emosi dalam sesuatu situasi. Hal ini
juga dinyatakan oleh Salimynezhad et. al., (2015), perkembangan emosi dan tingkah laku
kanak-kanak juga dipengaruhi oleh gaya keibubapaan yang diamalkan bermula di rumah.
Oleh yang demikian, langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mewujudkan bilik
darjah yang mesra budaya dari aspek emosi murid ialah guru perlulah mewujudkan peraturan
yang dapat memastikan kegembiraan dan kesediaan murid. Hal ini demikian kerana, emosi
murid memainkan peranan yang utama dalam pelaksanaan aktiviti PdP yang berkesan. Jika
emosi murid terganggu dan dalam ketakutan ketika berada di dalam bilik darjah, mereka tidak
dapat memberikan fokus dengan sepenuhnya terhadap sesi pembelajaran yang
dilaksanakan. Masalah buli yang berlaku dalam kalangan murid juga boleh menjadi salah
satu punca yang menyebabkan emosi murid terganggu dan mereka akan menjadi risau
keselamatan mereka jika hadir ke sekolah. Oleh yang demikian, guru mestilah merancang
peraturan yang dapat mendisiplinkan murid di dalam bilik darjah demi mewujudkan bilik darjah
yang selamat. Sebagai contoh, peraturan seperti murid yang menunjukkan tingkah laku yang
positif dan aktif sepanjang sesi PdP akan diberikan ganjaran dan bagi murid yang bertingkah
laku negatif akan dikenakan denda. Oleh yang demikian, guru perlu memberikan teguran
dengan cara yang betul bagi mengubah sikap murid yang bertingkah laku negatif tersebut
supaya dapat mewujudkan bilik darjah yang lebih ceria dan aman. Oleh itu, jelaslah bahawa
guru perlulah peka dan prihatin dengan setiap pergerakan murid untuk memastikan setiap
murid berasa lebih selamat ketika berada di dalam bilik darjah.

ASPEK SOSIAL
Perkembangan sosial kanak-kanak juga dipengaruhi oleh budaya setempat untuk
memastikan mereka dapat berinteraksi dan belajar untuk berhubung dengan orang lain. Hal
ini juga dinyatakan dalam Muhammad Saifullah et. al., (2020), proses interaksi murid dengan
rakan sebayanya dapat dilihat melalui aktiviti perkongsian maklumat serta input yang dapat
menjana perkembangan minda mereka. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk
mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya dari aspek sosial murid, guru mestilah

2

mengadakan aktiviti yang dapat memberi peluang kepada murid bersosial antara satu sama
lain. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti yang melibatkan aktiviti bersosial, murid dapat
mengenali dengan lebih rapat rakan sekelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
budaya, agama dan etnik. Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti pembelajaran
koperatif memerlukan murid saling bekerjasama antara satu sama lain secara berkumpulan.
Hal ini juga dinyatakan oleh Slavin dalam Bhavani & Zamri (2017), kaedah koperatif dapat
menggalakkan murid bersikap bertanggungjawab terhadap aktiviti yang dilaksanakan untuk
saling membantu dan mereka dapat memperbaiki hubungan sosial antara satu sama lain. Hal
ini demikian kerana, pengurusan aktiviti sosial yang positif di dalam bilik darjah juga dapat
menanam sifat bertoleransi, tolak ansur dan saling hormat menghormati perbezaan budaya
antara satu sama lain. Oleh yang demikian, perkembangan kemahiran bersosial murid juga
dapat ditingkatkan melalui aktiviti yang dapat menggalakkan murid berkomunikasi dan saling
berkongsi pengalaman tentang budaya yang diamalkan oleh mereka. Oleh itu, jelaslah
bahawa aktiviti yang melibatkan perkembangan sosial murid ke arah hubungan yang positif
juga perlu dititikberatkan dalam memastikan bilik darjah yang mesra budaya dapat dibina.

ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Sosiolinguistik merupakan bidang ilmu yang dapat mengkaji ciri-ciri dan fungsi kepelbagaian
bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan di
Malaysia yang memiliki pelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian bahasa di Malaysia ini
juga memberi cabaran kepada guru untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya di
samping memastikan kemahiran komunikasi murid dapat diperkembangkan dengan baik.
Oleh yang demikian, dalam Akta 1961 juga termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan yang
menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua peringkat pendidikan,
(Noriati A. Rashid et. al., 2017). Justeru, guru mestilah mempelbagai aktiviti yang dapat
menerapkan bahasa kebangsaan di dalam bilik darjah. Hal ini untuk memastikan murid yang
berlainan kaum seperti Cina, India dan sebagainya dapat mahir berbahasa Melayu melalui
pelaksanaan aktiviti dan projek yang menyeronokkan. Sebagai contoh, guru boleh
mengaplikasikan pendekatan ‘games-based learning’ dalam aktiviti PdP untuk melaksanakan
aktiviti permainan tradisional kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini bagi mendedahkan kepada
murid tentang kepelbagaian warisan budaya yang terdapat di Malaysia dengan menggunakan
bahasa Melayu untuk murid saling berkongsi pengalaman mereka. Oleh yang demikian, di
samping usaha guru untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya, guru juga
dapat memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid. Oleh itu, setiap murid yang
berbeza kaum dan etnik ini tidak akan berasa disisihkan di dalam kelas melalui pelaksanaan

3

aktiviti yang menerapkan pelbagai unsur budaya dalam sesi pembelajaran yang
menyeronokkan dan dapat memanfaatkan murid.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, jelaslah bahawa perkembangan murid dari aspek fizikal, emosi, sosial dan
sosiolinguistik juga mempengaruhi dalam pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Oleh
yang demikian, pelbagai pendekatan yang perlu diusahakan oleh setiap guru dalam
memastikan perkembangan murid dalam kurikulum dapat ditingkatkan. Hal ini demikian
kerana, pengurusan persekitaran sosioemosi murid juga perlu dititikberatkan untuk menjamin
perancangan aktiviti PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan. Proses PdP yang dirancang
juga mestilah bersesuaian dengan tahap penguasaan dan daya pemikiran murid untuk
menerapkan pelbagai pengetahuan tentang budaya dan etnik yang terdapat di Malaysia bagi
melahirkan murid yang berpengetahuan luas dan dapat mengasah kemahiran bersosial
melalui pengurusan bilik darjah yang mesra budaya ini. Hal ini seiring dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani.

4

RUJUKAN

Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod. (2017). Keberkesanan pembelajaran koperatif
terhadap pencapaian dan motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran
bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM, vol 7(1), 11-23. UKM.

Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria & Ramlee Ismail. (2018). Hubungan persekitaran fizikal
bilik darjah dan kesejahteraan dan keselesaan pembelajaran dan pengajaran.
Management Research Journal, vol 7(1), 86-99. UPSI.

Mohd Hizwan, Muhammad Sukri & Yusri. (2017). Meta-analysis study of teavher issues on
higher order thinking skills in Malaysia. World applied sciences Journal, 35(12), 2520
2523. UTHM.

Muhammad Saifullah Mamat, Khairulnazrin Nasir & Rahim Kamarul Zaman. (2020). Interaksi
sosial terhadap kanak-kanak: teori dan aplikasi Nabawi berdasarkan Hadis Ya Aba
Umayr. Jurnal Rabbanica, vol 1(1), 67-89.
http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/citationstylelanguage/get/modern
language-association?submissionId=9&publicationId=9

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ruddy Anak Sibat & Ruhizan M. Yasin. (2022). Pengaruh persekitaran sosial bilik darjah
terhadap tahap penguasaan kemahiran dan motivasi murid dalam Bahasa Melayu.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanties (MJSSH), vol 7(4), 1-13.
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1446

Salimynezhad, Poor, & Valizade A. (2015). The studies of relationship between parental styles
with emotional intelligence in elementary school students of MAKOO. Social and
Behavioral Sciences, 205, 221-227. https://www.semanticscholar.org/paper/The
Studies-of-Relationship-between-Parental-Styles-Salimynezhad
Poor/2402d473970469a71262b1d052029e042d3e3e18

Woh Poh Yee & Faridah Yunus. (2021). Kesan persekitaran fizikal dan sosial kepada
perkembangan kanak-kanak dari perspektif neurosains: kajian sorotan sistematik.
Jurnal Dunia Pendidikan, vol 3(2), 98-112.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/13501

5


Click to View FlipBook Version