Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 1 BAHAGIAN 1 DADAH
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 2 TAJUK 1 APA ITU DADAH? Dadah ialah bahan psikoaktif yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan "penyalagunaan" yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan penyalahgunaan adalah berlebihan (redundant) apabila digunakan bersama istilah "DADAH". Dalam hal ini, perkataan "penggunaan" atau "penagihan" adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penggunaan dadah. Dadah mempunyai ciri-ciri seperti berikut : a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang); b. Digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah dilarang; c. Diperolehi secara haram; d. Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan e. Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 3 TAJUK 2 JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut : a. OPIAT - Heroin, Morfin, Candu dan Kodein b. KANABIS - Ganja, Hashish c. DEPRESEN - Sedatif / Hipnotik, Jenis Barbiturat dan bukan Barbiturat serta Transquilizer d. STIMULAN - Jenis Amfetamin dan Kokain; e. HALUSINOGEN - Lysergic Acid Diethylamine (LSD), Meskalin. Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam dan petrol, termasuk alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 4 TAJUK 3 PERBEZAAN DI ANTARA UBAT DAN DADAH Ubat dan Dadah mempunyai perbezaan yang amat ketara di antara satu sama lain. Perbezaannya adalah seperti berikut :- BIL UBAT DADAH 1. 2. 3. Ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit. Ubat tidak memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minima seperti pening kepala, panas badan dan mengantuk. Kesan ini akan hilang apabila pengambilan ubat tersebut dihentikan. Ubat tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda seseorang yang menggunakannya. Dadah tidak bersifat sedemikian tetapi memudaratkan kesihatan. Dadah akan memberi kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu tabiat yang berkekalan (withdrawal) walaupun pengambilan dan penggunaannya dihentikan. Semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda seseorang. Oleh itu, dadah dikenali sebagai bahan psikoaktif dan penggunaannya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, pindaan 1982.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 5 TAJUK 4 CIRI-CIRI PENAGIHAN DADAH Dadah mewujudkan satu keprihatinan dengan keinginan, keperluan dan nilai-nilai tersendiri yang berbeza sama sekali berbanding dengan keadaan sebelum menagih. Kehidupan mereka (sosial, psikologikal dan fizikal) bergantung kepada dadah secara total. Tumpuan utama dalam hidup ini ialah kepada dadah dan wang serta hendak mendapatkan bekalan. Ciri-ciri lain penagihan dadah termasuklah ; 1. Toleran meningkat. 2. Gejala tarikan 3. Merasa terdesak (gian) untuk mengambil dadah, lebih-lebih lagi apabila cuba berhenti daripada mengambilnya. 4. Tidak dapat mengawal kekerapan menggunakan dadah. 5. Cenderung untuk menagih semula setelah berhenti. Apabila seseorang terjebak dalam dunia dadah, amat sukar sekali untuk keluar dari jaringan dadah ini.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 6 TAJUK 5 KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH KE ATAS MANUSIA Kesan pengambilan dadah kepada manusia amat buruk sekali, sama ada pengambilan dadah secara suntikan ataupun pengambilan dadah melalui mulut. Kesan-kesan buruknya adalah seperti berikut: Kesan Pengambilan Dadah Secara Suntikan. 1. Meningtis (penyakit jangkitan otak) 2. Tetanus ( penyakit kancing gigi) 3. Endokarditis (penyakit jangkitan jantung) 4. AIDS, Hepatitis B,C dan D 5. Bisul, Kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain. Kesan Pengambilan Dadah Melalui Mulut 1. Kerosakan paru-paru dan hati. 2. Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi 3. Kerosakan buah pinggang 4. Otot-otot badan mengecut menyebabkab badan lesu dan tidak bermaya. 5. Berat badan menurun. 6. Kemungkinan akan lumpuh
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 7 TAJUK 6 UNDANG-UNDANG DADAH DI MALAYSIA Undang-undang dadah di Malaysia merupakan antara undang-undang yang paling keras di dunia. Pada masa ini terdapat beberapa undang-undang yang berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia. Terdapat juga beberapa peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah Akta dan Ordinan tersebut. Lima undang-undang utama yang berkaitan dengan dadah ialah: 1. Akta Dadah Berbahaya 1952 2. Akta Racun 1952 3. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan)1983 4. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 5. Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 8 TAJUK 7 AKTA DADAH BERBAHAYA Di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) Pindaan 1983, seseorang akan dihukum mati mandatori (Seksyen 39B) jika didapati mengedar dadah yang beratnya adalah seperti berikut :- HEROIN - 15 gram atau lebih MORFIN - 15 gram atau lebih CANDU - 1000 gram atau lebih GANJA - 200 gram atau lebih KOKAIN - 40 gram atau lebih Akta Dadah Berbahaya 1952 merupakan undang-undang utama berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia. Akta ini agak menyeluruh di mana ia mengandungi beberapa aspek berkaitan dengan kesalahan, prosedur dan keterangan. Antara lain ia juga memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah. Undang-undang ini telah melalui proses pindaan bagi menghadapi peningkatan masalah pengedaran dan penagihan dadah yang semakin berat. Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, mula berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada 1 November 1952. Pemakaian Akta ini telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak (termasuk Labuan) pada 1 Jun 1978 melalui Perintah Pengubahsuaian Undang-undang (Racun dan Dadah Berbahaya) (Perluasan dan Pengubahsuaian).
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 9 TAJUK 8 PUNCA-PUNCA PENGLIBATAN REMAJA DALAM PENAGIHAN DADAH Pada era dunia globalisasi kini, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat di negara kita, khususnya remaja sekolah amat membimbangkan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Antaranya ialah penyalahgunaan dadah. Penularan gejala ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Kerajaan berhasrat membanteras gejala ini untuk merealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012 dan seterusnya Negara Bebas Dadah 2015. Namun begitu setiap tahun, bilangan penagih dadah semakin bertambah sedangkan penagih yang sedia ada tidak pula berkurangan atau sembuh. Remaja dan proses bina insan adalah sesuatu yang bergerak seiring. Remaja adalah tonggak negara pada masa hadapan. Remaja akan menjadi jentera penggerak untuk menerajui negara. Kualiti remaja hari ini melambangkan kualiti negara pada masa akan datang. Aspek pembinaan insan menjadi amat penting untuk membentuk jati diri seorang pelajar agar prosesnya berlaku secara harmoni dan seimbang. Dari sudut psikologi, zaman remaja merupakan zaman yang penuh dengan keindahan dan pancaroba yang perlu dilalui dengan jati diri yang kuat. Penularan penyalahgunaan dadah bermula daripada pengaruh rakan sebaya. Remaja umpama lalang, mudah terikut-ikut dan terpengaruh oleh pujukan serta desakan pihak lain. Remaja lazimnya mudah menerima dan meniru perlakuan rakan sebaya. Hal ini berpunca daripada pujukan rakan yang telah melibatkan diri dengan perlakuan yang tidak sihat seperti mencuri, menagih dadah dan sebagainya, mereka dilihat begitu mudah terpengaruh. Jika pada awalnya sekadar suka-suka, lama kelamaan apa yang dilakukan itu telah menjadi sebati dalam diri sehingga akhirnya menjerat diri sendiri.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 10 Kajian Caroll (1998), menunjukkan bahawa pengambilan dadah dalam kalangan remaja berpunca daripada ketidakupayaan untuk mengelakkan diri daripada pengaruh rakan sebaya. Hubungan akrab dalam kalangan rakan sebaya ini disebabkan oleh sikap dan pengalaman yang dilalui oleh mereka. Rakan sebaya yang memiliki imej kendiri yang negatif serta tidak pernah takut untuk mencuba sesuatu tingkah laku baru, telah mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 11 TAJUK 9 DADAH TIRUAN Kebijaksanaan yang diberikan oleh ALLAH disalahguna oleh sesetengah pihak. Ada sesetengah pihak yang menggunakan kebijaksanaan yang diberi untuk merosakkan diri, masyarakat, agama dan Negara. Dadah tiruan ataupun designer drug merupakan jenis dadah yang terhasil daripada campuran beberapa jenis bahan kimia yang diproses di makmal-makmal pemprosesan dadah. Dengan kata mudah, dadah yang direka/dicipta sendiri untuk mendapat kesan yang lebih kuat. JENIS PENGENALAN NAMA JALANAN KESAN BURUK DAN BAHAYA PENGGUNAANNYA Ecstasy Merupakan mood enhancing drug yang mempunyai kesan kepada keadaan sekeliling terutamanya warna dan bunyi. E, ADAM, love drug, yuppie drug, pinklady, blue kisses. Muntah, kekejangan otak, cenderung bertindak ganas, mudah marah, kemurungan, resah, kerosakan buah pinggang, hati dan jantung. Pil kuda/ yaba Sebenarnya digunakan untuk merangsang kuda mengawan. Juga dikenali sebagai moody pil. Blue 10, TP. Ketagihan yang sukar dihentikan, boleh menjadi gila dan membawa maut, keganasan seksual, pergerakan yang tidak boleh dikawal dan banyak lagi. Syabu Berbentuk seperti kaca pecah atau tawas. Ice, Kristal. Halusinasi, paranoia dan bertindak agresif.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 12 TAJUK 10 BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DADAH? Panduan untuk mengelakkan diri daripada dadah. 1. Berusaha untuk memahami dan mengetahui bahaya serta akibat penggunaan dadah. Hal ini dapat memberikan pengetahuan yang mendalam dan menghasilkan sikap negatif terhadap dadah dan seterusnya menjauhi dadah. 2. Mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah. 3. Sentiasa bersikap positif terhadap masalah dan mengetahui bahawa dadah bukanlah jalan penyelesaiannya. 4. Mewujudkan bentuk komunikasi yang sihat sesama rakan dan masyarakat. 5. Sentiasa berhati-hati dalam pergaulan. 6. Bersikap asertif iaitu tegas diri dan berani menyatakan tidak terhadap sesuatu permintaan / tawaran yang membahayakan diri. 7. Merujuk kepada kaunselor atau individu yang mampu membantu anda untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang tepat. 8. Elakkan tekanan yang boleh menyebabkan anda memilih jalan mudah untuk mencuba dadah.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 13 TAJUK 11 KELDAI DADAH Dalam Wikipedia, Keldai Dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau terpedaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini dikatakan boleh mengurangkan risiko pengedar atau penyeludup dadah ditangkap oleh pihak berkuasa di sesebuah negara. Kaedah penyeludupan termasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan ataupun dengan menelannya. Merujuk kepada beberapa kes yang berlaku menunjukkan bahawa mereka yang menjadi keldai dadah ini ada yang sedar bahawa mereka adalah pembawa barangan larangan tersebut, namun banyak kes yang melibatkan rakyat negara ini seolah-olah mereka tertipu dan tidak tahu menahu bahawa mereka sebenarnya menjadi Keldai Dadah kepada sindiket dadah sehinggalah mereka ditangkap di pintu masuk sesebuah negara kerana dalam beg mereka terdapat sejumlah dadah. Penyeludupan dan pengedaran dadah ini memang dirancang oleh sindiket dadah antarabangsa. Mengikut laporan dadah ini biasanya datang dari negaranegara seperti Argentina, Sepanyol, Colombia, dan beberapa negara Asia Selatan. Biasanya kos harga dadah dari negara tersebut lebih murah. Kebanyakan mangsa mendakwa hanya menyedari ‘kerja’ yang dijanjikan dengan upah lumayan itu sebenarnya membawa dadah ke beberapa negara selepas tidak berdaya untuk menolak akibat diugut bunuh, tambahan pula mereka sendirian jauh beribu-ribu kilometer di negara orang. Tidak kurang juga yang mengakui tarikan wang dan peluang melancong ke luar negara seperti Amerika Latin, Asia Barat dan Eropah menjadi ‘umpan’ paling mudah, apatah lagi tiket penerbangan termasuk hotel ditaja sepenuhnya menyebabkan ramai tidak berfikir panjang sebelum menerimanya.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 14 TAJUK 12 PANTUN : ENAM JAHANAM Ke pasaraya membeli kain, Kain dibuat kebaya nyonya, Usah terpedaya senyuman heroin, Indah sementara kecundang sudahnya. Dalam hati resah gelisah, Bimbang sekali dimarah ibu, Bertindak agresif pemarah dan resah, Itulah penangan ectasy dan syabu. Lembut dan enak ikan kerisi, Tidak seperti si ikan emas, Penagih morfin kerap halusinasi, Sering sembelit, gagap dan cemas. Ke kedai BATA membeli kasut, Untuk dipakai di majlis kahwin, Hilang pedoman, gelisah dan takut, Akibat melayan kanabis dan kokain . Pagi hari pergi bersenam, Bersenam dengan seisi keluarga, Bersama membanteras enam jahanam, Agar Negara makmur sejahtera.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 15 TAJUK 13 PANTUN : KESAN-KESAN DADAH Jelapang padi diberi nama, Negeri makmur dalam negara, Hindarilah dadah musuh utama, Tanpa dadah keluarga sejahtera. Pergi memancing di Kuala Kedah, Makan siakap tiga rasa, Jika hidup berabdi dadah, Diri menderita keluarga terseksa. Dari Langkawi ke Tanjung Bendahara, Singgah sebentar di Kampung Sena, Hilang keluarga hilang saudara, Kerana dadah jiwa merana. Pohon jati dahannya rendah, Tempat berteduh si anak dara, Sekolah dijulang tanpa dadah, Terbilang bangsa maju negara. Sayangkan ibu sayangkan ayah, Hidup selamat sentiasa berkat, Tanpa dadah sifar jenayah, Komuniti sihat hidup muafakat.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 16 TAJUK 14 SAJAK : SENGSARANYA DIRI INI Najis dadah, Jika kau suntik ditubuhmu, Pelbagai penyakit akan menghinggap, Meningtis memberi kesan jangkitan otak, Tetanus bisa menyebabkan kancing gigi, Pabila Endokarditis menyerang jantungmu, Muncul pula AIDS, Hepatitis B, C, dan D, Maka, Bisul, kudis, kurap mula menjadi raja di kulitmu. Oh rakan, Seksa sungguh azab dadah itu, Sekali kau mencuba, Selamanya kan sengsara. Najis Dadah, Kesan secara makan melalui mulut, Peparu dan hati mula merosak, Buah pinggang tidak dapat berfungsi, Otot-otot mula mengecut, Tubuh mu mula lesu tidak bermaya, Berat badan mula menyusut, Lama-kelamaan kau mula rebah..lumpuh! Justeru rakan-rakan, Jauhi dadah musuh Negara, Kitalah penggerak ke arah …. Generasi Bebas Dadah!
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 17 TAJUK 15 LAGU : DADAH… BOLEH BLAH Engkau cuba buatku merana, Tapi sayangnya ku keras kepala, Engkau cuba buatku terpana, Dari asmara …khayal dan gila. Ku lepaskan, Semua yang terkena, Di dalam diam, Dadah yang kudamba. Ulang korus : Kau fikir kau siapa, Fikir kau siapa, Fikir kau siapa, Boleh blah. Aku cuba bukan tak mencuba, Hapuskan dadah, kau tetap bersama, Di merata kau penuh agenda, Serlahlah makna kau fikir ku siapa. Ku lepaskan, Semua yang terpendam, Di dalam jiwa, Sakit yang tak didamba. Kau fikir aku siapa, Kau fikir aku siapa, Lemas Lemas dengan dirimu.(2X) (Melodi lagu Boleh Blah oleh Nana Sheme)
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 18 TAJUK 16 KISAH BENAR : MENYIMPANG DARIPADA LANDASAN Satu kejadian yang amat menginsafkan saya pernah berlaku di kampung kelahiran saya lebih kurang 30 tahun yang lalu. Menurut ibu saudara saya itu, dia pernah pergi melawat seorang pemuda yang separuh badannya tertanam di dalam tanah hingga meninggal dunia. Asal ceritanya, seorang pemuda yang bernama Akil meminta wang daripada ibunya yang dipanggil Mak Tom. Kerana tidak mendapat wang daripada ibunya, Akil naik berang lalu bersemburlah pelbagai kata-kata keji terhadap ibu yang melahirkannya itu. Mak Tom tidak mahu menghulurkan wang kerana Akil sudah selalu sangat meminta, dan jika dapat pun, Mak Tom tahu bahawa wang tersebut akan digunakan untuk membeli dadah. Lantas, hari itu Mak Tom berkeras. Sedikit pun tidak diberikan wang kepada Akil. Tambahan pula dia kesempitan wang waktu itu. Akibat terlalu marah, Akil telah menengking, memaki-hamun, mencerca, kemudian menendang serta menumbuk wanita tua itu. Setelah itu, dia mencuri wang Mak Tom dan membawanya lari. Allah Maha Berkuasa, sebaik saja kaki Akil mengatur langkah ke arah permatang bendang untuk membeli dadah bersama kawan-kawannya, tanah yang dipijaknya tiba-tiba menjerlus. Akil terjerlus ke dalam tanah tersebut hingga paras dada. Menurut ibu saudara saya lagi, Akil meraung-raung kepanasan. Tubuhnya yang terbenam itu hangat bagaikan dibakar hangus. Tulangnya terasa seperti meremuk dan mencucuk-cucuk di dalam badan. Terpekik terlolonglah dia di situ. Orang-orang kampung tidak mampu membantunya. Masing-masing hanya mampu melihatnya saja. Lagipun, tanah tempat Akil terjerlus itu amat panas seolah-olah ada api di bawahnya.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 19 Namun begitu, menjelang malam barulah Akil berjaya ditarik keluar. Itu pun dengan menggunakan tali dan ditarik oleh kerbau. Semasa melawatnya, ibu saudara saya melihat Mak Tom menghulurkan makanan dan minuman kepada anaknya itu. Dia menangis melihat Akil meraung dan menjerit kesakitan. Sambil menangis teresak-esak, Akil meminta ampun daripada ibunya. Namun, walaupun Mak Tom sudah memaafkannya, keadaan tubuh Akil tidak berubah. Seluruh tubuhnya melecur seolah-olah dibakar. Ada sesetengah bahagian daging tubuhnya sudah masak dan reput. Jiran-jiran berkerumun datang. Hampir semuanya menangis melihat penderitaan Akil dan raungan Mak Tom mengampunkan kesalahan anaknya itu. Begitulah teruknya seksaan yang dilalui Akil hinggalah dia meninggal dunia. Sesungguhnya Allah Maha Esa.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 20 TAJUK 17 AKIBAT DADAH KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA Akibat penagihan terhadap masyarakat adalah seperti berikut: 1. Kejadian jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan membunuh. 2. Menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara satu keluarga dengan satu keluarga yang lain. 3. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat. 4. Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 5. Melibatkan perselisihan faham antara kaum. 6. Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama mereka. 7. Menjejaskan kesopanan dan Kesusilaan. 8. Membebankan dari segi kos permulihan, pencegahan dan penguatkuasaan. Akibat dadah kepada negara adalah seperti berikut: 1. Melemahkan tenaga rakyat dan ini memberi peluang kepada musuhmusuh negara mencapai tujuan mereka. 2. Musuh-musuh negara juga dengan keuntungan yang lumayan hasil dari penjualan dadah untuk dapat membeli senjata-senjata bagi memperkuatkan keanggotaan mereka. 3. Melemahkan jentera kerajaan dan juga kekuatan pasukan keselamatan untuk mempertahankan negara. 4. Menggalakkan perbuatan rasuah yang boleh menjejaskan keselamatan negara. 5. Menggalakkan kegiatan anasir subversif. 6. Menimbulkan perasaan curiga dan takut di kalangan rakyat. 7. Menyebabkan keluarga menjadi miskin. 8. Merosotkan ekonomi di bidang perniagaan dan perusahaan.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 21 9. Melemahkan jentera-jentera pentadbiran kerajaan. 10. Mengakibatkan pengkhianatan kepada jentera-jentera perusahaan. 11. Mengurangkan pengeluaran hasil bumi, hasil pertanian dan hasil perusahaan. 12. Menyebabkan pengaliran wang keluar negeri. 13. Keseluruhan ekonomi negera akan terjejas.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 22 BAHAGIAN 2 ALKOHOL
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 23 TAJUK 1 KENALI ALKOHOL Tahukah rakan-rakan, apa itu alkohol? Alkohol adalah sejenis bahan kompaun organik yang terhasil daripada proses pemeraman kanji atau gula dalam pelbagai buah-buahan serta bijirin. Alkohol juga merupakan minuman yang mengandungi lebih daripada 2% ethanol serta merangkumi minuman alkohol yang diambil bagi tujuan perubatan seperti tonik kesihatan. Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan ketagihan dan pergantungan. Selalunya ia diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan “moods”. Minuman alkohol juga dikategorikan sebagai dadah. Ini kerana ia dapat memberi kesan ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak dan ia dapat memberi kesan terhadap badan peminumnya. Seorang yang ketagih pada alkohol mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk meninggal dunia 15 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh penyakit jantung, kanser, kemalangan, dan bunuh diri. Rakan-rakan semua, Menurut laporan dari World Health Report pada tahun 1991, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tinggi penggunaan alkohol. Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh penggunaan alkohol yang berlebihan seperti kanser semakin meningkat. Meminum minuman beralkohol akan menyebabkan seseorang menjadi mabuk, pening, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Ia boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk seperti bir, wain, brandi dan wiski. Amalan meminum minuman beralkohol merupakan suatu tabiat buruk. Masalah ini ditahap serius yang sama
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 24 dengan masalah-masalah sosial lain. Semakin hari masalah ini semakin meruncing. Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Kebanyakan agama mengharamkan pengambilan arak. Manakala di kebanyakan negara pula, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia boleh memberi kesan berbahaya kepada kanak-kanak. Di pasaran ada tiga jenis arak yang popular iaitu: i. Bir - yang dibuat dari biji-bijian dan mengandungi 3-6% alkohol terdiri daripada jenis-jenis seperti shandy dan stout. ii. Wain - yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11- 14% alkohol. iii. Liquor - dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan makanan sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40-50% alkohol, iaitu terdiri dari jenis-jenis seperti vodka dan whisky. Alkohol juga merupakan sejenis dadah psikoaktif yang tergolong di dalam kategori dadah pendepres sistem saraf pusat. Pengambilan alkohol secara berlebihan dan tidak terkawal dikenali sebagai alkoholisme. Antara simptom yang selalu berlaku ialah keketaran, hilang selera makan, sukar tidur, muntah-muntah, hilang ingatan, sakit kepala, halusinasi dan sawan. Simptom ini berlaku 6 hingga 48 jam selepas dos yang terakhir diambil. Sindrom yang lebih serius dipanggil delirium tremens yang berlaku antara 48 hingga 96 jam selepas dos yang terakhir. Penghidap akan mengalami kekeliruan, halusinasi serta pengaktifan sistem saraf yang teruk hingga boleh menyebabkan kematian.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 25 TAJUK 2 ARAK PEROSAK MINDA Minuman beralkohol, biasanya dikenali juga sebagai minuman keras, atau arak. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan ketagihan (addiction) dan pergantungan (dependence). Minuman alkohol juga tergolong sebagai sejenis dadah, oleh kerana ia dapat memberi kesan ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak serta kesan terhadap tubuh peminumnya. Pada masa kini, amalan meminum minuman keras telah menjadi suatu ‘penyakit’ yang kian menular dalam kalangan masyarakat. Lebih membimbangkan, para remaja juga sudah mula berjinak-jinak dengan kegiatan meminum minuman keras ini dengan alasan membuat mereka kelihatan lebih dewasa, matang dan ‘macho’. Malangnya kedewasaan seperti ini boleh menjerumuskan para remaja kita ke arah masalah kesihatan seperti sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk dan juga kemalangan. Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi etanol. Etanol adalah bahan psikoaktif dan pengambilannya menyebabkan penurunan terhadap kesedaran manusia. Pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan kesan sampingan Ganggguan Mental Organik (GMO), iaitu gangguan dalam fungsi berfikir, perasaan, dan tingkahlaku. GMO ini adalah disebabkan kesan langsung alkohol pada selsel saraf pusat. Sifat adiktif alkohol juga tanpa disedari akan menyebabkan keracunan atau mabuk. Mereka yang terkena GMO biasanya mengalami perubahan tingkahlaku seperti ingin berkelahi atau melakukan tindakan kekerasan, tidak mampu menilai kebenaran, terganggu fungsi sosial, dan pekerjaan. Perubahan fisiologi juga terjadi seperti cara berjalan yang tidak teguh, muka mejadi merah atau mata juling. Perubahan psikologi yang dialami oleh si peminum alkohol adalah mudah tersinggung, bercakap tidak tentu hala dan kehilangan tumpuan.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 26 TAJUK 3 KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 hingga 12 jam kemudian. Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paruparu, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya. Kesan samping terlalu banyak minuman beralkohol juga melumpuhkan sistem kekebalan tubuh badan. Penagih alkohol juga mudah dijangkiti virus termasuk HIV. Mereka yang sudah ketagihan biasanya mengalami suatu gejala yang disebut sindrom putus alkohol, iaitu rasa takut diberhentikan minum alkohol. Mereka akan selalu merasa gementar, jantung berdebar-debar, cemas, gelisah, murung, dan banyak
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 27 berhalusinasi. Oleh itu, hindarilah dari meminum minuman tersebut kerana jelas keburukan alkohol jauh mengatasi kebaikannya. Oleh kerana golongan remaja ini adalah golongan yang suka kepada cabaran dan tingkahlaku yang berisiko, pengambilan alkohol akan lebih mendedahkan remaja kepada tingkahlaku yang merbahaya akibat hilang pertimbangan kerana pengaruh alkohol seperti memandu dalam keadaan mabuk atau terlibat dengan perlumbaan motor haram. Apabila mereka telah mabuk, tanpa mereka sedari, mereka juga akan terdedah kepada penyalahgunaan dadah. Bagi remaja wanita pula, mereka mungkin akan menjadi mangsa perkosaan dan seterusnya terdedah kepada masalah kandungan luar nikah dan penyakit kelamin. Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif yang akan mempengaruhi proses pertumbuhan fizikal dan jasmani remaja tersebut seperti berikut: Kesan kepada Psikososial 1. Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran. 2. Remaja / pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah) dan ini akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot. 3. Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah tingkahlaku ‘delinquency’. Berkawan dengan pelajar yang bermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain. Tekanan ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan mendorong pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti mencuri dan lain-lain.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 28 TAJUK 4 ALKOHOL MADU BERACUN Hampir setiap agama di dunia ini melarang tabiat meminum alkohol atas beberapa alasan yang berlandaskan kesihatan dan budaya. Kesan ketagihan alkohol bukan bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah alkohol yang diminum pada satu-satu masa. Berikut adalah kesan pengambilan alkohol: Kesan jangka pendek: Menyebabkan ‘Hangover’ akibat keracunan alkohol iaitu sakit kepala, loya, muntah, cirit-birit, gangguan pergerakan usus dan menggelentar selama 8 hingga 12 jam kemudian. Kesan jangka panjang: Terdedah kepada penyakit jantung, penyakit hati atau penyakit dalam perut malahan membawa kepada kematian awal. Kesan pengambilan alkohol dapat dilihat secara terperinci pada bahagianbahagian berikut: Kesan pada otak: Darah beralkohol yang dibawa ke otak akan mempengaruhi kelakuan dan tindakan yang tidak terkawal seperti sifat kurang malu, fikiran bercelaru, dan hilang pertimbangan. Kesan pada hati: Setiap kali minum alkohol, hati akan cedera lalu sel hati akan mati dan menjadi parut yang seterusnya akan mengurangkan fungsi hati malahan hati mungkin tidak berfungsi langsung yang dipanggil Sirosis hati yang boleh membawa maut. Hepatitis juga akan berlaku jika terdapat lebihan toksik alkohol dalam hati.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 29 Kesan pada saraf: Membawa kepada pelbagai penyakit seperti Sindrom WernickeKorsakoff dan kerosakan sel-sel otak seterusnya membawa kepada kompilasi psikiatri. Kesan pada perut: Menyebabkan kerengsaan perut (gastrik) yang boleh membawa kepada ulser perut. Kesan pada janin: Jika peminum hamil ciri-ciri kecacatan mungkin berlaku kepada janin seperti kurang berat badan, saiz kepala kecil berbanding tubuh, keadaan muka yang rata, dan lemah-lemah sendi. Jelaslah alkohol mampu memudaratkan diri seseorang, maka jauhilah bahan ini demi hidup yang sihat dan sejahtera.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 30 Anggur / Wine TAJUK 5 JENIS-JENIS ALKOHOL Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol lebih daripada 5%. Berikut adalah antara jenis-jenis alkohol : Adalah pati buah anggur yang diragikan. Kemudian melalui proses pemeraman selama beberapa tahun untuk menghasilkan anggur yang matang. Jumlah kandungan alkohol antara 8% hingga 14%. Daripada proses pemeraman, wine ini terbahagi kepada empat: a. Aromatized Wine - berasal dari pemeraman buah anggur putih ditambah aroma tertentu dan ditinggikan jumlah alkohol dengan menambahkan minuman spirit seperti red martini rossi. b. Natural Wine – pemeraman dari pati buah anggur yang baru dipetik. c. Sparkling Wine – pemeraman dengan penambahan gula pada pemeraman kedua sehingga terdapat gelembung udara. Contoh champagne. d. Fortified Wine – hasil pemeraman dengan menambahkan gula dan spirit. Merupakan alkohol yang berwarna jernih yang diolah melalui proses pemeraman yang berulang dan ia memiliki kadar alkohol yang tinggi iaitu antara 36% hingga 45%. Spirit terbahagi kepada dua iaitu : a. Liqours – ia berasal dari padi-padian. Kadar alkoholnya tinggi dan tidak berasa manis. Contoh liqours seperti brendi, cognac, tequila, vodka, rum dan wiski. b. Liqueurs – merupakan campuran daripada liquors dan ditambah perasa seperti Tia Maria atau kah lua. Spirit
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 31 Bir Merupakan minuman yang diperoleh dari hasil peragian malt dan hop. Ia memiliki kadar alkohol 3% - 5%. Sejenis minuman yang dihasilkan daripada proses pemeraman nira, beras atau bahan minumam atau buah yang mengandungi gula. Ia merupakan minuman yang mengandungi alkohol. Kadar alkohol yang terkandung di dalam minuman tuak adalah berbeza. Arak dan Sake Ia berasal dari beras dan mengandungi kadar alkohol antara 16% - 30%. Tuak
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 32 TAJUK 6 KESAN ALKOHOL KEPADA KESIHATAN TUBUH Kesan jangka pendek Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi, ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar, hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri. Kesan jangka panjang a. Ketagihan - Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi mencapai kesan yang sama. - Sindrom tarikan akan timbul apabila individu berhenti atau kurang mengambil alkohol setelah menggunanya secara berterusan buat tempoh yang lama. Antara tanda-tanda sindrom tarikan adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila, sawan dan meracau. b. Kesan pada sistem saraf - Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti hilang ingatan dan kebas. c. Kesan-kesan pada sistem penghadaman - Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser. - Muntah darah - Radang kelenjar pankreas - Anemia - Kekurangan zat makanan d. Kesan pada sistem kardiovaskular - Tekanan darah tinggi - Strok - Kerosakan otot jantung e. Kesan psiko-sosial
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 33 - Cemburu buta - Murung - Bunuh diri - Penderaan terhadap keluarga Pengambilan alkohol oleh para remaja memberi banyak kesan negatif yang mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan remaja tersebut. Antara kesan negatif tersebut adalah seperti berikut: Terhadap Kesihatan Pengambilan alkohol bermula pada peringkat umur yang muda, sudah tentu dalam jangka panjang kesan terhadap keadaan kesihatan remaja akan bertambah teruk. Penggunaan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kemandulan dan gangguan haid pada wanita. Alkohol juga akan meningkatkan risiko terjadinya keguguran atau ‘abortion’ dan juga kelahiran pra-matang. Proses Pembelajaran Akan Terganggu Remaja tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran. Ponteng Kelas Atau Sekolah Remaja tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah). Ini akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot. Masalah Kenakalan Remaja Remaja terlibat dengan masalah kenakalan atau ‘delinquency’. Berkawan dengan murid yang bermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain. Remaja juga cuba memperolehi kewangan untuk membeli alkohol. Ini mendorong murid terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti mencuri dan lain-lain.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 34 TAJUK 7 CIRI-CIRI KETAGIHAN ALKOHOL Ciri-ciri ketagihan alkohol adalah seperti berikut: i. Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi mencapai kesan yang sama (toleran). Ini bermaksud semakin lama seseorang itu mengambil alkohol, maka ketagihan alkohol seseorang itu semakin tinggi. ii. Aktiviti hidupnya berpusat pada alkohol. Ini menyebabkan mereka yang ketagihan alkohol sering menghabiskan masanya hanya dengan alkohol. iii. Sindrom tarikan (withdrawal syndrome) akan timbul apabila individu berhenti atau kurang mengambil alkohol setelah menggunakannya secara berterusan bagi tempoh yang lama. Antara tandatanda “withdrawal” adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian (craving) untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila (psikosis), sawan dan meracau. Kesan sindrom tarikan ini juga boleh membawa maut. Faktor-Faktor Pengambilan Alkohol Antara faktor-faktor yang mendorong para remaja untuk mengambil alkohol ialah: Pengaruh Rakan Sebaya Kebanyakan remaja menganggap bahawa alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian daripada ahli kumpulan. Sekiranya mereka enggan mengikut cara hidup rakan, mereka akan disingkirkan. Secara realiti, rakan yang bebas alkohol lebih mudah dipercayai daripada rakan yang ketagihan alkohol. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 35 Pengaruh Iklan Pengiklanan arak dalam panggung wayang, VCD dan media cetak tidak diharamkan malahan seperti dibenarkan. Akhbar-akhbar bahasa Inggeris juga semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol dan dipaparkan dalam bentuk yang sangat menarik. Selain daripada itu, sukan bola sepak, badminton dan golf mula mendapat penajaan daripada syarikat arak. Wanita pula sering dieksploitasi dengan imej seksi dan mengghairahkan untuk melariskan lagi penjualan. Mudah Diperolehi Penjualan arak dijalankan di mana-mana sahaja. Kesannya, remaja mudah memperolehi bekalan alkohol pada bila-bila masa. Ini mendorong mereka mengambil minuman keras dengan lebih kerap. Latar Belakang Keluarga Keluarga yang bermasalah juga menjadi pendorong kepada pengambilan alkohol. Pengaruh Orang Terkenal Atau Mencontohi Idola Remaja seringkali mencontohi dan menjadikan ikon mereka sebagai ikutan.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 36 TAJUK 8 KESAN-KESAN NEGATIF PENGAMBILAN ALKOHOL Pengambilan alkohol sememangnya memberikan kesan-kesan negatif ke atas kesihatan tubuh seseorang, antaranya seperti: Memudaratkan Kesihatan Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Apabila situasi ini berlaku mereka mengalami kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian awal lebih kerap berlaku kepada orang yang kuat minum alkohol. Kesan pengambilan minuman keras ialah mereka tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk apabila murid mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan murid sekaligus menjejaskan pelajaran dan masa hadapan mereka. Tahap Kemalangan Meningkat Kebanyakan kes kecederaan dan kematian disebabkan oleh pemandu mabuk. Pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala dan rasa meragam di dalam perut. Jenis kandungan dadah yang terdapat di dalam minuman beralkohol ini ialah etil alkohol atau etanol. Ia merupakan dadah sedatif yang memperlahankan aktiviti sistem saraf. Oleh itu, kemungkinan besar kemalangan boleh berlaku dalam keadaan mabuk. Kelakuan di Luar Kawalan Manusia memiliki pusat kawalan di otak. Gangguan pusat kawalan di otak boleh menyebabkan perubahan tingkah laku daripada tingkah laku normal kepada perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 37 Kesan Alkohol Ke Atas Otak Dan Badan Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya. Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan. Untuk kesan jangka pendek pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi, ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar (slurred), hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri. Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratannya kepada manusia, di antaranya: Merosakkan akal fikiran dan kesihatan. Merosakkan akhlak dan akidah seseorang. Memalingkan manusia daripada ingatkan Tuhan Semesta Alam dan daripada mengerjakan ibadat. Membawa manusia ke arah kemurkaan Tuhan. Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia. Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 38 TAJUK 9 ALKOHOL DALAM MAKANAN, MINUMAN, PEWANGI DAN UBATUBATAN Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut: 1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi daripada proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis. 2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh. 3. Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% adalah harus (boleh) diminum. 4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. 5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 39 6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%. 7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan melarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 40 TAJUK 10 AKTA YANG BERKAITAN DENGAN MINUMAN BERALKOHOL Akta Pengangkutan Jalanraya (Road Transport Act) 1996: i. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap bagi kali pertama akan didenda sebanyak RM2,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali atau lesennya akan digantung selama setahun. ii. Kesalahan berikutnya didenda RM4,000.00 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali. iii. Jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3-10 tahun dan boleh didenda tidak kurang RM8,000.00 - RM20,000.00. Akta Pembasmian Samsu Haram (Eradication of Illicit Act) 1976 Peruntukan ini menumpukan kepada kaedah penyediaan dan pengedaran minuman samsu. Akta Makanan (Food Act) 1983 Menghalang penjualan minuman beralkohol kepada kanak-kanak atau remaja di bawah umur 18 tahun. Cara Menghindari Daripada Alkohol I. Mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak bersenam. i. Berkemahiran untuk menangani stres dan masalah yang dihadapi. ii. Jauhi daripada rakan yang mengambil alkohol. iii. Isi masa terluang dengan bersukan, membuat hobi yang berfaedah. dan mengikuti SLAD. iv. Jangan menerima pelawaaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja. v. Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya. vi. Mempunyai kemahiran kebolehan bagi menangani masalah sama ada kecil atau besar.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 41 BAHAGIAN 3 ROKOK
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 42 TAJUK 1 KANDUNGAN ASAP ROKOK Setiap kali anda sedut asap rokok anda mengisikan paru-paru anda dengan 3 jenis bahan : 1. NIKOTIN Sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem saraf. Ia boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung, mengecutkan saluran-saluran darah dan menaikan tekanan darah. Nikotin menyebabkan ketagihan perokok kepada rokok. 2. KARBON MONOKSIDA Sejenis gas merbahaya jika disedut terlalu banyak. Ia mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan kurang nafas dan cepat letih. Ia merupakan faktor utama menyebabkan penyakit jantung. 3. TAR Sejenis bahan perangsang yang boleh menyebabkan kanser. Perokok mempunyai risiko barah paru-paru, perut dan mulut yang jauh lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 43 TAJUK 2 KESAN NEGATIF MEROKOK KE ATAS KESIHATAN Diantara bahaya-bahaya merokok adalah seperti berikut :- 1. KERONGKONG Asap menyebabkan terlalu banyak hingus yang menyumbatkan tenggorak, menyebabkan batuk dan kesukaran bernafas. 2. CILIA Ia adalah bulu-bulu halus (microscopic hair) yang menyapu keluar kumankuman dan kekotoran dari saluran pernafasan. Asap rokok memusnahkan Cilia dan ini menyebabkan pemendapan bahan-bahan yang menyebabkan barah. 3. PARU-PARU a. Sesak nafas b. Kurang tenaga 4. JANTUNG a. Menjerut saluran darah b. Mengurang pengaliran darah dan oksigen 5. SISTEM PENGHADAMAN Menambahkan risiko seperti bisul dalam perut
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 44 6. MENYEBABKAN PENYAKIT a. Enfisema b. Bronkitis c. Membahayakan bayi dalam kandungan 7. MENYEBABKAN KANSER a. Kanser ruang mulut e. Kanser kerongkong b. Kanser peti suara f. Kanser pundi kencing c. Kanser buah pinggang g. Kanser paru-paru d. Kanser pankreas
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 45 TAJUK 3 LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERHENTI MEROKOK Langkah-langkah untuk berhenti merokok adalah seperti berikut : 1. Merasa bangga kerana tidak merokok. 2. Elakkan godaan – simpan mancis atau pemetik api 3. Menentang gian dengan kesibukan 4. Jauhkan diri daripada mereka yang merokok 5. Berwaspada selepas waktu makan dan minum. 6. Simpan wang yang digunakan untuk membeli rokok di satu tempat khas. 7. Sediakan bahan gantian. 8. Pelajari cara-cara yang boleh menenangkan diri. 9. Ingatkan sebab-sebab yang anda tidak boleh merokok. 10. Jangan menerima sebaran tawaran merokok. Saya percaya ANDA BOLEH lakukannya!
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 46 TAJUK 4 TAHUKAH ANDA? Tahukah Anda? Tembakau membunuh hampir separuh daripada penggunanya di dunia, iaitu kira-kira hampir 6 juta orang setiap tahun. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, prevalens merokok dalam kalangan penduduk dewasa yang berumur 18 tahun ke atas ialah sekitar 25 peratus. Prevalens perokok lelaki yang berumur 18-19 tahun meningkat dari 24.6 peratus pada 2011 kepada 40.1 peratus pada 2015. Prevalens perokok wanita juga meningkat dari 1.1 peratus pada 2011 kepada 1.4 peratus pada 2015. Selain itu prevalens perokok di kawasan luar bandar lebih tinggi iaitu sebanyak 29.4 peratus berbanding 22.3 peratus di kawasan bandar. Sehubungan itu, negara kita sepakat dengan usaha Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam mengurangkan prevalens merokok sebanyak 15 peratus menjelang 2025. Rokok Eletronik Atau Vape Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah e-rokok, vapor dan e-cig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan ‘rokok’, ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak arif mengenainya. Panggilan ‘vapor’ yang bermaksud ‘wap’ adalah lebih ringan diterima masyarakat.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 47 TAJUK 5 BAHAN KIMIA DALAM ROKOK Kandungan rokok terdiri daripada 3 jenis bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan iaitu nikotin, karbon monoksida dan tar. Merokok merupakan penyebab kepada 40% penyakit jantung dan strok. Perokok adalah 4 kali berisiko mati akibat serangan jantung berbanding bukan perokok. Mereka yang terdedah dengan asap rokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap serangan jantung. Merokok menyebabkan anda membawa masuk pelbagai jenis bahan beracun ke dalam tubuh badan anda melalui paru-paru dan seterusnya diserap dalam sistem peredaran darah. Gangguan aliran darah ke otak menyebabkan serangan strok. Kesan merokok kepada : Isteri – mempunyai risiko menghidap barah paru-paru yang tinggi berbanding isteri bukan merokok Rakan-rakan sepejabat – mereka yang bekerja dipersekitaran yang tercemar dengan asap rokok untuk jangkamasa yang lama boleh mengalami kerosakan paru-paru Bayi dan kanak-kanak – asap rokok boleh merencatkan pertumbuhan bayi di dalam rahim ibu. Anak-anak perokok lebih mudah terkena serangan jangkitan paru-paru, batuk, lelah, selesema dan sakit kerongkong. Bertujuan mendedahkan tentang bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok dan kesan merokok pada diri dan orang lain.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 48 TAJUK 6 SYAIR SENGSARA ROKOK Sengsara hidup bangkai bernyawa, Angkara rokok musuh durjana, Marilah kita seia sekata, Bulatkan hati kuatkan jiwa. Penyakit kronik datang melanda, Perokok sakit dimamah usia, Menyedut racun bahan kimia, Sedap di mulut diri merana. Rokok, Tanpamu hidup kami lebih cergas, Jauh dari penyakit berbahaya, Gigi bersih nafas pun segar, Contoh yang baik untuk generasi muda. Rokok Tanpamu umur kami mungkin lebih panjang, Kami juga berselera untuk makan, Tidak membazir menjimatkan wang. Tiada habuk tiada pencemaran.
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 49 TAJUK 7 LAGU : BAHAYA VAPE (Rentak lagu : Lagu Tiga Kupang) Rokok elektronik Hisap wap nikotin Kesannya negatif Diri sendiri Bila sudah cuba Mesti mahu lagi Rosak gigi kamu Jantung dan hati c/o: Rokok elektronik Vape nama diberi Asap kepul-kepul Buat sakit hati Hei… Jangan hampirinya Nanti kau terseksa Rokok elektronik Baik buang saja
Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 50 TAJUK 8 SAJAK : BAHAYA ROKOK Rokok Kewujudanmu mengubah segala Setiap pelosok negara kau mendapat tempat Hadirmu membawa gembira si penghisap rokok Adakah mereka sedar akan bahayamu Mereka lupa Kau pembunuh seperti dadah Mereka tidak sedar Kau penyebab penyakit kronik Kanser, diabetis, jantung, buah pinggang membawa mati Siapa sangka Kepulan asapmu yang putih itu Punyai 4000 bahan kimia berbahaya Mengundang derita si pembau Isteri, anak, kawan-kawan menjadi mangsa Sedarla wahai perokok Merokok hanyalah penderitaan Kau akan merana dibelenggu penyakit Hidupmu hanyalah kesakitan Wahai perokok Bersihkanlah tubuhmu Muhasabahlah dirimu Sucikanlah hatimu Ceriakanlah hidupmu Sinarilah hayatmu TANPA rokok..