The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Modul Mesej 5 Minit PPDa sesuai untuk peringatan bersama

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZLINA BINTI OMAR KPM-Guru, 2023-10-16 23:21:40

Buku Modul Mesej 5 Minit PPDa

Buku Modul Mesej 5 Minit PPDa sesuai untuk peringatan bersama

Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 51 TAJUK 9 INFO ROKOK : BAHAYA MEROKOK Berikut merupakan beberapa info bahaya merokok: Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok dan sudah ramai orang mati kerana merokok. Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan, tetapi ramai orang yang sanggup menggadaikan nyawa dengan merokok. Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu nikotin, karbon monoksid dan tar. Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat, mengecutkan salur-salur darah dan meninggikan tekanan darah. Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh menyebabkan keupayaan darah membawa oksigen menurun. Bila darah kurang membawa oksigen, badan akan menjadi letih dan mengantuk. Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah paru-paru, usus atau mulut. RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan larangan merokok. Peraturan sekolah juga tetap melarang pelajar merokok. Pelajar yang melanggar peraturan ini akan dibuang sekolah.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 52 TAJUK 10 CERPEN : AKU SEBATANG ROKOK Aku rokok. Tidak perlu tahu nama penuhku. Cukup anda kenal aku sebagai rokok. Badanku panjang. Putih dan kuning itu warna kulitku. Ada juga bangsaku berwarna hitam. Sudah berkurun aku wujud di dunia ini. Pelbagai inovasi telah dicipta dari bangsaku. Vape, shisha, itu semua cucu-cicitku. Manusia menghabiskan masa dan wang demi menghirup secangkir bahagia dari tubuhku. Agungnya aku apabila mereka letakkan dibibir yang sepatutnya digunakan untuk mengukir sebuah senyuman. Pedih seksa tubuhku apabila dibakar. Tidak mengapa wahai manusia. Hiruplah secangkir bahagia dari tubuhku. Nikmatilah bahagia itu. Aku maafkan wahai manusia ketika kau buang tubuhku ke tanah. Kau tenyeh badanku dengan kasut kulitmu. Sakit, perit yang ku rasa setelah habis nikmat kau dapat. Kenapa aku maafkan kamu wahai manusia? Sedang kamu bahagia membakarku aku dan bangsaku telah berjanji aku merosakkan dirimu. Setiap sedutan aku titipkan kanser, penyakit jantung. Jenis kanser? Tidak perlu pilih, aku siapkan semuanya untukmu wahai perokok. Jika mahu selamat, tinggalkan aku, jauhi aku. Pesan pada keluargamu jangan pernah mencubaku. Tiada erti sihat jika bersamaku.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 53 TAJUK 11 TIPS BERHENTI MEROKOK 12M 1. Melengah-lengahkan - tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar. 2. Menarik nafas panjang - tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan. 3. Minum air- terutama air masak. Elakkan minuman berkafein. 4. Menyibukkan diri - buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok. 5. Menjauhkan diri - daripada orang yang merokok. 6. Mengelakkan diri - daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok. 7. Mengunyah sesuatu - seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis. 8. Membasuh tangan selalu. 9. Mandi dengan kerap. 10. Meregangkan otot - lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk. 11. Meditasi. 12. Memohon doa - berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 54 TAJUK 12 MONOLOG: AKU DAN SEBATANG SHISHA STICK Sisi jahat: Shisha… boleh cuba ni. Sisi baik : Shisha banyak buruknya. Perlu dielak. Sisi Jahat : Shisha stick ja. Sisi Baik : Dari shisha stick ja boleh jadi ketagihan. Dalam shisha stick ada nikotin. Sedut sekali ja dalam masa 10 saat terus sampai otak. Sisi Jahat: Jangan risau la. Shisha ni ada penapis. Sisi Baik : Nikotin tak larut air. Penapis yang ada tu tak berguna. Sisi Jahat: Sekali cuba tak jadi apa. Sisi Baik : Bila dah kena jangkitan penyakit tuberkulosis dan hepatitis, hepes, aspergillosis dan helicobacter baru nak sedar? Sisi Jahat : Cuba la sikit, kawan nak paying tu. Sisi Baik : Kongsi la shisha tu. Jangkitan paru-paru, kanser perut, dan apa ja penyakit mudah berjangkit semua nak hinggap. Aku : SHISHA PERGI JAUH-JAUH!


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 55 TAJUK 13 LAGU : KEMPEN TAK NAK MEROKOK Anak Malaysia warga berbudaya, Bertatasusila, berimej mulia, Merokok hanya akan mencemarkannya, Janganlah kita ketagih dengannya Tak nak merokok hoi hoi Tak nak merokok hoi hoi Jika merokok banyak padahnya.. Tak nak merokok hoi-hoi Tak nak merokok hoi-hoi Kerana rokok cemarlah budaya Anak Malaysia warga berupaya Sihat sejahtera, cergas sentiasa Merokok hanya melemahkan kita Itulah bahaya jika menagihnya Tak nak merokok hoi hoi Tak nak merokok hoi hoi Jika merokok banyak padahnya.. Tak nak merokok hoi-hoi Tak nak merokok hoi-hoi (Menyanyi mengikut rentak lagu Can Mali Can)


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 56 TAJUK 14 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BERKAITAN MEROKOK Mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 Pindaan 1997: Peraturan 10 dan 12 1. Semua Premis Kerajaan. 2. Hospital dan klinik 3. Kaunter bank, telekom dan pos. 4. Kenderaan awam. 5. Kedai berhawa dingin. 6. Kompleks membeli belah. 7. Stadium. 8. Sekolah, Taman Asuhan, Tadika, IPT. 9. Kompleks sukan. 10. Hentian pengangkutan awam. 11. Lif awam. 12. Stesen minyak. 13. Dewan orang ramai. Peraturan 8 Adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak jika menjual hasil tembakau kepada individu di bawah umur 18 tahun. Peraturan 8A Mana-mana individu di bawah 18 tahun yang merokok atau mengunyah apa-apa hasil tembakau atau membeli atau memiliki samada guna sendiri atau tidak, apa jua hasil tembakau telah melakukan satu kesalahan.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 57 TAJUK 15 ROKOK ELEKTRONIK DAN KESANNYA Rokok elektronik adalah satu alat elektronik menyerupai cara merokok tanpa perlu perokok menyedut asap rokok yang berbahaya. Setiap kali rokok elektronik disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan menghidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair yang akan menghasilkan wap. “Penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali, katanya.” (Sumber: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Berita Harian: 21 Jan 2013). Rokok elektronik mengandungi pelbagai jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Larutan nitrosamine menjadi penyebab terjadinya kanser.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 58 BAHAGIAN 4 INHALAN


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 59 TAJUK 1 PENGENALAN INHALAN Definisi Inhalan Inhalan atau agen inhalasi termasuk dalam kelas dadah berbentuk gas atau wap yang disalahguna secara inhalasi. Inhalasi bermaksud menghidu gas sama ada melalui hidung atau mulut sehingga gas itu sampai ke paru-paru. Agen ini wujud di dalam pepejal atau cecair meruap (volatile) yang menghasilkan gas pada suhu bilik. Gas yang dihidu ini boleh menyebabkan kesan psikoaktif atau mind-altering (merangsang perubahan minda).Ini kerana gas ini mengandungi bahan kimia yang boleh mempengaruhi neuron di otak. Kriteria utama agen inhalasi ialah gas ini hanya diambil secara inhalasi untuk mendapatkan kesannya.Terdapat lebih daripada 30 barangan harian yang boleh disalahgunakan. Penagihan agen ini tidak memerlukan peralatan khas seperti jarum, straw, daun, sudu, botol, batang betik dan mentol lampu. Kebanyakan penagih golongan ini merupakan kanak-kanak dan remaja. Kesan-Kesan Pengambilan Inhalan Kebanyakan inhalan berbentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu hingga dua jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, penagih mungkin hilang deria rasa, sawan dan seterusnya tidak sedarkan diri. Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. Penagih juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah ketika pengsan, kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas. Inhalan yang dihidu pada kadar kepekatan tinggi boleh menyebabkan rasa kebas,


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 60 kekejangan anggota badan, kerosakan pendengaran dan penglihatan, komplikasi sistem pembiakan, sirosis hati, kegagalan jantung dan kematian mengejut. Penagihan yang berterusan dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan penagih turut merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan pergerakan badan akan turut terjejas. Inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. Mengenal Ciri-ciri Penagih Inhalan 1. Tanda-tanda penagihan inhalan dalam kalangan murid-murid: 2. Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik tidur. 3. Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan, atau pakaian. 4. Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan hidung. 5. Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung berair. 6. Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian yang telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan di dalam laci atau almari di bilik tidur. 7. Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera makan, pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus. 8. Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah marah dan murung.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 61 Kenapa Inhalan Sangat Bahaya 1. Kematian yang mengejut akibat tersedak dan sesak nafas. 2. Merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-paru, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. 3. Kuantiti bahan inhalan yang sedikit tetapi boleh menyebabkan penagih berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu hingga dua jam. 4. Bahan inhalan mudah diperolehi di kedai-kedai barangan logam dan tiada kawalan pembelian. 5. Disukai oleh remaja kerana harganya murah dan sukar dikenalpasti oleh ibu bapa sehinggalah penagih pada tahap ketagihan yang teruk. 6. Ramai orang tidak menganggap inhalan sebagai dadah kerana bahan inhalan digunakan sebagai bahan kegunaan di rumah. 7. Remaja tidak mengetahui bahan-bahan inhalan boleh menyebabkan ketagihan yang kronik.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 62 TAJUK 2 BAHAYA MENGHIDU INHALAN Kesan serta merta menghidu inhalan adalah melalui tanda-tanda seperti berikut : Bil. Tempat Simpton 1 Deria (Sensory System) - Sensitif kepada cahaya - Gatal mata - Penglihatan berkembar - Telinga berdesing/ berdengung 2 Sistem-sistem pernafasan (respiratory dan cerdial system) - Sesak nafas - Sakit dada dan rasa tidak selesa - Degupan jantung yang tidak normal 3 Lain-lain - Sakit-sakit otot dan sengal sendi Penyedutan yang panjang atau penghiduan berulang dalam masa yang singkat mungkin menyebabkan : 1. Ketidakserasian (disorientation) 2. Kehilangan kawalan diri 3. Tidak sedarkan diri/pengsan 4. Sawan (serangan otak dengan tiba-tiba) 5. Kurang penyelarasan pergerakan otot 6. Refleksi/ gerakan yang berkurangan (depressed reflexes) 7. Hidung berdarah, mata merah dan nafas berbau 8. Pening kepala selama beberapa hari.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 63 Kesan Jangka Panjang Menghidu Inhalan Penggunaan inhalan dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan perkara-perkara berikut : 1. Kelesuan / pucat 2. Hilang daya ingatan 3. Kehilangan daya untuk berfikir dengan jelas atau waras 4. Cepat dahaga 5. Susut berat badan 6. Kemurungan 7. Panas baran 8. Pemarah 9. Perasaan teraniaya 10. Pengurangan pembentukan sel darah dalam sum-sum tulang. Kebanyakan kesan jangka panjang ini boleh dipulihkan semula (reversible) jika penggunaan inhalan dihentikan. Penghiduan wap pekat yang dilakukan berulang kali dalam tempoh masa yang berlanjutan boleh menyebabkan : 1. Kerosakan sistem saraf pusat yang kekal dan mungkin tidak dapat dipulihkan kembali; 2. Penurunan keupayaan jasmani dan mental; 3. Kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang; 4. Kematian mengejut yang berpunca daripada degupan jantung yang tidak tetap dan kesukaran bernafas. Kesan kepada tubuh badan Wap yang disedut dari bahan pelarut atau aerosol akan masuk dengan cepat ke dalam aliran darah melalui paru-paru, kemudian ianya teredar dengan cepat sekali ke dalam organ yang mempunyai edaran darah yang besar seperti otak dan hati. Wap yang disedut ini akan cepat terserap ke dalam sistem saraf pusat menyebabkan banyak kelemahan kepada fungsi badan termasuk tarikan pernafasan dan degupan jantung.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 64 Kesan Pengambilan Inhalan (Keratan Akhbar) Berdasarkan keratan akhbar di atas, rumusan yang dapat dibuat ialah Perbuatan menghidu gam lebih buruk berbanding penyalahgunaan dadah kerana ia mampu merosakkan organ dalaman badan dalam tempoh masa yang singkat. Kekurangan ilmu serta maklumat berkaitan inhalan menyebabkan masyarakat memandang enteng gejala tidak sihat ini. Gejala pengambilan inhalan ini bertumpu di kawasan pedalaman dan estet. Namun, dewasa ini gejala ini juga merebak dan sering membabitkan kanak-kanak dan remaja yang menetap di flat perumahan kos rendah. Kesan hidu gam dalam masa 6 bulan : o Kesan kepada jantung o Kanser Hati o Kerosakan organ dalaman termasuklah buah pinggang, otak dan paru-paru.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 65 TAJUK 3 CARA PENGAMBILAN INHALAN (GAMBARAJAH)


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 66 TAJUK 4 JENIS-JENIS INHALAN 1. Pelarut/Cecair Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen Meruap pada suhu bilik Mudah dan senang didapati Thinner, pembersih cat, cecair dobi, gam, cecair pemadam dan cecair penanda 2. Bahan gas Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida Pelali perubatan contoh eter, kloroform dan halothane Digunakan dalam produk di rumah 3. Aerosol Pemetik api, pewangi,penyembur rambut, pelindung fabrik Cecair yang mengandungi penyembur dan pelarut 4. Bahan nitric Bertindak meransang sistem pusat Climax, popers, rush dan locker room


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 67 TAJUK 5 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Menghidu atau menyedut inhalan boleh membunuh walau hanya dengan sekali sedutan atau hiduan sahaja. Antara yang dapat dilakukan adalah: a) Sentiasa sedar, waspada serta ambil tahu tentang masalah ini dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan caracara untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi dalam kalangan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda. b) Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui tentang bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta inhalan. c) Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produk-produk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada. d) Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan oleh anak sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut. e) Sekiranya anda mengenalpasti sebarang perubahan tingkah laku anak atau rakan anda, dampingi mereka dan mula berbincang mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan melengahkan tindakan anda. f) Elakkan sikap ‘tidak apa’. Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan mungkin akan membunuh orang tersayang.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 68 TAJUK 6 BORIA INHALAN Cerita hari ini tentang inhalan Disalah guna memberi kesan Jangan sengaja kita amalkan Boleh akibat pelbagai kesan Ewah….. Bermacam jenis bahan inhalan Yang kita guna dalam kehidupan Jangan jadikan diri bebanan Pada keluarga dan juga rakan Kesan inhalan sangat bahaya Hilang ingatan dengan tiba-tiba Halusinasi menyusul pula Benda yang tiada dikatanya ada Ewah.. Jika inhalan jadi amalan Apa ditutur tiada siapa peduli Kita seperti dalam khayalan Dengan masyarakat menjauhkan diri Ewah.. Penagih inhalan buruk kesannya Menjadi ganas dengan tiba-tiba Badan pun kurus tiada selera Kesan tempias pada negara


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 69 TAJUK 7 PANTUN NASIHAT INHALAN Pagi-pagi menetak dahan, Dahan pokok banyak duri; Jauhi diri dari inhalan, Jika diamal merosak diri. Setiap petang berjalan-jalan, Sambil berjalan berpimpin tangan; Banyak kesannya mencuba inhalan, Batuk muntah lemah badan. Jika selalu mengambil inhalan, Memberi kesan jangka panjang; Jika diambil secara berterusan, Rosak otak dan buah pinggang. Wahai kawan dengarkan ini, Pantun nasihat jadi panduan; Pandai-pandailah menjaga diri, Jangan tersalah memilih kawan.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 70 TAJUK 8 SAJAK : MAAFKAN AKU Aku tidak ingin mencuba dulunya Namun pengaruhmu Jadikan aku luntur, aku lemah. Maafkan aku ibu, ayah Ampunkan aku adik; abang; kakak ‘Sorry‘ cikgu; kawan-rakan Dulu kuhidu janjinya hanya suka-suka Dulu kusedut janjinya hanya ingin cuba. Namun Kudratku tidak sehebat mana rupanya Aku jatuh lemas, tewas. Maafkan aku ibu, ayah Ampunkan aku adik; abang; kakak ‘Sorry‘ cikgu; kawan-rakan Aku ingin melangkah kembali Ke jalan benar dengan iman dan amal Langkah penuh gagah Selamat tinggal inhalan!!


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 71 TAJUK 9 CERPEN : KAU PEROSAK Kumpulan pasukan olahraga acara larian Sekolah Kebangsaan Sempang 3 begitu terkenal dengan pelari-pelarinya yang handal untuk acara berkumpulan. Pada awal tahun ini, seperti biasa, Naim, Zaidi, Razman dan Omar begitu gembira kerana terpilih mewakili pasukan sekolah dalam acara larian 4 x 200 meter. Mereka telah menjalani latihan beberapa kali dengan dibimbing oleh jurulatih acara larian sekolah tersebut. Latihan menjadi lebih kerap kerana hari pertandingan sebenar akan bermula beberapa hari lagi. Zaidi : Razman, nampaknya kumpulan kita ini sudah terkenal dalam sekolah kita. Dalam perhimpunan pun, kumpulan larian kita disebut-sebut oleh guru kokurikulum. Razman : Mestilah, kita sudah banyak menjalani latihan. Kita berempat memang hebat dan benar-benar menjadi harapan sekolah supaya menjadi johan peringkat negeri acara larian berpasukan ini. Naim : Oh, yakah! Tapi saya rasa, kita belum tentu akan menang. Kaki saya ni sekali- sekala berasa sakit. Kepala saya pun sering pening. Saya rasa kumpulan kita tidak boleh menjadi johan lah. Omar : Eh, eh, kau ni Naim! Apa pula kau merepek ni? Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyertai pertandingan sebenar. Jangan buat main-main, Naim. Kita ni harapan sekolah. Jika kita berjaya memenangipertandingan ini sebagai johan negeri, kita dapat mengharumkan nama kita dan sekolah kita. Kita akan memperoleh sijil kemenangan yang berguna untuk ke sekolah menengah yang terbaik. Naim Yalah, kita cubalah sedaya upaya. Mudahmudahan kita berjaya. (Naim bercakap dengan suara yang lemah. Matanya kelihatanmerenung jauh seolah-olah menyembunyikan suatu rahsia) Pada hari yang lain…


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 72 Zaidi : Razman! Omar! Kau orang dengar tak? Tadi Naim pengsan. Dia terjatuh di bilik air. Cikgu Kamaruddin telah menghubungi ambulans. Omar: Oh, begitukah! Saya tak sangka pula Naim tiba-tiba jadi begitu. Tapi, pada minggu lepas, saya masih ingat Naim kata kakinya selalu sakit dan kepalanya sering terasa pening. Razman: Ya lah! Saya pun terkejut ni. Mari kita bertanya kepada cikgu apa yang sebenarnya terjadi kepada kawan baik kita itu. Mereka terus berjumpa jurulatih pasukan olahraga sekolah mereka untuk bertanya mengenai keadaan Naim. Malangnya pada keesokan hari, mereka mendapat berita yang mengejutkan. Rupa-rupanya, Naim telah mencuba-cuba menghidu gam. Doktor mengesahkan ini yang menyebabkan kaki Naim sering sakit. Kepalanya juga selalu pening dan akhirnya dia pengsan. Jurulatih olahraga kelihatan begitu kecewa dengan berita buruk ini kerana Naim terpengaruh dengan amalan menghidu gam. Naim terpaksa digantikan dengan peserta simpanan untuk acara larian yang akan bermula pada keesokannya. Razman dan rakan-rakannya berasa sangat sedih kerana Naim merupakan pelari yang terbaik dalam kumpulan itu. Namun, akibat menghidu gam mereka terpaksa kehilangannya).


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 73 TAJUK 10 WAWANCARA INHALAN Ain Afiqah, murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kota Lama dan merupakan salah seorang Pembimbing Rakan Sebaya menemuramah seorang doktor perubatan mengenai kesan inhalan terhadap kesihatan seseorang. Afiqah : Selamat pagi doktor. Saya Afiqah dari Sekolah Kebangsaan Kota Lama ingin menemuramah doktor tentang kesan dan akibat inhalan kepada manusia. Doktor : Selamat pagi. Silakan duduk. Ain Afiqah: Bolehkah doctor ceritakan pengalaman merawat pesakit yang terlibat dengan jenis inhalan? Doktor : Tentu sekali. Kebanyakan pesakit tersebut melibatkan remaja. Ain Afiqah : Apakah jenis inhalan yang biasanya digunakan? Doktor :Kebiasaannya mereka menghidu gam tetapi terdapat satu kes pesakit saya yang menghidu petrol. Ain Afiqah : Bagaimanakah pesakit tersebut terlibat dengan ketagihan menghidu petrol? Doktor: Pesakit tersebut bekerja sebagai jurupam di sebuah stesen minyak. Pada awalnya dia suka menghidu bau petrol secara tidak langsung sehinggalah tanpa disedari dia menjadi ketagih. Ain Afiqah: Apakah kesan ketagihan menghidu petrol? Doktor: Ketagihan menghidu petrol memberikan kesan khayal dengan cepat berbanding dengan kesan yang didapati daripada penyalahgunaan


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 74 dadah yang lain. Wap yang dihidu daripada petrol meresap ke dalam saluran darah melalui paru-paru, kemudian tersebar dengan cepat ke otak dan hati yang akhirnya boleh menyebabkan kematian mengejut. Ain Afiqah: Apakah rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit tersebut? Doktor : Pada peringkat ketagihan awal, pesakit ini boleh dirawat. Walau bagaimanapun penagihan tegar sukar dirawat yang mana kebanyakannya membawa maut. Ain Afiqah : Sebelum mengakhiri wawancara ini, apakah nasihat doktor kepada golongan masyarakat di luar? Doktor : Pertama, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawal dan mengawasi tingkah laku anak-anak. Seterusnya guru-guru sebagai penyalur maklumat perlu memberi pendedahan kepada murid dari semasa ke semasa mengenai bahaya penyalahgunaan dadah termasuk inhalan. Masyarakat juga haruslah sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan Masyarakat Madani Tanpa Dadah. Ain Afiqah: Terima kasih doktor atas perkongsian maklumat sebentar tadi. Doktor : Sama-sama.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 75 BAHAGIAN 5 HIV / AIDS


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 76 TAJUK 1 DEFINISI HIV DAN AIDS HIV dan AIDS adalah penyakit sosial yang melanda masyarakat sejagat termasuk Malaysia. Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus). AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Seseorang individu dijangkiti AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk. Penyebaran HIV dan AIDS HIV dan AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan perhubungan seks bebas, penerimaan darah yang tercemar perkongsian jarum suntikan dadah dengan orang telah dijangkiti dan daripada ibu ke anak semasa mengandung, melahirkan dan menyusu badan jika ibu adalah positif HIV. Tanda dan Simptom HIV Pada peringkat awal, pesakit kelihatan sihat tanpa menyedari dirinya HIV positif. Namun demikian, AIDS boleh merebak dan menjangkiti orang lain. Sebilangan pesakit mengalami simptom berikut dalam masa dua hingga enam minggu selepas dijangkiti kuman HIV, tanda-tandanya adalah seperti badan terlalu lemah dan lesu, penurunan berat badan yang mendadak, demam panas yang kerap, kelenjar limpa membengkak, ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa (contoh: lapisan dalam mulut), cirit-birit yang kronik dan batuk yang kronik.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 77 TAJUK 2 SIMPTOM JANGKITAN AIDS Pesakit HIV mudah mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan yang lemah. Dalam masa dua tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, simptom AIDS akan bertambah kronik. Simptom-simptom AIDS adalah penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan, cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering, jangkitan kuman pada otak (contoh: toxoplamosis), jangkitan kulat (contoh: candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan) dan kanser (contoh: Kaposi's sarcoma). Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa:- Fasa 1: Bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu. Fasa 2: Virus terus membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda atau gejala-gejala yang tertentu. Fasa 3: Membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisme pertahanan tubuh. Fasa 4: Pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar ‘Infeksi Oportunistik’ seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasukSarkoma Kaposi. Fasa 5: Pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisme pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 78 TAJUK 3 BAHAYA HIV DAN AIDS Penyakit AIDS ini berpunca daripada beberapa faktor. Beberapa laporan tentang penyakit ini ditemui dalam kalangan lelaki homoseksual dan penagih dadah yang menggunakan suntikan. Penerima darah dan pasangan seks atau anak-anak kumpulan ini juga didapati menghidap penyakit yang sama iaitu pendatang dari kepulauan Haiti, pesakit hemofilia (sejenis penyakit keturunan yang semula jadi membunuh sel darah). Punca jangkitan yang menyebabkan penyakit ini semakin menular di antara lainnya ialah homoseksual, penggunaan dadah yang menyuntik (IDU) iaitu secara pengkongsian, perlakuan heterosekual, industri darah yang telah tercemar dengan penyakit ini dan juga aktiviti seks yang dilakukan secara rambang iaitu seks dengan lebih daripada satu pasangan yang kerap diamalkan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap pasangan tersebut. Mereka hanya mementingkan kenikmatan semata-mata tanpa menghiraukan kesan jangka panjang yang akan berlaku terhadap mereka. Faktor dominan yang menyebabkan penyakit AIDS berleluasa ialah kekurangan kesedaran tentang bahaya penyakit AIDS dan kurang mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Seterusnya, kekurangan pengetahuan tentang penyakit AIDS juga menyumbang kepada peningkatan bilangan pesakit AIDS. Rakyat seharusnya dibekalkan informasi tentang penyakit AIDS supaya menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan pemeriksaan darah secepat mungkin. Tindakan ini adalah untuk mengetahui sama ada mereka ialah pembawa HIV yang berkemungkinan besar akan menyebarkan virus tersebut melalui hubungan seks rambang, pemindahan darah, ataupun melalui penyusuan ibu kepada anak. Jelaslah kepada kita betapa pentingnya bagi rakyat menyedari tentang bahaya penyakit AIDS yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan tetapi boleh juga mengancam nyawa seseorang.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 79 TAJUK 4 PENYEBARAN HIV DAN AIDS Fakta mengenai HIV : 1. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia. 2. HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing dan air mata. 3. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat dan melalui udara. 4. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di permukaan kulit dan pakaian, HIV tidak boleh dijangkiti melalui : Pendermaan darah yang menggunakan peralatan disteril dan mengikut piawai dapat menghindarkan jangkitan. Di Malaysia, semua darah yang didermakan telah disaring terlebih dahulu bagi mengesan antibodi HIV. Melalui sentuhan. Menjaga seseorang yang positif HIV. Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam. Berkongsi makanan. Berkongsi tempat tinggal, bekerja dan belajar bersama serta berkongsi tempat tidur. Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit HIV kerana virus HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus HIV. Bersin, batuk, air peluh dan air kencing. Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 80 TAJUK 5 UJIAN ANTIBODI HIV Ujian Antibodi HIV ialah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV dalam tubuh. Antibodi ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh badan bagi melawan anasir-anasir asing seperti kuman dan virus yang menyerang sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV dalam darah menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku. Bagaimanapun bagi jangkitan HIV, antibodi HIV yang dihasilkan ini hanya mampu melawan virus HIV ini di peringkat awal jangkitan. Apabila virus HIV ini membiak dan menjadi semakin banyak, antibodi HIV ini menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawannya. Bagi sesetengah individu pula antibodi HIV hanya dapat dikesan dalam darah setelah tiga bulan. Jika keputusan ujian setelah tiga bulan itu adalah negatif maka anda perlu membuat satu ujian HIV lagi setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan. Ini kerana tubuh mungkin mengambil masa selama enam bulan untuk mengeluarkan antibodi HIV secukupnya. Oleh itu dua ujian setelah tiga bulan dan 6 bulan mampu memberikan keputusan yang lebih meyakinkan. Ujian pertama yang menunjukkan keputusan negatif iaitu setelah tiga bulan bermakna antibodi HIV tidak dikesan di dalam contoh darah yang diuji. Namun, ini belum mengesahkan bahawa individu berkenaan bebas daripada HIV. Ini adalah kerana terdapat satu tempoh yang dipanggil “window period” dimana antibodi HIV tidak dapat dikesan di dalam darah kerana badan belum menghasilkannya, walaupun telah terdapat virus HIV yang banyak dalam darah atau air mani. Waktu antara jangkitan dengan penghasilan antibodi HIV dipanggil “Window Period”. Sekiranya mereka yang dikesan negatif dalam ujian pertama, perlu menjalani ujian darah sekali lagi selepas tiga bulan (iaitu setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan) supaya status anda dapat ditentukan dengan lebih tepat. Perlu diingatkan bahawa dalam jangkamasa 6 bulan


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 81 elakkan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi agar ujian-ujian darah tersebut tidak sia-sia. Keputusan yang positif bermaksud antibodi HIV telah dikesan dalam darah. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya bermakna individu tersebut akan jatuh sakit dalam masa yang singkat. Seseorang yang positif HIV perlu mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan memanjangkan hayatnya.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 82 TAJUK 6 RAWATAN PENYAKIT HIV DAN AIDS Masih tiada lagi ubat atau rawatan untuk menyembuhkan HIV dan AIDS namun terdapat ubat dan rawatan untuk melambatkan proses penyakit ini. 1. Ubat-ubatan: Melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat simptom yang dialami oleh pesakit seperti ubat anti retrovirus yang menyerang dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV. 2. Kaunseling: Membantu klien memulihkan dan menggerakkan klien ke arah pertumbuhan diri yang lebih baik. 3. Makanan berkhasiat: Pengambilan makanan berkalori tinggi bersama protein dan karbohidrat yang cukup, boleh mempertahankan diri dari kekurangan zat makanan, malserapan nutrien, penurunan sistem imun dan susut badan. 4. Senaman dan gaya hidup sihat Usaha Mencegah Penularan HIV dan AIDS Pencegahan dalam kalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV : Pasangan yang ingin berkahwin diwajibkan menjalani ujian saringan HIV dan AIDS. Menjauhkan diri daripada mengadakan hubungan seks bebas. Gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang. Jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti virus sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan penyusuan. Pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam. Individu berisiko tinggi hendaklah menjalani ujian HIV. Gunakan alat-alat yang telah disteril untuk menindik telinga dan membuat tatu.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 83 TAJUK 7 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MENANGANI HIV DAN AIDS Usaha terbaik untuk menangani penyakit AIDS adalah melalui pendidikan secara berterusan. Usaha pencegahan yang dilakukan adalah untuk mendidik orang ramai mengenai AIDS dan HIV melalui:- 1. Mesej pencegahan melalui pendidikan di sekolah atau institusi pendidikan. 2. Mesej pencegahan melalui pendidikan dalam keluarga. 3. Mesej pencegahan melalui pendidikan dalam kalangan masyarakat. 4. Usaha pencegahan melalui pewartaan akta iaitu:- i. Akta Dadah Berbahaya 1952; ii. Akta Racun 1952; iii. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983; iv. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985; v. Akta Dadah Berbahaya (Perlucutkan Harta) 1988; dan vi. Akta Penggubalan Wang Haram 2001. 5. Mengamalkan gaya hidup sihat adalah amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. 6. Pegangan agama/moral yang kukuh


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 84 TAJUK 8 KISAH SEORANG PESAKIT HIV DAN AIDS Shima merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Selepas menamatkan persekolahan dia telah menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan di sebuah kolej kejururawatan. Walaubagaimanapun, Shima tidak menamatkan pengajiannya kerana masalah peribadi. Selepas berhenti belajar Shima pulang ke kampung halamannya. Selepas beberapa bulan menganggur Shima meminta kebenaran ibu dan bapanya untuk bekerja di bandar sebagai seorang operator. Shima tinggal bersama rakan-rakannya di rumah sewa. Shima mula bersikap liar, hujung minggu sering dihabiskan bersama rakan-rakannya di kelab-kelab malam. Kehidupan Shima mula berubah, gajinya dihabiskan untuk bersukasuka dan Shima mula berkenalan dengan seorang lelaki dan tinggal bersama lelaki tersebut. Hidupnya dilimpahi kemewahan. Dia juga sering bertukar-tukar pasangan. Shima mengetahui yang kekasihnya merupakan seorang keldai dadah. Pada suatu hari Shima telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan penipuan siber. Akaunnya telah digunakan oleh kekasihnya untuk membuat penipuan siber. Selepas dibicarakan, Shima telah disabitkan dengan kesalahan bersubahat dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Semasa dihantar ke Penjara, Shima telah menjalani ujian saringan kesihatan. Semasa ujian tersebut Shima telah dikesan menghidapi penyakit HIV positif. Shima tidak dapat menerima hakikat tersebut. Shima rasa menyesal dengan perbuatannya dulu walau bagaimanapun penyesalannya itu tidak berguna lagi kerana nasi telah menjadi bubur.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 85 TAJUK 9 KISAH PEMUDA HIV DAN AIDS Sekitar 13 tahun yang lalu, rutin hidupnya tidak pernah lekang daripada berkongsi jarum suntikan. Hari ini, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Haikal, 34, menanggung bahana daripada gaya hidupnya itu. Dia disahkan menghidap penyakit HIV positif. Namun, pesakit yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu tidak menganggap disahkan sebagai pesakit HIV positif merupakan titik noktah dalam kehidupannya. Sebaliknya dia bersyukur. Disahkan sebagai penghidap HIV positif menyuntik keinsafan yang tidak terluah dengan katakata. Bahkan, Haikal merasakan dirinya bertuah kerana itulah titik tolak baginya mengenal erti kehidupan dan mendekatkan dirinya kepada Yang Maha Esa. “Sebelum ini, saya bergelumang dengan dosa sampaikan surah Al Fatihah pun saya tidak hafal apatah lagi menunaikan solat lima waktu,” tuturnya yang gemar dengan aktiviti menghidu gam sejak usianya 15 tahun. Daripada aktiviti menghidu gam, Haikal mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Haikal akhirnya ditangkap di atas kesalahan memiliki dadah dan dipenjarakan sebanyak empat kali. Di penjara, Haikal mula mengenal agama dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam. Ketika di penjaralah dia mendapat berita yang mengejutkan. “Amat mengejutkan apabila saya disahkan sebagai penghidap HIV positif. Namun, saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kedua untuk bertaubat,” ujarnya ketika ditemui di Rumah Pengasih Bukit Tunku, Jalan Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini. Bagi mengisi masanya, Haikal kini berkhidmat sebagai wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan membantu memberi khidmat kaunseling kepada penghidap HIV/ AIDS.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 86 TAJUK 10 PANTUN : HIV DAN AIDS Kayuh rakit di Sungai Ular, Kayuhan kuat bersama-sama; Penyakit AIDS mudah menular, Jagalah diri jangan terkena. Riuh rendah suara teriak, Kakak merenung sambil bersimpuh; Andai HIV sudah membiak, Pertahanan badan menjadi lumpuh. Tanam petola pokok menular, Jaga duri terkena sakit; Bila Aids sudah menular, Badan mudah dijangkiti penyakit. Jalan-jalan keliling taman, Sambil menghirup sedapnya susu: Hidup mesti punyai iman, Jangan ikut hawa dan nafsu.


Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah 87 PANEL PENULIS 1. En Freddy Au Ketua Unit, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2. Pn Hajah Noriah Binti Haji Molok Pengelola Kanan, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 3. Pn Siti Zaiton Binti Ismail SMK Tansau, Penampang 4. Pn Sabriah Maili @ Mohd Rasli SMK Tansau, Penampang 5. En Ermiezam @ Adi Bin Awang SK Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu 6. Pn Ramah @ Rahmah Binti Omar Ali Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu 7. Pn Mariatul Hanis Merani Abdullah SM ST Michael, Penampang 8. Pn Connie Francis SMK Bandaraya, Kota Kinabalu 9. Pn Norsinah Binti Ombi Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu 10. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 11. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 12. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 13. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Click to View FlipBook Version