The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sritialukhuwwah kkuang, 2024-03-07 01:11:57

BUKU PENGURUSAN SRITI

FINAL BUKU PENGURUSAN

Keywords: BUKU PENGURUSAN

S R I T I A L U K H U W W A H | 1 ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT Ahli Lembaga Pengurusan SRITI Al Ukhuwwah 3 Perutusan Guru Besar 4 Falsafah Pendidikan SRITI , Visi , Misi , Moto & Sasaran 5 Objektif , Dasar Kualiti , Sasaran Kerja & Tatasusila 6 Amalan Mulia Sebagai Guru (5 MIM) 7 Pengertian Lencana Sekolah 8 Lagu SRITI Malaysia 9 Sejarah Penubuhan SRITI Al Ukhuwwah 10 Sejarah Operasi SRITI Al Ukhuwwah 11 Pelan Lokasi SRITI 13 Surat Pelantikan 14 Senarai Nama & Maklumat Guru 15 – 16 Senarai Nama & Maklumat Staf 17 Senarai Nama Guru Kelas 18 Analisa Bilangan Kelas 19 Analisa Bilangan Guru Staf & Murid 20 Pengurusan Pentadbiran 21 Carta Organisasi Pengurusan & Pentadbiran 22 Peraturan & Panduan Staf 23 -34 Polisi Kecekapan Tenaga SRITI Al Ukhuwwah 35 Jadual Bertugas Mingguan Guru SRITI Al Ukhuwwah 36 – 39 Manual Kerja Guru Bertugas Mingguan 40 Jadual Guru Bertugas Harian 41 Program Khas Pentadbiran 42 Pengurusan Kurikulum 43 Carta Organisasi Unit Kurikulum 44 Dasar Kurikulum 45 – 56 Program Khas Unit Kurikulum 57 Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 58 Carta Organisasi Hal Ehwal Murid 59 Dasar Hal Ehwal Murid 60 Strategi Pelaksanaan Bagi Mencapai Matlamat Pengurusan HEM 61 – 63 Pengurusan Buku Jadual Kedatangan Murid 64 – 66 Pengurusan & Organisasi Kelas 67 - 70 Dasar Pelaksanaan Hal Ehwal Murid SRITI Al Ukhuwwah 71 Jadual Pergerakan Murid Sewaktu Sesi Persekolahan 72 - 74 Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid 75 - 76 Unit Skim Pinjaman Buku Teks & Wakaf (SPBTW) 77 - 78 Lembaga Pengawas Sekolah 79 Unit Disiplin & Tarbiah 80 - 82


S R I T I A L U K H U W W A H | 2 Unit Fail & Data Kehadiran 81 Unit Bimbingan & Kaunseling 82 Unit 4K 83 – 87 Unit Kantin 88 Penyelaras Darjah 6 89 SUK JIBG 90 Program Khas Unit HEM 91 Pengurusan Ko-Kurikulum 92 Carta Organisasi Ko-Kurikulum 93 Kaedah Laporan Keselamatan , Kecederaan & Kemalangan 94 Tugas Jawatan Kuasa Pengurusan 94 Tugas Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum 95 Tugas Setiausaha Ko-Kurikulum 96 Tugas Guru Penasihat Kelab / Persatuan 97 Tugas Guru Sukan Sekolah / Guru Rumah Sukan 98 Tugas Guru Badan Beruniform 99 Tugas Guru Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan & Ko-kurikulum 100 – 103 Kelab / Persatuan 104 – 105 Sukan / Permainan 106 – 107 Badan Beruniform 108 – 109 Mahrajan Amal Islami Sekolah 110 Rumah Sukan 111 Program Khas Ko-Kurikulum 112 Takwim 113 Penggal Persekolahan 2024/2025 114 Hari Kelepasan Am Negeri Johor 115 Takwim & Program SRITI Malaysia 116 – 118 Jadual Tahunan SRITI Al Ukhuwwah 119 – 130 Mesyuarat , LADAP & Usrah Guru Al Ukhuwwah 131 Pelaporan & Rekod Guru 132 Laporan Program 134 – 147 Minit Curai 148 - 166 Buku Bacaan Saya Tahun Ini 167 – 172


S R I T I A L U K H U W W A H | 3 AHLI LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) AL UKHUWWAH KLUANG , JOHOR.


S R I T I A L U K H U W W A H | 4 PERUTUSAN GURU BESAR Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah, bersyukur kita dengan limpahan rahmat dan hidayah-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk memulai sebuah perjalanan baru dalam usaha mendidik anak bangsa dan sekaligus menunaikan amanah sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarluaskan nilai-nilai Islam di atas muka bumi ini. Didoakan agar sesi persekolahan pada tahun 2024/2025 ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan jayanya. Penghargaan yang tidak terhingga buat kepada semua warga SRITI Al-Ukhuwwah, Kluang yang telah bertungkus-lumus menunjukkan prestasi yang memuaskan dalam melakasanakan program dan aktiviti sepanjang sesi persekolahan tahun 2023/2024 yang lalu demi mencapai segala sasaran, visi, misi, objektif dan matlamat penubuhan SRITI itu sendiri. Semestinya ia akan menjadi satu penanda aras yang realistik untuk kita bergerak dengan lebih baik dimasa akan datang. Falsafah Pendidikan KAFFAH menjadi teras dalam hala tuju pendidikan di SRITI. SRITI Malaysia telah menetapkan satu garis pandu yang sistematik dan holistik demi mencapai visi utamanya iaitu ‘Melahirkan Generasi Soleh Pintar, Rabbani dan Murabbi’. Oleh itu, semua guru hendaklah mendalami dan menghayati segala aspek dan perincian didalam Falsafah Pendidikan KAFFAH agar ianya konsisten menjadi satu standard dalam usaha pendidikan di SRITI Al-Ukhuwwah, Kluang. Sehubungan dengan itu, demi mencapai puncak keberhasilan dalam tugas mendidik ini, budaya kerja yang cemerlang dalam kalangan guru hendaklah dilaksanakan dengan penuh disiplin dan dedikasi. Selain itu, sikap profesionalisme dan berjiwa pendidik hendaklah disemai dalam diri setiap guru agar dapat membangun modal insan, meningkatkan potensi dan membina jati diri dalam kalangan murid-murid. Akhir kalam, semoga seluruh warga SRITI Al-Ukhuwwah, Kluang dapat bergerak dan berkerja sama sebagai satu pasukan yang saling melengkapi dan mengukuhkan antara satu sama lain justeru membentuk ‘Wehdatul Fikr, Wehdatul Amal’ dalam merealisasikan visi, misi dan matlamat yang telah ditetapkan. Insyaallah amin. “MELAHIRKAN GENERASI SOLEH PINTAR, RABBANI DAN MURABBI” “SELAMAT MENJALANKAN TUGAS” Sekian, Terima Kasih. .......................................................... (Encik Wan Nazmi Bin Wan Razali ) Guru Besar SRITI Al Ukhuwwah


S R I T I A L U K H U W W A H | 5 FALSAFAH PENDIDIKAN KAFFAH Suatu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifahNya untuk melahirkan insan rabbani (soleh) dan seimbang dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani berpaksikan prinsip tauhid dan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. VISI Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani dan Murobbi MISI Memberikan Pendidikan Peringkat Rendah Berasaskan Kurikulum Integrasi Meliputi Tahfiz, Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah Melalui Persekitaran Yang Kondusif MOTTO “MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI” SASARAN KEMENJADIAN & KEBERHASILAN MURID PENGUASAAN 3M (MEMBACA , MENGIRA & MENULIS) SIFAR BUTA AL QURAN SEBELUM 9 TAHUN.


S R I T I A L U K H U W W A H | 6 OBJEKTIF 1. Menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islam di peringkat sekolah rendah kepada anak-anak rakyat di Malaysia. 2. Menyediakan pendidikan bersepadu sebagai kesinambungan daripada institusi prasekolah PASTI. 3. Mendidik generasi Islam bagi melahirkan insan yang beriman, berakhlak dan berilmu serta memahami Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul. 4. Melahirkan generasi muda Islam sebagai petugas dan pemimpin umat Islam akan datang. DASAR KUALITI SRITI Al Ukhuwwah percaya dan yakin bahawa: - ➢ Sikap dan fikrah yang benar ➢ Semangat bekerja dalam jemaah ➢ Budaya kerja yang cekap, adil dan amanah Boleh memberikan perkhidmatan pendidikan berteraskan Islam yang berkualiti tinggi kepada murid, ibu bapa dan masyarakat untuk memenuhi matlamat pendidikan KAFFAH. SASARAN KERJA 2024 / 2025 1. Kualiti & gaya kepimpinan 2. Kualiti & profesionalisme guru 3. Kualiti pengurusan dan pentadbiran 4. Kualiti kemenjadian murid TATASUSILA PROFESION PERGURUAN SRITI 1. Bertanggungjawab dan amanah dengan ilmu yang ada. 2. Bertanggungjawab terhadap murid / pelajar. 3. Bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. 4. Bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan juga profesion perguruan.


S R I T I A L U K H U W W A H | 7 AMALAN MULIA SEBAGAI GURU ( 5 MIM ) Mudarris Guru yang mempunyai kemahiran dalam pengajarannya serta mempunyai personaliti yang baik di dalam kelas. Mu’allim Guru yang mengajar, memindahkan, menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu kepada murid. Muaddib Guru yang mengasuh, mendidik, membentuk, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia serta melahirkan modal insan. Murabbi Guru yang menasihati, membimbing, menyayangi dan mencungkil / mengasah bakat yang ada dalam diri murid. Mursyid Guru yang menjaga, menasihati, membimbing, mendorong dan memberi tunjuk ajar yang baik ke arah pembentukan dan pembangunan insan yang musleh.


S R I T I A L U K H U W W A H | 8 PENGERTIAN LENCANA SEKOLAH Warna Putih Melambangkan kesucian, fitrah insan yang bersifat universal. Warna Hijau Melambangkan penyuburan nilai-nilai Islam, Iman dan Ihsan. Sekelompok Orang Melambangkan proses pengajaran dan pembelajaran yang interaktif antara guru dan ibu bapa. Kitab Al-Quran Melambangkan sumber ilmu dan rujukan utama. Bumi Melambangkan pendidikan yang universal dan mendepani cabaran dunia global.


S R I T I A L U K H U W W A H | 9 LAGU SEKOLAH “SRITI CEMERLANG” SRITI cemerlang, Islam gemilang Insan soleh pintar itulah harapan SRITI cemerlang, Islam gemilang Ummah Rabbani itulah idaman Taati Allah di mana jua Amalan Soleh sepanjang masa Ilmu digali sematlah di dada Tekad murobbi daulatkan agama Quran dan Sunnah teras pegangan Pedoman kami sepanjang zaman Akhlak mulia jadikan amalan Membimbing ummah tuju kejayaan Allahu Rabbuna Ar-Rasul Imamuna Al-Quran Dusturuna Al-Jihadu Sabiluna SRITI cemerlang, Islam gemilang Insan soleh pintar itulah harapan SRITI cemerlang, Islam gemilang Ummah Rabbani itulah idaman SRITI Cemerlang!


S R I T I A L U K H U W W A H | 10 SEJARAH PENUBUHAN SRITI AL UKHUWWAH , KLUANG. 1- 18 Mei 2017 – Berlangsung satu mesyuarat jawatankuasa penaja penubuhan SRITI Tahfiz Al Ukhuwwah di PASTI Al Ukhuwwah Kampung Bentong Dalam. Mesyuarat dihadiri Khairul Faizi Ahmad Kamil , Cikgu Ali Bin Sabani , Haji Mat Khalik Halish Bin Mat Taib , Ustaz Ahmad Daniel Bin Mohamad Hassan , Ahmad Fahmi dan Ustaz Muhammad Aliffudin Bin Ramlee . Turut hadir wakil dari SRITI Negeri Johor Ustaz Juwahir Bin Amin dan Abdul Hadi Bin Harun. Mesyuarat bersepakat mewujudkan SRITI di Kluang dengan memilih jawatan kuasa penaja. 2- 13 Julai 2017 – Mesyuarat kali kedua telah dilaksanakan dengan melantik jawatan kuasa penaja tambahan iaitu Hj Fauzi Bin Ahmad , Haji Anuar Bin Hassan , Haji Hanafee Bin Raie , Ustazah Hasimah Binti Supian dan Puan Jasmimah Binti Joned. Mesyuarat memutuskan PASTI Kampung Bentong dijadikan tapak operasi sementara SRITI. 3- 1 November 2017 – Mesyuarat kali ketiga memutuskan untuk mendapatkan sumbangan derma awam bagi melicinkan gerak kerja baik pulih bangunan sementara SRITI. 4- 2 Nov 2017 – Pembentangan dan gerak kerja persiapan SRITI Tahfiz Al Ukhuwwah kepada Ahli Lembaga Penasihat.


S R I T I A L U K H U W W A H | 11 SEJARAH OPERASI SRITI AL UKHUWWAH , KLUANG. 1- 3 Januari 2018 – Bermula operasi persekolahan pertama SRITI Al Ukhuwwah Kluang dengan 4 orang guru dan 14 murid darjah 1. Guru yang terlibat ialah Ustaz Muhammad Aliffudin Bin Ramlee (Guru Besar) , Cikgu Wan Nazmi Bin Wan Razali , Ustaz Aizat Bin Shahadan dan Cikgu Nur Hafizah Binti Lokaman. 2- 29 Disember 2018 – Pembangunan bangunan tambahan SRITI bagi menampung kemasukan murid sesi hadapan. Sebanyak RM 30000 sumbangan telah diterima dari orang awam. 3- 2 Januari 2019 – Bermula sesi persekolah baru 2019. Murid SRITI Al Ukhuwwah bertambah menjadi 47 orang dan 3 orang guru baru. Guru tersebut ialah Ustaz Muhammad Al Amin Bin Kamaruddin , Ustazah Siti Aisyah Binti Mohd Jah dan Ustaz Muhammad Yassaruddin Bin Samsul. 4- 11 Januari 2019 – SRITI Al Ukhuwwah menerima kunjungan pendakwah terkenal iaitu Al Fadhil Ustaz Syed Abduk Kadir Al Jofre. 5- 20 Januari 2019 – Duka menyelubungi SRITI Al Ukhuwwah Kluang apabila kehilang salah seorang sukarelawan , Allahyarham Basaruddin Bin Manja yang meninggal dunia di SRITI ketika melakukan baik pulih pendawaian bangunan. 6- 1 Januari 2020 – SRITI Al Ukhuwwah memulakan sesi persekolahan baru dengan 47 murid darjah 2 dan 3. Pertambahan 27 murid darjah 1 menjadikan seramai 74 murid ketika itu. Guru ketika itu berjumlah 7 orang dengan pertambahan seorang guru baru iaitu Cikgu Muhamad Naqiuddin Bin Razali. 7- 18 Mac 2020 – Penularan wabak Covid19 menyebabkan semua sesi persekolah terpaksa ditangguhkan. Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid19. Bermulanya PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah) atas talian.


S R I T I A L U K H U W W A H | 12 8- 31 Mei 2021 – Adik Muhammad Imanuddin (Darjah 4) telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Pidato Aid4Palestin Negeri Johor dengan markah 91%. 9- 17 Ogos 2021 – Adik Muhammad Imanuddin mendapat Naib Johan Pertandingan Kreatif SRITI Malaysia bagi Kategori Melukis Poster Tahap 2. 10- 11 Febuari 2024 – Berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan dan Apriasasi Murid Darjah 6 kali pertama di Dewan Orang Ramai Kampung Bentong Dalam. 11- 1 Mac 2024 – Cikgu Wan Nazmi Bin Wan Razali telah dilantik sebagai Guru Besar SRITI Al Ukhuwwah yang kedua menggantikan Ustaz Muhammad Aliffudin Bin Ramlee.


S R I T I A L U K H U W W A H | 13 PELAN LOKASI SEKOLAH


S R I T I A L U K H U W W A H | 14 Ruj.Tuan : SRITI/S/01/10/2024(01) Tarikh : 1 Mac 2024 Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI ) Al Ukhuwwah, Lorong 4 , Kampung Bentong Dalam, 86000 Kluang, Johor Tuan/Puan, PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TUGAS TAHUN 2024/2025 SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) AL UKHUWWAH. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik untuk menjawat ahli jawatankuasa pelbagai jawatan sebagaimana yang tercatat dalam Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025. Perlantikan ini berkuatkuasa untuk sesi persekolahan tahun 2024/2025. 2. Dengan perlantikan ini,diharapkan tuan/puan dapat membuat perancangan dan seterusnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan sempurna. 3. Bersama-sama ini disertakan Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 untuk rujukan dan panduan tuan/puan. Kerjasama tuan/puan untuk menjayakan semua program sekolah ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. “ MEMBINA GENERASI RABBANI DAN MUROBBI” Saya yang menjalankan tugas, (WAN NAZMI BIN WAN RAZALI) Guru Besar SRITI Al Ukhuwwah Kluang. SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) AL-UKHUWWAH No. PPM : 027-10-29032016-000069 Lorong 4, Kampung Bentong Dalam, 86000, kluang, johor. Email : sritialukhuwwah@ gmail.com No. Tel : 019-7260730


S R I T I A L U K H U W W A H | 15 SENARAI NAMA DAN MAKLUMAT GURU & STAF 2024/2025. Bil. Nama Guru Subjek Alamat Telefon/ Emel Kod Guru 1 WAN NAZMI BIN WAN RAZALI SEJARAH SAINS NO 16 JALAN SERI SURIA 4 , TAMAN SERI SURIA , 86000 KLUANG JOHOR. 017 779 2139 SUK 002 2 AIZAT BIN SHAHADAN LUGHATUL QURAN SIRAH NO 29 , JALAN PUTRI EMAS 1/2 , TAMAN PUTRI MAS , 86000 KLUANG JOHOR 017 300 1980 SUK 003 3 ALIMUL HAKIM BIN ALIZAR TQS JAWI NO 28 JALAN HANG TUAH 4/7 , TAMAN MUHIBBAH 86000 KLUANG JOHOR 011 1463 9622 SUK 015 4 MUHAMAD NAQIUDDIN BIN RAZALI MATEMATIK SAINS NO 3 JALAN ILHAM 18 , TAMAN ILHAM , 86000 KLUANG JOHOR 010 710 7750 SUK 008 5 NUR HAFIZAH BINTI LOKAMAN SAINS B. MELAYU ADAB NO 7 BLOK Q , LADANG KEKAYAAN 86000 PALOH , KLUANG JOHOR 011 6176 6422 SUK 004 6 SITI AISHAH BINTI MOHD JAH TQS B. MELAYU KAFFAH NO 29 , JALAN PUTRI EMAS 1/2 , TAMAN PUTRI MAS , 86000 KLUANG JOHOR 011 5751 5608 SUK 006 7 NOR ASHIKIN BINTI AZHAR B. INGGERIS P. SENI NO 27 JALAN 37 , TAMAN KLUANG BARAT , 86000 KLUANG JOHOR. 011 2586 1172 SUK 009 8 IZZAH SYAKINAH BINTI AYUB TQS B. MELAYU KAFFAH NO 10A JALAN SEMPADAN , KAMPUNG BENTONG DALAM , 86000 KLUANG JOHOR. 011 2051 0191 SUK 010


S R I T I A L U K H U W W A H | 16 9 MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZLAN TQS DINIYAH NO 16 JALAN 21 , TAMAN KLUANG BARAT , 86000 KLUANG JOHOR 011 6058 7918 SUK 011 10 NURIN AMANINA BINTI ZAKARIA MATEMATIK B. MELAYU DINIYAH NO 12A JALAN 4 , TAMAN DELIMA , 86000 KLUANG JOHOR 011 2353 8637 SUK 013 11 MUHAMMAD AQIL BIN AZMI TQS B. MELAYU KAFFAH NO 1 , JALAN IDAMAN 2 , TAMAN IDAMAN 86000 KLUANG JOHOR. 011 1338 9409 SUK 016 12 NURZAHIDAH DZAFIRAH BINTI SAADON TQS B. MELAYU DINIYAH NO 28 JALAN HANG TUAH 4/7 , TAMAN MUHIBBAH 86000 KLUANG JOHOR 011 5679 4964 SUK 017 13 NURUL EFAH BINTI SUDDING B. INGGERIS JAWI NO 16 JALAN SERI SURIA 4 , TAMAN SERI SURIA , 86000 KLUANG JOHOR. 014 575 7501 SUK 018


S R I T I A L U K H U W W A H | 17 SENARAI NAMA DAN MAKLUMAT STAF 2024/2025 Bil Nama Guru Bidang Tugas Alamat Telefon/ Emel Kod Staf 1 MUHAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE PENGERUSI SEKOLAH (PENGURUSAN) NO 17 JALAN NIYOR 2 , TAMAN NIYOR 86000 KLUANG JOHOR 019 726 0730 aliffsoleh89@g mail.com SSUK 001 2 MUHAMMAD AL-AMIN BIN KAMARUDDIN PEGAWAI KEWANGAN SEKOLAH NO 10A JALAN SEMPADAN , KAMPUNG BENTONG DALAM , 86000 KLUANG JOHOR. 013 756 8242 alaminkamarud [email protected] SSUK 002


S R I T I A L U K H U W W A H | 18 SENARAI NAMA GURU KELAS 2024/2025. TAHUN 1 Bil Nama Kelas Nama Guru Kelas Bilangan Kelas 1 1 Ukhuwwah A Izzah Syakinah Binti Ayub 1 TAHUN 2 Bil Nama Kelas Nama Guru Kelas Bilangan Kelas 1 2 Ukhuwwah Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon 1 TAHUN 3 Bil Nama Kelas Nama Guru Kelas Bilangan Kelas 1 3 Ukhuwwah Nur Hafizah Binti Lokaman 1 TAHUN 4 Bil Nama Kelas Nama Guru Kelas Bilangan Kelas 1 4 Ukhuwwah Nurul Efah Binti Sudding 1 TAHUN 5 Bil Nama Kelas Nama Guru Kelas Bilangan Kelas 1 5 Ukhuwwah Muhamad Syafiq Bin Azlan 1 TAHUN 6 Bil Nama Kelas Nama Guru Kelas Bilangan Kelas 1 6 Ukhuwwah Siti Aishah Binti Mohd Jah 1


S R I T I A L U K H U W W A H | 19 ANALISA BILANGAN KELAS SECARA KESELURUHAN. Bil Tahun Bilangan Kelas 1 1 1 2 2 1 3 3 1 4 4 1 5 5 1 6 6 1 Jumlah Kelas Keseluruhan 6


S R I T I A L U K H U W W A H | 20 ANALISA BILANGAN GURU , STAF DAN MURID. GURU BIL. LELAKI PEREMPUAN 1. 6 7 JUMLAH 13 ORANG STAF BIL. LELAKI PEREMPUAN 1. 2 - JUMLAH 2 ORANG MURID PERKARA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH DARJAH 1 18 9 27 DARJAH 2 12 12 24 DARJAH 3 11 7 19 DARJAH 4 12 14 26 DARJAH 5 12 11 24 DARJAH 6 11 7 18 JUMLAH 138 ORANG *Data diambil pada tarikh : 6/3/2024


S R I T I A L U K H U W W A H | 21


S R I T I A L U K H U W W A H | 22 CARTA ORGANISASI SRITI AL UKHUWWAH SESI 2024 / 2025


S R I T I A L U K H U W W A H | 23 SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) AL UKHUWWAH LORONG 4 , KAMPUNG BENTONG DALAM , 86000 KLUANG JOHOR. PERATURAN / PANDUAN STAF 1 ARAHAN AM 1.1 Guru dan staf sokongan dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi peraturan/ panduan ini dan sebarang pekeliling yang dikeluarkan. 1.2 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/ mata pencarian semata-mata. 1.3 Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Pendidikan KAFFAH dan amalan 5 MIM (Mudarris, Mu’allim, Muaddib, Murabbi dan Mursyid) 1.4 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.5 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.6 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2 KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Waktu mula bertugas setiap hari pada hari rasmi persekolahan bagi semua guru ialah 30 minit sebelum waktu pertama PdP (8.00 pagi). 2.3 Masa PdP bermula jam 8.00 pagi dan berakhir mengikut jadual waktu iaitu 4.00 petang. 2.4 Guru hendaklah menandatangani buku kehadiran / thumb print di pejabat semasa sampai ke sekolah mengikut turutan dan melakukan perkara yang sama sebelum pulang. 2.5 Guru-guru yang tidak dapat hadir atau datang lewat hendaklah memberikan kenyataan sebab-sebab yang wajar. Surat tunjuk sebab akan diberikan oleh Guru Besar jika guru hadir lewat 3 hari dalam bulan yang sama.


S R I T I A L U K H U W W A H | 24 2.6 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan dengan memaklumkan kepada pihak sekolah. 3 KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH SEMASA WAKTU PERSEKOLAHAN 3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu kerja, kecuali atas urusan rasmi atau dengan izin Guru Besar untuk tujuan tertentu. 3.2 Guru dikehendaki mencatat nama, masa, sebab keluar dalam Buku Rekod Keluar yang terdapat di pejabat sekolah. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru dikehendaki meninggalkan kerja bertulis / tugasan kepada pelajar (Modul untuk guru ganti) jika ada kelas pada waktu itu. 4 CUTI 4.1 Cuti Rehat/ Cuti Penggal Guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Walaubagaimanapun, guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 4.2 Cuti Sakit 4.2.1 Tiada istilah cuti sakit bagi guru yang sihat. 4.2.2 Guru-guru atau kaki tangan sekolah yang tidak hadir kerana sakit hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui: i. Telefon Pejabat Pentadbiran Sekolah / Guru Besar. ii. Melaporkan diri kepada Guru Besar/ Penolong Kanan apabila telah sihat. iii. Menyerahkan sijil sakit kepada Pejabat Pentadbiran Sekolah. iv. Kuasa meluluskan cuti sakit tertakluk kepada kuasa budi bicara Guru Besar.


S R I T I A L U K H U W W A H | 25 v. Setiap Sijil Cuti Sakit yang diberikan oleh doktor swasta hendaklah tidak melebihi 2 hari bagi setiap sijil. Siji Cuti Sakit yang melebihi 2 hari pada satu-satu sijil pula hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Jumlah cuti sakit dalam setahun yang diberikan oleh doktor swasta hendaklah tidak melebihi 15 hari, cuti hari ke-16 dan seterusnya hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. vi. Cuti sakit yang diberikan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan tidak tertakluk seperti perkara (v) di atas. 4.3 Cuti Rehat Khas (CRK) 4.3.1 Cuti ini adalah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. 4.3.2 Dalam keadaan kecemasan, seseorang guru atas pertimbangan Guru Besar boleh dibenarkan mengambil cuti tersebut. 4.3.3 Guru hendaklah mengisi borang seminggu sebelum cuti dipohon di Pejabat Pentadbiran Sekolah. 4.3.4 Bilangan hari cuti yang diperuntukkan bagi seorang guru adalah 10 hari setahun: - Penggal 1 : 5 hari - Penggal 2 : 5 Hari 4.4 Cuti Rehat (CR) 4.4.1 Cuti ini adalah cuti bergaji penuh untuk staf / kerani Pentadbiran sahaja. 4.4.2 Staf hendaklah mengisi borang seminggu sebelum cuti dipohon. 4.4.3 Bilangan hari cuti yang diperuntukkan bagi seorang staf adalah 20 hari setahun. 4.5 Cuti Tanpa Gaji 4.5.1 Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 4.5.2 Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.


S R I T I A L U K H U W W A H | 26 4.5.3 Cuti tanpa gaji untuk keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 4.5.4 Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 7 hari setahun adalah diluluskan oleh Guru Besar. Cuti yang melebihi 7 hari diluluskan oleh Pengerusi J/Kuasa Pengurusan Sekolah. Borang permohonan hendaklah dihantar ke pejabat sekolah 4 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 4.5.5 Guru-guru tidak digalakkan mengambil cuti tanpa gaji untuk urusan peribadi kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan tidak mengganggu pentadbiran sekolah serta kepentingan pelajar tidak terjejas. 4.6 Kaedah Memohon Cuti 4.6.1 Guru atau staf sekolah hendaklah memberitahu Guru Besar terlebih dahulu sebelum memohon cuti. 4.6.2 Guru atau staf sekolah perlu menyemak dari Pejabat Pentadbiran Sekolah mengenai syarat-syarat memohon cuti yang ditetapkan dan mengisi borang yang diperlukan. 4.6.3 Guru atau staf sekolah tidak boleh bercuti sebelum permohonan diluluskan. 4.6.4 Guru-guru hendaklah memberitahu Guru Besar apabila hendak keluar dari ‘negeri semasa’ ketika dalam cuti penggal persekolahan. PERINGATAN: Sebarang cuti tanpa kebenaran/ kelulusan dari pihak berwajib, guru berkenaan akan dipotong gaji dan tindakan tatatertib akan diambil. 5 PAKAIAN 5.1 Kemas, bersopan dan menutup aurat sepenuhnya. 5.2 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi di sekolah/ luar sekolah (Tanda nama mengikut saiz/ warna yang ditetapkan: warna hitam, tulisan putih, saiz 7.5 cm x 2.5 cm) 5.3 Guru/ staf lelaki hendaklah memakai baju kemeja BERLENGAN PANJANG dan seluar ‘slack’. Digalakan berkopiah atau bersongkok hitam.


S R I T I A L U K H U W W A H | 27 5.4 Guru/ staf perempuan hendaklah memakai jubah atau baju kurung bersama tudung LABUH bidang 50 ,55 @ 60 dan bersarung tangan serta berstokin coklat/hitam/gelap. 5.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian formal samaada pada hari bekerja, program-program rasmi ataupun menghadiri mesyuarat sekolah. Hadir bekerja dengan memakai kasut bertutup, bukan bersandal atau berselipar. Bil. Hari Jenis Pakaian 1 Ahad Baju Koprat Rasmi (Lengan Panjang) – Lelaki & Perempuan 2 Isnin Baju Batik – Lelaki & Perempuan 3 Selasa Baju Koprat – Lelaki & Perempuan 4 Rabu Baju Koko Guru Rasmi – Lelaki & Perempuan 5 Khamis Baju Melayu Bersampin / Jubah – Lelaki Baju kurung / Jubah - Perempuan 6 PEHUBUNGAN SESAMA GURU 6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 6.2 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada status sosial, status ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 6.3 Etika pergaulan sesama guru berlainan jantina perlu mengikut adab dan pergaulan di dalam Islam.


S R I T I A L U K H U W W A H | 28 7 BILIK GURU 7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Ini termasuk harta benda di dalam bilik guru. 7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching period dan bukan free period. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 7.3 Guru tidak digalakkan untuk membenarkan murid berada di bilik guru. 7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 8 PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 8.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam perjawatan, mereka boleh berurusan dengan pembantu tadbir atau Guru Besar. 8.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan dengan Penolong Kanan Kurikulum atau Guru Besar. 9 PELAKSANAAN ARAHAN/ TUGAS 9.1 Guru-guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 9.2 Semua guru mestilah akur dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh Guru Besar / Pentadbir. Ingkar perintah membolehkan guru berkenaan diberikan surat tunjuk sebab untuk tindakan selanjutnya. 9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan, contohnya mewakili sekolah membawa pelajar untuk menyertai pertandingan atau menghadiri mesyuarat atau diminta mengarahkan pelajar melakukan sesuatu, maka tugas itu hendaklah dilakukan sendiri oleh guru berkenaan. Tidak boleh pihak yang ditugaskan mengarahkan orang lain tanpa kebenaran Guru Besar. 9.3 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada orang lain walaupun dipersetujui oleh pihak yang menggantikan, ia mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.


S R I T I A L U K H U W W A H | 29 9.4 Semua guru wajib hadir ke sekolah untuk sesuatu tugasan/ mesyuarat/ taklimat pada hari cuti atau bila-bila masa hari bekerja, sama ada dengan notis/ memo rasmi ataupun notis/ memo segera (short notice). 10 JADUAL WAKTU 11.1 Guru kelas hendaklah memastikan satu salinan jadual waktu dipamerkan di dalam kelas. 11.2 Semua guru perlu memelihara Masa Intruksional PdP murid dengan mematuhi masa dan tempat seperti yang telah ditetapkan dalam jadual waktu. 11.3 Guru-guru yang mengajar mesti berada di dalam kelas/ tempat mengajar mengikut jadual yang ditetapkan. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas dalam apa jua keadaan. 11.4 Jika perlu meninggalkan kelas disebabkan arahan penting daripada Guru Besar / Pentadbir, guru-guru hendaklah memastikan Guru Ganti hadir sebelum meninggalkan kelas tersebut. 11 JADUAL GANTI DAN MODUL RELIEF 11.1 Setiap guru dikehendaki menyediakan 2 set Modul Relief sesuai digunakan untuk 1-2 waktu PdP mengikut mata pelajaran masing-masing. 11.2 Modul hendaklah disimpan di bilik guru di ruangan almari simpanan yang telah disediakan dengan melabelkan nama guru, mata pelajaran dan kelas yang diajar pada fail poket. 11.3 Guru Ganti mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan. 11.4 Guru Ganti akan menggunakan Modul Relief yang disediakan oleh guru yang tidak hadir sebagai sebahagian cadangan PdP. 11.5 Jadual Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar. Oleh itu, guru mesti berada dalam kelas mengikut Jadual Waktu Ganti. 12 JADUAL KEDATANGAN MURID 12.1 Setiap guru kelas bertanggungjawab mencatat maklumat-maklumat yang diperlukan dalam buku Jadual Kedatangan Murid dengan tepat. 12.2 Guru Kelas bertanggungjawab mengambil dan menanda kedatangan murid secara kemas dan teratur pada setiap hari dan dikembalikan ke pejabat HEM sebelum waktu kelima (10.00 pagi) dalam jadual kelas.


S R I T I A L U K H U W W A H | 30 12.3 Sekiranya Guru Kelas tidak hadir, Penolong Kanan HEM atau Guru Bertugas bertanggungjawab untuk menanda kedatangan murid. 12.4 Buku Jadual Kedatangan Murid tidak boleh dibawa balik ke rumah atau ditinggalkan di bilik guru. Buku ini hendaklah sentiasa disimpan di pejabat HEM. 12.5 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru Besar/ Penolong Kanan HEM. 13 PENGGUNAAN ALAT DAN HARTA BENDA SEKOLAH 13.1 Semua guru mesti bertanggungjawab menjaga alat/ harta benda sekolah yang digunakan mengikut peraturan tertentu. 13.2 Barang-barang atau peralatan hendaklah dipulangkan ke tempat asal setelah menggunakannya. 13.3 Sebarang kerosakan atau kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera. 14 KETERATURAN, KEKEMASAN DAN KEBERSIHAN SEKOLAH 14.1 Sekolah SRITI mesti dilihat sentiasa bersih, kemas dan teratur. 14.2 Semua guru/staf bertanggungjawab menjaga dan memastikan sekolah sentiasa bersih, kemas dan teratur. 14.3 Guru Besar bertanggungjawab menyusun tugasan bagi memastikan seluruh kawasan sekolah sentiasa bersih. 14.4 Pejabat, kelas, tandas, bilik guru, bilik khas, dapur kantin, dewan, perpustakaan, stor dan sebagainya hendaklah SENTIASA bersih dan kemas. Pewangi udara dan pokok bunga hidup perlu diletakkan dalam ruang pejabat/ ruang tetamu/ tandas atau mana-mana tempat yang sesuai. 15 KESELAMATAN MURID 15.1 Semua guru yang mengajar dalam bilik darjah, bilik khas, luar kelas dan di padang adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid di bawah jagaannya. Oleh itu, guru hendaklah berhati-hati dan mengawal rapi gerakgeri murid supaya tidak berlaku kecederaan atau kemalangan. 15.2 Aktiviti sukan tidak boleh dijalankan di padang sama ada semasa hujan atau waktu guruh dan kilat walaupun tiada hujan. 15.3 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan kepada guru bertugas/ Guru Besar.


S R I T I A L U K H U W W A H | 31 15.4 Guru Besar hendaklah segera diberitahu jika berlaku kemalangan kepada guru atau murid. 15.5 Aktiviti dikawasan luar sekolah mesti dibawa peti pertolongan cemas. 16 FAIL SEKOLAH 16.1 SRITI memiliki sistem fail. Setiap dokumen rasmi dan surat yang keluar atau masuk hendaklah difailkan mengikut tajuk dan nombor rujukan yang betul. 16.2 Apabila guru menerima fail yang telah diminitkan untuk sesuatu tindakan, guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera mengikut arahan dan masa yang ditetapkan. 17 SURAT RASMI 17.1 Semua surat yang hendak ditujukan kepada pihak luar mestilah ditandatangani atas nama Guru Besar. 17.2 Surat-surat yang hendak dikeluarkan mestilah mengikut format surat rasmi yang betul, diberikan nombor rujukan yang tepat dan tiada kesalahan ejaan. 17.3 Semua surat rasmi perlu menggunakan satu “Letter Head” rasmi sahaja yang boleh diperolehi melalui pejabat sekolah. 17.4 Nama Fail dan No Fail perlu dirujuk kepada Pembantu Tadbir/ kerani apabila sesuatu surat rasmi hendak dikeluarkan. 17.5 Surat rasmi peribadi berkaitan hal sekolah atau perjawatan hendaklah ditulis melalui Guru Besar supaya dapat disalurkan kepada pihak yang tertentu. 17.6 “Letter Head” sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Guru Besar. 18 PELAWAT 18.1 Pelawat termasuk jurujual tidak boleh berjumpa guru dan staf tanpa kebenaran Guru Besar. Oleh itu, guru adalah diingatkan supaya bertanya kepada pihak yang ingin berjumpa sama ada telah mendapat kebenaran atau tidak. 18.2 Pelawat termasuk ibu bapa dilarang berjumpa guru / murid di bilik darjah semasa guru mengajar.


S R I T I A L U K H U W W A H | 32 18.3 Ibu bapa yang ingin berjumpa anak atau mahu mengambil anaknya atau mahu mengambil anaknya awal hendaklah terus berurusan dengan pejabat. Staf /guru bertugas hendaklah menguruskan dokumen kebenaran ibu bapa/ penjaga mengambil anak pada waktu persekolahan (Borang kebenaran membawa anak pulang/ keluar sekolah). 19 ETIKA BERURUSAN DENGAN IBU BAPA / PIHAK LUAR 19.1 Guru-guru hendaklah sentiasa senyum dan ramah mesra dengan semua ibu bapa atau pihak luar yang berkunjung ke sekolah. 19.2 Setiap pelawat atau pihak luar yang berkunjung ke sekolah hendaklah dipelawa ke ruang tamu atau terus diiring ke bilik Guru Besar oleh manamana warga kerja sekolah. 20 MEMBELI BARANG 20.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang “Nota Minta” yang boleh diperolehi daripada Pejabat. 20.2 Borang tersebut mesti mendapat pengesahan daripada Guru Kanan/ Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar. 20.3 Semua pesanan yang melebihi RM100.00 mestilah dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. 20.4 Segala invois mestilah ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. 20.5 Semua Borang Pesanan Tempatan mestilah ditandatangani oleh Guru Besar, Pembekal dan Penerima. 21 KEGIATAN KOKURIKULUM 21.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. 21.2 Semua guru dikehendaki menjadi anggota kepada badan beruniform, kelab/ persatuan dan rumah sukan/ sukan/ pemainan. 22.3 Kecederaan pelajar yang bahaya mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan Guru Besar selepas dihantar ke hospital/ klinik.


S R I T I A L U K H U W W A H | 33 21.4 Sebarang aktiviti di luar sekolah sama ada waktu persekolahan atau waktu cuti yang melibatkan murid-murid hendaklah dimaklumkan kepada Guru Besar dan ibu bapa/ penjaga telah menandatangani surat keizinan (Borang Keizinan Ibu Bapa/ Penjaga bagi mengikuti aktiviti kurikulum atau kokurikulum di luar waktu persekolahan). 22 PERHIMPUNAN SEKOLAH 22.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah iaitu pada hari Ahad. 22.2 Guru mata pelajaran waktu pertama dikehendaki berada di tapak perhimpunan bagi mengiringi murid ke kelas mereka. 23 MESYUARAT / TAKLIMAT GURU 23.1 Semua guru diwajibkan menghadiri mesyuarat/ taklimat yang diberikan Guru Besar/ Penolong Kanan dari semasa ke semasa. 23.2 Sesi Info Guru/ Taklimat Pagi untuk guru-guru hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Sesi info ini hendaklah dijalankan secara ringkas, tepat dan padat. 23.3 Semua guru mesti menghadiri program LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) dan Usrah yang dianjurkan oleh sekolah. 24 KELAB GURU & STAF 24.1 Kelab staf perlu diwujudkan di semua SRITI. Semua guru dan staf yang berkhidmat di sekolah SRITI adalah secara automatik menjadi ahli Kelab Staf SRITI. 25.2 Kelab Staf berperanan menjaga kebajikan, keselesaan dan keperluan guru-guru dan staf SRITI. 25 ARAHAN/ PEKELILING/ MEMO 25.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi. 25.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 25.3 Sekiranya surat pekeliling itu daripada SRITI Pusat/ Negeri/ Kawasan, guru hendaklah mengembalikan ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. 25.4 Sekiranya guru ingkar arahan Guru Besar tanpa alasan yang munasabah, guru berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib.


S R I T I A L U K H U W W A H | 34 26 TELEFON 26.1 Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam/ telefon bimbit peribadi untuk urusan peribadi. 26.2 Menggunakan telefon semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan perhimpunan rasmi adalah dilarang sama sekali 27 KUNCI 27.1 Semua kunci mestilah disimpan di pejabat, 27.2 Jika ada guru yang hendak menyimpan kunci pendua bilik-bilik khas, guru tersebut hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar. Guru tersebut adalah bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya. 28 ACARA , PROGRAM ATAU MAJLIS SEKOLAH 28.1 Semua guru diwajibkan hadir dalam semua program majlis atau acara rasmi sekolah. 28.2 Jika guru tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, guru berkenaan mestilah memberitahu dan mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu. 29 KHIDMAT LUAR WAKTU SEKOLAH 29.1 Bagi guru yang mendapat undangan dan jemputan diluar pada waktu persekolahan dikehendaki meminta keizinan dari Guru Besar. 29.2 40% dari saguhati (jika ada) hendaklah disumbangkan secara sukarela ke Tabung Hari Keluarga Guru Al Ukhuwwah. 30 KOMITMEN JEMAAH 30.1 Semua guru diminta melazimi program-program yang anjurkan oleh jemaah. 30.2 Usrah Dewan-dewan dan Usrah Cawangan adalah wajib hadir. 30.3 Semua guru diminta untuk memegang sekurang-kurangnya 3 jawatan dalam jemaah diperingkat cawangan , dewan-dewan dan kawasan. 31 LAIN-LAIN 31.1 Semua guru dikehendaki melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar atau wakilnya dari semasa ke semasa.


S R I T I A L U K H U W W A H | 35 POLISI KECEKAPAN TENAGA SRITI AL UKHUWWAH. 1. Lampu hanya boleh digunakan apabila pencahayaan sedia ada tidak mencukupi untuk melaksanakan fungsi yang diperlukan atau menjana keselamatan warga sekolah. 2. Lampu hanya boleh dipasang apabila kawasan tersebut sedang digunakan. Apabila mana-mana bilik yang tidak digunakan, lampu perlu dipadamkan. Amalan ini perlu diikuti walaupun bilik tersebut tidak digunakan bagi masa yang singkat. 3. Bilangan penggunaan lampu hendaklah dikurangkan. 4. Komputer hendaklah ditetapkan dalam mod sedia apabila tidak digunakan. 5. Tutup dan tanggalkan plag komputer, monitor dan peralatan elektrik yang lain pada penghujung hari bekerja. 6. Penetapan suhu pendingin udara di semua ruang tertutup semasa waktu bekerja pada suhu 19°C (± 1°C). 7. Alat penghawa dingin setiap kelas hanya boleh beroperasi bermula jam 11.00 pagi hingga 2.30 petang pada hari bekerja sahaja. 8. Alat penghawa dingin bilik guru dan pejabat hanya boleh beroperasi bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja sahaja. 9. Pastikan semua tingkap dan pintu di bilik berhawa dingin ditutup bagi mengelakkan kehilangan udara sejuk.


S R I T I A L U K H U W W A H | 36 JADUAL BERTUGAS MINGGUAN GURU SRITI AL UKHUWWAH 2024/2025 Bulan Tarikh Nama Guru Mac 10 Mac – 14 Mac Muhammad Syafiq Bin Azlan Nur Hafizah Binti Lokaman 17 Mac– 21 Mac Muhammad Aqil Bin Azmi Siti Aishah Binti Mohd Jah 24 Mac – 28 Mac Nor Ashikin Binti Azhar Izzah Syakinah Binti Ayub April 31 Mac – 04 April Nurin Amanina Binti Zakaria Nurul Efah Binti Sudding 07 April – 11 April Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon Muhammad Syafiq Bin Azlan 14 April – 18 April Nur Hafizah Binti Lokaman Muhammad Aqil Bin Azmi 21 April – 25 April Siti Aishah Binti Mohd Jah Nor Ashikin Binti Azhar 28 April – 2 Mei Izzah Syakinah Binti Ayub Nurin Amanina Binti Zakaria Mei 05 Mei – 09 Mei Nurul Efah Binti Sudding Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon 12 Mei – 16 Mei Muhammad Syafiq Bin Azlan Nur Hafizah Binti Lokaman 19 - 23 Mei Muhammad Aqil Bin Azmi Siti Aishah Binti Mohd Jah CUTI PENGGAL 1 SESI 2024/2025 (24 MEI 2024 HINGGA 2 JUN 2024) 03 Jun – 06 Jun Nor Ashikin Binti Azhar Izzah Syakinah Binti Ayub


S R I T I A L U K H U W W A H | 37 Jun 09 Jun – 13 Jun Nurin Amanina Binti Zakaria Nurul Efah Binti Sudding 16 Jun – 20 Jun Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon Muhammad Syafiq Bin Azlan 23 Jun – 27 Jun Nur Hafizah Binti Lokaman Muhammad Aqil Bin Azmi Julai 30 Jun – 04 Julai Siti Aishah Binti Mohd Jah Nor Ashikin Binti Azhar 07 Julai – 11 Julai Izzah Syakinah Binti Ayub Nurin Amanina Binti Zakaria 14 Julai – 18 Julai Nurul Efah Binti Sudding Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon 21 Julai – 25 Julai Muhammad Syafiq Bin Azlan Nur Hafizah Binti Lokaman 28 Julai – 01 Ogos Muhammad Aqil Bin Azmi Siti Aishah Binti Mohd Jah Ogos 04 Ogos – 08 Ogos Nor Ashikin Binti Azhar Izzah Syakinah Binti Ayub 11 Ogos – 15 Ogos Nurin Amanina Binti Zakaria Nurul Efah Binti Sudding 18 Ogos – 22 Ogos Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon Nur Hafizah Binti Lokaman 25 Ogos – 29 Ogos Muhammad Aqil Bin Azmi Siti Aishah Binti Mohd Jah September 01 Sept – 05 Sept Nor Ashikin Binti Azhar Izzah Syakinah Binti Ayub 08 Sept – 12 Sept Nurin Amanina Binti Zakaria


S R I T I A L U K H U W W A H | 38 Nurul Efah Binti Sudding CUTI PENGGAL 2 SESI 2024/2025 (13 SEPTEMBER 2024 HINGGA 21 SEPTEMBER 2024) 22 Sept – 26 Sept Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon Muhammad Syafiq Bin Azlan Oktober 29 Sept – 03 Oktober Nur Hafizah Binti Lokaman Muhammad Aqil Bin Azmi 06 Okt – 10 Oktober Siti Aishah Binti Mohd Jah Nor Ashikin Binti Azhar 13 Okt – 17 Oktober Izzah Syakinah Binti Ayub Nurin Amanina Binti Zakaria 20 Okt – 24 Oktober Nurul Efah Binti Sudding Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon 27 Okt – 31 Oktober Muhammad Syafiq Bin Azlan Nur Hafizah Binti Lokaman November 03 Nov – 07 November Siti Aishah Binti Mohd Jah Izzah Syakinah Binti Ayub 10 Nov – 14 November Nurul Efah Binti Sudding Muhammad Syafiq Bin Azlan 17 Nov – 21 November Muhammad Aqil Bin Azmi Nor Ashikin Binti Azhar 24 Nov –28 November Nurin Amanina Binti Zakaria Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon Disember 01 Dis – 05 Disember Nur Hafizah Binti Lokaman Siti Aishah Binti Mohd Jah 08 Dis – 12 Disember Izzah Syakinah Binti Ayub Nurul Efah Binti Sudding 15 Dis – 19 Disember Muhammad Syafiq Bin Azlan


S R I T I A L U K H U W W A H | 39 Muhammad Aqil Bin Azmi CUTI PENGGAL 3 SESI 2024/2025 (20 DISEMBER 2024 HINGGA 28 DISEMBER 2024) Januari 29 Dis – 02 Januari Nor Ashikin Binti Azhar Nurin Amanina Binti Zakaria 05 – 09 Januari Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon Nur Hafizah Binti Lokaman 12 – 16 Januari Siti Aishah Binti Mohd Jah Izzah Syakinah Binti Ayub CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 (17 JANUARI 2025 HINGGA 15 FEBUARI 2025)


S R I T I A L U K H U W W A H | 40 MANUAL KERJA GURU BERTUGAS MINGGUAN SPESIFIKASI TUGAS: • Guru yang bertugas perlu hadir seawal jam 7.15 pagi untuk memantau kehadiran pergerakan murid. • Memastikan murid berada dan berkumpul di dewan pada waktu pagi. • Mengendalikan perhimpunan rasmi / tidak rasmi. • Mengendalikan murid di tapak perhimpunan. • Mengawal disiplin murid sepanjang waktu persekolahan dari 7.15 pagi hingga 4.30 petang • Mengawal keselamatan murid semasa datang (7.15 – 8:00 pagi) dan balik sekolah (4.00 – 4:30 petang) di pintu pagar sekolah. • Memantau murid-murid & memanggil murid pulang menggunakan pembesar suara. • Memantau kekemasan murid. • Mengawal / memantau dan menilai kebersihan kawasan sekolah sepanjang minggu. • Menulis laporan guru bertugas ( Ahad - Khamis ) dan menghantar kepada Guru Besar pada hari terakhir minggu bertugas sebelum jam 4.00 petang. (format borang)


S R I T I A L U K H U W W A H | 41 JADUAL GURU BERTUGAS HARIAN 2024/2025 AMBIL MAKANAN Hari Guru Bertugas Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis HIDANGAN DAN AGIHAN MAKANAN Hari Guru Bertugas Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jadual Bertugas G4 Hari Guru Bertugas Ahad Cikgu Wan Nazmi Bin Wan Razali Isnin Ustaz Aizat Bin Shahadan Selasa Ustaz Alimul Hakim Bin Alizar Rabu Cikgu Muhamad Naqiuddin Bin Razali Khamis Cikgu Wan Nazmi Bin Wan Razali


S R I T I A L U K H U W W A H | 42 PROGRAM KHAS UNIT PENTADBIRAN. • Mencari tenaga pengajar bagi setiap Program / Aktiviti. • Menyediakan Kertas Kerja sebelum Program / Aktiviti berlangsung. • Menyediakan Laporan hasil daripada Program / Aktiviti yang dijalankan. BIL PROGRAM PENGARAH 1 Bina Semangat Kembali Ke Sekolah (BISA 2024) Nurul Efah Binti Sudding 2 Iftor Jamaie SRITI Kluang Siti Aishah Binti Mohd Jah 3 Sambutan Hari Guru Muhamad Syafiq Bin Azlan 4 Mesyuarat JIBG Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon


S R I T I A L U K H U W W A H | 43


S R I T I A L U K H U W W A H | 44 CARTA ORGANISASI UNIT KURIKULUM.


S R I T I A L U K H U W W A H | 45 SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) AL UKHUWWAH KLUANG JOHOR. DASAR KURIKULUM 1.0 LATAR BELAKANG Kurikulum merupakan “core business” bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini sebagai sebuah sekolah yang diletak di bawah perhatian daripada SRITI Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAKIM). Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini. 2.0 OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan dengan bertujuan : 1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah 2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah, 3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pendidikan Negeri Johor. 3.0 DASAR 1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan SRITI Malaysia 2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia dan SRITI Malaysia. 3. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa. 4. Program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberi keutamaan. 4.0 MESYUARAT 1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimun 3 kali setahun mengikut takwim yang ditetapkan. 2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan. 3. Mesyuarat panitia – minimum 2 kali setahun mengikut garis panduan yang diberikan. 4. Memo panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru-guru tiga (3) hari sebelum tarikh mesyuarat.


S R I T I A L U K H U W W A H | 46 5.0 SISTEM FAIL 1. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum. 2. Semua fail panitia diletakkan di Bilik Fail. 3. Jumlah fail yang ditetapkan adalah bergantung kepada keperluan semasa yang ditetapkan. 6.0 SUKATAN PELAJARAN & RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 1. Sukatan pelajaran terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KSSR), JAKIM (UPKK), dan SRITI Malaysia (TQS & KAFFAH) hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru. 2. Salinan panitia untuk setiap tahun disimpan dalam Fail Panitia-Sukatan Pelajaran. 3. Buku rekod/fail transit untuk PBD hendaklah dihantar setiap hari terakhir minggu persekolahan di setiap hujung bulan. 4. Semua guru mesti membawa buku rekod atau fail transit setiap kali masuk ke kelas. 5. Semua guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran; i) Tahun 5: Sukatan subjek UPKK dihabiskan pada bulan Ogos ii) Tahun 1 – 6: Sukatan KSSR, KAFA dan TQS dihabiskan pada bulan November (sebelum Peperiksaan Akhir Tahun) 6. Pendidikan Abad ke-21 – kaedah pengajaran hendaklah kepada berpusatkan murid dn menggunakan ABM/ICT yang disediakan. Kualiti PdP dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini serta penyerapan unsur KBAT dan pengamalannya dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan staf. 7.0 JADUAL WAKTU 1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan atau manual SRITI Malaysia. 2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah 3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. 8.0 GURU GANTI 1. Mana-mana guru yang bercuti/berkursus/temuduga perlu memaklumkan kepada GPK Pentadbiran & Akademik dan Guru Besar. 2. Guru waktu relief hendaklah mencari pengganti bagi guru yang tidak dapat masuk ke kelas. 3. Guru wajib menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti. 4. Guru perlu menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain. 5. Penyediakan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Guru Jadual Relief.


S R I T I A L U K H U W W A H | 47 9.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 1. Semua program utama yang berlangsung dalam PdP dibuat berdasarkan keperluan panitia. 2. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang kearah kecemerlangan murid. 3. Jawatankuasa Kurikulum adalah nadi membantu semua panitia dalam merancang dan melaksana program akademik. 4. Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan. 5. Penglibatan GPK HEM, GPK Kokurikulum dan Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan program akademik. 10.0 PENILAIAN & PEPERIKSAAN 1. Ujian/Pentaksiran Bulanan hendaklah dibuat bagi subjek KSSR di dalam kelas mengikut guru subjek tersebut setiap kali habis setiap topik mengikut kesesuaian waktu guru subjek. 2. Peperiksaan Pertengahan Tahun (KSSR, UPKK , KAFFAH & TQS) : 1 kali setahun (bulan Ogos). 3. Peperiksaan Akhir Tahun (KSSR, UPKK , KAFFAH & TQS) : 1 kali setahun (bulan Disember). 4. Peperiksaan Percubaan UPKK : 2 kali setahun (Ogos & Oktober). 5. Kecemerlangan akademik murid akan dinilai berdasarkan peratusan markah tertinggi bagi subjek UPKK , KAFFAH dan TQS serta tahap pencapaian tertinggi murid bagi subjek KSSR (PBD). 10.1 Penyediaan Kertas Ujian 1. Disediakan oleh guru mata pelajaran yang mengajar mengikut format terkini bagi semua subjek. 2. Diserahkan kepada Ketua Panitia untuk semakan dalam tempoh dua (2) minggu sebelum kertas peperiksaan diperbanyakkan. Hanya setelah disemak dan disahkan, kertas ujian akan diperbanyakkan. 10.2 Rekod Markah & Pentaksiran 1. Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem Markah sekolah yang disediakan oleh Unit Data Peperiksaan Dalaman. 2. Buku rekod Program Pemantapan Sahsiah (Tahun 6) perlulah diserahkan sebelum peperiksaan akhir tahun. 3. Slip keputusan markah peperiksaan perlu disiapkan dalam tempoh seminggu, kemudian diserahkan kepada guru kelas sebanyak dua (2) Salinan dan ditandatangani oleh ibubapa/penjaga sewaktu program Jalinan Kasih.


S R I T I A L U K H U W W A H | 48 10.3 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 1. Semua penyedia soalan peperiksaan diminta merujuk JSU mengikut tahap kesukaran yang logik dengan bantauan Ketua Panitia untuk para murid cemerlang. 2. JSU disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada peperiksaan berikutnya. 3. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau GPK Pentadbiran sebelum diperbanyakkan. 10.4 Post-Mortem Untuk Peperiksaan 1. Post-mortem peperiksaan secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan peperiksaan UPKK dan peperiksaan penggal dikeluarkan. 2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenalpasti secara individu. 3. Setiap guru perlu ada fail rekod murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya. 4. Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada GPK HEM dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. 10.6 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 1. Semua ketua panitia perlu memastikan pelaksanakan PBD mengikut tempoh yang ditetapkan 2. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan prestasi murid dibawa Bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan. 11.0 PEMANTAUAN 1. Pengajaran dan Pembelajaran guru/murid di bilik darjah akan dicerap sekurangkurangnya dua (2) kali dalam setahun secara rasmi. 2. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar/Guru-guru Penolong Kanan/Ahli Majlis Lembaga Tertinggi sekolah. Tempoh pencerapan akan dimaklumkan oleh Guru Besar seminggu sebelum tempoh pencerapan bermula. 3. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panitia masingmasing. 4. Semua Guru Penolong Kanan dan Guru Besar akan dicerap oleh ahli Lembaga Tertinggi sekolah. 11. 1 Pengurusan Panitia 1. Pengurusan panitia bidang diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia pelajaran berkenaan. 2. Guru Penolong Kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.


S R I T I A L U K H U W W A H | 49 3. Semua fail pengurusan panitia akan disemak dan diletakkan di dalam bilik GPK Pentadbiran. 11.2 Peperiksaan & Penilaian 1. Guru Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian. 11.3 Bilik-bilik Khas 1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2. Rekod penggunaan, peraturan penggunaan dan jawatankuasa mesti diwujudkan. 3. Keselamatan murid, bahan dan peralatan hendaklah diutamakan. 11.4 Penyeliaan Buku Latihan Murid 1. Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif. 2. Semua guru akan menyerahkan semula semua buku tulis dan aktiviti dari setiap mata pelajaran yang diajar untuk semakan Guru Penolong Kanan/Guru Besar. 12.0 BILIK & BAHAN BACAAN 1. Bahan bacaan yang dibekalkan mesti dimaksimumkan penggunaannya. 2. Keselamatan dan keadaan buku hendaklah diselia 2 kali setahun. 3. Bilik Bacaan hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program Nilam. 4. Masuk ke Bilik Bacaan dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan. 5. Program Nilam akan diselia sepenuhnya oleh Guru Kelas. 6. Penyemakan buku Nilam murid dilakukan 2 kali setahun. 13.0 TUGAS GURU MATA PELAJARAN 1. Memastikan senaskhah Sukatan Pelajaran (DSKP) yang kemas kini ada, memahami dan boleh mentafsirkan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi mata pelajaran yang diajar. 2. Menyediakan Rancangan Pengajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap bagi harian (RPH) melalui aplikasi ERPH dan tahunan (RPT). 3. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa bukubuku latihan murid dan memulangkan semula dengan secepat mungkin. Menyerahkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan pada masa yang dikehendaki.


S R I T I A L U K H U W W A H | 50 4. Menjalankan ujian dan penilaian kepada murid secara berkala mengikut topik/bulan dan sebagainya untuk menguji penguasaan murid terhadap mata pelajaran. Bertanggungjawab mengadakan kelas-kelas tambahan jika perlu. 5. Menjadi ahli dalam bidang yang ditetapkan, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat bersama Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP). 6. Memastikan keselamatan murid semasa di makmal/bengkel/bilik darjah serta penggunaan perkakasan. Sebarang kejadian yang berlaku pada waktu mata pelajaran adalah di bawah tanggungjawab guru mata pelajaran. (Sebarang kejadian semasa kehadiran guru adalah kemalangan manakala sebarang kejadian semasa ketiadaan guru adalah kecuaian guru tersebut) 7. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkaitan dan menyampaikan semua maklumat kepada rakan-rakan guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. 8. Sentiasa mengikuti perkembangan/pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkaitan untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran. 9. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran / Penolong Kanan Kurikulum tentang masalah pengajaran & pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. 10. Bertanggungjawab dalam menambah alat bantu mengajar bagi memperkaya Pusat Sumber Sekolah. Menggunakan kemudahan pengajaran & pembelajaran yang disediakan secara berkesan. 14.0 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM 14.1 Tugas Jawatankuasa Pengurusan 1. Membuat ketetapan Kurikulum sekolah. 2. Mendokumenkan ketetapan. 3. Menyebarluaskan ketetapan. 4. Menyemak ketetapan. 5. Merancang, melaksanakan dan memantau program kurikulum sepanjang tahun. 6. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai. 7. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran berteraskan PAK21. 8. Mencadang, membina dan mengurus bahan bantu mengajar. 9. Membuat penilaian prestasi pembelajaran murid. 10. Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. 11. Menetapkan garis panduan penyediaan rancangan kerja. 12. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.


Click to View FlipBook Version