S R I T I A L U K H U W W A H | 51 13. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. 14. Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh. 15. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kurikulum. 16. Menentukan tarikh peperiksaan, program kecemerlangan akademik dan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahunan 17. Menilai aktiviti kurikulum dan membuat laporan tahunan. 18. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan. 19. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan prestasi murid. 20. Membuat pemantauan pelaksanaan DSKP. 21. Merancang kursus dan membuat pendedahan tentang maklumat baharu dalam pendidikan. 22. Menyebar bahan bacaan dan maklumat tentang Pendidikan. 23. Membuat Analisa keputusan UPKK dan peperiksaan dalaman serta merangka program jangka pendek/ intervensi dan jangka Panjang bagi mengatasi kelemahan. 24. Membuat penilaian buku latihan yang digunakan murid untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan. 25. Berusaha untuk memperbanyakkan bahan sumber pendidikan di sekolah. 14.2 Tugas GPK Kurikulum 1. Menentukan objektif gerak kerja kurikulum sekolah tercapai. 2. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kurikulum sekolah. 3. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja kurikulum. 4. Memastikan supaya setiap unit gerak kerja kurikulum berjalan dengan lancar dan berkesan. 5. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kurikulum. 6. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kurikulum. 7. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada murid. 8. Menerima laporan kegiatan unit kurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha kurikulum dan penyelaras unit. 9. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kurikulum
S R I T I A L U K H U W W A H | 52 14.3 Tugas Setiausaha Kurikulum 1. Menyelaras semua aktiviti kurikulum. 2. Membantu Guru Besar / GPK Pentadbiran dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar. 3. Menyediakan takwim dan program kecemerlangan akademik. 4. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik. 5. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskini dan mencukupi. 6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk program yang akan dilaksanakan. 7. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti akademik luar sekolah. 8. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. 9. Menyelaras semua aktiviti kurikulum. 10.Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk murid menyertai program di luar sekolah 11.Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 12.Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti: 13.Membuat laporan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kurikulum sekolah. 14.Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti kurikulum sekolah dan luar sekolah dan secara keseluruhan. 15.Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah. 14.4 Tugas Jawatankuasa Jadual Waktu dan Relief 1. Memastikan jadual waktu induk dan jadual waktu persendirian disediakan pada waktu yang ditentukan 2. Memastikan jadual relief disiapkan setiap hari dan dipapar. 3. Memastikan guru mengikut jadual yang disediakan dan mengingatkan guru untuk menyediakan bahan untuk mengajar bagi kelas yang perlu digantikan oleh guru lain. 14.5 Tugas Jawatankuasan Data dan Peperiksaan Dalaman 1. Menjalankan tugas berkaitan peperiksaan dan data keputusan peperiksaan murid bagi subjek KSSR, UPKK , KAFFAH dan TQS. 2. Menguruskan maklumat simpanan data keputusan murid. 3. Mengurus dan menyelenggara tapak keputusan markah peperiksaan murid. 4. Menguruskan salinan keputusan peperiksaan murid dan menyerahkannya kepada guru kelas sebanyak 2 salinan.
S R I T I A L U K H U W W A H | 53 14.6 Tugas Jawatankuasa PBD 1. Menjalankan tugas berkaitan dengan penyelarasan data PBD 2. Menguruskan dan menyelenggara tapak pengisian PBD 3. Menguruskan keputusan PBD (pertengahan tahun dan akhir tahun) dalam bentuk hardcopy (2 salinan) dan softcopy. 4. Memastikan laporan PBd dilengkapkan oleh setiap guru dalam tempoh yang diberi. 5. Membuat analisa pelaporan PBD 2 kali setahun setiap kali keputusan markah PBD dikeluarkan. 14.7 Tugas Jawatankuasa LINUS 1. Merancang program tahunan LINUS. 2. Menyediakan program pengajaran dan pembelajaran bagi LINUS. 3. Membina jadual berkaitan kelas pembelajaran LINUS. 4. Mengenalpasti murid yang berkeperluan khas dan murid kritikal yang perlu diberi perhatian. 5. Menyediakan laporan tahunan berkenaan program, aktivti serta pencapaian murid LINUS. 14.8 Tugas Jawatankuasa Bilik Bacaan 1. Menyediakan Peraturan/Jadual. ❖ Menguruskan perlantikan petugas Bilik Bacaan. ❖ Menyediakan peraturan penggunaan Bilik Bacaan. ❖ Memastikan peraturan difahami dan dipatuhi oleh semua murid dan guru. ❖ Menyediakan jadual waktu penggunaan Bilik Bacaan dan jadual bertugas. ❖ Melatih petugas yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan/sistem Bilik Bacaan. ❖ Mengawasi petugas Bilik Bacaan menjalankan tugas dengan sistematik dan mengikut cara yang betul. 2. Memproses buku ❖ Menyediakan slip kerja iatu mencatat mengenai cetakan,pengarang dan lain-lain butiran yang berkenaan. ❖ Membuat proses teknik bahan buku : cop tarikh, kocek buku dan lainlain yang perlu. ❖ Mengeluarkan buku-buku ke rak yang berkenaan setelah selesai semua proses Teknik.
S R I T I A L U K H U W W A H | 54 3. Menyediakan rekod penggunaan ❖ Membuat penyediaan rekod-rekod penggunaan dan memastikan rekod berkenaan kemaskini dan lengkap diisi. ❖ Menyediakan statistik dan draf penggunaan bilik,pinjaman buku dan lain-lain yang perlu berdasarkan rekod-rekod berkenaan. ❖ Menyediakan Rekod Penggunaan -Rekod penggunaan bilik -Rekod pinjaman berkelompok -Rekod buku (murid) -Rekod buku (guru) - Rekod tugasan harian pengawas. 4. Penyemakan dan hapus kira ❖ Menyemak dan menutup stok akhir tahun. ❖ Memilih buku-buku yang rosak/ sukar untuk dibaikpulih dan dicadangkan untuk dihapus kira dan diisi butiran berkenaan di dalam buku rekod hapus kira. 5. NILAM ❖ Merancang dan melaksanakan program galakan membaca peringkat sekolah dengan kerjasama guru - guru lain. ❖ Mengedarkan buku NILAM kepada semua murid melalui guru - guru kelas. ❖ Memeriksa buku NILAM dan membuat pemilihan MURID NILAM TERBAIK. ❖ Menyediakan laporan NILAM dua kali setahun untuk diserahkan kepada GPK1 . ❖ Menyertai aktiviti NILAM di peringkat luar sekolah. 14.10 Peranan Ketua Panitia BIL BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Pengurusan a) Menjadi AJK Induk Kurikulum Sekolah b) Menguruskan fail-fail panitia c) Memastikan panitia mempunyai Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran d) Mencerapkan pengajaran dan pembelajaran 2. Mesyuarat Panitia a) Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat panitia 3. Penilaian dan Peperiksaan a) Menyelaras dan menyemak penyediaan soalan dan skema markah
S R I T I A L U K H U W W A H | 55 b) Menyediakan laporan analisis keputusan penilaian peringkat sekolah dan peperiksaan awam 4. Pengajaran dan Pembelajaran a) Merancang dan menyelaraskan program peningkatan prestasi pelajar b) Membimbing guru-guru demi meningkatkan keberkesanan PdP 5. Kemajuan Staf a) Mencadangkan program perkembangan staf untuk memperluaskan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran guru-guru. 14.11 Tugas Jawatankuasa Panitia 1. Memperoleh dokumen Kurikulum terkini. 2. Menyelaras penyediaan RPT dan RPH. 3. Menyelaras pentaksiran sekolah. 4. Menyelaras pentaksiran bilik darjah. 5. Menganalisis data dan maklumat pentaksiran. 6. Mengambil tindakan susulan. 7. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemas kini fail panitia mata pelajaran . 8. Memastikan salinan minit mesyuarat panitia dihantar kepada pihak pentadbir sekolah. 9. Menentukan penggunaan bahan bantu mengajar dan kaedah-kaedah pembelajaran terkini. 10. Menyelaras penyediaan JSU, soalan peperiksaan, skema dan pemeriksaan kertas jawapan. 11. Menyemak dan mengesahkan soalan-soalan peperiksaan sebelum dicetak. 12. Membuat analisis keputusan peperiksaan untuk tindakan susulan. 13. Menyediakan koleksi soalan untuk rujukan. 14. Melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh pihak sekolah. 15. Memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada guru mengikut keperluan. 16. Menyediakan data/maklumat tentang mata pelajaran yang berkenaan dan dipamerkan. 17. Menyimpan salinan jadual waktu peribadi guru. 18. Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantau PdPc.
S R I T I A L U K H U W W A H | 56 19. Bertanggungjawab untuk meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian murid dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan pusat. 20. Menyedia dan menyimpan dokumentasi program . 15.0 BIDANG JAWATANKUASA PEPERIKSAAN AWAM (UPKK) 1. Menentukan bilangan calon. 2. Mengemaskini maklumat calon melalui SIMPENI. 3. Menyedia, menyemak dan memastikan borang pendaftaran peperiksaan diisi dengan betul. 4. Menyedia dan melengkapkan keperluan pusat peperiksaan seperti diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan. 5. Menentukan borang-borang yang diperlukan oleh ketua pengawas dan dibekalkan secukupnya. 6. Menyediakan jadual waktu peperiksaan kepada murid dan memberi taklimat mengenai masa dan mata pelajaran. 7. Mengedarkan keputusan peperiksaan kepada calon. 8. Menjadi ketua untuk menganalisa keputusan peperiksaan UPKK apabila telah dikeluarkan. 9. Mendapatkan dan menyimpan kertas-kertas soalan peperiksaan. 10. Menjaga stok kertas soalan dan fail berkenaan peperiksaan UPKK. 11. Menghadiri taklimat dan mesyuarat yang berkaitan. 12. Merancang dan mengetuai pelaksanaan program kecemerlangan UPKK. • Kelas tambahan • Bengkel • Teknik Menjawab • Pecutan dan Gerak Gempur
S R I T I A L U K H U W W A H | 57 PROGRAM KHAS UNIT KURIKULUM. • Mencari tenaga pengajar bagi setiap Program / Aktiviti. • Menyediakan Kertas Kerja sebelum Program / Aktiviti berlangsung. • Menyediakan Laporan hasil daripada Program / Aktiviti yang dijalankan. BIL PROGRAM PENGARAH 1 Hari Buku Sedunia Izzah Syakinah Binti ayub 2 Hari Terbuka SRITI Kluang Nor Ashikin Binti Azhar 3 Hari Apresiasi & Anugerah Cemerlang Nurul Efah Binti Sudding
S R I T I A L U K H U W W A H | 58
S R I T I A L U K H U W W A H | 59 CARTA ORGANISASI HAL EHWAL MURID
S R I T I A L U K H U W W A H | 60 1.0 LATAR BELAKANG Hal Ehwal Murid(HEM) sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Unit HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan misi dan visi sekolah ini. 2.0 MATLAMAT PROGRAM HEM. Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan. 3.0 OBJEKTIF. ❖ Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan HEM. ❖ Menghasilkan satu program HEM yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah. ❖ Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan. ❖ Meningkatkan tahap kesihatan, kebersihan diri dan persekitaran yang selamat.
S R I T I A L U K H U W W A H | 61 STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2024/2025 1. TENAGA PENGAJAR. 1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua (lo co parentis) kepada semua murid. 1.2 Sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat. 1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa serta penuh kasih sayang. 1.4 Semua tindakan guru adalah berkonsepkan “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM’. 1.5 Membudayakan guru supaya benar-benar dapat memainkan peranan sebagai “GURU DISIPLIN” pada setiap masa. 2. KEMASUKAN MURID. 2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum yang beragama Islam. 2.2 Kemasukan murid darjah 1 akan ditentukan Ujian Saringan Darjah 1. 2.3 Kemasukan murid selain darjah 1 ialah berdasarkan keperluan kelas , temuduga dan keputusan pantadbiran sekolah. 2.4 HEM perlu menerima kemasukan murid dari SRITI Cawangan lain. 2.5 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan sentiasa memastikan data peribadi murid dikemaskini dengan lengkap dan terkini. 2.6 Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik dan sahsiah. 3. PENGUATKUASAAN PERATURAN SEKOLAH. 3.1 Semua murid perlu memiliki dan dibekalkan Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan di dalamnya pada setiap masa. 3.2 Penerangan Buku Peraturan Sekolah perlu diingatkan secara berkala kepada murid semasa perhimpunan sekolah. 3.3 Semua murid dikehendaki memakai uniform lengkap Sriti. 3.4 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid Tahun 4 hingga Tahun 6. 3.5 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut: 3.5.1 Pencalonan pengawas dibuat oleh guru disiplin/guru kelas dengan persetujuan Guru Besar/GPK Hem. 3.5.2 Kursus pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. 3.5.3 Majlis watikah pelantikan.
S R I T I A L U K H U W W A H | 62 3.6 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Unit Disiplin Sekolah. 3.7 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “nasihat dan bimbingan” (Unit Bimbingan dan Kaunseling) dalam menangani permasalahan disiplin murid di mana semua murid yang melakukan kesalahan akan dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk sesi bimbingan dan hanya akan diambil tindakan selepas tiada perubahan sikap murid terlibat. 3.8 Memastikan murid sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berakhlak seperti berikut; ponteng sekolah, merokok, pergaduhan, kelakuan lucah, membuli, kurang ajar atau biadap dan merosakkan harta benda sekolah atau awam (VANDALISME). 3.9 Ibu bapa murid yang melanggar peraturan sekolah akan dipanggil ke sekolah untuk tujuan makluman dan penyelesaian masalah dan laporan akan disediakan bagi tujuan rekod dan rujukan. 3.10 Bagi kesalahan Kes Khas pihak SRITI akan meminta nasihat dan merujuk kepada pegawai perhubungan sekolah (Polis) bagi tujuan penyelesaian masalah. 3.11 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang. 3.12 Memastikan semua murid mematuhi dan mengamalkan peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan. 3.13 Membantu murid dalam masalah disiplin supaya menjadi insan yang dihargai oleh semua guru dan kakitangan sekolah. 4. PONTENG SEKOLAH. 4.1 Bagi murid yang ponteng kelas dan ponteng sekolah secara berkala tindakan akan diambil seperti berikut: 4.1.1 Surat Amaran Pertama Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk murid yang tidak datang ke sekolah selama tiga (3) hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh (10) murid tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat. 4.1.2 Surat Amaran Kedua Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika murid tidak datang ke sekolah tujuh (7) hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (O) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut. 4.1.3 Surat Amaran Ketiga Surat Amaran Ketiga atau Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi tujuh (7) hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk murid yang telah ditandai (O) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.
S R I T I A L U K H U W W A H | 63 4.1.4 Buang Sekolah Selepas tempoh empat belas (14) hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas dua puluh (20) hari ditandai (O) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, murid boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/penjaga bahawa murid telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar. Murid tidak boleh diterima semula selepas itu tanpa merujukkannya kepada Guru Besar. 4.2 Penghantaran surat-surat adalah seperti jadual berikut: Surat Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut Amaran Pertama pada hari ke-3 pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas Amaran Pertama Amaran Ketiga 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari lagi selepas Amaran Terakhir Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturut-turut 4.3 Surat Amaran Pertama, Kedua dan Ketiga diisi dan dibuat satu salinan untuk simpanan ke dalam Fail Kehadiran Murid dan ditandatangani oleh: 4.3.1 Surat Amaran Pertama ditandatangani oleh GPK HEM 4.3.2 Surat Amaran Kedua ditandatangani oleh GPK HEM 4.3.3 Surat Amaran Ketiga ditandatangani oleh GPK HEM 4.3.4 Surat Buang Sekolah ditandatangani oleh Guru Besar. 4.4 Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah (guru kelas) atau menelefon ke sekolah untuk memaklumkan sebab tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut akan dicatat sebagai ponteng sekolah. .
S R I T I A L U K H U W W A H | 64 PENGURUSAN BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM) 1. PENGENALAN. BJKM merupakan dokumen rasmi yang penting dan sah dari segi perundangan dan kewangan. Ia digunakan bagi merekod kedatangan murid setiap hari persekolahan dan sebagai rujukan maklumat murid. 2. OBJEKTIF. 2.1 Memberi pendedahan tentang cara mengurus dan mengendalikan Buku Jadual Kedatangan Murid. 2.2 Menyelaras cara mengendalikan maklumat BJKM. 3. PERATURAN PENGURUSAN BJKM 3.1 BJKM perlu disimpan di tempat yang selamat (Bilik GPK HEM). 3.2 BKJM di bawah jagaan dan tanggungjawab guru kelas. 3.3 Hanya boleh dibalut dengan pembalut lutsinar. 3.4 Murid tidak boleh mengambil, mencatat dan mengembalikan BJKM ke pejabat. 3.5 Penggunaan sebarang jenis pemadam tidak dibenarkan. Jika berlaku kesilapan, sila batalkan dan tandatangan. 3.6 Butir-butir di dalam BJKM hendaklah ditulis terus dan tidak boleh disalin dari kertas lain atau seumpamanya dengan alasan supaya bersih atau sebagainya. 3.7 Sekiranya berlaku kehilangan, guru kelas hendaklah membuat laporan kepada pihak pengurusan untuk dibuat laporan polis. 3.8 BJKM hendaklah diambil pada permulaan hari persekolahan dan dikembalikan ke pejabat selewat-lewatnya waktu kelima PdP (10.00 pagi). 3.9 Buku tersebut tidak boleh disimpan di atas meja guru atau di bawa balik ke rumah dan mesti sentiasa berada di pejabat sekolah / Pejabat GPK HEM. 3.10 Semua ruangan pada setiap muka surat mestilah diisi dengan cermat dan betul. 3.11 Surat pengesahan daripada imigresen seseorang murid bukan warganegara belajar di sekolah berkenaan hendaklah dicatatkan di ruangan catatan. 3.12 Tandakan Jadual Kedatangan ini dengan ballpen dakwat hitam. Hanya gunakan satu warna sahaja bagi menulis keseluruhan maklumat. 3.13 Guru kelas bertanggungjawab menanda kehadiran kelas pada setiap hari dan menutup BJKM pada hari akhir setiap bulan. 3.14 Sekiranya guru kelas tidak hadir, guru ganti bertanggungjawab melengkapkannya. Sekiranya kedua-dua guru berkenaan tidak hadir, staf pejabat akan diminta untuk menjalankan tugas tersebut.
S R I T I A L U K H U W W A H | 65 3.15 Bagi murid yang berpindah ke sekolah lain, segala maklumat kedatangannya perlu dikeluarkan dari BJKM pada bulan berikutnya. Ini bermakna pada bulan berikutnya jumlah kedatangan murid, purata kedatangan murid, jumlah ketidakhadiran murid dan purata ketidakhadiran murid tidak merangkumi kedatangan murid yang sudah berpindah. 4. MAKLUMAT DALAM BKJM. 4.1. Muka depan 4.1.1 Isikan butiran di muka hadapan menggunakan huruf besar dengan jelas dan terang. 4.2. Nama Penuh 4.2.1 Mengikut nama seperti dalam Kad Pengenalan dan ditulis dengan HURUF BESAR mengikut abjad bagi setiap bulan. 4.2.2 Jika ada murid yang baru mendaftar atau murid rayuan bersekolah semula, tuliskan nama murid tersebut di bahagian bawah nama murid yang sedia ada. 4.3. Jantina 4.4.1 Tuliskan ‘L’ atau ‘P’ bagi setiap murid. 5. CARA MENANDAKAN KEHADIRAN. 5.1 Tandakan ‘/’ sekiranya murid hadir. 5.2 Tandakan ‘O’ sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab. 5.3 Tandakan ‘S’ dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab (surat pengesahan daripada ibu bapa/penjaga atau sijil sakit). 5.4 Tandakan ‘L’ dalam bulatan sekiranya murid lewat dan murid ini dikira hadir. 5.5 Tandakan ‘W’ dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah dan dikira hadir. 5.6 Tandakan ‘G’ dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan dan dikira tidak hadir. 5.7 Jika seseorang meninggalkan kelasnya sebelum cukup dua jam dia berada di dalam kelas itu maka kedatangannya hendaklah tandakan sebagai murid yang tidak hadir. 5.8 Jika cuti seperti CUTI UMUM, CUTI KHAS atau lain-lain cuti, guru darjah hendaklah mencatat cuti dengan betul. Contoh: Jika cuti Hari Raya Aidilfitri, guru hendaklah catat CUTI HARI RAYA AIDILFITRI di ruang kedatangan berkenaan. Buat satu garisan (across) di tempat yang betul. 5.9 Jumlah kedatangan dan jumlah murid tidak hadir hendaklah dicatatkan pada akhir waktu persekolahan.
S R I T I A L U K H U W W A H | 66 6. HITUNGAN PURATA KEDATANGAN. 6.1 Jumlah kedatangan murid yang sebenarnya dibahagikan dengan bilangan hari belajar. Jika ada perpuluhan hendaklah digenapkan atau dibundarkan. 7. PERATUS KEDATANGAN. 8. Hitung Purata Bilangan Murid 8.1 Jumlah kedatangan murid yang sepatutnya dibahagi dengan bilangan hari belajar. Jika hasilnya adalah dalam perpuluhan maka hendaklah dibundarkan atau digenapkan. 9. JUMLAH MURID DALAM DAFTAR HUJUNG BULAN LEPAS. 9.1 Bagi bulan Januari, tandakan “–“. 9.2 Bagi bulan-bulan selepas Januari, isikan bilangan murid dalam kelas pada hujung bulan lepas. 10. JUMLAH MURID YANG MASUK. 10.1 Untuk bulan Januari, bilangan murid ialah jumlah murid yang ada dalam jadual kedatangan. 11. MAKLUMAT PERIBADI MURID DAN IBU BAPA. 12.1 Lengkapkan semua maklumat dalam ruangan berkenaan selewat-lewatnya akhir bulan April. 12.2 Tarikh masuk sekolah adalah tarikh murid mendaftar pada hari pertama di sekolah. 12.3 Tarikh murid meninggalkan kelas adalah tarikh murid pindah/berhenti/dibuang. 12.4 Sijil berhenti perlu dikeluarkan bagi murid yang berhenti sekolah/dibuang sekolah/ke sekolah menengah/ ke Institusi pendidikan swasta. 12.5 Alamat rumah hendaklah ditulis dengan ballpen. Jika murid berpindah catatkan tarikh murid berpindah. x 100 = Peratus Kedatangan (satu tempat perpuluhan)
S R I T I A L U K H U W W A H | 67 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS. 1. Guru Kelas perlu melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada: 1.1 Seorang Ketua Kelas 1.2 Seorang Penolong Ketua Kelas 1.3 Seorang Bendahari 1.4 AJK Keceriaan dan Kebersihan Kelas 2. Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara-perkara berikut: 2.1 Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas 2.2 Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan kelas 2.3 Jadual Bertugas - ditampal pada papan kenyataan kelas 2.4 Inventori Kelas - ditampal di belakang pintu hadapan (laminate) 2.5 Pelan Kawad Kecemasan - ditampal di tepi pintu hadapan (laminate) 2.6 Misi & Visi Sekolah - ditampal pada papan kenyataan kelas 2.7 Moto Sekolah - ditampal pada papan kenyataan kelas 2.8 Artikel Berinformasi - ditampal pada papan buletin 2.9 Bahan Pembelajaran - ditampal pada Papan Mata Pelajaran 2.10 Sudut Bacaan 2.11 Alatan seperti penyapu, pemadam papan hitam/putih, bakul sampah, penyodok sampah dan sebagainya hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai. 2.13 Pas Keluar Kelas (2 set) - disediakan oleh Unit Disiplin & Tarbiah 3. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan/atas) atau di tempat yang mudah dilihat. 4. Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja murid mencukupi. Perabot yang rosak atau tidak sesuai digunakan hendaklah dimaklumkan kepada pengurusan sekolah untuk diambil tindakan. 5. Kebersihan Kelas: 5.1 AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. 5.2 Setiap guru yang masuk ke kelas mestilah memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan. 5.3 AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan di dalam bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari. 5.4 Sebelum meninggalkan kelas, semua murid hendaklah memastikan kerusi dan
S R I T I A L U K H U W W A H | 68 meja dalam keadaan kemas dan teratur. 5.5 Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas. 5.6 Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup. 6. Setiap kelas wajib menyediakan 2 batang penyapu, 1 penyodok dan 1 tong sampah bersaiz medium. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Kelas untuk melaporkan kepada Guru Kelas jika hilang atau rosak. 7. Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut: 7.1 Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 7.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir. 7.3 Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas menjalankan tugas. 8. Susun atur kelas adalah mengikut ciri-ciri Kelas Abad Ke-21.
S R I T I A L U K H U W W A H | 69 DASAR PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID SRITI AL UKHUWWAH 2024/2025. WAKTU PERSEKOLAHAN: HARI TAHAP 1 TAHAP 2 AHAD - KHAMIS TAHUN 1, 2 & 3 8.00 pagi hingga 4.00 petang TAHUN 4, 5 & 6 8.00 pagi hingga 4.00 petang 1. Loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.50 pagi. Pintu besar akan ditutup sepenuhnya pada 8.00 pagi. Pintu besar digunakan untuk kegunaan kereta staf dan pelawat-pelawat yang dibenarkan sahaja. 2. Semua pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah diminta scan QR CODE Rekod pelawat dipintu pagar sekolah, seterusnya mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbir untuk segala urusan. 3. Waktu balik loceng dibunyikan mengikut ketetapan. Pintu pagar dibuka kecil sahaja yang digunakan untuk murid keluar.
S R I T I A L U K H U W W A H | 70 JADUAL PERGERAKAN MURID SEWAKTU SESI PERSEKOLAHAN. MULA PERSEKOLAHAN WAKTU PERKARA 7.00 pagi – 7.20 pagi • Kehadiran guru bertugas dan murid • Murid berkumpul di dewan utama. • Salah seorang guru bertugas dan pengawas bertugas mesti berada di dikawasan yang ditetapkan untuk memantau murid-murid. • Seorang lagi guru bertugas berada di pintu pagar. 7.20 pagi • Perhimpunan pagi bermula: o Bacaan doa o Bacaan Al Mathurat • Perhimpunan pagi dipimpin oleh murid dan dipantau selia oleh guru bertugas. 7.50 pagi • Pergerakan murid-murid ke kelas masing-masing. • Pastikan murid berada dalam keadaan teratur , berdisiplin dan beradab. • Guru Mata pelajaran waktu pertama mesti berada di dalam kelas. 8.00 pagi • Pengajaran dan pembelajaran bermula. WAKTU PDPC WAKTU PERKARA Mengikut Jadual Waktu • Murid berada dalam kelas dan mengikuti Pdpc. • Murid yang dikesan begejala perlu dimaklumkan kepada guru pentadbiran dan di asingkan. • Hanya 1 orang murid setiap kelas sahaja dibenarkan ke tandas dalam 1 masa.
S R I T I A L U K H U W W A H | 71 WAKTU KELUAR MASUK KELAS SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN WAKTU PERKARA Tidak terhad • Tidak digalakan murid keluar dari kelas KECUALI ada urusan penting. • Murid MESTI menggunakan pas keluar kebenaran daripada guru yang mengajar ketika itu. WAKTU SOLAT & REHAT MINDA WAKTU PERKARA Dhuha (10.00 pagi) • Guru bertugas agihan dan hidangan menyediakan makan rehat kepada murid. • Solat Dhuha dilaksanakan sekiranya waktu rehat berbaki 15minit sebelum PDP. Murid-murid akan solat di ruang ditentukan. • Guru terakhir mata pelajaran mesti berada dalam kelas untuk memantau murid. Qailullah & Zuhur (1.00 petang – 2.30 petang) • Murid akan berehat di ruang yang telah ditentukan selama 30 minit. • .Murid bersiap untuk berwudhu’ dan Solat Zohor secara berjemaah. • Selepas solat murid duduk mengikuti kumpulan untuk makan tengah hari. • Murid-murid masuk ke kelas masing-masing bersama guru-guru matapelajaran waktu pertama selepas rehat.
S R I T I A L U K H U W W A H | 72 WAKTU AKHIR PERSEKOLAHAN WAKTU PERKARA Mengikut Jadual Waktu Loceng dibunyikan 5 minit awal: • Murid akan berada didalam kelas bersama guru subjek terakhir dengan pantauan guru bertugas. • Guru subjek terakhir mesti memastikan murid dan kelas berada dalam keadaan bersih , kemas dan selamat. • Guru bertugas akan berada di pintu pagar sekolah. • Murid akan dilepaskan secara berperingkat mengikut kehadiran ibubapa yang datang. • Nama Murid akan diumumkan melalui pembesar suara. • Murid yang pulang lewat akan diletakkan di tempat menunggu pulang dengan pantauan guru bertugas..
S R I T I A L U K H U W W A H | 73 JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID (HEM) Pengerusi : Encik Wan Nazmi Bin Wan Razali (GURU BESAR) Naib Pengerusi : Ustaz Alimul Hakim Bin Alizar (GPK HEM) Ustaz Aizat Bin Shahadan (GPK 1) Encik Muhamad Naqiuddin Bin Razali (GPK 3) Setiausaha : Ustazah Izzah Syakinah Binti Ayub AJK : Ketua-ketua Unit HEM Tugas Jawatankuasa induk HEM:- 1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk dan mesyuarat unit masing-masing sekurang-kurangnya empat kali setahun. 2. Memantau pelaksanaan tugas jawatankuasa unit-unit HEM. 3. Menyelaras pelaporan dan perancangan unit-unit HEM. 4. Menguruskan surat menyurat dan memastikan fail dan rekod dikemaskini. 5. Merancang, menyelaras dan menilai semua aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan dan 6. Pembangunan sahsiah murid. 7. Membimbing, menerima pandangan dan cadangan daripada murid, guru dan ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah. 8. Merancang dan menyusun semua aktiviti harian sekolah yang berkaitan dengan pengurusan murid (takwim sekolah). 9. Merancang, menyelaras dan mengurus peruntukan kewangan bagi perbelanjaan pengurusan hal ehwal murid. 10. Memberi bimbingan dan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas sekolah. 11. Mencalonkan murid-murid yang layak diberi pengiktirafan pada akhir tahun. 12. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diputuskan oleh majlis perancang sekolah dari masa ke semasa. 13. Menyediakan laporan tahunan bertulis kepada Guru Besar.
S R I T I A L U K H U W W A H | 74 Tugas Setiausaha Hal Ehwal Murid: 1. Membantu Guru Penolong Kanan HEM dalam bidang HEM. 2. Menyelaras segala jenis program dalam bidang HEM yang dianjurkan oleh sekolah, JAKIM, SRITI Negeri, SRITI Malaysia. 3. Menyelaras dan memantau perlaksanaan perancangan strategik taktikal (OPPM) dan operasional tahun semasa bagi bidang HEM. 4. Membantu Guru Penolong Kanan HEM dalam menyempurnakan analisis kehadiran murid setiap kelas untuk setiap bulan. 5. Memastikan BJKM setiap kelas siap direkod sebelum jam 10.00 pagi setiap hari. 6. Menyelaras dan memastikan pendaftaran murid tahun semasa dijalankan dengan lancar dan teratur. 7. Menentukan aktiviti HEM dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berterusan sepanjang tahun. 8. Mendapatkan laporan mengenai kegiatan setiap unit bidang HEM untuk difailkan dan diserahkan kepada Guru Penolong Kanan HEM. 9. Mengumpul maklumat dan menyimpan fail-fail unit HEM. Memantau dan menyemak fail-fail unit HEM untuk memastikan semua fail unit HEM kemas kini, lengkap dan bersedia untuk pemantauan Pihak Pengurusan, SRITI Negeri, SRITI Malaysia, JAKIM, PPID, JPNJ dan KPM 10. Menyelenggara Mesyuarat JK HEM, termasuk urusan surat panggilan mesyuarat, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat dan maklum balas mesyuarat, memastikan bilik / bahan/ alatan mesyuarat disediakan. 11. Memastikan papan kenyataan unit HEM dikemas kini mengikut data terkini. 12. Mengetuai Jawatan Kuasa Penyelaras Darjah 6. 13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/ Guru Penolong Kanan HEM dari semasa ke semasa.
S R I T I A L U K H U W W A H | 75 UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS & WAKAF (SPBTW) Pengerusi : Encik Wan Nazmi Bin Wan Razali (GURU BESAR) Naib Pengerusi : Ustaz Alimul Hakim Bin Alizar (GPK HEM) Ustaz Aizat Bin Shahadan (GPK 1) Encik Muhamad Naqiuddin Bin Razali (GPK 3) Penyelaras : Cik Nor Ashikin Binti Azhar AJK : Guru Kelas Tahun 1 - 6 BIDANG TUGAS 1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks a. Mesyuarat diadakan dua kali iaitu pada awal dan akhir tahun b. Pembahagian tugas c. Taklimat untuk guru kelas d. Pembahagian tugas pentadbiran - Buku Stok (ikut tahun) - Buku rosak / hilang - Pengedaran / pengumpulan - Menubuhkan pasukan bertugas SPBTW (murid) 2. Borang Aku Janji SPBTW. a. Mengedarkan borang kepada setiap murid. b. Borang yang lengkap dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada guru SPBTW. 3. Mesyuarat Jawatankuasa SPBTW a. Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Guru Besar b. Guru Penolong Kanan HEM membentangkan perkembangan dan keperluan semasa. 4. Membuat pesanan buku a. Membuat pesanan pada pertengahan tahun. b. Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun c. Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya. 5. Pengedaran a. Mengedar mengikut kelas b. Menentukan tarikh pengedaran c. Mengesan kelancaran pengedaran d. Mendapatkan borang dari murid yang baru masuk / bertukar sekolah. e. Memastikan setiap guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada murid yang layak.
S R I T I A L U K H U W W A H | 76 f. Memastikan semua guru darjah telah melengkapkan borang pinjaman SPBTW. 6. Pengurusan rekod dan dokumen a. Menyelenggarakan fail yang kemaskini (mengikut darjah) b. Rekod buku stok yang kemaskini (mengikut kelas) c. Senarai tugas guru pengedaran / pengumpulan d. Menyimpan rekod buku hapuskira, rosak, hilang. 7. Pengurusan Stok & Inventori dan mengemaskini fail-fail a. Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pelajaran b. Menyimpan Invois, bil dan pengesahan. c. Melengkapkan Buku Stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat d. Mengemaskinikan inventori SPBTW f. Memberi pinjaman buku-buku teks kepada guru-guru dan merekodkannya dalam buku teks.
S R I T I A L U K H U W W A H | 77 LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH. Pengerusi : Encik Wan Nazmi Bin Wan Razali (GURU BESAR) Naib Pengerusi : Ustaz Alimul Hakim Bin Alizar (GPK HEM) Ustaz Aizat Bin Shahadan (GPK 1) Encik Muhamad Naqiuddin Bin Razali (GPK 3) Penyelaras : Ustaz Muhamad Syafiq Bin Azlan AJK : Guru Kelas Tahap 2 BIDANG TUGAS Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah 1. Menguruskan hal pencalonan dan perlantikan pegawas-pengawas. 2. Menguruskan ucapan perlantikan pengawas 3. Menyelia pengawas-pengawas dan memastikan mereka menjalankan tugas dengan sempurna dan menjaga disiplin diri. 4. Menguruskan kem kepimpinan pengawas 5. Menjaga kebajikan pengawas 6. Menghadiri mesyuarat Lembaga Pengawas Sekolah dan menyampaikan maklumat berkaitan kepada semua guru. 7. Menyediakan dan merancangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas. 8. Menyediakan laporan tahunan Lembaga Pengawas Sekolah. 9. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke masa di perhimpunan sekolah. 10. Memastikan semua pengawas sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. 11. Mengatur jadual tugasan pengawas semasa guru-guru bermesyuarat atau urusan-urusan lain. 12. Mengadakan atau menyertai lawatan sambil belajar. 13. Mengambil tidakan untuk dirujuk kepada badan Pengawas Sekolah Dan Lembaga Disiplin Sekolah.
S R I T I A L U K H U W W A H | 78 UNIT DISIPLIN & TARBIAH. Pengerusi : Encik Wan Nazmi Bin Wan Razali (GURU BESAR) Naib Pengerusi : Ustaz Alimul Hakim Bin Alizar (GPK HEM) Ustaz Aizat Bin Shahadan (GPK 1) Encik Muhamad Naqiuddin Bin Razali (GPK 3) Penyelaras : Ustazah Siti Aishah Binti Mohd Jah AJK : Guru Kelas Tahun 1-6 BIDANG TUGAS Unit Disiplin Sekolah (Guru Disiplin) 1. Menyediakan Buku Peraturan Sekolah dan Carta Aliran Tindakan Tatatertib Murid. 2. Membuat kajian dari semasa ke semasa bagi tujuan menyempurnakan pelaksanaan peraturan tatatertib murid. 3. Membantu ahli lembaga pengawas melantik pengawas-pengawas serta mebuat peilaian pengawas yang dilantik dari semasa ke semasa. 4. Mengesyorkan tindakan tatatertib / disiplin tertentu atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid untuk pertimbangan Guru Besar. 5. Menentukan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh seorang pengawas. 6. Mengadakan mesyuarat tatatertib yang dibuat oleh sebarang badan lembaga dilingkungan sekolah sebelum dikuatkuasakan. 7. Membantu Guru Besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah. 8. Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan / aktiviti dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah. 9. Menjadi penyelaras diantara guru dan Guru Besar di dalam hal Disiplin muridmurid. 10. Melaporkan kepada pihak pentadbir mengenai murid-murid yang melanggar disiplin sekolah sebagai langkah terakhir dan membantu Guru Besar mengatasinya. 11. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakili oleh Guru Besar. 12. Membuat “Spot Check” atau pemeriksaan mengejut sebanyak 4 kali setahun. 13. Mengadakan pemeriksaan kebersihan dan kesihatan diri sekurang kurangnya 24 kali setahun 14. Menjadi Pegawai Perhubungan diantara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam menangani masalah disiplin. 15. Membantu Guru Besar menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan dan kekeluargaan dikalangan murid-murid dan guru-guru dalam menyemai dan memupuk rasa kebanggaan kepada sekolah.
S R I T I A L U K H U W W A H | 79 16. Menerima laporan pengawas, guru-guru dan seterusnya mengenai masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid dan mengambil tindakan yang sesuai. 17. Bertanggungjawab ke atas imej sekolah dengan menentu dan memastikan perlakuan murid-murid itu sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat sekeliling. 18. Berusaha menanam semangat patuh dan taat setia kepada peraturan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. 19. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Guru Besar 20. Mengatur program yang berkaitan dengan disiplin di peringkat sekolah seperti: - Kursus Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab Pemimpin. - Pernyataan Peraturan dalam Buku Peraturan Sekolah setiap kali perhimpunan rasmi sekolah. 21. Mengadakan kempen kebersihan dan kempen hormat guru. 22. Menjalankan rondaan untu mengesan pelajar melanggar disiplin dan mengadakan ‘spot chek’. 23. Menyedia dan membekalkan data dan maklumat disiplin dalam e-sriti. 24. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu. 25. Memastikan semua pegawas sentiasa dalam keadaan berpakaian kemas dan bersih. Disiplin Murid (Guru kelas) ‘Disiplin Murid Adalah Tanggungjawab Bersama’ 1. Rekod Disiplin Buku Kawalan Kelas (BKK) adalah dokumen penting. 2. Guru-guru matapelajaran dikehendaki mencatat salah laku murid dalam BKK. 3. Salahlaku disiplin hendaklah dilaporkan kepada Guru Disiplin / GPK HEM. 4. BKK disimpan di pejabat dan memulangkan semula pada waktu akhir. 5. Diluar kelas , salah laku murid dicatat dalam Buku Log Ketua Pengawas. 6. Penggunaan ‘Pas Keluar’ hendaklah dikuatkuasakan. PAS KELUAR disimpan di dalam kelas masing-masing. Tarbiah Murid 1. Merancang program dan aktiviti untuk meningkatkan dakwah dan kerohanian pelajar. 2. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 3. Menyemarakkan usaha dakwah diperingkat sekolah agar penghayatan aktiviti dan syiar Islam dapat dihayati bersama. 4. Mengadakan majlis pelancaran program-program tarbiah di peringkat sekolah.
S R I T I A L U K H U W W A H | 80 5. Melaksanakan program-program yang diatur sepanjang tahun. 6. Menyediakan kertas kerja & laporan setiap aktiviti dan program tarbiah yang dirancang/dilaksanakan.
S R I T I A L U K H U W W A H | 81 UNIT FAIL & DATA KEHADIRAN. Pengerusi : Encik Wan Nazmi Bin Wan Razali (GURU BESAR) Naib Pengerusi : Ustaz Alimul Hakim Bin Alizar (GPK HEM) Ustaz Aizat Bin Shahadan (GPK 1) Encik Muhamad Naqiuddin Bin Razali (GPK 3) Penyelaras : Ustaz Muhammad Aqil Bin Azmi AJK : Guru Kelas Tahun 1 - 6 BIDANG TUGAS 1. Menguruskan, merekod dan mengemaskini rekod pendaftaran murid Tahun 1 (Guru Kelas Tahun 1) 2. Menyemak dan mempastikan kemasukan / penempatan murid dibuat oleh guru yang berkenaan. 3. Memastikan buku pendaftaran pelajar di jaga dengan rapi dan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah. 4. Menyediakan data enrolmen pelajar mengikut darjah , kelas, jantina dan kewarganegaraan. 5. Menyediakan data / maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan lain-lain. 6. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengakutan ke sekolah, agama dan lain-lain. 7. Menyediakan data pelajar yang menerima bantuan dan lain-lain. 8. Menyemak buku jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu. 9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa. 10. Mengurus perpindahan keluar dan masuk murid-murid. 11. Mengurus surat pemeriksaan kesihatan murid bagi rawatan dan perubatan (penyelaras) 12. Menyedia dan menyimpan rekod / laporan berkala dan tahunan 13. Mengurus kemasukan murid-murid ke sekolah menengah bagi Tahun 6.
S R I T I A L U K H U W W A H | 82 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING. Pengerusi : Encik Wan Nazmi Bin Wan Razali (GURU BESAR) Naib Pengerusi : Ustaz Alimul Hakim Bin Alizar (GPK HEM) Ustaz Aizat Bin Shahadan (GPK 1) Encik Muhamad Naqiuddin Bin Razali (GPK 3) Penyelaras : Cik Nurin Amanina Binti Zakaria AJK : Guru Kelas Tahun 1 - 6 BIDANG TUGAS 1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan di sekolah. 2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bukan pelajar. 3. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini dan inventori pelajar. 4. Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. 5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan Kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum. 6. Merancang, melaksana, mengawal selia perkhidmatan bimbingan / kaunseling individu secara professional dan beretika. 7. Merancang, melaksana, mengawal selia, menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol. 8. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah. 9. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 10. Mengenal pasti dan merujuk pelajar, guru kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kanuseling krisis. 11. Menjadi personel perhubungan / serata sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. 12. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah. 13. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentor sekolah. 14. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, SRITI KAWASAN/NEGERI/PUSAT.
S R I T I A L U K H U W W A H | 83 UNIT 4K (KEBAJIKAN ,KESELAMATAN, KEBERSIHAN, KESIHATAN) Pengerusi : Encik Wan Nazmi Bin Wan Razali (GURU BESAR) Naib Pengerusi : Ustaz Alimul Hakim Bin Alizar (GPK HEM) Ustaz Aizat Bin Shahadan (GPK 1) Encik Muhamad Naqiuddin Bin Razali (GPK 3) Penyelaras : Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon AJK : Guru Kelas Tahun 1 - 6 BIDANG TUGAS Kebajikan Murid. 1. Di awal tahun, mengenal pasti murid-murid dari kalangan anak yatim, yatim piatu dan dari keluarga yang kurang berkemampuan (miskin) daripada guru. 2. Menemuduga dan mengkaji kes-kes tertentu yang memerlukan bantuan kebajikan. a) Menyediakan borang permohonan, mengumpul data dan menyimpan rekod murid-murid yang telah dikenalpasti yang memerlukan bantuan khusus seperti:- i. Pelajar miskin ii. Kemalangan iii. Kematian iv. Kecemasan / bencana b) Merancang, mengurus dan menyelia program yang berkaitan dengan kebajikan murid seperti:- i. Sumbangan kematian ibu bapa murid dan murid yang ditimpa kemalangan teruk. ii. Sumbangan yuran, pakaian dan alat tulis kepada murid yang tidak berkemampuan iii. Sumbangan hari raya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin 3. Mengurus mengelola dan menyalurkan sumbangan derma dari pihak kerajaan dan pihak individu seperti:- a) Mengurus penyertaan murid Tabung Kebajikan SRITI. b) Sumbangan awam. 4. Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan. 5. Mengeluarkan bantuan dalam bentuk kewangan, pakaian, peralatan dan lain-lain. 6. Menguruskan semua derma dan bantuan dalam / luar dari masa ke masa 7. Mengenal pasti badan kebajikan / individu / peristiwa malapetaka yang memerlukan bantuan kewangan / benda.
S R I T I A L U K H U W W A H | 84 8. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemas kini dan disahkan oleh Guru Besar 9. Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar. 10. Menubuhkan Unit Hilang / Jumpa bagi murid yang tercicir persekolahan. 11. Menyedikan laporan di akhir tahun. Keselamatan Sekolah 1. Merancang & memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada disekolah dilaksanakan. 2. Bersama-sama dengan GPK HEM, merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah Kebakaran / Latihan Kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya 2 tahun sekali. 3. Jurujual dikehendaki berurusan dahulu dengan pejabat dan mendapat kebenaran secara bertulis daripada Guru Besar untuk berjumpa guru-guru. 4. Menyelaras program-program kebakaran, keselamatan, kebersihan dan program lain diperingkat sekolah. 5. Meletakkan tanda amaran “BAHAYA” di tempat-tempat yang berbahaya. 6. Memastikan peraturan keselamatan di tampal di bilik-bilik khas, bilik darjah dan di dalam buku latihan murid. 7. Merancang pergerakan lalulintas murid dan kenderaan ditempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi sekolah. 8. Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan. 9. Merancang dan melaksanakan program keselamatan sepanjang tahun seperti:- i. Keselamatan lalu lintas ii. Keselamatan bangunan dan perabot 10. Keselamatan di makmal, bengkel dan lain-lain bilik khas. 11. Memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat. 12. Memastikan alat pemadam api mencukupi dan berfungsi dan boleh digunakan jenis ‘Selinder’ atau tradisional (baldi dan pasir). 13. Mengadakan kempen keselamatan jalanraya dan memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat. 14. Menyediakan ubat untuk pertolongan cemas. 15. Mengadakan ceramah tentang kebakaran / keselamatan jalanraya dan pertolongan cemas.
S R I T I A L U K H U W W A H | 85 Kebersihan Sekolah 1. Mengadakan program keceriaan dipersekitaran sekolah. 2. Memastikan setiap bahagian kawasan di sekolah diselenggarakan dengan baik untuk menghasilkan kawasan sekolah yang bersih, cantik dan menarik. 3. Membantu dalam merancang dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah. 4. Menentukan peraturan-peraturan berkaitan dengan persatuan / kelab 5. Menjaga kebersihan keseluruhan bangunan dan kawasan sekolah. 6. Menentukan dan mengagihkan tugas guru-guru dan pelajar semasa gotong royong sekolah dijalankan. 7. Menghubungi pihak tertentu untuk memohon bantuan seperti lori sampah, tebang pokok, dan pinjaman alat-alat bantuan. 8. Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan: • Kempen gotong-royong • Pertandingan kebersihan kelas • Ceramah-ceramah kebersihan • Memesan dan mengagihkan bahan-bahan dan barang-barang seperti sabun, ubat longkang, penyapu, tong sampah bersih. • Menanam bunga / pokok di kawasan sekolah • Pertandingan poster kebersihan 9. Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar bagi mempertingkatkan mutu keceriaan sekolah. 10. Memastikan setiap bahagian di sekolah diselenggarakan dengan baik untuk menghasilkan kawasan sekolah yang bersih, cantik dan menarik. 11. Menjaga kebersihan keseluruhan bangunan dan kawasan sekolah. 12. Menentu dan mengagihkan tugas guru-guru dan pelajar semasa gotong royong sekolah dijalankan. 13. Memastikan bahan-bahan dan barang-barang seperti penyapu, bakul sampah, bulu ayam dan alat-alat kebersihan kelas ada di dalam kelas & bilik khas. 14. Kebersihan Tandas:- Melengkapkan Laporan Kebersihan tandas dan dihantar kepada GPK HEM a. Sistem Tandas - Pastikan sistem tandas berfungsi, selamat dan baik - Laporkan jika ada kerosakan (flushing system). b. Tempat Wudhu - Tempat wudhu hendaklah berada dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat c. Bakul sampah - Berkarung plastik - Bekas sampah tertutup disediakan -
S R I T I A L U K H U W W A H | 86 d. Khidmat sanitari - Tuala wanita hendaklah dibungkus dan dibuang dalam bekas sanitari e. Lantai - Lantai hendaklah dibersihkan (dua kali sehari) dan bersih. - Dinding tidak diconteng f. Cermin - Dilap dan dibersihkan sekali sehari g. Baldi dan gayung - Pastikan air yang disimpan bertutup h. Mangkuk tandas - Hendaklah sentiasa bersih i. Paip air berfungsi dengan baik j. Pintu dalam keadaan baik k. Cecair pencuci tangan disediakan l. Tandas tidak berbau busuk. Kesihatan Sekolah 1. Menguruskan kemudahan rawatan murid dan memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti rekod kesihatan murid. 2. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi. 3. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna. Mengumpulkan dan menguruskan rekod kesihatan dalam APDM dengan kerjasama guru kelas/ penyelaras kelas. 4. Menentukan semua murid sihat daripada penyakit-penyakit yang berjangkit semasa berada di sekolah 5. Jika terdapat laporan atau diketahui murid-murid sakit berjangkit berada di sekolah, hendaklah berikhtiar menghantarnya balik ke rumah atau ke hospital dan mengambil langkah-langkah keselamatan seterusnya. 6. Berikhtiar mencegah murid-murid daripada menyimpan kutu di kepala. 7. Menyelaras dan membereskan urusan-urusan pergigian dengan klinik gigi. 8. Merancang dan mengadakan program kesihatan seperti lawatan, tayangan, ceramah-ceramah dan pameran kesihatan tentang penyalahgunaan dadah. Urusan ini boleh juga digabungkan dengan bahagian-bahagian yang lain seperti bimbingan dan kaunseling. 9. Memastikan tiap-tiap bilik khas dan bilik sakit mempunyai kotak pertolongan cemas yang sentiasa lengkap pada setiap masa. 10. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh klinik kesihatan daerah. 11. Menyelaras semua aktiviti kesihatan murid. 12. Menjalankan dayausaha yang lain untuk kesihatan murid dan kesihatan umum.
S R I T I A L U K H U W W A H | 87 13. Menguruskan pelajar-pelajar yang memerlukan rawatan. Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk mendapatkan rawatan doktor bagi murid sakit, demam atau kecederaan ringan dengan menghantar pulang, ke hospital atau klinik. Ibu bapa / penjaga murid mestilah diberitahu serta merta. Anda adalah ibu bapa murid semasa berada di sekolah. 14. Menyelaras program dan aktiviti kesihatan, kebersihan murid dan sekolah seperti : a. Kebersihan diri murid-murid b. Kebersihan pakaian murid c. Bilik-bilik darjah d. Bangunan dan kawasan sekolah e. Lain-lain bangunan seperti tandas, kantin dan sebagainya. f. Aktiviti kesihatan yang ditaja atau dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan, Jabatan, Kesihatan, agensi swasta dan NGO. 15. Rekod Kesihatan Setiap murid wajib mempunyai Buku Rekod Kesihatan. Buku ini akan dibawa ke sekolah menengah. Bekerjasama dengan guru-guru kelas untuk menguruskan dan menyelaras rekod kesihatan murid dan perkara-perkara yang berkaitan denganya. a. Rekod Kesihatan yang berkaitan denganya. b. Ukuran tinggi dan berat serta pemeriksaan mata hebdaklah dibuat setiap oleh guru kelas. c. Buku yang hilang mestilah diganti (laporan kepada GPK HEM) 17. Menyimpan rekod dan menyediakan laporan berkala dan tahunan
S R I T I A L U K H U W W A H | 88 UNIT KANTIN. Pengerusi : Encik Wan Nazmi Bin Wan Razali (GURU BESAR) Naib Pengerusi : Ustaz Alimul Hakim Bin Alizar (GPK HEM) Ustaz Aizat Bin Shahadan (GPK 1) Encik Muhamad Naqiuddin Bin Razali (GPK 3) Penyelaras : Puan Nur Hafizah Binti Lokaman AJK : Guru Kelas Tahun 1 - 6 BIDANG TUGAS 1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Kesihatan. 2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual atau disediakan mengikut syarat perjanjian. 3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan. 4. Memastikan makanan halal. 5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. 6. Memastikan keadaan luar dan dalam kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria. 7. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah. 8. Memastikan semua penjual dan kakitangan kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. 9. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain maslin / disimpan dalam bekas yang bertutup. 10. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan. 11. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai. 12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi. 13. Membuat laporan bulanan kepada Guru Besar / PK HEM tentang prestasi kantin. 14. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa 2 kali setahun dan perbincangan dari masa ke masa. 15. Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin. 16. Memastikan murid-murid beratur semasa membeli. 17. Memantau program jual beli murid sebagaimana bidang kuasa yang telah ditetapkan. 18. Makanan-makanan dari luar yang dibawa masuk ke sekolah hendaklah dipantau keadaanya sebelum diberikan kepada murid.
S R I T I A L U K H U W W A H | 89 JAWATAN KUASA PENYELARAS DARJAH 6. Penyelaras : Ustazah Izzah Syakinah Binti Ayub (Setiausaha Unit HEM) Guru Kelas & Guru Subjek Darjah 6. BIDANG TUGAS 1. Bekerjasama dengan guru kelas bagi menyiapkan sijil-sijil:- a. Berhenti sekolah b. Sijil UPKK c. Sijil PBD/PEPERIKSAAN d. Syahadah Hafazan TQS e. Syahadah Hafazan Matan 2. Penempatan murid-murid ke Tingkatan Satu di daerah Kluang /lain-lain bagi tahun-tahun berikut:- a. Melengkapkan maklumat murid-murid Tahun 6 dalam data APDM yang telah dikemaskini b. Memasukkan zon penempatan yang telah ditetapkan dan hantar online yang mengandungi maklumat berkenaan ke pejabat PPD/JPNJ 3. Menubuhkan Jawatankuasa Pencalonan Sekolah (SM/SMA/KAA/SMKA):- a. Mencalonkan murid-murid Tahun 6 ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Aliran Agama/Tahfiz/Sastera/SMKA bermesyuarat untuk memilih dan menilai pencapian murid yang berpotensi. b. Butiran diri calon diisi dengan teliti dan tepat oleh guru setelah memperoleh butiran diri calon dan salinan dokumen sokongan yang berkaitan. 4. Mendapatkan maklumat berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah menengah swasta yang berkaitan. 5. Mengadakan mesyuarat sekali setahun (khususnya sebelum pembukaan pendaftaran sekolah menengah , maahad tahfiz dan madrasah).
S R I T I A L U K H U W W A H | 90 SUK JIBG. Penyelaras : Puan Nurul Efah Binti Sudding. BIDANG TUGAS 1- Bertindak sebagai penyelaras antara Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) dengan pentadbiran sekolah. 2- Membantu pengurusan khususnya bersama Setiausaha JIBG. 3- Membantu dan menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan. 4- Menyampai segala permasalahan dan maklumat terkini kepada Guru Penolong Kanan HEM.
S R I T I A L U K H U W W A H | 91 PROGRAM KHAS UNIT HEM. • Mencari tenaga pengajar bagi setiap Program / Aktiviti. • Menyediakan Kertas Kerja sebelum Program / Aktiviti berlangsung. • Menyediakan Laporan hasil daripada Program / Aktiviti yang dijalankan. BIL PROGRAM PENGARAH 1 Sambutan Awal Ramadan Nur Hafizah Binti Lokaman 2 Hari Nuzul Quran Alimul Hakim Bin Alizar 3 Qiamulail Jamaie Muhamad Syafiq Bin Azlan 4 Penutup Ramadan Nur Hafizah Binti Lokaman 5 Tamrin Qiadi Aizat Bin Shahadan 6 Hari Penghayatan Ibadah Haji Nurin Amanina Binti Zakaria 7 Sambutan Awal Muharram Siti Aishah Binti Mohd Jah 8 Maulidurrasul Nurzahidah Dzafirah Binti Saadon
S R I T I A L U K H U W W A H | 92
S R I T I A L U K H U W W A H | 93 Fcyxdthd CARTA ORGANISASI UNIT KO-KURIKULUM
S R I T I A L U K H U W W A H | 94 KAEDAH LAPORAN KESELAMATAN, KECEDERAAN DAN KEMALANGAN (LUAR SEKOLAH). 1. Dalam memastikan sebarang kecederaan, kemalangan, dan kematian yang berlaku di sekolah terutama semasa pelaksanaan kokurikulum, serta mudah untuk dijadikan bahan rujukan oleh mana-mana pihak, sekolah dikehendaki menyediakan pelaporan dalam bentuk dokumentasi yang jelas dan kemas. 2. Guru Penasihat Kokurikulum perlulah segera membuat pelaporan berhubung sebarang kecederaan, kemalangan yang berlaku semasa aktiviti di dalam buku laporan khas yang disediakan oleh pihak sekolah. 3. Antara maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam pelaporan berkenaan adalah seperti berikut: - Nama pelajar dan individu yang terlibat. - Tarikh / tempat dan masa kecederaan / kemalangan berlaku. - Bentuk kecederaan pada pelajar. - Nama guru yang membuat pelaporan. - Tahap kecederaan dan kemalangan. - Tindakan lanjut oleh guru. - Tandatangan dokumen pelaporan. - Pengesahan pelaporan oleh Guru Besar / GPK kokurikulum. TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN. 1. Merancang aktiviti sekolah (jangka panjang / pendek) 2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. 4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. 5. Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh. 6. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. 7. Menentukan tarikh Hari Sukan Sekolah , Amal Islami Sekolah dan kegiatan lain. 8. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. 9. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan. 10. Memastikan semua tempat dan alatan selamat digunakan. 11. Merangka modul kokurikulum.
S R I T I A L U K H U W W A H | 95 TUGAS GPK KOKURIKULUM. 1. Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai. 2. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum sekolah. 3. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja kokurikulum. 4. Memastikan supaya setiap unit gerak kerja kokurikulum berjalan dengan lancar dan berkesan. 5. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum. 6. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum. 7. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar. 8. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha kokurikulum dan penyelaras unit. 9. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum
S R I T I A L U K H U W W A H | 96 TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM. 1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. 2. Membantu Guru Besar / GPK kokurikulum dalam pengagihan tugas kepada guruguru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar. 3. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan sekolah. 4. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan / kelab / pasukan unit beruniform / sukan / permainan. 5. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi. 6. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik. 7. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskini dan mencukupi. 8. Menetapkan pelajar dalam rumah sukan. 9. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. 10. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. 11. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. 12. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. 13. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan / kelab / pasukan unit beruniform. 14. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. 15. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. 16. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pelajar menyertai persatuan / kelab / pasukan unit beruniform. 17. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 18. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 19. Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti: 20. Borang penyertaan persatuan / kelab / pasukan unit beruniform. 21. Buku laporan aktiviti, senarai AJK dan ahli. 22. Membuat laporan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. 23. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti kokurikulum sekolah dan luar sekolah dan secara keseluruhan. 24. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah.
S R I T I A L U K H U W W A H | 97 TUGAS GURU PENASIHAT KELAB KOKURIKULUM. 1. Memastikan mesyuarat diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa. 2. Memastikan ada perlembagaan dan peraturan. 3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. 4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan persatuan / kelab / pasukan unit beruniform / sukan / permainan. 8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda / peralatan diurus dengan baik. 9. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan. 10. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahliahli. 11. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / zon / daerah / dalam lawatan atau projek yang dijalankan. 12. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. 13. Menandatangani buku kehadiran ahli. 14. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. 15. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada jawatankuasa kokurikulum sekolah. 16. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. 17. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan kokurikulum dari semasa ke semasa. 18. Membuat laporan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kelab / persatuan.
S R I T I A L U K H U W W A H | 98 TUGAS GURU SUKAN SEKOLAH / GURU RUMAH SUKAN. 1. Membentuk jawatankuasa. 2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan. 3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. 4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. 5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. 6. Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan / kelas / sekolah. 7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. 8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah. 9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. 10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. 11. Menyemai semnagat kesukanan dalam kalangan pelajar. 12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan. 13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan. 14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk dipertingkatkan. 15. Merekodkan nama pemain dan pasukan yang cemerlang (johan negeri / kebangsaan, wakil sekolah / negeri)
S R I T I A L U K H U W W A H | 99 TUGAS GURU BADAN BERUNIFORM. 1. Membentuk AJK badan beruniform. 2. Memastikan aktiviti-aktiviti selaras dengan objektif sekolah. 3. Memastikan adanya peraturan / perlembagaan. 4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam Perlembagaan. 5. Merancang aktiviti tahunan bersama pelajar dan menyerahkannya kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 7. Merancang strategi untuk peningkatan badan beruniform. 8. Membuat anggaran pendapatan / perbelanjaan. 9. Mengurus kewangan dan hartabenda / peralatan badan beruniform. 10. Menentukan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan. 11. Melaporkan kegiatan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum. 12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti / hari khas kokurikulum dan lain-lain. 13. Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah. 14. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. 15. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil kepada Jawatankuasa.
S R I T I A L U K H U W W A H | 100 TUGAS GURU PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK). • PAJSK adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. • PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. • PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. • PAJSK juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.