The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini ditulis bagi keperluan dalam menunjukkan kaedah pantas lukisan kejuruteraan. Ia sesuai digunakan di peringkat sekolah dan peringkat yang lebih tinggi mengikut kesesuaian silibus.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 아이니, 2020-12-09 03:46:17

TEKNIK PANTAS @ LUKISAN KEJURUTERAAN

Buku ini ditulis bagi keperluan dalam menunjukkan kaedah pantas lukisan kejuruteraan. Ia sesuai digunakan di peringkat sekolah dan peringkat yang lebih tinggi mengikut kesesuaian silibus.

Muhamad Zukery bin Mahmad Nor
Nurul Aini binti Abdul Ghani

Editor
Muhammad Fazli bin Jasli

Editor Pengurusan
Fara Diba binti Badrul Hisham

Penulis
Muhamad Zukery bin Mahmad Nor
Nurul Aini binti Abdul Ghani

Pereka Kulit Buku dan Grafik
Suriawati binti Mohd Fadzil

Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cetakan Pertama 2018

© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh
disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara sekalipun,
termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa
mendapat izin bertulis daripada penerbit dan pemilik hak cipta.

Perpustakaan Negara Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
TEKNIK PANTAS @ LUKISAN KEJURUTERAAN
ISBN 978-967-0823-70-6

Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 3

1.1 Jenis-Jenis Lukisan Kejuruteraan 4

1.2 Alatan Dalam Lukisan Kejuruteraan 5

1.3 Jenis-Jenis Garisan 14

1.4 Jenis-Jenis Penghurufan 17

2.0 Lukisan Geometri 20

2.1 Asas Lukisan Geometri 20

2.2 Cara Mudah Melukis Lukisan Geometri 21

3.0 Lukisan Ortografik 41

3.1 Asas Lukisan Ortografik 43

3.1 Cara Mudah Melukis Unjuran Dalam

Lukisan Ortografik 48

4.0 Lukisan Isometrik Dan Oblik 54

4.1 Asas Lukisan Isometrik Dan Oblik 56

4.2 Cara Mudah membina Sudut Dalam

Lukisan Isometrik dan Oblik 57

4.3 Cara Mudah Melukis Lukisan Isometrik & Oblik 60

4.4 Perbezaan Lukisan Isometrik Dan Oblik 61

5.0 Lukisan Perspektif 63

5.1 Asas Lukisan Perspektif 64

5.2 Alatan Dalam Melukis Lukisan Perspektif 65

5.3 Pandangan Dalam Lukisan Perspektif 66

5.4 Cara Mudah Melukis Lukisan Perspektif 69

Senarai Rajah 75
Senarai Jadual 78
Bibliografi 79

1

2

1.0 Pengenalan

Lukisan kejuruteraan juga dikenali sebagai lukisan teknik adalah
cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan
dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan.
Dengan kata lain lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi
atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat
dengan dunia kejuruteraan.
Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit
nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan
pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu
komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu
barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen.
Lukisan teknik adalah cara menyampaikan maklumat mengenai
projek dengan menggunakan gambaran grafik atau lukisan.
Lukisan kerja memberikan maklumat penting sperti saiz dan
bentuk sesuatu projek yang akan dihasilkan.

3

1.1 Jenis-Jenis Lukisan Kejuruteraan

Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan yang
dibentuk daripada pensel. Lukisan berbentuk garisan ini
dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan,
bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan.
Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu
bentuk objek dengan lebih terperinci dan disertakan dengan
saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan
kepada dua iaitu :

a) Lukisan Mesin
Lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses
mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi
tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.

b) Lukisan Kerja
Lukisan yang menerangkan dengan terperinci
bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan
apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu.
Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu
komponen. Lukisan ini termasuklah lukisan terperinci,
lukisan butir, lukisan bahagian dan lukisan pembuatan.

4

1.2 Alatan Dalam Lukisan Kejuruteraan
1.2.1 Papan Lukisan
Papan lukisan biasanya berukuran 600mm x 800mm
dan diperbuat daripada papan jenis lembut. Papan ini
adalah jenis ringan bagi memudahkan ianya dibawa ke
mana-mana. Kertas lukisan diletakkan diatas papan
lukis. Kertas tersebut perlu ditampal dengan perekat
agar ia tidak teralih dari kedudukan asal sekaligus
akan memudahkan kerja-kerja melukis dilakukan.

Rajah 1.1 Papan Lukisan
Sumber : Google Imej

5

1.2.2 Kertas Lukisan
Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu
lukisan yang dilukis menggunakan pensel. Biasanya
ukuran piawai ANSI (American National Standard
Institute ) bagi kertas lukisan ialah seperti berikut :

A. 8.5” x 11” A. 9” x 12”
B. 11” x 17” B. 12” x 15”
C. 17” x 22” C. 18” x 24”
D. 22” x 34” D. 24” x 36”
E. 34” x 44” E. 36” x 48”

Kertas lukisan yang biasa digunakan dalam lukisan
kejuruteraan adalah bersaiz A3 iaitu 420mm x 297mm.

Rajah 1.2 Kertas Lukisan
Sumber : Google Imej

6

1.2.3 Sesiku T
Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian
utama iaitu bahagian kepala dan bahagian bilah.
Dalam kerja-kerja lukisan, Sesiku T menjadi pemandu
untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan
menegak dengan perantaraan sesiku sudut.
Sepanjang penggunaan Sesiku T, ianya digunakan
rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga,
Sesiku T boleh digunakan dalam keadaan condong ke
atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong.

Rajah 1.3 Sesiku T
Sumber : Google Imej

7

1.2.4 Jangka Lukis

Jangka Lukis merupakan keperluan penting dalam
kerja-kerja lukisan kejuruteraan. Ia merupakan alatan
asas dalam lukisan kejuruteraan. Terdapat 3 jenis
Jangka Lukis yang biasa digunakan iaitu Jangka Lukis
Panah Gergasi (Giant Bow), Jangka Lukis Pegas
Susut (Drop Spring Bow) dan Jangka Lukis Tradisi dan
Bendul (Electrum & Beam/ Trammel). Jangka Lukis
digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan
atau lengkok.

Jarum jangka
Lukis

A
Letakkan jarum pada
satu titik, kemudian
dari titik A gerakkan
mata pensel.

Rajah 1.4 Jangka Lukis Jenis Dan Cara
Menggunakan Jangka Lukis
Sumber : Google Imej

8

1.2.5 Pembahagi
Bentuk pembahagi hampir-hampir sama dengan
jangka lukis, bezanya pembahagi mempunyai dua
mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu
Pembahagi Jenis Pegas dan Pembahagi Jenis Bendul
Dan Tradisi

Rajah 1.5 Jenis-Jenis Pembahagi
Sumber : Google Imej

Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak
kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk
memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang-ulang.

Rajah 1.6 Cara Menggunakan Pembahagi Untuk
Membahagi Satu Garisan
Sumber : Google Imej

9

1.2.6 Jangka Sudut
Jangka sudut adalah satu alat yang digunakan untuk
mendapatkan titik sesuatu sudut yang dikehendaki
atau untuk mengukur sesuatu sudut. Rajah 1.7 adalah
contoh jangka sudut yang digunakan dalam Lukisan
Kejuruteraan.

Rajah 1.7 Jenis-Jenis Jangka Sudut
Sumber : Google Imej

Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu
kerap, sesiku sudut digunakan sebagai pengganti. Ini
kerana sesiku sudut boleh memberikan beberapa
darjah sudut yang dikehendaki seperti dalam Rajah
1.8.

10

Rajah 1.8 Pembentukan Sudut Menggunakan Sesiku
Sudut

Sumber : Google Imej

11

1.2.7 Skala/ Pengukur
Skala/ Pengukur dalam kerja-kerja Lukisan
Kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk membuat
garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur
sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu
unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau
kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah
sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel digunakan
sebagai penanda kepada ukuran tersebut.
Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan
menggunakan Pembahagi atau Mata Jangka Lukis.
Rajah 1.10 menunjukkan skala/ pengukur yang biasa
digunakan.

Rajah 1.9 Pembaris Skala
Sumber : Google Imej

12

1.2.8 Pensel
Pensel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
Pensel Kayu dan Pensel Mekanikal (Isian). Dalam
lukisan kejuruteraan, pensel mekanikal lebih sesuai
digunakan. Ini kerana pensel mekanikal tidak perlu
diasah dan dengan itu kerja-kerja lukisan akan
menjadi kemas. Pensel boleh dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut.

Pensel Kayu

Pensel Mekanikal

Rajah 1.10 Jenis-Jenis Pensel
Sumber : Google Imej

13

1.3 Jenis-Jenis Garisan

1.3.1 Garisan Fantom
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan
alternatif bagi komponen yang sama.

1.3.2 Garisan Objek
Garisan akhir dan lebih tebal berbanding garisan yang
lain.

1.3.3 Garisan Terlindung
Garisan ini menunjukkan sesuatu bahagian yang
terlindung.

1.3.4 Garisan Keratan
Menggambarkan objek dipotong menggunakan pensel
H. Garisan ini condong dan bersudut 45° dan bersiri.

1.3.5 Garisan Tengah
Garisan yang menunjukkan paksi simetri.

1.3.6 Garisan Dimensi Dan Garisan Tambahan
Garisan yang menunjukkan ukuran sesuatu objek.
Merupakan garisan yang dibina untuk menunjukkan
ukuran sesuatu objek. Garisan tersebut akan
diletakkan ukuran panjang/ sudut objek tersebut.

1.3.7 Garisan Satah Pemotongan
Bahagian objek yang akan dikerat atau dipotong,
menggunakan pensel H atau B.

14

1.3.8 Garisan Pendek objek,
Menggambarkan bahagian tertentu
menggunakan pensel HB atau B.

1.3.9 Garisan Pecah Panjang sahaja
Menggambarkan objek sebahagian
menggunakan pensel B atau H.

1.3.10 Garisan Binaan Dan Garisan Unjuran
Garisan ini merupakan garisan nipis yang dilukis
dalam proses untuk membina garisan objek.

15

Nama Garisan Bentuk Ciri-Ciri Gred/Saiz
Mata Pensel
Garisan Fantom ______ __ __ ______ Hitam & Nipis H /0.3 mm
Garisan Objek Hitam & Tebal HB/0.5-0.7
___________ mm
Garisan HB/0.3-0.5
Terlindung _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ Halus & Nipis mm
Garisan Keratan HB/0.5-0.7
_________________ Hitam & Tebal mm
Garisan Tengah H /0.3 mm
Garisan _______ _ ______ Hitam & Nipis H /0.25 mm
Dimensi dan Hitam & Nipis
Garisan HB/0.5-0.7
Tambahan ___ _ _ ___ Hitam & Tebal mm
Garisan Satah H /0.3 mm
Pemotongan Hitam & Nipis H /0.3 mm
Garisan pendek Hitam & Nipis
Garisan Pecah 2H /0.3 mm
Panjang Nipis
Garisan Binaan
dan Garisan _________________
Unjuran

Jadual 1.1 Jenis-Jenis Garisan Lukisan

16

1.4 Jenis-Jenis Penghurufan
Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam membuat huruf
dan nombor iaitu kaedah menegak dan kaedah condong.
Rajah 1.11 menunjukkan cara pergerakan pensel semasa
menghuruf dalam kaedah tegak dan Rajah 1.12 menunjukkan
cara pergerakan pensel semasa menghuruf dalam keadaan
condong.

Rajah 1.11 Pergerakan Pensel Semasa Menghuruf
Dalam Keadaan Menegak

Sumber : Google Imej

17

Rajah 1.12 Pergerakan Pensel Semasa Menghuruf
Dalam Keadaan Condong

Sumber : Google Imej

18

19

2.0 Lukisan Geometri

Lukisan kejuruteraan yang ingin kita pelajari ini terdiri daripada
gabungan beberapa elemen asas geometri, iaitu seperti
penghurufan, titik, garisan, lengkungan dan juga bulatan. Lukisan
geometri menjelaskan asas dalam lukisan geometri dan di mana
ia melibatkan peralatan yang diperlukan sehingga teknik melukis.
Lukisan geometri merupakan asas dalam pembentukan sesuatu
objek yang bersifat kompleks.

2.1 Asas Lukisan Geometri

Pelajar perlu memahami kaedah pembinaan geometri yang
betul supaya dapat menghasilkan lukisan geometri yang betul
dan tepat. Oleh itu, amatlah penting untuk menguasai teknik
untuk membuat lukisan geometri. Asas lukisan kejuruteraan
ialah pembinaan garisan, sudut, bulatan, lengkok dan
sebagainya. Kita akan melukis garisan, membina dan
membahagi sudut tertentu dengan menggunakan alat-alat
lukisan kejuruteraan. Selain itu juga kita akan melukis bentuk
geometri mudah dengan pelbagai kaedah terhadap bentuk-
bentuk berikut iaitu Bulatan, Segitiga, Segiempat, Poligon dan
Elips.

20

2.2 Cara Mudah Melukis Lukisan Geometri
2.2.1 Pembinaan Garisan Dan Pembahagian Sudut
Tertentu
a) Membina Garisan Selari.
Langkah-Langkahnya :
i. Satu garis AB dilukis.
ii. Dari sebarang dua titik pada garisan AB,
dua
lengkok dengan jejari yang sama dilukis.
iii. Selepas itu satu garis CD yang
bersentuhan dengan kedua-dua lengkok
dilukis.
iv. Akhirnya AB dan CD adalah dua garisan
selari seperti dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1 Membina Garis Selari

21

b) Membina Garisan Tegak
Langkah-Langkahnya :
i. Satu garis AB dilukis.
ii. Dari mana-mana titik ( C ), satu lengkok
dibina yang memotong
garisan AB di D dan E.
iii. Dari D, sebarang lengkok dibinadi atas dan
di bawah AB.
iv. Dari E juga, sebarang lengkuk dibina yang
sama memotong lengkok dari D.
v. Akhirnya bina satu garisan dari titik C
merentasi kedua-titik persilangan lengkuk
seperti dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2 Membina Garis Tegak

22

a) Membahagi Dua Garisan
Langkah-Langkahnya :
i. Satu garis AB dilukis.
ii. Dari hujung A, sebarang lengkok dibina di
atas dan di bawah garis AB.
iii. Dari hujung B juga satu lengkok dibina yang
memotong lengkok A.
iv. Akhirnya garis yang memotong AB dari titik
persilangan kedua-dua lengkok dibina
seperti dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3 Membahagi Dua Garisan

23

b) Membahagi Dua Sudut
Langkah-Langkahnya :
i. Satu sudut ABC dilukis.
ii. Dari B, satu lengkok dibina yang memotong
AB dan BC di D dan E.
iii. Dari D, dengan jejari yang sama, satu
lengkok dibina dan dari E juga, satu lengkok
dibina yang akan memotong lengkuk dari D.
iv. Akhirnya satu garis dari titik B dibina kepada
titik persilangan lengkok di F seperti dalam
Rajah 2.4.

Rajah 2.4 Membahagi Dua Sudut

24

c) Membahagi Dua Sudut Terbentuk
Langkah-Langkahnya :
i. Satu garis AB dan CD adalah dua garis yang
membentuk satu sudut.
ii. Langkah seterusnya, dua garis selari dibina
di antara AB dan CD dimana garis FE selari
dengan AB dan FG selari dengan CD.
iii. Selepas itu, sudut EFG dibahagikan kepada
dua.
iv. Akhirnya FH adalah garis yang membahagi
dua sudut tersebut seperti dalam Rajah 2.5.

Rajah 2.5 Membahagi Dua Sudut Terbentuk

25

d) Membina Sudut 60°
.

Langkah-Langkahnya :
i. Satu garisAB dilukis.
ii. Dari titik C, satu lengkok dibina yang

memotong AB di D.
iii. Dari titik D, dengan jejari yang sama, satu

lengkok dibina yang memotong lengkok dari
C di E.
iv. Selepas itu, titik C dan E disambung.
v. Sudut ECB adalah sudut 60° seperti dalam
Rajah 2.6.

Rajah 2.6 Membina Sudut 60°

26

2.2.2 Pembinaan Bentuk Geometri
a) Bulatan
Membina Bulatan Melalui Tiga Titik Yang
Diberi
Langkah-Langkahnya:
i. Satu garis lurus dilukis yang
menyambungkan A ke B dan B ke C.
ii. Garisan pembahagi dua sama bagi setiap
garisan AB dan BC di bina supaya kedua-
duanya bersilang di O.
iii. Dengan menggunakan O sebagai pusat
jejari dan jejari OA, satu bulatan dilukis yang
melalui titik A, B, dan C seperti dalam Rajah
2.7.

Rajah 2.7 Membina Bulatan Melalui Tiga
Titik Yang Diberi

27

Membina Bulatan Terterap Dalam Satu
Segitiga
Langkah-Langkahnya :
i. Satu segitiga ABC dilukis.
ii. Selepas itu, kedua – dua sudut segitiga

itu dibahagikan kepada dua bahagian yang
sama dan akan bersilang di titik O.
iii. Dari O , satu garisan OP dilukis yang
berserenjang kepada mana-mana satu sisi
segitiga itu.
iv. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan
jejarinya OP, satu bulatan dilukis seperti
dalam Rajah 2.8.

Rajah 2.8 Membina Bulatan Terterap Dalam
Satu Segitiga

28

b) Segitiga
Membina Segitiga Sama Diberikan Ukuran
Sempadan
Langkah-Langkahnya :
i. Satu garisan BC = 70 mm.
ii. Dari B, dengan jejari 70 mm, satu lengkok
dibina pada garisan BC.
iii. Dari C, dengan jejari yang sama, satu
lengkok lagi dibina yang memotong lengkuk
dari B di A.
iv. Garisan BA dan AC disambungkan.
v. Akhirnya ABC adalah satu segitiga sama
seperti dalam Rajah 2.9.

Rajah 2.9 Membina Segitiga Sama
Diberikan Ukuran Sempadan

29

Membina Segitiga Dua Sisi Sama Diberi
Ukuran Tapak Dan Ukuran Tinggi
Langkah-Langkahnya :
i. Satu garisan tapak AB = 60 mm.
ii. Garis tegak CD dibina tepat di garisan AB.
iii. Dari D, ketinggian 70 mm ditanda pada CD.
iv. Garis AC dan BC disambungkan.
v. Akhirnya ABC adalah satu segitiga yang

diberi ukuran tapak dan tinggi seperti dalam
rajah 2.10.

Rajah 2.10 Membina Segitiga Dua Sama
Sisi Diberi Ukuran Tapak
Dan Tinggi Ukuran

30

c) Segiempat
Membina Segiempat Sama Diberi Panjang
Sempadan
Langkah-Langkahnya :
i. Satu sempadan AB di lukis.
ii. Dari A, satu garisan tegak dibina.
iii. Berjejarikan AB, sempadan AD di tanda.
iv. Berpusatkan di B dan D dan berjejarikan
panjang sempadan, lengkok-lengkok
persilangan dibina pada C.
v. Akhirnya ABCD adalah segiempat sama
seperti dalam Rajah 2.11.

Rajah 2.11 Membina Segiempat Sama Diberi
Panjang Sempadan

31

Membina Segiempat Sama Diberi Pepenjuru.
Langkah-Langkahnya :
i. Satu pepenjuru PR yang diberi dilukis.
ii. Seterusnya garis tengah PR dibina.
iii. Dengan berjejarikan TP (TP = TR), TQ dan

TS ditanda.
iv. Seterusnya titik-titik tersebut disambung

dan membentuk segiempat seperti dalam
Rajah 2.12.

Rajah 2.12 Membina Segiempat Sama Diberi
Pepenjuru

32

d) Poligon

Membina Segilima Sama Diberi Ukuran
Sempadan

Langkah-Langkahnya :
i. Satu sempadan AE dilukis.
ii. Garis AE tersebut dibahagikan kepada dua.
iii. Dari A, sudut 45° dibina supaya memotong

garis tengah AE di 4.
iv. Dari E pula, sudut 60° dibina supaya

memotong garis tengah AE di 6.
v. Selepas itu, garis antara 4 dan 6

dibahagikan kepada dua iaitu titik 5.
vi. Dengan berpusatkan titik 5, satu bulatan

dibina yang menyentuh titik A dan E.
vii. Akhirnya dengan menggunakan jejari

sempadan yang diberi, setiap sempadan
ditandakan iaitu, A ke B, B ke C, C ke D dan
D ke E sehingga membentuk segilima sama
seperti dalam Rajah 2.13.

33

Rajah 2.13 Membina Segilima Sama Diberi
Ukuran Sempadan

34

Membina Segienam Diberi Ukuran Garis Pusat
Langkah-Langkahnya :
i. Satu bulatan dengan garis pusat yang diberi

dibina.
ii. Dengan menggunakan sesiku 30°, garis

sentuh dilukiskan kepada bulatan tersebut
sehingga membentuk segienam sama.
iii. Akhirnya ABCDEF ialah segienam sama
yang diberi ukuraan garispusat seperti dalam
Rajah 2.14.

Rajah 2.14 Membina Segienam Diberi
Ukuran Garis Pusat

35

Membina Segilapan Sama Diberi Ukuran
Pepenjuru
Langkah-Langkahnya :
i. Satu bulatan dilukis yang bergaris

pusatkan pepenjuru yang diberi iaitu AE.
Garis tepat CG dibina dengan garis AE.
ii. Selepas itu keempat-empat sukuan
dibahagikan kepada dua bahagian sehingga
memotong lilitan bulatan di B, D, F, dan H.
iii. Selepas itu kesemua titik-titik A, B, C, D, E, F,
dan G disambungkan sehingga membentuk
segilapan seperti dalam Rajah 2.15.

Rajah 2.15 Membina Segilapan Sama Diberi
Ukuran Pepenjuru

36

e) Elips

Membina Elips Dengan Menggunakan
Gambarajah Segiempat Sama Isometrik

Langkah-Langkahnya :
i. Satu segiempat sama ABCD dibina yang

diberi dalam pandangan isometrik.
ii. Keempat - empat sempadan

segiempat dibahagikan dua di P, Q, R dan
S.
iii. Berjejarikan BS ( BS = Br ) dan berpusatkan
B, satu lengkok dibina dari S ke R,
berjejarikan DQ ( DQ = DP ) dan
berpusatkan D, satu lengkok dibina dari
Q ke P.
iv. Akhirnya berpusatkan T dan U dan
berjejarikan TP (TP = TS) dan UQ (UQ =
UR) satu lengkok lagi dibina bagi
melengkapkan bentuk elips
seperti dalam Rajah 2.16.

37

Rajah 2.16 Membina Elips Dengan Gambarajah
Segiempat Sama Isometrik

38

Membina Elips Diberi Segiempat Tepat
Langkah-Langkahnya :
i. Satu segiempat tepat dibina dengan

panjangnya sebagai paksi besar dan lebarnya
sebagai paksi kecil.
ii. Paksi besar dan paksi kecil tadi
dibahagikan kepada bilangan yang sama.
iii. Seterusnya dari titik A dan B akan
disambung kepada titik pembahagi paksi besar
dan paksi kecil.
iv. Akhirnya titik-titik persilangan
disambung sehingga membentuk sebuah elips
seperti dalam Rajah 2.17.

Rajah 2.17 Membina Elips Diberi Segiempat Tepat

39

40

3.0 Lukisan Ortografik

Lukisan Ortografik merupakan lukisan yang menggunakan konsep
unjuran. Daripada satu objek yang diberikan, pandangan atas/
pelan akan dikeluarkan dan seterusnya pandangan hadapan akan
diunjurkan dan akhir sekali pandangan sisi. Unjuran ortografik
boleh la diaggapkan sebagai lukisan dua demensi kerana objek
yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua demensi
ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu
objek. Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan
pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah lukisan itu
dibina. Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan
diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat
dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu akan
diperolehi. Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa
garisan lurus dari sesuatu arah pandangan. Terdapat dua prinsip
unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu :
a) Prinsip Unjuran Berpusat
b) Prinsip Unjuran Selari

Rajah 3.1 Prinsip Unjuran Berpusat
Sumber : Google Imej

41

Rajah 3.2 Prinsip Unjuran Selari
Sumber : Google Imej

42

3.1 Asas Lukisan Ortografik

Lukisan ortografik merupakan lukisan yang menggunakan
konsep unjuran. Daripada satu objek yang diberikan,
pandangan atas / pelan akan dikeluarkan dan seterusnya
pandangan hadapan akan diunjurkan dan akhir sekali
pandangan sisi. Lukisan ortografik dilukis dengan anggapan
semua arah pandangan dalam garisan lurus dan selari
dengan dua paksi utama iaitu paksi-x dan paksi-y. Garisan
dalam lukisan ortografik mempunyai fungsinya sendiri. Oleh
itu ketebalan dan kehitaman garisan amat penting.

Jenis Unjuran Dalam Lukisan Ortografik
a) Unjuran Sudut Pertama
b) Unjuran Sudut Ketiga

Arah Pandangan Dalam Lukisan Ortografik
a) Pandangan Atas (Pelan)
b) Pandangan Depan (Hadapan)
c) Pandangan Sisi (Samping)

43

3.1.1 Unjuran Sudut Pertama

Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan
tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan
dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran
piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para
arkitek dan jurutera. Satah-satah utama yang terdapat
dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri,
sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini
bertemu antara satu dengan lain pada sudut
tepat. Rajah 3.1 menunjukkan contoh
lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek
ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang
diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk
bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini
diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah
menegak hadapan sebagaimana yang
ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Rajah 3.3 Contoh Unjuran Sudut Pertama
Sumber : Google Imej

44

Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu
dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak
panah B. Bahagian-bahagian yang kelihatan dari
pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah
objek sehingga mencecah satah mengufuk
sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C (sebelah
kiri objek). Bentuk objek yang kelihatan
dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan
objek sehingga mengenai satah menegak sisi.

Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan

ortografik, kesemua pandangan tadi

akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. Rajah

3.4 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka

dan berada dalam sudut pertama.

Rajah 3.4 Kedudukan Satah Dalam Sudut Pertama
Sumber : Google Imej

45

3.1.2 Unjuran Sudut Ketiga
Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang
hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga.
Satah-satah yang berada dalam sudut ini
dibayangkan seolah-olah diperbuat daripada bahan
lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat
menembusi satah-satah utamanya dari arah anak
panah A, B dan C.
Ketiga-tiga arah pandangan bagi objek ini akan
diunjurkan ke hadapan objek sehingga
mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan
oleh anak panah kecil, seperti dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3 Tiga Pandangan Dalam Unjuran Sudut
Ketiga

Sumber : Google Imej

46

Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu
dibuka dan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja,
lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil,seperti
dalam Rajah 3.4.

Rajah 3.4 Unjuran Sudut Ketiga yang Dibentangkan

Rajah 3.5 Contoh Unjuran Ortografik Sebuah Kerusi
Sumber : Google Imej

47


Click to View FlipBook Version