3.2 Cara Mudah Melukis Unjuran Pada Lukisan Ortografik
3.2.1 Garis Panduan Memilih Pandangan Objek
i. Memilih pandangan hadapan yang paling
deskriptif daripada objek.
ii. Kebiasaanya, dimensi yang paling panjang dipilih
sebagai lebar atau kedalaman.
Rajah 3.6 Pandangan Objek Dalam Unjuran Ortografik
Sumber : Google Imej
48
3.2.2 Cara-Cara Untuk Melukis Objek Untuk Unjuran
Ortografik Sudut Pertama
a) Lukisan mestilah terdiri daripada pandangan
depan, sisi dan pelan.
b) Pertama, melukis yang dilihat dari depan objek
(dikenali sebagai pandangan depan).
c) Kedua, melukis yang dilihat dari sisi objek
(dikenali sebagai pandangan sisi).
d) Terakhir sekali, semua lukisan yang dilihat dari
atas objek dikenali sebagai pandangan pelan.
e) Garisan-garisan yang terdapat pada lukisan pula
adalah sebagai garis panduan dan membantu
memastikan setiap paparan berada dalam posisi
yang betul, tinggi dan saiz yang sama.
Rajah 3.7 Sudut Unjuran Pertama
Sumber : Google Imej
49
Rajah 3.8 Contoh Objek Dilukis Mengikut
Unjuran Sudut Pertama
Sumber : Google Imej
50
3.2.2 Cara-Cara Untuk Melukis Objek Untuk Unjuran
Ketiga
a) Lukisan mestilah terdiri daripada pandangan
depan, sisi dan pelan.
b) Pertama, melukis yang dilihat dari depan objek
(dikenali sebagai pandangan depan).
c) Kedua, melukis yang dilihat dari sisi objek
(dikenali sebagai pandangan sisi).
d) Terakhir sekali, semua lukisan yang dilihat dari
atas objek dikenali sebagai pandangan pelan.
e) Garisan-garisan yang terdapat pada lukisan pula
adalah sebagai garis panduan dan membantu
memastikan setiap paparan berada dalam posisi
yang betul, tinggi dan saiz yang sama.
Rajah 3.9 Sudut Unjuran Ketiga
51
Rajah 3.10 Contoh Objek Dilukis Mengikut Unjuran
Sudut Ketiga
Sumber : Google Imej
52
53
4.0 Lukisan Isometrik dan Oblik
Lukisan Isometrik
Lukisan isometri ialah satu kaedah yang digunakan untuk
menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan
tiga dimensi. Isometri juga dibina dengan menggunakan tiga
paksi. Salah satu daripada paksinya adalah menegak, manakala
dua paksi yang lain dilukiskan di kiri dan kanan pada sudut Sudut
30˚ dari garisan mendatar
Rajah 4.1 Paksi Umum Lukisan Isometrik
54
Lukisan Oblik
Lukisan oblik juga dikenali sebagai lukisan serong. Lukisan ini
bertujuan untuk mempamerkan objek dalam bentuk 3 Dimensi
(3D). Terdapat 3 sudut yang berbeza untuk melukis lukisan oblik
iaitu :
a) Sudut 30˚
b) Sudut 45˚
c) Sudut 60˚
Rajah 4.2 Paksi Umum Lukisan Oblik
55
4.1 Asas Lukisan Isometrik Dan Oblik
Lukisan isometrik merupakan lukisan yang bersudut 30° di
kedua dua bahagian. Lukisan oblik adalah lukisan yang
bersifat serong di satu bahagian sahaja di mana sudut
serongnya adalah 30°atau 45°atau 60°. Rajah 4.1
menunjukkan lukisan isometrik manakala Rajah 4.2
menunjukkan lukisan oblik yang bersudut 45°.
Rajah 4.3 Sudut Dalam Lukisan Isometrik
Rajah 4.4 Sudut Dalam Lukisan Oblik
56
4.2 Cara Membina Sudut Dalam Lukisan Isometri Dan Oblik
4.2.1 Sudut 60°
a) Bina satu garisan mendatar AB
b) Dari titik A buat satu lekuk tanda sebagai C
c) Dari titik D buat satu lengkuk penanda pada D
d) Buat garisan panjang dari titik D ke titik A, sudut
CAD adalah sudut 60°
Rajah 4.5 Kaedah Membina Sudut 60°
57
4.2.2 Sudut 30°
a) Bina sudut 60°terlebih dahulu. (Rujuk Rajah 4.5)
b) Selepas itu dari titik C bina lengkung kecil, ualng
langkah yang sama di titik D
c) Bina garisan dari titik A ke titik tengah lengkung
e) Sudut BAE adalah sudut 30°
Rajah 4.6 Kaedah Membina Sudut 30°
58
4.2.3 Sudut 90°
a) Bina satu garisan mendatar AB
b) Dari titik A, buat satu lengkungan kecil di kedua-
dua bahagian atas dan bawah
c) Ulang kaedah yang sama pada titik B
d) Buat garisan yang melalui titik tengah
pertembungan lengkung tersebut.
Rajah 4.7 Kaedah Membina Sudut 90°
59
4.3 Cara Mudah Melukis Lukisan Isometri Dan Oblik
Lukisan oblik juga dikenali sebagai lukisan serong.
Lukisan ini bertujuan untuk mempamerkan objek
dalam bentuk 3 Dimensi(3D). Terdapat 3 sudut yang
berbeza untuk melukis lukisan oblik iaitu :
a) Sudut 30˚
b) Sudut 45˚
c) Sudut 60˚
** Saiz kedalaman objek perlu disesuaikan
bagi mengurangkan kesan herotan
supaya menampakkan bentuk objek seakan-
akan benar.
Rajah 4.8 Binaan Paksi Umum Lukisan Oblik
Rajah 4.9 Binaan Paksi Umum Lukisan Isometrik
60
4.4 Perbezaan Antara Lukisan Isometri dan Lukisan
Oblik
Lukisan Oblik Lukisan Isometri
>1paksi mendatar >paksi menegak
>1 paksi menegak >2 paksi lain di kiri dan
>1 paksi sorot bersudut
kanan bersudut 30◦
30◦,45◦ atau 60◦ dari dari paksi mendatar.
paksi mendatar.
Paksi sudut 45◦ Paksi sudut 30◦
61
62
5.0 Lukisan Perspektif
Lukisan perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi
(3D) yang mudah difahami. Lukisan perspektif merupakan suatu
kaedah untuk melihat objek dalam bentuk 3 dimensi bagi
memudahkan untuk memahami dan memvisualisasikan reka
bentuk sesuatu bangunan.
Berbeza dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D mudah difahami.
Di dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif
merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3
dimensi. Ini bagi memudahkan para pelanggan yang terdiri
daripada orang awam untuk mudah memahami dan
memvisualisasikan reka bentuk sesuatu bangunan tersebut.
Rajah 5.1 Contoh Lukisan Perspektif
Sumber : Google Imej
63
5. 1 Asas Lukisan Perspektif
Lukisan perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3
dimensi (3D) yang mudah difahami. Lukisan perspektif
merupakan suatu kaedah untuk melihat objek dalam bentuk
3 dimensi bagi memudahkan untuk memahami dan
memvisualisasikan reka bentuk sesuatu bangunan. Berbeza
dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D mudah difahami. Di
dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif
merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3
dimensi. Ini bagi memudahkan para pelanggan yang terdiri
daripada orang awam untuk mudah memahami dan
memvisualisasikan reka bentuk sesuatu bangunan tersebut.
Cara mudah untuk memahami apa itu lukisan perspektif ialah,
jika anda berdiri di tengah-tengah jalan yang lurus yang
panjang dan memandang terus ke hadapan, anda akan
dapati bahu jalan dan objek-objek yang berada di tepi jalan
kelihatan bercantum ke satu titik.
64
5.2 Alatan Dan Bahan Untuk Melukis Lukisan Perspektif
a) Pensil
Pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk
atau rupa.
b) Pen
Pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan/
lorekan bagi memperlihatkan struktur objek yang
dilukis.Pen pelbagai saiz mata digunakan bagi
memperlihatkan jenis garisan yang digunakan.
c) Dakwat
d) Arang/ Charcoal
e) Pastel
f) Krayon
65
5.3 Pandangan Dalam Lukisan Perspektif
5.3.1 Aras Pandangan Mata Burung/ Bird’s Eye View
Huraian : Pandangan dari bawah/kawasan
Rendah
Kesesuaian : Untuk menampakkan sisi kiri,sisi
kanan dan bawah objek
Sumber : Google Imej
66
5.3.2 Aras pandangan mata manusia/ Human’s Eye
View
Huraian : Pandangan biasa dari mata
manusia/ gambaran perspektif biasa
Kesesuaian : Untuk menampakkan keseluruhan
bahagian kiri dan kanan objek
Sumber : Google Imej
67
5.3.3 Aras pandangan mata cacing /Worm’s Eye View
Huraian : Pandangan dari atas/kawasan tinggi
Kesesuaian : Untuk menampakkan sisi kiri,sisi
kanan dan atas objek
Sumber : Google Imej
68
5.4 Cara Mudah Melukis Lukisan Perspektif
5.4.1 Elemen-Elemen Dalam Melukis Lukisan
Perspektif
Sebelum mula melukis pelajar perlu mengetahui
beberapa elemen penting perspektif, iaitu :
a) Objek
Sesuatu objek yang dilihat oleh pelukis.
b) Garisan Horizon
Garisan mendatar yang merentasi lukisan dan
terletak pada paras penglihatan manusia dan di
mana terletaknya titik lenyap.
c) Garisan Tanah
Landasan objek yang ingin digambarkan.
d) Titik Lenyap
Titik pada garis horizon dimana garis-garis
sejajar yang horizon bertemu.
e) Satah Gambar
Satah khayalan lut sinar yang terletak antara
objek dan titik stesen. Gambaran yang dilihat
yang akan diletakkan di atas kertas.
69
f) Garis Bumi
Garisan yang mewakili satah bumi.
g) Garis Ufuk
Garisan khayalan mendatar yang selari
dengan satah gambar. Garis ini terletak pada
aras mata pelukis.
h) Garis Penglihatan
Garisan unjuran dari titik stesen ke titik tertentu
pada objek.
i) Titik Stesen (TS)
Kedudukan mata pelukis apabila melihat
sesuatu objek.
70
5.4.2 Cara Melukis Lukisan Persembahan Lukisan
Perspektif
Terdapat 3 jenis lukisan perspektif yang biasa
terdapat dalam lukisan persembahan, iaitu ;
a) Perspektif 1 Titik Lenyap
Perspektif 1 Titik Lenyap mempunyai 1 Titik
Lenyap sahaja.
Perspektif 1 Titik Lenyap berpunca daripada
satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek
akan menjadi besar apabila hampir dengan
kita.
Rajah 5.2 Konsep Perspektif 1 Titik Lenyap
Sumber : Google Imej
71
Rajah 5.3 Pandangan Perspektif 1 Titik Lenyap
Sumber : Google Imej
Rajah 5.4 Contoh Gambar Sebenar Perspektif 1 Titik
Lenyap
Sumber : Google Imej
b) Perspektif 2 Titik Lenyap
72
Perspektif 2 Titik Lenyap mempunyai 2 Titik
Lenyap (kiri dan kanan) lukisan dan
memfokuskan ke arah bahagian tengah yang
menjadi bahagian terdekat atau paling
hadapan.
Rajah 5.5 Konsep Perspektif 2 Titik Lenyap
Sumber : Google Imej
Rajah 5.6 Contoh Gambar Sebenar Perspektif
2 Titik Lenyap
Sumber : Google Imej
c) Perspektif 3 Titik Lenyap
73
Perspektif 3 Titik Lenyap mempunyai 3 Titik
Lenyap (kiri, kanan dan atas/ bawah)
Perspektif 3 Titik Lenyap biasanya digunakan
semasa menghasilkan lukisan bangunan-
bangunan yang tinggi
Rajah 5.7 Pandangan Perspektif 3 Titik Lenyap
Sumber : Google Imej
Rajah 5.8 Contoh Gambar Sebenar Perspektif 3
Titik Lenyap
Sumber : Google Imej
Senarai Rajah
74
Rajah 1.1 Papan Lukisan
Rajah 1.2 Kertas Lukisan
Rajah 1.3 Sesiku T
Rajah 1.4 Jangka Lukis Jenis Gergasi Dan Cara Penggunaan
Jangka Lukis
Rajah 1.5 Jenis-Jenis Pembahagi
Rajah 1.6 Cara Menggunakan Pembahagi Untuk Membahagi Satu
Garisan
Rajah 1.7 Jenis-Jenis Jangka Sudut
Rajah 1.8 Pembentukan Sudut Menggunakan Sesiku Sudut
Rajah 1.9 Pembaris Skala
Rajah 1.10 Jenis-Jenis Pensel
Rajah 1.11 Pergerakan Pensel Semasa Menghuruf Dalam
Keadaan Menegak
Rajah 1.12 Pergerakan Pensel Semasa Menghuruf Dalam
Keadaan Condong
Rajah 2.1 Membina Garis Selari
Rajah 2.2 Membina Garis Tegak
Rajah 2.3 Membahagi Dua Garisan
Rajah 2.4 Membahagi Dua Sudut
Rajah 2.5 Membahagi Dua Sudut Terbentuk
Rajah 2.6 Membina Sudut 60°
Rajah 2.7 Membina Bulatan Melalui Tiga Titik Yang Diberi
Rajah 2.8 Membina Bulatan Terterap Dalam Satu Segitiga
Rajah 2.9 Membina Segitiga Sama Diberikan Ukuran Sempadan
Rajah 2.10 Membina Segitiga Dua Sama Sisi Diberi Ukuran Tapak
Dan Tinggi Ukuran
Rajah 2.11 Membina Segiempat Sama Diberi Panjang Sempadan
75
Rajah 2.12 Membina Segiempat Sama Diberi Pepenjuru
Rajah 2.13 Membina Segilima Sama Diberi Ukuran Sempadan
Rajah 2.14 Membina Segienam Diberi Ukuran Garis Pusat
Rajah 2.15 Membina Segilapan Sama Diberi Ukuran Pepenjuru
Rajah 2.16 Membina Elips Dengan Gambarajah Segiempat Sama
Isometrik
Rajah 2.17 Membina Elips Diberi Segiempat Tepat
Rajah 3.1 Prinsip Unjuran Berpusat
Rajah 3.2 Prinsip Unjuran Selari
Rajah 3.3 Contoh Unjuran Sudut Pertama
Rajah 3.4 Kedudukan Satah Dalam Sudut Pertama
Rajah 3.5 Contoh Unjuran Ortografik Sebuah Kerusi
Rajah 3.6 Pandangan Objek Dalam Unjuran Ortografik
Rajah 3.7 Sudut Unjuran Pertama
Rajah 3.8 Contoh Objek Dilukis Mengikut Unjuran Sudut Pertama
Rajah 3.9 Sudut Unjuran Ketiga
Rajah 3.10 Contoh Objek Dilukis Mengikut Unjuran Sudut Ketiga
Rajah 4.1 Paksi Umum Lukisan Isometrik
Rajah 4.2 Paksi Umum Lukisan Oblik
Rajah 4.3 Sudut Dalam Lukisan Isometrik
Rajah 4.4 Sudut Dalam Lukisan Oblik
Rajah 4.5 Kaedah Membina Sudut 60°
Rajah 4.6 Kaedah Membina Sudut 30°
Rajah 4.7 Kaedah Membina Sudut 90°
Rajah 4.8 Binaan Paksi Umum Lukisan Oblik
Rajah 4.9 Binaan Paksi Umum Lukisan Isometrik
Rajah 5.1 Contoh Lukisan Perspektif
Rajah 5.2 Konsep Perspektif 1 Titik Lenyap
Rajah 5.3 Pandangan Perspektif 1 Titik Lenyap
76
Rajah 5.4 Contoh Gambar Sebenar Perspektif 1 Titik Lenyap
Rajah 5.5 Konsep Perspektif 2 Titik Lenyap
Rajah 5.6 Contoh Gambar Sebenar Perspektif 2 Titik Lenyap
Rajah 5.7 Pandangan Perspektif 3 Titik Lenyap
Rajah 5.8 Contoh Gambar Sebenar Perspektif 3 Titik Lenyap
Senarai Jadual
77
Jadual 1.1 Jenis-Jenis Garisan Lukisan
78
Bibliografi
David A Mansen, David P Mansen (2017), Engineering Drawing &
Design, Boston, USA
Mohd Fadzil Daud (2017), Panduan Asas Lukisan Kejuruteraan Edisi
2, UTM.
Mohd Noh Sarip (2012), Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Nurul Huda Baba (2012), E-pembelajaran Lukisan Kejuruteraan
Tingkatan 4, UTHM.
https://youtube/Kcqr0Ym12UY Pengenalan Tangen
https://youtube/UCsDiv1UERk Isometri (Lukisan ISO)
https://youtube/gZolg9X21yM Contoh Bina Oblik
http://hidayahkhai.blogspot.com/2013/11/geometri-satah.html
http://modul2poli.blogspot.com/
http://3.bp.blogspot.com/
http://cadortografik2012.blogspot.com/
79