The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qaseh2me, 2021-11-12 02:22:27

MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI

MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI

MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI
PESAKIT

pn wan napisah bt wan omar

Hasil pembelajaran

Diakhir sesi pembelajaran, pelajar akan dapat:
1. Menyatakan nutrien asas dan sumbernya.
2. Menyatakan jenis diet terapeutik yang disediakan di

hospital.
3. Menerangkan faktor yang mempengaruhi nutrisi.
4. Menerangkan tanda-tanda gangguan nutrisi.
5. Menerangkan intervensi kejururawatan bagi

meningkatkan nutrisi.
6. Membincangkan intervensi kejururawatan bagi

pesakit dengan masalah nutrisi.
7. Menerangkan tanggungjawab jururawat dalam

pemberian makanan kepada pesakit.

Nutrisi/ Pemakanan

1. Proses dimana tubuh badan mengambil dan menggunakan produk

makanan. (dictionary.com)

2. Proses memberi khasiat dimana tubuh badan mengambil makanan
dan menggunakan perkembangan dan gantian tisu.
(Answer)

3. Proses dimana tubuh badan melakukan metabolisma makanan dan
menggunakan nutrien tersebut.
( Delaune & Ladner, 2006)

Tujuan Nutrisi

1. Membina tisu tubuh.
2. Memberikan tenaga.
3. Mengekalkan proses tubuh badan.
4. Meningkatkan ketahanan terhadap penyakit.
5. Meningkatkan tahap keaktifan fizikal.



Klasifikasi Makanan

1. Karbohidrat
2. Protin
3. Lemak
4. Vitamin
5. Garam mineral
6. Air

Karbohidrat

 Paling murah berbanding protin dan lemak.
 Mudah disimpan dan dihadam oleh gaster.
 Terbentuk dari ion karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen

(O).
 Sumber: bijirin, produk kanji, lactose (susu), sukrosa (gula).
 Sumber tenaga yang terpenting.



Protin

 Membina dan membaiki tisu, membentuk antibodi tubuh dan
memberikan tenaga.

 Terbentuk dari nitrogen (N), karbon (C), hidrogen (H),
oksigen(O).

 Protin lengkap (Kelas pertama)
• Sumber: daging, keju,
• susu, telur.

 Protin tidak lengkap
• Sumber: soya, jagung,
• kekacang.

Lemak

1. Memberi tenaga, mengekalkan suhu badan.
2. Memberi kandungan kalori yang tinggi.
3. Terbentuk dari karbon (C), hidrogen (H)
dan tinggi oksigen.

Terbahagi kepada:
1. Lemak tepu (saturated fat)
2. Lemak tidak tepu (Unsaturated fat)

Jenis Lemak

1. Lemak tepu (saturated fat)
1. Berbentuk pejal dalam suhu bilik.
2. Potensi menyebabkan penyakit jantung.
3. Sumber: lemak daging, telur, susu, santan,
mentega, keju.

2. Lemak tak tepu (unsaturated fat)
1. Berbentuk minyak.
2. Sumber: minyak sayuran, ikan, kekacang.





Vitamin

 Membantu dalam proses regulasi tubuh.
 Berlebihan dan kekurangan boleh menyebabkan

penyakit.

Jenis vitamin:
1. Larut air (water soluble)
2. Larut lemak (fat soluble)

Jenis Vitamin:

1. Larut Air 2. Larut Lemak

 Tidak disimpan di √ Dapat disimpan di dalam
dalam tubuh. tubuh badan.

 Mudah dihancurkan √ Tidak mudah hancur apabila
dengan memasak, udara dimasak, udara dan cahaya.
dan cahaya.
√ Cth: Vitamin A, D, E, K.
 Cth: Vitamin B, C, asid
folik dan niasin.

Garam Mineral

 Membantu dalam proses regulasi tubuh dan
tumbesaran.

 Cth: Kalsium, fosfurus, potasium, sodium,
klorida, zat besi, magnesium dan zink.

Air

 Komponen yang terbesar di dalam sel.
 Terbentuk dari ion hidrogen (H) dan oksida

(O).
 Terdapat dalam semua makanan.
 Pengambilan 6-8 gelas sehari diperlukan.

Keperluan Diet Dewasa Sehari

Karbohidrat = 400-500gm
Protin = 80-100gm
Lemak = 80gm
Sodium = 2-5gm
Potasium = 2-5gm
Kalsium = 1gm
Kalori = 2500 - 3000

 (RDA) is the average daily dietary intake level that
suffices to meet the nutrient requirements of nearly all
(97–98%) healthy persons of a specific sex, age, life
stage, or physiological condition (such as pregnancy
or lactation).

 The RDA is a nutrient intake goal for planning the
diets of individuals.



Terapeutik Diet

 Diet yang dijadualkan diberikan kepada pesakit.

 Diet yang dikawal pengambilan makanan atau
dikawal nutrisi yang akan diberikan kepada
pesakit.

 Terapeutik diet diubahsuai mengikut:
1. Kandungan nutrisi
2. Tekstur makanan
3. Alahan makanan / food tolerance

Tujuan Terapeutik Diet

1. Mengekalkan atau memulihkan status nutrisi.
2. Mengurangkan jumlah kalori untuk kawalan

berat badan.
3. Mengimbangkan amaun karbohidrat, lemak

dan protin bagi kawalan diabetes.
4. Membekalkan nutrisi atau menghadkan nutrisi.
5. Menyediakan makanan dengan tekstur yang

berbeza.

Jenis Terapeutik Diet

1. Clear Liquid Diet
2. Full Liquid Diet
3. Pureed Diet
4. Soft Diet
5. Low Residual Diet
6. High Fiber Diet
7. Low Fat Diet
8. Low Sodium Diet
9. Diabetic Diet



Jenis Terapeutik Diet:
(1) Clear Fluid Diet

 Diet cecair bersifat jernih.
 Merupakan diet permulaan bagi

pesakit selepas pembedahan major.
 Ketika penyakit sedang akut.
 Mengurangkan masalah usus.
 Cth: Air, clear fruit jus.

Jenis Terapeutik Diet:
(2) Full Fluid Diet

 Diet berbentuk cecair sahaja.
 Diberikan kepada pesakit pos-operatif jika tiada

sebarang komplikasi selepas pengambilan clear
fluid diet.
 Pesakit yang tidak dapat mengunyah makanan.
 Cth: Pesakit selepas pembedahan mulut dan
kerongkong, kanser oral, penyakit kritikal.
 Cth minuman: Clear Fluid Diet + jus, sup, milo,
horlick, susu, minuman berkhasiat.

Jenis Terapeutik Diet:
(3) Pureed Diet

 Diet berbentuk makanan yang dikisar.
 Diberikan bagi pesakit yang mempunyai masalah menelan

makanan.
 Makanan yang disediakan di kisar terlebih dahulu.
 Cth makanan: Full liquid Diet + pureed Diet (sayur, buahan,

daging, telur yang dikisar)

Jenis Terapeutik Diet:
(4) Soft Diet

 Makanan berbentuk lembut.
 Peringkat makanan yang ke-3 bagi

pesakit selepas pembedahan major.
 Diberikan bagi pesakit yang

mempunyai masalah mengunyah dan
menelan.
 Cth makanan: bubur, kentang putar,
yogurt, jelly, oat meal, nestum.

Jenis Terapeutik Diet:
(5) Low Residual/ Low Fiber Diet

 Diberikan bagi mengurangkan
penghasilan najis dan mengurangkan
pergerakan peristalsis usus.

 Diberikan bagi pesakit dengan masalah
iritasi mukosa di usus cth, penyakit
Crohn, Ulseratif Divertikulitis dan
persediaan sebelum pembedahan usus.

 Cth makanan: sayuran low fiber(lobak
merah, labu, kentang), produk tenusu
(dua hidangan sehari), roti, gandum,
telur.

Jenis Terapeutik Diet:
(6) High Fiber Diet

 Bagi menggalakkan peningkatan peristalsis dan mengelakkan

sembelit.
 Menggalakkan pembentukan najis
 Cth: sayuran hijau (bayam, kangkung), bijirin,

Jenis Terapeutik Diet:
(7) Low Fat Diet

 Diet kurang kandungan lemak dan minyak.
 Diberikan bagi pesakit dengan:

1. Penyakit jantung.
2. Obesiti
3. Penyakit pankreatitis (inflamasi pankreas)
4. Penyakit kolilitiasis (batu dalam pundi

hempedu)
 Makanan hanya mengandungi 40gm lemak
sehari.
 Cth makanan yang perlu dielakkan: coklat,
susu penuh krim, lemak haiwan.

Jenis Terapeutik Diet:
(8) Low Sodium /Low Salt Diet

o Diet kurang kandungan garam.
o Diberikan kepada pesakit dengan:

 Hypertension
 Kegagalan jantung
 Serangan jantung (infaksi

miokardium)
 Kegagalan ginjal
o Makanan hanya mengandungi 500-

1000mg sodium sehari.

Jenis Terapeutik Diet:
(9) Diabetic Diet

o Diet kurang karbohidrat dan gula.
o Diberikan bagi pesakit dengan

penyakit diabetis mellitus.
o Jumlah kalori:

 Lelaki = 1200 kalori
 Perempuan = 1500 kalori
o Tujuan:
 Untuk mengelakkan komplikasi

diabetes.
 Mencapai berat badan ideal.
 Menggalakkan perkembangan janin

yang normal bagi ibu hamil.

Faktor Yang Mempengaruhi Nutrisi

1. Usia dan perkembangan
a) Perbezaan dari keperluan tenaga.
b) Warga emas memerlukan jumlah kalori yang rendah.
c) Kanak-kanak memerlukan jumlah makanan yang tinggi
dengan kalori untuk perkembangan dan tumbesaran.
d) Kehamilan dan penyusuan meningkatkan keperluan nutrisi.

2. Gaya hidup
√ “Meal on the run”.
√ “fast food” – tinggi dengan MSG (monosodium
glutamate) dan sodium.

3. Bangsa, budaya dan amalan agama
√ “Vegetarian”, “Taboos”
√ Makanan sejuk, makanan panas, makanan angin.
√ Budha, Hindu, Protestant: tidak makan daging
lembu.
√ Muslim, Yahudi : tidak makan daging khinzir.

4. Masalah kesihatan, terapi ubatan dan

rawatan
√ Gout: Elak kekacang, daging,

makanan tin.
√ Diabetes: kurang karbohidrat dan

gula.
√ Hypertension: kurang sodium
√ Ubat anti-coagulant: elak makanan

vitamin K.
√ Anemia: tingkatkan zat besi.



Keadaan Yang Mengganggu Pengambilan Nutrisi Pesakit

1. Proses penyakit:
√ Penyakit tekak (sore throat) yang menyebabkan kesukaran
untuk menelan.
√ Masalah gaster menyebabkan loya jika mengambil makanan.
√ Demam menyebabkan hilang selera makan.
√ Kelemahan anggota tubuh badan.

2. Terapi Ubat:
√ Kemoterapi (rawatan anti-kanser).
√ Ubatan Hiperglisemia menyebabkan kurang selera.

3. Anxieti
√ Keseorangan dan tidak ditemani ahli keluarga.

4. Terapi pemakanan yang ketat.
√ Makanan yang diberikan di hospital berbeza dari
pemakanan pesakit.
√ Waktu hidangan makanan di berikan semasa pesakit
tiada selera atau masih kenyang.
√ pesakit diberikan diet khas bagi merawat penyakit
dan tidak mencapai selera.

Tanda-tanda Gangguan Nutrisi

1. Pengurangan berat badan.
2. Penyembuhan luka lambat.
3. Pengambilan makanan yang sedikit.
4. Mudah mendapat infeksi.
5. Muscle and fat wasting.

TATACARA

1. Menyuapkan pesakit tidak berdaya
2. Pemberian susu melalui Tiub Nasogastrik (NGT)

Asesmen

Sejarah kesihatan (Aduan pesakit):
Anoreksia
Nausea dan muntah
Diarea
Hilang berat badan

Pemeriksaan fizikal:
General condition: letih, lesu, lemah, drowsy.
Mata: pucat, cekung, kering.
Lidah dan mulut: berulser, gingivitis, lidah coated.
Kulit: kering

Menyuapkan pesakit tidak berdaya

Objektif:

1. Pesakit mendapat nutrisi yang
seimbang

2. Pesakit kelihatan lebih bertenaga.
3. Berat badan kekal atau bertambah

pada kadar yang sihat.

Menyuap pesakit yang tidak berdaya

Implementation

1. Terangkan kepentingan pengambilan nutrisi kepada pesakit:
√ Menggalakkan penyembuhan
√ Memberikan tenaga.

2. Galakkan keselesaan sebelum pengambilan makanan dengan:
√ pengosongan pundi kencing dan defikasi sebelum makanan di
hidang.
√ kumuran mulut bagi mengelakkan halitosis.
√ Posisikan ke fowler’s, semifowler atau duduk di kerusi jika
tiada kontraindikasi bagi membantu proses penghadaman.

3. Sediakan persekitaran yang nyaman dengan
menjauhkan sebarang bau yang tidak enak.

√ Alihkan sebarang bedpan, urinal atau komode dari
pandangan pesakit.

√ Bersihkan overbed table persekitaran pesakit dari
sebarang kekotoran.

√ Kosongkan tong sampah.

4. Tanya tentang tabiat makan pesakit dan makan yang
ingin dimakan terlebih dahulu. Tanya jika pesakit
memerlukan bantuan.

5. Hidangkan makanan dengan menarik dan panas ®
bagi meningkatkan selera makan.

6. Letakkan makanan berhampiran dengan pesakit
agar mudah dicapai.

7. Sediakan makanan mengikut kegemaran pesakit dan
galakkan ahli keluarga membawa makanan kesukaan
mengikut standard diet yang telah ditetapkan kepada
pesakit.

8. Galakkan kehadiran ahli keluarga semasa waktu makan
bagi menggalakkan penglibatan keluarga dan meningkatkan
pengambilan makanan pesakit.

9. Berikan bantuan jika pesakit memerlukan.
a. Basuh tangan terlebih dahulu.
b. Libatkan pesakit dalam keputusan pengambilan makanan
(makanan yang ingin di makan terlebih dahulu).
c. Suap dalam amaun yang kecil.
d. Benarkan pesakit untuk mengunyah dan menelan makanan
perlahan-lahan.
e. Berikan air selepas 3-4 suapan.


Click to View FlipBook Version