10. Berikan vitamin suplemen cth vitamin C dengan
arahan doktor ® bagi meningkatkan selera makan.
11. Dokumen jenis makan dan amaun yang diambil setiap
kali pesakit makan dalam carta pengambilan dan
pengeluaran (I/O chart) ®bagi mengetahui jumlah
pengambilan makanan.
Evaluation
Pesakit kelihatan lebih bertenaga.
Peningkatan dalam jumlah pengambilan
makanan pesakit.
APA ITU NASOGASTRIK TUBE / RYLES TUBE
Ryles tube adalah sejenis tiub yang dimasukkan ke dalam
hidung-thorax-hingga ke gaster untuk memberi nutrisi (susu/
air), membuang sekrisi perut seperti darah dan sebagainya.
Lazimnya, pesakit yang mempunyai masalah GI Tract (
GastroIntestinal) berisiko tinggi untuk dimasukkan ryle's tube
kerana mereka tidak boleh menerima makanan secara oral.
CARA / PANDUAN PEMBERIAN NUTRISI MELALUI TIUB NASOGASTRIK
1. Mencuci tangan sebelum pemberian.
2. Dudukkan pesakit dalam kedudukan tegak 90 darjah dan
kekalkan selama 1 jam selepas pemberian makanan/susu.
3. Jangan sekali-kali memberikan makanan kepada pesakit dalam
keadaan berbaring kerana ia mungkin menyebabkan makanan
termasuk ke bahagian paru-paru pesakit
4. Sambung picagari 10 cc ke tiub nasogastrik dan sedut keluar
kandungan sekrisi perut pesakit bagi memastikan tiub
nasogastrik berada di dalam perut. (Jangan beri makanan
sekiranya melebihi 100 cc kandungan sekrisi disedut).
5. Keluarkan picagari 10 cc tadi, dan sambungkan dengan
picagari 50 cc tanpa piston (plunger). Lipat kan tiub
nasogastrik bagi mengelakkan udara masuk ke perut.
6. Pegang picagari paras dahi pesakit (sekiranya terlalu tinggi
akan menambahkan tekanan masuk ke perut pesakit).
7. Tuang makanan cecair/minuman atau ubat-ubatan yang hendak
diberikan
8. Lepaskan lipatan dan benarkan aliran makanan ke dalam perut.
9. Pastikan picagari tidak kosong bagi mengelakkan udara masuk
yang boleh menyebabkan kekembungan.
10. Bilas tiub nasogastrik bagi mengelakkan tersumbat dengan
memasukkan air suam pada akhir feeding lebih kurang
25cc- 50cc.
11. Tutup semula tiub nasogastrik setelah selesai memberi
makan dan cuci sehingga kering alat-alat yang digunakan.
12. Setiap kali selepas memberi makan, cuci picagari dan
keringkan sepenuhnya.
13. Sekiranya pesakit terbatuk atau sesak nafas berterusan,
dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.
14. Memastikan pesakit sentiasa di dalam keadaan yang selesa dan berada
dalam kedudukan tegak semasa pemberian makanan melalui tiub
nasogastrik.
15. Tidak memberi makanan pepejal atau panas ketika memberi makanan
melalui tiub nasogastrik.
16. Pemberian Ubat-ubatan melalui tiub nasogastrik :
17. Menggunakan ubat-ubatan atau makanan berbentuk cecair sahaja
(sekiranya ubat dalam bentuk tablet atau capsule hendaklah dilarutkan
dahulu).
18. Memberi 30cc air suam sebelum memberi ubat-ubatan.
19. Ubat cecair atau ubat yang dilarutkan disedut masuk ke dalam picagari
dan diberikan melalui tiub Nasogastrik.
20. Memberi 30cc air suam lagi untuk membersihkan tiub Nasogastrik
selepas ubat diberi.