The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by auninadiah030813, 2024-03-10 09:58:20

BUKU LOG BSMM-compressed

BUKU LOG BSMM-compressed

BUKU LOG DIGITAL BULAN SABIT MERAH TUGASAN 1 :


NAMA AUNI NADIAH BINTI MOHD SHAHRIN ANGKA GILIRAN 2021212350213 NO KAD PENGENALAN 030813080560 KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN2021-2026 MENTOR PN. RAZIMAH BINTI MUSTAFFA PENSYARAH PENASIHAT CIK IKHA NADIA BINTI MD IDRIS TARIKH LAHIR 13 OGOS 2003 ALAMAT RUMAH 398 JLN BPJ 3A/9 BANDAR PUTERI JAYA 08000 SUNGAI PETANI KEDAH NO TELEFON 011-10711513 E-MEL [email protected] BIODATA DIRI


BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 Perlembagaan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Prinsip-prinsip Perlembagaan Pertubuhan Lambang, Logo dan Cogan kata Ikrar dan Lagu 3-10 2.0 Sejarah Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Sejarah ringkas peringkat antarabangsa Ringkasan penubuhan BSMM di Malaysia Tujuan penubuhan BSMM Istiadat-istiadat Rasmi BSMM 11-17 3.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Unit BSMM Pengurusan dan struktur organisasi Pertubuhan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan Kebangsaan Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Cawangan Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat IPG Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Sekolah 22-27 4.0 Pengurusan dan Pentadbiran Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Kuasa penganjur Struktur unit Tanggungjawab pemimpin Pakaian seragam ahli dan pemimpin 28-49 5.0 Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Perancangan tahunan program Unit Uniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di sekolah rendah 50-54 ISI KANDUNGAN


Perlembagaan Pertubuhan Bulan Sabit Merah -AUNI NADIAH-


Kemanusiaan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud Tujuan adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormatmenghormati sesama manusia. la memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamalan yang berkekalan di kalangan manusia. Kesaksamaan Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asanya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes keemasan yang serius. Keberkecualian Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikalan yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. Kebebasan Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undangundang negara, pergerakan tetap menjaga kebebasan dalam segala kegiatan supaya la boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. Khidmat Sukarela • la berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. Ketunggalan Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. Kesejagatan Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling bantu-membantu di antara satu sama lain. PRINSIP-PRINSIP ASAS


Objektif Perlembagaan • Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang-undang. • Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. • Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti Persatuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. • Antara fungsi perlembagaan atau undang-undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. • Pasukan berniform telah mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk. Objektif Perlembagaan Bulan Sabit Merah Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM "Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang dan orang awam yang telah menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN


Kandungan Perlembagaan BSMM Perlembagaan PBSM Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 dalam Akta (Guest, t.t.). Berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM


Lambang Bulan Sabit Merah Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (Palang Merah yang berlatarkan warna putih sepertimana warna bendera Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). la wujud untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercerdera di masa perang dan anggota yang menjaga dan merawat mereka. Pada November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut dikuti oleh banyak negara Arab dan negara yang banyak penduduk muslim. Sebanyak 29 buah negara sekarang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk menandakan orang dan barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva. Negara yang menandatangai Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan lambang tersebut. la hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercerdera akibat perang. Dilarang menggunakan lambang bagi tujuan peperangan, perniagaan dan publisiti. LAMBANG, LOGO DAN COGANKATA


Bendera BSMM Ukuran Piawai Bendera BSMM


Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagai mengikut ACT # 162, Malaysia Red Cross Society (change of name) ACT 1975. Kegunaan Lambang Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa peperangan. Kegunaan yang lebih baru pulai iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. “Cergas pada masa aman dan Perang” Lambang BSMM Cogan Kata BSMM


Bahawa kami Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Dan pemerintah-pemerintahdi negara kami Berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Bahawa kami berikrar Akan Sentiasa patuh kepada perlembagaan Dan undang-undang Serta arahan persatuan walau di mana kami berada Bahawa kami berikrar Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami Kepada mereka yang sakit dan menderita Di waktu aman atau bencana Berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN Bulan Sabit Merah di Malaysia Giat berjasa untuk negara Tidak kira kaum dan agama Waktu aman atau bahaya. Di mana jua adanya sengsara Di sana ada kita Di darat dan laut kita bersedia Walaupun diancam bahaya. Bulan Sabit Merah Gerakan sedunia Membantu semua yang menderita Badan sukarela berkhidmat Dengan tabah dan bersemangat. IKRAR & LAGU IKRAR LAGU


Sejarah Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah -AUNI NADIAH-


Pertama: • Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang telah cedera dan menderita semasa peperangan. Kedua: • Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu. Pengasas kepada Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan yang bernama Jean Henry Dunant (1828-1910). Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Beliau telah menubuhkan Pergerakan Palang Merah pada 24 Jun 1859 kerana beliau terkesan melihat mangsa-mangsa yang terdirinya daripada tentera dan orang awal telah tercedera dan terkorban ketika tercetusnya peperangan antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino, Itali Utara. Oleh hal yang demikian, dalam perjalanan Henry Dunant ke Algeria, Afrika, beliau telah membantu mangsa-mangsa yang merintih kesakitan dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja yang berdekatan. Henry Dunant juga telah mencatatkan semua kenangan serta peristiwa peperangan yang berlaku dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "Kenangan di Solferino" atau juga dikenali sebagai "A Memory of Solferino". Buku yang telah siap dicetak telah dihadiahkan kepada setiap ketua negara di Eropah dan telah menyedarkan mereka mengenai kepentingan sebuah organisasi untuk membantu orang lain. Di dalam buku tersebut, beliau telah mencadangkan beberapa perkara dan hasilnya Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah dibentuk pada tahun 1864 tanpa kehadiran Henry Dunant. Perkara-perkara tersebut adalah: SEJARAH RINGKAS PERINGKAT ANTARABANGSA


Nama sebenar Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang digunakan pada masa kini pada awalnya dikenali sebagai lambang Palang Merah. Nama lambang Palang Merah ini telah digunakan sejak berdekad yang lalu setelah dicadangkan semasa Persidangan Geneva Antarabangsa 1863 yang diadakan oleh Jawatankuasa Berlima.Lambang Palang Merah yang berlatarkan kepada warna putih telah dipilih sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada Switzerland kerana mempunyai persamaan dengan bendera negara tersebut serta lambang tersebut sinonim dengan kerja-kerja bantuan kemanusiaan. Selain itu, lambang Palang Merah ini juga telah diiktiraf oleh negara-negara yang hadir dalam Persidangan Diplomatik yang membentuk Konvensyen Geneva Pertama 1864. Oleh hal yang demikian, lambang ini telah diguna pakai pada bendera di hospital, ambulans, pasukan penyelamat serta perkhidmatan perubatan ketika dalam peperangan. Dengan adanya lambang ini, ia menandakan bahawa individu yang memakainya berada di pihak yang neutral. Pada November 1876, turki telah mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss untuk menggunakan lambang bulan sabit untuk menggantikan palang merah kerana isu penghinaan agama Islam. Sejak dari itu, negara Islam telah menggunakan lambang bulan sabit sebagai pengganti. Walau bagaimanapun, keduadua lambang ini dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929 dan boleh digunakan dengan dua tujuan iaitu sebagai perlindungan dan sebagai pengenalan Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. SEJARAH RINGKAS PERINGKAT ANTARABANGSA


1948 Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu cawangan Palang Merah British. 1950 Cawangan persatuan ditubuhkan di Pulau Pinang 1951 Cawangan persatuan ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor. 1952 Cawangan persatuan ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang. 1961 Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (perbadanan) telah dibaca di parlimen. 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (perbadanan) AKTA 1961 (No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa pada 16 April 1962. 1963 Pada 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah menerima pengiktirafan secara rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah dan ada 24 Ogos 1963, diterima dengan rasmi oleh liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. 1965 Apabila Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1965, parlimen juga telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965). 1975 Pada 21 Ogos 1975, dengan persetujuan Di Raja, nama Palang Merah telah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 (Akta 162 - Membenarkan pertukaran nama dan lambang). RINGKASAN PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA


Pertubuhan terbuka tanpa membezakan agama, bangsa atau politik kepada semua orang untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan tersebut. 1. TUJUAN PENUBUHAN BSMM 2. Menjalankan usaha memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan penderitaan di seluruh dunia dalam masa aman atau perang. 3. Memberikan bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan. 4. Menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah satu pihak kepada konvensyen tersebut. 5. Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspek-aspek pengetahuan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.


Istiadat perhimpunan Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander 1. Bacaan doa oleh ahli bertugas 2. Nyanyian tiga buah lagu • Lagu sekolah • Lagu negeri • Negaraku Laporan dari komander kepada guru penasihat Arahan komander supaya membuka barisan Pemeriksaan barisan oleh guru besar diringi oleh guru penasihat dan komander Guru penasihat menjamput guru besar memberikan ucapan Arahan komander supaya menutup barisan Keluar baris ISTIADAT-ISTIADAT RASMI BSMM Istiadat meningkat naik Ketua pasukan dan ketua kumpulan beridiri dalam bentuk bulatan Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat ini diadakan Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat yang akan mengucapkan terima kasih semasa berada di dalam keahlian Berjabat tangan dengan kawan-kawan Ahli lain memberi satu sorakan Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai


Istiadat Melantik Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, dia patut disahkan menjadi seorang ahli melalui satu istiadat. Isitiadat itu amat bermakna kepada ahli baru yang akan menjadi kenangan seumur hidup mereka dan kepada semua ahli kumpulan akan mendapat seorang ahli baru. Istiadat diadakan secara: • Perkataan dan upacara ringkas dan mudah • Dengan ikhlas,khusyuk dan syahdu Prosedur • Diadakan di tempat lapang • Diadakan diperingkat awal tahun • Semua ahli yang terlibat harus daham peranan masing-masing • Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat ini pada perhimpunan sebelumnya • Semua keperluan disediakan Upacara perlantikan ahli baru BSMM 1.Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar 2.Ketua pasuka berada dalam bulatan 3.Guru penasihat berdiri di tengah bulatan 4.Ketua pasukan dalam keadaan sedia 5.Ahli baru yang berada di luar bulatan di panggil masuk ke dalam bulatan 6.Wakil ahli membawa ahli baru berdiri di depan guru penasihat selepas itu, wakil ahli balik ke tempatnya 7.Penolong guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah guru penasihat dengan membawa lencana, tanda negeri dan lambang di lengan 8.Guru penasihat melafazkan ikrar dikut oleh ahli baru 9.Guru penasihat menyematkan lencana keahlian, tanda negeri dan lambang di lengan ahli baru 10.Ahli baru memberi hormat kepada guru penasihat dan berpusing 11.Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain ISTIADAT-ISTIADAT RASMI BSMM


Struktur dan Organisasi Pertubuhan Unit BSMM -AUNI NADIAH-


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA DAN KEBANGSAAN


Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan iaitu: • Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) • Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) • Persatuan-persatuan Paalang Merah/ Bulan Sabit Merah Kebangsaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) • Ditubuhkan pada tahun 1863. Institusi berkecuali yang dianggotai oleh rakyat Switzerland dan telah diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agong BangsaBangsa Bersatu pada 16 Oktober 1990. • Peranan: 1. Penjaga Prinsip-Prinsip Asas Palang Merah 2. Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa 3. Mengiktiraf Penubuhan Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah 4. Menghantar bekalan bantuan bencana 5. Agensi Pengesahan Pusat PERINGKAT ANTARABANGSA


Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah (IFRC) Dahulu dikenali sebagai liga Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Ditubhkan pada tahun 1919 selepas perang Dunia Pertama. Peranan: 1) Menggalakkan dan mempromosikan penubuhan dan pembangunan Persatuan Kebangsaan. 2) Merupakan badan tetap perhubungan antara Persatuan Kebangsaan serta penyelarasan dan peneyelidikan. 3) Bekerjasama dan Persatuan Kebangsaan khususnya untuk tujuan membaiki taraf. 4) Bertanggungjawab mengelola dan menyelaras bantuan kecemasan kepada mangsa bencana atau pelarian. PERINGKAT KEBANGSAAN Persatuan-Persatuan Palang Merah Malaysia a) Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan. b) Melantik anggota-anggota pertolongan cemas. c) Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan. d) Membantu orang-orang tawanan perang menghantar perutusan orang awam.


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PERINGKAT CAWANGAN


PENGERUSI Y. BHG. DATO SRI SUHAIMI Notes TIMBALAN PENGERUSI Y. BHG. DATO’ KHAIRUL ANNUAR NAIB PENGERUSI 1 EN FATHUL RAHMAN NAIB PENGERUSI 2 PROF MADYA DR. ANUAR PENGARAH DR AZIZIUL AMAR BENDAHARI KEHORMAT DR ROSEMAN PENGERUSI KHIDMAT MASYARAKAT Y.BHG DATUK GANDESAN PENGERUSI SUKARELAWAN EE YIT NAM PENGERUSI PEMBANGUNAN ORGANISASI PN. MAZANA PENGERUSI PEMBANGUNAN BELIA PN. NURAFIDAH PENGERUSI REAKSI KECEMASAN DAN AMBULAN EN. CHAN ZI-LIE PENGERUSI KESIHATAN DR. MOHAZANI


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PERINGKAT IPG


PENGARAH YBHG. DATIN DR. HAJAH BUSHRO BINTI ALI Notes PENGERUSI (KETUA JABATAN) EN. MOHAMAD HAMZAH BIN SARIMUN PENSYARAH PENASIHAT CIK IKHA NADIA BINTI MD IDRIS PENGERUSI (PELAJAR) CHEN YI YANG NAIB PENGERUSI ALYVIAN SONIA ANAK JUDO SETIAUSAHA NURULLIZAZI BINTI ABD WAHAB PENOLONG SETIAUSAHA ADREENA SOFEA BINTI AHMAD SANUSI BENDAHARI MOHD ZAID IRFAN BIN MOHD HARITH FADILAH AHLI JAWATANKUASA MUHAMMAD AMIR BIN MOHAMAD RIDZUAN ALIF MUQRIZ BIN SUHAILI MOHAMMAD AREES BIN ADINATA


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH


PENGERUSI (GURU) PENAUNG (GURU) PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (GURU) GURU PENASIHAT PENGERUSI (PELAJAR) PENOLONG PENGERUSI (PELAJAR) SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA LAIN PENOLONG BENDAHARI I) CARTA ORGANISASI


Pengurusan dan Pentadbiran -AUNI NADIAH-


Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan juga datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Komposisi keahlian adalah terdiri daripada ahli kanak-kanak berusia 9 sahingga 12 tahun, ahli Belia berusia 13 sehingga 18 tahun, Ahli Belia Terbuka berusia 13 sehingga 17 tahun, Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam/ Tidak Berpakaian Seragam bagi 18 tahun keatas, Ahli seumur hidup dan akhir sekali Ahli Kehormat Seumur Hidup iaitu anugerah kepada individu yang membari sumbangan (Atif, 2013). 1. Ahli biasa Yuran tahunan RM2.00 setahun. Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang 2. Ahli Belia Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi seperti berikut: Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak. Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda. Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment- VAD) 3. Ahli Seumur Hidup Permohonan adalah di atas budibicara dan kelulusan Cawangan. Yuran: Rm500. 4. Ahli Kehormat Seumur Hidup. Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan. Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih 4 orang setiap tahun. 5. Pasukan Bantuan Sukarela Yuran - RM 2.00 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun. PENDAFTARAN AHLI DANKUMPULAN


Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan. Setiap Cabang. Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. Bagi penyelarasan pendaftaran keahlian pula kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar. Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada (Atif. 2013) 1. Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan 2. Salinan kedua disimpan oleh Cawangan) 3. Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit 4. Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup


1. Meluluskan pendaftaran tahunan unit PBSM dengan ibu pejabat PBSM. 2. Kuasa penganjur adalah merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) [seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk PBSM itu. 3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin PBSM. 4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit PBSM di mana perlu. 5. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-ahli. 6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit PBSM di sekolahnya. KUASA PENGANJUR


STRUKTUR UNIT CARTA ORGANISASI STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PERKEMBANGAN PBSM STRUKTUR ORGANISASI DAN PERKEMBANGAN PBSM


PENGERUSI (GURU) PENAUNG (GURU) PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (GURU) GURU PENASIHAT PENGERUSI (PELAJAR) PENOLONG PENGERUSI (PELAJAR) SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA LAIN PENOLONG BENDAHARI I) CARTA ORGANISASI


Satu Organisasi Pusat mengandungi Senat PBSM, Majlis Kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan, jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan,cawangan-cawangan dan jawatankuasa serta beberapa jawatankuasa kecil masing-masing di setiap negeri dan wilayah persekutuan Malaysia. la juga mengandungi unit-unit kecil & jawatankuasa masing-masing (Atif, 2013). II) STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN III) STRUKTUR UNIT PERSATUAN Kanak-kanak (Link). Belia (Youth) - Pasukan Bantuan Sukarela. Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurangkurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Setiap unit ini mempunyai pegawai masing- masing. Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. Bagi Unit Kanak-kanak pula, Pegawai Kanak- kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru besar. Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan unit itu dari Cabang mana dan dari bahagian apa. Contohnya: Unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak (ditunjukkan oleh huruf 'PK'), merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan.


Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK baru. Memastikan ada perlembagaan atau peraturan. Memastikan aktiviti dijalankan adalah selaras dengan objektif sekolah. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. Memastikan bahawa pasukan yang guru anggotai sebagai penasihat adalah berdaftar dan diluluskan oleh pihak pentadbir. Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau yang lebih tinggi. Memohon kebenaran daripada ibu bapa/penjaga pelajar melalui pengurusan sekolah jika khidmat/kepakaran/kebolehan manamana pelajar diperlukan di luar sekolah. Bersedia menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan pelajar tanpa mengira peringkat pertandingan/pengelolaan/anjuran/projek/lawatan dan sebagainya. TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PAKAIAN ISTIADAT NO.1 PEGAWAI LELAKI


PAKAIAN ISTIADAT N0.1 PEGAWAI WANITA


PAKAIAN ISTIADAT N0.2 PEGAWAI LELAKI


PAKAIAN ISTIADAT N0.2 PEGAWAI WANITA


PAKAIAN ISTIADAT N0.3 PEGAWAI LELAKI


PAKAIAN ISTIADAT N0.3 PEGAWAI WANITA


PAKAIAN ISTIADAT N0.4 PASUKAN BANTUAN SUKARELA - LELAKI


PAKAIAN ISTIADAT N0.4 PASUKAN BANTUAN SUKARELA - WANITA


PAKAIAN SERAGAM NO.5 PBS KAWALAN KEHORMATAN LELAKI


PAKAIAN SERAGAM NO.5 PBS KAWALAN KEHORMATAN WANITA


PAKAIAN SERAGAM NO.8 BELIA/KANAK-KANAK (LINK) LELAKI


PAKAIAN SERAGAM NO.8 BELIA/KANAK-KANAK (LINK) WANITA


T-SHIRT BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SISTEM LENCANA BELIA


PANGKAT BSMM


Click to View FlipBook Version