137 13.3 Hari Keluarga 13.4 Majlis-majlis rasmi sekola 3. LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH (TATATERTIB DAN RAYUAN MURID) 1. Mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kes-kes salah laku murid yang serius. 2. Memanggil personel yang terlibat untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 3. Mengambil tindakan yang sesuai seperti nasihat, bimbingan dan amaran bertulis sebelum tindakan lebih keras dikenakan. 4. Merancang usaha-usaha pemulihan bagi murid yang tegar. 5. Mencadangkan pemanjangan laporan untuk tindakan disiplin kepada pihak yang berwajib dilaksanakan setelah usaha-usaha yang dilaksanakan tidak berupaya mengawal disiplin murid.. 6. Mencatat minit mesyuarat lembaga disiplin. 7. Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan lembaga disiplin kepada semua guru. 8. Menyampaikan makluman dan perkembangan disiplin sekolah dari semasa ke semasa. 4. JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING Senarai Tugas : 1. Khidmat unit bimbingan dan kaunseling (ubk) meliputi semua aspek bimbingan dan kaunseling iaitu : 1.1 Bimbingan murid 1.2 Bimbingan kerjaya 1.3 Bimbingan sosial 1.5 Bimbingan sahsiah 1.6 Bimbingan psikologi 1.7 Bimbingan pencegahan dadah / AIDS 2. Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan. 3. Mengelolakan program orientasi : 3.1 Penerapan budaya sekolah bagi murid tingkatan satu dan tingkatan empat. 3.2 Penerangan tentang sukatan dan pemilihan mata pelajaran di peringkat sekolah. 3.3 Pemilihan mata pelajaran elektif di peringkat menengah atas. 3.4 Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya. 4. Mengelola dan mengurus bilik unit bimbingan dan kaunseling (ubk) secara berkesan. 5. Membentuk pasukan pembimbing rakan sebaya (prs). 6. Menubuhkan dan mengelola kelab kerjaya. 7. Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temu janji dan aktiviti unit bimbingan dan kaunseling (ubk). 8. Menyelaras hubungan dengan jabatan / agensi luar untuk mendapatkan khidmat nasihat. 9. Menjalankan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas tentang budaya sekolah (sampling). 10. Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah murid. 11. Mengadakan program khas bagi kumpulan murid yang bermasalah (risiko tinggi).
138 12. Mengadakan program khas pencegahan dadah / AIDS. 13. Mengadakan kursus perkembangan staf untuk melatih guru-guru dalam bimbingan dan kaunseling. 5. JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) Senarai Tugas : 1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa buku teks. 1.1 Mesyuarat diadakan dua kali setahun iaitu awal dan akhir tahun. 1.2 Pembahagian tugas 1.3 Taklimat untuk guru tingkatan 1.4 Pembahagian tugas pentadbiran 1.5 Buku stok (mengikut tingkatan) 1.6 Pengedaran / Pengumpulan 1.7 Buku rosak / hilang 1.8 Menubuhkan pasukan petugas SPBT dalam kalangan Murid. 2. Borang permohonan SPBT 2.1 Mengedarkan borang kepada setiap murid 2.2 Borang yang lengkap dikumpul oleh guru tingkatan dan diberikan kepada guru SPBT. 3. Mesyuarat Jawatankuasa SPBT 3.1 Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengetua / guru penolong kanan hal ehwal murid bagi menentukan murid-murid yang layak mendapat bantuan bagi tahun semasa. 4. Keputusan permohonan murid 4.1 Mengedarkan senarai nama murid yang layak atau gagal kepada guru tingkatan. 5. Membuat pesanan buku : 5.1 Membuat pesanan buku pada pertengahan tahun kepada Biro Buku Teks. 5.2 Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu). 5.3 Membuat anggaran yang tepat untuk tahun yang berikutnya. 5.4 Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual. 6. Pengedaran : 6.1 Mengedarkan mengikut tingkatan 6.2 Menentukan tarikh pengedaran 6.3 Mengesan kelancaran pengedaran 6.4 Mendapatkan borang daripada murid yang baru masuk atau bertukar 6.5 Mengedarkan buku kepada murid yang baru masuk sekolah 6.6 Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah murid yang bertukar
139 6.7 Memastikan guru tingkatan telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua murid yang layak 6.8 Memastikan semua guru tingkatan telah melengkapkan borang pinjaman SPBT/ Borang G mengikut jadual. 7. Pengurusan Rekod dan Dokumen 7.1 Menyelenggarakan fail yang kemas kini mengikut jenis 7.2 Rekod buku stok yang kemas kini (mengikut tingkatan) 7.3 Menyimpan rekod buku, hapus kira, rosak dan hilang. 8. Pengurusan keselamatan buku : 8.1 Memastikan ada Bilik Khas SPBT 8.2 Menguruskan Bilik Khas SPBT 8.3 Membuat peraturan penggunaan Bilik SPBT 8.4 Peraturan mengedarkan buku ke sekolah lain 8.5 Memastikan murid membalut buku SPBT dengan pembalut plastik 9. Pengurusan Pemulangan SPBT : 9.1 Menentukan tarikh pemulangan mengikut tingkatan 9.2 Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tingkatan 9.3 Melaporkan kepada pengetua / guru penolong kanan hem tentang proses pemulangan 9.5 Peratus rosak / hilang 9.6 Guru bertugas 9.7 Hapus kira 9.8 Kekurangan / Lebihan 10. Pengurusan Stok dan Inventori 10.1 Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan Negeri 10.2 Menyimpan invois, bil dan pengesahannya 10.3 Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat 10.4 Mengemas kini inventori SPBT 10.5 Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku kepada Pejabat Pendidikan Daerah 11. Cadangan buku bacaan tambahan 11.1 Mendapatkan maklumat daripada ketua panitia / guru kanan mata pelajaran 11.2 Merekod dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan 11.3 Memaklumkan kepada pengetua / guru penolong kanan hem 12. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada murid yang tidak mendapat pinjaman buku teks (jika berlebihan).
140 6. JAWATANKUASA BIASISWA DAN KEBAJIKAN Senarai Tugas : 1. Pengurusan Biasiswa 1.1 Meneliti pekeliling dari Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan pihak penaja untuk mematuhi syarat dipenuhi. 1.2 Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan. 1.3 Mengedarkan borang biasiswa kepada murid. 1.4 Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat penilaian dan perakuan. 1.5 Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera. 1.6 Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap semester. 1.7 Memberitahu ibu bapa atau penjaga murid yang mendapat biasiswa. 2. Prestasi Pemegang Biasiswa 2.1 Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada guru penolong kanan hem. 2.2 Menghantar surat amaran kepada ibu bapa ataupenjaga bagi pemegang biasiswa yang prestasinya merosot. 2.3 Memastikan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan GIRO (tanpa kad) di Bank Simpanan Nasional . 2.4 Menentukan daftar buku / rekod penerimaan cek / baucar di pejabat. 2.5 Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa. 2.6 Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat sekolah. 2.7 Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat. 7. JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN JADUAL KEDATANGAN MURID 1. Mendaftarkan murid-murid baharu ke dalam buku pendaftaran sekolah. 2. Mengambil tindakan berhubung dengan hal-hal yang berkaitan dengan murid masuk atau berpindah. 3. Menjaga keselamatan dan kekemasan buku pendaftaran sekolah. 4. Memastikan semua maklumat yang perlu diisi di dalam buku jadual kedatangan murid adalah benar, tepat dan kemas kini. 5. Memastikan semua guru tingkatan telah menutup dan menandatangani jadual kedatangan murid pada hari terakhir setiap bulan. 8. JAWATANKUASA KANTIN Senarai Tugas : 1. Memastikan pengusaha kantin memenuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. 2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian. 3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
141 4. Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi, makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mi dan sebagainya. 5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. 6. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria. 7. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah. 8. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi. 9. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. 10. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain maslin / disimpan dalam bekas yang bertutup. 11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan. 12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi. 13. Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai. 14. Membuat laporan mingguan dalam buku / borang laporan kantin. 15. Menyampaikan laporan bulanan kepada pengetua / guru penolong kanan hem tentang prestasi kantin. 16. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin tiga kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa. 17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra. 9. JAWATANKUASA PENINGKATAN 3K 1. Menjalankan program / kempen kebersihan, keselamatan dan kesihatan sepanjang tahun. 2. Mengedarkan rialah untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kebersihan, keselamatan dan kesihatan kepada seluruh warga sekolah. 3. Mengadakan latihan kawad kebakaran dua kali setahun di sekolah dengan diseliakan oleh jabatan bomba dan penyelamat. 4. Meletakkan papan tanda kebersihan, keselamatan dan kesihatan di tempat yang sesuai. 5. Mengedarkan arahan-arahan keselamatan / pelan kebakaran ke setiap kelas dan bilik-bilik khas. 10. JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT DAN KECEMERLANGAN KOMUNITI 1. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat. 11. JAWATANKUASA KESIHATAN DAN RAWATAN Senarai Tugas : 1. Menguruskan dan memastikan bilik rawatan serta peti ubat disediakan dan dilengkapi. 2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan. 3. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan atau penyelaras tingkatan. 4. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan dan gigi oleh Jabatan Kesihatan. 5. Menyediakan jadual tugas bilik rawatan.
142 6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah, pameran, tayangan dan lain-lain. 7. Menguruskan murid yang memerlukan rawatan. 12. GURU TINGKATAN Senarai Tugas : 1. Pengurusan dan Organisasi Kelas Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua tingkatan, penolong ketua tingkatan, bendahari, ajk kebersihan dan ajk keceriaan. Memastikan ajk kebersihan mengagihkan tugas kepada murid untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan ajk keceriaan sentiasa mengemas kini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas : a. Jadual waktu b. Jadual bertugas c. Perabot kelas seperti kerusi meja murid, kerusi meja guru dan papan hitam diinventorikan d. Moto kelas e. Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah Menentukan dawai elektrik, kipas dan lampu berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang bertanggungjawab. Membimbing organisasi kelas yang dilantik untuk menjalankan tugas. Mengadakan tabung kelas dan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid. Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut : a. Keceriaan kelas b. Kebajikan Murid 2. Jadual Kehadiran dan Kehadiran Murid Menanda jadual kehadiran murid harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan jadual kehadiran murid di pejabat. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku jadual kehadiran murid ditulis. Memastikan data terkini murid dalam kelas. 3. Laporan Akademik, Sijil Berhenti, dan Surat Akuan Memastikan setiap murid mempunyai laporan akademik.
143 Menyampaikan slip laporan akademik kepada ibu bapa/penjaga. Sijil berhenti dan surat akuan bagi murid yang meneruskan persekolahan. 4. Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberi hadiah (jika perlu). Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid. Melaporkan kepada guru bimbingan dan kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan murid. Melaporkan kepada guru kesihatan jika terdapat murid yang mengalami masalah kesihatan. Melaporkan kepada guru disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin sekolah. Melaporkan kes ponteng sekolah mengikut prosedur berikut : a. Mendapatkan dan mengisi borang ‘Melanggar Peraturan Sekolah’ yang boleh diperoleh daripada guru disiplin. b. Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa atau penjaga. 5. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan : Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks diagihkan kepada murid yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama murid. Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT. Mengenalpasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada guru kebajikan. Melaporkan kepada guru biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan murid yang mendapat biasiswa. 6. Kutipan Yuran dan Derma : Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkkan murid membayar kesemua yuran sekali gus. Mengutip derma PIBG. Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang telah dibuat. Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.
144 7. Pendaftar Murid Baharu Menerima kemasukan murid baharu daripada penyelaras tingkatan. Mendaftarkan nombor pendaftaran murid baharu dalam buku pendaftaran murid. Menentukan penerimaan borang SPBT sekiranya layak dari sekolah yang terdahulu dan memastikan murid ini mendapat buku teks. Menyemak jika murid ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkannya kepada guru biasiswa. Menerima kad kemajuan murid dan kad 001 dari sekolah yang terdahulu. Menentukan rumah sukan. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan. 8. Murid Keluar Menentukan borang SPBT, kad kemajuan murid dan kad 001 dihantar ke pejabat. Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi murid tingkatan tiga dan lima. Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima. Menentukan buku teks telah dipulangkan. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat. 9. Pendaftaran Rumah Sukan, Persatuan dan lain-lain Menentukan setiap murid mempunyai rumah sukan. Menentukan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada penyelaras kokurikulum. Menggalakkan murid bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum. 13. PENYELARAS BILIK DARJAH Senarai Tugas : 1. Memastikan keceriaan kelas diselia. 2. Menjadi perantara antara pihak pengurusan dan guru-guru kelas. 3. Menyemak dan mengemaskini analisis kedatangan dan maklumat murid dalam jadual kehadiran murid bagi setiap bulan bagi tingkatan yang diselia. 4. Menyelaras bersama program-program bagi kelas yang diselia. 5. Mempengerusikan mesyuarat guru kelas apabila perlu. 6. Menerima laporan kerosakan, masalah murid kelas daripada guru tingkatan dan lain-laindan memaklumkannya kepada pengetua / guru penolong kanan. 7. Menyelaras hal-hal lain yang berkaitan dengan kelas yang diselia.
146 PERINCIAN KOKURIKULUM SKP 2
147 1. JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM Senarai Tugas : 1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah untuk jangka panjang dan jangka pendek. 2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun. 3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. 4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. 5. Memastikan penglibatan murid secara menyeluruh. 6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah / zon / negeri / kebangsaan. 7. Memastikan guru-guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. 8. Menentukan tarikh merentas desa, kejohanan olahraga sekolah , Hari Kokurikulum dan kegiatan lain. 9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. 10. Memastikan konsep ‘Sukan Untuk Semua’ dilaksanakan di sekolah. 11. Membuat anggaran perbelanjaan dan peruntukan kewangan yang akan digunakan. 12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. 13. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan murid. 2. JAWATANKUASA MAJLIS SUKAN SEKOLAH Senarai Tugas : 1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai. 2. Merancang aktiviti sukan jangka panjang dan jangka pendek. 3. Mengenal pasti TOV (take off value) dan merancang aktiviti sukan. 4. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan. 5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah. 6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan. 7. Menambah kepakaran untuk meningkatkan sukan sekolah melalui kursus dalaman. 8. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan. 9. Mendapat kerjasama badan sukan luar melatih guru dalam program peningkatan staf. 10. Mendapat bantuan badan sukan dan individu luar melatih pemain-pemain sekolah. 3. SETIAUSAHA SUKAN Peranan : 1. Melaksanakan segala rancangan majlis sukan sekolah 2. Menyelaras semua permainan / olahraga : a. antara kelas b. antara rumah c. antara sekolah 3. Rancangan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri 4. Memanggil mesyuarat majlis sukan sekolah, majlis kerja sukan, guru-guru rumah sukan, guru-guru permainan dan jawatankuasa murid.
148 5. Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan dan olahraga. 6. Mengurus dan menentukan tempat-tempat dan alat-alat permainan (gelanggang, padang, tiang gol dan lain-lain) adalah dalam keadaan selamat dan mengikut peraturan pertandingan. 7. Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang ada. 8. Membantu mengurus, menyemak dan menyelaras urusan-urusan kewangan daripada guruguru permainan dan guru-guru rumah sukan. 9. Memesan, menerima dan merekodkan segala pembelian alat-alat, tambang pengangkutan, minuman, hadiah dan lain-lain. 10. Bertanggungjawab menyimpan segala alat sukan, membaiki dan memperbaharu manamana yang perlu. 11. Menyimpan serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemas kini. 12. Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan sama ada di peringkat sekolah, antara sekolah atau zon, MSSD, MSSN dan MSSM. Rekod ini patut mengandungi tarikh, jenis pertandingan, pasukan yang terlibat, tempat pertandingan, keputusan dan perkara- perkara lain yang mungkin berlaku di tempat pertandingan. 13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan. Tugas : 1. Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah 2. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD, MSSN / MSSM. 3. Membantu pengetua mengagihkan tugas guru dalam olahraga dan permainan. 4. Menetapkan murid dalam rumah sukan. 5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. 6. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. 7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. 8. Menyimpan dan mengemas kini buku stok dan inventori peralatan sukan sekolah. 9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sekolah. 10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. 11. Sentiasa berbincang dengan guru penolong kanan kokurikulum dan pengetua untuk kepentingan sekolah. 12. Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam buku rekod pencapaian sukan sekolah. 13. Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. 4. GURU RUMAH SUKAN Peranan : Di sekolah-sekolah yang mengamalkan sistem rumah sukan dinasihati supaya pembahagian guru kepada rumah sukan hendaklahlah dijalankan secara adil. Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti yang berikut : a. jantina b. umur c. kecergasan d. kecenderungan
149 e. pengalaman f. pengetahuan g. faktor-faktor lain yang difikirkan perlu Lazimnya pengetua, guru-guru penolong kanan, setiausaha sukan tidak dimasukkan dalam manamana rumah sukan. Setiausaha sukan (atas nasihat pengetua) akan menetapkan tarikh rumahrumah sukan akan bermesyuarat. Ketua guru rumah sukan akan mempengerusikan mesyuarat rumah masing-masing. Jika ahli terlalu ramai, mesyuarat dibahagikan mengikut kelas dan tingkatan umur. Tugas : 1. Menguruskan latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan. 2. Guru dan murid wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kehadiran dicatat dalam buku kehadiran. 3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan. 4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk mewakili sekolah. 5. Merekod kehadiran murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir. 6. Mengawasi keselamatan murid sewaktu latihan. 7. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid. 8. Sentiasa berbincang dengan ketua guru rumah sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan. 5. KETUA RUMAH SUKAN Tugas : 1. Memastikan ada senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid) 2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. 3. Membentuk jawatankuasa rumah sukan dalam kalangan Murid yang meliputi olahraga dan permainan. 4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan. 5. Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah. 6. Sentiasa berbincang dengan setiausaha sukan / guru penolong kanan kokurikulum / pengetua sekiranya menghadapi masalah. 7. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod. 8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada setiausaha sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah. 6. JAWATANKUASA KELAB DAN PERSATUAN / PERMAINAN PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN / PERMAINAN Tugas : 1. Mengatur dan menyelia perjalanan kelab dan persatuan/permainan 2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
150 3. Menyelaras semua aktiviti kelab dan persatuan. 4. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 5. Memastikan peraturan perlembagaan dan minit mesyuarat agung direkodkan dan difailkan. 6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ajk diadakan setiap tahun pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. 7. Menguruskan buku kokurikulum murid. a. Mengagihkan buku kokurikulum kepada guru tingkatan untuk diedarkan murid. b. Mengutip kembali daripada guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod. c. Menyediakan buku yang diperlukan untuk aktiviti, buku laporan kegiatan serta fail-fail yang diperlukan. 8. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod. 9. Mengumpulkan laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian Kokurikulum sekolah. 10. Serah semua laporan dan rekod kepada setiausaha kokurikulum. 11. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan pengetua dari semasa ke semasa. GURU PENASIHAT KELAB / PERSATUAN / PERMAINAN Tugas : 1. Membentuk jawatankuasa kelab / persatuan/permainan. 2. Memastikan aktiviti kelab / persatuan selaras dengan objektif sekolah. 3. Memastikan adanya peraturan atau perlembagaan. 4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti dicatatkan dalam perlembagaan. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid dan menyerahkannya kepada penyelaras untuk rekod dan simpanan. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 7. Merancang strategi untuk peningkatan kelab / persatuan cara yang sesuai. 8. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan. 9. Menguruskan kewangan, harta benda dan peralatan kelab / persatuan. 10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan. 11. Melaporkan kepada guru penolong kanan kokurikulum tentang perkembangan kelab / persatuan. 12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Kualiti, Hari Guru dan lain-lain. 13. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah. 14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya. 15. Memastikan tiada unsur-unsur subversif tersebar atau disebarkan dalam kalangan ahli. 16. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak mendapat sijil penghargaan kepada jawatankuasa kokurikulum. 7. JAWATANKUASA UNIT BERUNIFORM PENYELARAS UNIT BERUNIFORM Tugas : 1. Mengatur dan menyelia perjalanan pasukan unit beruniform. 2. Menyediakan jadual waktu perjumpaan dan mesyuarat. 3. Menyelaraskan semua aktiviti.
151 4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk murid memasuki pasukan unit beruniform. 5. Menentukan aktiviti surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 6. Memastikan peraturan / perlembagaan dan minit mesyuarat direkod dan difailkan. 7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ajk diadakan setiap tahun pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. 8. Menguruskan buku kokurikulum / buku laporan. a. Mengagihkan buku kokurikulum kepada guru tingkatan untuk diedarkan kepada semua murid. b. Mengutip kembali daripada guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod. 9. Menyediakan borang dan buku yang diperlukan untuk aktiviti : a. Borang memasuki unit beruniform b. Borang senarai ajk dan ahli c. Buku laporan kegiatan d. Fail-fail yang diperlukan 10. Mengumpulkan rancangantahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod. 11. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan serta diserahkan kepada setiausaha kokurikulum. 12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah dan diserahkan kepada setiausaha kokurikulum. 13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM Tugas : 1. Menguruskan pendaftaran ahli-ahli unit beruniform. 2. Menguruskan persiapan uniform lengkap ahli-ahli dan peralatan pasukan masing-masing. 3. Menggerakkan aktiviti sepanjang tahun berdasarkan sukatan dan peraturan di dalam buku perlembagaan unit masing-masing. 4. Melaksanakan aktiviti unit beruniform mengikut draf perancangan yang telah dipersetujui. 5. Memberi taklimat kepada pasukan sekiranya perlu. 6. Memantau latihan mingguan pasukan masing-masing. 7. Memastikan takwim unit beruniform dipatuhi. 8. Memilih peserta dan melengkapkan borang penyertaan untuk aktiviti di peringkat luar sekolah. 9. Menghantar borang-borang jawapan kepada penyelaras unit beruniform. 10. Membuat laporan pertandingan yang telah disertai oleh unit beruniform masing-masing. 8. AHLI LEMBAGA PENGARAH KOPERASI SMK PERTANG BERHAD Tugas : 1. Mengatur rancangan jangka panjang dan jangka pendek serta menentukan pelaksanaannya. 2. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sebulan sekali. 3. Mengawasi perjalanan koperasi seperti yang ditetapkan oleh undang-undang kecil koperasi. 4. Memastikan perjalanan jual beli dijalankan dengan baik dan betul. 5. Memastikan buku stok sentiasa dikemas kini. 6. Memastikan kewangan diuruskan dengan baik.
152 7. Memastikan laporan kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa dikemas kini dan disediakan untuk dihantar ke pihak Jabatan Pembangunan Koperasi sebelum mesyuarat agung. 8. Mewujudkan hibungan baik dengan Jabatan Pembangunan Koperasi Kawasan. SETIAUSAHA KOPERASI SEKOLAH Tugas : 1. Memanggil dan menghadiri semua jenis mesyuarat. 2. Menyediakan dan menyampaikan laporan serta dokumen untuk pertimbangan mesyuarat. 3. Menyimpan daftar nama ahli serta buku laporan kegiatan dan surat-menyurat yang berkaitan. 4. Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dengan persetujuan pengerusi. 5. Menyediakan dan mengedarkan agenda mesyuarat sebelum mesyuarat diadakan kepada ahli dan menyediakan bahan keperluan mesyuarat. 6. Membantu pengerusi memberi maklumat dan penerangan. 7. Memastikan daftar kehadiran ahli ketika mesyuarat dan menulis minit mesyuarat untuk edaran seterusnya. 8. Menjalankan tugas-tugas lain seperti ditentukan oleh ahli lembaga pengarah atau pengerusi dari semasa ke semasa. BENDAHARI KOPERASI Tugas : 1. Menerima dan menjaga kewangan koperasi serta membuat pembayaran mengikut arahan lembaga. 2. Memastikan wang yang diterima dimasukkan ke bank dalam masa 24 jam selepas penerimaan. 3. Memastikan wang tunai dalam tangan pada satu-satu masa tidak melebihi RM 200.00 (atau ditetapkan oleh lembaga). 4. Menyediakan resit, baucar dan dokumen sokongan untuk bayaran dan menyimpannya dengan baik. 5. Mengemaskinikan semua buku akaun koperasi supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa dan menyimpannya dengan baik. 6. Menyediakan akaun tahunan dan laporan koperasi untuk dihantar kepada pihak Jabatan Pembangunan Koperasi dan dibentangkan dalam mesyuarat agung. 7. Memastikan pembayaran dividen kepada ahli dikemaskinikan dan direkodkan. JURUAUDIT DALAMAN KOPERASI Tugas : 1. Memeriksa akaun-akaun koperasi setiap bulan. 2. Memeriksa buku tunai koperasi dan melaporkan hasil pemeriksaan secara bertulis dalam buku khas maklumat lembaga pengarah koperasi. 3. Melaporkan kewangan koperasi dalam mesyuarat agung.
153 BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14, BANGUNAN BANK PERTANIANLEBOH PASAR BESAR KUALA LUMPUR Telefon : 922066 Kawat : ‘PELAJARAN’ KP(BS)8591/Jld. ll/(17) 7 November, 1983 Pengarah Pelajaran Semua Negeri,Malaysia Y.B. Datuk/Tuan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan guru-guru mengenai hukumanhukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang melakukan perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Pelajaran. 2. Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959. Bagi tiap-tiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturan-peraturan itu, hukumannyajuga ada dinyatakan. Bagi perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan itu, misalnya membuat bising dalam darjah, tidak memberi perhatian sewaktu guru mengajar, berkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini, tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam Peraturan tersebut, sungguhpun Peraturan tersebut memperuntukkan secara am kuasa kepada Guru Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah. 3. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan itu. Tindakan hukuman itu adalah seperti mengetuk/menyekel kepala murid, menampar, mencubit hingga lebam, memulas telinga, mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga, mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum murid secara kumpulan atas alasan si pesalah enggan mengaku dan berbagai lagi. Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini. 4. Untuk panduan Guru Besar dan guru-guru, sekiranya tindakan untuk menghukum hendak dikenakan kepada murid-murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan itu, maka hukuman itu hendaklah dilakukan secara adil, setimpal pula dengan perbuatan salah laku itu serta bersifat pendidikan. Hukuman-hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk penyiksaan, cacian/memalukan atau lain-lain hukuman yang dikatakan liar/melampau hendaklah dielakkan. Panduan selanjutnya boleh didapati dari Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru, keluaranKementerian Pelajaran 1983 dan juga surat-surat pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
154 5. Guru Besar adalah dinasihat supaya sentiasa dapat memberi bimbingan dan penjelasan sebaikbaiknya mengenai peraturan-peraturan disiplin sekolah kepada guru-guru di bawah jagaannya. Di samping itu, usaha- usaha untuk mengurangkan berlakunya perbuatan-perbuatan salah laku itu hendaklah sentiasa dijalankan dengan mencari pendekatan penyemaian dan pengukuhan disiplin di kalangan murid-murid dengan lebih berkesan lagi. Di antaranya ialah memberi latihan dan bimbingan kepada murid-murid dalam segala kegiatandi dalam dan di luar bilik darjah; mewujudkan perhubungan dan komunikasi yang baik antara guru dengan murid serta ibu bapa/penjaga; meningkatkan lagi daya kepimpinan, contoh dan teladan para guru dan murid serta sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip ‘Tatasusila Profesyen Perguruan’ oleh semua guru. 6. Adalah diharapkan Y.B.Datuk/Tuan memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, tandatangan (DATO’ HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN) Bahagian Sekolah-sekolah, b.p Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran s.k. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Khalil bin YaakobTimbalan Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tang Tiong HongTimbalan Menteri Pelajaran Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Timbalan Ketua Setiausaha l, Kementerian Pelajaran Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l, Kementerian Pelajaran Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll, Kementerian Pelajaran Timbalan Ketua Setiausaha ll, Kementerian Pelajaran Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri Pelajaran Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran
155
156
157
158
159
160
161 MENANGANI MASALAH PONTENG SEKOLAH (Tindakan Pihak Sekolah) Surat Bilangan Hari Tidak Hadir Berturut-turut Bilangan Hari Tidak Hadir Bukan Berturut-turut Amaran Pertama Amaran Kedua (Berdaftar) Amaran Terakhir (Berdaftar – Akuan Penerima) Buang Sekolah (Berdaftar – Akuan Penerima) Pada hari ke-3 7 hari selepas Amaran Pertama 7 hari selepas Amaran Kedua 14 hari selepas Amaran Terakhir Pada hari ke – 10 10 hari lagi selepas Amaran Pertama 20 hari lagi selepas Amaran Kedua 10 hari lagi selepas Amaran Terakhir Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari 60 hari bukan berturut-turut Nota : Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan seperti berikut : • (S) jika ada surat ATAU (P) jika tidak • Catatkan panggilan telefon • Untuk surat-surat : AP : Amaran Pertama AK : Amaran Kedua AT : Amaran Terakhir BS : Buang Sekolah Rujukan : Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah KPM 1994
162 SENARAI HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN TERHADAP MURID
163
164
165
166 CONTOH FORMAT PENULISAN LAPORAN 1. Kandungan : 1.1 Kulit hadapan laporan (sertakan lencana sekolah) dan tajuk laporan 1.2 Laporan berformat (lihat contoh) 1.3 Kertas kerja 1.4 Gambar-gambar semasa program dijalankan 1.5 Lampirkan surat-surat sekiranya ada 1.6 Lampirkan bahan-bahan edaran sekiranya ada 2. Laporan Berformat LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM SEKOLAH TAJUK BUTIRAN/PENERANGAN NAMA PROGRAM MATLAMAT OBJEKTIF TARIKH PELAKSANAAN TEMPAT SASARAN PERSONALIA KOS/SUMBER/PERBELANJAN SEBENAR PENGISIAN PENILAIAN/IMPAK Dilaporkan oleh: Disahkan oleh: …………………………………….. …………………………………… ( ) ( )
167 CONTOH FORMAT MINIT CURAI SK PASOH 2 ( f ) 72300 SIMPANG PERTANG, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Untuk diisi oleh guru yang menghadiri kursus/mesyuarat/taklimat dan diserah kepada Pengetua/GPK MINIT CURAI Nama Guru: Nama Kursus/Mesyuarat/Taklimat: Tarikh: Masa: Hari: Tempat: Laporan/Catatan Taklimat disampaikan oleh: Tandatangan Pelapor: Disahkan oleh: (Nama: ) (Tarikh: )
168 KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G Borang Permohonan Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Kepada : _____________________________________________________ ( Pegawai Penyelia ) Saya memohon kebenaran meninggalkan pejabat untuk tujuan : mohonan Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Kepada : _______ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ Tempoh yang diperlukan : ___________________ hingga ________________ ( Jam ) ( Jam ) Tandatangan Pemohon :TU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G Borang Per Nama Penuh : ______________________________________________ Jawatan : ______________________________________________ Tarikh : _______________________ ________________________________________________________________________ Permohonan pelepasan waktu bekerja * diluluskan / tidak diluluskan Tandatangan Pegawai Penyelia :ebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja. Nama Penuh : ________________________________________ Jawatan : ________________________________________ Tarikh : ___________________ ❖ potong mana yang tidak berkenaan Catatan : 1. Sekiranya tempoh pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja melebihi 4 jam atau separuh daripada waktu bekerja sehari yang ditetapkan pada hari tersebut,maka pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan. 2. Pegawai hendaklah sentiasa bersedia untuk menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas sekiranya diarahkan oleh Pegawai Penyelianya.
169 CONTOH BORANG PENGECUALIAN AKTIVITI SEKOLAH Nama Guru / Kumpulan Pelaksana : SK Pasoh 2, 72300 Simpang Pertang. Tarikh : Guru Besar SK Pasoh 2, 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan. Tuan, Permohonan Pengecualian Aktiviti Sekolah Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Saya ingin memohon pengecualian daripada menghadiri aktiviti sekolah seperti yang berikut : Nama aktiviti : Tarikh : Tempat : 3. Saya tidak dapat menghadiri aktiviti atas sebab yang berikut : Nyatakan sebab : 4. Kerjasama dan pertimbangan tuan untuk meluluskan permohonan di atas didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Saya yang menurut perintah, Tandatangan : Nama Guru / Kumpulan pelaksana : Kepada : Permohonan di atas *disokong / tidak disokong. Tandatangan Guru Penolong Kanan : Tarikh : Permohonan di atas *diluluskan / tidak diluluskan. Tandatangan Guru Besar : Tarikh :
170 Lampiran 11-1 NOTA MINTA Rujukan : SKFPD/10/2022 Tarikh : Kepada : Guru Besar SK (F) PASOH 2, NEGERI SEMBILAN Daripada : PERMOHONAN MENDAPATKAN BEKALAN PERLATAN BAGI TAHUN 2022 Berhubung dengan perkara tersebut diatas, diharap dapat tuan meluluskan permohonan mendapatkan bekalan seperti berikut: Bi l Perihal Barang Kuantit i Harga Seuni t Anggara n Harga Tarikh Diperluka n Catatan oleh Pengetu a / Guru Besar JUMLA H Peruntukan : Subsidiari / Marapelajaran : Baki Peruntukan semasa : Sekian, terima kasih Yang benar, Permohonan di atas diluluskan/Tidak Diluluskan ………………………………… ………………………………………… ( ) ( ) Tarikh : Tarikh:
171 Contoh Borang Pencerapan PdPc Guru (SKPMg2 : Standard 4)
172
179 AKU JANJI Saya telah membaca, meneliti dan memahami segala arahan yang terkandung dalam Manual Pengurusan ini. Saya akur tentang prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi dan akan melaksanakannya demi memastikan segala tugas yang diamanahkan dapat dijalankan dengan lebih cekap, teratur, dan berkesan. Saya yang menjalankan amanah, Tarikh :