The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MANUAL SKP2 SESI 2022 -2023 (TERKINI) copy copy

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Husni Abas, 2024-03-14 03:46:40

BUKU MANUAL SKP2 SESI 2022 -2023 (TERKINI) copy copy

BUKU MANUAL SKP2 SESI 2022 -2023 (TERKINI) copy copy

85


86 Hari Kelepasan Am Negeri Sembilan Darul Khusus Sesi Persekolahan 2022/2023 Tarikh Hari Cuti 1 Januari Sabtu Tahun Baharu* 14 Januari Jumaat Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 18 Januari Selasa Hari Thaipusam 1 & 2 Februari Selasa & Rabu Tahun Baharu Cina 1 Mac Selasa Israk dan Mikraj* 1 Mei Ahad Hari Pekerja 15 Mei Ahad Hari Wesak 3 Mei & 4 Mei Selasa & Rabu Hari Raya Aidilfitri 6 Jun Isnin Hari Keputeraan YDP Agong* 10 Julai & 11 Julai Ahad & Isnin Hari Raya Haji 30 Julai Sabtu Awal Muharram 31 Ogos Rabu Hari Kebangsaan 16 September Jumaat Hari Malaysia 9 Oktober Ahad Maulidur Rasul 24 Oktober Isnin Hari Deepavali 25 Disember Ahad Hari Krismas* * Jatuh dalam cuti sekolah : Apabila suatu hari kelepasan am jatuh pada hari Ahad atau hari kelepasan am yang lain, hari itu hendaklah diganti dengan hari esoknya, dan jika hari esoknya itu pula sedia menjadi suatu hari kelepasan am, hari berikutnya hendaklah dijadikan hari kelepasan am. : Apabila suatu hari kelepasan am jatuh pada hari Sabtu, hari itu tidak akan diganti.


87 SENARAI URL YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Dual Language Programme (DLP) Kursus Dalam Talian Untuk Guru Bahasa Melayu, Sains dan Matematik • http://eltc.moe.edu.my/dlp/ Aplikasi Pengurusan Asrama Harian KPM (e-Asrama Harian) • http://tah.moe.gov.my Sistem Maklumat Penaziran (e-Nazir) • https://enazir.moe.gov.my/ Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru Dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014 • https://abpg.moe.gov.my/bpg/pppb/ Sistem Keputusan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) • https://kissm.moe.gov.my/ Sistem Pengurusan Sekolah • https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php Sistem Permohonan Pelepasan Murid & Panduan Cuti Tanpa Rekod Guru Bagi Program Sukan • https://epelepasan.moe.gov.my/ Sistem Program Transformasi Minda (PTM) • http://ptm.moe.gov.my/?doit=semakKeputusan Sistem Profil Kerjaya Murid (SePKM) • http://epkm.moe.gov.my Modul Pengurusan Murid (APDM) • http://apdm.moe.gov.my/ Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) • http://spkws.moe.gov.my Sistem ePangkat • https://epangkat.moe.gov.my Sistem Maklumat Pendidikan Swasta (SMIPS) • https://smips.moe.gov.my/ Sistem eLaporan Bil • http://ebil.moe.gov.my/ Program Corporate Social Responsibility Dashboard Kementerian Pelajaran Malaysia • http://dashboardkpm.moe.gov.my Semakan Kelayakan Pembiayaan/Pinjaman Kenderaan & Komputer • http://semakspekk.moe.gov.my Sistem Lawatan Antarabangsa (e-LA) • https://ebdha.moe.gov.my/ Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) • http://smpk.moe.gov.my Sistem Semakan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Online • https://naikpangkat.moe.gov.my Semakan Senarai EFT dan Cek Batal • https://kwsg.moe.gov.my/


88 Modul Pengurusan Sekolah (eMIS) • http://emisonline.moe.gov.my/ Sistem Pengurusan Pertukaran Bukan Guru (e-Tukar Bukan Guru) • http://etukar.moe.gov.my Sistem Pertukaran Guru (e-GTUKAR) • https://epgo.moe.gov.my/ Dashboard Kementerian Pelajaran Malaysia • http://dashboardkpm.moe.gov.my/analytics/saw.dll?Dashboard Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) • http://sapsnkra.moe.gov.my Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) • https://ssdm.moe.gov.my/ Sistem Pelaporan Isu Displin dan Pendidikan (e-PIDP) • https://pidp.moe.gov.my Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA) • https://sisppa.moe.gov.my Sistem Pengurusan Latihan (SPL KPM) • https://splkpm.moe.gov.my Portal Perpustakaan (OPAC) KPM • Pusat Dokumentasi merupakan sebuah ector di bawah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) yang berfungsi sebagai perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 6 Januari 1983. Perkembangan Pusat Dokumentasi bermula apabila wujudnya pangkalan data tesis Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1995. Pusat Dokumentasi mula menggunakan aplikasi Sistem Virtua pada tahun 2000. Pusat Dokumentasi yang merupakan pusat sumber pengetahuan pendidikan, menjalankan aktiviti perolehan, pendokumentasian, penerbitan, penataran maklumat dan pembudayaan perkongsian maklumat. Tiga unit di bawah ector ini, iaitu Unit Pembangunan Koleksi, Unit Perkongsian Maklumat dan Unit Sistem Pusat Dokumentasi menjalankan fungsi-fungsi ector dengan menawarkan perkhidmatan rujukan, sirkulasi dan khidmat nasihat berkaitan pengurusan perpustakaan kepada para pengguna. • http://librarykpm.moe.gov.my/ Modul Pengurusan Guru (e-Operasi) • https://eoperasi.moe.gov.my/ Sistem Rancangan Pendidikan Individu (eRPI) • https://ppirpi.moe.gov.my/ Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK) / Portal i-Sayang • https://pmspk.moe.gov.my/ Sistem Modul Prestasi Pengurusan Guru (ePrestasi) • http://eprestasi.moe.gov.my/ Sistem Data Dictionary Sektor Awam • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) didefinisikan sebagai keterangan mengenai sesuatu data yang standard merangkumi nama elemen data, alias (nama lain elemen data), keterangan ringkas data, saiz elemen data, jenis medan dan rasional bagi elemen data. Ianya juga menetapkan standard kod data bagi elemen tertentu untuk diguna pakai oleh semua agensi Sektor Awam. • http://sddsa.mampu.gov.my/


89 SENARAI ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON PENTING SEMASA KECEMASAN BIL. ALAMAT NO. TELEFON 1. BALAI POLIS PERTANG, 72300 SIMPANG PERTANG, NEGERI SEMBILAN. 06-4941224 ATAU 999 2. BALAI BOMBA DAERAH JELEBU, 71600 KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN. 06-6136333 ATAU 999 ATAU 994 3. BALAI BOMBA SIMPANG PERTANG 72300 SIMPANG PERTANG, NEGERI SEMBILAN. 06-4920060 4. PUSAT KESIHATAN PERTANG, 72300 SIMPANG PERTANG NEGERI SEMBILAN. 06-4941287 5. SMK PASOH 2, 72300 SIMPANG PERTANG, NEGERI SEMBILAN. 06-4961185


90 PLAN KAWASAN SK PASOH 2 BA


0 AGI TAHUN 2022 – 2023


91 PLAN LALUAN KEBAKARAN SK PASO


1 OH 2 BAGI TAHUN 2022 - 2023


97


98 Perkara Muka Surat PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH 98 PORTFOLIO UNIT PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 110 PORTFOLIO UNIT KURIKULUM 131 PORTFOLIO UNIT HAL EHWAL MURID (HEM) 133 PORTFOLIO UNIT KOKURIKULUM 145 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983: MENGENAKAN HUKUMAN BIASA TERHADAP MURID-MURID YANG MELAKUKAN PERBUATAN SALAH LAKU YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN 151 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1986: PANITIA MATA PELAJARAN 153 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1995: MENANGANI MASALAH PONTENG DI SEKOLAH 157 MENANGANI MASALAH PONTENG SEKOLAH (Tindakan Pihak Sekolah) 159 SENARAI HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN TERHADAP MURID 160 TATACARA MENANGANI TINDAKAN DISIPLIN DI SEKOLAH 161 CONTOH FORMAT PENULISAN LAPORAN 164 CONTOH MINIT CURAI 165 CONTOH BORANG PERMOHONAN KELUAR / MASUK SEKOLAH WAKTU BERTUGAS 167 CONTOH BORANG PENGECUALIAN AKTIVITI SEKOLAH 168 CONTOH BORANG NOTA MINTA 169 CONTOH BORANG PENCERAPAN PDPC GURU (SKPMg2 : Standard 4) 170 SURAT PERJANJIAN MURID YANG MELETAKKAN KENDERAAN DI KAWASAN SEKOLAH SMK PERTANG 172 BORANG PEMERIKSAAN KENDERAAN MURID 173 BORANG SENARAI MURID BERKENDERAAN SENDIRI (MOTOSIKAL, KERETA, BASIKAL) KE SEKOLAH 175 AKU JANJI 177 KANDUNGAN


100 99 PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH


101 1. ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dan anggota kumpulan pelaksana dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2 Guru dan anggota kumpulan pelaksana sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat tentang kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjunginya sebagai satu tanggungjawab dan bukan suatu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. 1.5 Guru dan anggota kumpulan pelaksana hendaklah sentiasa mengamal dan menghayati wawasan, misi, visi, matlamat dan piagam sekolah, matlamat dan falsafah sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020,serta PPPM (2013 – 2025). 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas. 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepemimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu persekolahan mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah, iaitu Isnin : 7.40 pagi hingga 1.10 petang Selasa dan Khamis : 7.40 pagi hingga 1.10 petang Rabu : 7.40 pagi hingga 1.10 petang Jumaat : 7.40 pagi hingga 11.40 tengah hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis : Guru dan murid diwajibkan bersolat zuhur secara berjemaah. 2.2 Guru dan anggota kumpulan pelaksana dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu bertugas dan merakamkan kad perakam waktu kehadiran di pejabat sekolah semasa sampai dan balik dari sekolah. 2.3 Guru dan anggota kumpulan pelaksana yang tidak dapat hadir atau datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah. Guru dan anggotakumpulan pelaksana mesti memberitahu guru besar / guru penolong kanan dengan secepat mungkin. 2.4 Semua urusan peribadi guru dan anggota kumpulan pelaksana hendaklah dijalankan di luar waktu sekolah kecuali keadaan kecemasan.


102 3. KELUAR WAKTU MENGAJAR / WAKTU BERTUGAS 3.1 Guru dan anggota kumpulan pelaksana tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada waktu bertugas kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada pengetua / guru penolong kanan. 3.2 Guru dan anggota kumpulan pelaksana dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan buku kebenaran keluar untuk kelulusan dan ditandatangani pengetua / guru penolong kanan. Borang kebenaran keluar hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal keselamatan untuk direkodkan. 3.3 Jika guru terpaksa meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, guru diminta mendapatkan guru ganti untuk kelas yang ditinggalkan dan dimaklumkan kepada pengetua / guru penolong kanan. 4. MELAKUKAN KERJA LUAR 4.1 Penjawat awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am ‘D’ seperti berikut : 4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada ketua jabatan. 4.1.2 Dibenarkan dengan syarat : i. Tidak dilakukan semasa waktu pejabat ii. Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam iii. Tidak dengan apa-apa berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan. 4.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Subseksyen 79(e) dan Subseksyen 132(g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50 000 (Ringgit Malaysia : Lima puluh ribu) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 5. CUTI 5.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan, KP (PP) 0046.SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 5.2 Cuti Rehat Khas (CRK) 5.2.1 Cuti Rehat Khas (CRK) merupakan cuti khusus yang diperuntukkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017 sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalender; dan 5.2.2 Cuti rehat khas yang tidak dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan pemberian wang tunai gantian rehat bagi


103 pegawai yang layak. 5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk guru sandaran terlatih dan guru kontrak. 5.2.4 Keputusan diberikan oleh pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 5.2.5 Bilangan hari cuti rehat khas yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan. (Rujuk Perintah Am 1(ix) Bab C) 5.2.6 Cuti rehat khas tidak dibenarkan disambung dengan cuti umum / cuti hujung minggu sama ada sebelum atau selepasnya kecuali atas sebab-sebab tertentu. 5.2.7 Cuti rehat khas tidak boleh diambil 2 hari berturut-turut kecuali atas sebab- sebab tertentu. 1 5.2.8 1 hari cuti cuti rehat khas hanya layak dimohon selepas bekerja 1 2 berikutnya. 5.2.9 Cuti rehat khas ini hendaklah dimohon 3 hari sebelum bercuti. 5.3 Cuti Sakit 5.3.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan. 5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. 5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran. 5.4 Cuti Tanpa Gaji 5.4.1 Mengikut Perintah Am Bab C, cuti tanpa gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 5.4.2 Cuti tanpa gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. 5.4.3 Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 5.4.4 Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 5.4.5 Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang pemohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 5.5 Cuti Khas – Isteri Bersalin 5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.


104 5.6 Cuti Keluar Negara 5.6.1 Semua guru yang bercuti ke luar negara mesti mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah. Permohonan untuk lawatan ke luar negara atas urusan persendirian hendaklah dikemukakan kepada jabatan sekurang-kurangnya 3 (tiga) bulan sebelum tarikh lawatan, manakala permohonan untuk lawatan ke luar negara atas urusan rasmi hendaklah dikemukakan kepada jabatan sekurang-kurangnya 2 (dua) bulan sebelum tarikh lawatan. 5.7 Cuti Tanpa Rekod 5.7.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan. 5.8 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat 5.8.8 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah suami atau isteri,anakanak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 5.9 Cuti Peristiwa – Sila rujuk takwim sekolah 6. PAKAIAN 6.1 Guru dan kumpulan pelaksana hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan budaya kebangsaan. 6.2 Pakaian berbentuk baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru perempuan dan staf perempuan. 6.3 Guru dan kumpulan pelaksana lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. 6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut / sepatu. Guru dan kumpulan pelaksana perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung / bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi. 6.5 Semua guru dan kumpulan pelaksana amat digalakkan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis, manakala pada hari Jumaat guru lelaki digalakkan berbaju Melayu lengkap (cekak musang, bersamping dan bersongkok hitam). 6.6 Semua guru digalakkan memakai pakaian seragam lengkap unit beruniform masing- masing pada setiap hari Rabu. 6.7 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 6.9.1 Guru perempuan : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 6.9.2 Guru lelaki : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.


105 6.9.3 Guru PJK dibenarkan memakai baju sukan sehingga waktu akhir pada hari berkenaan. 7. PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN KUMPULAN PELAKSANA 7.1 Guru dan kumpulan pelaksana sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata agar dapat mewujudkan perasaan kekeluargaan yang akrab. 7.2 Guru dan kumpulan pelaksana tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun murid atau kumpulan pelaksana sekolah yang lain. 7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 8. BILIK GURU 8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuklah keselamatan harta benda dalam bilik guru. 8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh sebab itu, masa tersebut hendaklah diisi dengan dengan perkara-perkara berkaitan tugas pengajaran dan pembelajaran atau yang berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. 8.2 Guru tidak boleh membenarkan murid berada di bilik guru. 8.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 8.4 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru dikehendaki memastikan semua suis komputer, lampu, kipas atau alat pendingin hawa dimatikan serta semua pintu dikunci. 9. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 9.1 Jika guru atau kumpulan pelaksana menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan bolehlah berurusan dengan pembantu tadbir atau pengetua. 9.2 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan guru ketua panitia, guru kanan mata pelajaran atau guru penolong kanan. 10. TUGAS 10.1 Guru akan diberi tugas-tugas berkaitan dengan bidang kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Tugas tersebut mesti dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan pengetua. 10.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada pengetua / gpk1 dengan menggunakan format yang disertakan dalam lampiran dalam tempoh 3 hari.


106 10.4 Semua laporan aktiviti yang dilaksanakan di peringkat sekolah / daerah / negeri, hendaklah dikemukakan dalam bentuk laporan bertulis serta bergambar kepada pengetua selewatlewatnya 2 minggu selepas aktiviti itu dijalankan mengikut format yang disertakan dalam lampiran. 10.5 Guru dan kumpulan pelaksana yang mewakili sekolah dalam kursus, seminar atau seumpamanya , apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan ‘house training’ dalam kalangan guru atau kumpulan pelaksana dan dimaklumkan kepada guru penolong kanan / pengetua tentang tarikh dan masa pelaksanaannya. 10.6 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk murid. 11. BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / BUKU LAPORAN TUGAS HARIAN 11.1 Setiap guru atau kumpulan pelaksana akan diberi sebuah buku rekod pengajaran atau buku laporan tugas harian dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku inipada hari Jumaat hendaklah diserahkan kepada pengetua / guru penolong kanan / guru kanan mata pelajaran mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani. 11.2 Jika seseorang guru atau kumpulan pelaksana bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada guru penolong kanan. 11.3 Buku rekod pengajaran atau buku laporan tugas harian hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir tahun persekolahan. 12. JADUAL WAKTU 12.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 12.2 Guru tidak dibenarkan meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 13. JADUAL KEDATANGAN MURID 13.1 Setiap guru tingkatan akan diberikan sebuah buku kedatangan murid. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang bercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 13.2 Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis secara teratur dengan pena bermata bulat berdakwat hitam sahaja, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Jika guru tingkatan tidak hadir, guru penyelaras tingkatan bertanggungjawab menandanya. 13.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat. Sekiranya buku ini dibawa keluar, buku itu hendaklah diserahkan ke pejabat selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi setiap hari. 13.4 Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa / penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. (Untuk keterangan lanjut, sila rujuk muka surat 62)


107 13.5 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru penyelaras jadual kedatangan. 13.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik buku jadual kedatangan murid. 13.7 Penggunaan pemadam cecair adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sebarang perubahan hendaklah dipotong dan ditandatangani secara ringkas. 14. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 14.1 Semua guru dan kumpulan pelaksana dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dirujuk kepada pihak pengurusan sekolah. 14.2 Ketua panitia / guru kanan mata pelajaran hendaklah memastikan wujudnya peraturanperaturan tentang penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lainlain. 14.3 Penggunaan makmal komputer hanya untuk pengajaran dan pembelajaran berasaskan aplikasi ICT sahaja. 15. KEBERSIHAN 15.1 Setiap guru dan kumpulan pelaksana bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual tugasan murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Peralatan kebersihan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan di tempat yang selamat. 15.2 Guru kanan mata pelajaran, ketua panitia, guru dan kumpulan pelaksana yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 15.3 Kebersihan kawasan sekolah merupakan tanggungjawab semua guru, kumpulan pelaksana dan murid. 16. SURAT MENYURAT 16.1 Semua surat rasmi dan borang hendaklah ditaip dan ditandatangani pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 17. SURAT YANG DITERIMA 17.1 Sebarang surat yang diterima hendaklah dicap terima oleh pembantu tadbir dan diminitkan oleh pengetua / guru penolong kanan sebelum diedar kepada guru dan kumpulan pelaksana untuk diambil tindakan segera. 17.2 Selepas diminitkan, pembantu tadbir akan mengedarkannya dalam bentuk salinan fotostat. Guru atau kumpulan pelaksana yang menerima surat berkenaan akan menandatangani buku surat masuk sebagai akuan terima.


108 18. URUSAN DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 18.1 Mana-mana guru atau kumpulan pelaksana yang ingin berurusan atas sebab peribadi dengan Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah hendaklah terlebih dahulu memaklumkannya kepada pengetua. 19. PELAWAT 19.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan pengetua / guru penolong kanan terlebih dahulu. Guru dan kumpulan pelaksana tidak dibenarkan berurusan dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran pengetua atau wakilnya. 20. PEMBELIAN PERALATAN / BAHAN RUJUKAN 20.1 Guru dan kumpulan pelaksana yang hendak membuat pembelian barang mesti berbincang dengan ketua panitia / ketua unit untuk memohon kebenaran dengan menggunakan borang nota minta yang boleh diperoleh di pejabat sekolah. 20.2 Borang nota minta itu mesti mendapat pengesahan daripada pengetua. 20.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui borang pesanan tempatan (local order / LO). 20.4 Barang yang diterima hendaklah diserahkan kepada pihak pejabat untuk direkodkan dalam buku stok induk dan invois mesti ditandatangani oleh guru atau pembantu tadbir yang menerima serta diserahkan dengan segera ke pejabat sekolah. 20.5 Barang yang telah direkodkan dalam buku stok induk akan diserahkan kepada guru atau pembantu tadbir berkenaan untuk direkodkan dalam stok masing-masing. 21. KEGIATAN KOKURIKULUM 21.1 Semua guru bertanggungjawab sebagai guru penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. 21.2 Semua guru wajib menghadiri kegiatan kokurikulum. 21.3 Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh murid dan mengesahkan laporan tersebut. 21.4 Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada guru penolong kanan kokurikulum setiap hari Khamis untuk disemak dan dihantar sebulan sekali kepada pengetua untuk disahkan. 21.5 Buku penilaian kokurikulum murid hendaklah dikumpulkan selepas setiap aktiviti dan disimpan dalam bilik guru penolong kanan kokurikulum. 22. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 22.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. 22.2 Guru lelaki hendaklah bertali leher dan berkemeja lengan panjang. 22.3 Semua guru digalakkan memakai kot berwarna gelap pada setiap hari Isnin. 22.4 Guru digalakkan menyanyikan Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah dengan penuh semangat. 22.5 Semua guru dan kumpulan pelaksana yang beragama Islam diwajibkan menghadiri Majlis Bacaan Yasin pada setiap pagi Jumaat.


109 22.6 Guru mata pelajaran waktu pertama selepas perhimpunan hendaklah mengiringi murid terus ke kelas. 23. MESYUARAT GURU / ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA 23.1 Pengetua akan mengadakan mesyuarat guru dan anggota kumpulan pelaksana dari semasa ke semasa. Kehadiran semua guru dan kumpulan pelaksana dalam mesyuarat ini adalah wajib. 23.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh guru penolong kanan / guru kanan mata pelajaran / ketua panitia. 23.3 Guru yang menghadiri mesyuarat hendaklah memakai pakaian waktu kerja. Kemeja T, seluar trek, seluar jeans, jaket kulit dan selipar tidak dibenarkan. 24. PENGURUSAN ASET 24.1 Ketua panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan aset dan memastikan maklumat yang dicatatkan adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini. 24.2 Guru kanan mata pelajaran / pembantu tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh guru penolong kanan / pengetua. 25. TANDA NAMA 25.1 Semua guru dan kumpulan pelaksana hendaklah memakai tanda nama yang mengikut piawaian yang ditetapkan pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 26. KEAHLIAN KELAB STAF / PIBG 26.1 Semua guru dan kumpulan pelaksana secara automatik menjadi ahli kelab staf dan PIBG sekolah. 26.2 Semua guru dan kumpulan pelaksana wajib membayar yuran kelab staf yang tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 26.3 Semua guru dan kumpulan pelaksana wajib menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab staf. 27. PENGGUNAAN PERALATAN Guru dan kumpulan pelaksana hendaklah 27.1 mematuhi peraturan penggunaan peralatan yang ditetapkan. 27.2 mendapat kebenaran daripada ketua-ketua unit atau penjaga stok dan direkodkan. 27.3 bertanggungjawab menggunakan peralatan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 27.4 melaporkan peralatan yang rosak dengan serta merta kepada pihak bertanggungjawab.


110 28. ARAHAN DAN PEKELILING 28.1 Setiap arahan dan pekelililng yang dikeluarkan oleh pengetua hendaklah dibaca oleh guru dan kumpulan pelaksana dengan teliti dan dipatuhi serta menandatangani rekod edaran selepas menerimanya dan disimpan dalam fail khas. 28.2 Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, guru dan kumpulan pelaksana akan menerima satu salinan dan menandatangani penerimaannya. 29. TELEFON 29.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan direkodkan penggunaannya. Guru atau kumpulan pelaksana hendaklah menggunakan telefon awam untuk urusan peribadi. Penggunaan telefon sekolah untuk urusan peribadi adalah tidak digalakkan sama sekali kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 29.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 30. KUNCI 30.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi buku rekod peminjaman di pejabat. 30.2 Guru dan kumpulan pelaksana yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada pengetua. 30.3 Kegagalan guru atau kumpulan pelaksana menyerahkan kunci bilik-bilik khas atau menukar kunci tanpa pengetahuan pihak pengurusan untuk simpanan pejabat adalah tidak dibenarkan sama sekali. 31. ACARA RASMI SEKOLAH / MESYUARAT / KURSUS DALAMAN 31.1 Semua guru dan kumpulan pelaksana dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 31.2 Guru dan kumpulan pelaksana yang tidak dapat hadir atas alasan munasabah perlu memaklumkan dan memohon kelulusan pengetua / guru penolong kanan serta mengisi borang pengecualian aktiviti sekolah bagi tujuan rekod. 31.3 Guru dan kumpulan pelaksana yang sengaja tidak hadir ke majlis sekolah / mesyuarat / kursus dalaman diminta menulis surat tunjuk sebab berserta dengan bukti sokongan. 32. WAKTU SOLAT ZUHUR 32.1 Pada hari Selasa dan Rabu (aktiviti kokurikulum), guru digalakkan bersolat zuhur secara berjemaah bersama-sama murid di surau sekolah. 32.2 Guru yang mengajar pada waktu akhir dikehendaki mengiringi murid-murid yang beragama Islam ke surau sekolah untuk menunaikan solat zuhur secara berjemaah.


111 33. KOMPUTER RIBA (LAP-TOP) / PROJEKTOR LCD 33.1 Guru yang diberikan kemudahan komputer riba dan projektor LCD hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebarang penggunaan yang menyalahi etika jika dapat dikesan akan diambil tindakan. 33.2 Pastikan penggunaan komputer riba dan projektor LCD berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran sebagaimana objektif penggunaannya. 33.3 Penggunaan komputer riba dan projektor LCD semasa cuti sekolah atas sebab-sebab tugas rasmi hendaklah mendapat kebenaran secara bertulis daripada pengetua terlebih dahulu.


1121 PENGURUSAN & PENTADBIRAN SKP 2


113 1. MAJLIS PENGURUSAN SEKOLAH 1.1 Menjadi badan tertinggi sekolah yang memainkan peranan sebagai tempat rujukan. 1.2 Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan, dewan, bilik rehat, surau serta kawasan sekolah. 1.3 Merancang pembangunan rohani dan sahsiah. 1.4 Bertugas sebagai jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap sesuatu masalah yang timbul dalam pengurusan sekolah yang meliputi bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain. 1.5 Menyelaras segala program yang dirancang pelaksanaannya. 1.6 Merancang takwim sekolah. 1.7 Memastikan pelaksanaan segala program yang dirancang mengikut jadual. 1.8 Bertindak sebagai jawatankuasa penilai pencapaian akademik seperti peperiksaan PT3 dan SPM dan peperiksaan-peperiksaan yang berkaitan. 2. JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 2.1 Membuat penilaian keberhasilan dalam aspek peratus kelulusan dan GPMP kelas yang diajar oleh seseorang guru mata pelajaran. 2.2 Membuat persetujuan bersama dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD) berkaitan dengan sasaran (ETR) mata pelajaran kelas yang diajar oleh PYD. 2.3 Membuat persetujuan bersama dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD) tentang semakan semula sasaran (ETR) mata pelajaran kelas yang diajar oleh PYD. 2.4 Membuat perbandingan keputusan PAT (Pernyataan Akhir Tahun) dengan ETR mata pelajaran kelas yang diajar oleh PYD bagi melihat sama ada berlaku peningkatan atau sebaliknya. 2.5 Memberikan aras pencapaian kepada PYD. 3. LEMBAGA TATATERTIB DAN INTEGRITI KAKITANGAN SEKOLAH 3.1 Mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kes-kes salah laku guru dan kumpulan pelaksana yang serius. 3.2 Memanggil personel yang terlibat untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 3.3 Mengambil tindakan yang sesuai seperti nasihat, bimbingan dan amaran bertulis sebelum tindakan lebih keras dikenakan. 3.4 Merancang usaha-usaha pemulihan bagi personel yang tegar. 3.5 Mencadangkan pemanjangan laporan untuk tindakan tatatertib kepada Kementerian Pendidikan setelah usaha-usaha yang dilaksanakan tidak berupaya mengawal disiplin personel. 4. JAWATANKUASA PERANCANGAN SEKOLAH DAN MANUAL PENGURUSAN 4.1 Menghadiri mesyuarat untuk menyemak, mengemas kini dan menyunting maklumat dalam manual pengurusan yang ingin diterbitkan.


114 4.2 Menerbitkan manual pengurusan sebelum mesyuarat guru kali pertama diadakan. 4.3 Mengedarkan manual pengurusan kepada setiap guru semasa mesyuarat guru kali pertama ataupun semasa guru itu melaporkan diri buat kali pertama di sekolah.


115 5. JAWATANKUASA INDUK PERANCANGAN STRATEGIK LIMA TAHUN SEKOLAH (2014 – 2018) DAN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM) 5.1 Menerima dan mengkaji dokumen SKPM. 5.2 Membentuk Jawatankuasa SKPM. 5.3 Melaksanakan Penarafan Kendiri Sekolah. 5.4 Merumus dan memutuskan keputusan Penarafan Kendiri Sekolah. 5.5 Memaklumkan keputusan Penarafan Kendiri Sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Jemaah Nazir Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 5.6 Mendokumentasikan keputusan Penarafan Kendiri Sekolah. 5.7 Melaksanakan program-program penambahbaikan secara berterusan. 5.8 Memantau dan menilai Rancangan Pemurnian Sekolah. 5.9 Menilai keseluruhan pencapaian Standard Kualiti Sekolah berdasarkan SKPM. 6. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU 6.1 JAWATANKUASA JADUAL WAKTU P&P 6.1.1 Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru. 6.1.2 Menyediakan peruntukan waktu pengajaran mengikut mata pelajaran. 6.1.3 Mengagihkan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai. 6.1.4 Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu. 6.1.5 Menentukan penggunaan bengkel dan makmal. 6.1.6 Menentukan corak jadual waktu yang digunakan sama ada jadual waktu anjal atau jadual waktu blok. 6.1.7 Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar. 6.1.8 Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu yang ditentukan. 6.1.9 Membuat pindaan jika perlu. 6.1.10 Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada pengetua dan dipaparkan untuk makluman semua. 6.2 JAWATANKUASA JADUAL WAKTU GANTI 6.2.1 Mendapatkan senarai nama guru keluar terkini daripada papan pergerakan guru dan pembantu tadbir. 6.2.2 Mengagihkan waktu kelas ganti kepada guru-guru yang tidak mengajar pada waktu kelas ganti mengikut keutamaan seperti yang berikut: i. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. ii. Guru-guru yang mengajar kelas tersebut. 6.2.3 Memastikan setiap kelas ganti mempunyai guru kelas ganti. Catatan ‘belajar sendiri’ hendaklah dielakkan sama sekali. 6.2.4 Memastikan bilangan jumlah waktu mengajar dan waktu kelas ganti bagi seseorang guru tidak melebihi 6 waktu sehari kecuali bagi keadaan-keadaan kritikal. 6.2.5 Memastikan jadual waktu kelas ganti ditandatangani oleh guru-guru yang telah dipertanggunjawabkan semasa waktu pertama pengajaran dan pembelajaran.


116 7. JAWATANKUASA PEPERIKSAAN, PENILAIAN SEKOLAH DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 7.1 Menyediakan jadual peperiksaan peringkat sekolah. 7.2 Menyediakan jadual penyediaan soalan peringkat sekolah. 7.3 Menguruskan percetakan, pengagihan dan tempat menyimpan kertas-kertas soalan dan keselamatannya. 7.4 Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas-pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan. 7.5 Memastikan skema jawapan diperoleh daripada panel penyedia soalan. 7.6 Memastikan jadual waktu peperiksaan mengikut jangka masa yang ditetapkan. 7.7 Memastikan kertas-kertas soalan disimpan untuk rujukan. 7.8 Menetapkan tarikh hari akademik (perjumpaan tiga penjuru) untuk membolehkan para ibu bapa/penjaga berbincang dengan guru-guru tentang kemajuan anak jagaan mereka. i. Menyelaras Peperiksaan Percubaan PT3 dan Peperiksaan Percubaan SPM. 7.9 Memberi penerangan kepada guru-guru dan murid-murid tentang peperiksaan. 7.10 Mengedarkan borang-borang pendaftaran peperiksaan untuk diisi oleh murid-murid dengan kerjasama guru-guru tingkatan. 7.11 Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang dianjurkan oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan. 7.12 Mengumpul dan menyemak borang-borang pendaftaran peperiksaan. 7.13 Memasukkan data-data peperiksaan dan membuat salinan untuk Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah. 7.14 Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan PT3 dan SPM. 7.15 Menentukan bilik-bilik kelas yang akan digunakan untuk bilik peperiksaan bertulis. 7.16 Menyediakan bilik peperiksaan, pelan tempat duduk calon serta label meja calon. 7.17 Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk peperiksaan. 7.18 Setiausaha Peperiksaan PT3, Setiausaha Peperiksaan SPM bersama-sama dengan penyelaras tingkatan tiga dan penyelaras tingkatan lima perlu berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan untuk mengemas bilik peperiksaan dan memulangkan peralatan yang telah dipinjam kepada pihak pejabat. 7.19 Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan ketua panitia mata pelajaran. 8. JAWATANKUASA ICT DAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 8.1 Merancang program pembudayaan ICT dalam kalangan guru, murid dan kumpulan pelaksana. 8.2 Menjalankan kempen-kempen kesedaran dan kepentingan penggunaan ICT kepada warga sekolah. 8.3 Menyusun jadual penggunaan makmal komputer yang melibatkan semua murid supaya dapat menggunakannya. 8.4 Menguruskan komputer-komputer yang ada di sekolah dalam keadaan baik supaya dapat digunakan dengan sepenuhnya. 8.5 Mengadakan program celik ICT yang berterusan kepada guru bagi memastikan mereka dapat mengintegrasi ICT dalam pdp dengan lebih berkesan. 8.6 Meningkatkan penggunaan makmal ICT dan lain-lain pusat akses dalam kalangan guru, murid dan kumpulan pelaksana. 8.7 Mewujudkan briged siber dalam kalangan murid bagi membantu rakan-rakan menggunakan komputer dalam proses pembelajaran.


117 8.8 Memastikan makmal ICT mempunyai peraturan penggunaan, buku log penggunaan, daftar masuk, papan kenyataan dan peralatan-peralatan lain yang diperlukan. 8.9 Memastikan makmal komputer berada dalam keadaan tersusun kemas, bersih dan ceria sepanjang masa. 8.10 Membuat laporan kerosakan dari semasa ke semasa dan dimaklumkan segera kepada pihak sekolah untuk diambil tindakan. 8.11 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 8.12 Bekerjasama dengan pusat sumber sekolah bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. 9. JAWATANKUASA PROJEK AKADEMIK SEKOLAH 9.1 Menyediakan pelan tindakan bagi keseluruhan projek akademik sekolah 9.2 Melantik penyelaras bagi setiap projek dan menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh penyelaras projek bersama-sama dengan guru kanan mata pelajaran. 9.3 Merancang aktiviti-aktiviti tahunan setiap projek bersama-sama dengan penyelaras projek dan guru mata pelajaran. 9.4 Menyediakan kertas konsep bagi setiap projek pada awal tahun. 9.5 Merancang jadual pelaksanaan aktiviti dalam projek berkenaan. 9.6 Menyediakan teknik pemantauan pengesanan kelancaran perjalanan aktiviti 9.7 Membuat penilaian berkala melalui guru/murid untuk memastikan keberkesanan aktiviti dalam projek berkenaan. 9.8 Merancang projek dan menjalankan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 9.9 Menyediakan laporan aktiviti berkala dari semasa ke semasa mengikut keperluan. 9.10 Melengkapkan rumusan laporan tahunan dan diserahkan kepada pengetua. 10. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN DAN PROFESIONALISME STAF 10.1 Membuat penyelidikan awal tentang keperluan kursus yang diperlukan oleh staf. 10.2 Meninjau program terbaik yang dilaksanakan oleh mana-mana organisasi yang boleh dijadikan penanda aras. 10.3 Merancang program dan menyusun jadual pengisian program. 10.4 Membuat anggaran perbelanjaan 10.5 Melantik dan memastikan ahli jawatankuasa sesuatu program menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. 10.6 Menentukan penceramah yang ingin dijemput. 10.7 Memastikan pelaksanaan segala program yang dirancang mengikut jadual. 10.8 Melakukan post-mortem selepas program bagi menilai keberkesanannya. 11. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BILIK-BILIK KHAS 11.1 PENASIHAT (Pengetua) 11.1.1 Sebagai penasihat dalam pentadbiran pss 11.1.2 Memastikan pss diuruskan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).


118 11.1.3 Membantu serta menasihat tentang perancangan, pelaksanaan program-program untuk mendapatkan alat atau media serta kemudahan-kemudahan lain bagi memenuhi keperluan pendidikan yang kian mencabar. 11.1.4 Membentuk satu dasar yang praktikal bersama-sama dengan barisan pengerusi perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan ini dengan pss sekolahsekolah lain dalam daerah yang sama. 11.1.5 Mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai daripada PKG, Pejabat Pendidikan Daerah, Unit Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) tentang program media di sekolah. 11.1.6 Menasihati dan membantu mengurus perbelanjaan tahunan dan jangka panjang dengan kerjasama ahli jawatankuasa pss. 11.1.7 Memberi pandangan serta membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatankegiatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 11.1.8 Menyediakan kemudahan-kemudahan membaiki dan mengendali peralatan pengajaran. 11.1.9 Menyebarkan konsep-konsep pss kepada guru-guru, murid-murid dan masyarakat tempatan. 11.2 PENGERUSI (GPK AKADEMIK) 11.2.1 Sebagai ketua pentadbiran pss. 11.2.2 Memastikan pss dijalankan dengan berkesan untuk mencapai objektif pss. 11.2.3 Membentuk satu dasar praktikal bersama-sama penasihat tentang perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan kerjasama dan bantuan pss. 11.2.4 Menyelaras kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat dan memerlukannya. 11.2.5 Merancang untuk mendapatkan bantuan derma daripada pihak-pihak tertentu dalam pelbagai bentuk moral dan material seperti wang tunai, buku-buku dan bahan-bahan apd serta kepakaran tertentu. 11.2.6 Merancang untuk mewujudkan pusat sumber dan merangka peranannya, kepentingannya dan strategi perkembangannya. 11.2.7 Merancang perbelanjaan tahunan dan jangka panjang dengan kerjasama ahli jawatankuasa pss. 11.2.8 Melahirkan satu suasana yang boleh menggalakkan guru-guru dan murid-murid menggunakan pss dengan sepenuhnya demi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. 11.3 GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) / SETIAUSAHA PSS 11.3.1 Memastikan pengurusan pss berjalan lancar dan sistematik. 11.3.2 Bertanggungjawab ke arah mencapai objektif penubuhan pss. 11.3.3 Bertanggungjawab memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada ajk pss. 11.3.4 Menganjurkan bengkel / kursus dalaman di sekolah sendiri. 11.3.5 Mentadbir dan menyelaras perkhidmatan bahan bantu mengajar. 11.3.6 Merancang perbelanjaan tahunan mengikut bidang-bidang sumber. 11.3.7 Mewujudkan budaya membaca dalam kalangan guru dan murid. 11.3.8 Membantu tugas-tugas yang dijalankan oleh pengerusi. 11.3.9 Membantu ajk mengorganisasikan bahan dan mengklasifikasikan serta mengkatalogkan bahan tersebut. 11.3.10 Menyelaraskan rancangan siaran pendidikan (Radio dan TV Pendidikan).


119 11.3.11 Melapor segala laporan mesyuarat yang dijalankan. 11.3.12 Membuat laporan tahunan segala tindakan yang telah diambil dalam melaksanakan perancangan tahunan pss. 11.4 KETUA UNIT PERPUSTAKAAN 11.4.1 Merancang dan menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai perkhidmatanperkhidmatan yang telah dan akan dijalankan. 11.4.2 Bertanggungjawab memilih dan mendapatkan bahan-bahan bercetak untuk kegunaan guru dan murid. 11.4.3 Menggalakkan pinjaman bahan bercetak dalam kalangan guru dan murid-murid. 11.4.4 Merekod, mengkatalog dan mengklasifikasikan bahan cetak yang terdapat di sekolah. 11.4.5 Merancang aktiviti tahunan. 11.4.6 Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan, jadual pinjaman dan penggunaan. 11.4.7 Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan. 11.4.8 Membuat bancian dan penilaian pinjaman setiap bulan. 11.5 KETUA UNIT APD 11.5.1 Merancang aktiviti tahunan. 11.5.2 Menyediakan perbelanjaan tahunan bagi membiayai perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dan akan dijalankan. 11.5.3 Menyediakan peraturan penggunaan bilik apd dan jadual Radio dan TV Pendidikan. 11.5.4 Menyebarkan nota guru untuk rancangan Radio dan TV Pendidikan. 11.5.5 Merekod alatan dalam buku perolehan. 11.5.6 Merekod, mengkatalog dan mengklasifikasikan bahan-bahan rakaman audio dan video. 11.5.7 Menyimpan rekod dan membuat penilaian tentang penggunaan alat/bahan media di sekolah. Penilaian ini perlu dibuat untuk mengetahui kekerapan penggunaan bahan media pengajaran. 11.5.8 Membantu unit kurikulum di sekolah dari segi penggunaan bahan media dalam pengajaran dan pembelajaran. 11.5.9 Membuat rakam salin rancangan-rancangan Radio dan TV Pendidikan. 11.5.10 Menggalakkan guru-guru mereka cipta dan membuat bahan-bahan bantu mengajar daripada bahan-bahan terbuang dan kos rendah. 11.5.11 Mewujudkan jawatankuasa khas radio sekolah. 11.5.12 Menyediakan jadual waktu siaran radio sekolah. 11.5.13 Bekerjasama dengan ketua-ketua panitia dalam menyediakan program radio sekolah. 11.5.14 Melatih juruhebah daripada kalangan murid dalam penyediaan skrip radio dan difailkan. 11.5.15 Menceriakan bilik apd dan studio radio sekolah. 11.6 KETUA UNIT MAKMAL BAHASA 11.6.1 Merancang dan menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai perkhidmatanperkhidmatan yang telah dan akan dijalankan.


120 11.6.2 Bertanggungjawab memilih dan mendapatkan bahan-bahan audio video untuk aktiviti pdp yang berasaskan subjek bahasa untuk kegunaan guru dan murid. 11.6.3 Menggalakkan penggunaan makmal bahasa dalam kalangan guru dan muridmurid. 11.6.4 Merekod, mengkatalog dan mengklasifikasikan bahan audio video yang terdapat di makmal bahasa. 11.6.5 Merancang aktiviti tahunan. 11.6.6 Menyediakan peraturan penggunaan makmal dan jadual penggunaan. 11.6.7 Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan. 11.6.8 Membuat bancian dan penilaian penggunaan makmal bahasa setiap bulan. 11.7 KETUA UNIT SALC 11.7.1 Merancang dan menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai perkhidmatanperkhidmatan yang telah dan akan dijalankan. 11.7.2 Bertanggungjawab memilih dan mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan subjek Bahasa Inggeris untuk kegunaan guru dan murid. 11.7.3 Menggalakkan penggunaan bilik salc dalam kalangan guru dan murid-murid. 11.7.4 Merekod, mengkatalog dan mengklasifikasikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris yang terdapat di bilik salc. 11.7.5 Merancang aktiviti tahunan. 11.7.6 Menyediakan peraturan penggunaan bilik salc, jadual pinjaman dan penggunaan. 11.7.7 Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan. 11.7.8 Membuat bancian dan penilaian penggunaan bilik salc setiap bulan. 11.8 KETUA UNIT GALERI SEJARAH 11.8.1 Merancang dan menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai perkhidmatanperkhidmatan yang telah dan akan dijalankan. 11.8.2 Bertanggungjawab memilih dan mendapatkan bahan-bahan yang berasaskan subjek dan mempunyai nilai-nilai sejarah untuk kegunaan guru dan murid. 11.8.3 Menggalakkan penggunaan galeri sejarah dalam kalangan guru dan murid-murid. 11.8.4 Merekod, mengkatalog dan mengklasifikasikan bahan-bahan yang terdapat di galeri sejarah. 11.8.5 Merancang aktiviti tahunan. 11.8.6 Menyediakan peraturan penggunaan galeri sejarah. 11.8.7 Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan. 11.8.8 Membuat bancian dan penilaian penggunaan galeri sejarah setiap bulan. 11.9 KETUA UNIT MAKMAL KOMPUTER 11.9.1 Merancang dan menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai perkhidmatanperkhidmatan yang telah dan akan dijalankan. 11.9.2 Bertanggungjawab memilih dan mendapatkan bahan-bahan yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi untuk kegunaan guru dan murid. 11.9.3 Menggalakkan penggunaan makmal komputer dalam kalangan guru dan muridmurid. 11.9.4 Merekod, mengkatalog dan mengklasifikasikan bahan-bahan yang terdapat di makmal komputer. 11.9.5 Merancang aktiviti tahunan.


121 11.9.6 Menyediakan peraturan penggunaan makmal komputer dan jadual penggunaan. 11.9.7 Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan. 11.9.8 Membuat bancian dan penilaian penggunaan makmal komputer setiap bulan. 11.10 KETUA UNIT BBM 11.10.1 Merancang dan menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai perkhidmatanperkhidmatan yang telah dan akan dijalankan. 11.10.2 Bertanggungjawab memilih dan mendapatkan bahan-bahan bantu mengajar untuk kegunaan guru dan murid. 11.10.3 Menggalakkan penggunaan bbm dalam kalangan guru dan murid-murid. 11.10.4 Merekod, mengkatalog dan mengklasifikasikan bahan-bahan yang terdapat di bilik bbm. 11.10.5 Mempamerkan senarai bahan bantu mengajar. 11.10.6 Menyediakan peraturan pinjaman. 11.10.7 Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan. 11.10.8 Membuat bancian dan penilaian penggunaan bahan bantu mengajar setiap bulan. 11.11 KETUA UNIT LAMAN WEB DAN BULETIN PSS 11.11.1 Menetapkan matlamat dan peranan laman web. 11.11.2 Merangka strategi laman web. 11.11.3 Melaksanakan pembangunan laman web. 11.11.4 Menyenggara dan memastikannya berfungsi dengan baik. 11.11.5 Membetulkan kesilapan dan mengemas kini maklumat. 11.11.6 Merakam peristiwa sekolah. 11.11.7 Mendapatkan laporan daripada pihak pengurusan sekolah, panitia, unit-unit dan PIBG. 11.11.8 Memastikan buletin pss dapat diterbitkan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 11.11.9 Memastikan majalah sekolah diterbitkan setiap tahun. 11.11.10 Menghantar majalah yang telah dicetak kepada pihak Arkib Negara dan Perpustakaan Negara. 12. JAWATANKUASA KEWANGAN SEKOLAH 12.1 Membaca dan memahami pekeliling / surat pekeliling yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah yang diedarkan dari semasa ke semasa. 12.2 Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada guru penolong kanan, penyelaras tingkatan, guru tingkatan dan pembantu tadbir. 12.3 Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan. 12.4 Mengagihkan buku resit kepada guru tingkatan. 12.5 Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank. 12.6 Memastikan semua pembelian / pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan (pesanan tempahan, invois, bil, baucar dan cek) 12.7 Menyediakan buku tunai kerajaan / suwa/panjar wang runcit. 12.8 Memastikan semua kutipan yuran mendapat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri.


122 13. JAWATANKUASA PENTADBIRAN KUMPULAN PELAKSANA 13.1 KUMPULAN PELAKSANA - PEMBANTU TADBIR (BAHAGIAN KEWANGAN) Bidang Tugas : Menyediakan : 1. Tuntutan gaji 2. Tuntutan elaun lebih masa pekerja 3. Tuntutan bantuan per kapita 4. Pembayaran bil-bil Mengemaskinikan : 1. Buku tunai akaun kerajaan 2. Buku tunai akaun suwa Menguruskan : 1. Cek-cek 2. Kira-kira yuran khas murid dan menyimpan slip bank 3. Pesanan barang-barang keperluan pejabat 4. Menaip baucar 5. Pengesahan jawatan, pencen, peperiksaan am kerajaan dan kursus induksi Tugas Tambahan : Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru penolong kanan dari semasa ke semasa. 13.2 KUMPULAN PELAKSANA – PEMBANTU TADBIR (BAHAGIAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN) Bidang Tugas : Menguruskan : 1. Pertukaran murid 2. Pertukaran guru dan kumpulan pelaksana 3. Surat-surat dan rekod cuti guru / kumpulan pelaksana 4. Sijil-sijil PMR dan SPM apabila dikehendaki murid 5. Data murid, guru dan kumpulan pelaksana Jurutaip 1. Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah yang diarahkan oleh pengetua dan guru-guru penolong kanan. 2. Membantu pembantu tadir sekolah dalam menyediakan perkara di atas. 3. Menjaga serta menjamin keselamatan penggunaan mesin fotostat / riso dan peralatanperalatan lain dalam keadaan baik.


123 4. Menjaga stok dan mengemaskinikan stok seperti dakwat, kertas dan sebagainya serta mengamalkan budaya jimat cermat. 5. Menaip sijil berhenti sekolah dan surat akuan murid. 6. Menaip tuntutan perjalanan bulanan. 7. Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat. Tugas Tambahan : Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru-guru penolong kanan dari semasa ke semasa. 13.3 KUMPULAN PELAKSANA – PEMBANTU OPERASI (PEJABAT) Bidang Tugas : 1. Membantu menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh pengetua dan guru-guru penolong kanan. 2. Menguruskan buku kehadiran guru / kumpulan pelaksana. 3. Memfotostat surat-surat siaran pejabat. 4. Mengambil dan meminitkan surat. 5. Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru / kumpulan pelaksana yang berkenaan. 6. Mengepos dan mengambil surat. 7. Mengemaskinikan sistem fail. Tugas Tambahan : Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru-guru penolong kanan dari masa ke semasa. 13.4 KUMPULAN PELAKSANA – PEMBANTU AM RENDAH (BENGKEL MPV) Bidang Tugas : 1. Membantu guru MPV merekod stok bengkel MPV. 2. Bertanggungjawab dalam aspek kebersihan, kekemasan dan keceriaan serta keselamatan alatan-alatan di dalam bengkel MPV. 3. Melaporkan sebarang kerosakan alatan serta segala kemudahan fizikal yang terdapat di bengkel MPV. 4. Mengawasi disiplin murid ketika berada di dalam bengkel MPV. 5. Memastikan guru-guru dan murid-murid mematuhi segala peraturan bengkel MPV yang telah ditetapkan. 6. Memastikan murid-murid menjalankan tugas mengikut jadual dan bidang tugas yang telah ditetapkan serta melaporkan sebarang salah laku murid kepada guru MPV. 13.5 KUMPULAN PELAKSANA – PEMBANTU AM RENDAH (PERPUSTAKAAN) Bidang Tugas : 1. Membantu guru perpustakaan merekod bahan-bahan buku dan bukan buku. 2. Membaik pulih bahan-bahan buku dan bukan buku.


124 3. Bertanggungjawab dalam aspek kebersihan, kekemasan dan keceriaan serta keselamatan perpustakaan. 4. Melaporkan sebarang kerosakan bahan-bahan buku dan bukan buku serta segala kemudahan fizikal yang terdapat di perpustakaan. 5. Mengawasi disiplin murid ketika berada di dalam perpustakaan. 6. Memastikan guru-guru dan murid-murid mematuhi segala peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan. 7. Membantu pengawas pss dalam urusan peminjaman dan pemulangan buku perpustakaan. 8. Membantu pengawas pss dalam urusan mendapatkan bahan-bahan rujukan ‘Red Spot’. 9. Memastikan para pengawas pss menjalankan tugas mengikut jadual dan bidang tugas yang telah ditetapkan serta melaporkan sebarang salah laku pengawas pss kepada guru perpustakaan dan media atau guru perpustakaan. Tugas Tambahan : Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru penolong kanan dari semasa ke semasa. 13.6 KUMPULAN PELAKSANA – PEMBANTU MAKMAL Bidang Tugas : 1. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru Sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan). 2. Menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui guru kanan mata pelajaran Sains dan Matematik / pengetua. 3. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru Sains. 4. Menyimpan baucar pesanan dalam fail khas. 5. Menyediakan bahan keperluan yang diminta oleh guru. 6. Menjaga makmal dan memastikan makmal berkeadaan bersih, kemas dan selamat. 7. Memastikan bahan / ubatan di dalam kotak kecemasan sentiasa mencukupi. 8. Mengutamakan langkah keselamatan dalam sesuatu kecemasan. 9. Memastikan radas dan bahan kimia dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan. 10. Memastikan bilik makmal berada di dalam keadaan kemas dan bersih serta semua tingkap dan penutup gas besar / paip air ditutup sebelum mengunci makmal. 11. Menjalankan tugas-tugas harian / rutin seperti yang berikut: 11.1 Menyediakan radas-radas dan larutan kimia untuk eksperimen. i. Menyediakan bilangan set radas sains yang diperlukan oleh guru Sains untuk eksperimen. ii. Mengisi botol-botol reagent, aspirator, larutan indikator dan larutan lain yang sentiasa mencukupi serta menukar label di botol reagent jika perlu. iii. Menyediakan carta-carta, projektor LCD dan slaid mikroskop untuk pengajaran Sains. iv. Menyimpan dan mengemas radas-radas yang telah digunakan ke tempat asal. v. Melengkapkan radas murid di makmal Biologi, Kimia dan Makmal Fizik.


125 11.2 Membuka, mengunci dan menjaga keselamatan dan kebersihan makmal : i. Membuka makmal Biologi, Kimia, Fizik dan stor. ii. Membersihkan makmal Biologi, Kimia, Fizik dan stor. iii. Membersihkan papan hitam, sinki, meja guru dan murid serta almari wasap dan sebagainya. iv. Mencuci dan mengelap radas-radas kaca. v. Menguruskan troli-troli eksperimen supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. vi. Mengembalikan alat-alat reagent botol kimia, model sains, carta dan radas lain ke tempat asalnya selepas eksperimen dijalankan. vii. Mencuci bilik makmal dan longkang-longkang dalam makmal pada hari Sabtu dan cuti penggal. viii. Mengecat permukaan meja guru dan murid di makmal pada hari Sabtu dan cuti penggal sekolah. ix. Memastikan lampu, kipas, tingkap-tingkap dan pintu makmal dan stor ditutup dan dikunci sebelum pulang. 11.3 Membantu menguruskan pengurusan aset: i. Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan kad stok. ii. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan. iii. Menyemak stok di makmal Biologi, Fizik dan Kimia serta mencatat dalam buku stok. iv. Menyemak stok bbm. v. Menyemak alat-alat yang pecah dan rosak serta merekodkannya di dalam buku stok. 11.4 Memastikan semua radas / alatan dan bahan kimia berkeadaan baik dan berfungsi. i. Memasang klip buaya pada dawai. ii. Menyelenggara alat-alat elektronik, mikroskop, kaki retot, penunu bunsen, neraca kimia dan model bahan bantu mengajar. iii. Melaporkan kerosakan sinki, papan hitam dan kerosakan lain kepada guru kanan mata pelajaran Sains dan Matematik. iv. Memberitahu guru kanan mata pelajaran Sains dan Matematik tentang kekurangan radas / bahan kimia. 11.5 Menyediakan radas dan bahan kimia untuk percubaan Amali Sains, Hari Pameran Sains dan lain-lain : i. Membantu guru kanan mata pelajaran Sains dan Matematik untuk memastikan pusat peperiksaan dan tempat pameran dalam keadaan lengkap dan selamat. ii. Mengira stok radas dan bahan kimia dan menyediakan senarai pesanan. 11.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua, guru penolong kanan atau guru kanan mata pelajaran Sains dan Matematik i. Mengambil kunci makmal di pejabat dan membuka makmal-makmal sebelum pembelajaran dimulakan.


126 ii. Menyediakan alat-alat, perkakas-perkakas, bahan-bahan kimia, reagent-reagent kimia dan lain-lain yang diperlukan untuk sesi amali pada hari berkenaan, seperti yang diarahkan oleh guru. iii. Berada di dalam makmal dan membantu guru Sains mengelolakan sesi amali yang dijalankan. iv. Mencatat nama bahan kimia / alat / radas yang baru diterima ke dalam buku stok utama pada hari yang sama bahan-bahan tersebut diterima. v. Mencuci alat / perkakas sains yang kotor. vi. Mengembalikan alat-alat, reagent-reagent kimia dan lain-lain ke tempat asalnya. vii. Membersihkan meja kerja murid dan guru. viii. Membersihkan papan hitam. ix. Memastikan semua paip gas, paip air, lampu dan kipas telah ditutup. x. Menyapu lantai makmal dan bilik persediaan. xi. Mencuci semua sinki, meja-meja makmal, almari wasap, papan hitam dan sebagainya. xii. Membuang sampah. xiii. Menutup tingkap dan mengunci pintu makmal serta mengembalikan kunci makmal ke pejabat. xiv. Mengisi botol-botol reagent dengan larutan kimia dan menukar label pada botol jika perlu. xv. Menolong pembantu makmal / guru Sains menyediakan larutan-larutan reagent kimia, larutan indikator dan lain-lain. xvi. Mengumpul bahan-bahan percubaan yang diperlukan untuk percubaan pada minggu berikutnya. xvii. Menolong pembantu makmal / guru Sains dalam perkara seperti yang berikut : • Membuat alat-alat sains daripada bahan-bahan tempatan yang lain. • Membaiki radas-radas biologi, fizik atau kimia yang rosak. • Mengecas bateri-bateri kekal. • Menyediakan radas-radas yang diperlukan untuk percubaan pada minggu yang berikutnya. • Menajamkan alat-alat pemotong dalam makmal Biologi. • Menyenaraikan radas-radas sains yang telah dipecahkan oleh murid dan alat-alat yang memerlukan servis. • Mencuci peti sejuk. • Mencuci akuarium dan tempat-tempat memelihara binatang jika ada. • Mencuci bilik makmal dan longkang-longkang. • Mengecat bilik makmal. • Mengecat permukaan meja-meja makmal. • Memeriksa keadaan penyambung (joint) paip gas dalam longkang bilik makmal dan juga keadaan paip-paip gas dan air. Jika berkarat atau mungkin berlaku kebocoran, laporkan kepada guru kanan mata pelajaran Sains dan Matematik. • Mencuci dan mengris alat-alat ukuran supaya tidak berkarat dalam tempoh cuti sekolah. (Peringatan : Ada alat-alat yang tidak boleh dicuci dengan air. Gunakan minyak atau cairan yang sesuai) • Mencuci semua mikroskop. • Membuat alat-alat sains daripada bahan-bahan tempatan, jika perlu. • Menolong pembantu makmal / guru kanan mata pelajaran Sains dan Matematik. • Mengemaskinikan stok tahunan.


127 • Membaiki papan hitam dalam bilik-bilik makmal (jika perlu) • Menambah larutan ubat awet dalam tiap-tiap satu botol yang mengandungi contoh-contoh biologi jika perlu. • Membetulkan almari wasap (fume cupboard) dan rumah-rumah binatang (jika ada). 11.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru penolong kanan / guru kanan mata pelajaran Sains dan Matematik. 14. PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH Bidang Tugas : 1. Melaporkan diri ke sekolah sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum bertugas seperti dijadualkan dan sentiasa berada di dalam kawasan sekolah semasa bertugas. 2. Menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja sampai di sekolah dan sebelum pulang serta meminta pengesahan daripada seorang yang lain. 3. Membuat rondaan di dalam kawasan sekolah dari semasa ke semasa dan mengunci jam jaga jika ada. 4. Membuat laporan tentang keadaan sekolah seperti diperlukan dan menghubungi pengetua / pihak polis dengan segera jika berlaku kecurian atau kecemasan. 5. Memastikan semua bilik darjah dan bilik-bilik lain dikunci selepas waktu sekolah dan dibuka semula pada hari sekolah sebelum meninggalkan kawasan sekolah setelah bertugas. 6. Memastikan semua pintu pagar dikunci selepas waktu sekolah dan pada masa cuti/cuti sekolah. 7. Memastikan pintu pagar utama dibuka selewat-lewatnya pada 7.00 pagi pada hari sekolah. 8. Memastikan semua kunci sekolah disimpan dengan kemas dan selamat. Kehilangan kunci hendaklah dilaporkan kepada pengetua. 9. Memadamkan semua lampu sebelum meninggalkan kawasan sekolah selepas waktu sekolah. 10. Memastikan tiada orang luar dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran khas daripada pengetua. 11. Mengawasi murid atau murid luar yang mengadakan aktiviti kokurikulum di luar waktu persekolahan. 12. Memastikan murid dan orang luar meninggalkan kawasan sekolah selewat-lewatnya pada pukul 6.30 petang. 13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua/wakilnya dari semasa ke semasa. 14. Mengunci pintu pagar utama sekolah pada jam 11.30 malam. 15. Memeriksa pintu dan tingkap semua bilik bangunan, tertutup dan berkunci. 16. Meronda dan berkawal di dalam kawasan sekolah dengan memerhatikan sebarang hal yang berlaku dan memastikan semua harta benda sekolah berada dalam keadaan baik dan selamat. 17. Mengawal pelawat-pelawat atau orang ramai, terutama yang menggunakan mana-mana bahagian sekolah pada waktu malam dengan mencatatkan nombor-nombor kenderaan sekiranya ada ke dalam buku catatan harian jaga. 18. Sekiranya berlaku rompakan, kebakaran dan kecurian, pengawal keselamatan yang bertugas bertanggungjawab melaporkan serta merta kepada pengetua dan seterusnya kepada pihak polis dan pasukan bomba dan penyelamat. 19. Mencatat atau merekodkan laporan setiap hari ke dalam buku catatan harian Jaga.


128 20. Semasa cuti sekolah termasuk Sabtu dan Ahad, pengawal keselamatan yang bertugas hendaklah lebih berwaspada mengawal kawasan sekolah pada waktu siang seperti juga bertugas pada waktu malam. Laporan juga mesti dibuat oleh pengawal keselamatan. 21. Membantu pihak sekolah melaksanakan penguatkuasaan disiplin dalam kalangan murid semasa berada di dalam kawasan sekolah. 22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua atau wakilnya dari masa ke semasa. 15. BIDANG TUGAS PEKERJA SWASTA 15.1 PENYELENGGARAN BANGUNAN SEKOLAH : 15.1.1 Membersihkan kawasan sekitar bangunan sama ada menggunakan mesin atau sabit. 15.1.2 Menutup semua pintu bilik kelas di sebelah petang selepas murid-murid balik. 15.1.3 Membersihkan tandas guru dan murid lelaki, serta murid perempuan pada setiap hari. 15.1.4 Membersihkan segala kekotoran yang terdapat di dalam kawasan sekolah. 15.1.5 Menyapu kaki lima bangunan sekolah dan kelas. 15.1.6 Mencuci alas meja, sarung kusyen dan langsir yang terdapat di pejabat sekolah setiap cuti pertengahan persekolahan dan akhir tahun. 15.1.7 Membersihkan habuk-habuk dan sawang yang terdapat di cermin, dinding dan siling bangunan. 15.1.8 Membersih / menyapu bilik komputer, bilik tayangan, perpustakaan, bilik gerakan dan bilik-bilik khas yang lain pada setiap bulan atau pada masa-masa yang diarahkan. 15.1.9 Membersihkan longkang-longkang bangunan. 15.1.10 Mengumpul, membuang dan membakar sampah-sampah yang terkumpul di dalam bakul sampah di setiap bilik darjah, di luar bangunan sekolah dan di sekitarsekolah. 15.1.11 Mengelap cermin pejabat, bilik guru dan bilik-bilik khas yang lain. 15.2 PENYELENGGARAAN DAN PEMULIHAN POKOK / BUNGA 15.2.1 Memelihara semua pokok bunga dalam pasu atau di tanah serta menanam semula pokok bunga jika perlu. 15.2.2 Menanam pokok-pokok bunga dan buah-buahan untuk mengindahkan kawasan sekolah. 15.2.3 Menyiram pokok bunga sama ada yang ditanam di tanah atau di dalam pasu. 15.2.4 Menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. 15.2.5 Menambah tanah di petak-petak bunga yang telah ditanam. 15.2.6 Menyiram dan membajai pokok-pokok buah-buahan yang ditanam. 15.2.7 Membersih membuang / membakar daun-daun kering. 15.2.8 Mengecat pasu-pasu bunga dan bahagian-bahagian lain sekolah yang difikirkan boleh mencantikkan lagi pemandangan kawasan sekolah. 15.2.9 Menyapu daun-daun kering dan cebisan kertas. 15.2.10 Membuang rumput di dalam kawasan petak bunga. 15.2.11 Menggemburkan tanah di dalam petak bunga. 15.2.12 Menambahkan tanah di dalam petak bunga. 15.2.13 Meracun pinggiran longkang dan tepi pagar.


129 15.2.14 Membaja bunga yang ditanam mengikut pusingan bulan yang sesuai. (sebulan sekali atau apabila perlu) 15.2.15 Memangkas pokok bunga apabila perlu. 15.2.16 Membersihkan kawasan luar pagar sehingga kawasan tebing. 15.2.17 Meracun rumput di perdu bunga yang besar dan gelanggang permainan. 15.2.18 Meracun rumput berhampiran dengan rumah guru dan pengetua. 15.2.19 Sekali-sekala gemburkan tanah dan tambah tanah dalam pasu bunga. 15.2.20 Pastikan bunga-bunga di tapak semaian tidak mati. Jika mati, sila ganti dengan benih yang baharu. 15.2.21 Menyapu sampah sarap di kiri kanan jalan masuk (kawasan berumput) dari pintu pagar hingga ke halaman perhimpunan. 15.2.22 Menyapu sampah sarap atau batu-batu kecil di jalan, tapak pelupusan dan tapak garaj kereta guru. 15.2 MEMBERSIHKAN KAWASAN BERUMPUT TERMASUK PADANG 15.3.1 Membersihkan rumput-rumput di tepi pagar sama ada dengan sabit atau racun. 15.3.2 Membersihkan semua kawasan padang sama ada dengan mesin atau sabit. 15.3.3 Membersihkan segala rumput dan sampah sarap di halaman dan kawasan sekeliling sekolah dan membuangnya di tempat pembuangan sampah. 15.3.4 Memotong rumput di tepi longkang termasuk rumah guru. 15.3.5 Membersihkan kaki pagar dan memastikan tidak ada akar atau tumbuhan liar memanjat pagar sekolah. 15.3.6 Memastikan tidak ada bahagian pagar yang bocor. Sekiranya terdapat kebocoran hendaklah dibaiki dengan kadar segera. 15.3.7 Rumput yang telah dimesin hendaklah dibersihkan / dibuang di tempat pelupusan sampah. 15.4 TUGAS-TUGAS LAIN 15.4.1 Menjalankan tugas-tugas lain / tugas khas yang diperlukan oleh pihak sekolah, misalnya persediaan padang untuk sukan/permainan dan sebagainya. 15.4.2 Menjaga keselamatan harta benda sekolah. Apabila perlu, harta benda yang rosak hendaklah dibaiki. 15.4.3 Memastikan binatang ternakan atau haiwan lain seperti kucing atau anjing tidak masuk ke kawasan sekolah dan perlu dihalau sekiranya berkeliaran di kawasan sekolah. 15.4.4 Membuang lumpur, tanah, sampah dan sebagainya di dalam longkang di sekeliling sekolah, sekeliling padang, bangunan, kantin dan lain-lain. 15.4.5 Memberi perhatian terhadap disiplin murid. 15.4.6 Menjaga dan menyelenggara mesin rumput dan peralatan lain. 15.4.7 Memastikan stok peralatan sentiasa lengkap dan mencukupi. 15.4.8 Menanam dan menjaga pokok-pokok bunga dan pokok-pokok lain. 15.4.9 Membantu menyediakan tempat persiapan bagi program-program/majlis rasmi sekolah. 15.4.10 Membaik pulih peralatan sekolah / perabot yang rosak. 15.4.11 Memastikan peralatan sekolah / perabot tidak terbiar di merata-rata tempat. 15.4.12 Melaporkan kepada pengetua tentang kerosakan tandas, paip dan lain-lain untuk tindakan. 15.4.13 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua atau guru penolong kanan.


130 16. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN FIZIKAL, PENYELENGGARAAN HARTA SEKOLAH DAN PENGURUSAN ASET 1. Merancang pembangunan fizikal sekolah. 2. Menguruskan penyelenggaraan bekalan elektrik, air dan telefon. 3. Menguruskan penyelenggaraan sistem kumbahan, paip, tangki air dan tandas. 4. Menguruskan penyelenggaraan soket, lampu awam, kipas dan pendingin hawa. 5. Menguruskan penyelenggaraan baik pulih bangunan termasuk rumah guru dan pekerja. 6. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 7. Semua penerimaan / pembelian mesti direkodkan dalam kad harta modal, kad inventori dan buku bekalan pejabat. 8. Menguruskan semua harta benda sekolah yang hendak dihapus kira mengikut peraturan. 9. Mengenal pasti keperluan perabot. 10. Memastikan sistem inventori dilaksanakan. 11. Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun. 12. Menguruskan semua harta modal termasuk membaiki dan menyelenggara apabila perlu 13. Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat. 14. Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan penjagaan keselamatan perabot dan harta benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan kepada murid. 15. Memastikan semua murid memulangkan alat-alat sekolah yang dipinjam sebelum mereka menerima sijil berhenti sekolah. 17. JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN STAF (KELAB STAF) 1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program tahunan dan menetapkan yuran / sumbangan. 2. Menjadi pihak perantaraan antara staf dengan pengetua. 3. Merancang program unuk meningkatkan kebajikan staf. 4. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik staf. 5. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang akan bertukar / pencen dan menyambut staf baharu. 6. Bertanggungjawab mengeluarkan sagu hati kerana kemalangan atau melangsungkan perkahwinan dan waris staf yang meninggal dunia. 7. Bertanggungjawab mengelolakan sambutan Hari Guru dengan kerjasama guru-guru, guruguru penolong kanan dan lembaga pemimpin murid. 8. Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan / kegiatan sukan atau riadah untuk ahli. 9. Memastikan semua guru dan kumpulan pelaksana menjadi ahli PSKPP. 10. Membantu pihak sekolah menguruskan lawatan terancang / lawatan sambil belajar untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan perjawatan. 11. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staf. 12. Mengadakan pertandingan permainan antara staf sekolah atau badan luar. 18. WAKIL GURU DALAM PIBG 1. Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan untuk aktiviti murid. 2. Membantu pihak sekolah dalam peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah. 3. Membantu pihak sekolah dalam mempertingkat disiplin dan sahsiah murid sekolah. 4. Membantu pihak sekolah mempertingkat keceriaan / kebersihan sekolah.


131 5. Membantu melengkapkan kemudahan-kemudahan fizikal dan kelengkapan bagi mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran. 6. Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. 7. Menghadiri majlis rasmi sekolah. 8. Mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan. 19. JAWATANKUASA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH 1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 2. Membuat soal selidik bagi keperluan penyelidikan dan pembangunan. 3. Menentukan instrumen penyelidikan yang sesuai. 4. Membuat perancangan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan. 5. Menganalisis data perolehan. 6. Membuat laporan dan membentangkan hasilnya. 20. JAWATANKUASA PENGHAYATAN ISLAM 1. Merancang pembangunan insan kamil. 2. Melaksanakan program-program kepemimpinan Islam. 3. Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam. 4. Mengadakan Program Penghayatan Islam sepanjang bulan Ramadan. 5. Merancang dan menyelenggarakan surau sekolah. 6. Menyelaras program-program kepemimpinan Islam yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar. 21. JAWATANKUASA MBMMBI 1. Memastikan dasar yang digarisi KPM dipatuhi sepenuhnya. 2. Membimbing mana-mana unit di sekolah yang mengadakan program yang bercorak akademik / koakademik / kokurikulum agar sentiasa menepati matlamat MBMMBI. 3. Memantau perjalanan dasar ini dari semasa ke semasa agar menepati agenda soft landing. 4. Membantu guru-guru yang mengajar subjek bahasa dan subjek bukan bahasa dalam usaha mempertingkatkan penguasaan murid dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 5. Memperoleh dan menyebar maklumat terbaharu berkaitan dengan dasar MBMMBI. 6. Menyediakan dan menyimpan dokumentasi yang berkaitan dengan dasar MBMMBI. 7. Menyediakan laporan untuk makluman pihak PPD / JPN / KPM apabila diperlukan. 8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. 9. Bersama-sama panitia merangka aktiviti tahunan. 10. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan, dan perjumpaan yang berkaitan dengan bidang bahasa. 11. Mengkaji segala laporan yang berkaitan dengan pencapaian dalam bidang bahasa. 12. Mengenal pasti segala kelemahan yang timbul dan mencari langkah-langkah penyelesaiannya. 22. JAWATANKUASA PROBIM 1. Mengenal pasti dan menentukan guru PROBIM. 2. Menyediakan fail-fail pengurusan PROBIM.


132 3. Membuat perancangan tahunan. 4. Memastikan saringan PROBIM dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. 5. Memastikan dan mengesahkan data penguasaan murid/keputusan setiap saringan direkodkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Memantau pelaksanaan PROBIM dan menjalankan tindakan susulan untuk penambahbaikan. 7. Memberi motivasi kepada guru PROBIM. 8. Memastikan guru PROBIM menggunakan modul PROBIM yang dibekalkan oleh KPM. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa / PIBG dalam memberi kesedaran, maklumat dan kepentingan program PROBIM. 10. Mencerap pelaksanaan pdp guru PROBIM. 23. JAWATANKUASA PROGRAM PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC) 1. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru secara kolaboratif. 2. Merancang dan membina aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan minat belajar dan kehadiran murid. 3. Bertindak sebagai kumpulan pemikir dalam membuat perubahan teknik pengajaran dan pembelajaran yang relevan bagi memastikan berlakunya perubahan tingkah laku murid. 4. Merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang mampu membawa peningkatan markah murid. 5. Menjadi penggerak utama peningkatan kerjasama dalam kalangan guru di sekolah, khususnya dalam pdp. 24. JAWATANKUASA PSIKOMETRIK 24.1 PENTADBIR 24.1.1 Pihak pentadbir memberikan kebenaran untuk mengadakan ujian untuk semua murid tingkatan 3 secara serentak pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak kementerian. 24.1.2 Membuat pengesahan slip akhir untuk diserahkan kepada calon. 24.2 SETIAUSAHA 24.2.1 Memuat turun kertas soalan dan kertas jawapan daripada pihak kementerian pada tarikh yang ditetapkan. 24.2.2 Mencetak dan menyediakan kertas soalan dan kertas jawapan mengikut jumlah dan memastikan kerahsiaan soalan. 24.2.3 Memastikan tempat ujian yang akan dijalankan dalam keadaan kondusif dan sesuai. 24.2.4 Memberikan penerangan sebelum ujian dijalankan sesuai dengan garis panduan kementerian. 24.2.5 Mengumpul dan memproses markah untuk difailkan dan mendapatkan pengesahan pengetua. 24.2.6 Mencetak slip akhir dan diserahkan kepada Setiausaha PBS untuk diedarkan kepada calon berkenaan.


133 24.3 AHLI JAWATANKUASA 24.3.1 Membantu menyusun kerusi dan meja di dewan pada tarikh yang ditetapkan. 24.3.2 Membantu dalam pengawasan semasa ujian dijalankan. 25. JAWATANKUASA KOMUNITI ASEAN 1. Melaksanakan program kesedaran, publisiti dan promosi berkaitan Komuniti ASEAN. 2. Mewujudkan program berfokus melibatkan negara ASEAN. 3. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid berkaitan komuniti ASEAN. 26. TUGAS-TUGAS KHAS 26.1 SETIAUSAHA-SETIAUSAHA UNIT / BAHAGIAN 26.1.1 Berbincang dengan pengerusi tentang tarikh, masa dan agenda mesyuarat. 26.1.2 Mengedarkan surat panggilan mesyuarat selewat-lewatnya 3 hari sebelum mesyuarat diadakan. 26.1.3 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan minit kepada ahli-ahli selewat- lewatnya 7 hari selepas mesyuarat untuk tindakan. Penyediaan minit mesyuarat hendaklah menepati Pekeliling Kemajuan Bil. 15 (PK15). 26.1.4 Sentiasa peka dengan tarikh-tarikh program / aktiviti yang telah ditetapkan dalam takwim sekolah. 26.1.5 Membantu pengerusi merancang program, memantau dan menilai keberkesanannya bagi memastikan objektif unit / bahagian tercapai. 26.1.6 Menyediakan laporan terperinci dan menyerahkannya kepada pengerusi selewatlewatnya 14 hari setelah selesai sesuatu program / aktiviti. 26.2 PERAKAM PERISTIWA 26.2.1 Mengendalikankan sesi rakaman dan fotografi bagi semua acara utama di sekolah. 26.2.2 Mempamerkan gambar-gambar yang diambil di papan kenyataan sekolah mengikut ruang-ruang yang diperuntukkan. 26.2.3 Menguruskan tempahan gambar jika ada permintaan. 26.2.4 Mempamerkan dokumen-dokumen yang telah dikemas kini di bilik mesyuarat / bilik gerakan mengikut kesesuaiannya. 26.2.5 Menyimpan dokumen-dokumen yang telah dirakam di bilik maklumat sekolah. 26.3 PAPARAN PAPAN KENYATAAN SEKOLAH 26.3.1 Memastikan paparan papan kenyataan sekolah adalah kemas, tersusun dan terkini. 26.3.2 Mengemaskinikan paparan papan kenyataan sekolah sekurang-kurangnya setiap 6 bulan.


132 PERINCIAN KURIKULUM SKP 2


133 1. JAWATANKUASA KURIKULUM 1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai. 2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran. 3. Mencadangkan, membina dan menguruskan bahan bantu mengajar. 4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran. 5. Merancang strategi pengajaran / pembelajaran. 6. Menetapkan garis panduan penyediaan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian. 7. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan jadual waktu. 8. Mengadakan mesyuarat kurikulum sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 9. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan prestasi murid. 10. Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan. 11. Mengesan dan memastikan supaya sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran dilaksanakan dengan sempurna. 12. Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik tentang perkara baharu dalam bidang pendidikan. 13. Menyebarkan bahan-bahan bacaan dan maklumat tentang pendidikan kepada guru. 14. Mengkaji analisis keputusan PT3, SPM dan peperiksaan dalaman dan merangka program jangka pendek dan panjang untuk mengatasi segala kelemahan. 15. Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oleh murid-murid untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan. 16. Berusaha untuk memperbanyak bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah. 17. Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran. 18. Menggalakkan guru-guru menggunakan komputer serta Internet dalam pengajaran dan pembelajaran. 19. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan pengetua dari semasa ke semasa. 2. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN 2.1 Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik peperiksaan PT3 dan SPM. Membincangkan hal seperti yang berikut : i. Rancangan pelajaran ii. Buku teks iii. Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran iv. Peningkatan pengajaran dan pembelajaran v. Peperiksaan dan penilaian vi. Bahan bantu mengajar vii. Pemulihan viii. Kerja latihan ix. Implementasi rancangan akademik sekolah untuk jangka panjang dan jangka pendek x. Meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran xi. Menyediakan sasaran kerja utama panitia mata pelajaran 2.2 Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas dan peralatan bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya. i. Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran.


134 PERINCIAN HAL EHWAL MURID SKP 2


135 1. JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID Senarai Tugas : 1. Melibatkan guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dan memberi buah fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari semasa ke semasa. 2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada pengetua sebelum tindakan diambil terhadap murid berkenaan. 3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut. 4. Membimbing dan menerima pandangan dan cadangan daripada murid, guru serta ibu bapa tentang hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah. 5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal-hal pelantikan pemimpin-pemimpin murid. 6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan murid demi kepentingan mereka. 7. Mengurus mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes. 2. JAWATANKUASA DISIPLIN DAN BADAN PEMIMPIN MURID Senarai Tugas : 1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri. 2. Memastikan semua guru ialah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah. 3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh ketua pemimpin murid. 4. Membantu lembaga disiplin sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahankesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Setiausaha lembaga disiplin atas nasihat pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat tentang disiplin. 5. Bekerjasama dengan ketua pemimpin murid untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah. 6. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan. 7. Berusaha menanam semangat cinta akan sekolah serta mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara. 8. Menerima laporan ketua pemimpin murid atau guru penasihat pemimpin murid dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. 9. Berusaha menanam semangat kekitaan melalui slogan ‘SEKOLAHKU RUMAHKU’ supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya. 10. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua. 11. Menjalankan rondaan (dengan bantuan guru bertugas minguan) untuk mengesan murid ponteng dan melanggar disiplin sekolah. 12. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah. 13. Merancang dan melaksanakan program untuk meningkatkan kesedaran penghayatan disiplin murid. 14. Menjadi pegawai perhubungan antara ibu bapa atau penjaga dalam menangani masalah disiplin.


136 15. Mendapat bantuan pihak polis sekiranya murid terlibat dalam kes jenayah. Tugas Setiausaha Lembaga Disiplin : 1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat lembaga disiplin. 2. Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan lembaga disiplin kepada semua guru. 3. Menyampaikan makluman dan perkembangan disiplin sekolah dari semasa ke semasa. 4. Bertanggungjawab : 4.1 Menyenaraikan dan mengemukakan calon pemimpin murid kepada guru penolong kanan hal ehwal murid. 4.2 Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pemimpin murid. 4.3 Membimbing dan membantu pemimpin murid dalam peraturan sekolah. 4.4 Mengadakan kursus Kepemimpinan dan kesedaran untuk pemimpin murid. 4.5 Menyediakan laporan tahunan lembaga disiplin. Tugas Guru Disiplin : 1. Membantu pengetua merangka peraturan sekolah. 2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah. 3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi. 4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku murid. 5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua. 6. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa atau penjaga murid dan guru. 7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cinta akan sekolah dalam kalangan murid dan guru. 8. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin atau buku laporan disiplin. 9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada guru penolong kanan hal ehwal murid seminggu sekali. 10. Menghubungi pihak polis jika perlu. 11. Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah dan ‘spot check’. 12. Memberi maklumat kepada guru penolong kanan hal ehwal murid berhubung dengan kes serius seperti yang berikut : 12.1 Penyalahgunaan dadah 12.2 Gambar lucah 12.3 Video lucah 12.4 Majalah lucah 12.5 Peras ugut 12.6 Kumpulan haram 12.7 Bohsia 12.8 Bohjan, pengkid dan lain-lain 13. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti : 13.1 Hari terakhir peperiksaan awam 13.2 Hari Sukan


Click to View FlipBook Version