The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zsofearoslizam, 2022-06-12 08:57:13

FOLIO KOMSAS BM F4

FOLIO KOMSAS BM F4

BAB 9

Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah bermain
perang olok-olok. Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan bahasa Inggeris.
Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi mencuri.Adnan dan Pak Saidi telah cuba
untuk mengejar pencuri itu, Pak Saidi kagum dengan keberanian yang dimiliki Adnan.
Tayar basikal Pak Saidi telah dibocorkan oleh pencuri itu.Di sekolah, Adnan terkenal sebagai
pelajar yang rajin dan pintar. Dia amat disenangi teman dan guru-gurunya.

BAB 10

Adnan merupakan pelajar yang rajin dan disayangi gurunya seorang lelaki Inggeris
bernama Anderson. Tambahan pula apabila Adnan mengatakan dia bercitacita menjadi
seorang askar. Adnan berasa risau akan dirinya yang akan dikhatankan tidak lama lagi.
Selepas berkhatan, Pak Saidi telah berjanji untuk membelikan Adnan sebuah basikal
baharu.

BAB 11

Adnan ingin mencuba menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa inggeris, rakan-
rakannya telah mengejek Adnan. Cikgu Nazri telah tertarik dengan kesungguhan Adnan.
Selepas itu, ramai rakannya yang lain turut ingin menyahut cabaran dafripada Cikgu Nazri.
Mak Milah menguji sikap anaknya yang berkobar-kobar dan berkeyakinan 40 tinggi. Pak
Saidi memberikata-kata semangat supaya menguatkan lagi semangat Adnan untuk menang.
Adnan telah menjuarai pertandingan tersebut.

BAB 12

Adnan dan Budin telah berlawan dalam pertandingan tinju. Budin dan Adnan telah
bertikam lidah sebelum pertandingan berlangsung kerana Budin tidak berpuas hati atas
kemenangan yang berpihak kepada pasukan bola Sungai Ramal dalam perlawanan bola
sepak . Pada hari itu, telah diadakan perlawanan tinju antara kampung Sungai Ramal dan
Kampung Sungai Merab, Adnan dan Budin telah terlibat dalam pertandingan itu.Para
penyokonh telah menyokong dengan kegahirahan. Kemudian penonton terkejut apabila
melihat Budin dan Adnan berpelukan dan bersalaman

BAB 13

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi
seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil
Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawanpahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula
pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda
terutama di kalangan guru-guru.

BAB 14

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak
menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota
tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan
untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk
Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka
Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin
menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan
mengalah.

BAB 15

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.

BAB 16

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

BAB 17

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan
Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia
Pakih Muda

BAB 18

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran
tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di
Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. 42 Mereka tinggal di rumah besar
di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.

BAB 19

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anakanaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang.

BAB 20

Leftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu kerana bukit itu penting untuk
dipertahankan. Sekiranya pertahan di bukit Candu dapat ditembusi maka musuh boleh
menguasai Singapura dengan mudah. Sampai ke bukit Candu. Leftenan Adnan
mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan kubu serta
berjumpa dengan penghulu Sidek bagi membincangkan masalah mengenai penduduk
kampung yang enggan berpindah.

BAB 21

Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat
mengadakan persidangan di Manila, Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas C. Hart,
pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir
Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh. Mereka membincangkan
mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia termasuk Tanah Melayu dan
Filipina. Masing-masing yakin serangan tentera Jepun itu dapat dipatahkan tambahan pula
dengan adanya askar Melayu yang diberi tugas bersama tentera Inggeris mempertahankan
Tanah Melayu.

BAB 22

Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di lapangan
terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, 43 Indochina
Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada
mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25
buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah
penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap
berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapalkapal tersebut tengah menuju ke arah
Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu. Ini merupakan isyarat yang amat jelas
kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu
bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan
menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F.
Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk
membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat
mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British
diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak
Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada
berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke
utara menujui Teluk Siam

BAB 23

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau
penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga
bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia
berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar
Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah
juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan
tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering
mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang
bersungguh-sungguh demi tanah air.

BAB 24

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan
oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun
sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan
Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu
diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi
mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan
dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh
banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai
orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam
bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan
dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami
terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah
kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah
mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun
berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa
pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani
tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun,
sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan
mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India
tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

BAB 25

Pada pagi 8 Disember 1941, bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British, Kota Bharu
suatu mesyuarat tergempar diadakan. Pemerintah Kor. Jeneral Heath segera menghubungi
Ibu Pejabat bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara di Teluk Siam mendapati
adanyanya gerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkla dan Pattani. Tetapi Ops Matador
tidak dapat d dilakasanakan kerana Jeneral A. E. Percival yang bertanggungjawab dengan
Ops Matador sedang menghadari mesyuarat Majlis Perundangan Negeri Selat. Mereka
mendapati Tentera Jepun sudah mendarat di Kota Bharu. Keadaan di Barat, nasi sudah
menjadi bubur. Jeneral A. E. Percival menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham
memaklumkan perkara tersebut barulah Ops Matador dapat dijalankan. Di Kota Bharu
kemaraan tersekat di Sungai Kelantan. Pihak Tentera Jepun telah terkorban akibat letupan
yang kuat.

BAB 26

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera Jepun dalam
masa yang singkat. Kebanyakan pertahanan telah pun musnah. Empat buah kapal
pembinasa yang menjadi kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana maereka juga
diserang oleh kapal terbang Jepun. Jener A.E Percival mengarahkan tentera India British
menyerang tentera Jepun. Dalam keadaan kelam kabut, berubdur dari Nongka, Panglima
Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang semasa menyeberangi sungai dan mereka terputus
hubungan. Pada masa yang sama, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat
pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Pak Saidi mengatakan
bahawa Ahmad sudah tiada. Pegawai tentera laut yang membawa berita tentang Ahmad,
sudah terkorban di medan perang. Penduduk kampung ramai membaca Yasin untuk
Ahmad.

BAB 27

Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka tiba di
Johor Bharu setelah hampir sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi
pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung
Tanah Melayu dalam masa yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan terpaksa
mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ. 46 Panglima
Tertinggi British di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan jawatan dan
digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung
Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun telah menawarkan Samad agar
berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan Singapura , Samad bersetuju dengan
tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak tertekan dengan keadaan yang sedang
melanda. Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett membuat pemeriksaan
kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Adnan
mengatur persiapan bagi menentang tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang.

BAB 28

Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka tiba di
Johor Bharu setelah hampir sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi
pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung
Tanah Melayu dalam masa yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan terpaksa
mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ. 46 Panglima
Tertinggi British di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan jawatan dan
digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung
Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun telah menawarkan Samad agar
berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan Singapura , Samad bersetuju dengan
tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak tertekan dengan keadaan yang sedang
melanda. Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett membuat pemeriksaan
kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Adnan
mengatur persiapan bagi menentang tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang.

BAB 29

Penghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang terdiri daripada pengawal kampung
datang bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan persediaan
mereka bertempur membantu pasukan Askar Melayu menentang Tentera Jepun. Pasukan
Rejimen Askar Melayu memilih mengadakan pertahanan di satu rabung dipanggil dengan
nama Rabung Pasir Panjang. Jeneral Yamashita berang apabila tiga pengintipnya mati
ditembak Askar Melayu. Berita penawanan Askar Melayu dari Kompeni "B" meresahkan
Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus bersemangat untuk berjuang hingga ke titisan yang
terakhir.

BAB 30

Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur ayam.Tiba-
tiba suasana yang tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun sudah
menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur
memerintahkan orang-orangnya terus melapskan tembakan mortar ke arah pertahanan
pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat mengenai sasaran. Jeneral Yamashita bertambah
berang, dia mahu pasukannya mencari jalan bagaimana mahu menembusi kubu pertahanan
tentera Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk mengelirukan musuh.
Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban telah dibunuh dari jarak yang dekat.

BAB 31

Kehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu helah yang dibuat oleh tentera Jepun
telah menyebabkan Leftenan Renya Mutugchi berang. Disebabkan itu, tentera Jepun telah
bertekad untuk menyerang Askar Melayu di Bukit Candu secara besar-besaran. Serangan
kali ini menggunakan kapal terbang untuk serangan udara dan disusuli dengan serangan
pasukan artileri.

BAB 32

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk
bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis
Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam
pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan
berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah
terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk
bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya
menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan
lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan
Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. 48 Kerana meradang akibat
kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian
mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu
telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan
boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

BAB 33

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit
Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya.
Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya
dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga
terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun
menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir.
Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya.

BAB 34

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan
Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi
menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi
menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu.

BAB 35

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan
Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat
terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi 49 alas perut. Sophia dan
anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian
anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah
menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oelh British. Rakyat telah kembali
memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan
harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah
Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula
mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah
berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi
pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah
berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.

KEKUATAN

Berdasarkan novel yang saya kaji di Tingatan Empat iaitu novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat beberapa kekuatan yang diperoleh selepas
membaca novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini.

Antara kebaikan yang diperoleh ialah penulis menonjolkan hubungan kekeluargaan yang
erat. Hal ini dikatakan demikian kerana ada contoh peristiwa yang menunjukkan nilai
kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. yang telah berlaku dimana Pak Saidi
sanggup kayuh basikal menghantar adnan ke Sekolah nggeris demi mendapatkan
pendidikan yang sempurna,

Seterusnya, sikap keterbukaan watak & tidak berfikiran sempit walaupun bermacam -
macam dugaan yang dihadapi. Hal ini dikatakan demikian kerana Pak Saidi yang
sekolahkan Adnan di Sekolah Inggeris biarpun ditentang penduduk kampung kerana Pak
Saidi berpendapat bahawa belajar di Sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu
berbanding sekolah biasa di samping mendapat pengetahuan setanding dengan orang
Inggeris

Selain itu, penulis menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan masyarakat. Hal ini
dapat membantu untuk membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan pembaca
dan anak muda menerusi penceritaan kisah peperangan dalam bentuk yang menarik.

Disamping itu, plot cerita teratur dan senang difahami. Hal ini akan menyebabkan
pembaca dapat menghayati kisah kehidupan leftenan adnan dari kecil sehingga saat - saat
terakhir hidupnya serta pembaca lebih memahami jalan cerita yang diceritakan dengan
secara terperinci.

KEKURANGAN

Berdasarkan novel yang saya kaji di Tingatan Empat iaitu novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Selain kelebihan, terdapat juga kelemahan yang ada
dalam novel ini.

Antara kelemahan yang pertama ialah strategi yang lemah sewaktu peperangan Jepun
menyerang askar - askar. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersiap sedia
dengan strategi yang lain kerana lalai dan mempunyai tahap konfiden yang tinggi tanpa
menghiraukan kesan sebaliknya.

Seterusnya, novel ini agak panjang bagi pembaca yang tidak gemar membaca
terutamanya tentang fakta dan sejarah. Hal ini akan membuatkan pembaca cepat berasa
bosan dengan novel ini.

Disamping itu, plot cerita yang memeningkan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
terdapat plot yang lari sedikit daripada cerita tersebut dan ini akan membuatkan
pembaca lebih keliru untuk memahamkan apa yang disampaikan oleh penulis.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh
ditambah baik berdasarkan kekurangan dalam novel ini.

Antaranya cadangan penambahbaikannya ialah meletakkan gambar Leftenan Adnan
lebih besar pada kulit novel supaya ia lebih menarik untuk dilihat dan dibaca oleh para
pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, kombinasi warna dan corak kulit muka
novel ini kurang menarik perhatian pembaca untuk lingkungan umur remaja 13
hingga 17 tahun.

Selain itu, mereka cipta semula corak yang baharu untuk kulit muka novel. Hal ini
dikatakan demikian kerana, penulis haruslah seiring dengan zaman sekarang supaya
para pelajar dan juga masyarakat lebih tertarik untuk membaca

NOVEL TINGKATAN 4

NOVEL PANTAI KASIH

pengenalan

Novel ini mengisahkan tentang ketabahan hati seorang wanita dalam menghadapi pelbagai
rintangan dalam hidupnya. Raiha tabah menghadapi halangan ayahnya yang tidak
menggalakkannya menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan Doktor Sadiz. Dia juga
tabah menjalani dugaan memiliki anak yang cacat, malahan anaknya itu mati dalam
kebakaran kereta. Doktor Raiha juga tabah menghadapi cabaran dalam kerjayanya, iaitu
pencerobohan di tempat kerjanya oleh bekas pelajar perubatan yang tidak tamat pengajian
dan kompilasi yang dialami oleh seorang pesakit yang tidak sembuh-sembuh meskipun
telah menjalani lima pembedahan.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL

Novel Pantai Kasih yang diterbitkan pada tahun 1994 ini merupakan karya Azmah Nordin.
Penulis kelahiran Kedah yang menetap di Sabah ini mula menceburi bidang kesusasteraan
pada 1986 dan meminati penulisan sajak, cerpen serta novel. Antara pencapaian beliau
adalah Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya, Singkowoton serta Hadiah
Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome.

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih

Sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit, namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Hal ini, membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Namun, berbekalkan semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor
Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah
perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika
itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya,

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang
mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tenang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli
khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit pesakit yang
berpendapatan sederhana.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor
Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong
Siron. Raiha berasa curiga tentang pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke
atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan
dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus
berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke
bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak. Raiha juga dibayangi dengan
kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam
selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan
terutama sewaktu 9 dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan
seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan
hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang berjaya membesarkan dua
orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan
Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan
pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan
tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah
kepadanya dalam jangka masa panjang. Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak
pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan
sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang
lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia
berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap dirinya tidak adil. Dia
berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor
Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga
kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya.
Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi
keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan
rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka.
Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak
turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak
bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak
perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada
bertembung dengan Raiha.

BAB 2

Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya
ada orang gaji di rumahnya. Malahan, anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun
dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya
itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor
Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya
sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap perniagaan kesihatan menjadikannya sebagai
salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah
mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya
tidak harus ada halangan asalkan berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK
kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat
kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang
juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun
belum sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab, dia kurang
sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu
diserahkan kepada Raiha. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada
Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang
amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan
menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran
berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak
perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya
tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu
yang menyamar di PRPK miliknya.

BAB 3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu.
Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia
mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta
bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan
layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat
lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca
musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa
ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak
perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah
doktor itu. Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar
kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh
tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah
dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut. Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya.
Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang
keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha
juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan
mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpunca daripada Doktor Sadiz
menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya.
Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat
kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan
berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit
adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah
lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia
menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama
menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga
meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun
Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang
kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati
sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak
bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.

BAB 4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri kematian
anaknya dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia
berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah
neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari
Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul.
Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang
dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal
bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak
dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut
apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir
dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan Datu Untong terhadap panggilan palsu
dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya
Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak
berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor
Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah
dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini. Doktor Uwang
juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan
kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu.
Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk
memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke
poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar
kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di
televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan
matanya sendiri. Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag
pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor
Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang.
Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha.
Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya
menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan
yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit. Felicia cuba
menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen
dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu, merupakan hayalan Felicia
semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada
di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya
yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia
mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik
diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam
fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani
pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka
menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam
sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak
rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu.
Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba
wanitawanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong
Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka
dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan
tangannya ngilu yang amat sangat. Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba
menganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi
bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor
Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia
mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya
ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan
Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan
beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air
oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

BAB 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula
apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak
usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam
perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati
pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana
kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar
dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor
Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut. Doktor Sadiz marah kerana
Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun
minyak keretanya habis diisi. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu.
Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia
yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh
Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor
Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia
komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan
gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Unong Siro dan panggilan tersebut amat penting. Di ruang tamu
apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat
bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan
pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor
Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih
diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat
dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak
Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak
Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur
membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha berpendapat bahawa
walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong Siron
dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang
turut terlibat dalam perawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada
badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.Deringan
telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah
dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar
bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak
sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun
dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan
kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat
oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan
‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknya berpunca daripada Felicia sendiri.
Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu
dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu.
Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat
melupakan kisah silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah
merupakan rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan.
Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia
sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan
golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada
diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang
dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya
semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia
didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan
mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor
Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia
sanggup percaya dengan doktor muda itu. Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan
Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak
lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan
antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang
dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab
dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa
dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan
bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang
membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Doktor Alex, Doktor
Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut
menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu.
Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron
yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong
akan berjaya pada kali ini.

BAB 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia
berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan
ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan
anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar
ayu agar dipelihara oleh orang lain Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah
menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar
sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu
Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal
penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta
penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang
parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal
keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang
menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk
mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu pun
berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut
bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.

BAB 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak
bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta
mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya
bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua
belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi
yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan
menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah
pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli
dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-
wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar
Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun
baru. Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-
sama anak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak
petrol dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche
itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara
kebetulan berada di situ. Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua
itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah
sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya.
Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor
mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk
dan menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes
anak peremuan tua itu. Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun
sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantunggantung. Raiha
turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum
sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan
sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di
persimpangan lampu trafik. Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih
akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan
lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-
pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan
melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut
kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut. Akhirnya Felicia Landosi
memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak
petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor
Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba
anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di
mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka
adalah mangsa keadaan.

KEKUATAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
beberapa kekuatan yang diperoleh selepas membaca novel Pantai Kasih ini.

Antara kekuatan novel ini ialah mempunyai permulaan yang menarik. Hal ini akan menyebabkan
pembaca seronok untuk membaca dan mempunyai anggapan yang bagus terhadap novel ini.

Permulaan novel ini menceritakan tentang kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda
dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan bekas
suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.

Seterusnya, novel ini mempunyai kejutan di bahagian pertengahan novel. Hal ini akan menyebabkan
pembaca menjadi tidak sangka dengan perkara yang sedang berlaku. Terdapat sesuatu peristiwa yang
berlaku dimana watak utama, Raiha menuduh suaminya iaitu Doktor Sadiz yang telah menyebabkan
kematian anak tunggal mereka.

Selain itu,novel ini juga mempunyai teknik plot pemerian. Hal ini akan menyebabkan pembaca
menjadi tenang sewaktu membaca dan mudah untuk difahami kerana jalan cerita yang teratur dan
jelas.

Disamping itu, jalan cerita yang saspens. Hal ini akan menyebabkan pembaca tertanya-tanya dan
meneka apa yang mungkin akan terjadi selepas sesuatu peristiwa berlaku. Jelaslah, sebagai seorang
pembaca yang menghayati dan memahmi konteks novel tersebut, pembaca juga mempunyai sifat
ingin tahu tentang sesuatu plot cerita terutamanya apabila jalan cerita yang saspens.

Akhir sekali, plot cerita tidak berbelit. Hal ini akan membuatkan pembaca tidak bosan membaca dek
kerana jalan cerita yang tidak rumit dan mudah untuk difahami. Walaupun terdapat perbalahan dan
konflik diantara watak - watak tersebut, penulis masih mampu mengarang novel dengan plot cerita
yang jelas .

KEKURANGAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Selain
daripada mempunyai kebaikan dalam membaca novel ini, terdapat juga beberapa kekurangan
yang ada dalam novel ini.

Antaranya ialah misteri yang diceritakan hanya diterangkan dengan sekilas pandang. Hal ini
dikatakan demikian kerana, terdapat kejadian peristiwa yang dipanggil peristiwa hitam dimana
ianya telah membuat pembaca berasa teruja dan berasa saspen dalam mengetahui apakah
peristiwa hitam yang dimaksudkan, tetapi pada bahagian hujung novel, peristiwa hitam ini
tidak diberikan penerangan secara terperinci dan pembaca tertanya - tanya apa yang
sebenarnya terjadi.

Seterusnya, membawa moral dan nilai murni yang tidak elok untuk kanak - kanak bawah
umur. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis telah meletakkan terlalu banyak nilai dan
unsur - unsur negatif yang lucah untuk novel ini dimana purata menunjukkan bahawa
pembaca novel adalah dikalangan guru dan pelajar lingkungan umur 13 hingga 17 tahun jadi
agak tidak sesuai untuk dibincangkan dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlangsung.

Selain itu, tidak mempunyai pembinaan saspen yang seragam. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pada bahagian awal novel ini, ia tidak mempunyai pembangunan plot yang seragam
dan jalan cerita dimulakan dengan secara tiba-tiba. Permulaan plot yang tidak bermula secara
sedikit demi sedikIt membuatkan pembaca pening dengan konfliks yang diberi pada awal novel.

Disamping itu, karakter yang tidak mempunyai motif yang teguh dan kuat untuk memberi
sebab mereka menjadi sesebuah karakter tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, Doktor
Sadiz, seseorang yang memegang watak antagonis tetapi di dalam novel, ia tidak menyatakan
sebab kukuh, kenapa dan bagaimana watak tersebut menjadi antagonis. Hal ini akan
menyebabkan timbulnya kekliruan dikalangan pembaca kerana pembaca tidak mempunyai
sebab yang kuat untuk membenci Doktor Sadiz dek kerana tidak mengetahui motif sebenar
beliau.

Akhir sekali, sudut pandangan karakter sering bertukar - tukar. Hal ini dikatakan demikian
kerana, ada sesetengah kejadian yang dimana karakter A bertukar ke karakter B dan ke
karakter C secara tiba - tiba ianya bertukar kepada karakter A semula. Ini akan menyebabkan
pembaca bingung untuk memberi tumpuan kepada sesebuah karakter yang mana patut
didahulukan dan yang mana tidak perlu didahulukan.

CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa kekurangan yang perlu ditambah baik dalam novel ini. Antara penambahbaikan
yang boleh dibuat ialah memperbanyakkan lagi nilai-nilai positif. Hal ini dikatakan kerana ianya akan
menjejaskan kesesuaian bagi pelajar - pelajar yang membaca sesebuah novel dimana terdapat banyak
nilai negatif berbanding nilai positif.

Selain itu, kita boleh mengurangkan timbulnya lebih banyak persoalan dalam sesebuah jalan cerita..
Hal ini dikatakan kerana jalan cerita tersebut terlalu padat dengan beberapa masalah semasa serta
terlalu banyak persoalan yang dibangkitkan.

Disamping itu, kita boleh memperbanyakkan nilai yang mendorong kepada kepentingan masyarakat
berbanding kepentingan diri. Hai ini dikatakan demikian kerana, purata peratusan menunjukkan
yang membaca novel tersebut adalah para pelajar dan guru - guru yang dimana dalam lingkungan
umur 16 hingga 50 tahun dan memupuk sikap kemasyarakatan dalam diri mereka.

Selain itu, mengurangkan jalan cerita yang lebih mendorong kepada sikap atau perbuatan negatif. Hal
ini dikatakan demikian kerana murid akan kurang didedahkan dengan nilai-nilai murni dan sikap
yang positif terhadap masyarakat sekeliling dan akan menjejaskan cara seseorang itu bersosial dengan
orang lain.

Akhir sekali, , penulis boleh menepati matlamat subjek kompenan sastera (Komsas) di sekolah dan
bukan hanya berkonsepkan popular semata-mata. Hal ini dikatakan demikian kerana, antara
matlamatnya ialah membentuk pembangunan diri dan memupuk nilai murni di kalangan pelajar agar
dapat mengimplikasikannya dalam kehidupan seharian.

NOVEL TINGKATAN 5

NOVEL SONGKET
BERBENANG EMAS

PENGENALAN

Novel ini mengisahkan tentang kecekalan seorang remaja menempuh cabaran hidupnya.
Dahlia cekal rnenghadapi pelbagai masalah dalam hidupnya. Antaranya ialah ibunya
menghadapi tekanan perasaan yang hebat sehingga menjadi kurang siuman dan dirawat di
Hospital Taman Bahagia, ayahnya dirawat di hospital kerana dipatuk ular, Mak Aton
menuduhnya sebagai punca kematian Said. Nek Kiah mahu rnenjual tanah yang menjadi
tempat tinggal Dahlia dan keluarganya, dan terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa di
pusat pemindahan banjir.

BI0GRAFI PENULIS NOVEL

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di
SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga
lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato'
Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam
bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai
guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas
di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai
Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan
pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm
Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM
Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement
Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan. Tempat
lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat berketurunan
Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui kehidupan sebagai
warga kampung, penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu mengikuti kursus
perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya banyak berubah semasa
bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak menteri, kerabat raja, datuk,
orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu, beliau melihat pelbagai ragam
kehidupan manusia yang baik hinggalah penagih dadah dan pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit
yang terlalu keras, pentingkan diri dan nekad, secara tidak langsung membentuk dirinya menjadi
berani hadapi segala kemungkinan.

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya seperti Kavita dan Siti
Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan
STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat
kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil setelah
tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana
dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah
yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula
beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh
mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan
hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang
diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa
mengharapkan balasan atau ganjaran.

Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Sementelahan, adik-
adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati
(11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital
Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah
kelurganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara
adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu
Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka
dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz
50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji
pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).

Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong oleh jiran-
jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai malah dicemuh
pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan demi
dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan
untuk menyambung pelajarannya semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi
(Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama.
Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan STPM.

Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke
Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan
mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih
berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya
pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu
bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.

Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat sampai ke rumah
keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman
iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji
Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada
jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari sempat
bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah
menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa
menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap. Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki
mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari.
Lelaki itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah
pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah
Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan
ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

BAB 2

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari
kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia
tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa
orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya
“tak betul”. Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi.
Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang
terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala
Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara
hutang. Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar
emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-
benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya
menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab
Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya.
Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di
tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya
mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

BAB 3

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya
sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang
berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa
semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan
imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia
juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar
suara Nek Kiah, ibu kepada emaknya. Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha.
Abah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari.
Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan.
Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya
hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang
membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk
membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang
Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.

BAB 4

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan
latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas
kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari
Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar
Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin
Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar
oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh
dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan
paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong
memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia
walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah
tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang
menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah
memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek
Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka
disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha
dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula
peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada
bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik.
Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan
isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing,
Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan
di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit
Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang
sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred
tiga dalam SPM.

BAB 5

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang
pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik
menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke
sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah
berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru.
Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa
dengannya pada petang itu. Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas.
Dia asyik teringat emak, Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka
ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan
dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu
dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan
Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari
asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya.
Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan
emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

BAB 6

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat
terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang
melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana
rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang
lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah
dan pintu tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia
mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan
neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tiba-tiba Dahlia dikejutkan
dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai.
Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui
Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu.
Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu
membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi
malangnya Said telah tiada.

BAB 7

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan
kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.
Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak
tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya,
Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong
terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam
kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton
berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak.
Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka
yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu
mencari musuh. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke
Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah
tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru
pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong
mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur
dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana
sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-
kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah
tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar
paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu
telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga
menyebabkan Embong panik.

BAB 8

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki
bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said. Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya.
Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang
mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata
orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka. Embong pulang
membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat
Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa
ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan
dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan
aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia
berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri.
Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama
gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

BAB 9

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak
hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk
membawa adiknya ke klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke
rumah Nek Kiah. Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang
adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong
mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-
usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual.
Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan
cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga
RM15,000.

BAB 10

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara
sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal
hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia
disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin
berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia
daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

BAB 11

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang
motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-
tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya
yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar
memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang
emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia
pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah
kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke
Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.

BAB 12

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang
motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-
tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya
yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar
memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang
emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia
pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah
kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke
Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.

BAB 13

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu
abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di
kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya
telah hilang.

BAB 14

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana
kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang.
Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual
kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya
atau milik orang lain. Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun
telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya
dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia
dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan
keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

BAB 15

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima
lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga.
Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu
keluarga. Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana
suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan
kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat
pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin
merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat
di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.

BAB 16

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke
sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu
Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi
seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan
dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak
bersetuju dengan cadangan neneknya.

BAB 17

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya
yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,
Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa
dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja. Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian
emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke
Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk
bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika
keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000
kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.

BAB 18

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual.
Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia
menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang
sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan
berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia
mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya
lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia
bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja
sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

BAB 19

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-
adiknya yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada
beberapa orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu
akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak
tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan
dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke
rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah
telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah
bersiap sedia untuk berpindah.

BAB 20

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.
Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada
Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan
kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang
dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas
itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana
beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan
menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek
Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau
ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

BAB 21

Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut
berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak
menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada
melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa
lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu
Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir
memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas
peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan
yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang
telah mencuri kambing milik abahnya.

BAB 22

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya. Sewaktu
mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik,
butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang
yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-
barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam. Dahlia
mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana
di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan
didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

BAB 23

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja,
tidak lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati
emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga
ada bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah
terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

BAB 24

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya. Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai
raya. Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman,
banjir yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

BAB 25

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah
juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa
banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada
penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling
membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga
berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa
projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji
Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong membina
rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan
perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat
terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu
nanti bolehlah dia naik pelamin.

BAB 26

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya. Selepas tamat
peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya.
Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga
bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

BAB 27

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor
berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan
belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu
ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia mengucapkan tahniah dan
merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari
selepas dia bertunang dengan Azhari.


Click to View FlipBook Version