The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zsofearoslizam, 2022-06-12 08:57:13

FOLIO KOMSAS BM F4

FOLIO KOMSAS BM F4

BAB 28

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia
teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-kawan
Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur
akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai.
Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala
Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak
RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di
stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari
datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap
majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah
menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari
juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar
menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

KEKUATAN

Berdasarkan novel yang saya kaji di Tingatan Lima iaitu novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa kekuatan yang diperoleh selepas membaca novel
Songket Berbenang Emas ini.

banyak nilai yang diperoleh dan dapat dipelajari. Hal ini dikatakan demikian kerana,
pembaca yang memahami setiap isi dan konteks novel ini akan mendapat pelbagai nilai -
nilai murni yang boleh diimplikasikan dalam hidup seharian.

jalan cerita yang menarik dan mudah untuk difahamkan. Hal ini akan menyebabkan
pembaca tidak akan berasa bosan apabila membaca novel ini kerana mempunyai binaan plot
yang menarik dan tersusun.

sifat watak yang dapat dijadikan teladan. Hal ini akan memberi kesan kepada pembaca
diman pembaca boleh mencotohi sifat-sifat positif yang terdapat pada watak di dalam novel
dan mengimplikasikannya dalam kehidupan seharian.

menyemarakkan sifat kekeluargaan yang kuat. Hal ini akan mengelakkan daripada
berlakunya masalah sosial dalam keluarga dan dapat mengeratkan hubungan keluarga
antara satu sama lain.

sifat kegigihan yang ditunjukkan oleh seseorang. Secara tidak sedar, sifat kegigihan yang
dipegang oleh watak Raiha telah memberi impak yang positif kepada pembaca - pembaca
supaya membuat sesuatu dengan penuh kegigihan agar mendapat hasil yang lumayan.

KELEMAHAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Selain daripada mempunyai kebaikan dalam membaca
novel ini, terdapat juga beberapa kelemahan yang ada dalam novel ini.

Antara kelemahan novel ini ialah sikap watak yang bersikap mementingkan diri
sendiri dan tidak mahu membantu orang yang dalam kesusahan. Hal ini
dikatakan demikian kerana Dahlia dan keluarganya terpaksa belajar dalam
keadaan kurang selesa di pusat pemindahan banjir, tetapi tiada seorang pun
datang untuk membantu keluarga Dahlia.

Seterusnya, pembinaan plot cerita yang terlalu panjang. Hal ini dikatakan
demikian kerana, jalan cerita dipanjangkan walaupun plot nya pendek
membuatkan pembaca kurang berminat untuk terus membaca tanpa melangkau
halaman.

Selain itu, sikap penduduk kampung yang tidak patut dicontohi. Hal ini
dikatakan demikian kerana, penduduk yang memandang serong kepada
keluarga dahlia yang sepatutnya tidak patut berlaku dan dinormalisasikan di
kalangan masyarakat.

Disamping itu, dialog yang agak membosankan. Hal ini dikatakan demikian
kerana, sesetengah dialog yang hanya berbual kosong dan tiada hala tuju yang
boleh ditukarkan kepada plot cerita yang lebih penting.

Akhir sekali, cerita yang menghampakan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
penceritaan yang perlahan yang membuatkan pembaca berasa bosan dan
kemungkinan besar pembaca tidak mampu menyambung pembacaan tersebut.

CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh ditambah
baik dalam novel ini.

Antaranya ialah, menukarkan majoriti watak yang membawa sikap positif. Hal ini akan
menyebabkan pembaca boleh mengimplikasikan sikap - sikap positif tersebut dalam
kehidupan seharian mereka.

Seterusnya, plot cerita yang tidak terlalu panjang dan terlalu pendek. Jika terlalu
panjang, pembaca akan merasa bosan akibat terlalu banyak perkara yang harus
difahamkan walaupun konteksnya pendek sahaja.Jika terlalu pendek, pembaca pula
akan menimbulkan pertanyaan apa yang sebenarnya terjadi dek kerana cerita tersebut
tidak diceritakan secara terperinci.

Selain itu memperbanyakkan nilai - nilai yang mendorong kepada keamanan sesebuah
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, keamanan sesebuah masyarakat
mestilah mendapat kesepakatan semua masyarakat yang mengimplikasikan nilai - nilai
positif.

Disamping itu, menambahbaik dialog perbualan watak. Hal ini dikatakan demikian
kerana dialong yang terlalu skema akan membuatkan pembaca bosan untuk
meneruskan membaca novel ini.

Akhir sekali, menambah baik kulit muka buku kepada corak yang releven. Hal ini
dikatakan demikian kerana novel ini bertajukkan Songket Berbenang Emas tetapi kulit
muka buku ini seperti tiada kaitan langsung dengan songket yang diperkatskan.

NOVEL TINGKATAN 5
NOVEL TIRANI

PENGENALAN

kecantikan fizikal seseorang hanya bersifat sementara tetapi ilmu pengetahuan yang
dimiliki mampu melindungi kelemahan diri. Waheeda yang bijak dan gigih berusaha dalam
memajukan perniagaannya, telah melakukan pembedahan rekonstruksi hidung bagi
menjadikan dirinya cantik kerana hidungnya pesek, tambahan pula hidungnya itu digigit
oleh seekor monyet. Pembedahan itu menjadikan hidung Waheeda mancung dan dia
kelihatan berwibawa. Namun begitu, kecantikannya itu menyebabkan dirinya dibebani
pelbagai tugas dan harapan. Meskipun dia mempunyai pengetahuan dan motivasi diri yang
tinggi, Waheeda tidak berupaya untuk memikul semua tugas tersebut sepenuhnya.
Malahan, dia gagal dalam rumah tangga kerana suaminya yang cemburu meragui status
anak mereka kerana wajah bayi itu tidak mewarisi kecantikan Waheeda.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL

Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet,
lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari
SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab
Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor
Baharu. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre
cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb
Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan
Karyawan Sastera Sarawak).

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak sekadar sebuah novel yang sarat dengan
penceritaannya tetapi lebih daripada itu. Pengarang turut menyelitkan warna budaya dan
resam masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak
diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda dalam
mempromosikan industri pelancongan negeri Sarawak di mata dunia.

Lumrahnya, kebanyakan novel akan menjalurkan pelbagai permasalahan semasa, terutama
dalam skema hubungan interpersonal, seperti persahabatan, rumah tangga, ukhuwah,
agama dan kekeluargaan. Watak-watak dalam novel Tirani nyata tidak terkecuali
mengutarakan persoalan seumpama itu. Malah, pengarangnya bijak memanipulasikan gaya
bahasanya bagi membangkitkan inti pati penceritaannya walaupun dengan menggunakan
frasa daerah dan istilah saintifik yang sesuai.

Membaca novel Tirani juga persis menaakul dunia kehidupan manusia yang agak luas.
Justeru pengarangnya berupaya membawa pembaca melangkau batas geografi dan budaya
setempat.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu
obsess dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya
sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya
Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya
dapat diredakan. Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah
mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan
yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani
untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay
ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan
bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak.
Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan
pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di
kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di
situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.

BAB 2

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir. Kehadiran
para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun disebalik kehadiran
pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan
Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada
ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana bercanggah dengan hukum
agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda
kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk
mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda
dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan
menggunakan kepakaran di Singapura.

BAB 3

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah
abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan
keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak
lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-
sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam
perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali
sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang
sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang
bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan
terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak
menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di
lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju kerumah Bazilah iaitu kawan satu
university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di
Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

BAB 4

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandaraya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya
untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang
berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah
yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah
dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah
kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa
semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokkan
harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya
Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.
Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang akan
dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat
untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon
Medical Centre (CMC). Disini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah
menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua
borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

BAB 5

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya,
Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat
lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk
menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah
akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala. Di rumah
Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura.
Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah
berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda
membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya.
Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya. Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah
menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani
beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya
dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan
masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

BAB 6

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai
oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam
bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi
kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam. Waheeda berasa
sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu diluar bilik
pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil
pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk
merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah,
dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan
SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada
pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

BAB 7

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan membaca
buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam disitu. Jenis tumbuh-
tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan
Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada
Waheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr
Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi.
Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama
berkongsi pengalaman dan pandangan.

BAB 8

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan
ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya, sebelum tidur,
Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya
dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada
kehebatan bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya
tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat
mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama
rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan
chalet ayahnya yang mugkin jauh ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda
memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda menerima
berita gembira untuk menghadiri satu temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort.
Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan
dan Ketrampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia
akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan
Singapura.

BAB 9

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas.
Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di café,
Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex
kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda
sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang
mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa.
Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu
memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo
Resort. Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat
yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura
dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka
program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan
Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo
Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan.
Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

BAB 10

Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana
kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan,
rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas menikmati
makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S eterusnya Zahid
memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk
Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas.
Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka
makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah
tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang pakaian
yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti.
Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang berbelah sampai ke paha.
Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak

BAB 11

Fatimah menerima E-Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut. Di Flamingo, berita kemenangan
Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan
diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu
hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga
menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan
supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa
pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda
masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda.
Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu
nanti.Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan
pakaian tradisi Sarawak

BAB 12

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa
tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap
menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada
keluarganya yang sibut mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri
Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus
menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan
tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan
persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan
mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah,
dia tidak berapa sihat dan sering selsema. Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan
rawatan dari dokto di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah.
Selsemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangna, Waheda berasa tulang rawan
hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk
mendapatkan rawatan.

BAB 13

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai
RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha
Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong.
Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak
mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat
menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan
berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat
diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan
curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan
Waheeda berubah hati. Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad
bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj
Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini
disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk
menerima rawatan. Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil
keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah
kepada isterinya Raidah dan telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka
tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang
mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses
rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi.
Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi. Sesampainya
Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid
bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC,
Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi
perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku
kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas
mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

BAB 14

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu
Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong
dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan
dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk
dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk
paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang
gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan
cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua
belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan majlis
sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang
bersatu itu sungguh gembira

BAB 15

Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan
lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya.
Malahan pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga
mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya
rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi
kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di
luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan hati
wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin
baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur
kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.

BAB 16

Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-
tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini
pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong
tersebut yang datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia
yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik,
khususnya sector pelancongan. Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan
alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR
merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda
terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi zahid
tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, waheeda
untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak
muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan
masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda
telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu
berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai.
Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi
Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya,
Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana
Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser
dengan ayahnya. Dimana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam
bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh
ayahnya.

BAB 17

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri.
Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-
bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa
anaknya. Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku
dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali
di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada
stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk
meredakan sakit kepalanya. Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-
macam lagi. Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap
Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami,
Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas
tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda. Pada
malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda
sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di
atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya,
Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan
agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitivity hanyalah
pembawaan anak dalam kandungan.

BAB 18

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu
Saba’ dan ramai lagi. Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke
biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi.
Malam itu zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya.
Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung
di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda
supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi
diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda
bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur.
Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan
kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes
seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang
zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin.
Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa
kehadiran Zahid.

BAB 19

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital
Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan
bahawa Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating
menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya
menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik
Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid
yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda
apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda
supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut. Waheeda telah pergi berjumpa
dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda
mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan
berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel
rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang
ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar
membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan
namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk member kefahaman tentang ujian DNA.
Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan
Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya peset tidak sama dengan
hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap
Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha
menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya. Sejak
belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid
yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan Waheeda.
Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda. Raidah
berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh
Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan
agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

BAB 20

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat
rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan
kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan
bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet
dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz
ingin menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan
sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada
Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan
berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung
lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka
di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju
dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

BAB 21

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-
Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis
kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat
berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan
kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan
Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama
baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi
seorang ahli perniagaan yang berjaya.

BAB 22

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang
diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras
masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya
penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri
anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah
kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana
Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati
dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani)
telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.
Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi
Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di
chalet itu.

BAB 23

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu
hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara,
kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi
tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan
perbualan antara Zahid dan Aiman. Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu
malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu
siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak
Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang
mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang
Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas
waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat
bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ
anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang
menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang
tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang
sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga
kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya
tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati
yang mendenagar terkedu.anakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat
mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo
Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter,
Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan
menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya.
Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut.
Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga
agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

BAB 24

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman,
wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah
entiti dirinya.dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar
Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang
dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin
menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat
tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun.
Pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu
seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah
kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta
ibunya memaafkan ayahnya.

KEKUATAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat kekuatan yang diperoleh daripada novel ini.

Antaranya ialah penulis mengajar kita erti kesyukuran. Hal ini akan menyebabkan
pembaca akan lebih bersyukur akan apa yang dikurniakan atas diri sendiri

Seterusnya, novel mempunyai penutup cerita yang menginsafkan. Jelaslah, pembaca
boleh mengambil iktibar tentang keinsafan Waheeda setelah membaca novel ini

Selain itu, terdapat beberapa saspens yang menarik. Hal ini akan menyebabkan
pembaca akan lebih tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya.

Akhir sekali, kejutan novel yang agak menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana,
pembaca akan lebih teruja ketika membaca novel ini

KELEMAHAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Selain
daripada mempunyai kebaikan dalam membaca novel ini, terdapat juga beberapa
kekurangan yang ada dalam novel ini.

Antaranya ialah jalan cerita sering menyimpang jauh dari plot utama. Hal ini dikatakan
demikian kerana, penulis memanjangkan jalan cerita dengan isi-isi yang tiada kena
mengena dengan jalan cerita utama menyebabkan pembaca berasa bosan dan tidak selesa
membaca novel ini.

Seterusnya, penghujung cerita yang mengecewakan. Hal ini dikatakan demikian kerana
perasaan cemburu seporang suami yang melebih - lebih telah mencetuskan penceraian
suami isteri, walaubagaimanapun isterinya masih memaafkan suaminya. Hal ini telah
membuatkan ramai pembaca tidak berpuas hati dengan keputusan penulis untuk
mengkonklusikan cerita ini sebegini.

Selain itu, personaliti watak yang tidak berubah untuk menjadi lebih baik. Hal ini dikatakan
demikian kerana watak utama yang naif, sanggup memaafkan bekas suaminya yang
berperangai keji terhadapnya sebelum bercerai dan personaliti watak yang tidak konsisten,
bertukar-tukar sesukahati penulis.

Disamping itu, penggunaan bahasa penulis. Hal ini dikatakan demikian keran, terdapat
banyak penggunaan bahasa indonesia pada muka surat yang awal menyebabkan pembaca
yang kurang faham bahasa tersebut harus menggunakan aplikasi terjemahan untuk
memahami konteks dialog tersebut.

Akhir sekali, penulis lebih memfokuskan acara yang tidak penting. Hal ini dikatakan
demikian kerana plot yang penting hanya ditunjukkan dan diterangkan beberapa muka
surat sahaja terlihat seperti penulis ini tidak berusaha sehabis mungkin untuk menjayakan
novel ini.

CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa cadangan yang boleh ditambah baik berdasarkan kekurangan yang ada dalam
novel ini.

Antaranya ialah memfokuskan kepada plot cerita utama yang ingin diceritakan. Hal ini
dikatakan demikian kerana, penulis akan lebih memahami plot cerita dan apa yang ingin
disampaikan oleh penulis.

Selain itu, penulis boleh menukarkan pengakhiran cerita menjadi pengakhiran yang
gembira. Hal ini akan menyebabkan pembaca tidak rasa kecewa apabila mengetahui
kesudahan novel ini.

Disamping itu, perwatakan yang bersikap nilai - nilai positif. Hal ini akan memberi kesan
kepada pembaca untuk mengimplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Selain daripada itu, memantapkan penggunaan bahasa. Hal ini boleh mengurangkan
kekeliruan antara pembaca jika penulis menggunakan bahasa selain bahasa melayu.

Akhir sekali, memberi tumpuan kepada sesuatu plot yang penting. Hal ini akan
membantu pembaca untuk memahami konteks dan isi yang ingin disampaikan

NOVEL TINGKATAN 5

NOVEL SILIR DAKSINA

PENGENALAN

Novel ini mengisahkan tentang kekeluargaan. Haiqal dan keluarganya mengalami konflik
yang berpunca daripada perceraian ibu bapanya. Dia tidak berpeluang untuk mengenali
ayahnya kerana dipisahkan oleh ibunya.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL

Novel komsas Form 5 ini telah dihasilkan oleh Nizar Parman yang merupakan anak
kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau telah menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti
Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah dan merupakan seorang
guru di SK Seri Lalang, Kluang. Novel ini merupakan hasil penulisan sulung beliau dan telah
memenangi tempat kedua sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 bagi kategori novel
remaja.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1

haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika.
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk.
Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan
baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil
mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya..
Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal
pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan
Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal
menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang
seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-
pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual
dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah
menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim
datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah
dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh
abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia
menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung
untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku
dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai
menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak
sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-
undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim
hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya
sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong
aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan
kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah
ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim
menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-
nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku.
Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali
terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku
dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar
Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang
diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan
Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku
sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah
ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.

Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk
ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke
Johor atas sebab-sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah.
Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin
Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan
terhadap anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang
keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah
ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.

Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal
ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana.
Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang
amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.
Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting
untuk memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan
adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan
telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
menari.

ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar.
Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa
aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling
menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu
Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima
tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya
ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya
terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta
aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri.
Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari
nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung
amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung
menjadi popular.

iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai
Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji
Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai
Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan
Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan
sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju
untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah
terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku
ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan
jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis
tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku
(yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk
sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada
dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan
masalah hidupnya sendiri.

iiv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15
orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu..
Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku
puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca
buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya
mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai
ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih
sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan
deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa
sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,

v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku.
Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali
membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda
kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan
berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan
kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon
Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu
Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku,
Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu
ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan
yang mengelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih
berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak
pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan
yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu
akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling
dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya.
Menumpang kasih akan Ai Ling

vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan
malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai
Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati
terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama
memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil
yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha
penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu
dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk
mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan
D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan
itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di
kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika
golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan
peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun
kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ
Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku
memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai
Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati
akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku
terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya.

viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi
yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju
mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat
bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali
seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program
yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang
baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku
membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam
balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi
orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan
menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya
kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung
jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk
membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi
impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi
untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan
disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam
keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.

BAB 4

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak
untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun
di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri.,
Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan
suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam
kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu
Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya
itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang
digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang
menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia
berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan
manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan
antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan
negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya
uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi
kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk
berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada
Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama.
Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal
terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan
batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu
kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip
ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa
yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk
menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi
jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang
kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah
kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal
tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan
Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia
menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan
dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya
pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara
diam-diam.

BAB 7

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani
oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk
menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

BAB 8

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.
Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut.
Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong
yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang,
dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke
rumah arwah ayahnya.

BAB 9

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah
kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada
Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

BAB 10

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal
banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam
tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik
tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung
tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal
selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah
menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

BAB 12

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung.
Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah
hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut
dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-
gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa
arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang
bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

BAB 13

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung
Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

BAB 14

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-
sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi
bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

KEKUATAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima ialah novel Silir Daksina karya NIzar Parman.
Terdapat beberapa kelkuatan yang diperoleh selepas membaca novel Silir Daksina ini.

Antara kelebihan yang telah diperoleh setelah membaca novel ini ialah plot yang ingin
diceritakan oleh penulis disampaikan dengan baik dan mudah difahamkan. Hal ini
dikatakan demikian kerana, pengakhiran cerita ini mempunyai cerita yang tidak
tergantung mahupun membuat pembaca tertanya-tanya walaupun novel itu sudah sampai
ke penghujungnya.

Seterusnya, pembaca memperoleh banyak pengajaran yang menarik. Hal ini dikatakan
demikian kerana tidak semua penulis boleh berfikir untuk menulis novel yang mempunyai
pengajaran yang boleh diulaskan sendiri dan senang difahami oleh semua pembaca
sehingga tiada konflik antara pembaca dengan pembaca yang lain.

Selain itu, penulis mampu membuatkan pembaca membaca novel dengan penuh emosi dan
perasaan. Hal ini akan membuat para pembaca lebih menghayati dan faham apa yang
sebenarnya terjadi dan diceritakan.

Disamping itu, penulis menyatakan latar belakang setiap watak sama ada watak utama
atau watak sampingan. Hal ini akan sentiasa memudahkan pembaca agar tidak tertukar
latar belakang bagi setiap watak. Sudah terang lagi bersuluh, pembaca mampu memahami
apa yang ingin disampaikan oleh penulis.

KELEMAHAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Selain
daripada mempunyai kebaikan dalam membaca novel ini, terdapat juga beberapa
kekurangan yang ada dalam novel ini.

Antara kekurangan yang diperoleh ialah penulis tidak menerapkan nilai kasih sayang di
dalam sesuatu penceritaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam novel, terdapat
peristiwa yang menceritakan tentang konflik antara suami dan isteri yang bercerai dan
akhirnya melibatkan anak mereka. Hal ini akan menyebabkan perhubungan antara ibu
bapa dan anak - anak menjadi kurang mesra.

Seterusnya, penulis kurang dalam memberikan gambaran situasi. Hal ini akan
menyebabkan sesetengah pembaca tidak dapat membayangkan situasi atau penceritaan
secara dialog kerana terdapat beberapa individu yang lebih gemar untuk melihat gambaran
rajah daripada membacanya.

Selain itu, watak yang tidak dapat berfikir panjang terhadap sesuatu perkara yang dibuat
dan meberi kesan kepada keluarga dan orang sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana
terdapat contoh peristiwa yang berlaku dimana Tauke Lim terpaksa berhijrah ke tempat
lain bersama keluarganya kerana harta peninggalan ayahnya habis dijual oleh abangnya
yang gila judi untuk membayar pinjaman daripada ceti haram.

Disamping itu, kurang menarik dari segi plot penceritaan. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pembaca berasa bosan dan mengharapkan lebih banyak kejutan daripada plot cerita
yang berkaitan dengan watak Haiqal.

Akhir sekali, penceritaan watak yang mementingkan diri sendiri Hal ini dikatakan kerana,
terdapat peristiwa dimana Rafiqah menyekat Haiqal untuk mengenali wajah ayah
kandungnya sendiri serta melawat arwah ayahnya yang telah meninggal dunia.

CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan Lima ialah novel Siklir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh ditambah baik
berdasarkan kekurangan dalam novel ini.

Cadangan penambahbaikan yang boleh ditambah baik dalam novel ini ialah
menerapkan lebih banyak nilai-nilai positif. Hal ini dikatakan demikian kerana,
pembaca boleh mengimplikasikan nilai - nilai positif tersebut dalam kehidupan
seharian mereka.

Seterusnya, mencetuskan watak yang dapat memberi pengajaran yang berguna
untuk pembaca. Hal ini akan menyebabkan pembaca menyedari faedah menjadi
seorang insan yang mempunyai sikap nilai - nilai positif.

Selain itu, memberikan lebih banyak gambaran situasi. Hal ini akan memudahkan
pembaca untuk lebih memahami dan menghayati apa yang dibaca.

Disamping itu, menambahbaik dari segi plot penceritaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, penulis akan membuat pembaca lebih teruja untuk membaca
dan ingin tahu apa yang berlaku seterusnya.

Akhir sekali, penulis boleh memantapkan cara penceritaan. Hal ini dikatakan
demikian supaya pembaca tidak jatuh bosan ketika membaca.

NOVEL TINGKATAN 5
NOVEL BIMASAKTI MENARI

PENGENALAN

Novel ini mengisahkan tentang kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam
sekitar. Nurul Hafsa berazam untuk mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala
Selangor. Dia mendapat bantuan abangnya, Budiman dan sahabat abangnya, Muhammad
Taufik. Namun begitu, perjuangan mereka dihalang oleh Dato’ Johann Arlington-Majid yang
merupakan musuh bapa Taufik. Beberapa musibah yang berlaku akhirnya dapat dtatasi oleh
mereka sehingga membawa kepada pelaksanaan projek yang dicadangkan oleh Nurul Hafsa.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL

Penulis novel Bima Sakti Menari, Sri Rahayu binti Mohd Yusop, 39, merupakan guru bahasa
Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah itu
memiliki ijazah sarjana muda TESL dari Universiti Otago, New Zealand dan kelayakan
ikhtisas pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion
atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal
kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan
untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-
kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya.
Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad
Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar
populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit
Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan
SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita
kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki
kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi
mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak
Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai
Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan
perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di
Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi
meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin
menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan
kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann
Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya
untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari
Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat
buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap.
Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada
malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang
pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam
dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan
keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat
melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan
menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan
penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

BAB 2

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai
Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal
dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-
benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun
Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan
mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk
berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada
malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip
Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang
sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.

BAB 3

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan
seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana
selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang
dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara
serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata.
Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran
tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara
inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu
jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana
bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya
untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi
tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun
demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh
mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan
sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala
Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.


Click to View FlipBook Version