Syed Nazmi bin Tuan Taufek JHEAT JHEAT JHEAT
Dicetak oleh: Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Lot Sk 53, Kawasan Perindustrian Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu Tel: 09-666 8611 / 6652 / 8601 Faks: 09-666 0611 / 0063 Emel: [email protected] YAYASAN ISLAM TERENGGANU SDN. BHD. No. Pendaftaran 144692-D Syarikat Percetakan ISBN 978-967-26831-2-4 Cetakan Pertama 2017 Cetakan Kedua 2018 Cetakan Ketiga 2019 Cetakan Keempat 2021 Cetakan Kelima 2022 © Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Hak Cipta Terpelihara Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel daripada kandungan buku ini dengan apa cara sekalipun, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Diterbitkan oleh: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Tingkat 4, Pusat Pentadbiran Islam, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20676 Kuala Terengganu. Tel: 09-625 2525 Faks: 09-624 5958 JHEAT JHEAT JHEAT
Kandungan Isi Kandungan Muka Surat Kata-kata Aluan Pesuruhjaya iii Pendahuluan 1 Bahayanya Merasakan Dosa Itu Ringan 4 Syarat-syarat Taubat dan Penyempurnaannya 7 Taubat Yang Agung 15 Taubat Menghapuskan Dosa Sebelumnya 18 Apakah Allah Akan Mengampuni Saya 20 Taubatnya Pembunuh Seratus Jiwa 23 Apa Yang Patut Saya Lakukan Apabila Telah Berdosa 27 Cara Pelaksanaan Solat Taubat 29 Sahabat Jahat Mengekori dan Mengejar Saya 32 Mereka Mengancam Saya 36 Doa Nabi Ibrahim u 39 Dosa Mengganggu Kehidupan 40 Apakah Saya Perlu Mengaku 42 Jawapan dan Fatwa Buat Pentaubat 47 Penutup 59 Rujukan 62 JHEAT JHEAT JHEAT
JHEAT JHEAT JHEAT
ّه وبركاته السالم عليكم ورحمة الل Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah I di atas limpahan kurniaNya, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dapat menerbitkan karangan yang berjudul “Saya Ingin Bertaubat” yang telah disediakan bagi panduan setiap kita yang mahu bertaubat kepada Allah I. Tuntutan bertaubat atas kesalahan dosa dan maksiat merupakan kewajipan kepada setiap Muslim dan Muslimah yang terjebak dalam perangkap nafsu dan kehendak jiwa. Ia menjadi persoalan penting dalam memilih kaedah dan cara bagi menyucikan diri daripada kekotoran dosa dan mencernakan semula kekeliruan yang timbul di dalam minda akibat kefahaman yang salah mengenainya. Semoga risalah ini dapat memberikan panduan terbaik buat semua masyarakat di dalam menghasilkan bekalan amal soleh dan meninggalkan kesalahan dosa dalam kehidupan mereka. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis yang telah menghasilkan risalah penting ini. Semoga segala usaha dan masa yang disumbangkan akan mendapat ganjaran daripada Allah I. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu. Kata-kata Aluan Pesuruhjaya JHEAT JHEAT JHEAT
JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 1 Pendahuluan Segala kepujian adalah milik Allah I yang telah menciptakan sekalian alam ini. Salawat dan salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad r, juga untuk keluarga Baginda, para Sahabat dan doa kesejahteraan bagi sekalian yang mengikuti jejak perjalanan Baginda r. Allah I telah mengarahkan kita semua agar bertaubat dan kembali rujuk kepadaNya, sebagaimana firmanNya I: Maksudnya: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”1 Dibahagikan para hambaNya kepada dua golongan sahaja, tiada ketiganya, iaitu yang bertaubat dan yang menzalimi diri sendiri. Firman Allah I: Maksudnya: “Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”2 Pada zaman ini, sebilangan umat telah menjauhi agama Allah I dengan melakukan perbuatan maksiat dan menyebarkan banyak kerosakan akhlak di kalangan masyarakat. Boleh dikatakan bahawa kesemua mereka terjerumus ke dalam kancah dosa kecuali mereka yang dijaga dan dilindungi oleh Allah I. 1 Surah al-Nur, ayat 31. JHEAT 2 Surah al-Hujurat, ayat 11. JHEAT JHEAT
2 Saya Ingin Bertaubat Tetapi Allah I tetap menjaga agamaNya, lalu menyedarkan sebahagian para hambaNya dari kelalaian dan kealpaan mereka; mereka merasakan diri telah meringan-ringankan kewajipan agama dan merasa sesal atas apa yang berlaku. Akhirnya, mereka mencaricari jalan yang lurus dengan bertaubat kepada Allah I. Kedapatan antara mereka yang merasakan kesulitan dan kekalutan dalam kehidupan, juga menjauhi hidayah Allah I telah mencari cahaya petunjukNya dengan mula mendekati masjid, majlis-majlis ilmu dan acara pengisian iman. Akan tetapi, di kalangan sebahagian yang lain mendapati seolah-olah terdapatnya halangan dan rintangan untuk terus mengorak langkah ke arah jalan ketaqwaan kepada Allah I. Ini disebabkan rasa kesangsian yang terbuku di dalam sanubari terhadap pengampunan Allah I, juga pujukan rakan seperjalanan dahulu yang terus menghantui fikiran mereka. Justeru, risalah kecil yang disunting daripada hasil pena Syaikh Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang pendakwah temporari dari Timur Tengah dan pemilik www.islamQA.com, diharap mampu memberikan pencerahan terhadap polemik dan persoalan yang tersemat dalam fikiran sebahagian umat dan bakal menghilangkan kerisauan dan kekeliruan minda mereka selepas membacanya, agar bisikan syaitan dapat dijauhkan dari hati jantung mereka di dalam menjalani usaha murni untuk bertaubat kepada Allah I. Risalah kecil ini mengandungi pendahuluan tentang bahayanya tanggapan remeh-temeh dan rasa ringan terhadap dosa kesalahan terhadap Allah I, juga menyatakan cara perubatan jiwa dan hati, pandangan para ulama mengenai dosa dan taubat, di samping dinyatakan jawapan kepada pertanyaan mengenainya melalui pengertian al-Quran dan Hadith Nabi r. JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 3 Semoga Allah I memberikan kebaikan untuk kita semua dan menjadikan risalah ini sebagai pedoman kepada jiwa-jiwa yang inginkan ketenangan dan sakinah dalam kehidupan duniawi mereka dan kebahagiaan di akhirat nanti, Insya Allah. JHEAT JHEAT JHEAT
4 Saya Ingin Bertaubat A. BAHAYANYA MERASAKAN DOSA ITU RINGAN Kita telah dimaklumkan bahawa Allah I telah mengarahkan para hambaNya supaya mengikhlaskan taubat mereka kepadaNya sepertimana firmanNya: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”.”3 Dia I juga telah mengurniakan kepada kita masa untuk bertaubat sebelum kesalahan yang telah kita lakukan itu dicatatkan oleh Malaikat Penulis. Sabda Nabi r : ْو ْ ُم ْخ ِط ِئ أَ ِِم ال ْ ُم ْسل ِْد ال َْعب اع ٍ ات َعِن ال َ َم ِس َّت َس َ َْقل رَْيفَ ُع ال إِ َّن َص ِ اح َب الشِّ اَمِل لِ َ ْت َو ِ احَدةً َْق َ اها، َوإِاَّل ِ كُتب ََّه ِمْنَها، أَل َ الل َ ْغفَر َِدَم َو ْ است إ ْن ن ْ ُميِسِء، فَِ ال Maksudnya: “Penulis kiri (Malaikat) akan mengangkat penanya selama enam jam [kemungkinan tempoh jam sekarang atau beberapa tempoh waktu pada siang atau malam] dari menulis dosa seorang hamba mukmin yang bersalah. Jika dia menyesal dan memohon keampunan dari Allah, kesalahan itu akan dicampakkan (tidak ditulis), dan jika tidak menyesal, kesalahan itu hanya ditulis sebagai satu dosa.”4 3 Surah at-Tahrim, ayat 8. 4 Al-Tabarani, al-Mu’jam al-Kabir 8/185 (7765) dan al-Baihaqi, Syu‘ab al-Iman 9/272 (6650). JHEAT Dihukum sebagai hadith hasan oleh al-Haythami dalam Majma’ al-Zawa’id (17576). JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 5 Malangnya, petaka yang menimpa umat pada hari ini adalah kerana mereka tidak takut kepada Allah I, sering melakukan dosa sama ada pada waktu siang atau malam. Di kalangan mereka ada menganggap dosa itu hanyalah kecil-kecil sahaja, terdapat juga sebahagian mereka yang memandang enteng terhadap kesalahan ketika melakukan apa-apa dosa, dengan katanya: Mengapa dirisaukan mengenai dosa disebabkan pandangan mata atau kerana bersalaman dengan bukan mahram? Justeru, mereka merasa seronok ketika melihat perkara-perkara yang menjolok mata, dalam majalah, FB, Instagram atau drama tv dan video, sehingga ada yang bertanya secara menyindir - jika diberitahu tentang haramnya perbuatan tersebut - ‘Berapa banyak dosa yang akan dicatatkan terhadap perlakuan saya? Ia dosa besar sangat ke?’ Jika kita mengetahui hakikat dosa dan bagaimana kealpaan manusia sekarang mengenainya tentulah kita akan beristighfar dan menangis. Bandingkanlah realiti tersebut dengan maksud dua athar dari Sahih Bukhari ini: i. Dari Anas t, dia berkata: “Kamu melakukan sesuatu perbuatan yang pada tanggapan kamu ia lebih halus dari urat rambut kamu, sedangkan ia pada zaman Rasulullah r, kami anggap ia adalah dosa besar yang membinasakan.”5 ii. Dari Ibn Mas‘ud t, dia berkata: “Orang beriman menganggap dosanya seumpama batu besar yang akan jatuh ke atas kepalanya ketika dia berada di bawah bukit, tetapi orang fajir (jahat) melihat dosanya seperti seekor lalat yang mahu hinggap di atas hidungnya lalu ditepisnya.”6 5 Musnad At-Tayalisi 2/691 (1450), Musnad Ahmad 20/54 (12604), Sahih al-Bukhari 8/103 (6492). JHEAT 6 Sahih al-Bukhari 8/67 (6308), al-Nawawi ala Sarh Muslim 17/61. JHEAT JHEAT
6 Saya Ingin Bertaubat Apakah mereka dapat menilai betapa besarnya bahana dosa jika mereka membaca hadith Rasulullah r: ُوا ََزل َ ْوٍم ن ُ ِوب كَمثل ق الذن ُّ َ ِ ات إمَّن َ َا مثَلُ ُم َحَّقر ُ ِوب فَِ الذن ُّ َ ِ ات َّ ْ اكُم َوُم َحَّقر إِي ْ ُزه ْم، ْ َض ُجوا خب َّى حملوا ما أَن َ َذ ِ ا ب ُع ٍود َحت َ َذ ِ ا ب ُع ٍود، َو َجاء ْ َن و ٍ اد، فَ َجاء َط ب َّ ْ اكُم ِ ْكه. ويف رواية: إِي َُه ْ ا تهل ُ ْؤ َخ ْذ ِبَه َ ا ص ِ احب َى ي ُ ِوب َمت الذن ُّ َ ِ ات َوإِ َّن ُم َحَّقر ِ ْكَنُه ُ ْهل َّى ي َّ ُج ِل َحت َِمْعَن َعىَل الر َ ْجت َّ ُه َّن ي إن ُ ِوب، فَِ الذن ُّ َ ِ ات َوُم َحَّقر Maksudnya: “Jauhkan diri kamu dari dosa-dosa yang dianggap remeh, maka sesungguhnya perumpamaan dosa-dosa yang dianggap remeh itu adalah seperti satu kumpulan yang singgah di suatu lembah; seorang membawakan sepotong kayu, yang lain membawa sepotong kayu yang lain, sehinggalah mereka membawa kayu-kayan yang banyak hingga dapat memasak roti mereka. Sesungguhnya dosa-dosa yang dianggap remeh itu bila pelakunya dikenakan tindakan maka ia akan musnah - (binasa). Dalam sebuah riwayat: Jauhilah dosa-dosa yang dianggap remeh, kerana bila ia terkumpul pada seseorang, ia akan membinasakannya.”7 Para ulama telah menjelaskan bahawa dosa kecil bilamana ia dilakukan bersama dengan kurangnya rasa malu, tidak peduli, tidak takut kepada Allah I di samping meremehkan pelakuannya, ia akan dianggap sebagai dosa besar, bahkan sama setaraf dengan dosa besar. Kerana itu seringkali kita diberitahu “tidak dinamakan dosa kecil jika ia dikekali dan tidak dikatakan dosa besar jika diminta pengampunan daripada Allah I.’8 7 Al-Mu’jam al-Kabir 6/165 (5872), al-Asqalani, Fath al-Bari 11/329, Majma’ al-Zawa’id 10/190 (17462). 8 JHEAT Ibn Rajab, Jami’ al-’Ulum 1/448. JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 7 Justeru, diberitahu kepada mereka yang meremehkan dosa kecil: “Jangan kamu melihat kepada kecilnya (dosa) maksiat tersebut, tetapi perhatikan kepada siapa yang kamu derhakai.” Perkataan seumpama ini akan memberikan manfaat kepada mereka yang benarbenar ikhlas. Mereka yang tidak merasa apa-apa kesalahan atas perbuatan dosa dan mengambil sikap tidak acuh terhadapnya, mereka akan berterusan dalam kesesatan dan akan sentiasa melakukan kebatilan. Nasihat sedemikian adalah bagi mereka yang percaya kepada firman Allah I: Maksudnya: “Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Nabi Muhammad), bahawa Akulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azabKu adalah azab yang tidak terperi sakitnya (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).”9 B. SYARAT-SYARAT TAUBAT DAN PENYEMPURNAANNYA Perkataan taubat adalah lafaz yang besar lagi hebat, ia mengandungi makna yang mendalam. Ia tidak sebagaimana yang disangka oleh sebahagian manusia; sekadar lafaz yang diucapkan oleh lidah seseorang tetapi tetap terus melakukan dosa. Renunglah firman Allah I ini, kita akan dapati taubat adalah suatu tambahan lain di samping ucapan istighfar: 9 JHEAT Surah al-Hijr, ayat 49-50. JHEAT JHEAT
8 Saya Ingin Bertaubat Maksudnya: “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberikan kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu.”10 Oleh kerana taubat ini amatlah penting, para ulama telah meletakkan beberapa syarat dan peraturan untuk dipatuhi oleh seseorang yang bertaubat, mengikut panduan daripada maksud ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi r: Pertama : Meninggalkan dosa dengan segera, Kedua : Menyesali atas perbuatan dosa yang berlaku, Ketiga : Berazam tidak akan kembali melakukannya, Keempat : Mengembalikan hak dan barang orang yang dizaliminya atau meminta pelepasan, juga kemaafan dari mereka. Sebahagian ulama menyenaraikan beberapa syarat tambahan lain untuk taubat yang murni tersebut termasuklah: 1. Meninggalkan dosa tersebut semata-mata kerana Allah I, bukan atas sebab-sebab yang lain seperti; tidak mampu lagi melakukannya lantaran sakit, atau tidak larat untuk mengulanginya, atau takutkan percakapan orang ramai tentangnya, • Kerana itu tidak dinamakan bertaubat; orang yang meninggalkan perbuatan dosa kerana bimbang ia memberi kesan terhadap pangkat dan kedudukannya dalam masyarakat, atau kemungkinan dibuang kerja, 10 JHEAT Surah Hud, ayat 3. JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 9 • Tidak dinamakan bertaubat juga; orang yang menjauhi dosa untuk menjaga kesihatan dan kekuatannya, seperti orang yang meninggalkan zina atau perbuatan jalang kerana bimbang dijangkiti penyakit berjangkit atau melemahkan tubuh badannya dan fikirannya, • Juga tidaklah bertaubat; orang yang tidak mahu menerima rasuah kerana bimbang pemberi rasuah itu dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bagi menangkapnya, • Tidak dinamakan bertaubat; orang yang meninggalkan minum arak atau menagih dadah lantaran dia sudah jatuh bankrap, • Juga tidaklah bertaubat; orang yang lemah dari melakukan perbuatan maksiat kerana suatu perkara di luar kawalan dirinya, seperti seorang pendusta yang terkena penyakit ‘angin’ yang menyebabkan lidahnya kelu, atau seorang penzina yang tidak mampu langsung melakukan persetubuhan, atau seorang pencuri yang ditimpa kemalangan yang menyebabkan kedua tangannya tidak berfungsi. Bahkan kesemua pesalah yang disebutkan tadi sewajibnya menyesal dan tidak lagi ada niat untuk melakukan perbuatan dosa berkaitan, bukanlah merasa menyesal kerana tidak dapat melakukannya lantaran kelemahan yang ada. Sabda Nabi r: ٌَة النَدُم تَ ْوب َّ Maksudnya: “Rasa menyesal itu adalah permulaan taubat.”11 11 JHEAT Musnad Ahmad 6/37 (3568), Mu’jam al-Kabir 22/41 (101), al-‘Asqalani, Fath al-Bari 11/103. JHEAT JHEAT
10 Saya Ingin Bertaubat Dalam sebuah hadith, Nabi r telah menyama-tarafkan pahala atau dosa kepada orang yang lemah (tetapi tetap bercita-cita untuk melakukan sesuatu) seumpama pembuat perlakuan tersebut. Sabda Baginda r: َِصلُ َُّه، َوي َِّق ِي ف ِيه َرب َت ْاًم، فَ ُهَو ي َُّه َم اًال َ وِعل َُه الل ٌْد َرَزق َفَ ٍر : َعب ََعِة ن َ ْرب َ أِ ا ل ْي إِمَّنَ ُّ ا الدن َُه ٌْد َرَزق َ َال: َوَعب َْمَن ِازِل ق َ َال: فََهَذ ِ ا بأَفْ َض ِل ال َِّه ِف ِيه َحَّقه ق َ ُم لِل َ ْعل ِف ِيه َر ِحَمُه، َوي ْ ُت ِبَعَمِل م ٌال َعِمل َُق ُول: لَ ْو َ كَان يِل َ َ َال: فَ ُهَو ي ُْه َم اًال؟ ق ْ ُزق َر ْاًم َ ولَ ْم ي َُّه ِعل الل ْاًم، فَ ُهَو ُْه ِعل ْ ُزق َر َُّه َم اًال َ ولَ ْم ي َُه الل ٌْد َرَزق َ َال: َوَعب ٌ، ق ُ ُهاَم َ سَواء َ َال: فَأَ ْجر فُاَل ٍن ق َ ُم َ ْعل َِصلُ ِف ِيه َر ِحَمُه، َواَل ي َُّه، َواَل ي َِّق ِي ف ِيه َرب َت ٍْم، اَل ي ِ ِعل مالِِه ِبَغرْي َ ْخبِ ُط فيِ َ ي ْم َُّه َم اًال، َواَل ِ عل ُْه الل ْ ُزق َر ٌْد لَ ْم ي َ َال: َوَعب َْمَن ِازِل ق َ ِث ال َِّه ِف ِيه َحَّقُه، فََهَذ ِ ا بأَ ْخب لِل ُُه، فَِوْزُر ُهاَم ِ ف ِيه َّت ِي َ َال: ِه َي ن ْ ُت ِبَعَمِل فُاَل ٍن، ق م ٌال لََعِمل َُق ُول: لَ ْو َ كَان يِل َ فَ ُهَو ي ٌ َسَواء Maksudnya: “Dunia ini dimiliki oleh empat golongan manusia: (i) Seorang hamba Allah yang dikurniakan harta dan ilmu, dia bertaqwa kepada Allah padanya, menghubungkan silaturahimnya, dia ketahui ada hak yang wajib diberikan untuk agama Allah: dia akan berada pada tempat yang terbaik di sisi Allah, (ii) Seorang yang dikurniakan ilmu tapi tidak diberikan harta, dia mempunyai hati yang suci, dia berkata: ‘Jika daku mempunyai harta aku akan melakukan seumpama kerja baik si fulan,’ dia berniat sedemikian, maka pahala keduanya adalah sama, (iii) Seorang yang diberikan harta tetapi tidak dikurniakan ilmu, dia sewenang-wenangnya memboroskan hartanya tanpa ilmu, tidak bertaqwa kepada Allah JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 11 dan tidak menghubungkan silaturahim, juga tidak mengendahkan hak kewajipannya terhadap harta tersebut; dia akan berada di tempat yang terendah kedudukannya, dan (iv) Seorang yang tidak diberikan harta mahupun ilmu, dia berkata: ‘Jika daku memiliki harta akan aku lakukan seumpama perlakuan si fulan tadi,’ dengan niatnya itu kedua mereka mendapat dosa yang sama.”12 2. Merasakan buruknya perlakuan dosa dan kemudaratannya Ini bermakna antara ciri taubat yang benar adalah ‘tidak boleh bercampurnya perasaan gembira dan lazat ketika teringatkan dosa-dosa lampau, atau bercita-cita ingin mengulanginya kembali pada masa akan datang.’ Ibn Qayyim t telah menyenaraikan di dalam kitab beliau (Penyakit & Ubatnya)13 beberapa kemudaratan dosa, antaranya: Tertegahnya ilmu – rasa kekosongan dalam jiwa – urusan sendiri menjadi sulit – lemahnya badan – susah untuk melakukan taat – tiada keberkatan dalam hidup – kekurangan taufiq – dada terasa sempit – dosa yang menjadi-jadi – biasa buat dosa – kehinaan diri di sisi Allah – rasa hina di hadapan manusia – mendapat kutukan haiwan – peribadi diri rosak – termeterinya hati – tergolong dalam laknat – tertegah maqbul doa – buat rosak di daratan dan laut – tiada rasa cemburu – tiada malu – kehilangan ni’mat – turunnya bala – ketakutan dalam hati – terperangkap dalam bujukan syaitan – kesudahan yang buruk – azab di akhirat. 12 Musnad Ahmad 29/562 (10831), Sunan al-Tirmidhi 4/141 (2325). 13 JHEAT Ibn Qayyim, al-Da’ wa al-Dawa’, ms 1/52-55. JHEAT JHEAT
12 Saya Ingin Bertaubat Dengan mengetahui keburukan dosa dan kemudaratan maksiat akan menjadikan seseorang itu menjauhi semua dosa. Malangnya kedapatan sebahagian manusia yang akan melakukan dosa yang lain atas beberapa sebab, antaranya: i. Dosa terbaharu itu lebih ringan pada tanggapannya, ii. Keinginan nafsu kepadanya lebih kuat dan hati amat tertarik terhadapnya, iii. Situasi semasa melakukan dosa berkenaan lebih mudah dari yang lain sebab ia telah tersedia di hadapannya, tetapi berlainan daripada maksiat yang memerlukan penyediaan dan kemudahan, iv. Terdapat teman-teman lama yang masih bergelumang dengan dosa itu dan amat sukar untuk meninggalkan mereka. Kerana seseorang itu bila melakukan sesuatu kesalahan, ia menjadikannya merasa megah dan mempunyai kedudukan tinggi di kalangan sahabatsahabatnya, justeru amat sukar baginya meninggalkan kesalahan berkenaan, lalu berterusan melakukannya. Ini sebagaimana berlaku terhadap ketua-ketua gengster dan kumpulan penjenayah lain. Demikianlah yang pernah berlaku terhadap Abu Nawwas, seorang penyair ketika dinasihati oleh Abu al-Atahiyah, yang menegurnya kerana keterlibatannya bergelumang dalam perbuatan maksiat, Abu Nawwas menjawab: ‘Apakah kamu wahai Abu Atahiyah menginginkan daku meninggalkan kesukaan tersebut ? Apakah kamu menginginkan daku merosakkan tabiat tersebut sedangkan aku orang yang mempunyai kedudukan di kalangan kaumku?’14 14 JHEAT Ibn al-Jawzi, Zam al-Hawa, 1/76. JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 13 3. Hendaklah dia bersegera bertaubat, kerana melewatkan taubat merupakan suatu dosa yang memerlukan taubat yang lain. 4. Bimbang jika taubat itu kurang syaratnya dan mungkin tidak mendapat keredaan Allah I. Ini kerana dia tidak boleh memastikan sama ada taubatnya itu diterima atau tidak di sisi Allah I. Jika dia amat yakin dan penuh selesa dengan maqbulnya taubat tersebut, ia akan menyebabkan keangkuhan diri dan tidak bimbang langsung terhadap kemurkaan Allah I. 5. Mengqada’kan semula apa yang telah terluput dari kewajipan terhadap Allah I dengan menggantikannya jika mampu, seperti zakat yang tidak dikeluarkannya dahulu hendaklah dibayar semula kerana ia merupakan hak orang faqir dan miskin. 6. Hendaklah dia berusaha meninggalkan tempat berlakunya maksiat tersebut sekiranya keberadaannya di situ bakal mengulangi kesilapan lalu. 7. Menjauhi teman atau kawan yang membantunya dalam perlakuan maksiat berkenaan. Firman Allah I: Maksudnya: “Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”15 15 JHEAT Surah al-Zukhruf, ayat 67. JHEAT JHEAT
14 Saya Ingin Bertaubat Teman yang buruk akan berlepas diri dan melaknati sesama mereka pada hari kiamat kelak. Justeru, adalah menjadi kewajipan kepada orang yang bertaubat untuk menghindari kawan yang jahat, tidak bertegur sapa dan berwaspada terhadapnya jika merasa sukar untuk mengajaknya turut bertaubat dan meninggalkan dosa berkenaan. Janganlah terjerat dengan hasutan syaitan sehingga tertipu dengan pujukannya lalu menyertai semula kumpulan jahat tersebut dengan beralasan ingin berdakwah kepada mereka sedangkan kamu tahu dirimu terlalu daif dan tidak mampu melawan keinginan mereka. Banyak kes yang telah berlaku, apabila orang yang bertaubat bertemu semula dengan sahabat lamanya, dia akan terjebak semula melakukan maksiat berkenaan. 8. Memusnahkan bahan yang haram yang dimilikinya seperti arak, alatan muzik yang tidak dibenarkan, foto-foto dan filem maksiat, majalah porno dan patung-patung. Ia sewajibnya dipatahkan atau dilupus-musnahkan atau dibakar sahaja. Kepada mereka yang telah bertaubat dan ingin beristiqamah, hendaklah membuang semua pakaian berbentuk jahiliah dengan segera. Banyak kisah orang yang telah bertaubat, kembali semula kepada amalan buruk dan dosa, lantaran pakaian lama dan peralatan yang tidak dibenarkan masih dipelihara dan disimpan di tempat tinggal mereka. 9. Mencari teman-teman soleh dan yang baik bagi membantunya dalam memperbaiki dirinya dan menggantikan sahabatsahabat lama yang jahat. Dengan ini, dia akan berusaha untuk menghadiri majlis-majlis ilmu dan zikir, serta memenuhkan masanya dengan perkara yang berfaedah, agar tiada jalan bagi syaitan untuk mengheretnya kembali ke jalan yang JHEAT buruk sebagaimana dahulu. JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 15 10.Badan yang telah dibekalkan dengan perkara yang haram dahulunya, hendaklah dibersihkan dengan mencari makanan daripada sumber yang halal dan berusaha melakukan pelbagai ketaatan kepada Allah I. 11.Taubat dilakukan sebelum nyawa di halqum (kerongkongan) dan sebelum matahari naik dari pihak barat. Sabda Nabi r: َُّه ِمْنُه َبِلَ الل َ ِبَن ِفَسِه ق ْ ِغر َُغر ْلَ أَ ْن ي َب َم ْن تَ َ اب ق Maksudnya: “Siapa yang bertaubat sebelum ghargarah (bunyi nyawa di kerongkongan ketika ia keluar), Allah I akan menerimanya.”16 Sabdanya r lagi: ِْه َي َُّه َعل الشَّ م ُس ِم ْن َم ْغِرِبَها تَ َ اب الل ُ َع ْ ْل ْلَ أَ ْن تَط َب َم ْن تَ َ اب ق Maksudnya: “Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari sebelah baratnya, Allah I akan menerimanya.”17 C. TAUBAT YANG AGUNG Sebuah kisah telah dipaparkan dalam sejarah Islam mengenai contoh taubat generasi terawal Islam di zaman Baginda Nabi r. Dicatatkan dalam sebuah hadith18 yang diriwayatkan oleh Buraidah t: 16 Musnad Ahmad 38/167 (23068). 17 Sahih Muslim 4/2076 (2703), Musnad Ahmad 15/313 (9509). 18 JHEAT Sahih Muslim 3/1323 (1995). JHEAT JHEAT
16 Saya Ingin Bertaubat Ma’iz bin Malik al-Aslamiy datang menemui Rasulullah r lalu berkata: “Wahai Rasul Allah, saya telah menzalimi diri saya, saya telah melakukan perzinaan! Saya ingin membersihkan diri saya.” Baginda r menolak permohonan Ma’iz tersebut. Besoknya Ma’iz datang lagi menemui Baginda r dan berkata: “Wahai Rasul Allah, saya telah melakukan perzinaan!” Perkhabaran kedua beliau ini juga tidak dilayan oleh Baginda r. Rasulullah r dalam pada itu, telah menghantar utusannya kepada kaum Ma’iz dengan sabdanya: ‘Adakah kamu dapati Ma’iz kurang akalnya? Apakah kamu merasa sangsi terhadapnya’? Jawab kaumnya: ‘Kami tidak ketahui tentangnya melainkan akalnya amat sempurna dan dia antara golongan yang terbaik di kalangan kami!’ Ma’iz datang kepada Nabi r buat kali ketiga tetapi disuruh agar beliau pulang, di samping Baginda r menghantar sekali lagi utusannya r kepada kaumnya bertanyakan perihal Ma’iz dan dimaklumkan bahawa beliau berkeadaan baik dan mempunyai akal yang sempurna. Apabila Ma’iz datang kali keempat, Nabi r telah mengarahkan agar digalikan sebuah lubang besar dan mengarahkan supaya Ma’iz direjam. Kemudian datang pula seorang wanita dari keturunan Ghamidiyah seraya berkata: ‘Saya telah berzina, tolonglah bersihkan diri saya!’ Nabi r telah menolak permintaan wanita tersebut. Keesokan harinya wanita itu datang kembali lalu berkata: ‘Wahai Rasul Allah, kenapa permohonan saya ditolak, barangkali ia seperti permohonan Ma’iz maka permintaan saya ini juga ditolak! Demi Allah, saya sedang mengandung!’ Sabda Nabi r kepadanya: ‘Buat masa sekarang, hukuman tidak dapat dijalankan, kembalilah dahulu sehingga kamu melahirkan anakmu itu!’ Buraidah t berkata: Bila sahaja bayi itu dilahirkan, wanita tersebut datang membawanya dalam sehelai kain dan berkata: ‘Inilah dia JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 17 anak saya, dia telah dilahirkan!’ Sabda Nabi r: ‘Baliklah dahulu, susukannya dahulu sehingga selesai susuannya (selama 2 tahun)!’ Apabila sempurna sahaja dua tahun, wanita itu membawa anaknya kepada Baginda r dan pada tangannya terdapat sekeping roti, lalu berkata: ‘Inilah anakku wahai Rasul Allah, saya telah sempurnakan penyusuannya dan dia telah pun memakan makanan.’ Nabi r menyerahkan anak itu kepada seorang daripada sahabatnya dan diarahkan supaya sebuah lubang digali sedalam pinggang wanita tersebut, kemudian diarahkan orang ramai supaya merejam wanita itu. Khalid bin al-Walid datang ke tempat tersebut dengan membawa sebiji batu lalu melontarkannya ke arah wanita berkenaan. Ia menyebabkan darah wanita itu terpercik ke muka Khalid hingga menyebabkan Khalid memaki wanita tersebut. Nabi r yang mendengar makian Khalid terhadap wanita itu telah bersabda: ‘Bersabarlah wahai Khalid! Demi Allah, wanita ini telah bertaubat dengan sungguh-sungguh. Sekiranya taubat seumpama itu dilakukan oleh seorang ‘pemungut cukai kepala’ tentulah dosanya akan diampunkan oleh Allah I.’ Kemudiannya Nabi r menunaikan solat jenazah ke atas jenazah wanita itu dan mengebumikannya. Dalam suatu riwayat yang lain: Umar berkata: ‘Wahai Rasul Allah, kamu telah merejamnya kemudian bersolat atas jenazahnya?’ Sabda Rasul Allah r: ‘Wanita itu telah bertaubat dengan sebenarnya. Andainya dibahagikan (pahala) taubatnya kepada 70 orang penduduk Madinah ini, taubatnya itu dapat mencukupi (menghapuskan kesalahan) kesemua mereka. Adakah terdapat sesuatu yang lebih hebat daripada kesanggupannya mengorbankan dirinya kerana Allah I?19 19 JHEAT Musnad Ahmad 33/137 (19903), Sunan Abi Daud 4/151 (4440). JHEAT JHEAT
18 Saya Ingin Bertaubat D. TAUBAT MENGHAPUSKAN DOSA SEBELUMNYA Ada yang bertanya: Saya ingin bertaubat tetapi siapakah yang dapat menjamin taubat saya akan diterimaNya I dan Dia akan mengampuni kesalahan saya? Saya amat ingin mengikuti kebenaran tetapi saya merasakan kebimbangan dan takut jika taubat saya tidak diterimaNya. Jawapannya: Apa yang tercetus dalam minda anda itu, ia juga pernah ditanyakan oleh para Sahabat y. Marilah sama-sama kita perhatikan dua cerita di bawah ini dengan baik insya Allah rasa kebimbangan tadi akan hilang. Pertama: Riwayat Imam Muslim /20 tentang kisah pengislaman ‘Amr bin al-‘As t ‘Ketika Allah I mentaqdirkan saya mencintai agama Islam, saya datang menemui Nabi r, seraya berkata: ‘Tolong hulurkan tangan Tuan supaya saya dapat membai‘ah Tuan.’ Baginda r menadahkan tangan kanan Baginda r, akan tetapi saya menggenggamkan tangan saya sendiri ketika itu. Baginda r bertanya: Kenapa wahai ‘Amr? Saya menjawab: ‘Saya ingin membuat satu syarat!’ Tanya Baginda r: ‘Apakah syarat kamu itu?’ Saya berkata: ‘Saya mengharap agar Allah mengampunkan dosa kesalahan saya’..! Sabda Baginda r: ‘Tidakkah kamu tahu wahai ‘Amr, dengan keislaman kamu, ia akan menghapuskan kesalahan kamu sebelumnya dan dengan hijrahmu juga ia akan menghapuskan kesalahan sebelumnya, begitu juga Haji akan menghapuskan kesalahan sebelumnya?’ Kedua: Diriwayatkan oleh Imam Muslim / 21 daripada Ibn ‘Abbas t: ‘Sekumpulan golongan Musyrikin telah membunuh banyak jiwa dan melakukannya secara berulang kali, mereka juga berzina dan memperbanyakkan perlakuan tersebut. Kemudian mereka datang 20 Sahih Muslim 1/112 (192). 21 JHEAT Sahih Muslim 1/113 (193). JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 19 menemui Nabi Muhammad r lalu berkata: ‘Apa yang dinyatakan dan diserukan oleh Tuan adalah baik belaka! Andainya Tuan dapat memberitahu kami tentang kesalahan yang telah kami lakukan itu ada penebusnya dan dijamin dihapuskan, ianya amatlah baik!’ Kemudian turunlah firman Allah I: Maksudnya: “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya.”22 Dan turun juga firmanNya I : Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.”23 22 Surah al-Furqan, ayat 68. 23 JHEAT Surah al-Zumar, ayat 53. JHEAT JHEAT
20 Saya Ingin Bertaubat E. APAKAH ALLAH AKAN MENGAMPUNI SAYA Mungkin anda akan berkata: Saya ingin bertaubat tetapi dosa saya terlalu banyak! Saya sering kali melakukan dosa; apa sahaja dosa yang tersenarai sama ada dosa yang pernah terfikir oleh seseorang atau yang belum pernah difikirkan, saya telah melakukannya. Saya tidak pasti apakah Allah Iakan mengampuni dosa-dosa saya terdahulu? Jawapan saya: Perkara sedemikian bukanlah masalah peribadi anda sahaja, bahkan ia juga masalah yang telah dikongsi oleh orang lain yang ingin bertaubat. Saya masih ingat satu peristiwa, di mana seorang pemuda yang telah melakukan pelbagai maksiat semenjak umurnya belasan tahun. Dia memiliki fail-fail kesalahan dosa yang amat banyak. Perlakuan dosa itu termasuklah yang membabitkan orang ramai sama ada yang tua atau yang lebih muda. Dia pernah mencuri dan pernah mencabul kehormatan seorang budak perempuan kecil. Dia mengakui: ‘Sekarang saya telah pun bertaubat, saya bangun qiyamullail pada waktu malam, saya berpuasa setiap Isnin dan Khamis, membaca al-Quran selepas setiap solat Subuh, apakah taubat saya diterima oleh Allah I?’ Telah menjadi asas dalam Islam, sebarang permasalahan adalah dengan kembalinya kita kepada rujukan al-Quran dan Sunnah Nabi r bagi menyelesaikan sebarang kemusykilan, mendapatkan resolusi dan membuat hukum-hakam. Ketika kita membelek al-Quran, kita akan dapat membaca firman Allah I: JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 21 Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatanperbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”24 Berdasarkan ayat tersebut, ia memberikan jawapan yang amat jelas untuk permasalahan tadi sehinggakan tidak memerlukan penerangan lanjut. Perasaan dalaman anda tentang Allah I tidak akan memaafkan kesalahan lantaran perbuatan dosa yang terlalu banyak, adalah timbul dari: (i) kurangnya keyakinan diri terhadap luasnya limpahan rahmat Allah I, atau (ii) iman yang kurang terhadap kekuasaanNya dalam mengampuni segala dosa, atau (iii) lemahnya faktor dalaman diri iaitu ‘pengharapan’, dan (iv) tidak mengetahui betapa efektifnya taubat dalam penghapusan dosa. 24 JHEAT Surah al-Zumar, ayat 53-54. JHEAT JHEAT
22 Saya Ingin Bertaubat Jawapan tambahan bagi persoalan di atas juga adalah sebagaimana berikut: a. Firman Allah I ( ), yang bermaksud: “dan rahmatKu meliputi segala sesuatu.”25 b. Hadith Qudsi yang sahih: (Firman Allah I: ‘Sesiapa yang tahu bahawa Daku Maha Berkuasa mengampuni dosa, Aku akan mengampuninya, tidak Aku peduli, selagi dia tidak mensyirikkan Daku).26 Yang demikian adalah apabila seorang hamba itu menemui Allah I di akhirat kelak. c. Hadith r: (Wahai anak Adam, selama mana kamu menyeruKu dan mengharapkanKu, Daku akan mengampuni kamu walau bagaimanapun dosa kamu, tidak Daku peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu amat banyak hingga setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, Daku akan mengampuni kamu, tidak Daku peduli. Wahai anak Adam, jika kamu datang mengadapKu dengan dosa seberat bumi ini lalu kamu datang memohon keampunanKu, tidak kamu mensyirikkanKu, Daku akan bertemu denganmu dengan pengampunanKu seumpamana berat bumi itu juga).27 d. Hadith Nabi r: ( هَُل بْ َ ْ ِب َكَم ْن اَل َ ذن ِ ُب ِم َن َّ الذن َّائ الت ( yang bermaksud: ‘Orang yang bertaubat daripada dosanya, seumpama orang yang tiada dosa.’28 Untuk mereka yang masih lagi merasai keberatan dan sangsi dalam mendapatkan pengampunan daripada Allah I terhadap dosa dan kesalahan besar mereka, dibawakan hadith mengenai (Taubat Pembunuh Seratus Jiwa): 25 Surah al-A‘raf, ayat 156. 26 Sunan al-Tirmidhi, 4/656 (2495), Mu’jam al-Kabir 11/241 (11615). 27 Musnad Ahmad 35/375 (21472), al-Tirmidhi 5/440 (3540). 28 JHEAT Sunan Ibn Majah 5/320 (4250), Fath al-Bari 13/471, Majma’ al-Zawa’id 10/200 (17526). JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 23 F. Taubatnya Pembunuh Seratus Jiwa Dari Abi Sa’id Sa’ad bin Malik bin Sinan t bahawa Nabi r bersabda: Di zaman dahulu, terdapat seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia bertanya tentang orang yang paling alim semasa itu, lalu diberitahukan tentang seorang pendeta. Dia mengunjungi pendeta tersebut lalu berkata: Saya telah membunuh seramai 99 orang, apakah saya boleh bertaubat? Pendeta itu menjawab: Tidak boleh! Tanpa bertangguh lagi, dia terus membunuh pendeta tersebut dengan senjatanya maka genaplah bilangan kesemua yang dibunuhnya itu seramai seratus orang. Kemudiannya dia mencari pula orang yang paling alim selepas itu dan dia telah diberitahu tentang seorang cendekiawan agama. Dia mengunjungi cendekiawan tersebut lalu menceritakan: Saya telah membunuh seramai seratus orang, apakah saya boleh bertaubat? Cendekiawan itu menjawab: Memang boleh, tiada siapa yang dapat menghalangmu daripada bertaubat! Tetapi keluarlah ke negeri sekian kerana di sana terdapat golongan mereka yang mengabdikan diri kepada Allah I, beribadahlah bersama mereka dan jangan kamu pulang ke negerimu itu kerana negerimu itu tempat yang tidak baik! Dia terus menuju ke negeri yang dicadangkan itu sehinggalah apabila sampai di pertengahan jalan, Malak al-Maut datang mencabut nyawanya. Ketika itu, Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab berkhilaf bicara siapa yang sepatutnya membawa rohnya. Malaikat Rahmat berkata: Dia mati dalam keadaan bertaubat kepada Allah I dengan sepenuh hatinya. Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan langsung. Kemudian datanglah satu Malaikat yang menyamar menjadi sebagai seorang manusia untuk menyelesaikan permasalahan itu dan jadi hakim. Hakim mengarahkan supaya diukur jarak antara dua negeri JHEAT (tempat yang ditujunya dan tempat yang ditinggalkannya). Mana-mana JHEAT JHEAT
24 Saya Ingin Bertaubat negeri yang lebih dekat si mati kepadanya, ia adalah jawapan dan keputusannya. Mereka mengukur jarak antara keduanya dan didapati negeri yang ditujunya lebih dekat dari negeri yang ditinggalkannya, lalu rohnya diambil oleh Malaikat Rahmat.29 Dalam riwayat sahih juga: ‘Dia mendekati negeri baik yang ditujunya lebih dekat sekadar sejengkal sahaja lalu dijadikan dari golongan negeri tersebut.’30 Dalam riwayat yang lain: ‘Allah I mewahyukan kepada negeri yang ditinggalkannya: Jauhkan jarakmu dan berfirman kepada negeri baik yang ditujunya: Dekatkanlah jarakmu! Kemudian dikatakan: Ukurlah antara keduanya, lalu didapati jarak ke negeri yang ditujuinya lebih dekat sejengkal, lalu diampuninya).’31 Ya, siapa yang dapat menghalang seseorang daripada bertaubat! Bagi sesiapa yang ingin bertaubat daripada dosa kesalahannya, apakah dosa anda lebih besar daripada dosa pembunuh seratus jiwa tadi, sedangkan Allah I telah mengampuninya? Kenapakah kamu perlu berputus asa? Renungkan pula firman Allah I dalam surah al-Furqan:32 29 Sahih Muslim 4/2118 (2766), Fath al-Bari 6/517. 30 Sahih Muslim 4/2119 (2766). 31 Sahih Muslim 4/2119 (2766). 32 JHEAT Surah al-Furqan, ayat 68-70. JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 25 Maksudnya: “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Apabila direnung sejenak firman Allah tadi terutamanya: ( ), yang bermaksud: ‘Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan’…. ia amat jelas menunjukkan kepada anda mengenai kurniaan yang amat besar daripada Allah I. Ulama menjelaskan bahawa penukaran (penggantian) itu ada dua jenis: i. Pertukaran sifat yang buruk dengan sifat yang mulia seperti; pertukaran syirik kepada keimanan, dari zina kepada menjaga maruah, dari dusta kepada benar, dari khianat kepada amanah dan begitulah seterusnya. ii. Pertukaran perkara buruk yang telah dilakukan dengan kebaikan pada hari akhirat. Renungilah firman Allah ( ), yang membawa erti pertukaran itu boleh jadi; kesemua kesalahan menjadi kebaikan, atau ditukarkan dengan kebaikan yang lebih bilangan dan gandaannya serta menutupi sekalian kesalahan yang dibuat tanpa pengecualian. Demikian adalah bergantung kepada JHEAT JHEAT JHEAT
26 Saya Ingin Bertaubat kebenaran pentaubat dan kesempurnaan taubatnya. Apakah anda dapat melihat kelebihan yang lebih hebat daripada kurniaan Allah itu? Marilah sama-sama kita hayati penafsiran kemurahan dan kemuliaan Allah I itu menerusi sebuah hadith yang lain:33 Abdur Rahman bin Jubayr t, dari Abi Tawil Shatab al-Mamdud, bahawa dia mendatangi Nabi r: Datang seorang lelaki tua yang panjang bulu keningnya hingga mencecah matanya, dia memegang tongkat, sehingga berdiri di hadapan Nabi r lalu berkata: Apa pandangan Tuan tentang seorang lelaki yang melakukan semua dosa, tidak meninggalkannya langsung, sama ada kecil ataupun besar, jika diagihkan kesalahannya di antara penduduk muka bumi ini, ia akan membinasakan mereka, adakah baginya taubat? Nabi r bersabda: Adakah kamu telah memeluk Islam? Lelaki itu menjawab: ‘Saya menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Tuan adalah Pesuruh Allah.’ Sabda Nabi r: Kamu lakukanlah kebaikan dan tinggalkanlah keburukan, nescaya Allah akan menjadikannya untuk kamu kebaikan kesemuanya. Lelaki itu bertanya lagi: Apakah diampuniNya kesalahan, pengkhianatan dan kefasiqan saya? Sabda Baginda r: ‘Ya.’ Lelaki itu mengucapkan: Allahu Akbar (Allah Maha Besar) dan dia sentiasa mengulanginya sehinggalah hilang dari penglihatan kami. iii. Kemungkinan orang yang ingin bertaubat berkata: Saya dahulu ketika dalam keadaan sesat, saya tidak solat dan terkeluar dari agama Islam, saya juga melakukan pelbagai amalan baik, apakah ia juga akan dikira pahala untuk saya selepas bertaubat atau akan menjadi sia-sia dan tidak bermanfaat? 33 JHEAT Mu’jam al-Kabir 7/314 (7235), Majma’ al-Zawa’id 1/32 (76). JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 27 Jawapannya: Dari ‘Urwah bin al-Zubayr bahawa Hakim bin Hizam memberitahunya bahawa dia pernah bertanyakan Rasulullah r: Wahai Rasul, apakah pandangan Tuan tentang beberapa perkara yang saya lakukan di zaman jahiliah; sedekah, pemerdekaan, menyambung silaturahim, adakah ia berpahala? Sabda Rasulullah r: ‘Dengan pengislaman kamu, perbuatan baik yang telah kamu lakukan akan sentiasa bersama dengan kamu.’34 Ia bermaksud: Kesemua dosa terampun, kesalahan bertukar menjadi kebaikan, kebaikan yang dilakukan semasa jahiliah tetap dimiliki oleh pelakunya selepas bertaubat…apa lagi yang tertinggal? G. APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN APABILA TELAH BERDOSA Terkadang anda bertanya: ‘Andainya saya melakukan dosa, bagaimana saya ingin bertaubat segera daripadanya? Apakah ada amalan khusus yang mesti saya lakukan selepas pelakuan dosa itu?’ Jawapannya: Dua perkara yang sewajarnya dilakukan setelah meninggalkan dosa: i. Hendaklah merasa kesal dalam hati atas perlakuan dosa lepas, berazam tidak akan kembali mengulanginya. Perkara ini adalah hasil daripada ketakutan diri kepada Allah I, dan ii. Anggota luaran badan hendaklah bertindak melakukan beberapa amalan zahir, antaranya; Solat Taubat. 34 JHEAT Sahih Muslim a/113 (123), (194), (195), Musnad Ahmad 24/35 (153/9). JHEAT JHEAT
28 Saya Ingin Bertaubat Dalilnya: dari Abi Bakr t, dia berkata ٍْد ْ َس ِم ْن َعب َُق ُول: لَي َّ َم ي ِْه َوَسل َي َُّه َعل َِّه َصىَّل الل َسِمْع ُت َرُس َول الل َنْيِ، ُ َصيِّل َ ر َكْعت َ، ثُ َّم ي ُْوُضوء ُ ْح ِس ُن ال ُ فَي ََو َّضأ َت َُق ُوم فَي ًا فَي ْب ِ ُب َذن ُ ْذن ي َُّه لَُه َ الل غفَر ََّه إِاَّل َ ُ الل َ ْغِفر َ ْست ثُ َّم ي Maksudnya: Saya mendengar Rasulullah r bersabda: “Seseorang yang melakukan dosa, kemudian dia berdiri lalu berwuduk, dia terus menunaikan dua rakaat solat, kemudian memohon keampunan Allah, Allah akan mengampuninya.”35 Kemudian Baginda r membaca ayat : Maksudnya: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”36 35 Sunan al-Nasa’I 9/159 (10175). 36 JHEAT Surah Ali ‘Imran, ayat 135. JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 29 H. CARA PELAKSANAAN SOLAT TAUBAT Bagi melaksanakan dua rakaat solat Taubat (memohon pengampunan dosa) ini telah dijelaskan dalam beberapa riwayat hadith, ringkasannya:37 a. Berwuduk dengan sempurna; kerana dosa-dosa akan keluar daripada anggota yang dibasuh bersama air atau bersama titisan terakhir air tersebut, - Antara kesempurnaan wuduk yang dianjurkan adalah dengan membaca Bismillah pada permulaannya, membaca doa dan zikir selepasnya, iaitu: ْ ُدُه ا عب َُّه َو ْحَدُهالَ رَ ِش َيك لَُه، َوأَ َشْ هُد أَ َّن ُم َح َّمًد َ أَشْ َهُد أَ ْن الَ إِلََه إِالَّ الل َ ِّهِر َ ين. َط ْ ُمت ِْن ِي م َن ال َّ َّوِاب َني، َو ْ اجَعل ِْن ِي م َن الت َّ ُه َّم ْ اجَعل ُُه، الل َوَرُسول ْ َت َو ْحَدَك اَل رَ ِ ش َيك لََك َّ ُه َّم َوِب َح ْمِدَك أَ َشْ هُد أَ ْن اَل إِلََه إِاَّلأَن ََك الل ْ َحان ُسب َْك َُك َوأَتُ ُوب إِلَي َ ْغِفر ْست أَ Maksudnya: “Saya bersaksi bahawa tiada tuhan yang sebenar kecuali Allah dan saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya. Ya Allah, jadikanlah saya di kalangan mereka yang bertaubat dan jadikanlah saya di kalangan orang yang suci. Maha Suci Engkau wahai Tuhanku dengan sepenuhnya kepujian bagiMu, saya bersaksi bahawa tiada tuhan yang sebenar kecuali Engkau yang Maha Esa, tiada sekutu bagiMu, saya memohon keampunanMu dan saya bertaubat kepadaMu.”38 37 Sahih al-Targhib 1/94-95. 38 JHEAT Sunan al-Tirmidhi 1/109 (55), Syarah Muslim al-Nawawi 3/121. JHEAT JHEAT
30 Saya Ingin Bertaubat b. Menunaikan solat dua rakaat, c. Tidak lalai (lupa) kepada Allah, dalam kedua rakaat solat tersebut, d. Tidak bercakap-cakap dengan dirinya sendiri dalam solatnya itu, e. Khusyu’ dalamnya dan membaca zikir dengan cara terbaik, f. Beristighfar (mohon ampun) kepada Allah I selepas solat berulang kali. Hasil dan natijahnya: - Mendapat pengampunan terhadap dosa-dosa yang lampau dan janjian balasan Syurga Allah I ... g. Memperbanyakkan kebaikan dan ketaatan dalam kehidupan sehariannya. Marilah kita renungi perumpamaan yang datang dalam hadith sahih ini berkaitan perlakuan dosa dan kelebihan taubat kepada Allah I. Sabda Nabi r: ِْه َي َ ْت َعل ْ َح َسَن ِ ات، َكَمثَ ِل َر ُج ٍل كَان َ ْعَملُ ال َ ِ ات ثُ َّم ي ِّئ َ ْعَملُ َّ السي َِّذي ي إِ َّن َمثَلَ ال َى ُ ْخر َْقٌة، ثُ َّم َعِملَ أ ْ َّفَك ْت َحل ُْه، ثُ َّم َعِملَ َح َسَنًة فَان َ ْد َخَنَقت َِّقٌة ق ِدْر ٌع َضي َ ْر ِض ُ َج إِىَل أْ ال َ ْخر َّى ي َى، َحت ُ ْخر ْ َّفَك ْت أ َى فَان ُ ْخر َْقٌة، ثُ َّم َعِملَ أ ْ َّفَك ْت َحل فَان Maksudnya: “Sesungguhnya perumpamaan orang yang melakukan keburukan dan kemudiannya melakukan kebaikan, seperti seorang lelaki yang memakai baju besi yang sempit dan mencekik lehernya. Apabila dia membuat kebaikan setelah itu, terpecatlah satu tutupan besinya, kemudian bila dia melakukan kebaikan yang lain pula maka tercabutlah satu lagi tutupan besinya. Seterusnya bila dia menambah JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 31 lagi amalan baik yang lain, terpecatlah satu lagi tutupan besinya sehingga dia dapat keluar daripada kesempitan itu ke bumi yang luas ini.”39 Kebaikan dapat melepaskan pesalah dosa dari penjara maksiat dan mengeluarkannya kepada alam ketaatan di dunia yang amat luas ini. Kisah selanjutnya ini akan meringkaskan kepada anda hukum dan kelebihan yang telah dijelaskan sebelum ini:40 Daripada Abi Mas‘ud t berkata: Seorang lelaki datang menemui Nabi r lalu berkata: Wahai Rasulullah, saya telah bertemu dengan seorang wanita dalam sebuah kebun dan telah melakukan terhadapnya perlakuan tidak senonoh tetapi saya tidak menyetubuhinya. Saya telah menciumnya dan memeluknya, kerana itu hukumlah saya! Rasulullah r tidak berkata apa-apa kepadanya sehinggalah lelaki itu beredar dari situ. ‘Umar t berkata: Sesungguhnya Allah telah menutup keaibannya sekiranya dia menutup keaiban dirinya sendiri. Rasulullah r memerhatikan lelaki tersebut beredar kemudian bersabda: “Kembalikanlah dia kepadaku.” Para Sahabat memanggilnya kembali, lalu Nabi r membacakan kepadanya: Maksudnya : “Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. 39 Musnad Ahmad 28/543 (17307), Mu’jam Kabir al-Tabarani 17/284 (783), Majma’ al-Zawa’id 10/201 (17536). 40 JHEAT Musnad Ahmad 7/319 (4290), Fath al-Bari 8/356. JHEAT JHEAT
32 Saya Ingin Bertaubat Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.”41 Mu‘az t berkata: Wahai Rasulullah r, apakah ianya hanya baginya seorang atau untuk kesemua umat manusia? Sabda Nabi r: “Bahkan ia untuk semua manusia.” I. Sahabat Jahat Mengekori dan Mengejar Saya Ada yang berkata: Saya sebenarnya ingin bertaubat, tetapi temanteman jahat dahulu sentiasa mengejar dan mengikuti saya ke mana-mana sahaja. Setiap kali mereka tahu saya ingin berubah dan meninggalkan perbuatan dosa, mereka akan mengganggu dan mengherdik saya. Apakah yang patut saya lakukan? Jawapannya: Saya ingin menenangkan hati saudara dengan nasihat agar banyakkanlah bersabar. Gangguan sebegini merupakan suatu kebiasaan, ia adalah cubaan dan ujian terhadap mereka yang benarbenar ikhlas di dalam taubat. Ia juga sebagai tanda pengenalan mengenai siapakah antara kita yang bersungguh-sungguh untuk bertaubat atau ia hanya sekadar bermain-main, di samping menjadi pengukur, siapakah yang tulus hatinya juga ikhlas dalam beribadah dan siapakah pula yang bersikap hipokrit dan munafik. Apabila anda telah memulakan langkahan kaki pada permulaan jalan taubat, kekalkanlah ia. Sekiranya terdapat pembantu atau penolong syaitan yang cuba memalingkan anda dari terus bertaubat dan berusaha untuk mematahkan semangat anda, janganlah dituruti kehendak mereka. 41 JHEAT Surah Hud, ayat 114. JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 33 Mereka akan berkata kepada anda : ‘Taubat yang tercetus dalam minda anda itu adalah gangguan fikiran sahaja, ia akan lenyap tidak lama lagi dan ia masaalah waktu sahaja.’ Tetapi amat menghairankan, terdapat juga berusaha menggembirakan teman mereka yang ingin bertaubat dengan berkata : ‘Usah bimbang, tidak akan ada keburukan yang bakal mendatangi kamu walaupun kamu berterusan bersama kami membuat perlakuan dosa!’ Terkadang ada wanita yang bila mana teman lelakinya memutuskan talian handphonenya kerana ingin bertaubat dan tidak mahu lagi terbabit dalam perlakuan dosa, wanita tadi akan cuba mendail temannya semula dan mengejeknya dengan berkata: ‘Saya harap awak tidak akan diwas-waskan oleh syaitan lagi!’ Sedangkan Allah I berfirman : Maksudnya: Katakanlah (wahai Nabi Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Dialah yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik dan penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia.”42 Persoalannya: Apakah Tuhan anda lebih patut ditaati ataupun temanteman anda yang berkelakuan buruk? Anda sepatutnya sedar bahawa teman-teman yang sedemikian akan sentiasa mengekori anda ke mana sahaja dan akan cuba mengembalikan anda ke jalan kesesatan dengan pelbagai cara. 42 JHEAT Surah al-Nas, ayat 1-6. JHEAT JHEAT
34 Saya Ingin Bertaubat Seorang kawan yang telah bertaubat pernah menceritakan bahawa beliau mempunyai seorang teman wanita yang berperangai buruk. Wanita tersebut pernah menyuruh pemandunya agar mengekori kawan berkenaan ketika beliau ke masjid sambil bercakap dengannya melalui tingkap keretanya. Ketika itulah dia mendapat kekuatan untuk tidak melayan kata-kata wanita tersebut. Mudah-mudahan dia termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh firman Allah I: Maksudnya: “Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat.”43 Sememangnya mereka akan cuba memperingatkan anda tentang masa lampau anda dan mempamerkan keindahan maksiat yang lalu kepada anda dengan pelbagai cara... nostalgia, pujukan dan rayuan, harapan hati mereka, foto, surat, dan sebagainya... janganlah sekali-kali anda menuruti mereka dan waspadalah terhadap pujukan mereka. Ingatkanlah diri anda dengan kisah seorang Sahabat Nabi r yang mulia, bernama Ka‘ab bin Malik44 t. Ketika Rasulullah r mengarahkan para Sahabat y agar memboikot beliau dan dua sahabat yang lain lantaran mereka tidak menyertai peperangan Tabuk sehinggalah turunnya firman Allah I memaafkan kesalahan mereka. Semasa Ka‘ab t diboikot, Raja Ghassan yang kafir telah mengutus surat kepada Ka‘ab dengan titahnya: “Kami mendapat tahu bahawa sahabatmu (Rasulullah r) telah membenci dan meninggalkanmu sedangkan Allah I tidak membiarkan kamu berada dalam kehinaan dan berkeseorangan. Datanglah ke negeri kami, kami pasti akan 43 Surah Ibrahim, ayat 27. 44 JHEAT Sahih Bukhari 6/3 (4418), Muslim 4/2120 (2769), Musnad Ahmad 25/72 (15789). JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 35 menolongmu.” Raja yang kafir tadi memujuk Ka‘ab yang beriman itu supaya keluar dari Madinah dan menjadi murtad lagi sesat di negeri Ghassan. Apakah agaknya tindakan yang telah dilakukan oleh Ka‘ab ketika itu? Ka‘ab t berkata: ‘Saya berkata kepada diri saya sendiri setelah membaca surat Raja Ghassan itu; ‘Ini juga adalah ujian yang berat! Saya terus menuju ke dapur lalu membakar surat tersebut.’ Demikianlah tindakan yang selayaknya bagi anda wahai saudara Muslimku, sama ada lelaki mahupun wanita, apa sahaja yang sampai kepada anda daripada teman-teman jahat seperti surat dan sebagainya, hendaklah kamu bakar surat itu sehingga ia menjadi abu. Peringatkanlah diri anda tentang panasnya api akhirat kelak ketika kamu sedang membakar surat berkenaan. Ingatlah juga firman Allah I : Maksudnya: “Oleh itu, bersabarlah (wahai Nabi Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.”45 45 JHEAT Surah al-Rum, ayat 60. JHEAT JHEAT
36 Saya Ingin Bertaubat J. Mereka Mengancam Saya Saya memang mahu bertaubat tetapi teman-teman saya pernah mengugut akan menyebarkan keaiban saya dahulu dan menghebohkan rahsia-rahsia saya kepada masyarakat umum. Mereka mendakwa terdapat bukti dan foto-foto saya yang berada dalam simpanan mereka, saya bimbang nama baik saya tercemar dan amat takut jika ia berlaku! Nasihat saya: Tabahkan diri dan kuatkan semangat anda dalam mengatasi tipu daya dan helah pendokong-pendokong syaitan. Ketahuilah helah mereka amatlah rapuh dan lemah, walaupun secara zahir ia kelihatan seperti tekanan hebat lagi mampat yang boleh membinasakan diri dan reputasi anda. Tapi percayalah, ia akan lenyap ditelan masa lantaran kekuatan sifat sabar yang bersemadi dalam jiwa orang yang mukmin seperti anda. Ketahuilah, andainya anda mengikut kemahuan mereka dan patuh kepada telunjuk mereka, sudah pasti mereka akan mendapat buktibukti baharu bagi menentang diri anda seterusnya, justeru andalah juga yang rugi dan menyesal. Sebaliknya usahlah patuh kepada kemahuan mereka, berpeganglah kepada tali Allah I, mohonlah bantuanNya, bacalah sentiasa: ( ُلْ ِي َْوك ِ ْعَم ال َُّه َون Allahlah: ‘bermaksud yangَ ) ح ْس َ بِي الل pencukup bagiku, Dialah sebaik-baik Pelindung.’ Rasulullah r apabila merasai kebimbangan terhadap sesuatu puak atau kumpulan, Baginda r akan membaca doa ini: ُ ِور ِه ْم َُع ُوذِبَك ِم ْن رُش ُ ُح ِور ِه ْم َون َُك فيِ ن َ ْجَعل َّا ن َّ ُه َّم إِن الل Maksudnya: “Ya Allah, kami jadikan Dikau (Pelindungi kami) pada tengkok mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.”46 46 JHEAT Ahmad, Abu Daud (Sahih Jami’ 4582). JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 37 Memang benar.…situasi ini amat sukar kepada sesiapa sahaja dan menguji pendiriannya. Gambarkan bagaimana keresahan dan kekeliruan yang dialami oleh seseorang wanita yang telah bertaubat daripada kesalahannya. Dia telah dihubungi oleh teman-temannya yang rosak akhlak, mengugut akan menyebarkan perbualan dan fotonya pada zaman kealpaannya dahulu andainya beliau tidak mahu keluar bersama mereka. Memang, ianya situasi yang menguji keimanan seseorang yang telah kembali insaf. Lihatlah bagaimana peperangan yang dilancarkan oleh pendokong syaitan terhadap mereka yang telah bertaubat daripada kalangan penyanyi dan pelakon. Pendokong kejahatan sentiasa berusaha untuk menekan mereka yang baharu bertaubat sama ada dengan cara halus atau secara kasar. Akan tetapi Allah I sentiasa menolong dan membantu mereka yang ikhlas dalam bertaubat. Dia I tidak sekalikali meninggalkan mereka keseorangan dalam kegetiran suasana dan keadaan yang sukar tersebut. Marilah kita baca dengan insaf kisah yang telah berlaku di zaman dahulu yang menjadi pengajaran kepada mereka yang berada dalam situasi yang sama sebegitu:47 Ia mengenai kisah hidup seorang sahabat yang bernama Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi t yang berkhidmat dengan membawa keluar golongan lemah daripada kaum Muslimin yang baharu memeluk Islam dari kota Makkah ke Madinah secara bersembunyi. Beliau pada zaman jahiliah dahulu mempunyai seorang teman wanita yang bekerja sebagai pelacur yang bernama ‘Anaq. Marthad telah merancang untuk melarikan seorang tawanan Muslim dari Makkah ke Madinah. Suatu malam, di bawah sinaran cahaya bulan, ketika beliau sedang berehat di sebalik sebuah tembok di pinggir perkampungan Makkah, ‘Anaq melintasi tempat tersebut dan mengenali Marthad daripada cahaya sinaran bulan. ‘Anaq menegur 47 JHEAT Sunan al-Tirmidhi 5/182 (3177). JHEAT JHEAT
38 Saya Ingin Bertaubat Marthad dan menjemputnya bermalam di khemahnya. Marthad menjawab: Tidak boleh wahai ‘Anaq kerana Islam mengharamkan perzinaan. Tiba-tiba ‘Anaq menjerit kuat: ‘Wahai semua penghuni khemah, lelaki yang menyeludup tawanan kamu itu ada di sini.’ Marthad menceritakan lagi: Sejurus itu lapan orang tempatan keluar memburu beliau, tetapi beliau sempat membolosi diri, melalui sebuah bukit yang bernama Khandamah, sehinggalah beliau sampai ke sebuah gua terpencil. Apabila kumpulan tersebut tidak dapat lagi mengejar dan menangkap beliau, mereka pun pulang ke Makkah dalam keadaan hampa. Marthad kemudiannya keluar dari gua persembunyiannya dan menuju ke tempat tawanan uzur yang ingin diselamatkannya untuk dibawa ke Madinah. Beliau memikulnya dengan penuh kepayahan kerana tubuh sahabat itu terlalu berat sehinggalah akhirnya dibawa dengan selamat ke Madinah. Di sana, Marthad terus menemui Rasulullah r dan bertanya: Wahai Rasulullah, boleh atau tidak saya mengahwini ‘Anaq? Dia mengulangi pertanyaannya sebanyak dua kali tetapi Nabi r tidak menjawabnya sehinggalah turun ayat: Maksudnya: “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.”48 48 JHEAT Surah al-Nur, ayat 3. JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 39 Nabi r bersabda : Wahai Marthad, hanya seorang penzina sahaja yang akan mengahwini pelacur ataupun seorang yang kafir, demikianlah pelacur tidak akan mengahwini kecuali penzina atau orang kafir… Usahlah kamu mengahwini ‘Anaq! Renungkanlah, bagaimana Allah I memelihara orang yang beriman dan sentiasa bersama dengan mereka yang melakukan kebaikan! Andainya berlaku juga apa yang dikhuatiri atau terdedah juga perbuatan buruk yang telah anda lakukan dahulu dan ia memerlukan keterangan, sememangnya tidak mengapa untuk dijelaskan pendirian anda dan perlakuan tersebut kepada orang yang bertanya dengan kata-kata : ‘Benar, saya dahulu memang bersalah, tapi sekarang saya telah menyesalinya dan bertaubat kepada Allah I, apakah yang kamu semua mahukan lagi setelah itu? Hendaklah kita sedari bahawa pendedahan aib yang amat memalukan itu bakal berlaku di hadapan Allah I nanti di Akhirat kelak, bukanlah ia berlaku di hadapan seratus, dua ratus atau seribu orang, bahkan di hadapan semua para malaikat, manusia dan jin… Alangkah malunya kita pada hari tersebut! K. DOA NABI IBRAHIM u Marilah kita bersama amati dan hayati doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim u dalam surah al-Syu‘ara’ ini: JHEAT JHEAT JHEAT
40 Saya Ingin Bertaubat Maksudnya: “Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhlukmakhluk dibangkitkan hidup semula, hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).”49 Justeru, bentengkan dan pertahankanlah diri kita semua terutama pada saat-saat genting dengan doa-doa yang telah diriwayatkan daripada Nabi50 r: َِنا َِنا، َو ِآم ْن َرْوَعات ْ َعْوَرات َّ ُه َّم ْ اسرُت الل َا ادان م ْن َع َ ا عىَل َ َ َ ْ رُ ْصن ََمَنا، َوان َل م ْن ظ ا عىَل َ َ َ َرن ْ َوا ْجَعلْ ثَأ Maksudnya: “Ya Allah, tutupilah keaiban kami, amankanlah ketakutan kami. Ya Allah, jadikanlah tuntutan balas kami terhadap orang yang menzalimi kami. Bantulah kami menghadapi orang yang menganiaya kami.” L. Dosa Mengganggu Kehidupan Pertanyaan seterusnya: Saya pernah melakukan banyak dosa dan telah pun bertaubat kepada Allah I. Akan tetapi dosa lama itu menghantui saya dan mengganggu ketenteraman hidup saya seharian. Bagaimana saya ingin kembalikan ketenangan jiwa ke dalam diri saya semula? Jawapannya: Wahai saudara; perasaan itulah sebenarnya petanda taubat kamu yang sebenar. Ia adalah tanda penyesalan yang hakiki. Penyesalan merupakan permulaan taubat kepada Allah I dan insafilah diri terhadapnya dengan mengharapkan keampunan Allah I. 49 Surah al-Syu’ara’, ayat 87-89. 50 JHEAT Musnad 17/27 (10996), Sunan al-Tirmidhi 5/406 (3502), Fath al-Bari 7/402. JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 41 Usahlah kecewa dengan taubat kamu itu dan janganlah berputus asa daripada rahmat dan kasih sayang Allah I kepadamu. Firman Allah I: Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata: “Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat.”51 Sahabat Nabi r yang bernama Abdullah Ibn Mas‘ud t pernah berkata: َِّه، َ ْم ُن ِم ْن َم ْكِر الل َِّه، َو أْال َ ُاك ِبالل ِِر إِْ ال رْش َائ ْ َكب أَ رَُكْب ال َِّه ْ ُس ِم ْن َرْو ِح الل َأ ْي َِّه، َوال ُْقُن ُوط ِم ْن َر ْحَمِة الل َوال Maksudnya: “Sebesar-besar dosa besar adalah syirik kepada Allah I, rasa aman dari ujian Allah I, kecewa daripada rahmat Allah I dan berputus asa daripada kurniaan Allah I.”52 Orang mukmin dalam kehidupannya menuju keredaan Allah I berbekalkan sifat takut dan harap. Terkadang satu daripada dua sifat itu disampingkan sementara waktu kerana sesuatu keperluan dan hajat. Bila mana seseorang melakukan maksiat, sifat takut akan menguasai diri supaya dia kembali dan bertaubat kepada Allah I. Apabila dia bertaubat, harapan bagi mendapatkan keampunan Allah I terus menyelubungi hatinya dengan penuh semarak, menjadikannya bersungguh. 51 Surah al-Hijr, ayat 56. 52 JHEAT Mu’jam al-Tabarani 9/156 (8784), Fath al-Bari 12/183. JHEAT JHEAT
42 Saya Ingin Bertaubat M. APAKAH SAYA PERLU MENGAKU Seorang rakan bertanya dengan suara yang penuh dengan kesayuan dan penyesalan: ‘Saya mahu bertaubat, tapi apakah saya perlu berjumpa dengan seseorang dan mengakui di hadapannya? Apakah disyaratkan saya semestinya mengaku di hadapan hakim mahkamah tentang setiap dosa yang telah saya lakukan dan meminta beliau menjatuhkan hukuman terhadap saya? Jawapan saya: Saudara, sebagai seorang Islam perhubungan kita dengan Allah I tanpa perantara atau wakil. Inilah kehebatan agama Tauhid yang diredai Allah I ini. Firman Allah I: Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”53 Kita beriman bahawa taubat adalah kerana Allah dan kepada Allah, maka pengakuan dan permohonan ampun hanyalah dipohonkan kepada Allah I sahaja. Dinyatakan dalam doa ‘penghulu istighfar’ yang diajar oleh Rasulullah r: 53 JHEAT Surah al-Baqarah, ayat 186. JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 43 ْ ل ْبِي فَ ْ اغِفر ُلََك ِبَذن ُوء َّ، َوأَب ُلََك ِبِن ْعَمِتَك َعيَل ُوء أَب Maksudnya: “Aku mengakui atas pemberian nikmatMu kepadaku dan aku akui dosa kesalahanku terhadapMu, maka ampunilah daku.”54 Alhamdulillah, kita bukanlah seperti masyarakat yang menganut agama Kristian… ada paderi, disediakan kerusi tempat pengakuan, surat pengampunan, cop pemasyhuran dan sebagainya… Bahkan, Allah I terus menerima taubat hambaNya tanpa perantara sesiapa pun seperti firmanNya: Maksudnya: “Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima amalan sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?”55 Adapun mengenai perjalanan hukuman hudud; jika ia tidak sampai kepada pemerintah atau hakim atau pihak berkuasa, tidaklah seorang pesalah itu disuruh agar membuat pengiktirafan dan pengakuannya di hadapan seseorang yang lain. Kesalahan yang dilakukannya secara bersendirian, tiada orang lain yang mengetahuinya dan keaibannya telah ditutup oleh Allah I, maka hendaklah dia menyembunyikannya. Memadailah dia bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah I di samping menambah amalanamalan soleh yang lain. 54 Sahih al-Bukhari 8/67 (6306), Musnad Ahmad 28/354 (17130). 55 JHEAT Surah al-Taubah, ayat 104. JHEAT JHEAT