44 Saya Ingin Bertaubat Allah I yang juga mempunyai nama al-Sittir (Amat Menutup Kesalahan), amat suka menutup keaiban hambaNya. Mengenai kisah Sahabat Nabi r yang bernama Ma‘iz t, kes wanita yang melakukan kesalahan zina dan lelaki yang mencium seorang wanita di sebuah kebun sebagaimana diceritakan itu; kemudian mereka membuat pengakuan kesalahan tersebut di hadapan Nabi r, ianya bukanlah suatu tindakan wajib yang diarahkan supaya dibuat oleh setiap mereka. Akan tetapi pengakuan yang dilakukan oleh mereka itu adalah timbul daripada keinginan dalaman diri untuk menyucikannya daripada dosa kesalahan tersebut. Buktinya, Nabi r ketika didatangi oleh Ma‘iz, telah memalingkan muka Baginda r ke arah lain, demikian juga yang dilakukan oleh Baginda r terhadap wanita tersebut, seakan tidak menyetujui pengakuan yang disebutkan oleh keduanya. Umar bin al-Khattab t pula telah menyatakan kepada lelaki yang mengaku mencium wanita di kebun tersebut bahawa perbuatan aibnya telah ditutup oleh Allah I seandainya beliau tidak memberitahu mengenainya kepada khalayak. Akan tetapi oleh kerana dia telah mendedahkannya dengan pemberitahuan tersebut, keaibannya telah diketahui. Nabi r dalam pada itu hanya berdiam diri sahaja ketika mendengar perkataan Umar t tadi seolah-olah ia adalah perakuan setuju secara senyap daripada Baginda r terhadap kata-kata Umar t tadi. Justeru, nasihat saya, usahlah pergi ke mahkamah semata-mata untuk merakamkan secara rasmi pengakuan terhadap perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh kamu itu kerana keaiban kamu tersebut tiada yang mengetahuinya melainkan Allah I, sedangkan Dia I telah menutupinya daripada pengetahuan orang lain. JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 45 Janganlah juga bertemu dengan imam masjid atau sesiapa sahaja untuk memintanya menjalankan hukuman hudud terhadap kamu, begitu juga usahlah meminta mana-mana kawan kamu sendiri untuk melaksanakan ke atas kamu ‘beberapa pukulan hudud’ di mana-mana tempat atau di dalam rumah kamu sendiri, seperti mana yang mungkin terlintas di dalam benak kamu. Sebahagian mereka yang kurang keilmuannya, lagi tidak mengetahui kaedah dan peraturan Islam dalam menjalankan hukuman hudud, kadang-kadang mengambil kesempatan terhadap pelaku dosa kesalahan yang ingin bertaubat kepada Allah I. Terdapat kisah-kisah yang menyayatkan hati telah berlaku lantaran kejahilan dan kelemahan ilmu orang yang dianggap mengetahui peraturan agama tetapi sebenarnya dia hanyalah meminjam ‘baju’ orang yang berilmu dan memakainya. Pernah terjadi seorang pelaku dosa telah mengunjungi sebuah masjid untuk berjumpa dengan imamnya. Dia telah menceritakan kepada imam masjid itu tentang pelakuan dosanya dan meminta jalan penyelesaiannya. Imam masjid itu telah menyuruhnya supaya pergi ke mahkamah dan melaporkan kesalahannya kepada pihak hakim untuk mendapatkan surat perakuan secara rasmi bagi dilaksanakan hukuman setimpal ke atas dirinya . Apabila pengadu tersebut meneliti penjelasan imam dan kaedah peraturan yang dikemukakan, dia terus membatalkan hasratnya untuk bertaubat dan kembali semula ke kancah maksiat. Kerana itu, dinasihatkan kepada mereka yang terlibat dalam bidang keagamaan hendaklah sedar bahawa pengetahuan mengenai hukumhakam agama adalah suatu amanah yang berat; menjelaskannya kepada penanya mengikut sumber-sumber yang benar adalah amanah yang berat juga. JHEAT JHEAT JHEAT
46 Saya Ingin Bertaubat Firman Allah I : Maksudnya: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”56 FirmanNya lagi: Maksudnya: “Ialah Ar-Rahman (Tuhan yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada yang Mengetahuinya.”57 Perlu diketahui bahawa bukanlah semua pendakwah boleh memberikan fatwa, demikian juga bukan juga semua imam atau muazzin (bilal) dapat memberikan penerangan tentang hukum Syara’ dalam setiap urusan kemanusiaan. Bukan semua pencerita, ustaz atau pemberi ceramah layak untuk menukilkan fatwa ulama dan menjelaskan maksudnya yang rumit kepada masyarakat. Setiap muslim bertanggungjawab terhadap jawapan yang diberikannya kepada penanya. Ia merupakan urusan ibadah, urusan agama, sudah pasti ada ahli dan pakarnya yang khusus. Nabi r pernah menyatakan rasa bimbang Baginda mengenai pelantikan para pemimpin umat pada masa akan datang, yang bukan berkelayakan dan bakal menyesatkan umatnya. 56 Surah al-Nahl, ayat 43 dan Surah al-Anbiyaa, ayat 7. 57 JHEAT Surah al-Furqan, ayat 59. JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 47 Seorang ilmuan Islam, Muhammad Ibn Sirin : dan ulama lain pernah menjelaskan: ْ ُخ ُذ ِد َينَك ْ َعَّم ْن تَأ ُر ْظ ْ َم ِد ٌ ين، فَان ِْعل إِ َّن َهَذا ال “Ilmu ini adalah perihal agama Islam, hendaklah kamu memerhatikan siapakah yang akan kamu ambil daripadanya agama kamu.”58 Kerana itu carilah ahli ilmu yang benar lagi bertaqwa kepada Allah I dalam bertanyakan sebarang permasalahan keagamaan kamu. N. JAWAPAN DAN FATWA BUAT PENTAUBAT Ramai yang berkata sambil bertanya: Saya ingin bertaubat tetapi tidak tahu hukum-hakam taubat! Berlegar di fikiran saya beberapa persoalan mengenai sah atau tidaknya bila bertaubat daripada beberapa dosa tertentu? Bagaimana caranya untuk mengembalikan hak orang lain yang telah saya abaikan? Bagaimana ingin pulangkan hak orang yang telah saya ambil? Apakah jawapannya? Dibawakan dalam bab ini sebahagian persoalan dan jawapannya tentang taubat serta caranya, semoga dipermudahkan urusan mereka yang ingin bertaubat dengan cara yang betul, juga diharapkan ia menjadi pedoman kepada mereka yang bimbangkan pelakuan dosa agar tidak menghampirinya sama sekali. 58 JHEAT Fath al-Mughith, 2/62. JHEAT JHEAT
48 Saya Ingin Bertaubat Soalan (1): Saya telah melakukan dosa kemudian saya bertaubat, tetapi saya dikalahkan oleh tuntutan nafsu, lalu mengulangi kembali dosa tersebut? Apakah taubat pertama saya terbatal dan dosa pertama itu tidak terhapus setelah ditambah pula dengan dosa kedua? Jawapan: Ramai di kalangan ulama yang menyatakan bahawa bukanlah syarat penerimaan taubat itu; ‘pelakunya tidak sekali-kali kembali semula melakukan dosa berkenaan,’ akan tetapi keabsahan taubat bergantung kepada: i. meninggalkan dosa berkenaan ketika itu, ii. menyesal atas perilaku buruk itu, dan iii. berazam tidak akan mengulanginya semula. Andainya dia melakukan juga dosa tersebut, ia adalah kesalahan baharu yang memerlukan taubat yang baharu, sedangkan taubat pertamanya adalah sahih dan diterima Allah I. Soalan (2): Apakah taubat saya daripada sesuatu kesalahan itu sah sedangkan saya ingin melakukan kesalahan yang lain? Jawapan: Memang taubat kamu tadi adalah sahih walaupun diri kamu ingin melakukan dosa yang lain apatah lagi ia bukanlah dosa yang sama dan tiada kaitan dengan yang pertama. Contohnya: Jika seseorang bertaubat dari perzinaan tetapi dia tidak bertaubat dari meminum arak; taubatnya dari zina adalah sahih demikian juga jika sebaliknya. Akan tetapi jika taubatnya hanya dari dadah tetapi terus meminum arak, taubatnya tidak diterima kerana keduanya adalah kategori yang sama (bahan memabukkan). JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 49 Demikian juga jika dia bertaubat dari zina bersama perempuan A tetapi ingin terus berzina dengan perempuan B, taubatnya tidak diterima kerana perzinaan adalah dosa yang sama walaupun dengan pasangan berbeza. Soalan (3): Saya pernah meninggalkan puasa pada masa dahulu, bagaimana saya ingin bertaubat? Jawapan: Bagi yang meninggalkan puasa Ramadhan, dia wajib qada’ (ganti) sebanyak hari yang ditinggalkannya. Tetapi jika tahun bersilih ganti, hendaklah dia memberikan makanan kepada orang miskin secupak (800 gm) pada setiap hari yang ditinggalkannya yang telah berganti tahun itu selain daripada menggantikan hari yang ditinggalkan itu. Soalan (4): Sekiranya kesalahan itu terhadap manusia, bagaimana untuk bertaubat daripadanya? Jawapan: Perbuatan salah terhadap manusia; jika ia bersangkutan dengan barangan hendaklah dikembalikan kepada tuannya atau digantikan yang telah hilang. Jika ia berbentuk perkataan atau perbuatan hendaklah memohon kemaafan daripadanya. Soalan (5): Saya telah mengumpat dan mengeji beberapa orang rakan, juga pernah menuduh secara bohong terhadap sahabat yang lain. Apakah disyaratkan selain memohon kemaafan daripada mereka perlu dijelaskan bentuk umpatan atau tuduhan tersebut? Bagaimanakah cara taubat sebenarnya daripada perkara tersebut? JHEAT JHEAT JHEAT
50 Saya Ingin Bertaubat Jawapan: Persoalan tadi perlu kepada pertimbangan dalam menilai antara kebaikan dan keburukan berkaitan perkara-perkara berikut; (i) Andainya penceritaan tentang umpatan atau tuduhan itu tidak menjadikan mereka yang berkenaan marah atau melenting, hendaklah dijelaskan mengenainya dan memohon maaf atas perlakuan tersebut walaupun dengan secara umum, seperti dengan katanya: ‘Saya telah melakukan kesilapan kepada kamu dahulu,’ atau: ‘Saya telah menzalimi kamu dengan kata-kata yang tidak baik,’ saya telah bertaubat kepada Allah I, maafkanlah saya! Tidaklah mengapa permohonan maaf sebegini tanpa penjelasan lanjut. (ii) Andainya bilamana diberitahu tentang umpatan atau tuduhan berkenaan, mereka akan marah dan amat benci kepada anda dan inilah kebiasaannya akan berlaku, ataupun bila diberitahu kesalahannya kepada mereka secara umum akan diminta penjelasan secara detail dan bila diketahui, mereka akan bertambah marah dan benci, tidak perlulah diberitahu kepada mereka langsung kerana Syariah tidak meminta kita untuk menambahkan lagi kekeruhan dan kerosakan. (iii)Jika diberitahu seseorang tentang beberapa hal berkenaan, akan menimbulkan kebencian dalamannya yang bakal memanjangkan permusuhan dan menjauhi kehendak hukum syarak yang inginkan kesatuan hati serta menjalinkan kasih sayang, dalam kes sebegini, memadailah pelaku kesalahan itu bertaubat dengan cara: (a) menyesal atas dosa tersebut dan memohon keampunan Allah I serta mengakui bahawa ianya keji dan haram, (b) membela tertuduh atau orang yang dicelanya dahulu dengan menyatakan tuduhan itu adalah pembohongan semata-mata, JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 51 (c) memuji orang yang dituduh itu dalam mana-mana pertemuan yang membicarakan tentang keburukannya bahkan berusaha menyatakan kebaikannya, (d) jika ada orang yang mencela tertuduh di hadapannya, hendaklah dibela dan dipertahankan maruahnya, (e) memohon keampunan Allah I untuk tertuduh secara rahsia dalam doanya dan untuk dirinya sendiri, semoga Allah menjadikan tertuduh memaafkan kesalahannya suatu masa nanti. # Namun, terdapat perbezaan antara kesalahan berkaitan harta benda, kecederaan tubuh badan dan isu maruah diri. (a) Harta benda yang diambil bila mana diberitahu kepada tuannya, dia akan memerlukannya dan berharap akan mendapatkannya kembali, maka wajib dipulangkan kepadanya. Kerana itu, kes harta tidak boleh disembunyikan. (b) Kes maruah seperti celaan dan tuduhan pula, jika diberitahu ia bakal menimbulkan mudarat, rosaknya hubungan, menimbulkan kebencian, kemarahan dan pihak yang dituduh sukar untuk memaafkan, maka ia tidak perlu untuk dijelaskan kepada yang berkaitan. Soalan (6): Bagaimana pembunuh secara sengaja ingin bertaubat? Jawapan: Pembunuh secara sengaja, tergantung atas bahunya 3 kewajipan atau tanggungjawab: (a) hak Allah, (b) hak pewarisnya dan (c) hak si mati yang dibunuh: JHEAT JHEAT JHEAT
52 Saya Ingin Bertaubat (a) Kewajipannya terhadap Allah adalah dengan bertaubat kepadaNya dan berpuasa sebagai kaffarah (penghapus dosa) sebagaimana dijelaskan dalam ayat 92-93 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diah” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar “diah” (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 53 (b) Kewajipannya terhadap pewaris adalah dengan menyerahkan dirinya kepada mereka (mahkamah sebagai wakil mereka) agar mereka dapat mendapatkan hak mereka daripadanya, sama ada (i) pembunuhan balas (qisas), atau (ii) dengan bayaran diyat atau (iii) pengampunan mereka, (c) Berbaki tanggungjawabnya terhadap si mati yang dibunuh, tidak dapat disempurnakan balasannya di dunia ini. Kerana itu, para ulama menyatakan: Bila mana pembunuh itu mengelokkan taubatnya, Allah I akan melangsaikan terhadapnya hak si mati tersebut dan menggantikan bagi yang terbunuh itu pahala yang besar di akhirat kelak. Inilah pandangan yang terbaik insya Allah I.59 Soalan (7): Bagaimanakah cara seorang pencuri ingin bertaubat? Jawapan: Andainya barang kecurian itu masih ada bersama, hendaklah dikembalikannya. Tetapi jika ia telah tiada atau berkurangan harganya dengan sebab penggunaan atau berlalunya masa, sewajibnya digantikan barangan yang hilang atau pudar itu, kecuali pemiliknya memaafkannya. Soalan (8): Saya merasakan terlalu payah untuk berhadapan orang yang saya curi barangannya dan tidak mampu untuk menjelaskan kesalahan saya kepadanya. Saya juga tidak mahu berhadapan untuk memohon maaf daripadanya. Bagaimana saya perlu lakukan? 59 JHEAT Madarij al-Salikin Ibn Qayyim 1/402. JHEAT JHEAT
54 Saya Ingin Bertaubat Jawapan : Jikalau sukar untuk melakukan sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, bolehlah dicari cara-cara lain untuk mengatasinya, seperti; menghantar barangan mereka melalui orang lain tanpa menyebut nama anda, atau menggunakan perkhidmatan pos, atau meletakkannya secara sembunyi di tempat mereka, atau menggunakan lafaz simbolik dengan menyatakan ianya adalah barangan kamu yang berada bersama seseorang tanpa disebutkan namanya. Yang penting barangan itu dikembalikan kepada pemiliknya. Soalan (9): Dahulu saya pernah mencuri dari poket ayah saya tetapi sekarang saya telah bertaubat dan menyesal kerana kesalahan tersebut. Masalahnya, saya tidak ingat berapa kos yang dicuri itu dan merasa amat sukar untuk menceritakannya kepada bapa saya. Jawapan: Hendaklah anda menganggarkan kadar duit yang diambil dari poket bapa anda itu atau dibayar dengan kadar yang lebih dan tidak mengapa jika anda memulangkannya secara sembunyi kepada beliau. Mohonlah keampunan daripadanya secara umum atas kesalahan lampau dan beristighfar kepada Allah I. Soalan (10): Saya pernah mengambil harta anak yatim dan berniaga dengannya. Hasil keuntungan daripada harta itu amat banyak dan saya merasa amat takut atas kesalahan saya dahulu terhadap Allah, bagaimanakah saya ingin bertaubat? Jawapan: Terdapat beberapa pandangan para ulama dalam masalah ini. Pandangan pertengahan menyatakan memadailah memulangkan kos asal (modal) yang diambil dahulu dan ditambahkan sebahagian hasil keuntungan anda untuk diserahkan kepada mereka. Dengan itu, anda dan mereka seolah-olah berkongsi dalam keuntungan perniagaan JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 55 tersebut di samping harta asal yang diambil dahulu telah dipulangkan kepada mereka. Soalan (11): Saya memiliki harta hasil daripada riba tetapi saya telah membelanjakan semuanya dan tiada berbaki. Saya telah bertaubat, apakah yang patut saya buat? Jawapan: Anda hendaklah bertaubat sebenar-benarnya kepada Allah I kerana riba adalah perkara yang besar, telah diancam oleh Allah I dalam al-Quran dengan peperangan daripada sisiNya I .60 Oleh kerana harta hasil riba itu sudah tiada, tiadalah kewajipan terhadapnya lagi kecuali bertaubat kepada Allah I. Soalan (12): Saya pernah membeli sebuah kereta dengan kewangan yang sebahagiannya adalah daripada hasil yang haram. Kereta itu masih ada lagi bersama saya. Bagaimana saya ingin bebaskan diri daripada kesalahan tersebut? Jawapan: Seseorang yang membeli sesuatu pemilikan (aset) yang tidak boleh dibahagikan seperti rumah atau kereta dengan harta yang sebahagiannya halal dan haram; caranya adalah dengan dia mengeluarkan daripada harga milikan yang halal sejumlah harga harta yang haram itu, lalu disedekahkan… semoga dengan itu, ia dapat menyelesaikan permasalahan campuran harta asal tadi. Soalan (13): Seorang kawan mendapat harta hasil rasuah tetapi sekarang dia sudah bertaubat. Apa yang mesti dilakukannya terhadap harta hasil rasuah tadi? 60 JHEAT Sila lihat maksud ayat 278-279, Surah al-Baqarah. JHEAT JHEAT
56 Saya Ingin Bertaubat Jawapan : Kemungkinan penanya berada dalam dua situasi: i. Kemungkinan dia mengambil rasuah daripada pemilik hak yang telah dizalimi, atau seseorang terpaksa memberikan rasuah untuk memperolehi haknya yang sebenar atas sebab hanya dengan bayaran rasuah sahaja dia memperolehi haknya. Kerana itu, orang yang telah bertaubat kerana menerima rasuah tersebut, hendaklah mengembalikan duit tersebut kepada pemilik asalnya. Harta tersebut dianggap seperti harta rampasan yang terpaksa diserahkan kepada pemiliknya yang sebenar. ii. Kemungkinan dia mendapat rasuah daripada pembayarnya yang juga seorang yang zalim sepertinya (penerima), dengan itu dia memperolehi bayaran atas pertukaran yang setimpal. Dalam hal ini, barangan atau harta yang diambil tidak wajib dikembalikan kepada pemberinya yang asal, di samping dia juga tidak dibenarkan menggunakannya. Bahkan dia dikehendaki untuk menyerahkannya kepada jalan-jalan kebajikan yang lain seperti memberikannya kepada Baitulmal atau untuk pembinaan bagi keperluan masyarakat awam atau kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan NGOs untuk disalurkan kepada yang berkaitan. Soalan (14): Saya seorang yang sesat dahulunya, pernah menyebarkan pemikiran sekular, pluralism dan seumpamanya. Saya juga mengarang banyak cerita dan karangan yang mensyirikkan Allah I. Banyak syair dan puisi saya mengandungi ehwal seksualiti dan kefasikan. Allah I telah mengurniakan kepada saya keinsafan dan bertaubat kepadaNya. Apa yang saya perlu lakukan? JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 57 Jawapan: Kesedaran dan keinsafan adalah nikmat Allah I yang terbesar kepada anda, syukurilahNya sentiasa. Orang yang telah menggunakan kepakarannya, lidah, penanya dalam memerangi Islam dan menyebarkan akidah yang sesat atau bidaah dan kefasikan, hendaklah: a. Nyatakan taubatnya daripada segala perkara tersebut di kalangan masyarakat terutama kepada mereka yang telah terpengaruh dengan kata-katanya dan hendaklah dijelaskan kesesatan yang telah ditulis dan disebarkannya. Penerangan sedemikian adalah menjadi kewajipan bagi mereka yang sedemikian. Firman Allah I: Maksudnya: “Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”61 b. Menukar caranya terdahulu dengan menggunakan kepakarannya, lidah dan penanya untuk menyebarkan kebaikan Islam, menolong dalam penyebaran syariat Allah I dan mendakwahkan keindahan ajaranNya kepada masyarakat. 61 JHEAT Surah al-Baqarah, ayat 160. JHEAT JHEAT
58 Saya Ingin Bertaubat c. Menggunakan kepakarannya tadi untuk menolak dan membantah perancangan serta agenda musuh-musuh Islam. Di samping membongkarkan teknik, taktik mereka dan mengajak masyarakat agar menjauhi tulisan, media golongan sekular dan pendusta ajaran Islam. Mudah-mudahan dengan tindakan sedemikian, ia dapat menjadi pengganti terhadap perbuatan-perbuatan dosa terdahulu, di samping mendapat pahala daripada Allah I dan menjadi penghapus kesalahan dan dosa terdahulu. JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 59 PENUTUP Bersamalah kita sedari bahawa pintu taubat tetap dan masih dibuka selagi mana kiamat belum terjadi. Biasakanlah diri dengan memasuki pintu taubat tersebut dan lazimilah ia sentiasa. Sabda Nabi r: َْمْغِر ِب َْم رْ ِش ِق َوال َنَْي ال ِْه َما ب اعي َنَْي ِم رْ َص َ ْ ُض َما ب ا عر َ ً َاب َِة ب َّ ْوب إِ َّن لِلت ُ َع الشَّ ْم ُس ْل َّى تَط َ ُق َحت ُ ْغل اما( اَل ي ْ ِعنَْي َع ً َ ُة َسب ٍَة َعْر ُضُ ه َمِسرْي )َويِف َ رِواي ِم ْن َم ْغِرِبَها Maksudnya: “Taubat itu pintunya, bukaannya seluas antara timur dan barat [dalam satu riwayat lain : luasnya seumpama perjalanan 70 tahun] ia tidak akan ditutup sehinggalah matahari terbit dari pihak barat.”62 Allah I sendiri telah menyeru umat manusia supaya bertaubat dan kembali kepadaNya sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim /: ُ َوب َجِم ًيعا، الذن ُّ ُ َا أَ ْغِفر النَه ِار، َوأَن ْ ِل َو َّ َّي ُ َون ِبالل َّ ُك ْم تُ ْخ ِطئ َ ِادي إِن َ ِ ا عب ي ْ لَ ُك ْم ُ يِون أَ ْغِفر َ ْغِفر فَ ْ است Maksudnya: “Wahai hambaKu, kamu sering melakukan kesalahan pada waktu malam dan siang, sedangkan Aku mengampunkan semua dosa kesalahan kamu, mohonlah keampunan daripadaKu nescaya akan Ku ampunkan kamu.”63 62 Mu’jam al-Kabir Tabarani, 8/65 (7383). 63 JHEAT Sahih Muslim, 4/1994 (2577). JHEAT JHEAT
60 Saya Ingin Bertaubat Insaflah kita, bahawa Allah I sentiasa menerima taubat hambahambaNya pada setiap waktu, malam ataupun siang, tanpa terikat dengan masa, keadaan dan tempat. Allah I amat menyukai taubat seseorang hamba kepadaNya. Kerana itu, marilah kita amalkan dan lazimi taubat kepada Allah I, mudah-mudahan rahmat Allah I sentiasa bersama kita. Pengertian taubat itu pernah digambarkan melalui sebuah paparan kisah seorang soleh (lebai), ketika keluar bersiar-siar, dilihatnya pintu pada sebuah rumah tiba-tiba terbuka. Seorang budak dilihatnya keluar dari pintu tersebut dalam keadaan pilu, sedih dan menangis. Ibu budak itu berdiri di belakang pintu sambil menghalaunya keluar lalu dengan segera menutup pintu rumahnya. Budak tersebut berjalan sayu meninggalkan rumahnya tetapi berhenti seketika selepas itu dan kelihatan seolah-olah sedang berfikir; seakan-akan dia memikirkan bahawa dirinya keseorangan, tiada rumah dan tiada orang lain yang akan mengasihinya kecuali ibunya. Akhirnya, dia berpusing balik ke arah rumahnya dalam keadaan hiba dan mengharapkan keredaan ibunya. Setibanya di pintu, didapatinya tertutup rapat, lalu dia meletakkan pipinya di muka pintu. Kelihatan air matanya bercucuran dalam keadaan sedih dan merayu belas kasihan ibunya. Tidak lama kemudian, kelihatan ibunya membuka pintu rumah dan mendapati anaknya sedang berada dalam keadaan yang memilukan dan mendukacitakan hatinya. Si ibu lantas memeluk anaknya itu, menciumnya sambil menangis. Si ibu berkata: ‘Ke mana anakanda ingin pergi? Bondalah sahaja yang akan menjaga anakanda. Justeru, dengarlah nasihat bonda, usahlah jadikan bonda marah terhadap anakanda. Bonda amat mengasihi anakanda.’ Baginda Nabi r pernah menyatakan tentang kasihnya Allah I terhadap para hambaNya ketika Baginda r melihat seorang ibu yang berada dalam tawanan kaum Muslimin, menyusukan setiap anak kecil JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 61 yang diketemuinya dalam kumpulannya, di samping memerah susunya bagi tujuan tersebut, dalam sabdanya: َ ِادِه ِم ْن َهِذِه ِبَولَِدَها َِعب ْر َح ُم ب َُّه أَ الل Maksudnya : “Allah amat mengasihi hambaNya lebih daripada ibu itu terhadap anaknya.”64 Sememangnya, setiap dosa akan menyebabkan pelakunya merasa rendah diri dan ia meninggalkan bekas penyesalan dalam hatinya. Dengan menyedari keadaan itu, dia akan meninggalkan perbuatan dosa tersebut dengan segera dan menukarkannya dengan perbuatan soleh dan berpahala. Semoga Allah I mengampuni dosa kesalahan kita, menjadikan kita antara golongan hambaNya yang bertaubat dan melakukan amalan yang diredaiNya serta menjadikan kita layak dimasukkan ke dalam JannahNya. Amin, amin, amin Ya Rab al-‘Alamin. 64 JHEAT Sahih al-Bukhari 8/8 (5999), Muslim 4/2109 (2754). JHEAT JHEAT
62 Saya Ingin Bertaubat RUJUKAN 1. Al-Quran al-Karim 2. Sahih al-Bukhari ( البخاري صحيح ,( Abu Abdillah Muhammad bin Ismail (256), komentar : Muhammad Zuhair al-Nasir, cetakan 1, 1422H, penerbit Dar Tauq al-Najah 3. Sahih Muslim ( مسلم صحيح ,( Abu al-Hasan Muslim bin Hajjaj Abu al-Hasan al-Qusyairi (261), komentar : Muhamaad Fuad Abdul Baqi, penerbit ar Ihya al-Turath Arabiy, Bairut 4. Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari ( البخاري صحيح رشح الباري فتح,( Abu Fadl Ahmad bin Ali bin Hajar al-‘Asqalani al-Syafie (852H), Dar Ma’rifah, Beirut 1379, Penyusun : Muhamad Fuad Abdul Baqi 5. Al-Jami’ li Ahkam al-Quran ( القرآن ألحكام الجامع ,( Abu Abdullah Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Khazraji (671H), pencetak : Dar al-Kutub al-Misriyyah, Kaherah, cetakan 2, 1964, pentashih Ahmad al-Barduni dan Ibrahim Atfish 6. Jami’ al-Bayan ‘an Takwil Aiy al-Quran Jarir bin Muhammad Jaafar Abu ), جامع البيان عن تأويل آي القرآن ) al-Amili al-Tabari (310), pentashih Dr. Abdullah Abdul Muhsin al-Turki, pencetak : Dar Hajar, cetakan 1, 2001/1422 ,( املنهاج رشح صحيح مسلم بن الحجاج ) Muslim Sahih Syarh Minhaj-Al. 7 Abu Zakaria Muhyuddin Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H), penerbit : Dar Ihya’ al-Turath al-Arabiy, Beirut, cetakan 2 tahun 1392H 8. Al-Jamie’ al-Kabir ( أو الكبري الجامع الرتمذي سنن ,( Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurat al-Tirmizi (279H), pentashih Bassyar ‘Awwad Ma’aruf, pencetak : Dar al-Gharb al-Arabiy, Beirut, cetakan 1998 JHEAT JHEAT JHEAT
Saya Ingin Bertaubat 63 9. Syarh Sahih al-Bukhari ( البخاري صحيح رشح , ( Abu al-Hasan Ali bin Khalaf Ibn Battal (449H), pentashih Abu Tamim Yasir bin Ibrahim, pencetak : Maktabah al-Rusyd, Riyad, cetakan 2/ 1423H-2003 10. Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari ( البخاري صحيح رشح الباري فتح ,( Abd Rahman Zainuddin bin Ahmad bin Rajab al-Hanbali (795H), pentashih kumpulan Mahmud bin Syaaban dll, pencetak : Maktabah al-Ghauraba al-Atahariyah, Madinah, cetakan 1/1417H-1996 11. Sunan Abi Daud ( داود أيب سنن ,( Sulaiman bin al-Asy‘asth al-Sijistani (275H), pentashih Syu‘aib al-Arnawut, pencetak Dar al-Risalah al-‘Alamiah, cetakan 1 12. Ihya’ Ulumiddin ( الدين علوم إحياء ,(Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Tusi (505H), penerbit Dar Ma’arifah, Beirut 13. Al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain ( الصحيحني عىل املستدرك ,( Abu Abdillah Muhamad bin Abdullah al-Naisaburi al-Hakim (405H), pentashih Mustafa Abd Qadir ‘Ata, pencetak : Dar al-Kutub al-Ilmiah, cetakan 1/1411H-1990 14. Al-Kabair ( الكبائر ,( Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman Syamsuddin al-Zahabiy (748H), Penerbit : Dar Nadwah al-Jadidah, Beirut 15. Taqrib al-Tahzib ( التهذيب تقريب ,( Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani (852H), pentashih Muhammad Awwamah, pencetak Dar al-Basyair Islamiah, Beirut, cetakan 2/ 1408H1988 16. Mu’jam al-Muallifin ( املؤلفني معجم ,( Umar Rida Kahhalah, Dar Ihya al-Turath al-Arabi, Beirut 17. Musnad Abi Daud al-Tayalisi (الطياليس داود أيب مسند ,(Sulaiman bin Daud bin al-Jarud al-Tayalisi al-Basri (204H), Cetakan 1, Dar Hajar, Mesir, 1999 JHEAT JHEAT JHEAT
64 Saya Ingin Bertaubat 18. Syu‘ab al-Iman (اإلميان شعب ,(Ahmad bin al-Husain bin Ali al-Baihaqi (458H), Cetakan 1, Maktabah al-Rusd 1423H/2003M 19. Al-Mu‘jam al-Kabir ( الكبري املعجم ,(Sulaiman bin Ahmad al-Lukhami al-Tabarani (360H), Cetakan 2, Maktabah Ibn Taimiah, 1415H/1994M 20. Majma’ al-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid (الفوائد ومنبع الزوائد مجمع ,(Ali bin Abi Bakr bin Sulaiman al-Haithami (807H), Maktabah al-Qudsi, Kaherah, 1414H/1994M يف رشح خمسني حديثا من جوامع الكلم ) Hikam-al wa Ulum-‘al’ Jami. 21 والحكم العلوم جامع ,(Ibn Rajab, Abdul Rahman bin Ahmad bin al-Hasan (795H), Cetakan 7, Muassasah al-Risalah Beirut, 1422H/2001M الكايف ملن سأل عن الدواء الشايف أو الداء والدواء) ‘Dawa-al wa’ Da-Al. 22 الجواب ,( Muhamad bin Abi Bakr bin Ayyub Ibn Qayyim al-Jauziyyah (751H), Cetakan 1, Dar Ma‘rifah, Maghribi, 1418H/1997M 23. Zam al-Hawa ( الهوى ذم ,( Jamaludin Abdul Rahman bin Ali al-Jawzi (597H), Pemeriksa: Mustafa Abdul Wahid 24. Al-Sunan al-Kubra ( الكربى السنن ,( Ahmad bin Syu’aib al-Nasa’i (303H), Cetakan 1, 1421H/2001M, Muassasah al-Risalah Beirut ,(فتح املغيث برشح الفية الحديث للعراقي) Mughith-al Fath. 25 Muhammad bin Abdul Rahman al-Sakhawi (902H), Cetakan 1, 1424H/2003M, Maktabah Sunnah Kaherah ,(مدارج السالكني بني منازل إياك نعبد وإياك نستعني) Salikin-al Madarij. 26 Muhammad bin Abi Bakr ibn Qayyim al-Jawziyyah (751H), Cetakan 3, 1416H/1996M, Dar al-Kitab al-‘Arabi, Beirut JHEAT JHEAT JHEAT