C S F J PENCAPAIAN PENGURUSAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN SEMENANJUNG MALAYSIA EDISI 2022 CCAAWWAANNGGAANNSSEENNGGGGAARRAAFFAASSIILLIITTIIJJAALLAANN JKR 21601-0052-23
ISI KANDUNGAN 03 Ucapan Pengarah 04 Ringkasan Eksekutif 06 Latar Belakang 07 Visi & Misi 08 Carta Organisasi 09 Fungsi Bahagian Prestasi Kewangan 11 Prestasi Fizikal dan Kewangan 14 PMO 1 7 Pelan Bisnes 2021-2025 Pelancaran Pembukaan 22 Bigben Pelancaran Skuad Bencana 23 SOC Pembaikan Jalan di Laluan FT252 25 Audit Rutin Jalan Persekutuan Zon Utara 26 Jalan dan Tebing Runtuh di Laluan FT3210 34 Audit Penyenggaraan Rutin ZON Tengah Timur 35 Performance Based Contract (PBC) 37 38 Pewartaan BPPPTJ Prosedur Permohonan Pemasangan Utiliti 44 Projek Perintis Teknologi Envis Artificial Intelligence (AI) 46 Pencapaian KPI Program 49 Lokasi Blackspot Penyeggaraan dan Pembaikan Kecil Jambatan 51 Projek Rintis Peta Digital Fasiliti Jalan 55 Arahan Teknik Jalan KMPost dan Penanda Rizab Jalan 61 Mesyuarat Penetapan Kadar Harga Baru 64 Penyerahan SST Pembelian Jambatan Bailey Perolehan Jambatan Bailey 68 Pembukaan Semula Perkhidmatan Feri 69 Pendigitalan Pengurusan Aset Lampu Jalan dan Lampu Isyarat 70 72 Thermal Pacther Bengkel Hands On Bridge Management System 76 41 PENCAPAIAN CSFJ | 02
Alhamdulillah…terlebih dahulu saya ingin melahirkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) telah berjaya menerbitkan Laporan Pencapaian Pengurusan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia bagi tahun 2022 Pada tahun 2022, pembangunan semula ekonomi sedang giat dijalankan setelah 2 tahun negara kita bergelut dengan penularan covid-19. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi impak positif kepada pembangunan infrastruktur negara termasuk juga CSFJ yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan. Usaha ini diterjemahkan melalui kerja Penyenggaraan Rutin dan Berkala Pavemen & Berkala Bukan Pavemen yang dilaksanakan sebagaimana program kerja yang dirangka dan menepati spesifikasi yang ditetapkan. Pelaksanaan kerja di tapak dipantau dengan teliti di peringkat daerah dan disusuli program auditan yang bertindak sebagai ‘check and balance’ kepada pematuhan spesifikasi. Di samping itu, pelbagai program lain telah digerakkan sejak awal tahun lagi seperti Program Pembaikan Permukaan Jalan yang Kritikal Menggunakan Specialty Mix, Program Menaiktaraf Kualiti Permukaan Jalan bagi memastikan bacaan International Roughness Index (IRI) kurang daripada 3.0m/km di Jalan Persekutuan terpilih, Program Rawatan Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan (Blackspot) di Jalan Persekutuan, Program Pembinaan Lintasan Pejalan Kaki Searas Berlampu Isyarat (LPKSBI), Program Keselamatan Jalan Raya Semasa Musim Perayaan, Auditan ke atas Asphalt Mixing Plant (AMP) dan sebagainya. Pelbagai usaha dan program yang digerakkan sejak awal tahun 2022 telah membuahkan hasil di mana pencapaian kewangan sehingga akhir Jun tahun ini, CSFJ telah berjaya membelanjakan hampir RM1.042 bilion atau bersamaan dengan 100% daripada kelulusan peruntukan yang diterima iaitu RM1.042 bilion. Ini secara langsung membantu negara dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini terjejas ekoran pandemik Covid-19. Selain itu, pencapaian ini telah memberi keyakinan kepada kontraktorkontraktor untuk lebih berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam sektor penyenggaraan jalan. Disamping itu, saya berharap kandungan artikel dalam penerbitan ini dapat memberi pengetahuan baru dan perkongsian ilmu kepada pembaca dan dimanfaatkan bersama bukan sahaja di peringkat warga CSFJ malah kepada seluruh warga JKR. Disamping itu juga, penerbitan ini telah membukukan rentetan program dan aktiviti Cawangan ini untuk tatapan bersama. Di penghujung ucapan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada semua warga CSFJ yang telah bersama-sama menjayakan penerbitan buku ini, terutamanya ahli Sidang Redaksi. Ayuh kita sama-sama layari setiap helaian penerbitan buku CSFJ: Pencapaian Pengurusan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Tahun 2022. Sekian, terima kasih. UCAPAN PENGARAH DATO' Ir. IBRAHIM BIN ESA Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia PENCAPAIAN CSFJ | 03
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan atau CSFJ pada mulanya dikenali sebagai Bahagian Senggara Fasiliti Jalan adalah satu bahagian yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 2007. CSFJ selaku pengurus aset bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau pengurusan penyenggaraan Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia supaya aset jalan berfungsi dengan selamat dan selesa untuk pengguna jalan raya. Selain itu, CSFJ juga berperanan dalam mengekalkan kebolehfungsian aset jalan bagi memenuhi ciri-ciri teknikal, ekonomik dan memenuhi kepuasan pelanggan. Bagi tempoh sehingga Jun 2021, jumlah keseluruhan panjang Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia telah mencecah melebihi 14,000 km. Oleh itu, bagi memastikan tadbir urus dan pelaksanaan penyenggaraan jalan dalam keadaan teratur dan terancang, empat syarikat konsesi telah dilantik bagi menjalankan kerja penyenggaraan. Perincian tadbir urus penyenggaraan jalan oleh CSFJ adalah seperti infografik berikut: RINGKASAN EKSEKUTIF JUMLAH PANJANG JALAN: 14,856.358KM Sumber panjang jalan: Buku Statistik Jalan Malaysia Edisi 2022 Perlis Kedah P. Pinang Perak Kelantan Terengganu Pahang Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor PENCAPAIAN CSFJ | 04
ZON SELATAN (NEGERI SEMBILAN, MELAKA DAN JOHOR) ZON TENGAH/TIMUR (SELANGOR, PAHANG, KELANTAN DAN TERENGGANU) ZON UTARA (PERAK) ZON UTARA (PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG) SELIA SELENGGARA SDN. BHD ROAD CARE SDN. BHD BELATI WANGSA SDN. BHD. THB MAINTENANCE SDN. BHD TEMPOH KONTRAK PERJANJIAN BARU 5 APRIL 2018 – 16 FEBRUARI 2026 TEMPOH KONTRAK PERJANJIAN BARU 5 APRIL 2018 – 16 FEBRUARI 2026 TEMPOH KONTRAK PERJANJIAN BARU 5 APRIL 2018 – 16 FEBRUARI 2026 TEMPOH KONTRAK PERJANJIAN BARU 17 OGOS 2017 – 16 OGOS 2027 MAKLUMAT SYARIKAT KONSESI SKOP KERJA PENYENGGARAAN PENYENGGARAAN RUTIN PENYENGGARAAN BERKALA KECEMASAN R01 : Penyenggaraan Pavemen R02 : Penyenggaraan Bahu Jalan R03 : Potong Rumput R04 : Perabot Jalan R05 : Jambatan & Pembetung R07 : Longkang B : Pemeriksaan Rutin BERKALA PAVEMEN BUKAN BERKALA PAVEMEN 1) Membersihkan Pokok Tumbang 2) Kawalan Trafik semasa Kerosakan/Runtuhan Jalan 3) Membersihkan Tanah Runtuh 4) Papan Tanda Amaran semasa Banjir 5) Lain-lain 1) Overlay 2) Mill & pave 3) Partial Reconstruction 4) Full Reconstruction 1) Memasang Papan Tanda 2) Membaiki Longkang & Pembetung 3) Membaiki Cerun Kecil 4) Lain-lain PENCAPAIAN CSFJ | 05
OBJEKTIF FUNGSI LATAR BELAKANG Cawangan Senggara Fasiliti Jalan atau CSFJ selaku pengurus aset bertanggungjawab dalam pengurusan penyenggaraan Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia. Objektif dan Fungsi CSFJ adalah: Memastikan semua fasiliti jalan JKR sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa Mengekalkan kefungsian fasiliti jalan JKR bagi memenuhi ciri-ciri Teknikal dan ekonomik untuk mencapai nilai kos pusingan hayat yang optimum (optimum life cycle cost). Memastikan perkhidmatan senggara fasiliti jalan JKR yang cemerlang, kos berkesan dan memenuhi kepuasan pelanggan Melaksana pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan yang bersepadu dan menyeluruh. Menyedia sistem dan piawaian pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan yang seragam dan sistematik supaya tahap kefungsian dan keselamatan sesuatu aset fasiliti jalan dapat dipertingkatkan lagi. Merancang dan menyelaras pengurusan dan penyenggaraan aset fasiliti jalan di JKR Negeri dan Wilayah Persekutuan serta menjalankan audit senggara aset fasiliti jalan mengikut program yang ditetapkan Memberi khidmat nasihat kepada pemegang utama terhadap pengunaan sistem, amalan, piawaian dan teknologi terkini dalam bidang pengurusandan penyenggaraan fasiliti aset fasiliti jalan yang lebih berkesan dan ekonomik. PENCAPAIAN CSFJ | 06
VISI Menjadi pusat kecermelangan pengurusan aset fasiliti jalan berteraskan kreativiti dan inovasi modal insan serta teknologi terkini. MISI Kami memberi perkhidmatan dan perundingan teknikal kepada kerajaan dalam pengurusan aset fasiliti jalan secara profesional dan kos yang efektif. Kami komited untuk mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan penyelenggaraan fasiliti jalan dengan amalan terbaik dan teknologi terkini untuk memenuhi kepuasan pelanggan. Kami bertekad untuk membangunkan kecemerlangan modal insan yang pakar, kreatif dan inovatif dalam pengurusan aset fasiliti jalan. PENCAPAIAN CSFJ | 07
PENGARAH CSFJ BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT & STRATEGIK BAHAGIAN SENGGARA FASILITI JALAN ZON TENGAH TIMUR BAHAGIAN SENGGARA FASILITI JALAN ZON UTARA BAHAGIAN KEJURUTERAAN GEOINFORMATIK BAHAGIAN KEJURUTERAAN PEMULIHAN JALAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN PEMULIHAN JAMBATAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL BAHAGIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAHAGIAN KEJURUTERAAN UKUR BAHAN BAHAGIAN PRESTASI, PEWARTAAN & PEMBANGUNAN TEPI JALAN BAHAGIAN SENGGARA FASILITI JALAN ZON SELATAN CARTA ORGANISASI CSFJ PENCAPAIAN CSFJ | 08
BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT DAN STRATEGIK (BPKS) BAHAGIAN PRESTASI, PEWARTAAN DAN PEMBANGUNAN TEPI JALAN BAHAGIAN SENGGARA FASILITI JALAN ZON (UTARA, TENGAH/TIMUR DAN SELATAN) BAHAGIAN KEJURUTERAAN PEMULIHAN JALAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN PEMULIHAN JAMBATAN Pemantauan pencapaian Pelan Bisnes, Pelan Strategik, Pelan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) dan KPI untuk CSFJ; Pelaporan Piagam Pelanggan bagi CSFJ; Kajian Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) berdasarkan program; Penyelaras Program Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Cawangan; Tadbir urus pentadbiran dan perkhidmatan warga CSFJ; Pengurusan kewangan dan perbelanjaan kelulusan peruntukan termasuk pelaporan prestasi kewangan peringkat Cawangan; Pengurusan latihan, kursus dan pembangunan kompetensi warga CSFJ; Penyelarasan pelajar latihan industri; Pengurusan aset alih peringkat Cawangan; Menguruskan operasi Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) JKR dan berkaitan bencana; Menyelaras urusan berkaitan dengan parlimen dan Mesyuarat POSKAB; Tadbir urus keperluan perlindungan, keselamatan dan kesihatan pekerja; Pengurusan aduan Jalan Persekutuan; Penyelarasan pembangunan dan pembudayaan inovasi; Urusetia Mesyuarat Kesiapsiagaan Bencana Peringkat JKR; Urusetia Mesyuarat Penyelarasan CSFJ/JAPJ/Konsesi Peringkat JKR. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (JKPAK) Fasiliti Peringkat JKR; Pelaporan Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) ke atas Syarikat Konsesi Jalan Persekutuan; Tadbir urus permohonan paparan iklan, utiliti, pewartaan dan kenderaan berat khas di Jalan Persekutuan; Penyelaras SOP Senggara Jalan; Urusetia Kos Kitaran Hayat (LCC) peringkat Cawangan; Pembangunan Dokumen TPATA Aset Jalan; Penyelarasan dan pemantauan pendaftaran jalan negeri (MARRIS). Menyelaras dan memantau kerja-kerja Penyelenggaraan Rutin, Berkala Pavemen, Bukan Berkala Pavemen dan Kecemasan di negeri terlibat mengikut zon; Merancang kerja pelaksanaan auditan bagi Jalan Persekutuan mengikut zon; Merancang pelaksanaan Audit Kriteria Penerimaan Projek Jalan Persekutuan yang telah siap pembinaan/ naiktaraf bagi tujuan pengurusan penyenggaraan; Merancang pelaksanaan dan pengumpulan/ penyemakan/ penyelarasan datadata untuk tujuan pelaporan bagi : Kemajuan kewangan/fizikal Peruntukan Mengurus dan Pembangunan. Kajian Kepuasan Pelangan (CSI). Kemajuan kewangan/fizikal Lintasan Pejalan Kaki Searas Berlampu Isyarat (LPKSI) & Rawatan Lokasi Blackspot. Pemeriksaan Mandatori Tahunan Jambatan (PMTJ). Pencapaian Piagam Pelanggan. Pencapaian Pelan Bisnes. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Penyelaras Program Berkala Pavemen Penyenggaraan Jalan Persekutuan; Bengkel dan roadshow bagi program kejuruteraan pavemen; Menjalankan kajian bagi program kejuruteraan pavemen; Semakan dan penyediaan kaedah rawatan bagi Program Berkala Pavemen; Menyelaras dan melaksanakan audit ke atas Loji Pengeluaran Asfalt; Merancang dan memantau Program Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya (Program Blackspot dan Program Lintasan Pejalan Kaki Searas Lampu Isyarat). Menyelaras dan menjalankan Audit Kriteria Penerimaan Projek Jalan Persekutuan yang melibatkan aset jambatan/ culvert/jejantas dan yang berkaitan; Menyelaras penerimaan, semakan dan pelaporan bagi laporan Pemeriksaan Mandatori Tahunan Jambatan (PMTJ); Menyelaras dan memantau Sistem Pengurusan Data Jambatan (Bridge Management System - BMS); Memberi khidmat nasihat teknikal pembaikan dan penyenggaraan jambatan kepada JKR Negeri/ Daerah/Agensi; Menyediakan latihan/taklimat berkenaan penyenggaraan dan baikpulih jambatan; Merancang, menyelaras dan melaksanakan kertas kerja kompetensi senggara jambatan iaitu Bridge Inspector; Mengadakan kolaborasi dengan agensi Kerajaan, pemain industri, institusi-institusi pengajian tinggi atau lain-lain pihak yang berkepentingan. FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN PENCAPAIAN CSFJ | 09
BAHAGIAN KEJURUTERAAN GEOINFORMATIK BAHAGIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK BAHAGIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL BAHAGIAN KONTRAK & UKUR BAHAN Tabir urus data geospatial rangkaian jalan raya JKR dan aset jalan bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan; Pengurusan dan penerbitan peta jalan raya JKR bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan; Pengurusan cerapan data geospatial bagi 4 layer utama iaitu Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, lokasi KM Post dan lokasi jambatan; Penyimpanan maklumat AsBuilt Drawing; Pengurusan peta Digital Topografi dan Data Digital Cadastral bagi Semenanjung dan WP Labuan untuk kegunaan rasmi pegawai JKR; Pengurusan dan penyenggaraan perisian GIS dan peralatan GNSS serta memberikan khidmat kepakaran dan khidmat nasihat berkaitan Sistem Maklumat Geografi (GIS), Maklumat Digital Jalan/Aset Jalan; Koordinator dan pemprosesan data Pothole kepada format GIS bagi Sistem Aplikasi Pemantauan Pothole (ASaPP) untuk paparan Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS); Penyelaras Building Information Modeling (BIM) Highway peringkat Cawangan; Penyelaras pembangunan perkhidmatan atas talian (MyGOS) berkaitan penyenggaraan di CSFJ; Pengurusan Bilik Gerakan Bencana CSFJ (BiGBen) berkaitan ICT dan Peta Jalan JKR. Menyelaras dan memantau Audit Kriteria Penerimaan Projek Jalan bagi projek jalan baru bagi skop lampu jalan & lampu isyarat di Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia; Menyelaras dan memantau prestasi kewangan bagi memastikan peruntukan dapat dibelanjakan dalam garis masa yang ditetapkan bagi pembayaran bil elektrik (OS23000) lampu jalan & lampu isyarat di Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia; Menyelaras dan memantau prestasi fizikal dan kewangan bagi penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat di Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia; Menyelaras dan memantau prestasi kewangan bagi pembelian alat ganti lampu jalan dan lampu isyarat; Menyemak permohonan kadar harga baharu (Fair Rate) untuk kerja-kerja yang tiada dalam Schedule of Rate (SOR) bagi skop penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat. Pengurusan penyenggaraan rumah pam di Rumah Pam B, C dan D di laluan sikal Lebuhraya Persekutuan dan di Jalan Lapangan Terbang Subang; Pengurusan Sistem Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) atau Bailey Bridge milik Persekutuan di tujuh (7) Stor Daerah/Negeri; Pengurusan pentadbiran operasi JKR Feri di Pengkalan Kubor, Kelantan; Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Stor JKR Feri Pengkalan Kubor, Kelantan; Pengurusan kenderaan jabatan; Indeks Kepuasan Pelanggan (Feri Pengkalan Kubor). Pengurusan berkaitan Dokumen Perjanjian Konsesi Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia; Pengurusan proses kelulusan Kadar Harga Baharu (Fair Rate) yang tidak terdapat dalam Schedule of Rate (SOR); Pengurusan proses perolehan kerajaan untuk memastikan proses perolehan mematuhi syaratsyarat dan peraturan semasa; Pengurusan proses penyediaan dokumen perjanjian/ kontrak untuk memastikan dokumen adalah teratur. FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN PENCAPAIAN CSFJ | 10
Adalah menjadi hasrat Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) untuk melaksanakan kerja penyenggaraan jalan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum. Perkara ini penting bagi memastikan kerja penyenggaraan jalan yangdilaksanakan dapat disiapkandan diserah mengikut perancangan supaya menepati kehendak pelanggan dan pengguna jalan raya . Oleh itu, CSFJ sentiasa proaktif dan komited dalam memastikan tadbir urus kewangan dan pemantauan kerja ditapak agar perbelanjaan optimum dapat dicapai. Pemantauan rapi diberi keutamaan bagi memastikan kelulusan peruntukan yang diterima dapat dibelanja seperti mana yang dirancangkan. Usaha ini penting bagi memastikan kelulusan peruntukan yang diterima dapat dioptimumkan dalam pengurusan penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia sekaligus membantu negara dalam merancakkan semula pertumbuhan ekonomi Negara yang terjejas pos-pandemik Covid-19. PRESTASI PERBELANJAAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN TAHUN 2022 Merujuk kepada pencapaian pada tahun 2021 , Peruntukan Penyenggaraan Jalan Persekutuan yang telah dibelanjakan berjumlah RM 1.169 Billion adalah 100 % peruntukan yang disalurkan bagi kerja penyenggaraan jalan persekutuan. Ini adalah satu usaha dan pencapaian terbaik bersama dengan JKR Negeri. Prestasi perbelanjaan bagi Program Penyenggaraan Jalan Persekutuan yang baik amat penting dan signifikan dalam merangsang pertumbuhan sosio-ekonomi setempat, selain melengkapkan rangkaian perhubungan jalan raya di negara kita. *Perbelanjaan termasuk Program PEMERKASA bagi kerja selesai tahun 2021 KELULUSAN TAHUN 2022 Setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kerja kerana pada tahun 2022 sehingga Disember 2022 telah meluluskan kelulusan kerja berjumlah RM 911.5 Juta iaitu bersamaan dengan 25 % daripada keperluan sebenar berjumlah RM 3.6 Bilion bagi kerja-kerja penyenggaraan dan juga kerja dibawah Program Keselamatan Jalan Raya. Keperluan bagi tahun 2022 : RM 3.6 Bilion Kelulusan bagi tahun 2022 : RM 911.5 Juta Oleh: Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik PENCAPAIAN CSFJ | 11
Peruntukan yang telah disalurkan kepada CSFJ merangkumi skop kerja penyenggaraan jalan iaitu:- a) Berkala Pavemen b) Berkala Bukan Pavemen c) Penyenggaraan Jambatan d) Rutin, Kecemasan dan Komited e) Pembayaran Bil dan Penyenggaraan Elektrik f) Program Keselamatan Jalan Raya ( Blackspot ) KELULUSAN MENGIKUT PROGRAM BILANGAN ARAHAN KERJA DAN SEBUTHARGA BAGI KERJA PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN TAHUN 2022 (MENGIKUT NEGERI) PENCAPAIAN CSFJ | 12
PERUNTUKAN BAGI KERJA PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN TAHUN 2022 PENCAPAIAN CSFJ | 13
STATUS PERBELANJAAN DAN FIZIKAL SEHINGGA TAHUN 2022 STATUS FIZIKAL BAGI PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN TAHUN 2022 PENCAPAIAN CSFJ | 14
PRESTASI KEWANGAN BAGI PROGRAM PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN MENGIKUT NEGERI PENCAPAIAN CSFJ | 15
Kementerian Kewangan melalui Kementerian Kerja Raya telah meluluskan kerja-kerja pembaikan akibat bencana pada tahun 2022. Kelulusan berjumlah RM 54.8 Juta yang telah diluluskan merangkumi skop Berkala Pavemen, Berkala Bukan Pavemen, Pembaikan Jambatan dan Penyenggaraan Elektrik. Pelaksanaan kerja pembaikan telah dilaksanakan dengan kadar segera bagi memastikan keadaan jalan raya adalah selamat dan tidak terputus bagi kegunaan pengguna jalan raya. Kesegeraan penyiapan kerja-kerja dibawah Program Pembaikan dan Penyenggaraan Infrastruktur Awam Akibat Bencana merupakan salah satu Key Performance Indicator (KPI) Aspirasi Keluarga Malaysia dengan sasaran pelaksanaan 100% siap pada 30 Jun 2022. Pencapaian ini akan dilaporkan kepada YAB Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri pada bulan Ogos 2022. Pihak CSFJ sentiasa memantau rapi semua kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan yang telah diluluskan dengan mengambilkira Garis Masa Pelaksanaan dalam Penyenggaraan Jalan Persekutuan pada tahun 2022. PENCAPAIAN CSFJ | 16
Pelan Bisnes Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) Tahun 2021-2025 dibangunkan bertujuan membantu Jabatan selaku Pengurus Aset Jalan Persekutuan mencapai visi, misi dan objektif yang ditetapkan dalam pengurusan penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia. Pelan Bisnes CSFJ ini mengandungi lima (5) tema yang mewakili agenda transformasi JKR dengan menjangkakan hasil-hasil strategik yang bakal diperolehi. Tema-tema tersebut adalah seperti berikut; PENCAPAIAN CSFJ | 17 PELAN BISNES CSFJ 2021-2025: BERGERAK MENUJU PENGURUSAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN SEIRING HALA TUJU JABATAN Oleh Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik
92 KPI Dalam Pelan Bisnes CSFJ 1 KPI YB Menteri Kerja Raya 0 KPI KSU KKR 1 KPI Timbalan KSU (D&P) KKR 2 KPI TKPKR Sektor Infra 18 KPI PPTPA Tier 3: Pengarah CSFJ 2 KPI PSO, KKR Di samping itu, pembangunan Pelan Bisnes CSFJ ini turut mengambil kira beberapa rujukan utama di peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) dan JKR seperti berikut; Secara keseluruhannya, terdapat 92 KPI yang telah dikenal pasti dan dimuktamadkan dalam Pelan Bisnes CSFJ yang melibatkan KPI fungsi teras atau ‘core business’ dan juga KPI Generik CSFJ. Daripada bilangan KPI tersebut, terdapat beberapa KPI yang memberi indikator pencapaian kepada Pengurusan Atasan KKR dan JKR seperti berikut; PENCAPAIAN CSFJ | 18
10 KPI CSFJ MELIBATKAN PENGURUSAN TERTINGGI KKR & JKR PENCAPAIAN CSFJ | 19
Semestinya hala tuju CSFJ sebagai Pengurus Aset dalam Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diperincian dalam Pelan Bisnes CSFJ tahun 2021-2025 akan diusaha untuk direalisasikan bagi memastikan CSFJ bergerak selari dengan visi dan misi Jabatan secara keseluruhan. CSFJ harus kekal sebagai teras utama dalam pengurusan aset jalan sejajar dengan hala tuju negara agar Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia dalam keadaan selamat dan selesa untuk pengguna jalan raya. PENCAPAIAN CSFJ | 20
PENCAPAIAN CSFJ | 21
MAJLIS PELANCARAN BILIK GERAKAN BENCANA (BIGBEN) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran Pembukaan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) bagi Monsun Timur Laut 2021/2022 secara hybrid dan disiarkan di laman facebook JKR Malaysia. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 17 November 2021 bertempat di Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Blok F. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat (CDPK), YBrs. Ir. Mohamed Amin bin Kasim, Pengarah Kanan Cawangan Jalan (CJ), YBrs. Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), YBrs. Ir. Hj. Abd Rahman bin Pandi, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ketua-Ketua Bahagian Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) dan Seketariat Bilik Gerakan Bencana (BiGBen). Pembukaan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) ini adalah merupakan inisiatif pihak Jabatan bagi tujuan One Stop Centre Pengurusan maklumat kejadian bencana seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak/runtuh yang mana melibatkan jalan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya yang merangkumi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Selain itu, orang awam juga dapat mengetahui maklumat penutupan jalan dan maklumat jalan alternatif yang boleh dilalui ketika berlakunya bencana di Portal eBencana JKR di laman web http://bencanaalam.jkr.gov.my. Adalah diharapkan dengan Pembukaan Bilik Gerakan ini, iainya akan menjadi sumber rujukan utama kepada semua agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan juga semua masyarakat mengenai maklumat bencana. Bersempena Majlis Pelancaran Pembukaan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) ini juga, YBrs. Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah CSFJ, turut menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan. Oleh: Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik PENCAPAIAN CSFJ | 22
Jabatan Kerja Raya Malaysia telah dilantik oleh Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menerajui Kluster Logistik dan Kluster Pemulihan Awal. Kluster Logistik dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) dan Kluster Pemulihan Awal dilaksanakan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ). Tujuan sistem kluster ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan sewaktu dan selepas bencana. Inisiatif ini dirangka bagi memantapkan usahasama strategik dan meningkatkan keupayaan tindak balas yang lebih sistematik antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Pada musim Monsun Timur Laut yang lepas, Seramai 250 pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Kerja Raya Malaysia (JKR), Team Surau KKR dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), telah bersama-sama menyertai Misi Bantuan Bencana Banjir #JKRPrihatin di Kampung Bukit Changgang, Dengkil pada 25 Disember 2021 (Sabtu). Para sukarelawan telah dipecahkan kepada 2 zon untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan yang melibatkan 13 buah rumah dan 1 buah surau. Team KKR dan JKR berkumpul seawal 7.00 pagi sebelum bergerak ke lokasi dan mengadakan gotong royong yang turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, Datuk Ahmad Nadzri Embong; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Haji Mohamad Ir Zulkefly Sulaiman dan Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penswastaan (SUB BPP), Datuk Zahrul Hakim Abdullah. Team Surau KKR turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan makanan kepada keluarga berkenaan. Oleh: Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik PENCAPAIAN CSFJ | 23
Berikutan kepada kejadian banjir yang amat teruk di Negeri Selangor, Kementerian Kerja Raya telah menjadikan Daerah Hulu Langat sebagai kawasan angkat untuk tujuan kerja-kerja pembersihan pasca banjir. Program dilaksanakan pada 30 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022, yang melibatkan lebih 500 sukarelawan daripada KKR, JKR, CIDB dan LLM serta syarikatsyarikat konsesi. Hasil daripada program ini, kawasan yang dipilih adalah di Taman Seri Nanding, Hulu Langat yang merangkumi 20 buah rumah dan 1 dewan orang ramai serta jalanraya sekitarnya yang berjaya dibersihkan. Program ini juga turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. PROGRAM MISI PASCA BANJIR KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN AGENSI Oleh: Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik PENCAPAIAN CSFJ | 24
LAPORAN KEJADIAN JALAN DAN TEBING RUNTUH AKIBAT HUJAN LEBAT DI LALUAN JALAN PERINDUSTRIAN HULU LANGAT (FT 3210), DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN. OIeh kerana aliran trafik terlalu tinggi dan tiada jalan alternatif maka satu lorong dibuka untuk penggunaan lalu lintas. Kawalan trafik secara 24jam (Stop&Go) dilaksanakan serta merta demi menjaga keselamatan para pengguna jalan tersebut. Dalam bencana tersebut tiada mangsa terlibat dan tiada kehilangan nyawa. Bagi tujuan keselamatan awam laluan FT 3210 telah ditutup satu lorong oleh JKR Daerah Hulu Langat bermula daripada 18 Disember 2021 sehingga 6 Februari 2022. Kerja-kerja pemasangan kawalan lalulintas (traffic management plan) bagi penutupan jalan menjadikan satu lorong dilaksanakan oleh syarikat konsesi penyenggaraan jalan persekutuan Roadcare Sdn. Bhd. Satu kejadian bencana jalan dan tebing runtuh telah berlaku di Jalan Perindustrian Hulu Langat laluan FT 3210 Seksyen 13.2 hingga 13.4 di dalam Daerah Hulu Langat . Kejadian tanah runtuh ini berlaku pada 18 Disember 2021 kira-kira jam 3.00 petang. Punca kejadian dikenal pasti berlaku hakisan adalah disebabkan oleh aliran arus Sungai Langat yang deras berpunca dari hujan lebat luar biasa. Keadaan Jalan FT3210 Pada Hari Kejadian (18.12.2021) PENDAHULUAN Oleh: Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Tengah Timur PENCAPAIAN CSFJ | 25
YBhg.Datuk Ketua Pengarah Kementeriaan Kerja Raya Malaysia (KPKR), Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR Sektor Infra), Dato’ Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia (CSFJ), Ir. Ibrahim Bin Esa, Jurutera Awam Penguasa Kanan (JAPK) Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Tengah Timur Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia, En. Amiruddin Bin Abd. Rahim, wakil-wakil JKR Negeri Selangor dan JKR Daerah Hulu Langat turut mengadakan lawatan ke lokasi kejadian pada 24 Disember 2021 untuk melihat sendiri keadaan kerosakan di Laluan Persekutuan berkenaan. PENCAPAIAN CSFJ | 26 LAWATAN TAPAK YBhg. DATUK KPKR, DATO’ TKPKR (SEKTOR INFRA), PENGARAH CSFJ, JAPK ZON TENGAH TIMUR CSFJ, WAKIL-WAKIL JKR NEGERI SELANGOR DAN JKR DAERAH HULU LANGAT
PEMASANGAN KAWALAN LALULINTAS TRAFFIC MANAGEMENT PLAN (TMP) KAWALAN TRAFIK SECARA 24 JAM (STOP&GO) KERJA EXCAVATION KERJA PEMASANGAN TERRAMESH DAN GABION PENCAPAIAN CSFJ | 27 PROSES KERJA PEMBINAAN SEMULA (RECONSTRUCTION)
KERJA PAVEMENT KERJA PEMBINAAN BOX CULVERT KERJA PEMASANGAN GEOTEXTILE TS 60 AS (SEPERATOR) KERJA BACKFILL KERJA PEMBINAAN LONGKANG KERJA PEMASANGAN GUARDRAIL PENCAPAIAN CSFJ | 28
Kementerian Kerja Raya telah menganjurkan Program FTRoadpedia “Pasca Banjir” untuk menyebarluas perkembangan dan status terkini kerja-kerja pemulihan serta pembaikan di laluan FT3210. Lawatan bagi Program FTRoadpedia telah diadakan pada 24 Februari 2022 bersama Menteri Kanan Kerja Raya YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Haji Wan Sulaiman, Ketua Pengarah Kementeriaan Kerja Raya Malaysia (KPKR), Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR Sektor Infra), Dato’ Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, wakil-wakil Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Negeri Selangor dan JKR Daerah Hulu Langat. Kerja pembaikan pengukuhan tebing sungai dan juga pembinaan semula struktur jalan yang rosak dilaksanakan dibawah Program Berkala Pavemen (Bencana) dengan anggaran kos sebanyak RM 1.5juta. Kerja-kerja pembinaan mula dilaksanakan pada 24 Disember 2021 siap sepenuhnya pada 21 Februari 2022. PENCAPAIAN CSFJ | 29 LAWATAN PROGRAM FTROADPEDIA OLEH YB DATO’ SRI MENTERI KANAN KERJA RAYA PADA 24 FEBRUARI 2022 OLEH: BAHAGIAN SENGGARA FASILITI JALAN ZON TENGAH TIMUR
Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Tengah Timur (ZTT) telah diarahkan oleh Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan supaya melaksanakan Audit Dalaman mengikut SPK JKR Prosedur Audit Dalaman JKR.PK(P).03 ke atas Kerja-Kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan di Negeri Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pelaksanaan Audit dalaman ini diketuai oleh Jurutera Awam Kanan (JAK) Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ) Zon Tengah Timur selaku Ketua Audit Dalaman, kakitangan CSFJ selaku auditee, wakil-wakil JKR Negeri, JKR Daerah serta pihak pengurusan dari syarikat konsesi Roadcare(M) Sdn. Bhd. Panjang jalan yang telah selesai dijalankan audit rutin bagi setiap negeri adalah seperti berikut: Selangor - 291.51 km Pahang - 502.78 km Kelantan - 277.62 km Terengganu - 129.82 km PENCAPAIAN CSFJ | 30 PENSWASTAAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN SEMENANJUNG MALAYSIA TAHUN 2022 – AUDIT DALAMAN BAGI ZON TENGAH TIMUR OLEH: BAHAGIAN SENGGARA FASILITI JALAN ZON TENGAH TIMUR
OBJEKTIF UTAMA AUDITAN DALAMAN YANG DILAKSANAKAN ADALAH SKOP BAGI AUDITAN YANG DILAKSANAKAN IALAH PENCAPAIAN CSFJ | 31
JUMLAH NCR YANG DIKELUARKAN SEWAKTU AUDIT DALAMAN UNTUK TAHUN 2022 BILANGAN NCR MENGIKUT SKOP KERJA RUTIN PENCAPAIAN CSFJ | 32
SELANGOR LAPORAN BERGAMBAR SEMASA AUDIT RUTIN BAGI BSFJ ZTT 2022 PAHANG KELANTAN TERENGGANU PENCAPAIAN CSFJ | 33
KERJA-KERJA PEMBAIKAN JALAN DI LALUAN FT252 (JALAN VHF GUNUNG JERAI) Jalan VHF Gunung Jerai merupakan laluan utama untuk ke menara pemancar milik Telekom Malaysia dan juga kawasan tarikan pelancongan iaitu Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh yang terdapat di laluan tersebut. Laluan ini sering mendapat aduan disebabkan permukaan jalan yang berlubang dan sempit serta membahayakan pengguna khususnya pada waktu malam. Susulan dengan itu, pihak JKR Negeri Kedah serta syarikat konsesi yang terlibat, THB Maintenance Sdn. Bhd. telah mencadangkan kaedah pembaikan laluan tersebut dengan menggunakan (Fibre Reinforced Concrete). Cadangan kerja pembaikan ini melibatkan kelulusan sebanyak RM2,009,864.00 di bawah peruntukan PEMERKASA. Panjang laluan yang lerlibat adalah 2.39km yang bermula dari seksyen 0.338 sehingga seksyen 2.730. Kerja-kerja pembaikan di lokasi tersebut telah siap sepenuhnya pada 4 Januari 2022. Pemilihan kaedah pembaikan tersebut adalah disebabkan oleh faktor lokasi tapak yang curam dan sempit yang menyukarkan pembekalan asphalt ke lokasi tersebut. Dimana faktor kawalan “Double Handling” yang boleh menyebabkan suhu asphalt tidak dapat dikawal. Kaedah pembaikan ini melibatkan skop menghampar Fibre Reinforced Concrete sepanjang 2.39km, pemasangan cermin cembung, pemasangan susur tangan, pemasangan papan tanda, pembinaan kerb cast in-situ serta kerja-kerja longkang jalan. KAEDAH PEMBAIKAN (FIBRE REINFORCED CONCRETE) Oleh: Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Utara PENCAPAIAN CSFJ | 34
AUDIT RUTIN JALAN PERSEKUTUAN DI NEGERI-NEGERI ZON UTARA Satu audit rutin telah diadakan di negeri – negeri Zon Utara iaitu Kedah, Penang, Perlis dan Perak pada empat (4) hingga lapan (8) Julai 2022. Audit ini melibatkan beberapa daerah terpilih iaitu Perlis, Kubang Pasu, Kulim, Timur laut, Kuala Kangsar dan Kinta. Auditan ini diketuai oleh Maziahtul Asmah binti Mohamad Razali dan dibantu oleh Mohd Ridzuan bin Ibrahim, Mohd Syahirrullah bin Mohd azhar serta Aslina binti Haji Othman sebagai juruaudit. Tujuan audit ini diadakan adalah untuk menilai pematuhan aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan dasar dan objektif yang didokumenkan dalam SPB JKR, SOP Senggara Jalan dan Kontrak FRM. Selain itu, untuk menilai bahawa aktiviti-aktiviti tersebut memenuhi keperluan prosedur-prosedur, perundangan dan arahan-arahan kerja yang didokumenkan serta memastikan Kerja-Kerja Rutin mengikut program tahunan yang telah ditetapkan. Audit rutin ini dimulakan di Negeri Perlis pada empat (4) Julai 2022 dan panjang jalan yang diaudit adalah sepanjang 266.083 km. Kemudian pada lima (5) dan enam (6) Julai 2022, pasukan audit daripada CSFJ Zon Utara menuju ke Kedah untuk mengadakan sesi audit rutin di daerah Kubang Pasu dan Kulim. Panjang jalan yang diaudit dua (2) daerah ini adalah sepanjang 343.89 km iaitu 167.038 km bagi daerah Kubang Pasu dan 176.849 km bagi daerah Kulim. Pada hari terakhir iaitu lapan (8) Julai 2022, pasukan audit menuju ke negeri Perak untuk melaksanakan audit di dua (2) daerah iaitu daerah Kuala Kangsar dan daerah Kinta. Panjang jalan yang diaudit dua (2) daerah ini adalah sepanjang 279.27 km iaitu 103.135 km bagi daerah Kuala Kangsar dan 176.132 km bagi daerah Kinta. Secara keseluruhannya, jumlah panjang jalan yang diaudit adalah sepanjang 934.684 km iaitu 30% daripada jumlah 3066.842 km panjang jalan yang disenggara Zon Utara. Hasil penemuan sepanjang auditan adalah 34 Opportunity For Improvement (OFI) dan 11 Non Conformance Report (NCR) telah dikeluarkan. Secara keseluruhan, auditan ini berjalan dengan lancar dan memenuhi objektif yang ditetapkan. Oleh: Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Utara PENCAPAIAN CSFJ | 35
PERFORMANCE BASED CONTRACT (PBC) JALAN FT001, FT003, FT005 ZON SELATAN Satu Majlis Tandatangan Perjanjian Konsesi Yang Berasaskan Performance Based Contract (PBC) telah diadakan pada 16 Jun 2022. Kontrak perjanjian ini ditandatangani antara Kementerian Kerja Raya (KKR) diwakili oleh Ketua Setiausaha KKR, Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Wan Sulaiman dan Selia Senggara Selatan Sdn Bhd yang diwakili oleh Datuk Hj Amli bin Talib Group Chief Executive Officer, Selia Group. Majlis ini disaksikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dan Datuk Mohamed Zaini bin Amran, Executive Vice Chairman, Selia Group. Kontrak ini bermula dari 2 Jun 2022 sehingga 16 Februari 2026. Oleh: Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Zon Selatan PENCAPAIAN CSFJ | 36
Kerja-kerja penyenggaraan yang dijalankan adalah kerja penyenggaraan rutin, kerja penyenggaraan berkala pavemen, kerja kecemasan dan kerja tambahan sekiranya perlu. Kontrak PBC ini akan melibatkan penyenggaraan di Jalan Persekutuan sepanjang 748.11 km yang berada di Zon Selatan Semenanjung Malaysia iaitu di laluan :- a. FT001 yang merupakan laluan penghubung di antara Utara dan Selatan sepanjang 283.73 km b. FT003, laluan penghubung negeri pantai timur sepanjang 160.05 km c. FT005 laluan penghubung negeri pantai barat sepanjang 304.33 km APA ITU PBC ? Kontrak ini merupakan kontrak perjanjian PBC yang pertama bagi kerja penyenggaraan jalan di Malaysia. Pelaksanaan kontrak ini merupakan satu pendekatan holistik dan way foward bagi kerja penyenggaraan jalan persekutuan di mana tahap prestasi perkhidmatan bagi kerja penyenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak syarikat dilantik, diukur melalui pencapaian terhadap KPI service level yang telah ditetapkan. Syarikat yang terlibat dalam perjanjian ini dinilai prestasi melalui terma kontrak yang telah dipersetujui bersama oleh pihak Kerajaan dan pihak Syarikat. Secara keseluruhannya, model pelaksanaan PBC ini adalah model penyenggaraan yang lebih sistematik dan lebih berkesan berbanding kontrak konvensional sedia ada yang bersandarkan pencapaian terhadap kerja siap (work done) berdasarkan skop kerja yang ditetapkan. Selain itu, melalui pelaksanaan kontrak PBC ini, terdapat elemen perkongsian risiko yang akan digalas bersama oleh pihak syarikat konsesi. PERFORMANCE BASED CONTRACT (PBC) JALAN FT001, FT003, FT005 ZON SELATAN Peta Jajaran Penyenggaraan Jalan Persekutuan Secara PBC di Zon Selatan Lawatan Tapak bersama Menteri Kanan Kerja Raya di FTRopedia Zon Selatan 2.0 PENCAPAIAN CSFJ | 37
PEWARTAAN PERUBAHAN ARAH LALUAN DARIPADA DUA HALA KEPADA SATU HALA CSFJ: Tuan, adakah perlu warta sekiranya berlaku perubahan arah di Jalan Persekutuan daripada dua hala menjadi satu hala? PUU: Seksyen 70(1) Akta Jalan Persekutuan 1987 [Akta 333] menyatakan sebagaimana berikut: “Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya berhubungan dengan suatu jalan Persekutuan, dan pihak berkuasa yang berkenaan selepas berunding dengan Ketua Pengarah berhubungan dengan suatu jalan selain jalan Persekutuan dalam kawasan pihak berkuasa itu, boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang atau menyekat daripada memandu atau menggunakan kenderaan-kenderaan atau apaapa kelas atau perihalan tertentu kenderaankenderaan di mana-mana jalan atau manamana bahagian jalan yang dinyatakan dalam perintah itu, dalam apa-apa hal yang didapati oleh Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan itu, mengikut mana yang berkenaan, bahawa kenderaan-kenderaan itu tidak boleh digunakan atau tidak boleh tanpa apa-apa sekatan digunakan di jalan itu tanpa membahayakan keselamatan kenderaankenderaan itu, atau orang di dalamnya atau orang atau kenderaan-kenderaan lain yang menggunakan jalan itu, atau bahawa jalan itu tidak sesuai untuk digunakan, atau untuk digunakan tanpa apa-apa sekatan, oleh manamana kenderaan sedemikian, atau bahawa jalan itu adalah suatu jalan di mana larangan atau sekatan itu perlu atau dikehendaki untuk memudahkan jalan itu dibaiki atau dibina semula.’’ Oleh itu, peruntukan yang menyatakan bahawa pewartaan perlu dilaksanakan adalah terpakai untuk perubahan daripada dua hala kepada satu hala. PEWARTAAN LORONG MOTOSIKAL CSFJ: Tuan, ada jalan Persekutuan di Negeri yang bahu jalannya berturap dicat bagi mengasingkannya bertujuan digunakan sebagai lorong motosikal. Adakah perlu untuk gazet secara berasingan dan diwartakan sebagai lorong motosikal memandangkan jalan utama bersebelahan telah diwartakan sebagai jalan Persekutuan? PUU: Merujuk kepada Seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333],“jalan’’ ditakrifkan sebagai mana-mana jalan awam dan mana-mana jalan lain yang mana orang awam mempunyai akses dan termasuklah jambatan, terowong, hentian sebelah, kemudahan feri, jalan bertingkat, bulatan jalan, pulau lalu lintas, pembahagi jalan, segala lorong lalu lintas, lorong laju, lorong perlahan, bahu jalan, garis tengah, jejambat, jalan tembok, jalan tuju, landasan masuk dan keluar, plaza tol, kawasan khidmat dan struktur dan lekapan lain bagi memberi kesan sepenuh kepada penggunaannya. Berdasarkan seksyen 2 Akta 333 tadi, tidak wujud keperluan pengazetan berasingan dan mewartakan bahu jalan tersebut sebagai lorong motosikal kerana bahu jalan tersebut merupakan sebahagian daripada struktur jalan utama yang mana telah pun diwartakan sebagai jalan Persekutuan. Oleh: Bahagian Prestasi Pewartaan & Pembangunan Tepi Jalan PENCAPAIAN CSFJ | 38
Seksyen 69(1), Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan had laju kebangsaan bagi segala jalan di Malaysia. Perkataan Menteri yang dirujuk di sini ialah Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan. Justeru, kuasa menetapkan had laju kebangsaan bagi semua jalan dan lebuhraya bertol adalah di bawah bidang kuasa Menteri Pengangkutan; Menteri Pengangkutan telah menetapkan had laju kebangsaan bagi segala jalan di Malaysia ialah 90 km/j manakala had laju kebangsaan bagi lebuhraya bertol ialah 110km/j. Penetapan ini boleh dirujuk kepada Pemberitahu Undangan A atau ringkasnya P.U.(A) nombor 18 pada tahun 1989; Menteri Kerja Raya boleh mewartakan larangan memandu melebihi kelajuan yang dinyatakan dalam suatu perintah di Jalan Persekutuan termasuk lebuh raya; Kelajuan yang dinyatakan dalam perintah berkenan tidak boleh melebihi had laju kebangsaan yang diwartakan; Sekiranya suatu had laju yang ingin diwartakan oleh Menteri Kerja Raya melebihi had laju kebangsaan, persetujuan daripada Menteri Pengangkutan perlu diperolehi terlebih dahulu. HAD LAJU KEBANGSAAN BAGI JALAN DI MALAYSIA CSFJ: Tuan, bolehkah tuan jelaskan mengenai had laju kebangsaan? Benarkah had laju kebangsaan bagi Jalan Negeri ialah 80km/j? PUU: Had laju kebangsaan adalah satu set had laju yang ditetapkan bagi semua jalan raya dan lebuh raya di Malaysia. Memandu melebihi had laju kebangsaan merupakan satu kesalahan selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]. Jika dirujuk kepada seksyen 69 Akta 333 berhubung had laju, perincian mengenai had laju dinyatakan seperti berikut: Untuk makluman, dakwaan bahawa bahawa had laju kebangsaan bagi Jalan Negeri di Malaysia ialah 80 km/j adalah tidak berasas kerana maklumat tersebut tidak dapat disahkan. Walau bagaimanapun, perintah had laju kebangsaan telah menyatakan bahawa had laju kebangsaan bagi segala jalan di Malaysia ialah 90km/j, seharusnya terpakai juga kepada Jalan Negeri. PENCAPAIAN CSFJ | 39
PENURUNAN KUASA DARIPADA PIHAK YANG TELAH DITURUNKAN KUASA CSFJ: Tuan, adakah boleh Pengarah JKR Negeri atau Jurutera Daerah JKR yang telah diturunkan kuasa oleh Menteri Kerja Raya membuat penurunan kuasa kepada pegawai di bawahnya? PUU: Merujuk kepada Seksyen 5 Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358], Menteri Kerja Raya boleh mewakilkan kuasa selain daripada yang dinyatakan dalam Seksyen 11 Akta 358 kepada mana-mana pihak untuk menjalankan tugas bagi pihak beliau. Melalui Akta 358 tersebut, Menteri Kerja Raya telah menurunkan kuasa sama ada kepada Pengarah JKR Negeri atau Jurutera Daerah JKR bagi seksyen-seksyen tertentu dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]. Secara prinsipnya, mana-mana pihak yang telah diturunkan kuasa tidak boleh menurunkan kuasa tersebut kepada satu pihak yang lain. Prinsip ini telah dinyatakan melalui Latin maxim, ‘delegatus non potest delegare’ ("one to whom power is delegated cannot himself further delegate that power"). Menurut maxim ini, sekiranya seseorang itu telah menurunkan kuasa kepada satu pihak, pihak yang diturunkan kuasa tersebut tidak boleh pula menurunkan kuasa terbabit kepada pihak lain. Justifikasi kepada maxim ini adalah apabila seseorang itu telah menurunkan kuasanya kepada satu pihak, seseorang yang menurunkan kuasa itu percaya dan yakin kepada kebolehan pihak yang diturunkan kuasa itu untuk membuat sebarang pertimbangan dan keputusan berkenaan kuasa yang telah diperturunkan. Oleh itu, pihak yang diturunkan kuasa tidak boleh memindahkan pula kepercayaan tersebut melalui penurunan kuasa kepada satu pihak yang lain. PENCAPAIAN CSFJ | 40
PROSEDUR PERMOHONAN PEMASANGAN UTILITI DI JALAN PERSEKUTUAN TAHUN 2022 VS PROSEDUR PERMOHONAN SYARIKAT UTILITI KEPADA JKR (PINDAAN 2018) Kadar Potong Bahu Jalan Tidak Berturap yang sebelum itu RM 800.00 dikurangkan kepada RM 400.00; dan Nisbah pembayaran wang cagaran yang sebelum itu menggunakan 100% draf bank dipinda kepada 70% jaminan bank dan 30% draf bank untuk jumlah wang cagaran yang dikira melebihi RM 500,000. Awal prosedur mula dikuatkuasa pada 1 Januari 2017. Prosedur diwujudkan bagi menyeragamkan kadar wang cagaran di semua JKR Negeri yang sebelum itu kadar yang digunakan di setiap JKR Negeri adalah berbeza-beza. Berlaku pindaan kepada prosedur pada tahun 2018 bagi perkara berikut: Latar belakang prosedur Walaupun telah dipinda pada tahun 2018, namun rungutan daripada pemegang taruh (syarikat utiliti, pemaju dan kementerian) terhadap kadar wang cagaran yang terlalu tinggi masih berlarutan. Kaedah pembayaran yang dipraktis sesetengah JKR Negeri tidak selaras dengan prosedur berkuatkuasa. Penyataan Isu Bengkel Penambahbaikan Prosedur Permohonan Syarikat Utiliti Kepada JKR pada 28-30 April 2019 melibatkan KKR, JKR dan agensi utiliti; Mesyuarat bersama syarikat utiliti pada 28 Mei 2019; Lawatan teknikal pelaksanaan Kerja Horizontal Directional Drilling (HDD) pada 2 Mac 2020; Mesyuarat Penambahbaikan Kaedah Pembayaran Deposit Keselamatan pada 28 Julai 2020; Sesi penerangan kepada Pengarah JKR Negeri dan Jurutera Awam Penguasa (Jalan) pada 21 September 2021 Diluluskan semasa pembentangan dalam Mesyuarat Pengarah pada 20 Januari 2022. Bengkel, lawatan dan mesyuarat Bengkel dan lawatan telah dilaksanakan sebagaimana berikut: Oleh: Bahagian Prestasi Pewartaan & Pembangunan Tepi Jalan PENCAPAIAN CSFJ | 41
Prosedur Tahun 2018 Prosedur Tahun 2022 Tajuk dan istilah Prosedur Permohonan Pemasangan Utiliti di Jalan Persekutuan Deposit Keselamatan Prosedur Permohonan Syarikat Utiliti KepadaJKR Wang Cagaran Justifikasi: Permohonan pemasangan utiliti bukan sahaja terhad kepada syarikat utiliti malah ada syarikat pemaju dan agensi kerajaan turut memohon.Istilah Deposit Keselamatan adalah lebih tepat dan selaras dengan seksyen dalam perundangan berbanding penggunaan Wang Cagaran. Kandungan Surat-menyurat Laporan polis Kelulusan/permit pemasangan utiliti oleh Pengarah JKR Negeri Jaminan bank yang telah diluluskan Kementerian Kewangan Malaysia Tuntutan ke atas jaminan bank Pemeriksaan jalan/ aset jalan sebelum kerja dilaksanakan Sebanyak 10 bab mengikut aturan aktiviti pemasangan utiliti Menyenaraikan jadual, rajah, undang-undang, garis panduan, arahan teknik, pekeliling, singkatan dan tafsiran istilah Lampiran dan borang berjumlah 28 bilangan. Bilangan lampiran bertambah dengan memasukkan templat di antaranya: Sebanyak 5 bab Lampiran dan borang berjumlah 11 bilangan Apa yang ditambahbaik? Perbandingan penambahbaikan di antara Prosedur Tahun 2022 dan Prosedur Tahun 2018 seperti berikut: Prosedur Tahun 2018 Prosedur Tahun 2022 Pembahagian kepada senario untuk pemohon Pembahagian pemohon kepada 3 senario iaitu penyedia/operator utiliti, pemaju dan Kementerian/ Jabatan Kerajaan Pembahagian senario akan menentukan bentuk deposit keselamatan yang akan dibayar (sama ada Jaminan Bank atau Bon Pelaksanaan projek) Tiada Kaedah pemasangan dan kadar Deposit Keselamatan Membenarkan kaedah pemasangan paip air di kawasan cerun secara expose dan mempunyai tambatan/ sokongan Tidak mengenakan deposit ke atas third party remedial works kerana tiada dalam peruntukan undangundang dan menjadikan penyediaan as-built drawings sebagai syarat kelulusan/ permit pemasangan utiliti Menyaksikan pengurangan kadar Deposit Keselamatan dikurangkan di antara 50% sehingga 85% ke atas pelbagai kaedah pemasangan Bagi pemasangan di bahu jalan tidak berturap, kadar merujuk kepada diameter utiliti Kaedah pemasangan paip air di kawasan cerun tidak dijelaskan Mengenakan kadar deposit ke atas third party remedial works dan as-built drawings Pengurangan kadar hanya dibuat ke atas kaedah pemasangan secara Potong Bahu Jalan Tidak Berturap sebanyak 50% PENCAPAIAN CSFJ | 42
Prosedur Tahun 2018 Prosedur Tahun 2022 Kaedah pembayaran Deposit Keselamatan 100% jaminan bank Menggunakan templat jaminan bank yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia 30% draf bank dan 70% jaminan bank Tiada templat, bergantung kepada bank Pelaksanaan semasa/ selepas siap kerja Menyenaraikan tatacara kemukakan notis ke atas pemilik utiliti supaya dibaiki kerosakan ke atas jalan/ aset jalan/ sempadan ROW Tatacara tuntutan ke atas jaminan bank/ bon pelaksanaan sekiranya notis yang dikeluarkan tidak diendahkan oleh pemilik utiliti Menyenaraikan tindakan yang boleh diambil oleh Pengarah JKR Negeri sekiranya berlaku ketidakpatuhan pemilik utiliti di bawah peruntukan perundangan Tiada Test case Kadar Deposit Keselamatan telah dijadikan sebagai test case selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia bagi projek Bekalan Air Luar Bandar, Kuala Lipis. Peratus penurunan yang dicatatkan ialah sebanyak 92% Tiada Kesimpulan Melalui penambahbaikan yang telah dibuat dalam Prosedur Permohonan Pemasangan Utiliti Di Jalan Persekutuan Tahun 2022 bagi menggantikan Prosedur Permohonan Syarikat Utiliti Kepada JKR (Pindaan 2018), diharapkan prosedur tersebut dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi membantu pihak JKR Negeri dan Daerah mentadbir urus dengan baik aktiviti pemasangan utiliti di Jalan Persekutuan. PENCAPAIAN CSFJ | 43
Bagi kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan, ianya dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesi yang telah dilantik di bawah Kontrak Penyenggaraan Jalan Persekutuan (FRM). Salah satu skop kerja di bawah tanggungjawab konsesi adalah melakukan rondaan dua (2) kali seminggu bagi merekodkan kerosakan Jalan Persekutuan. Namun, kaedah konvensional seperti routine inspection yang digunakan sedia ada mempunyai ketepatan data yang rendah oleh kerana kerosakan tersebut dilihat oleh mata kasar dan direkodkan secara manual. TEKNOLOGI ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DALAM PENGESANAN AWAL POTHOLES DI FT001 LALUAN BENCHMARK DAERAH TAMPIN, NEGERI SEMBILAN PELAKSANAANPROJEKPERINTISPENGGUNAAN Penyenggaraan jalan merupakan salah satu skop kerja yang perlu dilaksanakan bagi memastikan keadaan jalan berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya. Isu berkaitan kerosakan dan kecacatan pada permukaan jalan sering timbul dan perlu ditangani dengan segera bagi mengelak berlakunya kemerosotan jalan yang lebih serius. Lokasi yang tepat (melalui koordinat) Bilangan kerosakan Saiz kerosakan Pergerakan kenderaan Sistem AI berupaya mengesan : Justeru, CSFJ telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Projek Perintis Penggunaan Teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam Pengesanan Awal Potholes di FT001 Laluan Benchmark Daerah Tampin, Negeri Sembilan, (Seksyen 222.00 – Seksyen 265.00) yang melibatkan jarak sepanjang 43 kilometer. Konsep AI telah diperkenalkan dalam projek ini sebagai satu kaedah dalam pengesanan awal potholes bagi kecacatan permukaan pavemen secara berterusan dan tepat. Sistem ini menggunakan set data dan parameter yang telah diseragamkan bertujuan untuk meningkatkan ketepatan data. Oleh: Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jalan PENCAPAIAN CSFJ | 44
PLATFORM RODAJKR Teknologi ini berkemampuan untuk mengenalpasti jenis kerosakan jalan seperti potholes, surface crack dan water ponding dalam bentuk bilangan, saiz dan lokasi penemuan kerosakan jalan tersebut. Teknologi ini juga berkebolehan dalam cerapan data bagi jarak jalan yang lebih jauh tanpa menggunakan kawalan pengurusan trafik. Cerapan data yang diambil kemudian dimuatnaik ke dalam Cloud Data dan akan melalui proses semakan akhir bagi mendapatkan data yang tepat sebelum dapat diakses secara online dalam tempoh masa yang singkat. Road Defect Assessment (RODA) Melalui platform RODA, teknologi ini berupaya memaparkan data yang telah dianalisis dalam bentuk digital dan dilengkapi dengan koordinat bagi memudahkan kerja pembaikan yang bakal dijalankan. Hasilnya, kerja pembaikan dapat dilakukan dengan segera menggunakan data yang diterima daripada sistem ini. Penggunaan teknologi AI ini dapat digunakan sebagai kaedah yang lebih efektif dan inovatif dalam pengesanan awal potholes. Teknologi ini mampu mengubah landskap penyenggaraan Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia. KESIMPULAN CONTOH PAPARAN POTHOLES DARI DASHCAM KAEDAH PELAKSANAAN PENGESANAN POTHOLES MELALUI TEKNOLOGI AI PAPARAN UTAMA PLATFORM RODA PENCAPAIAN CSFJ | 45
PELAKSANAAN PROJEK PERINTIS PENGGUNAAN JENTERA MENAMPAL JALAN BERLUBANG “THERMAL PATCHER VEHICLE – HIPR (7.5 TONNE) Laluan Benchmark FT001 Sek 222 – 265 , Tampin Negeri Sembilan HIPR-BFH-IP7500 (7.5 Tonne) Hot In Place Recycling - Blue Flame Heater Thermal Patcher Vehicle Oleh: Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jalan PENCAPAIAN CSFJ | 46
06. Chasis (penggerak mesin Thermal Patcher) Heating Panel (bersaiz 1500mm X 1800mm dan suhu dibawah 200˚c). Asphalt Mixture Hopper (tangki asfalt dengan maksimum 2 tan premix). Emulsified Asphalt Spraying System (disembur sebelum asfalt dihampar). Hand-Held Compaction Roller (pemadat dan perataan asfalt). Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan penggunaan jentera penampal jalan berlubang "Thermal Patcher Vehicle - Hot In Place Recycling - Blue Flame Heater (7.5 Tonnes)" di Laluan Benchmark Negeri Sembilan, Daerah Tampin FT001 (Seksyen 222.00 – Seksyen 265.00) iaitu sepanjang 43 kilometer. Thermal Patcher IP7500 - 7.50TAN merupakan sebuah jentera all-in-one dengan keberatan 7.5 tan. Ianya mampu membaiki kerosakan pothole di permukaan jalan dengan menggunakan teknologi terkini dari Jerman iaitu Hot-In Place Recycling (HIPR) dengan menggunakan mesin Thermal Patcher. Penggunaan jentera ini telah digunakan secara meluas di Jerman, China, Singapura, Hong Kong dan lain-lain dan turut diaplikasikan untuk menampal jalan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Konsep mesin ini adalah proses pemanasan turapan asal di pothole adalah dengan menggunakan Blue Flame Heater supaya pemanasan menjadi sekata dan tidak merosakkan asfalt. Walau bagaimanapun, proses ini tidak boleh dibuat dalam keadaan basah atau hujan. 1 2 3 4 5 KKOOMMPPOONNEENNTTHHEERRMMAALLPPAATTCCHHEERR PENCAPAIAN CSFJ | 47
Proses pengukuran dan penandaan lokasi kerosakan yang perlu ditampal. Jentera akan digerakkan ke posisi yang bersesuaian, di mana heating panel akan ditekap secara sepenuhnya ke atas lokasi kerosakan tersebut. Proses pemanasan daripada heating panel ke atas lokasi dibuat untuk memanaskan dan melembutkan kawasan turapan asal di lokasi kerosakan. Lapisan asfalt yang telah dilembutkan akan disingkirkan (scarify). Asphalt emulsion akan disembur pada permukaan asfalt. Premix asfalt baru akan ditambah sekiranya perlu. Permukaan asfalt kemudian diratakan dan dimampatkan menggunakan Thermal Patcher Roller Compactor. Aliran trafik akan dibuka sejurus selepas penampalan selesai. KAEDAHPENAMPALANPOTHOLES DALAM PROSESHIPRMENGGUNAKAN MESINTHERMALPACTHER Heater / Scraper 1 Roller compactor Asphalt di dalam hopper 2 3 4 5 6 7 KAEDAH KERJA SEBELUM SELEPAS SEMASA Oleh: Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jalan PENCAPAIAN CSFJ | 48
PENCAPAIAN KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM) BAGI PROGRAM MEMPERELOK LOKASI KERAP BERLAKU KEMALANGAN (BLACKSPOT) TAHUN 2022 DEFINISI Kaedah rawatan pembaikan lokasi blackspot akan dilaksanakan berdasarkan Laporan Kaedah Rawatan yang di analisis oleh Bahagian Audit dan Program Keselamatan Jalan (BAPKJ) dari Cawangan Jalan melalui kaedah pemerhatian di tapak dan laporan POL.27 yang dikemukakan oleh JKR Daerah. Mempunyai tiga atau lebih kemalangan satu jenis perlanggaran dalam lingkungan (radius) 50m sepanjang tempoh tiga tahun atau Lima atau lebih kemalangan pelbagai jenis perlanggaran dalam lingkungan (radius) 50m sepanjang tempoh tiga tahun KRITERIA Blackspot adalah tempat dimana kemalangan jalan raya secara histori tertumpu Lokasi jalan yang mempunyai sejumlah besar kemalangan dengan corak yang sama JENIS RAWATAN PEMBAIKAN Perabot Jalan Garisan Jalan Pencahayaan Pembaharuan permukaan jalan Jenis pembaikan Oleh: Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jalan PENCAPAIAN CSFJ | 49
STATUS PENCAPAIAN Program Memperelok Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan (Blackspot) yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah merupakan salah satu program di bawah Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR). Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) telah dipertanggungjawabkan oleh KKR untuk melaksanakan Program Blackspot Fasa 1 di 28 lokasi di Laluan Persekutuan Semenanjung Malaysia pada tahun 2022 dengan kos peruntukan berjumlah RM 9.8 Juta. Program ini juga merupakan salah satu KPI bagi Program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di bawah Aspirasi No.2 Teras 4: Meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan dengan sasaran 100% Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan Jun 2022. Pengeluaran SST membantu membuka peluang pekerjaan, meningkatkan rantaian sektor pembinaan, pembekal bahan pembinaan, jentera pembinaan dan pada masa sama meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia. KPI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA PROGRAM BLACKSPOT TAHUN 2022 Program Blackspot telah mencapai sasaran 100% pengeluaran SST kepada kontraktor pada bulan Jun 2022. KEUTAMAAN AKM TERAS STRATEGI Aspirasi no. 2 Teras 4: Mempertingk at Infrastruktur menyeluruh Meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta mengurangka n kadar kemalangan PROGRAM SASARAN (bil) PENCAPAIAN (%) Melaksanakan program rawatan di 28 lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspot) yang telah dikenalpasti bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di Jalan Persekutuan. 28 100 PENCAPAIAN CSFJ | 50