The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pencapaian Pengurusan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Edisi 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jkrcsfj, 2023-02-02 04:43:03

CSFJ : Pencapaian Pengurusan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia

Pencapaian Pengurusan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Edisi 2022

BENGKEL HANDS ON PENGGUNAAN JKR BRIDGE MANAGEMENT SYSTEM (JKR-BMS) Oleh: Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jambatan Penggunaan Sistem Pengurusan Jambatan atau lebih dikenali sebagai JKR Bridge Management System (JKR-BMS) di Jabatan Kerja Raya (JKR) telah bermula sejak tahun 2001. Sistem pangkalan data inventori jambatan ini diwujudkan untuk merekod maklumat dan keadaan semasa aset jambatan berdasarkan hasil laporan Pemeriksaan Mandatori Tahunan Jambatan (PMTJ). Hasil penilaian ini akan dikemukakan ke Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) untuk direkodkan secara manual dalam pangkalan data JKR-BMS Inisiatif pembangunan sistem JKR-BMS secara online ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan segala maklumat data inventori jambatan dapat dikumpul dan diakses secara online bagi semua pengguna termasuk kakitangan JKR Negeri dan Daerah. Selaras dengan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara, sistem JKR-BMS ini berasaskan teknologi internet benda (Internet of Things – IoT) bagi merekodkan cerapan inventori jambatan, rating keadaan dan atribut bagi setiap komponen jambatan serta teknologi pengkomputeran awan (Cloud Computing) dalam menentukan tahap keselamatan dan ketahanan struktur jambatan berdasarkan laporan PMTJ. PENCAPAIAN CSFJ | 51


Sistem JKR-BMS secara online ini telah dibangunkan melalui kolaborasi antara Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jambatan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) dan Bahagian Teknologi Maklumat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK). Pembangunan sistem ini mula dirancang pada pertengahan tahun 2020 dan mula dibangunkan secara dalaman pada Julai 2020. 4 Ogos 2021 mencatat sejarah apabila sistem ini siap dibangunkan dan ‘Go-live’ menandakan era baharu penyediaan laporan PMTJ. Beberapa siri bengkel hands-on telah diadakan bagi memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada kakitangan JKR terutama di peringkat JKR Negeri dan JKR Daerah berkaitan penggunaan sistem JKR-BMS ini. Peserta bengkel adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan penyenggaraan jambatan dan terlibat dalam pelaksanaan Pemeriksaan Mandatori Tahunan Jambatan (PMTJ). Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah bagi melatih para peserta berkaitan penggunaan sistem JKRBMS. Para peserta telah didedahkan dengan prosedur merekod data inventori dan penyediaan laporan pemeriksaan jambatan, jejambat, jejantas dan pembetung. PENCAPAIAN CSFJ | 52


Bengkel kedua bagi Zon Utara pula telah diadakan di Wisma Negeri Terengganu, Kuala Terengganu yang juga telah berlangsung pada 8-9 Jun 2022. Bengkel ini melibatkan peserta seramai 64 orang daripada 27 JKR Daerah dan Negeri dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis. Bengkel pertama bagi Zon Selatan telah diadakan di Dewan Myristica, JKR Daerah Timur Laut, Pulau Pinang yang berlangsung selama dua hari pada 16-17 Mac 2022. Bengkel ini melibatkan peserta seramai 45 orang daripada 20 JKR Daerah dan Negeri dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Sesi Hands On BMS Bersama Peserta dari Zon Selatan Sesi Hands On BMS Bersama Peserta dari Zon Utara PENCAPAIAN CSFJ | 53


Majlis Perasmian oleh Ketua Bahagian Kejuruteraan Jambatan Dr Azwan Ezzany bin Azmi pada sesi Bengkel Hands On BMS di Kuala Terengganu Manakala bengkel ketiga bagi Zon Tengah/Timur telah diadakan secara online melalui Google Meet melibatkan peserta seramai 70 orang daripada 37 JKR Daerah dan Negeri dari Terengganu, Kelantan, Pahang dan Selangor. Sesi Hands On BMS bersama Peserta dari Zon Tengah Timur secara online Majlis Penutup Bersama Peserta dari Zon Selatan Majlis Penutup Bersama Peserta dari Zon Utara Bengkel yang dirancang untuk diadakan di Melaka ini telah dijalankan secara online selama satu hari pada 15 Ogos 2022 disebabkan dasar penjimatan yang telah diumumkan oleh kerajaan PENCAPAIAN CSFJ | 54


PROGRAM PENYENGGARAAN DAN PEMBAIKAN KECIL JAMBATAN DI JALAN PERSEKUTUAN SEMENANJUNG MALAYSIA AKIBAT BANJIR BAGI TAHUN 2022 Beberapa negeri di Malaysia telah dilanda kejadian banjir pada Disember 2021. Kejadian banjir ini berlaku susulan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia. Susulan daripada kejadian yang berlaku, terdapat 11 lokasi jambatan di Jalan Persekutuan yang telah mengalami kerosakan kritikal di Selangor, Pahang, Terengganu, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan. Kerosakan jambatan ini memerlukan pembaikan segera demi menjamin keselamatan orang awam dan menyelamatkan struktur jambatan dari mengalami kerosakan yang lebih teruk. Lanjutan daripada itu, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) telah bertungkus-lumus mengadakan pemeriksaan dan mengumpulkan maklumat lokasi jambatan yang terkesan akibat kejadian banjir. Antara kerosakan yang didapati adalah kegagalan pembetung Corrugated Metal Pipe (CMP), kegagalan jalan tuju, kerosakan pelindungan cerun abutmen, kegagalan tambakan, kerosakan railing dan kerosakan sendi renggang. Permohonan peruntukan untuk membaikpulih kerosakan jambatan telah dipanjangkan kepada Bahagian Pengurusan Fasiliti (Kementerian Kerja Raya) untuk kelulusan segera. Pihak Kementerian Kerja Raya telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM2 juta untuk melaksanakan Program Penyenggaraan dan Pembaikan Kecil Jambatan di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Akibat Banjir bagi Tahun 2022 di 11 lokasi jambatan terlibat. Cabaran utama dalam kerja-kerja pembaikan jambatan akibat banjir ini adalah dalam memastikan pemulihan segera jaringan jalan raya agar tidak terputus terlalu lama. Sebagai contoh, kegagalan jalan tuju Jambatan Sungai Langat di Jalan Banting-Semenyih (FT31) yang runtuh dan menyebabkan jalan terputus telah berjaya disiapkan dalam tempoh kurang 1 bulan. Selain itu, kerja-kerja pembaikan melibatkan pelindungan cerun abutmen adalah bergantung kepada aras pasang-surut sungai sehingga menyebabkan kerja-kerja yang dirancang tertangguh. Hasil kerjasama erat semua pihak, semua cabaran ini dapat diatasi dan kerja-kerja yang dirancang dapat disiapkan dengan jayanya. Oleh: Bahagian Kejuruteraan Pemulihan Jambatan PENCAPAIAN CSFJ | 55


BIL. TAJUK PROJEK TARIKH MULA TARIKH SIAP JUMLAH PERUNTUKAN (RM) KOS SEBENAR (RM) 1 Kerja Kecemasan bagi Membaikpulih Approach Jambatan yang Terputus & Lain-lain Kerja Berkaitan di FT31 Seksyen 20.80, Jalan Banting-Semenyih, Sepang, Selangor 07/01/2021 17/01/2022 800,000.00 793,321.79 2 Kerja-Kerja Membaikpulih Abutment yang Rosak dan Membahayakan dan Lain-lain Kerja Berkaitan di FT3210 Seksyen 8.20, Jalan Industri Hulu Langat, Hulu Langat ,Selangor 14/01/2022 24/05/2022 100,000.00 99,940.59 3 Kerja-Kerja Membaikpulih Abutment yang Rosak dan Lain-lain Kerja Berkaitan di FT3210 Seksyen 9.10, Jalan Industri Hulu Langat, Hulu Langat, Selangor 14/01/2022 24/3/2022 100,000.00 99,936.41 4 Kerja-kerja Membaikpulih Abutment yang Rosak dan Membahayakan Pengguna Jalan Raya dan Lain-lain Kerja Berkaitan di FT001 Seksyen 349.50, Jalan Cheras-Beranang, Hulu Langat, Selangor 14/01/2022 31/07/2022 100,000.00 100,000.00 5 Kerja Membaikpulih Sinkhole dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di FT231 Seksyen 34.10, Jalan Sg. Lembing, Kuantan, Pahang. 13/03/2022 30/06/2022 100,000.00 96,520.65 6 Kerja Kecemasan bagi Membaikpulih Embankment Bridge dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di FT247 Seksyen 2.85, Jalan Simpang Gaung – Simpang Sg. Tong, Hulu Terengganu , Terengganu 25/01/2022 06/05/2022 150,000.00 141,525.05 7 Kerja Membaikpulih Expansion Joint dan Lain-lain Kerja Berkaitan di FT145 Seksyen 2.00, Jalan Pintas Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu 25/07/2022 31/08/2022 8,474.95 8474.95 8 Cadangan Kerja-Kerja Membaiki Railing Rosak dan Kerja-Kerja Berkaitan di FT001 Seksyen 612.90 - 617.40, Jalan Ipoh - Tanjung Malim, Kinta, Perak 01/06/2022 03/08/2022 135,894.59 135,894.59 9 Cadangan Kerja Pembaikan Tembok Penahan di Jambatan Sg.Pinji dan Lainlain Kerja Berkaitan di FT001 Seksyen 590.87-590.90, Jalan Ipoh - Tanjung Malim,Kinta, Perak 12/01/2022 31/08/2022 264,105.41 264,105.41 10 Kerja-Kerja Menaiktaraf Corrugated Metal Pipe (CMP) Sediaada kepada Pembentung Kekotak serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di FT 270 Seksyen 9.50, Jalan Pagar Keselamatan BKH, Kubang Pasu, Kedah. 13/01/2022 27/04/2022 150,000.00 150,000.00 11 Kerja Pembaikan Jambatan serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di FT005 Seksyen 273.50, Jalan Lubok China - Port Dickson, Rembau, Negeri Sembilan 15/03/2022 14/04/2022 100,000.00 99,976.00 MAKLUMAT RINGKAS BAGI KERJA-KERJA PENYENGGARAAN DAN PEMBAIKAN KECIL JAMBATAN AKIBAT BANJIR PENCAPAIAN CSFJ | 56


Kerja Kecemasan bagi Membaikpulih Approach Jambatan yang Terputus & Lain-lain Kerja Berkaitan di FT31 Seksyen 20.80, Jalan Banting-Semenyih, Sepang, Selangor 1. S E B E L U M S E L E P A S GAMBAR-GAMBAR PEMBAIKAN 2. Kerja-Kerja Membaikpulih Abutment yang Rosak dan Membahayakan dan Lain-lain Kerja Berkaitan di FT3210 Seksyen 8.20, Jalan Industri Hulu Langat, Hulu Langat, Selangor PENCAPAIAN CSFJ | 57


3.Kerja-Kerja Membaikpulih Abutment yang Rosak dan Lain-lain Kerja Berkaitan di FT3210 Seksyen 9.10, Jalan Industri Hulu Langat,Hulu Langat, Selangor 4.Kerja-kerja Membaikpulih Abutment yang Rosak dan Membahayakan Pengguna Jalan Raya dan Lain-lain Kerja Berkaitan di FT001 Seksyen 349.50, Jalan Cheras-Beranang, Hulu Langat, Selangor 5.Kerja Membaikpulih Sinkhole dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di FT231 Seksyen 34.10, Jalan Sg. Lembing, Kuantan, Pahang PENCAPAIAN CSFJ | 58


6. Kerja Kecemasan bagi Membaikpulih Embankment Bridge dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di FT247 Seksyen 2.85, Jalan Simpang Gaung – Simpang Sg. Tong, Hulu Terengganu, Terengganu 7.Cadangan Kerja-Kerja Membaiki Railing Rosak dan Kerja-Kerja Berkaitan di FT001 Seksyen 612.90 - 617.40, Jalan Ipoh - Tanjung Malim, Kinta, Perak 8.Kerja-Kerja Menaiktaraf Corrugated Metal Pipe (CMP) Sediaada kepada Pembentung Kekotak serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di FT 270 Seksyen 9.50, Jalan Pagar Keselamatan BKH, Kubang Pasu, Kedah PENCAPAIAN CSFJ | 59


9 Kerja Pembaikan Jambatan serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di FT005 Seksyen 273.50, Jalan Lubok China - Port Dickson, Rembau, Negeri Sembilan Lawatan Menteri Kanan Kerja Raya ke Lokasi Pembaikan Seksyen 20.80, Jalan BantingSemenyih (FT31), Sepang, Selangor PENCAPAIAN CSFJ | 60


BIL. ASET UNIT 1 Jalan Persekutuan 190.8 km 2 Jalan Negeri 26.8 km 3 Jambatan dan Pembentung lebih 3m 20 4 KMPost 138 5 Lampu Jalan 475 6 Persimpangan Lintasan Pejalan Kaki Lampu Isyarat: 27 10 7 Kerja-kerja Berkala Pavemen (2015-2022) 25.58 KM RM 5,950,000.00 Jabatan Kerja raya Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1872 dan bertanggungjawab membina dan menjaga infrastruktur awam. Salah satu infrastruktur utama yang diuruskan oleh JKR adalah infrastruktur fasiliti jalan. Berikutan itu penerbitan peta jalan telah disediakan sejak awal penubuhannya dan disediakan secara manual. Sejajar dengan perubahan teknologi dan masa, kerja – kerja penyediaan peta jalan yang disediakan secara manual ini telah di tranformasikan dengan penggunaan teknologi Geographic Information System (GIS) dan peralatan Global Navigation Satellite Systems (GNSS). Penerbitan peta jalan secara manual berakhir pada cetakan tahun 1998 dan penebitan peta menggunakan teknologi GIS pertama kali adalah tahun 2005. Penerbitan Peta Jalan Digital dilihat sebagai satu titik permulaan kepada pengurusan aset jalan yang lebih efisyen, bersepadu, mudah dicapai seterusnya membolehkan keputusan dalam menguruskan aset jalan dilaksanakan dengan cepat, tepat dan betul. Output pelaksanaan projek ini dapat memaparkan pemetaan lokasi fasiliti jalan secara berpusat atas talian beserta dengan maklumat mengikut piawaian MS1759. Melalui pelaksanaan Projek Rintis ini, inventori aset jalan dan kerja-kerja berkala pavemen yang telah berjaya di digitalkan adalah seperti berikut : Oleh: Bahagian Kejuruteraan Geoinformatik PENCAPAIAN CSFJ | 61


PAPARAN DASHBOARD PETA DIGITAL FASILITI JALAN (PULAU LANGKAWI) PAPARAN LAYER JALAN PERSEKUTUAN PENCAPAIAN CSFJ | 62


PAPARAN LAYER JAMBATAN PAPARAN LAYER LAMPU JALAN PENCAPAIAN CSFJ | 63


Arahan Teknik Jalan 9/86 telah diterbitkan pada tahun 1986 oleh Cawangan Jalan. Setelah lebih 30 tahun penerbitanya, Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard (BPIS) Cawangan Jalan telah melantik Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CFSJ) sebagai Pengerusi untuk penubuhan Jawatankuasa Kecil menyemak dan mengemaskini dokumen bagi memastikan ianya memenuhi keperluan semasa dilapangan. Setelah jawatankuasa kecil siap menyemak dan mengemaskini, dokumen telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi Piawai JKR bagi kerja-kerja jalan yang bersidang pada 1 Jun 2022 dan seterusnya dibentangkan dalam Mesyuarat Pengarah Bil.3/2022 pada 2 Jun 2022 bagi mendapat punca kuasa penggunaan melalui surat arahan Ketua Pengarah Kerja Raya . PENGEMASKINIAN ARAHAN TEKNIKJALAN 9/86(PINDAAN 2022) :GUIDELINESFORTHE INSTALLATIONOFKILOMETERPOST&ROAD RESERVEMARKER Oleh: Bahagian Kejuruteraan Geoinformatik Pemasangan Hazard Bahaya kepada pengguna jalan raya sekiranya berlaku kemalangan kerana diperbuat daripada konkrit. Plates Kecil Plate sukar dilihat pada waktu malam dan sekiranya rumput panjang nombor seksyen akan tertutup. Sukar untuk dipasang di kawasan yang mempunyai ruang terhad dan sekiranya dipasang di lokasi yang ada guardrail maklumat KMPost tidak dapat dilihat Lokasi PENYATAAN ISU KMPost Semasa (Konkrit) Sukar untuk diselenggara, contoh plates perlu dibuka, batu dicat dan dipasang semula. Penyelenggaraan Perlu menggunakan kren dan jentera semasa pemasangan. LATAR BELAKANG Diantara perkara-perkara berbangkit ditapak yang menjadikan keperluan untuk dokumen ini disemak adalah: PENCAPAIAN CSFJ | 64


GAMBARKMPOST ARAHAN TEKNIKJALAN 9/86 Type A (setiap5km) TypeB(setiap1km) GAMBARKMPOST ARAHAN TEKNIKJALAN 9/86(PINDAAN 2022) Rekabentuk asal KMPost dikekalkan namun bahan ditukar daripada konkrit kepada AC Bond Composite Panel. Rekabentuk Reserve Marker dan Tanda Amaran di masukkan. Perubahan Utama Penambahbaikan Lain Destinasi Primer dan Skunder dikemaskini oleh JKR Negeri. Lokasi pemasangan diberikan juga penerangan secara gambarajah. Jenis Asas KMPost adalah BTST (KIK JKR Daerah kerian) KELULUSAN : KMPOSTSEMASA: Type A (setiap5km) TypeB(setiap1km) PENCAPAIAN CSFJ | 65


RoadReserveMarker RoadReserveMarkerWarningSign KEBAIKAN : KMPOST ARAHAN TEKNIK JALAN 9/86 (PINDAAN 2022) Plates Mudah dilihat pada waktu malam kerana memantulkan cahaya. Sekiranya rumput panjang nombor seksyen tidak tertutup. Hazard Kurang bahaya kepada pengguna jalan raya kerana diperbuat daripada bahan AC Bond Composite Panel. Lokasi Pemasangan KMPost tidak terhad. KMPost masih boleh dilihat walaupun dipasang di kawasan ada guardrail. Penyelenggaraan Mudah untuk diselenggara, hanya perlu dibersihkan sahaja. Pemasangan Tidak perlu menggunakan kren, jentera dan pekerja yang ramai semasa Pemasangan. Dokumen ATJ yang telah dikemaskini ini dapat mengatasi perkara-perkara berbangkit ditapak sepertimana berikut: PENCAPAIAN CSFJ | 66


Dengan berkuatkuasanya Surat Arahan ini, penggunaan Arahan Teknik Jalan 9/86 : Guidelines For Installation Of Kilometre Post yang menggunakan bahan binaan konkrit hanya boleh dipasang di lokasI-lokasi tertentu seperti di KM Post 0 dan perlu dirujuk kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan untuk tujuan rekod. Surat Arahan ini berkuatkuasa pada tarikh ia di tandatangan dan akan disemak sekiranya terdapat arahan dasar terkini atau perkembangan baharu yang memerlukannya dikaji semula dan dikemaskini. Sebarang pertanyaan berhubung kebolehcapaian bagi mendapatkan dokumen ini boleh menghubungi Unit Standard & Spesifikasi, Bahagian Pengurusan Inovasi dan Standard Cawangan Jalan melalui email :[email protected] BIL. KUAT KUASA PENCAPAIAN CSFJ | 67


1 Tiga (3) set JPKB double lane (width 42.67 meter) 2 Empat (4) set JPKB untuk extra wide (width 30.48 meter) 3 Aksesori JPKB seperti berikut: a) Satu (1) set Launching Nose untuk double lane (width 7.35 meter) b) Satu (1) set Launching Nose untuk extra wide (width 4.20 meter) c) Tiga (3) set Ramp untuk double Lane (width 7.35 meter) d) Empat (4) set Ramp untuk extra wide (width 4.20 meter) Pada 24 April 2022, satu majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) yang berjumlah RM 29, 250,000.00 bagi perolehan kerajaan untuk pembelian segera secara rundingan terus jambatan panel keluli bermodular (JPKB) kepada syarikat GTA Vision Sdn bhd. Matlamat utama pembelian Jambatan Panel Keluli Bermodular jenis Acrow 700 x 5 dibuat adalah sebagai persediaan menghadapi musim banjir di Negara kita.Sebanyak 3 set jambatan panel (double lane) sepanjang 42.67m dan 4 set JPKB width extra wide sepanjang 30.45m dan aksesori seperti: PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA BAGI PEROLEHAN KERAJAAN UNTUK PEMBELIAN SEGERA SECARA RUNDINGAN TERUS JAMBATAN PANEL KELULI BERMODULAR (JPKB) Penyerahansurat setujuterima(SST) telahdisempurnakan olehTuanPengarah CawanganSenggara FasilitiJalan(CSFJ) Ir.Hj.IbrahimBinEsa KepadaPengarah urusanGTAVision SdnBhd JPKB ini akan dihantar terus ke tujuh (7) stor JKR Daerah iaitu Johor Bahru, Kuala Pilah, Petaling, Temerloh, Machang, Kinta dan Kedah. Menyediakan latihan untuk pemasangan dan membuka semula JPKB untuk 35 orang peserta selama lima (5) hari Menyediakan alat perlindungan diri (PPE) dan segala peralatan keselamatan semasa latihan dijalankan. BAHAGIAN B – MAKLUMAT KONTRAKTOR Maklumat Am dan Latarbelakang Petender Nama Kontraktor GTA VISION SDN BHD Alamat No.7-3, Jalan USJ Sentral 2 USJ 1 47620 Subang Jaya Selangor Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia K6075327412968465 (Kod bidang -0090101 Bahan binaan dan peralatan Keselamatan Jalan Raya/Bahan Binaan Taraf Bumiputera Oleh: Bahagian Kontrak & Ukur Bahan PENCAPAIAN CSFJ | 68


Pejabat Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Telah berjaya mengadakan Lapan (8) Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Harga Baru (Fair Rate) bagi tahun 2022.Sebanyak Lapan (8) Kelulusan Kadar Harga Baru telah dikeluarkan kepada pihak konsesi.Senarai mesyuarat adalah seperti berikut: Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Kadar Harga Baru (Fair Rate) Yang tidak Terdapat Dalam Schedule of rate Perjanjian Konsesi Bil 1/2022 Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Kadar Harga Baru (Fair Rate) Yang tidak Terdapat Dalam Schedule of rate Perjanjian Konsesi Bil 2/2022 Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Kadar Harga Baru (Fair Rate) Yang tidak Terdapat Dalam Schedule of rate Perjanjian Konsesi Bil 3/2022 Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Kadar Harga Baru (Fair Rate) Yang tidak Terdapat Dalam Schedule of rate Perjanjian Konsesi Bil 4/2022 Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Kadar Harga Baru (Fair Rate) Yang tidak Terdapat Dalam Schedule of rate Perjanjian Konsesi Bil 5/2022 Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Kadar Harga Baru (Fair Rate) Yang tidak Terdapat Dalam Schedule of rate Perjanjian Konsesi Bil 6/2022 Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Kadar Harga Baru (Fair Rate) Yang tidak Terdapat Dalam Schedule of rate Perjanjian Konsesi Bil 7/2022 Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Kadar Harga Baru (Fair Rate) Yang tidak Terdapat Dalam Schedule of rate Perjanjian Konsesi Bil 8/2022 MESYUARATJAWATANKUASAPENETAPANKADAR HARGABARU(FAIRRATE)YANGTIDAKTERDAPAT DALAM‘SCHEDULEOFRATE’(SOR)PERJANJIAN KONSESIPENYELENGGARAANJALAN-JALAN PERSEKUTUANSEMENANJUNGMALAYSIABAGIZON TENGAH/TIMUR,ZONUTARADANZONSELATAN Oleh: Bahagian Kontrak & Ukur Bahan PENCAPAIAN CSFJ | 69


Pada 18 Mac 2020 yang lalu, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pintu sempadan negara telah ditutup menyebabkan aktiviti rentas sempadan negara dihentikan serta merta. Oleh itu, perkhidmatan Feri Sri Tanjong yang menghubungkan antara pekan Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan, Malaysia dan pekan Takbai, Narathiwat, Thailand juga terkesan apabila terpaksa dihentikan disebabkan pelaksanaan PKP tersebut. Setelah lebih dua (2) tahun sempadan negara melalui Kompleks ICQS Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan ditutup, ianya telah dibuka semula secara rasmi pada 5 Mei 2022 yang lalu. Walau bagaimanapun, ketika pintu sempadan negara di Kompleks ICQS Pengkalan Kubor dibuka, Feri Sri Tanjong sedang dalam proses penyelenggaraan dan Feri Taba I dari pihak kerajaan Thailand yang sudah beroperasi. Feri Sri Tanjong telah mula beroperasi dengan rasminya pada 8 Julai 2022 (Jumaat) setelah selesai kerja-kerja penyelenggaraan dan sea trial dilaksanakan. Peringkat awal pengoperasian, sambutan yang menggalakkan dari pengguna yang terdiri daripada penumpang pejalan kaki dan kenderaan persendirian disebabkan oleh sambutan Hari Raya Haji di kedua-dua negara pada 10 Julai 2022 (Ahad). Feri mula beroperasi pada jam 7:00 pagi sehingga jam 7:00 malam setiap hari. PEMBUKAAN SEMULA PERKHIDMATAN FERI SRI TANJONG DI ANTARA PENGKALAN KUBOR, MALAYSIA DAN TAKBAI, THAILAND. Oleh: Bahagian Kejuruteraan Mekanikal PENCAPAIAN CSFJ | 70


Suasana Pada hari pertama Operasi Feri Sri Tanjong pada 8 Julai 2022: PENCAPAIAN CSFJ | 71


PEMBELIAN SEGERA SECARA RUNDINGAN TERUS BAGI JAMBATAN PANEL KELULI BERMODULAR (JPKB) Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan agensi bantuan dan pemulihan dalam pengurusan sesuatu kejadian bencana dan Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) merupakan jambatan untuk kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana. Manakala Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) pula adalah merupakan cawangan yang dilantik bagi menyelaraskan JPKB hak milik Kerajaan Persekutuan dari segi program-program untuk pemasangan, penyenggaraan, latihan, dan sebagainya. Simpanan inventori semasa Jambatan Panel Keluli Bermodular (JKPB) milik Kerajaan Persekutuan adalah tidak mencukupi di mana kebanyakannya telah dipasang di lokasi kejadian jambatan runtuh atau jalan terputus sebelum ini, manakala sebahagianya telah mengalami kerosakan. Situasi ini akan menjadi kritikal sekiranya berlaku keadaan bencana pada skala besar, dimana inventori sediada tidak dapat memenuhi keperluan untuk pemasangan JPKB di kawasan bencana. Justeru itu, CSFJ melalui Bahagian Kejuruteraan Mekanikal (BKM) telah pun mengangkat kertas kerja permohonan pembelian set baharu JPKB untuk digunakan ketika kecemasan. Peruntukan sebanyak RM 29,505,000.00 untuk perolehan ini telah dimohon oleh pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia pada Disember 2021 dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada bulan Februari 2022. Oleh: Bahagian Kejuruteraan Mekanikal PENCAPAIAN CSFJ | 72


Pembelian JPKB ini dibuat secara rundingan terus kerana jenama JPKB yang dimohon untuk pembelian iaitu ACROW Bridge hanya dibekalkan oleh pengedar tunggal di Malaysia iaitu Syarikat GTA Vision Sdn. Bhd. Dengan mengambil kira stok pegangan JPKB milik Persekutuan sekarang ini adalah jenis ACROW Bridge, oleh yang demikian kesinambungan pembelian baru juga adalah dicadangkan dari jenis. Tambahan pula, pegawai-pegawai JKR terutamanya ‘Bailey Team’ (team pengendali jambatan bermodular) di tujuh (7) stor di seluruh Malaysia telah arif dan terlatih dengan jenis jambatan ACROW sejak tahun 2007 lagi. Pembelian dari jenis yang sama akan memenuhi aspek penting dalam Jambatan Panel Keluli Bermodular iaitu ‘Interchangeability of Components’. Pengendalian JPKB iaitu untuk memasang dan membuka jambatan juga lebih mudah memandangkan ‘Bailey Team’ bukan setakat terlatih tetapi telah mempunyai banyak pengalaman. Sebelum tahun 2019 terdapat dua syarikat di Malaysia iaitu CTOne Corporation Sdn Bhd. membekal JPKB buatan Mabey Bridge dari United Kingdom dan GTA Vision Sdn. Bhd. membekal JPKB buatan ACROW Bridge dari USA. Kedua-dua jambatan ini amat sesuai dan telah lama digunakan di Malaysia dan rantau ini samada oleh Awam dan Tentera. Mengikut semakan, sejumlah lebih dari 200 buah JPKB buatan Mabey Bridge UK dan lebih dari 20 buah JPKB buatan ACROW dibeli oleh Kerajaan Malaysia. Kebanyakan jambatan yang dibeli telah dipasang di pendalaman Sarawak dalam Program Projek Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia (TDM). Selebihnya dipasang sementara di merata tempat di Semenanjung Malaysia samada oleh JKR atau oleh TDM. Akan tetapi, selepas tahun 2019 lanjutan daripada pembelian Mabey Bridge UK oleh ACROW Bridge USA, maka di Malaysia hanya tinggal satu syarikat sahaja yang dilantik sebagai Pembekal Eksklusif iaitu GTA Vision Sdn Bhd. ACROW Bridge USA pemilik baru kedua-dua jenama ACROW dan Mabey menetapkan pasaran di Malaysia hanya satu jenis iaitu ACROW Bridge. PENCAPAIAN CSFJ | 73


Terdapat dua model JPKB yang dibeli berdasarkan model JPKB pegangan sedia ada iaitu: i. JPKB “Double Lane” Panjang Jambatan : 42.67 meter Lebar Jambatan : 7.35 meter Beban Rekabentuk : HS25-44 atau 41 tan metric ii. JPKB “Extra Wide” Panjang Jambatan : 30.48 meter Lebar Jambatan : 4.20 meter Beban Rekabentuk : HS25-44 atau 41 tan metric Pembelian ini juga disertakan dengan pembelian “Ramps” bagi setiap set, dan tambahan “Launching Nose” bagi setiap model. Penghantaran set JPKB ini tiba di Malaysia pada bulan Oktober 2022 dan akan dihantar terus ke stor penyimpanan JPKB telah tersedia di 7 (tujuh) lokasi di seluruh negara. Diharapkan dengan pembelian ini, JKR akan lebih bersedia dalam menghulurkan bantuan kecemasan di kala berlakunya kejadian terputusnya perhubungan jalan yang memerlukan pemasangan JPKB dengan segera. PENCAPAIAN CSFJ | 74


Gambar kenang-kenangan Pengarah CSFJ, Ketua-Ketua Bahagian CSFJ, dan pegawai dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal bersama-sama wakil syarikat GTA Vision Sdn. Bhd. pada Majlis Penyerahan Jambatan Panel Keluli Bermodular kepada JKR Negeri yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato' Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman pada 31 Oktober 2022 yang diadakan di CREaTE. Gambar kenang-kenangan ketika Kursus Pemasangan Jambatan Panel Keluli Bermodular Persekutuan Jenis ACROW 700XS Daerah/Negeri Tahun 2022 yang diadakan pada 26 Oktober sehingga 28 Oktober dia Stor JKR Daerah Petaling, Shah Alam. Kursus telah dihadiri oleh peserta seramai 42 orang yang terdiri dari pasukan pemasang JPKB dari kesemua tujuh stor. Kursus disampaikan oleh wakil GTA Vision Sdn. Bhd., En. Abdul Rahman bin Idris. Pakej latihan adalah termasuk di dalam perolehan ini. PENCAPAIAN CSFJ | 75


Pada tahun 2022, Bahagian Kejuruteraan Geoinformatik (BKG) telah mempelawa Bahagian Kejuruteraan Elektrik (BKE) dalam Projek Rintis Peta Digital Fasiliti Jalan Pulau Langkawi. Berikutan daripada itu, BKE telah memberikan komitmen untuk menyahut pelawaan ini dengan mencadangkan dua (2) Layer peta digital bagi inventori seperti mana berikut: i. Lampu Jalan ii. Lampu Isyarat Kerja-kerja pencerapan data Geospatial bagi dua (2) Layer inventori ini telah dilaksanakan oleh BKE pada 21/6/2022 – 23/6/2022 dengan menggunakan alat GNSS. PENGURUSAN INVENTORI ASET LAMPU JALAN & LAMPU ISYARAT SECARA DIGITAL DENGANMENGGUNAKANPLATFORMGIS Hasil daripada cerapan data dan pemprosesan data dengan menjadikan GIS sebagai platform telah berjaya dilaksanakan dan dipaparkan dalam bentuk digital. Tambahan lagi, maklumat Geografi yang dipaparkan bagi data spatial Lampu Jalan dan Lampu Isyarat adalah berdasarkan kepada Malaysian Standard Geographic Information / Geomatics – Feature and Attribute Codes (MS1759). Terdapat sebanyal 493 bilangan Lampu Jalan dan 38 simpang Lampu Isyarat aset JKR telah berjaya direkod dalam bentuk digital dengan menggunakan platform GIS. Penyertaan BKE dalam projek rintis bersama BKG dilihat dapat membantu pelaksanaan kerja-kerja pengurusan aset lampu jalan & lampu isyarat yang lebih efisien dan memenuhi keperluan cara kerja semasa di bawah pergerakan revolusi industri IR 4.0. Oleh: Bahagian Kejuruteraan Elektrik PENCAPAIAN CSFJ | 76


SIDANG REDAKSI PENCAPAIAN CSFJ | 77 Penasihat Dato' Ir. Ibrahim Bin Esa Pengarang Ir. Hj. Nik Soh Bin Yaacoub Pereka Grafik Ir. Khadijah Binti Basar Penolong Pereka Grafik Pn. Azrini Binti Mohd Akhir En. Muaz Bin Rushdan En. Mohd Azhari B. Ibrahim En. Muhammad Hakimy Bin Yahya En. Helmy Hazreen Bin Abd Kadir Pn. Siti Wahida Binti Sulaiman Cik Nur Atikah Binti Abdul Razak Sidang Redaksi En. Sallehuddin Bin Abu Hassan Pn. Ainul Nazatuliyana Binti Ainul Firdaus En. Norazuan Bin Saladah @ Suhadak Cik Farah Zuhana Binti Zullkefle En. Mohamad Adam Bin Mohd Yazid En. Muhammad Ezzat Farhan Bin Mohamad Jamil Cik Nur Farah Adlin Binti Misri Cik Nik Noor Farisha Binti Nik Zamri Cik. Florence Gading Anak Jam En. Muhammad Hairul Bin Hamzah Pn. Haziyah Binti Osman En. Iskandar Bin Abdul Halim Pn. Siti Khodijah Binti Musa Pn. Khaidawaton Bt. Abd. Malik Pn. Khatijah Binti Awang En. Lim Chi Chon En. Zul-Izwan Bin Daud En . Mohd Amran Bin Arshad En. Muhammad Shafiq Bin Hj. Hamzah En. Khairul Anuar Bin Dollah En. Irwan Bin Soaidin @ Djuhairi


Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia, Tingkat 2, Blok D, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur. Tel: 03-2610 7725 I Faks: 03-2694 0315 Https:// www.jkr.gov.my CSFJ_JKR


Click to View FlipBook Version