KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5
(4 ZON DI MALAYSIA)
NAMA PELAJAR : EYSA FAREEQ DANISH BIN
SHAMSUL ANUAR
NO MAKTAB : PB190100
HOMEROOM : SIR ANUAR
NAMA GURU : ENCIK SHURDI BIN SHUIB
ISI KANDUNGAN
1) Isi Kandungan
2) Penghargaan
3) Pengenalan Novel
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
b) Biografi Setiap Penulis
c) Kulit Hadapan dan Kulit Belakang Novel
4) Sinopsis Novel
a) Sinopsis Keseluruhan
b) Sinopsis Setiap Bab
5) Kekuatan Setiap Novel
6) Kekurangan Setiap Novel
7) Cadangan Penambahbaikan
8) Rujukan
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-
Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan folio Kajian Lapan Buah Novel
Tingkatan 4 dan 5 dengan penuh jayanya. Insyaallah, tugasan folio ini akan
memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman
semasa membuat rujukan dan di masa hadapan.
Saya, Eysa Fareeq Danish bin Shamsul Anuar ingin mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih dan setingi-tinggi penghargaan kepada cikgu yang mengajar saya iaitu
Encik Shurdi bin Shuib kerana tidak jemu memberi dorongan dan tunjuk ajar serta
memberi salinan kriteria penghasilan Folio Kajian Lapan Buah Novel Tingkatan 4 dan
5 sebagai bahan panduan semasa melakukan folio ini. Beliau juga sudi meluangkan
masa untuk menjawab pertanyaan saya ketika saya tidak beberapa faham akan kriteria
yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
ayahanda Encik Shamsul Anuar bin Harun dan bonda Puan Ereenyanti bt. Baharudin
yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini.Ini kerana saya memerlukan
wang untuk mencetak folio ini di kedai dan juga bantu memberikan sedikit rujukan
untuk saya siapkan folio ni dengan penuh jayanya.
Pengenalan Setiap 8 Novel
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Untuk Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib ini menceritakan tentang
keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.
b) Biografi penulis
Penulis novel bagi Leftenan Adnan Wira Bangsa iaitu Abdul Latip Talib yang juga
sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung Ulu Seperi, Rembau,
Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954.
c) Gambar Kulit Hadapan dan Kulit Hadapan Novel
Novel Di Sebalik Dinara
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor pula menceritakan tentang penggunaan
teknologi maklumat yang begitu canggih sehingga boleh menguasai pemikiran manusia .
Akhirnya hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam kalangan ahli keluarga sendiri.
b) Biografi Penulis
Novel Di Sebalik Dinara
Penulis novel bagi Di Sebalik Dinara iaitu Dayang Noor atau nama sebenar Nor Aziza
binti Sulaiman yang mengambil ijazah kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM.
Beliau lahir pada tahun 1974. Beliau sudah mempunyai 15 tahun pengalaman bekerja
dalam bidang IT. Beliau sekarang tinggal di Selangor bersama suaminya dan tiga orang
anak.
c) Gambar Kulit Hadapan dan Kulit Belakang Novel
Novel Jendela Menghadap Jalan
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin menceritakan tentang perihal yang
berlaku dalam sesebuah masyarakat dan penyelesaian kepada masalah tersebut adalah dengan
muafakat dan nilai-nilai murni.
b) Biografi Penulis
Penulis novel bagi Jendela Menghadap Jalan iaitu Ruhaini Mat Darin. Beliau dilahirkan di
Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 Mac 1981. Beliau
merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada
tahun 2006 , beliau memenangi tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen
Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 pula memenangi Hadiah Sastera
Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009
pula berjaya mendapat tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel
Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
2011 juga di tempat kedua.
c) Gambar Kulit Hadapan dan Kulit Belakang Novel
Novel Pantai Kasih
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin menceritakan tentang ketabahan seorang wanita
menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.
b) Biografi Penulis
Penulis novel bagi Pantai Kasih iaitu Azmah Nordin yang merupakan orang pengarang
buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin
kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan
Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan menetap di sana. Beliau mula berjinak
dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana.
Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau
meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.
c) Gambar Kulit Hadapan dan Kulit Belakang Novel
Novel Songket Berbenang Emas
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip menceritakan tentang ketabahan
seorang gadis menghadapi dugaan hidup.
b) Biografi Penulis
Penulis novel bagi Songket Berbenang Emas iaitu Khairuddin bin Ayip lahir pada 25
Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak
keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang
penoreh getah. Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat
membaca buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila menatap
karya abangnya Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering terpampang melalui
media massa.
c) Gambar Kulit Hadapan dan Kulit Belakang Novel
Novel Tirani
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip menceritakan tentang ketabahan
seorang gadis menghadapi dugaan hidup.
b) Biografi Penulis
Penulis novel bagi Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang
Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior
Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @
diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada
tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di
Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi)
dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).
c) Gambar Muka Hadapan dan Belakang Novel
Novel Bimasakti Menari
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop juga menceritakan tentang kegigihan
anak muda dalm melestarikan alam sekitar.
b) Biografi Penulis
Penulis novel bagi Bimasakti Menari iaitu Sri Rahayu Mohd Yusop atau nama penuhnya Sri
Rahayu binti Mohd Yusop. Beliau lahir di Tanjong Karang, Selangor pada 18 Jun 1976. Beliau
bekerja sebagai Guru Bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang. Beliau berkahwin dan
mempunyai dua orang cahaya mata.
c) Gambar Muka Hadapan dan Belakang Novel
Novel Silir Daksina
a) Cerita Secara Ringkas Tentang Novel
Novel Silir Daksina karya Nizar Parman menceritakan tentang pengorbanan dalam
memperjuangkan kebudayaan dan kesusasteraan.
b) Biografi Penulis
Penulis novel bagi Silir Daksina iaitu Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin
Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya
di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya
di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992. Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan
pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015,
beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
daripada Open University of Malaysia.
c) Gambar Muka Hadapan dan Belakang Novel
SINOPSIS 8 NOVEL
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
a) Sinopsis Keseluruhan
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-Iegar sekitar watak utama, iaitu
Adnan. Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan
semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Ratarata
penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka
bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.
Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, ialtu bapa dan ibu Adnan
yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnan
merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu
keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupun
usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah
membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia turut membantu keluarganya
mengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang
masa dengan duduk bersembang di kedai-kedai kopi.
Pak Saidi sebenrnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya
menjadi orang buruan Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa
Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau senantiasa menekankan peri
pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para
penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya
hidup dalam kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi
tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak Saidi yang luas
tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya. Pak Saidi
banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al Hadi.
Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Datuk
Siamang Gagap sering menjadi mspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme
yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan
terbaik kepada anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,
bangsa, dan tanah air. Oleh sebab itu, Adnan telah dilengkapli dengan ilmu
keagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan
sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka
orang Melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperoleh mereka setakat boleh
membaca dan menulis sahaja. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar
anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang
khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya
menjadi murtad. Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak
Saidi untuk menghantar anakanaknya menimba ilmu di sekolah aliran Inggeris. Bagi
Pak Saidi, masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju
dalam pelbagai bidang keilmuan. Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan negara
ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal
sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh
teman-teman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk
menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di
Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah minatnya. Citacitanya
hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah terpilih menjadi askar
dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dickson. Kejayaan Adnan terpilih
untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelusuk kampung.
Konfiik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi
tentera. Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut
Inggeris. Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau
menjadi pengasas Kampeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah
25 orang. Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar
Melayu dalam perbarisan memberikan hormat bagi menyambut upacara pertabalan
King George VI di London. Adnan telah berkahwin dengan Sophia, anak Pak Fakih,
Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa
menghantar anak-anak dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita
yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.
Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya
menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu
menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu. Pada 1 Januari 1935,
pasukan percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Asker Melayu
dengan kekuatau anggota sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepat pengambilan
anggata baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua kompeni
dilengkapi dengan platun mesingan, seksyen semboyan, dan unit tambur. Pada 1
Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu dltubuhkan dengan dianggatai 17
pegawai British, 6 pegawai Melayu, 11 pegawai waran, 759 pegawai dan lain-lain
pangkat. Pada bulan Mac 1941, Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi
dua batalion. Mereka diberi tanggungjawab mempertahankan Tanah Melayu
daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.
Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menuju
Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi
oleh kapal tempur, kapal penjajah, dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.
Hal ini merupakan isyarat yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia
Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya
Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah
ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang
berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah
melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban. Hal
ini menyebabkan banyak askar India yang berkhidmat dengan tentera British
melarikan diri. Namun, askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan
pendaratan askar Jepun. Namun, pada hari yang ketiga, askar Melayu yang sedang
bertempur diarahkan berundur. Dengan itu, askar Jepun berjaya mendarat di
Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan ketenteraan British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh
Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota
Bharu, Kelantan. Pertahanan tentera British mudah sahajahh ditewaskan oleh tentera
Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya, negerinegeri
di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun. Kemudian,
mereka terus mara hingga ke Singapura dan dalam masa hari Inggeris terpaksa
menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakm akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentera Jepun mendarat
di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai.
Bntish juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse
untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah kapal perang
kebanggaan British itu berjaya ditengelamkan oleh kapal terbang Jepun yang
melakukan serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah
mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.
Namun, mereka masih pereaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap
kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat
ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan
dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebal. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 pegawai
Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar
Melayu yang terkorban rtu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersamasama dengan
42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan
darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura
setelah berlaku pertempuran hebal. Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah
kepada Jepun.
b) Sinopsis Mengikut Bab
Sinopsis Bab 1
Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah.
Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa
yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak
suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak
banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 2
Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di
kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun
sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala
rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan
sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah
membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.
Sinopsis Bab 3
Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang
sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan
minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain
perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu
mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika
membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan.
Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang
kayu pula.
Sinopsis Bab 4
Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak
Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah
dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan
menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu
menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa
asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia
pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya
penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said
dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga
menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang
Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.
Sinopsis Bab 5
Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan hasrat
untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau
Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-
tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur
dengan kehendak Pak Saidi.
Sinopsis Bab 6
Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam
agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-
anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya
tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.
Sinopsis Bab 7
Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya
di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak
Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar
anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih
berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya
anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu
berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang
memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.
Sinopsis Bab 8
Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah
dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak
Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah
nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung,
Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan
di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu
memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju
dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
Sinopsis Bab 9
Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris
kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah
walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji
dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila
besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari
serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali.
Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada
seorang yang mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak
Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya
mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling
beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta
pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.
Sinopsis Bab 10
Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu
apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia
tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada
hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
Sinopsis Bab 11
Yakin Boleh
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok
belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi
dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan
yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat
kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy
serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut
sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun
ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada
Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari
pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua
manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Sinopsis Bab 12
Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh
Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak
muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana
beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan
bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah
mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka
tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.
Sinopsis Bab 13
Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi
seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil
Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam
kalangan guru-guru.
Sinopsis Bab 14
Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan
ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin
memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru
mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi,
merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Sinopsis Bab 15
Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.
Sinopsis Bab 16
Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan
yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati
Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar
ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah
lama ditinggalkan.
Sinopsis Bab 17
Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan
pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari
London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda
Sinopsis Bab 18
Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir
Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir
Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.
Sinopsis Bab 19
Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat
sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-
jaga.
Sinopsis Bab 20
Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan
satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu
mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu
kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan
yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan
memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong.
Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak
penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat kawalan dan
mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada
isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat.
Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan.
Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.
Sinopsis Bab 21
Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan
itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka
menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana
Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak
British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya
penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka
bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh
rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar,
kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan
salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Sinopsis Bab 22
Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pangkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya
Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang
dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di
Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama,
Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah.
Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.
Sinopsis Bab 23
Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir
kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan
tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap
risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-
adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi
tanah air.
Sinopsis Bab 24
Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah
memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan
unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar.
Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap
tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk
komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu
kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah
Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan
sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air,
separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun
memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan
yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam
pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang
bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua
tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah
korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini
mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan
balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula
berundur.
Sinopsis Bab 25
Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera British
di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk
Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops
Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta
Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak
musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun
berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun
dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun
pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera
British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.
Sinopsis Bab 26 : Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan British HMS
Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau
bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang
British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun.
Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat
kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi
menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85
buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Walau
bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan awam.
Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal
dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan
pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat
ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah
terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung
kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Sinopsis Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat
tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di
Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap
paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir
Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry
Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan
Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan
Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip
tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun
telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur
persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak
bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara
Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri
Jepun pula menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera
Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu
memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Sinopsis Bab 29 : Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar
Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun
berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu
menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar
Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
Sinopsis Bab 30 : Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap
sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur
diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua
pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu.
Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani.
Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera
Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak
membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera
Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati
kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang
menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
Sinopsis Bab 31 : Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun
sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-
tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang
Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit
Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin
genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya
meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-
mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman,
Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.
Sinopsis Bab 32 : Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis
Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan
bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang
berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan
sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan
bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh
sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan
guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah
itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun
kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap
orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung
pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Sinopsis Bab 33 : Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana
terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula
yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang
yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan
askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk
kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.
Sinopsis Bab 34 : Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang
tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan
Jepun di tanah Melayu
Sinopsis Bab 35 : Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan
ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah
akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh
getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka
semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan
tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua
telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin,
mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.
KEKUATAN NOVEL
Setiap novel mempunyai banyak kelebihan untuk pembaca. Novel Leftenan Adnan ini
juga mempunyai banyak kekuatan. Antara kekuatan untuk novel ialah ialah novel ini
mempunyai sifat patriotisme yang ditunjukkan oleh watak utama iaitu, Leftenan Adnan
yang berani dan menunjukkan kasih sayang beliau terhadap negaranya.
Selain itu, novel ini juga mempunyai nilai-nilai murni yang perlu diterapkan.
Contohnya seperti, nilai ketabahan. Beliau sentiasa tabah walaupun rakan baiknya mati
di hadapan mata beliau semasa peperangan.
Di samping itu, novel ini juga mengingati tarikh-tarikh yang bermakna seperti 14
Februari iaitu Pertempuran Bukit Candu di antara penjajah Jepun dan juga British.
Pelajar mendapat ilmu pengetahuan mengenai sejarah Tanah Melayu dan juga cerita
peribadi mengenai Leftenan Adnan.
Seterusnya, novel ini mempunyai jalan cerita yang agak menyeronokkan dan juga
menyedihkan seperti semasa peperangan berlaku, perasaan keluarga mereka ketika
mereka berada di rumah , dan juga reaksi mereka apabila orang yang tersayang sudah
tiada di sisi mereka.
Pada pendapat saya, maklumat untuk mencari pengalaman dan sejarah yang dialami
oleh Leftenan Adnan agak mencabar dengan perlu menanyakan ahli keluarga beliau
dan juga sahabat beliau mengenai beliau dan perkara itu seharusnya sahih dan tidak
mengeluarkan aib beliau ketika mengarang novel
Akhir sekali ,novel ini juga menarik minat anak-anak muda untuk menyertai askar dan
berjuang demi negara. Mereka akan menjadikan Leftenan Adnan sebagai pembakar
semangat mereka untuk menghadapi segala cabaran yang diberikan.
KELEMAHAN NOVEL
Setiap novel mempunyai banyak kekurangan yang dihasilkan oleh pengarang. Novel
Leftenan Adnan ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah
novel ini menceritakan suasana yang dialami oleh orang puluhan tahun dahulu dan tidak
sesuai untuk usia kanak-kanak pada zaman sekarang. Mereka telah dididik dengan cara
yang berbeza berbanding dengan zaman dahulu. Sebagai contoh, Pak Saidi memarahi
Adnan dengan memukulnya dengan batang kayu. Selain itu,novel ini juga mempunyai
unsur-unsur negatif seperti pandangan yang negatif diberikan oleh penduduk -
penduduk kampung yang mengatakan bahawa Adnan akan menjadi murtad jika
disekolahkan di Sekolah Inggeris. Perkara tersebut patut ditapis kerana pembaca-
pembaca yang di bawah umur pasti tidak akan faham dan akan melakukan tersebut
tanpa memikirkan perkara baik dan buruk.Di samping itu, novel ini juga lebih hanya
kepada fakta dan tiada imaginasi yang perlu diimaginasi oleh pembaca muda . Novel
ini juga agak bosan kerana hanya menceritakan perkara sebenar dan tiada
ketidaklogikan yang membuat pembaca-pembaca tertawa dan membayangkannya.
Seterusnya, novel ini juga terlalu lambat jalan ceritanya dan harus mempercepatkan
lagi jalan cerita yang ingin disampaikan. Pembaca akan bosan dan hanya baca sekerat
jalan dan tergantung. Akhir sekali, permulaan plot untuk novel juga agak
membosankan dan harus diperbaiki lagi dengan suasana pada zaman sekarang.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Setiap novel mempunyai kekurangan dan harus diperbaiki bagi kesesuaian pembaca .
Novel Leftenan Adnan ini mempunyai beberapa perkara untuk diperbaiki. Antaranya
ialah novel ini harus menceritakan suasana yang sesuai dengan pembaca pada zaman
sekarang agar mereka dapat kaitkan dengan hidup mereka. Selain itu, penulis harus
kurangkan unsur-unsur negatif dan jika mahu meletakkan unsur negatif haruslah
dikaitkan dengan keburukannya agar pembaca dapat mengetahui dan tidak mengikut
unsur-unsur yang dipamerkan oleh watak-watak. Di samping itu, novel ini juga perlu
menambahkan lagi cerita-cerita ke arah imaginasi dan kurangkan fakta dalam novel
kerana pembaca mungkin bosan jika hanya membaca fakta yang disampaikan dalam
novel itu. Seterusnya, novel ini juga harus membuang jalan cerita yang tidak penting
agar penulis tidak bosan dan tidak membuang masa untuk menunggu penghabisan jalan
cerita novel kerana jalan cerita novel tersebut terlalu panjang. Akhir sekali, permulaan
plot bagi novel ini harus diperbaiki dengan menceriakan lagi permulaan agar pembaca
boleh meletakkan harapan tinggi jika mereka bersemangat di awal penceritaan dan
berminat untuk mengetahui perkara seterusnya.
Novel Di Sebalik Dinara
a) Sinopsis Keseluruhan
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA
gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai
(abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-
sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman
bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada
mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu.
Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah
menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada
Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat
minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh
Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha.
Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus
projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr.
Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang
menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft
Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng,
pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang
kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha
mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai
terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi
tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di
hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran
Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar.
Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-
rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang
kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida
namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia.
Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan
di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap
kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri
Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara
sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl
yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn
(Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy)
dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar
sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan
Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
Aqram terus terdiam.
b) Sinopsis Setiap Bab
Bab 1 – Farisha yang merupakan seorang jurutera keselamatan sistem selesai bermesyuarat di
Nusajaya. Di Lapangan Terbang Senai, dia berkenalan dengan Aqram sepanjang perjalanan ke
KLIA. Farisha terkejut apabila melihat pintu rumahnya dipasang retinal scanner dan terpaksa
menunggu Shida, kawan serumahnya untuk masuk ke dalam apartment mereka. Farisha ingin
berehat kerana keesokan hari, dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance.
Aqram yang duduk disebelah Farisha berjaya mencuri cawan minuman Farisha semasa si
dalam kaapl terbang dan bekerjasama dengan Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
Bab 2 – Keesokannya, Farisha dan pembantunya Rosman menghadiri sebuah simposium. Dia
kecewa Philips Young hanya menyampaikan ucaptama beliau melalui hologram. Farisha
bertemu dengan Aqram tanpa diduga dan Aqram menyatakan keinginan mencari jururunding
untuk sebuah projek mini di makmalnya. Aqram sebenarnya sudah sebulan menjejaki Farisha
untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Bab 3 – Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram berikutan tawaran untuk menjadi
jururunding untuk sebuah projek. Aqram bersetuju membincangkan perkara ini di Puchong,
iaitu di rumah Karl. Tetapi sebelum itu, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman
kepada Dr. Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka untuk menggodam
komputer Soft Lab. Farisha meminta sedikit waktu sebelum membuat keputusan. Mereka juga
melihat Karl yang terlantar kerana sakit barah sebelum pulang.
Bab 4 – Farisha bersetuju untuk berjumpa dengan Aqram di Soft Lab, Cyberjaya. Dia
menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di tempat sama.
Pejabat Soft Lab yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang canggih mengujakan Farisha
sehingga dia menemui Dinara di Pusat Data. Farisha menjalankan tugasnya untuk menggodam
dan mengukuhkan sistem Dinara sehingga waktu petang dan pulang bersama Shida. Dr. Maxi,
Aqram dan Khairul Anwar berbincang mengenai rancangan mereka. Mereka perlukan Farisha
dan Shida di Soft Lab dan Dr. Maxi memakan ingatan Alia, sebuah cyborg canggih
supayarancangan mereka tidak diganggu.
Bab 5 – Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Aqram menjelaskan kepada Farisha
bahawa Karl yang membangunkan Dinara dan ia kini diancam sebuah virus setelah diceroboh.
Pada petang itu, Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak akan bersamanya kerana
mendapat tawaran yang lebih lumayan di Senawang dan Farisha berasa tugasnya amat berat.
Cyborg Alia bertengkar dengan Dr. Maxi kerana tindakan memadam ingatannya dan cemburu
dengan kehadiran perempuan lain di sisi Karl. Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga
terlambat bangun.
Bab 6 – Keesokannya, Farisha lewat dan berasa kepalanya berat serta tidak sedar Alia telah
memasukkan cip ke dalam tubuhnya untuk berkomunikai dengan Karl. Karl telah meminta
tolong daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Alia menjadi cemburu dan marah
kerana tidak mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl. Selepas beberapa ketika, Farisha
sedar dan segar apabila makan pil yang diberikan oleh Aqram. Shida membincangkan dengan
Farisha tentang kehilangan seorang penyelidik bernama Medina yang bekerja di Soft Lab.
Bab 7 – Farisha, Shida dan Rosman berjumpa pada sebelah malam di pejabat Secured Shell
untuk meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Farisha tiba-tiba sakit kepala setelah
melihat sebuah cahaya putih yang memancar ke arahnya. Mereka terus pulang. Dua hari selepas
itu, Farisha diundang untuk makan malan di rumah Abang Azraai bersama keluarganya Kak
Mariah, anak-anaknya Aina dan Dina. Farisha telah mendapat tahu abangnya mengalami sakit
jantung dan dirinya merupakan anak angkat kepada ibu dan ayahnya.
Bab 8 – Keesokannya Farisha pengsan dan dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.
Maxi hairan kerana Farisha tiada latar belakang penyakit yang membimbangkan. Mereka
bergegas ke arkib untuk berjumpa Shida dan bertanyakan hal yang sama.
Bab 9 – Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar merancang Plan B iaitu untuk menggantikan
Farisha dengan Shida tetapi mereka berdua amat berbeza. Shida pulang ke rumah untuk
mencari bukti penyakit Farisha namun tidak jumpa tetapi mendapat tahu Shida merupakan anak
angkat. Shida dan Rosman melawat semula Farisha yag kelihatan lemah di hospital. Farid dan
Amin datang ke katil Farisha untuk masuk ke ruang fikiran Farisha yang sebelum ini
dilingdungi oleh Wall. Farisha yang lemah telah membuatkan Wall menjadi lemah. Aqram
pula mencari amkklumat pada badan Farisha menggunakan sebuah alat dan menunjukkan
kesihatan Farisha pada tahap yang tidak memuaskan. Dr. Maxi menyarankan Shida akan
menggantikan tempat Farisha.
Bab 10 – Shida telah dibedah untuk menanam microchip seperti Farisha tanpa sedar oleh Alia.
Tetapi tindak balasnya lebih teruk dan Dr. Maxi berdegil lalu memberhentikan ujikaji selepas
lima minit. Dalam masa yang sama, Farisha berkomunikasi dengan “Mummy” di bawah sedar.
Farid dan Amin berasa hairan melihat seorang perempuan tua yang menyuruh mereka
melakukan perkara tersebut menjerit gembira. Farid menyanggah perbuatan perempuan
tersebut kerana sanggup melakukan ujikaji terhadap anaknya sendiri. Dia tidak peduli asalkan
beliau telah membuktikan dirinya lebih hebat daripada “lelaki itu”. Manakal Shida tetap
murung dan tidak pulang ke rumah, tidak bercakap, makan ataupun minum. Aqram gagal untuk
memasuki minda Shida.
Bab 11 – Farisha yang boleh bangun dan berjalan mendapatkan penjelasan daripada Azraai
tentang ibu kandungnya. Azraai berkata Farisha menjadi adik angkatnya kerana ingin
menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujian. Terdapat beberapa orang yang
diamanahkan untuk menjaga keselamatan Farisha. Farisha memberitahu di dapat
berkomunikasi dengan ibunya, Azrai berasa cemas dan membawa Farisha keluar dari hospital.
Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk mempengaruhi otak Shida dan akhirnya Dr. Maxi dapat
berkomunikasi dengan Karl. Karl mengarahkan untuk membawa Farisha ke situ kerana virus
di dalam Dinara bukan sahaja akan memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Farisha yang
dalam perjalanan ke Kulai bersama Azraai telah diculik oleh orang suruhan ibunya. Di Soft
Lab, Karl bercakap melalui Shida bahawa Khairul anwar merupakan seorang budak pengemis
yang telah diganti ingatannya dan Karl telah memukul seorang wanita sehingga cacat.
Bab 12 – Farid dan Amin yang menculik Farisha dalam perjalanan ke Seremban untuk bertemu
dengan ibunya Marilyn. Di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu
wanita cacat itu adalah dirinya yang dipukul oleh Karl serta nama asalnya adalah Rusmina. Dr.
Maxi, Aqram dan Khairul Anwar yang menyaksikan perbualan tersebut turut berasa sedih.
Menurut laporan daripada Dinara, Dr Maxi memberitahu Aqram dan Khairul Anwar bahawa
ujikaji tersebut pernah dijalnkan terhadap Medina. Alat pengesan pintar Rosman mengesan
arah Farisha dilarikan iaitu menuju ke Soft Lab Cyberjaya. Farisha tersedar di dalam kereta
bersama Farid dan Amin dan berasa marah serta ketakutan untuk berjumpa dengan ibunya.
Sebaliknya Farisha mahu dihantar ke abangnya Azraai tetapu tidak dipeduli. Di Soft Lab, Alia
berkomunikasi dengan Karl dan mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina.
Alia masih berasa cemburu. Di sebuah stesen minyak, Marilyn berjumpa dengan Farisha tetapi
ditempelak dan memarahi ibunya kerana ingin membunuhnya dahulu. Suis alat pemintas untuk
melemahkan wall Farisha dihidupkan.
Bab 13 – Dr Haris yang merawat Karl menyatakan kesihatannya semakin teruk tetapi Dr. Maxi
terus cuba untuk berkomunikasi dengan Karl. Melalui Shida, Karl sedar dan bertindak
menggunakan komputer untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Marilyn akhirnya tiba
bersama Farisha, Farid dan Amin. Rahsia dibongkar iaitu Marilyn / Medina merupakan ibu
Farisha dan Karl bapanya yang sanggup mengeksploitasi anaknya untuk kajian di Soft Lab.
Marilyn bermusuh dengan Karl kerana telah mensabotaj fikirannya, akibat tindakan itu Marilyn
menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi dan Aqram menyelamatkan Farisha
dan dibawa kepada keluarga angkatnya.
Bab 14 – Karl semakin tenat dan semua kenalannya, bergilir-glir mendekati Karl. Farisha
mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Karl meninggal dunia dan
mayatnya dibakar serta abunya ditabur di Selat Melaka. Shida masih bersikap aneh dan
mengajak Aqram untuk pulang ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram yakin masih
terdapat Karl di dalam Shida.
KEKUATAN NOVEL
Setiap novel mempunyai banyak kelebihan untuk pembaca. Novel Di Sebalik Dinara ini juga
mempunyai banyak kekuatan. Antara kekuatan untuk novel ialah jalan cerita yang menarik
dihasilkan oleh penulis kerana saya merupakan peminat novel sains fiksyen. Ia membuatkan
saya berimaginasi dan menjangkakan perkara yang saya tidak akan jangka itu berlaku. Selain
itu, novel ini memberikan benda baru kepada pembaca mengenai teknologi yang dihasilkan
oleh saintis-saintis di luar sana. Sebagai contoh, robot-robot yang boleh melakukan semua
perkara sama seperti manusia Di samping itu, novel ini juga mempunyai elemen-elemen yang
menyeronokan dan juga membuatkan kita suspen bagi menarik perhatian pembaca untuk
mengetahui perkara seterusnya. Seterusnya, novel ini juga mempunyai nilai-nilai murni yang
perlu kita terapkan. Sebagai contoh, nilai kegigihan yang disampaikan oleh para pekerja untuk
menghasilkan robot-robot. Akhir sekali, jalan cerita untuk novel ini agak laju dan senang untuk
difahami bagi pembaca-pembaca muda.
KELEMAHAN NOVEL
Setiap novel mempunyai banyak kekurangan yang dihasilkan oleh pengarang. Novel Di
Sebalik Dinara ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah novel ini lebih
ditujukan kepada peminat sains fiksyen dan tidak mencapai ekspektasi pembaca-pembaca yang
lain untuk membaca. Selain itu, novel ini juga mempunyai sikap yang buruk dalam novel ini
dan berkemungkinan pembaca-pembaca akan mengikuti perkara yang ditunjukkan dalam
novel itu. Di samping itu, pengakhiran untuk novel ini agak mengecewakan dan sedih kerana
watak utama dalam novel ini meninggal dunia dan tidak sempat untuk memintamaaf kepada
rakan-rakannya. Seterusnya, novel ini mempunyai dialog-dialog yang tidak penting dan
membosankan sehingga mengelirukan jalan cerita yang sebenar kepada pembaca. Akhir sekali,
novel ini tidak sesuai untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 kerana sesetengah jalan cerita tak dapat
dialami oleh pelajar tingkatan 4 disebabkan bawah umur dan masih ditanggung ibu bapa.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Setiap novel mempunyai kekurangan dan harus diperbaiki bagi kesesuaian pembaca . Novel
Di Sebalik Dinara ini mempunyai beberapa perkara untuk diperbaiki. Antaranya ialah
pengarang perlulah mengurangkan menunjukkan sikap-sikap yang buruk agar tidak diikuti para
pembaca. Selain itu, pengarang perlulah membuat cerita yang lebih umum agar semua pembaca
dapat memahami dan menyukai cerita untuk mereka. Di samping itu, pengarang juga perlu
menggunakan kata-kata yang lebih difahami untuk pelajar-pelajar sekolah kerana mereka
mungkin tidak faham dan menganggapkan cerita itu membosankan. Seterusnya, pengarang
perlu mengarang jalan cerita yang mudah difahami dan sesuai untuk pelajar tingkatan 4. Akhir
sekali, pengarang haruslah mereka penyelesaian masalah kepada watak-watak dan tidak
membuatkan cerita itu tergantung dan membuatkan pembaca untuk berfikir kesudahannya.
Novel Jendela Menghadap Jalan
a) Sinopsis Keseluruhan
Novel ini dimulakan dengan kisah Lili yang berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk
dan nenek kerana mahu memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama rakan-rakan. tetapi
demi menjaga hati ibunya, Lili akur dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang ke
kampung, Lili bertemu dengan Geetha dan Danel di dalam bas. Tanpa sedar, mereka berkongsi
kisah-kisah kehidupan penduduk kampung kepada Lili. Datuk Lili enggan menjawab
pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela kampungnya. Lili mula tertarik dengan
suasana kampung yang bertentangan dengan gaya hidup di bandar. Datuk Lili merupakan
pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan pertemuan Lili dengan Danel dan Geetha.
Ibu Geetha dan Bapa Danel telah lama menggunakan khidmat datuk Lili. Sejak hari pertama
tiba di kampung, Lili disambut dengan isu memasang kubah surau dan pembinaan masjid
dalam kalangan penduduk kampung. Lili juga mendengar tentang isu anak-anak Che Jah yang
terlibat dengan penyalah gunaan dadah serta gemar mencuri. Lili memikirkan tentang masalah
yang dihadapi Kampung Sentosa dan menyuarakannya kepada nenek tetapi neneknya selalau
meminta agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa. Semasa pulang dari pekan, Lili telah
diculik oleh Rafik dan Haziq yang merupakan anak Che Jah. Lili telah berjaya diselamatkan
oleh Danel. Lili tidak marah sebaliknya bersimpati dengan keluarga Che Jah dan sikap
keterbukaan Lili berjaya mengubah pendirian datuk dan neneknya untuk mula mengambil berat
denagn keadaan sekeliling. Cuti ini bermakna kepada Lili kerana pandangannya diterima oleh
datuk dan orang-orang kampung yang lebih dewasa untuk membantu keluarga Che Jah
mendapatkan pengadilan dari segi undang-undang dan isu pemasangan kubah surau. Lili,
Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati suasana
matahari terbit. Lili enggan pulang ke rumahnya kerana gembira dengan pengalaman yang
dihadapi. Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita tentang jendela menghadap jalan.
Setelah berpisah, Danel menulis surat kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan
rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya.
b) Sinopsis Setiap Bab
Bab 1
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di
kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili
tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga
hati ibunya.
Bab 2
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh.
Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam
perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-
sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang
sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan
oleh seorang pemuda Cina.
Bab 3
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang
menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula
oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu
mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang
menunggu Abang Rashid untuk pulang. Bab 4 Lili melihat keindahan kampung yang nyaman
dan begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di
bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan
gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat
kampung.
Bab 5
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk
begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak
hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan
tradisional yang belum tentu kepastiannya.
Bab 6
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya
isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk
dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciriciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau
nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan.
Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah
kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah
berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz
badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal
di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran
datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa
dengannya.
Bab 8
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji
Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui
bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada
kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang
Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar
negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya.
Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di
dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan
bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk
kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional di samping memujuk supaya
menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.
Bab 9
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang
hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil
Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau
mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah
surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di samping itu
juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan
rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk
menyakinkan pendudukpenduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk
menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan
kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk
moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel
terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
Bab 10
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai
penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh
dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujahhujah yang diberikan itu belum
tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat
menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh
diterima pakai oleh penduduk-penduduk kampung termasuk William, malah berjaya
mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan
menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju
datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku
pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Bab 11