Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja
masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk
membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung,
tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah
mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan
secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur.
Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin
dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya.
Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita,
namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak
rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
Bab 12
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada
ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-
penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin
merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama
membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan
kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat
nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri.
Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit
seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah
menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tibatiba muncul
sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan
perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut.
Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya.
Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada
empat orang lelaki dan seorang perempuan.
Bab 13
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur.
Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada
menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk
memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan
berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herbaherba lagi. Pada sebelah malamnya,
datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya.
Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja
tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah
Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan
niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat
bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan
berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
Bab 14
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada
kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah
mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili
berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik
dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan
terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal
berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil
kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut.
Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah
pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya
datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi
akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
Bab 16
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di
hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-
buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti
biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali
pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke
kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya
dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang,
nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang
keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adegan kejar-mengejar
beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemudapemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili
terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh datuk. Sebenarnya
menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik.
Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buahbuahan terutamanya pisang.
Bab 17
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang
lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di
Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan
tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah
berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian
perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh
menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan
rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang
pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang
ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili
menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat Setelah mendapat kebenaran nenek,
mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam
bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
Bab 19
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji
burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah
tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya
sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan
Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah
di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk
singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah
sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik
sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh
beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah
yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana
senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah
berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Bab 20
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-
penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan
dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-
orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam
penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan
tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian
yang menimpa Lili.
Bab 21
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah
keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita
nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk
kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati
dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat
yang diperoleh dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan.
Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang
lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang
memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara
berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak
membenarkannya atas faktor keselamatan.
Bab 22
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya
merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah
menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah
lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah
dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul
bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon
maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara
ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang
menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di
rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Bab 23
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh
mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih belum selesai
dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah
merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-
anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk
Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan
menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala
tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga
bahagia.
Bab 24
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari
datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah
menjadi perbualan hangat dalam kalangan pendudukpenduduk kampung. Abang Rashid lebih
suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga
dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang
penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Bab 25
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau
atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih
selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu
berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang
dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan
harga minyak petrol dan diesel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana
sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh
tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat
memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che
Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan
dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk
perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan
kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid
dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli
keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan halhal yang berat dan lebih member
tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti
menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka
bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di
bawah tanggungjawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid
pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada
sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che
Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku.
Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang
berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda
jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang
naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga
menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu,
mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik
minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk
meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan
pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam
usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk
kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai
penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga.
Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan
pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan
terus kepada Kak Mimah dan memanjangkan kes keluarga Che Jah kepada pihak berkuasa.
Bab 29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi
oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak
Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut
dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah.
Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid
dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan
dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari
Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan
masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu.
Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di
rumah.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang
cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan
rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan
keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke
penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya
mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan
melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah,
penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk
kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-
lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan
mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan
rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah
masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai
raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada
pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan
Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya
dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis,
tindakan mahkamah boleh diambil dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi
membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar,
manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang
datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh
cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anakanaknya dari kes culik cucunya,
Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk
terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi
pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek
rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek
agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq
semakin pulih dari keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil
terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak
Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Bab 35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke
Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh
semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan
akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan
hinggalah ke zaman komunis.. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah
zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah
Melayu. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya.
Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak
berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa. Danel juga berharap
Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan. Danel juga telah banyak menulis artikel
tentang pisang.
KEKUATAN NOVEL
Setiap novel mempunyai banyak kelebihan untuk pembaca. Novel Jendela Menghadap Jalan
ini juga mempunyai banyak kekuatan. Antara kekuatan untuk novel ialah mempunyai nilai-
nilai yang perlu kita contohi seperti nilai kasih sayang. Sebagai contoh, Nenek Lili berasa risau
kerana Lili tidak balik lagi ke rumah padahal waktu sudah senja. Selain itu, mendapat ilmu
pengetahuan mengenai pokok pisang yang diceritakan oleh Danel. Di samping itu, novel ini
dapat menasihatkan para penagih dadah untuk berubah dan untuk mangsa di luar sana berhati-
hati.Seterusnya, nilai ini juga menunjukkan kerjasama dan keakraban kawan-kawan iaitu Lili,
Geetha dan juga Danel dalam menyelesaikan masalah dan menceritakan hal masing-masing
Akhir sekali, susunan plot dalam novel ini juga difahami dan senang didapati.
KELEMAHAN NOVEL
Setiap novel mempunyai banyak kekurangan yang dihasilkan oleh pengarang. Novel
Jendela Menghadap Jalan ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah
jalan cerita novel agak membosankan dan lambat bagi para pembaca. Selain itu, terlalu
banyak perkara yang tidak penting dimasukkan dalam novel itu sehingga membuatkan
pembaca bosan untuk membaca. Di samping itu, masalah bagi cerita ini tidak beberapa
jelas dan membuatkan orang tertanya dan memikir. Seterusnya, plot untuk
permasalahan ini terlalu banyak sehingga pembaca pening untuk mengenal pasti jalan
cerita yang mana satu untuk permasalahan tersebut. Akhir sekali, nilai yang
disampaikan pada permulaaan plot tidak terlalu banyak dan tidak dapat menarik minat
pembaca untuk meneruskan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Setiap novel mempunyai kekurangan dan harus diperbaiki bagi kesesuaian pembaca .
Novel Jendela Menghadap Jalan ini mempunyai beberapa perkara untuk diperbaiki.
Antaranya ialah pengarang perlu memperbaiki intipati setiap bab untuk memahamkan
pembaca. Selain itu, pengarang juga perlu mencari idea untuk menarik minat pembaca
dari segi permulaan plot dan juga semasa permasalahan. Di samping itu, pengarang
perlu mereka jalan cerita dengan lebih jelas agar pembaca dapat memahami.
Seterusnya, watak sampingan perlu hadir lebih banyak dari yang sebelum ini. Terlalu
sedikit kehadiran watak sampingan ketika waktu klimaks dan hanya berada di
permulaan plot sahaja. Akhir sekali, pengarang juga perlu mengurangkan perkara-
perkara negatif seperti meragut dan menculik anak orang agar tidak diamalkan oleh
pembaca-pembaca
Novel Pantai Kasih
a) Sinopsis Keseluruhan
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar,
memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak
kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada
sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.
b) Sinopsis Setiap Bab
Bab 1
Doktor Raiha baru sahaja selesai menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul terhadap
pesakit yang bernama Unong Siron. Pembedahan kali keenam itu sepatutnya dilakukan oleh
Doktor Uwang tetapi diserahkan kepadanya kerana pakar itu mempunyai urusan lain. Kelima-
lima pembedahan sebelum itu telah dijalankan oleh Doktor Uwang . Ketika bersendirian di
pejabatnya, Doktor Raihateringat akan Doktor Uwang yang telah dikenalinya semasa belajar
di universiti dahulu. Doktor Raiha menaruh hati kepada Doktor Uwang tetapi Doktor Uwang
telah berkahwin lalu dia memilh Doktor Sadiz meskipun pilihannya itu ditentang oleh ayahnya.
Sepuluh tahun kemudian, dia menerima pelawaan Doktor Uwang untuk bekerja bersama-sama
di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Doktor Raiha juga teringat akan bantahan ayahnya
apabila dia menyatakan hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Ayahnya lebih suka Doktor
Raiha menjadi suri rumah tangga. Baginya, kaum wanita harus menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap rumah tangga,bukan bekerja seperti ibu Raiha yangmenjadi jururawat
sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Doktor raiha juga teringat akan kematian
anaknya.Sementara itu, Sister Felicia Londosi terkenang akan kematian seorang kanak-kanak
perempuan dalam kebakaran. Hal itu menyebabkan dia resah dan cemas lalu minum ubat batuk
yang diambilnya di bahagian farmasi. Oleh sebab kerap minum ubat batuk Sister Felicia
ketagih akan ubat batuk, malahan ubat itu telah diminumnya secara berlebihan. Dia sebenarnya
menyimpan perasaan marah dan dendam kepada Doktor Raiha dan Doktor Uwang yang kerap
memarahinya. Oleh sebab itu, dia meminta jadual tugasannya ke sebelah malam supaya dia
tidak bekerja bersama-sama dengan Doktor Raiha pada sebelah pagi.
Bab 2
Doktor Uwang ternampak seorang kanak-kanak perempuan berdiri tegak, kemudian
berkeliaran dihalaman banglonya. Pada awalnya, dia menyangka kanak-kanak itu pembantu
rumahnya yang baru tetapi dia maklum bahawa isterinya tidak mengambil pembantu rumah
tanpa persetujuannya. Malahan, isterinya itu juga akur akan kehendaknya yang hanya ingin
memperoleh seorang anak. Doktor uwang mentadbir PRPK sepenuhnya setelah tanggungjawab
itu diserahkan oleh ayahnya, Datu Ontong. Semasa berada di bawah pengurusan Datu Ontong
, PRPK hanya mempunyai tiga orang doktor iaitu Datu Ontong, Doktor Alex Ng dan Doktor
uwang sendiri.Setelah Doktor Uwang menerajui PRPK, dia telah menambahkan serta
memperindah wad-wad dan bangunan. Selain itu , peralatan canggih juga dibawa masuk. Hal
itu dilakukan agar dia dapat mengenakan bayaran yangmahal kepada para pesakit yang datang
untuk mendapatkan rawatan disitu. Doktor Uwang lebih mementingkan wang ringgit daripada
tugas murni seorang doktor, iaitu memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.Di dalam bilik
kerjanya, Doktor Raiha teringat akan peristiwa seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor
menceroboh pusat rawatan itu beberapa minggu lalu. Pemuda itu tidak sempat ditangkap
kerana telah melarikan diri. Namun begitu, Sebelum pergi, pemuda itu mengugut akan datang
ke PRPK semula.
Ketika berjalan di bahagian hadapan pusat rawatan itu, Doktor Raiha seakan-akan ternampak
seorang wanita yang merupakan dirinya sendiri bersama-sama seorang kanak-kanak kurang
upaya.Kanak-kanak itu terkorban dalam kebakaran kereta mewah milik Doktor Sadiz sebelum
sempat Doktor Raiha mencapai tanganya. Selepas itu, dia terbayang akan wajah bekas
suaminya, Doktor Sadiz.
Bab 3
Felicia teringat akan kereta mewah Doktor Sadiz yang terbakar tapi segera berusaha untuk
fokus terhadap pekerjaanya ketika itu. Dia merawat seorang pesakit bergelar Datin. Datin
tersebut menegur Felicia yang dilihatnya seperti sakit, namun dinafikan oleh Felicia dengan
mengatakan kulit wajahnya pucat disebabkan cuaca panas musim kemarau. Selepas itu, dia
keruang dapur hospital dan berbual-bual dengan Kartini Borhan, jururawat muda tentang
kebimbangan mereka sekiranya pemuda yang menyamar sebagai doktor itu akan datang semula
ke PRPK. Penyamaran pemuda itu berjaya dikesan keitka dia cuba memberikan rawatan
terhadap Unong Siron. Ketika keluar dari mahkamah syariah setelah mengikuti perbicaraan kes
antara Raiha dengan Doktor Sadiz itu. Isteri Doktor Uwang mengagak ada kerosakan pada
kereta mewah tersebut yang tidakdikesan. Sebelum itu, dalam perbicaraan, Doktor Sadiz
memenangi kes itu tetapi Doktor Raiha tersebut menuduh kereta mewah itu sengaja dibakar
oleh Doktor Sadiz sehingga menyebabkan anak perempuan meraka terkorban.Di dalam kereta
BMW miliknya, Doktor Raiha teringat akan layanan kasar Felicia terhadap beberapa orang
pesakit daripada masyarakat kelas menengah bawah. Angkara perbuatanya berkasar
terhadapibu Unong Siron, Doktor Raiha mengarahkan Felicia ke pejabatnya. Namun begitu,
Felicia yang dikenalinya sejak sekolah rendah lagi itu segera keluar dari pejabat Doktor Raiha
beberapa minit kemudian dengan menutup pintu pejabat secara kasar. Doktor Felicia juga
terkenang akan latarbelakang Felicia. Sebelum pulang ke rumahnya, Doktor Raiha juga teringat
akan tuduhan Doktor Sadiz bahawa dia melarikan barang kemas yang dibeli oleh Doktor Sadiz
untuknya, Doktor Raiha menafikan tuduhan itu, Doktor Sadiz tidak akan menceraikan Doktor
Raiha sebagai balasan kerana tergamak memalukannya di hadapan masyarakat elit. Pada masa
yang, Doktor Uwang juga teringat akan kereta Porsche kepunyaan Doktor Sadiz yang terbakar
dahulu.
Bab 4
Doktor Raiha teringat akan perbualanyya dengan Doktor Sadiz. Sebenarnya Doktor Sadiz tidak
mahu Doktor Raiha melahirkan anak mereka. Melalui gambaran ultrasound,anak mereka yang
bakal lahir itu tidak normal. Oleh itu, Doktor Sadiz memaksa Doktor Raiha menggugurkan
kandungannya tetapi Doktor Raiha enggan. Akhirnya, Doktor Raiha melahirkan seorang anak
perempuan yang dinamai Ayu (Rohayu binti Sadiz) Doktor Uwang kian gembira apabila
mengenangkan keuntungan yang diperolehnya di PRPK. Dia kini memiliki saham pusat
rawatan itu melebihi lima puluh peratus . Namun demikian, dia tersentak apabila melihat
gambaran wajah anak Rania di kaca televisyen. Kekacauan jiwa yang dialami oleh Felicia
masih berterusan. Dalam khayalannya, dia berdialog dengan seorang pesakit lelaki yang pernah
menerima rawatan di PRPK. Lelaki itu marah kerana diatelah menghabiskan banyak duit untuk
mendapatkan rawatan dan hanya mahu dirawat oleh Doktor Raiha. Apabila tersedar daripada
khayalannya, Felicia mendapati dirinya berada di stor PRPK lalu menangis teresak-esak
Bab 5
Doktor Uwang menghabiskan masa lapangnya di sebuah pusat hiburan. Gambaran wajah
Doktor Raiha menjelma semula dalam fikirannya. Kata-kata ayahnya, Datu Ontong bahawa
banyak perkara palsu, murah,dan tidak bermutu dalam dunia ini kerap menganggu fikirannya.
Selain itu, setiap kali dia dibayangi oleh wajah Unong Siron dan anak Raiha, pergelangan dan
lututnya berasa sakit.Di PRPK, Doktor Mohammad datang tergesa-gesa setelah menerima
panggilan telefon untukmemintanya menangani kes kelahiran bayi perempuan pramatang
walaupun pada masa itu dia tidakbertugas. Rupa-rupanya panggilan telefon yang diterimanya
itu palsu. Sungguhpun begitu, Doktor Mohammad tidak marah kerana dia dapat berjumpa
dengan Felicia yang diminatinya. Seperti biasa,Felicia tidak mengendahkannya.
Bab 6
Setelah majlis bersempena sambutan ketibaan tahun baharu di rumah Doktor Uwang selesai,
Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Doktor Sadiz dan Felicia ke rumah masing-
masing kerana hari sudah lewat. Apabila tiba di kondominiumnya, Doktor Sadiz mendapati
Doktor Raiha telah lari bersama-sama Ayu dengan kereta Porsche milik Doktor Sadiz.Doktor
Raiha teringat akan perbualannya dengan Felicia di dalam pejabatnya setelah Felicia memarahi
ibu Unong Siorn. Menurut Felicia, mereka ialah jirannya. Apabila dia melihat Unong Siron
berjalan terincut-incut setelah terlihat dalam kemalangan jalan raya, dia mencadangkan Unong
Siron mendapatkan rawatan PRPK. Sebenarnya, Felicia mendapat wang ganjaran daripada
Doktor Uwang setiap kali dia membawa pesakit baharu mendapatkan rawatan PRPK. Perkara
itu mengejutkan Doktor Raiha kerana dia tidak menetahui perkara tersebut. Namun demikian,
hal itu tidak menjadi perhatian Doktor Raiha,sebaliknya dia lebih mementingkan kebajikan
para pesakit dan ahli keluarga mereka. Tindakan Felicia mengasari ibu Unong Siron itu
dianggapnya kejam lalu mengingatkan Felicia agar tidak mengulangi perbuatan itu.Doktor
Raiha dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Doktor Uwang. Doktor Raiha
dimintadatang ke PRPK dengan segera untuk melihat keadaan Unong Siron.
Bab 7
Felicia masuk ke ruang farmasi untuk mengambil ubat batuk. Dia mula minum ubat batuk
sejakremaja. Dia teringat akan kehidupannya sebagai anak yang tidak berbapa. Ibunya
membesarkanny adengan disiplin yang ketat dan tidak menyukai pilihannya untuk menjadi
jururawat. Perkara itusering menyebabkan dia dan ibunya bertengkar lalu dia minum ubat batuk
untuk menghilangkan tekanan perasaannya. Dia juga teringat akan keterlibatannya dalam
peristiwa kebakaran kereta mewah Doktor Sadiz beberapa tahun lalu. Felicia terserempak
dengan seorang pemuda yang mengaku dirinya Doktor Mohammad. Pada ketika itu, Felicia
sudah tidak dapat berfikir dan melihat dengan jelaas lagi akibat minum ubat batuk.
Setibanya di PRPK, Doktor Raiha dimaklumkan oleh jururawat yang bernama Ariana Abdullah
bahawa tiada sesiapa yang membuat panggilan kepadanya. Menurut Doktor Alex Ng,
mungkinDoktor Raiha menerima panggilan palsu daripada budak-budak nakal kerana beberapa
orang doktor lain di PRPK pernah menerima panggilan palsu. Gambaran Doktor Sadiz terus
menguasai fikiran Doktor Raiha.
Bab 8
Doktor Raiha melawat Unong Siron yang ditempatkan di wad kelas biasa. Doktor Raiha
bahawaFelicia telah ditahan di dalam bilik bedah oleh seorang pemuda yang dahulu pernah
menyamar sebagai doktor di PRPK. Doktor Alex Ng, beberapa orang pengawal dan jururawat
serta petugas lain berada di luar bilik bedah itu. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana
bimbang akan keselamatan Felicia. Mereka juga bersepakat untuk tidak memberitahu hal itu
kepada Doktor Uwang kerana dia tidak sihat.Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk memujuk
pemuda itu kerana dia mengenali pemuda itu. Dia meminta pemuda itu Berjaya ditahan dan di
bawa ke hospital sakit jiwa.Pemuda itu sebenarnya bekas menuntut perubatan di sebuah
universiti tempatan . Setelah gagal dalam peperiksaan semester terakhir, dia menjadi kurang
siuman akibat mendengar kata negatif jiran tetangga dan tekanan daripada keluarga serta teman
wanitanya.
Bab 9
Ketika memandu keretanya, Doktor Uwang teringat akan peristiwa yang berlaku pada malam
diamenhantar Doktor Sadiz mendapati Doktor Raiha telah melarikan diri dengan Ayu
menggunakan keretanya, Doktor Sadiz membeli petrol dengan ditemani oleh Doktor Uwang.
Petrol itu kemudiannya digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar keretannya itu tanpa
menyedari Ayu berada berhampiran dengan kereta tersebut. Doktor Uwang juga teringat akan
perbualannya dengan ibu Unong Siron. Wanita itu menmpelak kerana memberi alasan lima
pembedahan yang dijalankan sebelum itu tidak berjaya kerana sendi tulang yang dipasang pada
pinggul Unong Siron tidak sesuai dan badan Unong Siron tidak mampu melawan infeksi
padahal Doktor Uwang ingin mengaut wang ringgit pesakitnya. Sebenarnya, Doktor Uwang
menjadi doktor demi memenuhi kehendak ayahnya sedangkan minatnya cenderung kepada
bidang muzik. Doktor Raiha teringat akan kemalangan kereta yang menimpa Doktor Sadiz
selepas memenangi kes mereka di mahkamah dahulu. Kereta yang dipandu oleh Doktor Sadiz
merempuh belakang sebuah lori tangki miinyak lalu terperosok dibawah lori tangki itu. Kereta
itu terbakar dan menyebabkan Doktor Sadiz rentung.Doktor Uwang kemudiannya terlibat
dalam kemalangan kereta yang dipandunya melanggar tembokgaraj PRPK. Pergelangan tangan
dan lututnya hancur. Dengan persetujuan isteri Doktor Uwang,Doktor Raiha dan Doktor Alex
Ng menjalankan pembedahn penggantian sendi tulang padapergelangan tangan dan lutut
Doktor Uwang. Alat ganti itu sebenarnya palsu dan bermutu rendah.
Felicia memohon maaf daripada Doktor Raiha atas keterlibatannya dalam kematian Ayu sehari
sebelum Ayu dihantar ke pusat rawatan kanak-kanak yang mengalami sindrom down . Atas
arahan Doktor Sadiz, membeli petrol yang digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar
kereta Porschenya itu. Doktor raiha menerima ketentuan takdir itu dengan hati yang terbuka.
KEKUATAN NOVEL
Setiap novel mempunyai banyak kelebihan untuk pembaca. Novel Pantai Kasih ini juga
mempunyai banyak kekuatan. Antara kekuatan untuk novel ialah mempunyai nilai-nilai
murni yang perlu diikuti dan dijadikan sebagai teladan seperti nilai keberanian dalam
mempertahankan dirinya dan juga keluarganya. Selain itu, novel ini mempunyai jalan
cerita yang saspen dan membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang berlaku
seterusnya. Seterusnya, novel ini mempunyai putar belit plot dan memberikan pembaca
semua terkejut akan pembongkaran rahsia secara tiba-tiba. Membuatkan pembaca-
pembaca terkedu dan tidak menyangkakan bahawa perkara itu akan berlaku. Di
samping itu, novel ini sentiasa mempunyai klimaks sehingga menyebabkan pembaca
tidak bosan ketika membacanya. Akhir sekali, permulaan plot untuk novel dijadikan
perhatian untuk semua pembaca kerana plot tersebut dipenuhi dengan konflik dan
misteri dalam cerita tersebut.
KELEMAHAN NOVEL
Setiap novel mempunyai banyak kekurangan yang dihasilkan oleh pengarang. Novel
Pantai Kasih ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah watak
antagonis dalam novel ini tidak menyerlah dan mempunyai motif seperti watak-watak
yang biasa iaitu Doktor Sadiz. Dia amatlah membenci Raiha tetapi dia tetap mahu untuk
mengahwini Doktor Raiha. Pembaca juga keliru akan motif Doktor Sadiz berbuat
demikian. Selain itu, susunan plot untuk imbas kembali tidak sesuai diletakkan dalam
situasi dan membuatkan pembaca keliru peristiwa yang manakah yang baharu dan yang
silam. Di samping itu, novel ini mempunyai moral-moral yang tidak baik dan tidak
sesuai untuk pelajar-pelajar tingkatan 4. Seterusnya, jalan cerita terlalu tergesa-gesa dan
tidak fokus untuk penghabisan plot yang sempurna. Akhir sekali, novel ini kerap
menukar sudut pandangan watak-watak sehingga menyebabkan pembaca keliru akan
sudut pandangan yang diberikan oleh watak-watak.
CADANGAN PENAMBAHNBAIKAN NOVEL
Setiap novel mempunyai kekurangan dan harus diperbaiki bagi kesesuaian pembaca . Novel
Pantai Kasih ini mempunyai beberapa perkara untuk diperbaiki. Antaranya ialah pengarang
perlu membuat novel yang boleh membantu ke arah masyarakat dan tidak hanya kepada
individu masing-masing. Selain itu, pengarang juga haruslah mengurangkan kata-kata dan aksi
lucah yang disampaikan oleh watak-watak kerana ia amat tidak diperlukan dalam plot novel.
Di samping itu, pengarang perlu menguragkan timbulnya permasalahan watak-watak sehingga
menyebabkan jalan cerita menjadi terlalu padat dan meninggalkan penutup tersebut dengan
tanda tanya. Seterusnya, pengarang perlu menambah lagi unsur-unsur yang lebih positif dan
lebih sesuai untuk dibincangkan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 semasa sesi pembelajaran.
Akhir sekali, pengarang perlu menghasilkan plot yang lebih jelas dan mudah dikenal pasti oleh
pelajar-pelajar tingkatan 4.
Novel Songket Berbenang Emas
a) Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi
ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.
Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang
serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup
ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan
Azhari.
b) Sinopsis Setiap Bab
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap.
Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan
Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan
merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari.
Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka
tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya
masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh
pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila
melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.
Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk
waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke
rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu
diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung
sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan
dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih
seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang
lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti
keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki
diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang
kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke
sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-
adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan
masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang
menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah
memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan
mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong
tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa
isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang
mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa
lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu
Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara
sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa
beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan
oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi
gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari
Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong
Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani
punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di
hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan
ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika
di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul
dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan
emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak
Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar
hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena.
Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa
kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan
Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang
dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia
telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk
kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh
pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali
tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton.
Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya
dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya.
Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali
peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang
lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja
Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad
untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu,
Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa
sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk
mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .
Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia
balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi
untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat
baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan
Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong
menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas
itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah
dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat
Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke
sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga
Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa
Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya,
dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak
bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual
tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka
perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang
keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga
tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah
Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang
serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada
pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya
dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah
pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan
beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga
ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di
situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam
nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan
barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan
hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan
Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-
kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang
sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang
berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke
sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-
mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah
dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah
ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji
Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke
Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia,
rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia
juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala
Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai.
Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur.
Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer
dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum
menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah
kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari
meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
KEKUATAN NOVEL
Setiap novel mempunyai banyak kelebihan untuk pembaca. Novel Songket Berbenang Emas
ini juga mempunyai banyak kekuatan. Antara kekuatan untuk novel ialah novel ini mempunyai
nilai-nilai murni seperti nilai tanggungjawab dan nilai kejujuran yang boleh diterapkan dalam
kehidupan seharian. Selain itu, novel ini juga meletakkan unsur mengeratkan silaturahim
keluarga yang kuat. Di samping itu, novel ini juga dapat membuka minda remaja untuk merasai
keperitan hidup seorang gadis remaja. Seterusnya, novel ini menunjukkan watak utama wanita
yang memiliki sifat-sifat yang dapat dijadikan pegangan teguh dalam membantu pelajar jika
dalam kesusahan. Akhir sekali, novel ini sesuai untuk dibincangkan dalam sesi pembelajaran
kerana jalan cerita novel ini agak jelas dari novel-novel yang lain.
KELEMAHAN NOVEL
Setiap novel mempunyai banyak kekurangan yang dihasilkan oleh pengarang. Novel Songket
Berbenang Emas ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah novel ini
mempunyai jalan cerita yang agak jelas tetapi terlalu perlahan dan berkemungkinan pembaca
akan bosan untuk membaca keseluruhan novel ini. Selain itu, watak utama dalam novel ini
agak tidak sesuai untuk berkahwin terlalu awal kerana dia mempunyai banyak lagi masa untuk
melakukan hal-hal remaja yang bujang. Di samping itu, watak penduduk-penduduk dalam
novel mempunyai sifat yang negatif seperti mereka agak sombong dan hanya mementingkan
diri sendiri ketika keluarga kepada watak utama berada dalam kesusahan akibat banjir.
Seterusnya, kulit hadapan novel tidak menarik perhatian pembaca muda lagi lagi untuk pelajar-
pelajar tingkatan 5. Akhir sekali, novel ini juga mempunyai banyak dialog yang bercakap
kosong dan harus dibuang agar pembaca tidak bosan ketika membaca.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Setiap novel mempunyai kekurangan dan harus diperbaiki bagi kesesuaian pembaca . Novel
Songket Berbenang Emas ini mempunyai beberapa perkara untuk diperbaiki. Antaranya ialah
menukarkan kulit hadapan novel yang lebih bersesuaian dengan pelajar dan dapat menarik
perhatian mereka untuk membaca. Selain itu, pengarang haruslah menambahkan lagi unsur-
unsur yang lebih menarik dan tidak membosankan. Di samping itu, pengarang wajarlah
membuang dialog yang tidak penting untuk mempercepatkan lagi jalan cerita novel.
Seterusnya, pengarang harus meletakkan umur yang sesuai kepada watak utama untuk
berkahwin. Akhir sekali, pengarang harus menggunakan watak-watak sampingan ke arah
kebaikan dan berunsur positif.
Novel Tirani
a) Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan
bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah
membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan
rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka
datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan
dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan
harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.
Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad
untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di
chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa
kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
b) Sinopsis Setiap Bab
BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang pesek yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya, Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.
Menyedari kekurangan diri, keinginan Waheeda melakukan pembedahan plastik pada
wajahnya begitu membuak-buak. Baginya kecantikan ialah ruang dan peluang membina
keterampilan diri.
BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang dua lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Dusun Tajau Emas. Kehadiran para pelancong ini
menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu,
Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda
memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya,
Raidah. Akan tetapi, bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum
agama.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menerpa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda
kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital
untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara
Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik
dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya menuju ke Lapangan Terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Mereka sempat sampai ke
Lapangan Terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang
tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di Lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah di
Yishun Street iaitu kawan satu universiti dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah
sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr
Alma Hollis.
BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar
raya Singapura. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang
berbunga. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah.
Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-
sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari.
Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang
pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga
menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
BAB 5: DOA SELAMAT
Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya kepada Ghazi.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat
di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk
menolak bala.
Waheeda terkejut dan amat gembira dengan kedatangan ibunya. Raidah dan Bazilah menemani
Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa
dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah mendoakan keselamatan
Waheeda.
BAB 6: METAMORFOSIS
Pembedahan terhadap Waheeda berjalan dengan lancar. Pembedahan tersebut mengambil masa
selama 12 jam. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang
diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu
tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel
Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan
SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
BAB 7: KE PULAU SENTOSA
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Kebanyakan masa
dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai
anugerah alam di situ. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Averroes yang juga
dikenali sebagai Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan
pandangan.
BAB 8: HADIAH ALAM
Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja.
Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Waheeda menerima berita gembira untuk
menghadiri satu temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebelum tidur pada
malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana
Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
BAB 9: WAJAH PESONA
Waheeda sedar kebelakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah Bazilah. Tindakan Dr
Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda
kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan
yang mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda
menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan
untuk berpindah ke Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang
diberikan oleh Encik Halloway. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda
sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada
pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan
apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda
berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan
hati mereka terus berbunga.
BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Tujuan asalnya untuk bertanya
kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya
bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam.
Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.
BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya
Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda
juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan
berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser
akan datang merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik
ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid terus menelefon
Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid
memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema. Rentetan itu, Waheeda mendapatkan
rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah.
Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheeda berasa tulang rawan
hidungnya jatuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk
mendapatkan rawatan.
BAB 13: MATI HIDUP SEMULA
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri
doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fadhil dan Hjh Raidah diadakan
majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda
berada di SMC. Semasa di SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi.
Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa
situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak
wangi selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
BAB 14: BAGAIKAN PUTERI
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Tajuu Emas. Suasana di Tajau
Emas sangat meriah. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan
yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu
sungguh gembira.
BAB 15: HIDUP RANGGI
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan
kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana
sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman
semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya
membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.
BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, Zahid menanti
isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di Restoran Sri Gading bersama-sama. Namun
begitu, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka
banyak membuat haluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila
diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet Tajau Emas,
Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu
datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan
suaminya, Zahid.
Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya,
Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda
ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya
iaitu ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin.
Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
BAB 17: KONFLIK
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda
begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa
semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda
berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudahpun tidur apabila
Zahid pulang dari Seri Gading. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati
Waheeda supaya menjaga pergaulan dan tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa
keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
BAB 18: DILANDA NOSTALGIA
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway
bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka
telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin antara mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung berjoging. Pada waktu inilah, Halloway
dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan. Zahid melenting di hujung talian
telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda.
Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau Emas dengan
alasan untuk menonton bola.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke
dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang datang iaitu Nasuha dan
kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama team BRP bagi menyisat kes
seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman
hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada
petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran
Zahid.
BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya datang menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk
kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan
bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu
tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak
pasti anaknya, Izzati itu anaknya.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya,
Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda
telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Di
rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan
dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi
kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang
banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya peset
tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan
terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda
berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
,Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap
suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak
satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah, serta
sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta
semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.Waheeda ingin
memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba
teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak
Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa
mereka pada keesokan harinya.
BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG
Di rumah Pak Cik Aziz perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang
berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat
untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambil alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setejah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan
dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk
tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia
dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan
oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh-puluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya
semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing.
Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung
ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa
kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu.
Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang
pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-
Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh
ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-