The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afandisksp, 2022-03-23 11:21:53

Karangan - Sukan-converted

Karangan - Sukan-converted

1|H G T 3 4 1

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
HGT341

SEMESTER 1 : SESI 2012/2013

LAPORAN KAJIAN LUAR

TAJUK: KAJIAN HUBUNGKAIT MANUSIA DAN
ALAM SEKITAR SEBAGAI PENDEKATAN
PEMBANGUNAN LESTARI
DI PULAU PANGKOR.

NAMA PELAJAR: MASYITAH BT ISMAIL (109701)
NAMA PENSYARAH: PROF CHAN NGAI WENG
TARIKH HANTAR: 26 DISEMBER 2012

1|H G T 3 4 1

2|H G T 3 4 1

ISI KANDUNGAN

SENARAI RAJAH…………………………………………………………………….4
SENARAI JADUAL………………………………………………………………….5
SENARAI FOTO……………………………………………………………………..6
PENGHARGAAN …………………………………………………………………….7
ABSTRAK ……………………………………………………………………………8
BAB 1 : PENDAHULUAN…………………………………………………………….9

1.0 Pengenalan……………………………………………………………9-13
1.2 Objektif Kajian………………………………………………………...14-15
1.3 Permasalahan Kajian…………………………………………………..15-17
1.4 Kepentingan Kajian……………………………………………………17-19
1.5 Kerangka Konseptual…………………………………………………..20
1.6 Batasan Kajian…………………………………………………………21
BAB 2 : SOROTAN LITERATUR…………………………………………22
2.1 Konsep Alam Sekitar………………………………………22-23
2.2 Ekopelancongan……………………………………………..23-25
2.3 Pembangunan Ekonomi………………………………………..25
2.4 Pembangunan Sosial………………………………………...25-27
2.5 Pembangunan Prasarana………………………………………..27
2.6 Konsep dan Petunjuk Pelancongan Lestari………………..27-31
BAB 3 : LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN…………………31-35
BAB 4 : METODOLOGI KAJIAN…………………………………………..35
4.1 Limitasi Kajian………………………………………………….36
4.2 Pemerhatian & Tinjauan………………………………………...36
4.3 Pemetaan…………………………………………………………37

2|H G T 3 4 1

3|H G T 3 4 1
4.4 Soal Selidik……………………………………………………...37
4.5 Perpustakaan & Ilmiah………………………………………………38

BAB 5 : ANALISIS KAJIAN................................................................................39-61
5.1 Ciri-ciri Demografi Responden
5.1.1 Struktur Umur dan Jantina Responden
5.1.2 Profesion Responden
5.1.3 Penglibatan Responden dalam Pelancongan
5.2 Persepsi/ Jangkaan Responden
5.2.1 Persekitaran di Pulau Pangkor
5.2.2 Kemudahan di Pulau Pangkor
5.2.3 Tanggungjawab Pihak Berkuasa di Pulau Pangkor
5.3 Indikator Hubungan Manusia dan Alam Sekitar di Pulau Pangkor
5.4 Tahap Kepuasan Responden terhadap Pihak Pengurusan Pulau
5.5 Kesanggupan Manusia dalam Meningkatkan Kualiti Alam Sekitar di Pulau

Pangkor
5.5.1 Kesanggupan Membayar & Sumbangan Khidmat Tenaga dan Masa.

5.6 Tahap Pembangunan Secara Keseluruhan

BAB 6 : RUMUSAN................................................................................................62
BIBLIOGRAFI.......................................................................................................... 63-67
LAMPIRAN…………………………………………………………………………68
Lampiran 1 : Borang Soal- Selidik……………………………………………..68-71
Lampiran 2 : Keratan Akhbar Online………………………………………….72

3|H G T 3 4 1

4|H G T 3 4 1

SENARAI RAJAH

Rajah 1 menunjukkan asas pembangunan lestari yang berkait rapat
dengan pembangunan, alam sekitar, dan manusia.

Rajah 2 menunjukkan Ekopelancongan Merupakan Satu Konsep
Pembangunan Lestari

Rajah 3: Matlamat Pembangunan Lestari
Rajah 4 : Peta yang menunjukkan kawasan di Pulau Pangkor
Rajah 5: Carta Pai yang menunjukkan jumlah responden mengikut

profesion di Pulau Pangkor
Rajah 6 : Graf bar yang menunjukkan sumbangan responden dari

segi wang
Rajah 7: Graf bar yang menunjukkan jumlah responden yang telah

menyumbangkan tenaga dan masa

4|H G T 3 4 1

5|H G T 3 4 1

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Struktur Umur Mengikut Jantina Responden
Jadual 2: Profesion Responden di Pulau Pangkor
Jadual 3: Penglibatan Responden dalam Sektor Pelancongan
Jadual 4: Persepsi Responden terhadap Persekitaran Semulajadi di

Pangkor.
Jadual 5: Persepsi Responden terhadap Kemudahan yang Terdapat di

Pangkor.
Jadual 6 : Persepsi Responden terhadap Tanggungjawab Pihak

Berkuasa di Pangkor.
Jadual 7: Tahap Kepuasan Responden terhadap Perkaitan Hubungan

Manusia dan Alam Sekitar dalam Konteks Pembangunan
Lestari.
Jadual 8: Tahap Kepuasan Responden terhadap Peranan Pihak
Pengurusan Pulau
Jadual 9: Penglibatan dan Kesanggupan Responden Menyumbang
Wang dan Tenaga dalam Memelihara Kualiti Alam Sekitar.
Jadual 10: Tahap Keseluruhan Pembangunan Pelancongan di Pulau
Pangkor

5|H G T 3 4 1

6|H G T 3 4 1

SENARAI FOTO

Gambar 1 : Landskap pantai yang unik dipenuhi dengan aktiviti
sukan rekreasi Air

Gambar 2: gambar yang menunjukkan responden sedang menjawab
soalan borang selidik

Gambar 3: gambar yang menunjukkan responden sedang ditemubual.

6|H G T 3 4 1

7|H G T 3 4 1

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya
menyiapkan sebuah laporan kajian luar yang telah dijalankan pada 12 November 2012
hingga 18 November 2012. Masa yang diperuntukkan selama seminggu adalah untuk
mendapatkan banji pelancong di Pangkor. Untuk Prof Chan Ngai Weng, pensyarah
yang telah ditugaskan untuk menjaga kami sepanjang kajian ini dijalankan. Setinggi-
tinggi ucapan terima kasih di atas dorongan, sokongan, bimbingan, teguran dan
perhatian yang telah diberikan oleh Prof untuk menyiapkan laporan kajian ini, hanya
Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya. Juga terima kasih yang tak terhingga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah berputus asa walaupun berbagai-
bagai halangan yang dilalui sewaktu mencari responden. Terima kasih juga kepada
rakan-rakan lain yang telah memberi maklumat dan tunjuk ajar tentang cara
menganalisis data SPSS.

Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa
saya yang tidak pernah jemu memberikan sokongan, dorongan dan berkongsi segala
idea-idea yang bernas untuk menyiapkan laporan ini. Tidak lupa juga kepada keluarga
yang tercinta atas kasih sayang yang diberikan, dari segi wang ringgit dan juga masa
yang diperuntukkan untuk membantu saya dalam menyiapkan laporan kajian ini.
Sekian, terima kasih.

7|H G T 3 4 1

8|H G T 3 4 1

ABSTRAK

Hubungan manusia dan alam sekitar dikatakan sebagai satu hubungan yang
tidak dapat dipisahkan. Manusia sangat memerlukan alam sekitar untuk meneruskan
sumber kelangsungan hidup terutamanya sebagai sumber makanan, keperluan dan
pendapatan untuk meningkatkan arus pembangunan negara. Pembangunan yang
seimbang menjurus kepada pembangunan lestari yang bersifat terancang. Apa pun
yang penting diingatkan kembali adalah konsep kelestarian ini sebenarnya mempunyai akar
umbinya dalam budaya bangsa kebanyakan tradisi sejak lama lagi. Sebab itu, pembangunan
dahulu tidak meracun alam sekitar seperti sekarang. Kajian ini tertumpu kepada satu
lokasi pelancongan, iaitu Pulau Pangkor yang melibatkan 422 orang responden. Sebagai
sebuah masyarakat pelancongan, “kelestarian” adalah prinsip asas yang memelihara
persekitaran dan nilai kemanusiaan. Oleh itu, kajian ini dijalan untuk melihat persepsi
dan kesedaran masyarakat di Pangkor terhadap tahap pembangunan dan penglibatan
masyarakat dalam meningkatkan kualiti alam sekitar. Data telah dianalisis dengan
menggunakan kaedah deskriptif dan “chi square”. Hasil kajian mendapati bahawa
masyarakat di Pangkor mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap hubungan manusia
dan alam sekitar. Malah, mereka sanggup melibatkan diri dalam menyumbangkan
tenaga dan wang. Walau bagaimapun, persepsi masyarakat menyatakan bahawa tahap
pembangunan masih tidak melebihi had dan ia masih boleh dibangunkan lagi.

8|H G T 3 4 1

9|H G T 3 4 1

BAB 1: PENdahuluan

1.0 Pengenalan
Alam sekitar yang dibangunkan secara lestari membuktikan bahawa manusia

dapat mendominasikan komponen semulajadi secara terancang dan bersepadu. Malah,
manusialah sebagai agen untuk memelihara dan memulihara alam semesta ini kerana
manusia dan alam sekitar saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contohnya
dalam kitaran karbon di mana tumbuhan menyumbangkan oksigen kepada manusia dan
manusia pula menyumbangkan karbon dioksida kepada tumbuhan untuk membuat
makanannya. Contoh ini memperlihatkan kita bahawa tumbuhan dan manusia saling
memerlukan untuk meneruskan sumber kelangsungan hidup. Jika salah satu komponen
tersebut terganggu, maka ia memberi implikasi kepada kedua-duanya. Begitu juga
dengan kitaran hidrologi yang saling berinteraksi dengan komponen sistem lain iaitu
atmosfera, geologi dan juga ekologi. Dengan itu, jika manusia lebih mengutamakan
alam sekitar dalam sesuatu pembangunan yang ingin dijalankan, maka pembangunan
tersebut adalah berkonsep “pembangunan lestari”. Pembangunan lestari banyak
meningkatkan sektor pelancongan di mana ia menjadi salah daya tarikan.

Pada tahun 70-an, pelancongan lebih berkisar kepada pendapatan ekonomi serta
faedah-faedah yang mampu diperoleh daripada bidang ini. Pembangunan pelancongan
lebih tertumpu di kawasan-kawasan pantai yang terkenal seperti Port Dickson, Batu
Feringgi, Pulau Pangkor, dan sebagainya. Banyak kemudahan untuk pelancong dibina
terutamanya hotel. Namun, pada awal tahun 80-an, kesedaran tentang keperluan untuk
memelihara alam sekitar mula tercetus akibat daripada kesan-kesan pencemaran dan
penerokaan alam semulajadi yang berlaku secara berleluasa. Ekoran itu, wujudlah

9|H G T 3 4 1

10 | H G T 3 4 1

konsep “Had Pembangunan” yang lebih popular di negara-negara Barat berbanding
dengan negara-negara di sebelah Timur yang sedang membangun.

Di Barat, ‘gerakan eko’ , ‘pelancongan hijau’ dan ‘pelancongan alternatif’ mula
berkembang pesat. Meskipun begitu, ‘pelancongan massa’ masih lagi popular.
Kesedaran tentang kesan-kesan negatif yang muncul akibat pembangunan yang tidak
terkawal ini turut meransang pemuliharaan alam sekitar dan mempopularkan konsep
pelancongan lestari. Hari ini, pelancongan bukan sahaja dilihat sebagai satu aktiviti
untuk membebaskan diri daripada kehidupan biasa yang rutin, tetapi turut dilihat
sebagai satu landasan untuk pelbagai budaya di dunia bertemu dan saling memahami.
Pelancong hari ini lebih mementingkan penglibatan mereka dalam segala aktiviti yang
dilakukan ketika melancong. Jesteru, tuntutan mereka kini lebih menjurus kepada
pelancongan berkualiti yang prihatin terhadap alam sekitar.

Definisi pelancongan
Pelancongan didefinisikan sebagai pergerakan sementara oleh manusia ke

dstinasi yang lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa. (Mathieson
dan Wall: 1982). Ia meliputi segala kegiatan yang dilakukan selama beliau tinggal di
destinasi tersebut seperti membeli-belah, dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan,
serta menggunakan kemudahan yang disediakan di destinasi yang dilawati untuk
memenuhi segala keperluannya. Menurut Mill dan Morrison (1992), pelancongan
bermula sebaik sahaja pelancong mula membuat persiapan atau persediaan sebelum
melancong, semasa melancong, dan peringkat selepas melancong iaitu apabila mereka
mengingati semula kenangan manis ketika melancong.

Melalui Dasar Pelancongan Kebangsaan, kerajaan telah mengenalpasti kekuatan
dan keunikan yang dimiliki oleh sesebuah negara iaitu kekayaan alam semulajadi,

10 | H G T 3 4 1

11 | H G T 3 4 1

sejarah, dan kebudayaan untuk dipasarkan sebagai produk pelancongan. Dalam usaha
untuk memanfaatkan sumber alam yang unik, kerajaan telah menggubal Dasar
Pelancongan Kebangsaan sebagai salah satu agenda pencapaian matlamat Wawasan
2020. Dasar ini merupakan alat prancangan yang menyediakan garis panduan untuk
mengawal pembangunan alam semulajadi dan persekitaran melalui aktiviti pelancongan
agar ianya mampu menjadi sektor ekonomi yang utama dan sekaligus merangsang
pembangunan sosioekonomi negara secara berterusan. (Badaruddin :2007).

Antara strategi dan program pelancongan yang diberi penekanan dalam Dasar
Pelancongan Kebangsaan adalah pembangunan produk pelancongan yang berasaskan
alam semuajadi kerana ianya merupakan keunikan yang mampu mewujudkan identity
dan imej yang tersendiri serta mempunyai prospek yang besar. Dasar pelancongan
Kebangsaan juga memberi penekanan terhadap kepentingan produk-produk pelancongan
yang berasaskan alam semulajadi untuk dibangunkan secara terkawal dan dimanfaatkan
dengan positif. (Badaruddin:2007). Produk pelancongan melibatkan semua komponen
utama yang diklasifikasikan oleh Gunn (1994) iaitu pengangkutan, tempat tinggal,
perkhidmatan, tarikan, maklumat dan promosi. Produk pelancongan bukan sahaja terdiri
daripada tarikan pelancongan seperti gunung, pantai dan gua tetapi turut merangkumi
kemudahan dan infrastruktur yang menyokong sistem pelancongan.

Pelancongan lestari

Secara umumnya, pelancongan dapat dibahagikan kepada dua kategorinya iaitu
pelancongan konvensional/massa dan pelancongan alternatif. Pelancongan
konvensional/massa meliputi bentuk pelancongan yang lebih bersifat ‘pembandaran’
manakala pelancongan alternatif pula lebih menekankan kepada hubungan dengan alam
sekitar yang menitikberatkan ciri-ciri kelestarian. Konsep pelancongan lestari

11 | H G T 3 4 1

12 | H G T 3 4 1

merupakan satu konsep pembangunan pelancongan yang semakin popular. Dalam
dekad 1990-an telah menyaksikan pertumbuhan pesat pembangunan pelancongan yang
berasaskan kepada kelestarian ataupun sekurang-kurangnya cuba menyelitkan sedikit
elemen ‘lestari’ sebagai salah satu bentuk promosi. Dengan ini, pelbagai konsep
pelancongan lestari, pelancongan kampong, pelancongan hijau dan pelancongan eko.

Sesetengah pihak melihat pelancongan lestari ini dari sudut nilainya seperti
‘pelancongan prihatin’ dan ‘pelancongan lembut’ yang menekankan kesedaran dan
kesan ke atas sesebuah kawasan pelancongan. Ada juga pihak yang memberikan
penekanan kepada aktiviti yang bersesuaian dengan konsep lestari ketika pelancongan
menjalankan aktivitinya semasa melawat sesebuah destinasi itu. Konsep-konsep yang
sering dikaitkan dengan pendekatan ini ialah pelancongan kebudayaan dan pelancongan
warisan. Suruhanjaya Dunia tentang Alam Sekitar dan Pembangunan pada tahun 1987
mendefinisikan pelancongan lestari sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan
generasi masa kini tanpa menidakkan keupayaan generasi masa hadapan dalam
memenuhi keperluan mereka.

Menurut Krippendoft (1986), gerakan untuk mempromosikan konsep
pembangunan lestari bermula daripada “Gerakan Hijau” dan bukannya disebabkan
inisiatif politik. Tambah beliau lagi, wujudnya golongan pelancong yang menuntut jenis
pelancongan yang prihatin dengan menitikberatkan penjagaan alam sekitar telah
membantu memperkembangkan lagi konsep ini di seluruh dunia. Perkembangan ini
turut dibantu oleh kewujudan pelancong-pelancong ‘hijau’ khususnya dari negara-
negara maju yang telah merasai kehilangan alam semulajadi di negara masing-masing
dan inginkan alam sekitar di lokasi-lokasi yang dilawati berada dalam keadaan yang
terpulihara. Golongan ini kadangkala sanggup berbelanja lebih demi menikmati tahap

12 | H G T 3 4 1

13 | H G T 3 4 1
alam semulajadi yang berkualiti. Konsep ‘lestari’ ini boleh dikatakan masih baharu di
negara-negara membangun, termasuklah Malaysia. Pihak pengusaha hotel, resort sering
kali menyalahgunakan konsep ini dengan memberi nama-nama kepada hotel atau
produk-produk keluaran seperti ‘eko’, ‘hijau’ dan lain-lain lagi sebagai salah satu
bentuk promosi, tanpa memahami konsep ‘lestari’ yang sebenar.

Menurut Gerken (1988), antara pendekatan bagi mencapai pelancongan lestari
adalah dengan mengambil kira keperluan, kehendak, dan pandangan penduduk
setempat, mengurangkan ketidakseimbangan (dari sudut ekologi dan ekonomi) ke tahap
minimum mungkin, serta menerima tanggungjawab secara menyeluruh dengan memberi
keutamaan kepada prinsip dan objektif ekologi persekitan dan biosfera.

13 | H G T 3 4 1

14 | H G T 3 4 1

1.2 Objektif Kajian
Kepentingan alam sekitar kepada sesebuah negara tidak dapat dinafikan lagi.

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan kepada umatNya. Jesteru itu, adalah menjadi
tanggungjawab kepada semua tidak kiralah kerajaan, swasta mahupun individu perlu
memeliharanya. Aset alam sekitar dan sumber ekologi negara perlu diurus secara
lestari supaya pembangunan masa kini tidak menjejaskan keperluan generasi akan
datang.

Dengan itu, antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah ingin melihat
perhubungan antara manusia dan alam sekitar dalam pendekatan pembangunan lestari.
Manusia dan alam sekitar mencorakkan sesebuah kehidupan menjadikan ia baik atau
buruk. Sikap manusia terhadap alam secara harmoni, mengeksploitasi sumber alam
dengan menekankan implikasi yang akan berlaku, menjaga hubungan dengan alam
sekitar tanpa memusnahnya, membangunkan sumber alam secara bijak dan mampu
berupaya memelihara dan memulihara alam sekitar daripada terjejas. Pendekatan
pembangunan lestari sebenarnya kurang dipraktikkan oleh manusia pada masa kini
yang lebih bertindak agresif dan rakus meningkatkan pembangunan dan kemajuan
perbandaran dengan mengabaikan kemusnahan alam yang berlaku.

Objektif kajian ini juga ingin melihat sejauhmana persepsi pelancong yang
datang ke Pangkor tentang kemudahan dan tahap pembangunan yang terdapat di
Pangkor. Memandangkan sumber pendapatan dan ekonomi pertama di Pangkor adalah
bergantung kepada industri pelancongan, maka kajian ini ingin melihat sejauhmana
pandangan dan tanggapan pelancong tentang pembangunan, kemudahan prasarana yang
disediakan, dan yang paling penting tahap pembangunan dalam konteks lestari sama
ada menjadi amalan kepada kepada pelancong dan juga penduduk di sini.

14 | H G T 3 4 1

15 | H G T 3 4 1

Akhir sekali objektif yang ketiga adalah ingin melihat kesedaran masyarakat
yang datang ke Pangkor dalam meningkatkan kualiti alam sekitar yang semakin
merosot ini. Kesedaran ini dapat dibuktikan dengan melihat sejauhmana penglibatan
serta kesanggupan pelancong membayar wang dan khidmat tenaga dan masa untuk
menjadi salah seorang sukarelawan yang sama-sama berganding bahu meningkatkan
kualiti alam yang menjurus ke arah pembangunan lestari.

1.3 Permasalahan Kajian
Kawasan Pulau Pangkor dipilih sebagai kawasan kajian adalah kerana ia

merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang setiap tahun akan menerima
kunjungan pelancong-pelancong tidak kira sama ada pelancong tempatan ataupun dari
luar negara. Hal ini sangat berkait rapat dengan interaksi antara manusia dan alam
sekitar dalam meningkatkan industri pelancongan di pulau tersebut. Di sini terdapatnya
pembinaan pembangunan dari segi petempatan, perusahaan chalet, resort, hotel, kedai-
kedai makan dan homestay untuk memajukan sektor pelancongan di Pulau Pangkor.

Kawasan ini dipilih juga kerana penggunaan tanahnya yang diganggu oleh
manusia dan ingin melihat sama ada pembinaannya masih mengekalkan unsur
kelestarian ataupun tidak. Pembinaan di sini banyak diusahakan dikawasan sekitar
pinggir pantai, kawasan hutan dan sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak telah
menghasilkan kesan terhadap alam sekitar fizikal yang telah membawa impak yang
besar kepada penduduk di Pangkor. Pembangunan yang tidak lestari sering mengancam
keadaan alam sekitar terutama kepada ekosistem kawasan pulau itu sendiri dan ia
merupakan masalah kronik jika dibiarkan berterusan tanpa adanya kawalan dan
pemuliharaan. Pengubahsuaian menggantikan dengan persekitaran konkrit dan

15 | H G T 3 4 1

16 | H G T 3 4 1

perturaban tumbuh-tumbuhan kepada pelbagai jenis merupakan impak yang besar
kepada alam sekitar. Malaysia tidak dapat lari daripada pelbagai masalah alam sekitar.

Pembangunan dianggap sebagai fenomena ekonomi kerana melibatkan pelbagai
faktor seperti alam, tenaga kerja, modal dan kecekapan. Cepat atau perlahannya
pembangunan bergantung kepada faktor-faktor di atas. (Bradford dan Kent: 1977).
Menurut Akta 172, “pemajuan atau pembangunan” ditakrifkan sebagai menjalankan
apa-apa tanah, membuat perubahan matan tentang penggunaan sesuatu tanah atau
mana-mana bahagian daripadanya atau mencantumkannya. (Ruhil Azhara: 1996). Alam
sekitar yang diertikan sebagai agregat adalah keadaan merangkumi alam sekeliling dan
individu, sosial serta budaya.

Manusia, haiwan dan organisma-organisma lain berinteraksi dengan alam sekitar
dalam sistem atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera. Antara sistem-sistem ini,
yang lebih besar dan luas ialah sistem atmosfera bumi. Sistem alam sekitar fizikal ini
mempunyai proses-proses tertentu, sesuatu yang hidup, dan berfungsi dan ianya telah
wujud sejak lama dahulu. Setiap kajian yang dibuat oleh ahli geografi akan mengkaji
setiap komponen dalam alam sekitar fizikal sebagai sesuatu yang tidak terpisah, saling
berhubungan antara satu sama lain dan apabila ada ganguan di satu-satu komponen
maka ianya akan turut menjejaskan komponen alam sekitar yang lain.

Apa yang berlaku adalah manusia perlu memahami tabie alam semulajadi
sebelum ianya ‘diusik’ untuk tujuan perubahan melalui kegiatan pelancongan dan
pembangunan, kerana kesilapan dalam mengurus alam sekitar fizikal ini akan
mendatangkan masalah kepada manusia, haiwan, dan organisma-organisma hidup yang
lain. Oleh kerana manusia yang lebih bertanggungjawab dalam merubah persekitaran
fizikal, peka dengan masalah-masalah yang berlaku, kesedaran adalah amat penting

16 | H G T 3 4 1

17 | H G T 3 4 1
demi menjaga keharmonian alam sekitar. Kajian ini akan melihat sejauhmana
pembangunan manusia di pulau tersebut mengutamakan alam semulajadi dalam segala
aspek melalui konteks pembangunan lestari. Pembangunan yang mementingkan unsur-
unsur kelestarian akan dapat menarik lebih ramai pelancong dan seterusnya
meningkatkan sektor pelancongan.

Selain itu, kajian ini juga akan cuba untuk mengupas perhubungan antara
manusia dan alam sekitar yang menjurus ke arah pembangunan lestari di pulau
tersebut. Akhir sekali, kajian ini dapat menunjukkan cara sesuatu perubahan sama ada
perubahan kekal ataupun perubahan sementara itu di atasi oleh manusia. Dengan ini,
kajian akan memperlihatkan bagaimana penglibatan pelancong dan penduduk di Pulau
Pangkor memulihkan kembali komponen-komponen alam sekitar yang hampir musnah.
Dalam kehidupan, kita sememangnya tidak dapat lari dari berhadapan dengan
komponen alam sekitar ini dan sedikit sebanyak tentunya banyak aktiviti-aktiviti yang
dijalankan telah menjejaskan komponen yang berkenaan sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Kefahaman manusia adalah penting kerana dengan cara ini manusia
dapat mengelak berlakunya apa yang dikatakan sebagai masalah alam sekitar fizikal
kepada semua kehidupan, khususnya kepada manusia itu sendiri.

17 | H G T 3 4 1

18 | H G T 3 4 1

1.4 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah satu kajian yang dilakukan di Pangkor iaitu di kawasan

pelancongan yang utama di negeri Perak. Pualu pangkor telah diiktiraf sebagai pulau
peranginan kerana sumber ekonomi utama pulau ini adalah berlandaskan daripada
sektor pelancongan. Pulau ini mempunyai pelbagai daya tarikan yang tersendiri iaitu
banyaknya sumber-sumber alam seperti laut, pantai, gugusan pulau-pulau lain, kekayaan
terumbu karang, hutan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan lebih ramai pelancong
yang datang ke sini. Dengan itu, kajian ini adalah mengkaji hubungkait antara manusia
dan alam sekitar dalam konteks lestari. Jesteru, dengan adanya data kajian ini, ia dapat
memperlihatkan hubungan antara pelancong dan penduduk Pangkor itu sendiri dengan
alam sekitar. Semakin ramai yang bertanggungjawab menjaga alam sekitar, maka kualiti
alam sekitar akan bertamabah baik.

Pulau Pangkor ini membangun disebabkan oleh faktor pelancongan untuk
meningkatkan lagi pelancong datang ke sini. Persepsi pelancong yang datang ke sini
telah membawa satu motivasi dan pencetus kepada penambahan atau pengurangan
sesuatu pembangunan. Di samping itu, utiliti tahap kemudahan dan prasara di sini
juga dititikberatkan untuk merancakkan lagi sektor pelancongan. Dengan itu, kajian ini
dapat menunjukkan tanggapan masyarakat (pelancong atau penduduk) tentang
pembangunan dan persekitaran di Pulau Pangkor kepada semua orang sama ada sudah
mencapai had maksimum.

Kajian ini juga memperlihatkan penglibatan dan kesanggupan masyarakat
(pelancong dan penduduk) dalam sektor pelancongan yang banyak membangunkan
program-program kelestarian seperti projek pemuliharaan dan pemeliharaan. Maklum
balas yang diberikan adalah positif dan menunjukkan masyarakat sememangnya masih

18 | H G T 3 4 1

19 | H G T 3 4 1

lagi prihatin kepada penjagaan alam sekitar walaupun meningkatnya pembangunan di
sesebuah kawasan. Rajah di bawah menunjukkan asas pembangunan lestari yang
ditekankan dalam sektor pelancongan di Pulau Pangkor.

Asas pembangunan lestari dapat dilihat seperti di rajah di bawah:

MEMULIHARA

Pembangunan Sumber Keperluan
berterusan alam generasi akan
datang dapat
sekitar
dipenuhi

MEMPERTINGKATKAN

MENGGALAKKAN

MEMPERKUKUHKAN Pertumbuhan
pembangunan

MEMPERTINGKATKAN

Kesihatan dan
kualiti hidup
masyarakat di Pulau

Pangkor

Rajah 1 menunjukkan asas pembangunan lestari yang berkait rapat
dengan pembangunan, alam sekitar, dan manusia.

Daripada rajah di atas, pengkaji telah mencetuskan rangka ideanya dalam
kerangka konseptual mengenai kajian ini. Kajian ini adalah melibatkan hubungkait
antara manusia dan alam sekitar menyumbangkan kepada pembentukan pembangunan
lestari. Pembangunan ini kemudiannya di jadikan sebagai daya tarikan dalam sektor
pelancongan. Untuk memperkukuhkan konsep lestari ini, penglibatan pelancong dan
penduduk di pulau itu sendiri sebagai penggerak pembangunan lestari.

19 | H G T 3 4 1

20 | H G T 3 4 1
1.5 Kerangka Konseptual

Pembangunan
Lestari

Manusia HUBUNGANKAIT Alam Sekitar (Laut,
(pelancong dan pantai, gugusan
pulau lain,
penduduk di terumbu karang,
Pulau Pangkor) kekayaan sumber
hutan, udara, air,
tanah

Tahap pembangunan dan
kemudahan prasarana

Pelancongan Lestari

Pelancong Tempatan Penduduk Pulau
dan Luar Negara Pangkor

Peranan pihak
pengurusan pulau

PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN PROGRAM KITAR SEMULA

Wang PENGLIBATAN DAN Tenaga dan
KESANGGUPAN Masa

Sumber: Kajian Lapangan, 2012

20 | H G T 3 4 1

21 | H G T 3 4 1
1.6 Batasan Kajian
Hubungan Manusia dan Alam Sekitar

Alam sekitar dan manusia adalah komponen penting dalam kajian bidang
geografi kerana ia saling mempengaruhi antara satu sama lain. Alam sekitar ialah
keadaan keseluruhan yang mengelilingi manusia pada satu keadaan titik ruang dan
masa. Manusia sebagai sebahagian daripada komponen yang terdapat dalam alam
sekitar terpaksa menerima bahawa sesuatu yang asli juga diubah atau dimusnahkan
tanpa sebab. Manusia akan memikul beban yang lain apabila sesuatu komponen alam
sekitar dibangunkan.

Asas perhubungan manusia dan alam sekitar ialah sumber dan manusia
menggunakan sumber untuk mewujudkan interaksi antara manusia dan alam sekitar.
Pengaruh dan kesan alam sekitar ke atas manusia dapat dilihat dari tiga segi kesan
iaitu ‘Hard Bio Physical” (kesan alam sekitar fizikal ke atas manusia). Iaitu dari segi
biologi manusia mempunyai had-had tertentu kepada alam sekitar, contohnya tubuh
manusia berfungsi dengan cekap dan boleh hidup dalam alam sekitar yang tertentu
seperti cahaya, ruang, haba tanpa apa-apa bantuan. Bantuan adalah keupayaan manusia
boleh ditingkatkan seperti memakai baju sejuk di musim sejuk dan lain-lain keadaan.
Kesan kedua ialah perspektif tentang sosial dan perilaku manusia ditentukan oleh
perspektif manusia dan tindakbalas manusia terhadap satu-satu bencana alam sekitar.
Kesan ketiga ialah kedapatan sumber-sumber juga mempengaruhi pendapat dan tindak
tanduk manusia. Dalam pada itu, kadar bilangan manusia amat mempengaruhi tahap
pembangunan terhadap alam sekitar.

21 | H G T 3 4 1

22 | H G T 3 4 1

BAB 2 : SOROTAN KARYA (LITERATUR REVIEW)

2.1 Konsep Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan segala elemen yang berada di sekeliling kita. Akta

Kualiti Alam Sekeliling 1974 mendefinisikan alam sekitar sebagai faktor-faktor di
sekeliling manusia termasuklah tanah, air, atmosfera, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-
faktor biologi haiwan dan tumbuhan serta faktor-faktor sosial dan estetik. (International
Law Book Services: 2007). Manusia dan alam sekitar sangat berhubungan kerana
kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Alam sekitar menawar dan
menyediakan tapak fizikal, sumber dan bahan semulajadi kepada manusia bagi
membolehkan manusia meneneruskan kelangsungan hidup di muka bumi ini.
(Haliza:2010).

Konsep kelestarian dalam pembangunan mula diberi perhatian sejak tahun 80an lagi.
Perkataan pembangunan lestari (sustainable development) telah dipopularkan melalui
Laporan Brundtland yang dikeluarkan dalam tahun 1987 di Persidangan Dunia tentang Alam
Sekitar dan Pembangunan. Perkataan ini bermaksud satu pendekatan yang sistematik untuk
membangunkan manusia dengan cara mengekalkan sumber bumi, berdasarkan kesedaran
bahawa penggunaan sumber tidak sepatutnya melebihi kadar keupayaan bumi untuk menjana
sumber-sumber tersebut.

Istilah kelestarian pada awalnya digunakan untuk memberi penekanan kepada
pengekalan sumber asli. Perkataan lestari atau mapan atau dalam Bahasa Inggeris ’sustain’
(kekal) berasal daripada bahasa Latin ‘sustinere,’ ‘sus’ bermakna daripada bawah dan
’tenere’ bererti tahan (Nik Fuad dan Noraien, 2007). Oleh itu kelestarian bererti keupayaan
untuk mengekalkan sesuatu; memastikan kewujudan; atau memanjangkan. Tetapi konsep
awal kelestarian ini telah diperkembangkan lagi dengan mengambil teori ekologi sebagai
dasar kepada pembangunan lestari. Kemudian ia diperkembangkan lagi untuk meliputi

22 | H G T 3 4 1

23 | H G T 3 4 1

dimensi teknikal, pengurusan, ekonomi, sosial, kemanusiaan, kebudayaan, etika dan institusi
(Chamhuri, 2004).

Kesedaran mengenai pembangunan lestari di peringkat global terserlah selepas
persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar di Nairobi dalam tahun 1972,
Laporan Suruhanjaya Persekitaran dan Pembangunan Dunia 1987 dan Sidang Puncak Dunia
di Rio de Jeneiro 1992. Suruhanjaya Dunia Alam Sekitar dan Pembangunan mentakrifkan
pembangunan lestari sebagai pembangunan yang dapat memenuhi keperluan generasi masa
kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka
(United Nations, 1987).

Manakala Goodland dan Ledoc (1987) dipetik dalam Chamhuri (2004) pula
mentakrifkan pembangunan lestari sebagai pola transformasi sosial dan ekonomi yang
mengoptimumkan faedah sosial dan ekonomi masa kini, tanpa menjejaskan potensi faedah
yang sama bagi masa depan. Pembangunan lestari tidak akan menggunakan sumber bumi
melebihi keupayaan bumi untuk menjana sumber tersebut, dan mengambil kira kesan ke atas
alam sekitar dan aspek sosial penduduk. Oleh itu, pembangunan lestari dapat memenuhi
keperluan manusia dan melindungi kualiti alam sekitar. Namun, definisi ini menghadapi
beberapa persoalan. Antaranya ialah kekaburan mengenai generasi akan datang yang tidak
dinyatakan had masa depan. Ekopelancongan adalah salah satu contoh pelancongan yang
bersifat lestari.

2.2 Ekopelancongan
Bagi memastikan keindahan pulau secara berterusan, pelancongan haruslah

bersandarkan kepada konsep ekopelancongan. The International Ecotourism Society (TIES)
mendefinisikan ekopelancongan sebagai ‘responsible travel to natural areas that conserve
the environment and sustains the well-being of local people’ (UNEP, 2001). Ekopelancongan

23 | H G T 3 4 1

DAYA PELANCONGAN TIDAK24 | H G T 3 4 1 PEMBANGUNAN MAMPAN
MAMPANPmerupakan sub-komponen kepada bidang pelancongan lestari. Demonstrasi mengenai
ekopelancongan lestari adalah termasuk di dalam elemen pelancongan desa dan budaya EKO
seperti yang ditunjukkan dalam Gambar rajah 2 (Wood, 2002). PELANCONGAN

Perjalanan perniagaan
Pelancongan Pantai

Pelancongan desa
Pelancongan Alam Semulajadi

Pelancongan Budaya

Rajah 2 menunjukkan Ekopelancongan merupakan satu konsep
Pembangunan Lestari

Matlamat utama pembangunan ekopelancongan adalah memberi manfaat dan faedah
kepada alam sekitar dan komuniti tempatan. Dalam kebanyakan destinasi pelancongan,
yuran yang dikenakan ke atas tempat letak kenderaan adalah untuk pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar di kawasan pelancongan tersebut. Ekopelancongan juga
menyediakan pendidikan, maklumat, kesedaran dan pembiayaan bagi usaha-usaha
pemuliharaan alam sekitar.

Dalam satu kajian yang dijalankan di Kepulauan Galapagos, maklumat yang
disediakan melalui ekopelancongan dapat meningkatkan pengetahuan di kawasan yang

24 | H G T 3 4 1

25 | H G T 3 4 1

terpelihara, mengubah tingkah laku atau corak pelancong dan meningkatkan sokongan
daripada dermawan untuk pemuliharaan tersebut. Ekopelancongan juga memberi manfaat
kepada kedua-dua belah pihak sama ada komuniti tempatan dan juga pengunjung atau
pelancong. Ekopelancongan menyediakan manfaat ekonomi untuk penduduk tempatan sama
ada dalam bentuk yuran, peluang pekerjaan dan hasil jualan kraf dan produk tempatan serta ia
juga memberi pendedahan kepada pengunjung atau pelancong terhadap budaya dan gaya
hidup komuniti tempatan (EBSCO Publishing Inc, 2009).

2.3 Pembangunan Ekonomi
Aspek jenis pekerjaan adalah indikator penting untuk melihat status ekonomi

penduduk pulau. Secara langsungnya, taraf kehidupan individu dapat diukur melalui jenis
pekerjaan. Kegiatan utama yang dijalankan sebagai sumber ekonomi adalah pekerjaan yang
berasaskan kepada sumber laut. Kebanyakan penduduk pulau Pangkor bekerja sebagai
nelayan. Namun dengan pertumbuhan aktiviti perlancongan yang semakin pesat di Pulau
Pangkor, penduduk pulau telah mula beralih pekerjaan dalam sektor pelancongan iaitu
sebagai pengusaha chalet, pengusaha bot perlancongan dan bekerja di pusat perlancongan di
Pulau Pangkor. Berdasarkan kajian oleh Yahaya (2007), dengan kepesatan aktiviti
perlancongan, sektor tradisional di Pulau Pangkor diusahakan oleh kurang 20 peratus
daripada jumlah penduduk.

2.4 Pembangunan Sosial
Kajian sosioekonomi secara khususnya mengkaji gelagat masyarakat secara individu

atau secara berkumpulan yang bertindakbalas terhadap persekitaran ekonomi yang seterusnya
mempengaruhi dan membentuk persekitaran sosial masyarakat. Tindakbalas ini secara
khususnya akan menjelaskan bagaimana perubahan ekonomi sesuatu kawasan itu akan
mempengaruhi perubahan sosial dan persekitaran kawasan berkenaan (Lutz, 2009).

25 | H G T 3 4 1

26 | H G T 3 4 1

Perubahan sosial ini dapat dilihat dari aspek bagaimana ia mengubah sesebuah masyarakat
(Pastakia, 1998), kelestarian persekitaran (Lober, 1998), dan kualiti kehidupan secara
menyeluruh (Mahadzirah, Sulaiman dan Wan Norhayati, 2008).

Persepsi masyarakat setempat dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk nilai-nilai
budaya, peraturan tingkah laku, pergantungan kepada pelancongan dan pekerjaan, interaksi
penduduk dan pelancong dan tahap pembangunan (Madrigal 1993; Murphy 1985).
Penyelidikan menunjukkan bahawa persepsi negatif pelancongan adalah berkait dengan
ketumpatan pelancong yang tinggi, tempoh masa mereka melancong dan status kelahiran asli
(Canan dan Hennessy 1989; Davis, Allen dan Cosenza 1988; Liu, Sheldon dan Var 1987;
Madrigal 1993 , 1995; Murphy 1985; Pizam 1978; Um dan Crompton 1987).

Persepsi positif pelancongan bergantung kepada jarak perjalanan dari pasaran sumber
dan dengan pergantungan ekonomi. Pembolehubah sosio-ekonomi mempunyai sedikit kesan
kepada persepsi pemastautin pelancongan (Liu dan Var 1986; Madrigal 1993; Pizam 1978).
Hubungan songsang berlaku di antara tahap pembangunan pelancongan dan persepsi tuan
rumah terhadap impak pelancongan. Tahap pembangunan pelancongan yang lebih rendah
kepada sederhana memberi lebih manfaat kepada penduduk tempatan. Jika pelancongan
berkembang maju dengan cara yang mampan ekologi, kesan buruk perlu dikurangkan dan
impak keseluruhan perlu dilihat sebagai pilihan oleh penduduk (Ap, 1992).

Aspek pembangunan sosial mementingkan pembangunan keluarga dan keibubapaan.
Keibubapaan adalah proses mendorong dan menyokong pembangunan fizikal, emosi, sosial
dan intelektual kanak-kanak dari peringkat awal hingga dewasa. Kemahiran keibubapaan
adalah diperlukan bagi membantu ibu bapa untuk menyokong pembangunan anak-anak.
Keibubapaan yang berkesan adalah penting dalam membentuk kejayaan keluarga (Lopez,
2004). Dengan kata lain, kemahiran keibubapaan yang sesuai dapat membentuk generasi

26 | H G T 3 4 1

27 | H G T 3 4 1

akan datang, dan juga cara generasi bertingkahlaku, serta bagaimana generasi akan datang
mempengaruhi dunia di sekeliling mereka.
2.4 Pembangunan Prasarana

Untuk mewujudkan sebuah pulau berasaskan pelancongan maka beberapa perkara
perlu diberi perhatian dan keutamaan dalam pembangunan Pulau Pangkor antaranya adalah
seperti menaik taraf prasarana yang terdapat di pulau berkenaan. Jalan raya yang
berkualiti, kenderaan, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan kemudahan komunikasi
seperti telefon, dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan dirancang dengan rapi.
Di samping itu, bilangan tempat penginapan yang mencukupi dan berkualiti untuk
menampung pelawat, pelancong dan pekerja juga akan diberi perhatian. Untuk menarik
perhatian pelancong dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Pulau Pangkor,
pulau tersebut perlu diberi perhatian terhadap landskap pulau berkenaan. Bentuk bangunan,
rumah dan resort perlu diberi penekanan supaya dapat menampilkan unsur-unsur kesenian,
kelestarian dan kebudayaan penduduk tempatan.

2.6 Konsep dan petunjuk pelancongan lestari
Dalam konteks alam sekitar, pelancongan bukan sahaja membawa kesan positif

malah impak negatif bergantung kepada cara pengurusan pembangunan itu dirancang,
dipantau, dan dikawal. Pembangunan dan pengurusan pelancongan yang kurang sesuai
serta tidak mengikut prosedur yang ditetapkan akan menyebabkan kemusnahan habitat
dan landskap, menghapuskan sumber-sumber semula jadi dan akhirnya pencemaran
alam sekitar menjadi semakin serius terutamanya masalah pembuangan sampah yang
tidak terurus. Jesteru itu, pendekatan pembangunan lestari bagi setiap perancangan
pelancongan adalah amat diperlukan kerana sekiranya sumber ini dimusnahkan, maka
kawasan pelancongan ini tidak akan dapat menarik kedatangan pengunjung lagi dan

27 | H G T 3 4 1

28 | H G T 3 4 1

sekali gus kawasan tersebut akan tersisih. Bagi merealisasikan konsep ini, petunjuk
atau indikator tahap kelestarian perlu digariskan dan diguna pakai sebagai alat
pengukuran terhadap sesuatu kriteria.

Petunjuk lestari adalah untuk mengukur perubahan, mengenal pasti proses dan
menyediakan rangka kerja untuk tatacara sasaran dan prestasi pemantauan. Petunjuk ini
menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan ke arah kepentingan matlamat untuk
mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang sosial, ekonomi dan alam
sekitar sebagai objektif utama pembangunan lestari sesebuah Negara. Antara petunjuk
pelancongan lestari yang digunakan dalam menentukan pembangunan sesebuah
destinasi pelancongan adalah jagaan tapak yang mengikuti indeks “ International Union
for the Conservation of Nature Resource” (IUCN), impak social dan sumbangan
kepada ekonomi tempatan.

Menurut Sham Sani (2000), indikator merupakan pengukuran sesuatu kriteria, ia
digunakan bagi dua tujuan iaitu mengkuantifikasikan maklumat bagi menjelaskan
secara terperinci hasil kajian dan meringkaskan maklumat tentang sesuatu keadaan
yang kompleks supaya lebih mudah difahami. Petunjuk lestari adalah untuk mengukur
perubahan, mengenal pasti proses dan menyediakan rangka kerja untuk tatacara
saranan dan prestasi pemantauan (Crabtree dan Bayfield:1998). Petunjuk ini
menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan ke arah kepentingan matlamat untuk
mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang social, ekonomi dan alam
sekitar sebagai objektif utama pembangunan lestari.

Konsep lestari atau mampan selalunya dikaitkan dengan kualiti kehidupan yang
merangkumi system ekonomi, sosial, dan persekitaran bagi menjamin keselesaan hidup
dan persekitaran yang sihat dan produktif. Matlamat ini bukan sahaja untuk keperluan

28 | H G T 3 4 1

29 | H G T 3 4 1

generasi masa kini tetapi juga untuk generasi akan datang. Hal ini menyebabkan
istilah ini sentiasa digunapakai seperti pembangunan lestari, komuniti lestari, pertanian
lestari, pendidikan lestari dan sebagainya. Berlandaskan hakikat ini, pembangunan lestari
sememangnya tidak dapat dipisahkan dari bidang geografi yang menyepadukan elemen
ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pelbagai konteks kajiannya. Walau bagaimanapun,
kesemua pengertian pembangunan lestari telah diterima pakai memuatkan tema sejagat
yang utama iaitu merangkumi aspek persekitaran (environment), masa depan (futuristic)
dan kesaksamaan (equity).

Pembangunan pelancongan lestari merupakan sub-tema dalam pembangunan
lestari sehingga kini masih lagi menarik perbincangan yang berterusan kerana tuntutan
dan kerenah pembangunan pelancongan yang menjadi semakin dinamik atau fleksibel.
Ianya sentiasa diberi penekanan kerana sector pelancongan telah menjadi penyumbang
utama kepada kemajuan dan pembangunan Negara. Dalam Rancangan Malaysia ke
Sembilan (RMKe-9) sebanyak 1.8 billion telah diperuntukkan kepada sektor
pelancongan untuk mempakej semula tarikan sedia ada seperti menaik taraf infrastruktur
dan menyediakan kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih banyak produk dan
perkhidmatan pelancongan yang inovatif. Aktiviti pemasaran dan promosi akan
dipergiatkan juga bagi menaikkan imej Malaysia dan meningkatkan jumlah pelancong
domestik dan antarabangsa. (Malaysia: 2006).

Pembangunan dari segi perspektif pembangunan lestari menyatakan satu
pendekatan pembangunan yang lebih bersepadu antara pembangunan fizikal untuk
keperluan manusia dengan tanggungjawab mengekalkan kualiti alam sekitar. Pendekatan
tersebut bukan sahaja mengambil kira faedah dan keperluan kehidupan masyarakat
dunia semasa, malah melindungi kepentingan kehidupan generasi manusia pada masa
akan datang. Pendekatan ini melibatkan aspek pengurusan kependudukan yang

29 | H G T 3 4 1

30 | H G T 3 4 1

seimbang, pembangunan teknologi yang lebih minimum risikonya terhadap alam sekitar,
dan yang lebih penting ialah pendekatan tersebut memerlukan satu bentuk perkongsian
kekayaan dunia yang adil. (Ahmad Shukri: 2003). Oleh itu, untuk mencapai matlamat
pembangunan lestari, maka pemikiran masyarakat dunia tentang bangunan perlu
perubahan. Begitu juga dengan cara hidup masyarakat moden yang terlalu meterialistik.
Dengan perkataan lain, perubahan paradigma kehidupan perlu berlaku dengan drastik.

Pemuliharaan Pembangunan Kesaksamaan
Sumber Fizikal Sosial

PEMBANGUNAN
LESTARI

Kualiti Alam Penyertaan
Sekitar Politik

Rajah 3: Matlamat Pembangunan Lestari
Pelancongan lestari merupakan jenis pelancongan mengintergrasikan semua sumberjaya
yang wujud dan berupaya dibentuk sebagai produk pelancongan menarik. Terdapat
empat pembahagian utama sumber jaya yang kerap dikenalpasti iaitu:

1. Sumber Semulajadi: Pantai, sungai, gunung, tasik, bukit, gua, laut, bakau
2. Sumber Warisan: monumen, bangunan, kebudayaan, cara hidup
3. Sumber Pertanian: sawah, dusun, tanaman, ternakan, perikanan
4. Sumber buatan Manusia: taman tema, pentas, stadium

30 | H G T 3 4 1

31 | H G T 3 4 1

Disebabkan kepentingan pembangunan pelancongan lestari berkedudukan amat kritikal
maka petunjuk pembangunan telah dibentuk bagi menentukan halatuju perancangan untuk
memudahkan pencapaian matlamat pembangunan pelancongan lestari.

BAB 3 : LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kajian pelancongan pembangunan lestari ini dijalankan di kawasan Pulau
Pangkor yang terletak 90km dari Bandaraya Ipoh, Perak. Lokasi kajian ini secara
umum merupakan sebuah destinasi tumpuan pelancong dalam dan luar Negara.
Seterusnya kajian ini dibuat di sekitar kawasan penginapan kami selama seminggu
iaitu di Pasir Bogak. Walau bagaimanapun, kami juga berpeluang menemubual
responden dari kawasan lain seperti di Teluk Nipah dan Teluk Dalam, memandangkan
responden di sekitar tersebut sangat terhad. Pasir Bogak adalah kawasan yang paling
popular di pulai ini kerana dikatakan terdapat sebuah kolam renang yang terbesar di
dunia. Tambahan lagi, pantainya yang berbentuk seperti sabit serta mempunyai air
yang cetek dan jernih dan terdapat juga himpunan batu karang di kawasan ini. (Puteri:
2004).

Pulau Pangkor adalah salah satu destinasi pelancongan utama yang menjadi
tumpuan para pelancong di Malaysia. Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di
persisiran perairan Selat Melaka iaitu pada garis lintang 4˚ 12’ 50’ Utara dan garis
bujur 100˚ 34’ 30” Timur dengan keluasan 2,200 hektar (22km2) dan penduduknya
berjumlah kira-kira 25,000 orang. Sungguhpun begitu, kini hanya sepuluh peratus sahaja
kawasan yang dihuni dan dibangunkan daripada keseluruhan kawasan Pulau Pangkor
(termasuk kawasan Pangkor Laut) iaitu sebanyak 236.7 hektar pada tahun 1999
membawa kepada pembangunan masa hadapan dengan unjuran ke arah 650.88 hektar

31 | H G T 3 4 1

32 | H G T 3 4 1

pada tahun 2015. Jesteru, kawasan yang boleh dihuni hanyalah sekitar 2.2km2 hingga
6.5km2 sahaja sehingga lima tahun akan datang. Penduduknya kira-kira 170,000 orang
pada tahun 2010. (Rosniza: 2002).

Pulau Pangkor terkenal sebagai tempat peranginan yang penting di Perak,
malah pulau ini mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat
pelancongan antarabangsa dan tempatan yang diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Antara ciri-ciri pulau ini dijadikan sebagai pulau peranginan adalah kerana asas
ekonominya bergantung kepada sektor pelancongan dan masih mengekalkan sumber-
sumber semulajadi yang menjadi daya tarikan pelancongan seperti warisan, sejarah,
industri kraftangan, industri hasil laut dan lain-lain produk pelancongan. (Jabatan
Perancangan Bandar & Negeri: 1995).

Pulau Pangkor juga terkenal dalam sejarah Malaysia apabilanya termeterainya
Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Perjanjuan ini merupakan detik permulaan
kemasukan pengaruh British dan pengenalan terhadap sistem Residen dalam
pemerintahan Malaya ketika itu. Beberapa dekad yang lalu, Pangkor merupakan tempat
persinggahan pelayar-pelayar atau pengembara, lanun, pedagang, dan askar-askar.
(Wan:1980). Pulau ini beriklim jenis tropika dengan panas dan lembab. Suhu purata
adalah sekitar 30˚C. jarak antara Lumut dengan Pangkor ialah 14.5km yang
mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan feri untuk sampai ke sana.
(Azrin:1989).

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki
beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Antara tempat yang menjadi tumpuan
pelancong ialah Kota Belanda, Batu Bersurat, Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak, dan
Teluk Nipah. Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan

32 | H G T 3 4 1

33 | H G T 3 4 1
kenderaan dan laut di sekelilingnya yang sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang,
snorkling, berkayak, memancing, dan lain-lain lagi. Pulau Pangkor juga memiliki pantai-
pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka
yang mencari kedamaian. (Rosniza: 2002).

Gambar 1 : Landskap pantai yang unik dipenuhi
dengan aktiviti sukan rekreasi air

Tambahan pula, Pulau Pangkor menawarkan pelbagai jenis penginapan di dua pantai
perkelahan utama iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan
bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan 33estaur-ratus chalet
yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej
percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan). Di samping itu, terdapat pelbagai
kemudahan di pulau ini supaya percutian para pelancong tidak terganggu seperti bank-bank,
pejabat pos, hospital, 33estaurant makanan laut, internet dan banyak lagi kemudahan-
kemudahan lain. Pulau Pangkor juga menyediakan kemudahan teksi (van merah jambu) atau
sewaan kereta dan motosikal untuk memudahkan pelancong bergerak dari satu tempat ke
tempat lain. (Rosniza: 2002).

33 | H G T 3 4 1

34 | H G T 3 4 1
Selain itu, Pulau Pangkor mempunyai beberapa gugusan pulau. Antaranya ialah Pulau

Mentagor, Pulau Pangkor Laut, dan Pulau Giam yang terletak kira-kira 3.8 batu nautika. Oleh
itu, Pulau Pangkor amat terkenal sejak sekian lama kerana kerana Belanda telah menjadikan
Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda juga
telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Aktiviti
lanun juga sering terjadi di Selat Dinding. Pada tahun 1874 pula, Sir Andrew Clarke selaku
Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi
menandatangani Perjanjian Pangkor. Akhirnya, Perjanjian Pangkor mencapai kata sepakat
dan bersetuju mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. (Rosniza:2002).

Oleh itu, Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan yang amat menarik
untuk dilawati. Pantainya yang putih bersih, kemudahan chalet dan resort yang kondusif
berupaya menjanjikan pulangan yang memuaskan kepada para pelancong dalam dan luar
negara. Sekaligus dapat meningkatkan sumber pendapatan negara melalui tukaran nilai
mata wang asing serta dapat neningkatkan imej negara di mata pelancong luar negara.

34 | H G T 3 4 1

35 | H G T 3 4 1

Rajah 4 menunjukkan peta kawasan di Pulau Pangkor
Sumber: aadtriple.blogspot.com. Tarikh diakses: 22 Disember 2012

BAB 4 : METODOLOGI

Metodologi analisis data terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama
merupakan peringkat ‘pembersihan’ data manakala peringkat kedua ialah peringkat
analisis data secara statistik. Terlebih dahulu data-data yang diperolehi dikodkan
sebelum dimasukkan ke dalam computer dengan menggunakan software SPSS.

Setelah data dibersihkan, analisis secara deskriptif dilaksanakan. Analisis
deskriptif ini melaporkan penemuan yang diperolehi daripada soal-selidik. Langkah
seterusnya ialah mengetahui ciri-ciri demografi responden, persepsi responden terhadap
hubungan manusia dengan alam, pembangunan di Pangkor, dan juga penglibatan
masyarakat dalam sektor pelancongan. Setiap objektif yang dikaji akan diperkukuhkan

35 | H G T 3 4 1

36 | H G T 3 4 1

lagi hujahnya dengan data kajian yang diperolehi. Data ini disertakan dalam bab 5,
iaitu pada bahagian analisis kajian. Bagi setiap kumpulan responden tersebut banyak
menggunakan kaedah “Frequency” dan “Chi-Square Test”.
4.1 Limitasi Kajian

Limitasi penyelidikan pertamanya disebabkan oleh masa kerana kawasan kajian
ini terletak di Pulau Pangkor. Walaupun perjalanan masa ke destinasi kajian hanya
memakan masa sekitar empat hingga lima jam. Namun, perkhidmatan bas ekspress
yang digunakan untuk sampai ke Lumut hanya bermula pukul 8.00 pagi dan
seterusnya perkhidmatan bas yang terakhir untuk pulang ke Butterworth. Perjalanan
yang kerap dan sekejap-sekejap hanya menambahkan kos penyelidikan memandangkan
pengangkutan awam iaitu van yang terdapat di Pangkor mengenakan bayaran yang
terlalu tinggi. Maka kajian ini hanya boleh dijalankan semasa cuti pertengahan
semesta.
4.2 Pemerhatian & Tinjauan

Setelah sampai di Pangkor, kami dapat memerhati sendiri landskap dan
keindahan pulau tersebut yang masih belum diterokai sepenuhnya. Pemerhatian banyak
dilakukan di sekitar kawasan tempat yang kami tinggal. Selain itu, kami juga
berpeluang untuk mengelilingi pulau tersebut sama ada di kawasan daratan dan juga
lautan. Yang paling menarik adalah di mana kami dapat melihat sendiri terumbu
karang yang dilindungi di kawasan pangkor. Dengan cara ini, data-data akan direkod,
kejadian-kejadian yang berkaitan dengan kajian akan direkod beberapa cara
termasuklah penggambaran, lakaran, pemerhatian dan catatan.

36 | H G T 3 4 1

37 | H G T 3 4 1
4.3 Pemetaan

Kaedah pemetaan banyak digunakan untuk menentukan lokasi sesuatu kawasan
yang boleh dilawati oleh kami. Hal ini kerana terdapat pelbagai kawasan yang menjadi
tarikan pelancong dalam meningkatkan sektor pelancongan. Dengan itu, dalam kajian
ini banyak menggunakan peta untuk menentukan arah yang betul untuk menuju ke
sesuatu lokasi. Malah sebelum kami sampai di Pangkor, kami telah pun dibekalkan
dengan peta Pulau Pangkor untuk memberikan gambaran awal lokasi yang akan dituju.
Selain itu, kami juga menggunakan peta lakaran yang berkaitan untuk menemubual
responden.
4.4 Soal Selidik

Pengkaji telah menjalankan kajian soal selidik bagi mengetahui tanggapan
masyarakat Pangkor dan juga pelancong yang ada di Pangkor. Selain itu, kami juga
ada menanyakan sejauhmana pemahaman mereka mengenai hubungan manusia dan
alam dalam penyerapan pembangunan yang berkonsepkan lestari di Pangkor. Kajian
ini dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik untuk diisi oleh mereka. Walau
bagaimanapun, ada juga responden yang ditemubual tidak memberikan kerjasama yang
sama. Hal ini dapat diatasi dengan menanyakan kepada mereka secara perbualan
santai. Kami akan membacakan soalan dan meminta responden menjawabnya. Sampel
ini adalah sebanyak tidak kurang dari jumlah pelancong. Data ini akan dinilai secara
manual.

37 | H G T 3 4 1

38 | H G T 3 4 1

Gambar 2: Responden sedang menjawab
soalan borang selidik

Gambar 3: Responden sedang ditemubual
oleh pengkaji

4.5 Perpustakaan & Ilmiah
Selain daripada data-data primer yang dikutip di lapangan, pengkaji juga telah

membuat rujukan bahan-bahan yang berkaitan di Perpustakaan dan bahagian koleksi
khas. Pembacaan dan maklumat tambahan sangat diperlukan untuk memberikan isi
yang tepat, benar dan sahih kerana adanya rujukan dibahagian akhir laporan kajian.

38 | H G T 3 4 1

39 | H G T 3 4 1

Maklumat tambahan ini juga banyak yang diperolehi daripada sumber media massa
seperti internet dan juga contoh-contoh thesis yang terdahulu.

BAB 5: ANALISIS KAJIAN

Soal selidik ke atas pelancong dilakukan untuk mengetahui latar belakang
mereka dari segi kerakyatan, jantina, umur, pekerjaan, jenis lawatan, tujuan,
pengangkutan, bagaimana mengetahui tempat kajian serta pandangan mereka. Perkara
yang terpenting adalah untuk mengetahui penilaian mereka terhadap kritria-kriteria
hubungkait manusia dengan alam sekitar di kawasan kajian. Borang soal selidik
terhadap pelancong ini dilampirkan.

5.1 Ciri-ciri Demografi Responden
Bahagian ini membentangkan data demografi pelancong yang diperolehi

daripada kajian lapangan yang merangkumi umur, pekerjaan, profesion dan penglibatan
mereka dalam sektor pelancongan. Dari data-data kaji selidik yang telah dilakukan,
seramai 400 orang responden, dapat dibuat kesimpulan yang menjelaskan persoalan
kajian ini. Tujuan data-data diambil ialah untuk mengetahui latar belakang responden
dan tanggapan mereka mengenai Pembangunan Lestari di Pulau Pangkor. Data-data
sampel mengenai responden kawasan kajian telah diambil dan dapat dilihat melalui
rajah di bawah:

5.1.1 Struktur Umur dan Jantina Responden
Melihat kepada komposisi umur, majoriti responden merupakan golongan yang
berumur antara 21 hingga 30 tahun yang meliputi sebanyak 37% diikuti oleh
golongan yang berumur 21 tahun ke bawah iaitu sebanyak 25.8%. Golongan yang
berumur antara 21 hingga 30 tahun ini biasanya golongan yang bekerjaya dan

39 | H G T 3 4 1

40 | H G T 3 4 1

mempunyai kuasa beli yang tinggi kerana telah mempunyai pekerjaan dan pendapatan
yang tetap. Hal ini mendorong mereka untuk melancong bersama-sama keluarga
setelah penat bekerja.

Manakala golongan yang berumur 21 ke bawah adalah golongan yang masih
belum bekerja. Diandaikan bahawa golongan ini banyak mengikuti lawatan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah atau universiti. Seterusnya, golongan yang berumur 31
hingga 40 tahun sebanyak 17.5%, diikuti dengan 41 hingga 50 tahun sebanyak 10.7%
dan akhir sekali golongan yang berumur 51 tahun ke atas iaitu sebanyak 9%. Bagi
golongan umur yang sudah mencapai 40 tahun keatas, keinginan untuk melancong
adalah semakin berkurangan disebabkan oleh faktor kesihatan, ketidakupayaan, faktor
ketersampaian, malah lebih berminat untuk berehat di rumah berbanding keluar
melancong ke tempat lain. Jika dibandingkan dari segi jantina, data kajian
membuktikan bahawa bilangan lelaki lebih ramai berbanding perempuan. Hal ini
adalah disebabkan golongan lelaki lebih banyak memonopoli bidang pekerjaan dalam
sektor pelancongan berbanding perempuan yang lebih berminat menjadi suri rumah
untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

Jadual 1: Struktur Umur Mengikut Jantina Responden

Umur Lelaki Perempuan Jumlah
(tahun) Peratus
Peratus Peratus
21 ke (%)
bawah Frekuensi (%) Frekuensi (%)
21-30 25.8
31-40 55 13.0 54 12.8 37.0
41-50 73 17.3 83 19.7 17.5
51 ke atas 46 10.9 28 6.6 10.7
JUMLAH: 28 6.6 17 4.0 9.0
25 5.9 13 3.1 100.0
227 53.8 195 46.2

40 | H G T 3 4 1

41 | H G T 3 4 1

5.1.3 Profesion Responden
Berdasarkan daripada data kajian yang diperoleh, didapati bahawa kebanyakkan
responden adalah terdiri daripada pelajar sebanyak 33.4%, pekerja kerajaan professional
sebanyak 10.7%, swasta bukan profesional sebanyak 10%, dan juga swasta profesional
sebanyak 9.2%. Hal ini memperlihatkan bahawa pelancong yang datang ke Pangkor
telah mempunyai pekerjaan yang tetap dan bukannya sebagai penganggur. Ini dapat
dilihat dalam jadual di bawah yang dianggarkan hanya seorang sahaja penganggur
daripada 422 orang responden. Dalam peratusan, hanya 0.2% sahaja yang menjadi
penganggur.

Jadual 2: Profesion Responden di Pulau Pangkor

Profesion Jumlah (orang) Peratus (%)
Kerajaan Profesional 45 10.7
Kerajaan Bukan 13 3.1
Profesional
Swasta Profesional 39 9.2
Swasta Bukan 42 10.0
Profesional
Kerja Sendiri 17 4.0
Pekerja Kurang Mahir 11 2.6
Suri Rumah Tangga 14 3.3
Pelajar 141 33.4
Bersara 6 1.4
Menganggur 1 0.2
Perniagaan 34 8.1
Lain-lain 17 4.0
Tiada Komen 42 10.0
422 100.0
JUMLAH:

41 | H G T 3 4 1

42 | H G T 3 4 1

Profesion Responden di Pulau Pangkor

10% 11% Kerajaan Profesional
4% 3% Kerajaan Bukan Profesional
8% 9% Swasta Profesional
2% Swasta Bukan Profesional
10% Kerja Sendiri
33% Pekerja Kurang Mahir
4% Suri Rumah Tangga
3% 3% Pelajar
Bersara
Menganggur
Perniagaan
Lain-lain
Tiada Komen

Rajah 5: Carta Pai yang menunjukkan jumlah responden mengikut
profesion di Pulau Pangkor.

5.1.4 Penglibatan Responden dalam Pelancongan
Jadual 3 menunjukkan majoriti responden yang telah ditemubual adalah dalam
kalangan pelancong yang datang ke Pulau Pangkor. Seramai 302 orang pelancong
dengan peratus 71.6% yang tidak terlibat dalam sektor pelancongan tetapi merekalah
yang merancakkan lagi industri ini. Hal ini kerana meningkatnya sektor ini adalah
disebabkan meningkatnya pelancong terutamanya pelancong dari luar negara. Hal ini
kerana aliran wang dari negara luar masuk ke Malaysia. tambahan lagi pelancong
tersebut dari negara-negara maju seperti Jepun, Australia, United Kingdom dan
sebagainya yang menyebabkan tukaran mata wang asing mereka yang lebih tinggi
berbanding Malaysia.

42 | H G T 3 4 1

43 | H G T 3 4 1

Jadual 3: Penglibatan Responden dalam Sektor Pelancongan

Penglibatan dalam Jumlah (orang) Peratus (%)
Sektor Pelancongan
4 0.9
Pemandu Kenderaan 10 2.4
3 0.7
Pekerja Hotel 12 2.8

Pemandu Pelancong 18 4.3
Restoran/ Makanan
1 0.2
Beach Boy/ Sukan 32 7.6
Laut 40 9.5

Kedai Barang 302 71.6
Pelancongan 422 100.0

Lain-lain

Tiada Komen

Tidak Berkenaan
(Pelancong)
Jumlah:

5.2 Persepsi/ Jangkaan Responden
Imej merupakan gambaran minda tentang sesebuah destinasi. Ia juga merupakan

kepercayaan, idea, tanggapan seseorang terhadap sesbuah destinasi. (Kotler, Haider dan
Rein: 1993). Setiap orang mempunyai imej terhadap sesebuah destinasi sama ada
destinasi tersebut pernah dilawati atau tidak. Imej inilah yang akan membentuk
persepsi sama ada kita apa yang kita lihat adalah sama yang tergambawr di fikiran
kita. Persepsi yang terbentuk tercetus daripada pelbagai pendedahan daripada media
massa seperti iklan, radio, televisyen, majalah, buku dan juga komen atau maklum balas
daripada rakan dan saudara mara.

5.2.1 Persekitaran di Pulau Pangkor
Daripada hasil data yang diperoleh, majoriti responden menyatakan bahawa
persekitaran di Pangkor setelah mereka datang ke sini adalah sama seperti yang
mereka jangkakan iaitu sebanyak 46.9%. Tambahan lagi, sebanyak 27.3% menyatakan
Pulau Pangkor adalah lebih baik daripada yang mereka jangkakan. Dengan ini tidak
ada lagi istilah “ indah khabar dari rupa” untuk pelancong yang datang ke Pangkor.

43 | H G T 3 4 1

44 | H G T 3 4 1

Jadual 4: Persepsi Responden terhadap Persekitaran Semulajadi di
Pangkor.

Ekspektasi Responden Jumlah (orang) Peratusan (%)
terhadap Persekitaran
198 46.9
di Pangkor
115 27.3
Seperti dijangkakan
Lebih baik daripada 66 15.6
43 10.2
jangkaan 422 100.0

Lebih teruk daripada
jangkaan

Tiada komen

Jumlah:

5.2.2 Kemudahan di Pulau Pangkor
Menurut Badaruddin (2007), komponen perkhidmatan meliputi segala bentuk
kemudahan yang digunakan oleh pelancong semasa berada di destinasi pelancongan.
Berada jauh di tempat tinggal, seseorang pelancong sudah pasti memerlukan elemen-
elemen yang dapat menyokong kehidupan sehariannya seperti tempat tinggal,
penginapan, restoran, tempat meletak kenderaan, telefon dan sebagainya. Dengan itu,
setelah meneliti hasil kajian yang dibuat, didapati respon pelancong menyatakan
bahawa Pulau Pangkor ini mempunyai banyak kemudahan yang terancang bagi
memajukan sektor pelancongan. Jika dilihat daripada data yang ditunjukkan di bawah
ini, terbukti bahawa pelancong menyokong atau mengiyakan kemudahan yang terdapat
di Pulau Pangkor. Antara kemudahan-kemudahan yang paling banyak terdapat di
Pangkor ialah pengangkutan yang disediakan khas untuk pelancong yang hadir ke
Pangkor. Selain itu, kedai-kedai makan, resort, chalet, hotel, tempat membeli belah,
sekolah dan hospital. Walaupun kemudahan yang terdapat di Pangkor tidak sama
seperti kemudahan yang terdapat di Kuala Lumpur, namun ia memberikan impak yang
besar dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

44 | H G T 3 4 1

45 | H G T 3 4 1

Jadual 5: Persepsi Responden terhadap Kemudahan yang Terdapat di
Pangkor.

Persepsi Responden Jumlah (orang) Peratusan (%)
terhadap Kemudahan
179 42.4
di Pangkor 170 40.3
73 17.3
Ya 422 100.0
Tidak

Tidak Tahu

Jumlah:

5.2.3 Tanggungjawab Pihak Berkuasa di Pulau Pangkor
Pulau Pangkor sebenarnya masih lagi menghadapi pelbagai masalah dan kekurangan.
Antaranya adalah keperluan penduduk tidak diambil kira sebagai asas untuk merancang
projek pembangunan. Kedatangan pelancong tidak terurus, perniagaan tidak teratur dan tidak
dilesenkan, alam sekitar semakin tercemar, masalah sosial menjadi-jadi dan pelbagai
kepincangan terus berlaku di pulau ini. Bagi mempastikan pulau ini kekal sebagai destinasi
yang bersifat pelancongan lestari, maka tadbir-urus dan sistem penyampaian untuk
membangunkan penduduk pulau perlu diberi perhatian segera. Untuk menggalakkan proses
pembangunan yang lebih cekap di Pulau Pangkor, adalah dicadangkan supaya suatu
mekanisme tadbir-urus dan dasar pembangunan yang cekap dan mampan diwujudkan.
Pulau Pangkor boleh mengambil beberapa contoh tadbir-urus yang diamalkan oleh
beberapa negara di dalam membangunkan pulau-pulau mereka. Salah satu kaedah yang boleh
dipelajari ialah daripada Local Agenda 21, yang menggalakkan penyertaan penduduk
tempatan untuk kerjasama dengan pihak berkuasa yang mentadbir-urus untuk menyelesaikan
masalah penduduk setempat. Misalnya kerjasama antara agensi, termasuk pemegang taruh,
NGOs dan pihak swasta yang bergiat di sekitar pulau untuk merancang program
pembangunan. Banyak agensi yang boleh dilibatkan seperti LKIM, KEMAS, MARA
Kerajaan Negeri, Pelancongan, Perikanan dan agensi-agensi lain untuk merancang
pembangunan. Ini diamalkan di China, yang mana pembangunan pelancongannya sangat

45 | H G T 3 4 1

46 | H G T 3 4 1

bergantung kepada pelancong domestik dan penglibatan penduduk tempatan (Xu, 1999).

Pandangan ini disokong oleh data kajian yang memperlihatkan persepsi 161 orang

responden, dengan 38.2% adalah bersifat positif terhadap pihak berkuasa di Pangkor.

Maka, ini membuktikan bahawa pihak berkuasa di Pangkor telah menjalankan tugas

dengan baik untuk melindungi alam sekitar, flora dan fauna yang terdapat di Pangkor.

Kesannya, pembangunan pelancongan di Pangkor masih berada dalam keadaan selamat

dan konsep kelestarian masih dikekalkan.

Jadual 6 : Persepsi Responden terhadap Tanggungjawab Pihak
Berkuasa di Pangkor.

Persepsi Responden Jumlah (orang) Peratusan (%)
terhadap
161 38.2
tanggungjawab pihak 128 30.3
berkuasa di Pangkor 133 31.5
422 100.0
Ya

Tidak
Tidak tahu

Jumlah:

46 | H G T 3 4 1

47 | H G T 3 4 1

5.3 Indikator Hubungan manusia dan Alam Sekitar

Jadual 7: Tahap Kepuasan Responden terhadap Perkaitan Hubungan
Manusia dan Alam Sekitar dalam Konteks Pembangunan Lestari.

Tahap Indikator Responden

PERNYATAAN Amat
TENTANG ALAM setuju
Setuju
SEKITAR DAN Neutral
MANUSIA Tidak
setuju
Amat
tidak
setuju
Tidak
tahu

1.Manusia huni alam 66 127 98 70 37 24
secara harmoni

2.Keseimbangan

alam adalah sensitif 65 156 100 44 24 33

3.Manusia sedang
menyalahkan alam

sekitar 48 107 111 80 30 46

4.Had keupayaan

daya tampung telah 37 97 126 91 22 49

dilepasi

5.Manusia dapat

bangunkan alam 67 112 76 59 46 62

sekitar

6.Perkara penting di
Pangkor untuk tarik 116 140 63 43 12 48

pelancong

7.Kadar

pembangunan 46 140 126 46 13 51
adalah seimbang

8.Manusia

modifikasi alam ikut 60 133 100 45 20 64

keperluan pelancong

9.Pilihan terbaik 43
biarkan pulau itu 60 96 115 55 53

sendiri

10.Pemeliharaan

biodiversiti menjadi 74 95 98 57 33 65
keperluan sekunder

berbanding manusia

JUMLAH: 622 1072 994 650 292 495

47 | H G T 3 4 1

48 | H G T 3 4 1

1. Secara tabienya alam ini berada dalam keadaan harmoni, seimbang, dan
koheren antara satu sama lain; saling menyokong dan saling membantu di dalam
keadaan yang cukup harmoni. Keharmonian ini dimanifestasikan oleh keadaan mereka
yang “sentiasa bertasbih” dan “memuji Engkau (ya Allah)” sebagaimana yang dituliskan
di dalam (Al-quran, surah Al-Baqarah, Ayat 30). Namun, manusia sememangnya telah
diakui memberikan kesan ketara terhadap alam sekitar terutamanya dari segi
penggunaan yang tidak terkawal dan kelalaian manusia menjaga kualiti alam sekitar
yang semakin merosot. (Haliza:2010). Dengan itu, data yang diperoleh dari hasil
kajian menunjukkan seramai 193 orang bersetuju, 98 orang menyatakan neutral dan
bakinya seramai 107 orang tidak bersetuju. Hal ini bermakna majoritinya adalah
bersetuju dengan peratusan sebanyak 45.7%.

2. Alam sekitar adalah satu sistem semulajadi yang mempunyai interaksi
dengan system yang lain untuk mencapai tahap keseimbangan. Contohnya di kawasan
pantai, jika hakisan yang berlaku di pantai adalah tinggi, maka pemendapan yang
berlaku lebih dominan untuk pantai mencapai keseimbangan. Begitu juga dengan
kawasan di Pulau Pangkor yang terkenal dengan kawasan zon pelancongan yang
diiktiraf sebagai “National Treasure”, sebagai sebuah kawasan sensitif pelancongan yang
perlu dipelihara. Tambahan lagi, kawasan yang menjadi tarikan utama pelancong ke
daerah Manjung ini adalah satu Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) atau
“Environmentally Sensitive Area”. Hal ini telah dikukuhkan lagi oleh data kajian iaitu
sebanyak 221 orang dengan peratusan 52.4% telah bersetuju bahawa keseimbangan
alam sekitar di Pangkor ini adalah sensitif dan mudah terjejas. Manakala 100 orang
menyatakan neutral dan hanya 68 orang yang tidak bersetuju.

48 | H G T 3 4 1

49 | H G T 3 4 1

3. Kemerosotan kualiti alam sekitar bermula sebaik sahaja tekanan aktiviti
manusia yang mencetuskan perubahan terhadap persekitaran fizikal sudah tidak dapat
ditampung oleh persekitaran itu hingga menimbulkan impak negative terhadap
persekitaran fizikal dan persekitaran buatan manusia sendiri. (Jamaluddin:1999). Dengan
itu, manusia tidak boleh menyalahkan alam sekitar kerana manusialah agen utama
yang mengubah alam sekitar sehingga mengubah keseimbangan dan kestabilan ekologi.
(Mohaini:1989). Menurut Ramsay dan Anderson (1972), manusia adalah golongan yang
mengubah alam seitar secara disedari malah manusia menjadi lalai untuk menjaga
kualiti alam kerana begitu mementingkan pembangunan. Pernyataan ini dapat dilihat
dengan data yang diperolehi daripada kajian iaitu seramai 155 orang dengan 36.7%
yang bersetuju bahawa manusia sebenarnya sedang menyalahkan alam sekitar terutama
apabila berlakunya pelbagai bencana dan malapetaka seperti banjir kilat, tanah runtuh,
kemarau, jerebu, hujan asid dan lain-lain yang dikatakan telah menggangu kehidupan
serta keselesaan manusia. Golongan yang tidak bersetuju adalah seramai 110 dan
neutral adalah yang paling tinggi iaitu seramai 111 orang.

4. Had keupayaan daya tampung dalam konteks pelancongan ini merujuk
kepada sesebuah destinasi pelancongan untuk menyerap kegiatan-kegiatan pelancongan
sebelum impak negatif pelancongan dirasai. Destinasi pelancongan yang telah
melampaui had daya tampugnya akan menyebabkan perubahan yang ketara pada
landskp fizikalnya. Jika dilihat pada pembangunan di Pulau Pangkor, Hasil daripada
kajian, majoriti responden telah bersetuju iaitu seramai 134 orang dengan peratus
31.8%, diikuti seramai 126 orang menyatakan neutral dan 113 orang tidak bersetuju.

49 | H G T 3 4 1

50 | H G T 3 4 1

5. Manusia sememangnya dapat membangunkan alam sekitar kerana manusia
merupakan khalifah di atas muka bumi ini. Walaupun manusia dapat membangunkan
alam sekitar, namun manusia tidak boleh bertindak secara rakus mengekploitasi
sumber alam kerana kesannya akan kembali kepada manusia semula. Dengan itu,
manusia perlu membangunkan sumber yang ada secara lestari dan mengutamakan
kepentingan alam itu sendiri kepada kita. Pernyataan ini disokong dan disetujui oleh
179 orang responden dengan peratusan sebanyak 42.4%, 76 orang responden
menyatakan neutral dan bakinya seramai 105 orang responden yang tidak bersetuju.

6. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan peranginan yang
paling popular di negeri Perak. Ketibaan para pelancong ke pulau ini semakin
meningkat saban tahun seramai 584 ribu pada 2005 sebelum meningkat kepada 700
ribu orang pelancong pada tahun 2006. Aset penting bagi pulau ini ialah alam
semulajadinya yang menarik dan kurang tercemar. (Mohd Nasir : 2008). Para pelancong
didapati amat menghargai pemandangan alam sekitar yang ada dan ini adalah satu
faktor yang dapat menarik pelancong. Selain itu, pelbagai kemudahan, prasaran dan
infrastruktur yang disediakan sangat menekankan cita rasa dan permintaan pelancong.
Hal ini membuktikan bahawa perkara yang paling penting di Pangkor adalah sektor
pelancongan yang amat mengutamakan tarikan semulajadi atau tarikan budaya supaya
lebih ramai pelancong datang ke Pangkor. Pernyataan ini ditegaskan oleh responden
yang bersetuju adalah seramai 256 orang dengan peratus 60.7%, diikuti oleh golongan
yang menyatakan neutral seramai 63 orang, dan selebihnya seramai 55 orang
responden tidak bersetuju.

7. Pembangunan lestari menekankan pembangunan yang seimbang dan
bersepadu dari segi alam sekitar, ekonomi dan sosial. Tujuan utama pembangunan

50 | H G T 3 4 1


Click to View FlipBook Version