The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afandisksp, 2022-03-23 11:21:53

Karangan - Sukan-converted

Karangan - Sukan-converted

51 | H G T 3 4 1

bukanlah untuk kemajuan ekonomi sahaja tetapi ia juga untuk memperbaiki mutu
kehidupan manusia sekaligus dapat meningkatkan kualiti alam sekitar agar manusia
dapat hidup secara harmoni. (Vu: 1963: 59). Kadar keseimbangan di Pangkor dapat
juga dilihat oleh jumlah responden yang majoritinya bersetuju iaitu seramai 186 orang
dengan peratus sebanyak 44%, diikuti oleh 59 orang responden tidak bersetuju dan
selebihnya seramai 126 orang responden.

8. Manusia dikatakan dapat memodifikasikan alam mengikut keperluan
pelancong. Sebagai contohnya manusia di kawasan Pangkor sangat prihatin dengan
permintaan dan kehendak pelancong untuk meningkatkan sumber pendapatan. Ini dapat
dilihat daripada peniaga kedai-kedai cenderahati di Pangkor yang menawarkan harga
yang berpatutan kepada pelancong. Melihat kepada data yang diperoleh menyatakan
bahawa 193 orang responden bersetuju dengan peratusan sebanyak 45.7%. Data ini
diikuti oleh golongan yang menyatakan neutral seramai 100 orang responden dan
seramai 65 orang responden tidak bersetuju bahawa pembangunan di Pulau Pangkor
adalah seimbang.

9. Pulau adalah salah satu sumber alam yang tiada tandingan nilainya kerana
ia adalah satu kawasan yang dipenuhi oleh rantaian makanan. Menurut Carl Sauer
(1969), seorang ahli falsafah dalam geografi terkenal pernah menyatakan bahawa
sumber alam adalah suatu penilaian budaya. Sesuatu bahan hanya dianggap bermanfaat
kepada manusia jika manusia mengetahui tentang kewujudannya serta mampu
menerokainya. Jika manusia hanya mengetahui kewujudannya tetapi tidak mempunyai
pengetahuan untuk menerokainya, sumber tersebut tidak memberi sebarang manfaat
kepada manusia. Bahan sumber tersebut hanya sebahagian daripada alam yang sama
sekali tidak memberi kesan kepada manusia. Dengan itu, manusia dan alam semulajadi

51 | H G T 3 4 1

52 | H G T 3 4 1

perlu berhubungkait untuk mencapai keseimbangan dan memberi manfaat kepada
manusia. (Katiman Rostam: 2006).

10. Manusia yang menghuni dunia hidup bermasyarakat. Manusia adalah salah
satu populasi organisma dan komponen yang penting dalam sesebuah ekosistem.
Dalam sesebuah ekosistem, manusia adalah spesis organisma yang dominan ekologi.
(Wagner: 1974). Kedominan ini membolehkan manusia sebagai penduduk dunia,
menawan dan mengubah ekosistem. Pembangunan pada sesuatu destinasi pelancongan
bergantung kepada kemajuan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Dengan itu,
pemeliharaan biodiversiti menjadi keperluan sekunder berbanding keperluan manusia itu
sendiri. Hal ini dikukuhkan lagi dengan hasil kajian yang diperolehi iaitu seramai 169
orang responden bersetuju dengan peratusan sebanyak 40%. Manakala golongan yang
tidak setuju adalah seramai 90 orang dan selebihnya ialah golongan yang menyatakan
neutral iaitu seramai 98 orang responden.

Secara keseluruhannya, indikator hubungan antara manusia dan alam sekitar
menunjukkan maklum balas yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa responden
mempunyai kesedaran kelestarian yang tinggi terhadap alam sekitar. Daripada hasil
kajian didapati majoriti responden menyokong pernyataan mengenai penggunaan
manusia terhadap sumber alam secara harmoni, merasakan alam sekitar ini sebenarnya
sangat sensitif, dan kepercayaan yang tinggi bahawa manusia itu sendiri menjadi
punca kemusnahan sumber alam sekitar jika tidak dibangunkan secara lestari.
Walaupun manusia sedar, namun masih ada manusia yang sering menyalahkan alam
sekitar apabila berlakunya bencana tanah runtuh, tsunami dan sebagainya. Hal ini
sebenarnya menunjukkan bahawa alam ini telah dilepasi hadnya, dan ia cuba untuk
mencapai keseimbangannya kembali.

52 | H G T 3 4 1

53 | H G T 3 4 1

5.4 Tahap Kepuasan Responden terhadap Pihak Pengurusan Pulau
Dalam memastikan pengurusan Pulau Pangkor berada dalam keadaan yang

terancang dan holistik, dicadangkan supaya sebuah lembaga khusus untuk membangunkan
Pulau Pangkor seperti mana LADA untuk Pulau Langkawi ditubuhkan. Nama pihak berkuasa
tersebut ialah Lembaga Pengurusan dan Pembangunan Pulau Pelancongan. (LPPPP) yang
akan mengambil alih semua peranan yang dipertanggungjawab kepada Majlis Perbandaran
Manjung (MPM). Sesungguhnya unit pentadbiran Pulau Pangkor adalah di bawah Majlis
Perbandaran Manjung (MPM) yang sedia ada pada masa kini tidak mampu memikul semua
tanggungjawab untuk membangunkan pulau secara sistematik.

Jadual 8: Tahap Kepuasan Responden terhadap Peranan Pihak
Pengurusan Pulau

Pandangan Responden

Pihak Amat Setuju Neutral Tidak Amat Tidak
Pengurusan setuju Setuju tidak tahu
setuju
Kitar- Semula 220 25
bahan Buangan 134 25 13 5
kertas 141 22
Haramkan beg 205 115 61 75 8 28
plastik 139 142 31 14 2 39
Kitar- Semula 146 54 36 8
Tin Aluminium 118 54
Gunakan tenaga 113 70 61 6
Solar & tenaga 146 36
diperbaharui 969 140 48 46 6 204
Haramkan 790 289 245 27
pembungkusan
melampau
Penggunaan
basikal &
kenderaan hijau

JUMLAH:

53 | H G T 3 4 1

54 | H G T 3 4 1

Daripada jadual 8, data kajian menunjukkan seramai 969 orang responden amat
setuju,dan 790 orang responden yang bersetuju. Hal ini menjadikan seramai 1759
orang yang menyokong amalan lestari yang akan diusahakan oleh pihak pengurusan
pulau sebagai salah satu cara untuk memelihara alam sekitar. Pengurusan ini
dikatakan sebagai perancangan pengurusan pulau yang berkonsepkan kelestarian yang
mengutamakan kualiti alam sekitar. Didapati maklum balas dan kerjasama yang
diberikan amat merangsangkan walaupun majoriti pihak responden adalah daripada
pelancong.

Untuk meningkatkan kualiti alam sekitar yang boleh menjurus ke arah lestari,
program seperti mengumpul dan mengitar semula bahan buangan kertas menunjukkan
seramai 220 orang amat setuju, 134 orang bersetuju menjadikan jumlahnya seramai
354 orang. Manakala pengharamkan beg plastik pula adalah seramai 141 orang amat
setuju, dan 115 orang bersetuju. Ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai
256 orang. Seterusnya ialah mengitar semula tin- aluminium mencatatkan seramai 205
amat setuju, 142 orang bersetuju menjadikan jumlah seramai 347 orang.

Pengurusan pemeliharaan tenaga dengan menggantikan tenaga yang bersifat
mesra alam menunjukkan seramai 139 orang amat setuju, dan 146 bersetuju dengan
jumlah keseluruhan seramai 285 orang yang menyokong. Pengharamkan pembungkusan
melampau dalam produk disetujui oleh responden seramai 231 orang yang terdiri
daripada 118 orang amat setuju dan 113 orang bersetuju. Akhir sekali, pihak
pengurusan pulau juga perlu menggalakkan penggunaan basikal dan kenderaan yang
hijau. Hal ini kerana ia dapat mengurangkan gas karbon dioksida ke udara yang boleh
menyebabkan pencemaran udara berlaku. Seramai 146 orang amat setuju, 140 orang
bersetuju menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 286 orang yang bersetuju

54 | H G T 3 4 1

55 | H G T 3 4 1

menggunakan basikal dan kenderaan hijau. Jika dilihat secara keseluruhan skala yang
ditunjukkan di dalam jadual, ternyata jumlah responden pada skala ‘amat setuju’ adalah
yang paling tinggi iaitu seramai 969 orang dan dikuti responden bersetuju seramai 790
orang. Secara ringkasnya, peranan daripada semua pihak amat perlu untuk
meningkatkan kualiti alam sekitar dan seterusnya menjurus ke arah pembangunan
lestari pada peringkat dunia.

5.5 Kesanggupan Manusia dalam meningkatkan Kualiti Alam Sekitar
di Pulau Pangkor

Manusia adalah sebagai agen untuk meningkatkan kualiti alam sekitar agar
menjadi lebih berdaya saing dan mampu mencapai matlamat pembangunan lestari.
Dengan itu, penglibatan masyarakat adalah yang paling utama di samping kerjasama
daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan, pihak pengurusan pulau dan
sebagainya. Antara sumbangan yang dapat disumbangkan adalah sokongan, khidmat
sukarela, sumbangan wang dan sama-sama menerapkan nilai kelestarian dalam jiwa dan
minda setiap orang.

5.5.1 Kesanggupan Membayar dan Sumbangan Perkhidmatan
Sokongan & Masa

Jadual 9: Penglibatan dan Kesanggupan Responden Menyumbang
Wang dan Tenaga dalam Memelihara Kualiti Alam Sekitar.

Lelaki Perempuan
Ya
Kesanggupan Tidak
Responden Mungkin

Ya
Tidak
Mungkin
Jumlah
kesanggupan
Jumlah
Peratusan (%)

SUMBANGAN 43 92 62 41 215 50.9
WANG 54 29 111 55 67 15.9

Sumbang 55 | H G T 3 4 1
sekali sekala 123 61

Sumbang
dengan kerap 38 135

56 | H G T 3 4 1

Sumbang

< RMIOO 85 84 58 45 85 65 130 30.8

Sumbang
RM100 56 101 70 25 103 67 81 19.2

Sumbang

untuk baiki

kehidupan 81 66 80 53 52 90 134 31.8
masyarakat

Sumbang

untuk 78 66 83 53 50 92 131 31.0
pembangunan

JUMLAH: 461 513 388 297 463 410 758 179.6

SUMBANGAN

TENAGA/

MASA

Sertai Pakej 101 51 75 85 32
Home Stay 78 186 44.1

Khidmat

sukarelawan 124 29 74 118 18 59 242 57.3

Meluangkan

masa ajar 105 37 85 83 38 74 188 44.5
kemahiran

JUMLAH: 330 117 234 286 88 211 616 145.9

Sumbangan Responden dari Segi Wang

300

250

200

150

100
YA

50 TIDAK
MUNGKIN

0

Rajah 6 : Graf bar yang menunjukkan sumbangan responden dari
segi wang

56 | H G T 3 4 1

57 | H G T 3 4 1

Sumbangan Perkhidmatan dari
Responden

300

250

200
YA

150 TIDAK
MUNGKIN

100

50

0

Rajah 7: Graf bar yang menunjukkan jumlah responden yang telah
menyumbangkan tenaga dan masa

Penglibatan pelancong dan penduduk tempatan semasa peringkat pelaksanaann
perancangan, pembangunan dan pengurusan pelancongan amat penting dan boleh
mempengaruhi kejayaan sektor ini. Prinsip pembangunan pelancongan lestari
menegaskan bahawa betapa pentingnya pelancong perlu melibatkan diri kerana
golongan ini yang akhirnya akan merasai kesan-kesan daripada pembangunan
pelancongan, sama ada negatif mahupun positif. Kajian-kajian menunjukkan secara
umumnya, pelancong dan penduduk tempatan menyokong pembangunan pelancongan
lestari. Namun demikian, pelancong dan penduduk tempatan tidak bersetuju jika mula
merasai kesan-kesan negatif apabila semakin meningkatnya pembangunan pelancongan.
(Badaruddin:2008).

Melihat kepada data yang diperoleh daripada hasil kajian membuktikan bahawa
responden mempunyai tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi untuk meningkatkan
lagi sektor pembangunan pelancongan di Pulau Pangkor sama ada dari segi bantuan
kewangan dan juga perkhidmatan tenaga secara sukarelawan. Melalui bantuan

57 | H G T 3 4 1

58 | H G T 3 4 1

sumbangan wang sekali sekala ke arah pemeliharaan pulau menunjukkan respon yang
memberangsangkan iaitu sebanyak 123 orang bagi lelaki dan perempuan seramai 92
orang dengan jumlah keseluruhan seramai 215 orang iaitu sebanyak 50.9%. Hal ini
berbeza sumbangannya antara lelaki dan perempuan kerana lelaki majoriti dalam
kalangan yang bekerjaya manakala perempuan kebanyakkannya hanya bergantung
kepada sumber kewangan suami terutamanya bagi yang tidak bekerja.

Walau bagaimanapun, jika sumbangan yang dilakukan adalah sumbangan secara
kerap, responden lelaki dan perempuan adalah tidak bersetuju iaitu seramai 135 orang
responden lelaki dan 111 responden perempuan. ini menjadi jumlah kesanggupan
hanyalah 67 orang bersamaan dengan 15.9% sahaja. Hal ini kerana sumber pendapatan
mereka berkemungkinan tidak mencukupi untuk keperluan lain seperti membayar sewa
rumah, bil elektrik, yuran sekolah anak-anak dan sebagainya. Hal ini adalah sangat
sukar terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan kurang
berkemampuan.

Hasil daripada data, kebanyakkan responden bersetuju untuk menyumbangkan
wang kurang daripada RM100. Bilangan responden yang bersetuju untuk menyumbang
adalah sama diantara lelaki dan perempuan iaitu sebanyak 85 orang. Ini menjadikan
jumlah kesanggupan adalah seramai 130 orang dengan peratus 30.8%. Begitu juga jika
wang tersebut disumbangkan sebanyak RM100 pada setiap tahun. Kebanyakkannya
tidak bersetuju sama ada lelaki atau perempuan. Data menunjukkan seramai 101 orang
lelaki dan 103 orang perempuan yang tidak bersetuju. Dengan itu, jumlah
kesanggupan menjadi 81 orang dengan peratus sebanyak 19.2%.

Sifat empati dan rasa tanggungjawab yang tinggi terdapat dalam diri setiap
orang menyebabkan mereka mahu menyumbangkan wang untuk membaiki taraf

58 | H G T 3 4 1

59 | H G T 3 4 1

kehidupan masyarakat di pangkor terutamanya dari segi kemudahan dan prasarana. Hal
ini akan meningkatkan lagi pembangunan sektor pelancongan di pulau ini. Kedua-dua
responden lelaki dan perempuan bersetuju untuk menyumbangkan wang iaitu seramai
81 orang responden lelaki dan 90 orang perempuan. ini menjadikan jumlah
kesanggupan seramai 134 orang dengan peratus sebannyak 31.8%.

Melihat kepada pembangunan di pulau pangkor yang masih belum dibangunkan
sepenuhnya, sumbangan kewangan diperlukan untuk menaiktarafkan sektor pelancongan
di mata dunia. Maklum balas yang diterima oleh responden ialah seramai 83 orang
lelaki dan 92 perempuan yang menyatakan berkemungkinan akan menyumbangkan
wang untuk pembangunan di Pulau Pangkor.

Penglibatan pelancong dan penduduk amat memainkan peranan penting untuk
meningkatkan pembangunan pelancongan. Pelancongan yang bersifat lestari bukan
sahaja mementingkan alam sekitar semata-mata tetapi juga mengutamakan ekonomi dan
komuniti. Dengan itu, pelbagai cara yang dijalankan oleh pihak yang berkuasa untuk
meningkatkan pembangunan lestari di Pulau Pangkor. Salah satunya ialah program
homestay untuk mengurangkan pembangunan resort, hotel-hotel dan sebagainya.

Program homestay di Malaysia merupakan salah satu cabang kepada
pelancongan di Pangkor di mana pelancongan menginap, menjamu, selera, dan
pelakunya akan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti bersama dengan
penduduk desa yang terlibat. Homestay juga membolehkan pelancong berinteraksi
secara terus dengan keluarga yang menjadi hos mereka. Pelancong pasti terpegun
dengan kedamaian dalam suasana indah yang diberikan oleh penduduk kepada
pelancong. (Norliza Aminudin :2006). Dari segi corak perbelanjaan pelancong pula,
penginapan kekal sebagai komponen terbesar merangkumi 33.1% daripada jumlah

59 | H G T 3 4 1

60 | H G T 3 4 1

perbelanjaan. Diikuti oleh pembeli belah pada 24% dan makanan dan minuman pada
17.4% pada tahun 2005. Pertumbuhan sektor pelancongan turut menyaksikan
pertambahan pelaburan dibidang penginapan termasuk homestay.

Projek pemuliharaan telah lama dilaksanakan di Malaysia dan semakin
bertambah pada masa kini. Pemuliharaan secara lestari perlu dimulakan di ekosistem
daratan kerana tanpa pemuliharaan yang baik di daratan, persekitaran sungai akan
terjejas. (Ali:2000). Mulai tahun 2006, kerajaan Malaysia memperuntukkan sebanyak
RM1.9 bilion untuk melaksanakan projek pemuliharaan alam sekitar. Dalam usaha
memelihara pantai daripada hakisan teruk, RM40 juta telah diperuntukkan, manakala
RM370 juta lagi untuk perparitan dan tebatan banjir di seluruh negara dan RM114
juta untuk memperbaiki sungai dan kuala sungai. Sebanyak RM911 juta pula
disediakan bagi pembaikan loji pembentungan sedia ada dan pembinaan pembentungan
baru. Program pengurusan sisa pepejal pula diperuntukkan sejumlah RM363 juta
(Rancangan Malaysia Kesembilan : 2006). Malaysia amat menggalakkan perkhidmatan
masyarakat secara sukarela untuk memelihara dan meningkatkan kualiti alam sekitar.
Melihat kepada saranan ini, maklum balas yang diterima oleh responden adalah sangat
memuaskan di mana jumlah lelaki yang ingin menjadi sukarelawan adalah seramai
124 orang dan perempuan pula 118 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah
seramai 242 orang dengan peratus sebanyak 57.3%.

Akhir sekali, untuk terus menyokong pendekatan pembangunan lestari,
masyarakat perlu sama-sama membantu untuk meluangkan masa bersama-sama untuk
membaiki kehidupan masyarakat di Pulau Pangkor. Antara khidmat masyarakat yang
dapat dibantu adalah seperti mengajar kemahiran bahasa, menjahit, kemahiran
berkomunikasi, ICT dan sebagainya. Pembangunan sesuatu kawasan akan semakin

60 | H G T 3 4 1

61 | H G T 3 4 1

tersebar luas dengan meningkatkan taraf hidup penduduk dan seterusnya meningkatkan
lagi pertumbuhan ekonomi negara. Dengan kesedaran yang tinggi yang ada pada
pelancong yang datang ke sini, ramai yang bersetuju untuk meluangkan masa bagi
memperbaiki kehidupan masyarakat di pulau ini. Seramai 105 orang lelaki dan 83
orang perempuan yang bersetuju menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 188
orang dengan peratus sebanyak 44.5%.

5.6 Tahap Pembangunan Secara Keseluruhan.

Jadual 10: Tahap Keseluruhan Pembangunan Pelancongan di Pulau Pangkor

Tahap Frekuensi Peratusan (%)
Pembangunan 153 36.3
152 36.0
Cukup pada had 35 8.3
Dibawah had 82 19.4
422 100.0
Melebihi had

Tidak tahu

JUMLAH:

Melihat kepada jadual 10, jumlah responden yang bersetuju bahawa tahap
pembangunan secara keseluruhan di Pangkor adalah cukup pada tahap iaitu seramai
153 orang dengan peratusan sebanyak 36.3 %. Namun, hanya satu perbezaan yang
menyatakan tahap pembangunan di Pangkor adalah dibawah had. Peratus yang
bersetuju bahawa Pangkor berada pada dibawah had adalah sebanyak 36%. Manakala
data responden yang menyatakan bahawa pangkor ini sudah melebihi had
pembangunan adalah seramai 35 orang dengan peratus sebanyak 8.3 %. Dengan itu,
secara kesimpulannya, pembangunan di Pulau Pangkor masih belum melebihi tahap
pembangunan yang maksimum. Malah, sumber-sumber semulajadi masih lagi terjaga
dan menjadi tarikan utama pelancong antarabangsa ke sini.

61 | H G T 3 4 1

62 | H G T 3 4 1

BAB 6 : RUMUSAN

Sebagai konklusinya, hubungkait antara manusia dan alam sekitar di Pangkor
masih lagi dikatakan sesuatu hubungan yang bersifat lestari. Dalam erti kata yang lain,
manusia yang mendamaikan, mengharmonikan alam sekitar dapat menjurus ke arah
pembangunan lestari. Hal ini kerana ramai yang bersetuju apabila dikatakan manusia
itu sendiri yang perlu menjadikan alam sekitar itu sebagai satu ruang yang
menyenangkan dan manusia sebenarnya amat bergantung kepada komponen-komponen
semulajadi seperti hutan, air, oksigen, tenaga matahari dan sebagainya. Jangkaan dan
tanggapan masyarakat terhadap persekitaran, pembangunan dan prasarana di Pangkor
sangat memuaskan kerana komponen-komponen ini amatlah penting untuk
meningkatkan lagi sektor pelancongan di Malaysia.

Malah mereka amat menyokong jika pihak pengurusan pulau menjalankan
amalan-amalan yang bersifat lestari seperti kitar semula kertas, mengharamkan beg
plastik, kitar semula tin aluminium dan sebagainya. Penglibatan dan kesanggupan yang
memberangsangkan daripada masyarakat secara langsung dapat menjayakan lagi
pendekatan pembangunan lestari khususnya dalam industri pelancongan. Jesteru, aplikasi
prinsip-prinsip lestari dalam pembangunan dapat mempergiatkan lagi sektor
pelancongan lestari walaupun ini masih lagi di yang peringkat awal. Meskipun usaha
ini mungkin akan memakan masa, namun perlu juga diteruskan demi menjadikan
Malaysia sebagai sebuah destinasi unggul yang kaya dengan khazanah alam semulajadi
dan warisan budaya yang menarik, bukan sahaja ramai pelancong tetapi golongan
pelancong yang mencintai alam sekitar dan terus memeliharanya.

62 | H G T 3 4 1

63 | H G T 3 4 1

BIBLIOGRAFI

Ahmad Shukri Mohd Nain dan Rosman Md Yusoff. (2003). Konsep, Teori, Dimensi dan

Ali, A.B. (2000). Status Perikanan dan Sumber Alam Akuatik di Malaysia. Siri
Syarahan Perlantikan Profesor 1998/Bil 1. Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia, 41.

Ap, J. (1992). 'Residents' perceptions on tourism impacts', Annals of tourism
research, vol. 19, no. 4, pp. 665-90.

Azrin, H.A. (1989). Geologi Am Kawasan Lumut dan Pulau Pangkor Perak Darul Ridzuan.
Tesis SmSn (Kep.), Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malysia, Bangi,
Selangor. pp. 1 – 10

Badaruddin Mohamed dan Nikmatul Adha Nordin. (2007). Perancangan Pelancongan.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badaruddin Mohamed. (2008). Pelancongan Lestari. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Badaruddin Mohamed. (2010). Memperkukuh Asas Pelancongan Domestik Ke Arah
Kelestarian Pembangunan Pelancongan. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.

Bradford, Richard dan Kent. (1997). Stylistic. London. Routledge.
Canan, P & Hennessy, M. (1989). 'The growth machine, tourism and selling culture',

Sociological perspectives, vol. 32, pp. 227-43.
Chamhuri Siwar. (2004). Linking Rural Poverty and Environment : Governance and

Sustainable Developmen Policies. Bangi. Selangor : Institute for Environment and
Development (LESTARI), Universiti Kebangsaan MalaysiaCrabtree dan Bayfield.
(1998).
Davis, D, Allen, J & Cosenza, M. (1988). 'Segmenting local residents by their
attitudes, interests and opinions toward tourism', Journal of travel research,
vol. 27, no. 2, pp. 2-8.
EBSCO Publishing Inc. (2009). Ecotourism: A Look at the Fastest Growing Segment

63 | H G T 3 4 1

64 | H G T 3 4 1

of the Travel and Tourism Industry. http://ebscosustainability. files.wordpress. com
/2010/07/ecotourism.pdf. Dicapai pada 11 Mac 2012.
Gerken, G. (1988). Die Geburt Der Neuen Kultur-Vorn Indus-tralismus Zum Light-
Age. Vienna: Duesseldor.
Goodland, Robert dan Ledoc. (1987). IAIA’ 92 : ”Industrial and Third World
Environmental Assessment : The Urgent Transition to Sustainability”: An
International Congres. Washington, D.C : World Bank Group.
Gunn, C. A. (1994) . Tourism Planning : Basics, Concept, Cases. 3th. Ed. Washington D.C:
Taylor and Francis.
Haliza Abdul Rahman dan Rohasliney Hashim. (2010). Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Alam Sekitar di Malaysia. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.
International Law Book Services: 2007
Isu Pembangunan. Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Malaysian Book Publisher
Association. m/s 74
IUCN. (1980). World Conservation Strategy :Living Resource Conservation for
Sustainable Development. Switzerland : IUCN, UNEP, and WWF.
Jabatan Perancangan Bandar & Negeri: 1995
Jamaluddin Md. Jahi (1999). Pembangunan dan Persekitaran : Di Mana
Keseimbangannya. Seminar Kebangsaan “Alam, Manusia dan Pembangunan;
Dasar, Strategi dan Kelestariannya”, 19 Jun, anjuran Persatuan Kebangsaan
Geografi Malaysia dan Jabatan Geografi , FSKK, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Katiman Rostam dan Asmah Ahmad. (2006). Penilaian dan Pengurusan Sumber Alam.
Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kotler, P., Haider dan Rein.(1993). Marketing Places. New York : The Free Press.
Krippendoft, J. (1986). “The New Tourist Turning Point for Travel and Leisure” dlm.
Tourism Management 7, hlm. 131-35.
Liu, JC & Var, T. (1986). 'Resident attitudes toward tourism impacts in Hawaii',

64 | H G T 3 4 1

65 | H G T 3 4 1

Annals of tourism research, vol. 13, no. 2, pp. 193-214.
Lober, D.J. (1998). Pollution prevention as corporate entrepreneurship Journal of
Organizational Change Management, 26-37, 11(1).
Lopez, W. (2004). Successful Parenting Skills That Shape Children’s Behaviors.

http://allpsych.com/journal/parenting.html
Lutz, M.A. (2009). Social economics, in Jan Peil and Irene van Staveren, ed., Handbook of

Economics and Ethics, p. 516-522, Edward Elgar Publishing.

Madrigal, R. (1993). 'A tale of tourism in two cities', Annals of tourism research, vol. 20, no.
2, pp. 336-53.

Mahadzirah, M., Sulaiman, Md. Yassin dan Wan Norhayati, M. (2008). Quality of life-
Marketing An Introduction, UMT Publisher.

Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010.
Mathieson, A. dan Wall.(1982). Tourism: Economic. Physical and Social Impact.

London: Longman
Mill, R. C. dan Morrison, A.M. (1992). The Tourism System-An Introductory Text. 2nd

Ed. London: Prentice Hall International, Inc.
Mohaini Tajuddin. (1989). Teori Ekonomi Alam Sekitar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

dan Pustaka.
Mohd Nasir Nawani, Nik Hashim Nik Mustapha, Roshanim Koris dan Noorhaslinda

Kulub Abdul Rahid. (2008). Pembangunan, Penggunaan dan Penilaian Sumber
Alam. Kuala Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu.
Murphy, PE. (1985). Tourism: A Community Approach, Routledge, New York.
Nik Norulaini Nik Ab Rahman. (2010). Memastikan Kelestarian dan Peningkatan
Prestasi Alam Sekitar Tanggungjawab Lokal dan Global. Pulau Pinang.
Universiti Sains Malaysia.
Nik Fuad Nik Mohd Kamil dan Noraien Mansor. (2007). Penghidupan Mampan. Kuala
Terengganu : Universiti Sains Malaysia
Norliza Aminudin dan Salamiah A. Jamal. (2006). Homestay Selangor Keunikan dan

65 | H G T 3 4 1

66 | H G T 3 4 1

Pengalaman Pengusaha. Shah Alam. Universiti Teknologi Mara.
Pastakia, A. (1998) Grassroots ecopreneurs: change agents for a sustainable society.

Journal of Organizational Change management, Vol. 11(2), 157-173.
Pizam, A. (1978). 'Tourism impacts: the social costs to the destination community as

perceived by its residents', Journal of travel research, vol. 16, no. 30, pp.8-12.
Puteri Fahsyar. (2004). Perak dan Selangor. Kuala Lumpur. Pustaka Buana.
Ramsay, W dan C. Anderson. (1972). Managing an Environment: An Economic Primer.
London: Macmillan
Rosniza Aznie CR. (2002). Keupayaan daya Tampung Fizikal di Pulau Pangkor. Pusat

Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Universiti Sains Malaysia.
Sauer Carl .(1969). Agriculture Origins and Dispersals. Cambridge, Mass. MIT Press.
Sham Sani (2000). Developing Urban Sustainability Indicators for Malaysia. Bangi.

Universiti Kebangsaan Maysia.
Suruhanjaya Dunia tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (1987).
Um, S & Crompton, JL. (1987). 'Measuring resident's attachment levels in a host

community', Journal of travel research, vol. 26, no. 1, pp. 27-9.
UNEP. (2001). UNEP Manual for the International Year of Ecotourism – IYE 2002.

17p.
United Nations. (1987). Our Common Future. Report prepared by the World

Commision on Environment and Development. Geneva : UNCED Sec.
Wagner, R.H. (1974) . Environment and Man.. New York: United Nation
Wan, H.W.T. 1980. Komuniti nelayan di Pulau Pangkor : beberapa aspek ekonomi dan

Sosial. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. pp. 4 – 5.
Wood, M.E. (2002). Ecotourism: Principles, Practices & Policies For Sustainability.

The International Ecotourism Society.
Xu, G. (1999) Tourism and Local Economic Development in China. Case Studies of

Guilin, Suzhou, and Beidaihe. Surrey: Curzon Press.

66 | H G T 3 4 1

67 | H G T 3 4 1
Yahaya Bin Ibrahim. (2007). Komuniti Pulau dan Era Pembangunan: Terpinggir atau

Meminggir, Akademika (70), Januari 2007:57-76.
Yazid Saleh, Fauziah Che Leh, dan Mazdi Marzuki. (2010). Isu-isu Alam Sekitar

Manusia di Malaysia. Tanjong Malim: Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

67 | H G T 3 4 1

68 | H G T 3 4 1
LAMPIRAN 1: Borang Soal Selidik

68 | H G T 3 4 1

69 | H G T 3 4 1
69 | H G T 3 4 1

70 | H G T 3 4 1
70 | H G T 3 4 1

71 | H G T 3 4 1
71 | H G T 3 4 1

72 | H G T 3 4 1
LAMPIRAN 2: Keratan Akhbar Online.

Sumber : http://www.utusan.com.my. Tarikh diakses: 22 Disember 2012.
72 | H G T 3 4 1


Click to View FlipBook Version