P E N G A K A P K L M 3 4 UNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK 50
P E N G A K A P K L M 3 4 lencana pengakap kanak-kanak 51
P E N G A K A P K L M 3 4 52
P E N G A K A P K L M 3 4 LENCANA PENGAKAP Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar nenimbulkan diri (mushroom float) LK1013 AHLI RENANG LK1014 PENUNGGANG BASIKAL Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. LK1015 AHLI KOLEKSI HOBI Lencana ini dianugerahkan diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah memungut, dan mengumpul sebaganyak 15 jenis benda-benda sebagai hobi dan menyimpan dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahu sedikit sebanyak tentang koleksinya. 53
P E N G A K A P K L M 3 4 LENCANA PENGAKAP LK1016 AHLI KRAFTANGAN Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah membuat atau menghasilkan 5 jenis hasil tangan sebagai kraftangan yang boleh dihiasi dan digunakan dengan baik dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah menyempurnakan hasil tanaman sendiri yang ringkas di dalam pasu atau hidroponik sebagai hasilpeladang kecil. Hasil tanaman mestilah teratur dan berhasil dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurangkurangnya satu bulan serrta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya. LK1017 PELADANG KECIL LK1018 PELUKIS Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah melukis dengan minat dan berkebolehan sebagai anak seni dengan hasil yang kemas dan cantik dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta megetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya. 54
P E N G A K A P K L M 3 4 LENCANA PENGAKAP LK1019 PEMBACA BUKU Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah minat kepada membaca atau minat dengan perpustakaan mendatangkan minat membaca sekaligus dapat dijadikan hobi. catatkan secara ringkas mengenai beberapa buku yang dibaca dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasil bacaannya. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah menyempurnakan hasil tanaman sendiri yang ringkas di dalam pasu atau hidroponik sebagai hasilpeladang kecil. Hasil tanaman mestilah teratu dan berhasil dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurangkurangnya satu bulan serrta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya. LK1020 PENGHIBUR LK1021 AHLI OLAHRAGA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengabil bahagian dalam acara seperti berlari, lompat tinggi, melontar pekuru. Penglibatan sekurang-kurangnya di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang acara yang disertainya. 55
P E N G A K A P K L M 3 4 LENCANA PENGAKAP LK1022 AHLI PASUKAN PERMAINAN LK1023 AHLI SAINS LK1024 PENCINTA ALAM SEMULA JADI Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang pasukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, bola baling, hoki, pingponh, permainan dalaman dan mewakili di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang permainan yang disertai. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat uji kaji, membuat kamera lubang halus, menyambung wayar, elektro magnet dan sebagainya. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semula jadi seperti memberishkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan tahu menggunakan kompas. LK1025 PEMBACA PETA 56
P E N G A K A P K L M 3 4 LENCANA PENGAKAP LK1026 PEMELIHARA ALAM SEKITAR LK1028 PEKERJA AM LK1029 PENGURUS RUMAH Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti memberishkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah. LK1027 PENGEMBARA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti penyusun atur peralatan pertukangan, memberishkan alat perkebunan, mencuci pakaian, mengecat dan sebagainya. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemas bilik tidur dan sebagainya. 57
P E N G A K A P K L M 3 4 LENCANA PENGAKAP Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR, berenang, memadam keabakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan APM. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membalut anduh. LK10130 PENYELAMAT NYAWA LK1031 PERTOLONGAN CEMAS Lencana ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap kanakkanak mestilah lulus lencana keahlian dan satu lencana wajib terlebih dahulu. Lencana ini dipakai pada lengan kanan kemeja. KEMAJUAN KERIS PERAK Lencana ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap kanak-kanak mestilah lulus lencana keahlian dan satu lencana wajib terlebih dahulu, lencana keris gangsa dan 2 lencana kepandaian (kategori kegemaran) terlebih dahulu. Lencana ini dipakai pada lengan kanan kemeja. Lencana keris gangsa perlu ditanggalkan. 58
P E N G A K A P K L M 3 4 Wardiere Inc. pengurusan keAHLIAN Sebuah sekolah hanya boleh munubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: (i) Borang PPM 8-Pendaftaran Kumpulan (ii) Borang PPM 1A-Pendaftaran Anggota (iii) Borang PPM 1B- Borang Kawalan (iv) Borang PPM 9A-Permohonan Tauliah Pemimpin/Penolong Borang boleh diperoleh dari Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM. PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN JENIS BORANG 59
P E N G A K A P K L M 3 4 Kumpulan/Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/anggota yang lama perlu diperbaharui pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendaftaran: (i)Kumpulan: RM30 (Setahun) (ii)Ahli Pengakap: RM5.00 (Setahun) (iii)Pemimpin/Penolong Pemimpin: RM10.00 (Setahun) Kumpulan/anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan mejalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. Gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembnagaan Persekutua Pengakap Malaysia(Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara automatik digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya. (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa penganjur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera.Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. Wardiere Inc. pengurusan keAHLIAN Semua kegiatan dijalankan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: (i) Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah. (ii) Program latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 (iii) Program latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 (iv) Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar sekolah perlu mendapat kelulusan dan sekongan daripada pengajur (Guru Besar/Pengetua), Ibu bapa/Penjaga dan pemimpin Unit PKK, PM dan PR. 60
BAHAGIAN B LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN (1-8 MINGGU) P E N G A K A P K L M 3 4 61
P E N G A K A P K L M 3 4 LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN Pada 10 Januari 2024, seramai 48 orang ahli Pengakap telah berkumpul di Makmal Sains 2 bagi perjumpaan kali pertama, yang telah dihadiri oleh pensyarah penasihat, Encik A Zamri bin Abdul Rahim. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk melantik Ahli Jawatankuasa Baharu Induk dan sekawan Pengakap PISMP Jun 2021/2026. Ahli Jawatankuasa Baharu terdiri daripada unit Bahasa Melayu dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pelantikan ini bertujuan untuk menggerakkan pengurusan dan aktiviti Pengakap. Dengan perlantikan kepimpinan baru serta memastikan kelangsungan dan kecekapan keseluruhan kumpulan. MINGGU 1 LAPORAN MINGGU 1 UNIT-UNIFORM PENGAKAP Tarikh : Masa : Tempat : Topik / Tajuk : 10 Januari 2024 8.00-11.00 pagi Makmal Sains 2 En.Abdul Ramit bin Sulaiman Encik A Zamri bin Abdul Rahim Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baharu Pengenalan Tentang Maklumat Kursus Pengenalan Tentang Dasar dn Tujuan Kepengakapan PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU: PENGENALAN TENTANG MAKLUMAT KURSUS: Pada sesi pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu, penasihat telah memberi taklimat pengenalan tentang maklumat kursus bagi unit beruniform Pengakap, berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang semester ini. Penekanan diberikan kepada ujian amali yang melibatkan kefahaman, kemahiran, dan kebolehan ahli pengakap dalam bidang seperti ikatan dan simpulan, kawad kaki, pertolongan cemas, dan ikhtiar hidup. Penasihat menetapkan bahawa 60 peratus markah akan diberikan berdasarkan kriteria-kriteria ini. Selain itu, ahli pengakap diminta menyediakan buku log dalam bentuk digital, dengan penekanan pada kreativiti masing-masing. Buku log ini menjadi salah satu tugasan pentaksiran berterusan yang membawa wajaran markah sebanyak 40 peratus. Ahli pengakap juga diarahkan untuk menyertakan rancangan skim latihan Pengakap Kanak-Kanak di sekolah sebagai lampiran dalam buku log digital mereka. Refleksi Dengan taklimat maklumat kursus ini, diharapkan setiap ahli pengakap dapat memahami tugas dan tanggungjawab mereka sepanjang semester, serta dapat menyediakan buku log digital yang mencerminkan kreativiti dan pencapaian mereka dalam aktiviti Pengakap. 62
P E N G A K A P K L M 3 4 MINGGU 1 Perjumpaan pertama di Makmal Sains 2 Ahli Pengakap Unit 2 Ahli Pengakap Unit 1 63
P E N G A K A P K L M 3 4 Encik Abdul Ramit bin Sulaiman dan Encik A Zamri bin Abdul Rahim, selaku penasihat, menerangkan maklumat tentang lencana kemajuan Pengakap Muda yang terbahagi kepada tiga kategori: Jaya, Maju, dan Usaha. Beliau juga menjelaskan tanda pangkat Pengakap Muda, termasuk Penolong Ketua Patrol, Ketua Patrol, dan Ketua Kumpulan. Unit-uniform Pengakap dilengkapi dengan lencana kemajuan Pengakap, seperti Keris Emas, Keris Perak, dan Keris Gangsa. Selain itu, Encik A Zamri menunjukkan cara pengajaran mengenai tabik hormat Pengakap, termasuk cara menjalankan tabik hormat dengan tangan kanan sehingga foredge hat atau bowler hat, serta cara yang betul untuk berinteraksi dengan ahli Pengakap dari negara lain. Maklumat ini penting untuk memahami etika dan protokol dalam komuniti Pengakap, memastikan setiap ahli memahami dan mengamalkan nilai-nilai penghormatan dan saling penghargaan. MINGGU 2 LAPORAN MINGGU 2 UNIT-UNIFORM PENGAKAP Tarikh : Masa : Tempat : Pensyarah Penasihat Topik / Tajuk : 17 Januari 2024 8.00-11.00 pagi Astaka En.Abdul Ramit bin Sulaiman Encik A Zamri bin Abdul Rahim Pengenalan Lencana,Tabik Hormat dan Undang-Undang Pengakap Demonstrasi Istiadat-Istiadat Pengakap PENGENALAN LENCANA, TABIK HORMAT DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP: DEMONSTRASI ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP Encik Abdul Ramit bin Sulaiman dan Encik A Zamri bin Abdul Rahim, selaku penasihat, menerangkan maklumat tentang istiadat-istiadat Pengakap yang melibatkan penyertaan bersama-sama sekawan. Istiadat ini dipimpin oleh akela dengan sebutan “pekk, pekk, pekk”. Setiap ahli Pengakap berkumpul di sekeliling akela, membentuk bulatan besar dengan berpegangan tangan. Ketika akela menurunkan tangan, ahli Pengakap lain dikehendaki menjinjit dengan hujung kaki sehingga akela menjatuhkan tangan mereka, sambil menyebut “akela, kita buat sehabis baik”. Setelah itu, sekawan bertugas membalas akela dengan menyebut “kamu buat sehabis baik”. Ahli Pengakap berdiri dengan tegak, melakukan tabik hormat kepada akela, dan mengucapkan “kami buat sehabis baik”. Istiadatistiadat ini menunjukkan penghargaan, kedisiplinan, dan semangat kebersamaan dalam komuniti Pengakap. Refleksi Semua pelajar dapat memahami dan menguasai Pengenalan Penubuhan Pengakap dan cara melakukan demonstrasi istiadat-istiadat Pengakap. 64
P E N G A K A P K L M 3 4 MINGGU 2 65
P E N G A K A P K L M 3 4 Encik A Zamri telah menyampaikan maklumat mengenai tata cara untuk mendapatkan manik kayu dua butir kepada ahli Pengakap. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui. Peringkat pertama melibatkan kehadiran dalam kursus pengenalan unit beruniform Pengakap. Peringkat kedua memerlukan ahli untuk memuat turun borang makluman pengakap dan mengisinya semasa melaksanakan aktiviti Pengakap ketika menjalani pratikum di sekolah, dengan menitikberatkan pada kemahiran dan kepakaran guru penasihat. Peringkat ketiga melibatkan penyertaan dalam perkhemahan selama 6 hari 5 malam, manakala peringkat keempat memerlukan penyediaan sekurang-kurangnya tiga Rancangan Pembelajaran Harian (RPH). Selepas menyelesaikan kesemua peringkat ini, ahli Pengakap perlu menunggu selama satu bulan untuk menerima sijil dan menghadiri majlis indabar untuk mendapatkan manik kayu dua butir. MINGGU 3 LAPORAN MINGGU 3 UNIT-UNIFORM PENGAKAP Tarikh : Masa : Tempat : Pensyarah Penasihat Topik / Tajuk : 24 Januari 2024 8.00-11.00 pagi Astaka En.Abdul Ramit bin Sulaiman Encik A Zamri bin Abdul Rahim Pengenalan Keapada Manik Kayu Dua Butir Demonstrasi dan Pelaksanaan Aktiviti Ikatan dan Simpulan PENGENALAN KEAPADA MANIK KAYU DUA BUTIR DEMONSTRASI DAN PELAKSANAAN AKTIVITI IKATAN DAN SIMPULAN Aktiviti ini melibatkan demonstrasi ikatan dan simpulan asas oleh Encik Abdul Ramit bin Sulaiman. Ahli Pengakap diajar cara membuat ikatan seperti buku sila, bunga geti, simpul manuk, dan sebagainya. Keahlian dalam ikatan dan simpulan ini dianggap penting, terutamanya semasa menyertai perkhemahan. Ikatan buku sila digunakan untuk kegunaan seperti mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama saiz, dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Simpulan bunga geti berguna untuk menyambung hujung tali yang berlainan saiz, misalnya, tali sampan dengan tali kapal. Sementara itu, simpulan manuk digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu dan kegunaan lain. Demonstrasi ini bertujuan untuk memastikan ahli Pengakap memahami dan mahir dalam menggunakan ikatan dan simpulan tersebut dalam situasi praktikal. Refleksi Semua pelajar dapat memahami langkah membentuk ikatan dan simpulan yang sempurna dengan bantuan pensyarah dan rakan sebaya Semua pelajar dapat menguasai 6 simpulan dan 3 ikatan yang telah dipelajari. Semua pelajar mampu menjelaskan fungsi setiap ikatan dan simpulan pengaplikasianya sewaktu Ikhtiar Hidup 66
P E N G A K A P K L M 3 4 MINGGU 3 67
P E N G A K A P K L M 3 4 Encik Abdul Ramit bin Sulaiman telah menjalankan aktiviti balutan luka bersama-sama ahli pengakap mengikut sekawan. Setiap sekawan telah diberi tugasan untuk menunjukkan demonstrasi di hadapan ahli pengakap yang lain. Setiap sekawan telah diberi 2 jenis balutan. Antara jenis balutan yang perlu dibuat ialah balutan luka pergelangan tangan, luka bahu, luka kepala. Semua balutan yang dilakukan hendalkah menggunakan ikatan buku sila. Aktiviti balutan dan anduh ini menggunakan kain skarf ahli pengakap berbanding kain anduh yang sebenar bagi memberi gambaran sebenar jika berlaku kecemasan ketika melakukan aktiviti. MINGGU 4 LAPORAN MINGGU 4 UNIT-UNIFORM PENGAKAP Tarikh : Masa : Tempat : Pensyarah Penasihat Topik / Tajuk : 31 Januari 2024 8.00-11.00 pagi Astaka En.Abdul Ramit bin Sulaiman Encik A.Zamri bin Abdul Rahim Pertolongan cemas Teori dan Demonstrasi Aktiviti Kawad Kaki PEMBELAJARAN CARA MENGIKAT KAIN ANDUH MENGIKUT KECEDERAAN TEORI DAN DEMONSTRASI AKTIVITI KAWAD KAKI: Encik Abdul Ramit bin Sulaiman memberi penerangan awal mengenai teori dan melakukan demonstrasi terhadap aktiviti kawad kaki. Perbarisan asas termasuk arahan seperti "Sedia", "Senang diri", "Rehatkan diri", dan "Ke kanan lurus dan pandang depan". Setiap arahan perlu difahami dan dilaksanakan dengan penuh ketelitian, dengan contoh seperti arahan "Sedia" yang memerlukan ahli untuk berdiri dengan kemas dan rapi, dan arahan "Rehatkan diri" yang memerlukan perubahan posisi tangan di paras pinggang. Latihan berkala diperlukan agar ahli Pengakap menjadi lebih cekap dan responsif terhadap arahan, memastikan kelihatan kemas dan disiplin dalam pergerakan. Demonstrasi ini bertujuan untuk memastikan pemahaman dan pelaksanaan yang betul dalam aktiviti kawad kaki. Refleksi Semua pelajar berjaya memahami cara mengikat kain anduh dengan betul mengikut jenis kecederaan. Semua pelajar dapat menguasai asas pertolongan cemas iaitu balutan dan anduh mengikut cara yang betul. Semua pelajar dapat melakukan asas kawad kaki mengikut bahasa hukuman dan perlakuan yang betul. 68
P E N G A K A P K L M 3 4 MINGGU 4 Penerangan Tajuk Pertolongan Cemas dan Demonstrasi Asas Kawad Kaki oleh Encik Abdul Ramit bin Sulaiman 69
P E N G A K A P K L M 3 4 Sekawan biru diberi tugasan untuk memilih dan menyanyikan sebuah lagu Pengakap, yang mereka pilih berjudul "Di Sini Kami Berkumpul". Lagu ini dipilih kerana liriknya merangkumi lima bahasa termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa India, dan Bahasa Jawa, sejajar dengan semangat perpaduan yang terdapat dalam Undang-Undang Pengakap. Semasa menyanyi, ahli Pengakap yang lain boleh menggayakan atau menari mengikut lirik lagu tersebut. MINGGU 5 LAPORAN MINGGU 5 UNIT-UNIFORM PENGAKAP Tarikh : Masa : Tempat : Pensyarah Penasihat Topik / Tajuk : 7 Februari 2024 8.00-11.00 pagi Astaka En.Abdul Ramit bin Sulaiman Encik A Zamri bin Abdul Rahim Nyanyian Lagu-Lagu Pengakap Pengenalan Sejarah Pengakap Dunia ,Malaysia dan IPG. Demonstrasi kawad kaki NYANYIAN LAGU-LAGU PENGAKAP AKTIVITI PENGENALAN SEJARAH PENGAKAP DUNIA, MALAYSIA DAN IPG Encik A Zamri telah memberi taklimat secara ringkas berkenaan sejarah penubuhan pengakap dunia. Aktiviti seterusnya yang perlu dilakukan ialah, setiap sekawan hendaklah membuat satu peta minda menggunakan kertas mahjong yang telah dibekalkan yang mengandungi isi seperti sejarah pengakap dunia, Malaysia dan IPG. Setelah selesai membuat bahan, setiap sekawan hendaklah membentang di hadapan dan sebarang penambahbaikan akan ditambah baik oleh pensyarah pembimbing. Refleksi Semua pelajar dapat memahami dan menguasai perlembagaan pertubuhan. Semua pelajar dapat menget.ahui secara lebih mendalam mengenai sejarah unit beruniform. Semua pelajar dapat melakukan asas kawad kaki mengikut bahasa hukuman dan perlakuan yang betul. Encik Abdul Ramit bin Sulaiman dan Encik A. Zamri bin Abdul Rahim, telah melakukan demonstrasi terhadap perlengkapan yang harus digunakan oleh sekawan bertugas semasa istiadat laungan agong. Ini termasuk susunan yang betul, dimulai dari ketua sekawan, Persetiaan Pengakap, Bendera, doa, dan diakhiri dengan penolong ketua sekawan. Ketua sekawan bertanggungjawab menyediakan bendera mengikut warna yang ditetapkan. Kami juga diajar untuk melaksanakan aktiviti kawad kaki dengan pemeriksaan dan pengawasan oleh Encik A.Zamri. Beliau ingin memastikan bahawa arahan dari ketua sejajar dengan pergerakan ahli semasa melakukan kawad kaki. Pemeriksaan tersebut termasuk penilaian terhadap arahan ketua yang betul, tepat, dan jelas, dengan hasil pentaksiran berterusan individu sebanyak 10%. Ahli Pengakap dibahagikan kepada sekawan dan dinilai bagi penambahbaikan dari semasa ke semasa, dengan tujuan meningkatkan prestasi mereka dalam aktiviti kawad kaki. DEMONSTRASI KAWAD KAKI 70
P E N G A K A P K L M 3 4 MINGGU 5 Penerangan Tajuk Penggenalan Sejarah Pengakap Dunia,Malaysia dan Ipg serta Demonstrasi Asas Kawad Kaki oleh Encik A Zamri bin Abdul Rahim. 71
P E N G A K A P K L M 3 4 Encik A Zamri memberikan taklimat tentang kit jurulatih pengakap sambil dibantu oleh Encik Abdul Ramit bin Sulaiman. Antara alatan yang terdapat di dalam beg tersebut ialah replika manikayu dua butir saiz besar, set poket pangkat patrol, set bendera kecil patrol, set bendera sedang patrol, set navigasi (kompas/wisel/tali), kit menjahit (jarum/benang/gunting) dan set buku Latihan Pengakap Malaysia. Selain itu, diperkenalkan juga bendera pengakap IPG serta diajar cara untuk memasang bendera sekiranya berlangsung istiadat menaikkan bendera. MINGGU 6 LAPORAN MINGGU 6 UNIT-UNIFORM PENGAKAP Tarikh : Masa : Tempat : Pensyarah Penasihat Topik / Tajuk : 21 Februari 2024 8.00-11.00 pagi Astaka En.Abdul Ramit bin Sulaiman Encik A Zamri bin Abdul Rahim Taklimat Kit Jurulatih Pengakap Aktiviti Kawad Kaki Sekawan Taklimat Pedaftaran Kursus Manikayu Pengakap TAKLIMAT KIT JURULATIH PENGAKAP AKTIVITI KAWAD KAKI SEKAWAN Setiap sekawan dikehendaki menjalankan aktiviti kawad mengikut ketua sekawan masing-masing. Setiap sekawan bebas untuk menjalankan aktiviti kawad di sekitar astaka. Tujuan aktiviti kawad ini dilakukan mengikut sekawan adalah untuk persediaan bagi pentaksiran berterusan bagi ujian kawad. Refleksi Semua pelajar dapat mengetahui komponen-komponen / alatan-alatan yang terdapat dalam Kit Jurulatih Pengakap . Semua pelajar dapat meningkatkan penguasaan asa kawad kaki megiktu sekawan masing-masing. Semua pelajar menerima maklumat dan mengambil perhatian terhadap pendaftaran kursus Manikayu yang akan dijalankan secara atas talian. Encik A Zamri telah mengingatkan kembali berkenaan pendaftaran kursus manikayu pengenalan. Hal ini bagi memastikan semua ahli pengakap perlu memiiki manikayu dua butir. Yuran pendaftaran yang dikenakan ialah sebanyak RM15. Kursus tersebut akan berlangsung dari 25 februari sehingga 30 mac dan kursus ini dijalankan secara atas talian. TAKLIMAT PEDAFTARAN KURSUS MANIKAYU PENGAKAP 72
P E N G A K A P K L M 3 4 MINGGU 6 Penerangan mengenai alatan-alatan yang terdapat dalam Kit Jurulatih Pengakap oleh Encik A.Zamri bin Abdul Rahim 73
P E N G A K A P K L M 3 4 Encik A Zamri memberikan taklimat tentang malam kebudayaan yang akan diadakan sebagai sebahagian daripada penilaian pentaksiran berterusan. Beliau menunjukkan beberapa contoh video aktiviti malam kebudayaan dari institut lain sebagai inspirasi. Kami memutuskan untuk memilih tema tarian untuk persembahan malam kebudayaan dan sekawan merah akan mengendalikan persembahan tersebut. Selain itu, kami berhasrat untuk menjemput pensyarah dari jabatan lain sebagai juri jemputan untuk menilai persembahan kami. MINGGU 7 LAPORAN MINGGU 7 UNIT-UNIFORM PENGAKAP Tarikh : Masa : Tempat : Pensyarah Penasihat Topik / Tajuk : 28 Februari 2024 8.00-11.00 pagi Pulako En.Abdul Ramit bin Sulaiman Encik A Zamri bin Abdul Rahim Taklimat Aktiviti Malam Kebudayaan Aktiviti Ikhtiar Hidup TAKLIMAT AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN AKTIVITI IKHTIAR HIDUP Setiap sekawan diberi tanggungjawab untuk menyediakan alatan yang diperlukan untuk aktiviti ikhtiar hidup, seperti kayu api, tin makanan, beras, telur, dan hiasan. Dalam masa 30 minit, kami menjalankan peranan masingmasing, termasuk menanak nasi, merebus telur, menghias, dan menghidupkan api. Kami menghadapi cabaran apabila kawasan untuk menghidupkan api basah akibat hujan semalam, dan kami mengambil tindakan alternatif dengan mengeringkan kayu api dan daun kering. Setelah 30 minit berlalu, Encik A Zamri menilai masakan kami berdasarkan kriteria seperti masakan nasi yang masak, telur yang direbus dengan baik, dan kebersihan serta kerapihan kawasan memasak. Setiap sekawan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, dan aktiviti ikhtiar hidup berjalan dengan tersusun rapi dan pembahagian tugas yang baik. Refleksi Semua pelajar dapat mempelajari ilmu ikhtiar hidup semasa perkhemahan secara lebih jelas. Semua pelajar dapat mengetahui aktiviti kebudayaan yang dijalankan semasa aktiviti perkhemahan. 74
P E N G A K A P K L M 3 4 MINGGU 7 Penerangan mengenai Malam Kebudayaan Pengakap oleh Encik A.Zamri bin Abdul Rahim Aktiviti Ikhtiar Hidup Mengikut Sekawan 75
P E N G A K A P K L M 3 4 Encik A Zamri memberi taklimat bagi setiap sekawan tentang aktiviti malam kebudayaan yang akan diadakan, dan beliau menekankan perlunya persediaan menyeluruh sebelum acara tersebut. Sekawan hijau, yang terdiri daripada 12 orang, mengadakan perbincangan di kafe kampus. Mereka merancang gabungan jenis tarian untuk persembahan malam kebudayaan, iaitu Klasik dan Moden. Pemilihan ini bertujuan untuk mencerminkan semangat kepelbagaian dalam Pengakap, di mana keanggotaan tidak mengambil kira bangsa, kaum, atau agama. Kesemua ahli Pengakap bersatu untuk menyusun konsep tarian yang menyentuh hati semua. MINGGU 8 LAPORAN MINGGU 8 UNIT-UNIFORM PENGAKAP Tarikh : Masa : Tempat : Pensyarah Penasihat Topik / Tajuk : 8 Mac 2024 8.00-11.00 pagi Sinar Ria Cafe IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan En.Abdul Ramit bin Sulaiman Encik A Zamri bin Abdul Rahim Perbincangan Malam Kebudayaan Mengikut Sekawan Susun Atur Malam Kebudayaan PERBINCANGAN MALAM KEBUDAYAAN MENGIKUT SEKAWAN SUSUN ATUR MALAM KEBUDAYAAN Sekawan biru menyusun atur persembahan malam kebudayaan dengan merangkumi tiga lagu dalam sebuah video. Mereka memilih tujuh buah lagu yang berbeza genre dan budaya.Jadual latihan tarian telah disusun agar sesuai dengan jadual kuliah dan waktu rehat, menunjukkan koordinasi dan kerjasama dalam perancangan. Selain itu, perbincangan berfokus pada pemilihan busana yang sesuai dengan tema dan lagu yang akan disampaikan. Keputusan perbincangan ini diambil secara kolektif untuk mengelakkan perselisihan dan memastikan setiap anggota merasa terlibat dalam keseluruhan proses persembahan malam kebudayaan. Refleksi Semua pelajar dapat belajar untuk menyusun perjalanan aktiviti dengan berbincang mengenai aktiviti dan susun atur malam kebudayaan sesama sekawan. 76
P E N G A K A P K L M 3 4 Sekawan Biru MINGGU 8 Perbincangan mengenai tarian dan susun atur malam kebudayaan Pengakap mengikut sekawan. Sekawan Merah Sekawan Hijau Sekawan Kuning 77
BAHAGIAN CP E N G A K A P K L M 3 4 78
BENDERA MALAYSIA Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani Warna putih membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel. Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup, Bersatu dan maju! Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita, Selamat bertakhta! LAGU NEGARAKU JENIS-JENIS BENDERA P E N G A K A P K L M 3 4 79
P E N G A K A P K L M 3 4 BENDERA PAHANG LAGU NEGERI PAHANG Ya Allah Yang Maha Kuasa Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia Dirgahayu Darul Makmur Aman Dan Bahagia Sentiasa Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami. JENIS-JENIS BENDERA 80
P E N G A K A P K L M 3 4 BENDERA UNIT BERUNIFORM PENGAKAP BENDERA PENGAKAP MPKLMIPGM JENIS-JENIS BENDERA 81
P E N G A K A P K L M 3 4 Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 8482 P E N G A K A P K L M 3 4
BENDERA-BENDERA NEGERI 83 P E N G A K A P K L M 3 4
P E N G A K A P K L M 3 4 BENDERA-BENDERA NEGERI 84
Kuning: Melambangkan D.Y.M.M. Raja. Merah: Melambangkan rakyat. Hitam: Melambangkan Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagianbahagian negeri ini. NEGERI SEMBILAN JOHOR Anak bulan dan bintang bewarna putih: Melambangkan Raja yang berdaulat. Merah: Melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri. Biru tua: Melambangkan Kerajaan Negeri. Putih: Melambangkan D.Y.M.M. Sultan. Hitam: Melambangkan rakyat Anak bulan dan bintang: Melambangkan agama Islam Nota tambahan: Warna putih melingkungi warna hitam melambangkan Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. TERENGGANU P E N G A K A P K L M 3 4 85
PERLIS KEDAH PULAU PINANG Kuning Melambangkan D.Y.M.M. Raja. Biru Melambangkan rakyat. Nota tambahan Maksud Bendera melambangkan kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda Merah Melambangkan warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, Padi Melambangkan ngeri makmur dalam hal kehidupan Bulan Sabit Melambangkan simbol agama Islam. Perisai Melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya Biru Muda Melambangkan warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Putih Melambangkan negeri Pulau Pinang yang aman damai. Kuning Melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang Melambangkan pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. P E N G A K A P K L M 3 4 86
PAHANG KELANTAN SABAH Hitam: Melambangkan warna kebesaran Bendahara yang memerintah negeri Pahang pada suatu ketika dahulu. Putih: Melambangkan Raja. Nota tambahan: Warna putih di atas hitam melambangkan negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undangundang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat. Merah: Melambangkan kejujuran penduduk sebagai rakyat kepada Raja. Putih: Melambangkan kebesaran dan tanda kesucian Raja negeri ini. Biru Zirkon: Melambangkan keamanan dan ketenteraman Putih: Melambangkan kemurnian dan keadilan, Merah cili: Melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru salji: Melambangkan perpaduan dan kemakmuran Nilakandi: Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Gunung Kinabalu dan lima jenis warna: Melambangkan Negeri Sabah dan lima Bahagian Pentadbiran Negeri ini. P E N G A K A P K L M 3 4 87
WILAYAH PERSUKUTUAN SARAWAK Kuning: Melambangkan kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan; Biru: Melambangkan perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran Merah: Melambangkan semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga. Jata Negara: Melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara. Tiga bintang di bawah Jata Negara membawa maksud tiga Wilayah Persekutuan terpenting iaitu; Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaungn dan mendokong Wilayah Persekutuan. Merah: Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Kuning: Melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum. Hitam: Melambangkan kekayaan sumber asli seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan: Melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka. P E N G A K A P K L M 3 4 88
PERAK Putih Melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Kuning Melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Hitam Melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. Nota tambahan Maksud Bendera melambangkan sistem kesultanan Negeri Perak Kuning dan merah Melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan Bintang Melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri Putih Melambangkan kesucian Agama Islam SELANGOR MELAKA Merah, putih, kuning dan biru Melambangkan Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan Anak Bulan dan Bintang Melambangkan Agama Islam, agama negeri dan Malaysia. P E N G A K A P K L M 3 4 89
Terdapat banyak istiadat-istiadat pengakap yang bertulis dan tidak bertulis diantaranya ialah: 1.Hormat Pengakap 2.Isyarat Pengakap 3.Istiadat Perbarisan 4.Istiadat Membaca Persetiaan Pengakap 5.Istiadat Melantik Masuk Pengakap (selepas mendapat Lencana Keahlian) 6.Istiadat Melantik Pengakap Baru 7.Istiadat Bendera i.Cara Melipat ii.Pengibaran Bendera iii.Nyanyian Lagu Negaraku/Negeri iv.Doa v.Taklimat. 8.Istiadat Laung Agung (Pengakap Kanak-Kanak) 9.Istiadat Membawa Bendera 10. Istiadat Berpindah Naik/Istiadat Meningkat i.Daripada Pengakap Kanak-Kanak kepada Pengakap Muda ii.Daripada Pengakap Muda kepada Pengakap Remaja iii.Daripada Pengakap Remaja kepada Pengakap Kelana 11. Istiadat Pengakap Kelana i.Istiadat pembukaan. ii. Istiadat penutupan iii.Istiadat perlantikan iv.Istiadat penyampaian v.Istiadat perpisahan 12. Istiadat penyampaian Manikayu 13. Istiadat pemeriksaan pagi 14. Istiadat malam kebudayaan 15. Istiadat Tongkat 16. Istiadat majlis ceramah, mesyuarat, majlis perasmian dan sebagainya. P E N G A K A P K L M 3 4 ISTIADAT DALAM PENGAKAP 90
P E N G A K A P K L M 3 4 ISTIADAT LAUNGAN AGUNG 1.Akela berteriak PEK! (bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2.Akela berteriak PEK! PEK! PEK! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3.Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4.Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela. 5.Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak "KAMU BUAT HABIS BAIK" (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK". Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat). 91
P E N G A K A P K L M 3 4 ISITADAT LAUNGAN AGUNG Istiadat laung agung merupakan satu tradisi yang diamalkan dalam pengakap seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat “Sehabis Baik”. Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laungan Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK. Tujuannya adalah sebagai tanda bermula/berakhir suatu perjumpaan. Istiadat ini juga mampu melahirkan semangat setiakawan dan disiplin kendiri. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan. Mengingati tradisi attau istiadat bagi PKK di seluruh dunia. Untuk menghormati tetamu yang datang PEK. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin. Menyatakan bahawa PKK membuat sehabis baik. ARAHAN DAN CARA PENGENDALIAN. TUJUAN 92
P E N G A K A P K L M 3 4 ISITADAT LAUNGAN AGUNG 93
P E N G A K A P K L M 3 4 ISITADAT LAUNGAN AGUNG 94
P E N G A K A P K L M 3 4 ISITADAT LAUNGAN AGUNG 95
P E N G A K A P K L M 3 4 ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA Semua pemimpin berbaris mengikut kekanan 3 langkah di belakang tiang bendera. 1. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera. 2. 3.Ahli pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 4. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat. 5. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera” 6. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 7. 8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 30 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain. 9. 10.Selesai memberi hormat pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya. Pemimpin bertugas akan menyebut “Negaraku”, semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu “Pengakap Malaysia”, Persetiaan Pengakap dan doa. 11. Pemimpin bertugas sekali menghadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas. 12. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli pengakap utnuk “senang diri” 13. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan emberi hukum “sedia” kepada ahli pengakap. 14. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugas lain, 15. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 16. 17.Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli. 96
IKHTIAR HIDUP P E N G A K A P K L M 3 4 97
GAJET/KRAF PERKHEMAHAN P E N G A K A P K L M 3 4 98
ASAS KAWAD KAKI P E N G A K A P K L M 3 4 99