The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENERBITAN BENGKEL MENULIS DAN MENERBIT 2022 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tikhishk, 2022-08-04 22:59:42

PENERBITAN BENGKEL MENULIS DAN MENERBIT 2022 (1)

PENERBITAN BENGKEL MENULIS DAN MENERBIT 2022 (1)

PERPUSTAKAAN
IPG KAMPUS IPOH




ANTOLOGI

RESENSI BUKU, CERTOT DAN
ANEKDOT

BENGKEL MENULIS DAN MENERBIT 2022

TERTBITAN:
UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

Resensi Buku, Certot dan

Anekdot













Bengkel Menulis dan Menerbit
2022





















Disunting oleh:
Nur Atikah Binti Ishak

HAKCIPTA TERPELIHARA





Terbitan Pertama 2022
©IPG Kampus Ipoh




Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian daripada penerbitan ini untuk
diterbitkan semula dalam apa jua bentuk dan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
rakaman dan lain-lain sebelum mendapat keizinan
bertulis daripada penerbit.




















Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
31150 Hulu Kinta, Perak






Email: [email protected]
Website: http://pustaka.ipgki.my/
Facebook: Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh

Kata alu-aluan

Bismillahirrahanirrahim...
Syukur ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam
ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W
Terlebih dahulu saya melafazkan kalimah Alhamdulillah kerana dengan
izin Allah S.W.T, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berjaya
melaksanakan sebuah program yang memberi manfaat kepada para
pensyarah serta staf pengurusan IPG Kampus Ipoh pada 22 Mac 2022
hingga 24 Mac 2022. Program yang berlangsung di Dewan Seri Melati
IPG Kampus Ipoh dan Mini Teater IPG Kampus telah diadakan buat
pertama kalinya. Bengkel Penulisan dan Penerbitan adalah bertujuan
untuk memberi fokus kepada penghasilan penulisan dan penerbitan
yang selaras, skop tertentu yang dipilih. Skop yang terlibat adalah
resensi buku, anekdot dan certot. Hasrat utamanya adalah untuk
menghasilkan penerbitan merentas jabatan dan mewakili Anjung IPG
Kampus Ipoh.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta berjaya memecah
kepompong bakat yang terpendam dengan membuat penghasilan
karya untuk dinilai dan diterbitkan oleh Unit Perpustakaan.

i

KANDUNGAN i
ii
KATA ALU-ALUAN
1
KANDUNGAN
3
RESENSI BUKU 5
7
Entelah Warisan dan Hubungannya dengan Kepercayaan 9
Masyarakat Iban 13
F TEAM’ Rahsia dalam Rahsia: Cerita Orang Lama. 17
Islamization of Knowledge: General Principles and Work Plan 20
Cerita Cinta Ahmad Ammar
Apresiasi dan Kritikan Seni Visual 21
Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang 23
Dracula Vs Al Fateh 27
Its Okay Not to Be Okay 30
CERTOT 32
34
Catatan Kaunselor 1.0
Senyuman Mira 35
Tanggal 20 Ogos 2022 37
Cucu atau Anak? 39
Kapalterbang vs Bas Ekspress
Perkampungan bunian

ANEKDOT

Roba...Tok Se
Tok Gampang Bercerita
Perjalanan

ii

Sebab menaiki kereta 40
Siapa kalah, dia menang! 41
Kendik punya kerja! 43
Nak makan, nyorok. 44
Nasib si Positif... 46
Kisah Cacing Wak Kaka 47
Hidup di Perantauan 48
Sental kasi jadi! 49
Terkucil di langit 50
Sedapnya kau makan 51
Noda kereta terpakai 52
Di mana kau duit? 53
Komputer beralih bahasa 54
Lipur Lara Tuah 55
PJ 57

iii

RESENSI
BUKU

Tajuk buku: Entelah Warisan dan
Hubungannya dengan Kepercayaan
Masyarakat Iban
Penulis: Patricia Ganting, Asmiaty Amat,
Lokman Abdul Samat
Resensi oleh: Diari Dila Abdul

Kecil-kecil Cili Padi. Pedas dan berisi. Sastera lisan Entelah bukanlah
sesuatu yang diminati oleh masyarakat moden pada masa kini. Entelah
ialah teka-teki yang terkenal dalam kalangan masyarakat di Sarawak.
Fungsinya sebagai hiburan dan kepercayaan diterjemahkan dari bahasa
Iban kepada bahasa Melayu.

Pengumpulan Entelah yang diusahakan oleh ketiga-tiga mengkaji
berjaya mendokumentasi Entelah dari pandangan yang berbeza
daripada para pengkaji yang lain lebih mengutamakan pengumpulan.
Kehebatan buku ini apabila terpilih sebagai “50 Best Malaysian Titles for
International Rights 2020/21” oleh Majlis Buku Kebangsaan,
Kementerian Pendidikan.

Ketiga-tiga mengutarakan Entelah dan hubungannya dengan
kepercayaan masyarakat Iban. Demikian gambaran buku Entelah
Warisan dan Hubungannya dengan Kepercayaan Masyarakat Iban.
Walaupun buku ini memperkatakan tentang teka-teki dari sudut makna
masyarakat di Sarawak Lewat kajian-kajian teka-teki lebih menjelaskan
bentuk dan konsep teka-teki. Beza kajian Sundait di Sabah sebelum ini
berkonsepkan hal-hal yang berkaitan dengan pengumpulan teka-teki di
Sabah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 1

Dari sudut pandangan seorang pembaca dari Semenanjung, sukar
untuk memaknakan hal yang berkaitan dengan kebudayaan
masyarakat Sarawak. Ketertibatan penulis menggunakan teori semiotik
Peirce menghuraikan fungsi hiburan dan kepercayaan. Petanda-
petanda dengan kehidupan dan kepercayaan masyarakat Iban diteliti
satu persatu untuk menjalinkan setiap makna-makna Entelah pada
setiap rangkap menjelaskan agama dan kepercayaan masyarakat Iban.
Entelah mengotakan kehidupan masyarakat primitif serta menyelongkar
amalan-amalan tradisi masyarakat Iban. Bermula dari kehidupan
kelahiran sehinggalah kematian.

Setiap petanda mendominasi huraian makna petanda berdasarkan
aktiviti masyarakat Iban seperti aktivii memungut hasil hutan,
pertanian, dan perikanan. Kebiasaan masyarakat di Semenanjung, teka-
teki hanya dimainkan pada waktu senggang, bermain teka-teki ketika
dalam kelas dan secara spontan semasa berbual-bual dengan rakan
dan saudara-mara. Jika hendak mengenali kehidupan dan amalan
masyarakat di Sarawak haruslah kita mencanai minda melalui
pembacaan buku yang sangat menarik ini sebelum kita berkunjung ke
Sarawak.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 2

Tajuk buku: F TEAM’ Rahsia dalam
Rahsia: Cerita Orang Lama.
Ulasan oleh: Kanaisan Kanapathy
(Wak Kaka)
Unit Kokurikulum, IPGK Ipoh

Buku ini mengisahkan tentang pengalaman hebat rakan rapat penulis,
iaitu DSP (B) Kamaruddin Hashim yang telah mengetuai pelbagai
operasi sulit unit rahsia dalam PDRM dalam memerangi kegiatan
subversif komunis di negara kita sehingga membawa kepada
perletakan senjata oleh PKM dan termeterainya Perjanjian Damai di
Hatyai dalam tahun 1989.

Buku ini juga mengisahkan tentang kehidupan, perjuangan,
persahabatan sejati, patriotisme, pengorbanan dan keikhlasan angota
dalam pasukan elit rahsia yang kecil dalam Cawangan Khas PDRM (F-
Team) yang telah membuat perisikan tentang pengganas komunis dan
anggota gerakan bawah tanah dan mengeksplolitasikan setiap
maklumat yang diperoleh untuk menawan dan menghapuskan musuh.

Kisah perjuangan mereka amat hebat dengan strategi yang unik dan
sifat kepahlawanan serta keberanian tahap tertinggi, serta kesetiaan
tidak berbelah bahagi akhirnya membuahkan hasil sebuah kedamaian
yang tidak ternilai buat negara tercinta. Namun kewujudan Pasukan F-
Team ini adalah rahsia sehingga setiap anggotanya tidak diberikan
sebarang pengiktirafan atau penganugerahan oleh pihak berwajib.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 3

Buku ini telah digarap dengan amat baik dengan setiap operasi sulit
dinyatakan mengikut bab dengan teliti. Pengarang juga berjaya
menaikkan semangat patriotisme pembaca dengan mengenegahkan
semangat patriotism anggota polis rahsia yang sangat tinggi sehingga
sanggup mengorbankan nyawa mereka demi kedaulatan negara.
Disamping itu, pengarang berjaya menerapkan nilai-nilai afektif kepada
pembaca dimana mencetuskan nilai persahabatan, pengorbanan dan
kepercayaan kepada sahabat walaupun pada dasarnya merupakan
seorang musuh negara.

Buku ini sesuai untuk dijadikan bahan rujukan bagi meningkatkan
kesedaran patriotisme generasi muda terhadap perkembangan sejarah
dalam negara kita. Karya ini adalah suatu ‘master piece’ berkaitan
operasi sulit PDRM yang perlu dirahsiakan atas faktor keselamatan dan
kedaulatan negara. Buku ini juga boleh dijadikan sebagai satu modul
untuk pasukan polis terutamya bagi Cawangan Khas PDRM.

Karya ini hanya dapat dihasilkan selepas 25 tahun kerana segala
maklumat dan laporan yang ditulis adalah sulit dan hanya dapat
dikeluarkan untuk tatapan umum apabila mendapat pengesahan
daripada Arkib Negara. Berkemungkinan ada insiden-insiden utama
yang telah berlaku tidak dapat diceritakan kerana terlalu lama dan
mungkin dilupai.

Buku ini mengupas sejarah sebenar perjuangan pasukan elit rahsia
polis yang kecil dalam Cawangan Khas PDRM (F-Team) yang selama ini
menjadi rahsia. Kisah perjuangan mereka dengan strategi yang unik
dan sifat kepahlawanan serta keberanian tahap tinggi, serta kesetiaan
tidak berbelah bahagi akhirnya membuahkan hasil sebuah kedamaian
yang tidak ternilai buat negara tercinta. Adakah diharapkan kebajikan
anggota pasukan ini akan terbela dan diberikan pengiktirafan tertinggi
dalam negara kita.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 4

Tajuk: Islamization of
Knowledge: General Principles
and Work Plan oleh Dr Abdul
Hamid Abu
The International Institute of
Islamic Thought, 1989
ISBN: 0-912463-25-2
Ulasan oleh: Yang Marya binti
Abd Khahar

Buku ini memberi penekanan dari sudut pemikiran dan metodologi
serta aspek strategi dan perancangan kerja islamisasi ilmu. Rancangan
ini sangat penting kerana mengambil kira tafsiran mengenai suatu
keadaan, pengalaman masa lampau dan perancangan masa depan
menuju matlamat perubahan yang diinginkan. Rancangan ini juga
menegaskan keadaan umat yang kini sedang dilanda 'krisis' yang sangat
berbahaya berpunca daripada proses pemikiran dan metodologi yang
jumud dan penyelewengan intelek yang merosakkan pemikiran umat
Islam. Sehubungan dengan itu, rancangan ini berusaha mengemukakan
satu penawar yang tepat untuk penyembuhan penyakit umat.
Disamping menonjolkan peranan dan perancangan yang sepatutnya
dilakukan. Semua ini merupakan langkah asas ke arah penghayatan
kehidupan bertunjangkan Islam dan kejayaan Islam.

Buku ini mengandungi tujuh bab yang membincangkan secara tersusun
mengenai pemikiran terhadap islamisasi ilmu berdasarkan kertas-
kertas kerja dan ucapan yang disampaikan dalam persidangan di
Islamabad (1402H/1982M) oleh Dr Isma'il al-Faruqi yang menyunting
edisi pertama dan Prof Emeritus Dato Dr Abdul Hamid Abu Sulayman
menyunting semula, mengemaskini dan mengemukakan pelan. Prof
Emeritus Dato Dr Abdul Hamid Abu Sulayman dilahirkan di Mekah, Arab
Saudi pada tahun 1936 dan dilantik menjadi Rektor UIAM kedua dari
tahun 1988 sehingga 1998. Pada 2008, beliau dianugerahkan Doktor
Falsafah (PhD) Kehormat dalam Pendidikan UIAM.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 5

Beliau merupakan seorang sarjana Islam, pemikir, pendidik dan
pengarang Islam yang terkenal di dunia. Banyak buku dan artikel
mengenai subjek Islam dan reformasi Islam terutama dalam bidang
pemikiran dan pendidikan.

Kelebihan dari buku ini ialah memberikan pandangan secara tersusun,
mengikut langkah demi langkah mengenai pemikiran dan metodogi
umat yang tersasar daripada pemikiran dan metodologi yang bervisikan
Islam. Strukturnya cukup baik kerana menjelaskan klimaks
permasalahan dan kemudian terdapat gambaran mengenai
penyelesaiannya. Ini jelas di dalam bab pertama yang menjelaskan
mengenai penyakit, permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh
umat Islam, kemudian penulis menyentuh bab seterusnya mengenai
mengenaplasti punca tersasar pemikiran dan metodologi jika
diperhatikan adalah berpunca daripada sistem pendidikan. Sistem
pendidikan merupakan asas kepada pembentukkan pemikiran dan
metodologi Islam. Seterusnya penulis memaparkan prinsip asas
metodologi Islam dan memberi gambaran mengenai tugas ummah
dengan memberikan gambaran langkah-langkah agar islamisasi ilmu
dapat mencapai matlamatnya. Sehingga dapat mewujudkan
kebudayaan dan tamadun Islam sendiri.

Perbahasan yang ada di dalam buku ini lebih banyak membincangkan
pengislaman ilmu dari aspek sains sosial dan kemasyarakatan. Buku ini
juga lebih cenderung membincangkan mengenai metodogi pendidikan
sebagai pembentukan pemikiran. Tajuk buku ini lebih sesuai kepada
“Islamisasi Ilmu melalui Sistem Pendidikan”. Dicadangkan juga agar
dikaji sejauh manakah kerja-kerja islamisasi diaplikasikan oleh para
sarjana Islam.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 6

Tajuk buku: Cerita Cinta Ahmad
Ammar
Disusun oleh: Grup Penjejak
Tamadun Dunia (GPTD)
Terbitan: Karya Bistari (Grup Buku
Karangkraf)

Buku ini mengisahkan seorang remaja hebat yang luar biasa telah
membuatkan kematiannya dicemburui ramai. Orangnya yang istimewa
sudah pasti mempunyai pengakhiran hidup yang istimewa. Kandungan
buku ini lebih kepada menceritakan keperibadian akhlak yang terpuji
arwah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

Buku ini sesuai dibaca oleh anak muda dan ibu bapa kerana
penggunaan bahasa nya yang mudah difahami dan jelas. Buku ini juga
menarik dibaca oleh kita semua kerana memberi inspirasi untuk kita
menjadi manusia yang lebih baik dari segi mendalami hubungan
kekeluargaan, persahabatan dan juga seorang insan di muka bumi ini.

Menariknya, buku ini ditulis oleh ahli keluarga dan rakannya
terdekatnya sendiri yang menceritakan kisah sewaktu hayatnya. Buku
ini ditulis oleh 15 orang yang karib dengan almarhum Ahmad Ammar.
Buku ini memaparkan kehidupan arwah dari sudut pandangan kedua-
dua orang tuanya, adik-beradik, rakan-rakan dan kenalan yang
mengenali arwah dengan lebih rapat. Buku ini dipersembahkan dalam
bentuk berwarna penuh khususnya. Gambar-gambar yang menarik
juga terkandung dalam buku ini yang menggambarkan dan
menceritakan tentang perjalanan hidup arwah Ahmad Ammar dari kecil
hinggalah dewasa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 7

Buku ini juga menceritakan tentang pencapaian arwah dalam bidang
akademik dan kerja dakwahnya. Sifat, sikap dan kesantunan arwah
terhadap kedua orang tua, rakan-rakan dan kenalan boleh dijadikan
panduan untuk anak-anak kita di luar sana. Beliau layak dijadikan role
model zaman ini.

Ahmad Ammar lahir dalam keluarga yang kehidupan 24 jam mereka
hanya memikirkan tentang masalah umat dan cara untuk membantu
agama Islam dengan kerja amal dan dakwah. Anak muda yang berhati
mulia ini bagaikan lahir tiba-tiba membawa semangat dan sinar dalam
hidup anak muda di Malaysia. Buku ini memaparkan kehidupan insan
terpilih ini dari sudut pandangan kedua orang tuanya, adik-beradik, rakan-
rakan dan kenalan yang mengenali arwah secara dekat dan rapat. Banyak
buah fikir dan iktibar yang boleh dipetik daripada buku ini. Ia membuatkan
kita tertanya-tanya, apakah sumbangan kita pula kepada ummah dalam
usia yang telah diberikan kepada kita?

Nur Atikah binti Ishak
Pelajar Latihan Industri
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
2022




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 8

Tajuk buku: Apresiasi dan Kritikan
Seni Visual
Oleh: Dr. Mohd Johari bin Ab.
Hamid
Terbitan: Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Perak
ISBN: 978-983-3759-20-0
Sosiologi Budaya dan Warisan
Dalam Karya Seni Visual Tempatan

Aspek terpenting dalam menilai karya Seni Visual adalah melalui
apresiasi dan kritikan. Apresiasi adalah salah satu proses penghayatan
dengan melihat serta memahami karya. Melalui proses apresiasi akan
berlaku proses penilaian iaitu kritikan seni. Zakaria Ali (1989)
menjelaskan bahawa penghargaan atau apresiasi seni ialah satu latihan
yang memerlukan penglibatan sepenuhnya deria pandang dan sentuh.

Dari mata kasar, karya Seni Visual lazimnya dinilai melalui nilai
estetikanya, subjek utama, pengunaan warna dan trend terkini. Penting
bagi pengkarya -pengkarya seni untuk menyampaikan maksud utama
disebalik karya mereka. Oleh itu, proses apresiasi dan kritikan seni
sangat penting dalam membuka mata umum bahawa karya Seni Visual
dapat mengubah persepsi umum contohnya dari segi budaya dan
warisan tempatan.

Penilaian sosiologi dalam karya seni visual penting bagi memahami
intepretasi sesebuah karya. Sosiologi ialah kajian sistematik tentang
masyarakat dan tingkah laku sosial yang melibatkan penumpuan apa
yang berlaku diantara manusia, cara mereka menstrukturkan
perhubungan sesama manusia, bagaimana ia terbentuk, terpelihara
dan berubah.




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 9

Realiti, pengalaman dan persekitaran banyak memberi ilham kepada
pengkarya dan ia boleh menjadi perantara kepada masyarakat. Karya
seni visual tempatan banyak mengetengahkan aspek budaya dan
warisan dalam mempamerkan nilai estetika dan keunikan di sebalik
maksud tersurat dan tersirat sesebuah karya. Budaya merujuk kepada
cara hidup manusia yang boleh di lihat dari segi pakaian, senjata, muzik,
tarian serta ekonomi sesebuah masyarakat. Manakala warisan pula
melibatkan tapak bersejarah, monumen, bagunan, silat, tarian dan
cerita rakyat.

Menurut “Bapa Catan Abstrak Malaysia” iaitu Syed Ahmad Jamal
pengkarya seni haruslah bersedia dalam di kritik kerana masyarakat
layak mentafsir sesebuah karya. Identiti, keaslian dan halatuju karya
adalah amat penting dalam penghasilan karya. Dalam karya beliau iaitu
Gunung Ledang (1978) ia dapat mempamerkan cerita rakyat orang
Melayu yang terkenal iaitu Puteri Gunung Ledang. Keunikan karya ini
dalam mempamerkan dua penceritaan dalam sebuah karya yang
beraliran Abstrak Ekspresionisme dapat mengubah persepsi
masyarakat terhadap aliran abstrak yang mengetengahkan aspek
warisan. Karya ini merupakan tanda peringatan dan penghormatan
kepada sahabat Syed Ahmad Jamal iaitu Dato' Haji Ali bin Haji Ahmad
yang merupakan bekas Menteri Pertanian Malaysia yang terkoban
dalam tragedi kapal terbang MAS yang terhempas di Tanjung Kupang
pada tahun 1977. Serpihan bewarna merah, biru dan putih adalah
merupakan simbolik kepada tragedi ini. Simbol segi tiga pada karya
merujuk kepada gunung dan motif terkenal dalam kraf tradisional
Melayu iaitu motif pucuk rebung yang sering dilihat pada kepala kain
batik dan songket.

Terdapat 7 lapisan pada rupa segi tiga yang merujuk kepada 7
permintaan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Shah iaitu 1
jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang,1 jambatan perak dari
Melaka ke Gunung Ledang, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati
kuman,7 tempayan air mata anak dara, 7 tempayan air pinang muda
dan 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah.
Garisan tebal dan panjang yang bewarna emas dan perak itu merujuk
kepada jambatan yang diminta oleh Puteri Gunung Ledang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 10

Bayu Utomo Radjikin dan Raja Shahriman merupakan antara pengarca
yang hebat dalam menghasilkan imej-imej pahlawan dengan emosi
mendalam dalam arca-arca asemblaj dan binaan mereka. Orang
Melayu sering meceritakan secara turun temurun tentang kehebatan
pahlawan dan pejuang tanah air dalam ilmu seni mempertahankan diri.
Bayu Utomo Radjikin mengetengahkan imej pahlawan Dayak melalui
perhiasan pakaian pahlawan dengan bulu burung kenyalang dan rantai
besi serta mempamerkan emosi yang mendalam melalui karyanya iaitu
Bujang Berani (1991) dan Lang Kacang (1991). Manakala karya Raja
Shahriman pula mengetengahkan gerakan atau bunga dalam silat.

Beliau amat mementingkan hala tuju beliau yang ingin
mempertahankan warisan silat dalam karyanya. Antara karya terkenal
beliau iailah Gerak Gempur (1997) dan Nafas (2000). Beliau
berpendapat bahawa seni warisan Melayu perlu dipelihara supaya
dapat di teruskan oleh generasi yang akan datang.

Selain itu, terdapat juga aspek ritual atau kepercayaan animism dalam
sesebuah budaya dan warisan. Kaum Mah Meri merupakan kaum
orang asli yang tinggal di Pulau Carey, Selangor yang mampunyai
kemahiran yang tinggi dalam penghasilan arca. Keunikan dan
kehebatan kaum Mah Meri dalam menghasilkan patung dan topeng
muka turut menadapat nama di persada antarabangsa. Pion A/L
Bumbung merupakan antara pengarca terkenal di kalangan kaum
tersebut. Arca beliau yang bertajuk ‘Harimau Berantai’ merupakan
simbolik kepada kejadian yang terjadi di kampung mereka. Setiap
bahagian yang diukir melambangkan maksud tertentu.

Setiap patung dan topeng muka yang dihasilkan mempunyai roh-roh
tersendiri yang perlu disembah dan dihormati. Arca ‘Harimau Berantai’
merujuk kepada harimau yang teperangkap didalam jerat kaum
tersebut. 7 gelung rantai pada harimau itu merujuk kepada tahap
penceritaan yang berlaku kepada harimau. Buah geliga yang terdapat
dalam mulut harimau itu pula adalah simbolik kepada kekuatan
harimau sebagai raja rimba.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 11

Pemilihan karya tempatan yang diulas didalam buku ini sangat menarik
dan membantu pembaca belajar dalam membuat interpretasi dan
pertimbangan karya. Pemfokusan dalam aspek nilai,budaya dan
warisan tempatan yang terdapat dalam karya dapat membantu
generasi kini dan akan datang dalam memahami budaya melalui karya
seni visual. Ulasan yang ringkas berserta temuramah bersama
pengkarya dapat membantu pembaca untuk lebih memahami hala tuju
pengkarya. Kritikan karya yang diulas juga dapat menjadi bahan
rujukan kepada pelajar seni visual di diperingkat SPM, STPM, IPTA dan
IPTS. Melalui pengalaman belajar teori seni visual bersama penulis iaitu
Dr. Mohd Johari B Ab. Hamid, beliau sering berkongsi pengalaman dan
pandangan daripada rakan-rakan pengkarya seni beliau yang terkenal
mengenai hala tuju pendidikan seni visual dan trend karya seni visual
semasa.

Walaubagaimanapun, setiap karya perlu diterangkan lagi secara
terperinci dengan menggunakan kaedah kritikan secara teperinci
melalui elemen deskripsi, analisis, imtepretasi dan pertimbangan
supaya pembaca dapat belajar menilai karya seni visual dengan lebih
mudah.

Kesimpulanya, budaya dan warisan sentiasa perlu dilindungi supaya
kekal seperti kata pepatah ‘Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’.
Mengetengahkan budaya dan warisan tempatan merupakan salah satu
cara juga dalam usaha mempertahankan budaya tempatan. Melalui
pembacaan buku ini, bukan sahaja ilmuan seni sahaja yang boleh
mengkritik malah masyarakat yang pelbagai latar belakang dapat
menilai sesuatu karya berdasarkan pengalaman dan pandangan
masing-masing. Karya seni visual pada masa kini semakin menjadi
perhatian dan dihargai. Oleh itu, seni visual boleh menjadi satu
platform pendidikan sebagai bahan yang mempamerkan budaya dan
warisan tempatan negara kita.

JAMI’AH BINTI ISMAIL
PENGAWAI PENGURUSAN
UNIT PEPERIKSAAN & PENILAIAN
IPG KAMPUS IPOH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 12

Tajuk buku: Sekolah Bukan
Penjara Universiti Bukan
Kilang
Oleh: Zul Fikri Zamir
Terbitan: Dubook Press Sdn.
Bhd

Buku ini mengisahkan tentang landskap idea dan gerak kerja aktivisme
terutamanya dalam bidang pendidikan di Malaysia. Penulis melihat seni,
budaya dan bahasa sebagai k-anak terpinggir senjata penting bagi
sesuatu bangsa dan impian beliau untuk melihat anak-anak terpinggir
patut diberi peluang menikmati hidup yang lebih baik pada masa
hadapan. Penulisan di dalam buku ini terbahagi kepada empat
bahagian iaitu mahasiswa dan kebebasan akademik, pendidikan
nasional, politik dan sosial serta kritik teater. Penulis buku ini dilihat
lantang dalam mengemukakan hujah dan lari daripada klise ilmiah yang
mudah didapati di pasaran.

Penulis juga melihat isu pendidikan sebagai suatu yang meluas dan
menyeluruh. Buku ini membincangkan mengenai lima perkara iaitu
pentingnya pendidikan dalam sesebuah negara, tanggungjawab
mendidik bukan tanggungjawab pendidik sahaja tetapi merupakan
tanggungjawab nasional, pelajar yang tidak cinta kepada ilmu
sedangkan hampir semua guru komited dengan tugasan mendidik,
persoalan yang timbul di kalangan mahasiswa berkaitan dengan ikon
mahasiswa yang boleh dijadikan contoh dan juga tujuan sebenar
mengapa kita perlu belajar.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 13

Pertama, buku ini merupakan satu peringatan penting khususnya
remaja, mahasiswa dan masyarakat pendidik kerana pendidikan
merupakan satu aspek penting dalam sesebuah negara. Hal ini kerana,
mengikut teori Abraham Maslow, ekonomi, budaya, politik dan
sebagainya mampu mengubah tahap sesebuah negara ke arah yang
lebih baik melalui pendidikan. Penulis juga mengulas aspek pendidikan
negara dan halatujunya melalui ‘love of wisdow’ bermaksud cintakan
kebijaksanaan bertujuan untuk difahami dan menghayati ilmu, berfikir
secara mendalam untuk menilai kelemahan dan kekuatan dan
bukannya secara sembarangan atau terburu-buru, berfikir secara
integral bermaksud menilai secara keseluruhan berdasarkan ‘common
experience of mankind’. Buku ini juga mendorong pembaca berfikir
tentang bagaimana dan sejauh mana pendidikan di Malaysia
berlangsung atau sedang berlangsung.

Selain itu, buku ini juga memperlihatkan tanggungjawab mendidik
bukan terletak pada bahu pendidik semata-mata, tetap ia merupakan
tanggungjawab nasional kerana hakikat sistem pendidikan adalah
sebagai suatu upaya melihat ke dalam diri seterusnya berupaya
melihatkan ke dalam diri dan dimensi keseronokan dan kepuasan dan
dalam pada masa yang sama juga menyerlahkan hal-hal yang kurang
enak, kurang menyelerakan dan kurang menyeronokkan.

Pendidikan juga dilihat sebagai cerminan kepada sesebuah masyarakat.
Hal ini kerana, ia dapat dilihat melalui ketamadunan sesebuah negara
melalui peningkatan golongan bijak pandai dan begitulah sebaliknya.
Didalam buku ini juga membangkitkan isu ramai diantara ahli akademik
meletakkan penanda aras kejayaan seseorang dinilai melalui jumlah
yang dikumpul atau sehebat mana menara yang dimasuki ataupun
setinggi mana taraf pendidikannya. Sebahagian masyarakat melihat
golongan yang kurang pandai dianggap lekeh dan kurang berjaya.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 14

Di samping itu, wujudnya sebahagian pelajar yang tidak cinta kepada
ilmu dan telihat hampir semua guru komited dengan tugasan mendidik.
Ada diantara masyarakat yang menyalahkan sistem yang sedia ada,
namun melihat kepada sikap pelajar yang ego dan sikap mementingkan
diri di kalangan sebahagian ibu bapa serta bersifat utilitarianisme yang
memberikan persepsi baharu yang memberi tanda soal mengenai
sistem pendidikan di Malaysia khususnya. Lebih memburukkan
suasana, sebahagian ibu bapa meletakkan tugas mendidik anak mereka
diabahu guru sahaja. Hal ini jelas kelihatan jika timbulnya isu yang
melibatkan disiplin pelajar sedangkan puncanya adalah anak-anak
mereka sendiri.

Seterusnya, perkara yang turut dibincangkan di dalam buku ini ialah
persoalan yang timbul di kalangan mahasiswa berkaitan dengan ikon
mahasiswa yang boleh dijadikan contoh, persoalan berkaitan
sumbagan mahasiswa kepada negara. Jawapan kepada persoalan ini
dilihat terarah kepada individu yang menjurus kepada nada politikal
namun persoalan sumbangan mereka boleh dipertikaikan. Melalui
penulisan yang terdapat dalam buku ini, isu yang dapat saya
rangkulkan ialah mahasiswa janganlah menjadi mahasiswa yang bonsai
pada pemikiran dan pandir pada sikapnya.

Mahasiswa juga perlu bergerak aktif bukan sekadar menunggu untuk
disuap dan perlu ekstensif di luar kotak bukan statik dan jumud
mengikut arus cliche kotak. Buku ini juga melihat sisi dan dimensi
kosong mahasiswa yang perlu ditransformasi supaya menjadi figura
yang lebih berisi dalam mendepani masyarakat dalam setiap hal. Ini
kerana, mahasiswa merupakan pelapis kepimpinan negara, seandainya
baik diri remaja, maka baiklah masa depan negara, sebaliknya, jika
buruk diri remaja maka buruklah masa depan negara.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 15

Buku ini juga membuka minda kita untuk berfikir matlamat sebenar
mengapa kita perlu belajar. Persoalan mengenai belajar hanya untuk
menuntut ilmu, ataupun sekadar untuk memenuhi tuntutan periuk nasi
keluarga dan anak-anak, ataupun atas dasar paksaan ibu bapa kerana
sudah bosan melihat anak-anak berpeleseran kesana-kemari tanpa
hala tuju. Pelbagai persoalan timbul mengenai tujuan seseorang itu
belajar dibincang di dalam buku ini. Biar apa pun jawapannya, ilmu
yang dipelajari mestilah dipraktikkan sebaik mungkin dan bukan
dimanipulasi.

Kesimpulannya, polemik dan wacana ilmiah yang disampaikan oleh Zul
Fikri ini amat berguna pada para pembaca jika dihadam, taakul dan
tadabbur. Saya juga menyarankan agar anda membaca buku ini
sementara masih berada di pasaran ataupun perpustakaan.

Nursyahirah binti Mohamed Fesal
Pelajar Latihan Industri
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
2022

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 16

Tajuk: Dracula Vs Al Fateh
Judul Buku: Bukan fiksyen
Pengarang: Muhd Nur Iman Ramli
Penerbit: PTS Publication
Tahun Terbitan: 2015
Resensi oleh: Saidatul Nadiah Shamsuddin

Nama Dracula sinonim disebut sebagai hantu versi orang putih.
Manakala Al Fateh pula Sultan tersohor yang berjaya menakluki Kota
Constantinople. Dracula Vs Al Fateh dua nama yang jika diamati
merupakan watak yang jauh bezanya. Jika dilihat melalui pencarian
dalam talian, sudah pasti menjumpai imej Dracula sebagai hantu daam
cerita-cerita seram yang digeruni oleh orang berkulit putih, manakala
Al-Fateh pula adalah wira yang merupakan ikon bagi agama Islam
sebagai sultan yang berjaya menakluk kota tersohor, Constantinople.
Daripada tajuk telah memberi gambaran awal kepada pembaca watak-
watak ini. Namun setelah menelusuri pembacaan setiap helaian dalam
buku ini ternyata telahan awal tentang tajuk amat jauh berbeza. Sisi
sebenar watak dracula yang ada dalam siri-siri drama seram ternyata
tidak menggambarkan siapa dracula sebenar secara realitinya. Amat
menarik, apabila penullis telah membongkar watak sebenar dracula
yang ada perkaitannya dengan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Menurut penceritaan di dalam buku ini, Dracula Vs Al Fateh adalah
mengisahkan tentang dua watak yang merupakan pemimpin bagi dua
agama yang berbeza. Amat menarik apabila mengetahui kisah sebenar
Dracula adalah hakikatnya adalah merupakan Putera Romania. Inilah
persamaan antara Al Fateh dan Dracula. Jika secara retoriknya
digambarkan dracula sebagai hantu “Mat Salleh” namun hakikat yang
sebenarnya telah dibongkarkan oleh penulis, Dracula adalah seorang
putera yang pernah memimpin negara Rom satu ketika dahulu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 17

Buku ini telah membongkar kisah sebenar persepsi dracula sebagai
vampire (dracula of Transylvania) kepada dracula-prince dracula of
Wallachia. Dracula sebenarnya memang wujud dan pernah hidup
sezaman dengan sultan yang namanya selalu disebut, Sultan
Muhammad Al-Fateh. Dracula dan adiknya telah dijadikan tebusan
kepada Sultan Murad II dan pernah belajar di istana Sultan Murad II
serta pernah berkawan dengan Sultan Muhammad Al Fateh dan
akhirnnya menjadi musuh. Dek kerana ingin menguasai negara, Dracula
telah berpakat dengan Hungry untuk menewaskan Sultan Muhammad
Al Fateh. Peristiwa ini telah menjadikan mereka saling bermusuhan.
Permusuhan antara agama telah tercetus antara Sultan Muhammad Al
Fateh dan Dracula.

Antara Fakta yang mengejutkan dijumpai dalam pembacaan buku ini
ialah, Dracula adalah antara musuh paling ketat Sultan Al-Fateh.
Dracula pernah berkawan dan tinggal bersekali dengan Sultan Al-Fateh,
tidak seperti yang digambarkan dalam filem Dracula Untold, Al-Fateh
tidak dibunuh Dracula dan wujudnya watak bernama Radu, adik-
beradik Dracula yang banyak membantu Kerajaan Uthmaniyah.

Dracula vs Al-Fateh adalah buku fakta, berasaskan kajian ilmiah, melalui
pengkajian oleh penulis Muhd Nur Iman Ramli. Selain buku ini, penulis
pernah menulis buku-buku bersejarah bertajuk Raja Bersiung, Presiden
TRUMP Penjahanam Amerika dan Zombie benar-benar wujud.
Penulisan tentang pembongkaran sejarah yang tersembunyi dari sisi
yang tidak pernah diceritakan oleh buku-buku sejarah sekolah,
memang amat menarik minat untuk membacanya. Pembongkaran
mengikut fakta sejarah yang disusuli dengan fakta yang tepat telah
menjentik minda pembaca untuk mengetahui asas sebenar sesebuah
kisah sejarah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 18

Kelebihan karya ini adalah dari aspek penulis mengulas kisah sejarah
dengan fakta yang benar. Penulis berjaya membongkar kisah
tersembunyi dan menambah kefahaman kepada pembaca tentang
cerita sebenar sesuatu sejarah yang popular.

Kesimpulannya, mengenali kisah sejarah tidak boleh hanya dengan
membaca kepada satu fakta atau sumber sahaja. Perlu pengamatan
yang lebih jelas untuk mengetahui kisah sebenar. Ini adalah kerana,
sejarah menceritakan perkara yang telah berlaku dan sudah pun jauh
ditinggalkan. Hanya dengan merujuk kepada hanya satu sumber akan
mewujudkan satu diskriminasi dalam penceritaan sesuatu sejarah. Oleh
itu usaha penulis membongkar kisah sebenar sejarah memang amat
bagus kerana ia akan membuka kepada pembongkaran sebenar kisah
sejarah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 19

Tajuk Filem: Its Okay Not to Be
Okay
Diterbitkan oleh: Studio Dragon
Corporation
Penulis: Jo Yong
Pengarah: Pengarah Park Shin Woo.
Resensi oleh: Nisya Mazlan

Its Okay Not to Be Okay ialah sebuah drama bersiri Korea 16 episod
yang telah disiarkan di TvN pada tahun 2020. Drama ini telah
diterbitkan oleh Studio Dragon Corporation, ditulis oleh seorang penulis
terkenal iaitu Jo Yong dan diarahkan oleh Pengarah Park Shin Woo.

Drama ini menceritakan tentang kisah Moon Gang Tae, iaitu seorang
pengasuh/penjaga di sebuah hospital psikiatri yang hidupnya hanyalah
untuk abang kandung yang mengidap Autisme. Kisah kehidupan
mereka berdua mula berubah setelah bertemu dengan Ko Moon
Young, seorang pengarang buku kanak-kanak yang berjaya, tetapi tidak
pernah tahu perasaan cinta dan kasih sayang.

Setelah bertemu, kedua-duanya perlahan-lahan mula menyembuhkan
luka emosi masing-masing. Seiring berjalannya cerita, kebenaran di
sebalik masa lalu mereka yang saling terkait yang menghantui mereka
terungkap.

Penulis drama ini, Jo Yong telah menginspirasikan hubungan realiti
beliau bersama seorang lelaki yang mempunyai masalah personaliti
disorder. Jalan cerita yang cuba disampaikan oleh penulis adalah sangat
mendalam dan dapat menyentuh perasaan manusia yang normal untuk
lebih memahami dan menerima sesuatu hubungan yang terjalin
dengan individu yang tidak normal.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 20

CERTOT

CATATAN KAUNSELOR 1.0

'TING TONG, TING TONG’. Bunyi loceng rumahku.

'Ye, nak jumpa siapa ye?’, tanyaku lembut.

‘Nak hantar dokumen mahkamah untuk ditandatangani. Boleh ka?’

Aku menjawab, ‘boleh’.

Aku dan isteri mempelawa Mina masuk. Umurnya lebih kurang akhir 40-
an. Kami berbual tentang keluarga Mina. Diceritakan banyak sumbangan
dan perkara baik yang Mina lakukan. Malah nampak keburukan di pihak
suami. Ada hubungan dengan perempuan lain dan lain-lain isu.
Kesimpulannya, sambil aku melengkapkan dokumen untuk perbicaraan
mahkamah syariah si Mina itu bercerita tentang kebaikan dirinya dan
keburukan suaminya. Tiga puluh lima minit berlalu, Mina pun pulang ke
rumahnya.

Seminggu selepas itu kami berlapan berkumpul di rumah ketua kampung.
Dihadiri pula suami Mina, dua orang anak mereka dan jiran-jiran. Jiran-
jiran ini berlatarbelakangkan pelbagai kedudukan dan jawatan. Ada yang
masih berkhidmat, sudah bersara, ahli agama dengan pelbagai kedudukan
dan jawatan tinggi dalam komuniti dan pejabat. Ketua kampung
memulakan perbincangan dengan baik dan meminta suami Mina bercerita
apa yang berlaku. Suami Mina menceritakan apa yang berlaku dalam
keluarganya dan disokong oleh dua orang anaknya yang berumur awal 20-
an. Ahli yang datang terus menghentam dan memberi komen seolah-olah
meletakkan kesemua kesalahan kepada suami Mina. Aku mengambil sikap
tunggu dan lihat. Pendekatan aku lebih kepada teknik kaunseling.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 21

Setelah kesemua ahli yang hadir itu memberi komen dan pendapat,
tibalah giliran aku pula. Aku membuat penerokaan atau mengetahui kes
ini dengan lebih lanjut. Aku tanya satu persatu kepada suami Mina dan
anak-anaknya. Nah, maka timbullah info-info baharu. Fakta dan cerita itu
dikeluarkan sendiri oleh suami Mina dan anak-anaknya. Fakta-fakta ini
melengkapkan kefahaman aku tentang situasi keluarga mereka. Aku
sudah mendengar cerita dari Mina pada minggu lepas dan hari ini aku
mendengar pula dari pihak suami dan anak-anak Mina.

Kalau didengari info daripada Mina, maka seolah-olah suami dan anak-
anak Mina memang banyak dosanya. Namun dengan penjelasan hari ini,
aku dapat membuat beberapa kesimpulan dan ternyata info pada hari ini
membuatkan ahli jemaah tadi terkedu. Mengapa? Ini adalah kerana
menghentam, memberi komen dengan info yan sedikit dan mereka
mendengar dari sebelah pihak sahaja awalnya. Menghentam suami Mina
tanpa mendapat penjelasan panjang lebar daripada suami Mina dan anak-
anak.

Sebagai kesimpulannya, seorang isteri perlu amanah dengan jawatannya
sebagai seorang isteri. Contohnya tangkas di dapur, berkemas rumah dan
lain-lain lagi. Jangan menghukum seseorang terlalu awal tanpa
mengumpul pelbagai maklumat yang sahih. Memohon maaf sekiranya kita
berada di dalam situasi salah.

Coretan:
Mohd Nizam Mohd Tejeri,
@ CNizamUK,
KB. PA./ Kaunselor Berdaftar,
Pensyarah akademik,
Unit Bimbingan Kaunseling,
Jab. Ilmu Pendidikan,
IPGK Ipoh,
Perak.
25 Mac 2022

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 22

Senyuman Mira

Seperti biasa aku bersama dua orang kakakku menikmati air kopi ais dan
cekodok masin di halaman rumah Alongku sambil melihat anak-anak
saudaraku bermain basikal di hadapan. Sudah menjadi rutin adik beradik
kami untuk melepak sambil bergosip samada hal kerja ataupun peribadi,
biasalah perempuan. Hubungan kami sangat akrab dari kecil, sering
berbual bersama. Along bekerja sebagai jururawat, Angah pula
berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan aku pula sudah dua
tahun menjadi guru di sebuah sekolah menengah. Aku sudah biasa
mengikuti program anjuran JKM di tempat kerja Angah aku bekerja
samada mengajar tarian tradisional kepada anak yatim, mengajar
mewarna kepada kanak-kanak dan remaja OKU sehinggalah program
khidmat bantu remaja bermasalah. Pendek kata, kerjaya kami tiga beradik
sentiasa berkaitan, sehinggalah satu tragedi yang tidak dapat dilupakan
oleh kami tiga beradik. Sambil menikmati ‘teatime’ kami bersama di rumah
Along.

“Adik, kenal tak anak murid sekolah awak nama Mira, dia Form 3, mungkin
Adik kenal”?

“Macam kenal Along, kenapa?”

“Oh, dia sakit macam awak Adik, sakit belakang. Along cerita pada dia,
awak Adik Along sakit macam dia. Dia kenal sangat Adik, tapi tak mengajar
dia.”

“Oh, okay.”

Pada mulanya, ia hanya perbualan biasa yang aku tidak endahkan
mengenai Mira kerana aku lebih mesra dan rapat dengan pelajar
Tingkatan 4 dan 5 yang aku mengajar sahaja. Kami menyambung
perbualan kami seperti biasa. Semasa aku ada urusan di pejabat sekolah,
tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan menghampiri aku.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 23

“Cikgu, saya ada appointment hospital pagi ni, nak maklum pada guru
bertugas.”

“Oh, awak ada appointment apa ye”?

“Saya ke Klinik Pakar Tulang, semalam jumpa kakak cikgu.”

“Oh, Mira kan. Cikgu pon sakit belakang macam awak. Jangan risau
nanti mesti makin okay macam cikgu, cuma Mira jangan angkat benda
berat semua ye.”

Mira, comel dan sopan sangat orangnya. Nama yang aku tidak akan
lupa sampai bila-bila. Aku tidak sangka selepas perbualan itu, tragedi
yang sangat perit untuk sesiapa sahaja menerimanya.

Seperti biasa aku ada kelas tambahan pada waktu petang, biasalah SPM
semakin hampir. Aku menerima panggilan dari Angah aku. Selalunya
Angah aku telefon waktu ini mungkin mahu mengajak aku pergi minum
atau membeli barang. Tapi suara Angah aku lain sangat, serak macam
sedih.

“Adik, budak sekolah awak yang Mira semalam, yang Along cerita
semalam tu bawah kes Angah.”

“Ha, kenapa Angah dengan dia.”

“Adik, dia mungkin mangsa rogol, tapi kes ni berat,nanti balik Angah
cerita.”

Sampai di rumah, Angah mula menceritakan hal sebenar yang terjadi
kepada Mira. Pada hari yang sama dia bercakap dengan aku untuk
temujanji di hospital, hari yang sama juga ibu kepada kawan baik dia
membuat laporan kepada polis mengenai hal ini.

Mira terus dibawa berjumpa dengan pihak polis dan pegawai
perlindungan JKM iaitu Angah aku dan rakannya untuk mengambil
keterangan. Setelah itu, Mira dibawa untuk pemeriksaan kesihatan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 24

Angah aku meneruskan cerita Mira sehingga mengalir air mata, aku
hanya mampu tergamam dan rasa sesak yang tidak dapat
digambarkan. Melalui laporan doktor Mira telah dirogol oleh kedua-dua
abang iparnya sejak berumur 6 tahun.

Kecederaan dalaman dapat mengesahkan Mira dirogol. Manakala Along
pula memberitahu bahawa kesan sakit belakang Mira adalah
disebabkan keganasan berulang yang berlaku dari kecil lagi. Ibu Mira
tidak mampu menjaga Mira kerana ibunya merupakan OKU, slow
learner. Jadi tanggungjawab penjagaan diserahkan kepada kakak
kandung Mira.

Pada keesokan harinya, suasana sekolah aku ibarat diselubungi
suasana yang suram apabila Pengetua sekolah aku melaporkan perkara
ini di dalam mesyuarat. Mira akan dihantar ke pusat perlindungan di
daerah lain sementara kes ini berjalan. Aku tidak lupakan tangisan
Pengetua sambil menyampaikan berita ini dan riak muka guru-guru
lain. Banyak persoalan yang timbul difikiran aku, apa yang kakak
kandung Mira buat setelah mengetahui Mira dirogol suaminya, kenapa
kakak dia tidak sedar perkara ini.

Malam itu aku dibawa oleh Along dan Angah aku untuk berjumpa Mira
di wad perempuan di hospital. Aku terserempak dengan ibu Mira di lif
hospital, melihat pakaian ibunya yang sekadar ada, perwatakan yang
lemah. Aku terus berlalu pergi apabila dia bercakap dengan Angah aku.
Aku tidak sanggup melihat lagi wajah ibunya yang sayu itu. Adakah
ibunya memahami sepenuhnya atau apa yang dia lakukan kepada
anaknya.

“Mira, janji dengan cikgu, Mira kena kuat, berjaya dan berdikari ye suatu
hari nanti, sorry cikgu tak tahu nak cakap apa dah”

“Cikgu, Mira dah lega, sekurang-kurangnya adik perempuan Mira boleh
membesar dengan selamat, Terima Kasih cikgu.” sambil tersenyum.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 25

Aku seringkali teringatkan senyuman dia yang sangat kuat itu, aku
sering tertanya dimanakah dia mendapat kekuatan itu. Bagaimana dia
ingin meneruskan hidup dia, bagaimana dengan masa kecil dia yang
dirampas. Aku harap Mira boleh berdikari sendri dan bahagia pada
masa hadapan. Satu benda yang aku tanam dalam diri aku dari dulu,
macam mana bermasalahnya seorang remaja, lihat dulu latar
belakangnya. Pelajar kita bukan untuk dinilai apa yang dia pakai, apa
yang dia lakukan dan siapa ibu dan ayah dia, mereka perlu dilindungi.

JAMI’AH BINTI ISMAIL
PENGAWAI PENGURUSAN
UNIT PEPERIKSAAN & PENILAIAN
IPG KAMPUS IPOH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 26

Tanggal 20 Ogos 2022.




‫َراِج ُعوَن‬
‫َوِإَّنا‬ ‫ِِلَّٰلِه‬ ‫ِإَّنا‬
‫ِإَلْيِه‬

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah
kami kembali."



Tanggal 20 Ogos 2022.

Perasaan hiba dan pilu menyelimutiku. Realiti menyentap, aku sedar
kehidupan di dunia ini hanya sementara dan singkat sekali setiap orang
akan diuji oleh Allah SWT semua insan akan merasa kehilangan peritnya
ketiadaan orang tersayang terasa seperti dadaku dipanah petir detik itu
kita akan menemui-Nya namun mereka yang ditinggalkan bingung,
terpinga-pinga dirinya dipanggil semula secara tiba-tiba dan tanpa
disangka kami hilang akal selama beberapa hari. Bila ku sedar, air mata
berlinang tanpa henti hatiku sakit, sakitnya menusuk kalbu sengsara,
tusukan derita itu adalah satu pengalaman baru.

Milikku kini hanya kenangan untuk memperingatinya kenangan
bersamanya, kembang mekar hidup dalam hati dan ingatanku selama
ini kami saling tunjang-menunjangi, bantu-membantu dan melindungi
sesama sendiri kehadirannya (Dia) sumber kekuatanku. Di saat ini, ku
keseorangan walaupun dikelilingi ramai penyesalan terbesarku ialah
aku tiada bersamanya memegang tangan, menemaninya tika detik-
detik terakhirnya pulang menemui Penciptanya tetapi begitulah yang
telah ditakdirkan Allah.

Aku sedar, ini adalah ujian untuk kami sekeluarga. Rasullullah SAW juga
diuji. Beliau juga kehilangan orang tersayang, dua penyokong
terhandalnya meninggal dunia dalam jangka waktu yang sangat singkat
seperti juga keluargaku. Kami kehilangan seorang anak saudara akibat
komplikasi pasca covid. Sembilan hari kemudian kakak ku menyusuli.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 27

Namun Rasullullah Allah berserah kepada suratan takdir dengan aman
dan tenteram menerima qadr dengan sabar sedar dan tahu akan nilai
pahala sabar pasti Allah SWT lebih menyayangi Shereze dan Nazira. Dia
sentiasa menjemput yang bersikap terpuji dan terhormat dahulu.
Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan kekuatan
iman untuk menghadapi hari-hari mendatang kami amat merindui
mereka.

Aku sangat merindui Nazira. Apa patut ku lakukan?

Paling penting, aku harus sedar bahawa dia dipanggil pulang Allah SWT,
Yang Maha Agung dan Berkuasa. Kita juga akan bertemu Allah SWT dan
meninggalkan dunia apabila tiba masanya untuk kembali kepada
Pencipta kita. Insyaa Allah, kita akan bertemu semula di Jannah.

Aku mencari ketenangan dengan menyibukkan diri dengan bekerja,
membaca ayat-ayat suci Al-Quran-ul-Kareem, bersedekah bagi pihaknya
dan berdoa untuk mengelak dari terlalu memikirkan kehilangan,
ketiadaan insan yang telah menemani ku seumur hidupku serta
menenggelami diriku dalam kesedihan yang akan membuka laluan
kepada Syaitan.

Oleh itu, aku memilih untuk bekerja lebih keras untuk berhubung lebih
rapat dengan Allah SWT menjadi hamba patuh kepada larangan dan
suruhan Nya berpegang kuat pada ajaran agama belajar dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik,
berakhlak mulia, bertakwa dan beriman.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 28

Inilah doaku untukmu, Kak Nazira dan semua ahli keluarga kita yang
lain yang telah mendahului kita dan kembali ke rahmatullah...

Ya Allah, ampunilah segala dosa mereka dan kasihanilah mereka,
sayangilah mereka dan terangilah serta luaskanlah alam kubur mereka,
kurniakanlah mereka tempat tinggal yang lebih baik, keluarga,
pasangan (di akhirat) daripada apa yang mereka miliki di dunia ini,
masukkanlah mereka ke dalam syurga dan peliharalah mereka dari
azab kubur dan azab api neraka, wahai Yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani.

Nota ringkas untuk diri sendiri:-

Mengutamakan kesihatan diri dan mental, berbanding kerja
dan kehidupan di dunia.

Kesihatan kita amat penting buat orang yang menyayangi
serta bergantung hidup kepada kita.

Luangkan masa berkualiti bersama orang tersayang sebelum
terlambat terus berhubung dan dekatkan diri dengan Allah
SWT, hanya kepada Nya kita berdoa dan mengadu.

Kita milik Allah SWT dan kepada-Nya kita akan kembali

Al-Fatihah.
Shereze Besil Khan & Nazira Bibi Mohd Ali.

Nukilan oleh:
Besira Bibi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 29

Cucu atau Anak?

Tepat jam 6:00 pagi bunyi loceng telefon bimbit. Aku bangun dengan
malas, maklumlah cuti solat. Gigih ke dapur, masak roti telur untuk
sarapan pagi dan bekalan anak-anak ke sekolah. Selesai menggoreng
telur, terus berlari naik ke atas mengejutkan anak-anak bangun tidur
dan bersiap untuk ke sekolah. Turun semula sambung menyapu
mayonis, mentega dan sos di roti. Bancuh air milo panas untuk
sarapan. Aduh sakitnya jari terkena cerek panas. Sikit sahaja pun. Ini
baru sedikit panas di dunia. Bagaimanakah panas di akhirat nanti?
Terdetik dalam hati.

Selesai menyediakan bekal dan sarapan, terus naik ke bilik untuk mandi
dan bersiap-siap ke tempat kerja. Anakku Zidan, menyambung tidur
balik. “Zidan, bangun mandi cepat nanti lewat, jam dah pukul 6:40 pagi.”
Kataku menyuruh Zidan segera bersiap-siap. Kakak-kakaknya telah
selesai bersiap untuk ke sekolah. Akhirnya jam menunjukkan 7:10 pagi,
Zidan masih terkial-kial memakai baju sukan. “Kenapa lewat sangat?”
Ayahnya mula marah. Apabila ayah mula marah, aku dan anak-anak
lain terus menunggu di kereta.

Semasa menunggu di dalam kereta, ternampak seorang pakcik tua
menyorong motosikal bersama cucunya yang lengkap berbaju sekolah
berjalan kaki. Terus saya mendekati pakcik tersebut, “Anak sekolah
mana?” tanyaku. Takkan nak cakap “Cucu sekolah mana?”. Takut kata
dia tua pulak. Dia menjawab, “Di SK Pengkalan Pegoh.” Alamak lain pula
dengan sekolah anak-anakku dan lain laluan. “Pakcik kehabisan minyak
motor.” katanya lagi, “Owh... lain sekolah lah pula.” jawabku. Aku pun
berlalu pergi. Dalam hati gundah gulana, hendak tolong hantar tapi lain
jalannya, moga ada yang membantu pakcik ni, doa hati ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 30

Zidan pun masuk ke dalam kereta, nampak mata Zidan merah berair
baru lepas menangis sebab kena marah dengan ayah. Sebaik sahaja dia
masuk ke kereta aku pula menyambung marah. Senyap sahaja Zidan
apabila kena marah. Kesian tengok mukanya apabila kena marah.

Rasa geram kerana lewat dan dalam masa yang sama teringat pakcik
tua itu bersama cucunya. Kesian cucunya tidak bersekolah hari ini. Rasa
sedih sangat. Dan rasa menyesal pula tidak membantu. Sepatutnya
biarlah lewat sikit asal dapat membantu. Semoga dipermudahkan
urusan pakcik tersebut dan semoga cucunya menjadi insan solehah
berjaya di dunia dan di akhirat sana.

Setibanya di sekolah, setelah bersalaman, aku peluk dan cium anak-
anakku termasuk Zidan. “Zidan, lain kali jangan lewat ye”. Pesanku.
Zidan mengangguk lembut dan terus memeluk aku. Semoga anak-
anakku juga menjadi insan yang soleh solehah dan terus cemerlang di
dunia dan di akhirat.

Nukilan oleh: Yang Marya binti Abd Khahar

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31

Kapal terbang vs Bas Ekspress



Sering kali apabila kapal terbang melalui di atas bumbung rumah ku,
sudah pasti kami adik beradik akan cepat berlari keluar rumah.
Mendongak ke langit dan membayangkan akan ada buah tangan yang
akan turun daripada langit menghujani kami.

Begitulah dongengan yang sering kali meniti dari mulut ke mulut yang
bercerita dan hinggap ke kotak memoriku. Terbayang di layar fikiran,
bagaimanakah keadaannya jika aku yang berada di dalam perut
pesawat itu.

20 tahun berlalu…

Di petang yang hening, dengan sebuah beg troli dan sekeping tiket
cepat-cepat ku tarik sambil berlari anak. Langkah rapat disusun dengan
kelajuan yang sederhana. Daku mulakan pertanyaan, “Cik, saya nak
menaiki penerbangan ke Sarawak jam 2.00 petang”. Tiket bertukar
tangan. Pandangan mata mula berbalas pandang.

“Tiket Cik dah salah ni,” balas pramugari yang cantik dan senyuman tak
pernah lekang daripada bibir. Dadaku berombak kencang, ini adalah
pengalamanku yang pertama untuk balik ke Sarawak setelah
menamatkan percutian di kampung. Fikiranku mula mengembara
dengan debaran yang tidak tentu hala.

Lamunanku dipecahkan dengan suara halus.

“Cik, sebenarnya pintu masuk penerbangan telah tutup. Sepatutnya Cik
datang 45 minit sebelum jam penerbangan. Cik tak dibenarkan untuk
menggunakan penerbangan ini”.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 32

“Habis tu, saya bagaimana?” Debaran makin pantas. Balas pramugari,
“Cik kene beli tiket yang baru dan penerbangan paling awal ialah jam
7.30 pagi esok”.

Dengan dada yang sarat menahan sebak dan kesalan bersilih ganti
disamping mengenangkan wang yang bakal terbang melayang. Aku
pasrah. Tiket baru dibeli dan menginaplah daku di lapangan terbang
yang sunyi dan asing sendiri menghitung detik menanti pagi. Inilah
jadinya apabila kapal terbang dibuatnya seperti bas ekspress.

Zulliana Hasan
22.3.2022
1:53 petang

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 33

Perkampungan bunian



“Biar betul ada perkampungan bunian di atas bukit di Pulako?". Itu
yang diberitahu oleh Encik Zainal ketika beliau menceritakan kisah-
kisah misteri di Pulako. Boleh percaya ka?

Pernah aku bawa seorang kawan masuk ke Pulako pada bulan Ogos
2016. Sampai sahaja di persimpangan jalan Taman Herba, beliau
berkata, "Eh, cikgu besar kampung di sini."
"Apa? Kampung?" tanya ku
"Iya cikgu, tu di atas tu. Islam semuanya..." ujar kawanku.

Untuk makluman kawanku ini pandai mengubat orang. Jadi bila dia
berkata sedemikian teringat kisah perbualan aku dengan Encik Zainal.

Alamak, jadi wujud la kisah perkampungan bunian ni.
"Cikgu, jangan risau. Mereka ini orang Islam. Ok ja..." ujar dia bila
melihat aku termenung mengingatkan sesuatu.

Patutlah kadang-kadang bila berkhemah, sayup-sayup kedengaran
azan bila masuk waktu. Memang betul dikeliling Pulako ada masjid tapi
azan ni kalau yang dengar memang asyik.

Patutlah tiap kali waktu Asar, aku berpeluang melihat 8 ekor keluarga
ayam hutan keluar dari kebun sawit.

Nukilan oleh:
Ramlee Lee

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 34

ANEKDOT

Roba...Tok Se

Bunyi hiruk-pikuk di pagi Rabu, sekitar pukul 7.50 memecah
ketenangan suasana sarapan sekumpulan anak-anak di sekolah,
tempat ku berkhidmat. Perasaan ingin tahu akan punca sebenar bunyi
yang memekakkan dan sedikit kerisauan menyebabkan saya
mempercepatkan langkah ke arah anak-anak yang biasanya tenang
menikmati sajian Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang
dibekalkan hampir setiap hari.

Sejurus sampai di samping anak-anak itu, saya pun menyapa,

“Huh... bakpo gege ni?” tanya ku kepada anak-anak yang kelihatan
gusar.

Masing-masing tunduk diam dan berbisik sesuatu sesama sendiri.

“Gapo ni?” Tanyaku lagi.

“Tu tecer”, jawab seorang anak yang bertubuh kecil dengan suara yang
nyaring.

“Gapo?" tanyaku lagi.

“Tu tecer. Roba tu tecer!”

“Ishhh...ya ko?”

“Mana, Suaibatul?”

“Tu !” ditunding jari telunjuknya ke arah bihun sup dalam pinggan
plastik di depannya.

“Dok. Tu buke roba, Suaibatul!”

“Tahu, tu. Tahu. Bende make, bukan roba!”

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 35

“Dah, dah. Ambil pingge masing-masing. Make.”

“Buke roba, tecer, dek?”

“Buke. Tahu. Boleh make. Acu, tra, teh”

“Kekah sikit-sikit” kata ku sambil melabuhkan punggung di atas kerusi
kecil di sebelah Suaibatul.

“Sedaq?”

“Hmm. Sedaq!” terukir senyuman di muka anak yang sebentar tadi tidak
dapat bezakan antara getah pemandam dan tauhu (sejenis makanan
yang dibuat dari kacang soya).

Sejurus itu, anak-anak lain segera menyuapkan tauhu di pinggan
masing-masing dengan ghairah dan mengiyakan keenakan rasa tauhu
tersebut. Lega rasanya bila anak-anak ini belajar sesuatu yang
memberi pengalaman yang baharu.

Cik Raguna a/p R. Arumugam
Unit Pengajian Inggeris
Jabatan Bahasa
IPGKI
22 Mac 2022

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 36

Tok Gampang Bercerita

Biarkan.. biarkan..
Si Luncai terjun dengan labu-labunya
Biarkan...biarkan..

''Pandai kamu nyanyi yer. Sedap suara kamu''. Puji Tok Gampang pada
cucunya.

''Kenapa Si Luncai terjun dengan labunya Tok?'', tanya Arif pada Tok
Gampang.

Hebat Si Luncai. Kisahnya punyai pelbagai tafsiran. Tafsiran adalah
pada pandangan orang. Orang hanya bijak menilai tetapi belum pasti
betul. Yang betul adalah tindakan Si Luncai itu sendiri kerana Si Luncai
yang melaluinya sendiri.

Suasana sunyi, bunyi cengkerik berkumandang mengindahkan suasana
malam. Tok Gampang mulai membalut rokok daunnya. Dicucuh hujung
rokok daun itu dengan pemetik api. Tok Gampang sedut sambil
melepaskan asap perlahan-lahan dari celahan bibir yang semakin
berkedut. Tok Gampang berlunjur kaki di pangkin tepi tangga rumah
bersama cucunya, Arif.

''Si Luncai tu bijak, Arif. Dia tahu kesan setiap tindakannya. Dia seorang
yang memahami situasi", jawab Tok Gampang pada cucunya yang
keletah dan bijak.

Tok Gampang teringat kisah rakannya, Tok Siput. Seorang Ketua
Kampung dan rakan sepermainan sejak kecil. Seorang yang pendiam
tetapi bijak membawa dan menyesuaikan diri di mana jua dia berada.
Dia berjaya memahami pandangan dan tafsiran orang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 37

Dia juga bijak menguasai situasi agar orang sekelilingnya teruja dan
berasa seronok serta gembira. Pada akhir situasinya, Tok Siput akan
memastikan semua orang di sekelilingnya beroleh keuntungan dari
pelbagai aspek menurut kehendak masing-masing. Tok Siput hanya
bertegas apabila orang sekelilingnya berkehendak yang melampaui
batas hidup mereka.

"Tok, belum cerita lagi tentang Si Luncai yang terjun sungai dengan
labu-labunya. Mengapa dia terjun? " tanya Arif lagi yang bijak itu.

"Oh, begini kisahnya, Arif". Sambung Tok Gampang.

"Si Luncai punyai ilmu firasat yang tinggi. Setiap gerak-gerinya seolah-
olah tahu apa yang bakal berlaku. Si Luncai terjun dari sampan itu
kerana sungai punyai jeram yang curam di hadapan sana. Dia
mendengar kocakan air dan rimbunan pokok sebagai petanda adanya
jeram. Dia tidak mahu ceritanya dimatikan begitu sahaja. Dia mencipta
cerita sendiri untuk jalan hidupnya." jelas Tok Gampang.

"Itu aja, Tok?", tanya Arif sambil cuba memahami cerita Atuknya.

"Arif, apabila dewasa nanti, kamu akan faham apa yang atuk sampaikan
ni. Sabar ya Arif…" sambil memadamkan api rokok daunnya dan
memimpin tangan cucunya untuk tidur kerana malam sudah kian larut.

Nukilan oleh : Tok Gampang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 38

Perjalanan



“Alamak jem, sampai Kuala Lumpur tak sah tak jem”, detik hatiku. Jam
menunjukkan pukul 10 pagi. “Harap sempatlah pembentangan petang
ni”, kataku kepada suami tercinta yang sedang memandu. Sambil itu,
aku membelek-belek kertas pembentangan untuk petang ini sebagai
persediaan akhir. “Bang, ada tandas tak kat sini? Nak singgah tandas
jap”, ujarku yang tiba-tiba rasa hendak ke tandas. “Ok, kita singgah
tandas nanti, boleh tahan tak?” tanya suamiku. “Boleh-boleh”, jawabku
ringkas.

Tiba sahaja di tandas R&R, aku terus turun kereta ke tandas. Selesai
membuang hajat, terus masuk ke kereta. Aku saling berpandangan
dengan ‘suami’. “Maaf saya tersilap kereta”, ungkapku terkejut sambil
turun semula dari kereta tersebut. Terpinga-pinga orang tersebut
kemudian tersenyum. “Aduh malunya tersilap masuk kereta”, bisik
hatiku. Kereta sama, tapi berbeza, boleh tersilap. Lain kali aku perlu
lebih berhati-hati. Sementara suamiku di kereta sebelah terbahak-
bahak ketawa. Sambil tersenyum, kami pun meneruskan perjalanan.

Nukilan oleh:
Yang Marya binti Abd Khahar




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 39

Tajuk : Sebab Menaiki Kereta



Dalam perjalanan ke sekolah menjemput anak, aku melihat gerai pisang
goreng cheese di tepi jalan. Semasa memberhentikan kereta, tiba-tiba
anak kecilku yang duduk di sebelah bersuara.

Fatimah: Mummy... saya dah tau kenapa kita naik kereta je...

Aku: Ye... kenapa?

Sambil menunjuk seseorang…

Fatimah: Mummy tak kurus macam makcik yang naik motor tu…

Aku ketawa kerana tidak menyangka tafsiran anak kecil itu. Aku pun
membatalkan niat singgah di gerai pisang goreng cheese lalu
meneruskan perjalanan menjemput anak-anak yang lain di sekolah.

Nukilan oleh:
Kak Nes

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 40

SIAPA KALAH DIA MENANG!



Menjadi amalan apabila pulang bekerja, aku akan meletakkan baju-baju
kotor terus ke dalam mesin basuh. Menguruskan anak yang ramai bukan
mudah jika tidak dirancang dengan baik. Namun tak juga dinafikan akan
ada juga fasa tidak mengikut peraturan berlaku. Itu masanya ‘ikut suka
hati’ tapi nanti kena lah tanggung ‘sakit hati’ atau ‘makan hati’.

Seusai menguruskan barangan yang dibawa terus aku meluru ke dapur
memasak menu makan malam untuk keluarga. Rutin harian yang menjadi
ketetapan dalam jadual ku. Anak-anak sewaktu petang sejurus pulang
akan segera mencapai Iqra’ atau Al Quran untuk mengaji dengan ustazah
di hadapan rumah. Masa ni la riuh rendah suara mereka tidak
kedengaran.

Setelah setengah jam masa berlalu, dari jauh kedengaran suara yang kuat
lantang memberikan salam diikuti dengan gelak ketawa. Dari jauh
terdengar si abang menjerit, “Siapa sampai pada mama dulu dia menang!”.
Berlari-lari lah mereka mendekati aku. Ternyata si abang yang akan
menang dalam pertandingan ini dahulu. Kecewa lah si adik kerana tidak
berjaya menjuarai pertandingan yang dicipta abangnya. Tambah tidak
puas hati si abang ingin menunjukkan kehebatannya menjerit lagi ajak
bertanding... “Siapa habis dulu minum, dia menang!”. Ternyata si abang
yang mereka pertandingan pasti memenangi pertandingan tersebut.
Kecewa lagi si adik...

Lantas adik yang tak mahu mengaku kalah mengajak abangnya bermain
kad snap. Kemudian menjerit pada abang. “Ok kali ni siapa kalah dia
menang!” Ha...? Tertanya-tanya aku, apa maksudnya? Tapi soalan itu tidak
terpacul dari mulut ni. Dari jauh mata ini mengintai melihat persaingan
yang sedang berlangsung.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 41


Click to View FlipBook Version