The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENERBITAN BENGKEL MENULIS DAN MENERBIT 2022 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tikhishk, 2022-08-04 22:59:42

PENERBITAN BENGKEL MENULIS DAN MENERBIT 2022 (1)

PENERBITAN BENGKEL MENULIS DAN MENERBIT 2022 (1)

Kad dibahagi sama banyak oleh si abang. Dengan senyum nakal dan
bangga dapat mengalahkan adik, dia yakin kali ini pastinya dia akan
memenangi pertandingan ini lagi. Setelah lengkap kad dibahagi, si abang
memulakan permainan dengan meletakkan kad secara bergilir dengan si
adik. Snap! Snap! Snap! bertubi-tubi terdengar suara si abang menjerit...
Wahhhh... Bangga sungguh! Pasti terdetik di hatinya akan menang
pertandingan ini. Akhirnya kad ditangan si adik tinggal sekeping. Adik
dengan wajah girang meletakkan kad yang terakhir terus menjerit
menang! Yeay yeay... Menang!

Nukilan oleh: Cik Datul

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 42

KENDIK PUNYA KERJA



"Jahanam sungguh. Siapa punya kerja ni". Pagi-pagi hilang mood nak
mengemas Pulako. Terdetik dalam hati, kalau aku dapat tau angkara
siapa, siap la engkau.

Habis semua tanaman sayur di bongkar. Takkan kerja tukang sapu.
Ahhh.. tak mungkin. Kita penat usahakan kebun yang ditaja oleh
Jabatan Pertanian. Tiba hari ini, habis semua.

Aku duduk menanti untuk melihat siapakah gerangan yang
melakukannya. Aku ke belakang di kawasan sawit ditanam.

"Ceh, kerja korang ka! Babi betul! Memang perangai macam babi.
Jahanamkan kebun orang."

Rupanya KENDIK yang rosakkan kebun aku.

Nukilah oleh:
Remy Lee

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 43

NAK MAKAN, NYOROK

Baru puas hati aku apabila emak memarahi kakak kerana makan pada
siang hari dalam bulan Ramadan. Adakah patut kakak terang-terang
makan di dapur sedangkan kami yang lain berpuasa.

Aku pun segera ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Sayup-sayup
aku dengar emak menasihati kakak di dapur, "Selepas ini kalau hendak
makan memang boleh tetapi kenalah menyorok supaya orang tidak
nampak". Kakak pun sebenarnya tidak menjangka yang aku akan ke
dapur sehingga tertangkap makan di situ. Aku pun hairan juga kenapa
emak boleh berkata begitu. Di dalam fikiranku baru aku tahu, kalau
hendak makan bolehlah rupa-rupanya tetapi kena menyorok.

Keesokannya semasa di sekolah agama waktu petang, aku mengajak
kawanku untuk makan buah jambu batu di belakang kantin sekolah.
Kawanku tidak setuju. Aku pun menceritakan kepadanya apa yang
berlaku kepada kakakku semalam. Dia berasa was-was namun akhirnya
bersetuju. Kami makan sepuas-puasnya kerana petang itu memang
berasa sangat lapar. Tiada seorang pun yang melihat kami kerana
tempat itu tersorok. Selepas itu kami masuk ke kelas semula sambal
tersenyum.

Bukan hari itu sahaja. Aku mengajak rakan-rakanku yang lain setiap kali
sekolah agama petang. Mereka pun seronok kerana dapat makan. Kami
berjanji akan menyimpan rahsia ini bersama-sama. Emak aku tidak
mengesyaki apa-apa pun kerana aku pandai berlakon apabila pulang ke
rumah.

Pada suatu petang ustazah memanggilku ke bilik guru. Aku dengan yakin
terus berjumpa ustazah tanpa berasa apa-apa. Muka ustazah mencuka
semasa aku mula-mula melihatnya. Hairan juga aku. Ustazah terus
bertanya aku tentang peristiwa makan buah jambu bersama-sama rakan
yang lain.


44
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Aku tersenyum kerana bagiku tiada apa-apa kesalahan. Boleh makan tetapi
perlu menyorok kataku kepada ustazah. Ustazah terkejut tetapi aku masih
selamba. Apabila ustazah bertanya kepadaku siapakah yang berkata begitu,
aku pun terus menceritakan peristiwa kakakku ditangkap kerana makan
pada siang hari. Mengucap panjang ustazah apabila mengetahui perkara
sebenar.

Ustazah menerangkan kepadaku perkara yang sebenar, barulah aku faham.
Rupa-rupanya ibadat berpuasa antara lelaki dan perempuan ada bezanya.
Selepas ini aku harus berhati-hati. Aku rasa hampir sepuluh hari aku tidak
berpuasa semasa aku bersekolah dalam darjah empat. Hukum agama kena
hadam betul-betul.

Nukilan oleh:
MOHAMAD TERMIZI BIN RAFIE, UPL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 45

NASIB SI POSITIF

Hidup bersahabat sangat indah. Penyeri kehidupan kita sehari-hari.
Tanyalah sesiapa sahaja pasti ingin memiliki seorang sahabat yang
halus budi pekertinya. Hubungan persahabatan ibarat air mengalir yang
tidak pernah putus.

Pesan bonda carilah sahabat yang sentisa berfikiran positif berkawan
dengan kita. Tidak ada udang di sebalik mee dan berlagak umpama
gunting dalam lipatan. Ungkapan bonda menjadi sandaran.

Norma baharu mulai mewarnai tarian kehidupan kita. Pelbagai perkara
diubah bagi memenuhi keperluan terdesak. “Jauhi kawan yang positif,”
Fras Aini membingungkan sekali. Kenapa? Kawan positif jadi mangsa
keadaan. Siapa sangka semua aturan bertukar dalam sekelip mata.

Gelodak hati bertanya-tanya tanpa henti. Jenuh memikirkan teka-teki
apa yang berputaran. Setelah renungan panjang, baharulah aku temui
jawapannya. Positif covid si corona sangat menggerunkan.

Terkesima aku di situ. Istilah positif beralih kedudukannya dalam
sekelip mata. Siapa sangka! Perjalanan masa pantas berlalu
meninggalkan kita tanpa menoleh ke belakang. Hati-hatilah semua,
anda mungkin menjadi mangsanya.

Nukilan oleh:
Norhani bebe binti Alta Miah
IPG Kampus Ipoh, Perak




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 46

Kisah Cacing



Suatu hari, cucu atok yang belajar di universiti telah mengajak atoknya
untuk memancing ikan di sungai. Atok bersetuju dan mengarahkan
cucunya untuk mencari cacing untuk dijadikan umpan.

Si cucu pun mengambil cangkul lalu menyangkul tanah di bahagian tepi
rumah dan cuba mengutip beberapa ekor cacing dengan tangan kosong
Namun kesemua cacing terlepas dari pegangan cucu dan masuk semula
ke dalam lubang cacing. Atok tersenyum melihat gelagat cucunya sambil
menghisap rokok daun.

Atok mengeleng-gelengkan kepala lalu mengambil basikal sambil
berkata, "belajar tinggi-tinggi. cacing pun tak boleh tangkap... "hang
tunggulah sampai maghrib..." kata Atok lalu mengayuh ke kedai Ah
Chong

Balik dari kedai Ah Chong, kelihatan Atok menjinjing beg plastik yang
mengandungi 1 tin penyembur cat. Cucu bertanya, "Apa tu Tok?" Sambil
menjeling cucunya Atok mengeluarkan tin cat tersebut. Rupa-rupanya
spray rambut Atok belikan.

Atok terus menyembur ke dalam 3 lubang cacing Beberapa saat
kemudian, tersembul cacing-cacing dalam keadaan mengeras dan tidak
bergerak. Atok terus mengutip cacing-cacing tersebut secara bersahaja
dan masukkan ke dalam beg plastik. "Macam paku 10 inchi..." kata Atok
dengan bangga.

Gelagat mereka berdua pula ditonton oleh nenek dari jendela bilik tidur.
Apabila Atok masuk sahaja ke dalam rumah dengan membawa beg
cacing, nenek memanggil cucunya dan menghulurkan wang RM50 00
pergi beli spray 1 lagi dan bakinya awak simpan. "Untuk apa Nek?
cucunya bertanya. Sambil tersenyum... Nenek menjawab, "Untuk spray
cacing Atok."

Nukilan oleh:
Wak Kaka




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 47

Hidup di Perantauan



Teringat zaman posting di Labuan, sering konfius dengan dialek
Kedayan.

"Kita nak ke mana?", tanya dia kepada saya.
Kata ganti nama "kita" membawa maksud “awak".

"Bila nak ke pekan?"
"Karang." "Bila nak pulang?", "Karang".
Kata "karang" bermakna sebentar lagi, bukan sekarang.

"Kamu sudah makan?", "Awu!". "Nak ke pekan?", "Awu!". "Awu" tu
bermakna "Ya".

“Nak ke kedai?”, “Inda!”. “Inda” maknanya “tidak”.

Begitulah pengalaman hidup di perantauan, bak kata pepatah di mana
bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Nukilan oleh:
En. Lee Siong Theam, JTPM






INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 48

SENTAL KASI JADI

Setelah pulang dari pasar, saya dan isteri singgah di kedai runcit.

Isteri: Abang nak turun sekali tak?
Saya: Tak mahulah. Penat berjalan di pasar tadi.
Isteri: Abang ada nak apa-apa tak?
Saya: Belikan berus dawai ye.

Setelah siap membeli, kami pun pulang ke rumah. Setibanya di rumah,
saya pun bertanya kepada isteri.
Saya: Ayang, mana berus dawainya?
Isteri: Ini kan bang? (Sambil menunjukkan berus dawai).

Saya pun tergelak berguling-guling.
Isteri: Abang kenapa?
Saya: Abang nak yang ini, bukan yang ini. (Sambil menunjukkan
penyental kuali dan juga berus dawai).

Rupa-rupanya fahaman tentang peralatan dapur juga turut berbeza.
Saya sental jugalah bontot kuali yang sudah berkerak.

Nukilan oleh:
MD. NAKHAIE BIN MD. NANGIN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 49

TERKUCIL DI LANGIT



Pertama kali menaiki kapal terbang apabila berpeluang mengerjakan
umrah pada tahun 2010. Memang berdebar sungguh. Dalam fikiran
cuba buang jauh-jauh benda yang bukan-bukan. Hanya mohon Allah
beri keselamatan perjalanan.

Alamak, nak terkencing! Tiada pilihan sebab baru berlepas. Jadinya
terpaksalah gunakan tandas dalam kapal terbang. Apabila tengok
pintunya terfikir sejenak, mesti sempit. Apabila masuk, sekali lagi
menepuk dahi. Seluas almari saja tandasnya. Apatah lagi saiz badan ini
yang secomel badak. Terpaksa jugalah diturutkan demi ikhtiar
panggilan alam.

Tak semua perkara sesuai untuk semua orang. Perbezaan itulah yang
perlu diraikan dengan muhasabah diri.

Nukilan oleh:
MD. NAKHAIE BIN MD. NANGIN




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 50

SEDAPNYA KAU MAKAN





Dahulu saya dibesarkan oleh seorang pengasuh. Zaharah namanya.
Kami adik beradik panggil Kak Zarah dan tinggal bersama-sama kami.
Apabila Kak Zarah sudah berkahwin, dia mengikut suaminya tinggal di
kampung. Sekali sekala bila ada masa terluang, kami akan ziarah Kak
Zarah.

Paling seronok, kami melepaskan kerinduan pada Kak Zarah dan juga
masakannya. Kak Zarah selalu cakap pada saya, “Sedapnya tengok kau
makan, dik.” Saya hanya tersenyum saja. Al-maklumlah, apabila orang
yang secomel beruang makan, memang bersungguh-sungguh dan
membuatkan orang lain juga turut terliur sama.

Sebenarnya Kak Zarah hilang selera makan sedikit demi sedikit kerana
barah usus. Penyakitnya lewat dikesan. Walaupun Kak Zarah sekarang
sudah tiada, jasanya membesarkan kami dengan kasih sayang tidak
dapat dilupakan.

Nukilan oleh:
MD. NAKHAIE BIN MD. NANGIN




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 51

NODA KERETA TERPAKAI





Dulu kau selalu kata, kita ni perlu beli kereta baharu. Lepas tu, kalau
ada orang guna kena terpakai, kau kutuk rapat. Katanya tak ada
maruah guna kereta terpakai ni. Aku pun terpengaruh dengan kata-kata
kau.

Lepas dah lama tak jumpa kau, sekali terjumpa, aku kagum jugalah
dengan kau. Kereta kau lawa betul. Sekali sembang pasal kereta,
sudahnya kau mengaku kau beli kereta terpakai.

Alamak, sembang kari macam gajah boleh terbang. Sudahnya kau pulak
yang mengalahkan orang. Sekarang ni, siapa yang tak bermaruah?
Orang yang memang nak beli kereta terpakai atau orang yang dulu anti
kereta terpakai tapi sudahnya orang tu yang beli?

Ditulis oleh:
PUJANGGA TEPI HUTAN




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 52

DI MANA KAU DUIT?







Pensyarah aku pernah cakap, kasih sayang tak boleh bagi orang
kenyang. Aku tak setuju betul. Tau la pensyarah. Gaji besar. Janganlah
nampak menghina.

Tapi itu 15 tahun yang dulu. Sekarang aku dah faham. Duit ini bukanlah
segala-galanya. Tapi segala-galanya perlukan duit.

Nak dapatkan duit tak perlukan kasih sayang. Tapi kalau tak ada duit,
kasih sayang boleh hilang. Orang kacak jadi hodoh. Orang betul jadi
salah. Orang pandai jadi bodoh.

Duit tu tak boleh dibawa mati. Tapi kalau tak ada duit, memang rasa
nak mati.

Ditulis oleh:
PUJANGGA TEPI HUTAN







INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 53

KOMPUTER BERALIH BAHASA

Dua dekad dulu, siapa ada komputer, kiranya orang kayanganlah. Aku
dulu ada komputer. Tapi kawan-kawan serumah masa aku belajar dulu
tak ada komputer. Jadinya mereka ni rajin sangatlah tumpang
komputer aku. Kalau guna kejap, aku tak kisah. Tapi bila dah buat
macam harta sendiri, aku ingat kayangan pun boleh runtuh.

Satu hari aku ubah setting komputer. Lepas tu, kawan aku guna. Dia
pakai kejap. Aku tanya kenapa guna kejap? Dia jawab, “Aku tak tahu nak
guna komputer kalau dalam BM. Pening kepala aku.”

Aku tergelak dalam hati. Baru aku sedar. Apabila guna komputer,
semua orang nak guna English. Bila tukar ke BM, ramai pula yang jadi
bodoh. Selamat komputer aku.

Nukilah oleh:
PUJANGGA TEPI HUTAN









INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 54

LIPUR LARA TUAH



Hari-hari ruang akhbar mencalar luka. Sibuk sahaja dunia masing-
masing berburu kuasa. Anak-anak jalanan masih tercari-cari sesuap
nasi. Mereka belum pasti ada rezeki atau berlapar sahaja menunggu
esok hari. Lewat kini, pada Tuah kembali membelek cerita pusaka.
Seteru manusia di sana sini sama ada ingin membela Tuah atau
kembali kepada sahaja ke neraca Jebat.

Pandangan jauh melihat ayah mengeluh meletakkan sahaja bingkai
kaca mata ke atas akhbar Utusan. Suasana politik semacam
menghukum resah ayah. Aku hanya berdiam sahaja. Bagi aku mudah
hanya Allah Maha Mengetahui. Tun Perak membelakangkan perintah
sultan. Mengapa tidak, dia sahaja yang perlu dihukum bunuh? Jebat
membela sahabat, lalu bersumpah dengan keris sakti anugerah paduka
sultan. Aah banyak konflik Melayu yang masih berpintal dalam Hikayat
Hang Tuah.

Berpesan Tun Fatimah berpantang ajal sebelum rebah kepada Sultan
Mahmud. Mewah serikandi Melayu berselendang merah. Kesedaran
mereka biji saga dijaga rapi tanpa peduli. Zaman berganti dari awan
biru menjelajah tsunami mengamuk berdiri. Bekejar kita tanpa
melahirkan Tun Fatimah yang berani sebagai nuri sengaja memberi
nasihat. Riuh kakak tua bukan lagi bersahabat dengan nuri. Buat begitu
esok pasti di ruang maya sengaja viral memakan diri.




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 55

Perkasa Tuah pun menuruti perintah Tun Perak. Berjalan
berhari-hari konon untuk menghukum dan membunuh Tuah
kerana bermain-main dengan kekasih hati paduka Sultan. Tun
Perak tidak sanggup membunuh tanpa benar. Tuah berjasa
kepada negara. Biar sahaja anak-anak memandu jiwa yang
mana benar yang mana salah. Demikianlah, Majapahit
ditawan memburu darjat di Sriwijaya, pergilah tuan hamba
membawa diri. Patih Karma Wijaya membuat cerita.

‘Patik sekalian rakyat tidak sanggup membunuh tanpa bukti,’
kata Tun Perak bersuara lemah. ‘Jangan kita MENDERHAKA
titah tuanku, kelak padah bumi Melaka. Tiada bertuan,
sengsara negeri bertuah, menjawab Tuah kepada Tun Perak.

DIARI DILA ABDUL
IPGK IPOH
22/03/2022

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 56

PJ




Aku, seorang guru pelatih di sebuah institut pendidikan di utara
Malaysia. Aku kuat mengatakan takdir memilih aku menjadi guru
Pendidikan Jasmani kerana kesilapan yang tidak aku sedar semasa
mengisi borong permohonan. Pada awalnya, aku terpengaruh dengan
kata-kata orang lain yang menganggap subjek PJ di sekolah hanya
picisan. Tapi, ternyata aku silap hanya kerana seorang budak bernama
Ali (bukan nama sebenar).

Menjadi bakal guru, perlu banyak latihan. Aku telah dihantar ke sebuah
sekolah luar bandar untuk jalani latihan praktikum buat pertama kali.
Jumlah pelajar tidaklah besar, jarak pula tidaklah jauh dari bandar. Tapi
hari itu, aku tersentak kesunyian dan mengelamun jauh di tengah
padang hanya kerana seorang budak lelaki bertubuh kecil, berkulit
gelap, berambut pendek dan nipis. Dia, ku namakan Ali. Ali dari kelas 2
Wawasan. Kelas yang diberikan kepada aku untuk aku mengajar PJ.

Di dalam kelas seramai 30 orang, aku tidak pernah perasan kewujudan
Ali pada awalnya. Kelas yang dikategorikan sebagai kelas hujung
selalunya susah mendengar kata. Bising, bermain, berlari, dan ada juga
bergaduh itu perkara biasa yang dilabel kepada ‘ahli’ dalam kelas
hujung.

Sehari sebelum kelas PJ pertama aku dalam sesi praktikum itu, aku
berpesan kepada pelajar untuk memakai pakaian PJ. Pagi itu, setelah
menyediakan semua alatan di padang, aku bergegas ke kelas dan minta
mereka untuk beratur. Aku terlihat seorang budak lelaki meluru ke
depan aku, dengan pakaian lengkap jersi bola berwarna hijau kuning,
mendongak penuh semangat dan tersenyum mendengar arahan. Dia
sangat patuh di hadapan walau rakan-rakan lain di belakang ada yang
mula lupa diri. Apabila tiba di padang yang luas, aku terkedu. Semua
pelajar dilihat seperti terlepas dari kandang. Ada yang berlari bebas,
ada yang meluru kearah alatan PJ yang aku sediakan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 57

Melihat situasi itu, aku naik berang. Mereka terlalu aktif hingga lupa
kewujudan aku sebagai guru. Waktu itu,mahu saja aku terus hentikan
sesi dan minta semua kembali ke kelas. Itu kali pertama, dan aku panik.

Tapi Ali, dia berdiri di depan aku rupanya. Dia setia menanti arahan
untuk mula bermain. Kalau tadi aku tersenyum melihat jersi bola yang
dipakai, tapi ketika itu pula, hati aku ‘koyak’. Baru aku terlihat, jauh di
hujung kaki Ali, ibu jari jelas kelihatan dek kerana sarung kaki yang
berlubang dan tapak kasut yang terkoyak macam mulut buaya
ternganga. Aku terdiam dan tak tahu riak wajah yang bagaimana harus
aku pamerkan. Aku memandang semula kearah sebilangan pelajar-
pelajar lain yang masih belum bertenang dan beratur di hadapan aku.

Aku bermonolog sendiri. "Dia semangat nak PJ. Semangat pakai baju
jersi bola pulak tu. Siap tuck in baju. Tak berhenti senyum sebab nak PJ
walaupun kasut macam tu. Sanggup ke kau matikan kegembiraan dia
yang hanya 40 minit tu Sya?" Aku tekad, aku terus meniup wisel dan
mulakan sesi. Bermula dari itu, aku mula menjiwai watak kehidupan
aku sebagai guru PJ. PJ hanya dua huruf. Tapi nilai pelajaran yang diberi
‘dalam’ nya terlalu banyak makna. Yakin diri, bersemangat, berdisiplin,
kerjasama, setia kawan dan aku pasti senarai ini boleh jadi lebih
panjang. Terima Kasih Ali, Cikgu akan bangga menjadi guru PJ.

Nukilan oleh:
Nisya Mazlan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 58

BERMINAT DENGAN HUBUNGI KAMI:
PENULISAN??? [email protected]

ANDA PUNYA BAKAT
DAN KARYA MENARIK
UNTUK
DITERBITKAN???

TAMAN BERKARYA

Taman Berkarya Siri 1/2020 Taman Berkarya Siri 2 /2020

Taman Berkarya Siri 3 /2020 Taman Berkarya Siri 4 / 2020
Edisi Khas Covid-19

Taman Berkarya Siri 1/2021 Taman Berkarya Siri 2/2021

Taman Berkarya Siri 3/2021

Imbas QR code untuk membaca:

Ikuti sosial media
kami seperti
berikut:

SINOPSIS

Buku ini merupakan himpunan karya pensyarah
dan staf sokongan IPG Kampus Ipoh semasa
menyertai Bengkel Menulis dan Menerbit yang
telah diadakan di Dewan Seri Melati dan Mini
Teater IPG Kampus Ipoh. Karya dalam buku ini
terdiri daripada Resensi buku, Anekdot dan
Certot. Fokus utama adalah kepada penghasilan
penulisan dan penerbitan dengan teknik yang
betul dan membuka ruang serta peluang kepada
peserta bengkel untuk menerbitkan karya.


Click to View FlipBook Version