Buku Log Digital Pandu Puteri
Aida Nabila binti Effendi Nama 2021142340301 Angka Giliran Semester 2 Tahun 2 Semester Pandu Puteri Kadet Unit Uniform Melaka Negeri IPG Perempuan Melayu Institut Biodata Diri Kumpulan Kad Pengenalan 030322-05-0076 Bahasa Melayu 5 PISMP 2021 (B) 1
Isi Kandungan Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri Cogan Kata dan Lambang Pandu Puteri Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Berjabat Tangan Pandu Puteri Malaysia Bahagian A: Prinsip Asas Pandu Puteri Pakaian Seragam Lagu-lagu Pandu Puteri Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas Bendera Malaysia dan Maksudnya Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Maksudnya Bendera Dunia dan Maksudnya Istiadat Pandu Puteri Tunas Istiadat Ladam Kuda Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGKPM Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGPM Sejarah Perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform Bahagian B: Sejarah Perkembangan dan Organisasi Pandu Puteri Malaysia Perancangan Tahunan Pandu Puteri Tunas Bahagian C: Perancangan Tahunan Pandu Puteri Tunas Sekolah Rendah 2
BAHAGIAN A: ASAS PANDU PUTERI 3
Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 4
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran adalah di Singapura sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantati Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. PENGENALAN 5
Pandu Puteri telah mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa penubuhan tersebut. Oleh hal itu, Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan secraa rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama yang baik. Kerajaan turut memberi sumbangan dan peruntukan sebanyak RM 2000 mulai tahun 1932. FASA PERKEMBANGAN 1 3 2 FASA HALANGAN Setelah beberapa tahun, kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta dan Malaya mula diperintah oleh Kerajaan Jepun pada tahun 1942 hingga 1946. Selepas itu, kegiatan Pandu Puteri turut terhenti akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. 1 2 Pada tahun 1916, Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Methodist Girls School Kuala Lumpur. Penubuhan pasukan dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Lady Guillemanrd telah dilantik sebagai Yang Di-Pertua dan Puan Cavendish pula adalah sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. Tambahan lagi, pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah Young Women’s Christian Association (YWCA). FASA PENUBUHAN 1 3 4 2 5
Kronologi Penubuhan PPPM 6
Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia 7
PERKARA 1 – NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM); PPPM ialah persatuan yang tersendiri; dan Ibu Pejabat PPPM terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah pada hari Jumaat dan bertarikh 9 Jun 2006. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-manabadan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan dan bercorakkan pendidikan untuk kanak-kanak Perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan yang berdasarkan nilai Rohani dan menerapkan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh pengasasnya seperti yang tertera di bawah. 8
PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PPPM menghormati Prinsip Asas Kepanduan yang berteraskan Persetiaan dan UndangUndang Asal seperti yang diilhamkan oleh pengasasnya, Robert Baden-Powell. PPPM adalah tadbir sendiri iaitu bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dengan sebarang parti politik. PPPM ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Tambahan lagi, setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan Dan Undang-Undang PPPM. - Undang-Undang PPPM adalah seperti berikut: 1.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 2.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4.Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. 5.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. 6.Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. 7.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 8.Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. 2.1 Kaedah Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan pengakap puteri sedunia, yang merangkumi: i. komitmen melalui Persetiaan dan undang-undang; ii. perkembangan kendiri yang progresif; iii. pembelajaran melalui perbuatan; iv. kerjasama pasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab; v. kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa; vi. khidmat masyarakat; vii. aktiviti luar; dan viii. simbolisme. 9
PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG 2.2 Keanggotaan Keanggotaan PPPM adalah secara sukarela dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain dengan pembayaran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori berikut: -Ahli aktif: Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada PPPM. PPPM akan membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan pengakap puteri sedunia. 9
PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG -Ahli Tidak Aktif: Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran kenaggotaan kepada PPPM tetapi tidak membayarkan kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Tidak Aktif PPPM merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serfta teknologi maklumat. -Ahli Kehormat: Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada PPPM dan PPPM turut tidak perlu menjelaskan bayaran kuota untuk mereka kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan PPPM seperti Ketua Pesuruhjaya Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting serta individu-individu termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya dan Ahli Aktif PPPM dengan jemputan. Seorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada PPPM pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan sekiranya mereka seorang pemimpin dan pesuruhjaya dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada PPPM dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan tersebut adalah muktamad. 10
PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Tujuan PPPM adalah berdasarkan prinsip-prinsip yang dibnyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu: mempromosikan kepanduan ke seluruh Malaysia dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas; 1. melebarkan sasaran PPPM untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggunjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; 2. menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam negara dan seluruh dunia; dan 3. untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di PPPM. 4. PERKARA 4 - LENCANA USUL 8: Lencana PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas ditengah-tengahnya serta tertulis perkataan’Persatuan Pandu Puteri Malaysia’ di dalam bulatan di sekeliling bawahnya. Semua hak cipta dan hak intelek ke atas lencana (keseluruhan atau sebahagiannya) bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan daerah PPPM diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan lencana sepanjang tempoh Keah Lian tetapi tidak mempunyai hak ke atas lencana. Cawangan dan daerah PPPM tidak dibenarkan memberi kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. 11
PERKARA 5 - PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja PPPM ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Raja Permaisuri Agong ialah: mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan PPPM; menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Diraja; dan menyerikan acara-acar PPPM. PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga Eksekutif PPPM ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan PPPM antara Mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: -Yang Dipertua -Timbalan Yang Dipertua -Ketua Pesuruhjaya -Setiausaha Kehormat -Bendahari Kehormat 12
PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program dan Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL 7: Ketua Eksekutif PPPM dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa. 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon bagi jawatan tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua orang penyokong yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif PPPM. 13
PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik yang akan memegang jawatan tersbeut sehingga Mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya akan membuat pemilihan yang baru. Calon baru tersbeut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun dan 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekytif PPPM adalah merupakan ahli ex officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Ketua Pesuruhjaya PPPM yang bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas pelaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaanmengikut keperluan dati semasa ke semasa. 6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oelh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiaadan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada merek untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 14
6.4 Korum dan Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undangundang apabila korum dua p6.4 ertiga daripada ahli yang mengundi Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoritu (setengah campur satu undi daripada jumpa keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil dan pembubaran PPPM memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu mesyuarat Agong Luar Biasa dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 6.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaaan ialah: i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan; ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari PPPM untuk memastikan pencapaian yang baik; iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangab dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personal utama, perancangan perwarisan dan peogram latihan terancang; v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan Undang-Undang dan Peraturan PPPM; vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya; dan viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif PPPM. PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF 15
PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF 16
Badan Undangan PPPM ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi PPPM, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 hingga 30 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN 17
PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN 7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong sehingga mensyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agong Luar Biasa Majli Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu penerima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 18
7.4 Korum dan Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahil yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN 19
7.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: i. memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ii. menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; iii. memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isuisu penting; iv. melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; v. memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan; vi. mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waranwaran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; vii. membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini; viii. menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan; dan ix. membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan. PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN 20
PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN 21
Dana PPPM diperoleh daripada: i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh ahli dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan; dan ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan tujuan PPPM selaras dengan polisi dan perancangan kewangan Mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak PPPM atau Persatuan Cawangan dan tidak kemana-mana ahli individua tau kumpulan ahli-ahli PPPM. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh PPPM diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan tetapi Keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki PPPM harus mempunyai dua penandatangan yang diberi kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei atau 30 Mac setiap tahun Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci-kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan PPPM bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember. PERKARA 8 - KEWANGAN 22
Cawangan Persatuan terdiri daripada: i. Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu; ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara; dan iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institusi Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan yang selari dengan Perlembagaan ini, Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan. Namun, setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasikan polisi-polisi dan peraturan-peraturan cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya dan perkara-perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap cawangan dibenarkan mencalonkan wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN 23
Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda ke mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran PPPM hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agong Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah PPPM dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau asset tersebut harus diagihkan seperti yang dipersetujui di Mesyuarat Agong Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan PPPM. Perlembagaan ini dikuatkuasakan pada 24 September 2005 dan diterima oelh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 serta disemak pada 30 Mei 2007. 24
Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri 25
PERSETIAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Bahawa dengan sesungguhnya. Saya berjanji dan bersetia, Dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Menolong orang setiap masa, Dan mematuhi Undang-undang Pandu Puteri. UNDANG-UNDANG PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Undang-undang Pandu Puteri telah termaktub dalam Dasar Pertubuhan dan Undang-undang (DPU) Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan perkara-perkara tersebut telah menjadi panduan utama dalam pelaksanaan sesuatu program Pandu Puteri yang hendak dijalankan. Hal ini dilakukan agar setiap program dapat mencapai matlamat utama dan bagi menentukan kelicinan pentadbiran dan pengurusan persatuan Pandu Puteri Malaysia. 26
Undang-undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia Terbahagi kepada 3 Kelompok DPU AM PANDU PUTERI MALAYSIA Undang-undang Pandu Puteri; Seorang Pandu Puteri 1.Boleh dipercayai 2.Sentiasa taat dan setia 3.Suka menolong orang lain Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain 4. 5.Sentiasa bersopan santun 6.Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7.Sentiasa menurut perintah 8.Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 9.Sentiasa berjimat cermat 10.Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan Undang-undang Pandu Puteri Am ini digunakan secara keseluruhan iaitu sebanyak 10 undang-undang oleh Pandu Puteri Remaja, Renjer dan Klover. DPU BAHAGIAN PANDU PUTERI KELIP-KELIP Undang-undang Pandu Puteri KelipKelip; Seorang Pandu Puteri Kelip-Kelip Selalu menurut ajaran orang yang lebih tua daripadanya 1. Tidak menurut kehendak hati sahaja 2. DPU BAHAGIAN PANDU PUTERI TUNAS Undang-undang Pandu Puteri Tunas; Seorang Pandu Puteri Tunas 1.Boleh dipercayai 2.Suka menolong orang lain Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan Pandu Puteri yang lain. 3. 4.Sentiasa bersopan santun 5.Sentiasa berjimat cermat 27
Cogan Kata dan Lambang Pandu Puteri 28
Selalu Sedia Be Prepared C o g a n k a t a “S e l a l u S e d i a” a t a u “B e P r e p a r e d” memb awa ma k s u d b a h awa s e ti a p a h l i P a n d u P u t e ri h e n d a k l a h s e n ti a s a u n t u k me n g h u l u r k a n b a n t u a n t a n p a me n g h a r a p k a n s e b a r a n g imb u h a n d a n b a l a s a n . 29
Pada tahun 1928, Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia telah bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana ikrar bagi lambang cita-cita kepanduan. Reka bentuk trefoil adalah mengikut kehendak sesebuah negara. Oleh hal itu, pada Januari 1962, Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah memperkenalkan lencana kepanduan Malaysia yang dicipta oleh Cik Mary Bowers iaitu seorang Pesuruhjaya Latihan, Ibu Pejabat. Idea pencetusan reka bentuk lencana kepanduan tersebut adalah inspirasi daripada situasi ketika beliau seddang berkhemah dengan pasukkannya dan kemudian ternampak dan memungut sehelai daun yang terjatuh di tanah. Bentuk daun tersebut telah menarik perhatian beliau dan telah mendapatkan keputusan lalu memohon kepada Ibu Pejabat untuk menjadikan reka bentuk daun tersebut sebagai reka bentuk trefoil yang menggantikan lencana trefoil Inggeris yang telah digunakan pada tahun 1962. Tiga rangkaian daun lebar yang terdapat bintang dengan pecahan 14 bucu di bahagian tengahnya serta mempunyai perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Tiga rangkaian daun lebar tersebut bermaksud tiga persetiaan Pandu Puteri iaitu: 1.Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 2.Menolong orang setiap masa 3.Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Tambahan lagi, tiga rangkaian daun tersebut turut melambangkan persaudaraan kepanduan di negara Malaysia. Bintang yang berpecah 14 melambangkan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan di Malaysia iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan 30 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Isyarat dan Hormat Pandu Puteri 31
Kegunaan Isyarat Pandu Puteri Isyarat Pandu Puteri digunakan apabila seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri. 1. Isyarat ini juga digunakan semasa ahli Pandu Puteri membaharui ikrar. 2. Cara Melakukan Isyarat Pandu Puteri 1.Ahli Pandu Puteri berada dalam keadaan sedia. Kemudian, tangan kanan dinaikkan ke paras bahu sambil melakukan isyarat 3 jari. Kedudukan tangan kanan adalah jarak 15 hingga 25 cm dari telinga. 2. 3.Sementara itu, tangan kiri dirapatkan disisi badan secara lurus. Tempoh masa isyarat dilakukan ialah 3 saat ketika rapat ke bahu dan kemudiaan diturunkan. 4. ISYARAT PANDU PUTERI 32
MAKSUD ISYARAT KEPANDUAN Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Mematuhi undangundang Pandu Puteri Menolong orang setiap masa Orang yang lebih tua menolong orang yang muda Orang yang muda menghormati orang yang lebih tua Hormat Pandu Puteri Hormat Pandu Puteri merupakan tabik Pandu Puteri yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri misalnya pemimpin, ketua dan antara ahli kumpulan. Hormat ini juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. HORMAT PANDU PUTERI 33
Berjabat Tangan Pandu Puteri Malaysia 34
Berjabat tangan merupakan tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Perbuatan ini telah menjadi tradisi dalam Pandu Puteri Dunia. Perbuatan tersebut bersesuaian dengan budaya di negara Malaysia. Di Malaysia, Pandu Puteri menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam. Selain itu, pandu puteri akan berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Berjabat tangan dengan tangan kiri ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang dilakukan oleh kumpulan Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden Powell hadir melawat Kenya (Arniszz, 2020). Hal ini kerana kaum tersebut sering memegang senjata pada tangan kanannya sehingga tidak sanggup meletakkannya walau sebentar dan hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain termasuk perbuatan berjabat tangan ini. Oleh itu, Lord Baden Powell telah mengambil perbuatan ini sebagai amalan yang dilakukan dalam Pengakap dan seterusnya dalam Pandu Puteri. Berjabat tangan dengan tangan kiri bersama ahli Pandu Puteri. Berjabat tangan dengan tangan kanan bersama orang lain selain ahli Pandu Puteri. 35
Pakaian Seragam Pandu Puteri Malaysia 36
Ahli yang telah dilantik adalah wajib bagi mereka untuk memakai pakaian seragam yang lengkap pada: perjumpaan pasukan; majlis Istiadat Pandu Puteri Tunas; majlis rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah, cawangan dan kebangsaan; dan majlis rasmi anjuran pihak lain. Pakaian seragam Pandu Puteri Kelip-Kelip, Tunas, Remaja, Renjer dan Klover telah ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Persagtuan Pandu Puteri Malaysia. Tambahan lagi, pakaian seragam dan semua peralatan hanya boleh diperoleh dari Pusat Peralatan Persatuan Pandu Puteri (Girl Guides Act 1953 Revised 1991 dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia). Pemakaian Seragam Pandu Puteri Malaysia 37
Kemeja-T biru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Skaf jingga yang dipakai dengan ikatan Buku Sila atau wogel Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Seluar sukan panjang berwarna hitam atau biru gelap. Kasut hitam. Pananda (tag) yang dipakai oleh Ketua Kumpulan Berenam dan Penolong Ketuan Kumpulan Berenam yang disediakan oleh pemimpin. Pakaian Seragam Pandu Puteri Kelip-Kelip 38
Tag nama berwarna hitam dengan saiz 1.7 cm x 6.7 cm di atas lambang kumpulannya. Ahli baharu dibenarkan untuk memakai pakaian seragam dengan skaf perang dan Lencana Pelantikan. Namun begitu, mereka dibenarkan untuk memakai Lencana Dunia, lambang kumpulan dan tag nama. Bagi Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas, mereka perlu memakai tiga jalur putih pada bahagian poket kiri blausnya. Bagi Ketua Kumpulan Berenam Pandu Puteri Tunas pula perlu memakai dua jalur putih di bahagian kiri blausnya. Manakala, bagi Penolong Ketua Kumpulan Berenam Pandu Puteri Tunas pula perlu memakai satu jalur putih di bahagian kiri blausnya. Pakaian Seragam Pandu Puteri Tunas 39
Ahli kumpulan perlu memakai lambang kumpulannnya pada atas garisan poket belah kiri pada pakaian seragam. Ahli baharu dibenarkan untuk memakai pakaian seragam dengan skaf kuning Pandu Puteri Remaja PPPM dan Lencana Dunia tanpa Lencana Pelantikan. Ketua Pasukan perlu memakai tiga jalur putih pada poket kiri di pakaian seragam. Ketua Kumpulan pula perlu memakai dua jalur putih pada poket kiri di pakaian seragamnya. Manakala, bagi Penolong Ketua Kumpulan pula perlu memakai satu jalur putih di bahagian poket kiri pakaian seragamnya. Tambahan lagi, Ketua Pasukan, Ketua Kumpulan dan Penolong Ketua Kumpulan perlu memakai lanyard putih di bawah kolar baju dan wisel yang terletak pada hujung lanyard. Kemudian, masukkannya ke dalam poket bahagian kiri pada pakaian seragam. Tag nama berwarna hitam dengan saiz 1.7 cm x 6.7 cm di atas lambang kumpulannya. Tali Pekelilingan boleh dipakai pada Pandu Puteri Remaja yang telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Pemakaian Tali Pekelilingan itu adalah dengan dipakai pada lengan kiri dan hujung tali tersebut dimasukkan ke dalam poket kiri baju. Selain itu, tali tersebut boleh dipakai apabila Pandu Puteri Remaja menjadi ahli Pandu Puteri Renjer. Pakaian Seragam Pandu Puteri Remaja 40
Ahli baharu dibenarkan untuk memakai pakaian seragam dengan skaf biru Pandu Puteri Renjer dan Lencana Dunia tanpa Lencana Pelantikan. Ketua Pasukan Pandu Puteri Renjer perlu memakai tiga jalur putih pada poket kiri di pakaian seragam. Ketua Kumpulan pula perlu memakai dua jalur putih pada poket kiri di pakaian seragamnya. Manakala, bagi Penolong Ketua Kumpulan pula perlu memakai satu jalur putih di bahagian poket kiri pakaian seragamnya. Tambahan lagi, semua ahli Pandu Puteri Renjer perlu memakai lanyard putih di bawah kolar baju dan wisel yang terletak pada hujung lanyard. Kemudian, masukkannya ke dalam poket bahagian kiri pada pakaian seragam. Tag nama berwarna hitam dengan saiz 1.7 cm x 6.7 cm di atas lambang kumpulannya. Ahli Pandu Puteri Tunas yang telah memperoleh lencana Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya boleh memakai lencana tersebut pada selempang pakaian seragam. Pakaian Seragam Pandu Puteri Renjer 41
1.Kebaya Labuh Kebaya labuh berwarna biru muda dengan potongan ‘Princess Line’ di hadapan dan berlisu pemadam di bahagian belakang dan labuh di bawah punggung dengan anggaran paras genggaman tangan. Lengan baju ialah padanan rata panjang. Kin labuh berlisu dengan lebar ialah 15 cm dari kelim tepi di belah kiri. Terdapat sepasang flashes bahu dengan ditulis ‘PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA’ dijahit pada kelim bahagian lengan kanan dan kiri. Tudung sutera rasmi PPPM dengan brooch dan woogle PPPM. Akhir sekali, penampang yang dipakai pada sebelah kiri bagaian dada. Maksimum lencana yang boleh diletakkan ialah 5 dan tidak termasuk tag nama. 42
2. Baju Kurung Teluk Belanga Baju kurng berwarna biru muda dan kain berpesak, baju labuh sehingga paras lutut dan kain berlisu yang disusun pada sebelah kir. Terdapat sepasang flashes bahu yang dijahit pada kelim bahagian lengan kanan dan kiri. Tudung sutera rasmi PPPM dengan brooch dan woogle PPPM. Lencana Jalur Gemilang diletakkan pada lengan kiri dengan 5 cm di bawah flashes. Akhir sekali, penampang yang dipakai pada sebelah kiri bagaian dada. Maksimum lencana yang boleh diletakkan ialah 5 dan tidak termasuk tag nama. 43
3. Blaus dan Seluar Blaus hijau PPPM dengan potongan bush jaket, berlengan padanan rata panjang serta labuh blaus adalah sehingga di bawah punggung. Seluar berwarna biru tua dengan potongan lurus. Kasut kulit atau jenis PVC yang bertumit rendah anggaran satu setengah inci yang berwarna hitam. Tudung berwarna hitam tanpa sebarang corak atau sulaman. Kemudian brooch PPPM disematkan pada bahagian dagu serta disertakan woogle. Sepasang flashes bahu PPPM yang dijahit pada kelim bahagian lengan kanan dan kiri. Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri. Beg tangan rasmi PPPM. 44
Lagu-lagu Pandu Puteri 45
Arah kita jelas ke depan Bendera berkibar Tidak berlipat di dunia Harapan abadi Bersatu untuk kebenaran Persahabatan kukuh Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini Our way is clear as we march on And see our flag on high It’s never furled through out the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Untill the earth in it’s rebirth Shall sing our song Shall sing our song Lagu Dunia Imbas QR tersebut untuk mendengar Lagu Dunia 46